K A N D U N G A N

PEMASYHURAN OLEH TUAN YANG DI-PERTUA (Halaman 1)

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 14)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2003 (Halaman 15)

USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 34)

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2003

DR.24.6.2003 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu) “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas) Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. , S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P., D.P.M.S. (Labis) “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. , S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput) “ Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Dr. , S.P.M.P., D.G.P.N., D.P.C.M. (Beruas) “ Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar anak Irok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit) “ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri , S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar) “ Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) “ Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Seri , P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei) “ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi) “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.I.S., B.S.I., S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh) “ Menteri Kesihatan, Datuk , D.I.M.P., S.I.M.P., S.M.J., P.I.S. (Bakri) " Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman, S.I.M.P., D.S.A.P., D.I.M.P. (Paya Besar) " Menteri Penerangan, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Kuantan) “ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu) “ Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. , D.M.S.M. (Selandar) “ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri , D.P.M.P. (Pontian)

ii DR.24.6.2003

Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh) “ Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Haji Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar) “ Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Hishammuddin bin Tun Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara) “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri (Kinabalu) “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu) “ Menteri Pertanian, Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi, S.I.M.P., P.G.B.K., D.P.M.S., J.S.M., J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Kuala Rajang) “ Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato’ Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.G.P.N., D.I.M.P. (Lembah Pantai) “ Menteri Kewangan Kedua, Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P. (Rompin) “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Haji Muhamad bin Abdullah, P.J.N., D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran) “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai) “ Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol) “ Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. , P.G.D.K., J.B.S. (Mukah) “ Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Suleiman bin Mohamed D.P.M.S., S.S.S.A. (Titiwangsa) “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk , P.G.B.K. (Miri) “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Kerk Choo Ting, D.P.M.P., D.G.P.N. (Taiping) “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ , D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang) " Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J. (Segamat) " Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Semporna) “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Douglas Uggah Embas, P.G.B..K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong) “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat) “ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Chor Chee Heung, D.S.D.K., A.M.N., J.P. (Alor Setar) “ Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak) “ Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor) DR.24.6.2003 iii

Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya) “ Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak) “ Timbalan Menteri Pertanian, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor) “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Zainal bin Dahalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bernam) “ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai) “ Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato’ Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut) “ Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Mohamed Khaled bin Haji Nordin, D.S.P.N., P.I.S. (Johor Bahru) “ Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah Aman (Beaufort) “ Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong (Segambut) “ Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading) " Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen (Raub) “ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing) " Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato’ Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin) “ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hajah Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik) “ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Dato’ Ir. Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru)

iv DR.24.6.2003

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan S. G. Sothinathan (Telok Kemang) Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Robia binti Dato’ Kosai (Muar) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B., (Santubong) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani) " Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Fu Ah Kiow, D.I.M.P. (Mentakab) " Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun) “ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang) " Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Batu Berendam) “ Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, D.S.S.S.M.T. (Marang) “ Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman, P.J.N. (Sungai Benut) “ Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Kangar) “ Dato’ Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N. (Pulai) “ Tuan Abd. Rahman bin Yusof (Kemaman) “ Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, S.P.M.J., S.P.M.T., S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C., D.P. (Kota Samarahan) “ Dato’ Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang) “ Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M., K.M.N., D.C.S.M. (Alor Gajah) “ Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun) “ Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok) “ Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, D.S.A.P. (Larut) “ Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit) “ Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh) “ Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis) “ Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu) “ Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, D.P.M.S., A.S.A. (Hulu Langat) DR.24.6.2003 v

Yang Berhormat Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang) “ Datuk Bung Moktar bin Radin, P.G.D.K., A.D.K., A.S.D.K. (Kinabatangan) “ Tuan Chang See Ten, P.I.S. (Gelang Patah) “ Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu) “ Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara) “ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) “ Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) “ Tun Dato’ , D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S.A.P. (Merbok) “ Fong Kui Lun (Bukit Bintang) " Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) " Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal) " Dato Goh Siow Huat (Rasah) “ Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P., S.M.S. (Parit Buntar) “ Tuan Hassan bin Mohamed (Besut) “ Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas) “ Tan Sri Dato’ Hew See Tong, P.S.M., D.P.M.P., J.P. (Kampar) “ Dato’ Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (Ipoh Barat) “ Tuan Hoo Seong Chang (Kluang) “ Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian) “ Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas) “ Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram) “ Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong) “ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu) “ Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman) “ Tuan Joseph Mauh anak Ikeh (Selangau) “ Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau) “ Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau) “ Datuk Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran) “ Dato’ Kamarudin bin Jaffar, B.C.M., D.S.N.S. (Tumpat) “ Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka) “ Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang) “ Tuan Kong Cho Ha (Lumut) “ Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan) “ Tuan Lee Kah Choon (Jelutong) “ Tuan Liew Teck Chan (Gaya)

vi DR.24.6.2003

Yang Berhormat Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai) " Tuan Lim Hock Seng (Bagan) " Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong) " Dato’ Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim) " Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan) " Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) “ Datuk Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Arau) “ Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit) “ Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau) “ Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading) " Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala Kedah) “ Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai) “ Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala Selangor) “ Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N., P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau) “ Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa) “ Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli) “ Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said, P.G.D.K. (Kota Belud) “ Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh) “ Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Machang) “ Dato’ Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K., P.J.M. (Balik Pulau) “ Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam) “ Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus) “ Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat) “ Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu Terengganu) “ Dato' Mustafa bin Ali, D.P.M.T. (Dungun) “ Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah) “ Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan) “ Tuan Ng Lip Yong (Batu) “ Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A. (Papar) “ Dato’ Othman bin Abdul (Pendang) " Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N., P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok) “ Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang) " Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar) " Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam) DR.24.6.2003 vii

Yang Berhormat Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota Bharu) “ Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang) “ Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian) “ Datuk Robert Lau Hoi Chew, J.B.S. (Sibu) “ Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran) “ Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S. (Parit Sulong) “ Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah) “ Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin, D.S.S.A (Sepang) “ Dato’ Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik) “ Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin) “ Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau) " Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.I.S. (Batu Pahat) “ Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.S.D.K. (Labuan) “ Puan Sukinam Domo (Batang Sadong) “ Tan Sri Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.I.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya) “ Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu) “ Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling) “ Tuan Tan Kok Wai (Cheras) “ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) “ Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A (Kelang) “ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) “ Tuan Thong Fah Chong (Ipoh Timur) “ Tan Sri Dato’ Dr. Ting Chew Peh, P.S.M., D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng) “ Dato’ Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. (Bintulu) " Dato’ Tiong Thai King (Lanang) Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh) “ Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., J.B.S., P.B.S. (Batang Lupar) " Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok) " Tuan Wilfred Madius Tangau, J.S.M., J.P., A.D.K. (Tuaran) " Dato’ Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang) “ Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru) “ Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang) “ Tan Sri Hajah Zaleha binti Ismail, P.S.M., S.S.S.A., D.P.M.S., S.M.S., K.M.N. (Gombak) “ Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap) “ Dato’ Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju)

viii DR.24.6.2003

MENTERI/TIMBALAN MENTERI (SENATOR)

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin, K.M.N., P.A.T., D.P.M.P., J.S.M., P.J.N. “ Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk , P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia “ Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, K.M.N., D.S.D.K., D.I.M.P., D.S.A.P., P.J.N. “ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. " Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Kayveas, P.J.N. " Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin, P.J.N., J.M.N., S.M.S., A.M.K.

DR.24.6.2003 ix

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah Zamani bin Haji Sulaiman

Penolong Setiausaha Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI JURUBAHASA SERENTAK Azhari bin Hamzah Hajah Paizah binti Haji Salehuddin Monarita binti Mohd. Hassan Mazidah binti Mohamed Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Hajah Supiah binti Dewak Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani BENTARA MESYUARAT Zaiton binti Yaacob Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus Abd. Talip bin Hasim Mejar (B) Zakaria bin Salleh Jamilah Intan binti Haji Bohari Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah Syed Azuddin bin Syed Othman Nurziana binti Ismail Taharah binti Mohamed PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN Nik Elyana binti Ahyat KOMPUTER Marzila binti Muslim Mohd Shah bin Rahman Habibunisah Mohd. Azir Sulaiman bin Sirad Sherliza Maya binti Talkah Azzahar bin Hashim Mohd. Izhar bin Hashim PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PERUNDANGAN Mohd. Shariff bin Hussein Kamaroddin bin Mohd. Yusof Azmi bin Othman Mohamed Shahrizan Sarif Zafniza binti Zakaria Alias bin Mohd. Nor Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Mazlina binti Ali Norlaila binti Abdullah Sidi Ropiah binti Tambi Suhairi bin Othman

DR.24.6.2003 1

MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 24 Jun 2003 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Mesyuarat]

PEMASYHURAN OLEH TUAN YANG DI-PERTUA

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, dimaklumkan bahawa mengikut Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan, Bahawa Datuk Song Swee Guan telah pun menghantar suratnya bertarikh 19 Jun 2003 yang dihantar kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, bahawa beliau telah pun meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen kawasan Bandar Kuching. Oleh yang demikian, beliau tidaklah lagi menjadi Ahli Dewan Rakyat semenjak 19 Jun 2003. Terima kasih.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang] minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan kaedah yang dirancang bagi mengawal keselamatan alam sekitar kesan bahan dioksin yang terhasil daripada projek pelupusan sampah insinerator yang akan didirikan di Broga. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Dato’ Zainal bin Dahalan]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Bagi menjawab pertanyaan dari Ahli Yang Berhormat bagi Sepang, seperti yang kita semua telah maklum, bahawa loji insinerator yang akan didirikan di Broga akan mengguna pakai teknologi yang terkini yang dikenali sebagai, dengan izin, gasification and ash-melting system. Teknologi insinerator ini adalah bersih dan selamat kerana dapat mengawal kadar dioksin yang terhasil dan mampu mematuhi piawaian alam sekitar yang ketat. Kawalan ke atas penghasilan dioksin dilakukan melalui operasi pembakaran yang dilaksanakan dalam keadaan yang terkawal dan pemasangan alat kawalan pencemaran udara. Gas-gas pembakaran yang terhasil dari proses pembakaran tidak lengkap dalam relau pertama, akan dibakar dengan lengkap dalam relau peleburan abu yang beroperasi pada suhu tinggi, di sekitar 1,300 darjah selsius selama dua saat, di mana dioksin yang terbentuk semasa proses pembakaran akan dimusnahkan. Dioksin yang terhasil dalam proses pembakaran ini, jika ada seterusnya akan diperangkap dalam alat penapis dan akan dirawat dengan menggunakan kimia pemangkin seperti kerbon teraktif. Residue pepejal dari proses pembakaran seperti habuk dan abu terbang, akan dileburkan dalam relau peleburan yang sama dan ditukarkan menjadi satu bahan yang stabil iaitu slag dan seterusnya dilupuskan ketapak pelupusan yang selamat. Kepekatan maksimum gas dioksin yang dibebaskan oleh loji insinerator, dijangka adalah jauh di bawah had yang diterima pakai di peringkat antarabangsa seperti Kesatuan Eropah, iaitu 0.1 nanogram bagi setiap meter padu gas yang mana turut digunapakai di negara ini.

2 DR.24.6.2003

Antara syarat kelulusan EIA yang akan dikenakan ialah pemasangan alat kawalan pencemaran udara bagi menghadapi sebarang keadaan yang berkemungkinan akan berlaku, pengawasan pelepasan pencemar-pencemar melalui cerobong secara berterusan dan percontohan paras dioksin di sekitar tapak projek bagi memantau tahap pendedahan dioksin sebelum semasa dan selepas projek beroperasi. Terima kasih. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan. Dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, maka tidak benarlah wujudnya dakwaan yang mengatakan bahawa tidak dapat pengesahan status rasmi laporan kesan alam sekitar (EIA), mahupun laporan kesan alam sekitar terperinci sebelum projek ini diluluskan bagi memastikan keselamatan yang diperakui. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah kedudukan projek ini setakat ini serta reaksi masyarakat tempatan tentang penerimaan projek pelupusan sampah ini? Terima kasih. Dato’ Zainal bin Dahalan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Sepang. Untuk makluman, bahawa mesyuarat Penal Pengulas EIA bagi mengulas terms of reference, cadangan projek telah diadakan pada bulan April tahun ini di mana pemaju projek iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diminta supaya mengemukakan revised TOR kepada pihak Jabatan Alam Sekitar sebelum bulan Mei tahun ini dengan mengambil kira ulasan dan isu-isu yang telah dibangkitkan semasa mesyuarat. Revised TOR berkenaan telah pun diterima pada 16 Jun 2003 dan sedang disemak. Seperti yang kita maklum, pelbagai reaksi yang telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak berhubung dengan keputusan kerajaan untuk mengadakan pembinaan sebuah insinerator di kawasan Broga. Sehingga 23 Jun 2003, Jabatan Alam Sekitar telah menerima sebanyak 50 ulasan pihak awam yang terdiri daripada 44 ulasan individu dan ulasan daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Sahabat Alam Malaysia, The Stock Semenyih/Broga Incinerator Pro-tem Action Committee, Penduduk Kampung Baru Broga dan penduduk Broga. Ulasan-ulasan awam tersebut telah dikemukakan kepada pemaju projek untuk tindakan susulan pada 30 April 2003, 21 Mei 2003 dan 26 Mei 2003. Laporan kajian EIA yang terperinci, cadangan projek terma treatment plan masih belum dikemukakan kepada JAS, pemaju projek menjangka laporan kajian EIA akan dikemukakan pada akhir bulan Jun 2003 ini. Terima kasih. Dr. James Dawos Mamit: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan teknikal itu tadi. Setiap aktiviti manusia, kalaulah kita membuat pembangunan termasuk pembakaran terbuka, memang menghasilkan dioksin. Kalau kita tebang pokok umpamanya dan pokok itu dibiarkan buruk di situ sahaja mengeluarkan dioksin juga. Apa yang kita bimbangkan sekarang adalah aktiviti pembakaran terbuka yang menghasilkan lebih banyak lagi kandungan oksid di dalam atmosfera. Soalan tambahan saya ialah, bagaimanakah kementerian mengawal pembakaran terbuka yang menghasilkan kandungan dioksin yang amat tinggi ini? Dato’ Zainal bin Dahalan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, mungkin soalan ini sudah agak terkeluar sedikit. Walau bagaimanapun, seperti yang kita sedia maklum, seperti yang telah disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Mambong bahawa dioksin memang boleh terhasil bukan sahaja daripada kesan pembakaran melalui insinerator tetapi juga boleh terhasil dari proses yang berlaku secara semula jadi, seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan, dan proses industri yang menghasilkan dioksin seperti smelting, pelunturan palpa kertas, pembuatan racun makhluk perosak dan sebagainya. Dalam hal ini, sebenarnya pelbagai langkah yang telah pun dijalankan oleh kementerian untuk memberi nasihat terutama sekali kepada orang ramai supaya mengelakkan pembakaran terbuka khususnya di musim-musim kemarau dan berkaitan DR.24.6.2003 3 dengan jerebu yang sedikit sebanyak berlaku pada masa ini adalah ekoran daripada kesan pembakaran hutan yang telah dapat dikesan berlaku di kawasan di Sumatra khususnya dan ini pun telah banyak kali dibincang di antara pihak Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Indonesia untuk mewujudkan satu kerjasama bagi mengawal masalah pembakaran terbuka yang berlaku yang kesannya menjejaskan kedudukan indeks pencemaran udara di negara kita ini. Terima kasih.

2. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta Perdana Menteri menyatakan apakah sikap dan pandangan kerajaan terhadap Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) yang dilihat menjadi lidah PAS dan lebih kepada “percanggahan” bukan kepada “penyatuan” umat Islam di negara ini. Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan merasa dukacita dan meragui terhadap Persatuan Ulamak Malaysia. Pertubuhan ini telah banyak dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu sehingga tujuan untuk memberi bimbingan kepada masyarakat Islam serta membantu usaha-usaha menyatupadukan ummah telah terabai. Persatuan telah terheret di dalam perjuangan sebuah parti politik iaitu PAS, umat Islam menjadi lebih bercelaru dan saya bersetuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat bahawa ia telah banyak membawa percanggahan dan bukannya membantu perpaduan di kalangan ummah. Terima kasih. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Ulama yang sebenarnya mestilah mempunyai peribadi dan sifat-sifat yang terpuji, mahmudah dan tidak bersifat sebaliknya, sifat-sifat keji mazmumah seperti takbur, ujub, riak, sombong dan bongkak. Ulama sebenarnya tidak memuji diri sendiri dan tidak akan menghina atau merendah-rendahkan orang lain. Seorang Ahli Pembangkang: Soalan! Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Soalanlah, hendak masuk soalanlah. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Persatuan Ulama tidak memuji diri sendiri dan tidak menghina orang lain, tetapi PUM menghina ulama dalam kerajaan seperti mereka mengatakan ulama terompah kayu, ulama dalam semak, ulama tidak berkelayakan, ulama yang tidak berilmu, ulama penyambung lidah syaitan dan dajal, tetapi yang hairan, yang hairan, Tuan Yang di-Pertua, yang hairan, PUM tidak pula bersikap yang sebenarnya kerana dia pula menyokong semua kenyataan Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan. Kenyataan-kenyataan Nik Aziz seperti Tuhan mencarut, Tuhan samseng, ulama barua, …. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, soalan Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Undi PAS masuk syurga, dak saya hendak bayangkan macam mana PUM ini sebenarnya, macam mana sikap dia ya, kalau Nabi Muhammad hidup duduk di Kelantan, kenapa PUM tidak menentang ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, persoalannya Yang Berhormat. Seorang Ahli: Barua itu biasa. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Kemudian dahulu sedikit hari dahulu ada penulis yang difikirkan oleh Persatuan Ulama salah, mereka hantar memorandum kepada Sultan dan Raja-Raja tetapi kenyataan Nik Aziz ini tidak pula dia hendak hantar memorandum kepada Raja-Raja.

4 DR.24.6.2003

Ulama seperti ini, yang membuat kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan akidah Islamiah yang sebenarnya, PUM jelas … Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya, soalan, soalan. [Ketawa] PUM jelas sebenarnya menjadi tunggangan kepada PAS, saya bimbang kalau PUM membenarkan dirinya ditonggang oleh PAS, ada nanti orang kata PUM ini ialah ‘persatuan unta Malaysia’. [Ketawa] Tak, ini saya bimbanglah, saya bimbang kalau dia terus jadi tunggangan. Itu sebab kita mahu PUM …… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Persoalannya Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: …… melepaskan diri daripada pegangan politik, soalannya, soalan, ini sampai soalan terus, saya sampaikan hajat kawan-kawan PAS hendak kata soalan, soalannya ialah apakah PUM ini telah menyeleweng daripada asal usul penubuhannya, apakah ia telah lari daripada objektif kehendak asal penubuhannya, saya minta Setiausaha Parlimen menjelaskan dengan sejelas-jelasnya, biar ambil setengah jam supaya pihak-pihak ini faham bagaimana kedudukan sebenarnya, biar dia puas hati lepas itu dia tahu bahawa perjuangan UMNO adalah perjuangan yang betul, yang patut pula PUM sokong, bukan PAS. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Hah, cukuplah Yang Berhormat. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Sri Gading. Hampir 50% daripada yang saya hendak jawab telah terjawab tadi sebenarnya. Walau bagaimanapun, bila Ahli Yang Berhormat bertanya mengenai sama ada PUM ini telah pun lari daripada asal penubuhannya, kita harus merujuk Perlembagaan PUM ini. PUM ini ditubuhkan pada Disember 1974 di bawah Akta Pertubuhan 1966. Kita lihat Fasal 3(1) sebagai contoh. Tujuannya, ialah untuk menyatukan ulama dalam harakah Islamiah dan menggemblengkan tenaga mereka untuk menegakkan syariat Islam dan mempertahankan kebenaran dan kemurnian ajarannya. Daripada tujuan tersebut, kita lihat di manakah pendirian PUM ini, waktu mereka sepatutnya mempertahankan kebenaran dan juga kemurnian ajaran Islam, seperti mana yang telah dinyatakan tadi, apabila ulama PAS menyatakan Tuhan mencarut hanya semata-mata untuk menjustifikasikan penulisan buku “Shit” yang menjijikkan yang ditulis oleh ahli seumur hidup PAS, iaitu Ahli Yang Berhormat bagi Sik, menang pun mungkin sebab itulah agaknya. Kemudian bila ulama mengatakan boleh berkawan dengan syaitan, untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya, mengkafirkan sesama Islam, malah apabila Mursyidulam PAS menyatakan Tuhan samseng, PUM bukan sahaja menyokong tetapi memberi gelaran pula itu, gelaran ulama rabbani kepada Mursyidulam PAS. Memorandum kepada Raja-Raja seperti mana yang dinyatakan tadi, tidak disentuh langsung apa perbuatan dan juga kata-kata yang menyeleweng yang dikeluarkan oleh ulama-ulama PAS, hanya yang dinampak di dalam memorandum tersebut ialah penulis- penulis biasa dan kesilapan daripada pihak kerajaan. Begitu juga kalau kita melihat dalam Fasal 3(2) Perlembagaan PUM ini ialah bertujuan untuk meninggikan kedudukan dan taraf ulama di dalam masyarakat. Sekali lagi kita lihat PUM tidak menjalankan amanah dalam Perlembagaannya apabila ulama PAS menggunakan istilah-istilah seperti yang dinyatakan tadi, ulama terompah kayu, ulama barua dan sebagainya yang sudah tentu menjatuhkan martabat dan kedudukan ulama. DR.24.6.2003 5

Sepatutnya, PUM tampil ke hadapan untuk membantah kenyataan-kenyataan ulama PAS ini, tetapi mereka membisu seribu bahasa kerana yang bercakap itu adalah daripada puak mereka. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa PUM sekarang ini telah lari daripada tujuan asalnya dan telah menjadi unta tunggangan kepada PAS. Kita hanya ingin menasihatkan kepada pemimpin PUM supaya jangan heret PUM dalam kancah politik kepartian, kalau hendak jadi ahli politik, jangan jadi pemimpin PUM, jangan jadikan PUM sebagai tempat mencari populariti dan bila sudah popular, lompat masuk PAS untuk jadi calon pilihan raya. Terima kasih. Tuan Nasharudin bin Mat Isa: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. soalan tambahan saya semacam ada satu ‘trap’ bila ada sahaja pertubuhan Islam, bila ada sahaja isu yang berkaitan dengan Islam, ianya dikaitkan dengan PAS. [Dewan bising} Bila sahaja ada orang rogol anak dikaitkan dengan UMNO, rasuah dikaitkan dengan UMNO, Islam dikaitkan dengan PAS. Seorang Ahli: Ya, ya. Tuan Nasharudin bin Mat Isa: Soalan saya adalah, PUM ini Persatuan Ulama dikenali sebagai PUM, macam-macam telah kita dengar tuduhan dan juga mungkin tindakan yang akan diambil, saya ingin mendapat penjelasan tentang satu lagi pertubuhan, namanya PAM, Persatuan Al-Quran Malaysia yang telah jelas membuat kenyataan, membuat perhimpunan dengan terang-terang menyebut sikap mereka sebagai antihadis. Tidakkah ada tindakan yang difikirkan untuk diambil kepada kumpulan ini dan mungkin ianya tidak akan diambil kerana ianya ada kaitan dengan UMNO. Seorang Ahli: Persamaan dengan UMNO. Tuan Nasharudin bin Mat Isa: Dan mungkin persamaan juga pendiriannya dengan UMNO yang menolak secara terang-terang hadis Nabi s.a.w. [Tepuk] [Dewan gamat seketika] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: PUM ya. Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat bagi Yan. Kita telah nyatakan tadi bahawa kita sebagai kerajaan akan memantau segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana persatuan termasuklah Persatuan Ulama Malaysia dan juga Persatuan ‘Al-Quran’ Malaysia. Kita pun telah membuat satu keputusan bahawa golongan antihadis ini ialah golongan yang dianggap sebagai ajaran sesat. Ini jelas menunjukkan bahawa kita sebagai umat Islam menerima hadis Rasulullah s.a.w sebagai panduan hidup kita. Seorang Ahli: Ya. Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Yang Berhormat menyatakan tadi setiap kali yang dikait dengan Islam, dikaitkan dengan PAS dan yang mana yang negatif ini, semuanya dikaitkan dengan UMNO. Inilah cara PAS berpolitik. Beberapa Ahli: [Menyampuk] Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Yang mana jahat-jahat ini, ini semuanya firaun- firaun punya watak, ini UMNO. Seorang Ahli: Betul! Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Yang mana bagus-bagus, ini PAS. Sedangkan kita lihat bahawa apa yang PAS laksanakan pada hari ini, ialah satu perkara yang menyeleweng daripada ajaran Islam dan kita lihat soal untuk menitikberatkan kebimbangan kita kepada ulama ini, bukan sahaja zaman sekarang, bukan sahaja di bawah kepimpinan Barisan Nasional. Tetapi, kalau kita lihat dalam kitab ‘Imam Habib Abdullah Khadad’ yang tajuknya ‘Nasihat Agama dan Wawasan Iman’ [Menunjukkan buku yang dimaksudkan] Ini, buku dia tebal ini, Yang Berhormat. Kalau hendak nanti, saya boleh bagi baca. Saya pun baca juga buku-buku macam ini.

6 DR.24.6.2003

Saya hendak nyatakan, izinkan saya baca. Ini, bukan saya cakap, saya hendak baca petikan daripada buku tersebut, di muka surat 114. “Telah berkata Saidina Umar r.a, perkara yang amat aku khuatiri kepada kamu ialah seorang munafik yang bijak berbicara.” Si munafik durjana yang ditakuti oleh Saidina Umar itu ialah orang yang memutarbelitkan makna Al-Quran dan maksud hadis Nabi Muhammad s.a.w., menimbulkan bala dan juga fitnah terhadap kaum Muslimin. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Orang UMNO!! Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudahlah Yang Berhormat. Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Dalam hal ini, Nabi……….[Disampuk] Ini hadis Nabi ini. Kata hendak dengar hadis Nabi. [Dewan gamat seketika] Ini cakap tidak serupa bikin ini. Dengar ini, hadis Nabi ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, teruskan, teruskan. Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Kalau hormat hadis Nabi, tolong diam. Beberapa Ahli Pembangkang: [Membuat bising] [Dewan riuh-rendah] Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Kalau hormat hadis Nabi, tolong diam. Ini hadis Nabi ini. Saya hendak baca ini, hadis Nabi ini Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh-rendah] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Diam ya. Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Tadi, dia kata UMNO seolah-olah tolak hadis Nabi. Ini, terang-terang dalam Dewan yang mulia ini, saya hendak baca hadis, dia tolak. [Dewan riuh-rendah] Beberapa Ahli: Ya!! [Tepuk] Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Siapa yang menolak hadis Nabi ini? Dengar saya hendak baca hadis Nabi ini. Hadis Nabi yang maksudnya…….. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk] Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Memang, ini hadis Nabi ya, Yang Berhormat bagi Pokok Sena ya, bukan saya cakap, ya. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk] Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Kalau terima hadis Nabi, kena terima ini, hadis Nabi ini. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya. Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Baik. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Pokok Sena diam. Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Hadis Nabi, ertinya, “Aku bimbang ke atas kamu, orang-orang yang lebih dahsyat dari dajal. Bila ditanya siapakah mereka itu, jawab Baginda ialah ulama ‘arsub’. Ulama ‘arsub’ yakni ulama yang memutarbelitkan tujuan-tujuan agama yang benar kepada lain”. Oleh itu, kalau kita lihat, ciri-ciri dan perangai ulama ‘arsub’ ini memang ada pun kepada ulama-ulama PAS. Terima kasih. Beberapa Ahli: Ya!! [Tepuk] [Dewan gamat seketika]

DR.24.6.2003 7

3. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun] minta Perdana Menteri menyatakan tidakkah beliau bimbang dengan pencapaian minimum bumiputera dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi di dalam menghadapi cabaran globalisasi masa hadapan.

Perdana Menteri [Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad]: Tuan Yang di-Pertua, sejak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional, banyak kemajuan telah dicapai dalam usaha membangunkan masyarakat bumiputera dalam pelbagai bidang terutama bidang ekonomi, sains dan teknologi. Jika dilihat pencapaian bumiputera dalam bidang ekonomi, pemilikan ekuiti bumiputera terus meningkat dari masa ke semasa iaitu daripada hanya 2.4% pada tahun 1970 kepada 20.6% pada tahun 1995. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh krisis kewangan dan kelembapan ekonomi, pencapaian tersebut merosot kepada 19.1% pada tahun 1999. Di sini ingin saya jelaskan bahawa walaupun peratusan yang ditunjukkan tidak tercapai iaitu 30%, tetapi peratusan peningkatan ekonomi bumiputera adalah lebih daripada bukan bumiputera dan orang asing. Pemilikan modal saham bumiputera meningkat daripada 2.4% pada tahun 1970 kepada 19.1% pada tahun 1999 iaitu hampir lapan kali ganda berbanding dengan bukan bumiputera, daripada 33.6% pada tahun 1970 kepada 40.3%, satu pertiga kali ganda sahaja pada tahun 1999. Dari segi modal pula, oleh kerana ekonomi negara telah tumbuh daripada RM5.329 bilion kepada RM310.026 bilion, peningkatan modal bumiputera naik daripada RM126 milion kepada RM59.394 bilion, iaitu 475 kali ganda. Walaupun dari segi peratusan matlamat tidak tercapai, tetapi pertumbuhan daripada segi modal meningkat dengan cukup tinggi. Kemajuan yang dicapai adalah hasil daripada pelbagai langkah dan program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan termasuk peruntukan saham-saham khas semasa penyenaraian syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur dan peluang-peluang pelaburan yang diwujudkan melalui Jawatankuasa Pelaburan Asing. Di samping itu, kita juga telah berjaya melahirkan ramai usahawan di kalangan bumiputera melalui pelbagai program keusahawanan yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti program vendor, francais, pembiayaan perniagaan, penyediaan premis, perniagaan latihan dan sebagainya. Pelaksanaan program-program penswastaan juga telah memberi peluang yang luas kepada bumiputera untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi. Penubuhan Permodalan Nasional Berhad dan skim-skim saham amanah yang diterajui oleh bumiputera kini telah berjaya menggemblengkan sejumlah modal bernilai kira- kira RM40 bilion melalui lapan skim saham amanah. Walaupun sejak akhir-akhir ini, suasana ekonomi tidak begitu memberangsangkan, dengan kepakaran kumpulan pengurus-pengurus dana di kalangan bumiputera, skim-skim saham amanah di bawah PNB tersebut masih berupaya memberikan pulangan yang menarik. Kejayaan usahawan dan syarikat bumiputera bukan sahaja dapat dilihat dalam negara, malah juga di peringkat global. Tuan Yang di-Pertua, Dasar Pendidikan Negara juga telah membuka peluang yang luas kepada bumiputera dalam bidang pendidikan dan latihan. Kini, kita telah dapat melihat ramai di kalangan bumiputera menjawat jawatan tertinggi dalam pelbagai bidang dalam sektor awam dan swasta. Dalam kategori Pekerjaan Profesional Berdaftar (Registered Professional Occupations), dengan izin, peratusan akauntan telah meningkat daripada 6.8% pada tahun 1970 kepada 18% pada tahun 2002. Manakala jurutera profesional di kalangan bumiputera pula meningkat daripada 7.3% kepada 44% dalam tempoh tersebut. Bagi doktor dan doktor gigi, peratusan bumiputera masing-masing telah meningkat daripada 3.7% dan 3.1% kepada 39% dan 39% dalam tempoh tersebut. Bagi profesion arkitek pula peratusannya meningkat daripada 4.3% kepada 43%. Di kalangan peguam profesional pula menunjukkan peratusan bumiputera bertambah daripada 12.4% pada tahun 1975 kepada 34% pada tahun 2002. Di samping itu kita juga telah berjaya menghasilkan ramai penyelidik, saintis dan ahli teknologi di kalangan bumiputera. Ini adalah satu pencapaian yang amat memberangsangkan dan ianya dicapai melalui usaha gigih kerajaan dalam pelaksanaan pelbagai program yang dinyatakan.

8 DR.24.6.2003

Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun telah banyak kemajuan yang dicapai oleh bumiputera dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, pencapaian tersebut masih lagi belum sampai ke matlamat yang dihasratkan. Kerajaan sedar bahawa pencapaian bumiputera secara umumnya masih lagi rendah di dalam bidang-bidang tersebut yang telah terjejas oleh perkembangan ekonomi yang lembap. Perkembangan ini sememangnya lebih membimbangkan tetapi yang pastinya kita harus sedar bahawa kejayaan tidak hanya bergantung kepada usaha kerajaan semata-mata. Oleh itu amatlah perlu kaum bumiputera sendiri menyahut cabaran. Kaum bumiputera mesti sanggup berusaha dan bekerja lebih keras untuk memperkukuhkan lagi asas yang ada dan meningkatkan daya saing mereka khususnya dalam menghadapi masa depan dan era globalisasi. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah pemimpin yang cukup berpengalaman di peringkat dunia dan tentunya dapat melihat cabaran-cabaran global yang begitu mencabar terutama kepada kaum bumiputera. Saya ingin bertanya daripada sudut budaya ataupun culture. Kaum bumiputera menghadapi dua gelombang. Gelombang pertama adalah gelombang modernization selepas mencapai kemerdekaan yang berteraskan kepada - dengan izin – future-oriented industrialization, dan untuk rationalize, functionalize serta sains dan teknologi. Yang ini….[gangguan sistem rakaman]….secara maksimum. Kemudian kita sekarang berhadapan dengan gelombang yang kedua iaitu ekonomi yang berteraskan kelajuan lebih daripada jet bersandarkan kepada sistem komunikasi canggih, internet, komputer dan sebagainya. Yang ini lagi membuatkan kaum bumiputera lebih jauh lagi daripada level keperluan untuk menghadapi cabaran globalisasi. Jadi apakah langkah yang harus dilakukan oleh kerajaan dan juga masyarakat kaum bumiputera sendiri dan adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan affirmative action yang lain supaya dapat masyarakat bumiputera bersaing di peringkat global. Terima kasih. Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, yang jelas ialah apabila diberi peluang ramai bumiputera yang dapat mencapai kemajuan dan kita yakin kita mengadakan bukan sahaja peluang tetapi juga latihan-latihan dan penerangan tertentu, maka masyarakat bumiputera akan dapat memahami tentang aliran perkembangan ekonomi yang begitu pantas iaitu ‘jet base’ ekonomi. Dan kita yakin juga bahawa jika bumiputera dapat mengubah sedikit budaya mereka, mereka dapat menyesuaikan diri dengan dunia yang berjalan dengan begitu laju. Sudah tentu kita tidak boleh berjalan dengan kelajuan kereta lembu di zaman jet ini. Kalau kita cuma cekap untuk membawa kereta lembu tidak mungkin kita bawa pesawat jet. Sebab itu kita perlu tingkat ilmu yang ada kepada kita, kecekapan yang ada kepada kita dan juga sikap yang ada kepada kita. Dengan itu kita boleh tangani semua masalah yang dibawa kerana globalisasi kerana modernization dan juga perkembangan ekonomi dunia yang begitu pantas.

Dato’ Mustafa bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dalam melihat kepada angka- angka pertambahan yang diberikan oleh beliau, walaupun disebut pertambahan secara komparatifnya antara bumiputera dan bukan bumiputera begitu tinggi over the years tetapi tidakkah beliau sedar bahawa jika ada satu breakdown dibuat tentang ekuiti yang dipegang oleh bumiputera yang disebut, yang diperolehi oleh bumiputera kita lihat bahawa yang dimiliki oleh individu bumiputera terlalu sedikit. Yang selebihnya itu dipegang oleh agensi amanah. Dan ini tidak menggambarkan keupayaan sebenar yang dimiliki oleh individu bumiputera. Soalan saya, berapa lamakah yang dirasakan dan difikirkan oleh kerana Perdana Menteri sendiri antara yang paling lama menjadi Perdana Menteri dan melihat perkembangan-perkembangan ini. Perubahan daripada yang dimiliki oleh agensi amanah ini kepada milikan individu bumiputera dapat dilakukan. Kalau ini dilakukan terus-menerus ia menggambarkan sebenarnya individu bumiputera tidak berupaya ataupun mungkin ada satu kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah sendiri. Di mana individu yang diberikan kemudahan dan sebagainya itu dibuat secara selektif dengan tidak mereka betul-betul DR.24.6.2003 9 berdasarkan kepada persaingan yang sihat di mana bumiputera yang mampu ada yang disisihkan tetapi yang kurang mampu tidak disisih. Jadi soalan saya kepada Yang Amat Berhormat, apakah dengan keadaan yang demikian bumiputera dapat mampu bersaing di dalam era globalisasi di mana affirmative action ini tidak dapat dilakukan sebagaimana yang kita dapat lakukan sekarang ini? Apakah lagi tindakan-tindakan yang di lihat oleh Perdana Menteri dapat kita menghadapinya secara yang lebih sihat yang mampu dapat kita ketengahkan bumiputera ini? Terima kasih. Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya telah jelaskan ramai juga bumiputera yang berjaya walaupun saya akui individu bumiputera yang berjaya agak berkurangan dan kebanyakan dari saham-saham ini dipegang oleh agensi-agensi bumiputera. Di antara individu-individu bumiputera yang berjaya termasuk juga mereka yang sudah menjadi Ahli Dewan Rakyat ini daripada parti PAS yang mana ini menunjuk bahawa kita tidak ada pilih kasih. Kita bagi peluang tetapi kadang-kadang bila kita bagi peluang orang gigit jari kita, tangan kita. Susahlah hendak bagi kali yang kedua. Perkara yang lain yang menyebabkan individu bumiputera tidak begitu berjaya ialah kerana sifat-sifat yang ada kepada mereka. Apabila diberi peluang, mereka jual peluang, apabila diberi kontrak dijual kontrak. Apabila diberi saham bahagian bumiputera dalam syarikat-syarikat dijualnya saham. Jadi sebab itu kerajaan terpaksa menubuh agensi-agensi yang akan mengambil saham-saham ini dan simpan dan memberi peluang kepada bumiputera melabur dalam saham-saham amanah ini dan dengan itu secara tidak langsung pemilikan ini bukanlah oleh agensi sebenarnya tetapi oleh mereka yang membeli saham-saham ini. Dan seperti kita tahu, promosi untuk menjual saham-saham ini diadakan di Kota Bharu. Saya pergi di sana dan ramai juga, Nik Aziz pun datang sama yang berminat untuk membeli. Terima kasih.

4. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob [Sipitang] minta Menteri Kewangan menyatakan pakej rangsangan sebanyak RM7.1 bilion yang diluluskan baru-baru ini:- (a) apakah hasil yang akan diperolehi oleh rakyat dan negara; dan (b) apakah anggaran pertumbuhan yang akan dijana melalui rangsangan ini dan pengaruhnya kepada keyakinan pelabur luar. Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menjawab soalan ini bersama-sama dengan semua soalan mengenai perkara yang sama iaitu daripada Yang Berhormat bagi Sungai Benut dan Yang Berhormat bagi Kubang Kerian pada hari ini; daripada Yang Berhormat bagi Kepong, Bagan, Gaya, Tebrau, Bukit Bintang dan Penampang pada 16 Jun; Yang Berhormat bagi Bagan Datok dan Gaya pada 17 Jun; Yang Berhormat bagi Lanang, Bentong, Cheras, Sibu dan Lipis pada 18 Jun; Yang Berhormat bagi Petaling Jaya Utara, Setiu, Julau dan Kluang pada 19 Jun; Yang Berhormat bagi Sandakan, Kota Bharu dan Kuala Krai pada 23 Jun; Yang Berhormat bagi Batang Sadong, Selangau dan Batu pada 25 Jun serta Yang Berhormat bagi Kampar, Kinabatangan, Kemaman, Cheras dan Lanang pada 26 Jun. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila. Perdana Menteri: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sejak krisis kewangan Asia, ekonomi dunia telah menjadi semakin tidak menentu. Ekonomi dunia yang mula pulih selepas krisis mata wang telah dikejutkan sekali lagi oleh peristiwa serangan 11 September 2001 menyebabkan persekitaran dunia semakin tidak menentu. Keadaan ini diburukkan lagi oleh pencerobohan ketenteraan ke atas Iraq serta merebaknya wabak Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk di beberapa negara termasuk di rantau ini. Semua perkembangan ini telah menjejaskan proses pemulihan ekonomi dunia secara keseluruhannya dan sebahagian besar daripada penganalisis ekonomi meramalkan

10 DR.24.6.2003 pertumbuhan ekonomi negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat dan Jepun akan terus rapuh. Ini seterusnya akan memberi impak negatif ke atas negara lain terutamanya negara membangun. Pakej strategi baru yang diumumkan pada 21 Mei lalu bertujuan mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa sederhana dan panjang. Pakej ini memberi tumpuan untuk meningkatkan kegiatan ekonomi dalam negeri supaya dapat mengurangkan pergantungan ekonomi negara kepada sektor luar. Oleh itu pakej ini memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk menggerakkan semula sektor swasta, terutamanya industri kecil dan sederhana. Mempertingkatkan daya saing negara, membangun punca pertumbuhan baru dan meningkatkan keberkesanan, delivery system. Di samping itu pakej ini turut mengandungi langkah-langkah spesifik bagi membantu institusi-institusi yang terjejas oleh wabak SARS. Langkah-langkah yang telah diumumkan memberi manfaat kepada semua golongan sasaran di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Pakej ini memberi penekanan kepada peniaga dan usahawan kecil yang terlibat di dalam kegiatan pertanian dan bukan pertanian dengan menyediakan Skim Kredit Mikro berjumlah RM1 bilion melalui Bank Pertanian, Bank Simpanan Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia, dengan kadar faedah rendah sebanyak 4% tanpa cagaran dan pinjaman maksimum sebanyak RM20,000. Bagi pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pula, pakej ini juga menyediakan dana tambahan sebanyak RM1.2 bilion di bawah Tabung IKS dan Tabung Usahawan Baru serta TEKUN. Bagi sektor luar bandar, kerajaan menyediakan di bawah pakej ini sebanyak RM300 juta untuk infrastruktur dan delivery system luar bandar termasuk projek-projek seperti pembinaan jeti, pemunggahan ikan, jalan, ladang dan pusat pungutan keluaran pertanian. Bagi nelayan pula, sebanyak 1,000 bot yang dilengkapi dengan peralatan moden akan dibina untuk disewa beli oleh mereka. Di samping itu pakej ini juga menyediakan dana tambahan sebanyak RM1 bilion bagi tabung untuk makanan. Pakej ini juga tidak ketinggalan menyediakan kemudahan kepada ibu tunggal yang menyediakan rumah pangsa untuk disewa beli. Disewa dan diberi peluang untuk mendapatkan pembiayaan melalui Skim Mikro Kredit, terutamanya melalui Skim Amanah Ikhtiar Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bagi mereka yang menganggur terutamanya graduan dan pekerja yang ditawarkan VSS, mereka juga diberi peluang untuk mendapatkan latihan dan latihan semula. Di samping itu, dana sebanyak RM100 juta disediakan di bawah Program ‘Build-Skilling’, dengan izin, dalam bidang terpilih seperti ICT dan perakaunan. Kerajaan amat prihatin terhadap industri pelancongan yang telah terjejas teruk akibat wabak SARS seperti hotel, restoran dan pengangkutan. Bilangan ketibaan pelancong pada bulan Mac 2003 telah merosot lebih 30% kepada 819 ribu orang daripada purata bulanan sebanyak 1.2 juta pada tahun lepas. Bagi membantu mereka yang terjejas, pakej ini menyediakan langkah-langkah untuk membantu mereka mengatasi masalah yang timbul. Pemandu-pemandu teksi, airport limousin dan bas pelancongan juga menikmati sebanyak 50% potongan cukai jalan bagi 6 bulan. Untuk mengurangkan beban kewangan peminjam di sektor ini Bank Negara Malaysia menyediakan special relief guarantee facilities, dengan izin, berjumlah RM1 bilion untuk working capital. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjamin kelancaran perlaksanaan kesemua 90 langkah di bawah pakej ini, Kementerian Kewangan akan membuat pemantauan rapi serta menyelaras kemajuan perlaksanaan oleh setiap kementerian dan agensi serta akan mengemukakan laporan kemajuan kepada Jemaah Menteri setiap dua minggu. Kerajaan yakin pakej ini dapat merangsang kegiatan ekonomi dalam negeri. Sejak dilancarkan pakej ini telah mendapat respons positif terutamanya dari segi keyakinan terhadap ekonomi negara. Keyakinan pelabur juga telah meningkat seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan ketara Indeks Komposit Kuala Lumpur yang telah meningkat daripada 636.96 mata sehari sebelum pengumuman pakej kepada 683.76 mata pada 18 Jun 2003. DR.24.6.2003 11

Dalam bidang perhotelan, secara keseluruhannya penginapan di hotel-hotel juga meningkat. Pada dua minggu pertama bulan Jun 2003, penginapan di hotel-hotel telah meningkat kepada 50.54% berbanding dengan 46.6% pada bulan Mei 2003. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan ingin menegaskan bahawa pakej ini bukanlah bertujuan untuk memancing undi pilihan raya seperti tohmahan pihak pembangkang. Sebaliknya pakej ini adalah merupakan usaha gigih kerajaan untuk terus merangsang dan mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Kita bersyukur ekonomi negara dalam suku pertama tahun ini telah meningkat sebanyak 4% berbanding 1.3% pada suku pertama tahun lepas. Kerajaan yakin dengan terlaksananya pakej ini pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.5% yang dianggarkan bagi tahun ini bukan hanya dapat dicapai malahan mampu mencapai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi. Insya-Allah. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas jawapan daripada Yang Amat Berhormat tadi, soalan tambahan. Memang ada yang menganggap bahawa pakej ini tidak membantu seperti selalunya memang pihak pembangkanglah, dia tidak bersetuju dengan apa yang kita buat tetapi Yang Amat Berhormat selalu mengeluarkan pandangan, kritikan, nasihat dan pendekatan terhadap sesuatu perkara dengan tajam dan keras tetapi berkesan berasaskan fakta dan betul. Contohnya, cara kita menangani krisis ekonomi baru-baru ini adalah dengan acuan kita. Hasilnya terbukti baik untuk negara dan rakyat. Yang terbaru adalah kritikan terhadap bangsa Eropah yang juga merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia. Bagi saya, Yang Amat Berhormat tidak usah bimbang, Yang Amat Berhormat betul. Ia akan memberi kesan positif dan menambah keyakinan antarabangsa terhadap kita. [Tepuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya Yang Berhormat. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Ya, soalannya. Kerana kita serius, bijak dan betul, apakah harapan Yang Amat Berhormat terhadap perkara ini terutama sekali bagi masyarakat antarabangsa dan dalam isu rangsangan ekonomi, apa pula saranan dan cadangan Yang Amat Berhormat terhadap institusi-institusi kerajaan dan swasta ataupun orang perseorangan yang banyak wang dana, bukan aliran tunai, tetapi wang dana simpanan tetapi tidak begitu aktif membantu merangsang ekonomi negara kerana mereka lebih berhati-hati, sedangkan mereka mempunyai kemampuan, kepakaran dan kebolehan dalam perkara ini. Apakah saranan Yang Amat Berhormat? Terima kasih. Perdana Menteri: Terima kasih. Yang pertamanya berkenaan dengan apa yang saya sebut berkenaan bangsa Eropah. Saya sebut ini sebagai fakta sejarah sebenarnya dan tindakan-tindakan yang diambil adalah tindakan oleh kerajaan-kerajaan mereka, bermakna kita menentang polisi mereka. Individu daripada bangsa Eropah, ada yang baik dan ada yang jahat seperti juga individu dalam bangsa-bangsa lain termasuk orang Melayu, ada juga yang jahat, sebelah sana yang…. [Ketawa] [Sorak] Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya. Perdana Menteri: Ya. Jadi, saya tidak khuatir dengan perkara ini. Saya yakin peniaga Eropah tetap tahu keadaan di Malaysia ini adalah stabil dan kos di negara kita ini dikawal. Dan dengan itu, saya yakin mereka akan terus melabur. Kalau mereka tidak melabur sekarang ini, sebabnya ialah oleh kerana iklim pelaburan di seluruh dunia tidak begitu baik. Sebenarnya kalau mereka mengambil kira bangsa yang tidak bersetuju dengan mereka, mereka tidak akan melabur di negara China kerana negara China masih negara komunis dan mereka tidak begitu sayang kepada orang Eropah tetapi banyak betul modal

12 DR.24.6.2003 yang mengalir ke Eropah sehingga ada yang datang dari Malaysia pun pergi ke negara China. Jadi, saya yakin kesan buruk tidak ada, kesan baik ada. Yang keduanya, berkenaan dengan orang dan institusi yang ada banyak wang dan kita telah menggemblengkan dana yang ada ini. Seperti kita semua maklum, sekarang ini dana yang terbesar sekali ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) yang memiliki RM200 bilion. Jadi, untuk melabur RM200 bilion iaitu hampir separuh daripada market capital adalah suatu masalah yang besar kerana tidak ada banyak tempat untuk dilaburkan wang yang begitu banyak. Tetapi mereka tidak dapat melabur kerana kadang-kadang ada juga gangguan- gangguan tertentu. Umpamanya ada orang yang cadang supaya panel pelaburan mereka ditukar, digubal dan diberi kuasa kepada orang lain untuk melabur tetapi kalau ada kuasa pun, peluang pelaburan sudah tidak begitu banyak terutamanya apabila keadaan dalam pasaran saham tidak menentu, maka sukar bagi kita untuk melabur. Sebaliknya, pasaran saham ini kalau ada pelaburan dibuat, maka biasanya pointsnya akan meningkat. Bila tidak ada pelaburan, masa itu dia jatuh. Bila dia jatuh, tidak ada siapa hendak melabur. Jadi, saya syorkan supaya mereka yang ada wang, inilah masanya untuk membeli saham. Biasanya pelabur ini suka beli saham bila saham naik tinggi. Dengan itu, dia punya pelaburan pun mahal. Kalau sesuatu terjadi dan saham jatuh, dia rugi. Orang yang betul-betul cekap melabur, melabur semasa saham berharga murah. Dengan itu, kerana pelaburannya, maka saham itu akan naik harganya dan mereka akan dapat keuntungan. Nasihat saya ialah supaya mereka, individu ataupun institusi yang mempunyai wang, supaya mereka melabur sekarang ini. Pada waktu ini, walaupun sudah meningkat daripada 630 kepada 680 tetapi masih murah. Still underpriced, kata orang. Dia punya aset lebih tinggi daripada value saham mereka. Kalau pelabur melabur sekarang ini, kemungkinan ialah harga saham akan meningkat, bukan sahaja kerana pelaburan tetapi kerana iklim ekonomi negara dan mereka akan dapat keuntungan daripada capital gains. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita nampak daripada sekitar Asia termasuk Hong Kong dan Singapura, Malaysia terletak di kedudukan yang lebih baik. Ditambah pula dengan nilai dolar Amerika yang merosot, ia menguntungkan negara ini. Saya tidak khuatir kalau kita dapat reserve negara asing meningkat kepada RM40 bilion. Tetapi Yang Amat Berhormat dengan kedudukan yang lebih baik daripada negara- negara di sekitar ini, apakah daya pengeluaran dan daya persaingan Malaysia? Adakah ini akan meningkat? Akhirnya, berapa jumlah yang akan berasal daripada KWSP yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat untuk pakej ini? Dalam masa beberapa bulan ini, adakah kerajaan akan mencadangkan untuk mengubah interest rate, kadar faedah untuk negara ini sebab yang saya dengar tadi, Yang Amat Berhormat kata pakej ini bukan untuk pilihan raya. Kalau itulah hakikatnya, apakah dasar sekarang terhadap interest rate? Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, memang pun prestasi Malaysia jauh lebih baik daripada kebanyakan negara-negara lain. Dalam indeks yang dikeluarkan baru- baru ini, Malaysia diletakkan pada tempat yang keempat di seluruh dunia iaitu yang lebih baik daripada Malaysia ialah Amerika Syarikat, Kanada dan sebuah negara lain lagi. Di Asia, sudah tentu Malaysia mendapat tempat yang tertinggi sekali. Kita juga dapati bahawa daya pengeluaran industri Malaysia meningkat. Pelaburan pada hari ini iaitu 2.3% berbanding dengan kemerosotan di kebanyakan di negara-negara Eropah dan Amerika. Ini juga menunjukkan bahawa keadaan di Malaysia jauh lebih baik daripada di negara-negara lain. Berkenaan dengan KWSP, kita mempunyai beberapa skim supaya KWSP dapat pulangan yang lebih daripada semata-mata menyimpankan wang itu dalam Bank Negara kerana kalau disimpan dalam Bank Negara, faedah yang didapati adalah kecil. Sebaliknya kalau dilabur dalam bidang tertentu, KWSP akan dapat pulangan yang lebih. Kita sedang mengatur bagaimana kita boleh menggunakan wang KWSP dalam pembangunan DR.24.6.2003 13 infrastruktur dalam Malaysia. Ini akan memberi pulangan yang lebih tinggi daripada simpanan dalam Bank Negara, tetapi keputusan ini tidak dibuat oleh KWSP sendiri dan Jawatankuasa Pelaburannya. Berkenaan dengan interest rate, kita telah kurangkan interest rate semasa kita umumkan pakej sebanyak 0.5% saya ingat, sudah lupa - saya ingat kosong perpuluhan, fifty basis point, kata orang, - dan ini telah memberi galakan yang mencukupi kepada mereka yang ingin meminjam untuk modal dan sebagainya. Kita tidak percaya kepada menggunakan interest rate semata-mata untuk menggalakkan ekonomi kerana interest rate kita memang rendah berbanding dengan kebanyakan jiran-jiran kita. jadi saya fikir memadai setakat itu dan kita punya dasar ialah tidak terlalu ghairah untuk bermain dengan interest rate seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Kita semua tahu di sana cuma satu sahaja cara mereka ialah interest rate dikurangkan ataupun dinaikkan. Tahun ini sahaja sudah empat kali interest rate diturunkan, tetapi kesan tidak ada juga. Di sini kita turunkan sekali tetapi sudah ada kesan kerana ia datang bersama dengan pakej rangsangan yang lain.

5. Datuk Hajah Mastika Junaidah binti Hussin [Arau] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah kementerian sedar kemerosotan pencapaian pelajar lelaki dalam bidang akademik, disiplin dan sahsiah diri. Adakah pihak kementerian telah menjalankan kajian dan apakah penemuan serta langkah untuk mengatasinya. Menteri Pendidikan [Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad]: Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pendidikan memang sedar tentang adanya ketidakseimbangan dari segi pencapaian akademik, disiplin dan sahsiah diri di antara pelajar lelaki dengan perempuan. Dari segi akademik, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menunjukkan pelajar perempuan mempunyai prestasi yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki. Umpamanya dalam UPSR 2002, 87.1% pelajar perempuan lulus dengan mendapat gred A, B dan C dalam Matematik berbanding dengan 77.2% bagi pelajar lelaki di sekolah kebangsaan. Malah trend yang sama juga berlaku di kalangan pelajar di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Prestasi akademik pelajar perempuan juga didapati lebih baik berbanding dengan lelaki di peringkat PMR dan SPM dalam kebanyakan mata pelajaran. Walaupun bagaimanapun, bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan, prestasi pelajar lelaki lebih baik daripada pelajar perempuan. 78% pelajar lelaki mendapat sekurang-kurangnya gred lulus dalam Lukisan Kejuruteraan berbanding dengan 67.8% bagi pelajar perempuan manakala 88% pelajar lelaki lulus Teknologi Kejuruteraan berbanding 84% bagi pelajar perempuan dalam SPM 2002. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2001 mengenai prestasi pelajar lelaki dan perempuan dalam Sistem Pendidikan Negara menunjukkan juga bahawa pencapaian pelajar perempuan didapati lebih baik berbanding dengan pelajar lelaki. Antara faktor yang dikenal pasti ialah pelajar perempuan lebih tekun, berfokus dan bersedia menghadapi peperiksaan. Kajian tersebut juga mendapati bahawa pelajar lelaki lebih berminat dalam bidang teknikal dan bidang berasaskan kemahiran manipulatif. Dari segi disiplin dan sahsiah diri pula, kajian ”salah laku di kalangan pelajar menengah dan rendah” yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia ….. [Beberapa orang ahli Dewan menepuk tangan apabila Yang Berhormat bagi Labis masuk ke Dewan] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, teruskan. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad: …menunjukkan 76.9% daripada kes salah laku termasuk ponteng yang direkodkan oleh pihak sekolah dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2000 melibatkan pelajar lelaki berbanding 23.1% di kalangan pelajar perempuan. Menyedari keadaan ini, salah satu langkah yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan ialah memperkenalkan mata pelajaran vokasional di sekolah-sekolah harian

14 DR.24.6.2003 mulai tahun 2002 agar pelajar lelaki yang lebih cenderung kepada kemahiran yang berasaskan hands-on lebih berminat belajar. Kementerian juga sedang berusaha memperkenalkan pendidikan berbentuk contextual yang lebih menarik. Di samping itu kementerian ini juga mengambil tindakan menambah kaunselor sepenuh masa dan memperkemaskan disiplin di sekolah, menggalakkan pihak sekolah mengadakan program- program permuafakatan antara pihak sekolah, PIBG dan komuniti setempat serta mengadakan Hari Kecemerlangan Akademik dan Ko-kurikulum bagi membolehkan guru dan ibu bapa membincangkan kemajuan dan perkembangan anak-anak mereka. Kementerian melalui Institut Aminuddin Baki sedang juga menjalankan kursus-kursus parenting skills, dengan izin, kepada PIBG sekolah supaya peranan ibu bapa dalam membimbing anak-anak dalam pelajaran dapat diperjelaskan dan diperbaiki. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa Jawab Lisan telah cukup. [Masa untuk pertanyaan bagi Jawab Lisan telah selesai]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

RANG UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan suatu pejabat pendaftaran antarabangsa di Langkawi untuk kapal layar dan entiti kapal layar, termasuk pentadbiran dan pengendaliannya, dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Setiausaha Parlimen Menteri Pengangkutan [Dato' Ir. Donald Lim Siang Chai]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

RANG UNDANG-UNDANG BANK NEGARA MALAYSIA (PINDAAN) 2003 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Bank Negara Malaysia 1958; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kewangan Kedua [Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

RANG UNDANG-UNDANG BANK ISLAM (PINDAAN) 2003

Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Bank Islam 1983; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kewangan Kedua [Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

DR.24.6.2003 15

RANG UNDANG-UNDANG TAKAFUL (PINDAAN) 2003 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful 1984; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kewangan Kedua [Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

RANG UNDANG-UNDANG BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN (PINDAAN) 2003

Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kewangan Kedua [Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2003

Bacaan Kali Yang Kedua 11.09 pagi. Perdana Menteri [Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya satu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibaca bagi kali kedua. Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun selesai menjalankan urusan persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah pada 21 Mac 2003. Laporan-laporan persempadanan tersebut telah pun dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 8 April 2003. Dengan kelulusan ini maka Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan perlulah dipinda supaya ianya dapat diselaraskan dengan tambahan 25 kerusi Parlimen yang telah diperakukan oleh SPR. Pindaan kali terakhir kepada bilangan kerusi Parlimen telah dibuat pada tahun 2001 apabila Wilayah Persekutuan Putrajaya diwujudkan melalui Akta A1095 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001 di mana kerusi Parlimen telah bertambah daripada 193 kepada 194. Kerusi Parlimen yang sedia ada sekarang mengikut negeri ialah: • 3 kerusi bagi negeri Perlis; • 15 kerusi bagi negeri Kedah; • 14 kerusi bagi negeri Kelantan; • 8 kerusi bagi negeri Terengganu; • 11 kerusi bagi negeri Pulau Pinang; • 23 kerusi bagi negeri Perak; • 11 kerusi bagi Negeri Pahang; • 17 kerusi bagi negeri Selangor;

16 DR.24.6.2003

• 10 kerusi bagi Wilayah persekutuan Kuala Lumpur; • 7 kerusi bagi Negeri Sembilan; • 5 kerusi bagi negeri Melaka; • 20 kerusi bagi negeri Johor; • 1 kerusi bagi Wilayah Persekutuan Labuan; • 20 kerusi bagi negeri Sabah; • 28 kerusi bagi negeri Sarawak; • 1 kerusi bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua, pada masa kajian semula dan persempadanan Bahagian- bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia dan Sabah yang terakhir iaitu tahun 1994, bilangan pemilih ialah seramai 7,438,156 orang. Sejak itu bilangan pemilih telah bertambah dari setahun ke setahun. Mengikut daftar pemilih yang disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada 27 Disember 2001 bagi negeri- negeri Semenanjung Malaysia dan bagi negeri Sabah, jumlah pemilih (tidak termasuk Sarawak) telah meningkat kepada 9,093,649. Jumlah pemilih bagi seluruh negara sehingga 27 Disember 2001 ialah 9,983,730 Ini bermakna sejak tahun 1994 bilangan pemilih bagi negeri-negeri di Semenanjung dan Sabah telah meningkat kira-kira 1,655,393 orang. Dengan penambahan ini, bermakna bilangan pemilih bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia dan Sabah telah bertambah kira-kira 23 peratus sejak tahun 1994. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Dengan terdapatnya pertambahan jumlah bilangan pemilih yang besar itu, maka perlu juga dipertimbangkan soal pertambahan kepada Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan juga bagi negeri-negeri supaya ekoran daripada pertambahan pemilih itu, bahagian-bahagian pilihan raya dibahagikan semula mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sungguhpun bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia dan Sabah, jumlah pemilih telah bertambah sejak tahun 1994 sebanyak 23 peratus. Ini tidak bermakna bahawa jumlah bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen mahupun Negeri ditambah sebanyak 23 peratus juga. Jika ini dilakukan maka negara akan mempunyai jumlah Ahli-ahli Parlimen dan juga jumlah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang terlalu ramai dan keadaan ini menyukarkan urusan Parlimen selain daripada menaikkan kos urusan Parlimen terlalu tinggi. Di negara-negara yang penduduknya ramai, setiap kawasan pilihan raya mempunyai jumlah pemilih lebih daripada 1 juta orang sedangkan di Malaysia jumlah terbesar hanyalah lebih kurang 200,000 pemilih. Perkembangan dan kemajuan sistem perhubungan yang baik di negara kita baik daripada aspek komunikasi elektronik mahupun infrastruktur adalah juga merupakan faktor yang diambil kira oleh SPR dalam menentukan jumlah bahagian pilihan raya yang diperlukan. Selain itu, bagi kawasan yang mana penyediaan perkhidmatan kepada rakyat adalah juga termasuk di bawah bidang tanggungjawab pihak-pihak berkuasa tempatan di seluruh negara, kawasan-kawasan berkenaan juga tidak memerlukan jumlah bilangan Ahli- ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang melebihi daripada apa yang diperlukan. Tuan Yang di-Pertua, dengan mengambil kira keadaan negara dan masyarakat serta kepentingan mewujudkan sistem perwakilan yang saksama dan berpatutan maka Suruhanjaya Pilihan Raya telah menjalankan urusan kajian semula persempadanan mengikut Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan dan mencadangkan supaya kerusi Parlimen ditambah sebanyak 25 manakala kerusi Negeri pula ditambah sebanyak 63. Jumlah tambahan kerusi yang dicadangkan oleh SPR mengikut negeri ialah: DR.24.6.2003 17

• 2 kerusi Dewan Undangan Negeri untuk Kelantan; • 2 kerusi Parlimen dan 7 kerusi negeri untuk Pulau Pinang; • 1 kerusi Parlimen dan 7 kerusi negeri untuk Perak; • 3 kerusi Parlimen dan 4 kerusi negeri untuk Pahang; • 5 kerusi Parlimen dan 8 kerusi negeri untuk Selangor; • 1 kerusi Parlimen untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; • 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi negeri untuk Negeri Sembilan; • 1 kerusi Parlimen dan 3 kerusi negeri untuk Melaka; • 6 kerusi Parlimen dan 16 kerusi negeri untuk Johor; • 5 kerusi Parlimen dan 12 kerusi negeri untuk Sabah. Laporan-laporan Persempadanan Bagi Negeri-negeri Semenanjung dan Sabah dan Draf Perintah Perlembagaan untuk kedua-unit unit persempadanan tersebut telah pun dibentangkan di Dewan ini pada 3 April 2003 dan dibahaskan pada 7 dan 8 April 2003. Dewan Rakyat juga telah meluluskan kedua-dua laporan dan Perintah Persempadanan tersebut pada 8 April 2003. Dengan ini kerusi Parlimen dan Negeri telah bertambah sebanyak 25 dan 63 masing-masing. Oleh itu adalah perlu perkara 46 Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk menyesuaikannya dengan tambahan kerusi Parlimen yang telah pun diluluskan oleh Dewan ini. Bagi Kerusi Negeri, Kerajaan-kerajaan Negeri yang terlibat perlu meminda Perlembagaan Negeri masing-masing. Dalam cadangan pindaan perlembagaan ini bilangan kerusi bagi negeri Sarawak tidak terlibat kerana Sarawak telah mempersempadankan semula kawasan pilihan raya dalam tahun 1996 dan Perlembagaan tidak mengizinkan persempadanan semula dibuat sebelum genap 8 tahun. Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun beberapa negeri tidak mendapat tambahan kerusi Parlimen, ini bukan bermakna negeri-negeri berkenaan tidak akan terlibat dalam urusan persempadanan pada kali ini. Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat pengubahsuaian sempadan bagi semua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah kecuali Perlis berpandukan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, sama ada ianya terlibat dengan tambahan kerusi Parlimen ataupun tidak . Tiada tambahan kerusi Parlimen bagi negeri-negeri Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah adalah disebabkan Suruhanjaya berpendapat jumlah kerusi yang sedia ada bagi negeri-negeri berkenaan sudah memadai. Tuan Yang di-Pertua, mengikut Perlembagaan, Parlimen adalah berkuasa untuk menentukan bilangan kerusi Parlimen untuk tiap-tiap Negeri. Penentuan sempadan kawasan-kawasan pilihan raya pula adalah tanggungjawab Suruhanjaya mengikut kuasa yang diberikan oleh Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan. Urusan kajian semula bagi menentukan sempadan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya telah dimulakan pada 8 Ogos 2002 dan ianya perlu diselesaikan dalam tempoh dua tahun setelah dimulakan. Namun demikian, kajian tersebut telah diselesaikan pada 21 Mac 2003 apabila laporan persempadanan diserahkan kepada tarikh tersebut. Oleh itu jika Pilihan Raya Umum yang akan datang diadakan selepas persempadanan ini berkuat kuasa maka kawasan-kawasan baru akan digunakan bagi Pilihan Raya Umum tersebut. Jika sesuatu pilihan raya kecil perlu diadakan sebelum Pilihan Raya Umum akan datang kawasan-kawasan yang sedia ada sekarang akan digunakan. Tuan Yang di-Pertua, kesan yang nyata daripada tambahan kerusi tersebut ialah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang dahulunya sangat luas dan menyukarkan wakil-

18 DR.24.6.2003 wakil rakyat untuk melawat dan mendekati rakyat, semuanya telah diselaraskan mengikut prinsip-prinsip dan menjadi lebih kecil dengan bilangan pemilih yang berpatutan. Begitu juga Bahagian-Bahagian Pilihan Raya yang kecil tetapi mempunyai bilangan pemilih ramai, ianya telah dikurangkan bilangan pemilihnya setelah dipersempadankan semula. Dengan keterangan-keterangan yang diberikan ini Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian tidak akan ragu-ragu….. Beberapa Ahli: Ragu. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad: …..untuk memberi sokongan sepenuhnya atas cadangan menambah 25 kerusi Parlimen menjadikan keseluruhannya kepada 219 kerusi. Pindaan ini perlu untuk diselaraskan dengan cadangan tambahan kerusi yang telah dilakukan oleh SPR dan telah diluluskan oleh Dewan ini pada 8 April 2003. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato' Ong Ka Ting]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat bagi Dungun. 11.22 pagi Dato' Mustafa bin Ali [Dungun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, baru sekejap kita telah mendengar suatu pembentangan pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 46 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkait dengan penambahan jumlah kerusi-kerusi Parlimen, suatu exercise yang dilakukan sejak daripada pilihan raya yang pertama dilakukan dalam negara kita tahun 1955. Memang kita akui dalam sistem demokrasi yang diamalkan sekarang yang melibatkan pilihan raya dan melibatkan pertambahan penduduk dari satu masa ke satu masa, maka pindaan Perlembagaan perlu dilakukan untuk menyesuaikan pertambahan penduduk itu dengan bilangan wakil yang munasabah berdasarkan kepada pertambahan penduduk sebagaimana yang kita alami. Dalam melihat perkara ini kita perlu melihat dalam skop yang memungkinkan bahawa apa pun pindaan Perlembagaan berhubung dengan Perkara 46 yang bertujuan untuk menambahkan bilangan kerusi Parlimen ini mestilah mempunyai matlamat dan tujuan untuk mengukuhkan perjalanan sistem demokrasi itu sendiri dan mengukuhkan kaedah-kaedah perjalanan pilihan raya itu di mana yang dikehendaki oleh semua pihak sebagaimana yang selalu dinyatakan bahawa pilihan raya ini mestilah sesuatu yang adil dan berjalan dengan sebaik-baiknya. Sama ada pindaan ini dengan pertambahan- pertambahan yang dilakukan ini boleh mengukuhkan sistem demokrasi yang berjalan dalam negara ini ataupun sebaliknya, perlulah kita melihat dari perspektif yang benar dan dengan melihat sama ada keadilan itu dapat kita lakukan sebagaimana yang kita kehendaki. Ini memerlukan suatu huraian dengan melihat apakah senario berjalannya demokrasi selama ini untuk kita melihat sama ada demokrasi yang berjalan ini akan menuju kepada yang lebih baik akan dapat diperkukuhkan dengan pindaan ini ataupun sebaliknya. Saya akan menyentuh perkara-perkara ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya pergi dalam perkara-perkara yang teknikal berkait dengan tambahan kerusi yang dicadangkan dalam Akta pindaan Perlembagaan ini. Kita menyedari bahawa pilihan raya pertama yang diadakan dalam negara kita ini tahun 1955, kita mempunyai kerusi Parlimen sebanyak 52 kerusi. Sepanjang pilihan raya yang diadakan itu sehingga sekarang kita telah mengalami dengan pindaan yang sedang kita bahaskan sekarang ini, Parlimen telah melalui 10 kali pindaan Perlembagaan yang melibatkan pertambahan kerusi-kerusi Parlimen sama ada yang kecil ataupun yang besar. Tetapi kalau saya mengambil yang besar sahaja pindaannya melibatkan empat kali pindaan yang besar kerana Parlimen menghendaki bahawa satu persempadanan yang menyeluruh DR.24.6.2003 19 mestilah tidak kurang daripada lapan tahun dan pada umumnya purata yang kita pakai ialah selama sepuluh tahun. Itu memang menepati apa yang dikehendaki oleh Perlembagaan kita. Tinggal lagi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan yang dilakukan pada masa-masa yang telah lalu pada hemat saya, setelah saya mengkaji perjalanan-perjalanan dan pindaan-pindaan yang dilakukan walaupun tidak ada suatu yang sempurna dalam apa pun yang kita lakukan, memang mengambil kira beberapa peruntukan yang dibuat di dalam pindaan-pindaan yang dikehendaki di dalam perjalanan pilihan raya dan persempadanan baru yang dikemukakan. Pindaan yang dicadangkan ini sebagaimana yang dijangkakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melibatkan tambahan 25 kerusi Parlimen yang baru. Bererti kita akan mempunyai 219 kerusi keseluruhannya yang kita bermula dengan 52 pada tahun 1955. Memang dari sudut perjalanan dan demokrasi itu pertambahan- pertambahan memang suatu yang wajar daripada satu masa ke satu masa perlu kajian. Tuan Yang di-Pertua, saya akan menyentuh perkara-perkara yang berkait dengan perjalanan sistem demokrasi dalam negara kita ini, dengan mengambil kira bahawa pilihan raya ialah satu elemen yang terpenting di dalam sistem demokrasi itu sendiri. Kita menyedari bahawa tanpa pilihan raya selalu kita membuat ukuran, tanpa pilihan raya ertinya sebuah negara itu tidak ada demokrasi. Dengan adanya pilihan raya dilakukan kita mengatakan bahawa negara itu melaksanakan sistem demokrasi dalam negara itu, walaupun bagaimana pilihan raya itu diadakan, sama ada ianya just and fair sebagaimana yang kita gunakan istilah itu. Itu suatu penilaian yang boleh kita lakukan. Tetapi ingin saya menyatakan, walaupun apa, saya boleh mengatakan bahawa negara kita ini dari sudut demokrasinya masih berjalan, it is functioning democracy tetapi dalam banyak hal ia adalah satu demokrasi yang tempang, oleh kerana beberapa kekurangan dalam sistem perjalanan pilihan raya dan sistem demokrasi yang berjalan dalam negara kita sendiri. Tuan Yang di-Pertua, selalu dikatakan bahawa bila bercakap tentang demokrasi kita bercakap tentang kebebasan, dan tidak ada satu kebebasan yang mutlak. Saya setuju bahawa tidak ada satu kebebasan yang mutlak yang diberikan kepada manusia kerana kebebasan mutlak yang diberikan kepada manusia akan memusnahkan kebebasan itu sendiri dan akan memusnahkan manusia itu sendiri. Tetapi dalam limitation, dalam kebebasan yang tidak mutlak itu bagaimanakah kebebasan yang diberikan itu sama ada cukup atau tidak. Kita kata tidak mutlak tetapi cukup atau tidak kebebasan yang diberikan kepada rakyat yang terlibat dengan proses demokrasi. Tuan Yang di-Pertua, kita bercakap tentang demokrasi dan selalu juga ungkapan ini digunakan bahawa demokrasi itu ialah 'sebuah kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat' yang selalu quotation itu diambil daripada quotation yang dibuat oleh Abraham Lincoln, salah seorang bekas Presiden Amerika. Memang sistem demokrasi yang kita warisi ini satu sistem yang kita warisi daripada Great Britain, kita akui itu. Tetapi tidak semestinya yang kita warisi itu tidak baik. Dan kalau kita melihat sebagai secara comparative, semua umat manusia melalui proses-proses kerajaan daripada satu tahap kepada satu tahap, daripada sistem yang bermula daripada sistem tribal, mereka berpuak, berkabilah dan sebagainya, akhirnya berlaku sistem feudalisme misalnya. Daripada situ beranjak lagi kepada sistem- sistem yang lain. Ada yang beranjak kepada sistem dictatorship, satu sistem pemerintahan diktator sama ada military or non-military, itu berlaku dalam banyak negara. Dan kemunculan ataupun trend yang berlaku sekarang di banyak juga negara yang tidak mengamalkan demokrasi ialah menuju kepada sistem demokrasi itu. Kalau ditanyakan kepada saya, saya yakin secara comparative dibandingkan dengan pelbagai sistem yang pernah dilalui oleh umat manusia, sistem feudal, sistem military, sistem diktator, sistem fasis, apa pun sistem berbanding demokrasi, maka saya memilih bahawa demokrasi yang terbaik secara comparativenya dengan segala sistem yang ada ini, kita akui. Dalam Islam sistem yang digelar bermuafakat, berbincang, memberikan hak kepada rakyat ini, dinamakan sistem syura. Banyak persamaan antara syura dengan

