ATURAN PROSIDING

1. UCAPAN PENGERUSI BADAN PEGUAM

2. UCAPAN NAIB PRESIDEN BADAN PEGUAM BAGI PIHAK MAJLIS PEGUAM DAN BADAN PEGUAM MALAYSIA

3. UCAPAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KEDAH BAGI PIHAK PEGUAM NEGARA

4. UCAPAN MEMPERINGATI PEGUAM-PEGUAM YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

5. UCAPAN HAKIM BERSIDANG

INDEKS

BIL PERKARA NAMA PENYAMPAI M/S

UCAPAN PENGERUSI BADAN PEGUAM NEGERI NAZLIYAH MANSOR 1 1. KEDAH

DATO‟ ABDUL FAREED ABDUL 2. UCAPAN NAIB PRESIDEN BADAN PEGUAM MALAYSIA 4 GAFOOR

3. UCAPAN WAKIL PEGUAM NEGARA DATO‟ NOR „AZURA MOHAMED ZOHDI 7

4. CHRISTIE GILBERT NAUGHTON CHE SHARIF BIN MAT 9

5. PATHMANATHAN S/O SUNDRAM BALAKRISHNAN A/L K G NAIR 11

6. KAMARUDIN B AHMAD NOOR HISHAM ISMAIL 13

7. POH AH LOY @ POH AH LEY TUNKU MOHAMAD ZULKIFLI OSMAN 15

8. MANJIT SINGH A/L RAM SINGH DEO MOHAMAD AFZA BIN DAHARI@ZAHARI 17

9. AZLINA BT HANIF NAZIRA ABDUL RAHIM 19

10. MAYANDI A/L ELAPAN SUBRAMANIAM KALIANAN, R 21

11. ADI SATRIA B AHMAD @ HARUN BAHADOR OMAR 23

12. SELVAMANI A/P NARAYANASAMY BURHANUDEEN ABDUL WAHID 25

13. VEERASAMY @ RAJENDRANA/L AMS PERIASAMY NADARAJAN A/L ARUMUGAM 27

14. MOHAMAD FIRDAUS BIN IDRIS SITI RAZASAH ABD RAZAK 29

15. OO GIN SUN RUSIDAH HASSAN 31

16. ALIZA BINTI AHMAD MURSHIDAH MUSTAFA 33

17. MOHD SHAKRI BIN ABD RAZAK NAWAL HARUN 35

18. PANCHARAM A/L ARUMUGAM SHANMUGAIAH A/L CHELLIAH 37

19. ISMAEL BIN ALABAS DATO‟ HASHIM JAHAYA 39

20. ROSNI HAIDA BINTI MAT RIFIN SHARIFAH NOR AINAA SYED NASIR 41

21. RAO SURYANA ABDUL RAHMAN ROZAKIAH BINTI ARIFFIN 43

22. RC MURUGESON A/L RAMACHANDRAN PADMANATHAN A/L KUMARASAMY 45

23. ZAINON BINTI MOHD MOKHTAR OMAYAH BINTI OMAR 47

24. AYASAMY A/L KUPUSAMY MURTHY A/L BUTHARAJOO 49

25. QUAH SIEW MEI AHMAD TAUFIQ BAHARUM 51

UCAPAN OLEH NAZLIYAH BINTI MANSOR PENGERUSI BADAN PEGUAM KEDAH

Dengan izin Yang Arif,

1. Saya Nazliyah Binti Mansor hadir bagi pihak Badan Peguam Kedah pada hari ini untuk prosiding memperingati ahli-ahli Badan Peguam Kedah yang telah meninggal dunia. Hari ini merupakan hari yang bersejarah kepada Badan Peguam Kedah kerana Berjaya meneruskan tradisi mulia Badan Peguam Malaysia dalam memperingati dan menghargai para peguam yang telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita.

2. Saya mohon merekodkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Arif Dato‟ Haji Ghazali Bin Cha, Yang Arif Puan Chan Jit Li, Yang Arif Tuan Abu Bakar Bin Katar dan pihak Mahkamah yang Mulia ini di atas kesudian dan persetujuan mengadakan prosiding ini pada hari ini.Tidak lupa juga kepada Yang Arif Dato' Hashim Bin Hamzah yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kami dalam merealisasikan prosiding ini.

3. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih dan berbesar hati di atas kehadiran YB Dato‟ Hajah Nor „Azura bt Haji Mohamed Zohdi, Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah yang hadir mewakili Peguam Negara pada prosiding ini.

4. Seterusnya izinkan juga saya menyatakan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato‟ Abdul Fareed Abdul Gafoor, Naib Presiden Badan Peguam Malaysia yang sudi meluangkan masa hadir pada prosiding ini mewakili Majlis Peguam dan Badan Peguam Malaysia.

1 5. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sekretariat Badan Peguam Malaysia terutamanya Encik Rajen Devaraj, Ketua Pegawai Eksekutif Badan Peguam Malaysia yang telah banyak membantu kami mendapatkan butiran maklumat mengenai latar belakang rakan-rakan peguam yang telah meninggal dunia untuk direkodkan di dalam buku memorial ini.

6. Setinggi-tinggi terima kasih kepada barisan peguam yang telah sudi menjadi penyampai di dalam Prosiding ini, begitu juga sekalung tahniah kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Badan Peguam Kedah yang telah bertungkus lumus berusaha gigih bagi menjayakan Prosiding ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada kakitangan Badan Peguam Kedah dan para pelatih dalam kamar yang telah memberi sumbangan masa dan tenaga untuk menjayakan Prosiding Memperingati pada hari ini.

7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia sejak 24 tahun yang lalu iaitu dari tahun 1994 sehingga 2018. Prosiding ini merupakan penghormatan dan penghargaan kepada rakan-rakan peguam yang telah pergi dahulu, agar ahli-ahli Badan Peguam Kedah terutamanya para peguam muda dapat mengenali dan menghargai para peguam senior yang telah meninggal dunia serta mengambil contoh kebaikan yang ditunjukkan oleh mereka.

8. Bagi pihak Badan Peguam Kedah, saya ingin merekodkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga di atas pemergian para rakan Peguam yang dikasihi sekelian. Sungguh pun kita masih terasa sedih dan berdukacita dengan pemergian mereka, kami yang masih meneruskan perjuangan menghargai jasa mereka dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas khidmat mereka dalam bidang perundangan serta sumbangan bakti mereka kepada masyarakat.

9. Adalah diharapkan Prosiding Memperingati ini dapat diteruskan di masa akan datang dan dijadikan amalan berterusan Badan Peguam Kedah dengan kerjasama pihak Mahkamah Yang Mulia ini demi mengingati dan menghargai para Peguam yang pernah berjasa di Negeri Kedah Darul Aman.

2 10. Saya akhiri dengan peribahasa yang berbunyi: “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama” yang bermaksud kita perlulah berusaha untuk meningkatkan tahap profesionalisme agar segala yang kita lakukan dapat dijadikan suri tauladan oleh generasi akan datang dan dikenang sehingga ke akhir hayat.

11. Yang Arif, saya dengan hormatnya mengusulkan supaya Rekod Prosiding Memperingati ini disimpan di Arkib Mahkamah yang Mulia ini dan sesalinan diserahkan kepada setiap keluarga mereka yang kita kenang dan ingati pada prosiding hari ini.

Terima Kasih.

NAZLIYAH BINTI MANSOR

PENGERUSI BADAN PEGUAM KEDAH

3

SPEECH BY DATO’ ABDUL FAREED BIN ABDUL GAFOOR VICE PRESIDENT OF MALAYSIAN BAR

Dengan Izin Yang Arif,

1. I am ABDUL FAREED BIN ABDUL GAFOOR, and I appear for the Bar Council and the Malaysian Bar in today‟s reference proceedings.

2. May I begin by thanking your Lordship for agreeing to this reference and making time to preside over the proceedings. This is a solemn and meaningful occasion that is unique to the legal profession. It is a time when the Bar recognizes, as a matter of formal record, our own members who are no longer with us.

3. I would also like to thank the Kedah Bar Committee under the able leadership of Puan Nazliyah Binti Mansor for reviving this time honoured tradition in remembrance of our departed colleagues.

4. May I also acknowledge the presence of YB Dato‟ Hajah Nor„Azura bt Haji Mohamed Zohdi, Kedah State Legal Adviser on behalf of the Honorable Attorney General, who has taken time off her busy schedules to be with us this morning.

5. In the finest traditions of the Bar, we gather to pay tribute and commit to posterity the achievements of our learned friends and colleagues at the Bar that should be emulated and forever cherished.

4

6. My learned friends will speak in great length on the many achievements and contributions of our departed members. Each one of them has had illustrious careers, both within and outside the legal fraternity and they have been revered by their families and acquaintances.

7. On a personal note, I have known the following late members in the course my work as an advocate and solicitor,

a) PATHMANATHAN S/O SUNDRAM – he was slightly senior in practice and was an up and coming lawyer before his untimely death;

b) VEERASAMY @ RAJENDRAN A/L AMS PERIASAMY – he is much senior in practice but puts younger members at ease due to his jovial character. Perhaps it runs in his family as I later came to know of his younger brother Vivekananda, who is equally jovial, who was a former Bar Chairman and Council Member of the Malaysian Bar;

c) RAO SURYANA BINTI ABDUL RAHMAN – despite her diminutive figure, RAO was a strong character who is known to articulate her thoughts very well. Unknown to many, she has also played football for the Bar‟s ladies team in the early part of her career.

8. With the departure of these 22 of our collagues, the Malaysian Bar has not only lost outstanding lawyers, but respectable personalities whose voids are difficult to fill.

9. Although we grieve and mourn their deaths, we also acknowledge their many contributions, service and dedication to the Bar and society which is evident in all of us being here today paying tribute to them. We believe that the marks left behind by each and every one of the 22 will continue to serve as an inspiration to members of the Bar, whether from the current or future generations.

5

10. On behalf of the Bar Council and Malaysian Bar, I express our sincere condolences to the family and friends of the 22 departed members, as we mourn their loss. We pray that their souls rest in peace.

11. Lastly, may I ask your Lordship to direct that a Record of this Reference be kept in the Archives of the Court and a copy sent to the families of our departed brothers and sister-at-law.

12. My Lord, I wish to end my speech with the recitation of a pantun:-

Di Pagi Yang Indah Penuh Kesyahduan Kita Berkumpul Mengingati Pemergian Sahabat Setia Di Arena Perundangan Budi Dan Jasa Dikenang Berzaman

DATO’ ABDUL FAREED BIN ABDUL GAFOOR VICE PRESIDENT MALAYSIAN BAR

6 UCAPAN OLEH

YB DATO' HAJJAH NOR 'AZURA BT HJ MOHAMED ZOHDI

PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KEDAH DARUL AMAN

BAGI PIHAK PEGUAM NEGARA

Dengan izin Yang Arif,

1. Assalammualaikum w.b.t. Salam Sejahtera. Salam Kedah Serata-Rata

 Rakan bijaksana saya YBhg. Dato‟ Abdul Fareed Abdul Gafoor, Naib Presiden Badan Peguam Malaysia.  Rakan bijaksana saya Pn. Nazliyah binti Mansor, Pengerusi Badan Peguam Kedah.  Rakan-rakan bijaksana dan semua yang hadir pada pagi ini.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua Ahli Jawatankuasa Badan Peguam Negeri Kedah yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program yang julung kalinya diadakan di Kedah iaitu prosiding memperingati Ahli-ahli Badan Peguam Kedah yang telah meninggal dunia.

