Forest Fire in Iskandar Puteri Spreads to 98 Hectares" Yang Disiarkan Dalam Akhbar the Star Pada 25 Ogos 2019

Forest Fire in Iskandar Puteri Spreads to 98 Hectares" Yang Disiarkan Dalam Akhbar the Star Pada 25 Ogos 2019

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI BERKAITAN ARTIKEL "FOREST FIRE IN ISKANDAR PUTERI SPREADS TO 98 HECTARES" YANG DISIARKAN DALAM AKHBAR THE STAR PADA 25 OGOS 2019 28 OGOS 2019 1. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) memberi perhatian serius terhadap insiden kebakaran kawasan berhutan yang berlaku di dua lokasi berbeza di Johor baru-baru ini. Semakan lanjut mendapati kawasan-kawasan terlibat adalah di luar kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Kawasan terlibat merupakan kawasan berhutan kecil atau belukar dalam kawasan Medini Iskandar Malaysia di bawah Majlis Perbandaran Iskandar Puteri berkeluasan lebih kurang tiga hektar. 2. Selain itu, KATS juga mendapati satu lagi kawasan kebakaran berlaku di Kampung Tanjung Adang, Kampung Pok dan di sekitar Pekajang, Gelang Patah, Johor. Kawasan tersebut berstatus tanah kerajaan dan tanah milik yang merupakan kawasan tanah gambut yang diteroka dan sebahagiannya ditanam dengan kelapa sawit. Kejadian kebakaran kini telah dapat dikawal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 1 3. KATS akan terus memantau kawasan yang berisiko tinggi berlaku kebakaran menerusi sistem pemantauan hotspot sedia ada yang telah dibangunkan dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Mengikut rekod pemantauan terkini, didapati sebanyak 16 kawasan hotspot kebakaran hutan dikesan di Negeri Johor iaitu di daerah Mersing (2 hotspot), Segamat (2 hotspot), Batu Pahat (2 hotspot), Kota Tinggi (4 hotspot), Johor Bahru (2 hotspot) dan Kluang (4 hotspot). Melalui pemantauan hotspot ini, langkah dan tindakan yang sewajarnya sedang diambil mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan bagi memastikan kebakaran hutan tidak berlaku dalam HSK. 4. KATS menerusi agensi-agensi di bawahnya bersedia membantu agensi-agensi lain dalam memadam kebakaran yang berlaku di kawasan berhutan yang melibatkan HSK. KATS menyeru orang ramai melaporkan insiden kebakaran kawasan berhutan dengan menghubungi talian 1-800-88-5776. KEMENTERIAN, AIR TANAH DAN SUMBER ASLI 28 OGOS 2019 2 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    2 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us