20 DR.24.6.2003 demokrasi tetapi ada perbezaannya. Kerana demokrasi tidak mengehadkan dalam memberikan suara majoriti itu tidak berdasarkan kepada baik atau tidak baik. Suara demokrasi adalah suara mutlak, suara majoriti adalah suara mutlak dalam sistem demokrasi Barat yang kita warisi. Tetapi dalam syura Islam berlainan kerana kita berpandu kepada Wahyu Allah S.W.T. yang melihat bahawa sesuatu yang buruk itu adalah tetap buruk walaupun suara majoritinya bersetuju dengan yang buruk itu. Syura tidak mengizinkan yang demikian itu. Perbezaan ini perlu difahami supaya jangan kita menggunakan majoriti dalam suara demokrasi ini untuk melaksanakan sesuatu yang buruk yang akan meninggalkan kesan kepada negara kita. Contoh misalnya, Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan daripada Ahli Yang Berhormat. Saya telah mengikuti hujah oleh Ahli Yang Berhormat yang banyak menekankan mengenai kualiti atau dengan izin attribute democracy sama ada pada umumnya atau amalan dan penghayatannya di negara kita. Tetapi masalah di hadapan kita adalah masalah perwakilan (representation) iaitu satu kaedah untuk memanifestasikan demokrasi tersebut, maka saya mohon penjelasan daripada Ahli Yang Berhormat di sini apakah kaitannya representation atau perwakilan itu dengan pelaksanaan atau manifestasi demokrasi yang banyak Yang Berhormat tekankan itu. Terima kasih. Dato' Mustafa bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Arau ya. Tuan Yang di-Pertua: Kangar. Dato' Mustafa bin Ali: Kangar. Maaf, Kangar. Saya telah menyebut daripada awal lagi bahawa pindaan kepada Perkara 46 ini perkara itu seharusnya mengukuhkan sistem demokrasi yang berjalan dalam negara kita. Sama ada pindaan akan mengukuhkan atau tidak kita mesti buat satu comparison. Kita tidak boleh hendak kata ini lebih kukuh melainkan ada benchmarknya yang menjadi ukuran kita. Jadi, sebab itu benchmark yang ada sekarang ini, perjalanan demokrasi dalam negara kita sekarang braulah kita boleh buat ukuran bahawa pindaan akan lebih baik atau lebih buruk daripada apa yang ada sekarang. Saya baru hendak beri contoh, kekurangan-kekurangan yang ada kepada sistem demokrasi dan suara majoriti di mana soal yang diterima oleh seluruh masyarakat, semua agama, semua budaya bahawa judi itu adalah tidak baik misalnya. Tetapi kerajaan menggunakan suara majoriti yang mereka punya untuk melakukan sewenang-wenangnya walaupun yang ada itu sudah cukup untuk merosakkan masyarakat tetapi tambah lagi yang baru di Pahang yang menjadi perkara yang sangat dihebohkan sekarang ini. [Tepuk] Ini suara majoriti dalam sistem demokrasi yang tidak diizinkan di dalam sistem syura yang juga mempunyai persamaan dalam hal-hal tertentu dengan demokrasi dalam Islam. Inilah kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan yang wujud dalam sistem ini. Itu satu contoh Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita pergi kepada soal kebebasan yang diberikan kepada rakyat juga dalam pelaksanaan sistem demokrasi, pilihan raya, kita menyebut bahawa setiap rakyat berhak untuk menyatakan pandangan mereka, untuk menyatakan pendirian mereka, untuk berpersatuan, yang ini terkandung dalam Perlembagaan sendiri, tetapi kita melihat sekarang apa yang berlaku. Negara kita terdiri daripada pelbagai golongan. Biasanya kita sebut bahawa golongan ini terdiri daripada golongan yang memerintah, golongan rakyat yang diperintah dan terdiri daripada golongan pegawai dan kakitangan kerajaan yang berkecuali yang seharusnya yang melaksanakan polisi-polisi pemerintah yang akan memberikan manfaat dan kesannya kepada rakyat. Cuba kita lihat sama ada kebebasan yang secukupnya diberikan kepada golongan-golongan yang saya sebutkan ini sesuai, sepadang dengan kedudukan mereka sebagai rakyat, sebagai pemerintah dan sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan yang seharusnya yang bukan sahaja melaksanakan polisi pemerintah tetapi menasihati kerajaan dalam perkara-perkara yang perlu mereka nasihat untuk kebaikan semua pihak. DR.24.6.2003 21

Saya melihat dalam perjalanannya, Tuan Yang di-Pertua, kebebasan ini banyak tertumpu kepada mereka yang mempunyai kuasa dengan menafikan kebebasan rakyat itu sendiri dan kebebasan dalam limitation yang tertentu kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang membantu kerajaan pada hakikatnya dalam melaksanakan polisi-polisi yang diletakkan. Tahun 1960’an, 1970’an, 1980’an, tidak terdengar kepada kita bahawa soal Akujanji kepada pegawai kerajaan ini diperkenalkan kerana pegawai kerajaan sudah mempunyai cukup di bawah GOnya di mana mereka tertakluk dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan polisi. Tetapi kita diperkenalkan baru-baru ini, bermula daripada tahun …. masuk tahun new millenium ini, tahun 2000 ini, kita diperkenalkan dengan sistem Aku Janji, dan Aku Janji ini sebagai suatu ancaman saya lihat kepada pegawai untuk menakutkan mereka supaya mereka tidak dapat merasa bukan kebebasan mutlak, kebebasan sebagai seorang manusia dalam melaksanakan tugas itu dan menyatakan pandangan mereka. Walaupun begitu, saya lihat mungkin Aku Janji ini juga tidak begitu berkesan kepada pegawai kerana ia tidak bersetentangan dengan lumrah fitrah kejadian manusia itu sendiri bahawa kita mungkin boleh memberi suatu ancaman, suatu ugutan, suatu ketakutan kepada manusia, tetapi ugutan yang seperti itu, oleh kerana dia bukan suatu yang natural, suatu yang tabii, maka kita tidak dapat melihatnya. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Kemaman bangun, Yang Berhormat. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih Yang Berhormat bagi Dungun. Mengenai Aku Janji ini, Aku Janji bukan sahaja dibuat dengan pegawai kerajaan. Di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO pun dilakukan juga angkat sumpah dan janji supaya sekiranya mereka tidak dipilih sebagai calon, mereka diminta bersumpah mereka tidak “lipat” kepada mereka yang dipilih menjadi calon. Adakah ini disebabkan kerana tidak ada keyakinan di kalangan mereka, kesetiaan dan kepercayaan sesama sendiri di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO? Minta pandangan Yang Berhormat. [Disampuk] Dato’ Mustafa bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kemaman. Saya ada mendengar sebenarnya, memang ada laporan saya terima bahawa di Terengganu khususnya, ada cawangan-cawangan UMNO yang diminta oleh pemimpin negeri supaya bersumpah dan tidak menentang siapa pun yang dilantik menjadi calon. Dalam majlis semuanya bersumpah, selepas mereka balik mereka menyesal [Ketawa] sebab belum tentu mereka tidak menentang calon yang dilantik itu kerana tidak sesuai. Akhirnya berjumpa dengan seorang yang tahu dalam bidang agama, “Macam mana kita sudah bersumpah tetapi hendak melarikan diri daripada sumpah?”. Ada yang beritahu, dia kata, “Ini kena bayar kifarat”. [Ketawa] Jadi, mereka beli beras dan bayar kifarat. Dia kata, “Tidak payah lagi tunduk kepada sumpah yang seperti itu”. Ini berlaku di Terengganu, Tuan Yang di-Pertua. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun] Dato’ Mustafa bin Ali: Dan sepatutnya dalam UMNO tidak timbul lagi masalah Aku Janji kerana mereka telah begitu setia dalam Perhimpunan UMNO yang baru sahaja selesai ….. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Kinabatangan bangun. Dato’ Mustafa bin Ali: ….. yang masing-masing akur sekejap, masing-masing akur kepada nasihat dan saranan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, supaya masing-masing tidak lagi tidak setia dan masing-masing sudah membuat pengakuan seluruhnya sudah setia - Timbalannya, Naibnya. Sama ada pengakuan itu datang daripada hati yang sebenar atau tidak, itu suatu hal yang lain, [Ketawa] tetapi secara terbukanya mereka mengaku tidak ada lagi pertandingan itu, dan itulah yang menyebabkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tenang, tidak ada keluar air mata di akhirnya, alhamdulillah. Ini suatu perkara yang sangat baik saya rasa kalau ia dilakukan.

22 DR.24.6.2003

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Kinabatangan bangun. Dato’ Mustafa bin Ali: Ya. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Datuk Bung Moktar bin Radin: Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Dungun. Tuan Yang di-Pertua, pembangkang ini memang terkenallah dengan putar belitnya, bukan sahaja di luar Dewan bahkan dalam Dewan ini. Mengenai soal Aku Janji ini, kenapakah selaku pemerintah, mungkin pembangkang tahu, tugas mereka ini, Tuan Yang di-Pertua, meracuni pemikiran pegawai- pegawai kerajaan kita, guru-guru kita. Jadi sebagai sebuah parti pemerintah, wajiblah kerajaan ini memberi penjelasan dan berisytihar. Kita dalam dunia ini disuruh berisytihar kerana pembangkang ini mereka terus menggunakan, menghalalkan cara mereka walaupun haram, iaitu memutarbelitkan fakta dan sebagainya. Ini termasuk tadi UMNO disuruh bersumpah. Kita tidak pernah disuruh bersumpah, cuma kita diberi keyakinan bagaimana kalau kita tidak dijadikan calon kita harus berjuang untuk parti, bukan untuk PAS. Ha, ini dia. Jadi, mintalah PAS jangan selalu memutarbelitkan, cukuplah di kampung, jangan lagi di Dewan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Mustafa bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya kata tadi fakta yang berlaku dan dilaporkan. Boleh checklah kepada UMNO Terengganu. Mungkin UMNO Sabah tidak payah buat, itu suatu hal yang lain tetapi antara UMNO dengan UMNO pun cara bertindak berbeza, bukan satu sahaja caranya – Sabah lain, Terengganu lain, mungkin Kedah lain. Itu dalam UMNO sendiri. Jadi sebab itulah, saya sebenarnya bersimpati dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Presiden UMNO kerana saya tahu bahawa dalam saranan-saranan yang dibuatnya beliau ikhlas hendak melihat bahawa UMNO ini berjalan dengan baik. Kita tahu UMNO sebagai teras dalam negara kita, tetapi sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, PAS telah memainkan peranan yang sangat penting kepada Persidangan Agung UMNO, yang menceriakan Persidangan UMNO kerana wujudnya PAS Tuan Yang di- Pertua. [Ketawa] Kalau tidak ada PAS, Perhimpunan Agung UMNO tidak ceria sebab tidak ada … tawar, hambar, tidak ada punching bag. [Ketawa] Jadi, PAS menjadi punching bag, memberi ruang kepada UMNO boleh bercakap. Kalau tidak, teruk lagi UMNO – tidak hentam PAS dia akan hentam pemimpin, Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] [Tepuk] Jadi, sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya kembali kepada apa yang saya hendak sebut bahawa kebebasan yang secukupnya perlu diberikan kepada golongan-golongan rakyat dalam negara kita ini, termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan yang melaksanakan polisi dan dasar pemerintah. Kita pergi tadi kepada soal Aku Janji. Kita tidak percaya kepada soal Aku Janji ini boleh membuat pegawai patuh seratus peratus kepada apa yang kita suruh, kerana ada perkara yang kita suruh itu perkara yang tidak baik, yang mereka boleh memberi pandangan yang berbeza kepada kita mengikut peraturan. Oleh sebab itu sehingga ini negeri Kelantan dan negeri Terengganu yang menjadi momokan yang begitu besar dalam Perhimpunan Agung UMNO, sampai hari ini kita tidak memperkenalkan Aku Janji kepada pegawai-pegawai kita. Kita yakin pegawai tahu limitation yang ada, walaupun kita tahu bahawa di kalangan pegawai itu ada yang menyokong UMNO, dan ini juga suatu kaedah di dalam pentadbiran bahawa semua pegawai, tidak kira sama ada dalam hati dia pendiriannya menyokong UMNO, menyokong PAS ataupun menyokong yang lain, they must serve the government of the day. Ini yang kita fahami dan ini juga yang pernah saya dengar disebut oleh Perdana Menteri sendiri. Oleh sebab itu mereka hendaklah bersifat profesional, sekalipun mungkin dalam hatinya mereka hendak sokong lain, tetapi dari segi kerjanya mereka lakukan apa yang sepatutnya, yang sesuai sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan. Jadi, sebab itu dengan cara mengasuh mereka supaya menjadi baik, alhamdulillah mereka telah berubah, bukan dengan Aku Janji. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: [Bangun] DR.24.6.2003 23

Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat bagi Marang. Saya ingin merujuk terus tentang… [Disampuk] Yang Berhormat bagi Dungun, saya ingin merujuk terus tentang Aku Janji, kesan kepada golongan academicians kerana saya adalah bekas daripada kelompok academia, kita dapat melihat kesan yang begitu ketara berlaku kepada pensyarah-pensyarah di universiti- universiti yang sekarang ini menghadapi suatu suasana yang begitu menggerunkan – ugutan, kecaman dan sebagainya. Yang paling jelas bahawa baru-baru ini, sepatutnya pada hari Isnin yang lepas, ada suatu seminar yang dianjurkan oleh sebuah NGO dan melibatkan lebih kurang 11 orang pensyarah daripada dalam dan luar negara. Pensyarah-pensyarah dalam negara telah diugut oleh Timbalan Menteri Pendidikan dan juga Timbalan Menteri Penerangan untuk dipecat dan diambil tindakan kerana mereka dijangka membentangkan kertas kerja mereka di dalam seminar tersebut. Ini yang sedang berlaku di pusat-pusat pengajian tinggi, dan yang paling menyedihkan kita dalam beberapa waktu yang terdekat ini ialah apa yang berlaku di Universiti Malaya. Pelantikan NC Universiti Malaya berbau politik dan menimbulkan ketidaksenangan di kalangan pensyarah-pensyarah Universiti Malaya. Begitu juga tentang pelantikan Senat, anggota-anggota Senat Universiti Malaya menimbulkan ketidaksenangan di kalangan pensyarah-pensyarah, dan sekarang ini di Universiti Malaya, Tuan Yang di- Pertua, tiga jawatan TNC masih berlaku kekosongan. Ini suatu yang begitu pelik kerana sudah beberapa jangka waktu yang agak lama masih berlaku kekosongan kerana mereka sedang mencari pensyarah-pensyarah ataupun mereka yang betul-betul mempunyai ataupun calon-calon yang benar-benar mempunyai hubung kait dengan UMNO. Aku Janji ini menjadikan UMNOism di dalam pusat-pusat pengajian tinggi dan menimbulkan ketakutan di kalangan pensyarah-pensyarah, dan tidak lagi wujud kebebasan yang sepatutnya wujud kebebasan dan autonomi di dalam kampus- kampus di universiti-universiti di negara kita. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Dungun. Dato’ Mustafa bin Ali: Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Kuala Terengganu. Sebenarnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu itu - sesuatu yang juga akan saya sentuh sebenarnya, tetapi oleh kerana ini sudah datang lebih awal, saya bagi response dahulu kepada apa yang disebut oleh Kuala Terengganu bahawa memang Aku Janji yang dikenakan kepada golongan akademik di universiti dan pelajar universiti itu sendiri bukan suatu yang membawa kebaikan kepada Sistem Demokrasi kita. Seminar yang disebutkan itu ialah satu seminar yang dianjurkan oleh NGO yang bertajuk kalau tidak silap saya ‘Islamic Civilization and Modernity Syariah …’ ya, begitulah lebih kurangnya dan di tangguh serta terpaksa dibatalkan kerana arahan-arahan yang disebutkan itu. Inilah contoh kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah melalui sama ada timbalan menteri atau menteri ataupun universiti yang menghalang suatu perbincangan yang bebas, sedangkan pihak kerajaan sendiri boleh menghantar wakilnya untuk menyatakan di dalam seminar yang seperti itu tanpa perlu untuk membuatkan supaya seminar itu ditangguhkan dan saya rasa dalam kes ini bukan sahaja ditangguhkan, tetapi dibatalkan sama sekali. Akibatnya ialah tidak baik kepada demokrasi dan tidak baik kepada sokongan yang diberikan kepada… kalau UMNO mengharapkan sokongan kepadanya, mungkin dengan sebab itu orang menjadi semakin marah kepada UMNO dan kepada kerajaan. Ini tidak menguntungkan kerajaan. Ini suatu taktik yang tidak baik sebenarnya dan saya pun hendak beri nasihat juga tentang taktik yang seharusnya baik dilakukan. Jadi, yang sebaiknya, biarkan seminar itu berjalan, hantar wakil UMNO, bincang di situ dan cuba tengok secara akademiknya, secara itu, bincang secara yang adil, bukan secara yang prejudis. Kita bercakap tentang bila Aku Janji dikenakan kepada golongan akademik dan juga pelajar-pelajar. Pelajar ini ialah golongan yang akan mewarisi kepimpinan negara suatu hari nanti, tetapi pelajar yang seperti ini tidak diberikan kebebasan yang perlu. Bukan

24 DR.24.6.2003 saya kata kebebasan yang tidak terbatas, kebebasan yang perlu bagi mereka ini sekurang- kurangnya menggunakan akal mereka, pandangan mereka, keupayaan yang ada pada mereka untuk meluahkan pandangan dan perasaan ini, yang akhirnya akan membina dan membentuk sahsiah mereka, -- supaya akhirnya mereka akan menjadi pemimpin-pemimpin yang baik, tidak seperti dalam tahun 60-an, 70-an, 80-an, tidak ada Aku Janji yang seperti itu. Walaupun ada Akta Universiti dan Kolej, tetapi tidak ada Aku Janji yang seperti itu dan pelajar pada waktu itu tidak menjadi manusia- yang merosakkan masyarakat. Saya boleh mengatakan bahawa generasi yang menjadi pemimpin hari ini ialah pelajar yang dididik dalam tahun 60-an, 70-an termasuk 50-an yang tidak tertakluk kepada sama ada AUKU ataupun Aku Janji ini. Mereka tidak menjadi perosak, mereka menjadi pemimpin Tuan Yang di-Pertua. Yang di depan saya ini, yang lahir sebagai pelajar pada tahun 50-an, 60-an, 70-an dan seterusnya, mereka ini sebenarnya yang waktu itu ada demonstrasi - secara aman, ada perbincangan - secara aman, tetapi sekarang ini sama sekali tidak dapat dilakukan. Selepas daripada itu, bila pelajar ini keluar daripada universiti, kita katakan pelajar tidak mempunyai keterampilan, pelajar ini tidak mempunyai ilmu pengetahuan, tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk menangani ataupun menduduki satu-satu jawatan. Sebenarnya itu kesalahan kita, kesilapan kita kerana kita tidak memberikan ruang untuk mereka berfikir, ruang untuk mereka bertindak dalam perkara-perkara yang wajar. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun] Dato' Mustafa bin Ali: Saya masih ingat pemimpin-pemimpin yang berdemonstrasi dalam tahun 60-an dalam kes Hamid Tuah, mereka ini menjadi pemimpin- pemimpin UMNO hari ini. Jadi itu tidak salah. Itu memungkinkan kita sebenarnya menjadi pemimpin. Jadi saya harap kerajaan timbang balik, kaji balik masalah Aku Janji ini sama ada ianya baik kepada -pendidikan, baik kepada kita, mengasuh pelajar-pelajar ini untuk menjadi manusia yang menjadi pemimpin yang akan mewarisi kita pada masa-masa yang akan datang. Tuan Nasharudin bin Mat Isa: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Jeli bangun dahulu Yang Berhormat. Jeli. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat bagi Dungun. Satu hakikat yang seluruh rakyat negara ini termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dikasihi tidak boleh nafikan bahawa pemimpin- pemimpin yang ada di Dewan ini termasuk Menteri-menteri Kabinetnya adalah mereka yang keluar daripada universiti-universiti sama ada luar negara ataupun juga dalam negara yang pada waktu itu tidak terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Oleh kerana mereka tidak terikat, maka mereka dapat melahirkan, mereka dapat mengeluarkan kehebatan mereka melalui demonstrasi-demonstrasi aman yang mereka lakukan sehinggakan umpamanya bahasa Melayu yang pada suatu ketika tidak dijadikan bahasa rasmi tetapi telah bertukar menjadi bahasa rasmi ekoran daripada demonstrasi aman yang dilakukan oleh kebanyakan melibatkan Menteri-menteri Kabinet UMNO yang ada dalam Dewan hari ini. Akan tetapi mereka ini kenapakah dengan realiti bahawa melalui proses tanpa AUKU itulah menyebabkan mereka dapat menjadi pemimpin sekarang ini dan sudah begitu lama menjadi pemimpin, tiba-tiba pada generasi yang berikutnya mereka tidak memberikan kelonggaran yang sama. Maknanya, kita lihat oleh kerana tidak diberikan kelonggaran yang sama, kita tidak lihat wakil-wakil rakyat umpamanya daripada UMNO yang berumur 45 tahun dan ke bawah, yang ada mungkin satu dan dua sahaja. Apakah ini menggambarkan bahawa kerana AUKU inilah menyebabkan ketandusan kepimpinan terutama sekali dalam UMNO itu. Jadi setuju ataupun tidak Yang Berhormat bagi Dungun supaya AUKU ini ditimbangkan supaya jangan lagi dilonggarkan, malah dimansuhkan supaya pemimpin yang sama dilahirkan sebelum AUKU dapat juga dilahirkan tanpa AUKU selepas ini. Minta penjelasan. [Disampuk] DR.24.6.2003 25

Dato' Mustafa bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, memang apa yang dinyatakan oleh Jeli itu sama pendapat dengan saya dan saya menekankan ini. Sebenarnya AUKU dan Aku Janji ini menyekat pelajar-pelajar daripada menyatakan kebebasan yang perlu untuk membina peribadi mereka untuk menjadi pemimpin. Suatu contoh yang nyata Tuan Yang di-Pertua, saya tidak nampak sama Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan ini ada dalam Dewan ini, kawan saya sebenarnya, rakan lama saya, saya sangat tahu. Waktu beliau sebagai tenaga pengajar akademik cukup vokal menentang AUKU, menentang itu, menentang ini, tetapi sekarang setelah diberikan jawatan, inilah yang terjadinya. Saya sangat dukacita dengan rakan saya Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan. Saya terlalu kenal sejak daripada dahulu lagi. Pernah sama-sama dengan saya pun dalam satu majlis menentang ini. Jadi saya harap UMNO boleh timbanglah untuk naik pangkat. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, Yan bangun. Tuan Nasharudin bin Mat Isa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Dungun. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Dungun. Sedarkah Yang Berhormat bagi Dungun bahawa sekarang ini di Templer Park sedang diadakan majlis perhimpunan semacam summer camp di mana semua pelajar luar negara yang menyertai Kelab UMNO, yang balik ke perhimpunan baru- baru ini mungkin sedang dibrainwash mungkin. Mereka ini di dalam satu majlis seperti mana yang saya sebutkan tadi. Mereka dibenarkan menyertai dan menubuhkan Kelab UMNO di London, di Manchester, di Kaherah, di New York dan sebagainya dan apabila PAS membuat kenyataan menubuhkan Nadi PAS di U.K. baru-baru ini, terus ugutan diberikan kepada mana-mana pelajar yang menerima biasiswa kerajaan menyertai Nadi PAS akan ditarik balik biasiswa mereka. Kenapa biasiswa ditarik balik hanya daripada mereka yang menyertai Nadi PAS ataupun yang akan menyertai Nadi PAS, tetapi yang duduk menjadi ahli, Presiden, Jawatankuasa Kelab UMNO bukan setakat mereka ini mendapat duit bantuan bulanan, dapat tiket balik setiap tahun, diberikan pelbagai lagi kemudahan untuk meneruskan pengajian mereka. Minta penjelasan Yang Berhormat bagi Dungun. Dato' Mustafa bin Ali: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Yan dan memang apa yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Yan itu, suatu perkara yang lumrah dilakukan oleh UMNO. Tindakan-tindakan double standard yang seperti ini suatu yang berterusan. Sebenarnya, seseorang itu boleh menjadi pemimpin yang baik apabila mereka ada competitornya sendiri. Kalau ianya dilakukan demikian, dengan diberikan suatu sifat dengan kita manja-manjakan dia, dengan beri segala kemudahan, kemudian kita mintakan satu persetujuan daripada mereka, jangan kritik kita, tidak akan melahirkan pemimpin yang baik. Kita akan ketandusan pemimpin di suatu hari nanti kerana sikap yang diambil oleh kerajaan hari ini. Jadi, sebab itu sebagaimana rakan-rakan saya, Yang Berhormat yang lain, saya mencadangkan supaya Akujanji ini tidak dilaksanakan dan supaya AUKU ini dikaji dengan sesungguhnya supaya kita lihat bahawasanya yang sangat perlu sahaja daripada sudut untuk melahirkan suatu suasana pembelajaran yang baik itu boleh kita amalkan, tetapi yang menyekat kebebasan, yang menyekat pembinaan sahsiah ini perlu kita buang. Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan mengkaji perkara ini. Terima kasih. Tuan Kerk Kim Hock: Saya dengar Yang Berhormat bagi Dungun banyak menitikberatkan kebebasan mahasiswa untuk berfikir secara bebas. Tetapi, dalam demokrasi apabila untuk membuang undi, kebebasan untuk membuang undi secara bebas itu mustahak. Walaupun bentuk demokrasi berbeza tetapi konsepnya adalah sama di seluruh dunia iaitu government is elected based on freely-given consent of the people. Saya pernah berbincang dengan Election Commission berkenaan dengan iklan ini, yang saya hendak tunjuk di hadapan front-bencher [Menunjukkan sekeping keratan akhbar] yang diiklankan oleh Barisan Nasional pada 26 November 1999, di mana mereka telah mengatakan bahawa kalau pembangkang dilantik dan menubuhkan negara Islam, orang Cina tidak boleh bersembahyang kepada Tuhan mereka, tidak boleh membina temples yang baru, tidak boleh meraikan festival-festival terbuka. Ada lambang Barisan Nasional,

26 DR.24.6.2003 tidak siapa yang mengiklankan. Saya tanya Election Commission, mereka kata ini bukan kuasa dan tanggungjawab mereka. Jadi, perkara ini akan berulang. Ini yang pertama. Yang kedua, dalam pilihan raya kecil di Sarawak, ini yang dikeluarkan oleh SUPP, kalau negara Islam ditubuhkan, the rule of law will be reduced to nothing. Di sini, dia kata lawan kumpulan jihad betul-betul wujud di Malaysia, perompak bank attack the police, menembak mati ADUN, akhirnya semua orang bersatu-padu melawan jihad. Jadi, adakah ini suatu yang harus diberhentikan? Tetapi, saya tanya Election Commission, mereka kata bukan di bawah kawalan mereka. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat bagi Dungun? Dato' Mustafa bin Ali: Saya, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya sedikit daripada Yang Berhormat bagi Kota Melaka, yang buat ini MCAkah atau Gerakan ini? Tidak ada nama? Tuan Kerk Kim Hock: Tiada. Dato' Mustafa bin Ali: Tidak ada nama? Barisan Nasional sahaja? Tuan Kerk Kim Hock: Memang Barisan Nasional Dato' Mustafa bin Ali: Barisan Nasional Tuan Kerk Kim Hock: Lambang ada. Dato' Mustafa bin Ali: Maknanya, parti Gerakan, MCA, UMNO, semua terlibatlah dalam perkara ini. Semua sekali ya. [Ketawa] Itu Pulau Pinang itu. Yang tadi SUPP itu di Sarawak, ya. Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] Dato' Mustafa bin Ali: Bukan satu hal yang luar biasa Tuan Yang di-Pertua, bahawa fitnah-fitnah yang seperti ini dilemparkan [Disampuk] Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya menyatakan bahawa bukan satu perkara yang luar biasa hal-hal yang seperti ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional. Saya belum lagi bawa contoh yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Itu baru yang dibuat yang berbahasa Cina itu daripada kalangan MCA, yang memang faktanya tidak benar. Yang Berhormat bagi Kota Melaka pernah beritahu saya, itu saya pun tidak boleh hendak baca yang itu, tetapi diberitahu bahawa kalau pilih yang Barisan Alternatif ini, orang Cina tidak boleh makan babi……ini satu perkara yang sangat mendukacitakan bahawa, pemimpin yang mempunyai pendidikan boleh melakukan suatu tindakan yang seperti itu untuk mempengaruhi, merosakkan, menfitnahkan, suatu taktik kotor yang memang selalu digunakan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dalam setiap kali pilihan raya. Tetapi, yang menjadi kecamannya ialah kepada pihak pembangkang sedangkan mereka boleh tunjuk apa yang dilakukan oleh pembangkang. Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, saya kembali semula kepada bahawa…… Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir: [Bangun] Dato' Mustafa bin Ali: Haa, rakan saya, saya bagi. Baik. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat bagi Dungun. Oleh kerana Yang Berhormat ada menyebut saya tadi, saya ucap terima kasihlah, kerana ingatan Yang Berhormat. Kita masih bersahabat, terima kasih. Yang Berhormat pun mengatakan bahawa orang yang berpendidikan tidak buat macam ini, tidak buat macam itu. Cuma, saya satu sahaja, saya tanya dengan Yang Berhormat. Oleh kerana Yang Berhormat sekarang, pihak PAS, dia guna bermacam-macam caralah, kaedah untuk memenangi Kerajaan Negeri Terengganu. Tetapi, sejak kini, tiga tahun setengah sudah, hampir satu penggal memerintah negeri Terengganu, tidak ada apa-apa benda pun seperti Yang Berhormat cakap ini. Yang Berhormat jangan dok melalaklah begitu. Cara Yang Berhormat kata, kita betul diri kita dahulu. Kita, Kerajaan Negeri Terengganu, kita sudah pun tubuh sebuah kerajaan, katanya atas dasar-dasar Islam. Apakah Islam? Bila KEMAS buat bangunan untuk mendidik anak-anak, kita halau keluar. Apakah ini cara Islam membuatnya, tidak sabar-sabar lagi untuk membalas dendam kepada orang-orang UMNO. Katanya penyokong UMNO, dia balas dendam lebih teruk. Inilah DR.24.6.2003 27 yang kita kata, Yang Berhormat patut sedarkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang membentuk Kerajaan Negeri Terengganu, buatlah betul-betul sepertimana Yang Berhormat cakap tadi. Itu yang pertama. Yang kedua, saya hendak tanya Yang Berhormat, Yang Berhormat juga orang yang arif, orang yang sudah lama berpengalaman dalam politik, bercakap mengenai dengan demokrasilah, apa bendalah. Hari ini, Yang Berhormat cuba hendak bagi satu kuliah demokrasi. Saya berterima kasih. Tetapi, saya ingat tadi Yang Berhormat bercakap mengenai kebebasan dan Yang Berhormat bersetuju kebebasan tanpa had adalah kebebasan yang tidak baik. Saya ingin bertanya, Yang Berhormat sudah ada kebebasan untuk mengeluarkan buletin akhbar parti? Apakah ini tidak ada etika? Dalam erti kata sehingga membenarkan, saya tidak tahulah siapa editor, membenarkan buat kartun khinzir Mahathir. Jadi, nama itu pun Mahathir. Apakah menyamakan babi itu. Ini, kita orang Islam, kita bercakap atas demokrasi Islam, kebebasan dan sebagainya. Jadi, bila beri kebebasan inilah PAS. Inilah Yang Berhormat bercakap tidak serupa bikin. Saya berterus-terang, saya katakan ini. Bukan saya tidak katakan Yang Berhormat tidak mempunyai hak untuk menubuhkan parti Yang Berhormat, berhak. Tetapi, mestilah hormati prinsip-prinsip demokrasi, prinsip etika tadi. Perkara yang ketiga yang saya hendak tanya Yang Berhormat, Yang Berhormat juga orang yang arif dalam soal ini iaitu mengenai dengan AUKU. Tadi saya dengar “Akujanji, Aku Menyekat, orang yang dahulu lebih baik daripada sekarang”. Sekarang, penuntut-penuntut universiti saya kira mereka lebih meningkat, sama sahaja. Jadi, soal AUKU ini, tahukah Yang Berhormat apa itu AUKU? Kalau tidak silap saya, ahli-ahli dalam Dewan ini yang meluluskan AUKU. Ini Akta Universiti dan Kolej Universiti. Kalau kita buang akta, Yang Berhormat boleh cadangkan dalam Dewan ini. Kalau kita buang akta itu hari ini, kita tutup semua universiti, IPTA, boleh. Beberapa Ahli Pembangkang: Elehhh…!! Seorang Ahli: Memang suruh buang. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir: Bila sebut AUKU, ini akta yang membolehkan kepada penubuhan universiti. Jadi, Yang Berhormat juga tidak betul. Jadi, cakap pasal AUKU, Akujanji, inilah saya rasa mintalah Yang Berhormat terus-terang sahajalah mengenai dengan pindaan Perlembagaan ini, persempadanan pilihan raya ini, cakap terus- terang. Tidak usah dok pergi bawa ini, tidak betul punya. Terima kasih Yang Berhormat bagi Dungun yang memberi izin kepada saya menyoal sedikit. Terima kasih. Beberapa Ahli: [Menyampuk] Dato’ Mustafa bin Ali: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya. Saya perlu membuat penjelasan tentang perkara-perkara yang dibangkitkan itu. Yang pertama tentang AUKU dulu. Saya sudah sebut, baru sekejap saya sebut. Saya tidak menyebut bahawa ianya dihapuskan sama sekali. Saya menyebut kaji balik di mana-mana yang menyekat kebebasan itu yang itu tarik dan yang mana perlu kita kekalkan, tapi beliau pun tidak dengar. Itu pun barangkali waktu tadi pun lepas Perdana Menteri keluar baru berani bangun. Itu pun saya hairan juga. [Ketawa]. Jadi saya tidak tahulah sama ada ada Akujanji juga selama Perdana Menteri ada, jangan tanya. Jangan menampakkan kebodohan kita misalnya. Itu barangkali [Ketawa]. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, perkara yang disebutkan berhubung dengan Harakahlah, terus terang kartun khinzir, SAR dan dihubungkan dengan SARS, terus terang saya mengakui bahawa saya sebenarnya pengerusi kepada Harakah dan saya tidak pernah pun sampai hari ini saya belum tengok akhbar itu melainkan diberitahu kepada saya bahawa adanya satu siaran yang seperti itu. Saya tidak setuju.dan sebab itu saya dan Pemangku Presiden PAS sendiri, Ketua Pembangkang mengarahkan kepada Harakah ini tidak baik dan perlu ditarik balik dan perlu dihormati. Dan kami minta maaf perkara-perkara yang silap dilakukan. Tidak boleh hendak disalahkan semata-mata kerana kami pemimpin, apa yang dilakukan oleh orang bawah kami semuanya bertanggungjawab sepenuhnya. Memang

