PROMOSI WARNA-WARNI AIDILFITRI (WWA) 15 April hingga 2 Mei 2021 Isnin – Khamis 10.00 pagi – 6.00 petang Jumaat – Ahad 10.00 pagi – 10.00 malam

Kompleks Kraf Kuala Lumpur

BUKU MANUAL DAN SYARAT – SYARAT PENYERTAAN USAHAWAN KRAF

****************************************************** USAHAWAN KRAF ADALAH DINASIHATKAN UNTUK MEMBACA, MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT & TERMA WWA 2020 DAN MANUAL YANG BERKAITAN DENGAN MERUJUK KEPADA LAMPIRAN-LAMPIRAN YANG DIBERIKAN. SYARAT-SYARAT YANG DINYATAKAN DALAM LAMPIRAN DI ATAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN YANG DITENTUKAN OLEH PIHAK KRAFTANGAN MALAYSIA. USAHAWAN JUGA DIWAJIBKAN UNTUK MEMATUHI SOP KESIHATAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI MEMBENDUNG PENULARAN PANDEMIK COVID-19.

ISI KANDUNGAN

MUKA BIL. PERKARA SURAT 1 PENGENALAN 3

2 MAKLUMAT UMUM 4 - 5

3 KLASIFIKASI PRODUK KRAF BAGI AKTIVITI JUALAN KRAF 6 - 10

4 JADUAL PENYERTAAN WWA 2021 11 - 12

5 GARIS PANDUAN DAN SYARAT PENYERTAAN

Lampiran 1 : KRITERIA PENYERTAAN USAHAWAN KRAF 13 - 15 Lampiran 2 : KRITERIA PENYERTAAN USAHAWAN 16 - 17 PERKHIDMATAN AIDILFITRI

Lampiran 3 : KRITERIA PRODUK KRAF 18 - 19

Lampiran 4 : BAYARAN YURAN PENYERTAAN 20 - 22

Lampiran 5 : URUS NIAGA JUALAN 23 - 24

Lampiran 6 : URUS NIAGA DI KAUNTER KAD KREDIT 25 Lampiran 7 : PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM UNDIAN 26 LOT JUALAN

Lampiran 8 : LOT JUALAN DAN PERAGAAN PRODUK 27

Lampiran 9 : URUSAN KELENGKAPAN PERALATAN PERAGAAN 28 - 29

Lampiran 10 : URUSAN TEKNIKAL (TENAGA ELEKTRIK) 30 Lampiran 11 : SYARAT-SYARAT PERATURAN S.O.P DALAM 31 - 35 TEMPOH PENULARAN CONVID-19

Lampiran 12 : URUSAN KESELAMATAN 36

Lampiran 13 : URUSAN KEBERSIHAN 37

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 2

PENGENALAN

Warna-Warni Aidilfitri 2021 merupakan aktiviti promosi kali ke-lima belas (15) dilaksanakan bermula dari tahun 2003. Promosi yang dilaksanakan ini adalah bagi memberi pelbagai pilihan kepada pengguna dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan mengetengahkan gabungan produk kraf dan perkhidmatan Aidilfitri. Penggunaan produk yang merangkumi pelbagai penggunaan produk kraf dalam bidang tekstil, hasil rimba, hasil tanah, aksesori & perhiasan diri, hiasan dalaman, hadiah dan cenderamata juga kelengkapan rumah. Manakala produk berkaitan aidilfitri adalah busana aidilfitri, bingkisan raya (hamper), perhiasan dan aksesori, hiasan kelengkapan rumah, biskut raya & manisan, tempahan makanan dan bunga hiasan.

Objektif i. Mengalakkan penyertaan usahawan kraf dan perkhidmatan Aidilfitri dalam memasarkan produk kraf terus kepada pengguna dan pengunjung ii. Membangun dan menjana sumber ekonomi negara khusus dalam penghasilan produk kraf bertemakan Aidilfitri iii. Mempopularkan lagi Kompleks Kraf Kuala Lumpur sebagai Pusat Kraf Setempat, lokasi yang mesti dilawati dan sebagai lokasi utama bagi mendapatkan produk-produk kraf tempatan termasuklah dalam persiapan sambutan Aidilfitri

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 3

MAKLUMAT UMUM

Nama Acara : Warna-Warni Aidilfitri 2021

Skop Jualan : i. Produk Kraf • Tekstil • Hasil Rimba • Hasil Tanah • Logam • Aneka Kraf

ii. Produk Perkhidmatan Aidilfitri • Busana Aidilfitri (, Jubah, Baju Raya Tradisi Kanak-Kanak, Pakaian Siap, Tudung Dan Selendang) • Perhiasan Dan Kelengkapan Rumah / Gubahan Bunga • Kuih-Muih / Manisan, / Bingkisan Raya (Hamper) • Produk Aneka Aidilfitri (Lampu Panjut / Pelita Raya / Balang Kuih Dan Lain-Lain • Kad Ucapan Aidilfitri / Video & Fotografi • Produk Kecantikan (Spa) • Perkhidmatan Jahitan (Baju / Manik / Langsir / Alteration Dan Lain-Lain

Tarikh : 15 April hingga 2 Mei (18 Hari)

Masa : Isnin – Khamis 10.00 pagi – 6.00 petang Jumaat – Ahad 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 4

Penganjur : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Urus Setia : Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Sasaran Pengunjung : 20,000 orang (Domestik dan Antarabangsa)

