DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 21 JUN 2005, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 25

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. 71-100569 Tuan Devamany A/L S. Krishnasamy [ Cameron Highlands ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha dan langkah secara terperinci ke arah membangunkan 'modal insan' yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri. Apakah sasaran pencapaian bagi RMK-9 dan jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan.

2. 191-100216 Dato’ Jacob Dungau Sagan [ Baram ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan projek jalan raya besar yang baru dan yang sedang dijalankan di sekitar kawasan Baram yang akan terus dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

3. 156-100261 Datuk [ Beluran ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan rangka dasar baru industri automobil negara. Sejauh mana dasar ini mampu mengimbangi kehendak untuk terus melindungi industri automobil negara di samping membuka pasaran kepada automobil luar secara terkawal.

4. 25-100191 Tuan Mohd. Razali Bin Che Mamat [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah jejantas di Jalan Besar Sungai Durian (depan Sek.Men.Keb Kuala Krai) dapat dilaksanakan memandangkan jalan berkenaan sentiasa sibuk apabila tamatnya waktu persekolahan dan berlakunya kesesakan lalu lintas hingga menyebabkan kemalangan.

5. 146-100656 Ir. Hasni Bin Haji Mohammad [ Pontian ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan program yang sedang dijalankan berkaitan membasmi kemiskinan di bandar dan apakah pertimbangan yang digunakan untuk memilih program berkenaan. 2 AUM DR 21/06/2005

6. 218-101160 Tuan Chong Hon Min [ Sandakan ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan adakah Kementerian sedar masalah gangguan bekalan elektrik dan kekurangan bekalan air di khususnya di Sandakan memang sudah sampai ke tahap yang serius. Apakah langkah-langkah jangka masa pendek yang sedang dan akan diambil sementara menunggu penyelesaian pelan jangka masa panjang.

7. 76-100421 Datuk Ismail Sabri Bin Yaakob [ Bera ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan apakah kesan hasil daripada penjenamaan semula (re-branding) RTM dan berapakah jumlah peningkatan penonton dan sehingga kini berapa jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk ini.

8. 204-100925 Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan kawasan-kawasan di mana Indeks Jenayah telah turun, dan juga kawasan-kawasan di mana Indeks Jenayah telah meningkat, 5 bulan pertama bagi tahun ini berbanding dengan tempoh masa yang sama tahun lalu dan nyatakan sebab-sebabnya.

9. 68-100854 Dato’ Mohd Sarit Bin Haji Yusoh [ Temerloh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan Kerajaan ingin melonjakkan sumbangan pertanian hingga menjadi enjin ketiga pertumbuhan ekonomi. Adakah menjadi langkah Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Projek Pertanian di daerah-daerah dengan tujuan menyelaraskan semua projek pertanian oleh pelbagai agensi pertanian peringkat daerah bagi mengatasi masalah kegunaan tanah, modal, teknologi dan buruh.

10. 33-100372 Tuan Che Azmi Bin Haji Abdul Rahman [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan kolej swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan yang didapati menawarkan kursus-kursus yang tidak diluluskan oleh Kementerian. Apakah tindakan Kerajaan kepada mereka yang terlibat.

11. 164-100954 Tuan Donald Peter Mojuntin [ Penampang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejak Kerajaan memperkenalkan GDL (Goods Driving Licence), adakah kualiti pemandu kenderaan barangan meningkat dan adakah kemalangan yang melibatkan kenderaan tersebut berkurangan.

12. 119-101286 Tuan Wong Nai Chee [ Kota Melaka ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memastikan bahawa NGO-NGO yang memberikan kemudahan haemodialisis kepada orang awam sentiasa mencapai tahap perkhidmatan dan kebersihan yang memuaskan. 3 AUM DR 21/06/2005

13. 212-100682 Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah pengeluaran minyak Petronas dalam sehari, berapa peratus untuk eksport dan kegunaan dalam negeri, dan berapa keuntungan Petronas dalam era kenaikan harga minyak dunia kini dari tahun 2000 hingga sekarang.

14. 92-100332 Datuk Dr. Rahman Bin Ismail [ Gombak ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah kemajuan yang telah dicapai di antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia di dalam penyelesaian konflik kawasan maritim di Ambalat.

15. 137-100882 Tuan Razali Bin Haji Ibrahim [ Muar ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan pecahan jumlah pengguna perkhidmatan telefon bimbit pasca bayar dan prabayar bagi tahun 2003 dan 2004. Adakah Kerajaan bercadang untuk memastikan semua pengguna perkhidmatan telefon prabayar didaftarkan.

16. 103-100575 Dato’ Suhaili Bin Abdul Rahman [ ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah tindakan terkini yang diambil bagi mengatasi kekurangan bekalan air bersih dan berkualiti yang sedang dialami oleh penduduk W.P. Labuan.

17. 161-101272 Datuk Abdul Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan setakat manakah kesan buruk dirasai berkaitan kes rompakan terhadap pelabur dan hartawan Bahrain baru-baru ini di KLIA dan kejadian jenayah ragut dan bunuh yang kerap disiarkan di media-media tempatan dan asing akan menjejaskan 'business and investment rating' Malaysia terhadap peniaga dan pelancong luar negara. Apakah tindakan konkrit yang telah diambil bagi menangani masalah ini.