28 DR.24.6.2003 kami tanggungjawab, sebab itu kami minta maaf. Kalau hendak dikira demikian, Tuan Yang di-Pertua, … Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Shah Alam. Dato’ Mustafa bin Ali: Nanti dahulu, selepas saya habis Dato’ Ir Mohd. Zin bin Mohamed: Berilah cakap. Dato’ Mustafa bin Ali: Saya akan bagi, saya akan bagi insya-Allah. Hendak terangkan ini. Dato’ Ir Mohd. Zin bin Mohamed: Ini soal Harakah. Dato’ Mustafa bin Ali: Kalau hendak dikira, Tuan Yang di-Pertua, pemimpin- pemimpin UMNO yang ditangkap di bawah ISA kerana terlibat dengan komunis, termasuk timbalan menteri dalam kerajaan, termasuk Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, iaitu Sidek Ghows. Adakah kita hendak menyalahkan Perdana Menteri menyimpan komunis di pejabatnya? Adakah kita hendak menyimpan Timbalan Menteri yang sekarang ini menjadi Ketua Editor kepada NST? Jelas ditahan di bawah ISA. Hendak salahkan Perdana Menteri? Apa yang dibuat oleh orang bawah tidak semuanya diketahui oleh kita. Jadi sebab itu adalah adil bahawa setelah kita minta maaf maka perlulah kita mengambil kira. Tetapi pemimpin-pemimpin UMNO tidak pernah meminta maaf tentang kesalahan yang mereka lakukan. Kita lebih terbuka sebenarnya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kuala Kedah. Tuan Mohamad bin Sabu: Yang Berhormat Dungun, kejadian dalam Harakah itu semua telah diketahui dan Pemangku Presiden PAS telah mengambil tindakan. Soalnya di sini, kita ada CD di sini bagaimana ceramah bertembung di Melaka, Ketua Menteri Melaka telah mengisytiharkan Lim Kit Siang kafir harbi. Kafir harbi ini kafir yang boleh dibunuh dan oleh kerana Haji Hadi berpeluk dengan Lim Kit Siang maka Haji Hadi kafir. Ini disaksikan oleh beribu manusia dan sekarang pula CD pula teredar. Apa tindakan pemimpin UMNO, pemimpin kerajaan terhadap seorang yang mengisytiharkan Lim Kit Siang kafir harbi iaitu kafir yang boleh dibunuh oleh orang Islam? Yang kedua mengisytihar Haji Hadi kafir kerana memeluk Lim Kit Siang yang diisytihar kafir harbi. Minta Dungun tolong ulas sedikit cakap-cakap seperti ini. Dato’ Mustafa bin Ali: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pertamanya bukan sahaja kenyataan-kenyataan seperti itu tidak beradab sebenarnya, tapi menyalahi dari segi kaedah hukum dalam Islam itu sendiri. Tapi oleh kerana kita fahamlah Ketua Menteri Melaka ini bukan reti pun tentang agama. Jadi sebab itu dia boleh keluar apa sahaja dia hendak cakap. Kalau banding dengan rakan saya Setiausaha Parlimen Pendidikan, pandai dialah daripada Ketua Menteri Melaka, pandai dia sedikitlah sekurang-kurangnya. [Ketawa]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Shah Alam. Dato’ Ir Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat. Kita bincang berkenaan Rang Undang-undang ini cakap tentang soal penyuburan demokrasi dan kebebasan, tetapi nampaknya Yang Berhormat sendiri - dengan izin - abuse kebebasan ini. Tadi Yang Berhormat kata tentang soal prinsip kebertanggungjawaban ini. Sudah tahu yang Harakah punya karikatur ini - yang ‘membabikan’ orang ini - Yang Berhormat kata Timbalan Presiden PAS Yang Berhormat sendiri pun minta maaf. Tapi saya hendak tanya Yang Berhormat kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS bahawa kesilapan itu satu kebiasaan. Jadi mengkafirkan orang, memfitnahkah orang, membabikan orang satu kebiasaan. Itu satu kebiasaankah? Itu prinsip diakah? Yang Berhormat cakap tentang kebebasan, abusing kebebasan, abusing ruang yang ada, mengkafirkan. AKUJANJI ini, mana ada terdapat dalam AKUJANJI yang diminta dari kakitangan kerajaan supaya menyokong Barisan Nasional, menyokong UMNO? Habis Yang Berhormat kata kalau sokong, kalau pangkah UMNO jadi kafir, jadi kalau pangkah PAS dengan KEADILAN, apa? Masuk syurga? Itu dia kebebasan. Apa perkara yang biasanya? Melakukan kesilapan sebagai satu perkara yang biasa. Saya tidak faham. DR.24.6.2003 29

Yang Berhormat tanya kepada Timbalan Presiden, melakukan kesilapan itu satu perkara biasa. Adakah mengkafirkan orang UMNO satu perkara biasa? Dato’ Musatafa bin Ali: Inilah contoh-contoh kejahilan yang dipunyai oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Dato’ Ir Mohd. Zin bin Mohamed: Inilah dia kebodohan! Jahil! Orang cakap kebodohan, lain orang cakap jahil. Dato’ Musatafa bin Ali: Mereka mengatakan sesuatu yang tidak benar. Dato’ Ir Mohd. Zin bin Mohamed: Mengkafirkan orang adalah satu perkara yang biasa? Inilah jahil! Dato’ Musatafa bin Ali: Sabarlah sedikit. Saya bagi ruang untuk minta penjelasan, saya bagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, panjang lagi? Dato’ Musatafa bin Ali: Panjang lagi, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah dekat satu jam berucap. Dato’ Musatafa bin Ali: Berapa jam beri kepada saya, Tuan Yang di-Pertua? Tiada had kan? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cuma hendak ingatkan satu jam. Dato’ Mustafa bin Ali: Baik, terima kasih. Saya ini pasal banyak gangguan Tuan Yang di-Pertua, jadi itulah. Saya hendak balik semula kepada apa yang disebut oleh Shah Alam tadi. Kenyataan-kenyataan yang dibuat itu tidak benar sebenarnya. Kita mengakui bahawa, …[Disampuk] nanti dahulu saya hendak jelaskan, nanti saya jelaskan dahulu. Saya belum lagi menjelaskan. Saya baru hendak menjelaskan berhubung dengan Harakah. Harakah sudah berapa tahun, hampir 20 tahun dan kali ini yang keluar seperti itu. Itu bukan satu kebiasaan, tetapi suatu yang berlaku dan kita minta maaf. Apa yang disebut oleh Timbalan Presiden memang kesilapan itu sesuatu yang dihadapi oleh manusia. Manusia semua buat silap. Sebab itu bila kita sedar kita buat silap, kita minta maaf. Cuma pemimpin UMNO sahaja silap pun tidak minta maaf. Itu yang jadi pertikaian kepada kita. Jadi sebab … Tuan Kerk Kim Hock: Yang Berhormat Dungun ya, saya bukan orang Islam tetapi saya dengar apa itu kafir harbi. Saya hendak tanya nasihat dari Yang Berhormat Dungun, bolehkah ini menjadi satu kes yang telah melanggar akta hasutan dan sekiranya Parti DAP membuat laporan polis adakah Yang Berhormat Dungun begitu yakin bahawa polis akan ambil tindakan? Baru-baru ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Menteri telah mengatakan bahawa dalam siasatan polis ada gangsterism dalam Parti MCA, walaupun Presiden MCA telah mengatakan nama seorang ketua kongsi gelap yang disebutkan dalam surat adalah ahli MCA. Dan bagaimana siasatan telah mengatakan tidak ada pun sesiapa dalam MCA menjadi ahli kongsi gelap? Jadi saya kadang-kadang pun tidak berkeyakinan bahawa siasatan boleh membawa hasil yang betul. Jadi saya minta apakah pandangan Yang Berhormat? Dato’ Mustafa bin Ali: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya setuju bahawa saudara Yang Berhormat dan DAP berhak untuk membuat laporan polis, tetapi tentang siasatan itu saya tidak jaminlah. Itu kena tanya pihak kerajaanlah. Tapi berdasarkan kepada track record saya sangsi bahawa perjalanan akan diambil. Satu contoh yang amat nyata, Tuan Yang di-Pertua, suatu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang dalam satu ucapannya di Kelantan. Berucap malam ini, akhbar melaporkan. Ada orang membuat laporan polis, dalam masa seminggu penyiasatan telah dibuat. Sedangkan laporan mengenai Menteri Besar Selangor yang lain-lain bertahun-tahun tidak disiasat. Jauh. Jadi sebab itu ini bukan sahaja kita selalu menyebut sebagai selective

30 DR.24.6.2003 prosecution, sekarang ini selective investigation pun berlaku . Pilih-pilih tengok mana yang perlu disiasat, mana yang tidak perlu disiasat. Jadi, sepatutnya hal-hal yang seperti ini juga satu perkara yang perlu diambil oleh pihak kerajaan sendiri supaya terlihat bahawa keadilan dalam melakukan penyiasatan, pendakwaan itu dapat dilihat oleh rakyat bahawa ini salah satu daripada ciri-ciri yang kita kehendaki dalam sistem demokrasi dan kebebasan yang wujud dalam negara kita sekarang. Tuan Yang di-Pertua, saya tadi hampir menyebut tentang apabila menyebut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ada lagi beberapa akta yang membendung kebebasan rakyat dan mereka yang berkenaan ini untuk bersuara, termasuk di antaranya ISA. Memang isu lama, tetapi isu lama yang tidak pernah mendapat respons daripada pihak kerajaan sendiri. Ada yang telah dibebaskan, terima kasih, tetapi ada yang belum dibebaskan. Sama ada yang dibebaskan ini atas sifat barangkali murah hati Timbalan Perdana Menteri kerana beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri ini, saya tidak tahu, tetapi sebahagian daripada kita telah dibebaskan sekarang. Tetapi sebahagian masih wujud dan Akta Rahsia Rasmi misalnya, Akta Printing Press, yang semuanya sebenarnya mengekang kebebasan yang dipunyai oleh rakyat. Semua akta ini perlu dikaji semula. Saya tidak pernah menyatakan bahawa mesti dimansuhkan sekali gus tetapi dikaji semula. Ada pun tentang ISA kita minta ianya dihapuskan sama sekali. Ada pun yang lain-lain kerana ia terlibat dengan beberapa perkara, perlu dikaji dengan sewajarnya supaya ianya boleh kita mendapatkan satu kebebasan dan keadilan. Berkaitan dengan ini misalnya, satu contoh yang berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri yang telah dikenakan hukuman. Sepanjang yang saya lihat, hukuman- hukuman ini bila berlaku beberapa kes perjalanan hukuman itu berlaku simultaneous, biasanya begitu dalam kes-kes - tetapi dalam kes ini ia tidak berlaku simultaneous tetapi secara berurutan, consecutive, habis satu sambung satu. Itu pun waktu habis satu hukuman, tidak dibenarkan untuk keluar pun daripada tahanan penjara. Dan, kes-kes yang menghadapi rayuan pun tidak pernah diberikan kebebasan yang seperti ini. Ini suatu ketidakadilan yang sangat nyata dilakukan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, apa lagi dalam kes-kes yang kita sangat maklum. Hendak berubat pun di luar negara, sedangkan itu suatu hak kemanusiaan yang sepatutnya diberi, sampai hari ini tidak diberikan kepada beliau. Saya yakin ini bukan masalah yang berkait dengan perundangan ataupun apa, tetapi semata-mata ini berkait dengan politik, kerana bimbang bahawa ada cakap-cakap menyatakan kalau kita benarkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini keluar negara, dia tidak akan pulang lagi. Saya boleh beri jaminan setelah saya mengenali beliau bahawa dia akan pulang ke negara ini setelah melakukan perubatan kerana negara ini negara beliau sendiri, tanah tumpahnya dan dia akan terus berjuang. Macam mana seorang pejuang akan meninggalkan tanah air, tidak mungkin demikian. Saya ada dengar daripada Yang Berhormat bagi Kemaman, kalau takut tidak balik, dia bersedia untuk menjadi tebusan sebenarnya. Biar beliau menjadi tebusan, ramai lagi yang sedia untuk menjadi tebusan sebenarnya. [Disampuk] Saya harap boleh timbang perkara ini. Mungkin kerana masalah-masalah peribadi di antara PM dengan TPM suatu ketika dahulu, dengan perubahan-perubahan yang berlaku ini, mudah-mudahan PM yang baru ini akan berfikir secara lebih saksama, tetapi walau bagaimanapun sesama kita kena tunggu lepas Oktober, insya-Allah, sebab sebelum Oktober ini masih belum berhenti, lepas Oktober ini, kalau ada pun pertimbangan-pertimbangan yang wajar boleh diberikan kepada kawan kita semua sebenarnya, sahabat kita semua, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. [Tepuk] Saya harap ini ada dalam kepala dan pemikiran bakal Perdana Menteri yang ada dalam Dewan ini. Insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh kepada soal kebebasan juga yang wujud dalam negara kita ini dan saya akan pergi lebih fokus kepada beberapa pindaan yang dikemukakan dalam Perkara 46 yang dikemukakan di dalam Dewan olah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya suka memaklumkan lebih dahulu bahawa saya akan DR.24.6.2003 31 mengemukakan suatu pindaan kepada cadangan pindaan Perlembagaan ini dalam masa peringkat Jawatankuasa dan oleh kerana itu saya akan menyebut dahulu perkara-perkara yang menjadi hujah-hujah kenapa pindaan itu perlu dilakukan dan perlu dibuat supaya peringkat Jawatankuasa nanti saya tidak akan perlu untuk bercakap lebih panjang daripada apa yang diperlukan. Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya suka menyebut dahulu dalam konteks demokrasi kita ini bahawa demokrasi kita yang memungkinkan kita menerima pindaan yang menambah bilangan kerusi ini kerana kita memakai sistem yang berdasarkan kepada constituency-based, ertinya pilihan kepada Ahli Parlimen berdasarkan kepada kawasan pilihan raya. Ada satu sistem lagi yang dinamakan proportional representation, yang ini tidak memerlukan kepada kawasan-kawasan tertentu itu diubah dan dipinda beberapa kali oleh kerana Ahli Parlimen yang dilantik itu tidak direct menjadi wakil rakyat yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat yang dipimpin. Dalam hal ini, sebagai satu perbandingan misalnya, tugas Ahli Parlimen – tadi kita mendengar beberapa hujah yang dikemukakan oleh Perdana Menteri bahawa pindaan- pindaan ini wajar untuk memudahkan Ahli Parlimen bertugas di mana kawasannya luas, maka pengundinya tidak begitu ramai sebagaimana kawasan yang sempit. Hujah juga dikemukakan kenapa negeri-negeri yang tertentu tidak menerima tambahan langsung kerana SPR merasakan sesuai dan padan dengan tidak ada tambahan itu. Sebagai satu panduan, salah satu perbandingan misalnya, tugas Ahli Parlimen secara asasinya dalam konteks negara kita Malaysia ini ada dua - yang pertama sebagai legislator, yang bersama-sama menggubal undang-undang dalam Parlimen. Yang keduanya untuk berkhidmat kepada rakyat. Dalam negara-negara tertentu Ahli Parlimennya hanya sebagai legislator, jadi mereka tidak berkhidmat secara langsung dengan rakyat. Negara Indonesia misalnya, banyak ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mereka itu sebagai legislator yang tidak ada kawasan-kawasan yang tertentu tetapi dalam negara kita, perhitungan bilangan rakyat, perhitungan luas kawasan, adalah perhitungan-perhitungan yang mesti diambil kira secara saksama oleh pindaan yang sedang kita bahaskan dan akan kita luluskan. Khusus dalam pindaan-pindaan yang dibuat ini, ada beberapa approaches dan pendekatan yang dilakukan. Beberapa pendekatan yang dilakukan itu termasuk ianya sangat tertumpu kepada soal jumlah penduduk dan jumlah pengundi di dalam satu-satu kawasan. Antara pendekatan yang diambil, yang biasanya, pertimbangan untuk menaikkan ataupun menambah bilangan kerusi itu salah satu daripadanya dengan melihat pertambahan penduduk dan pengundi daripada pertambahan sewaktu ianya dilakukan pada masa yang telah lalu dan pertambahan dibandingkan dengan yang ada sekarang ini. Itu dilihat daripada approach, pendekatan pertambahan-pertambahan yang dibuat pada masa ini. Misal kata, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita mengambil purata pertambahan- pertambahan penduduk dibandingkan dengan last exercise yang dibuat oleh SPR dalam tahun 1994, dan sekarang ini kita dalam tahun 2003, hampir 10 tahun.

NEGERI PERTAMBAHAN PEMILIH (%)

Perlis 12.00 Kedah 17.18 Kelantan 16.23 Terengganu 21.76 Pulau Pinang 23.54 Perak 08.84 Pahang 21.34 Selangor 44.18 Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan) 24.93

32 DR.24.6.2003

Kita boleh lihat senarai-senarai ini sebagaimana yang disediakan oleh SPR:

NEGERI PERTAMBAHAN PEMILIH (%)

Negeri Sembilan 20+ Melaka 23+ Johor 24 Sabah 24.75

Berdasarkan tambahan ini, Johor misalnya yang menerima tambahan 24.53% mendapat tambahan enam kerusi. Perak yang menerima tambahan penduduk 8.8% dibandingkan tahun 1994 dengan yang baru ini, mendapat 1%. Satu tahun satu kerusi. Sedangkan Kedah yang menerima tambahan penduduk sebanyak 17.18%, kosong tambahannya. Kelantan yang mengalami pertambahan 16.23%, kosong tambahannya. Terengganu yang mengalami pertambahan 21.76%, kosong pertambahannya. Pulau Pinang yang mengalami pertambahan 23.54%, mendapat 2%. Jadi, ini dilihat 2 kerusi. Taburan-taburan yang dibuat ini menggambarkan, kalau tambahan penduduk itu sebagai satu asas, maka kita telah membelakangi asas yang kita sebut bahawa pertambahan penduduk itu memberikan pertambahan kerusi sebagaimana yang kita kehendaki. Saya menyebut asas-asas ini sebelum saya membuat hujah saya. Kemudian, approach dari segi pertambahan penduduk. Kita mengambil sekarang ini, diambil sebagai purata penduduk bagi satu-satu negeri. Perlis mengalami purata sebelum daripada 1994 sebanyak 32,660, sekarang ini puratanya sebanyak 36,583. Kedah, purata bagi setiap kawasan, dengan 15 tidak ada tambahan, 52,796. Kelantan, purata bagi 14 kawasannya, 46,829. Terengganu dengan lapan Parlimen, puratanya 51,432. Pulau Pinang dengan 13 kawasannya, puratanya 50,000 dan seterusnya Perak, puratanya 47,000. Pahang dengan pertambahan 14 ini, puratanya 39,594, tidak sampai pun 40,000. Demikianlah negeri-negeri yang lain dan saya hendak tunjuk kerana pertambahan yang banyak berlaku bagi negeri Johor sebanyak enam kerusi dan purata bagi negeri Johor dengan 26, campur pertambahan, puratanya ialah 47,059 orang penduduk. Dalam exercise yang dilakukan pada masa-masa yang telah lalu, ada dua benchmark yang digunakan iaitu ukuran bagi sebuah negeri yang dianggap urban, ertinya negeri bandar. Yang keduanya negeri yang dianggap luar bandar. Dalam hal ini, dua benchmark yang saya hendak gunakan ini, Johor sebagai benchmark bagi negeri-negeri yang bandar termasuk Perak, Selangor dan lain-lain dan Pahang, saya gunakan ini sebagai benchmark bagi negeri-negeri luar bandar. Kalau diambil benchmark ini, maka Pahang yang mempunyai pertambahan daripada 11 kepada 14 kerusi, mempunyai purata penduduk sebanyak 39,594. Negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis yang kita anggap sama taraf dengan Pahang sebagai negeri-negeri luar bandar mempunyai purata yang jauh lebih tinggi daripada apa yang dialami oleh Pahang. Oleh kerana itu, kita mencadangkan dalam pindaan nanti akan saya sebutkan dalam peringkat Jawatankuasa, sekalipun negeri Kedah ditambah daripada 15 kepada 17 dengan tambahan dua kerusi, puratanya menjadi 46,585, lebih tinggi daripada purata bagi negeri Pahang. Negeri Kelantan daripada 14 kalau kita tambah kepada 16, puratanya akan menjadi 40,975, jauh lebih tinggi daripada negeri Pahang. Terengganu daripada lapan menjadi sepuluh, kita tambah dua, puratanya akan menjadi 41,145 orang, jauh lebih tinggi daripada negeri Pahang. Perlis juga kita mencadangkan satu tambahan supaya menjadi empat, memang puratanya menjadi 27,438, puratanya kita tarafkan sama seperti Sabah dan Sarawak, maka puratanya masih boleh dipertahankan. DR.24.6.2003 33

Kemudian, tambahan juga kita cadangkan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur daripada 11 tambah satu menjadi 12, maka purata bagi Wilayah Persekutuan ialah 55,353, masih tinggi daripada negeri Johor. Bagi Melaka, kita cadangkan supaya daripada enam menjadi tujuh, puratanya masih juga 47,332, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Jadi, pendekatan-pendekatan yang…. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kemaman. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih Yang Berhormat bagi Dungun. Saya ingin memperingatkan bahawa pada tahun 1994 apabila persempadanan baru ini dilakukan, pada negeri Terengganu sudah dicadangkan untuk pertambahan dua kerusi iaitu kerusi Parlimen Kerteh dan Padang Miding, tetapi pada waktu itu kepimpinan UMNO Negeri Terengganu menolak cadangan ini. Ini bermakna di negeri Terengganu tidak ada pertambahan kerusi semenjak tahun 1986 lagi. Jadi, minta pandangan Yang Berhormat. Dato’ Mustafa bin Ali: Memang Tuan Yang di-Pertua, untuk respons kepada Yang Berhormat bagi Kemaman, negeri Terengganu ini adalah antara negeri yang paling malang dari sudut pertambahan. Pertambahan yang terakhir berlaku pada tahun 1983, 20 tahun yang telah lalu, daripada tujuh menjadi lapan. Pada 1994, tidak ada tambahan sama sekali dan apa lagi yang ini pun sedangkan pertambahan sebagaimana yang telah saya sebutkan itu. Malah, sama ada kita melihat ini sebagai satu cadangan daripada SPR sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebenarnya sebelum daripada persempadanan ini dibuat, pihak Pengerusi SPR telah pun menemui Menteri-menteri Besar di seluruh negara kita dan Ketua Menteri, melihat dan memaklumkan kepada Ketua Menteri ataupun Menteri Besar, iaitu cadangan pada pandangan SPR, kerusi Parlimennya perlu ditambah sedemikian, maka negeri hendaklah bersedia untuk menambah bagi Dewan Undangan Negeri. Tuan Yang di-Pertua, bagi negeri Terengganu, memang sudah ada pandangan, memang tidak rasmi diberikan pandangan itu yang diberikan oleh, saya rasa ini tidak tertakluk kepada mana-mana akta yang saya hendak sebut ini, SPR pernah memberi pandangan bahawa Terengganu seharusnya menerima dua tambahan kerusi Parlimen sebelum daripada persempadanan baru dibuat. Dan kita telah bersiap sedia untuk menambahkan bilangan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri, tetapi sangat malang bahawa apa yang dicadangkan itu tidak berlaku. Sama ada SPR boleh mencadangkan dan kuasa itu ada pada SPR, memang kuasa untuk menambah ada kepada Parlimen ini dan sebab itu, Parlimen hari ini perlu memikirkan semasak-masaknya pindaan-pindaan yang dikemukakan ini dengan mengambil kira….. Tuan Mohamad bin Sabu: Dungun! Dato’ Mustafa bin Ali: Ya. Tuan Mohamad bin Sabu: Sekali lagi saya ingin bertanya Yang Berhormat bagi Dungun. Dahulu dalam perbahasan yang lepas, saya sudah timbulkan, apa logiknya SPR buat kerja macam ini? Misalnya kawasan paling miskin dalam Malaysia, daerah Baling. Pengundi 72,000, purata Wilayah Persekutuan, pengundinya tidak sampai 60,000 satu Parlimen. Apa logiknya Kuala Kedah yang begitu ramainya orang miskin, pengundi 73,000, sedangkan pengundi-pengundi di kawasan maju di Selangor ini termasuk Kuala Selangor, tidak sampai pun 40,000. Jadi, SPR tidak payah had. Memang ini UMNO yang draw sebab kalau tambah kerusi Parlimen di Kedah. Sekarang kami ada 8 kawasan pembangkang, BN ada tujuh. Kalau ditambah, dibimbangi jatuh kepada pembangkang, maka tidak tambah. Walaupun melanggar garis panduan SPR, sosioekonomi, geografi dan jumlah penduduk, langgar semua asalkan memuaskan nafsu …. Seorang Ahli: UMNO! Tuan Mohamad bin Sabu: UMNO. Dan ini negeri yang tidak ditambah pula, minta maaf kalau kita bercakap hal kaum sedikit, kebetulan dalam empat negeri Melayu, yang tidak

34 DR.24.6.2003 ditambah kerusi Parlimen. Apa logiknya Yang Berhormat bagi Dungun hal ini, kalau kawasan Baling seramai 72,000 pengundi, dengan Wilayah Persekutuan yang pengundinya tidak sampai 60,000, apa logiknya yang SPR buat kerja macam ini? Yang kedua, Yang Berhormat bagi Dungun, barangkali SPR pun beri angka yang tidak betul sebab dia kata penambahan penduduk di Kelantan 16%, Perak 8% sedangkan RTM beritahu kita setiap malam rakyat Kelantan pindah. Jadi sama ada SPR betul atau RTM yang betul? Minta Yang Berhormat bagi Dungun beri penjelasan sedikit. Dato' Mustafa bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, banyak perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kuala Kedah, saya berterima kasih. Memang kalau hendak kira dari segi logiknya apa yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Kuala Kedah itu yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ini memang sangat tidak logik. Tadi pun baru sekejap Perdana Menteri sebut kawasan luar bandar, oleh kerana ianya luas, maka penduduknya tidak apa sedikit. Saya tidak hendak banding dengan Wilayah Persekutuan lagi, hendak banding sama dengan Darul Aman, kota dalam Kedah sendiri. Nama sekarang ini, nama yang baru ini, Kota Darul Aman. Luas Parlimen Baling 1,542.7 kilometer persegi. Keluasan Kota Darul Aman 109 kilometer persegi, yang ini 109, yang ini 1,500, berapa kali ganda, kita boleh kira. Jumlah penduduk pengundi Baling 72,000, bagi Kota Darul Aman 56,000. Kawasannya luas, pengundinya ramai, yang ini kawasannya sempit, pengundinya lebih sedikit, dalam perbandingan yang dibuat, ini tidak ada logik sama sekali. Dan memang kita mendengar pun, saya rasa setahun sebelum SPR mengemukakan cadangan persempadanan ini, sudah kita dengar bahawa negeri Johor akan menerima pertambahan enam kerusi. Saya tidak yakin dan saya tidak percaya bahawa ini boleh dilakukan tetapi rupanya apa yang dirancangkan oleh pemimpin UMNO itu berlaku. Ia tidak menyampingkan semua sekali, mengetepikan semua sekali segala kriteria yang digunakan dalam pertambahan kerusi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Dungun, boleh berhenti sekejap sebab saya ada Usul Peraturan Mesyuarat 12(1). Yang Berhormat Menteri, sila.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN YANG DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT 12.45 tgh. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim]: Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), maka inilah saya mencadangkan: “Bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diselesaikan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2003 dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan ke esok hari.” Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Majlis Mesyuarat disambung semula. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Dungun sila sambung. DR.24.6.2003 35

Dato' Mustafa bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, pihak pembangkang bukan sahaja menyatakan persetujuan untuk dilanjutkan ini, malah kalau pukul 12.00 atau pukul 2.00 pun kami tunggu malam ini, insya-Allah [Tepuk] Dan saya harap sebelah sana pun jangan baliklah. [Ketawa] Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Di sebelah sana itu yang kosong Dewan! Dato' Mustafa bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, ada gangguan yang tidak jelas tadi. Saya baru menyebut tadi response kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Kuala Kedah tentang ketidakadilan yang dilakukan dalam persempadanan ini dalam menentukan jumlah bilangan dibandingkan dengan jumlah pengundi. Memang terlalu lopsided dalam exercise yang dibuat ini. Malah saya rasa kadang-kadang terfikir bahawa ini semacam Skim SSB sebenarnya yang telah dimansuhkan jadi SSM sekarang ini. SSB dahulu dia ada pegawai dan kakitangan ini mana yang direkomenkan ada yang statik, ada mendatar, ada menegak, ada melintang berdasarkan kepada prestasi dan performance. Dalam kes ini, yang melintang, yang paling tinggi ialah negeri Johor, dapat enam kerana prestasinya mempertahankan UMNO. Yang statik ialah negeri Terengganu kerana tidak berjaya mempertahankan UMNO, tidak ada tambahan, [Ketawa] sama seperti SSB. Kalau kita lihat yang lain itu ada setengahnya ada yang mendatar, ada yang menegak, itu bergantung kepada sejauh mana mereka dapat mempertahankan UMNO di negeri masing-masing. Ini sama seperti itu sebagaimana SSB itu dimansuhkan menjadi SSM sekarang ini kita perlu masukkan ini juga. Pindaan ini perlu diterima insya-Allah, pindaan kepada pindaan yang akan dikemukakan ini supaya akan berlaku suatu keadilan, kesaksamaan yang munasabah supaya wakil rakyat yang dipilih, siapa pun wakil rakyat itu kita belum tentu dalam pilihan raya yang akan datang, sama ada datang daripada UMNO, PAS atau Barisan Nasional, itu kita belum tentu dan jangan Barisan Nasional menyangka dengan membuat pertambahan yang banyak misalnya di negeri Johor, di Selangor dan di negeri-negeri yang lain, tidak akan ada kemenangan bagi pihak selain daripada Barisan Nasional, jangan sangka begitu. Ini satu perubahan yang berlaku. Jadi sebab itu kita biarlah secara rasional dalam menambahkan bilangan-bilangan ini supaya menggambarkan kesaksamaan untuk memudahkan wakil rakyat yang dipilih itu untuk berkhidmat kepada rakyat dan kepada negara sekali gus. Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut tadi, apabila kita mencadangkan sesuatu kadang-kadang di sebelah sana dalam banyak keadaan melabelkan bahawa apabila kita mengatakan pertambahan bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis ini, ini negeri- negeri yang kuat PAS, bukan begitu. Sebab itu kita juga mencadangkan supaya tambahan ini berlaku kepada negeri Melaka, yang PAS tidak ada pun walaupun satu kerusi Parlimen ataupun negeri. Kita mencadangkan juga bagi Wilayah Persekutuan, tambahan satu selain daripada tambahan kepada empat negeri yang tidak menerima tambahan sama sekali, ini cadangan kita yang rasional berdasarkan kepada apa yang kita fikirkan. Mungkin ada lagi barangkali kalau kita lihat ada lagi kekurangan yang nantinya boleh ditunjukkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat yang lain. Jadi sebab itu, pendekatan yang digunakan, yang telah saya sebutkan tadi bahawa dari sudut penambahan bilangan pengundi daripada persempadanan yang lepas kepada yang sekarang itu mesti menjadi salah satu pertimbangan. Pertimbangan purata seharusnya menjadi suatu pertimbangan dan bahawa untuk memudahkan wakil rakyat yang dipilih ini untuk melaksanakan tugas mereka itu perlu diberikan pertimbangan. Malah kalau saya boleh baca dalam Jadual Ketiga Belas, ini pandangan daripada SPR sendiri, garis panduan yang diberikan iaitu dalam Perkara 1D di dalam laporan persempadanan yang dibuat oleh SPR, saya quote: “Purata pemilih dalam semua bahagian pilihan raya hendaklah hampir sama melainkan bagi kawasan-kawasan luar bandar, penekanan ataupun pewajaran, weightage hendaklah juga diberi kepada keluasan kawasan pilihan raya itu bagi tujuan meringankan beban wakil rakyat yang dipilih untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.”

36 DR.24.6.2003

Ini suatu perkara yang dicadangkan, pandangan yang diberikan oleh SPR sendiri tetapi semua pandangan ini tidak diterima pakai ataupun tidak dipakai oleh SPR sendiri. Saya tidak tahu di manakah letaknya walaupun kita merasa yakin bahawa pengaruh yang paling besar ialah di kalangan pemerintah sendiri yang menghendaki bahawa pindaan dilakukan berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang mereka sendiri kehendaki. Saya telah menyebut tadi bahawa kebimbangan mereka berdasarkan kepada politik, sebab itu kesimpulan yang saya buat, pindaan hanya 25 kerusi ini bagi seluruh negara pada waktu ini lebih dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan politik tanpa menafikan bahawa ada pertimbangan-pertimbangan lain yang digunakan sama. Saya tidak menafikan pertimbangan lain tetapi pertimbangan politik mengatasi pertimbangan yang lain dalam beberapa negeri yang saya sebutkan tadi. Oleh sebab itu saya kadang-kadang tidaklah hendak mempersalahkan SPR sangat dalam beberapa keadaan kerana dalam perbincangan-perbincangan kita yang kita buat. SPR dalam perbincangan agak telus tetapi dari segi pelaksanaannya kita lihat bahawa tidak setelus sebagaimana dalam perbincangan, misalnya. Malah mungkin ada orang yang mempersoalkan bahawa persempadanan telah dibuat, kenapa kita hendak pinda lagi? Mengapa mengubah lagi persempadanan yang telah dibuat? Pindaan Perlembagaan mengatasi persempadanan yang dilakukan. Sebab itu kalau pindaan kepada pindaan ini diluluskan, 25 tambah angka yang saya sebutkan tadi, SPR perlulah membuat satu persempadanan baru dan SPR telah menyatakan kepada kami, itu tidak menjadi masalah kerana SPR mempunyai tanggungjawab untuk berbuat demikian. Jadi sebab itu, kalaupun pihak penyokong kerajaan hendak menghujahkan bahawa apa yang kami kemukakan ini tidak wajar, gunakan hujah-hujah yang munasabah, hujah-hujah yang rasional tetapi jangan menggunakan hujah-hujah yang berdasarkan kepada sentimen dan kepada politik. Pertama kali saya harapkan bahawa biarlah penyokong-penyokong kerajaan jangan terikut sangat dengan disiplin apabila melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian sebab ini adalah untuk kepentingan demokrasi, untuk kepentingan kita semua, Ahli-ahli Parlimen yang akan datang ini dalam melaksanakan tugas masing-masing. Suatu contoh, Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini beberapa cadangan yang dikemukakan oleh SPR sendiri kerana sindrom akujanji ini telah melarat dan telah pun sampai kepada SPR sendiri. Sindrom akujanji ini pernah dicadangkan, beberapa ketika yang telah lalu keluar dalam surat khabar bahawa calon parti yang masuk bertanding kena buat akujanji dan calonnya juga kena buat akujanji. Kemudian ada pula akujanji yang perlu dibuat lagi. Ini cadangan. Kemudian cadangan untuk ada jawatankuasa atau pemantau dari sudut pilihan raya yang akan diadakan pada masa-masa yang akan datang. Ini yang disediakan oleh SPR, Tuan Yang di-Pertua. Akujanji parti politik, tidak pernah berlaku dalam demokrasi mana-mana pun tetapi pernah dicadangkan berlaku di Malaysia, sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Kita akui bahawa demokrasi masih wujud di Malaysia sebagaimana yang saya katakan pada awal-awal lagi. Dengan segala keterangan tentang tatasusila dan sebagainya kami bincang perkara ini semua parti politik dipanggil daripada pihak kerajaan dan daripada pihak pembangkang pun dipanggil dan kami telah memberikan pandangan kami. Kami kata akujanji ini tidak perlu, kami tolak. Cukup peraturan-peraturan yang telah ada dan nampaknya, alhamdulillah, SPR menerima dan memberi jaminan bahawa akujanji ini tidak akan dipakai dalam pilihan raya yang akan datang. Kita selidik pasal apa, rupanya UMNO sendiri pun tidak setuju juga dengan akujanji ini. Kalau UMNO barangkali setuju dengan akujanji ini, mungkin lepaslah barangkali. Ertinya weight yang diberikan oleh pemimpin UMNO itu kuat dalam menentukan sesuatu. Mungkin yang lebih takut kepada akujanji ini ialah pemimpin UMNO sendiri sebab mereka yang banyak melakukan kesalahan dalam pilihan raya. Ini yang menyebabkan itu. Jadi sebab itu, contoh yang saya hendak sebutkan bahawa dalam banyak perkara yang berkait dengan SPR yang seharusnya bebas, banyak yang dipengaruhi oleh pemimpin- pemimpin kerajaan terutama sekali pemimpin UMNO dan sebab itu kita mengharapkan bahawa gangguan-gangguan yang seperti ini kerana SPR adalah satu badan bebas yang DR.24.6.2003 37 seharusnya diberikan kebebasan itu. Jangan kita ganggu terlalu banyak, biarlah mereka melakukan kerja yang sepatutnya mereka lakukan itu mengikut kewajaran kajian-kajian yang mereka buat. Tuan Yang di-Pertua, saya juga meminta supaya pertimbangan-pertimbangan perlu dilakukan dalam satu perkara yang kita setuju kerana ini ada hubung kait dengan perjalanan pilihan raya, perjalanan demokrasi iaitu berhubung dengan pasukan pemantau yang dicadangkan oleh SPR. Pada dasarnya kami menerima pasukan pemantau ini diwujudkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Dato' Mustafa bin Ali: Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Adakah ucapan Yang Berhormat akan selesai sebelum pukul 1.00 atau pada pukul 1.00? Dato' Mustafa bin Ali: Saya rasa tidak selesai dalam masa empat lima minit lagi, tidak selesai. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak dapat, ya. Dato' Mustafa bin Ali: Tidak selesai. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Berapa lama lagi diperlukan? Dato' Mustafa bin Ali: Mungkin saya rasa dalam setengah jam lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Setengah jam. Ya. Ya. Dato' Mustafa bin Ali: Boleh saya teruskan? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, teruskan. Dato' Mustafa bin Ali: Ya, saya teruskan sebab kita hendak sitting sampai sampai malam, Tuan Yang di-Pertua [Disampuk] [Dewan riuh]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya anggap ramai Ahli Yang Berhormat juga ingin mohon berucap. Jadi saya mintalah kalau boleh beri peluang kepada mereka. Dato' Mustafa bin Ali: Ya. Ya, saya teruskan. Memang selepas ini pun tidak ada yang akan bercakap panjang saya rasa, Insya-Allah. Saya kaitkan ini sebab ada pindaan yang akan saya kemukakan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Silakan sekarang. Dato' Mustafa bin Ali: Saya baru hendak masuk kepada pandangan kami berhubung dengan pasukan pemantau yang dalam pertemuan dengan yang kami buat dengan SPR, di antara beberapa perkara yang kami kemukakan, kami menolak akujanji parti politik ini tetapi kita menerima bahawa perlu adanya suatu pasukan pemantau. Cumanya struktur pemantau itu perlu diubah suai supaya pemantau ini akan menjadi suatu badan yang betul-betul dapat membantu SPR dalam melaksanakan tugasnya. Selalu juga dalam sesetengah negara diadakan apa yang dinamakan election watch. Election watch ini sebagai pemerhati politik atau pemantau politik..... pemantau pilihan raya, maaf. Dalam pasukan pemantau ini apa yang saya difahamkan akan dimasukkan di antara lain di samping SPR sendiri atau pihak polis dan ada wakil daripada parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya itu untuk melihat perilaku calon-calon dan perjalanan pilihan raya. Kalaupun pasukan pemantau ini tidak kita laksanakan, saya mencadangkan supaya badan-badan yang bebas - walaupun tidak sepenuhnya bebas, saya akui - tetapi sekurang-kurangnya secara comparative lebih bebas daripada setengah-setengah badan, antaranya yang saya cadangkan supaya dimasukkan dalam pasukan pemantau ini ialah

