Dewan Rakyat Yang Kelapan
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN MALAYSIA PENGGAL YANG KEDUA ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI SELASA, 28HB. APRIL, 1992, PUKUL 2.30 PETANG Bil. 2 LAPORAN TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MENGANGKATSUMPAH PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT *1. Puan Rohani Abdul Karim minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sama ada kajian mengenai keperluan tenaga pekerja mahir dan separa mahir telah dilaksanakan bagi memenuhi sektor perindustrian dan perkhidmatan di negara ini. Jikalau ada, apakah jenis tenaga pekerja yang diperlukan dan rancangan jangka pendek dan panjang bagi memenuhi keperluan tersebut. *2. Tuan Wahab Suhaili minta Menteri Kesihatan menyatakan: (a) apakah jenis jaminan yang diberi oleh Kerajaan kepada sesiapa yang sanggup berterus terang mahu mengakui bahawa mereka itu pembawa kuman HIV dan penyakit AIDS; dan (b) apakah bentuk persiapan-persiapan yang disediakan oleh Kerajaan kepada pengidap-pengidap AIDS yang sudah dikenalpasti sebelum mereka menemui maut. *3. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan: (a) berapa banyakkah kilang-kilang kepunyaan rakyat Singapura dibina dan beroperasi di seluruh Negara dan di mana kilang-kilang ini bertempat; dan (b) berapa banyakkah rakyat Singapura bekerja di tiap-tiap kilang tersebut dengan menyatakan pecahan angka mengikut jantina pekerja tersebut. *4. Tuan Sim Kwang Yang minta Menteri Kerja Raya menyatakan siapakah telah ditawar kontrek membina Jambatan Batu Kawa di Negeri Sarawak, berapakah wang nilai projek tersebut, adakah tender terbuka diamalkan dalam projek ini dan bilakah projek dijadual siap dibina. 2 *5. Tuan Mohamed Khalid bin Nordin minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah projek yang dibiayai di bawah bantuan Skim Tabung Projek Perumahan terbengkalai. Daripada jumlah tersebut berapa peratuskah yang telah dipulihkan sepenuhnya. *6. Tuan Ibrahim Mustafa minta Menteri Luar Negeri menyatakan: (a) bagaimana pandangan ASEAN tentang pakatan untuk memindahkan pasukan logistik USA dari Pengkalan Laut Subic di Filipina ke SingapuTa; (b) apakah ada kemungkinan wujudnya Pengkalan Tentera sepenuhnya pula selepas ini; (c) apakah langkah ini boleh menggugat kewibawaan ASEAN yang selama ini masih tegas memperjuangkan konsep ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dan Berkecuali); dan (d) apakah ini membuktikan hakikat bahawa permuafakatan antara negara anggota ASEAN kelihatan seolah-olah kian longgar. *7. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan: (a) apakah sebab-sebab Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Kuching lewat mengeluarkan permohonan untuk memperbaharui lesen yang sedia ada dan untuk mengeluarkan lesen baru; (b) adakah benar bahawa beberapa orang pegawai di Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Kuching meminta duit rasuah daripada pemohon lesen; dan (c) kalau benar, sejauh mana dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Badan Pencegah Rasuah untuk memperbaiki situasi ini. *8. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd Hassan minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah "follow-up-follow-up" yang berkesan berhubung dengan hasil dari lawatan ke negara-negara Amerika Selatan seperti berikut: (1) perdagangan; (2) diplomatik; (3) sosial dan kebudayaan. 4 *9. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood minta Perdana Menteri menyatakan berhubung dengan keputusan Kabinet melarang LUTH menaikkan bayaran peruntukan menunaikan Haji tahun sebanyak $500.00: It (a) atas dasar apa LUTH mencadangkan kenaikan itu; (b) adakah sekatan kabinet itu dibuat atas sebab-sebab bayaran sekarang sudah munasabah dan LUTH tetap tidak menanggung kerugian; (c) jika sikap kabinet itu melibatkan implikasi kewangan, pihak manakah yang terpaksa memikul bebannya antara LUTH, MAS atau kedua-duanya sekali; dan (d) jika LUTH dan MAS memikul beban kewangan , sejauh mana is membabitkan penyimpan-penyimpan LUTH dan pemegang saham MAS. 5 (b) menjelang 2020, berapa ramaikah tenaga manusia yang akan diperlukan di industri perkapalan khususnya dalam bidang- (i) kelasi (ii) jurutera (iii) nakhoda dan apakah keupayaan yang ada pada ALAM sekarang (baik dari segi infrastruktur, pensyarah, peruntukan, sistem pembelajaran dan status perundangan) dapat membantu Kerajaan bagi melahirkan jumlah tenaga yang diperlukan pada tahun 2020 nanti. *21. Tuan Ishak bin Arshad minta Perdana Menteri menyatakan: (a) jumlah pencerobohan sempadan/kawasan oleh pasukan bersenjata negara- negara jiran ke negara ini sejak tahun 1985 yang telah dikesan; (b) dari jumlah tersebut berapakah yang terjadi akibat kesilapan yang tidak disengajakan seperti tersesat, kemalangan dan lain-lain; (c) apakah tindakan yang dibuat oleh Kerajaan selepas satu kejadian