Kumpulan Sasar : Pengguna, Pemborong, Pedagang, Agen Jualan, Pembekal, Pereka Hiasan Dalaman, Pereka Fesyen, Pereka Produk, Pengeluar, Kumpulan Profesional, Pengimport, Peminat & Pengumpul Seni Kraf, Agensi / Jabatan Kerajaan, Agensi Pelancongan, Institusi Pendidikan dan lain- lain.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 5

KLASIFIKASI PRODUK KRAF BAGI AKTIVITI JUALAN KRAF

BIDANG KRAF KATEGORI PRODUK KELUARAN

Tekstil • • Pakaian Siap - Baju • kemeja, , • Tenun , baju blouse, • Limar sarung, pareo, selendang, • Pua kraf tekstil yang dihias- • Rungus tambah dengan teknik • Mugah tekatan dan sulaman. • Tekat / Sulam / Jahitan • Kain pasang • Lukisan Batik • Hiasan Dalaman - Kelengkapan rumah seperti langsir, alas meja, alas gelas, sarung cadar, bantal dan lain-lain.

• Lukisan batik dan lain-lain produk kraf hasil tekstil

• Hadiah dan Cenderamata : Produk kraf yang dihias- tambah dengan tekstil. Contoh seperti bahan pembungkusan.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 6

BIDANG KRAF KATEGORI PRODUK KELUARAN

Hasil Rimba • Kayu • Perabot • Buluh / Rotan • Pandan / • Wakaf / pergola Mengkuang • Ribu-ribu / Serdang • Hiasan dalaman / lanskap • Seserat-Kulit Kayu • Daun Getah / Lidi / taman - Kerusi dan meja • Tempurung taman, gegantung • Kercut hiasan, replika kolam

hiasan, panel hiasan, sangkar burung, produk kayu hanyut.

• Kelengkapan rumah

• Alat Muzik dan mainan - Congkak, gasing, buai latip, jerat sarang tupai, dam/catur, kompang, gendang, rebana, seruling, gambus, angklung,sape, sompoton dan lain- lain.

• Hadiah dan cenderamata - Kotak hadiah anyaman, kotak ukiran kayu, bingkai gambar, beg, tongkat, topi hiasan, aksesori, sarung senjata.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 7

BIDANG KRAF KATEGORI PRODUK KELUARAN

Hasil Tanah • Tanah Liat • Hiasan Taman • Marmar • Kristal • Kelengkapan Rumah • Kaca - Produk kegunaan • Batu tanah liat tradisional dan moden seperti labu sayong, labu lepap, pasu Iban, pasu kechor, tembikar terenang, tembikar mambong, pasu Sarawak dan pasu hiasan serta kombinasi produk kraf seramik dengan bahan lain.

• Hiasan dalaman

• Perhiasan diri

• Seni arca

• Hadiah dan cenderamata

Logam • Perak • Hiasan dalaman • Tembaga • Produk kegunaan • Piuter • Perhiasan diri • Besi • Senjata tradisi • Aluminium • Hadiah dan cenderamata • Kraf antik

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 8

BIDANG KRAF KATEGORI PRODUK KELUARAN

Aneka Kraf • Kertas • Produk kegunaan • Manik • Hiasan dalaman • Mutiara / karang • Perhiasan diri • Kulit • Hadiah dan cenderamata • Getah / sabun • Henna

Nota : Usahawan kraf boleh merujuk kepada Seksyen Pembangunan Usahawan Kraf untuk pertanyaan mengenai klasifikasi produk kraf.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 9

KLASIFIKASI PRODUK PERKHIDMATAN AIDILFITRI

• Busana Aidilfitri (Baju Melayu, Jubah, Baju Raya Tradisi Kanak-Kanak, Pakaian Siap, Tudung Dan Selendang) • Perhiasan Dan Kelengkapan Rumah / Gubahan Bunga • Kuih-Muih / Manisan, / Bingkisan Raya (Hamper) • Produk Aneka Aidilfitri (Lampu Panjut / Pelita Raya / Balang Kuih Dan Lain-Lain • Kad Ucapan Aidilfitri / Video & Fotografi • Produk Kecantikan (Spa) • Perkhidmatan Jahitan (Baju / Manik / Langsir / Alteration Dan Lain-Lain

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 10

JADUAL PENYERTAAN WWA 2021

TARIKH MASA PERKARA

15 Mac Sehingga 8.30 pagi ~ • Penerimaan Borang 31 Mac 2021 5.00 petang Permohonan Dan (Waktu Pejabat) Pembayaran Penyertaan Promosi • Urusan pengesahan penyertaan usahawan

*Tarikh tutup permohonan dan pembayaran penyertaan :- 31 Mac 2021 (Rabu).