38 DR.24.6.2003

SUHAKAM dan wakil daripada NGO yang biasanya NGO ini akan melihat perjalanan pilihan raya ini tanpa bias kepada mana-mana pihak, sama ada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Ertinya, pasukan pemantau ini perlu bincangkan lagi dengan pihak kerajaan dan parti pembangkang supaya kita akan dapat melihat bahawa komposisi yang akan dimasukkan ke dalam pasukan pemantau ini akan terdiri daripada mereka yang benar- benar dapat melaksanakan tugas itu kerana ini kita mahu melihat perjalanan pilihan raya akan berjalan dengan baik. Semua ini, Tuan Yang di-Pertua, ekoran daripada pilihan raya kecil yang berlaku di Kedah bagi Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit, maaf, yang telah menimbulkan banyak laporan-laporan daripada pihak kerajaan sendiri, daripada pihak pembangkang sendiri, daripada BN dan daripada PAS yang kami boleh membuktikan bahawa berlaku salah laku, perbuatan-perbuatan yang tidak wajar yang bercanggah dengan prinsip demokrasi itu sendiri di sepanjang pilihan raya itu. Tentulah pihak BN juga mengatakan bahawa banyak perkara-perkara salah laku yang dilakukan itu. Siapa yang hendak menentukan perkara ini? SPR salah satu daripadanya, mahkamah salah satu daripadanya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa sudah cukup. Boleh sambung pada petang ini. Dato' Mustafa bin Ali: Okey, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 2.30 petang. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan kita disambung semula dan sekarang saya jemput Yang Berhormat bagi Dungun menyambung ucapan. Silakan. 2.32 ptg. Dato' Mustafa bin Ali [Dungun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana keizinan untuk saya menyambung sedikit ucapan yang telah saya sampaikan pada pagi tadi dan insya-Allah saya tidak akan mengambil masa yang terlalu panjang selepas ini untuk menghabiskan satu dua perkara yang saya rasa perlu saya kemukakan dalam Dewan yang mulia ini. Sewaktu Dewan ditangguhkan pada pagi tadi saya sedang menyebut soal perlunya dan kita bersetuju dengan cadangan SPR supaya satu pasukan pemantau diwujudkan bagi memerhati perjalanan pilihan raya yang akan diadakan pada masa-masa yang akan datang. Pihak PAS dan pembangkang lain juga akan mengatakan persetujuan kita tetapi perlu direstructurekan dari sudut keahlian jawatankuasa ataupun pasukan pemantau yang akan diwujudkan itu. Saya juga telah menyebut bahawa antara yang perlu dimasukkan ialah wakil daripada Suhakam dan wakil daripada NGO-NGO lain yang tidak memihak kepada mana-mana supaya dimasukkan sama dalam pasukan itu, di samping wakil-wakil parti yang bertanding dalam pilihan raya itu. Persoalan yang timbul ialah isu mengenai apakah sebenarnya yang hendak dipantau, yang hendak dipantau oleh pasukan pemantau ini adakah perilaku calon, perjalanan pilihan raya dari sudut ceramah misalnya, sebaran-sebaran ataupun yang lebih luas daripada itu. Yang berkaitan dengan pemantauan ini ialah beberapa perkara yang selama ini menjadi isu yang pernah dibangkitkan tetapi tidak dapat diselesaikan dengan secara yang baik oleh kerana kebebasan yang sepatutnya diberikan kepada SPR tidak diberikan. DR.24.6.2003 39

Di antaranya ialah apa yang kita namakan kuasa-kuasa dan tindakan-tindakan yang perlu dan tidak perlu dilakukan oleh apa yang kita namakan caretaker government iaitu kerajaan caretaker sepanjang Parlimen dibubarkan sementara menunggu Parlimen yang akan datang dan sepanjang pilihan raya itu berjalan, maka wujudnya caretaker government iaitu kerajaan yang sebelum ini mentadbir akan terus mentadbir. Konsep caretaker government ini dapat dilihat dalam perjalanan-perjalanan demokrasi sama ada di Barat ataupun di Asia sendiri di mana perjalanan caretaker government ini tujuannya ialah supaya parti-parti yang bertanding itu tidak menggunakan kuasa kerajaan untuk kepentingan parti yang memerintah pada waktu itu. Saya pernah menyebut bahawa di Bangladesh sendiri caretaker governmentnya dipimpin oleh seorang hakim yang dilantik oleh Presiden dan dialah yang memimpin caretaker government dan kerajaan yang sebelum itu wujud sebelum dibubarkan pun tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Contoh yang wujud juga ialah di dalam negara-negara Komanwel antaranya di UK dan Australia di mana kerajaan yang sebelum itu wujud akan terus menjadi caretaker government tetapi caretaker government yang dibatasi dengan the do’s and don’ts apa yang kerajaan boleh buat dan apa yang kerajaan tidak boleh buat supaya keadilan di antara parti-parti yang bertanding itu dapat dilihat dan dengan demikian perjalanan pilihan raya itu dilihat adil dan saksama. Persoalan inilah yang berlaku dalam negara kita, di mana kerajaan yang wujud yang dinamakan caretaker government mengambil kesempatan daripada keadaan pilihan raya baik Perdana Menterinya mahupun Menteri-menterinya, mereka juga sebagai calon tetapi calon kerana mereka masih sebagai Menteri dan mereka yang masih memegang jawatan eksekutif ini pergi mengisytiharkan ha! inilah projek yang akan dilaksanakan yang menggambarkan bahawa mereka boleh buat projek, calon lain tidak boleh buat kerana calon lain bukan kerajaan. Ini satu isu yang mesti diselesaikan oleh pasukan pemantau yang mahu melihat supaya perjalanan pilihan raya itu akan tidak memihak kepada sesiapa. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang berdiri Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Rantau Panjang, sila. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Maksud Yang Berhormat bagi Dungun tadi sewaktu Parlimen dibubarkan, Menteri-menteri tidak sepatutnya datang berkempen di merata tempat dengan nama sebagai jawatan Menteri, bermaksud demikian di mana setiap sekolah-sekolah yang telah mengadakan mesyuarat agung, di mesyuarat agung semula; sekolah yang telah dibuka, dibuka semula dengan tujuan untuk bersyarah dan berkempen di atas nama Menteri masing-masing, adakah itu maksud Yang Berhormat? Dato' Mustafa bin Ali: Terima kasih Yang Berhormat bagi Rantau Panjang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Antara yang saya maksudkan itu sebagaimana Yang Berhormat Rantau Panjang sebut. Dalam negara Malaysia dan negara kita Malaysia ini di samping Kerajaan Pusat ada kerajaan negeri, antara dua negeri yang tidak diperintah oleh Barisan Nasional, tetapi oleh Barisan Alternatif yang dipimpin oleh PAS ialah negeri Kelantan dan Terengganu. Bagi kami yang memerintah dua buah negeri juga memang sewaktu pilihan raya itu Dewan Parlimen dibubarkan dan sementara menunggu pilihan raya kerajaan yang sebelum itu juga sebagai caretaker government. Jadi, adalah wajar dan adil bahawa semua mereka yang memegang jawatan eksekutif dalam kerajaan sama ada di peringkat pusat ataupun negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional ataupun yang bukan Barisan Nasional mematuhi etika yang saya maksudkan itu, bahawa caretaker government adalah caretaker government dan bukan mengambil kesempatan untuk menggunakan kedudukan itu untuk mengisytiharkan projek perancangan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Rantau Panjang tadi dan menggunakan kedudukan itu juga untuk mengarahkan pegawai-pegawai untuk melaksanakan tugas-tugas kerajaan yang sepatutnya bukan lagi tugas mereka. Amalan ini berlaku di United Kingdom dan di Australia, bahawa walaupun tidak ada satu peraturan yang tetap, yang jelas tetapi oleh kerana United Kingdom itu semua berjalan secara convention, hatta perlembagaannya juga tidak ditulis tetapi mereka mematuhi batas-batas yang perlu ada, perlu wujud dalam caretaker government ini.

40 DR.24.6.2003

Jadi, sebab itu saya mencadangkan dan menyarankan kepada SPR dan juga kerajaan supaya apa yang kita namakan caretaker government ini dalam pengertiannya yang sebenar ialah caretaker dalam waktu transisi daripada bubar Parlimen sehingga wujudnya satu Parlimen baru maka kerajaan interim, sementara yang caretaker itu perlulah mematuhi etika-etika berdasarkan kepada apa yang mereka boleh buat dan apa yang mereka tidak boleh buat. Adapun apa yang boleh buat dan tak boleh buat ini perlu SPR menyelaraskannya dengan kita sama-sama memainkan peranan berbincang menentukan apa yang perlu dilakukan, yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan daripada pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang dan yang demikian kita akan dapat mewujudkan satu suasana yang lebih adil, dan yang kita kehendaki bahawa pilihan raya ini akan berjalan dengan seadil yang mungkin. Walaupun saya sudah sebut tadi bahawa kita hendak cari suatu yang mutlak memang sukar untuk dapat, tetapi sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk mewujudkan satu suasana yang lebih baik, yang lebih adil. Sehubungan dengan itu, pengalaman kita juga dalam perbincangan dengan SPR telah juga disebut antara yang akan dipantau termasuk ucapan-ucapan, sebaran-sebaran yang dibuat oleh calon-calon yang bertanding oleh parti-parti yang bertanding, iaitu yang melebihi had yang boleh menimbulkan fitnah, yang boleh menimbulkan sakit hati, itu antara perbincangan. Kita bersetuju bahawa yang berupa fitnah seharusnya boleh dan perlu dikawal. Tetapi pengalaman kita sepanjang masa, yang menjadi saluran yang paling utama dalam menyebarkan fitnah, fakta yang tidak betul ialah media, TV yang dikuasai oleh kerajaan, akhbar yang dikuasai oleh parti yang memerintah, yang ini memainkan peranan walaupun bukan atas nama calon tetapi mereka memainkan peranan sebagai proxy daripada mereka yang bertanding ini untuk melemparkan fitnah dan macam-macam lagi. Bagaimanakah ianya boleh dikawal, bagaimanakah ianya boleh dipantau. Ini saya rasa perlu dimasukkan, kalau pasukan pemantauan ini hendak diwujudkan mesti dimasukkan di antara perkara-perkara yang perlu dipantau, dilihat termasuk peranan media yang selama ini banyak melaporkan perkara-perkara yang tidak wajar dan tidak betul sama ada media cetak, media elektronik terutama sekali elektronik yang sampai ke setiap buah rumah secara cepat bagi pengundi-pengundi dan penduduk-penduduk dalam negara kita ini. Dengan yang demikian Tuan Yang di-Pertua, pasukan pemantauan yang akan diwujudkan ini perlulah mengambil kira semua perkara ini melalui SPR tentunya yang akan melihat segala pandangan, isu yang selama ini kita alami dan ini juga di antara perkara- perkara yang menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan satu pihak kerana ianya terlalu bias kepada satu pihak. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Sri Gading berdiri Yang Berhormat, hendak beri jalan? Ya sila. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat bagi Dungun. Panjang Yang Berhormat cakap ini, daripada pagi sampai tengah hari sampai petang ini. Perkara ini cuma hendak pinda Perkara 194 pergi kepada 219 sahaja, tetapi nampaknya melarat pergi ke perkara-perkara demokrasi dan lain-lain, tetapi itu menunjukkan bahawa demokrasilah Barisan Nasional ini beri peluang bercakap. Saya cuma hendak minta sedikit penjelasan. Saya rasa tidak berapa kenalah Yang Berhormat apabila mengatakan akhbar dan media kerajaan membuat fitnah. Saya tidak nampak apa yang mereka laporkan itu fitnah kerana mereka membuat laporan-laporan yang berdasarkan kenyataan dan semasa. Cuma agaknya laporan ataupun kenyataan- kenyataan itu ataupun berita yang dibawa itu agaknya tidak menyenangkan, tidak menguntungkan daripada segi politik PAS, jadi PAS anggap itu sebagai fitnah dan pembohongan, walhal benda-benda yang agaknya memang benar-benar dilaporkan mengikut kenyataan yang sebenarnya. Saya bersetuju bahawa kita pantaulah seperti Yang Berhormat kata tadi, kita pantau benda-benda yang boleh menimbulkan keresahan seperti ceramah-ceramah PAS kebanyakan penuh dengan fitnah, penuh dengan pembohongan. Itu dalam banyak pilihan raya kecil sepanjang daripada 1999 sampailah yang terbaru di Pendang kita nampak sangat. Jadi, itulah agaknya hendak mengawal perkara-perkara yang boleh merosakkan keharmornian masyarakat, pasukan pemantauan itu seperti mana Yang Berhormat kata DR.24.6.2003 41 tadi, termasuk juga wakil-wakil parti yang bertanding. Jadi, itu benda yang saya rasa baik untuk mewujudkan keharmonian dan rasa tenteram di kalangan pengundi-pengundi supaya mereka confident, rasa yakin dan mereka tidak ada rasa ketakutan. Saya rasa cuba kita berikan peluang SPR melakukan pemantauan seperti ini kita lihat bagaimana hasilnya, kerana SPR sebuah badan yang berpengalaman daripada tahun 1955 seperti mana yang sama-sama kita tahu, Yang Berhormat pun telah nyatakan tadi pilihan raya pertama tahun 1955. Sejak hampir 50 tahun SPR telah pun berpengalaman dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya, daripada satu pilihan raya kecil ke satu pilihan raya kecil, mereka benar-benar berkelayakan untuk menilai bagaimana suasana tiap-tiap pilihan raya, maka itu dicadangkan kali ini dan pilihan raya yang ke 11 ini insya-Allah, kalau semua telah pun bersetuju kita buat satu pasukan pemantauan, di mana seperti mana Yang Berhormat katalah wakil-wakil parti politik dan mungkin kita jemput daripada badan-badan yang tertentu untuk melihat suasana pilihan raya itu berjalan dengan begitu baik. Saya rasa tidak ada apa-apa masalah kalau pelaksanaannya kita cuba dalam pilihan raya yang akan datang ini, insya-Allah. Dato' Mustafa bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Sri Gading. Memang sebagaimana yang saya jelaskan bahawa sikap kita PAS dan parti pembangkang bersetuju dengan pasukan pemantauan ini. Cuma saya mengingatkan lebih awal isu-isu yang perlu dilihat sebagai satu panduan kepada SPR sendiri dalam meneliti isu-isu ini apakah yang perlu diberikan perhatian. Saya setuju bahawa ceramah-ceramah yang mengandungi fitnah-fitnah itu memang perlu diberikan pengawasan sama ada daripada pembangkang ataupun daripada kerajaan. Saya setuju, mereka telah setuju sebab kita hendak menimbulkan perkara- perkara yang benar. Cumanya kepada parti-parti yang memerintah kadang-kadang apa yang dianggap fitnah sebenarnya bukan fitnah tetapi fakta, cuma mereka tidak senang dengan fakta yang kita lemparkan kepada masyarakat umum. Jadi, sebab itu kalau fakta itu tidak benar, ada saluran-saluran yang boleh diambil. Masalah yang berbangkit, kita menyebut TV, akhbar, saya bukan menyuruh kita tutup TV, tutup akhbar - tidak. Itu salah satu daripada kebebasan tetapi jangan dijadikan akhbar dan TV itu sebagai saluran, kalau saya mengatakan tadi mereka yang memegang jawatan eksekutif dalam kerajaan dahulu sebagaimana mereka tidak boleh isytiharkan misalnya projek-projek ini yang itu sudah bias, mereka juga tidak boleh menggunakan TV ini untuk menyatakan, mengempen melalui TV dan surat khabar, itu perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian. Nampakkah itu Tuan Yang di-Pertua? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, panjang lagi Yang Berhormat? Dato’ Mustafa bin Ali: Sedikit lagi insya-Allah. Mungkin isu terakhir yang saya hendak sebut ialah berkaitan juga dengan pemantauan yang perlu juga dibuat dan perlu diambil oleh SPR sebagai suatu kaedah yang perlu ada perubahan. Ini berkait dengan undi pos di kalangan tempat-tempat tentera yang dianggap sebagai security areas. Yang ini perlu pihak SPR sendiri meningkatkan penyertaan SPR dan elemen demokrasi itu dalam perjalanan pilihan raya melalui undi yang dinamakan undi pos. Kita pernah kemukakan beberapa tahun yang lalu kepada SPR dan Alhamdulillah ada perubahan sedikit sebanyak. Dahulu kem tentera ini dianggap sebagai satu security area, kawasan larangan. Yang kita minta, kalau pun tentera hendak mengundi dalam security area, okay, boleh mengundi tetapi hendaklah dibenarkan wakil daripada parti yang bertanding itu duduk bersama-sama memerhatikan itu. Mereka mengatakan security area tetapi hari-hari penjual sayur boleh masuk, penjual aiskrim boleh masuk, penjaja boleh masuk sedangkan ini ialah agen yang rasmi, yang disahkan oleh SPR tidak dibenarkan masuk dalam kawasan pengundian yang dinamakan oleh kerajaan sebagai security area. Ini perlu SPR betulkan dan bila kita bincang dengan dia, “ini di luar daripada bidang kuasa SPR”. SPR boleh mencadangkan tetapi bergantung kepada kerajaan hendak mengisytiharkan security area ataupun tidak. Perkembangan sudah berlaku, sudah ada kemajuan sedikit sebanyak, di mana yang dahulunya tidak ada siapa pun yang boleh masuk dalam pilihan raya yang lepas, dibenarkan wakil SPR ini untuk masuk sama

42 DR.24.6.2003 memerhatikan. Jadi, agaknya itulah, kurang sedikitlah. Pengundian yang berlaku itu nampak macam sama sahaja pengundian, cukup hebat – tidak ada undi-undi rosak, tidak ada, sama. Seperti juga yang berlaku pada sesetengah tempat, semacam ada tangan- tangan tertentu yang mengundi bagi pihak orang yang tertentu. Jadi, ini pengalaman yang telah kita lalui. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu, saya harap isu-isu yang dibangkitkan ini perlu diambil perhatian oleh SPR dan supaya perjalanan selanjutnya itu akan mengambil kira bahawa pasukan pemantau ini akan menjadi pasukan pemantau yang bertanggungjawab, yang boleh dipercayai dan dengan demikian isu mengenai caretaker government ini akan dapat kita selesaikan sedikit demi sedikit, dan kita harap dalam pilihan raya yang akan datang ini bahawa kerajaan yang menjadi caretaker itu tidak menggunakan peluang yang ada itu untuk kepentingan calon-calon mereka yang bertanding dalam pilihan raya. Insya- Allah, Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa inilah perkara-perkara yang saya hendak sebutkan dan ada pun pindaan-pindaan nanti secara teknikalnya dan secara terperinci nanti akan saya sebut di peringkat Jawatankuasa. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Dato’ Mustafa bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya jemput Yang Berhormat bagi Shah Alam. 2.54 ptg Dato' Ir. Mohd Zin bin Mohamed [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut serta membahaskan Rang Undang- undang Perlembagaan (Pindaan) 2003 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat bagi Kubang Pasu. Sebenarnya, apa yang diutarakan dalam perbahasan mengenai rang undang- undang ini, kita dalam Dewan yang mulia ini telah pun meneliti dan mengambil bahagian dalam perbahasan pada sidang yang lepas, tetapi yang malangnya, bila dengan izin, critical movement, hendak buat keputusan, pihak sebelah sana semuanya cabut lari. Jadi, bila sudah cabut lari, tidak hendak terlibat, tiba-tiba pada hari ini, Yang Berhormat bagi Dungun bercakap daripada santak pagi sampai ke petang ini hendak membincangkan tentang dua prinsip daripada apa yang diutarakan. Pertama, tentang penyuburan pendemokrasian itu sendiri, dan yang kedua tentang kebebasan yang terkawal. Pada umum dan dasarnya, saya bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat bagi Dungun tentang penyuburan demokrasi dan kebebasan yang terkawal. Yang sebenarnya, apa yang kita alami, ini adalah satu proses yang berterusan dengan melakukan pemindaan daripada segi persempadanan semula. Itu melambangkan penyuburan demokrasi itu sendiri. Kalau kerusi yang bertambah, kalau Yang Berhormat yang mewakili PAS yang boleh meyakinkan kepada seluruh rakyat di Malaysia ini, jangan hanya bertanding 65 kerusi, bertandinglah semua kerusi majoriti supaya parti PAS boleh membentuk dan menubuhkan kerajaan dengan tidak payah mendapat sokongan daripada golongan yang lain. Yang ini dok hendak pergi kepada, dengan izin, comfort zone sahaja, fasal apa? Kalau hendak ikut comfort zone, selepas itu dok bercakap….. Tadi Yang Berhormat dok bercakap tentang perkara yang berhubung kait tentang kebebasan yang terkawal. Yang Berhormat sebagai orang yang bertanggungjawab sendiri terhadap Harakah, Yang Berhormat kata Yang Berhormat sendiri tidak tengok apa yang berlaku di Harakah, dan penjelasan yang dibuat oleh Yang Berhormat …. Dato’ Mustafa bin Ali: [Bangun] DR.24.6.2003 43

Dato' Ir. Mohd Zin bin Mohamed: ….. nantilah, ini saya punya peluang. Tadi saya dengan penuh kesabaran menunggu Yang Berhormat bercakap. Tadi Yang Berhormat kata, “Okay, kita akui, kita minta maaf”. Selepas itu saya sebut, Yang Berhormat, Timbalan Presiden PAS, Parti Islam, nama sahaja Islam tetapi perbuatan belum tentu lagi, cakap, okay, biasa, kesilapan ini perkara biasa, ya?. Jadi, kalau saya kata tadi dalam Aku Janji, Yang Berhormat mengambil masa yang begitu panjang dok sebut pasal Aku Janji, saya pun semak dalam Aku Janji ini bagi kakitangan kerajaan, adakah kita suruh dia orang mengaku bahawa pada pilihan raya yang akan datang ini, semua kakitangan kerajaan mesti pangkah Barisan Nasional, adakah? Ha, ada? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Jangan tanya macam itu Yang Berhormat, susahlah. [Ketawa] Kalau tanya begitu……. saya tidak benarkan menjawab tetapi kalau hendak minta penjelasan saya benarkan. Dato’ Mustafa bin Ali: Penjelasan, penjelasan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya. [Disampuk] Dato’ Mustafa bin Ali: Penjelasan. Okay, penjelasan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, ya, ya. Dato’ Mustafa bin Ali: Penjelasan Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. [Disampuk] Dato' Ir. Mohd Zin bin Mohamed: minta penjelasan, kalau mengenai demokrasi, saya bagi. Dato’ Mustafa bin Ali: Penjelasan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, penjelasan. Dato’ Mustafa bin Ali: Yang Berhormat bagi Shah Alam, saya ingin penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, dia menyebut tentang Harakah dan memang saya kata tadi dan dia mengulas tentang Timbalan Presiden PAS mengatakan kesalahan ini kesalahan biasa, memang Timbalan Presiden mengatakan kesilapan ini satu kebiasaan yang berlaku kepada manusia tetapi bukan berulang-ulang, saya sudah sebut tadi. Memang kita akui itu satu kesilapan dan saya sendiri menyatakan bahawa waktu dihebohkan itu memang saya tidak baca pun sebab kebetulan saya berada di luar negara, saya tidak ada. Selepas balik itu, baru orang beri tahu. Saya hendak cari pun tidak ada, barangkali UMNO dok beli Harakah, pasal dia punya …. [Ketawa] Dato' Ir. Mohd Zin bin Mohamed: Ini saya punya platform. [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, saya faham, saya faham. Dato’ Mustafa bin Ali: Penjelasan saya tidak minta lagi ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, jangan macam itu Yang Berhormat. Dato’ Mustafa bin Ali: Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak bagi lagi penjelasan, macam mana? Dato' Ir. Mohd Zin bin Mohamed: Tidak, saya sudah tahu. Saya hendak jawab penjelasan ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukuplah Yang Berhormat. Dato’ Mustafa bin Ali: Hendak jawabkah? Dato' Ir. Mohd Zin bin Mohamed: Cukuplah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dia hendak jawab Yang Berhormat.

44 DR.24.6.2003

Dato’ Mustafa bin Ali: Okay, tidak mengapalah. Dato' Ir. Mohd Zin bin Mohamed: Cukuplah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya minta Yang Berhormat, janganlah buat soalan, suruh mengaku dan sebagainya. Dia akan menjadi …….. Dato' Ir. Mohd Zin bin Mohamed: Terima kasih atas penjelasan yang diminta oleh Yang Berhormat bagi Dungun, saya bersedia hendak menjawab tentang soal kebiasaan, ya. Saya hendak bagi tahu tentang betapa sensitifnya kita dalam soal-soal “membabikan” orang ini, saya bagi tahu. Saya bagi tahu, contoh sahajalah, Yang Berhormat bagi Kuala Kedah dahulu ada sini, Yang Berhormat bagi Pokok Sena ada sini, saya ingat lagi bila Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri dok sebut, dok urut janggut Tok Guru sahaja, boleh jadi riuh dan pekiknya Dewan ini, “Jangan sentuh tentang janggut Tok Guru kita”. Yang Berhormat cuba letak perasaan Yang Berhormat kepada kita dengan meletakkan pemimpin kita ini, Presiden kita ini, dengan “membabikan” Presiden kita ini, apa perasaan kita? Adakah ini melambangkan sifat kewibawaan sebagai seorang Islam? Okay, silakan. Datuk Haji Mohamed bin Haji Aziz: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Sri Gading berdiri Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamed bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat bagi Shah Alam. Rakyat bertanya mempersoalkan, kalau benar Parti Islam, sudah terang-terang membuat kesilapan, sudah terang-terang buat kesalahan, budak kecil pun tahu benda itu salah. Sebagai Islam, perkara yang pokok sekali ialah minta maaf. Itu sifat orang Islam, kalau salah, minta maaf tetapi disebabkan Pemangku Presiden PAS hendak berdalihlah, hendak begitulah, ya? Maknanya nama sahaja Islam tetapi amalan jauh menyimpang daripada ajaran Islam. Orang yang berani dia mengakui kesalahan dan menuntut maaf dalam Islam ini satu sifat yang mulia dan satu sifat keberanian namanya. Ini tidak, hendak berdalih-dalih sana, susah sangat. Maknanya, PAS memang sengaja membuat perkara-perkara itu untuk menyakitkan hati pemimpin-pemimpin UMNO, itu jelas! Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Okeylah. Saya ambil asas pertimbangan utama apa Yang Berhormat bagi Dungun utarakan iaitu tentang penyuburan demokrasi dan juga kebebasan yang terkawal. Tetapi saya juga melihat Yang Berhormat bagi Dungun ini sebagai pemimpin dan bakal Timbalan Presiden PAS. Saya tidak tahulah kalau Parit Buntar hendak bagi laluan nanti. Kot hendak jadi Presiden, kena tunggulah supaya orang daripada luar Terengganu boleh ada chance jadi Presiden supaya sama-sama bertanggungjawab dan mengambil satu tindakan untuk menjaga sensitiviti ini supaya jangan lebih berlarutan. Kalau ikhlas, minta maaf, kita sebagai orang Islam kita terima dengan dada yang terbuka, tetapi kita juga mesti bertanggungjawab atas pembohongan, fitnah yang dibuat berterusan, 40 tahun, 30 tahun, 20 tahun dan semenjak habis sahaja pilihan raya 1999 sampai ke hari ini dan dalam proses yang Yang Berhormat kata tentang penyuburan demokrasi dan kebebasan kawalan yang terpimpin, saya pada umumnya bersetuju dengan saranan yang disarankan oleh Yang Berhormat tadi. Dato' Mustafa bin Ali: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Dungun berdiri, Yang Berhormat. Hendak bagi jalan? Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila. Dato' Mustafa bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, barangkali Sri Gading ini tidak baca surat khabar, saya agak, sebab isu meminta maaf ini sesuatu yang sudah selesai. Kami secara terbuka mengakui itu kesilapan dan kami meminta maaf. Bergantung kepada DR.24.6.2003 45

UMNOlah hendak maafkan atau tidak. Itu soal orang yang diminta maaf. Jadi Sri Gading tidak boleh sebut patut maaf kerana kita sudah pun minta maaf. Jadi sebab itu dan akhbar yang, yang,...… Timbalan Menteri Kementerian Penerangan [Datuk Zainudin bin Maidin]: [Bangun] Dato' Mustafa bin Ali: ….yang ini mana pula ni? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, nanti dahulu. Nanti, dia minta penjelasan Yang Berhormat. Dato' Mustafa bin Ali: Nanti dahulu, biar tahu peraturan sikit. Beberapa Ahli: [Menyampuk] Dato' Mustafa bin Ali: Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, teruskan Dungun. Dato' Mustafa bin Ali: Ya [Ketawa] [Disampuk]. Jadi, saya beri jaminan insya- Allah, bukan sahaja dalam surat khabar mainstream tetapi juga dalam surat khabar Harakah keluaran yang akan datang. Cuma yang kita hendak cepat KDN bagi dua kali sahaja sebulan, kalau tidak kita boleh cepat lagi minta maaf itu keluar. Tetapi dua kali sebulan lambat sedikit, kena tunggu yang akan datang ini kita akan carry minta maaf kita ini supaya isu ini lebih senang disebut. Tentang perkara lain boleh disebut, tetapi ini saya anggap sudah selesai. Terima kasih. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Okey, kalau macam itu ceritanya, Yang Berhormat, saya minta supaya Yang Berhormat bagi Dungun meneliti fax yang dihantar oleh Ketua Pengarang Harakah kepada media massa, lihat balik contents, sama ada penjelasan minta maaf itu atas cetusan yang lahir dari hati yang lurus atau ada agenda yang tersembunyi. Yang ini saya pulangkan kepada budi bicara Yang Berhormat sendiri. Datuk Zainudin bin Maidin: [Bangun] Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Boleh minta penjelasan dalam Dewan ini. Datuk Zainudin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tidak…. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Masih bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Boleh, boleh! Datuk Zainudin bin Maidin: ….sebenarnya tidak ada permintaan maaf dibuat, cuma mengatakan keterlanjuran. Tidak ada permintaan maaf dibuat. Itu saya minta penjelasan. Apakah benar ada permintaan maaf? [Disampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya! Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bercakap tanpa pembesar suara] Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih, Yang Berhormat. Itu sebab saya sebut kepada Yang Berhormat bagi Dungun, dia orang yang bertanggungjawab terhadap penerbitan Harakah, sila semak semula fax dan butiran yang dihantar oleh Ketua Pengarang Harakah kepada media, sama ada termaktubkah perkataan ”Minta maaf” ataupun tidak. Jadi Tuan Yang di-Pertua…. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Pokok Sena, sila. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Eh, tadi kata tempang pun hendak bercakap juga? Sila. [Ketawa] [Disampuk]

46 DR.24.6.2003

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, hendak bagi? Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa pembesar suara] Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Tidak, sebab demokrasi tempang, kita pun kena minta jugalah …. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, janganlah begitu. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: …untuk memperbetulkan demokrasi tempang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Karang, nanti dia berlari tanpa tongkat. Sila, sila. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri suruh buang tongkat, tetapi hari ini saya pakai tongkat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila, Pokok Sena. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Baik, terima kasih. Soal mohon maaf daripada Harakah, saya rasa Yang Berhormat perlu tunggu Harakah keluaran akan datang. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat, satu ketika dahulu berlaku kes kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim – lebam mata. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menuduh, disiar dalam akhbar, bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memukul dirinya sendiri, ketuk dirinya sendiri untuk hendak dapatkan simpati orang ramai dan sebagainya. Akan tetapi apabila siasatan dibuat, ternyata bahawa yang menyebabkan mata lebam Dato’ Seri Anwar Ibrahim ialah Ketua Polis Negara. Sehingga ke hari ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak memohon maaf atas kenyataan palsu dan fitnah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Tepuk]. Sepatutnya Yang Berhormat selaku Ketua Backbencher kena minta juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kena minta maaf sebelum bersara. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukup Yang Berhormat. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Saya takut nanti dia bersara dalam keadaan tidak minta maaf. Jadi…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup, cukup Pokok Sena. Dia faham dah tu. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Sepatutnya di hujung hayat sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu, buatlah benda baik, minta maaf. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih. Satu hujah yang tempang jugalah. Beberapa Ahli: [Ketawa] Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Saya dok sebut perkara mata lebam ini, Yang Berhormat dok sebut ini, mata lebam ini 98 Yang Berhormat. Tahun 1998, mata lebam ini. Orang yang menyebabkan mata lebam pun sudah masuk jel, keluar jel, pencen pun sudah tidak dapat lagi. Percayalah, mata lebam ini tidak akan baik pada 2004 dan mungkin tidak akan baik selepas 2004 ini kerana isu mata lebam ini akan terus dieksploitasikan oleh pihak pembangkang untuk menentukan dapat political mileage yang murah ini. Umum sudah tahu siapa yang bertanggungjawab, apa sebabnya, apa yang sudah dilakukan, apa yang sudah dibicarakan, dan sudah dijatuhkan hukum. Apa yang hendak dijadikan bahan politik lagi? Terimalah hakikatnya. DR.24.6.2003 47

Jadi saya hendak move daripada ….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, masuk ke perkara Yang Berhormat, ya. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Jadi saya hendak masuk daripada segi asas balik kepada saranan Yang Berhormat bagi Dungun tentang penyuburan pendemokrasian itu sendiri dan kebebasan yang terkawal. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun] Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Cukup, cukup! Cukup! Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat. Hmm duduk. Pokok Sena duduk, dia tidak bagi. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Cukup Yang Berhormat! Saya kasihan Yang Berhormat tempang, turun naik, turun naik. Duduk, duduk! Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bercakap tanpa pembesar suara] Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Nanti terkehel, Yang Berhormat. Cukup! Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, Yang Berhormat dari Pokok Sena! Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Jadi apa pun yang kita bincangkan pada petang ini adalah tentang tanggungjawab untuk meminda Perlembagaan dengan mengubah angka daripada 194 kepada 219. Ini membolehkan segala apa yang kita bincang dan luluskan dalam persempadanan semula yang kita buat pada persidangan yang lepas ini dapat dimaktubkan dalam persidangan pada kali ini dan akhirnya kita boleh jadikannya sebagai satu penyuburan demokrasi sebagaimana yang dituntut oleh Yang Berhormat bagi Dungun. Dengan ada kemajuan ini, dengan ada penambahan bilangan ini, tentulah ruang lingkup serta iklim dan suasana demokrasi itu akan terus lagi terserlah dan semua di antara kita mempunyai peluang untuk menawarkan diri kepada rakyat untuk mendapat sokongan dan juga mewakili rakyat yang kita pimpin. Kita sedar bahawa proses ini sebagaimana yang kita sebut dari tahun 1955 sehingga sekarang, yang saya lihat pertama, telah pun memberikan manfaat yang cukup besar kepada kita semua iaitu dengan memberikan keamanan dan kestabilan kepada kita. Dan kita tahu apa guna kalau kita ada demokrasi yang lebih terbuka, yang akhirnya demokrasi ini tidak dapat memberi jaminan dalam kita menentukan keamanan dan kestabilan. Yang ini saya amat menyokong penuh saranan yang disampaikan oleh Yang Berhormat bagi Dungun supaya kita bercakap tentang soal hak kebebasan, ia mesti merupakan hak kebebasan yang terpimpin. Jadi bila Yang Berhormat dok sebut tentang AkuJanji, tentang ISA, saya minta maaflah, nampaknya Yang Berhormat contradict sedikit dengan statement yang Yang Berhormat sendiri utarakan. Pada saya tanggungjawab wakil rakyat tetap sama biarpun kawasan sudah berpecah ataupun disempadankan semula. Ini asas yang telah pun kita tentukan. Kita juga sedar untuk menyediakan persempadanan semula bukan satu kerja yang mudah, bukan satu perkara yang senang. Ini merupakan satu tanggungjawab yang telah diserahkan kepada SPR untuk menentukan keperluan persempadanan semula tetapi pihak pembangkang saya semak Hansard yang disampaikan oleh beberapa orang Yang Berhormat daripada pihak pembangkang terutama Yang Berhormat bagi Parit Buntar dengan menekankan bahawa seolah-olah SPR ini macam tergesa-gesa hendak buat proses persempadanan semula.

