Kaedah Pengurusan Konflik Organisasi Dari Perspektif Islam Di Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor
KAEDAH PENGURUSAN KONFLIK ORGANISASI DARI PERSPEKTIF ISLAM DI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM, SELANGOR ROSLAN HASSAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2017 KAEDAH PENGURUSAN KONFLIK ORGANISASI DARI PERSPEKTIF ISLAM DI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM oleh ROSLAN HASSAN Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan Ogos 2017 PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Tuhan yang mencipta langit dan bumi. Tuhan yang menurunkan ilmu-Nya kepada yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya ilmu pengetahuan merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada ajaran agama Islam. Tidak lupa juga dengan salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sebagai penghulu kepada umat manusia dan pesuruh Allah SWT. Semoga penghasilan dan usaha dalam melengkapkan tesis ini mendapat keredaan-Nya dan seterusnya memperkayakan ilmu menurut perspektif Islam. Insya Allah. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Mohd Syakir bin Mohd Rosdi sebagai penyelia yang tidak pernah jemu dalam membimbing, memberi tunjuk ajar serta mengemukakan cadangan-cadangan yang tidak ternilai bagi memastikan kekemasan dan kualiti penghasilan tesis ini. Segala teguran dan komitmen penyelia telah mendorong penyelidik dalam membulatkan nekad bagi memastikan penghasilan kajian ini disiapkan. Di samping itu juga penghargaan kepada En. Shahrin Ahmad, En. Yusni bin Abd Rahman, Haji Abdul Halim bin Omar, Hajah Noraini Hussin, Datuk Azhari Dato’ Shaari, YB Khalid Samad, YB Dr. Haji Yaakob Sapari, Ustaz Khairiamri Ahmad dan Prof. Madya Ezani Yaakub yang telah meluangkan masa unuk ditemu bual sehingga penulisan tesis ini dilengkapkan. ii Kedua, tidak lupa juga penghargaan dikalungkan kepada pensyarah-pensyarah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia. Nama-nama seperti Prof.
[Show full text]