BELANJAWAN 2021

NEGERI MELAKA

“MELAKA RUMAHKU: “MERANCAK EKONOMI,

MEMBAHAGIA RAKYAT, MENGGAMIT DUNIA”

KANDUNGAN

MUKA BIL BUTIRAN SURAT

1. MUKADIMAH 9

2. PROSPEK EKONOMI 16

3. PROSPEK EKONOMI MELAKA 18

4. BELANJAWAN NEGERI MELAKA 2021 19

Anggaran Hasil Tahun 2021 22

Anggaran Perbelanjaan Tahun 2021 23 Insentif Khas Sekolah Tahfiz 25

5. TERAS BELANJAWAN 2021 29

Strategi 1: Menyediakan Insentif Impak 29 Pandemik COVID- 19

• Insentif Kerajaan Persekutuan 30

• Insentif Kerajaan Negeri 31

6. TERAS PERTAMA : TEKNOLOGI 39

Strategi 2 : Memperluaskan Inisiatif Pintar 39

• Bandar Pintar atau Smart City 39 40 • Teknologi Hijau

• Redd Plus 41

Strategi 3 : Meluaskan Aplikasi 42

2 BELANJAWAN 2021

MUKA BIL BUTIRAN SURAT

• Liputan Perkhidmatan Jalur 43 Lebar

• WiFi Percuma 44

• Gerbang Pembayaran Bersepadu Kerajaan Negeri 44 Melaka 45 • Big Data Melaka

• Melaka Bebas Berniaga 47

7. TERAS KEDUA : ENTREPRENEURSHIP 48

Membangunkan Ekonomi Rakyat 48 Strategi 4: • Dana Bantuan Kasih Niaga 48

49 • Usahawan Tani

• Program Agropreneur Muda 50

• Usahawan Wanita 50

52 • Usahawan Belia

• Usahawan Bumiputera 54

• Usahawan Asnaf 55

8. TERAS KETIGA : REVOLUSI INDUSTRI DAN 56 EKONOMI

Menggalakkan Pelaburan Strategi 5 : 57 Berimpak Tinggi

3 BELANJAWAN 2021

MUKA BIL BUTIRAN SURAT

• Melaka Waterfront Economic 58 Zone (M – WEZ)

• Pelaburan Bertaraf Dunia 59

• High Speed Rail 60

• Lapangan Terbang 61 Antarabangsa Melaka

• Memperkasa Agensi dan 61 Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri

Menggiatkan Pelaburan Sektor Strategi 6 : 63 Pembuatan

9. TERAS KEEMPAT : ANTARABANGSA 64

Strategi 7: Merancakkan Sektor Pelancongan 64

• Produk Pelancongan Baharu 65

• Insentif Pengusaha 67 Pelancongan 71 • Projek Hakisan Pantai di

Kawasan Pelancongan

Strategi 8: Memperhebat Institusi Pendidikan 72

• Universiti Melaka 72

4 BELANJAWAN 2021

10. TERAS KELIMA : SEJAHTERA 73

Memperkukuh Kerajaan Strategi 9 : 73 Tempatan

• Pencapaian Pihak Berkuasa 73 Tempatan

• Komuniti Hab 74

• Kebersihan dan Keceriaan 75

• Keselamatan 75

Meneruskan Insentif Kebajikan Strategi 10 : 76 Rakyat

• Menaik Taraf Bas Percuma 77 Kepada Asnaf dan OKU • Bantuan Susu Formula Pesakit Terlantar, OKU dan 77 Warga Emas • Bantuan Lampin Pakai Buang 77 Dewasa

• Sagu Hati Nelayan Berdaftar 78

• Caruman PERKESO Pengayuh Beca, Pemandu Teksi dan 78 Kereta Sewa • Pembukaan Akaun SSPN-i 79 Anak Kelahiran Melaka • Rebat Denda Lewat Pembayar 80 Cukai

5 BELANJAWAN 2021

Strategi 11 : Menyantuni Isu-Isu Rakyat 79

• Banjir 79

• Peluang Pekerjaan 80

82 • Kesihatan

• Kemudahan Untuk Belia 84

• Bekalan Air 85

• Jaminan Bekalan Makanan 91 Dan Keselamatan Makanan

• Perumahan 97

• Sistem Jalan Raya 100

Memperkukuh Institusi Strategi 12 : 105 Perekonomian Islam

• Memperkukuh Pengurusan

Zakat 105

• Nasihat Guaman Syarie 106 Percuma

• Memperkukuh Program Wakaf 1 0 6

• Bantuan Wang Tunai One Off 108

Pegawai Syarak

6 BELANJAWAN 2021

11. PENUTUP

Kurus Profesional Jangka Pendek 111

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 111

7 BELANJAWAN 2021

UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2021

NEGERI MELAKA

OLEH

YAB DATUK SERI UTAMA (DR.) HAJI SULAIMAN BIN MD. ALI

KETUA MENTERI MELAKA

KETIKA MEMBENTANGKAN

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021

DI DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA

PADA RABU, 9 DISEMBER 2020

BERSAMAAN 24 RABIULAKHIR 1442 HIJRAH

8 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

1. Saya dengan penuh takzim, berdiri di dalam Dewan yang mulia ini, memohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Enakmen Perbekalan 2021 untuk membolehkan kegunaan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi maksud perbelanjaan pengurusan tahun 2021” dibaca bagi kali kedua.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

MUKADIMAH

َ ْ َ ْ ُ َ ِّ ْ َ َ ْ نَ َ َّ َ ُ َ َّ َ ُ َ َ ْْ َ ْ َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ ْ نَ الحمد ِ ِهلل رب العال ِم ي والصالة والسالم عَل أش ِف األن ِبيا ِء والمرس ِل ي َ َ َ َ َ َ َ َ ْ ْ َ ْ نَ َّ َ ْ ُ وعَل اِل ِه وصح ِب ِه أجم ِع ي أما بعد

2. Saya mula dengan melafazkan seafdal-afdal selawat,

3. Kepada Yang Berhormat Datuk Seri Speaker, Yang Berhormat Datuk Wira Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,... 9 BELANJAWAN 2021

4. Tidak kira yang duduk di sebelah sini, semuanya nampak tenang kali ini, berpadu sepasukan, dalam keluarga besar ‘jamaah’ Perikatan Nasional. Sebagai tanda sepakat, saya pohon tepuk semangat dari yang ‘sebelah sini’,…

5. Juga yang ‘duduk di seberang sana’, meskipun kita mungkin berbeza pandangan, tetapi boleh duduk bincang, sama-sama kita cari titik persamaan, demi kebaikan rakyat Melaka. Thank you for your cooperation, I really appreciate it!

6. Semestinya tidak dilupakan, semua penjawat awam, para frontliners dan seluruh rakyat negeri Melaka yang dikasihi, walau di mana jua anda berada…

7. Bermula dari hujung Kuala Linggi, hingga ke sempadan di , hatta sampai ke puncak Gapis, , setinggi 480 meter, Gunung yang dikatakan tertinggi di Negeri Melaka.

8. Lalu diucapkan, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia.

10 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

9. Hari ini, pagi Rabu nan indah, 9 Disember 2020, bersamaan 24 Rabiulakhir 1442 Hijriyah, bersyukur kepada Allah SWT kerana, selepas PKPB, saya dapat membentangkan Belanjawan Negeri Melaka bagi tahun 2021 di Dewan yang mulia ini.

10. Bagi memohon keberkatan Ilahi, saya pohon izin, Yang

Berhormat Datuk Seri Speaker, Yang Berhormat Datuk Wira Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk memulakan ucapan Belanjawan ini,…

11. Dengan memetik mafhum firman Allah SWT, dalam surah Al- Baqarah ayat 126, menceritakan perihal negeri yang aman sejahtera, lalu dikurniakan rezeki: وإِ ْذَ قا لَ إِ ْب را ِهي مَ ر ِبَ ا ْجع ْلَ هـ ذ َا ب لداَ آ ِمناَ وا ْر ز َْق أ ْه لهَ ِم نَ الثَّ م را ِتَ م ْنَ آ م نَ ِم ْن هم بِا َللِ وا ْلي ْو ِمَ اآل ِخ ِرَ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim Alaihis Salam berdoa seraya berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka…”

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

11 BELANJAWAN 2021

12. Sesungguhnya, Belanjawan Negeri yang dibentangkan buat kali pertama, selepas saya mengambil alih tampuk kepimpinan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12, amatlah penting, bukan sahaja buat diri saya, Kerajaan Perikatan Nasional dan ‘rakan kita di sebelah sana’, bahkan buat seluruh rakyat di bumi bersejarah ini.

13. Khususnya, tatkala seluruh dunia, Malaysia dan negeri Hang Tuah ini, sedang ‘bertempur’ dengan pandemik COVID-19, yang sedang menular di serata global.

14. Tambahan hari ini, genaplah 9 bulan, saya memimpin sebagai Ketua Menteri Melaka. Lazimnya, usia 9 bulan ini, suka atau tidak, ‘you have to deliver’.

15. Menyebut tentang ‘deliver’ ini, khususnya dalam melahirkan keluarga atau rakyat bahagia, seperti terkandung dalam slogan Melaka, maka, saya umumkan,…

16. Kepada ibu-ibu yang melahirkan bayi comel pada hari ini, bermula dari jam 12.00 tengah malam tadi sampai pukul 11.59 tengah malam ini di Negeri Melaka, anak anda memang bertuah, kerana dipilih untuk menerima pemberian khas daripada Kerajaan Melaka berjumlah 150 ringgit.

12 BELANJAWAN 2021

17. Yang lahir hari ini je dapat 150 ringgit. Kita akan salurkan melalui pembukaan Akaun SSPN-i. Bagi bayi anak Melaka yang lahir hari lain, kejap lagi saya umumkan. Sabar ye.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

18. Jika dikongsi sedikit apa yang telah kita lakukan antaranya, kita tamatkan ‘catuan air berjadual’ pada 1 April,… kita beri insentif kepada frontliners di Melaka,… kita umumkan bantuan kepada golongan B40, asnaf dan fakir miskin,…

19. Terkini, berbanding pada 8 Disember tahun lalu, kita berjaya meningkatkan paras air di kolam takungan di empangan daripada 44 peratus kepada 100 peratus. InsyaAllah, berkat doa semua, rezeki limpahan hujan kawasan tadahan tersebut, dijangka mampu bertahan paling kurang pun, sehingga September tahun 2021.

20. Kita tubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Melaka untuk bincang solusi hal ekonomi masyarakat,… serta sekian banyak inisiatif, bagi meringankan beban rakyat.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

13 BELANJAWAN 2021

21. Menjunjung Demokrasi dan prinsip Raja Berperlembagaan, kami merafak sembah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah ibni Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaín Billah.

22. Keprihatinan Tuanku kepada pentadbiran dan perkembangan Islam, sebagai Ketua Agama negeri Melaka, pada hemat patik, Tuanku laksana bintang berkerlipan, menyinari rakyat, penyuluh kehidupan.

23. Didoakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, serta usrah diraja, diberi afiat, dalam lindungan Allah SWT, untuk memerintah dengan adil lagi saksama.

Ampun Tuanku Seri Paduka, Sembah dirafak menjunjung tinggi, Semoga karar naungan takhta, Berdoa patik setulus hati.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

14 BELANJAWAN 2021

24. Berkait itu juga, saya bersama perikatan kepimpinan dan rakyat Melaka, menzahirkan setinggi-tinggi tahniah, kepada Tuan Yang Terutama, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, di atas pengurniaan Darjah Seri Paduka Setia Melaka, yakni, Darjah Tertinggi Negeri Melaka, membawa gelar Seri Setia pada 24 Ogos 2020 yang lalu.

25. Sebagai taat setia kami, bagai dimadah dalam pantun Melayu:

Indah bermakna di senja rembang, Di tengah kota azan dilaung, Tun laksana payung berkembang, Tempat rakyat himpun bernaung.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

26. Hati mengenang mulut menyebut, kepada Yang Amat Berbahagia, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka Ke-6 pula, setinggi terima kasih selayaknya diberikan, atas segala jasa, memayungi negeri Melaka sebelum ini.

27. Apapun, Yang Berhormat Datuk Seri Speaker, Yang Berhormat Datuk Wira Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang

15 BELANJAWAN 2021

Berhormat sekalian, sama ada 17 Yang Berhormat di sebelah sini, mahupun 11 Yang Berhormat ‘rakan kita’ di sebelah sana; meskipun adakalanya berbeza pandangan, Melaka

adalah rumah kita bersama.

28. Justeru, marilah kita sama-sama berusaha, memberikan khidmat terbaik untuk rakyat Melaka. Tahniah dan silalah beri tepuk gemuruh, untuk kesemua 28 Ahli-ahli Yang Berhormat Negeri Melaka!

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

PROSPEK EKONOMI MALAYSIA

29. Biarpun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia, ekonomi Malaysia masih berdaya tahan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK sebanyak 4.3 peratus pada tahun 2019, berbanding 4.8 peratus pada tahun sebelumnya.

30. Kemudian, tak semena-mena, COVID-19 pula menyerang seluruh dunia, termasuklah negara dan negeri kita. Ini memberi kesan buruk kepada sektor kesihatan dan ekonomi.

31. Akibatnya, terpaksa dilakukan lockdown, penjarakkan sosial, hingga menyebabkan, ekonomi dunia telah mengalami

16 BELANJAWAN 2021

penguncupan yang teruk, di mana tempiasnya turut dirasai oleh negeri Melaka.

32. Buktinya, prestasi ekonomi Malaysia pada suku tahun ketiga 2020 menunjukkan, KDNK menguncup 2.7 peratus.

33. Dalam pada itu, Kerajaan Melaka menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana bersetuju:

• Melanjutkan moratorium bersasar selama 3 bulan;

• Membenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP sehingga 10,000 ringgit;

• Memperuntukkan Melaka 150 juta ringgit, bagi Projek Penyaluran Air Mentah dari Sungai Kesang dan Tasik Biru ke Empangan Jus; dan

• Menyediakan peruntukan untuk memastikan ketersediaan tempat tumpuan pelancong.

Terima Kasih Kerajaan Persekutuan, Terima Kasih !

34. Kendati itu, kepada kawan-kawan kita daripada masyarakat India yang telah pun menyambut perayaan Deepavali, hampir 1 bulan lalu, masih belum terlambat untuk kita ucapkan, ‘Eniya Deepavali Nal Val-thu-kal’.

17 BELANJAWAN 2021

35. Begitu juga kepada mereka yang menyambut perayaan Krismas 25 Disember ini, diucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baharu 2021.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

PROSPEK EKONOMI MELAKA

36. Tahun 2019, KDNK Melaka mencatatkan nilai ditambah sebanyak 43.6 bilion ringgit dan merekodkan pertumbuhan perlahan pada kadar 2.8 peratus, berbanding tahun 2018 pada kadar 3.9 peratus. Dari sudut pendapatan per kapita, Melaka mencatatkan sebanyak 49,172 ringgit, melebihi paras nasional sebanyak 46,450 ringgit.

