KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI

BERKAITAN ARTIKEL "FOREST FIRE IN SPREADS TO 98 HECTARES" YANG DISIARKAN DALAM AKHBAR THE STAR PADA 25 OGOS 2019

28 OGOS 2019

1. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) memberi perhatian serius terhadap insiden kebakaran kawasan berhutan yang berlaku di dua lokasi berbeza di baru-baru ini. Semakan lanjut mendapati kawasan-kawasan terlibat adalah di luar kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Kawasan terlibat merupakan kawasan berhutan kecil atau belukar dalam kawasan Medini di bawah Majlis Perbandaran Iskandar Puteri berkeluasan lebih kurang tiga hektar.

2. Selain itu, KATS juga mendapati satu lagi kawasan kebakaran berlaku di Kampung Tanjung Adang, Kampung Pok dan di sekitar Pekajang, , Johor. Kawasan tersebut berstatus tanah kerajaan dan tanah milik yang merupakan kawasan tanah gambut yang diteroka dan sebahagiannya ditanam dengan . Kejadian kebakaran kini telah dapat dikawal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

1

3. KATS akan terus memantau kawasan yang berisiko tinggi berlaku kebakaran menerusi sistem pemantauan hotspot sedia ada yang telah dibangunkan dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Mengikut rekod pemantauan terkini, didapati sebanyak 16 kawasan hotspot kebakaran hutan dikesan di Negeri Johor iaitu di daerah (2 hotspot), (2 hotspot), (2 hotspot), (4 hotspot), (2 hotspot) dan (4 hotspot). Melalui pemantauan hotspot ini, langkah dan tindakan yang sewajarnya sedang diambil mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan bagi memastikan kebakaran hutan tidak berlaku dalam HSK.

4. KATS menerusi agensi-agensi di bawahnya bersedia membantu agensi-agensi lain dalam memadam kebakaran yang berlaku di kawasan berhutan yang melibatkan HSK. KATS menyeru orang ramai melaporkan insiden kebakaran kawasan berhutan dengan menghubungi talian 1-800-88-5776.

KEMENTERIAN, AIR TANAH DAN SUMBER ASLI 28 OGOS 2019

2