8 April 2021 10.00 pagi – • Undian lot niaga secara 1.00 tengahari online

*Tertakluk kepada perubahan tarikh

13 & 14 10.00 pagi • Pendaftaran usahawan April 2021 Hingga di Kompleks Kraf Kuala (Selasa & Rabu) 5.00 petang Lumpur. • Kerja-kerja susun atur produk di ruang jualan. (Masa lanjutan kerja- kerja susun atur akan dimaklumkan kemudian atas keperluan)

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 11

TARIKH MASA PERKARA

15 April hingga – * Isnin – Khamis • WWA 2021 berlangsung 2 Mei 2021 10.00 pg – 6.00 ptg (18 Hari) * Jumaat – Ahad 10.00 pg – 10.00 mlm

2 Mei 2020 10.30 Malam – • Urusan kemas semula (Ahad) 12.00 malam & & 3 Mei 2020 9.00 pagi – (Isnin) 12.00 tengah hari

Nota : Jadual adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak Kraftangan Malaysia.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 12

Lampiran 1 : KRITERIA PENYERTAAN USAHAWAN KRAF

1. Usahawan kraf Malaysia berumur 18 tahun ke atas (selepas ini akan dirujuk sebagai Usahawan Kraf sahaja), berdaftar dengan kKraftangan Malaysia serta memenuhi salah satu kriteria berikut ; i. Usahawan kraf yang menghasil dan mengeluarkan produk kraf buatan Malaysia di kilang yang telah didaftarkan atau kediaman yang disahkan oleh Kraftangan Malaysia. ii. Usahawan kraf yang berdaftar di bawah Program Kraftangan Malaysia iaitu; a. Satu Daerah Satu Industri – Produk Kraf b. Mikro, Kecil & Sederhana (MKS) c. Skim Pengeluaran Inkubator Kraf

iv. Penyertaan usahawan kraf bagi kategori kraf tekstil batik, songket dan tenunan akan diberi keutamaan kepada usahawan yang mempunyai sijil standard seperti berikut;

v. Usahawan kraf yang aktif mengikuti program-program anjuran Kraftangan Malaysia akan diberi keutamaan.

vi. Usahawan kraf dari golongan orang kurang upaya (OKU) dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau agensi / persatuan yang diiktiraf oleh kerajaan.

vii. Usahawan kraf yang berdaftar dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan (digalakkan penyertaan melalui agensi yang berkaitan). viii. Usahawan kraf yang telah mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 13

ix. Usahawan yang memiliki lesen/permit/surat kebenaran atau dokumen lain yang berkenaan dan masih sah laku (sekiranya berkaitan) terutama bagi menjual produk kraf antik dan senjata tradisional.

2. Usahawan Kraf hendaklah mengisi Borang Permohonan Penyertaan WARNA-WARNI AIDILFITRI 2021 (WWA/TWRN/SKD/2021) beserta BAYARAN YURAN PENYERTAAN yang telah dibuat sebelum atau pada 31 Mac 2021.

3. Usahawan kraf hendaklah mendapat makluman Pengesahan Penyertaan dari Kraftangan Malaysia (telah menjelaskan bayaran yuran penyertaan) dan menandatangani Borang Setuju Terima Syarat & Terma WWA2021 dalam tempoh yang ditetapkan.

4. Usahawan kraf juga diwajibkan untuk memaklumkan kepada Kraftangan Malaysia secara bertulis sekiranya menarik diri dari menyertai WWA2021 dalam tempoh tidak kurang dari empat belas (14) hari dari tarikh bermulanya WWA2021, dan wang penyertaan tidak akan dikembalikan.

5. Usahawan tidak dibenarkan membuat gantian dengan syarikat atau individu lain sebaik sahaja mendapat surat pengesahan.

6. Usahawan DIWAJIBKAN menghadiri sesi taklimat penyertaan WWA2021 dan disarankan membawa salinan profil syarikat terkini bagi tujuan mengemaskini data.

7. Usahawan hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya dua (2) orang pembantu jualan (sales person) warganegara tempatan di ruang jualan.

8. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan individu lain yang tidak berkaitan dengan urusan jualan adalah DILARANG berada di ruang jualan. Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 14

9. Usahawan / pembantu jualan dikehendaki berpakaian kemas dan bersih (Pakaian batik buatan Malaysia).

10. Usahawan / pembantu jualan dikehendaki memakai TAG NAMA SYARIKAT yang telah disediakan oleh Urus Setia sepanjang tempoh berada di kawasan aktiviti WWA 2021.

11. Usahawan hendaklah menanggung segala urusan pengangkutan, bayaran letak kenderaan, makan/minum dan penginapan semasa menyertai WWA2021 (untuk diri sendiri @ pembantu jualan).

12. Usahawan hendaklah sentiasa mematuhi semua syarat, terma, pemberitahuan dan makluman yang ditetapkan oleh Kraftangan Malaysia dari masa ke semasa.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 15

Lampiran 2 : KRITERIA PENYERTAAN USAHAWAN PERKHIDMATAN AIDILFITRI

1. Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). (Salinan pendaftaran perlu dilampirkan bersama Borang Permohonan).

2. Menghasilkan produk dan perkhidmatan aidilfitri di Malaysia sahaja (penghasilan di luar negara tidak dibenarkan).

3. Usahawan yang memiliki lesen/permit/surat kebenaran atau dokumen lain yang berkenaan dan masih sah laku (sekiranya berkaitan) terutama bagi menjual produk makanan.

4. Usahawan Perkhidmatan Aidilfitri hendaklah mengisi Borang Permohonan Penyertaan WARNA-WARNI AIDILFITRI 2021 (WWA/TWRN/SPP/2021) beserta BAYARAN YURAN PENYERTAAN yang telah dibuat sebelum atau pada 31 Mac 2021.

5. Usahawan kraf hendaklah mendapat makluman Pengesahan Penyertaan dari Kraftangan Malaysia (telah menjelaskan bayaran yuran penyertaan) dan menandatangani Borang Setuju Terima Syarat & Terma WWA2021 dalam tempoh yang ditetapkan.