37. Dari sudut sumbangan ekonomi, sektor Perkhidmatan dan Pembuatan mendominasi struktur ekonomi Melaka dengan masing-masing menyumbang sebanyak 48 peratus dan 38.4 peratus.

38. Sektor Pertanian pula menyumbang sebanyak 10.2 peratus, manakala sektor Pembinaan menyumbang 3.1 peratus, diikuti oleh sektor Perlombongan & Pengkuarian yang hanya memberikan sumbangan kecil iaitu 0.1 peratus kepada ekonomi negeri Melaka.

18 BELANJAWAN 2021

39. Indeks Harga Pengguna (IHP) di Melaka meningkat dengan kadar yang perlahan pada 0.1 peratus berbanding 0.8 peratus pada tahun sebelumnya. Sementara itu, kadar pengangguran di Melaka adalah pada kadar yang sama iaitu, 1.1 peratus pada tahun 2019.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

BELANJAWAN NEGERI MELAKA 2021

40. Belanjawan Negeri Melaka tahun 2021 merupakan bajet pemulihan ekonomi pasca COVID-19, yang mengutamakan kebajikan rakyat, dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui inisiatif-inisiatif yang dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat Melaka.

41. Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk memulihkan prestasi kewangan, selain memberi fokus kepada langkah untuk mengawal defisit semasa, mengurangkan hutang dan meningkatkan rizab Kerajaan Negeri, menyelaraskan semula perbelanjaan yang sepatutnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan serta mengaktifkan penglibatan jalinan kerjasama di antara Kerajaan dan pihak swasta.

19 BELANJAWAN 2021

42. Sebagai makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, walaupun belum setahun memimpin, Alhamdulillah, Kerajaan Melaka telah mengurangkan hutang kepada Kerajaan Persekutuan, daripada 821.63 juta ringgit pada 2019, kepada 643.24 juta ringgit pada tahun 2020, iaitu hampir 21.71 peratus, dengan kejayaan pengurangan hutang berjumlah 178.39 juta ringgit!

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

43. Bagi meningkatkan kecemerlangan Kerajaan Melaka, yang salah satu tonggaknya Kompetensi, maka pada 2021, kita akan berusaha meneroka sumber hasil-hasil baharu seperti:

• PERTAMA: Mengkaji hasil baharu yang boleh diperolehi daripada hasil bumi, seperti nadir bumi, bahan batuan, mineral dan sebagainya;

• KEDUA: Mengkaji hasil laut di Melaka, seperti menjana hasil melalui aktiviti ‘ship-to-ship transfer’ atau pemindahan kapal untuk kargo cecair pukal, caj vesel bagi kapal-kapal persiaran, pajakan laut dan sebagainya;

• KETIGA: Menetapkan sumbangan minima dua peratus daripada pendapatan kasar, bagi setiap agensi dan anak milik Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Melaka;

20 BELANJAWAN 2021

• KEEMPAT: Memperhalusi dasar baharu Kerajaan Negeri, berhubung Caj Pengecualian Pembinaan Rumah Kos Rendah dimasukkan ke Tabung Perumahan Awam Kos Rendah;

• KELIMA: Hasil baharu dari pendapatan pelupusan tanah tambak laut, secara jualan dan pulangan tersebut dimasukkan dalam hasil Kerajaan Negeri;

• KEENAM: Mewujudkan Pihak Berkuasa Zon yang berfungsi dalam mengawal selia zon-zon industri Negeri Melaka; dan

• KETUJUH: Melipatgandakan usaha bagi memungut cukai- cukai tertunggak, sama ada cukai pintu mahu pun cukai tanah.

44. Selanjutnya, kepada semua ketua Jabatan Pemungut Hasil, yang berjaya mencapai KPI memungut hasil melebihi sasaran ditetapkan, I promise to you, Kerajaan Melaka akan menyediakan suatu insentif sebagai reward atas kecekapan Jabatan masing- masing.

21 BELANJAWAN 2021

45. Di sudut lain, kita ucapkan terima kasih kepada semua agensi Melaka yang terlibat, kerana bertindak pantas menyelesaikan hal banjir kilat seperti,...

46. di Kilang Berapi, Tedong, Ayer Molek dan tidak sesekali kita lupakan,... Kampung Tehel di , dan Durian Tunggal, juga Gadek, di . Syabas diucapkan kepada ‘hero-hero’ khususnya frontliners kita!

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

ANGGARAN HASIL TAHUN 2021

47. Anggaran hasil Kerajaan Melaka tahun 2021 dijangka meningkat kepada 445.96 juta ringgit berbanding 390.22 juta ringgit pada tahun 2020, iaitu peningkatan sebanyak 14.28 peratus.

48. Hasil Cukai dianggarkan sebanyak 155.79 juta ringgit manakala, Hasil Bukan Cukai pula dianggarkan berjumlah 272.28 juta ringgit.

49. Manakala, 17.89 juta ringgit merupakan Terimaan Bukan Hasil daripada pemberian Kerajaan Persekutuan dan bayaran balik pinjaman oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri.

22 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUN 2021

Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2021

50. Tahun 2021 Kerajaan Negeri meneruskan inisiatif bajet surplus dengan bajet keseluruhan berjumlah 445.86 juta ringgit.

51. Peruntukan bagi perbelanjaan mengurus sebanyak 445.86 juta ringgit bagi 2021 menunjukkan peningkatan 14.32 peratus, berbanding tahun 2020 sebanyak 390 juta ringgit.

Bagi Maksud Tanggungan

52. Bagi Maksud Tanggungan, peruntukan yang dicadangkan adalah sebanyak 9.48 juta ringgit, iaitu 2.13 peratus daripada jumlah keseluruhan Belanja Mengurus.

Bagi Maksud Bekalan

53. Di bawah Maksud Bekalan, untuk Belanjawan 2021, peruntukan yang dicadangkan sebanyak 436.38 juta ringgit atau 97.87 peratus daripada jumlah keseluruhan Belanja Mengurus.

23 BELANJAWAN 2021

54. Ringkasan perbelanjaan adalah seperti berikut:

PERTAMA : Sejumlah 177.54 juta ringgit diperuntukkan di bawah Perkhidmatan dan Bekalan dengan peratusan perbelanjaan tertinggi, iaitu 40.69 peratus;

KEDUA : Sebanyak 142.40 juta ringgit diperuntukkan di bawah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, iaitu 32.63 peratus;

KETIGA : Sejumlah 111.87 juta ringgit diperuntukkan di bawah Emolumen, iaitu 25.64 peratus;

KEEMPAT: Sebanyak 3.97 juta ringgit diperuntukkan di bawah Aset iaitu 0.91 peratus; dan

KELIMA : Sejumlah 0 .59 juta ringgit diperuntukkan di bawah Perbelanjaan-Perbelanjaan Lain, iaitu 0.13 peratus.

24 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2021

55. Di bawah anggaran perbelanjaan pembangunan pula, sebanyak 75 juta ringgit akan diperuntukkan, meningkat 7.14 peratus atau 5 juta ringgit berbanding tahun 2020.

56. Daripada jumlah itu, 53.74 juta ringgit merupakan sumber hasil Negeri. 21.26 juta ringgit merupakan pemberian Geran Tahap oleh Kerajaan Persekutuan dan pindahan daripada Akaun Pinjaman Disatukan sebanyak 20 ringgit sebagai token.

57. Demi menjamin perkhidmatan berkualiti kepada semua kelompok rakyat hingga ke akar umbi, Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) terus diperkasa. Untuk 2021, Kerajaan Negeri memperuntukkan 14.50 juta ringgit.

Insentif Khas Sekolah Tahfiz 58. Di sudut lain, bagi mempertinggi syiar Islam, tahun 2021, Kerajaan Melaka akan memberi insentif khas kepada 83 sekolah tahfiz berdaftar di seluruh negeri ini, berupa bantuan tunai secara one-off sebanyak seribu ringgit.

25 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

59. Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, saya ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk kita merenung sambil menghayati tentang keunikan Rumah Melaka, yang telah berjaya memukau para pelancong, sehingga terkenal seantero dunia.

60. Seharusnya kita berbangga atas kelebihan Rumah Melaka ini. Lantaran itu, saya pohon agar sama-sama kita bukalah mata,… pandanglah sedalam-dalamnya, bisikkan sampai terasa pada diri bahawa,… ‘ini MELAKA RUMAHKU’.

61. MELAKA RUMAHKU bolehlah diwajahkan;

62. “Kitalah tiang serinya,… Kitalah jenang dan jendelanya,… Kitalah atap dan bumbungnya,… Dan kitalah pasak juga tangganya.”

63. Bagai disesuai bidalan Parsi, disebut Tun Sri Lanang,...

64. “Rakyat itu umpama akar. Kerajaan ibarat pohonnya. Perpaduan pula bagaikan RUMAHnya. Jikalau tiada akar, mana mungkin pohon dapat berdiri teguh, RUMAH perpaduan pun tidak dapat dibina dengan utuh.”

26 BELANJAWAN 2021

65. Begitulah maksud mendalam kerangka halatuju MELAKA RUMAHKU yang kita impikan. Di dalamnya terkandung visi, misi, pemboleh daya atau enabler, slogan yang dilingkari kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

66. Sememangnya, belanjawan kali ini bukanlah yang biasa- biasa. Kerana kini, kita sedang berdepan dugaan besar, yang tidak pernah ditempuhi, hatta terfikir dek akal fikiran kita sebelumnya.

67. Walaupun kita menghadapi kutipan hasil dan ekonomi yang tidak menentu, selaras slogan Melaka yang meletakkan perkataan rakyat sebagai roh utama, kita tetap mengutamakan kepentingan setiap insan di Melaka.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

68. Saya rasai keperitan yang dihadapi rakyat Melaka. Sebagai tanda prihatin kami,... bermula Januari hingga Disember 2021,... saya dan semua barisan Exco Kerajaan Negeri dengan ini telah sepakat bersetuju,... untuk memotong gaji bulanan sebanyak 10 peratus, selama 1 tahun.

27 BELANJAWAN 2021

69. Wang itu nanti, akan dimasukkan ke Tabung Bencana Negeri Melaka untuk membantu rakyat yang terkesan akibat wabak tersebut.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

70. Melangkah ke hadapan, pada hemat saya, Belanjawan 2021 ini, seharusnya mengambil kira aspek perencanaan strategik, menjurus kepada Big Plan, Bold Action and Fast Result.

71. Ini termasuklah, Mengoptimumkan Perbelanjaan, Mengekplorasi Hasil Sumber Baharu dan Memperkasa Agensi serta Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri.

72. Atas dasar tuntutan semasa dan halatuju MELAKA RUMAHKU inilah,... maka belanjawan 2021 Negeri Melaka, saya pilih, bertemakan, MELAKA RUMAHKU: MERANCAK EKONOMI, MEMBAHAGIA RAKYAT, MENGGAMIT DUNIA.

28 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

TERAS BELANJAWAN 2021

73. Bajet 2021 Melaka, berpaksikan misi Negeri Melaka terbaru, berasaskan, T.E.R.A.S atau TERAS. T untuk TEKNOLOGI. E untuk ENTREPRENEURSHIP. R untuk REVOLUSI INDUSTRI DAN EKONOMI. A merujuk kepada ANTARABANGSA, dan S adalah SEJAHTERA, untuk kesentosaan rakyat.

74. Bagi merealisasikan 5 TERAS ini, 12 strategi direncana untuk menjadikan Melaka sebuah negeri lebih berdaya maju, seimbang duniawi dan ukhrawi, dalam merancak pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

STRATEGI PERTAMA: MENYEDIAKAN INSENTIF IMPAK PANDEMIK COVID-19

75. Saya faham, akibat COVID-19, ramai rakyat jadi susah. Ada tak boleh keluar bekerja. Ada yang terpaksa bekerja dari rumah. Lebih kasihan lagi, ada sampai hilang pekerjaan dan terjejas perniagaannya.

76. Di pihak Kerajaan Melaka pula, banyak program untuk rakyat tergendala dan terpaksa kami tangguhkan.

29 BELANJAWAN 2021

77. Namun, kita berterima kasih, khususnya kepada frontliners, kerana bertungkus lumus mengekang penularan wabak COVID-19.

78. Tidak ramai tahu, kisah menyayat hati yang menimpa Muhammad Haizad bin Nordin, anggota Polis orang Melaka. Meskipun ditimpa kecederaan parah ketika PKP, namun beliau tetap bersemangat demi negara.

79. Semoga beliau dan keluarganya tabah menghadapi dugaan hidup serta berilah penghargaan kepada Konstabel Haizad!

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Insentif Kerajaan Persekutuan

80. Melalui kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan, di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia, kita telah menyediakan pelbagai insentif untuk rakyat, antaranya:

• Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah 250 bilion ringgit;

• Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA bernilai 35 bilion ringgit;

30 BELANJAWAN 2021

• Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN atau Kita PRIHATIN berjumlah 10 bilion ringgit;

• Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai 20 bilion ringgit dan peruntukkan 10 juta ringgit kepada Negeri Melaka bagi diagihkan kepada 9 Jabatan dan Agensi.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Insentif Kerajaan Negeri

81. Di peringkat Kerajaan Negeri pula, walaupun berdepan cabaran kesihatan, ekonomi dan politik, namun, saya tetap dengar rintihan rakyat. Kami prihatin keluhan mereka dan ‘I will serve my best to the rakyat Melaka’.

82. Kerana, yang berlaku sekarang, ‘to me, is very unprecedented. Therefore, we must take unprecedented immediate actions, measures and solutions for the rakyat.’

83. Justeru, dalam menangani impak COVID-19, tanpa berlengah- lengah lagi, saya menggembleng semua Jabatan dan Agensi Negeri, bagi menyediakan 16 insentif pada 2020 berjumlah 19.44 juta ringgit, termasuklah inisiatif tambahan 2021, khusus buat rakyat Melaka:

31 BELANJAWAN 2021

• Pertama: Mengurangkan sewaan seramai 1,471 penyewa rumah kos rendah dan rumah pangsa milik Lembaga Perumahan Melaka atau LPM, daripada Mac hingga Ogos 2020, hampir 1 juta ringgit;

• Kedua: Memberi Rebat bil air kepada pemilik atau penyewa rumah PPR dan rumah pangsa kos rendah di bawah LPM;

• Ketiga: Menangguhkan bayaran bil air Syarikat Air Melaka Berhad atau SAMB, bermula bulan Mac hingga Julai 2020, kepada 260 ribu isi rumah, berjumlah 2.26 juta ringgit;

• Keempat: Menangguhkan bayaran caj abstraksi air mentah kepada 169 pemegang lesen berjumlah 2.25 juta ringgit;

• Kelima: Mengurangkan bayaran bil air bulanan penyewa dan pemilik rumah kos rendah kepada 3,974 isi rumah bagi tempoh Mac hingga April 2020, berjumlah 50 ribu ringgit;

• Keenam: Mengecuali atau mengurangkan bayaran sewa bagi 237 orang dan penyewa IKS serta pengusaha PKNM, bagi tempoh April hingga Mei 2020 berjumlah 500 ribu ringgit;

• Ketujuh: Membayar insentif frontliner PBT berjumlah 100 ringgit hingga 200 ringgit, bagi tempoh April hingga Mei 2020, kepada 580 orang petugas berjumlah 110 ribu ringgit;

32 BELANJAWAN 2021

• Kelapan: Menangguhkan bayaran denda lewat cukai tanah daripada 31 Mei kepada 31 Julai 2020 kepada 61,140 hakmilik tanah, dengan implikasi kewangan 3.2 juta ringgit.

