JURNAL WACANA SARJANA Vol. 2(2) Jun 2018: 1- 14 Penglibatan Selebriti dalam Politik Malaysia dari 2000-2017 Celebrity Involvement in Malaysian Politics from 2000-2017 Amir Zafran bin Ahmad Asri Muhamad Takiyuddin bin Ismail Program Sains Politik Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected] ABSTRAK Penglibatan golongan selebriti dalam politik merupakan trend biasa yang berlaku di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Indonesia. Di Malaysia, fenomena serupa masih dianggap sebagai baru. Justeru, sejauhmana penglibatan golongan selebriti dalam politik mampu memberi impak dalam politik Malaysia? Bagi menganalisis permasalahan tersebut, dua kerangka teoritikal digunakan dalam artikel ini iaitu partisipasi politik dan modal selebriti (celebrity capital). Objektif pertama kajian ini adalah menelusuri sejarah penglibatan golongan selebriti dalam politik Malaysia. Objektif kedua pula adalah menghurai bentuk penglibatan golongan selebriti dalam politik Malaysia. Manakala objektif ketiga pula adalah menganalisis pengaruh yang dikenakan oleh golongan selebriti dalam politik Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang meliputi kajian kepustakaan. Kertas kerja ini berhujah bahawa golongan selebriti mempunyai pengaruh yang minima dan penglibatan mereka tidaklah memberikan kesan yang begitu besar kepada pembuatan keputusan dalam parti politik. Secara asasnya, golongan selebriti dilihat kurang berminat untuk menyertai politik secara aktif melainkan hanya sebilangan kecil. Walaupun parti seperti UMNO