Tadi juga, Yang Berhormat bagi Dungun sebut walaupun SPR bagi pandangan (a), (b), (c) dan (d) tetapi oleh kerana ada akhirnya perkara-perkara yang berhubung kait tentang soal-soal yang lebih politik, maka keputusan dibuat pada (e), (f) dan (g). Ini, melihat apa yang daripada segi sudut dan kaca mata Yang Berhormat fikirkan, tetapi pada saya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pihak SPR yang telah pun bersusah payah menyediakan fakta-fakta dan juga

48 DR.24.6.2003 proses-proses untuk menentukan supaya akhirnya soal-soal penyusunan persempadanan semula ini telah pun dapat dikemukakan di dalam Dewan yang mulia dan kita pada hari ini mengambil bahagian dalam proses untuk memaktubkannya dalam pindaan Perlembagaan. Kita juga lihat bahawa akhirnya untuk menjadi punching bag, tadi Yang Berhormat bagi Dungun dok sebut bahawa PAS ini yang menceriakan Persidangan Agung UMNO. Nampaknya, dalam kita membahaskan pindaan Perlembagaan ini, nampaknya SPR ini selalu menjadi punching bag dalam untuk memeriahkan lagi perdebatan ini. Sebenarnya, kalau boleh ini kita tidak payah hendak bincang-bincang lagi. Sudah letih bincang ini. Sepatutnya kita boleh bawa usul untuk mengundi sama ada kita semua boleh terima ataupun menolak usul ini. Ini juga penyuburan demokrasi. We are ready to take it. Begitu begini pun, Yang Berhormat, masa vote ini, semua lari, pakat keluar sebab kita dapat 144:0. Jadi tidak ada seorang pun daripada pembangkang pasal semua pakat lari keluar. Tidak tahulah, hari ini hendak tunggu sampai malam. Tadi, Yang Berhormat bagi Dungun kata, hendak tunggu sampai malam, hendak tengok undi. Saya pun hendak tunggu Yang Berhormat bagi Dungun tunggu sampai undi, sampai malam. Tuduhan mengatakan bahawa SPR selalu dijadikan sebagai satu kuda tunggangan kepada parti UMNO adalah satu tuduhan yang amat berat sehingga Yang Berhormat bagi Parit Buntar boleh mencadangkan supaya Setiausaha SPR ini dilantik menjadi Pengarah KEMAS kepada kerajaan. Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat bagi Parit Buntar. Sekali lagi saya ingin menyatakan, apa kaitan Akujanji yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Dungun ini dengan persempadanan semula? Bagi saya, Akujanji ini akan meningkatkan…….. Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Tanjong Karang minta penjelasan. Ya, sila. Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Saya dengar ucapan Yang Berhormat. Bila Yang Berhormat bercakap Dungun, Yang Berhormat mesti cakap dengan Parit Buntar. Seolah-olah ada kaitanlah berdua ini. Pernah saya berfikir sebab bila saya tengok Parit Buntar ini, Naib Presiden PAS, yang Dungun pun Naib Presiden PAS. Dahulu, Parit Buntar pun dia bercakap entah apa-apa dia cakap, banyak politik. Dungun pun hari ini, nampaknya bercakap dengan nada politik. Adakah Yang Berhormat bersetuju, dua-dua Parit Buntar yang dahulu bercakap panjang lebar, hari ini Dungun bercakap panjang lebar, mereka ini dua-dua Naib Presiden PAS, sebenarnya mereka hendak mencari publisiti murah untuk hendak beritahulah wakil daripada PAS ini, siapa lebih hebat bercakap. Mudah-mudahan, Harakah nanti, masuklah surat khabar Harakah dia. Jadi, sebenarnya kedua-dua ini berkempen dalam Dewan. Mereka hendak tunjuk siapa yang lebih hebat yang boleh jadi Timbalan Presiden PAS ini. Jadi Yang Berhormat bersetujukah tidak? Yang lain-lain tidak hendak bercakap sebab yang lain-lain dia tidak hendak bertanding termasuklah Ketua Pemuda PAS. Dia tidak mahu bercakaplah sebab dia tidak hendak bertanding Timbalan Presiden PAS walaupun dia hendak tinggalkan Ketua Pemuda PAS itulah. Jadi Parit Buntar, Dungun; Parit Buntar, Dungun. Ini saya ingat, ada saingan politik dalamanlah PAS ini. [Ketawa] Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Senyum] Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, inilah penyuburan demokrasi dalam PAS. Yang ini, kita tidak hendak masuk campurlah, lantak dia oranglah. Pada saya, tidak ada kepentingan. Siapa daripada Yang Berhormat bagi Dungun atau Yang Berhormat bagi Parit Buntar. Tetapi, kepada Yang Berhormat bagi Pokok Sena dan Kuala Kedah, mungkin Yang Berhormat bagi Kubang Kerian ada kepentinganlah hendak tentukan siapa ini. DR.24.6.2003 49

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, teruskan Yang Berhormat. Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Jadi, apa ini……. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun] Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Sila. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Shah Alam. Ini, soal bertanding tidak bertanding, inilah demokrasi dalam PAS. Walaupun kita hendak hadapi pilihan raya, tahun ini pemilihan, kita buat pemilihan di semua peringkat. Sebab, kita tahu bahawa perpaduan dalam parti kita untuk siapa menang pun, kita akur. Tetapi, dalam UMNO, Presiden UMNO kata, dia hendak bersara kerana UMNO sudah pulih, perpaduan sudah kembali dan sebagainya. Tetapi, pemilihan dalam parti ditangguh selepas pilihan raya, sebab apa, takut pecah. Maknanya, yang dok ada dalam Dewan semua ini, semua jemuan. Seorang Ahli: Ya. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Pernah beritahu kata jemuan belaka. Terima kasih. [Ketawa] Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Ini, hendak tangguh tidak tangguh ini, kita punya strategilah. Apa Yang Berhormat dok risau. Kalau Yang Berhormat usul supaya Muktamar PAS diteruskan, boleh hendak pilih siapa jadi Presiden dengan Timbalan Presiden, itu hak mutlak daripada parti PAS. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya Yang Berhormat, masuk tajuklah Yang Berhormat. Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Kalau UMNO hendak tangguh dalam peruntukan Perlembagaan, kita hendak buat ikut kita punya kebijaksanaan. Ini juga sebagaimana………. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat….. Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: ……yang disarankan oleh Yang Berhormat bagi Dungun, tuntutan penyuburan demokrasi. Ini penyuburan demokrasi dalam UMNO. Kalau puak PAS hendak buat macam itu, kita hendak buat macam mana? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukup Yang Berhormat. Masa sudah cukup. Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Jadi Yang Berhormat, saya harap supaya jangan jadikan SPR ini sebagai suatu punching bag, ya. Walau macam mana pun, termasuk pihak pembangkang juga, sepatutnya merakamkan terima kasih kepada SPR, kerana dengan gerak kerja yang dibuat oleh SPR, akhirnya boleh menjadikan penyuburan dan demokrasi itu berterusan. Tadi, Yang Amat Berhormat bagi Kubang Pasu beritahu daripada segi penambahan jumlah pengundi mengikut taburan pengundi dan kita sarankan supaya taburan pengundi ini, maka kerusi-kerusi yang dibuat persempadanan semula mengikut beberapa panduan yang telah pun ditetapkan, tetapi Yang Berhormat bagi Dungun menyarankan mengikut daripada segi kaca mata dan perspektif Yang Berhormat itu. Selalu kalau kita buat perkara, ada dua. Satu, kita punya dimensioning, dengan izin, dan satu under-dimensioning. Jadi, kalau kita punya dimension daripada segi perspektif untuk kebaikan yang umum, tetapi kalau Yang Berhormat daripada pembangkang hendak under-dimensioning daripada apa yang dibuat, yang itu saya tidak bolehlah hendak bantu Yang Berhormat. Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: [Bangun]

50 DR.24.6.2003

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Padang Terap berdiri, hendak beri jalan. Ya, sila. Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat bagi Shah Alam. Kita hendak penjelasan secara logik. Yang Berhormat bagi Baling balik. Setakat ini, Menteri pun tidak jawab. SPR pun, dalam perjumpaan-perjumpaan yang telah dibuat pun tidak jawab. Apa rasionalnya? 72,000 luar bandar dan lokasinya luas, kenapa tidak anggaran diberitahu? Minta penjelasan itu. Kalau diberi penjelasan yang rasional, saya puas hatilah. Setakat ini, tidak. Kalau betul kata SPR itu betul-betul telus. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya. Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih ya. Saya harap pihak kerajaan ambil ingatan ya, supaya bagi jawapan yang akan…….. Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk] Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Saya bukan kerajaan, macam mana saya hendak jawab untuk memenuhi permintaan. Saya boleh menyarankan kepada pihak kerajaan memberi jawapan yang akan memuaskan hati pihak pembangkang. Kalau penjelasan yang boleh memuaskan pihak pembangkang, kalau pihak pembangkang melihat dalam dimension yang betul, saya sebut tadi. Tetapi, kalau Yang Berhormat semua hendak under-dimensioning tentang perspektif yang dibuat oleh kerajaan, saya hendak buat macam mana? Macam mata lebam, 10 tahun tidak baik, 15 tahun lagi pun tidak akan baik, hendak buat macam mana? Kalau itulah kaedah pemikiran yang ada dalam ruang lingkup pemikiran Ahli Yang Berhormat daripada pembangkang, minta maaflah, saya tidak bantu Yang Berhormat. Kita bercakap tentang soal penyuburan demokrasi dan kebebasan yang terpimpin, yang telah pun dibuat oleh Yang Berhormat bagi Dungun. Saya setuju tetapi, jangan under-dimensioning mengikut perspektif dan fahaman politik PAS yang sempit. Yang itu saya kata tidak boleh. Kita kena ada keterbukaan dan kena ada kebijaksanaan dalam kita membahaskan beberapa perkara. Kalau kita kata bahawa negeri Johor dia punya growth tinggi, dia punya representation lebih memerlukan perwakilan yang lebih besar kerana cabaran untuk berhadapan dengan cabaran tuntutan globalisasi dan liberalisasi yang memerlukan pembelaan dan kita kata bahawa dia ada enam. Kita rasa bahawa Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan masih lagi mampu untuk menguruskan perwakilan yang sedia ada. Tentu Yang Berhormat tidak dapat terima kerana Yang Berhormat punya argument terutama daripada Kedah kerana, bahawa seolah- olah Kerajaan Barisan Nasional ini menganiaya orang-orang Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Itu dimension Yang Berhormat punya fikir. Tetapi, kalau saya lihat daripada segi dimension untuk merealisasikan Wawasan 2020, pada 2020, kalau Yang Berhormat PAS kena keluar daripada comfort zone, sedia bertanding di pekan Serembankah, pekan Tampinkah, Batu Berendamkah, janganlah duduk Kubang Kerian, janganlah duduk di Kuala Kedah, marilah bertanding di kawasan sini. Tengok macam mana boleh ada sokongan ataupun tidak? Kalau hendak mendirikan Kerajaan Persekutuan, hendak mendirikan Federal Government, Yang Berhormat bertanding macam mana pun, di Kedah, Kelantan dan Perlis, tidak akan boleh mendirikan Kerajaan Persekutuan. Jangan bohonglah kepada rakyat. Itu sebab jangan bohong kepada rakyat “Undi PAS masuk syurga”. Seorang Ahli: [Menyampuk] Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Boleh? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Haa, terus Yang Berhormat, yang lain. DR.24.6.2003 51

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Jadi sebab itu saya kata kita cakap tentang penyuburan demokrasi, kebebasan yang terkawal. Tadi Yang Berhormat Dungun cakap banyak, kalau kita ada diberi ... Yang Berhormat sebut tentang Bangladesh. Setiap lima tahun Kerajaan Bangladesh akan bertukar, okey. Dia punya demokrasi subur, ada interim government dia semua, tetapi lihatlah apa kita hendak bangga dengan negara Islam Bangladesh ini. Negara Islam yang termiskin dalam dunia. Itulah kalau kita hendak bangga. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Kubang Kerian berdiri Yang Berhormat. Hendak bagi jalan. Dato’ Ir Mohd Zin bin Mohamed: Ada hendak beritahu saya buku siri yang keberapa hendak dikeluarkan lagi? Kalau tidak ada saya…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya tanya hendak beri jalan atau tidak. Dato’ Ir Mohd Zin bin Mohamed: Tidak, tidak, tidak. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat. Dato’ Ir Mohd Zin bin Mohamed: Saya hendak lima minit sahaja lagi. Saya hendak….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat. Tidak kira Yang Berhormat, dia tidak bagi. Sila duduk Yang Berhormat. Dato’ Ir Mohd Zin bin Mohamed: Kalau Kemaman macam inilah saya sudah berjanji dengan dia. Dan tadi Yang Berhormat bagi Dungun kata dia akan bentangkan perkara-perkara yang berhubung kait tentang teknikal dalam peringkat Jawatankuasa, hendak minta kita ini supaya ………tidak ada disiplinlah. Kita jangan ikut Party Whip ini. Tapi belum terjadilah dalam sejarah tradisi Barisan Nasional memerintah kerana kita pun bermusyawarah, kita pun bermuafakat dan kita secara umum bersetuju tentang langkah yang diambil oleh pihak SPR untuk menentukan supaya proses pendemokrasian ini dapat terus subur dan kita rasa bahawa dengan penambahan kerusi ini akan lebih menjadikan kita ini boleh diwakili oleh rakyat Malaysia secara am dan seluruhnya dan kita akan tetap memberikan sokongan. Ini bukan bermakna kita semua ini sebagai Ahli-ahli Parlimen yang mewakili Barisan Nasional yang boleh dicucuk hidung kita. Dan kalau kita meluluskan undang- undang ini percayalah kita meluluskan ini dengan pemikiran yang jelas dan nyata untuk kebaikan rakyat Malaysia. Saya bagi jaminan kepadanya. Jangan main sentimen, jangan main perasaan bahawa kita ini boleh dicucuk kerana kita hadir di sini pun Yang Berhormat bukan dapat free, lawan. Mahfuz datang kawasan saya berapa kali, Kuala Kedah datang ke tempat saya berapa kali. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak usah sebut nama Yang Berhormat. Dato’ Ir Mohd Zin bin Mohamed: Sorry, sorry, sorry. Asal saya simpati dengan sahabat saya Pokok Sena ini, pasal hari ini dia tertempang dan saya harap ini adalah satu perkara yang hanya sementara kerana saya mendoakan kemajuan dalam politik dia dalam PAS untuk terus cemerlang. Jangan lawan Timbalan Presiden sudah. [Ketawa] Kerana kita mendapat makluman dan kenyataan dia tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda kerana ada satu pembaharuan daripada PAS ini. Jadi saya menyebutkan ini adalah untuk menyemarakkan proses demokrasi kita berparlimen, jadi Tuan Yang di-Pertua untuk hendak bagi peluang untuk rakan-rakan yang lain saya menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2003 ini. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, saya beri Tuaran dahulu. Sebelum berucap saya minta maaflah, kita kena hadkan masa sebab saya

52 DR.24.6.2003 lihat cakap pun lebih kurang perkara yang tidak berapa jauh. Jadi saya hadkan masa selama 20 minit seorang. Sila. 3.25 ptg. Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan mahu ambil banyak masa dalam perbahasan ini sebab dalam Akta Persempadanan Semula dalam persidangan yang lepas saya telah pun berucap dalam isu yang sama. Cuma Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini saya ingin juga rujuk pada beberapa perkara. Satu perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Dungun iaitu apabila beliau menyatakan bahawa adanya apa yang dipanggil selective democracy, keadilan yang selektif. Saya mengakui hak beliau dan menghormati hak beliau untuk memberi notis pindaan dan beberapa cadangan tambahan kerusi beberapa buah negeri mulai daripada Perlis sampailah ke Terengganu dan memperakui bahawa yang dicadangkan tambahan lima kerusi bagi Sabah dan enam kerusi bagi Johor itu adalah bertepatan sebab beliau tidak membuat apa-apa pindaan di situ. Cuma dalam hal ini kalau Yang Berhormat betul-betul membela dan mahu memperakui hak rakyat boleh juga tidak selektif untuk membuat pembelaan. Dalam hal ini saya merujuk dalam hal Sabah, tambahan lima kerusi di Sabah dalam satu perbahasan persidangan yang lepas Yang Berhormat dari Parit Buntar menyatakan bahawa tambahan lima kerusi daripada Sabah itu adalah oleh kerana Sabah ini sekarang menjadi kubu kuat Barisan Nasional. Dan kita telah menyatakan bahawa tuduhan beliau itu adalah tidak betul. Tambahan lima kerusi bagi Sabah itu bukan sahaja hak tetapi adalah sesuatu yang long overdue. Sebab Tuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dalam dua kajian semula sempadan pilihan raya iaitu tahun 1984 dan 1994 Sabah tidak mendapat apa-apa tambahan dalam kerusi parlimen. Dalam hal ini saya ingin merujuk kepada beberapa fakta yang telah dinyatakan Yang Berhormat Dungun yang beliau telah ambil sebagai memperkukuhkan hujah-hujah beliau untuk menyatakan tambahan kenapa beberapa buah negeri harus diberi tambahan kerusi dan sebagainya. Dalam hal ini beliau telah mengambil soal penambahan penduduk dan juga soal penambahan pengundi. Dalam hal ini beliau telah menyatakan bahawa bagi negeri Sabah yang boleh dikatakan sebagai negeri luar bandar dan telah mengambil purata lebih kurang tiga puluh ribu purata pengundi dalam satu-satu Parlimen. Atas alasan itu beliau telah menyatakan bahawa seharusnya negeri Perlis diberi satu lagi tambahan kerusi dengan purata pengundi satu kawasan Parlimen dua puluh tujuh ribu. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, perlu kita rujuk kembali sejarah bagaimana negara kita Malaysia kita ini dibentuk dan perkara ini sekali lagi Yang Berhormat Dungun seperti juga Yang Berhormat Parit Buntar tempoh hari telah gagal untuk menyatakan perkara ini. Semasa pembentukan negara kita Malaysia pada 1962 dibincangkan, kedudukan kerusi Parlimen pada ketika itu. Persekutuan Tanah Melayu diperuntukkan sebanyak 53 buah kerusi dan negeri Sabah telah diberi 16 kerusi dan Sarawak telah diberi 20 kerusi dan Singapura pula 15 kerusi. Jumlah semuanya 51 kerusi. Ini bererti pada ketika itu semasa dibincangkan tentang hak-hak negeri. Kita lihat bahawa terdapat perimbangan kerusi di antara Sabah-Sarawak ataupun negeri-negeri di luar Persekutuan Tanah Melayu lebih kurang sama iaitu 51 kerusi dan 53 kerusi. Walau bagaimanapun sebelum Hari Malaysia atau pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, satu lagi Akta Parlimen telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini dan pada ketika itu kerusi Parlimen bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan daripada 53 kerusi kepada 104 kerusi pada ketika itu, dan itu menyebabkan kerusi bagi negeri-negeri di luar Persekutuan Tanah Melayu hanyalah masih lagi 51 kerusi. Setibanya tahun 1965 apabila Singapura terkeluar daripada Malaysia, maka bilangan kerusi bagi Sabah dan Sarawak ataupun negeri-negeri di luar daripada Persekutuan Tanah Melayu hanyalah 36 kerusi berbanding dengan Persekutuan Tanah Melayu iaitu 104 kerusi. DR.24.6.2003 53

Ini bererti bahawa selepas pembentukan negara kita Malaysia ini perbezaan kerusi sudah berjauhan. Apabila tibanya Persempadanan Semula pada tahun 1973 bilangan kerusi telah ditambah lagi dan Semenanjung ataupun Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat tambahan 10 buah kerusi, manakala di negeri Sabah telah mendapat 4 kerusi tambahan iaitu daripada 16 kerusi kepada 20 dan Sarawak telah mendapat daripada 20 kerusi kepada 28 kerusi. Ini bererti bahawa Sabah dan Sarawak telah mendapat tambahan jumlahnya 8 kerusi dan di Persekutuan Tanah Melayu itu 10 kerusi. Ini bererti bahawa penambahan kerusi lebih kurang sama proportionate pada ketika itu. Kalau kita lihat perkembangan selepas itu, iaitu persempadanan semula dikaji setiap lebih kurang 10 tahun, kita lihat bahawa penambahan kerusi bagi Sabah dan Sarawak itu tidak ada. Tahun 1984 Sarawak telah mendapat 4 tambahan kerusi dan ini bererti bahawa Sarawak mendapat 28 kerusi sehinggalah pada hari ini. Manakala Sabah pula tidak mendapat apa- apa tambahan kerusi pada tahun 1984 dan setibanya tahun 1994 Sabah juga tidak mendapat apa-apa tambahan kerusi. Ini bererti bahawa dalam dua kajian sempadan pilihan raya Sabah tidak mendapat apa-apa tambahan kerusi sehinggalah pada hari ini. Kalau kita menyatakan tentang keadilan di sini, dari segi penyertaan, dari segi perwakilan rakyat dalam Dewan yang mulia ini, Dewan Rakyat ini, kita lihat bahawa sepatutnya di Sabah ini sudah mendapat penambahan kerusi. Kalau kita lihat misalannya dari segi keluasan, kita ambil negeri Perlis. Negeri Perlis ini setakat ini mendapat tiga kawasan Parlimen dan keluasannya cumalah lebih kurang 700 kilometer persegi. Kawasan saya di Tuaran lebih kurang 1,000 lebih kilometer persegi dan daerah Tuaran hanya mempunyai satu Ahli Parlimen, tiga orang ADUN dan kita mempunyai dua daerah pendidikan. Dari segi pentadbiran dan peruntukannya, tentu sekali kawasan negeri Perlis yang 700 kilometer persegi itu dengan ada Menteri Besarnya, sebuah negeri, pentadbirnya dengan tiga orang Ahli Parlimennya dan Ahli Parlimennya pun baru naik pangkat, hari ini saya dengar. Tentu sekali dia akan lebih cepat membangun berbanding dengan negeri Sabah yang begitu luas dan keluasan lebih kurang 76,000 kilometer persegi. Kalau kita mahu cakap membela rakyat, yang di luar bandar, di pedalaman, kenapa Yang Berhormat bagi Dungun tidak menceritakan tentang bagaimana kita boleh membela rakyat di negeri Sabah. Baru-baru ini Yang Berhormat bagi Parit Buntar dan saudara Yang Berhormat bagi Pokok Sena pun datang ke Sabah, berceramah, melancarkan Tabung Pilihanraya PAS di sana dan mereka menyatakan mereka akan bertanding dalam lapan kerusi sahaja. Seorang Ahli: Boleh menang atau tidak? Tuan Wilfred Madius Tangau: Ha, itu dia punya haklah bertanding lapan kerusi, menang atau tidak menang, tetapi di sinilah letaknya kita lihat dari segi pembelaan rakyat, kenapa kita selektif, kita bercerita tentang demokrasi. Kita ingin melihat bahawa kita ini membela seluruh rakyat tetapi barangkali kita tidak hairan sebab semasa pembentukan negara kita Malaysia, kalau tidak silap saya, saya bukan seorang peguam, tetapi pihak PAS ataupun Kerajaan Kelantan waktu itu telah membantah pembentukan Malaysia dan sehingga ke mahkamah, tetapi pihak Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu telah mengambil kes itu. Ini bererti bahawa mereka telah tidak menerima pembentukan negara kita Malaysia dan sehingga pada hari ini nampaknya belum lagi menerima sepenuhnya sebab mereka tidak membela hak kita di Sabah dan Sarawak ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat penambahan penduduk di negeri Sabah, pada tahun 1957 iaitu hari kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu, penduduk negeri Sabah ialah lebih kurang 439,509,017 orang pada ketika itu, lebih kurang 400 ribu orang. Pada hari ini penduduk negeri Sabah, kalau ikut statistik, banci yang telah diadakan pada tahun 2000, lebih kurang 2.4 juta. Ini bererti bahawa kita telah mengalami penambahan penduduk sebanyak lebih daripada 400%, more than 400 percent increase, dengan izin. Di seluruh Semenanjung kalau kita lihat penambahan penduduk dalam jangka masa yang sama, penambahannya

54 DR.24.6.2003 hanyalah lebih kurang 183% sahaja. Tetapi kalau kita lihat dari segi penambahan kerusi Parlimen bagi Semenanjung Malaysia, peratusan peningkatannya dalam jangka masa yang sama ialah lebih kurang 213%, berbanding dengan Sabah iaitu peningkatan kerusi Parlimen hanyalah 56%. Di negeri Sarawak pula penambahan kerusi hanyalah 40% dalam jangka masa yang sama. Dalam hal ini, saya fikir boleh juga kita jenguk balik, kaji balik, tengok balik dalam Perlembagaan Persekutuan ini sebab negeri Sabah dan Sarawak ini kita mempunyai satu – sudah termaktub dalam Perlembagaan iaitu dalam Artikel 161 sampai 165, di mana adanya special safeguard for Sabah and Sarawak ataupun perlindungan tambahan bagi Sabah dan Sarawak. Dan di situ kita lihat apa yang dikatakan, perlindungan-perlindungan tetapi perkara-perkara yang hanya diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak. Dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan khususnya kepada SPR, dalam kajian sepuluh tahun daripada sekarang atau lapan tahun daripada sekarang fakta sejarah ini, hal-hal ini haruslah diambil kira. Jangan lagilah ada masa di mana Sabah dan Sarawak ini tidak diberi penambahan langsung kerusi Parlimen hanya kerana atas perkiraan penambahan penduduk dan sebagainya. Sebenarnya kalau kita ambil semua faktor-faktor, penambahan penduduk, penambahan pengundi dan sebagainya, semuanya kita memenuhi kriteria ini. Semuanya ini kalau kita lihat dalam Jadual Ketiga Belas dalam Perlembagaan Persekutuan, semuanya kita memenuhi. Dalam perkiraan kita, walaupun kita ambil, katakan ambil purata, bilangan pengundi Parlimen lebih 30 ribu dalam satu Parlimen di Sabah, kita masih boleh tambah sehingga sepuluh kerusi. Tuan Yang di-Pertua, memanglah dalam menambah bilangan Ahli Parlimen ini sama ada di Semenanjung, di Sabah dan Sarawak, kita juga patut lihat dia punya kos dari segi pengurusan Parlimen, pengurusan wakil-wakil rakyat. Walau bagaimanapun, bagi Sabah dan Sarawak saya ingat kita kena fikir, apakah nanti masa depan Artikel 161 dalam Perlembagaan kita iaitu, perlindungan tambahan bagi Sabah dan Sarawak. Jika sekiranya kita bentangkan satu akta pindaan Perlembagaan dalam Artikel 161 ini sehingga 165 dan kita hapuskan semua, boleh. Kecualilah Ahli-ahli Parlimen daripada Semenanjung ini juga turut menyokong permintaan dari Sabah dan Sarawak supaya artikel tersebut, kandungan tesebut masih dipertahankan. Ini satu persoalan yang harus difikirkan oleh semua pihak, khususnya pihak kerajaan, khususnya pihak SPR bahawa ada perkara- perkara dalam sejarah kita yang harus kita ambil kira apabila kita membuat kajian semula bilangan kerusi Parlimen ini. Dalam masa yang sama, memanglah dalam membina negara kita ini, dalam pembinaan negara bangsa kita ini, kita kena ambil kira, bukan sahaja dalam soal perundangan seperti ini tetapi dalam soal bagaimana kita mentadbir negara ini. Dalam soal pentadbiran ini, dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak perkembangan yang telah berlaku dari segi pembahagian kuasa di antara Persekutuan dengan Negeri. Dan dalam soal perundangan ini, banyak lagi perkara-perkara yang harus diambil kira. Kita ambil contoh baru-baru ini apabila dipinda Akta Peminjam Wang, apabila masalah berikutan dengan masalah Along dan sebagainya. Apabila dipinda akta tersebut, akta tersebut hanya boleh digunapakai di Semenanjung sahaja dan bukan di Sabah dan Sarawak sebab di negeri Sarawak dan Sabah kita mempunyai enakmen yang berlainan. Persoalannya perlindungan kepada pengguna, perlindungan kepada rakyat, pembelaan kepada rakyat juga sama di Semenanjung, iaitu kita juga menghadapi masalah Along ini. Tetapi apabila dipinda Akta Peminjam Wang untuk di Semenanjung enakmen di Sabah dan Sarawak itu tidak dibuat. Maknanya penyelarasan dari segi pindaan kepada perundangan kita di negara ini belum lagi dibuat. Sepatutnya apabila dibuat pindaan terhadap akta itu, maka kita andaikan yang Peguam Besar Negeri Sabah dan Sarawak itu dijemput sama dan menyatakan bahawa perkara ini kita mahu pinda untuk Semenanjung dan kalau mahulah Sabah dan Sarawak bolehlah turut bersama dan sebagainya. Dan banyak lagi perundangan-perundangan lain yang harus diambil kira dalam proses kita memperkukuhkan lagi pentadbiran negara kita. DR.24.6.2003 55

Dalam soal ini, Tuan Yang di-Pertua, soal bilangan Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat ini adalah amat penting dan bukannya kita mahu tentu dalam pemikiran saya hanya berasaskan kepada faktor-faktor seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat bagi Dungun iaitu dalam soal penambahan penduduk, dalam penambahan bilangan pengundi dan sebagainya. Harus juga dilihat, misalannya dalam soal pembangunan sesuatu kawasan, sama ada sesuatu kawasan itu sudah membangun ataupun tidak. Kita lihat sebagai contoh, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mendapat penambahan kerusi mulai daripada tahun 1973 iaitu selepas ditubuhkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, peningkatan bilangan kawasan Parlimen begitu tinggi di Kuala Lumpur dan saya fikir perwakilan, suara rakyat dan pembelaan rakyat di sini begitu baik. Berbanding dengan kita di Sabah dan Sarawak, dalam tempoh lima tahun barangkali dalam satu-satu kampung, Ahli Parlimen berpeluang hanya sekali sahaja untuk bertemu dengan rakyat di kampung yang terpencil dan untuk mengetahui permasalahan mereka sebab kawasannya yang begitu luas. Kalau di kawasan Kuala Lumpur, misalnya Bukit Bintang, dalam beberapa jam boleh selesai. Kita boleh pusing keliling melawat seluruh kawasan Bukit Bintang ataupun di kawasan Batu tetapi di kawasan Tuaran, kawasan saya, satu hari pun tidak siap. Lagi teruk lagi kalau kawasan Kinabatangan, barangkali berminggu baru selesai. [Ketawa] Sebab itu kita berharap dalam kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di masa akan datang, cadangan-cadangan atau syor-syor untuk memperkecilkan lagi kawasan-kawasan luas ini dapat diambil kira dan janganlah nanti hanya berpandukan kepada bilangan penduduk. Saya ambil contoh, misalannya dalam kawasan sahabat saya dari Kinabatangan. Kalaulah terus-menerus dinyatakan bahawa bilangan pengundi Parlimen di kawasan Kinabatangan hendaklah sampai 40,000 ataupun sampai 50,000, saya ingat sampai bila- bila pun tidak boleh sampai sebab kawasan Kinabatangan ini yang luasnya ialah ladang kelapa sawit dan bukan perkampungan yang banyak tetapi rakyat yang ada di situ yang bukan dari kawasan perladangan itu terpencil dan memerlukan pembelaan sebab sehingga pada hari ini, saluran perhubungan kita di sana hanyalah melalui sungai dan sebagainya dan kemudahan-kemudahan asas begitu daif dan belum lagi diberikan. Saya fikirkan sehingga tahun 2020, entahlah, harap-harap pada ketika itu akan mendapat kemudahan seperti tempat-tempat atau kawasan-kawasan yang lain. Sebab itu kita berharap di masa akan datang, kalau boleh, kita ingin mencadangkan supaya perimbangan bilangan kerusi…. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Kinabatangan bangun, ya. Tuan Wilfred Madius Tangau: Okey, silakan. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Mikrofon tidak berfungsi] Ini mike susahlah, Tuan Yang di-Pertua, tekan pun tidak pernah hidup. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat bagi Tuaran di mana kita mendengar laungan-laungan daripada Pembangkang, konon-kononnya SPR ini dikongkong oleh kerajaan. Jadi, dengan berlakunya ketidakpuasan di kalangan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional juga, adakah ini menunjukkan SPR itu memang betul-betul neutral ataupun orang tengah sesuatu agensi kerajaan sehingga Yang Berhormat minta tambahan, saya minta tambahan pun tidak dapat. Kalau SPR dikongkong oleh kerajaan, mungkin saya pun dapat tambahan tetapi ternyata kita tidak dapat. Jadi, apakah ini menunjukkan bahawa SPR itu memang menjalankan kewajipan mereka? Terima kasih. Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kinabatangan.

56 DR.24.6.2003

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah cukup. Satu minit lagi, sila. Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kedudukan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ini, mereka dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dan segala apa yang dibuat oleh mereka adalah hak mereka. Kalaulah ada tuduhan yang menyatakan bahawa mereka ini adalah kuda tunggangan kerajaan dan sebagainya, di sini terbukti yang kita juga tidak dapat. Sebenarnya kita di Tuaran pun meminta satu tambahan kerusi Parlimen. Kita juga telah minta satu tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri sebab kawasan begitu luas. Yang Berhormat bagi Kinabatangan pun minta juga tetapi tidak juga ditunaikan. Jadi, ini bererti bahawa Suruhanjaya Pilihanraya ini, mempunyai perkiraan-perkiraan yang tersendiri. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali dalam kesempatan ini saya ingin sedikit menyatakan tentang perkhidmatan Ahli-Ahli Parlimen. Saya ingat dalam perkhidmatan Ahli- Ahli Parlimen, setakat ini Ahli-Ahli Parlimen ditanggapi oleh rakyat mendapat pelbagai kemudahan, satu kedudukan yang glamour dan sebagainya dan apabila dipaparkan oleh media yang kita ini tidak buat kerja, oleh kerana dinyatakan tidak selalu datang ke Parlimen dan sebagainya, dan apabila nanti pindaan diluluskan, ditambah pula Ahli-ahli Parlimen, nanti pula dilihat oleh rakyat sebagai satu bebanan, tetapi sebenarnya kalau kita lihat kemudahan kepada Ahli-ahli Parlimen ini dengan pinjaman kereta dengan hanya RM43,000, hendak beli Kancil pun tidak cukup. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tidak bersangkut itu, tidak bersangkut itu. Tuan Wilfred Madius Tangau: Ya, untuk pinjaman kereta. Dalam hal ini sebenarnya apa yang dilihat oleh rakyat kepada kita dan apa yang kita dapat sebenarnya, kemudahan-kemudahan Ahli-ahli Parlimen, saya ingat amat munasabah. Tinggal lagi, dia punya tanggapan. Saya ingat dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua, kemudahan-kemudahan untuk Ahli-ahli Parlimen ini amatlah penting untuk dikaji. Tuan Yang di-Pertua: Ya, cukuplah Yang Berhormat. Masa pun sudah cukup. Tuan Wilfred Madius Tangau: Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tuan Wilfred Madius Tangau: Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua. Kita berharaplah beberapa cadangan yang kita buat tadi dalam konteks Sabah dan Sarawak ini diambil kira dalam kajian semula di masa akan datang. Dengan kata-kata demikian, saya ingin menyokong. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ya,ya. Kepong. 4.48 ptg. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mencadangkan supaya rang undang-undang dirujukkan kepada Jawatankuasa Pilihan (Select Committee) untuk dikaji sama ada dengan kelulusan persempadanan ini kelak, secocok dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan benar-benar mewakili komposisi politik dan sosio-ekonomi Malaysia. Kita tercengang-cengang mendengar ucapan Yang Amat Berhormat yang memuji- muji segala-gala yang terkandung di dalam persempadanan semula ini. Ini merupakan kali yang terakhir Yang Amat Berhormat membentangkan rang undang-undang seumpama ini tetapi Yang Amat Berhormat mestilah sedar bahawa ada perkara yang betul dan ada yang tidak betul dalam persempadanan semula ini. Ini bererti bukan segala yang dilafazkan oleh Yang Amat Berhormat adalah tepat.