6. Usahawan Perkhidmatan Aidilfitri juga diwajibkan untuk memaklumkan kepada Kraftangan Malaysia secara bertulis sekiranya menarik diri dari menyertai WWA2021 dalam tempoh tidak kurang dari empat belas (14) hari dari tarikh bermulanya WWA2021, dan wang penyertaan tidak akan dikembalikan.

7. Usahawan tidak dibenarkan membuat gantian dengan syarikat atau individu lain sebaik sahaja mendapat surat pengesahan.

8. Usahawan DIWAJIBKAN menghadiri sesi taklimat penyertaan WWA2021 dan disarankan membawa salinan profil syarikat terkini bagi tujuan mengemaskini data.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 16

9. Usahawan hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya dua (2) orang pembantu jualan (sales person) warganegara tempatan di ruang jualan.

10. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan individu lain yang tidak berkaitan dengan urusan jualan adalah DILARANG berada di ruang jualan.

11. Usahawan / pembantu jualan dikehendaki berpakaian kemas dan bersih (Pakaian batik buatan Malaysia).

12. Usahawan / pembantu jualan dikehendaki memakai TAG NAMA SYARIKAT yang telah disediakan oleh Urus Setia sepanjang tempoh berada di kawasan aktiviti WWA 2021.

13. Usahawan hendaklah menanggung segala urusan pengangkutan, bayaran letak kenderaan, makan/minum dan penginapan semasa menyertai WWA2021 (untuk diri sendiri @ pembantu jualan).

14. Usahawan hendaklah sentiasa mematuhi semua syarat, terma, pemberitahuan dan makluman yang ditetapkan oleh Kraftangan Malaysia dari masa ke semasa.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 17

Lampiran 3 : KRITERIA PRODUK KRAF DAN PERKHIDMATAN AIDILFITRI

1. Produk jualan mestilah daripada produk kraf buatan Malaysia sahaja.

2. Produk yang dijual adalah bermutu, berkualiti dan mempunyai rekaan terbaru / berinovasi serta hendaklah bersesuaian dengan tema persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta boleh dipasarkan.

3. Produk kraf/barangan antik Malaysia dan mempunyai sah laku permit / lesen serta mematuhi peraturan-peraturan Kerajaan Malaysia (salinan permit/lesen yang telah disahkan perlu disertakan/dipaparkan di ruang jualan).

4. Produk jualan mestilah mempunyai tanda harga yang bercetak.

5. Usahawan digalakkan mengambil insurans ke atas produk jualan.

6. Tidak dibenarkan :-

i. Menjual produk kraf buatan luar negara. ii. Menjual produk kraf yang TIDAK didaftarkan di bawah Kraftangan Malaysia. iii. Meletakkan sebarang tanda potongan harga seperti Jualan Murah, Jualan Runtuh, Jualan Penghabisan Stok, Sale dan lain-lain berkaitan.

7. *TAMBAHAN PRODUK PERKHIDMATAN AIDILFITRI

a. Kategori Busana Aidilfitri perlu mengetengahkan pakaian raya iaitu pakaian baju melayu lelaki, wanita dan baju raya tradisi kanak-kanak sahaja yang dihasilkan / dijahit di Malaysia. Ini termasuk nilai tambah seperti sulaman, manik dan lain-lain berkaitan.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 18

b. Produk hadiah dan cenderamata (Hamper Raya) hendaklah menggunapakai produk kraf sebagai bahan utama untuk dijadikan bekas-bekas hamper / pembungkusan. c. Bekas-bekas pembungkusan ‘hamper raya’ dari luar negara TIDAK DIBENARKAN.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 19

Lampiran 4 : BAYARAN YURAN PENYERTAAN

1. Yuran penyertaan WWA2021 adalah seperti berikut:

i. USAHAWAN KRAF

Kadar bayaran yuran penyertaan adalah sejumlah RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ringgit Sahaja).

• Ukuran lot jualan : 10’ x 10’

ii. PERKHIDMATAN AIDILFITRI

Kadar bayaran yuran penyertaan adalah sejumlah RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ringgit Sahaja).

• Ukuran lot jualan : 10’ x 10’

2. Kaedah pembayaran adalah secara berikut:-

i. Bayaran Tunai – di pejabat cawangan Kraftangan Malaysia yang berkaitan.

ii. Bayaran menggunakan CEK atas nama : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

iii. Bayaran atas talian (online) menggunakan mesin deposit wang tunai, Internet Banking (MAYBANK2U, CIMB Click dan lain-lain berkaitan).

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 20

iv. Usahawan hendaklah memastikan tarikh cek adalah sama dengan tarikh serahan bayaran (urusan bayaran melalui cek). v. Bayaran didepositkan menerusi akaun Maybank PKKM Cawangan Negeri sepertimana merujuk kepada pendaftaran syarikat. Senarai cawangan dan nombor akaun adalah seperti berikut :-