18. 216-100031 Tuan [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menambahbaikan perjalanan dan pengurusan jabatan- jabatan yang didapati bermasalah seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Badan Pencegah Rasuah dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara.

19. 73-100771 Dato’ Wan Adnan Bin Wan Mamat [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setakat ini sejauh manakah rancangan untuk menubuhkan sebuah Bank Pembangunan Asia mendapat sokongan tiga negara ekonomi gergasi Asia iaitu Jepun, Korea Selatan dan China, dan sama ada ianya turut mendapat sokongan dan persetujuan negara-negara barat. 4 AUM DR 21/06/2005

20. 187-100697 Tuan [ Kapit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah program-program yang lebih proaktif yang akan diperkenalkan bagi meningkatkan keberkesanan tindakan bagi menangani amalan rasuah di negara Malaysia dan setakat masa kini, apakah Plan Integriti Nasional (PIN) sudah mempamerkan keberkesanannya.

21. 207-100554 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keadaan ekonomi yang sebenar termasuk usaha-usaha menyeimbangkan bajet, menangani subsidi dan cara-cara melegakan penderitaan rakyat yang menghadapi harga barangan melambung dan suasana perniagaan yang muram.

22. 127-100085 Datuk Haji Mohamad Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan bahawa dasar langit terbuka yang diamalkan di dalam negara boleh menjejaskan kebudayaan Nasional yang berteras adat dan budaya ketimuran dan apakah tindakan Kementerian untuk mengatasi perkara tersebut.

23. 95-100465 Tuan Lau Yeng Peng [ Puchong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-

(a) sejauh manakah usaha Kerajaan mewujudkan universiti pengkhususan ke arah memperkasakan sesuatu bidang disiplin ilmu seperti yang dicadangkan sebelum ini; dan

(b) apakah persediaan pihak Kerajaan dan universiti-universiti terbabit.

24. 199-100659 Dato’ Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah rizab minyak dan gas negara di kawasan-kawasan laut berhampiran Sabah, , , dan lain-lain kawasan.

25. 106-101206 Datuk Haji Astaman Bin Abdul Aziz [ Titiwangsa ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah Kerajaan mengenai isu tuntutan bertindih antara Persekutuan Malaysia dan Republik Indonesia di Kepulauan Ambalat, Laut Sulawesi. Adakah Kerajaan Malaysia akan merujuk ke Mahkamah Dunia di The Hague, seperti yang dilakukan dalam kes Pulau Sipadan dan Ligitan.

5 AUM DR 21/06/2005

26. 58-101238 Dato’ Dr. Wan Hashim Bin Wan Teh [ Gerik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tindakan yang sedang diambil oleh Kerajaan untuk memelihara "ikan kelah" bergelar “raja sungai" yang masih terdapat di hulu sungai , sungai dan sungai Kelantan agar ikan yang amat berharga ini (RM80 hingga RM120 sekilo) tidak mengalami kepupusan.

27. 9-100767 Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Ariffin [ Jerlun ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan:-

(a) adakah Kementerian sedar seolah-olah wujudnya gandingan KPLW dengan Kementerian Kerja Raya bagi melaksanakan projek-projek jalan kampung (PJK) sehingga dalam hal-hal tertentu peranan mutlak KPLW telah tersisih; dan

(b) apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian bagi mengatasi perkara ini agar peranan Ahli- ahli Parlimen juga dapat dipertahan.

28. 114-100290 Datuk Haji Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan nilai kontrak keseluruhan Projek Pakej B Tebatan Banjir yang dibiayai oleh Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB) dan apakah perkembangan terkininya.

29. 155-100432 Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Bin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah bantuan tahunan yang diberi kepada badan-badan Penguatkuasa Badan Tempatan melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah untuk mempastikan pembangunan dan perkhidmatan akan terus dirasai oleh rakyat tempatan.

30. 162-100098 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah Kementerian ini menguatkuasakan kenaikan tambang pengangkutan seperti lori (25%), MAS (RM15) bagi setiap perjalanan domestik.

31. 211-101095 Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada kajian ada dijalankan berkenaan akibat terhadap tumbesaran kanak-kanak jika memikul beg sekolah yang terlalu berat dan sejauh mana kerjasama Kementerian ini dengan Kementerian Pelajaran.

6 AUM DR 21/06/2005

32. 165-100217 Puan Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah insentif kepada peserta negara ini dalam Olimpik khas untuk Orang Kurang Upaya. Apakah bantuan selanjutnya kepada mereka selepas mewakili negara ini.

33. 150-100519 Tuan Wilfred Madius Tangau [ ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan sedar kewujudan beribu- ribu apa yang dikatakan kerakyatan dokumentari di negeri Sabah yang telah mengkibatkan pertumbuhan penduduk lebih 5% dalam banci penduduk 1990 dan tahun 2000 seperti mana yang ditunjukkan dalam “Bulletin of Statistic.”

34. 208-101113 Tuan [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah usaha Kerajaan untuk mewujudkan bangsa Malaysia berjaya dilakukan memandangkan baki tempoh Wawasan 2020 tinggal 15 tahun lagi. Apakah hambatannya dan apakah akibatnya jika Wawasan 2020 gagal.

35. 115-100064 Dato’ Firdaus Bin Harun [ Rembau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah jangka pendek dan jangka panjang Kementerian bagi menggalakkan para siswazah dan para belia menceburkan diri dalam sektor pertanian negara dan menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya.