Seterusnya, sukacita diumumkan:

Satu: Potongan 50 peratus denda lewat akan diberikan sehingga 31 Disember 2020.

Dua : Penangguhan bayaran denda lewat cukai tanah daripada 31 Mei 2021 kepada 31 Julai 2021;

• Kesembilan: Menangguhkan bayaran denda lewat cukai petak atau strata daripada 31 Mei kepada 31 Julai 2020, kepada 5,999 pemilik unit strata, berjumlah 65 ribu ringgit.

Selanjutnya, Kerajaan Melaka bersetuju meneruskan penangguhan bayaran denda lewat cukai petak atau strata, daripada 31 Mei kepada 31 Julai 2021;

• Kesepuluh: Menangguhkan bayaran balik pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka atau TAPEM kepada 7,400 peminjam daripada April hingga Jun 2020, berjumlah 3 juta ringgit.

Tahun depan, Kerajaan Melaka bersetuju untuk terus menangguhkan bayaran balik pinjaman TAPEM, dari Januari hingga ke Mac 2021;

33 BELANJAWAN 2021

• Kesebelas: Menyediakan peruntukan Khas Frontliner KKM berbentuk peruntukan makan buat 2,790 petugas sebanyak 390 ribu ringgit pada 2020;

• Keduabelas: Menyediakan peruntukan Khas Frontliner KKM berbentuk pembelian peralatan asas, sebanyak 110 ribu ringgit pada 2020;

• Ketigabelas: Memberi Bantuan Kit Makanan Asas kepada 36,400 orang bagi tempoh Mac hingga April 2020, berjumlah 3.22 juta ringgit.

Pada 2021, Bantuan Kit Makanan Asas iaitu ‘Nutrisi Sejahtera’ kepada golongan sasar B40 secara one-off, akan diteruskan bagi tempoh Januari hingga Mac 2021.

• Keempatbelas: Menyediakan Insurans dan Khairat Kematian kepada barisan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Negeri Melaka pada 2021;

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

84. Kerajaan Melaka melalui MAIM, menyalur bantuan kepada golongan asnaf, bagi tahun 2020 berjumlah 2.11 juta ringgit, melalui 13 insentif:

34 BELANJAWAN 2021

Pertama: Bantuan Makanan kepada 8,640 penerima berjumlah 864 ribu ringgit;

Kedua: Bantuan Makanan Kecemasan kepada 5,953 penerima zakat dan 600 penerima musa’adah yang berjumlah 381 ribu ringgit;

Ketiga: Kit Makanan Kecemasan pada kadar 30 ringgit hingga 35 ringgit kepada 7,189 penerima sebanyak 252 ribu ringgit;

Keempat: Bantuan Bekalan Bermasak kepada frontliners PDRM di 3 IPD bernilai 6 ribu ringgit;

Kelima: Bantuan Petugas Barisan Hadapan COVID-19 berbentuk peralatan dan bekalan bahan bermasak bagi frontliners hospital kepada 3 buah hospital di Melaka berjumlah 17 ribu ringgit;

Keenam: Bantuan Pusat Kuarantin (CReATE) berbentuk makanan kering dan bekas makanan Person Under Investigation (PUI), bernilai 5 ribu ringgit;

Ketujuh: Bantuan Sukarelawan Asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf kepada 289 sukarelawan berjumlah 75,140 ringgit;

Kelapan: Bantuan Peniaga Kecil atau Penjaja kepada 331 orang sebanyak 99 ribu ringgit;

35 BELANJAWAN 2021

Kesembilan: Bantuan Pelajar Melaka di Mesir dan Jordan kepada 291 orang berjumlah 59 ribu ringgit;

Kesepuluh: Bantuan Aidil Adha kepada 220 penerima sebanyak 22 ribu ringgit;

Kesebelas: Bayaran Kepada Pasukan Pengurusan Jenazah COVID-19, berjumlah 4,500 ringgit;

Kedua Belas: Bayaran Elaun Penceramah di Pusat Kuarantin CReATE Negeri Melaka, sebanyak 4,200 ringgit; dan

Ketiga Belas: Bantuan Am COVID-19, bagi tempoh April hingga September bernilai 323 ribu ringgit;

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

85. Demi meringankan keperitan hidup rakyat Melaka, sukacita saya umumkan, pada 2021, bantuan-bantuan untuk golongan asnaf, akan kita teruskan seperti berikut:-

PERTAMA: Memberi insentif khas COVID-19 Aidilfitri 2.0 kepada Asnaf, Fakir Miskin dan Mualaf berjumlah 1 juta ringgit; KEDUA: Memberi bantuan Makanan Kecemasan; KETIGA: Memberi Kit Makanan Kecemasan; KEEMPAT: Memberi Bantuan Aidil Adha;

36 BELANJAWAN 2021

KELIMA: Membayar kepada Pasukan Pengurusan Jenazah COVID-19; dan KEENAM: Memberi Bantuan AM COVID-19.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

86. Laginya, saya menyeru semua syarikat korporat dan multi- nasional di Melaka atau dari luar Melaka pun boleh, untuk sama-sama kita berganding bahu, terlibat dalam CSR, seperti menyumbang facemask, hand sanitizer, sarung tangan, kit makanan, termasuklah bantuan kewangan kepada rakyat yang memerlukan.

87. Bagi memulakan inisiatif tersebut, Kerajaan Melaka bersetuju untuk mengagihkan hand sanitizer dan pelitup muka kepada semua pelajar, seperti tadika dan taska, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah pondok, sekolah tahfiz, sekolah mubaligh, di seluruh Negeri Melaka, secara PER-CU-MA, dengan peruntukan berjumlah 5 juta ringgit.

88. Pentingnya, selagi COVID-19 belum ada penawar, kita mesti berusaha membendungnya dengan Hashtag, #MelakaMestiMenangCOVID19.

37 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

89. Bagi menghargai pengorbanan semua frontliners Negeri Melaka, terdiri daripada para doktor, jururawat, pasukan khas pengurus jenazah COVID-19, pasukan polis dan tentera, imigresen, bomba, RELA, Angkatan Pertahanan Awam, pihak berkuasa tempatan, volunteers, dan agensi berkaitan,…

90. Yang selama ini berpanas, ada yang basah kuyup, terpaksa tinggalkan keluarga, ada juga terkorban, sanggup nyawa menjadi taruhan.

91. Wakil-wakil frontliners Melaka berada di atas sana,... Lalu, saya pohon,… saya pinta,… kepada semua Ahli Yang Berhormat sekalian, marilah kita berdiri,… berdirilah seketika,… kita berdiri sebagai tanda penghormatan kepada semua frontliners,…

92. Lantas, marilah kita sama-sama beri tepukan yang paling gemuruh kepada frontliners dan volunteers Negeri Melaka!

93. Terima kasih semua. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dipersilakan duduk semula.

38 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

TERAS TEKNOLOGI

94. Teras pertama Bajet 2021 Negeri Melaka adalah Teknologi. Melaluinya, Kerajaan Negeri akan memperluaskan inisiatif pintar dan pemerkasaan data dalam agenda pembangunan negeri, melalui 2 strategi utama; iaitu Inisiatif Pintar serta Meluaskan Aplikasi.

STRATEGI KEDUA: MEMPERLUASKAN INISIATIF PINTAR Bandar Pintar atau Smart City 95. Untuk makluman, Negeri Melaka telah terpilih antara 28 bandar di 11 buah negara di dunia sebagai lokasi smart city, melalui pelaksanaan Projek Kesedaran dan Demonstrasi Grid Pintar.

96. Projek ini menempatkan sebuah bandar dilengkapi dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Inovatif melalui Global Environment Facility Sustainable Cities 2017- 2022, iaitu sebahagian daripada komponen bagi Projek Pembangunan Bandar Lestari.

97. Untuk ini, Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan semula perkhidmatan bas elektrik yang mendapat sambutan baik sejak tahun 2015, dalam usaha mengekalkan teknologi hijau. Inisiatif ini akan menambah baik asas pembangunan pintar.

39 BELANJAWAN 2021

98. Salah satu inisiatif, bagi mempersiapkan Melaka ke arah smart city, dengan merangka Pelan Smart Melaka 2035, yang bakal siap suku pertama 2021.

99. Selain itu, akan menjadi lokasi pertama Stesen Waste To Energy atau WTE, bagi penyelesaian masalah pelupusan sampah.

100. Pembinaan WTE ini dijangka siap pada 2024, mampu menerima seribu tan metrik sisa pepejal setiap hari, dan berupaya menghasilkan 20 hingga 25 megawatt tenaga hijau yang mencukupi, untuk menjana kuasa kepada 25 ribu isi rumah di sekitar loji itu.

Teknologi Hijau

101. Untuk pembudayaan hijau di peringkat akar umbi, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Eco-Schools Melaka, melibatkan 131 buah sekolah rendah dan menengah, di mana, 17 buah sekolah, berjaya diiktiraf Eco Schools.

102. Bagi 2021, kita mensasarkan 100 buah sekolah lagi, untuk menerima pengiktirafan Eco-School .

40 BELANJAWAN 2021

103. Laginya, beberapa inisiatif hijau baharu seperti renewable energy, telah giat dilaksanakan di Melaka antaranya, empat ladang solar, Projek Solar Roof -Top dan Net Energy Metering.

104. Namun begitu, kadar peratusan penjanaan tenaga boleh diperbaharui di Melaka masih rendah, pada kadar lima peratus sahaja.

105. Mendokong hasrat ini, kita mensasarkan lebih banyak bangunan di Melaka, mengambil inisiatif, memasang solar atas bumbung bangunan masing-masing, termasuklah seluruh bangunan Kerajaan Melaka dan Pihak Berkuasa Tempatan.

106. Untuk itu, saya mengarahkan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka bagi menerajui inisiatif ini.

Redd Plus

107. Kerajaan Melaka juga akan melaksanakan Reducing Emissions from Deforestation and Degradation and the Role of Conservation, Sustainable Management of Forests and Enhancement of Forest Carbon Stocks in Developing Countries atau REDD Plus.

108. Untuk senang difahami, inisiatif ini mengambil kira fungsi hutan sebagai penyerap karbon merangkumi aktiviti

41 BELANJAWAN 2021

penyahhutanan, kemerosotan hutan, pemuliharaan hutan, pengurusan hutan secara berkekalan dan peningkatan stok karbon dalam hutan.

109. Mekanisme REDD Plus, berasaskan prinsip pembiayaan bagi jumlah pengurangan pelepasan gas rumah kaca atau result- based payments. Inisiatif ini bakal memberikan insentif dan galakan kepada Kerajaan Negeri untuk meningkatkan aktiviti konservasi hutan di Melaka.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

STRATEGI KETIGA: MELUASKAN APLIKASI

Majlis Digital Negeri Melaka

110. Majlis Digital Negeri Melaka akan ditubuhkan untuk menyelaras pelbagai inisiatif berkaitan ICT. Ia juga selari dengan penubuhan Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara di peringkat Persekutuan, bertujuan mencipta peluang pendapatan kepada rakyat Malaysia dalam ekonomi digital.

111. Kerajaan juga telah memperkenalkan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk memperluas liputan dan mempertingkatkan purata kelajuan jalur lebar mudah alih serta talian tetap.

112. JENDELA fasa 1 Melaka merangkumi liputan 4G di kawasan berpenduduk, kelajuan jalur lebar mudah alih dan rangkaian gentian optik di premis atau kediaman. 42 BELANJAWAN 2021

113. Perancangan inisiatif seperti Smart City, Big Data dan e- Commerce usahawan PKS, memerlukan penyelarasan komprehensif atau menyeluruh, merangkumi ketersediaan infrastruktur telekomunikasi, pengurusan dan analisis data provider serta pengguna.

Liputan Perkhidmatan Jalur Lebar

114. Kerajaan Melaka melalui SKMM, akan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan jalur lebar talian tetap. Terkini, kualiti rangkaian berasaskan tembaga sedang dinaiktaraf kepada rangkaian gentian optik, yang dijangka siap pada 2022. Perkhidmatan ini nanti, dijangka memberi manfaat kepada lebih 42 ribu isi rumah di seluruh Melaka.

115. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar mudah alih, sebanyak 100 stesen pemancar di menara telekomunikasi sedia ada, telah dinaiktaraf kepada teknologi 3G dan 4G, dan 4 lagi lokasi baharu disasarkan bagi tahun 2021.

116. Menjelang akhir 2020, pihak penyedia perkhidmatan atau Telco mensasarkan pembinaan lebih 33 ribu sambungan port baharu di sepanjang 668 kilometer jaringan gentian optik.

43 BELANJAWAN 2021

117. Selain itu, Kerajaan Melaka dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad, turut membangunkan kemudahan jalur lebar.

118. Setakat Jun 2020, sebanyak 200 ribu port untuk sambungan internet telah disediakan, memanfaatkan hampir 93 peratus isi rumah.

119. Melalui usaha kolektif ini, Kerajaan Melaka telah mencapai tahap penembusan jalur lebar sebanyak 125 peratus. Manakala, bagi liputan perkhidmatan 4G pula telah mencapai hampir 96 peratus.

WiFi Percuma

120. Kerajaan Melaka bersama-sama PBT, sentiasa berusaha menyediakan kemudahan WiFi percuma, bagi membolehkan rakyat menikmati akses internet percuma secara optimum di seluruh Melaka,...

121. Terutamanya di premis Kerajaan, lokasi hotspot pelancongan dan di 11 buah Pejabat JAPERUN Negeri serta akan diperluas lagi, kepada 17 Pejabat JAPERUN Negeri yang lain.

Gerbang Pembayaran Bersepadu Kerajaan Negeri Melaka

44 BELANJAWAN 2021

122. Bagi kemudahan pengguna, kita akan menambah baik Gerbang Pembayaran Bersepadu Kerajaan Melaka atau e- bayar.

123. Fasa 4 menaiktaraf portal sedia ada, kepada versi aplikasi mudah alih. Portal ini akan diperluaskan dengan penambahan 18 perkhidmatan baharu pembayaran online.

124. Antaranya, Cukai Tanah, Cukai Taksiran, Kompaun Letak Kereta, Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan, Pembayaran Zakat, Bil Utiliti Air, Pakej Langganan Sistem Tender Online Melaka atau STOM dan Belian Dokumen Tender dan Sebutharga.

Big Data Melaka

125. Pada masa ini, data-data semasa Kerajaan disimpan di pelbagai agensi Kerajaan yang mana, ia memberi kesukaran kepada Kerajaan Melaka untuk menganalisa data dan maklumat yang diperlukan, terutamanya ketika tempoh PKP serta pasca PKP.

126. Untuk itu, Kerajaan Melaka telah mengorak langkah ke arah penyediaan Big Data, sebagai pangkalan data utama yang bakal menjadi pusat rujukan.