3. Sepanjang empat tahun bertugas di Kedah, saya hanya berkesempatan mengenali Almarhumah Rao Suryana binti Abdul Rahman. Rao Suryana yang saya kenali seorang yang pendiam, sentiasa tersenyum dan lemah-lembut orangnya. Pemergiannya mengejut tetapi itulah kehidupan kita sebagai manusia, tidak kekal di dunia ini.

4. Sebagai orang Islam, kita percaya bahawa soal jodoh, pertemuan dan ajal di tangan Allah. Ingatlah mati itu tiada syarat tua dan mati itu juga tiada syarat sakit. Mati itu menjengah tanpa mengira waktu dan ketika, tidak kira tua atau muda, sakit atau sihat. Majlis ini secara tidak langsung turut menjadi peringatan kepada kita semua supaya memanfaatkan kehidupan sementara ini dengan sebaiknya, insyaAllah.

7

5. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga Badan Peguam Kedah yang telah kembali menemui penciptaNya dengan petikan kata-kata:

“Those we love don‟t walk away, they walk beside us every day. Unseen, unheard but always near, still loved, still missed and very dear.”

6. Yang Arif, saya dengan ini mengusulkan supaya Rekod Prosiding ini disimpan di Arkib Mahkamah yang Mulia ini dan sesalinan diserahkan kepada setiap keluarga mereka yang kita kenang dan ingati pada prosiding hari ini.

Terima kasih, Yang Arif.

Oleh:

YB Dato’ Hajah Nor ‘Azura bt Haji Mohamed Zohdi Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah

8 CHRISTIE GILBERT NAUGHTON (BC/N/12) 21 JANUARI 1921 - 5 OGOS 1994

Mendiang Christie Gilbert Naughton adalah merupakan anak kelahiran Scotland. Mendiang memulakan kariernya sebagai seorang Peguam di Kedah bermula pada tahun 1960-an. Merupakan bekas seorang juruterbang tentera udara di negaranya, mendiang bertekad untuk meneruskan minatnya di dalam bidang perundangan apabila mendiang mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di Lincoln‟s Inn, London.

Mendiang yang lebih dikenali dengan nama Naughton Christie telah berkahwin dengan seorang wanita Malaysia berketurunan Cina dan semenjak itu mendiang telah menetap di Malaysia sehingga ke akhir hayatnya. Hasil perkahwinannya mereka mempunyai seorang anak perempuan.

Mendiang Naughton Christie memulakan kariernya sebagai Peguam di Kedah dengan menjadi rakan rongsi kepada Encik Kartar Singh A/L Ranjit Singh di Firma Kartar Singh & Co. Selepas itu mendiang menubuhkan firma guamannya sendiri sebagai pemilik tunggal kepada Tetuan Naughton Christie & Co.

Mendiang Naughton Christie bergiat aktif di dalam bidang perundangan jenayah dan perundangan sivil serta amat dikenali di Kedah kerana pada masa dahulu prosedur di Mahkamah termasuklah perbicaraan dijalankan di dalam Bahasa Inggeris maka mendiang Naughton Christie pantas di dalam menggunakan kelebihan dan kefasihannya berbahasa Inggeris untuk menegakkan kepentingan anakguamnya di dalam Mahkamah.

Terdapat juga kes-kes yang telah dikendalikan mendiang menjadi kes-kes yang signifikan(landmark) dan menjadi rujukan di dalam bidang perundangan. Antaranya adalah kes yang melibatkan isu Tanah Rizab Melayu seperti kes Haji Hamid Bin Ariffin & Anor v. Ahmad Bin Mahmud [1976] 2 MLJ 79; dan kes jenayah melibatkan

9 Seksyen 302 Kanun Keseksaan seperti kes Ramlan Bin Salleh v. Public Prosecutor [1987] 2 CLJ 300.

Memandangkan mendiang Naughton Christie bukanlah anak kelahiran Malaysia, dalam beramal sebagai peguam di Kedah, mendiang sudah tentulah menghadapi kesulitan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia kerana ia adalah bahasa asing bagi mendiang. Namun, berkat keazamannya yang tinggi, kesungguhan dan usahanya mempelajari Bahasa Malaysia membuatkan mendiang akhirnya fasih berbahasa Melayu. Mendiang adalah seorang peguam yang berdedikasi dan bertanggungjawab. Setiap halangan dan cabaran yang dihadapinya ditempuhi dengan penuh berani. Mendiang Naughton Christie juga seorang yang tegas dan lantang di dalam menyuarakan pendapatnya yang mana atas faktor ini, nama mendiang sangat dikenali di dalam bidang perundangan.

Mendiang Naughton Christie amat komited dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang Peguam walaupun pada usia yang lanjut dan dalam keadaan yang uzur, mendiang tetap menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap apa yang dilakukan sehingga ke akhir hayatnya.

Mendiang Naughton Christie meninggal dunia di rumahnya di Taman Golf, , Kedah pada 5 Ogos 1994 di usia 73 tahun dan disemadikan di Watt Siam, Jalan Telok Wanjah, Alor Setar, Kedah. Walaupun telah lama meninggal dunia, namun mendiang masih menjadi sebutan di kalangan peguam-peguam muda sebagai seorang peguam yang berkaliber dan menjadi sebahagian dari sejarah perundangan di Kedah. Sehingga kini, nama Christie Gilbert Naughton masih teguh dan mekar di ingatan kita.

Disampaikan Oleh: Che Sharif Bin Matt (Peguambela & Peguamcara) Disediakan Oleh: Siti Hajar Binti Abd Wahab (Pelatih Dalam Kamar)

10 PATHMANATHAN A/L SUNDRAM (BC/P/162) 28 DISEMBER 1967 – 18 OKTOBER 1997

Mendiang S. Pathmanathan dilahirkan pada 28hb Disember 1967 dan berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Bercita-cita ingin menjadi seorang peguam sejak kecil, mendiang menjadi kebanggaan keluarga apabila berjaya menyambung pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang undang-undang di Universiti of London (external). Akhirnya, setelah beberapa tahun berhempas-pulas demi segulung ijazah, mendiang akhirnya menamatkan pengajian dengan jayanya. Mendiang kemudiannya menduduki CLP dan telah berjaya dengan cemerlang. Kejayaan ini amat membanggakan keluarganya kerana mendiang adalah anak harapan keluarga.

Mendiang memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Dalam Kamar di firma guaman di Pulau Pinang dan setelah selesai tempoh latihan, mendiang telah diterima masuk dan didaftaraikan sebagai seorang Peguambela & Peguamcara pada 28.10.1994 di usia 27 tahun. Mendiang memulakan kerjayanya sebagai peguam muda dengan beramal sebagai rakan kongsi di Tetuan K S Koay Pathma & Co., sebuah firma guaman yang mempunyai cawangan di Kedah dan Pulau Pinang. Mendiang menumpukan dalam bidang litigasi jenayah sebagai pilihan bidang amalannya kerana minatnya yang mendalam di dalam undang-undang jenayah.

Dalam tempoh yang singkat sejak memulakan kerjayanya sebagai seorang Peguam, sekitar 3 tahun, mendiang mula dikenali di atas kejayaannya mengendalikan kes- kes jenayah. Keberanian dan kelantangannya berhujah membuatkan mendiang disegani dan dihormati ramai. Pada awal pembabitannya di bidang guaman, mendiang seorang peguam yang penuh berdedikasi dan sangat fokus dengan kerjayanya. Mendiang sering dipuji dan dikenangi kerana perjuangan mendiang mempertahankan anakguamnya. Sifat berani dan pantang undur untuk menegakkan keadilan mencerminkan prinsip-prinsip kukuh yang dimiliki oleh mendiang.

11 Walau bagaimanapun, kerjaya dan kejayaan mendiang tidak kekal lama. Pada petang Ahad,19 Oktober 1997, negara telah dikejutkan dan digemparkan dengan penemuan mayat mendiang di pejabatnya di Tetuan K S Koay Pathma & Co. di Lebuh China, Pulau Pinang dalam keadaan berlumuran darah dengan sembilan kesan tikaman di badannya. Mendiang telah dibunuh dengan kejam di mana tangannya diikat ke belakang dengan rantai besi yang dikunci dan mulutnya ditutup menggunakan pita lekat. Pihak polis mengesyaki mendiang telah dibunuh sehari sebelumnya iaitu pada 18 Oktober 1997. Sehingga hari ini misteri kematiannya belum dapat diungkai lagi. Semoga penjenayah yang terlibat dengan pembunuhan mendiang dapat diheret ke muka pengadilan dengan segera.

Mendiang telah meninggal dunia di kala sedang meningkat naik di dalam kerjayanya dan diusia yang masih muda iaitu baru mencecah 30 tahun. Mendiang juga masih bujang dan belum sempat berumah tangga semasa hayatnya. Mendiang dikenali di kalangan rakan-rakan sebagai seorang yang baik dan mudah didekati mempunyai gaya hidup yang sederhana dan sangat merendah diri. Rakan-rakan yang mengenali mendiang mengakui bahawa mendiang merupakan seorang yang baik hati dan sentiasa bertolak ansur.

Pemergian mendiang amat mengejutkan dan diratapi oleh semua pihak terutamanya keluarga dan sahabat handai. Kehilangan mendiang adalah sangat dirasai terutamanya oleh rakan-rakan dalam profesion perundangan kerana mendiang adalah seorang peguam yang berperibadi mulia, mesra dan telah beramal dengan cemerlang sekali dalam bidang ini walaupun dalam tempoh yang singkat. Semoga mendiang berehat dengan tenang dan aman di sana.

Disampaikan Oleh: Balakrishnan A/L K.G. Nair (Peguambela & Peguamcara) Disediakan Oleh: Murshidah Binti Mustafa (Peguambela & Peguamcara)

12

KAMARUDIN BIN AHMAD

(BC/K/115)

14 OGOS 1949 - 25 MEI 1998

Dilahirkan pada tanggal 14 Ogos 1949, Allahyarham Kamarudin Bin Ahmad merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik hasil perkahwinan Encik Ahmad Bin Jidin dan Puan Fatimah Binti Ahmad. Allahyarham merupakan seorang peguam yang tidak lokek berkongsi ilmu dan disegani ramai. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 25 Mei 1998 di Kangar, Perlis semasa berumur 49 tahun.

Allahyarham memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi/Sosiologi) pada 28 Jun 1974 di Universiti Malaya dan minat Allahyarham yang mendalam dalam bidang perundangan telah mendorong Allahyarham meneruskan pengajian dan seterusnya berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di universiti yang sama pada 11 Ogos 1983.

Kerjaya Allahyarham sebagai seorang Majistret di Alor Setar Kedah merupakan titik permulaan Allahyarham dalam bidang perundangan. Allahyarham meneruskan latihan dalam kamar di Tetuan Hoe & Ahmad Zaki dan sepanjang tempoh latihan tersebut, Allahyarham telah menerima ilmu pengetahuan, tunjuk ajar, nasihat serta pendedahan yang amat luas dan berharga untuk Allahyarham mengorak langkah yang lebih jauh dalam bidang guaman. Pada tahun 1988, Allahyarham telah diterima masuk dan didaftaraikan sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

13 Pada 21 Januari 1992, Allahyarham telah menubuhkan firma guaman sendiri iaitu Tetuan Chin Len Chong, Kamaruddin & Co bersama rakan Allahyarham iaitu Encik Chin Len Chong. Sepanjang karier Allahyarham sebagai peguam dan rakan kongsi di firma tersebut, Allahyarham bekerja dengan penuh semangat dan berintegriti. Kini, Tetuan Chin Len Chong, Kamaruddin & Co merupakan salah sebuah firma guaman yang terkenal dan mempunyai empat cawangan di sekitar Kedah dan Perlis. Firma ini juga merupakan firma terakhir di mana Allayarham Kamaruddin Bin Ahmad berkhidmat sebagai Peguambela dan Peguamcara. Berdasarkan pengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang perundangan, Allahyarham berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes litigasi yang terdiri daripada kes-kes komersial, korporat, perbankan dan juga litigasi am.