36. 62-101175 Brig Jen (B) Datuk Seri Abd Hamid Ngah @ Zainal Abidin [ Parit Buntar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimanakah tahap hubungan diplomatik antara Malaysia dan Australia selepas lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Australia baru-baru ini.

37. 217-101010 Tuan Kula Segaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan:-

(a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memulakan proses perdamaian di Sri Lanka; dan

(b) nyatakan nama negara dan sejauh manakah efektifnya campur tangan Kerajaan dalam proses pendamaian di seluruh dunia.

38. 142-100107 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk membendung inflasi akibat kenaikan harga diesel dan petrol. 7 AUM DR 21/06/2005

39. 157-100713 Datuk Juslie Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan 'penjenamaan semula' RTM memberi nafas baru serta apakah ianya meningkatkan mutu persembahan atau sekadar retorik sahaja.

40. 202-101042 Tuan Lim Hock Seng [ Bagan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan terbaru projek landasan berkembar KTM untuk Semenanjung Malaysia. Bilakah ia akan disempurnakan berperingkat-peringkat dan kos projek berkenaan.

41. 140-100333 Dr. Junaidy Bin Abdul Wahab [ Batu Pahat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah cadangan untuk menggalakkan syarikat-syarikat swasta terutama yang berkaitan Kerajaan (GLC) bagi menubuhkan sekolah-sekolah berasrama penuh bagi menampung keperluan pelajar berkeputusan cemerlang yang semakin bertambah yang gagal memperolehi tempat di sekolah-sekolah berasrama penuh sedia ada.

42. 13-101219 Tuan Hashim Bin Jahaya [ Kuala ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan nisbah terkini jurang pendapatan di antara penduduk-penduduk luar bandar berbanding dengan penduduk-penduduk bandar di Malaysia dan apakah langkah- langkah khusus yang telah dan/atau akan diambil oleh Kementerian ini selain daripada langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian- kementerian lain bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan di antara dua kelompok masyarakat tersebut bagi membasmi kemiskinan tegar di Malaysia.

43. 205-100617 Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab-sebab mengapa Kerajaan tidak menerima bahawa peruntukkan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang diperuntukkan untuk Ahli-ahli Dewan Negara dipilih perlu dilaksanakan.

44. 55-100041 Tuan Huan Cheng Guan [ Batu Kawan ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sehingga kini terdapat berapakah stesyen minyak yang beroperasi di Semenanjung Malaysia dan pecahannya mengikut negeri masing-masing.

45. 163-100233 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah kepulauan milik Malaysia di pesisir pantai negeri Sabah yang belum dinamakan atau tercatat dalam peta negara, siapa dan berapa ramai penduduknya. 8 AUM DR 21/06/2005

46. 40-100591 Dato’ Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar [ Larut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyakkah wang yang telah dilaburkan oleh Tabung Haji di dalam syarikat-syarikat tempatan mahu pun asing.

47. 176-100026 Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan langkah-langkah terkini yang diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah kuota diesel. Bilakah Kerajaan akan menamatkan subsidi petroleum di negara kita memandangkan bahawa tanggungan subsidi terlalu tinggi.

48. 168-100583 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah Kementerian akan mendirikan sebuah sekolah menengah berasrama penuh di Terus Madi, Sinua di kawasan Pensiangan.

49. 118-100833 Tuan Haji Idris Bin Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah sistem pemantauan yang diguna pakai oleh Kementerian bagi mengukur tahap pencemaran yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat penapisan minyak gergasi yang boleh menjejaskan kualiti persekitaran dan hidup masyarakat setempat.

50. 173-100045 Datuk Bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan:-

(a) bantuan kewangan dan/atau teknikal yang boleh didapati dari Kementerian untuk menubuhkan unit "research and development" dalam mana-mana industri. Apakah industri- industri yang terlibat; dan

(b) bantuan dari sumber kewangan, tenaga manusia, khidmat nasihat dan sokongan yang boleh didapati dari Kementerian. Sila senaraikan termasuk pra syarat-syarat dan kawalan seterusnya.

51. 220-100712 Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan perlaksanaan mata pelajaran JQAF di sekolah rendah hingga kini.

9 AUM DR 21/06/2005

52. 21-100981 Tuan Haji Md. Alwi Bin Che Ahmad [ Ketereh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah- langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan bahan- bahan import makanan terutamanya makanan ternakan (Animal Feed) yang amat membebankan ekonomi negara. Apakah ada rancangan untuk petani tempatan untuk mengambil alih peranan tersebut.

53. 15-101056 Dato’ Dr. Wan Azmi Bin Wan Ariffin [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kerajaan berhasrat mengenakan hukuman yang lebih berat ke atas pengusaha-pengusaha makanan yang meniru sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan apakah pihak Kerajaan bercadang untuk mempertingkatkan lagi peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam aspek pengawasan produk- produk halal.

54. 3-100522 Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail [ Arau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan dengan 17 Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia, adakah Kementerian bercadang untuk menambahkan bilangannya lagi dengan memperkenalkan lebih lagi pengkhususan baru sebagai bidang khusus untuk tiap-tiap universiti.

55. 110-101293 Dato’ Goh Siow Huat [ Rasah ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai had bilangan kanak-kanak yang boleh belajar di tabika swasta dan bilangan kelas yang dibenarkan di Tabika Swasta Individu. Jika ada, berapakah hadnya.