45 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

127. Di sisi lain, pada 31 Oktober lalu, dimuatkan “wishlist’ dalam Facebook rasmi saya, untuk menyantuni rakyat menyuarakan cadangan mereka, bagi dimasukkan dalam Belanjawan 2021 Melaka.

128. Bila saya teliti, komen-komen yang diterima, tak sangka pula, Facebook saya dihujani dengan pelbagai harapan dan pandangan bernas daripada rakyat Melaka.

129. Antaranya, saya tertarik respon daripada “Boyot Macho”, dan “Zakry Chan”, yang mengadu, supaya Kerajaan Negeri dapat membantu para peniaga dan penjaja kecil di Melaka.

130. Saya ambil berat komen-komen mereka, seperti 16 insentif berjumlah 19.44 juta ringgit, yang 14 daripadanya, telah disebutkan awal tadi,...

131. Maka saya umumkan, apa yang pernah kita bantu dan juga insentif baharu, khusus untuk peniaga serta penjaja kecil:

• Kelima Belas: Mengecualikan sewa tapak penjaja dan peniaga kecil kepada 2,878 orang bagi tempoh Mac hingga April 2020, berjumlah 2.34 juta ringgit;

46 BELANJAWAN 2021

• Keenam Belas: Mengecualikan bayaran lesen penjaja dan peniaga kecil kepada 8,483 orang, bernilai 940 ribu ringgit.

Bermula Januari 2021 pula, Kerajaan Melaka bersetuju, untuk mengurangkan 50 peratus bayaran lesen penjaja dan peniaga kecil, seramai 10,715 orang, berjumlah 590 ribu ringgit;

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

‘Melaka Bebas Berniaga’

132. Jika di Wilayah Persekutuan, diumumkan inisiatif ‘bebas berniaga’ selama 6 bulan, tetapi di Melaka, demi membantu rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah,... bagi mencari rezeki untuk berniaga, seperti penjaja kecil,... peniaga warung,... penjual nasi lemak,... pisang goreng,...kuih-kuih,... penjual air kelapa,...

133. Maka,... sukacita Kerajaan Negeri umumkan,... bermula Januari 2021,... inisiatif ‘Melaka bebas berniaga’,... adalah dibenarkan,... selama satu tahun.

134. Tapi,.. tapi,.. lesen niaga kena ada la,... Yang penting ikut SOP yang ditetapkan ok!

47 BELANJAWAN 2021

135. Berbalik kepada kiriman facebook tadi,... kalau nak tahu, “Boyot Macho” atau Nor Hisham bin Sahut, peniaga foodtruck dan “Zakry Chan” atau Muhammad Zakry Chan bin Abdullah, peniaga pertanian, kedua-dua mereka hadir dalam dewan ini dan ada di atas sana.

136. Semoga mereka terus berjaya. Terima kasih kerana sudi ‘post’ dalam FB saya. Silalah beri tepukan kepada Boyot Macho dan Zakry Chan!

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

TERAS KEDUA: ENTREPRENEURSHIP

137. Teras kedua adalah Entrepreneurship bertujuan untuk membangun dan menyokong ekonomi rakyat tempatan, supaya menjadi lebih berdaya maju.

STRATEGI KEEMPAT: MEMBANGUNKAN EKONOMI RAKYAT

Dana Bantuan Kasih Niaga

138. Sebagai galakan berniaga dan menyemarakkan budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat Melaka, sukacita saya umumkan, ‘Dana Bantuan Kasih Niaga’ kepada semua usahawan Melaka berjumlah satu juta ringgit.

48 BELANJAWAN 2021

Usahawan Tani

139. Sektor pertanian juga mempunyai potensi bagi usahawan untuk menjana pendapatan. Untuk itu, seluas 3,269 hektar tanah terbiar akan dimajukan.

140. Usaha tersebut akan dilaksanakan melalui pelaburan pemilik tanah dengan kerjasama syarikat swasta dan koperasi, dengan memajukan tanah terbiar melalui penanaman nanas, labu dan pisang.

141. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan Jabatan Pertanian akan membantu individu atau koperasi yang berusaha untuk transform hutan dan semak samun, menjadi kebun atau ladang pertanian.

142. Bagi membantu para pekebun kecil pula, kita bersetuju, memberi insentif bayaran premium bagi tanah lanjut tempoh pajakan, berstatus pertanian secara ansuran selama 18 bulan, bagi keluasan tanah 5 ekar ke bawah.

49 BELANJAWAN 2021

Program Agropreneur Muda

143. Program Agropreneur Muda, diwujudkan bagi menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro, seperti tanaman, ternakan perikanan, industri asas tani, termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agro pelancongan.

144. Pada 2020, sebanyak 255 ribu ringgit Geran Agropreneur, diluluskan kepada 14 pemohon bimbingan jabatan dan agensi Melaka, di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Usahawan Wanita

145. Wanita tunjang kepada kemajuan Melaka. Tentu sekali usahawan wanita tidak pernah dilupakan daripada menerima bantuan mahupun menjana pendapatan, khususnya, kepada golongan wanita B40 dan ibu tunggal.

146. Pelbagai inisiatif disediakan antaranya:

• PERTAMA: Bantuan Program kemahiran kepada wanita seperti pembuatan kuih dan jahitan;

50 BELANJAWAN 2021

• KEDUA: Melalui Program Mamacare, wanita dan ibu tunggal turut dilatih bagi memberi penjagaan selepas bersalin secara tradisional serta moden;

• KETIGA: Menyediakan 560 ribu ringgit kepada lebih 9,324 orang peserta e-Kasih, melalui Skim Caruman Sukarela Insentif Suri KWSP atau I-Suri sebanyak 60 ringgit setahun;

• KEEMPAT: Bantuan Khas secara one-off ibu tunggal di bawah paras pendapatan 960 ringgit, atau pendapatan perkapita 244 ringgit;

• KELIMA: Program Young Women Bootcamp - Growth for Low Income Women atau GLOW, memfokus kepada kepimpinan wanita muda dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah;

• KEENAM: Program Bantuan 2 Years Exit Policy, di mana penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat diberikan Geran untuk berniaga; dan

• KETUJUH: Memperuntukkan 500 ribu ringgit bagi pembangunan dan kebajikan wanita.

51 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Usahawan Belia

147. Belia adalah pewaris kepimpinan masa hadapan. Selaras dengan Pelan Strategik 2020 Kementerian Belia dan Sukan, bagi mengupaya ekonomi belia, usaha-usaha berikut akan dilaksanakan:

• PERTAMA: Program myGIG Digital Freelance akan membuka peluang pekerjaan baharu secara digital kepada pekerja bebas digital, menerusi Program Platform Online Workforce atau GLOW, di bawah Malaysia Digital Economy Corporation atau MDEC;

• KEDUA: Program myGIG Servis menerusi platform e-Rezeki oleh MDEC, membuka peluang pendapatan secara digital melalui Ekonomi Gig atau Ekonomi Perkongsian;

• KETIGA: Program BOOTCAMP KBS 2020 membantu golongan belia mempelajari kemahiran, sekaligus memberi peluang pekerjaan.

Antara Kolaborasi Industri seperti, industri kemahiran Penyelenggaraan Rel, Metal Fabrication, Fiber Optic, Welding, Pipe Fitter dan Offshore Catering Crew.

52 BELANJAWAN 2021

148. Selanjutnya, pihak Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN dan MDEC, dengan kerjasama Institut Tun atau ITP bersetuju menyediakan peruntukan, bagi melatih para usahawan belia, dan usahawan digital Melaka, seramai 800 orang pada 2021.

149. Tahun hadapan, bagi membantu kebolehpasaran graduan, Kerajaan Melaka bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi, melalui 2 skim, untuk melatih seramai 500 graduan anak Melaka.

150. Satu; Skim Pinjaman Mikrokredit Usahawan Graduan Anak Melaka (Gradpreneurs @ Melaka), memanfaatkan 200 graduan, dengan pinjaman 3 ribu hingga 5 ribu ringgit, berjumlah 1 juta ringgit.

151. Dua; melalui ITP, bakal melatih graduan untuk mendapatkan sijil kemahiran, sebelum ditempatkan di industri sekitar Melaka, seramai kira-kira 300 orang pada 2021.

53 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Usahawan Bumiputera

152. Bagi membantu usahawan Bumiputera, Kerajaan Melaka memperkenalkan insentif yang turut merangkumi semua jenis Perusahaan Kecil dan Sederhana atau PKS di Melaka. Ini bagi membentuk satu entiti perniagaan yang kukuh, dari segenap sektor perniagaan.

153. Bagi menjayakannya, PKNM, melaksanakan pelbagai insentif antaranya:

PERTAMA: Pengecualian sewa bulanan selama 2 bulan kepada semua jenis perniagaan PKS, dari April hingga Jun 2020;

KEDUA : Pengurangan kadar deposit sewaan dari 6 bulan kepada 4 bulan untuk penyewa- penyewa baharu di premis PKNM;

KETIGA : Menjadi Agen Promosi untuk produk-produk usahawan PKS melalui Melaka Halal Sdn Bhd;

KEEMPAT: Membantu usahawan-usahawan PKS untuk mendapatkan sijil-sijil pengiktirafan yang sah;

54 BELANJAWAN 2021

KELIMA : Memberi geran galakan kepada PKS untuk memiliki tanah dan bangunan sendiri.

154. Kerajaan Melaka juga sedang membangunkan satu platform e-Dagang, bagi membantu mempromosi dan membuka peluang pasaran yang luas kepada usahawan-usahawan.

155. Platform e-Dagang ini sedang dibangunkan oleh anak syarikat Kerajaan Melaka, dengan mengadaptasi business model, Shopee, Lazada, Food Panda dan Grab Food.

156. Setakat ini, seramai 120 orang usahawan telah berdaftar dengan platform ini, melibatkan 300 jenis produk. Kita berharap, platform e-commerce ini juga, akan melahirkan lebih ramai usahawan dan peluang pekerjaan baharu.

157. Selain itu, agensi-agensi Kerajaan, seperti MARA dan PUNB, menyediakan pelbagai pinjaman serta kemudahan, bagi menjana semula ekonomi akibat penularan pandemik COVID- 19.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Usahawan Asnaf

158. Tahun 2021, MAIM memperuntukkan 700 ribu ringgit bagi bantuan perniagaan, dan 200 ribu ringgit bagi Program Keusahawanan kepada golongan asnaf.

55 BELANJAWAN 2021

159. Berkait demikian, saya ingin berkongsi cerita kejayaan Encik Zaidi Omar, pemenang ikon Usahawan Asnaf Peringkat Kebangsaan tahun 2018.

160. Beliau dulunya hanya penerima zakat, tetapi kini, layak pula menjadi pembayar zakat yang aktif. Beliau hadir di atas sana. Selamat maju jaya, seungkap tahniah kepada Encik Zaidi Omar!

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

TERAS KETIGA: REVOLUSI INDUSTRI DAN EKONOMI

161. Professor Klaus Schwab, pengasas World Economic Forum berpendapat, Revolusi Industri sedang pantas berlaku dan sesiapa terleka, mereka akan terpinggir dalam era teknologi terkini.

162. Lantaran itu, teras ketiga adalah Revolusi Industri dan Ekonomi, bagi menjadikan Melaka, sebagai destinasi pelaburan berkonsepkan agro-industri, bioteknologi, Industri 4.0, perusahaan industri digital dan industri perkhidmatan maritim.

56 BELANJAWAN 2021

163. Justeru, Kerajaan Melaka berusaha merancak pertumbuhan ekonomi dan menarik pelaburan berimpak tinggi, serta mempunyai kesan pengganda kepada ekonomi Melaka.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

STRATEGI KELIMA: MENGGALAKKAN PELABURAN BERIMPAK TINGGI

164. Tahun ini, nilai pelaburan yang diluluskan oleh MIDA untuk Negeri Melaka bagi suku ketiga 2020, berjumlah 1.2 bilion ringgit. Pelaburan Langsung Tempatan sebanyak 671 juta ringgit, dan Pelaburan Langsung Asing, bernilai 583 juta ringgit.

165. Kita giat mempromosi Melaka sebagai destinasi pelaburan kompetitif, di persada dunia. Antara usaha-usaha Kerajaan Melaka:

• PERTAMA: Mengaktifkan peranan Invest Melaka Berhad sebagai One Stop Center, First Point of Contact kepada promosi pelaburan;

• KEDUA: Menubuhkan Jawatankuasa Express bagi mempercepatkan kelulusan Permohonan Kebenaran Merancang dan pelaburan;

57 BELANJAWAN 2021

• KETIGA: Menyediakan perkhidmatan One-Stop-Solution kepada pelabur bagi mempercepatkan kelulusan lesen, pelan bangunan, isu-isu teknikal dan isu-isu pelaburan; serta

• KEEMPAT: Membangunkan kawasan-kawasan perindustrian lengkap dengan infrastruktur, yang boleh ditawar dan dipromosikan kepada para pelabur, pada harga yang kompetitif.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ)

166. Menoleh sejarah, Melaka sewaktu dibuka Parameswara, asalnya kawasan terpencil, telah bertukar wajah, menjadi pusat perdagangan paling sibuk di dunia.

167. Hatta, Tome Pires dalam The Suma Oriental, mengatakan, Melaka dulunya empayar terbilang, didatangi ramai pedagang dari seluruh dunia, sehingga digelar “Venice of the East”.

168. Lalu, bagi mengembalikan kegemilangan tersebut, supaya setanding dengan NCER, IRDA, ECER, SDC, SCORE dan Malaysia Vision Valley,...

169. Maka Kerajaan Melaka bertekad, mewujudkan satu koridor ekonomi baharu, pelaburan berimpak tinggi, bakal menjadi game changer, dinamakan, MELAKA WATERFRONT ECONOMIC ZONE ATAU M-WEZ.

58 BELANJAWAN 2021

170. M-WEZ ini, termasuklah pelabuhan dan perdagangan, hab logistik serta pejabat, penginapan komersial, perhotelan dan marina, pembangunan bercampur serta Industri 4.0 dan Zon Bebas Antarabangsa.

171. Melalui M-WEZ, dijangka mampu menjana pelaburan 100 bilion ringgit, bakal dilaksanakan melalui inisiatif swasta dan awam. Ia meliputi kawasan tambakan pesisir pantai seluas 15 ribu ekar, di sepanjang 22 kilometer, dari ke Tanjung Bruas.

172. Malah, 2 Disember baru-baru ini, saya sendiri menyatakan komitmen kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan di Putrajaya, tentang kesungguhan kita bagi merealisasikan M-WEZ ini.

Pelabuhan Bertaraf Dunia

173. MWEZ, bakal dirancakkan dengan pewujudan beberapa pelabuhan bertaraf dunia:

• PERTAMA: Menaiktaraf Kuala Linggi International Port sebagai hab industri minyak dan gas, dijangka siap tahun 2025. Projek kerjasama di antara pelaburan tempatan dan asing, dianggarkan bernilai 15 bilion ringgit.

59 BELANJAWAN 2021

Pelabuhan berhampiran muara Sungai Linggi ini, telah menerima lebih dari 6 ribu panggilan kapal, dan memfasilitasi lebih dari 500 juta tong, pemindahan kargo pukal cecair pada tahun lalu.

