GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 10 issue 8 (65 – 71) 65 Themed issue on tourism in new development dimension © 2014, ISSN 2180-2491 Mengurus pelancongan sempadan Malaysia-Thailand: Kesepaduan atau konflik Habibah Ahmad 1, Hamzah Jusoh 1, Er Ah Choy 1, Amriah Buang 1, Sivapalan Selvadurai 1, 1 2 1 Nur Farahin Zainuddin , Mohd Kamarulnizam Abdullah , Sri Winarni Samsir 1Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia Correspondence: Habibah Ahmad (email:
[email protected]) Abstrak Pelancongan sempadan semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak pemegang taruh dalam arena pengurusan sempadan antarabangsa. Sempadan Malaysia-Thailand, yang merangkumi kawasan Padang Besar/ Perlis-Padang Besar/ Wilayah Songkhla sehinggalah ke Rantau Panjang/ Kelantan-Daerah Sungai Kolok/ Wilayah Narathiwat memiliki pelbagai tarikan dan produk pelancongan seperti bandar membeli-belah sempadan yang teratur dengan tarikan premis berskala kecil dan perkhidmatan pelancongan yang informal. Pelancongan sempadan juga dilengkapi dengan struktur pembekal pelancongan yang kompleks, yang menimbulkan konflik antara keperluan dan minat pelancong. Keadaan ini telah merumitkan pembentukan imej pelancongan sempadan, dan memberikan cabaran yang besar kepada perlaksanaan pengurusan pelancongan sempadan. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah kesepaduan dan konflik yang wujud dalam isu-isu pelancongan sempadan Malaysia- Thailand. Berdasarkan kajian awal yang menggunakan gabungan data sekunder dan primer daripada kajian lapangan, dalam tempoh Disember 2012 hingga April 2013, kajian ini mendapati salah satu isu konflik adalah imej pelancongan sempadan yang tidak jelas yang dikongsi bersama pembekal pelancongan serta kurangnya pemahaman pelancongan sempadan dalam kalangan pihak yang berkepentingan.