56. 210-100438 Tuan [ Cheras ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sebab Prof. Madya Dr. Edmund Terence Gomez tidak diberikan cuti selama 2 tahun oleh Universiti Malaya bagi membolehkannya menerima tawaran di UN Research Institute for Social Development sedangkan kemudahan yang sama pernah diberikan kepada tenaga pengajar Malaysia yang lain.

57. 188-100879 Tuan Billy Abit Joo @ Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk meningkatkan penglibatan penduduk di penempatan semula Bakun Sungai Asap dalam "Commercial Agriculture". Jika ada, apakah rancangan tersebut dan setakat ini apakah tahap kejayaannya.

58. 134-100773 Tuan Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah peranan "Value Cap" dalam menstabilkan pasaran saham tempatan dan adakah ia masih berfungsi lagi. 10 AUM DR 21/06/2005

59. 38-100116 Tuan Ahmad Shabery Bin Cheek [ Kemaman ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah Kerajaan bercadang mewajibkan setiap bot-bot nelayan memiliki kelengkapan keselamatan serta pengambilan insuran kemalangan.

60. 74-100475 Tuan Haji Ismail Bin Abd Mutalib [ Maran ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, berapa banyakkah pelabur yang melabur di negara ini telah mengalihkan pelaburan mereka ke negara China dan jumlah pelabur-pelabur Cina warga negara Malaysia yang telah memindahkan pelaburan mereka ke negara China.

61. 69-100510 Dato’ [ Bentong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Kerajaan akan melancarkan semula projek Buku Hijau untuk memantapkan lagi penyertaan rakyat dalam sektor pertanian negara.

62. 100-100020 Dato’ Dr. Tan Kee Kwong [ Segambut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai cadangan mengembalikan kebebasan Parlimen. Apa langkah yang sudah diambil untuk menjayakan hasrat ini.

63. 209-101203 Puan Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sukatan hujan di sekitar kawasan Jalan Klang Lama pada 22 April 2005, 23 April 2005, 24 April 2005, 25 April 2005, 26 April 2005, 27 April 2005, 28 April 2005 dan 29 April 2005. Apakah sebab berlakunya banjir kilat pada 22 April 2005.

64. 93-101033 Dr. Rozaidah Binti Talib [ Ampang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bagaimanakah Kementerian dapat membantu nasib IPTS Bumiputera yang tenat akibat kekurangan penajaan.

65. 169-101075 Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sehingga tahun 2004 dan April 2005, berapakah jumlah syarikat Bumiputera bertaraf kecil dan sederhana yang telah mendapat pinjaman minimum RM50,000.00 dan maksimum RM25 juta seperti yag disyaratkan oleh Kementerian dari Tabung Khas Pelancongan yang berjumlah RM400 juta.

66. 84-100885 Tan Sri Dato’ Dr. K. S. Nijhar [ Subang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah status pembinaan SK U3 Subang Perdana, SMK U3 Subang Perdana dan SMK Subang Bistari yang sepatutnya dibina dalam Rancangan Malaysia ke-8. 11 AUM DR 21/06/2005

67. 214-100800 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah pendekatan yang akan diambil oleh Kerajaan bagi menggalakkan siswazah menganggur terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana.

68. 94-100377 Tuan Haji Markiman Bin Kobiran [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan apakah Kementerian berpuashati dengan peranan dan kesungguhan PEMADAM di peringkat daerah dalam memerangi gejala dadah di peringkat akar umbi dan nyatakan alasan atau halangan yang dikenalpasti melesukan pergerakkan PEMADAM ini.

69. 89-101306 Datuk Haji Mat Yasir Bin Haji Ikhsan [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) bilakah bangunan Institut Perakaunan Negara (IPN) di Sungai Lang Sabak Bernam yang sudah 100 peratus siap dapat beroperasi dan dimanfaatkan; dan

(b) apakah langkah-langkah agar rakyat tempatan akan menerima manfaat dari pembangunan kawasan Sungai Lang.

70. 179-101129 Tuan Jimmy Donald [ Sri Aman ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah penuntut dari Darjah Tiga hingga Tingkatan Tiga yang mengambil Bahasa Iban di Sarawak pada tahun 2005. Apakah langkah- langkah yang sedang diambil untuk memperkasakan bahasa ini di maktab-maktab perguruan di Sarawak dan bilakah bahasa ini akan diajar di Tingkatan 4 dan 5.

71. 121-100143 Datuk Haji Mohd Said bin Haji Yusof [ Jasin ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah hala tuju Kementerian untuk mempergiatkan penglibatan petani luar bandar dalam mengeluarkan hasil pertanian kerana pada masa ini tepung ubi untuk kegunaan industri kicap, sos cili dan cuka pun diimport daripada negara Thailand dan Indonesia.

72. 200-101029 Tuan Haji Ismail Bin Noh [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kerajaan berpuas hati terhadap program- program yang telah dianjurkan oleh Rakan Muda ataupun penubuhannya telah pun berkubur.

12 AUM DR 21/06/2005

73. 37-100481 Datuk Haji Rosli Bin Mat Hasan [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah universiti di Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta jumlah pelajar Malaysia yang terlibat yang ditaja oleh Kerajaan dan bukan Kerajaan mengikut negara-negara berkenaan.