• KEDUA: Pelabuhan Tanjung Bruas sebagai hab kontena akan dibangunkan secara komersial, agar setaraf dengan Pelabuhan Klang pada masa depan.

• Perjanjian konsesi ini telah dimeterai Syarikat Tanjung Bruas Sdn Bhd dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia, membabitkan pelaburan sekitar 160 juta ringgit.

Skop kerjanya seperti penambakan laut, pemanjangan dan pembinaan jeti serta jambatan baharu, dan membina kawasan kontena.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

High Speed Rail

174. Menjengah ke depan, kita berhasrat meneruskan projek High Speed Rail untuk merancakkan ekonomi bersama Singapura, tertakluk kepada perbincangan selanjutnya.

60 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka

175. Bagi perancangan jangka panjang, kita bercadang untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang baharu di koridor M-WEZ, sebagai pemangkin pelaburan ekonomi masa depan.

176. Di samping itu, Malaysia Airports Holdings Berhad juga menyediakan Program Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Bersama dan Dana Promosi Pelancongan Antarabangsa Langkawi, untuk menambahkan penerbangan serta merancakkan lagi sektor penerbangan di Melaka.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Memperkasa Agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri

177. Selain itu, Kerajaan Melaka sedang melaksanakan proses rasionalisasi dan pengukuhan agensi serta anak syarikatnya, bagi memastikan tiada pertindihan fungsi dan peranan.

178. Bagi meningkatkan kecekapan agensi dan anak syarikat, 4 buah Syarikat Berhad Menurut Jaminan, 15 buah Syarikat Bersekutu, dan 65 anak syarikat akan distrukturkan semula kepada 50 buah anak syarikat serta daripada 13 kepada 11 buah agensi milik Kerajaan Negeri.

61 BELANJAWAN 2021

179. Contohnya, Perbadanan Stadium Melaka PSM diserap di bawah PBT berkuatkuasa 1 Ogos 2020.

180. Kita juga mensasarkan KPI yang lebih baik untuk agensi dan anak syarikat Kerajaan Melaka sedia ada seperti berikut:

• PERTAMA: Mensasarkan peningkatan keuntungan kepada 20 peratus setiap tahun;

• KEDUA: Mencari rakan kongsi baharu untuk perniagaan dalam dan luar negara, sekurang-kurangnya 3 projek usahasama dalam masa 5 tahun;

• KETIGA: Memastikan agensi dan anak syarikat mematuhi sumbangan 2 peratus setahun daripada pendapatan syarikat kepada Kerajaan Negeri; dan

• KEEMPAT: Disenaraikan di Bursa Malaysia dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

62 BELANJAWAN 2021

STRATEGI KEENAM: MENGGIATKAN PELABURAN SEKTOR PEMBUATAN

181. Kerajaan Melaka merekodkan sejumlah 3 bilion ringgit pelaburan dalam sektor pembuatan bagi tempoh Januari hingga September 2020.

182. Kita mensasarkan 5 bilion ringgit setiap tahun. Justeru, Kerajaan Negeri mengenal pasti pelabur-pelabur berpotensi dalam sektor pembuatan seperti berikut:

• PERTAMA: Infineon, syarikat semikonduktor dari Jerman telah menyatakan komitmennya bagi melebarkan operasi dengan melabur sejumlah, 3.25 bilion ringgit dalam tempoh 10 tahun, bermula tahun 2020;

• KEDUA: Texas Instrument, kilang elektronik dari Amerika Syarikat dan sedang beroperasi di Free Trade Zone , merancang untuk pembesaran kilang dengan anggaran pelaburan sebanyak 2 bilion ringgit;

• KETIGA: AUO SunPower, kilang panel solar dari Amerika Syarikat, sedang beroperasi di Melaka World Solar Valley, Rembia, bercadang menambah pelaburan sebanyak 250 juta ringgit; dan

63 BELANJAWAN 2021

• KEEMPAT: Xinyi Glass, kilang kaca dari China, beroperasi di Kawasan Perindustrian Elkay, Jasin, akan menambah pelaburan sebanyak 100 juta ringgit.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

TERAS KEEMPAT: ANTARABANGSA

183. Teras keempat iaitu, Antarabangsa, bertujuan memperhebat industri pelancongan dan institusi pendidikan berkualiti, unik serta bertaraf dunia.

STRATEGI KETUJUH: MERANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN

184. Kepada para pelancong yang berhajat untuk berkunjung ke Negeri Melaka Menggamit Dunia, kami mengalu-alukan kedatangan anda semua, seraya terimalah pantun “Selamat Datang” daripada saya:

Bunga Kesidang bertangkai lembut, Dekat telaga di pohon sagu, Tamu datang kita menyambut, Rakyat Melaka ramah menunggu.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

64 BELANJAWAN 2021

185. Kerajaan Melaka melaksanakan beberapa tindakan pantas dalam merancakkan industri pelancongan, dengan meluaskan capaian promosi destinasi Melaka berkonsepkan digital.

186. Tagline baharu diperkenalkan iaitu, Melaka Safe Haven, Melaka Is The Place To Be dan kempen Dream Now Travel Later, menggunakan platform digital iaitu, Melaka Excess.

187. Ini menggambarkan, Melaka adalah sebuah negeri yang untuk dikunjungi sebagai pilihan utama destinasi percutian.

188. Ketika COVID-19 ini, usaha menarik pelancong melawat Melaka, ditumpukan kepada pelancong domestik, dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Produk Pelancongan Baharu

189. Kerajaan Melaka mengenal pasti 12 produk berpotensi menarik pelancong, terutamanya di kawasan luar bandar, iaitu:

• Makam Datuk Patinggi Abang Abdul Gapur, Limbongan; • Kapal Mendam Berahi, Sungai Melaka; • Sungai Duyong River Cruise, Duyong;

65 BELANJAWAN 2021

• Jebat Street, Dataran ; • Kompleks Pelancongan Klebang; • Kota Lokal di Padang Dataran Pahlawan, Banda Hilir; • Gunung Melaka, Kampung Gapis, , Jasin; • Pantai Siring, Kampung Pulai; • DM Mart di Bangunan Kota Cemerlang; • Zoo Tunnel; • Ion Forte Green City, ; dan • Percutian berkonsep perkhemahan atau Glamping, di Pulau Nangka.

190. Kita juga akan menambah baik produk-produk sedia ada dan tarikan pelancongan baharu, antaranya:

• PERTAMA: Perkhidmatan Teksi Air atau Water Taxi dari Melaka Sentral ke ke muara Sungai Melaka.

• KEDUA: Hab layang-layang di lokasi pelancongan, seperti Menara Taming Sari. Hab ini akan menjual semua jenis layang- layang buatan tempatan dan luar negeri seperti China, Taiwan, , Australia dan Indonesia.

• KETIGA: Menaiktaraf Perkampungan Hang Tuah sebagai lokasi perkampungan perfileman tradisi Melayu Melaka atau ‘Hollywood’ Melaka;

66 BELANJAWAN 2021

• KEEMPAT: Membaikpulih Muzium Samudera yang merupakan replika kapal layar Portugis Flor de La Mar;

• KELIMA: Pusat Ketamadunan Melayu Antarabangsa, memfokuskan manuskrip dan persuratan Melayu serta warisan peradaban Melayu; dan

• KEENAM: Mewujudkan Sub-Sektor Pelancongan Agama, untuk mempromosikan sejarah kegemilangan Melaka sebagai Pusat Ketamadunan Agama Islam dan keunikan budaya serta agama, yang terdapat dalam masyarakat Melaka.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Insentif Pengusaha Pelancongan Melaka

191. Kerajaan Melaka dan Persekutuan telah memberikan beberapa insentif kepada pengusaha dan penggiat pelancongan, dalam membantu kelangsungan operasi premis mereka sepanjang tempoh PKP iaitu:

• PERTAMA: Mengecualikan Cukai Pelancongan sehingga Jun 2021;

67 BELANJAWAN 2021

• KEDUA: Mengecualikan pembayaran levi HRDF bagi hotel dan syarikat pelancongan mulai April 2020, dan menangguhkan pembayaran ansuran cukai selama 6 bulan bermula 1 April 2020;

• KETIGA: Memberi kemudahan skim jaminan berjumlah 50 bilion ringgit, dengan jaminan sehingga 80 peratus dari jumlah pinjaman. Ini bagi membiayai keperluan modal kerja oleh Danajamin pada 2020;

• KEEMPAT: Memberi bantuan one-off bernilai 500 ringgit, Bantuan Kit Makanan Asas dan proses disinfeksi berkala secara percuma kepada 373 pengayuh beca pada 2020;

• KELIMA: Memberi bantuan one-off bernilai 600 ringgit kepada pemandu pelancong dan pemandu teksi pada 2020; dan

• KEENAM: Menyedia Geran Khas PRIHATIN sebanyak 3 ribu ringgit bagi penggiat industri pelancongan yang berkategori Kecil atau Mikro pada 2020.

Manakala pada 2021, Kerajaan Melaka akan memberi bantuan tunai one-off kepada 173 pemandu pelancong sebanyak 200 ringgit.

• KETUJUH: Memberi bantuan tunai one-off kepada 141 pemandu bas pelancong, sebanyak 200 ringgit pada 2021;

68 BELANJAWAN 2021

• KELAPAN: Mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas sektor perhotelan, bermula Mac hingga Ogos 2021;

• KESEMBILAN: Menangguhkan bayaran pinjaman atau moratorium oleh pihak bank sehingga Jun 2021; dan

• KESEPULUH: Mengecualikan duti hiburan untuk tiga taman tema air, iaitu A Famosa Water Theme Park, Bayou Lagoon Resort dan Melaka Wonderland Water Theme Park, pada 2021, serta program hiburan keluarga bermusim, yang menyumbang hampir 1 juta ringgit kepada hasil negeri.

Saya menyeru pengusaha 3 taman tema air ini, agar dapat menurunkan harga tiket, untuk menggalakkan lebih ramai pelancong datang berkunjung.

192. Apatah lagi sewaktu PKPB baru-baru ini, sektor pelancongan Melaka terjejas teruk, hinggakan saya perasan, di sekitar Bandar Hilir misalnya, menjadi lengang, sepi seolah-olah macam sedang dilanda ‘serangan zombi’.

193. Sebab itulah, saya lancarkan promosi “Melakan Visit Melaka Packages 2.0”, khas untuk rakyat Melaka, melawat 18 tempat pelancongan menarik di negeri ini, dengan diskaun lumayan sehingga 50 peratus, berbanding harga biasa, sampai akhir bulan ini.

69 BELANJAWAN 2021

194. Begitu juga kepada 57 premis penginapan pelancong di negeri ini, turut menawarkan diskaun mencecah 30 peratus sehingga 28 Februari 2021.

195. Syaratnya, kita mestilah pemegang kad pengenalan 04/30 atau mempunyai alamat di Melaka. Sama-samalah kita rebut peluang ini ya!

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

196. Berhubung tadi, Encik Azman Dolah dari Kg. Morten, ada di atas sana. Beliau datang ke Dewan ini, untuk mendengar pembentangan belanjawan Melaka. Saya faham, mencari sesuap nasi sebagai pengayuh beca di kala COVID-19 masih berleluasa amatlah mencabar.

197. Bagi membantu ‘Encik Man Morten' dan 215 pengayuh beca berlesen di Melaka, sukacita saya umumkan pada 2021, Kerajaan Melaka akan memberi bantuan tunai one-off sebanyak 200 ringgit.

198. Malah, pada 2021 juga, lesen beca akan turut dikecualikan.

70 BELANJAWAN 2021

199. Semoga beliau dan kawan-kawannya tersenyum mendengar khabar gembira ini. Terima kasih ‘Man Morten’ kerana sudi hadir!

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Projek Hakisan Pantai di Kawasan Pelancongan

200. Kebelakangan ini, pesisiran pantai Melaka terkesan akibat hakisan pantai. Ini menyebabkan kerosakan serius kepada harta benda awam dan menjejaskan kegiatan pelancongan di kawasan tersebut.

201. Justeru, wujudnya keperluan mendesak untuk kita melaksanakan kajian, bagi mengetahui punca dan membangunkan langkah-langkah mitigasi bagi menyelesaikan isu berkaitan.

202. Bagi 2021, keseluruhan peruntukan yang akan dibelanjakan sebanyak 9.5 juta ringgit bagi menjalankan 7 buah projek mengatasi masalah hakisan.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

71 BELANJAWAN 2021

STRATEGI KELAPAN: MEMPERHEBAT INSTITUSI PENDIDIKAN

Universiti Melaka

203. Pendidikan pemangkin kepada peradaban ilmu dan nilai sahsiah sesebuah bangsa. Kerajaan Melaka terus komited dalam memartabatkan kualiti pendidikan, demi kemajuan anak-anak Melaka.

204. Untuk ini, sukacita saya umumkan, mulai tahun hadapan,...melalui gabungan KUIM dan MiCOST,...

205. InsyaAllah,... kita akan mempunyai sebuah universiti penuh pertama milik rakyat dan Kerajaan Negeri,... bakal dinamakan sebagai,... Universiti Melaka atau UNIMEL.

206. Sebagai galakan, Kerajaan Melaka menyediakan satu juta ringgit, insentif kepada anak Melaka, menyambung pengajian di KUIM seramai 700 pelajar dan 300 orang lagi di MiCOST, dengan bantuan tunai one-off sebanyak satu ribu ringgit.

207. Saya berharap, bolehlah kita menguar-uarkan dan ramai- ramai menghantar anak-anak kita belajar di Universiti Melaka. Mereka yang nak menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran pun, boleh sambung belajar di UNIMEL.

72 BELANJAWAN 2021

208. Seterusnya, kita telah berbincang dengan KPT, di bawah Rolling Plan Kedua RMKe-12, untuk membina kampus baharu Politeknik Melaka.

209. Menyentuh pendidikan 2021, Bantuan TAPEM diberikan kepada 3,000 orang pelajar B40 untuk memulakan persekolahan, berjumlah 450 ribu ringgit.

210. Manakala Insentif Anugerah Pelajar Cemerlang bagi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM bernilai 127,600 ringgit.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

TERAS KELIMA: SEJAHTERA

211. Sejahtera adalah Teras terakhir dalam misi Kerajaan Melaka dan bajet ini, bertujuan menghidupkan persekitaran negeri terbersih, terindah, lestari, selamat dan nilai kekitaan atau sense of belonging serta ekonomi, yakni, taraf hidup rakyat yang berkualiti, sejahtera dan lebih baik untuk didiami.

STRATEGI KESEMBILAN: MEMPERKUKUH KERAJAAN TEMPATAN

Pencapaian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

212. Laporan Indeks Kebahagiaan MURNInets KPKT merekodkan, Bandar Melaka dan Jasin tersenarai dalam 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia bagi 2019.

73 BELANJAWAN 2021

213. Manakala, Majlis Perbandaran , telah memperoleh status Bandar Paling Mampan di Malaysia.

214. Terkini, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran Alor Gajah, telah diiktiraf antara 5 PBT terbaik di Malaysia dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan atau SDG, Bandaraya Melaka.