DR.24.6.2003 57

Kalau tuan pergi ke bendang, Baju merah baharu dijahit, Tuan laksana timun dendang, Di luar merah di dalam pahit. Itu pantun Melayu. Bilangan pemilih bukanlah sama di semua bahagian pilihan raya, Perkara 2(C) Jadual 13 Perlembagaan menyatakan bilangan ini, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “having regard to the greater difficulty of reaching electors in the country districts and the other disadvantages facing rural communities, a measure of weightage ought to be given to such constituencies.” Walaupun terdapat perbezaan yang terlalu sangat di antara sesetengah bahagian, Yang Amat Berhormat masih menumpukan perhatian untuk membentangkannya. Adalah hakikatnya bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti dua pertiga dan ia boleh menggunakan keazaban majoriti (tyranny of the majority) untuk meluluskannya. “Panas yang kian terik dan membakar kulit kepala, dibakar tiada hangus.” Tuan Yang di-Pertua seorang ahli sejarah Dinasti Han lebih 2,000 tahun yang lampau, Si Ma Qian mencatatkan di dalam riwayat Maharaja Yang Pertama Han iaitu Shi Ji, Gao Zu Ben Ji: ming xiu zhan dao, an du chen cang. Pada zahirnya mengabui mata ramai tentang penaakulan persempadanan semula sebaliknya terdapat helah yang lain dengan izin Tuan Yang di-Pertua, to steal a march upon the opposition. Is the Dewan Rakyat truly representative of the political and socio-economic composition of our nation? Our electoral system dengan izin Tuan Yang di-Pertua is based on the relative majority method, called ‘the first past the post’, principle, making use of single member constituencies. This means, among other things, that there should not be a “gerrymander” and that the weightage must be within reasons. Yang Amat Berhormat telah mengatakan bahawa politik Malaysia adalah berteraskan kepada ras, kepada kaum. Di dalam satu wawancara, Yang Amat Berhormat menekankan bahawa itulah politik Malaysia, politik kaum. Ucapan-ucapan Yang Amat Berhormat sering memaparkan semangat politik kaum. Yang Amat Berhormat berharap kita akan menghayati demokrasi berparlimen dengan bermakna cocok dengan prinsip- prinsip utama, asas dan dasar, begitu juga dengan agama. Yang Amat Berhormat hendak rakyat memegang kepada asas, dasar atau fundamental yang sarat dengan nilai-nilai sejagat atau universal values. Dada Yang Amat Berhormat nampaknya sarat dengan harapan besar untuk masa hadapan. Pada 20 Jun tahun ini, Yang Amat Berhormat menjelaskan, UMNO akan terus melakukan yang terbaik kepada rakyat sebagaimana yang dijanjikan dalam kempen- kempen pilihan raya sebelum ini…..”kita janji hendak buat baik, kita buat baik”…itu seronok saya dengar. Tetapi kita nampak, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, selepas pilihan raya ada kawasan-kawasan hijau dicerobohi oleh pelbagai komponen parti Barisan Nasional seperti Taman Indah Perdana, Kepong. Sekarang ada MCA yang menceroboh satu kawasan hijau dan mendirikan cawangannya. Itulah komponen-komponen ini di dalam Barisan Nasional sudah membuat yang tidak baik. Janji hendak buat baik tetapi tidak buat baik, itu masalahnya. Yang Amat Berhormat menegaskan, “terdapat peningkatan kes jenayah di seluruh dunia. Ini kerana jatuhnya nilai-nilai moral. Sekarang ini berjuta pornography dan video lucah diedarkan di seluruh dunia boleh juga dilayari di Internet.” Yang Amat Berhormat terus menggesa, saya setuju ini, ibu bapa menanamkan nilai-nilai murni yang berteraskan kepada ajaran agama bagi mengatasi masalah sedemikian. Saya sebutkan hal ini kerana di dalam persempadanan semula ada hal-hal yang tidak betul juga, yang tidak ikut nilai-nilai sejagat. Di sini sebab Yang Amat Berhormat membentangkan hal ini dan sudah berkali-kali menekankan the virtue and the value itu benar-benar di dalam satu fundamental, agama atau pun politik.

58 DR.24.6.2003

Tuan Yang di-Pertua, George Herbert pada kurun ke-16 di England (1593-1633), seorang penyajak England dan juga seorang paderi yang salih menulis serangkap puisi (a moral asset of the soul) Virtue, Tuan Yang di-Pertua cenderung kepada hal ini - Sweet day, so cool, so calm, so bright, The bridal of the earth and sky; The dew shall weep thy fall tonight; For thou must die. Sweet, rose, whose hue angry and brave, Bids the rash gazer wipe his eye; Thy root is ever in its grave; And thou must die. Sweet spring, full of sweet days and roses, A box where sweets compacted lie; My music shows ye have your closes; And all must die. Only a sweet and virtuous soul, Like seasoned timber, never gives; But though the whole world turn to coal, Then chiefly lives. Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun dua usul persempadanan semula sudah diluluskan di Dewan ini pada 8 April 2003, saya hendak mengulangi beberapa angka yang pernah saya sebutkan ketika itu. Di dalam wawancara dengan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2003, Yang Amat Berhormat berkata, “Jika kita mahukan sesuatu, jangan terlalu ghairah. Kalau kita keterlaluan hendakkan sesuatu, nanti kita akan sanggup buat perkara yang tidak betul. Itulah yang berlaku. Yang pertama, tidak sabar. Yang kedua hendak sangat. Di peringkat cawangan, di peringkat bahagian pun berlaku macam itu. Kerana hendak sangat, mereka sanggup melakukan apa sahaja”. Tuan Yang di-Pertua, saya mempelajari daripada kenyataan dan hakikat itu, dan saya berharap semua orang mematuhi, jangan kita ghairah dan mahukan sangat. Jumlah bahagian pilihan raya yang terkandung di dalam rang undang-undang ini adalah 206, misalnya Johor 26, Selangor 22. Johor yang berjiran dengan Singapura mempunyai 1.2 juta pemilih dan Selangor memperolehi 1.3 juta pemilih. Apakah keistimewaan Johor sehingga melebihi Selangor dengan empat kerusi? Sebelum 1994, Selangor yang dapat tetapi sekarang ia berlainan, apakah sebabnya? Apakah banjaran gunung seperti Mount Everest yang paling susah untuk ditembusi di Johor? Adakah sungai, adakah tasik, adakah gunung yang begitu susah untuk kita menemui rakyat di situ? Terdapat 746,442 pemilih di Sabah dan ditetapkan 25 kerusi. Perak ada 1,138,010 pengundi dan 24 kerusi. Di sini saya nampak dari Sabah pun kata tidak cukup lagi 25, hendak 50 kerusi. Itu masalah ghairah, hendak sangat lebih. Selangor menyaksikan pertambahan pemilih 44.18% sejak persempadanan 1994 dan diberi lima kerusi baru. Johor hanya bertambah 24.53% dalam tempoh yang sama tetapi mendapat enam kerusi dan Perak cuma 8.12% masih diwujudkan satu bahagian pilihan raya. Sementara itu, kita mesti adil, Kelantan, Terengganu dan Kedah masing- masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2%, 21.76% dan 17.4% tetapi tidak dapat kerusi langsung, saya pun tidak faham. DR.24.6.2003 59

Banyak lagi, Tuan Yang di-Pertua, yang boleh saya sebutkan tetapi tidak cukup masa dan saya pernah mengesyorkan: (i) rang undang-undang ini dirujukkan kepada Jawatankuasa Pilihan, (ii) tubuhkan satu Suruhanjaya untuk mengkaji semula garis panduan ‘satu orang satu undi’ dan kesalahan-kesalahan pilihan raya termasuk undi hantu (phantom votes) dengan izin, (iii) kaji semula semua undang-undang pilihan raya termasuk setakat mana persempadanan semula menyeleweng daripada semangat Perlembagaan Persekutuan, (iv) Weightage luar bandar haruslah mengikut semangat garis panduan Perlembagaan dalam lingkungan 15% ataupun tidak lebih daripada 50%. Saya tahu ini susah hendak kita buat kerana kita tidak dapat majoriti dan BN dapat majoriti dua pertiga dan boleh membuat apa-apa sahaja, tetapi tidak ikut cadangan dan nasihat daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya membaca ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Perhimpunan Agung UMNO pada 19 Jun 2003. Saya baca banyak kali, banyak kali. Datuk Bung Moktar bin Radin: Baca. Baca, apa? Dr. Tan Seng Giaw: Walaupun saya tidak boleh menerima semua pendapat, ada yang boleh saya pelajari seperti yang telah saya sebutkan tadi. Saya hendak buat baik, tetapi nampak Ahli Yang Berhormat bagi Kinabatangan tidak buat baik juga kadangkala. Datuk Bung Moktar bin Radin: Tidak ada kena-mengena Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Hm. Dr. Tan Seng Giaw: Kadangkala membuang masa di dalam Dewan juga. Tetapi Dewan Rakyat bukan dewan untuk memuji, marhaban hanya untuk Tuhan sahaja. Beberapa Ahli: Ya. [Tepuk] Dr. Tan Seng Giaw: Persempadanan semula adalah untuk wakil rakyat. Saya juga tidak setuju dengan sesetengah orang yang suka berperang seperti Presiden Bush yang mencerobohi Iraq atas faktor ekonomi dan dominasi Timur Tengah, setakat ini beliau tidak dapat mempertahankan alasan-alasan untuk menyerang Iraq seumpama senjata pemusnah besar-besaran belum lagi ditemui, sudah lebih dua bulan tidak dapat menyaksikan senjata itu Tuan Yang di-Pertua. Susah kita. Mungkin Presiden George Bush mesti tukar mata dia. Datuk Bung Moktar bin Radin: Ya, itu saya sokong. Dr. Tan Seng Giaw: Satu transplantlah. Ia tidak nampak. Kita tidak setuju. Kita tidak setuju. Tetapi saya tidak setuju dengan teguran terhadap semua bangsa Eropah Yang Amat Berhormat. . Yang Amat Berhormat bukan anti bangsa Eropah dan pagi ini pun sudah ...... dengan baiklah kata...... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila bercakap berkenaan dengan rang undang-undang. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terkepung. Terkepung. Dia hendak masuk UMNO. Dr. Tan Seng Giaw: Ya, memang berkenaan dengan undang-undang. Berkenaan dengan undang-undang ini kerana ini ada berkaitan...... Tuan Yang di-Pertua: Apa makna, apa ikatan itu tidak tahulah.

60 DR.24.6.2003

Dr. Tan Seng Giaw: Tidak tahukah...... [Ketawa] Persempadanan semula Tuan Yang di-Pertua...... Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dr. Tan Seng Giaw: Bahagian Pilihan Raya merupakan satu asas demokrasi. Demokrasi ialah kerajaan oleh rakyat. Semua pun tahu. Semua rakyat menyertai proses membuang undi ke atas dasar-dasar dengan izin, democracy is the best form of government for political equality and it is the natural form for consent through deliberation Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Professor Russell Hardin, University of Chicago, quotes two critical problems of democratic decision. First the economist Kenneth Arrow showed that orderly individual preferences do not generally aggregate into orderly collective preferences, which may be well- defined. Secondly, the economists Anthony Downs and Mancur Olson argued that individual motivations for action are incompatible with collective preferences even when the latter are well-defined. Yang Amat Berhormat mengatakan bahawa kita akui demokrasi adalah sistem pemerintahan yang terbaik, yang pernah dicipta oleh manusia. Tetapi ia tidaklah bebas daripada kecacatan. Saya setuju. Bagi mereka yang tidak faham had atau sempadan demokrasi, kemungkinannya ialah kerajaan yang tidak berwibawa atau yang penuh dengan korupsi akan memerintah. Saya nampak dalam persempadanan ini, termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Kinabatangan dan Shah Alam semualah mengabai kecacatan. Dia kata, dia ada majoriti dua pertiga, apa boleh buat, dia buat. Tidak kiralah semua sama ada, ada kecacatan ataupun tidak. Sambil di dalam Perhimpunan UMNO, oiiiiiii!, puji semua Yang Amat Berhormat. Tetapi Yang Amat Berhormat kata, ada kecacatan dalam demokrasi. Itu dia tidak kisah. Datuk Bung Moktar bin Radin: Mana ada buat. Dr. Tan Seng Giaw: Kalau kita tidak memperbetulkan persempadanan ikut satu pengundi satu undi, satu orang satu undi dan kalau kita tidak mempertimbangkan weightage yang ada sekarang, jadi kecacatan ini akan berterusan. Kita berpendapat bahawa terdapat kelemahan di dalam persempadanan ini. Mudah-mudahan Yang Amat Berhormat dapat mempertimbangkan bagaimana kita dapat menjadikan weightage lebih adil sebagai salah satu asas untuk mencapai political equality, dengan izin jika persempadanan semula adalah dilakukan dan diperlihat dilakukan dengan adil, maka kita mula boleh menangani individual dan collective preferences, because ada kecacatan kerana individual preferences, individual motivation dan collective preferences kadangkala ada bertentangan. Dengan inilah Tuan Yang di-Pertua, Tengkolok bersudut empat, Tengkolok orang Batang Kapas; Yang dijolok tidak dapat, Penjolok tinggal di atas. Sekian, terima kasih. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ahli Yang Berhormat bagi Tambun.

DR.24.6.2003 61

4.08 ptg. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan kawasan pilihan raya ditambah kepada lebih 200 kerusi. Apa yang penting dalam proses pindaan ini, adakah pindaan tersebut mengikut kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam sesebuah negara demokrasi. Kita tahu mana-mana negara di dunia memiliki Perlembagaan. Jadi Perlembagaan akan menjadi satu dokumen yang akan dirujuk sama ada dalam tiap-tiap perkara yang hendak dilakukan di sesebuah negara tersebut. Begitu juga dalam konteks negara kita dari segi kuasa untuk melakukan sesuatu perkara di dalam negara kita dari segi Parlimen sendiri yang bertanggungjawab untuk membuat pindaan dan sebagainya kepada undang-undang, adakah ini merujuk kepada Perlembagaan. Kita dapati bahawa usul untuk meminda kawasan pilihan raya ini telah pun dibentangkan dan diluluskan pada 8 April 2003. Ini tertakluk kepada dua perkara dalam Perlembagaan iaitu Seksyen 113, 2(i) dan 2(ii) dan di samping itu di bawah Jadual Ketiga Belas, Bahagian 1 dan 2. Kedua-dua perkara ini telah pun dipenuhi dalam proses untuk meminda Perlembagaan untuk membolehkan kawasan pilihan raya baru diwujudkan. Di samping itu pada hari ini dibentang untuk pindaan Perlembagaan dan ini tertakluk kepada seksyen di dalam Perlembagaan di mana memerlukan dua pertiga sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen iaitu di bawah Seksyen 159 pindaan Perlembagaan 1, 2 ataupun 3. Oleh yang demikian, rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan ini telah pun memenuhi kehendak Perlembagaan. Jadi daripada mana sudut kita lihat pindaan ini adalah tertakluk kepada Perlembagaan yang menentukan kedaulatan sesebuah negara itu. Di samping itu kita lihat pula dari segi kuasa Parlimen, adakah Parlimen berkuasa atau tidak dalam menentukan kepada pindaan tersebut. Ini kita tahu telah pun terlaksana kerana pindaan ini adalah berteraskan kepada Perlembagaan Negara seperti mana yang saya nyatakan tadi, bahawa Parlimen di bawah Perlembagaan telah diberi kuasa untuk membuat pindaan-pindaan serta meluluskan rang undang-undang. Akhirnya Parlimen ini akan accountable kepada rakyat yang mengundi kita dalam satu kenyataan yang dibuat oleh seorang ahli fikir mengatakan bahawa dengan izin, “The ultimate sovereign will be in the hands of people, people who loan their power to their representative assembly”. Maknanya kalau apa yang kita buat ini betul, maka orang akan sokong kita. Kalau tidak, orang tidak akan sokong kita kerana the ultimate sovereign in the system of democracy is in the hands of the people, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Di samping itu saya melihat pindaan ini sebagai satu tanggungjawab ke atas social contract di mana Perlembagaan kita dan Parlimen bertanggungjawab kepada rakyat dan rakyat mempunyai kuasa dan accountable kita adalah kepada rakyat dan apakah tanggungjawab Parlimen kepada rakyat. Tanggungjawab Parlimen kepada rakyat ada di golong dalam satu perkataan yang dikatakan untuk memberi perlindungan dan juga kesejahteraan kepada rakyat secara maksimum. Itu tanggungjawab Parlimen kepada rakyat. Dalam konteks itu ada tiga perkara yang akan ditentukan oleh Parlimen dalam proses demokrasi. Pertama dari segi civil right, sesuatu masyarakat ataupun civil right kepada rakyat di dalam sesebuah negara. Kedua political rights yang diperolehi oleh rakyat sesebuah negara dan ketiga kepada social rights. Saya dapati bahawa dari segi Parlimen kita daripada awal 1955 dengan beberapa pindaan kawasan Parlimen, ketiga-tiga rights ini telah pun diperolehi. Kalau kita lihat dari segi social rights ini termaktub universal declaration of human rights 1948 yang telah dilaksanakan dengan begitu baik di negara kita, dari segi memberi peluang pendidikan, dari segi memberi peluang kepada pekerjaan dan juga taraf hidup yang saksama dalam konteks United Nation of Human Rights the minimum social

62 DR.24.6.2003 status ini telah tercapai di negara kita dan tidak boleh disanggah oleh mana-mana orang pun baik di dalam negara kita mahupun di luar negara kita. Dari segi political rights kita tahu political rights dari segi minimumnya adalah penglibatan kita dalam satu proses pilihan raya dan negara kita terkenal tidak pernah ada satu badan dunia pun membantah atas perjalanan pilihan raya kita. Individu yang mempunyai hak untuk menjadi calon dan mempunyai hak untuk mengundi, mereka boleh mengundi dan parti-parti akan diberi masa untuk mengadakan kempen dan sebagainya. Ini telah berjalan dengan begitu baik dan tidak perlu kepada mana-mana badan dunia untuk datang sebagai observer, sebagaimana berlaku di kebanyakan negara yang pilihan raya dipertikaikan. Kemudian dari segi civil right, ada perkara-perkara yang dibangkitkan dengan civil right ini, berkaitan dengan soal freedom. Soal freedom ini sebagaimana kita tahu Tuan Yang di-Pertua, tidak ada seorang pun manusia mengatakan bahawa freedom itu berteraskan kepada absolute freedom, freedom tidak begitu, freedom ini bukannya merupakan satu lesen yang membolehkan setiap rakyat untuk membuat apa mereka suka. Freedom adalah tertakluk kepada undang- undang dan dalam konteks negara kita, undang-undangnya begitu jelas di bawah Seksyen 10, kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan seperti mana yang dibangkitkan di awal tadi, sudah termaktub di sini, bahawa tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran. Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dengan tidak bersenjata. Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan, sebab Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan ke atas hak yang diberikan oleh perenggan tadi apa-apa sekatan yang didapati perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan persatuan dan seterusnya. Maknanya ini bersesuaian dengan mana-mana declaration of human rights yang telah termaktub di dalam Perlembagaan kita, kebebasan yang tertakluk kepada undang-undang. Inilah perkara yang telah dilaksanakan di negara kita ini. Kita mungkin hanya berbeza pendapat dari segi kaedah untuk pelaksanaan kebebasan tersebut. Pembangkang mungkin ada cara dia tetapi cara yang dibuat oleh pembangkang itu tidak semestinya betul. Umpamanya kebebasan dalam konteks pelajar universiti, dibangkitkan tentang AUKU. Pihak pembangkang mengatakan bahawa AUKU ini tidak perlu kerana pelajar mesti diberi kebebasan. Kebebasan macam mana yang kita hendak berikan itu kepada pelajar? Adakah kita hendak beri pelajar terlibat dengan political activity ataupun political academics. Saya rasa di bawah AUKU ini political academics tidak ada masalah, kerana konsep pelajar yang kita hendak jadikan sebagai intelek adalah pelajar yang diberikan kebebasan untuk berfikir. Jadi, kalau dari segi political academics, pelajar dibenarkan tetapi kalau dari segi political activity tidak dibenarkan, kerana political activity akan membuat pelajar kita partisan kepada satu-satu parti politik. Jadi, ia tidak mencipta pelajar yang mempunyai kebebasan fikiran, ia akan tertakluk kepada pemikiran yang bersangkutan dengan parti yang dia sokong. Dia mewujudkan sistem “tunnel vision” dan akhirnya pelajar ini akan menjadi pelajar yang tidak multi-dimensional, dan ini akan membantutkan usaha untuk menjadi seorang intellectual. Saya bangkitkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua kerana saya lihat apakah final product dari segi demokrasi. Final product dari segi demokrasi adalah untuk melahirkan orang yang berwibawa, itu dia final product demokrasi. Final product demokrasi bukannya absolute freedom untuk melahirkan individu yang mempunyai keterampilan yang mempunyai kesejahteraan, itu dia final product daripada proses demokrasi. Tentang AUKU dan pelajar ini, biar kita discuss secara serius di sini. Sebenarnya yang sibuk sangat tentang AUKU ini siapa? Sebenarnya nombor satu pembangkang. Baru-baru ini kita terlibat dalam Majlis Perundingan Pelajar yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Dalam banyak universiti awam ini yang membangkitkan tentang AUKU ini hanya satu, dua universiti sahaja, yang lain tidak membangkitkan. Mereka tidak melihat AUKU ini sebagai penghalang kepada kemajuan manusia, malah ada student yang berkata, dengan ada AUKU pun banyak surat layang yang dihantar kepada pelajar-pelajar untuk merosakkan pemikiran pelajar. Kalau tidak ada AUKU macam mana universiti nanti, bertan-tan surat layang, itu baru ada AUKU dan siapakah sebenarnya yang terlampau bising tentang yang DR.24.6.2003 63 membangkitkan isu AUKU ini, sebenarnya pelajar Melayu, itu sahaja yang telah dipengaruhi. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, saya berbalik kepada demokrasi dan juga the final product , iaitu untuk melahirkan individu yang berwibawa. Apa terjadi di universiti, kita tengok dari segi pelajar-pelajar dapat kelas pertama, majoritinya kaum Cina yang tidak bising tentang AUKU. Di bawah AUKU juga mereka sebagai orang yang berketerampilan dan mereka menjadi pemimpin-pemimpin yang besar di negara ini. Tidak pula ada di kalangan orang Cina ada pemimpin yang second class, tidak ada, first class student majoriti orang-orang Cina. Orang Melayu first class setiap tahun ada beribu, first class 46, 56 orang. Dan mengapa ini berlaku? Salah satu kerana tidak memahami konsep. Universiti adalah pusat kecemerlangan the centre of educational excellence, the centre of intellectual development, dengan izin. Apa dia “intellectual students”? Kata yang dipengaruhi oleh pembangkang “absolute freedom”? Tidak ada dalam sejarah manusia, daripada mana zamannya ada absolute freedom, Al-Ghazali seorang pemikir Islam begitu besar, tidak ada absolute freedom, dia ditahan bila dia membuat sesuatu yang di luar dari lingkungan dan ruang rangka undang-undang sebuah negara. Intellectualism datang daripada membaca, bila kita membaca seribu buku, lebih intelek daripada orang yang membaca sepuluh buku. Apa berlaku di universiti, di universiti yang berlaku pelajar-pelajar Cina majoritinya tolak lecture, tolak tutorial, mereka mengambil masa dalam lima, enam jam satu hari untuk belajar. Pelajar Melayu dua jam, itu sebenarnya. Bila mengambil dua jam untuk belajar keputusan second class lower dan general degree. Jadi bukannya masalahnya AUKU, masalahnya macam mana kita hendak menjadikan pelajar Melayu supaya belajar lima enam jam supaya dia dapat bersaing dengan pelajar-pelajar lain. Ini kita tengok dalam konteks negara kita, kalau kita bandingkan pula dengan negara lain, macam mana di India, di China, mereka tidak ada absolute freedom tetapi pelajar India lulus 600 ribu diambil oleh pasaran Amerika Syarikat. Begitu juga pelajar di China. Jadi, biar kita lihat perkara ini dengan secara serius, jangan kita ingat tidak ada AUKU supaya PAS boleh masuk ke universiti. Apa terror sangat PAS ini, mereka mesti hendak masuk ke universiti hendak monopoli universiti? Tidak terror, tidak ada apa yang dibuat di Kelantan dan Terengganu. Mana dasar-dasar hendak melaksanakan sebuah negara Islam yang boleh menjadi contoh kepada dunia. Tidak ada apa [Tepuk] tidak ada. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat bagi Tambun. Yang Berhormat bagi Tambun mempersoalkan bahawa pelajar-pelajar universiti ini easily swept by any particular crook group, dengan izin. Apakah Yang Berhormat hendak mengatakan bahawa anak-anak Malaysia yang masuk ke universiti yang sudah berumur 19, 20,21 ini belum matang? Walaupun sudah masuk ke universiti di menara gading mereka tidak dapat membezakan antara intan dengan batu. Apakah itu maknanya sampai peringkat kalau kita beri kelonggaran kepada AUKU maka menyebabkan mereka itu bebas sebebasnya? Seolah-olah kita letakkan mereka itu tidak matang. Saya fikir ini tidak betul kerana kita mesti meletakkan bahawa mereka ini sudah matang. Sebab itu saya hendak memaklumkan sebelum saya mendapatkan penjelasan, di negara-negara lain mereka percaya dengan kematangan rakyat mereka sebab itulah kita lihat umur yang layak mengundi telah diturunkan daripada 21 ke 18 tahun. Negara kita sudah berpuluh-puluh tahun merdeka, hampir 50 tahun, kenapa kita tidak percaya anak- anak Malaysia yang berada di tahun satu, tahun dua, tahun tiga di universiti masih lagi belum matang untuk melayakkan mereka mengundi? Minta penjelasan. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soal kematangan tetapi soal culture. Di London, kita tahu Hyde Park ialah tempat di mana seluruh rakyat di UK boleh pergi berhimpun pada hari minggu. Berapa orang yang pergi? Itu culturenya. Di sini kalau diberi kebebasan, berapa orang yang datang? Kalau ada kebebasan, boleh cakap apa-apa. Di Hyde Park ada peraturan-peraturan, dan tiga perkara tidak boleh disentuh, tetapi kalau di sini diberi kebebasan habis semua dia sapu. Ini dia culture kita. Kita cakap soal culture, jangan kita kata matang sahaja. Semua orang matang. Adakah students yang berada dalam Majlis Perundingan Pelajar itu tidak matang apabila mereka menolak untuk dipinda AUKU?

64 DR.24.6.2003

Kalau kita lihat dari satu sudut, kita kata tidak matang, tapi mereka matang. Mereka yang datang, berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri dan membangkitkan berbagai-bagai isu. Ini orang matang. Dan adakah orang matang ini ditangkap oleh polis selepas mereka berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri secara bebas? Adakah orang yang membangkitkan - seorang pelajar yang membangkitkan - supaya AUKU ini dipinda ditahan ? Tidak. Ini kematangan negara. Dan 90% lebih yang menolak pindaan kepada AUKU itu apakah tidak matang? Matang juga. Jadi, apa pula kita orang luar - sebagai Ahli Parlimen - menolak kematangan pelajar yang 90% yang menolak AUKU dipinda? Apa hak kita apabila pelajar sendiri menolaknya? Jadi, kita beralih kepada konsep apakah matlamat demokrasi. Kalau matlamat demokrasi untuk beri kebebasan hendak pergi masuk ke mana-mana sahaja tempat hendak cucuk orang, adakah itu matlamat demokrasi? itu bukan matlamat demokrasi. Matlamat demokrasi adalah untuk melahirkan rakyat dan masyarakat yang berwibawa yang boleh bersaing di mana-mana tempat di dunia. Itu matlamat demokrasi. Kemudian ada dikatakan bahawa kerajaan buat “Aku Janji”, seolah-olah “Aku Janji” ini tidak elok. Tak elok macam mana? Perancangan negara kita ini, Tuan Yang di- Pertua, dibuat elok. Belanjawan negara kita ini tidak ada mana tempat di dunia. Yang kerajaan buat sudah elok, dengan sektor swasta, dengan NGO, dengan parti-parti politik. Hanya parti pembangkang tidak mahu campur tangan, tapi itu salah dia, mungkin kerana mereka tidak ada idea untuk dibawa. Kalau mereka datang ini tidak ada idea, orang tahu bahawa mereka bukan terror sangat. Itu tidak ada tempat! Kalau daripada segi Belanjawan tahunan kita buat macam mana? Mula-mula dibuat di kementerian-kementerian. Setelah dibuat di kementerian semua pegawai beri input masing-masing, dibuat satu dokumen dan di bawa kepada Kabinet. Takkanlah pegawai kerajaan kita begitu tidak pandai sekali, dalam mesyuarat di kementerian tidak mahu bersuara tetapi hendak bersuara di luar. Itu style apa? Untuk siapa hendak dibawa suara itu? Untuk orang PAS? Ini realiti. Kita ada MTEN, kita ada Kabinet, di bawahnya ada banyak jawatankuasa tentang globalisasi, tentang macam-macam yang kita ada, dan kerajaan sendiri telah panggil ahli-ahli pembangkang untuk terlibat sama. Janganlah kerana mereka tidak hendak terlibat, mereka menyalahkan satu sistem yang begitu baik telah kita laksanakan. Tidak ada apa salah dalam “Aku Janji”, tidak ada. Tidak ada seorang kena tangkap, tidak pula jadi lemah. Kita sengaja mengatakan bahawa negara kita jadi lemah. Kalau negara kita ini lemah kita tidak mampu untuk berhadapan dengan krisis ekonomi masa lalu [Tepuk]. Negara kita kuat, orang-orangnya berkebolehan. Ini kita sengaja tidak mahu akui apa yang terdapat di negara kita ini. Kemudian kita buat interpretasi - yang tadi saya sudah sentuh. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada dua minit lagi. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Pendek, pendek, satu last. Ini last sahaja. Saya hendak sentuh tadi, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tersinggung juga. Bila orang bawah di Harakah buat salah, dia kata, “Apa hendak kaitkan dengan pemimpin atasan?” Kalau macam itu prinsip kita bercakap, kalau ada kesalahan di kementerian jangan salah menteri semuanya. Itu kalau prinsip yang sama kita gunakan. Kalau orang bawah dalam PAS buat salah dalam Harakah kita kata jangan salahkan pemimpin atasan, tetapi kalau pegawai kerajaan buat salah, menteri yang salah, potong RM10, potong berapa ringgit bila dalam belanjawan. Adakah prinsip ini yang kita hendak gunakan? Kalau PAS semua boleh, kalau kerajaan tidak boleh. Bila kerajaan buat, apa pun tidak elok. Bila PAS kata masuk PAS masuk syurga, itu merosakkan akidah lebih teruk daripada mana kejahatan di muka bumi ini! Waah! Ini boleh, baik, cantik, kalau kita semua tak boleh. [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. DR.24.6.2003 65

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Baiklah, oleh kerana Tuan Yang di-Pertua sudah beri saya masa 20 minit, jadi saya tutup ucapan saya. Saya menyokong pindaan Perlembagaan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Permatang Pauh. 4.25 ptg. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita perkara paling asas ialah untuk rakyat memilih perwakilan Parlimen secara bebas, tanpa rasa takut, tanpa tekanan atau ugutan. Setiap rakyat yang berdaftar sebagai pemilih layak untuk memilih wakil mereka. Tetapi kita lihat dalam keadaan sedia ada sekarang dan lebih parah dengan cadangan terbaru ini, bagaimana nilai undi para pemilih tidak sama. Dalam Pilihan Raya Umum ke-10 yang lalu Barisan Nasional memperolehi 56% daripada undi popular, tetapi Barisan Nasional memenangi 148 daripada 193 bahagian atau 77% daripada keseluruhan bahagian Parlimen. Ini menunjukkan bagaimana undi menyokong kerajaan menjadi 1/3 kali lebih bernilai, sedangkan undi kepada pembangkang hanya bernilai 3/4 daripada undi sebenar. Jika berdasarkan undi popular BN hanya mempunyai majoriti mudah di dalam Dewan yang mulia ini dan bukan majoriti 2/3. Ternyata BN mendapat keuntungan daripada persempadanan bahagian pilihan raya selama ini. Kajian persempadanan kali ini juga memperuntukkan bahagian-bahagian yang diwakili oleh pembangkang dengan jumlah pemilih yang besar, sedangkan bahagian- bahagian yang diwakili BN khususnya pada menteri dari UMNO mempunyai jumlah pemilih yang sedikit. Malah banyak bahagian menteri ini mempunyai jumlah pemilih di bawah purata nasional. Dalam cadangan terbaru ini terdapat bahagian pilihan raya yang mempunyai pemilih lebih 70,000 sedangkan bahagian bersebelahan hanya mempunyai 20,000 pemilih. Apakah nanti Yang Berhormat bagi Batu Gajah akan lebih 'afsah' atau lebih legitimate berbanding dengan Yang Berhormat bagi Kuala Kangsar kerana perbezaan besar jumlah pemilih yang diwakili mereka sekalipun kedudukan bahagian mereka berjiranan. Peruntukan pemilih melebihi 70,000 ini juga menimbulkan persoalan apakah Batu Gajah kini dianggap sebagai bandar raya kerana jumlah pengundi yang sebegitu adalah menjadi ciri bahagian dalam kategori bandar raya. Tuan Yang di-Pertua, pengasas negara kita berusaha untuk memastikan wujud keseimbangan dalam jumlah pemilih. Kerana itu dalam Perlembagaan Merdeka terdapat peruntukan bahawa hanya perbezaan 15% jumlah pengundi dibenarkan antara bahagian- bahagian pilihan raya, Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri, tetapi ini kemudiannya dimansuhkan melalui pindaan. Akibatnya kini perbezaan jumlah pemilih antara yang tertinggi dan yang terendah menjangkau beberapa ratus peratus. Sebagai contoh, Kuala Kedah mempunyai pemilih sebanyak 270% lebih banyak daripada Langkawi. Memang benar perbezaan jumlah pemilih antara satu-satu bahagian tidak dapat dielakkan kerana terdapat bahagian-bahagian yang keluasannya sangat besar, sedangkan jumlah penduduk dan pemilih di kawasan terbabit adalah rendah. Justeru, Perlembagaan memperuntukkan agar keluasan bahagian mengambil kira kesukaran perhubungan, diambil kira kemudahan untuk sampai kepada pemilih diambil kira. Ini sebagai pengecualian kepada prinsip asas bilangan pemilih-pemilih dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu negeri, patutlah lebih kurang sama banyaknya. Saya tidak akan berucap tentang Baling kerana telah disentuh tetapi saya akan pergi ke hujah yang lain. Kita perlu mempunyai keberanian untuk menyatakan yang hak dan tidak menerima sahaja apa yang berada di hadapan mata. Hanya dengan pendekatan ini kita akan mampu memastikan kepentingan pengundi, kepentingan rakyat mengatasi semua kepentingan lain. Tuan Yang di-Pertua, tugas wakil rakyat sering dikaitkan dengan khidmat kepada masyarakat di bahagiannya, menyediakan kemudahan dan memenuhi keperluan rakyat yang diwakilinya. Oleh itu, saya menyambut baik kenyataan SPR dalam laporannya