74. 75-100430 Tuan Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) berapakah jumlah perumahan yang telah dibuat dan akan dibuat bagi generasi kedua Felda di seluruh negara; dan

(b) berapakah peruntukan yang telah disalurkan bagi setiap tahun kepada setiap perancangan Felda bagi aktiviti kemasyarakatan, khususnya menangani masalah sosial dan penyalahgunaan dadah.

75. 91-101085 Tuan Mohd. Daud Bin Haji Tarihep [ Kuala ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah perancangan yang telah dibuat oleh Kementerian melalui Jabatan dan Agensi atau pihak swasta dalam membangunkan tanah-tanah terbiar agar ia dapat menambahkan pengeluaran bahan makanan untuk pasaran dalam negeri atau dieksport yang secara langusng memberikan pendapatan tambahan kepada pekebun-pekebun kecil di luar bandar.

76. 48-100169 Tan Sri Dato' Seri Dr. Ting Chew Peh [ Gopeng ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada negara kita msih menghadapi kekurangan guru di sekolah-sekolah rendah khasnya di SJK (C) dalam mata pelajaran tertentu dan sekiranya masalah kekurangan guru masih wujud, apakah rancangan-rancangan Kementerian untuk menanganinya.

13 AUM DR 21/06/2005

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 9/2005) Rang Undang-undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2005 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [ 20 Jun 2005]

2. (D.R. 13/2005) Rang Undang-undang Insurans (Pindaan) Bacaan Kali 2005 Yang Kedua

3. (D.R. 12/2005) Rang Undang-undang Syarikat Kapal Layar “ Antarabangsa Langkawi 2005

4. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“ Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 (4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-

“ Kumpulan Wang Amanah Pengurusan Perolehan Setem Cukai (Banderol) untuk Rokok dan Minuman Keras, Jabatan Kastam Diraja Malaysia ”.

5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“ Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-

‘ Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN)’

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 (4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-

“ Kumpulan Wang Amanah Pendidikan, Perundingan dan Penyelidikan, Institut Penilaian Negara ” 14 AUM DR 21/06/2005

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“ Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-

‘ Kumpulan Wang Amanah Tabung Bantuan Perubatan (TBP)’

8. 206-100061 Tuan [ Ipoh Timur ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menghargai usaha Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Diraja demi memperkasakan operasi dan pengurusan Polis Diraja Malaysia kerana menghasilkan laporannya dan mengambil keputusan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan untuk menyelia perlaksanaan 125 cadangannya demi mentransformasikan Polis Diraja Malaysia menjadi perkhidmatan polis yang berkesan, bersih, beramanah, bertaraf antarabangsa serta berstatus abad-21 yang menghormati hak asasi manusia".

9. 150-100568 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa dewan ini mengambil berat terhadap kewujudan 'Documentary citizenship' di negeri Sabah yang telah wujud akibat kelemahan dalam sistem pendokumentasian kewarganegaraan di negara ini dan juga kewujudan sindiket yang melibatkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara dan juga individu daripada luar yang telah mengambil kesempatan mengaut keuntungan memberi dokumen-dokumen kewarganegaraan kepada orang-orang asing yang tidak layak mendapatkan kewarganegaraan. Sehubungan dengan itu Dewan ini juga bersetuju supaya Kerajaan menubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji bagaimana pendokumentasian kewarganegaraan dapat diperbaiki sehinggalah setanding dengan sistem yang diamalkan di negara-negara maju.”

10. 206-100062 Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil perhatian bahawa selama 20 bulan perjawatan YAB Perdana Menteri ini masih tidak menampakkan pencapaian yang besar yang dapat menunaikan janjinya untuk membentuk sebuah pentadbiran yang bersih,tidak korup, bertanggungjawab, berkesan, beramanah, berjiwa rakyat, progresif dan demokratik, mengambil keputusan bahawa satu laporan kemajuan dua tahun mengenai penjawatan YAB Perdana Menteri harus dibentangkan di Parlimen pada 1 November 2005 supaya satu perbahasan Parlimen yang menyeluruh dapat dijalankan.” 15 AUM DR 21/06/2005

11. 150-100605 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil pandangan yang amat serius tentang pencapaian peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM yang dikatakan rendah di kesemua 26 Daerah Pendidikan di Sabah berbanding dengan negeri-negeri lain dan daerah-daerah pendidikan yang lain di seluruh negara. Dan Kerajaan hendaklah mengambil langkah-langkah yang berpatutan untuk memperbaiki keadaan tersebut.”

12. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengizinkan Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Ipoh Timur YB. Tuan Lim Kit Siang untuk membawa suatu Rang Undang- undang daripada ahli yang bukan Ahli Kerajaan bertajuk Rang Undang- undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2005”.

13. 173-100059 Datuk Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] akan mencadangkan:-

“Ada fakta-fakta yang tertentu menunjukkan bahawa kemasukan pelajar- pelajar lelaki ke Institusi Pengajian Tinggi menurun dari tahun ke tahun. Dalam masa yang sama graduan wanita yang banyak keluar dari universiti telah menjana kepada jumlah yang terbesar dari siswazah yang menganggur.

Dalam keadaan yang pertama, Kerajaan tidak mempunyai satu jawapan untuk menyelesaikan masalah agar perimbangan kemasukan pelajar lelaki dan wanita ke Institusi Pengajian Tinggi dengan tidak menjejaskan dasar meritokrasi yang ada. Dalam situasi yang kedua Kerajaan mengambil jalan mudah untuk memuas citarasa konsisten dengan program yang membazirkan.