215. Pada 5 November lalu, kesemua 4 PBT di Melaka, telah berjaya mendapat penarafan 5 bintang daripada KPKT, meliputi aspek pengurusan, perkhidmatan teras kepada rakyat, pengurusan pelanggan dan penglibatan komuniti, daripada 101 PBT di seluruh Malaysia.

216. Atas pencapaian membanggakan ini, bersamalah kita ucapkan syabas kepada keempat-empat PBT Negeri Melaka!

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Komuniti Hab

217. Selanjutnya, PBT di Melaka akan mewujudkan sekurang- kurangnya satu Komuniti Hab bagi membudayakan komuniti berdaya saing, di kawasan pentadbiran masing-masing, penekanannya kepada golongan miskin bandar, asnaf dan B40.

74 BELANJAWAN 2021

Kebersihan Dan Keceriaan

218. Bagi mengembalikan Melaka sebagai negeri yang paling bersih suatu ketika dahulu, kita akan melakukan transformasi besar bagi merealisasikan hasrat tersebut seperti, menceria dan mengindahkan Melaka menjadi negeri dalam taman, ibarat ‘Negeri cantik seribu bunga’.

219. Justeru, kita akan perhebatkan kempen kebersihan antaranya, membersihkan longkang, parit, mengubah lanskap dan memulihara sungai-sungai yang terdapat di Melaka.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Keselamatan

220. Penglibatan badan-badan beruniform seperti PDRM, KASTAM, IMIGRESEN, BOMBA, APM dan agensi-agensi lain dalam operasi bersepadu bersama PBT sering dilaksanakan, bagi memastikan tahap keselamatan serta ketenteraman masyarakat terjamin.

221. Misalnya, Jabatan Operasi Bersepadu oleh Jabatan Alam Sekitar, Imigresen dan PDRM bagi pemeriksaan Campsite penginapan pekerja asing .

75 BELANJAWAN 2021

222. Selain itu, bagi meningkatkan keselamatan rakyat, Kerajaan Melaka bersetuju meluluskan sumbangan seribu ringgit kepada setiap Skim Rondaan Sukarela pada 2020, yang berdaftar dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

223. Di perspektif lain, kita menghargai jasa bekas Pegawai Waran 2 tentera, Encik Jantan bin Baba. Beliau bukan sahaja pernah menembak mati 7 komunis, malah diberi penghormatan memegang cokmar semasa pengisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

224. Beliau kini uzur, namun sedang menyaksikan Belanjawan ini secara facebook live. Saya doakan semoga panjang umur dan sama-samalah kita beri penghargaan kepada Encik Jantan!

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

STRATEGI KESEPULUH: MENERUSKAN INSENTIF KEBAJIKAN RAKYAT

225. Kebajikan rakyat sangat dekat dalam lubuk hati saya, dan sentiasa diambil berat oleh Kerajaan Melaka.

226. Pendekatan kami jelas, “kita setiap hari bertemu dengan rakyat,... kita dengar keluhan mereka,... kita selami denyut nadi dan perasaan mereka,...

76 BELANJAWAN 2021

semestinya saya pastikan bahawa,... tiada mana-mana golongan pun terpinggir, daripada menerima bantuan dan manfaat, atas prinsip, ‘NO ONE IS LEFT BEHIND’.”

Menaik Taraf Bas Percuma Kepada Asnaf dan OKU

227. Atas komitmen itu, kepada golongan OKU dan fakir miskin, kita akan menaik taraf perkhidmatan 3 buah bas percuma, untuk laluan ke MITC, Hospital Melaka dan UTC di Jalan Hang Tuah.

Bantuan Susu Formula Pesakit Terlantar, OKU, dan Warga Emas

228. Selanjutnya, kita bersetuju memperuntukkan sejumlah 1.7 juta ringgit bagi Program Bantuan Susu Sebagai Makanan kepada pesakit terlantar, OKU dan warga emas melibatkan 361 orang penerima.

Bantuan Lampin Pakai Buang Dewasa

229. Bagi menampung kos perbelanjaan lampin pakai buang dewasa, dari Jun hingga Disember 2020, hampir 800 ribu ringgit diperuntuk, memanfaatkan 2,240 orang penerima.

230. Justeru sukacitanya saya umumkan, bantuan ini kita akan diteruskan pada tahun 2021.

77 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Sagu Hati Nelayan Berdaftar

231. Sememangnya, kebajikan semua nelayan menjadi keutamaan kita. Bagi meringankan beban mereka, kita memperuntukkan 1.48 juta ringgit bayaran sagu hati secara one-off, kepada lebih 1,100 nelayan berdaftar di Melaka.

232. Jumlah yang akan diterima nelayan adalah 2 ribu ringgit bagi pemilik sampan, dan 250 ringgit pula bagi awak-awak.

233. Selain itu, bagi memudahkan laluan keluar masuk bot nelayan, Kerajaan Melaka turut melaksanakan projek mendalamkan Muara Kuala Sungai Baru dan Sungai Punggor, masing-masing berjumlah 12 juta dan 8 juta ringgit.

Caruman PERKESO Buat Pengayuh Beca, Pemandu Teksi dan Kereta Sewa

234. Selanjutnya, Kerajaan Melaka bersetuju menaja caruman PERKESO buat 325 pengayuh beca dan 805 pemandu teksi serta kereta sewa di seluruh Melaka. Peruntukan hampir 200 ribu ringgit bagi tempoh setahun juga disediakan untuk Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri.

78 BELANJAWAN 2021

235. Sebagai sokongan kepada ‘abang-abang’ beca, saya menggalakkan agar, kita semua boleh “round-round bandar Melaka” menaiki beca, sambil bersantai bersama keluarga.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Pembukaan Akaun SSPN-i Anak Kelahiran Melaka

236. Jika tadi, saya umumkan 150 ringgit kepada bayi yang lahir pada hari ini sahaja. Selain hari ini, kita akan teruskan pemberian, kepada semua bayi yang lahir di Melaka, melalui Akaun SSPN-i, berjumlah 50 ringgit setiap bayi.

Rebat Denda Lewat Pembayar Cukai 237. Kerajaan Melaka turut menawarkan pengecualian denda lewat sebanyak 50 peratus, kepada semua hakmilik berstatus individu di seluruh Melaka, dalam tempoh 21 September hingga 31 Disember 2020.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

STRATEGI KESEBELAS: MENYANTUNI ISU-ISU RAKYAT Banjir 238. Seperti saya sebutkan tentang banjir diawal ucapan, kita sentiasa proaktif melaksanakan kerja-kerja, bagi mengurangkan risiko banjir di Melaka.

79 BELANJAWAN 2021

239. Tahun 2020 misalnya, sebanyak 125.96 juta ringgit diperuntukkan, melibatkan 107 projek kerja-kerja penyelenggaraan sungai, projek jangka pendek dan jangka sederhana.

240. Dalam RMKe-12 Tahun 2021-2025, Kerajaan Melaka mengemukakan tiga cadangan projek baharu kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air iaitu:

(i) Projek Pemuliharaan Sungai Udang anggaran kos 25 juta ringgit;

(ii) Projek Pemuliharaan Sungai , anggaran kos 15 juta ringgit; dan

(iii) Kajian Semula IRBM Lembangan Sungai Linggi anggaran kos 1.5 juta ringgit.

241. Kerajaan Melaka juga berhasrat membina lebih banyak tadahan air di kawasan taman-taman perumahan, bagi mengatasi masalah banjir.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Peluang Pekerjaan

242. Bagi menangani hal pengangguran dan peluang pekerjaan, PERKESO memberi reskilling atau upskilling, melalui Program Insentif Pengambilan Pekerja atau Penjana Kerjaya.

80 BELANJAWAN 2021

243. Insentif berjumlah 600 ringgit hingga seribu ringgit, diberikan kepada majikan yang menggaji perantis dan penganggur termasuk golongan OKU serta tenaga kerja berusia.

244. Setelah menganjurkan Karnival Penjana Kerjaya Melaka CareerTrans2020 pada 18 dan 19 Ogos 2020, merekodkan kehadiran 4,357 job seekers, Kerajaan Melaka bersama PERKESO berjaya membantu 1,073 orang mendapat pekerjaan.

245. Untuk mendatang, selepas perincian, employment hub atau MeHUB bakal ditubuhkan.

246. Rentetan sambutan luar biasa daripada rakyat Melaka, melalui mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Melaka saya memutuskan, Karnival Penjana Kerjaya Melaka pada skala yang lebih besar, di 3 daerah seluruh Melaka akan diadakan pada awal tahun 2021.

247. Melalui Program Latihan Insentif Penjana Kerjaya, elaun latihan diberikan sehingga 4 ribu ringgit, bagi setiap pekerja, dengan permohonan dibuat melalui majikan.

81 BELANJAWAN 2021

248. Selain itu, Kerajaan Melaka melalui Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawanan Melaka atau MISDEC, telah menjalankan kursus jangka pendek, khususnya golongan B40 dan mereka yang diberhentikan kerja.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Kesihatan

249. Akibat COVID-19, seluruh rakyat terpaksa membiasakan diri dengan The New Norm, bagi mengelakkan penularan wabak berbahaya tersebut dengan hashtag, “KitaJagaKita”.

250. Melalui Kementerian Kesihatan Malaysia atau KKM, 1.2 juta ringgit diperuntukkan, untuk membeli peralatan perubatan di Hospital Melaka, yang dikhaskan untuk rawatan COVID-19.

251. Selain itu, Klinik Kesihatan Batu Berendam, KK , KK Rembia dan KK Jasin turut menyediakan kemudahan saringan COVID-19 secara pandu lalu atau Drive- Thru.

252. Secara keseluruhannya, Melaka mempunyai 3 buah Hospital Kerajaan, dan 32 buah Klinik Kesihatan. Akses perkhidmatan kesihatan ini sentiasa diperluaskan untuk kemudahan dan keselesaan rakyat seperti berikut:

82 BELANJAWAN 2021

• PERTAMA: Untuk jangka panjang, Kerajaan Persekutuan akan membina sebuah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, bernilai 500 juta ringgit, dengan kapasiti 478 buah katil di atas tapak Institut Latihan Kejururawatan KKM sedia ada;

• KEDUA: Menaiktaraf Bekalan Elektrik, Projek Retrofit Sistem Penyaman Udara Berpusat dan Wad Pediatrik di Hospital Melaka, dengan peruntukan 67 juta ringgit;

• KETIGA: Klinik Kesihatan Simpang Bekoh, Jasin dilengkapi kuarters bakal dibina, dengan kos 27 juta ringgit;

• KEEMPAT: Menaiktaraf Klinik Kesihatan Alor Gajah, dengan kos 1.2 juta ringgit. Manakala, 1.4 juta ringgit lagi akan diperuntukkan bagi kerja naiktaraf pada tahun 2021;

• KELIMA: Selain itu, kita juga akan Membina Hospital Salam melalui inisiatif swasta di atas tapak lama Hotel Stadium Hang Jebat.

253. Setakat 8 Disember 2020, tiada kes harian positif COVID-19 didaftarkan. Ini menunjukkan, Melaka masih terkawal dan belum pernah sampai ke red zone setakat ini.

254. Malahan sebelum ini, bagi pematuhan PKPB tertinggi, Melaka pernah menjadi antara 3 negeri terbaik di seluruh Malaysia.

83 BELANJAWAN 2021

255. Bahkan, netizen Puan Lee Yee Lan turut memuji perkhidmatan Hospital Besar Melaka, hingga mendapat respon positif daripada Tan Sri Ketua Pengarah KKM. Tahniah frontliners dan rakyat Melaka. Anda memang terbaik!

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Kemudahan untuk Belia

256. Kerajaan Melaka sentiasa memastikan kemudahan sukan tersedia, untuk digunakan para belia, menjalankan aktiviti sosial masing-masing.

257. Antara projek yang sedang dilaksanakan, menaiktaraf Kompleks Belia dan Sukan atau KOMBES, Ayer Keroh dan membina baru gelanggang sepak takraw di Kampung Orang Asli Bukit Sebang, Alor Gajah.

258. Selari itu, Projek Menaiktaraf Kompleks Rakan Muda Alor Gajah bernilai 4 juta ringgit, dijangka bermula Disember 2020.

259. Selain itu, bermula awal 2021, kita akan membina Kompleks Sukan Jasin, dengan kos 10 juta ringgit.

84 BELANJAWAN 2021

260. Di samping itu, permohonan baharu di bawah RMKe-12, bagi membina Mini Stadium Masjid Tanah, dengan kos keseluruhan bernilai 30 juta ringgit. Projek ini dijangka bermula dari 2021 hingga 2023.

261. Mengambil kira trend terkini dalam menyantuni anak-anak muda, sukacitanya saya umumkan, peruntukan tahunan berjumlah 200 ribu ringgit, bagi menganjurkan program berkaitan e-Sports.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Bekalan Air i) Bekalan Air Mentah

262. Kerajaan Melaka sentiasa komited dalam memastikan sumber air mentah mencukupi untuk keperluan asas pengguna. Beberapa pelan kontigensi jangka pendek sedang dan telah dilaksanakan:

• PERTAMA: Operasi Pembenihan Awan menggunakan kaedah hydroscopic flare, di seluruh kawasan Lembangan Sungai Melaka, Lembangan Sungai Kesang dan Kawasan tadahan, bagi Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus serta Empangan Asahan.

85 BELANJAWAN 2021

• KEDUA: Notis dan sekatan terhadap pengepaman air ke skim pengairan sawah padi di semua rumah pam individu, agar petani hanya mengambil air, bagi tujuan pengairan sawah padi sahaja;

• KETIGA: Larangan terhadap pelepasan air dan effluen di semua rumah kolam-kolam ternakan ikan dan lembu, yang beroperasi di sepanjang Lembangan Sungai Melaka;

• KEEMPAT: Mewartakan Kolam Kesang 1, Kolam Tasek Ayer Keroh dan Kolam Tebat bersebelahan Tasik Biru Chinchin sebagai Kolam Alternatif; dan

• KELIMA: NADMA meluluskan 2.25 juta ringgit kepada Kerajaan Melaka, bagi penyediaan Portable Water Treament Plant atau PWTP. NADMA juga telah meluluskan bagi perbelanjaan kecemasan, menggantikan struktur pam di Rumah Pam Grisek, Johor, berjumlah 900 ribu ringgit.

263. Selain itu, beberapa pelan tindakan jangka sederhana dan jangka panjang dirancang, dan ada antaranya telah dilaksanakan, seperti berikut:

• PERTAMA: Projek mendalamkan Bunded Storage, bagi membantu memanjangkan tempoh simpanan, sebelum air ini dipam ke Empangan Durian Tunggal.

86 BELANJAWAN 2021

Selain itu, sejumlah 1.5 juta ringgit diluluskan bagi penyelenggaraan ketiga-tiga empangan iaitu Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus dan Empangan Asahan;

• KEDUA: Projek Pengalihan Sungai Semujok di Lanchang, Jasin bagi menyelesaikan isu pencemaran air. Di samping itu, kita mahu menghentikan pergantungan sumber air dari Muar, untuk Loji Rawatan Air Chinchin dan Loji Rawatan Air .