Allahyarham dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Nursyahirah binti Kamarudin dan Fatin Khairunnisa Binti Kamarudin. Salah seorang daripada mereka telah mengikuti jejak langkah bapa mereka dalam bidang perundangan dan kini merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara di sebuah firma guaman yang terkenal di .

Allahyarham Kamarudin Bin Ahmad merupakan seorang peguam yang berkarisma dan sentiasa bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Memiliki sikap merendah diri, baik hati dan menghormati orang lain, Allahyarham amat disenangi bukan sahaja oleh kaum keluarga, saudara-mara, sahabat-handai malahan orang yang tidak dikenali begitu mudah menerima dan menyayangi Allahyarham. Dengan pemergian Allahyarham, kita telah kehilangan seorang sahabat dan peguam yang baik. Namun, Allahyarham pergi meninggalkan pelbagai kenangan manis yang akan sentiasa diingati dan dihargai.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Disampaikan Oleh: Noor Hisham Bin Ismail (Peguambela & Peguamcara) Disediakan Oleh: Nurameera Binti Shahrul Azrin (Pelatih Dalam Kamar)

14

POH AH LOY @ POH AH LEY (BC/P/75) 20 FEBRUARI 1944 -20 FEBRUARI 1999

Mendiang Poh Ah Loy @ Poh Ah Ley dilahirkan pada 20 Februari 1944. Mendiang mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Convent dan kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Alor Setar.

Pada tahun 1962, mendiang telah berjaya mendapatkan Certificate of Education di Brinsford Lodge, Birmingham, England. Seterusnya, mendiang telah memulakan kerjaya dengan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Sekolah Convent Alor Setar dan Kolej Sultan Abdul Hamid.

Daripada bidang pendidikan, minat dan kecenderungan untuk berbakti kepada masyarakat telah mendorong mendiang menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang selama 4 tahun di University of London sebagai pelajar luar kampus dalam bulan Januari 1977, semasa mendiang berkhidmat sebagai guru.

Memulakan langkah pertama dalam bidang guaman, mendiang telah menjalani Latihan Dalam Kamar di Tetuan Jin-Nge & Co. Sepanjang tempoh latihan tersebut, mendiang telah menerima ilmu pengetahuan, tunjuk ajar, nasihat serta pendedahan yang luas untuk mendiang mengorak langkah yang lebih jauh dalam bidang guaman. Selepas tamat latihan, mendiang telah diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara pada 18 September 1986 di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Pada penghujung tahun 1986, berbekalkan komitmen dan integriti, mendiang berkhidmat sebagai peguam di Tetuan Jin-Nge & Co dan seterusnya melangkah

15 setapak lagi apabila dilantik sebagai rakan kongsi dalam firma tersebut. Mendiang pada mulanya menceburi bidang litigasi sivil dan kemudiannya conveyancing. Sebagai seorang peguam, terdapat beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh mendiang, antaranya sifat merendah diri, suka membaca dan teliti dalam pekerjaan, menjadikan mendiang seorang yang sangat disegani di kalangan rakan- rakan sekerja. Mendiang juga telah menyumbang artikel dalam jurnal undang- undang Malayan Law Journal. Selain itu, mendiang juga terlibat dalam aktiviti- aktiviti sosial apabila mendiang pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bekas- Bekas Murid Sekolah Convent dan Presiden Persatuan PIBG Sekolah Convent.

Pada 20 Februari 1999, mendiang telah menghembuskan nafas yang terakhir meninggalkan keluarga dan rakan-rakan yang disayangi termasuk dua orang cahaya mata iaitu Albert Chong dan Fiona Chong. Fiona Chong juga telah mengikuti jejak ibunya dan pernah bekerja sebagai peguam. Kehilangan mendiang adalah sangat dirasai terutamanya dalam bidang guaman kerana mendiang adalah seorang peguam yang berdedikasi dan telah berbakti dengan cemerlang sekali dalam bidang ini selama 13 tahun.

Mutiara kata yang sering diungkapkan oleh mendiang ialah:

“Every bad people there is little bit good in him and every good people there is little bit bad in him.”– Poh Ah Loy @ Poh Ah Ley

Disampaikan Oleh: Tunku Mohamad Zulkifli Bin Osman (Peguambela & Peguamcara) Disediakan Oleh: Norsyazwani Binti Mohd Yatim (Pelatih Dalam Kamar)

MANJIT SINGH A/L RAM SINGH

16 (BC/M/130) 31 OKTOBER 1951 –14 DISEMBER 2002

Manjit Singh A/L Ram Singh Deo, dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 31.10.1951. Mendiang Manjit Singh, anak ke 8 daripada 9 adik beradik adalah anak kepada pengawal keselamatan dan penternak Ram Singh Deo. Ibunya Kartar Kaur, adalah seorang wanita yang tabah, penyayang dan sabar membesarkan kesemua anaknya dengan penuh disiplin sehingga berjaya. Mendiang merupakan adik kepada peguam tersohor mendiang Karpal Singh.

Mendiang telah mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan hatinya bernama Sylvia Geraldine Haslam yang merupakan anak kepada setiausaha Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar pada ketika itu. Mereka telah di kurniakan seorang anak perempuan bernama Kiran Kaur yang kini meneruskan legasi mendiang sebagai seorang Peguam.

Pengalamannya dalam bidang perundangan bermula apabila mendiang bekerja sebagai kerani di firma guaman milik abangnya Karpal Singh. Mendiang bersungguh- sungguh membantu abangnya mengendalikan Firma tersebut sejak mula beroperasi. Hasil dari pengalamannya bermula sebagai seorang kerani di Firma guaman tersebut, dari hari ke hari, mendiang mula mahir dalam bidang undang- undang terutamanya jenayah.

Melihat minatnya yang mendalam di bidang perundangan, abangnya mendiang Karpal Singh memberi penuh kepercayaan, dorongan dan pengharapan untuk melihat adiknya berjaya dalam bidang perundangan. Karpal Singh telah membiayai pengajian mendiang Manjit Singh dalam jurusan Undang-Undang di Buckhingham University, London.

17 Atas dorongan keluarga terutama abangnya Karpal Singh, dengan penuh kesungguhan dan semangat akhirnya mendiang Manjit Singh berjaya mendapat Ijazah Undang-Undang dari Buckhingham University dan Barrister dari Lincoln‟s Inn, London.

Mendiang memulakan kariernya sebagai pelatih dalam kamar dan telah berjaya didaftaraikan sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara pada 6 Mei 1984, tarikh yang cukup bermakna buatnya kerana mendiang telah membuktikan segala usaha kerasnya membuahkan hasil. Mendiang juga berterima kasih tidak terhingga kepada abangnya mendiang Karpal Singh yang tidak pernah jemu memberi dorongan kepada dirinya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang undang- undang.

Mendiang Manjit Singh memulakan kariernya sebagai Peguam di Kedah dengan beramal di Firma Manjit & Co yang di asaskan oleh abangnya Karpal Singh yang terletak di Jalan Kota, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Firma ini merupakan firma guaman terkenal di Kedah dengan kepakaran dalam bidang jenayah. Selama pembabitannya di bidang guaman, beliau seorang peguam yang penuh berdedikasi dan sangat fokus dengan kerjayanya. Mendiang sering dipuji dan dikenang kerana perjuangan beliau mempertahankan anak guamnya. Sifat berani dan pantang undur untuk menegakkan keadilan mencerminkan prinsip-prinsip kukuh yang dimiliki olehnya. Beliau telah beramal sebagai seorang Peguambela & Peguamcara sehingga tahun 2000.

Pada 14 Disember 2002 mendiang telah meninggal dunia di usia 51 tahun akibat serangan jantung di rumah kediamannya di Taman Golf, Alor Setar. Mendiang dikenali di kalangan rakan-rakan sebagai seorang yang periang, ceria dan mudah didekati. Mempunyai gaya hidup yang sederhana dan sangat merendah diri. Rakan- rakan yang mengenali mendiang mengakui bahawa mendiang merupakan seorang yang baik hati, mesra, bertolak ansur dan berani. Pemergian mendiang sangat dirasai oleh kaum keluarga dan rakan-rakan peguam sekelian. Takziah buat keluarga mendiang.

Disampaikan oleh: Mohamad Afza Bin Dahari @ Zahari (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan oleh: Murshidah Binti Mustafa (Peguambela & Peguamcara) &

Nur Fatin Binti Rozaini (Pelatih Dalam Kamar)

18 AZLINA BINTI HANIF

( BC/A/699)

27 JULAI 1972 - 28 DISEMBER 2002

Allahyarhamah dilahirkan pada 27 Julai 1972 dan berasal dari Taiping, Perak. Bapa Allahyarhamah bernama Haji Hanif Bin Haji Abdul Samad manakala ibunya bernama Hajjah Rahmah Binti Mohd Dahlan. Allahyarhamah merupakan anak yang ke empat dari enam orang adik beradik. Pendidikan awal beliau adalah di Taiping iaitu Sekolah Rendah Methodist Pokok Assam, Taiping dan seterusnya meneruskan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Raja Perempuan Taa‟yah Ipoh, Perak.

Bercita-cita menjadi seorang Peguam, pada tahun 1990 Allahyarhamah telah berjaya melanjutkan pengajian tingginya di Kulliyah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Allahyarhamah merupakan pelajar yang cemerlang, peramah dan suka membantu kawan-kawannya yang memerlukan pertolongan.

Hasil kegigihan dan kesungguhannya Allahyarhamah telah berjaya menamatkan pengajiannya di UIAM dengan memperolehi Ijazah Undang-Undang LL.B (Kepujian). Setelah itu Allahyarhamah telah menjalani latihan dalam kamar di Tetuan AJ Hamzah di Lebuh Buckingham, Pulau Pinang.

Seterusnya pada tahun 1997, Allahyarhamah telah diterima masuk dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Kejayaan Allahyarhamah menjadi kebanggaan keluarga kerana Allahyarhamah adalah satu-satunya Peguam di kalangan keluarganya. Allahyarhamah telah memulakan kerjayanya sebagai seorang Pembantu Undang-undang ( Legal Assistant) di Tetuan AJ Hamzah di Pulau Pinang. Seterusnya pada tahun 2001 Allahyarhamah telah beramal di Tetuan Hamzah Daud Daros & Siti Nor di Kulim, Kedah. Di sini kerjaya Allahyarhamah lebih tertumpu di bidang conveyancing. Di samping itu Allahyarhamah juga adalah seorang Peguam Syarie yang bertauliah.

19 Pada tahun 1997, Allahyarhamah telah mendirikan rumah tangga dengan Dr Amir Saad Bin Abdul Rahim yang kini bertugas di Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang sebagai seorang pakar perubatan forensik. Mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Aina Sofea, Alya Irdhina dan Ahmad Danial.

Di dalam kesibukannya menjalankan tugas sebagai seorang Peguam, Allahyarhamah tidak pernah mengabaikan tanggungjawab utama sebagai seorang isteri dan ibu yang membesar dan mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Dalam kariernya sebagai seorang Peguam, Allahyarhamah di kenali di kalangan rakan peguam sebagai seorang yang bertanggungjawab, komited dan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan ikhlas. Peribadinya yang sentiasa merendah diri, bertimbang rasa, lemah lembut, peramah, mesra dan sangat mengambil berat dengan orang sekelilingnya membuatkan Allahyarhamah di sayangi oleh sahabat handai dan keluarga.

Namun Allah lebih menyayanginya, tanggal 28 Disember 2002 merupakan detik yang memilukan apabila Allahyarhamah Azlina Binti Hanif telah terlibat dengan kemalangan jalanraya berdekatan dengan Hospital Kulim, Kedah dan meninggal di tempat kejadian. Allahyarhamah telah meninggal dunia di usia yang masih muda iaitu 30 tahun. Kehilangannya amat dirasai oleh keluarga terutama ibubapa, suami dan anak-anak tercinta serta rakan-rakan yang pernah mengenali Allahyarhamah. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan golongan yang beriman lagi bertaqwa

Disampaikan Oleh : Nazira Binti Abdul Rahim (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Ooi Shi Pin (Pelatih Dalam Kamar)

20 MAYANDI A/L ELAPAN (BC/M/36) 30 MAC 1941 - 13 DISEMBER 2004

Mendiang Mayandi A/L Elapan adalah seorang peguambela dan peguamcara dari Mayandi & Panjaram yang bertempat di Tingkat Satu, No.21, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, 05000 Kedah.

Mendiang telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Thanaletchumy A/P Supramaniam dan telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Suganthi Mayandi, Vaijanthi Mayandi dan Nanthini Sivagame Mayandi.

Mendiang merupakan seorang yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang undang-undang. Pada tahun 1967, mendiang berjaya menamatkan pengajiannya di National University of Singapore dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB Hons).

Mendiang sangat disukai oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya kerana sifatnya yang peramah. Selain itu, sifat murah hati mendiang amat disanjungi dikalangan peguam kerana mendiang adalah seorang yang gemar mencurahkan ilmunya kepada semua orang tanpa mengira umur atau bangsa sehinggakan mendiang telah menyumbangkan banyak buku dan jurnal undang-undang kepada Perpustakaan Jawatankuasa Peguam Negeri Kedah. Klien-klien mendiang pula menganggapnya sebagai seorang kawan apabila memerlukan khidmat profesionalnya.

Dalam keadaan dunia yang serba mencabar di mana tuntutan material kadang kala mengaburi garisan hitam dan putih profesion guaman, kita amat beruntung kerana mendiang merupakan seorang peguam yang berpegang teguh kepada prinsip memperjuangkan keadilan untuk semua orang tanpa mengira darjat dan bangsa. Kecintaannya terhadap bidang perundangan pastinya satu memori yang terpahat di kalangan rakan-rakan mendiang.

21 Dalam kehidupan ini, kita akan bertemu dengan ramai orang. Ada yang kita akan lupa dalam beberapa ketika dan ada pula yang kita akan ingat untuk masa yang singkat sahaja. Mendiang Mayandi A/L Elapan bukanlah salah seorang daripada mereka.

Mendiang Mayandi A/L Elapan meninggal dunia pada 13 Disember 2004. Mendiang adalah suami tercinta, ayah dan sahabat. Kebaikan, kata-kata dan kasihnya akan selalu berada di dalam hati kita. Mendiang akan sentiasa diingati bak kata pepatah;

“Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama”.

Disampaikan Oleh: R Subramaniam Kalianan (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Sukhdave Singh A/L Mohan Singh (Pelatih dalam Kamar)

22 ADI SATRIA B. AHMAD @ HARUN (BC/A/553) 21 MEI 1970 – 16 JULAI 2005

Allahyarham En. Adi Satria b. Ahmad @ Harun dilahirkan pada tanggal 21 Mei 1970 di Hospital Besar Alor Setar. Allahyarham memulakan sesi persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Iskandar, Kedah dari Darjah Satu sehingga tamat Darjah Enam.

Berbekalkan keputusan yang cemerlang, Allahyarham menyambung pengajiannya dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Tiga di Maktab Rendah Sains Mara Kulim, Kedah sebelum berpindah ke Maktab Rendah Sains Mara Seremban sehingga menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1987. Allahyarham sekali lagi berjaya mendapat keputusan yang sangat cemerlang semasa peperiksaan SPM sehingga melayakkan Allahyarham menyambung pengajian ke University of Wales, Cardiff. Allahyarham menjadi kebanggaan keluarga apabila berjaya menyambung pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang undang-undang ; Barrister Of Law di Lincoln‟s Inn, London. Akhirnya, setelah beberapa tahun berhempas-pulas demi segulung ijazah, Allahyarham akhirnya menamatkan pengajian dengan jayanya.

Ibarat sireh pulang ke gagang, sekembalinya Allahyarham ke Kedah, Allahyarham mula menjalani latihan dalam kamar selama tempoh 9 bulan di firma guaman Ahmad Farid & Associates di Alor Setar. Berkat keazaman dan semangat Allahyarham yang teguh, pada tanggal 22 Oktober 1995 di usia 25 tahun, Allahyarham Adi Satria telah disenaraikan dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya.

Semasa hayatnya, Allahyarham Adi Satria merupakan seorang anak yang taat kepada ayah dan bondanya. Sebagai putera sulung dalam keluarga yang terdiri dari empat orang adik-beradik, Allahyarham merupakan seorang abang yang prihatin dan penyayang kepada adik-beradiknya. Setelah mendirikan rumahtangga,

23 Allahyarham dikurniakan empat orang cahaya mata. Allahyarham merupakan seorang bapa yang penyayang, mithali dan sangat mengasihi keluarga dan anak- anaknya sepanjang hayatnya.

Allahyarham Adi Satria merupakan seorang yang bertimbang rasa serta disenangi oleh rakan-rakan sekerjanya. Sebagai rakan kongsi di firma guaman Ramli Amar Jit & Tan di cawangan Alor Setar, keperihatinan Allahyarham sebagai majikan sangat dihargai oleh para kakitangannya. Allahyarham merupakan seorang rakan yang memiliki semangat setia kawan yang tinggi. Personaliti Allahyarham ini membuatkan Allahyarham disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya.

Di kemuncak kariernya, Allahyarham merupakan seorang peguam yang berjaya di Kedah. Firma terakhir tempat Allahyarham mencurahkan khidmat bakti adalah Tetuan Ramli Amar Jit & Tan sehinggalah Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di usia 35 tahun pada 16 Julai 2005. Sesungguhnya, kehilangan Allahyarham masih dirasai hingga ke hari ini. Jasa dan budi baik Allahyarham akan sentiasa terpahat di hati kita, malahan kenangan bersama-sama Allahyarham akan sentiasa segar malar dalam ingatan kita.

Izinkan saya mengambil satu petikan ayat Al Quran dari Surah Al-Ankabut ayat 57 yang bermaksud:

“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kemudian, hanyalah kepada Kami kamu akan dikembalikan”.

Semoga Allah SWT merahmati Allahyarham Adi Satria, mengampunkan segala kekhilafan Allahyarham serta mengangkat darjatnya di kalangan para Solihin.

Disampaikan Oleh: Bahador Bin Omar (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Nor Farahani Binti Ruslan (Pelatih Dalam Kamar)

24 SELVAMANI A/P NARAYANASAMY (BC/S/1110) 16 OGOS 1957 - 9 FEBUARI 2006

Saya sangat berbangga kerana diberi peluang untuk memberi penghormatan kepada bekas ahli Badan Peguam Kedah, Mendiang Puan Selvamani A/P Narayanasamy untuk “Reference Proceedings” pada hari ini.

Mendiang dilahirkan pada 16 Ogos 1957 dan merupakan anak kepada seorang pengetua yang berdedikasi dan seorang surirumah yang penyayang. Mendiang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Bedong dan menyambung pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Bedong, Sekolah Menengah Kulim dan seterusnya menamatkan Tingkatan Limadi Sekolah Menengah Che Tom, Sungai Petani.

Mendiang memulakan kerjayanya sebagai seorang jurubahasa mahkamah pada Januari 1979 di Mahkamah Majistret Baling dan kemudiannya berpindah ke Mahkamah Majistret Kulim. Sepanjang kerjaya mendiang sebagai seorang jurubahasa mahkamah, mendiang pernah bekerja di bawah Yang Arif Dato Hashim Bin Hamzah, Puan Manmeet Kaur dan Tuan Abdul Wahab di mana semuanya merupakan majistret pada ketika itu. Pada masa itu, mendiang juga merupakan seorang Pesuruhjaya Sumpah. Semangat tidak pentingkan diri sendiri dan keramahan mendiang membuatkan mendiang sangat dikenali sesama rakan setugas dan para peguam di tempat mendiang bekerja. Mendiang sering menziarahi Pusat Serenti diwaktu lapangnya kerana percaya bahawa setiap orang berhak mendapat peluang kedua. Mendiang juga selalu menghulurkan pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan dan sanggup mendengar sebarang masalah mereka dengan sepenuh hati.

25 Didorong oleh cita-cita untuk menegakkan keadilan, mendiang Selvamani berjaya mendaftarkan diri dalam jurusan undang-undang di University of Wolverhampton (UK). Atas hasil usaha dan titik peluhnya, mendiang telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Kelas Kedua Tinggi dari universiti tersebut. Sekembalinya ke tanahair, mendiang telah berjaya memperoleh “Certificate of Legal Practice” pada tahun 1998.

Mendiang Selvamani, atau lebih dikenali sebagai Selvi atau Mani di kalangan rakan sekerja, memulakan Latihan Dalam Kamarnya pada tahun 1998 di firma guaman Balabedha & Co yang mana suami mendiang, Encik Balabedha, merupakan pengajar (Master) kepadamendiang di situ. Mendiang kemudiannya diterima masuk dan didaftaraikan sebagai seorang peguambela dan peguamcara pada tahun 1999 ketika berusia 42 tahun dan memulakan kariernya di dalam bidang guaman di firma yang sama.

Mendiang yang telah mengahwini Encik Balabedha a/l Ramaloo pada tahun 1973 telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Anak lelaki mereka, Dato‟ Sri Chandra yang kini berusia 42 tahun adalah seorang usahawan berjaya manakala anak perempuan mereka, Sri Pracha Nanthini yang kini berusia 36 tahun merupakan seorang Majistret di Mahkamah Butterworth. Pada 9 Februari 2006 ketika berusia 49 tahun, mendiang telah meninggal dunia ketika baru 7 tahun beramal sebagai peguam.Namun, suami mendiang iaitu Encik Balabedha masih meneruskan semangat juang mendiang dengan mengendalikan firma guaman mereka di Kulim sehingga ke hari ini.

Akhir kata, saya dengan rendah diri ingin menyampaikan sedalam-dalam simpati dan takziah kepada ahli keluarga tercinta serta rakan-rakan mendiang. Mendiang Sevamaniakan sentiasa diingati selamanya.

Disampaikan Oleh: Burhanudeen Bin Abdul Wahid (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Maizura Binti Mukhtar (Pelatih Dalam Kamar)

26

VEERASAMY @ RAJENDRAN A/L AMS PERIASAMY (BC/V/31) 30 MEI 1956 - 10 JUN 2008

“Patah tak tumbuh lagi. Hilang belum berganti”

Rajendran, nama yang tidak asing dalam dunia perundangan. Tanggal 10/06/2008, hilangnya seorang anak yang penyayang, sahabat yang setia dan peguam yang amanah kerana serangan jantung. Pemergian mendiang bagai kehilangan permata yang tiada gantinya.

Berasal dari Sungai Siput, Perak anak ke empat dari tujuh beradik ini menerima pendidikan rendah di SK Methodist Sungai Siput dan kemudiannya menyambung pendidikan menengah di SMK Methodist Sungai Siput. Mendiang merupakan seorang pelajar yang begitu aktif dalam sukan hoki dan turut mewakili sekolah sebagai penjaga gol bagi pasukan bola sepak.

Mendiang mendapat pendidikan A-Levels di Aberyswyth University, United Kingdom dan kemudian menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di Manchester Polytechnic, United Kingdom. Mendiang bergiat aktif dalam sukan dengan menjadi wakil pemain bola tampar bagi Manchester Polytechnic. Setelah berjaya memperolehi LLB dan diterima masuk sebagai Barissterdi England Bar pada tahun 1982, mendiang pulang ke Malaysia dan memulakan latihan dalam kamar di Tetuan Mathew Thomas di Kuala Lumpur. Mendiang berkhidmat sebagai Pembantu Undang- Undang di firma tersebut setelah didaftarai sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 1983. Mendiang kemudiannya meneruskan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di RK Nathan & Co. dan kemudiannya menjadi rakan kongsi di firma tersebut. Minat mendiang dalam bidang sukan diteruskan sehingga mewakili Majlis Peguam Malaysia dalam acara bola sepak semasa Malaysia/Singapore Bar Games.

27 Pada tahun 1995, mendiang bersara dari RK Nathan & Co. dan menubuhkan firma sendiri yang diberi nama Veerasamy Rajendran & Associates di Sungai Siput, Perak. Mendiang juga telah mengasaskan Tadika Mahatma Ghandi Kalasalei di Sungai Siput yang masih berfungsi hingga hari ini di bawah seliaan abang mendiang, Encik Nanda. Di samping itu, mendiang sekeluarga telah menyumbang dana untuk menubuhkan sebuah kelas di SKJT Mahatma Ghandi Kalasalei di awal penubuhan sekolah tersebut.

Mendiang juga seorang sahabat yang setia di dalam susah dan senang. Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima. Mendiang pernah membantu seorang rakan dengan memberi bantuan kewangan dan kelengkapan perniagaan untuk menjalankan perniagaan cendol di Pulau Pinang. Sebagai tanda terima kasih, rakan tersebut telah menamakan perniagaan tersebut sebagai Raja‟s Cendol sempena nama panggilan Mendiang.

Mendiang dikenali di kalangan peguam kerana sikapnya yang mesra dan periang. Mendiang turut disenangi oleh para hakim. Sepanjang kerjayanya sebagai peguam, Mendiang telah mengendalikan pelbagai kes di seluruh Malaysia. Bidang kepakaran Mendiang adalah kes-kes kemalangan di mana mendiang turut menyumbang kepada perkembangan undang-undang berkaitan dengan kes kemalangan.

Pada tahun 1997, mendiang telah menubuhkan sebuah firma bersama Santhana Dass A/L Savarinathan yang kini dikenali sebagai Dass, Jainab & Associates. Mendiang telah berkhidmat di firma tersebut sehingga akhir hayat mendiang dan telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

Kehilangan mendiang dirasai dan ditangisi oleh semua kaum kerana ketinggian budi pekertinya sebagai seorang individu dan juga sebagai seorang Peguam. Mendiang akan sentiasa diingati.

Disampaikan Oleh: Nadarajan A/L Arumugam (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Nur Adibah Raihan Binti Ramli (Pelatih Dalam Kamar)

28

MOHAMAD FIRDAUS BIN IDRIS (BC/M/1320) 15 MEI 1976 - 12 MAC 2009

“Kematian bukan bererti berakhirnya sebuah kehidupan, kerana teladan yang ditinggalkan akan sentiasa diingatan”

Allahyarham Mohamad Firdaus bin Idris dilahirkan pada tanggal 15 Mei 1976 dan telah meninggal dunia pada 12 Mac 2009 semasa berumur 33 tahun. Allahyarham merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik kepada pasangan Idris bin Hashim dan Ku Zaiton binti Ku Isa. Allahyarham merupakan seorang graduan dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan telah didaftarai sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2003. Allahyarham pernah berkhidmat di firma guaman Tetuan Shukor Baljit & Partners, Kuala Lumpur, Tetuan Subramaniam Shanmugam & Associates, Sungai Petani, Kedah dan Tetuan Faisal Abdullah & Co, Sungai Petani, Kedah.

Allahyarham Mohamad Firdaus dikenali sebagai seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa. Setiap tutur kata yang diungkapkan oleh Allahyarham sangat berhemah dan jarang mengguris perasaan orang di sekeliling Allahyarham. Namun begitu, di sebalik kelembutan tersebut, Allahyarham terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan tugas sebagai seorang peguam. Allahyarham merupakan seorang yang berdisiplin dan menepati janji tidak kira samada dengan ahli keluarga, kawan-kawan mahupun dengan anakguamnya. Setiap temujanji yang diaturkan akan diambil serius oleh Allahyarham kerana Allahyarham percaya menjadi seorang yang menepati masa dan janji itu akan menjamin keberkatan rezeki yang diperolehi.

Sebagai anak dan abang sulung di dalam keluarga, Allahyarham selalu membantu adik-adiknya dari segi pelajaran dan juga pekerjaan. Allahyarham sangat mencintai

29 ilmu dan ini telah mendorong Allahyarham membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di dalam bidang Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam di Universiti Utara Malaysia(UUM), Kedah. Selain peguam, Allahyarham juga bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah kerana Allahyarham ingin berkongsi ilmu dengan orang ramai terutamanya golongan muda.

Namun begitu, sewaktu arwah sedang menuntut ilmu di Universiti Utara Malaysia (UUM), Allahyarham telah jatuh pengsan akibat penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Allahyarham telah meninggal dunia pada 12 Mac 2009 dengan meninggalkan seorang balu dan juga seorang anak perempuan. Pemergian arwah di usia muda amat dirasai oleh ahli keluarga dan sahabat handainya.

Jasa, ilmu dan bakti yang pernah dicurahkan oleh Allahyarham akan sentiasa diingati dan semoga menjadi teladan serta panduan kepada ahli keluarga, sahabat- sahabat dan juga peguam-peguam terutamanya di negeri Kedah.

Disampaikan Oleh: Siti Razasah Binti Abd Razak (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Noraiman Amalina Binti Zainordin (Pelatih Dalam Kamar)

30 DATO’OO GIN SUN (BC/O/29) 16 FEBRUARI 1933 – 29 APRIL 2009

Yang Berbahagia mendiang Dato Oo Gin Sun berasal daripada sebuah keluarga yang besar. Mendiang merupakan anak kedua kepada pasangan Encik Oo Chong Bin dan Puan Teoh Phaik Yoke. Mendiang telah berkahwin dengan isteri pertamanya, Puan Ong Say Loon yang juga merupakan seorang peguam yang telah menamatkan pengajian di Honourable Society di Middle Temple, Empayar Inns di London. Mendiang dikurniakan seorang anak lelaki bernama Oo Ban Leong yang merupakan seorang peguam pakar korporat di Singapura. Ayah Puan Ong Say Loon iaitu Encik Ong Huck Lim juga merupakan seorang peguam yang terkenal di Pulau Pinang. Mendiang kemudiannya telah berkahwin dengan isteri kedua iaitu Datin Lee Kooi Tin setelah berpisah dengan isteri pertama dan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Oo Bok Leong yang kini masih seorang pelajar.

Mendiang Dato Oo Gin Sun telah mendapat pendidikan di Sekolah St. Xavier, Pulau Pinang. Seterusnya mendiang melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Lincoln‟s Inn, London dan telah didaftaraikan sebagai peguam di London pada sekitar tahun 1956. Pada 14 Januari 1957, mendiang telah didaftaraikan pula sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Mendiang seterusnya telah mengasaskan sebuah firma bersama-sama rakan kongsinya Dato Mohd Abu Bakar bin Rautin Ibrahim iaitu Tetuan Oo Gin Sun, Bakar & Co yang beralamat di No. 1526, Tingkat 1, Jalan Mahsuri, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Firma guaman Tetuan Oo Gin Sun, Bakar& Co. merupakan firma guaman antara yang terawal dan terkenal di Kedah sehinggalah ke hari ini. Selain berkerjaya sebagai peguam, mendiang Dato Oo Gin Sun juga merupakan bekas Ahli Parlimen Alor Setar, Kedah. Mendiang telah terpilih sebagai

31 Ahli Parlimen Alor Setar sebanyak 4 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1974, 1978, 1982 dan 1986. Sepanjang perkhidmatannya, mendiang telah memegang portfolio Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dikenali di kalangan rakan-rakan sebagai seorang yang mudah tersenyum, bersikap baik, berbudi bahasa dan mudah didekati, mendiang mempunyai gaya hidup yang sederhana dan tidak tertarik kepada kemewahan. Rakan-rakan yang mengenali mendiang juga mengakui bahawa mendiang merupakan seorang yang lembut hati, penyayang dan tidak lokek untuk sentiasa berkongsi ilmu serta sangat bertimbang rasa. Justeru, mendiang merupakan seorang yang sangat memahami terutama kepada peguam-peguam muda yang berkhidmat dengannya.

Saya adalah salah seorang peguam „junior‟ yang pernah berkhidmat lebih 10 tahun di firma guaman mendiang. Semasa saya berterima kasih kepada mendiang dahulu apabila dilantik menjadi „junior partner‟, sehingga kini masih teringat dan saya ikuti pesan mendiang semasa membalas ucapan terima kasih saya iaitu, “… bila belajar sudah pandai, berkongsilah ilmu dengan orang lain, jaga etika dan sentiasa menghormati para hakim, pentadbir dan peguam-peguam senior. Mereka adalah juga guru kita. Reputasi, imej dan nama baik adalah harga diri dan harta seorang peguam yang akan dibawa jika nanti kamu bercita-cita membuka firma sendiri.” Alhamdulillah, kini saya berjaya membuka firma guaman perkongsian, Tetuan Aidah Ghani & Associates.

Mendiang Dato Oo Gin Sun meninggal dunia di rumahnya di Taman Tunku Habsah pada petang Isnin 29 April 2009, ketika umurnya 76 tahun dan disemadikan di Memorial Park Kebun 500 di Pokok Sena, Kedah.

Disampaikan oleh: Rusidah binti Hassan (Peguambela & Peguamcara) Disediakan oleh: Nurul Ain Syuhada binti Abdul Hadi (Pelatih Dalam Kamar)

32

ALIZA BINTI AHMAD (BC/A/1231) 3 NOVEMBER 1963 - 3 OGOS 2009

Allahyarhamah Aliza Ahmad dilahirkan pada 3 November 1963 di Sungai Petani, Kedah. Allahyarhamah mendapat pendidikan awal di Melaka dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Menengah Che Tom, Sungai Petani pada tahun 1976 sehingga tahun 1980. Pada tahun 1981 dan 1982, Allahyarhamah menyambung pelajarannya ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani, Kedah. Kerjaya Allahyarhamah di dalam bidang guaman bermula ketika Allahyarhamah berkerja sebagai kerani Conveyancing di Tetuan Kadir & Co di Butterworth, Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (dengan Kepujian) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1997. Allahyarhamah telah menjalani latihan dalam kamar di Tetuan Ajmer Sandhu & Ongdi Pulau Pinang. Allahyarhamah telah diterima dan didaftaraikan masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara pada 14 Mac 2003 dan seterusnya berkhidmat sebagai peguambela dan peguamcara di firma guaman yang sama.

Allahyarhamah kemudiannya membuka firma guamannya sendiri di Sungai Petani, Kedah dengan nama Tetuan Liza & Johan. Pada 26 Januari 2007 firmanya di tukar nama kepada Tetuan Liza & Associates. Pada 13 September 2007, Tetuan Liza & Associates telah menjadi rakan kongsi dengan Tetuan Busyairy & Co dan akhirnya membentuk satu firma yang dikenali sebagai Tetuan Busyairy, Liza, & Abang. Allahyarhamah merupakan peguam yang beramal di dalam bidang litigasi & conveyancing.

Sepanjang tempoh Allayarhamah berkerjaya sebagai seorang Peguam, Allahyarhamah dikenali sebagai seorang yang baik budi pekerti, berdedikasi, berdisiplin dan bertanggung jawab. Allahyarhamah juga adalah seorang yang

33 mudah mesra, peramah dan disenangi oleh keluarga serta rakan taulan. Allahyarhamah merupakan seorang AJK Pusat Bantuan Guaman, Badan Peguam Kedah yang amat berdedikasi dan komited. Allahyarhamah sangat aktif menyalurkan khidmat bantuan guaman kepada golongan yang tidak berkemampuan. Malah Allahyarhamah boleh dianggap sebagai seorang srikandi guaman yang tidak jemu berkhidmat kepada masyarakat marhaein tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit sehingga ke hujung nyawa.

Di pengakhiran usianya Allahyarhamah telah ditugaskan sebagai penyelia di Klinik Bantuan Guaman yang di kendalikan oleh Pusat Bantuan Guaman, Badan Peguam Kedah sempena Karnival Kedah Sejahtera yang diadakan di Bandar Laguna, Sungai Petani selama 10 hari. Memikul tanggung jawab dengan penuh dedikasi, Allahyarhamah meluangkan masa dan tenaga Allahyarhamah sepanjang Karnival tersebut siang dan malam tanpa mengenal penat dan jemu memberi khidmat nasihat dan menyantuni orang awam yang mengunjungi Klinik Bantuan Guaman tersebut.

Usainya Karnival Kedah Sejahtera, Allahyarhamah telah jatuh sakit dan tidak lama kemudian Allahyarhamah telah kembali menghadap Penciptanya di usia 46 tahun pada 3 Ogos 2009 akibat jangkitan kuman di paru-paru. Kehilangan Allahyarhamah menjadi kejutan dan sangat dirasai terutamanya oleh suami beserta 5 orang anaknya, ahli keluarga dan rakan-rakan yang sangat menyayanginya.

Mengakhiri ucapan, saya ingin memetik sepotong ayat daripada Al-Quran iaitu Surah Ali „Imran ayat 145, di mana Allah berfirman yang bermaksud: “Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.”

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman lagi bertaqwa.

Disampaikan Oleh: Murshidah Binti Mustafa (Peguambela & Peguamcara) Disediakan Oleh: Nurdiana Binti Azmi (Pelatih Dalam Kamar)

34 MOHD SHAKRI BIN ABD RAZAK (BC/M/316) 11 SEPTEMBER 1965 – 6 JANUARI 2013

Allahyarham Mohd Shakri bin Abd Razak dilahirkan pada 11hb September 1965 di Pendang, Kedah. Merupakan anak tunggal di dalam keluarga, setelah menamatkan pengajian menengah di Maktab Mahmud Alor Setar, Allahyarham telah memulakan pendidikan undang-undangnya di Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1984 dan meneruskan pengajian undang-undang di Kuliyyah Undang- undang universiti tersebut dari tahun 1985 sehinggalah pada tahun 1989 Allahyarham telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (dengan kepujian). Allahyarham telah menjalani Latihan Dalam Kamar di Tetuan Syarikat Choe di Alor Setar, Kedah. Setelah diterimasuk sebagai Peguambela dan Peguamcara pada tahun 1990, pada tahun tersebut juga, Allahyarham telah menyertai Tetuan Syarikat Choe sebagai Pembantu Undang-undang. Selepas beberapa tahun menyertai Tetuan Syarikat Choe, Allahyarham telah mengambil alih firma tersebut bersama rakan kongsinya, Encik Hamzah bin Muhamad apabila peguam Choe berhijrah ke New Zealand. Firma tersebut kemudiannya telah ditukar namanya kepada Tetuan Choe Shakri & Hamzah.

Pada November 1994, firma tersebut telah ditukar nama kepada Tetuan Shakri & Co yang menjalankan kes litigasi dan kemudiannya lebih kepada kes hartanah dan conveyancing. Selain daripada beramal di dalam profesion perundangan sebagai Peguam, Allahyarham juga adalah seorang usahawan yang terkenal dan berjaya. Allahyarham terus memacu kerjayanya sehingga menubuhkan Konsortium Rancang Awal Mimbar Maju Dev Sdn Bhd yang menumpukan di dalam pembangunan hartanah. Allahyarham juga memiliki rangkaian Pasaraya Pendang serta Café di sekitar Kedah.

35 Meskipun sibuk dengan tugasan sebagai seorang peguam yang berjaya di usia mudanya, Allahyarham adalah seorang yang sentiasa merendah diri, banyak membantu fakir miskin, anak-anak yatim dan masyarakat setempat serta suka meraikan rakan rakannya walau di mana sahaja Allahyarham bertemu dengan mereka. Allahyarham amat dikenali di kalangan masyarakat Kedah atas sifat pemurah dan dermawannya membantu mereka yang memerlukan malah Allahyarham turut menginfakkan banglonya di Pendang sebagai pusat pengajian Al Quran, kuliah agama dan pengajian kitab “kuning” oleh pelbagai ilmuan Islam.

Allahyarham turut memberikan khidmatnya kepada Jabatan Agama Islam Kedah apabila mewakili jabatan tersebut sehingga ke Mahkamah Persekutuan di dalam kes Soon Singh lwn Perkim Kedah & Jabatan Agama Islam Kedah yang menentukan bidangkuasa Mahkamah manakah antara Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah dalam mendengar kes-kes murtad. Kes tersebut telah memberikan bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah dan merupakan kes ujian (test case) bagi kes kes murtad seterusnya.

Sejak tahun 2001, Allahyarham telah berhenti daripada beramal sebagai peguambela dan peguamcara kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaannya di Kuala Lumpur dan di Kedah. Namun, Allahyarham tetap mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan peguamnya. Firmanya telah diambil alih oleh Puan Omayah binti Omar yang kemudiannya telah menukar nama firma Shakri & Co kepada Tetuan Omayah Nawal & Co.

Pada 06hb Januari 2013 di usianya 48 tahun, Allahyarham telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah kerana komplikasi diabetes. Semoga Allah mengampuni dan merahmati roh Allahyarham yang sangat pemurah dan dermawan ini serta menempatkannya di kalangan para solihin, Aamiin.

Disampaikan Oleh: Nawal binti Harun (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Siti Razasah binti Abd Razak (Peguambela & Peguamcara)

36 PANCHARAM A/L ARUMUGAM (BC/P/006) 24 APRIL 1938 - 20 JANUARI 2014

Mendiang Pancharam A/L Arumugam dilahirkan pada 24 April 1938 di Sungai Petani, Kedah. Mendiang mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan anak bongsu dalam keluarga Encik Arumugam dan Puan Thanabakiam. Mendiang mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim di Sungai Petani. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Lincoln‟s Inn di London dalam bidang undang- undang.

Mendiang telah berkahwin dengan Puan Vijayalakshmi A/P Nachiappan iaitu seorang bekas guru dan hasil daripada perkahwinan tersebut, mendiang dikurniakan tiga orang anak iaitu Subathra, Theveram dan Ranjheta.

Memulakan langkah pertama dalam bidang guaman, mendiang menjalani latihan dalam kamar di Ramli Amarjit & Co. Sepanjang tempoh latihan tersebut, mendiang telah menerima ilmu pengetahuan, tunjuk ajar, nasihat serta pendedahan yang amat luas dan berharga untuk mendiang mengorak langkah lebih jauh dalam bidang guaman. Pada 21 September 1974, mendiang diterima masuk dan didaftaraikan sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Mendiang bersama rakan, Mendiang Mayandi A/L Elapan telah menjadi rakan kongsi dan mereka bekerjasama membuka sebuah firma guaman iaitu Tetuan Mayandi & Panjaram di Alor Setar.

Mendiang merupakan seorang peguam yang amat dihormati oleh rakan-rakan peguam kerana pengalaman mendiang selama lebih dari 35 tahun dalam bidang perundangan. Kelantangan dan kebijaksanaan mendiang ketika berhujah di mahkamah amat dikagumi oleh rakan-rakan peguam yang lain.

Mendiang juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Kedah/Perlis.

37 Mendiang percaya sesungguhnya untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, seseorang itu harus bersikap positif dan mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya dan yang paling utama, meyakini kemampuan diri sendiri. Sikap merendah diri, baik hati dan menghormati orang lain menjadikan mendiang amat disenangi bukan sahaja oleh kaum keluarga, saudara-mara, sahabat handai, malahan orang yang tidak dikenali begitu mudah menerima dan menyayangi mendiang. Mendiang juga mempunyai hubungan yang baik dengan kakitangan di mahkamah.

Antara jasa mendiang yang diingati ialah mendiang sering menyumbang bahan- bahan bacaan kepada perpustakaan Badan Peguam Kedah untuk dikongsi bersama peguam-peguam yang lain. Sifat mendiang yang cintakan ilmu terzahir melalui sikap suka membaca.

Kematian mendiang Pancharam pada tarikh 20 Januari 2014 merupakan satu kehilangan yang besar bagi bidang perundangan. Pemergiannya diratapi oleh keluarga, rakan-rakan dan kakitangan yang amat menyayangi dan menyanjungi mendiang.

Segala jasa baik mendiang tidak mungkin akan dilupakan dan akan dikenang sepanjang masa. Bak kata pepatah “Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.”

Disampaikan Oleh: Shanmugiah A/L Chelliah (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Nor Faizah Binti Mohd Nazir (Pelatih Dalam Kamar)

38 ISMAEL BIN ALABAS (BC/I/29) 25 SEPTEMBER 1951 – 21 APRIL 2014

Allahyarham Ismael bin Alabas dilahirkan pada 25 September 1951 dan berasal dari Sungai Bakap, Pulau Pinang. Allahyarham telah berkahwin bersama Puan Norlia binti Mohd Salleh Khan dan dikurniakan empat cahaya mata. Allahyarham merupakan anak tunggal dalam keluarga Allahyarham. Allahyarham telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Bakap dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Ampat, Pulau Pinang daripada tingkatan satu sehingga tingkatan tiga.Setelah memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) Allahyarham menerima tawaran untuk ke Sekolah Menengah Sultan Alam Shah sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur.

Allahyarham memulakan kerjayanya sebagai seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang bertugas sebagai Pegawai Pendakwa. Allahyarham berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia pada tahun 1975 sehingga tahun 1983. Pada tahun 1983, Allahyarham telah melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan dianugerahkan dengan Ijazah Undang-undang dengan Kepujian pada tahun 1987.

Berbekalkan prinsip “Stand & Fight” Allahyarham tekad menamatkan kerjayanya sebagai pegawai polis dan telah memilih bidang perundangan untuk meneruskan cita-citanya sebagai peguam. Memulakan langkah pertama dalam bidang guaman, Allahyarham menjalani latihan dalam kamar bersama Tetuan Shearn Delamore & Co. di Kuala Lumpur pada tahun 1987. Sepanjang tempoh latihan tesebut, Allahyarham telah menerima ilmu pengetahuan, tunjuk ajar, nasihat serta pendedahan yang amat luas dan berharga untuk Allahyarham mengorak langkah lebih jauh dalam bidang guaman.

39 Setelah berpindah ke Kedah pada tahun 1989, Allahyarham telah ditawarkan untuk menjadi Pembantu Undang-Undang di Tetuan Jayadeva & Kamal, Alor Setar dan seterusnya ditawar untuk menjadi rakan kongsi di firma tersebut sehingga tahun 1992.

Allahyarham telah menubuhkan firma guaman sendiri iaitu Tetuan Ismael Alabas & Associates pada 1 Oktober 1992. Pada tanggal 1 September 1993, nama firma guaman telah ditukar kepada Tetuan Ismael Alabas & Hashim apabila Dato‟ Hashim bin Jahaya menjadi rakan kongsinya.

Allahyarham banyak mengendalikan kes-kes litigasi jenayah dan juga sivil. Allahyarham juga turut menyediakan pelbagai nasihat guaman bertulis dan lisan yang sangat berkualiti tinggi dalam bidang ini terutamanya dalam kes-kes jenayah & sivil. Sifat suka membantu Allahyarham dalam bidang guaman ini menyebabkan jasa Allahyarham sentiasa diingati dan dihargai ramai rakan peguam.

Allahyarham telah dijemput Ilahi pada 24 April 2014 akibat serangan jantung ketika usia Allahyarham 63 Tahun. Kehilangan Allahyarham sangat dirasai oleh ahli keluarga dan sahabat handai. Kata-kata hikmah yang menjadi pegangan dan kekuatan sepanjang hayat Allahyarham adalah;

“Character cannot be developed in ease and quiet. Only through experience of trial and suffering can the soul be strengthened, ambition inspired, and success achieved”

Allahyarham pergi meninggalkan seorang balu dan anak-anak yang sangat menyayanginya. Apa yang pasti, kami tidak akan pernah berhenti merindui Allahyarham.

Semoga roh Allahyarham Ismael bin Alabas dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Disampaikan Oleh: Dato‟ Hashim Bin Jahaya (Peguambela & Peguamcara) Disediakan Oleh : Muhammad Fazreen Bin Abu Bakar & Nur Syafiqah Bt Che Halim (Pelatih Dalam Kamar)

40

ROSNI HAIDA BINTI MAT RIFIN (BC/R/576) 22 JANUARI, 1974 – 9 SEPTEMBER 2015

Allahyarhamah Rosni Haida Binti Mat Rifin merupakan cahaya mata Puan Ramlah Binti Isan dan Allahyarham Mat Rifin Bin Dollah yang dilahirkan pada 22 Januari 1974 di Kampong Telaga Ara, Gunung Bachok, Kelantan. Allahyarhamah telah mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Telaga Ara dari Darjah 1 sehingga Darjah 6 dan seterusnya di Sekolah Menengah Bachok dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6.

Allahyarhamah adalah seorang graduan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang mendapat Ijazah Undang-Undang L.L.B(Hons) pada tahun 1999. Selepas itu, Allahyarhamah menjadi Pelatih Dalam Kamar di firma Tetuan Benedict Cheang, Naziruddin& Co. Kota Bharu, Kelantan dan mendapat Sijil Amalan Guaman pada 16 April 2000.

Allahyarhamah memulakan amalan guaman di Tetuan Mumtaz Mohd Nawi & Co. pada tahun yang sama. Kemudiannya, Allahyarhamah menyertai firma Tetuan Xavier Ravi, Yunus & Yeoh, Kulim, Kedah sehingga tahun 2002. Selama tempoh tersebut, Allahyarhamah terlibat di dalam pelbagai bidang guaman termasuklah perbankan korporat dan kormesial, perbankan Islam, pembiayaan projek, „conveyancing‟, dan juga perkara-perkara litigasi yang lain. Allahyarhamah kemudiannya menyertai Tetuan Tay Chai Huat & Co. di Sungai Petani dengan melibatkan diri di dalam litigasi sivil dan jenayah. Allahyarhamah seterusnya meneruskan amalan guaman di Tetuan Hamzah, Daud Daros & Siti Nor, di Kulim, Kedah sehinggalah ke tarikh Allahyarham menubuhkan firma sendiri di bawah nama Tetuan Rosni Haida & Associates pada tahun 2004.

41 Allahyarhamah bersama-sama rakannya, Puan Rohayati Binti Sidik, telah menggabungkan firma-firma guaman mereka dan beramal di bawah nama Tetuan Rosni Haida, Rohayati & Associates pada 5 Mei 2005. Allahyarhamah bertanggungjawab terhadap cawangan firma tersebut di Kulim, Kedah sepenuhnya sehinggalah Allahyarhamah meninggal dunia. Firma mereka kini mempunyai tiga cawangan iaitu di Kuala , Terengganu, Seberang Jaya, Pulau Pinang dan di Kulim, Kedah.

Allahyarhamah adalah seorang yang peramah, rajin, baik hati dan murah senyuman. Prinsip yang sering dipegang olehnya adalah “lebih banyak memberi sedekah, lebih banyak kita akan dapat”. Allahyarhamah juga sering membantu peguam-peguam lain jika mereka mempunyai soalan atau masalah dan Allahyarhamah juga gemar menasihati klien tentang cara terbaik di dalam menyelesaikan masalah guaman, memberi komen, panduan dan tip-tip disokong oleh kes-kes serta peruntukan undang-undang. Allahyarhamah adalah seorang yang sangat berdedikasi dan bersemangat dalam kerjayanya. Selain daripada itu, Allahyarhamah juga merupakan anak yang sangat disayangi ibubapanya dan sentiasa dipuji sebagai anak yang baik.

Pada tahun 2014, Allahyarhamah telah berkahwin dan dikurniakan seorang puteri bernama Azza Humaira Binti Mohammad Shah. Pada tahun 2015, Allahyarhamah jatuh sakit dan telah menghembuskan nafas terakhir pada 9 September 2015. Semoga roh Allahyarhamah Rosni Haida dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para Solihin.

Disampaikan Oleh: Sharifah Noor Aina Syed Nasir (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Nur Asyraf Bin Zolhani (Pelatih Dalam Kamar)

42

RAO SURYANA BINTI ABDUL RAHMAN (BC/R/477) 17 APRIL 1973 - 17 NOVEMBER 2016

Rao Suryana Binti Abdul Rahman dilahirkan pada 17 April 1973 di Arau, Perlis. Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam manakala pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Father Barres Convent, Sungai Petani, Kedah. Pada tahun 1990, Allahyarhamah telah meneruskan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang- Undang dengan kepujian pada tahun 1997.

Pada tahun 1998 Allahyarhamah telah diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara dan pernah berkhidmat di Tetuan Cheong Wai Meng & Van Buerle serta Tetuan Syarikat Rodziah sebelum menubuhkan firmanya sendiri atas nama Tetuan Rao Suryana pada Disember 2003. Allahyarhamah telah beramal dalam bidang undang-undang litigasi, hartanah, kemalangan serta syariah sehinggalah di peringkat Mahkamah Persekutuan. Bagi meningkatkan lagi kemahirannya, Allahyarhamah telah memperolehi Kursus Kemahiran Mediasi dari “The Accord Group Australia” pada tahun 2010.

Allahyarhamah dilantik sebagai Setiausaha Badan Peguam Kedah/Perlis Sesi 2009/2011 dan seterusnya telah diberikan kepercayaan dan dipilih sebagai wanita pertama menjadi Pengerusi Badan Peguam Negeri Kedah/Perlis dari tahun 2011 sehingga 2013 dan juga Pengerusi bersama YBGK (LAC) Kedah/Perlis 2011/2012. Sepanjang tempoh tersebut, banyak program untuk para peguam dan masyarakat di Kedah/Perlis dilaksanakan. Di peringkat Majlis Peguam, Allahyarhamah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bahasa Melayu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Firma-Firma Kecil dan Ahli Jawatankuasa Insurans Indemniti Profesional.

43 Allahyarhamah juga adalah antara individu yang menjadi penggerak kepada penubuhan Badan Peguam Negeri Perlis yang berasingan daripada Badan Peguam Negeri Kedah.

Allahyarhamah juga gemar mengembara dan telah menjelajah ke banyak negara antaranya Jerman, Mongolia, England, Perancis, Turki, Itali, Russia, Sepanyol, Portugal, Norway, Sweden, Brunei dan Indonesia.

Rao Suryana adalah seorang anak yang taat, ibu yang penyayang, sahabat yang baik budinya, seorang peguam yang berkaliber dan disenangi oleh rakan, kakitangan Mahkamah dan masyarakat. Walaupun berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius dan sibuk dengan kerjaya, tanggungjawab Allahyarhamah terhadap keluarga, anakguam dan para pelajar tidak diabai. Namun, pada 17 November 2016 di usia 43 tahun Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir setelah bertahun bertarung dengan masalah kesihatan.

Sumbangan besar Allahyarhamah kepada firma – firma kecil telah diteruskan perjuangannya oleh para ahli jawatankuasa Small Firms Committee di Majlis Peguam sehingga Makalah JURISK Majlis Peguam pada Disember 2016 telah mengabadikan “Tribute To Rao Suryana” dan catatan kegigihannya memperjuangkan firma- firma guaman kecil di dalam Makalah tersebut agar para peguam mengambil semangat luar biasa yang ada dalam diri seorang Rao Suryana.

Sungguh ! Hilanglah kini sebutir mutiara yang bersinar dari bumi Jelapang Padi ini namun nama dan semangat juangnya akan kekal abadi. Al Fatihah buat Rao Suryana.

Disampaikan Oleh: Rozakiah Binti Ariffin (Peguambela & Peguamcara) Disediakan Oleh: Abdul Hafiz Bin Jefri (Pelatih Dalam kamar)

44 RC MURUGESON A/L RAMACHANDRAN (BC/M/83) 3 MAY 1938 - 21DECEMBER 2016

Ramachandran Murugeson, or professionally known as R.C. Murugeson was born on the 3rd of May 1938, in Kulim, Kedah. The younger of two siblings, his parents were respected “Penangites”, residing in Peel Avenue and in the latter years in Codrington Avenue in the Pulau Tikus area.

Mr. Murugeson graduated from the Honourable Society of the Inner Temple in 1963, followed by chambering in Lord Dingle Foot‟s chambers. Declining a permanent position in the firm, he decided on returning (to Penang) – to be closer to his beloved parents.

After practising as Legal Assistant in Min Tatt‟s firm (covering Penang & Alor Setar), he ventured out to open his own practice, setting up shop in Alor Setar, circa 1967.

Professionally, Murugeson upheld the highest standards and was zealous in representing clients. In the early days, he earnt his bread and butter from criminal law - later branching out and subsequently specializing in civil briefs.

He was a “one-man show” throughout his career, volunteering himself frequently to undertake legal aid or pro bono work.

Mr. Murugeson closed his practice in 1994 and departed for the United Kingdom to fulfil a lifelong dream - returning to academia. He pursued a doctorate in Biotechnological Law and Ethics at the University of Sheffield.

Dr. Murugeson also contributed research and input for a specially convened United Nations committee in his area of expertise – subsequently he accepted a scholarship in the area of his research.

45 Having spent childhood holidays on hill stations, he went on to fulfil another dream, building a home on the foothills of Mount Kinabalu in the small village of Mersilau immersed in its tranquillity and spectacular scenic beauty. Murugeson was a private and eclectic character.

Aside from his abiding love for immediate family, he was an ardent nature, animal and music enthusiast who travelled extensively to indulge these interests.

Dr. Murugeson was also famous in town as a luxury vehicle aficionado, frequently changing cars - favouring marques such as Audi, Mercedes and Citroen, to name a few.

He passed away on the 21st of December 2016 in Kota Kinabalu, with his wife and second son by his side.

Dr. Murugeson is survived by his wife, Indra Devi Raja Gopal, who was a teacher in Sultan Abdul Hamid College for over twenty years – his elder son , Narain Murugeson, an established hotelier in a reputed hotel chain and Ramain Murugeson, a Project Manager for a Swiss based NGO championing Environmental/Social Sustainability.

Dr. R.C. Murugeson is resting peacefully at the Buddhist Temple in Burma Road, Penang.

May God grant him the peace he deserves.

Disampaikan Oleh: Padmanathan A/L Kumarasamy (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Teng Pei Yeong (Pelatih Dalam Kamar)

46 ZAINON MOHD MOKHTAR ( BC/Z/27 ) 26 SEPTEMBER 1962 - 26 FEBRUARI 2017

Allahyarhamah Zainon Binti Mohd Mokhtar dilahirkan pada 26 September 1962 di Kampung Kusial Baru, Tanah Merah, Kelantan. Allahyarhamah telah mendirikan rumahtangga dengan suaminya En. Rosli Bin Johari dan telah dikurniakan empat orang anak.

Allahyarhamah telah mendapat pendidikan awal di Sultan Yahya Petra Primary School, Kelantan dan telah menyambung pendidikan menengahnya di Sultan Yahya Petra Secondary School, Kelantan sehingga Tingkatan Tiga. Allahyarhamah seterusnya telah berpindah ke Sungai Petani mengikuti ayahnya dan telah menyambung persekolahannya di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani daripada Tingkatan Empat sehingga Tingkatan Enam. Seterusnya Allahyarhamah telah melanjutkan pengajian tingginya di Universiti Malaya di dalam jurusan Undang-undang sehinggalah Allahyarham berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian).

Bercita-cita ingin menjadi seorang Peguam, Allahyarhamah telah mengorak langkah pertama dengan menjalani latihan dalam kamar selama 9 bulan dan seterusnya telah berjaya diterima masuk dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 20 Oktober 1988. Di awal kariernya sebagai seorang Peguam, Allahyarhamah telah beramal di Syarikat Lim Kiam Hoon, Sungai Petani pada tahun 1991. Allahyarhamah telah menjadi rakan kongsi dan diamanahkan untuk menguruskan cawangan Syarikat Lim Kiam Hoon Alor Setar sehingga tahun 2015.

47 Allahyarhamah menumpukan amalan guaman dibidang conveyancing dan litigasi perbankan. Peribadinya yang merendah diri, mesra dan suka berkongsi ilmu membuatkan Allahyarhamah amat disenangi di kalangan rakan peguam di Kedah. Allahyarhamah atau panggilan mesranya “ Kak Non” terkenal dengan sifat pemurah dan suka membantu. Pada bulan September tahun 2014 Allahyarham telah mendermakan koleksi buku-buku rujukan perundangan di dalam simpanannya kepada Badan Peguam Kedah dan buku-buku tersebut masih diguna pakai sebagai rujukan di Perpustakaan Badan Peguam Kedah. Koleksi buku-buku perundangan tersebut adalah amat bermanfaat kepada para peguam dan menjadi jariah yang berterusan buat Allahyarhamah.

Bermula pada tahun 2014, keadaan kesihatan dan fizikal Allahyarhamah semakin merosot dan semakin lemah selepas menjalani pembedahan „Paratyroid‟ pada bulan November 2014. Allahyarhamah juga terpaksa menjalani rawatan Dialisis selama tiga tahun yang mana menjadi faktor utama Allahyarhamah terpaksa berhenti beramal sebagai Peguambela dan Peguamcara pada 30 Jun 2015.

Tanggal 26 Februari 2017, di Hospital Sultanah Bahiyah, telah menyaksikan pemergian seorang ibu, isteri dan juga seorang peguam yang berkaliber dalam bidang perundangan akibat masalah kesihatannya. Allahyarhamah telah meninggal dunia pada usia 55 tahun, meninggalkan suami dan anak-anaknya yang masih muda. Kehilangan Allahyarhamah amat dirasai dan ditangisi oleh keluarga dan sahabat handainya kerana ketinggian budi pekerti dan sifat penyayangnya terhadap keluarga dan sahabat handai serta kepada sesiapa jua yang mengenalinya. Semoga roh Allahyarhamah di tempatkan di kalangan golongan yang beriman lagi bertaqwa.

Disampaikan Oleh: Omayah Binti Omar (Peguambela & Peguamcara) Disediakan Oleh : Siti Hajar Binti Abd Wahab (Pelatih Dalam Kamar)

48

N.K. AYASAMY A/L KUPUSAMY (BC/A/181) 11 SEPTEMBER 1941-21 FEBRUARI 2018

Dilahirkan pada 11 September 1941 di Kedah, mendiang N. K. Ayasamy telah menerima pendidikan rendah dan menengah di sekolah di daerah Kulim. Sejak usia mudanya, mendiang mempunyai minat yang mendalam untuk menceburi bidang undang-undang. Personaliti dan perwatakan mendiang yang petah berkata-kata dan sering mengutarakan pandangan yang bernas memberikannya inspirasi untuk menjadi seorang pengamal undang-undang. Untuk tujuan itu, mendiang menyambung pengajian dalam bidang undang-undang dan akhirnya diterima masuk dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 28 November 1987. Mendiang pernah berkhidmat di Tetuan S. Kuppusamy, Fadzil& Co sebelum membuka firma guaman sendiri iaitu N.K. Ayasamy & Co. yang mempunyai pejabat di Kulim, Kedah.

Di awal karier mendiang sebagai seorang peguam, mendiang sudah dikenali dan dihormati oleh rakan-rakan seperjuangannya kerana sifatnya yang sering membantu serta tidak lokek ilmu. Selain dari itu, mendiang juga turut dikenali sebagai seorang yang penuh kejujuran (a person of the highest intergrity). Mendiang merupakan seorang peguam yang amat berkebolehan dalam bidang undang-undang jenayah dan juga undang-undang sivil. Mendiang dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan di atas pengalaman dan kepakarannya yang meluas dalam bidang undang-undang.

Pada waktu yang sama, mendiang merupakan seorang yang sentiasa merendah diri dan setiasa bersedia untuk member tunjuk ajar kepada peguam-peguam muda yang meminta pandangan dan bantuannya. Mediang juga seorang yang mempercayai

49 “Rule of Law” dan sentiasa berjuang untuk kebebasan badan kehakiman dan juga kebebasan badan peguam.

Kredibiliti mendiang sebagai seorang pengamal undang-undang sangat terserlah. Mendiang telah Berjaya disenaraikan sebagai penerima Darjah Kebesaran Negeri Kedah dan dianugerahkan pingat Jaksa Pendamai pada 20 Januari 2003. Mendiang Ayasamy tidak sekali kali berasa megah dengan pangkat yang dimilikinya sebaliknya mendiang menjalankan tanggungjawab dan amanh yang diberikan dengan penuh dedikasi.

Namun, setelah 31 tahun menceburkan diri dalam bidang undang-undang, mendiang telah meninggal dunia pada 21 Februari 2018 pada usia 77 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Letchumi A/P Govindasamy dan 4 orang anak iaiutu Kalpana Devi, Kanchana Devi, Saravanan Kumar, dan Pooja. Pemergian mendiang amat dirasai oleh ahli keluarga dan sahabat handainya.

Sebelum mendiang menghembuskan nafasnya yang terakhir, mendiang masih sempat memberi pesanan kepada anak-anaknya untuk terus menjaga firma guaman yang diusahakan. Hal ini jelas menunjukkan kecintaannya terhadap profesionnya sebagai seorang peguambela dan peguamcara.

Walaupun kini mendiang tidak lagi bersama kita, mendiang akan sentiasa dikenang sebagai seorang kawan dan seorang peguam yang disanjungi. Segala jasa dan ilmu bakti yang pernah dicurahkan oleh mendiang akan sentiasa diingati dan dijadikan teladan buat ahli keluarga, sahabat-sahabat dan juga peguam-peguam terutamanya di negeri Kedah.

Disampaikan Oleh: Murthy A/L Butharajoo (Peguambela & Peguamcara) Disediakan Oleh: Nur Firzana Binti Ahmad Suhaimi (Pelatih Dalam Kamar)

50 QUAH SIEW MEI (BC/Q/3) 23 JUN 1956 - 30 MEI 2018

Mendiang Quah Siew Mei dilahirkan pada hari Sabtu tanggal 23 Jun 1956 di Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak sulung daripada 6 orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awalnya di SK Sultanah Asma dan kemudiannya telah meneruskan pengajian menengahnya di SMK Sultanah Asma.

Pada tahun 1977, beliau melanjutkan pelajaran ke University of Wolverhampton, London dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Setelah menamatkan pelajarannya, mendiang telah menjalani latihan dalam kamar di Firma Baldev & Co. di bawah bimbingan Mr Baldev, sebelum didaftaraikan sebagai seorang peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan kemudiannya memulakan kariernya di firma guaman Tetuan Oo Gin Sun, Bakar & Co pada tahun 1985. Beliau terus menawarkan khidmat guamannya di firma tersebut dengan gigih dan penuh dedikasi sehinggalah ke akhir hayatnya.

Anak sulung kepada pasangan Quah Eng Hock dan Teng Gek Hong ini merupakan seorang wanita yang kuat, tabah, berfikiran terbuka dan menjadi tempat rujukan di kalangan ahli keluarga dan saudara mara,rakan-rakan dan klien setia beliau juga. Beliau sangat disenangi oleh keluarga dan rakan-rakan dan diberi nama timangan Bee Bee.

Beliau merupakan seorang ibu dan isteri yang penyayang, penyabar, bertanggungjawab, berdedikasi serta berpegang teguh pada janji. Bagi mendiang Quah Siew Mei, keluarga adalah khazanah yang paling berharga dalam hidupnya.

51 Masa bersama keluarga diluangkan dan dimanfaatkan sepenuhnya bersama keluarga tercintanya. Mendiang Quah Siew Mei juga sentiasa menitikberatkan keperluan keluarga dan bekerja keras bagi memastikan anak-anak kesayangannya mendapat pendidikan yang terbaik dan secukupnya dengan sentiasa bersama mereka, membimbing mereka dengan pengalamannya dan membenarkan serta menggalakkan mereka bebas untuk mencorakkan masa depan mereka sendiri.

Ketika diuji dengan penyakit yang dihidapinya, mendiang Quah Siew Mei sentiasa mengukir senyuman, tidak pernah mengalah dan mampu membuat hari yang suram menjadi indah sehinggakan para doktor dan pasukan perubatan yang merawat beliau berasa kagum dengan pemikiran positif dan ketabahan beliau melawan penyakitnya.

Kepada rakan-rakan peguam yang mengenalinya, beliau adalah seorang yang senang didekati, tidak sombong, pemurah serta tidak lokek dalam berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalamannya semasa beramal di dalam bidang yang diminatinya.

Akhirnya, setelah beberapa tahun melawan penyakit yang dihidapinya, Madam Quah Siew Mei meninggal dunia dengan tenang pada 30 Mei 2018 dan meninggalkan suaminya yang tercinta, Encik Ooi Boon Ching dan sepasang cahaya matanya yang dikasihi, iaitu Ooi Chen Huei dan Ooi Chen Huon.

Mendiang Quah Siew Mei akan sentiasa diingati oleh keluarganya sebagai seorang isteri dan ibu yang penyayang, sementara rakan-rakan dan kenalannya akan mengingati beliau sebagai seorang rakan peguam yang baik dan murni hatinya serta sebagai seorang insan yang disegani, dikagumi serta dihormati. Pemergiannya bukan hanya akan dirindui oleh ahli-ahli keluarganya dan saudara maranya, malah turut dirasai oleh kenalan, para sahabat serta rakan-rakan seperjuangannya.

Disampaikan Oleh: Hj. Ahmad Taufiq Bin Baharum (Peguambela & Peguamcara) Disediakan Oleh: Nur Faezah Binti Rusli (Pelatih Dalam Kamar)

52