Dewan ini digesa untuk membuat satu ketetapan untuk mendorong Kerajaan agar digubalkan satu dasar yang komprehensif, berpatutan untuk jangka panjang yang boleh menghasil graduan di kalangan semua jantina dalam jangka masa yang singkat ini.”

14. 150-100572 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini memandang serius keadaan pekan-pekan dan pusat- pusat bandaraya yang kotor akibat daripada sikap dan amalan masyarakat yang membuang sampah di merata-rata tempat dan juga kegagalan pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasa undang-undang anti pembuang sampah. Dewan ini juga mendesak pihak Kerajaan supaya mengambil langkah-langkah segera untuk melaksanakan pendidikan 16 AUM DR 21/06/2005

sosial kepada masyarakat yang berkesan dengan menggunakan media- media yang bersesuaian.”

15. 150-100559 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini membuat ketetapan mendesak Kerajaan menyusun semula Organisasi FAMA Negeri Sabah dengan memberi peruntukan yang besar dan mencukupi dalam RMK-9 untuk membiayai program- program pemasaran yang melibatkan komoditi hasil pertanian luar bandar sama ada sebagai bahan mentah ataupun diproses yang beroperasi dan yang mempunyai pasaran domestik, nasional dan antarabangsa dan seterusnya melibatgandakan bilangan kakitangan FAMA Negeri Sabah daripada yang ada sekarang untuk mengurus program-program pemasaran yang strategik dan kritikal termasuklah menjalankan MARKET RESEARCH AND SURVEY seterusnya mempastikan supaya FAMA dapat beroperasi di setiap daerah di Sabah dengan kakitangan yang mencukupi.”

16. 163-100251 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa peranan yang dimainkan oleh persatuan ibu-bapa dan guru-guru (PIBG) di lebih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara adalah amat penting dalam pembangunan pendidikan negara.

Dan mengambil maklum bahawa peranan yang dimainkan oleh PIBG boleh diperluaskan lagi seperti terlibat secara langsung dalam kempen budi bahasa budaya kita,kempen nilai-nilai murni, kempen anti dadah dan anti merokok dan lain-lain lagi sekiranya mereka mendapat sumber kewangan yang lebih.

Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menyediakan dana khas ataupun "Annual Grant" kepada setiap PIBG di seluruh negara agar mereka juga dapat menyumbang peranan dalam pembentukan generasi Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.”

17. 207-100557 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memperdebatkan kenaikan harga barangan dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan terutamanya selepas kenaikan harga diesel dan petrol. Bahawa Dewan juga mahu memperbincangkan kesan-kesan usaha Kerajaan menyeimbangkan bajet, menangani subsidi dan mengawal harga barangan yang melambung tinggi." 17 AUM DR 21/06/2005

18. 150-100553 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Pembangunan Wilayah yang akan mengkaji dan menilai tahap pembangunan ekonomi dan sosial Sabah dan Sarawak serta negeri- negeri kurang maju berbanding dengan negeri-negeri maju. Perhatian khusus akan diberikan kepada kajian keberkesanan pelaksanaan dasar- dasar, strategi-strategi, program-program dan sistem penyampaian Kerajaan yang melibatkan Kementerian, jabatan dan agensi-agensi Kerajaan persekutuan dan negeri khususnya yang ada kaitan dengan pembangunan wilayah. Perhubungan jentera Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan Perkhidmatan Awam Negeri akan diberi tumpuan terutama sekali perundangan-perundangan dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pelaksaan program dan projek pembangunan di negara ini dengan tujuan merapatkan lagi jurang pembangunan wilayah.”

19. 173-100058 Datuk Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] akan mencadangkan:-

Gejala sosial di kalangan belia di negara ini masih menular. Tindakan Kerajaan telah mendorong Kementerian Belia dan Sukan kepada memperkasakan agenda sukan daripada memberi tekanan kepada pembelaan nasib dan pembangunan belia. Pendekatan Kementerian Belia dan Sukan kepada pembangunan dan pembelaan belia juga tidak teratur dan sistematik. Perimbangan pembangunan prasarana dan perisian juga kurang betul dan tepat.

Dewan yang mulia ini digesa untuk mengambil kedudukan agar dasar belia negara dikaji semula dan perlaksanaan dasar tersebut di beri nafas baru yang lebih dinamik dan berkesan.

20. 214-100829 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyokong hasrat dan seruan Kerajaan agar masyarakat antarabangsa iaitu negara Barat yang berpengaruh, khususnya kuasa-kuasa besar mengambil pendekatan reformasi aman di negara umat islam melalui tindakan pelbagai hala, dialog dan bukannya tindakan unilateral, penindasan dan kekerasan. Sehubungan itu Dewan ini mendesak Kerajaan memainkan peranan utama dan positif dalam reformasi pembangunan hak-hak asasi rakyat dan pembinaan demokrasi yang lebih mantap di negara ini terutama bagi menjamin peranan parti pemerintah dan persaingan sihat dengan parti-parti politik pembangkang, selaras dalam dengan seruan reformasi dan pendekatan global secara 18 AUM DR 21/06/2005

aman di peringkat masyarakat antarabangsa. Justeru, pihak Kerajaan tidak boleh lagi bersikap 'double standard' malah memerlukan suatu komitmen dan keazaman politik bagi segera menghentikan pelbagai tindakan melampau dan mengambil kesempatan bertujuan mengekalkan kuasa dengan berselindung di sebalik pelaksanaan undang-undang lapuk seperti ISA, Akta Cetak, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan sebagainya.