• KETIGA: Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih daerah Alor Gajah, dengan kapasiti takungan 13 ribu juta liter air mentah. Projek ini dijangka siap pada 2024, dengan kos 200 juta ringgit;

• KEEMPAT: Projek Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Melaka – Tasik Biru, dengan empangan berkapasiti takungan 25 ribu juta air mentah, bagi menampung keperluan permintaan air sehingga tahun 2050. Peruntukan diluluskan sebanyak 350 juta ringgit.

• KELIMA: Projek Penyaluran Air Mentah dari TAPS Tasik Biru dan Sungai Kesang ke Empangan Jus dan Empangan Durian Tunggal, bagi memastikan paras empangan sentiasa berada pada tahap optimum. Projek ini memerlukan dana tambahan sebanyak 150 juta ringgit;

87 BELANJAWAN 2021

• KEENAM: Kajian kemungkinan Pembinaan Empangan Persisir Pantai sedang dilaksanakan, bagi menentukan lokasi yang sesuai untuk pembinaan Takungan Pesisir Pantai.

• KETUJUH: Kajian Inter Basin Transfer sedang dijalankan bagi menganalisa dan menilai ketersediaan sumber air di sungai-sungai, berpotensi disalurkan ke kawasan empangan.

• KELAPAN: Projek Abstrak Air Mentah dari Kolam Tebatan Banjir di Durian Tunggal dan Krubong ke Empangan Durian Tunggal, dicadang untuk diubah menjadi dual fungsi.

Ia boleh digunakan sebagai takungan bagi mengelakkan kejadian banjir dan juga sebagai kolam takungan bagi keperluan sumber air. Air dari kolam ini, akan dipam ke Empangan Durian Tunggal dengan kos 500 juta ringgit.

KESEMBILAN: Kerajaan Melaka juga merancang untuk melaksanakan Projek Penyaluran Air Mentah dari ke Melaka. Kajian kebolehlaksanaan penyaluran air mentah, akan dilaksanakan, sepanjang 150 kilometer dari Pahang ke Melaka. Setelah disiapkan, kita dijangka menerima sumber air baharu sebanyak 400 juta liter sehari.

264. Bagi memastikan kelestarian air agar sentiasa terpelihara dan mencukupi untuk keperluan rakyat, Kerajaan Melaka 88 BELANJAWAN 2021

bersetuju untuk mengaktifkan semula Majlis Sumber Air Negeri, bakal dijenamakan semula sebagai, Majlis Air Negeri Melaka.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

ii) Bekalan Air Terawat

265. Bagi memenuhi permintaan air terawat penduduk Melaka, Syarikat Air Melaka Berhad merancang pembinaan tambahan loji-loji air, selain membaik pulih paip-paip agihan di seluruh negeri.

266. Kerajaan Melaka akan melaksanakan beberapa cadangan Jangka Pendek, seperti:

• PERTAMA: Membina Compact Plant di Chin Chin, Jasin, dengan kos 40 juta ringgit, sebagai sebuah loji tambahan berkapasiti 30 juta liter sehari. Projek ini dijangka siap penghujung 2021.

KEDUA: Memasang paip bersaiz 1000 mm, sepanjang 18 km dianggarkan 45 juta ringgit, dan pengepaman air dari Empangan Jus ke Loji Rawatan Air Gadek, Alor Gajah. Projek ini dijangka siap pada 2022.

89 BELANJAWAN 2021

• KETIGA: Mengganti dan menaiktaraf paip-paip air di seluruh Melaka dengan peruntukan 45 juta ringgit.

267. Manakala, untuk jangka panjang, kita akan melaksanakan beberapa cadangan berikut:

• PERTAMA: Projek pembesaran Loji Air Merlimau. Pakej 1 dijangka siap hujung bulan ini, melibatkan kerja pembinaan Kolam Air Bukit Perah 2, berkapasiti 4.54 juta liter di kawasan Loji Merlimau dan pemasangan paip ke bandar Melaka dengan kos 63.5 juta ringgit.

Manakala, Pakej 2 melibatkan kerja-kerja pembesaran Loji Merlimau, pembinaan 2 buah tangki air dan pemasangan paip air mentah di Lanchang, dengan kos 52.5 juta ringgit, dijangka siap Julai 2022.

• KEDUA: Selain itu, SAMB dan Pengurusan Aset Air Berhad juga sedang melaksanakan projek Loji Air Jerneh Fasa 1 berkapasiti 45 juta liter sehari dan dijangka siap menjelang 2023, selaras dengan pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai atau TAPS Jerneh.

90 BELANJAWAN 2021

• Bekalan air dan loji ini diharap membantu kawasan Masjid Tanah, Lubuk Cina dan Ramuan Cina Besar, yang waktu ini mendapat bekalan dari Loji Gadek dan Loji Bertam. Anggaran kos pembinaan loji ini berjumlah 117.3 juta ringgit.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Jaminan Bekalan Makanan Dan Keselamatan Makanan i) Sektor Pertanian

Projek Kebuniti PENJANA

268. Kerajaan Melaka melihat tanaman melalui Kebun Kejiranan atau kebuniti, mensasarkan individu mahupun komuniti, perlu diteruskan, sama ada di pinggir bandar mahupun di bandar, agar rakyat tidak perlu lagi terlalu bergantung kepada tanaman import.

269. Melalui Kebuniti, maksimum 50 ribu ringgit diperuntukkan kepada komuniti, manakala 500 ringgit kepada individu. Bantuan teknikal juga disediakan seperti peralatan, benih dan baja.

Potensi Penanaman Kelapa Pandan

91 BELANJAWAN 2021

270. Di samping itu, kita melihat potensi tanaman kelapa pandan di Melaka. Selain terkenal jolokan ‘heaven for food’, dengan adanya kelapa pandan ini, boleh dijadikan sebagai satu tarikan pelancong, bagi hidangan minuman segar, mahupun diproses sebagai hasil industri asas tani.

Penilaian Outcome Program dan Projek Pertanian

271. Di samping itu, penilaian outcome sesuatu program amat penting bagi memastikan pelaksanaannya, mencapai sasaran yang ditetapkan. Bagi permulaan, penilaian outcome ini dilaksanakan ke atas projek di dalam bidang pertanian.

272. Secara keseluruhan, kita memperuntukkan 5.53 juta ringgit, bagi tempoh lima tahun, bermula 2016 hingga 2020.

273. Beberapa pencapaian baik telah ditunjukkan melalui penilaian outcome yang dilaksanakan, antaranya:

PERTAMA: Projek Penggandaan Lembu Tenusu, di mana purata pendapatan penternak meningkat, daripada 10 ribu ringgit kepada 12 ribu ringgit sebulan;

KEDUA: Program Pembangunan Industri Kelapa berjaya melahirkan 22 orang usahawan baharu kelapa, dengan peningkatan pengeluaran lebih 150 kilogram kelapa, dan bersamaan nilai lebih 200 ribu ringgit.

92 BELANJAWAN 2021

KETIGA: Program Konservasi dan Penerangan Penyu Karah, Masjid Tanah, berjaya merekodkan lebih 244 ribu biji telur penyu karah dalam tempoh 2016 hingga 2019.

Daripada jumlah tersebut, lebih 135 ribu anak penyu karah, berjaya dilepaskan kembali ke habitat asalnya. Produk pelancongan di Pusat Konservasi ini, berjaya menarik lebih 160 ribu orang pelancong ke Melaka.

274. Atas kejayaan tersebut, Kerajaan Melaka bersetuju meningkatkan peruntukan dalam bidang pertanian, lebih 1.9 juta ringgit.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

ii) Sumber Perikanan

275. Sektor perikanan juga adalah penyumbang kepada sumber makanan dan aktiviti sosio ekonomi penduduk setempat. Dua aktiviti utama, perikanan tangkapan dan akuakultur menyumbang kepada sumber ikan serta pendapatan nelayan dan pengusaha akuakultur di Melaka.

276. Kita mensasarkan tangkapan perikanan, meningkat kepada 2 ribu tan metrik. Manakala, industri akuakultur dijangka kekal pada tahap 3 ribu tan metrik, dengan syarat kapasiti pengeluaran sedia ada dapat dikekalkan.

93 BELANJAWAN 2021

277. Untuk itu, bagi meningkatkan sumber perikanan di perairan Melaka, program pelepasan benih ikan atau udang ke perairan umum akan dijalankan setiap tahun.

278. Pada masa ini, Melaka telah berjaya menjadi salah sebuah negeri pengeluar benih ikan marin di Malaysia, iaitu di Zon Industri Akuakultur Sempang, Merlimau.

279. Selain mengeluarkan udang putih, pusat pengeluaran benih ikan daripada 64 tangki 1 tan dan 24 tangki 2 tan, mampu mengeluarkan 90 ribu ekor benih ikan setahun sebanyak 450 ribu ringgit. Spesis ternakan baharu adalah ikan marin dalam sangkar, kerang-kerangan dan tilapia.

280. Zon Industri Akuakultur Sebatu, Jasin, akan terus ditumpukan sebagai kawasan utama bagi pengeluaran udang laut dan kupang.

281. Sehingga 2020, 6 buah ladang akuakultur mendapat persijilan myGAP, dan 1 ladang ikan hiasan serta 1 kilang makanan telah mendapat pensijilan Sijil Kualiti Ikan.

282. Bagi mempelbagaikan pendapatan nelayan, Kerajaan melaksana projek pembangunan berkonsepkan komuniti di pangkalan nelayan. Ia merangkumi aktiviti akuakultur, agro-

94 BELANJAWAN 2021

pelancongan, industri asas tani, bengkel pembaikan bot dan enjin serta pusat pengumpulan.

283. Bagi melahirkan usahawan berjaya di bidang pertanian, program inkubator selama 3 tahun disediakan. Melaka mempunyai Pusat Transformasi Produk Perikanan di Batu Berendam, mampu mengeluarkan 200 tan metrik keropok lekor bernilai 1.7 juta ringgit setahun.

284. Dengan persijilan MeSTI dan HALAL, produk ini, berjaya dieksport ke pasaran Brunei, Korea Selatan dan Hong Kong. Pemilihan dan perlantikan usahawan baharu akan dilaksanakan pada 2021.

285. Bagi menjamin keselamatan dan keselesaan kepada nelayan, satu zon khas, akan diwujudkan di perairan Melaka, bagi membezakan kawasan untuk kapal berlabuh dan lokasi nelayan menangkap ikan.

286. Di jalur lain, kita menghargai Allahyarham Zakaria Jusoh dari Kampung , Masjid Tanah, ditembak mati komunis pada 1979, di Gerik, Perak.

287. Wakil keluarganya, Encik Yahaya bin Zakaria dan Leftenan Kolonel Bersara Basir Amit, ada bersama kita dalam Dewan ini. Bagi mengenang bakti Allahyarham, berilah segulung penghormatan kepada keluarga ‘tentera’ ini!

95 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

iii) Sektor Penternakan

288. Melaka kekal antara negeri utama pengeluar telur, ayam daging serta anak ayam di Malaysia, dengan pengeluaran telur ayam melebihi 9 juta biji sehari.

289. Nilai pengeluaran bagi komoditi ayam sahaja mencecah 1.4 bilion ringgit setahun. Dalam memastikan jaminan bekalan makanan dan keselamatan makanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, berperanan membantu meningkatkan pengeluaran industri ternakan, selain menjalankan aktiviti mencegah, mengawal dan membasmi penyakit haiwan berkepentingan ekonomi serta zoonotik.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Perumahan

290. Sesuai halatuju “MELAKA RUMAHKU” yang sejahtera tadi, Kerajaan berusaha menyediakan kediaman selesa untuk rakyatnya.

96 BELANJAWAN 2021

291. Kerajaan akan memberi 5 peratus diskaun, bagi semua jenis pembangunan atas Tanah Adat Melaka, untuk harga jualan rumah 80 ribu ke atas, bagi orang Melayu.

292. Melalui Dasar Pecahan Komponen Perumahan, pemaju diwajibkan menyedia kuota bagi rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan Rumah Mampu Milik, dalam setiap pembangunan perumahan melebihi 3.2 hektar.

293. Berhubung itu, bagi memenuhi keperluan permintaan perumahan golongan B40 dan M40, Kerajaan Melaka memperkenalkan Skim Perumahan berikut:

• PERTAMA: Bantuan perumahan kepada golongan B40 yang layak melalui Skim Rumah Prihatin. Setakat ini, sebanyak 127 buah rumah diluluskan di Melaka.

• KEDUA: Sebanyak 411 unit Perumahan Belia akan dibangunkan lagi di Tanjung Minyak. Pertambahan jumlah itu antara perancangan terbaharu kita, selepas kejayaan membina 280 unit perumahan yang sama di Durian Tunggal sebelum ini.

• KETIGA: Kita mensasarkan 42 ribu unit Rumah Mampu Milik, dibina menjelang 2030. Sebanyak 6,357 unit telah siap

97 BELANJAWAN 2021

dibina, manakala, 17,367 unit sedang dalam pembinaan, dan 15,891 unit lagi dalam perancangan.

• KEEMPAT: Lembaga Perumahan Melaka atau LPM akan membina sendiri unit-unit Rumah Mampu Milik di beberapa lokasi seperti, Machap, Semujuk, Rembia dan Kuala Sungai Baru Ilir.

294. Oleh itu, LPM harus mempunyai ‘land bank’ sendiri, dengan anggaran kos pembelian tanah, hampir 55 juta ringgit, dan baki bayaran bagi pengambilan tanah seluas lebih 215 hektar.

295. Kerajaan Melaka juga akan menawarkan konsep rumah sewa beli atau Rent to Own kepada rakyat yang layak seperti, PPR Krubong dan PPR Tehel.

296. Permohonan tersebut memanfaatkan kira-kira 1,100 penyewa untuk memiliki rumah tanpa perlu membuat pinjaman bank. Penyewa hanya menjelaskan ansuran bulanan hingga selesai, dan rumah itu akhirnya bakal menjadi hak milik mereka.

297. Kerajaan Melaka turut memberi pinjaman perumahan, melalui Melaka Finance House Berhad, dengan memfokuskan kemudahan pinjaman, terutama kepada golongan M40 dan B40 untuk membeli rumah atau membina rumah di atas tanah sendiri.

98 BELANJAWAN 2021

298. Selain itu, cadangan penambahbaikan Pinjaman Dana Hartanah Bumiputera, dari 50 ribu ringgit kepada 80 ribu ringgit. Setakat 26 November 2020, 374 permohonan pinjaman diluluskan, dengan amaun berjumlah lebih 27.4 juta ringgit.

299. Di sisi lain, saya berbangga pencapaian Puan Nur Aishah Tey binti Abdullah. Bermula usahawan asnaf, menjadi Ikon Asnaf Kebangsaan 2017, akhirnya berjaya dalam perniagaan soya, sehingga layak membayar zakat.

300. Beliau sedang mengikuti Bajet ini secara facebook live dari London, didoakan terus berjaya dan syabas kita ucapkan kepada Puan Aishah Tey!