NO. AKAUN BIL NAMA AKAUN MBB Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1 CAWANGAN SELANGOR 562106210830 (Termasuk WILAYAH PERSEKUTUAN) Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 2 563064108603 CAWANGAN TERENGGANU Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 3 558097000138 CAWANGAN PERAK Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 4 557111002441 CAWANGAN PULAU PINANG Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 5 553038010138 CAWANGAN KELANTAN Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 6 504049410517 CAWANGAN MELAKA Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 7 559012304769 CAWANGAN PERLIS 8 KOMPLEKS KRAF LANGKAWI 552152000184 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 9 551137103130 CAWANGAN JOHOR Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 10 556011006396 CAWANGAN PAHANG Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 11 555135003139 CAWANGAN NEGERI SEMBILAN Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 12 552022401965 CAWANGAN KEDAH Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 13 560072002422 CAWANGAN SABAH Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 14 561118004472 CAWANGAN SARAWAK Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 21

vi. Usahawan hendaklah menyerahkan bukti pembayaran/dokumen bank menerusi salinan slip bayaran transaksi yang meliputi nombor rujukan transaksi, jumlah bayaran, tarikh dan masa pembayaran.

vii. Salinan slip bayaran ini perlu disertakan bersama Borang Permohonan Penyertaan WWA 2021 (Nombor rujukan transaksi perlu diletakkan di Borang Permohonan Penyertaan – Perkara D) viii. Kegagalan menyerahkan salinan slip bukti bayaran boleh menyebabkan permohonan penyertaan ditolak.

ix. Terdapat beberapa kategori usahawan yang akan diberikan pengecualian pembayaran iaitu :

1. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU), serahan borang penyertaan perlu disertakan salinan kad pengenalan OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Serahan borang tanpa salinan kad pengenalan OKU tidak layak mendapat pengecualian.

2. Usahawan Kraf yang pertama kali menyertai promosi bersama Kraftangan Malaysia.

3. Usahawan di bawah Skim Pengeluaran Inkubator Kraf.

x. Tarikh tutup permohonan WWA 2021 adalah sebelum / pada 31 Mac 2021.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 22

Lampiran 5 : URUS NIAGA JUALAN

1. Urus niaga hendaklah menggunakan RINGGIT MALAYSIA.

2. Usahawan hendaklah menyedia / menggunakan resit rasmi bercetak yang tertera nama perniagaan/syarikat usahawan.

3. Setiap pembelian/transaksi, satu salinan resit hendaklah diserahkan kepada pengunjung yang membeli sama ada melibatkan urus niaga secara tunai atau kad kredit. Salinan asal hendaklah disimpan bagi tujuan rujukan.

4. Usahawan perlu mencatatkan jumlah hasil jualan berdasarkan resit-resit jualan dan mencatatkan jumlah di dalam Buku Jualan Harian yang disediakan.

5. Usahawan hendaklah mencatatkan Jumlah Jualan Tempahan dan Rundingan di Borang Jualan Tempahan (terdapat dalam Buku Jualan Harian).

6. Pihak Urus Setia WWA2021, Pasukan Pemantauan Usahawan Kraf dan mana-mana pihak yang dilantik oleh Kraftangan Malaysia BERHAK melakukan semakan secara berkala dan membuat pengesahan terhadap urus niaga yang tercatat di dalam buku resit jualan usahawan kraf.

7. Kraftangan Malaysia berhak membuat pemantauan produk jualan kraf, bagi memastikan tiada produk selain dari PRODUK KRAF BUATAN MALAYSIA dibawa masuk atau dijual semasa promosi berlangsung. Sekiranya didapati terdapat produk kraf luar dari Malaysia, Kraftangan Malaysia berhak merampas produk tersebut dan usahawan tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana aktiviti promosi anjuran Kraftangan Malaysia pada masa hadapan.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 23

8. Usahawan perlu menyediakan dan menguruskan sendiri semua kelengkapan kaunter pembayaran seperti buku resit, mesin , bahan pembungkusan produk, beg plastik, beg kertas, tukaran wang kecil dan lain-lain berkaitan.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 24

Lampiran 6 : URUS NIAGA DI KAUNTER KAD KREDIT

1. Kemudahan kaunter mesin kad kredit disediakan.

2. Setiap transaksi jualan menggunakan kad kredit akan dikenakan caj bank yang perlu ditanggung oleh usahawan kraf. Kadar caj bergantung kepada jenis kad yang digunakan oleh pelanggan seperti berikut ;

i. American Express (Amex) : 3% ii. Mastercard : 2.5 % iii. Visa : 2.5 % iv. E-debit : 1.5 %

3. Usahawan perlu memastikan nama syarikat atau nama individu yang ditulis pada resit Kraftangan Malaysia adalah betul. Ini kerana cek bayaran akan dikeluarkan mengikut nama syarikat atau nama individu yang tertera di atas resit Kraftangan Malaysia.

4. Usahawan perlu memastikan resit Kraftangan Malaysia (warna putih) diambil sebagai rujukan ketika menerima cek bayaran daripada Kraftangan Malaysia. Borang Pertukaran Cek perlu diisi sekiranya terdapat kesilapan pada cek bayaran dalam tempoh tujuh (7) hari selepas cek diterima. Borang ini boleh diperolehi daripada Seksyen Kewangan Dan Akaun, Kraftangan Malaysia.

5. Usahawan perlu menyediakan resit rasmi/syarikat kepada pelanggan.

6. Cek bayaran menggunakan kad kredit akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja (tidak termasuk sabtu dan ahad) secara serahan tangan semasa WWA2021 berlangsung.

7. Bagi bayaran cek selepas promosi tamat, usahawan boleh menuntut cek tersebut di Kraftangan Malaysia cawangan negeri masing-masing.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 25

Lampiran 7 : PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM UNDIAN LOT JUALAN

1. Sistem Pengundian Lot Jualan secara ‘online’ dibangunkan bagi tujuan pelaksanaan undian nombor lot niaga usahawan kraf di WWA2021.

2. Sistem ini boleh diakses melalui url (http://spd- kraf.kraftangan.gov.my/usahawan) berkuatkuasa pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Urus Setia.

3. Usahawan yang telah disahkan penyertaan di WWA2021 sahaja LAYAK mendapat hak akses bagi setiap pengundian lot niaga. Usahawan kraf yang telah berdaftar akan merperolehi ID Komuniti masing-masing bagi pelaksanaan proses undian.

4. Usahawan kraf yang tidak menjelaskan Yuran Penyertaan adalah TIDAK LAYAK mengundi dan permohonan akan dibatalkan.

5. Memastikan butiran wajib usahawan bagi tujuan merekodkan data ke dalam sistem sebelum undian dijalankan seperti berikut :-

i. Nama Pengusaha Kraf ii. No. Kad Pengenalan iii. Nama syarikat iv. No. pendaftaran syarikat v. Bidang Kraf/Sub bidang / kategori

6. Data usahawan perlu disahkan oleh Pegawai Petugas Cawangan (semakan data maklumat penyertaan) sebelum proses undian.

7. Setelah semakan data maklumat penyertaan disahkan, proses undian boleh dijalankan sekali sahaja dan keputusan nombor lot jualan adalah muktamad.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 26

Lampiran 8 : LOT JUALAN DAN PERAGAAN PRODUK

1. Konsep pembahagian lot jualan adalah secara terbuka (open concept).

2. Lot jualan tidak dibenarkan sama sekali untuk diniaga semula, dipinda atau ditukar milik kepada pihak lain.

3. Perletakkan lot jualan ditentukan melalui proses undian (rujuk Lampiran 6).

4. Usahawan hendaklah mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk membuat persiapan, susunatur produk dan perkhidmatan di lot jualan masing-masing.

5. Usahawan diwajibkan untuk sentiasa memastikan kekemasan dan kebersihan lot jualan.

6. Usahawan tidak dibenarkan menghalang atau menutup laluan pengunjung serta produk usahawan lain. Perletakan bunting / kain rentang syarikat di dalam lot jualan perlu mendapat rujukan/kebenaran pihak Urus Setia Jualan.

7. Usahawan tidak dibenarkan menukar, mengubahsuai, menambah apa-apa kelengkapan asas yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia tanpa kebenaran, sama ada :

i. Menggunakan batang mop / penyapu / besi sebagai tambahan props peragaan. ii. Memasang lampu tambahan. iii. Pemasangan props peragaan tidak boleh melebihi ketinggian 8 kaki.

8. Sekiranya didapati terdapat sebarang penambahan props peragaan yang tidak mematuhi perkara 6 dan 7 pada lampiran ini, pihak Kraftangan Malaysia berhak merampas, menukar atau menyusun kembali ruang jualan usahawan.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 27

Lampiran 9 : URUSAN KELENGKAPAN PERALATAN PERAGAAN

1. Kraftangan Malaysia menyediakan kelengkapan asas minima seperti berikut;

i. Meja kaunter / jualan - 1 unit ii. Kerusi Lipat - 2 unit iii. Peralatan peragaan (props) - 1 unit iv. Plug-point – 3 point - 1 unit v. Tanda nama syarikat - 1 unit

(Extension wire TIDAK disediakan)

2. Usahawan hendaklah melengkapkan Borang A : Penerimaan Peralatan Peragaan Jualan Asas (props) yang disediakan semasa hari pendaftaran (bukti terima peralatan).

3. Usahawan adalah digalakkan membawa peralatan peragaan sendiri tetapi perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam LAMPIRAN 7. Sewaan bagi tambahan peralatan peragaan (props) disediakan dengan merujuk kepada stok sedia ada.

4. Usahawan TIDAK DIBENARKAN :

i. Menampal atau melekatkan sebarang bentuk benda atas permukaan rak, meja, kerusi dan apa jua kemudahan asas serta kelengkapan peralatan yang disediakan;

ii. Menconteng, mengecat, memaku atau mengikat sebarang jenis bahan atau merosakkan kemudahan serta kelengkapan peralatan yang disediakan;

iii. Menggantung plastik makanan atau minuman serta memijak atau menjadikan tangga rak, meja kerusi dan kemudahan asas serta kelengkapan peralatan peragaan yang dibekalkan;

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 28

iv. Mengubah kedudukan dan susun atur kelengkapan di luar lot jualan yang telah ditetapkan.

5. Pihak Kraftangan Malaysia berhak mengemukakan tuntutan ganti rugi kepada usahawan berhubung sebarang kerosakan atau kehilangan ke atas kemudahan asas dan kelengkapan peralatan dan seterusnya berhak untuk mengambil tindakan yang wajar berhubung perkara tersebut.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 29

Lampiran 10 : URUSAN TEKNIKAL (TENAGA ELEKTRIK)

1. Urus Setia Teknikal (atau kontraktor rasmi) sahaja dibenarkan membuat kerja-kerja berkaitan urusan teknikal – elektrik.

2. Pencahayaan am akan disediakan di dalam semua ruang jualan. Bekalan kuasa elektrik yang boleh digunakan :-

a. Bekalan 1 Fasa (single phase) : 240volts 50Hz b. Bekalan 3 Fasa (three phase) : 415volts 50Hz

3. Usahawan TIDAK DIBENARKAN untuk membuat sebarang bentuk penyambungan kelengkapan elektrik di ruang jualan.

4. Urus Setia Teknikal berhak memotong bekalan elektrik penyambungan (yang tidak diluluskan).

5. Bekalan elektrik untuk ruang niaga akan ditutup 30 minit selepas urus niaga tamat pada setiap hari (bermula 10.30 malam).

6. Usahawan dinasihatkan supaya merujuk kepada Urus setia Teknikal bagi menguji terlebih dahulu peralatan atau mesin yang hendak digunakan bagi mengelakkan sebarang gangguan elektrik di ruang jualan.

7. Usahawan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa jua tuntutan berkaitan gangguan tersebut oleh mana-mana pihak berkaitan.

8. Usahawan adalah tidak dibenarkan untuk memasang lampu tambahan tanpa kebenaran urus setia jualan.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 30

Lampiran 11: SYARAT- SYARAT PEMATUHAN SOP DALAM TEMPOH PENULARAN COVID-19

Syarat Pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP)

1. Syarat-syarat pelaksanaan Hari Kraf Kebangsaan 2021 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang merangkumi aktiviti jualan dan pameran seperti berikut :

1.1 Waktu Perniagaan / Operasi a) Waktu Beroperasi : 9.30 pagi hingga 6.00 petang (Isnin – Khamis) dan 9.30 pagi hingga 8.00 malam (Jumaat – Ahad); b) Waktu Kehadiran Pelanggan : 10.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin – Khamis) dan 10.00 pagi hingga 8.00 malam (Jumaat – Ahad).

1.2 Kapasiti Peniaga / Pengunjung / Staf / Pekerja Syarikat / Kontraktor a) Peniaga : Terhad kepada 2 orang setiap gerai; b) Pengunjung : Bilangan kapasiti yang dibenarkan dalam khemah pada satu-satu masa adalah seperti berikut: i. Khemah B : 50 - 70 orang ii. Khemah C : 50-100 orang iii. Aras Bawah Seri Anjung dan Seri Cipta : 250 orang c) Staf : 100% kehadiran; dan d) Pekerja Syarikat/Kontraktor: 100% kehadiran.

1.3 Lokasi a) Di dalam kawasan Kompleks Kraf Kuala Lumpur; b) Ruang tempat letak kereta dan van shuttle disediakan bagi kemudahan pengunjung; dan c) Laluan masuk dan keluar bagi setiap khemah dan kawasan jualan adalah berbeza.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 31

1.4 Kedudukan Lot Jualan a) Jarak sosial minimum 6 kaki (± 1 meter) antara gerai; b) Memenuhi syarat saiz petak yang telah ditetapkan seperti berikut: i. Gerai Makanan dan Minuman – Saiz petak dan Gerai : 8’ x 8’ dan 6’ x 4’ ii. Lot Jualan – Saiz maksimum ialah 10’ x 10’ sahaja dibenarkan

1.5 Kawalan keselamatan, lalu lintas dan pembersihan a) Kawalan oleh syarikat keselamatan yang telah dilantik dan akan dibantu oleh RELA (jika diperlukan); b) Kawalan akan diberi tumpuan kepada laluan masuk dan laluan keluar serta perimeter; c) Pembersihan di kawasan luar promosi jualan dan disinfeksi peralatan akan dilakukan setiap hari; d) Proses pembersihan dan disinfeksi di kawasan umum (common area) akan dilakukan tiga (3) kali sehari; dan e) Hand sanitiser akan disediakan di kawasan umum untuk kemudahan pengunjung, peniaga, staf dan pekerja syarikat/kontraktor di dalam kawasan promosi.

1.6 Kawalan kemasukan pengunjung a) Setiap pengunjung DIWAJIBKAN membuat saringan suhu badan, menggunakan hand sanitiser dan menggunakan face mask; b) Pengunjung yang bersuhu badan melebihi 37.5⁰ C DILARANG sama sekali memasuki kawasan promosi; c) Pengunjung DIMESTIKAN memuat turun dan mendaftar dalam aplikasi MY Sejahtera dan menulis buku pendaftaran bagi tujuan ‘contact tracing’;

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 32

d) Pengunjung MESTILAH tidak terlibat sebagai PUS (Patient Under Surveillance) dan PUI (Patient Under Investigation) atau perintah kuarantin; e) Pengunjung diwajibkan memakai Face Mask, mana- mana pengunjung yang tidak mematuhi peraturan ini adalah tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan promosi; f) Pengunjung yang melepasi saringan kesihatan ini akan diberikan pelekat (sticker) khas mengikut nombor giliran bagi tujuan pemantauan dan dikehendaki memakainya sepanjang berada di kawasan promosi jualan; g) Tempat beratur sebelum memasuki kawasan jualan ditanda dengan jarak 1 meter antara satu sama lain; h) Digalakkan berurus niaga secara cashless;dan i) Pergerakan dalam kawasan promosi mestilah terkawal secara sehala sahaja. Laluan pintu masuk dan keluar yang berbeza.