21. 150-100563 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan supaya PETRONAS membuat pelaburan di pelbagai sektor di Sabah sejajar dengan kedudukan Sabah sebagai salah satu daripada pengeluar minyak petroleum negara. Pelaburan yang dimaksudkan termasuklah industri hiliran minyak petroleum dan gas, bidang pelancongan, pembangunan hartanah, pembangunan pendidikan untuk membantu menjana pertumbuhan ekonomi negeri Sabah yang mampan ke arah mencapai status negeri maju bagi SABAH sejajar dengan Wawasan 2020, MENJELANG TAHUN 2020. Dewan ini juga harus membuat perakuan kepada Kerajaan bahawa negeri Sabah tidak terus menerus menjadi negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi sedangkan Sabah adalah pengeluar minyak petroleum.”

22. 173-100057 Datuk Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] akan mencadangkan:-

“Tuntutan agama, budaya dan kontrak sosial menarik pelbagai hala tuntutan mirip kepada kepentingan kelompok-kelompok yang tertentu. Dalam episod itu bangkit pejuang-pejuang (champions) yang mempunyai agenda politik, sosial dan peribadi untuk kepentingan sendiri, kelompok dan kumpulan yang diwakilinya;

Demi faedah bersama dan kepentingan politik semasa "trade-off" yang nampaknya sebagai mengenepikan pelaksanaan program perpaduan jangka panjang. Ada unsur-unsur yang menunjukkan bahawa Pejuang- pejuang (champions) ini kurang minat untuk "berkorban" dan bertolak ansur demi perpaduan dan negara.

Dewan ini digesa agar Kerajaan bersikap tegas dan jangan berkompromi atas sebab jangka pendek untuk kemakmuran, perpaduan dan keharmonian negara dalam jangka panjang.”

19 AUM DR 21/06/2005

23. 168-100604 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendaklah mengambil tindakan strategik dan berkesan untuk mengatasi penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di kalangan pelajar-pelajar di kawasan Pensiangan yang masih di tahap yang rendah."

24. 150-100598 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini amat prihatin dan memandang serius terhadap kewujudan begitu banyak kampung-kampung di negeri Sabah yang belum lagi mendapat kemudahan asas terutama sekali bekalan letrik, bekalan air bersih dan jalan kampung serta prasarana sekolah rendah yang serba daif dan kekurangan termasuk ketidakwujudan kemudahan Tadika setelah lebih 40 tahun merdeka melalui pembentukan Persekutuan Malaysia. Dewan ini juga memperakui bahawa keadilan sosial harus ditegakkan dengan memberi peruntukan kewangan yang mencukupi dan melaksanakan dengan penuh berhemah. Ini bererti peruntukan yang mencukupi hendaklah diberikan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar.

25. 214-100835 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap iaitu penghinaan terhadap kesucian Al-Quran oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dalam layanannya terhadap tahanan muslim di Pusat Tahanan Guantamano. Dewan ini juga mendesak Kerajaan Amerika Syarikat mendedahkan sepenuhnya sebab-sebab dan punca-punca tragedi hitam berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertangungjawab. Sehubungan itu Dewan ini juga mendesak Kerajaan atas nama OIC mengambil tindakan membebaskan semua tahanan muslim di Guantanamo dan Abu Gharib ekoran pencerobohan Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq."

26. 209-101226 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan memulihkan pilihan raya Kerajaan tempatan yang telah dihentikan selama 40 tahun oleh Kerajaan demi memperkasakan perkhidmatan Kerajaan tempatan di negara kita di samping memulangkan hak kepada rakyat untuk memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan." 20 AUM DR 21/06/2005

27. 150-100565 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan meminta Kerajaan mengkaji sejauh mana keberkesanan strategi-strategi dan program-program di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) khususnya terhadap dasar pencapaian 30% ekuiti Bumiputera di sektor korporat dan juga bagaimana DEB mempastikan agar pengagihan di antara pelbagai komuniti Bumiputera terutama sekali jurang perbezaan pemilikan ekuiti di antara orang Melayu di Semenanjung dengan Bumiputera Minoriti di Sabah dan Sarawak dapat dirapatkan. Kajian ini juga akan meneliti sama ada wajar atau tidak diwujudkan satu Kementerian mengawalselia pelaksanaan dasar- dasar,strategi-strategi dan program Kerajaan untuk meningkatkan ekuiti Bumiputera Minoriti.”

28. 150-100584 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini memandang serius terhadap kualiti pendidikan yang diberi kepada para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang dikatakan semakin menurun sekaligus mengakibatkan 'unemployability' graduan kita. Keadaan ini boleh menjadi satu masalah sosial yang amat merugikan dan membebankan rakyat dan Kerajaan sekiranya tidak ditangani. Di samping itu jika soal kualiti pendidikan itu tidak ditangani dengan baik maka hasrat Kerajana untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan akan terjejas. “

29. 168-100607 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil serius terhadap rakyat Malaysia yang tinggal berhampiran sempadan Malaysia - Indonesia di kawasan Pensiangan yang tidak memiliki kad pengenalan atau Mykad. Sekiranya ini tidak diatasi dengan secepat mungkin oleh Kerajaan, maka mungkin rakyat Malaysia ini akan menjadi pelarian atau pendatang tanpa izin di bumi sendiri.