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Sistem Jalan Raya i) Mengatasi Kesesakan Jalan Raya

301. Kita beriltizam menyediakan infrastruktur terbaik buat rakyat Melaka, khusus, bagi mengatasi kesesakan jalan raya.

99 BELANJAWAN 2021

Justeru, projek-projek berikut telah dimohon untuk kelulusan tahun 2021, sebanyak 16.7 juta ringgit merangkumi:

• PERTAMA: Menaiktaraf dan Pembesaran Jalan di Dua Persimpangan Bemban, Jasin, bernilai 3 juta ringgit;

• KEDUA: Menaiktaraf Persimpangan di Pekan Kuala Sungga, Alor Gajah, berjumlah 3 juta ringgit; dan

• KETIGA: Membina Jalan Pintas Baharu, dari Persimpangan Jalan Alor Gajah Lama ke Taman Murai Jaya, Durian Tunggal, sepanjang 0.8 kilometer bernilai 10.7 juta ringgit.

Penyelenggaraan Jalanraya MARRIS

302. Di bawah Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya di Malaysia atau MARRIS, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan 100.95 juta ringgit, bagi menyelenggara jalanraya di seluruh Melaka sepanjang 5,621 kilometer.

303. Manakala, peruntukan 21.13 juta ringgit pula, bagi menyelenggara Jalan Persekutuan sepanjang 320 kilometer di Melaka.

Projek Jalan Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau KPLB

100 BELANJAWAN 2021

304. Kita turut membina Jalan Perhubungan Desa, bagi menghubungkan jalan kampung, dengan jalan raya utama. Sehingga 4 November 2020 sahaja, hampir 4 juta ringgit disediakan oleh KPLB, untuk menaiktaraf jalan perhubungan desa sepanjang 23.56 kilometer di seluruh Melaka.

305. Kerajaan Melaka juga memohon kelulusan untuk Projek- projek Baharu RMK-12 berjumlah 1.507 bilion ringgit:

• PERTAMA: Menaiktaraf dan Membina Baharu Jalan 4 Lorong Persisiran Pantai dari Hatten City ke Semabok, Melaka Tengah, berjumlah 651 juta ringgit;

• KEDUA: Membina Jalan Baharu dan Menaiktaraf Jalan dari Persimpangan Taman Perindustrian Bukit Rambai, Lebuh SPA ke Pelabuhan Tanjong Beruas, bernilai 389 juta ringgit.

• KETIGA: Membina Jalan Baharu dari Kampung Seri Mendapat, Jasin, Melaka ke Tangkak, Johor sebanyak 150.3 juta ringgit;

• KEEMPAT: Membina Jalan Baharu dari Kampung Parit Melana ke Kampung Bukit Bulat, Alor Gajah, sebanyak 99.5 juta ringgit;

101 BELANJAWAN 2021

• KELIMA: Menaiktaraf dan Membina Jalan Baharu dari Kg. Bukit Piatu ke Kg. Bukit Baru, Melaka Tengah, sebanyak 34 juta ringgit;

• KEENAM: Membina Jalan Baharu dari Kuala Linggi ke Ayer Molek, Masjid Tanah, sejumlah 133.4 juta ringgit; dan

• KETUJUH: Membina Jalan Baharu dari Simpang Jalan – Bemban ke Simpang Jalan Kandang, Jasin, bernilai 50 juta ringgit.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

ii) Meningkatkan Infrastruktur dan Sistem Jaringan Jalan Raya

306. Selanjutnya, projek-projek dalam pembinaan bagi meningkatkan infrastruktur dan sistem jaringan jalan raya di Melaka bernilai 71.98 juta ringgit:

• PERTAMA: Projek Infrastruktur Kampung Tersusun Ayer Panas, Bemban berjumlah 8.78 juta ringgit, yang meliputi pembinaan jalan, longkang konkrit, lanskap dan paip retikulasi.

• KEDUA: Kerajaan Persekutuan juga meluluskan Projek Pembinaan dan Penubuhan Pusat Haemodialisis Integratif di

102 BELANJAWAN 2021

Bukit Katil serta Bandar Jasin Bestari dan Projek Infrastruktur bagi membina surau, pusat perniagaan, dewan serta sekolah pondok di Kampung Tersusun Bukit Senggeh, Jasin dengan kos keseluruhan hampir 12.9 juta ringgit.

• KETIGA: Menaiktaraf Jalan Kampung Paya Redan Melaka Tengah, sebanyak 21 juta ringgit; dan

• KEEMPAT: Membina Jalan Baru dari Hutan Percha ke Pekan Tebong, Alor Gajah, bernilai 29.3 juta ringgit.

307. Seterusnya, 88.1 juta ringgit diperuntukkan tahun hadapan, untuk projek-projek yang di dalam pra-Kontrak melibatkan:

• PERTAMA: Membina Jalan Baharu dari Jalan Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram, Masjid Tanah, Alor Gajah, sebanyak 36 juta ringgit;

• KEDUA: Cadangan Membina Jalan Baharu dari Persimpangan Rim ke Persimpangan Kg. Ulu Jasin, Jasin, sejumlah 48.2 juta ringgit;

• KETIGA: Pemasangan Lampu Isyarat Lintasan Pejalan Kaki iaitu Push Button, di hadapan Sekolah Rendah Asahan, Jasin sebanyak 200 ribu ringgit;

103 BELANJAWAN 2021

• KEEMPAT: Pemasangan Lampu Isyarat Lintasan Pejalan Kaki iaitu Push Button, di hadapan Sekolah Rendah Bukit Beringin, Alor Gajah bernilai 2OO ribu ringgit; dan

• KELIMA: Membina Jejantas bagi Sekolah Menengah Bukit Rambai dan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai, sebanyak 3.5 juta ringgit.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

308. Di sudut nasional, nampaknya, hembusan bayu kejayaan sudah bertiup kencang dari Semenanjung sampai ke bumi Sabah.

309. Lantaran, kita merakamkan ‘salam kemenangan’ atas kejayaan dalam 7 Pilihanraya Kecil sebelum ini. Malahan, kita juga berjaya mendapatkan semula Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Syabas diucapkan kepada Perikatan Nasional!

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

104 BELANJAWAN 2021

STRATEGI KEDUA BELAS: MEMPERKUKUH INSTITUSI PEREKONOMIAN ISLAM

Memperkukuh Pengurusan Zakat

310. Menjelang 2021, Zakat Melaka mensasarkan kenaikan 5 peratus daripada kutipan sebenar tahun 2020. Zakat pendapatan adalah penyumbang utama daripada jumlah zakat keseluruhannya. Kutipan zakat pendapatan sehingga 30 November 2020 berjumlah 78.1 juta ringgit.

311. Bagi meningkatkan kutipan, Zakat Melaka telah melaksanakan inisiatif berikut:

• PERTAMA: Arahan Pelaksanaan Wajib Taksir Zakat Al-Mal Al-Mustafad, atau pembayaran zakat pendapatan bagi penjawat awam beragama Islam, melalui kaedah potongan gaji;

• KEDUA: Skim At-Taisir, perkhidmatan pembayaran zakat secara bulanan melalui auto-debit;

• KETIGA: iKendiri, aplikasi di laman web Zakat Melaka, memberi kemudahan mentaksir zakat, membuat bayaran dan tambahan zakat, serta

• KEEMPAT: Skim EZ Zakat Muamalat, melalui kerjasama di antara Zakat Melaka dan Bank Muamalat, dalam

105 BELANJAWAN 2021

menyediakan fasiliti membuat kiraan dan potongan zakat ke atas akaun simpanan, serta akaun semasa pendeposit beragama Islam.

312. Lanjutan, kita akan memperkenal Enakmen Zakat dan Fitrah Negeri Melaka, bagi menggalakkan lebih ramai umat Islam membayar zakat. Melalui Enakmen ini, orang ramai perlu membayar zakat, sama seperti membayar cukai pendapatan.

Nasihat Guaman Syarie Percuma

313. Di garis lain, kita bekerjasama dengan Persatuan Peguam Syarie Melaka, dalam menyediakan nasihat Guaman Syarie secara percuma kepada rakyat Melaka.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Memperluas Program Wakaf

314. MAIM melaksanakan "Program Jom Berwakaf, Satu Amal Mencipta Sejuta Manfaat", bertujuan memupuk kesedaran masyarakat Islam berhubung kepentingan berwakaf, sama ada dalam hartanah, mahu pun wang tunai.

315. Masyarakat Islam khususnya para usahawan dan ahli korporat, boleh berwakaf secara tunai dengan pembayaran

106 BELANJAWAN 2021

sekali gus, ataupun potongan bulanan autodebit di Portal iWakaf Melaka.

316. MAIM juga bercadang menjual tanah-tanah wakaf Istibdal, bagi tanah-tanah yang berkeluasan kecil dan tidak strategik untuk dibangunkan. Hasil daripadanya, dikumpulkan supaya tanah yang lebih sesuai dan strategik, dapat dibeli untuk dibangunkan.

317. Contohnya, melalui hasil Istibdal sebahagian Lot 82 KB 5 di Kampung Lapan, telah diguna untuk membangunkan sebuah Kompleks Masjid Kg. Hulu, dengan nilaian terkini 7.4 juta ringgit, mula beroperasi awal 2021.

318. Pihak MAIM juga telah menerima banyak permohonan mewakafkan tanah-tanah milik umat Islam di seluruh Melaka.

319. Antara pembangunan wakaf yang dilaksanakan adalah Hotel Pantai Puteri, Bazar Mart di Pulau Besar, Wakaf Mart di Tanjung Minyak, dan pembinaan masjid-masjid baharu di seluruh Melaka.

320. MAIM juga melalui portal iwakaf.maim.gov.my memperkenalkan 4 produk baharu wakaf tunai iaitu, Wakaf Pendidikan, Masjid, Surau dan Madrasah, Wakaf Pembangunan serta Perubatan.

107 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Bantuan Wang Tunai One-off Pegawai Syarak

321. Bagi menghargai khidmat pegawai syarak seperti imam, noja, bilal, dan pembantu fardhu kifayah di seluruh Negeri Melaka, sebanyak 2.35 juta ringgit elaun diberikan.

322. Tidak cukup itu, tahun depan, kita akan memberi bantuan tunai one-off kepada pegawai-pegawai syarak di 185 buah masjid seluruh Melaka berjumlah 100 ringgit.

PENUTUP

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker, dan Yang Berhormat Datuk Wira Timbalan Speaker;

323. Simpulan kalam, saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas segala komitmen dan peruntukan yang telah diluluskan kepada Kerajaan Melaka.

108 BELANJAWAN 2021

324. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian pula, saya percaya, this is not the right time for us to be divided, because, we have a big agenda, dalam membina halatuju MELAKA RUMAHKU ini.

325. Saya yakin, perbezaan bukanlah semesti memisahkan, sebaliknya boleh dirintis jalan, menuju titik penyatuan di antara sesama kita.

326. Inilah impian yang saya dambakan. Justeru, terima kasih setingginya, kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Melaka, yang berikat teguh dengan kepimpinan ini. Syabas, you are my best team!

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

327. Kepada Ketua Pembangkang dari Bukit Katil, terima kasih atas segala perhatian. Manakala, kepada semua Ahli Yang Berhormat pula, masing-masing mewakili suara akar umbi rakyat Melaka, sekalung terima kasih juga diucapkan.

328. Lantas, kepada ‘sahabat-sahabat’ saya,... baik yang sebelah sini, mahupun di seberang sana,.... demi rakyat,… demi negeri tercinta ini,… marilah kita sama-sama, saling hormat menghargai,... lengkap melengkapi,... cetus hujah bernas lagi berisi.

109 BELANJAWAN 2021

329. Seraya, dihulurkan salam persaudaraan, seungkap penghargaan, ‘tepuk perpaduan’ yang bergemuruh, kepada semua Ahli-ahli yang berhormat sekalian.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

330. Selaras dasar semasa pendigitalan sektor awam, di mana lebih banyak sistem penyampaian dinaiktaraf, tentu sekali aspek integriti tidak dikompromi.

331. Apa pun,

Negeri Melaka sejarah terbilang, Sudah terkenal menggamit dunia, Penjawat Awam tulang belakang, Teman berkhidmat penuh setia.

332. Bertolak kesetiaan itu, sebagaimana tonggak 5K penjawat awam iaitu, Komunikasi, Kolaborasi, Koordinasi, Kompetensi dan Kongsi Matlamat Bersama,…

110 BELANJAWAN 2021

Kursus Profesional Jangka Pendek

333. Bagi memperhebat kecekapan, Kerajaan Melaka memberi peruntukan khas untuk penjawat awam Negeri, mengikuti kursus profesional jangka pendek, dengan badan-badan latihan yang diiktiraf lagi terkemuka.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam

334. Kepada mereka juga, saya nak kabau sikit, ‘janganlah kahau layan rakyat Melaka’, ‘tak usah masam-masam muko’, kerana, nan diseru nan dipinta, nan ditunggu sudah pun tiba.

335. Bagi menghargai khidmat lelah, maka sukacitanya saya umumkan, Bantuan Khas Kewangan kepada semua penjawat awam negeri Melaka, sebanyak setengah bulan gaji atau minimum seribu ringgit, yang akan dibayar dua kali pada Disember 2020 dan Januari 2021.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

336. Demi MELAKA RUMAHKU gemilang,... Ayuhlah kita berazam segigih mungkin,... bagai dipesan Bapak Buya Hamka,... “Jadilah kita seperti gergaji yang tajam, walau disorong dan ditarik pun, tetap menghasilkan keputusan”.

111 BELANJAWAN 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

337. Khulasahnya, saya Sulaiman bin Md Ali,… sememangnya sedar dan mengakui bahawa, banyak lagi yang perlu dilakukan, untuk kebajikan rakyat Melaka.

338. Lalu, dengan penuh kerendahan hati, saya mengajak sama- sama kita bermunajat, sambil menadah tangan memohon doa,

Bismillahir Rahmannir Rahim,

Ya Allah Ya Tuhan,

Kami yang kerdil ini memohon pengharapan, Engkau permudahkan segala urusan, untuk kami hadapi ujian getir dan dugaan,

Ya Fattahu Ya Alim,

Bukakanlah untuk kami, segala pintu kebaikan dan jendela kemudahan, Agar negeri dan rakyat kami dilimpahi rezeki kesenangan, dari segenap penjuru langit serta bumi, darat, mahupun lautan,

Ya Allah Ya Maha Penyembuh,

112 BELANJAWAN 2021

Hindarilah kami daripada segala fitnah, wabak, musibah berpanjangan, Sembuhkanlah yang ditimpa penyakit, jiwa kusut, kepada cahaya ketenangan,

Ya Allah Ya Zal-jalali Wal Ikram

Satukanlah hati-hati kami, Agar kami dapat bekerja, membangun MELAKA RUMAHKU yang damai bahagia, hingga mampu menggamit dunia,

Perkenankan doa kami Ya Allah, Perkenankanlah! Amin Ya Rabbal A’lamin

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

339. Maju jayalah MELAKA RUMAHKU, bahagiakan rakyatnya sampai bila-bila, afiat, selamat dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabakatuh.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker,

Saya mohon mencadangkan.

113 BELANJAWAN 2021