Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 23 NOVEMBER 2005, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 69 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. 81-100590 Dato’ Yap Pian Hon [ Serdang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:- (a) sama ada pihak Kementerian akan meminda Peraturan Kanun Tanah Negara untuk menjamin hak milik tanah tidak ditukar sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan pemilik asal; dan (b) berapakah jumlah kes penukaran hak milik tanah tanpa pengetahuan pemiliknya berlaku pada tahun 2002, 2003, 2004 dan sehingga Julai 2005. 2. 32-100993 Tuan Mohamed Yusop Bin Majid [ Setiu ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan sekatan dan tindakan tegas yang patut diambil ke atas pengarang, pencetak, pengedar, penjual dan pelanggan-pelanggan yang melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan buku dan majalah yang mendatangkan keghairahan yang semakin banyak dalam pasaran dan bilakah tindakan ini akan diambil dan apakah tindakannya. 3. 40-100636 Dato’ Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar [ Larut ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapakah kadar bayaran pembedahan di antara hospital-hospital swasta yang amat ketara perbezaannya di antara satu sama lain. 4. 220-101367 Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kesan terhadap eko- sistem setelah keghairahan Kerajaan Negeri meneroka kawasan hutan dengan mengambil hasil hutan dalam jangka masa pendek. 2 AUM DR 23/11/2005 5. 182-101354 Tan Sri Law Hieng Ding [ Sarikei ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes sivil dan kriminal yang masih tertunggak untuk didengar dan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Adakah sebarang cadangan untuk mewujudkan mahkamah berlainan kelas sebagai salah satu cara penyelesaian. 6. 167-100485 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menaik taraf kilang getah khususnya di kawasan Daerah Tenom. 7. 76-100628 Datuk Ismail Sabri Bin Yaakob [ Bera ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah sekolah kurang murid (SKM) di seluruh negara dan apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kementerian bagi mengatasi masalah ini. 8. 173-100057 Datuk Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan ada kekeliruan kefahaman kepada "the Third Energy Principle" dalam mengurangkan penjanaan dan penggunaan kuasa di negara ini. Adakah Kerajaan tidak mengetahui atau tidak cukup "political will" untuk melaksanakan prinsip ini. 9. 25-100093 Datuk Mohd. Razali Bin Che Mamat [ Kuala Krai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengenai dasar buku teks yang akan diberikan kepada pelajar tanpa mengira pendapatan ibu bapa. Adakah dasar ini dipersetujui oleh pihak Kementerian. Jika dipersetujui, bilakah program ini akan dilaksanakan. 10. 155-100857 Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Bin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan berapa banyakkah anak-anak keturunan KadazanDusun yang telah diambil atau diterima sebagai rekrut (recruit) di dalam "recruitment exercise" Polis dan Tentera kebelakangan ini. 11. 150-100218 Datuk Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah perbelanjaan setahun untuk melaksanakan pembelajaran Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Senai di sekolah-sekolah Kerajaan dalam setahun. 3 AUM DR 23/11/2005 12. 68-100922 Dato’ Mohd Sarit Bin Haji Yusoh [ Temerloh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah kesannya ke atas kadar pertumbuhan ekonomi negara dan kadar inflasi akibat dari kenaikan harga minyak sekarang ini. 13. 38-100851 Tuan Ahmad Shabery Bin Cheek [ Kemaman ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah benar Kerajaan bercadang untuk menerapkan kembali semangat Dasar Ekonomi Baru dalam Rancangan Malaysia Ke-9 kelak. Apakah dasar ini bersifat perkauman dan apakah ia akan menjejaskan daya saing Malaysia dalam ekonomi global. 14. 164-100905 Tuan Donald Peter Mojuntin [ Penampang ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan apakah rancangan Kementerian terhadap kawasan tanah persekutuan CL 30483 yang terletak di kawasan Kepayan, Daerah Penampang dan yang mempunyai keluasan 37.75 ekar memandangkan sebahagian besar tapak tanah tersebut masih lagi lapang sejak 20 tahun yang lalu. 15. 127-100089 Datuk Haji Mohamad Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah kemasukan mahasiswa dan mahasiswi ke IPTA dan IPTS seluruh negara mengikut jurusan serta komposisi kaum bagi tahun 2003 dan 2004. 