30. 209-101232 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk menyeru Kementerian pendidikan supaya melaksanakan mata pelajaran pelbagai kaum untuk mempelajari agama mereka masing-masing di sekolah sebagai langkah untuk membina akhlak dan mencegah keruntuhan akhlak di kalangan pelajar sekolah."

21 AUM DR 21/06/2005

31. 217-101028 Tuan Kula Segaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

“Bahawa dewan ini mengambil satu ketetapan untuk mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam menukar minda (mind set) dan mengambil lebih ramai orang bukan melayu bekerja dalam sektor awam kerana sehingga ini JPA gagal berbuat demikian.”

32. 217-101031 Tuan Kula Segaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

“Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk mengarahkan Kerajaan menolong pencapaian keamanan di antara LTTE dan Kerajaan Sri Lanka dengan segera.

33. 209-101223 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk membenarkan stesyen televisyen untuk mengadakan siaran langsung supaya rakyat boleh mengetahui ucapan para Ahli Berhormat dan proses Dewan Rakyat membuat keputusan terhadap dasar dan undang-undang."

34. 150-100558 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Pelbagai Parti Mengenai Pelarian Filipina di Sabah yang dianggotai setiap parti politik yang mempunyai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat untuk mengkaji dasar-dasar dan strategi-strategi pengurusan kehadiran mereka di Sabah dan meneliti perundangan antarbangsa khususnya United Nation Protocol on Refugees 1952 dan perundangan negara dan antarabangsa yang berkaitan demi mencari penyelesaian muktamad terhadap kehadiran pelarian Filipina di Sabah yang sudahpun berada di Sabah sejak tahun 1972 ataupun lebih 30 tahun yakni sudah satu generasi dan tidak berkesudahan.”

35. 207-100556 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekurang-kurangnya tiga hari. Dewan ini hendaklah mengetahui 22 AUM DR 21/06/2005

bagaimana Kerajaan akan menjayakan 125 syor laporan tersebut mengikut jadual dalam tempoh lima tahun yang ditetapkan agar PDRM mencapai taraf dunia.”

36. 150-100602 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Dewan ini memperakui hasrat Kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan oleh itu Dewan ini meminta Kerajaan supaya menyatakan dengan jelas apakah strategi-strategi serta program-program yang berwibawa untuk benar-benar mencapai hasrat tersebut. Dengan itu kecemerlangan harus dibudayakan dalam sistem pendidikan negara. Disamping itu satu sistem pemantauan, penilaian serta pengukuran kejayaan kita ke arah itu hendaklah dibentang di Dewan yang mulia ini untuk perbahasan dan kelulusan.”

37. 168-100601 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memandang serius dan perlu mengambil langkah- langkah drastik terhadap kekurangan air bersih yang selamat digunakan di kawasan Pensiangan. Sekiranya ini tidak dapat di atasi maka penderitaan rakyat di kawasan ini akan berterusan. Oleh itu Dewan ini hendaklah membuat ketetapan meminta Kerajaan untuk menyelesaikan isu air ini dengan segera."

38. 150-100592 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini memandang serius dakwaan sesetengah pihak kononnya pengagihan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang dikatakan tidak lagi mencerminkan komposisi kaum yang majmuk di negeri tersebut. Keadaan ini akan memberi implikasi terhadap perpaduan dan keharmonian kaum jika tidak ditangani dengan baik. Disamping itu Dewan ini juga memandang serius tentang bilangan kakitangan awam daripada Sabah dan Sarawak yang memegang jawatan Ketua Setiusaha, Timbalan Ketua Setiusaha dan Ketua Pengarah Persekutuan yang terlalu rendah iaitu hanya 6 orang sejak tahun 1963 hingga sekarang.”

39. 209-101229 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan untuk melaksanakan kempen kitar semula dan kempen pengurangan penggunaan plastik dengan lebih gigih demi memelihara kebersihan alam sekitar." 23 AUM DR 21/06/2005

40. 217-101030 Tuan Kula Segaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

“Bahawa dewan ini mengambil satu ketetapan untuk mengarahkan Kementerian Luar Negeri untuk mengkaji semula dasar Kerajaan dan keengganan Kerajaan menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa.”

24 AUM DR 21/06/2005

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

TARIKH AHLI YANG TAJUK UCAPAN MENTERI YANG UCAPAN BERUCAP BERTANGGUNGJAWAB DIBUAT

1. 21.6.2005 1. YB. Tuan Fong Kui 1. Pemaju Kondominium Le 1. YB. Menteri Sumber (Selasa) Lun [Bukit Bintang] Chateau, Lorong Syed Putra, Asli dan Alam Sekitar. Kuala Lumpur Gagal Memohon Hakmilik strata untuk Pembeli-Pembeli Unit Kondo.

2. 21.6.2005 2. YB. Tuan Chow 2. Tingkatkan Keberkesanan 2. YB. Menteri di (Selasa) Kon Yeow Jabatan Insolvensi Malaysia. Jabatan Perdana [Tanjong] Menteri.