1.7 Kawalan Pematuhan Pengoperasian oleh Peniaga, Pembantu, Staf dan Pekerja Syarikat / Kontraktor a) DIWAJIBKAN memakai Face Mask dan digalakkan memakai Face Shield sepanjang masa; b) Peniaga makanan dan minuman mestilah memakai sarung tangan, Face Mask, Face Shield dan apron pakai buang; c) Peniaga, pembantu, staf dan pekerja syarikat/kontraktor yang mempunyai gejala batuk dan selsema tidak dibenarkan menjalankan perniagaan atau bertugas pada hari tersebut; d) Peniaga, pembantu, staf dan pekerja syarikat/kontraktor yang mempunyai bersuhu badan melebihi 37.5⁰ C DILARANG sama sekali memasuki kawasan promosi;

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 33

e) Setiap gerai hendaklah menyediakan hand sanitiser, bagi tujuan kebersihan diri dan ‘contact tracing’; f) Semua peniaga, pembantu, staf dan pekerja syarikat/kontraktor dikehendaki sentiasa mengamalkan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitiser, mengamalkan etika bersin dan batuk secara berhemah dan membuang sampah seperti tisu dan topeng muka (face mask) terpakai di tong sampah bertutup yang disediakan; g) Semua peniaga, pembantu, staf dan pekerja syarikat/kontraktor adalah tidak dibenarkan untuk berhimpun atau berkumpul semasa berada di kawasan promosi; h) Penjualan makanan dan minuman adalah digalakkan dalam bentuk berbungkus atau take away; i) Peniaga/Penganjur perlu memastikan pelanggan di setiap gerai mematuhi penjarakan sosial 1 meter antara satu sama lain; dan j) Menggalakkan pengunjung memakai penutup mulut dan hidung (face mask) semasa berurusan jual beli di kawasan promosi.

1.8 Tindakan Oleh Penganjur a) Akan menyediakan Pelan Lokasi yang mengandungi maklumat susun atur khemah, tanda jarak dan tanda arah; b) Menentukan bilangan petak yang terlibat dalam operasi pelaksanaan promosi jualan; c) Menyediakan peralatan yang diperlukan mencukupi bagi memastikan SOP ini dipatuhi; d) Setiap 30 minit mobile announcer akan berjalan di dalam kawasan promosi bagi memberi peringatan kepada pengunjung tentang pematuhan SOP; e) Pengumuman peringatan mengenai penjarakan sosial dan kebersihan diri akan dibuat setiap satu jam sekali melalui sistem pembesar suara; dan Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 34

f) Papan tanda dan poster berkenaan kawalan keselamatan dan infeksi akan diletakkan di setiap kawasan umum di dalam promosi ini.

Nota : Tertakluk kepada perubahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 35

Lampiran 12 : URUSAN KESELAMATAN

1. Kemudahan pengawal keselamatan disediakan di WWA2021.

2. Urusan pemunggahan masuk / keluar produk jualan hendaklah dibuat sepertimana merujuk kepada Jadual Penyertaan WWA2021.

3. Usahawan dibenarkan untuk berada di ruang jualan 30 minit awal sebelum waktu peniagaan yang ditetapkan. Manakala usahawan kraf dilarang sama sekali berada di ruang jualan dan kawasan sekitar 30 minit selepas waktu perniagaan tamat setiap hari.

4. Usahawan TIDAK dibenarkan meninggalkan apa-apa barang peribadi atau produk berharga di lot jualan setelah waktu perniagaan tamat.

5. Usahawan hendaklah mendaftarkan nombor pendaftaran kenderaan dan meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak Urus setia WWA2021.

6. Usahawan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan diri sendiri atau pembantu jualan, produk jualan, kenderaan dan barangan peribadi di sepanjang tempoh WWA2021. Kraftangan Malaysia TIDAK bertanggjungjawab ke atas kehilangan, kerosakan atau kecurian yang berlaku.

7. Usahawan adalah bertanggungjawab atas urusan kesihatan (termasuk pembantu jualan) serta kos yang terlibat semasa rawatan. Namun begitu, bilik kecemasan dan khidmat paramedik untuk rawatan awal disediakan.

8. Usahawan hendaklah cepat melaporkan sebarang kehilangan dan kecurian kepada pihak Kraftangan Malaysia bagi tindakan selanjutnya.

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 36

Lampiran 13 : URUSAN KEBERSIHAN

1. Usahawan adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan terutama di sekitar lot jualan.

2. Urusan pemunggahan produk jualan, kotak atau plastik pembungkusan produk hendaklah disimpan dengan kemas dan teratur dan di bawah tanggungjawab usahawan sepenuhnya.

3. Usahawan DILARANG membawa makanan dan minuman di kawasan jualan. Urusan makan dan minum hendaklah di kawasan tempat makan (food area) yang telah ditetapkan.

4. Usahawan DILARANG merokok di dalam lot jualan.

***************************************************************************

Syarat-syarat dan manual penyertaan tersebut adalah benar semasa cetakan. Sebarang perubahan dan pembetulan adalah tertakluk kepada perubahan-perubahan yang ditentukan oleh pihak Kraftangan Malaysia.

URUS SETIA JUALAN @ WWA 2021 KRAFTANGAN MALAYSIA KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR SEKSYEN 63, JALAN CONLAY, 50450 KUALA LUMPUR, MALAYSIA

NOMBOR DAN NAMA PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI TEL : 03 – 2162 7459 / FAKS : 03 – 2161 1501

❖ PUAN YUSHAJIMAH BINTI MISMAN ❖ PUAN SITI NOR HAIZAN BINTI MOHD. ZAKI

Manual & Syarat Penyertaan WWA 2021 37