tersebut dan sehingga setakat manakah kejayaannya; (d) langkah-langkah yang dilakukan bagi menentukan negara ini terjamin selamat dari sebarang pencerobohan luar; dan (e) sehingga setakat manakah kesan langsung termasuk kerugian yang dialami akibat pencerobohan tersebut. *22. Dr. Sanusi Daeng Mariok minta Perdana Menteri menyatakan adakah Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri berhasrat hendak memperakukan supaya gerakan Tabligh diharamkan. Jika is mengapa. *23. Tuan James Jimbun ak. Pungga minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan matlamat Kerajaan menubuhkan Amanah Pelajaran Bumiputera (APB) dan apakah rancangan serta peranannya untuk membantu kaum Bumiputera dan bagaimana cara- cara is dapat membantu kaum Bumiputera. *24. Dr. Jamaludin bin Dato ' Mohd Jarjis minta Perdana Menteri menyatakan: (a) sebab-sebab Kerajaan menolak atau menangguhkan garis-garis panduan baru yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (JPA); (b) langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keberkesanan JPA sebagai instrumen untuk mencapai aspirasi nasional serta usaha mengatasi kelemahan-kelemahan garis-garis panduan JPA yang sedia ada; dan (c) perancangan pelaksanaan matlamat-matlamat Dasar Ekonomi Baru iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat yang terus terlaksana di dalam Dasar Pembangunan Negara. 6 *25. Tuan Haji Abdul Hadi bin Awang minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan terhadap sebuah syarikat swasta di Pantai Remis yang bertanggungjawab membawa masuk lebih 5,000 tan metrik sisa toksid dari Singapura untuk dibuang di Pantai Tanjung Batu dekat pekan berkenaan sejak beberapa tahun lalu; dan (b) apakah langkah-langkah sewajarnya yang akan diambil untuk memastikan bahawa peristiwa yang seumpama itu tidak akan berulang. *26. Tuan Radin Malleh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) bilakah penjenayah-penjenayah yang bertanggungjawab melakukan jenayah perdagangan atau penipuan memalsukan geran tanah di Jabatan Tanah dan Ukur, Kota Kinabalu yang melibatkan wang $12,000,000 ($12 Juta) yang dilaporkan pada tahun 1987 di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu di bawa ke mahkamah; dan (b) adakah undang-undang yang ada sekarang ini difikirkan cukup untuk mencegah kejadian-kejadian jenayah perdagangan yang berluasa di negara kita dewasa ini. *27. Dato ' Haji Mohd . Abu Bakar bin Rautin Ibrahim minta Perdana Menteri menyatakan: (a) apakah langkah-langkah oleh Kerajaan dalam menjamin badan-badan koprat kerajaan yang telah diswastakan daripada dimiliki oleh pelabur-pelabur asing; (b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengawal mutu perkhidmatan untuk badan-badan perkhidmatan kerajaan yang telah diswastakan; dan (c) apakah jaminan Kerajaan kepada pengguna-pengguna supaya badan-badan perkhidmatan Kerajaan yang diswastakan seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Jabatan Pos dan lain-lain tidak akan membebankan rakyat dengan kadar-kadar yang tinggi. *28. Dr. Tan Seng Giaw minta Perdana Menteri menyatakan apakah Kanun (Code of Conduct atau Ethics) untukpara Menteri. Bagaimana Kanun ini dapat dikuatkuasakan dengan berkesan. Sekiranya beliau menganggap Kanun seperti ini tidak perlu, apakah alternatif atau cara-cara yang efektif bagi memastikan semua Menteri menunaikan kewajipan-kewajipannya. *29. Dr. Tan Seng Giaw minta Perdana Menteri menyatakan bilangan tempat yang masih digunakan untuk membuang sampah-sarap di Kuala Lumpur. Apakah langkah- langkah yang berhasil untuk memastikan cara-cara pembuangan sampah-sarap tidak menjejaskan kesihatan orang awam. Memandangkan kekurangan tanah, apakah alternatifnya. Apakah kos dan syarat yang harus diadakan bagi pembinaan sebuah incinerator. Apakah rancangan yang akan diadakan untuk mengatasi masalah yang berpunca dari tapak membuang sampah-sarap di Jinjang Utara. 7 *30. Dr. Nawawi Mat Awin minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada beliau berpuashati dengan keadaan struktur, sistem elektrik, alat-alat pencegahan dan amaran dan lain-lain kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dari segi keselamatan orang ramai. *31. Tuan G. Palanivel minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementeriannya untuk menyekat kenaikan harga barangan pengguna dan inflasi. *32. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Pengangkutan menyatakan: (a) jumlah kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Sungai Besi-Ayer Keroh dan Ipoh-Kuala Lumpur bagi tempoh 1.1.91 hingga 31.12.91; (b) jumlah kemalangan di dalam angka tersebut yang membabitkan kenderaan van; (c) apakah sebabnya jumlah kemalangan membabitkan van semakin meningkat; dan (d) apakah langkah yang telah/akan diambil untuk mengatasi masalah peningkatan kadar kemalangan di negara kita. *33. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan