ATURAN PROSIDING 1. UCAPAN PENGERUSI BADAN PEGUAM KEDAH 2. UCAPAN NAIB PRESIDEN BADAN PEGUAM MALAYSIA BAGI PIHAK MAJLIS PEGUAM DAN BADAN PEGUAM MALAYSIA 3. UCAPAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KEDAH BAGI PIHAK PEGUAM NEGARA 4. UCAPAN MEMPERINGATI PEGUAM-PEGUAM YANG TELAH MENINGGAL DUNIA 5. UCAPAN HAKIM BERSIDANG INDEKS BIL PERKARA NAMA PENYAMPAI M/S UCAPAN PENGERUSI BADAN PEGUAM NEGERI NAZLIYAH MANSOR 1 1. KEDAH DATO‟ ABDUL FAREED ABDUL 2. UCAPAN NAIB PRESIDEN BADAN PEGUAM MALAYSIA 4 GAFOOR 3. UCAPAN WAKIL PEGUAM NEGARA DATO‟ NOR „AZURA MOHAMED ZOHDI 7 4. CHRISTIE GILBERT NAUGHTON CHE SHARIF BIN MAT 9 5. PATHMANATHAN S/O SUNDRAM BALAKRISHNAN A/L K G NAIR 11 6. KAMARUDIN B AHMAD NOOR HISHAM ISMAIL 13 7. POH AH LOY @ POH AH LEY TUNKU MOHAMAD ZULKIFLI OSMAN 15 8. MANJIT SINGH A/L RAM SINGH DEO MOHAMAD AFZA BIN DAHARI@ZAHARI 17 9. AZLINA BT HANIF NAZIRA ABDUL RAHIM 19 10. MAYANDI A/L ELAPAN SUBRAMANIAM KALIANAN, R 21 11. ADI SATRIA B AHMAD @ HARUN BAHADOR OMAR 23 12. SELVAMANI A/P NARAYANASAMY BURHANUDEEN ABDUL WAHID 25 13. VEERASAMY @ RAJENDRANA/L AMS PERIASAMY NADARAJAN A/L ARUMUGAM 27 14. MOHAMAD FIRDAUS BIN IDRIS SITI RAZASAH ABD RAZAK 29 15. OO GIN SUN RUSIDAH HASSAN 31 16. ALIZA BINTI AHMAD MURSHIDAH MUSTAFA 33 17. MOHD SHAKRI BIN ABD RAZAK NAWAL HARUN 35 18. PANCHARAM A/L ARUMUGAM SHANMUGAIAH A/L CHELLIAH 37 19. ISMAEL BIN ALABAS DATO‟ HASHIM JAHAYA 39 20. ROSNI HAIDA BINTI MAT RIFIN SHARIFAH NOR AINAA SYED NASIR 41 21. RAO SURYANA ABDUL RAHMAN ROZAKIAH BINTI ARIFFIN 43 22. RC MURUGESON A/L RAMACHANDRAN PADMANATHAN A/L KUMARASAMY 45 23. ZAINON BINTI MOHD MOKHTAR OMAYAH BINTI OMAR 47 24. AYASAMY A/L KUPUSAMY MURTHY A/L BUTHARAJOO 49 25. QUAH SIEW MEI AHMAD TAUFIQ BAHARUM 51 UCAPAN OLEH NAZLIYAH BINTI MANSOR PENGERUSI BADAN PEGUAM KEDAH Dengan izin Yang Arif, 1. Saya Nazliyah Binti Mansor hadir bagi pihak Badan Peguam Kedah pada hari ini untuk prosiding memperingati ahli-ahli Badan Peguam Kedah yang telah meninggal dunia. Hari ini merupakan hari yang bersejarah kepada Badan Peguam Kedah kerana Berjaya meneruskan tradisi mulia Badan Peguam Malaysia dalam memperingati dan menghargai para peguam yang telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita. 2. Saya mohon merekodkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Arif Dato‟ Haji Ghazali Bin Cha, Yang Arif Puan Chan Jit Li, Yang Arif Tuan Abu Bakar Bin Katar dan pihak Mahkamah yang Mulia ini di atas kesudian dan persetujuan mengadakan prosiding ini pada hari ini.Tidak lupa juga kepada Yang Arif Dato' Hashim Bin Hamzah yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kami dalam merealisasikan prosiding ini. 3. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih dan berbesar hati di atas kehadiran YB Dato‟ Hajah Nor „Azura bt Haji Mohamed Zohdi, Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah yang hadir mewakili Peguam Negara pada prosiding ini. 4. Seterusnya izinkan juga saya menyatakan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato‟ Abdul Fareed Abdul Gafoor, Naib Presiden Badan Peguam Malaysia yang sudi meluangkan masa hadir pada prosiding ini mewakili Majlis Peguam dan Badan Peguam Malaysia. 1 5. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sekretariat Badan Peguam Malaysia terutamanya Encik Rajen Devaraj, Ketua Pegawai Eksekutif Badan Peguam Malaysia yang telah banyak membantu kami mendapatkan butiran maklumat mengenai latar belakang rakan-rakan peguam yang telah meninggal dunia untuk direkodkan di dalam buku memorial ini. 6. Setinggi-tinggi terima kasih kepada barisan peguam yang telah sudi menjadi penyampai di dalam Prosiding ini, begitu juga sekalung tahniah kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Badan Peguam Kedah yang telah bertungkus lumus berusaha gigih bagi menjayakan Prosiding ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada kakitangan Badan Peguam Kedah dan para pelatih dalam kamar yang telah memberi sumbangan masa dan tenaga untuk menjayakan Prosiding Memperingati pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia sejak 24 tahun yang lalu iaitu dari tahun 1994 sehingga 2018. Prosiding ini merupakan penghormatan dan penghargaan kepada rakan-rakan peguam yang telah pergi dahulu, agar ahli-ahli Badan Peguam Kedah terutamanya para peguam muda dapat mengenali dan menghargai para peguam senior yang telah meninggal dunia serta mengambil contoh kebaikan yang ditunjukkan oleh mereka. 8. Bagi pihak Badan Peguam Kedah, saya ingin merekodkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga di atas pemergian para rakan Peguam yang dikasihi sekelian. Sungguh pun kita masih terasa sedih dan berdukacita dengan pemergian mereka, kami yang masih meneruskan perjuangan menghargai jasa mereka dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas khidmat mereka dalam bidang perundangan serta sumbangan bakti mereka kepada masyarakat. 9. Adalah diharapkan Prosiding Memperingati ini dapat diteruskan di masa akan datang dan dijadikan amalan berterusan Badan Peguam Kedah dengan kerjasama pihak Mahkamah Yang Mulia ini demi mengingati dan menghargai para Peguam yang pernah berjasa di Negeri Kedah Darul Aman. 2 10. Saya akhiri dengan peribahasa yang berbunyi: “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama” yang bermaksud kita perlulah berusaha untuk meningkatkan tahap profesionalisme agar segala yang kita lakukan dapat dijadikan suri tauladan oleh generasi akan datang dan dikenang sehingga ke akhir hayat. 11. Yang Arif, saya dengan hormatnya mengusulkan supaya Rekod Prosiding Memperingati ini disimpan di Arkib Mahkamah yang Mulia ini dan sesalinan diserahkan kepada setiap keluarga mereka yang kita kenang dan ingati pada prosiding hari ini. Terima Kasih. NAZLIYAH BINTI MANSOR PENGERUSI BADAN PEGUAM KEDAH 3 SPEECH BY DATO’ ABDUL FAREED BIN ABDUL GAFOOR VICE PRESIDENT OF MALAYSIAN BAR Dengan Izin Yang Arif, 1. I am ABDUL FAREED BIN ABDUL GAFOOR, and I appear for the Bar Council and the Malaysian Bar in today‟s reference proceedings. 2. May I begin by thanking your Lordship for agreeing to this reference and making time to preside over the proceedings. This is a solemn and meaningful occasion that is unique to the legal profession. It is a time when the Bar recognizes, as a matter of formal record, our own members who are no longer with us. 3. I would also like to thank the Kedah Bar Committee under the able leadership of Puan Nazliyah Binti Mansor for reviving this time honoured tradition in remembrance of our departed colleagues. 4. May I also acknowledge the presence of YB Dato‟ Hajah Nor„Azura bt Haji Mohamed Zohdi, Kedah State Legal Adviser on behalf of the Honorable Attorney General, who has taken time off her busy schedules to be with us this morning. 5. In the finest traditions of the Bar, we gather to pay tribute and commit to posterity the achievements of our learned friends and colleagues at the Bar that should be emulated and forever cherished. 4 6. My learned friends will speak in great length on the many achievements and contributions of our departed members. Each one of them has had illustrious careers, both within and outside the legal fraternity and they have been revered by their families and acquaintances. 7. On a personal note, I have known the following late members in the course my work as an advocate and solicitor, a) PATHMANATHAN S/O SUNDRAM – he was slightly senior in practice and was an up and coming lawyer before his untimely death; b) VEERASAMY @ RAJENDRAN A/L AMS PERIASAMY – he is much senior in practice but puts younger members at ease due to his jovial character. Perhaps it runs in his family as I later came to know of his younger brother Vivekananda, who is equally jovial, who was a former Perak Bar Chairman and Council Member of the Malaysian Bar; c) RAO SURYANA BINTI ABDUL RAHMAN – despite her diminutive figure, RAO was a strong character who is known to articulate her thoughts very well. Unknown to many, she has also played football for the Penang Bar‟s ladies team in the early part of her career. 8. With the departure of these 22 of our collagues, the Malaysian Bar has not only lost outstanding lawyers, but respectable personalities whose voids are difficult to fill. 9. Although we grieve and mourn their deaths, we also acknowledge their many contributions, service and dedication to the Bar and society which is evident in all of us being here today paying tribute to them. We believe that the marks left behind by each and every one of the 22 will continue to serve as an inspiration to members of the Bar, whether from the current or future generations. 5 10. On behalf of the Bar Council and Malaysian Bar, I express our sincere condolences to the family and friends of the 22 departed members, as we mourn their loss. We pray that their souls rest in peace. 11. Lastly, may I ask your Lordship to direct that a Record of this Reference be kept in the Archives of the Court and a copy sent to the families of our departed brothers and sister-at-law. 12. My Lord, I wish to end my speech with the recitation of a pantun:- Di Pagi Yang Indah Penuh Kesyahduan Kita Berkumpul Mengingati Pemergian Sahabat Setia Di Arena Perundangan Budi Dan Jasa Dikenang Berzaman DATO’ ABDUL FAREED BIN ABDUL GAFOOR VICE PRESIDENT MALAYSIAN BAR 6 UCAPAN OLEH YB DATO' HAJJAH NOR 'AZURA BT HJ MOHAMED ZOHDI PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KEDAH DARUL AMAN BAGI PIHAK PEGUAM NEGARA Dengan izin Yang Arif, 1. Assalammualaikum w.b.t. Salam Sejahtera. Salam Kedah Serata-Rata Rakan bijaksana saya YBhg. Dato‟ Abdul Fareed Abdul Gafoor, Naib Presiden Badan Peguam Malaysia. Rakan bijaksana saya Pn. Nazliyah binti Mansor, Pengerusi Badan Peguam Kedah. Rakan-rakan bijaksana dan semua yang hadir pada pagi ini. 2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua Ahli Jawatankuasa Badan Peguam Negeri Kedah yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program yang julung kalinya diadakan di Kedah iaitu prosiding memperingati Ahli-ahli Badan Peguam Kedah yang telah meninggal dunia.
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages59 Page
-
File Size-