16. 145-100762 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah berkesan yang telah dan akan diambil untuk memberi Pinjaman Pendidikan PTPTN kepada golongan yang berpendapatan rendah. 17. 121-100014 Datuk Haji Mohd Said bin Haji Yusof [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rasionalnya Kerajaan melalui Khazanah Nasional Bnd. bercadang untuk menjual kepentingan Kerajaan di dalam Proton Holdings Bhd. 4 AUM DR 23/11/2005 18. 19-100107 Datuk Mohd Zaid Bin Ibrahim [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) berapakah jumlah pungutan hasil zakat pada tahun 2004 yang diklasifikasikan sebagai bayaran yang dibayar bagi mendapat pengecualian cukai pendapatan bagi tahun tersebut; dan (b) adakah sistem pungutan zakat tersebut mempunyai sistem taksiran yang bersistematik seperti mana sistem yang diamalkan di dalam pungutan cukai pendapatan. 19. 214-101212 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah faktor-faktor dalaman yang merangsang kepada ancaman jerebu selain faktor kebakaran hutan di luar negeri. 20. 33-100321 Tuan Che Azmi Bin Haji Abdul Rahman [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa buah syarikatkah yang telah didapati bersalah membuat pengisytiharan palsu cukai kastam kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja pada tahun ini. Berapakah jumlah denda yang dikutip dari pesalah-pesalah tersebut. Apakah Kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pihak- pihak yang terlibat membuat pengisytiharan palsu. 5 AUM DR 23/11/2005 ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL 1. Menyambung semula pertimbangan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2006 (D.R. 23/2005) Dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2006 seperti berikut: “ Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada tiga puluh lima bilion lima ratus dua juta empat puluh empat ribu enam ratus ringgit (RM35,502,044,600) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2006, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2006, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 21 Tahun 2005, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut hendaklah disahkan. “ Dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis. 2. (D.R. 25/2005) Rang Undang-undang Saraan Hakim Bacaan (Pindaan) 2005 Kali Yang Kedua 3. (D.R. 26/2005) Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) “ 2005 4. (D.R. 27/2005) Rang Undang-undang Kewangan 2005 “ 5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keempat Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 14) sebanyak USD64,300 (RM244,340) dan caruman kepada Interim Trust Fund (ITF) sebanyak USD11,496.05 (RM43,685). “ 6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan menukarkan pinjaman Kerajaan Persekutuan sebanyak RM50 juta kepada Malaysian Venture Capital Management Berhad (MAVCAP), suatu syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) kepada ekuiti”. 6 AUM DR 23/11/2005 7. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan 81(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat mengambil ketetapan yang berikut: “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan bahawa: (a) Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Integriti ditubuhkan bagi membincangkan isu-isu pengukuhan nilai, etika dan integriti di kalangan masyarakat berlandaskan pelaksanaan Pelan Integriti Nasional; (b) Jawatankuasa Pilihan tersebut hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut: (i) Y.B. Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) sebagai Pengerusi; (ii) Y.B. Tuan Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur); (iii) Y.B. Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh (BN Gerik); (iv) Y.B. Puan Rosnah binti Abdul Rashid Shirlin (BN Papar); (v) Y.B. Tuan Teng Boon Soon (BN Tebrau); (vi) Y.B. Dr. James Dawos Mamit (BN Mambong); (vii) Y.B. Tuan Devamany a/l Krishnasamy (BN Cameron Highlands); (viii) Y.B. Puan Tan Lian Hoe (BN Bukit Gantang); (ix) Y.B. Datuk Richard Riot anak Jaem (BN Serian); (x) Y.B. Tuan Eric Enchin Majimbun (BN Sepanggar); (xi) Y.B. Ir. Edmund Chong Ket Wah (BN Batu Sapi); dan 7 AUM DR 23/11/2005 (xii) Y.B. Dato’ Hj. Ab. Halim bin Ab. Rahman (PAS Pengkalan Chepa). Jika Pengerusi tidak dapat hadir dalam sesuatu Mesyuarat, Jawatankuasa itu boleh memilih seorang Pengerusi dari kalangan Anggota-anggota