66 DR.24.6.2003 bahawa kawasan-kawasan luar bandar dan mundur dikecilkan untuk membolehkan khidmat yang lebih baik diberikan. Tujuannya untuk meringankan beban wakil rakyat. Beban yang paling besar kepada Wakil Rakyat, khususnya wakil pembangkang, adalah beban kewangan. Wakil Rakyat pembangkang dinafikan peruntukan setengah juta ringgit setahun yang dinikmati oleh wakil kerajaan. Lebih malang, peruntukan untuk kawasan yang diwakili pembangkang ini diberi kepada Ketua Bahagian UMNO. Wakil pembangkang juga sukar untuk mendapatkan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan walaupun sekadar memantau projek-projek pembangunan, jika ada di kawasan mereka. Saya memberi contoh, Tuan Yang di-Pertua, kerana ada pada satu ketika itu saya membuat lawatan ke jabatan-jabatan di dalam kawasan saya tetapi pada minggu yang berikutnya, mereka yang telah saya temui telah mendapat teguran daripada pihak atasan, “Jangan memberi apa-apa laporan kepada pihak pembangkang”. Bagaimanakah saya hendak menjalankan tugas sebagai Wakil Rakyat? Saya berpandangan bahawa ini adalah tidak wajar - menganaktirikan bukan sahaja Wakil Rakyat terbabit tetapi yang lebih penting ialah ia tidak berlaku adil kepada rakyat yang melaksanakan hak mereka untuk memilih wakil yang dikehendaki. Penafian peruntukan daripada wang negara ini benar-benar mencabul amalan demokrasi. Beban kewangan sering digunakan oleh BN sebagai senjata untuk menyekat pembangkang yang bergerak dalam lunas-lunas demokrasi. Selain peruntukan setengah juta ringgit ini, contoh paling jelas ialah rampasan hak royalti petroleum rakyat Terengganu, yang dikenakan sebagai hukuman ke atas mereka yang memilih Barisan Alternatif sebagai kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya fikir sudahlah sampai masanya hukuman ini dihentikan. Peruntukan pembangunan tahunan perlu disediakan untuk semua Bahagian Pilihan Raya tanpa mengira siapa yang dipilih secara sah sebagai Wakil Rakyat. Sebagai tambahan kepada itu, peruntukan khas perlu disediakan bagi bahagian-bahagian yang mundur, ramai penduduk, kurang kemudahan dan Kerajaan Tempatannya yang mengutip hasil yang rendah. Ini bagi membolehkan Wakil-Wakil Rakyat berperanan lebih aktif membela nasib rakyat dan, dengan izin, complement kepada peranan Kerajaan Tempatan dalam menyediakan kemudahan. Para pemilih yang mengundi calon pembangkang mengubah selera daripada Barisan Nasional. Ada yang sejak puluhan tahun lalu diwakili oleh Barisan Nasional tetapi tidak mendapat pembelaan setimpal dengan kekayaan negara. Krisis September 1998 dan masalah dalam pucuk pimpinan UMNO/BN telah menghakis dengan teruk keyakinan mereka terhadap iltizam atau, dengan izin, political will BN untuk membela nasib mereka. Mereka melihat pemimpin Barisan Nasional lebih gemar terlibat dalam perebutan kuasa daripada berusaha membela mereka. Kerana itu mereka mengambil keputusan berani untuk memilih Barisan Alternatif. Tetapi nampaknya BN tidak akan membiarkan mereka begitu sahaja sebaliknya mengenakan tekanan ekonomi dan kewangan sebagai hukuman kerana memilih alternatif lain. Pada rakyat mereka wajib menyokong BN, dan mesti bersyukur dengan apa sahaja yang mereka terima. Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira tempoh masa berkempen yang semakin pendek kebelakangan ini iaitu hanya lapan hari untuk pilihan raya yang lalu, sudah tentu kesukaran akan dihadapi di bahagian yang tinggi jumlah pemilih dan besar kawasan geografinya. Sebagai contoh, Kemaman adalah bahagian yang kawasannya melebihi 2,500 kilometer persegi. Saiznya sahaja sama dengan keluasan Melaka dan Pulau Pinang disatukan. Pengundinya pula mengikut daftar terbaru berjumlah hampir 65,000 pemilih. Keadaan sebegini akan menjadi penghalang kepada pihak-pihak yang bertanding untuk menerangkan manifesto dan gagasan perjuangan parti mereka dengan berkesan kepada pemilih. Berhadapan dengan kesuntukan masa, kawasan yang luas dan pengundi yang ramai, calon pembangkang yang mempunyai peruntukan kewangan yang lebih kecil dan dinafikan kemudahan-kemudahan negara akan berada di dalam keadaan, dengan izin, disadvantage sekali lagi. DR.24.6.2003 67

Satu peraturan perlu diadakan untuk memastikan semua calon mendapat liputan yang adil, khususnya di Radio dan Televisyen Malaysia, yang merupakan milik negara. Semua calon juga perlu diberi akses kepada kemudahan-kemudahan untuk sampai kepada pemilih seperti mana yang dinikmati oleh calon Barisan Nasional, yang bergerak selaku sebahagian daripada, dengan izin, caretaker government. Semua kemudahan caretaker government tidak boleh digunakan untuk berkempen dan jika ini berlaku, merupakan salah guna kuasa. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita memikirkan bentuk kerajaan sementara yang lebih adil selepas pembubaran Parlimen bagi menjalankan pentadbiran negara. Di sini saya mengesyorkan pihak SPR sepatutnya mengkaji secara mendalam situasi ini. Tidaklah akan timbul hendakkan Akujanji, hendakkan cara-cara untuk berkempen, hendakkan semua ini kalau kita ada caretaker government yang memberikan pentadbiran yang adil untuk semua pihak yang bertanding. Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang menjadi persoalan besar mengenai perjalanan pilihan raya ialah pengendalian undi pos bagi anggota keselamatan. Bagaimana undi mereka boleh dianggap sebagai undi pos sedangkan mereka mengundi di bahagian mereka bertugas? Pengundian pula dilakukan dengan penuh kerahsiaan tanpa pemerhatian daripada wakil-wakil calon. Apakah tujuan pengundian dikendalikan secara rahsia di dalam kem? Apakah untuk mengawal mereka dan pilihan yang mereka buat? Para anggota keselamatan boleh secara bergilir-gilir keluar mengundi di pusat- pusat mengundi yang berdekatan. Jika pengundian oleh anggota keselamatan masih hendak terus dikendalikan sebagai undi pos, mereka sewajarnyalah mengundi calon di tempat asal mereka dan bukan di bahagian di mana mereka bertugas. Sekarang ini kehadiran anggota keselamatan yang besar di beberapa kawasan tertentu, khususnya Pekan, sering menjadi blok undi yang menjamin keselamatan calon. Tuan Yang di-Pertua, pembangkang sepakat agar tambahan bahagian dilakukan, sekurang-kurangnya di Perlis satu lagi bahagian, masing-masing dua bahagian di Kedah, Kelantan, Terengganu dan masing-masing satu bahagian lagi di Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Malah di Selangor sepatutnya ada penambahan lima bahagian lagi, selain cadangan lima bahagian sekarang bagi memastikan kadar purata jumlah pemilih di Selangor selari dengan purata kebangsaan. Cadangan tambahan lima kerusi sekarang akan menjadikan purata pemilih di Selangor seramai 62,213 orang, jauh lebih tinggi berbanding Johor dengan purata hanya 47,059 pemilih. Adalah tidak munasabah bagi Selangor dengan jumlah pengundi paling ramai dan penduduk paling ramai, berada di belakang Johor dan Perak daripada segi peruntukan bahagian. Purata pemilih negeri Selangor jauh lebih tinggi daripada purata kebangsaan iaitu 50,767 pemilih, sebaliknya jika 10 bahagian yang ditambah, puratanya akan menjadi 50,692 orang. Penambahan bahagian di beberapa negeri ini adalah sangat perlu untuk memberi makna kepada “satu orang satu undi”, dan memberi nilai yang sama kepada undi setiap pemilih di Dewan yang mulia ini. Ini perkara asas di hadapan kita, dan masalahnya hari ini adalah untuk kita membuat pindaan kepada cadangan yang dikemukakan. Sebagai Ahli Parlimen, kita seharusnya meneliti sebarang rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan dengan lebih tekun. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara, yang tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya. Justeru kita tidak semestinya menurut sahaja cadangan yang dikemukakan. Seksyen 3 (a) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa jika terdapat perubahan dalam bilangan Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini akibat pindaan kepada Perkara 46, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu membuat kajian persempadanan di kawasan-kawasan yang terlibat sekalipun tempoh lapan tahun untuk kajian semula belum cukup. Peruntukan Perlembagaan ini dengan jelas menunjukkan bahawa dalam aspek jumlah Bahagian Pilihan Raya, Suruhanjaya yang perlu menurut kehendak Parlimen melalui pindaan Perlembagaan, dan bukan sebaliknya. Apa yang hendak dikatakan, bahawa kita di Parlimen ini memberi cadangan kepada SPR dan SPR membuat kajian. Kalaulah apa yang dibuat kajian oleh SPR itu tidak tepat atau kita tidak bersetuju dengannya, sepatutnya kajian lain dibuat lagi.

68 DR.24.6.2003

Justeru alasan bahawa kajian sudah disiapkan dan pindaan hari ini sekadar formaliti adalah sesuatu yang kita tolak, Parlimen selaku badan tertinggi, seharusnya membuat penambahan jumlah bahagian seperti yang diperlukan, dan pada masa itu bolehlah kita ambil kira sama cadangan-cadangan Yang Berhormat bagi Kinabatangan dan Beluran. Kemudiannya kita serahkan kepada suruhanjaya untuk membuat kajian bagi memastikan pertambahan seperti yang diputuskan melalui pindaan Perlembagaan ini dilaksanakan. Suruhanjaya pada kali ini nampaknya begitu tergesa-gesa cuba menyelesaikan segala urusan persempadanan dan penambahan kerusi ini dengan seberapa segera. Kita percaya kajian yang lebih lama, teliti dan mendalam akan membolehkan lebih banyak pandangan dikemukakan dan keputusan terbaik diambil. Tuan Yang di-Pertua, kita juga perlu berusaha menyuburkan amalan demokrasi sehingga ke peringkat terendah, sehingga ke akar umbi. Oleh kerana itu saya mempertegaskan keperluan untuk kita mengadakan semula pilihan raya Kerajaan Tempatan. Majlis tempatan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya akan lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil keputusan mengikut wewenang mereka semata- mata. Pertanggungjawaban kepada pemilih akan dapat menghindarkan skandal rasuah seperti yang menimpa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) baru-baru ini. Bersama- sama Ahli Parlimen dan Ahli Undangan Negeri, Ahli Majlis Tempatan yang dipilih akan mampu memainkan peranan berkesan memberi khidmat yang lebih berkualiti kepada rakyat. Pilihan raya Kerajaan Tempatan paling perlu diadakan di Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai Dewan Undangan Negeri. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur misalnya adalah kerajaan tempatan yang paling kaya, tetapi tidak mempunyai pertanggungjawaban secara langsung kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa dengan majoriti 2/3 Barisan Nasional di dalam Dewan yang mulia ini walaupun sepatutnya separuh sahaja, sebarang pindaan akan diluluskan dengan mudah. Akan tetapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membuat cadangan-cadangan balas agar memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat. Sekarang ini wujud kecenderungan di pihak kerajaan untuk mengatakan bahawa tiadanya bantahan, bermakna sokongan kepada segala tindakan kerajaan. Akan tetapi, apabila ada tokoh pemimpin rakyat yang menyanggah ISA, OSA, Akta Cetak dan Mesin Cetak, akan segera digunakan untuk memenjarakan mereka. Justeru biar rekod menunjukkan bahawa kita selaku pembangkang telah melaksanakan tugas untuk mempertahankan kepentingan dan hak rakyat untuk mendapatkan perwakilan berkesan, seimbang dan adil. Tuan Yang di-Pertua, walau apa pun yang dikatakan bahawa ada kebebasan dan kebebasan itu tidak mutlak, kita melihat bahawa kebebasan dalam Malaysia ini memilih. Kalau kita melihat seseorang yang mendedahkan rasuah itu diambil tindakan keatasnya, dimasukkan dalam penjara, dibuatkan pertuduhan dan kalau dikatakan kes mata lebam, mata lebam itu sampai bila pun akan dipolitikkan. Itu bukan politik namanya. Itu adalah hakikat yang berlaku, seseorang yang telah dipukul setengah mati. Saya di sini mendengar apa yang dikatakan oleh mereka yang dahulunya ialah kawan baik, tetapi sekarang ini mengatakan itu adalah satu kes yang dipolitikkan. Perkara itu berlaku. Itu sahaja dan bukanlah kerana orang yang ditumbuk itu berbekam, menumbuk dirinya sendiri. Itu hanya saya memberikan satu rekod tetapi dalam kes ini, dalam persempadanan semula ini, marilah kita melihat bahawa negara yang kita cintai ini mengikut lunas-lunas demokrasi yang betul dan biarlah kita semua ikhlas dalam menjalankan tugas di Dewan yang mulia ini. Terima kasih. Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ipoh Timur.

DR.24.6.2003 69

4.44 ptg. Tuan Thong Fah Chong [Ipoh Timur]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perbahasan pada hari ini cukup bermakna kerana Dewan yang mulia ini akan meminda Perlembagaan Persekutuan Malaysia untuk membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya melaksanakan pindaan ke atas Sempadan Kawasan Pilihan Raya di negara kita. Bukan perkara biasa kita membuat pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, tetapi kerana dengan pembangunan pesat dan pertumbuhan penduduk, pindaan ini adalah perlu untuk memantapkan lagi Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah Pentadbiran Raja Berperlembagaan negara tercinta ini. Ini bermakna, kepentingan rakyat akan sentiasa terjaga. Dengan itu kita harus sedar dan bersyukur bahawa di negara ini kita mempunyai satu Perlembagaan bertulis yang bermaksud untuk menjamin kedaulatan, kesejahteraan dan kemakmuran negara dan rakyatnya tanpa mengira bangsa atau agama. Bukan seperti negara United Kingdom yang tidak mempunyai Perlembagaan bertulis dan hanya berdasarkan dengan izin, Conventions.. Tuan Yang di-Pertua, walaupun pembahagian semula sempadan kawasan pilihan raya adalah patut dan sesuai dengan pembangunan negara, izinkan saya menjelaskan mengapa cadangan menukar nama satu kawasan itu sukar diterima. Contohnya, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya mencadangkan supaya kawasan Ipoh Timur ditukar kepada nama baru - Kinta, ramai rakyat telah menelefon saya untuk membantah cadangan tersebut, walaupun niat SPR adalah baik dan ingin membezakan Ipoh Timur dengan Ipoh Barat. Namun penukaran nama ini akan menimbulkan banyak kekeliruan dan nostalgia di kalangan pemimpin dan rakyat. Sebagai wakil rakyat, saya berpendapat penukaran nama kawasan pilihan raya kepada nama yang tidak mencerminkan identiti sebenarnya, kawasan tersebut memang tidak digalakkan. Ini adalah kerana wakil rakyat khususnya Wakil Rakyat Barisan Nasional sentiasa berusaha menyumbang dan berkhidmat kepada masyarakat dan membawa pembangunan kepada kawasannya. Usaha gigih semua Wakil Rakyat Barisan Nasional telah dan akan diiktiraf oleh rakyat jelata dan mengenali kawasan tersebut sebagai maju dan makmur. Apa pula salahnya jika satu bandar atau bandar raya itu dibahagikan kepada beberapa kawasan pilihan raya seperti Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan. Justeru itu, identiti sebuah kawasan amat penting bagi wakil rakyat. Identiti itu yang membuat rakyat mengenali dan menggiatkan usaha dan juga sumbangan kerajaan. Sekiranya identiti itu tidak dipelihara, maka susah bagi rakyat menilai prestasi seseorang wakil rakyat. Pindaan Perlembagaan Persekutuan No. 46 Fasal 2 mengenai Keanggotaan dan Kerusi Dewan Rakyat daripada 194 ke 219 kerusi, akan menambah 25 orang lagi Ahli Parlimen baru. Saya yakin bahawa tambahan wakil-wakil rakyat ini akan memantapkan lagi fungsi Dewan yang mulia ini. Namun di kawasan-kawasan yang mana ia telah dibahagikan, janganlah ada pula wakil-wakil rakyat yang enggan memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan lama sahaja. Saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita diberikan mandat untuk mewakili selama lima tahun selepas setiap pilihan raya dan janganlah ambil alasan kawasan di luar sempadan itu bukan tanggungjawab kita lagi. Beri khidmat dan sumbang tenaga dengan ikhlas tanpa mengira kawasan. Sebaik-baiknya teruslah juga berkhidmat dengan baik kepada rakyat walaupun Ahli Parlimen baru telah dipilih di kawasan tersebut. Ini penting untuk memastikan keyakinan rakyat kepada wakil rakyat dan Barisan Nasional akan terus mekar, segar dan berterusan. Sememangnya ada juga calon-calon Barisan Nasional yang kalah dalam pilihan raya yang terus berkhidmat - untuk rakyat walaupun tanpa gelaran Yang Berhormat. Itulah semangat cintakan rakyat dan negara yang terdapat dalam jiwa calon-calon Barisan Nasional. Bukan macam setengah calon parti pembangkang, yang asyik mencari jalan mudah, mana senang menang di situ mereka pergi. Dalam bahasa Inggeris dengan izin, looking for greener pastures somewhere.

70 DR.24.6.2003

Memang pun sesetengah orang itu suka kata mereka mengambil berat terhadap kebajikan dan kepentingan rakyat tempatan tetapi apabila telah kalah di situ mereka telah lari pergi tempat lain dan ulangkan lagi janji-janji kosong mereka. Kita dalam Kerajaan Barisan Nasional atau dengan izin, kita ada track record yang baik dan di iktirafkan oleh rakyat kerana Barisan Nasional percaya setiap wakil rakyat yang dipilih itu mesti memikul tanggungjawab dan menjadi dengan izin, answerable to the people. Tidak kira menang atau kalah, tidak kira bangsa atau agama, tidak kira di mana mereka tinggal. Kita sayangkan kawasan kita dan kalau boleh kita ingin bersara sahajalah sebagai wakil rakyat di kawasan itu. Itulah sebab betapa penting nama dan identiti sebuah kawasan pilihan raya itu kerana kita cintakan kawasan, sayang rakyat dan mahu nama kawasan kita harum di seluruh negara. Janganlah pula sesiapa yang suka lompat sini sana. Kalau boleh berkhidmat dengan baik tidak payah risaukan kemenangan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Tumpat bangun. Tuan Thong Fah Chong: Nanti, nanti. Apa pula dengan izin, leap like a frog dari sini ke sana hanya mahu mencari kawasan yang boleh menang. Seorang Ahli: [Menyampuk] Tuan Thong Fah Chong: Belum habis. Contohnya dalam pilihan raya tahun 1990 kerusi Parlimen Pasir Pinji sekarang nama Ipoh Timur dimenangi oleh calon DAP dengan majoriti amat banyak, 18 undi. Kerusi ini berjaya dimenangi oleh calon Barisan Nasional di tahun 1995 hanya dengan 2,019 undi kerana rakyat Pasir Pinji sekarang Ipoh Timur sudah nampak jelas kualiti perkhidmatan calon pembangkang itu. Setelah itu, calon tersebut tidak pula cuba merampas balik kerusi tersebut malah telah meninggalkan kawasan pilihan raya yang pada satu masa itu dia kata dia amat sayang kawasan itu, mana boleh menang, dia pergi ke sana sini. Kota Melaka jadi sasaran calon ini seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, …… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tuan Thong Fah Chong: Cukuplah saya jelaskan tentang beza dan jenis wakil rakyat atau calon pilihan raya, harap-harap mereka faham. Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat! Tuan Thong Fah Chong: Tuan Yang di-Pertua, setiap Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini telah mengangkat sumpah bahawa kami akan menunaikan kewajipan dengan jujur, sedaya upaya dan penuh taat setia kepada negara Malaysia demi melindungi dan mempertahankan Perlembagaan negara ini. Sumpah ini haruslah sentiasa disemat di hati kita dan jika sesiapa mencemarkan nama bangsa, agama dan negara demi kepentingan diri, maka dia sudah tidak taat kepada negara. Pelbagai alasan boleh diberi ke atas tindakan itu tetapi dia sendiri tahu keikhlasan diri dia sendiri terhadap bangsa dan negara. Tuan Yang di-Pertua, peranan dan tanggungjawab Ahli Parlimen bukan mudah. Malah ia adalah satu tanggungjawab yang penting kerana keberkesanan seorang wakil rakyat itu mencerminkan kedaulatan rakyat dan negara. Oleh kerana itulah pindaan Perlembagaan ini penting buat semua warga Malaysia, ini adalah satu lagi titik bersejarah dan melambangkan satu lagi kejayaan yang telah dicipta oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak kemerdekaan. Kita harus bersyukur bahawa adalah satu Perlembagaan ini, negara kita boleh terus aman dan damai. Kita mempunyai kerajaan yang berwibawa dan dinamik serta wakil- wakil rakyat yang berkebolehan. Kami sentiasa turun ke padang dan menyelesaikan DR.24.6.2003 71 masalah rakyat tanpa mengira bangsa atau agama. Kami cintakan negara ini dan kami telah bersumpah tidak akan membiarkan sesiapa memusnahkan kedaulatan dan keamanan negara tercinta ini. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas sumbangan dan pengorbanan beliau kepada negara sehingga pada hari ini Malaysia sudah mencatat nama di muka dunia. Terima kasih Dato’ Seri, pindaan Perlembagaan Persekutuan ini adalah satu tanda kejayaan negara. Justeru itu, saya dengan bangganya menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2003. Terima kasih. Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, memang ramai sudah diberi peluang untuk berucap dan saya ingin maklumkan memang tidak dapat saya membenarkan semua. Jadi Yang Berhormat, banyak perkara yang telah dikemukakan dan ramai di antara Yang Berhormat juga mengambil bahagian semasa kita membentangkan Rang Undang-undang Persempadanan Semula. Jadi Yang Berhormat saya memang tidak dapat memberikan peluang kepada semua. Saya hanya dapat memberikan kepada dua Ahli Yang Berhormat untuk berucap dan selepas itu pihak kerajaan boleh menjawab. Ahli Yang Berhormat bagi Kota Melaka. 4.58 ptg. Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, kita telah katakan kita lanjutkan masa, tiba-tiba hendak habiskan. Yang pertama, rang undang-undang ini adalah satu rang undang-undang yang mustahak. Ipoh Timur jarang berucap, hari ini dia ambil peluang membuat serangan personal terhadap saya. Saya kata di sini bahawa saya memang mengaku, saya kalah di Pasir Pinji, tetapi bukan oleh kerana kalah kepada MCA, kalah kepada UMNO. Oleh kerana UMNO telah melaksanakan minor civilisation polisi yang baik, termasuk orang yang akan menjadi bakal Timbalan Perdana Menteri di Malaysia ini, dahulu tahun 1997 kata “the keris would be soaked in Chinese blood,” melawat sekolah menengah, sekolah bebas kata bagus, tidak kalah kepada MCA. Itu yang pertama. Yang kedua, saya berundur, bersara daripada aktif politik oleh kerana saya bukan macam orang boleh jadi director syarikat, saya perlu makan, keluarga saya perlu makan. Saya balik jadi jurutera dengan sebuah syarikat swasta. You have a lot of money which I don’t have, jangan ambil peluang ini, itu yang satu. Yang akhirnya, bila saya balik politik, saya balik ke negeri saya di Kota Melaka dan saya diminta untuk bertanding di Kota Melaka. Jadi jangan orang yang tidak pernah berucap jangan ucap ambil peluang buat serangan politik. You are a terrible person, I tell you! Menang pun tidak ada bercakap apa- apa dalam Parlimen, menang apa boleh dia buat, tidak apa, kita masuk tajuk. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat sudah berucap …….. Tuan Kerk Kim Hock: Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini dibentangkan hari ini ekoran laporan persempadanan Suruhanjaya Pilihan Raya yang telah diluluskan di Dewan pada 8 April dan pada 8 April itu saya dengan Ahli-ahli Parlimen pembangkang telah membuat satu protest walkout oleh kerana kita telah begitu kecewa dengan banyak soalan yang telah tidak di jawab oleh pihak kerajaan. Pada 8 April saya dengan Ahli-ahli Parlimen pembangkang telah membuat satu protest walkout oleh kerana kita telah begitu kecewa dengan banyak soalan yang telah tidak dijawab oleh pihak kerajaan, tetapi apabila Timbalan Perdana Menteri ditanya, dia kata, “You and I were there. You heard all the answers.” Saya sekarang imbas kembali apa yang tidak dijawab oleh pihak kerajaan. Yang pertama, saya telah mencabar SPR supaya berjumpa dengan saya. Sebenarnya, Datuk Pengerusi, SPR yang mencabar saya. Saya counter challenge, tidak pernah hendak jumpa saya, jawapan pun tidak diberikan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Larut bangun.

72 DR.24.6.2003

Tuan Kerk Kim Hock: Kalau saya kata, kalau SPR berani mempertahankan keputusannya untuk menerima cadangan-cadangan daripada Kerajaan Negeri Melaka untuk menambahkan sejumlah hampir 4 ribu pengundi lebih dalam Kota Melaka kenapa tidak berani menyahut cabaran saya setelah saya (sebenarnya dia yang challenge) challenge. Saya minta tapi tidak ada jawapan. Pihak Jelebu jangan berpantun sahaja, beri jawapan. Yang kedua, saya pun ada sebut bahawa dalam persempadanan ini, “The one man, one vote, one value” principle telah dicabuli. Dan, saya kata bahawa pada tahun 1984 purata nasional ialah 40,139 dan bagi kawasan yang paling tinggi adalah 67,866, disparity 6.9%. 1994, disparity di antara purata nasional dan kawasan di mana mempunyai jumlah pengundi yang paling tinggi ialah 54%. Tetapi pada tahun 2002, jumlah pengundi purata nasional atau Parliament quota ialah 50,200 tetapi JB mempunyai jumlah pengundi 90,187 dan disparity ialah 94%. Ini adalah satu bukti yang menunjukkan bahawa “one man, one vote” principle, menjadi lagi teruk. Tidak ada jawapan pada hari itu. Yang ketiga, saya telah kata bahawa jumlah kerusi yang diperolehi atau diberikan kepada negeri tidak setimpal dengan bilangan penambahan pengundi. Ini sudah jelas, Yang Berhormat bagi Dungun sudah cerita, tidak ada jawapan pada hari itu. Satu lagi saya kata bahawa pada tradisinya negeri yang mempunyai pemilih yang paling tinggi akan mempunyai kerusi yang paling banyak tetapi dalam persempadanan tahun 2002 ini, telah diterbalikkan. Selangor yang mempunyai jumlah pengundi yang paling banyak mendapat 22 kerusi sahaja, tetapi Johor pula mendapat 26, walaupun jumlah pengundi di Johor adalah lebih rendah daripada Selangor. Ini telah menyimpang daripada amalan tradisi. Tidak jawab. Yang kelima, saya telah kata bahawa selalunya kerajaan menggunakan rural weightage untuk mempertahankan kerusi-kerusi UMNO. Oleh kerana rural weightage yang digunakan itu sentiasa menyebabkan purata nasional iaitu jumlah pengundi bagi negeri- negeri Kedah, Terengganu rendah daripada purata nasional. Tetapi bagi persempadanan tahun lalu, negeri Kedah dan Terengganu mempunyai purata yang average, yang lebih daripada purata nasional. Ini semua tidak dijawab. Saya juga mendedahkan bahawa ada orang-orang atau pemimpin Barisan Nasional yang boleh mendedahkan butir-butir persempadanan sebelum laporan dipamerkan. Ini ada dijawab. Yang Berhormat bagi Jelebu minta saya buat laporan polis. Di bawah akta mana boleh saya buat laporan polis? Ini bukan soal laporan polis. Kalau tidak betul, kerajaan kena mengaku dan jangan beri jawapan teknikal. Saya juga sebut bahawa kalau ikut teori-teori yang betul, bentuk Kota Melaka, tidak akan jadi macam satu stokin, ia akan jadi kompak tetapi ini pun tidak dijawab. Ada orang kata gunung, Melaka tidak ada gunung cuma ada gunung Ali Rustam sahaja. Apabila pihak kerajaan tidak dapat menjawab hujah yang saya berikan dan cuba telah memusnahkan kredibiliti saya dengan menggunakan technical argument. Yang Berhormat bagi Jelebu ada katakan bahawa saya telah menyampaikan cadangan saya yang telah diterima oleh SPR pada 17 haribulan, walaupun jelas sekali dalam buku yang disediakan oleh SPR, cadangan yang dimasukkan, cuma tidak diterima. Ini oleh kerana saya telah menjelaskan tarikh 15 haribulan adalah hari Sabtu. Saya dapat pengesahan daripada pihak SPR, saya boleh hantar. Sebelum itu pada 14 haribulan saya telah faks pertanyaan saya, jadi jangan cuba mencari pelindungan dalam technicality ataupun cuba memusnahkan kredibiliti seseorang. Yang kedua, saya juga ada mendedahkan bahawa ada 113 orang pemilih telah menyampaikan cadangan mereka, mengapa tidak ada siasatan. Apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Jelebu pada hari itu ialah bahawa 97 orang sahaja yang telah kemukakan. Yang pertama saya jelaskan di sini bukan saya yang kemukakan nama itu. Yang kedua, jumlah nama yang dikemukakan ialah 113 dan pada 7 April semasa saya DR.24.6.2003 73 membuat ucapan, saya telah beri amaran, jangan cuba cari alasan yang sebenarnya tidak berkaitan mengapakah tiada siasatan telah dipanggil dahulu. Saya difahamkan bahawa wakil untuk 113 orang ini telah faks cadangan-cadangan mereka pada 17 haribulan kepada SPR. Saya tahu apakah sebabnya tiada siasatan tempatan diadakan tetapi 8 April …. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Sri Gading bangun. Tuan Kerk Kim Hock: Pada 8 April, Yang Berhormat bagi Jelebu kata bahawa cadangan mereka telah ditolak atau dia beri gambaran itu, oleh kerana tidak memenuhi kehendak 100 orang. Saya cakap di sini bahawa tindakan untuk menganalisa, untuk check semua nama itu hanya dilakukan bila? Bukan pada atau sebelum 20 Mac, apabila SPR mengadakan pendengaran …. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Sri Gading. Tuan Kerk Kim Hock: … atau adakan mesyuarat untuk menentukan sama ada cadangan boleh diterima atau tidak. Ia hanya dilakukan satu hari, dua hari atau tujuh, kalau tidak silap 6 atau 7 haribulan atas arahan Yang Berhormat bagi Jelebu. Jadi, you can try to find a reason to see why this was never done. That was why, I am sorry for what I said the other day. Don’t tell me you are telling the truth all the time. Saya tahulah, saya kata Yang Berhormat, kalau Tuhan bagi saya masa untuk melawan lagi, saya akan lawan. Beberapa Ahli: Lawan. Tuan Kerk Kim Hock: But the point is not this. Lawan dalam Kota Melaka, kalah tidak apa, tetapi jangan kita buat apa yang tidak boleh dipertahankan dan cuba memainkan isu-isu technicality. [Disampuk] ini yang saya kata, saya memang marah. Kadang-kadang saya boleh sokong kerajaan apa yang betul. Kalau saya diberikan peluang untuk mengundi, siapa akan jadi Timbalan Perdana Menteri, saya undi Yang Berhormat bagi Pekan. Saya kata, saya ada beberapa sebab. [Disampuk] Yang Berhormat bagi Pekanlah. [Disampuk] Itu lain perkara, dia tidak mahu saya sebut. [Ketawa] Tetapi, saya hendak sebut di sini…. [Disampuk] Saya kenal Election Commission, tetapi saya kata, kalau mereka tidak berani jumpa saya selepas mencabar kita, dan saya buat counter challenge, kalau hendak jaga maruah dan kredibiliti SPR, sebenarnya mereka harus meletak jawatan. [Tepuk] Tetapi kalau betullah mereka ada maruah dan meletak jawatan, saya akan berasa sedih, oleh kerana saya kenal orang-orang di SPR yang merupakan juga orang yang jujur, yang baik tetapi kadang-kadang keadaan besar sedemikian berlaku. Ini termasuklah apabila Yang Berhormat bagi Jelebu mengatakan bahawa 113 orang itu sebenarnya seolah-olah 9, 7 orang – saya tahu. Mereka check ada orang yang tepati syarat tetapi mengapa cuma check 7 haribulan, 6 haribulan, selepas keputusan sudah dibuat dan pada masa itu tidak ada orang tahu langsung hanya 9, 7 orang berkelayakan. Inilah yang saya tidak boleh terima, Tuan Yang di-Pertua. Di melaka saya sudah cakap banyak kali, orang tahu nafsu politik, ambition politik Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka untuk menjatuhkan DAP. Saya sudah kata, UMNO, Barisan Nasional akan menang …[Disampuk] Sekurang-kurangnya 20 kerusi DUN daripada 25. Semua kerusi Parlimen juga akan dimenangi, kenapa dia hendak mengacau Kota Melaka, tanyalah dia. Tidak pernah berlaku di mana apabila ada pendengaran, semua anggota kerajaan berjumpa dengan SPR, tidak pernah, yang pertama. Yang kedua, tidak pernah berlaku pun, saya tahu di mana SPR mengetepikan syor-syor asalnya dan menerima cadangan- cadangan daripada pihak kerajaan. Ini semua dilakukan tanpa satu sebab yang baik.

74 DR.24.6.2003

Saya ada baca, mereka sekarang untuk menjatuhkan DAP, masukkan hampir 4,000 undi tambahan daripada kawasan kuat Barisan Nasional, okey, tetapi kena bagi sebab. Dahulu kawasan ini ada dua kawasan, Kampung Padang dan Limbungan pada tahun 1994 adalah memang dalam kawasan Kota Melaka tetapi untuk mewujudkan satu kawasan Dewan Undangan Negeri yang boleh dimenangi oleh UMNO, oleh kerana dalam Kota Melaka, UMNO tidak boleh menang, setelah itu keluarkan, kemudian buat satu kawasan pula dekat arah kanan Alai. Bila itu sudah wujud, terdapat satu kawasan Dewan Undangan Negeri yang baik untuk UMNO, sekarang pula hendak jatuhkan Kota Melaka, kembalikan Kampung Padang dan Limbungan. Apa asasnya? Siapa boleh terima? Jadi, ini jelas sekali ada satu muslihat, ada satu rancangan politik hendak menghancurkan DAP tetapi saya kesal dengan SPR. Itulah saya kata di sini bahawa SPR tidak berani jumpa saya because you cannot tell the truth. Datuk Bung Moktar bin Radin: What truth? Tuan Kerk Kim Hock: Saya kata, jumpalah saya, SPR dengan secara terbuka. Kalau apa yang saya kata tidak benar, kalau boleh buktikan, kecuali saya tahu ada orang yang percaya Tuhan tidak akan tarik balik apa dia katakan. I am prepared to tender a public apology to you if what I say is not true because I know what I said. And that is why I say I am sorry I say this but last time I said that I want to repeat it. Don’t tell me that you are telling the truth all the time in this Dewan. Saya kena lawan Ali Rustam, tidak apa. Tetapi cara yang telah dibuat ini semua tidak betul. Bila dia telah buat tuntutan perjalanan, dia menghadiri Mesyuarat UMNO, menghadiri Mesyuarat 4B, ada orang buat laporan BPR. Tidak ada jawapan. Hari ini saya dapat jawapan daripada pihak kerajaan. Apakah komen-komen yang diberikan oleh Jabatan Audit Negara? Satu keputusan telah dibuat oleh Exco bahawa Exco dan Speaker boleh membuat perjalanan atas urusan politik. Can Exco decision override what is right and wrong? Bolehkah seorang Ketua Menteri dibenarkan untuk membuat tuntutan perjalanan oleh kerana menghadiri Mesyuarat UMNO dan oleh kerana menghadiri Mesyuarat 4B? Inilah menjadi masalah. Saya tidak akan berucap panjang lagi oleh kerana saya hendak bagi peluang kepada orang lain tetapi saya hendak kata sesuatu di sini, Tuan Yang di-Pertua. Semasa bekas Perdana Menteri Singapura melawat Malaysia, beliau begitu hairan sekali dengan cynicism yang wujud di dalam Malaysia, mengapa walaupun insiden Sauk, dia tidak faham mengapa rakyat Malaysia tidak boleh percaya kerajaan. Saya bagi rekod. Saya adalah pemimpin pembangkang yang utama yang mengatakan saya tidak percaya bahawa insiden Sauk ada sandiwara. Boleh check dengan Utusan Malaysia, boleh check dengan The Star. Oleh kerana saya percaya tidak ada sesiapapun, walaupun kita musuh politik, tidak akan melakukan perkara-perkara seperti itu yang menyebabkan kematian rakyat. Tetapi apabila Lee Kuan Yew melawat Malaysia, dia hairan dia kata, apakah sebabnya rakyat Malaysia tidak boleh percaya penjelasan yang telah dibuat oleh kerajaan? Jawapan saya ialah bahawa oleh kerana ada irrational confidence in the government, saya akan mengakui bahawa apabila Perdana Menteri bersara, memang ada press akan tanya kita, apakah pandangan parti-parti politik? Saya akan kata bahawa saya pernah kata dan dilaporkan dalam Berita Harian. “Dr. Mahathir is going to go down in history as a great Prime Minister. If not, until now the greatest.” Saya sanggup mengaku, because he has done a lot of great things, a very brave Prime Minister. Saya selalu menyifatkan dia di dalam ceramah politik, dia sama macam bekas Perdana Menteri Australia, Malcolm Fraser, a warrior Prime Minister yang sanggup melawan sesiapa sahaja. [Disampuk] Bar Council dia lawan, sultan dia lawan. [Ketawa] Itu sifat dia tetapi tidak apa. Tetapi orang yang sedemikian akan membawa kejayaan besar tetapi juga kegagalan yang besar. Saya kata, but he is going to go down in history as a great Prime Minister, no doubt tetapi saya akan kata di sini, saya kaitkan dengan apa yang telah dianalisa oleh Lee Kuan DR.24.6.2003 75

Yew, “because there is widespread cynicism in this country” dan saya kata, satu kelemahan atau kegagalan yang besar dalam tempoh jawatan beliau sebagai Perdana Menteri ialah there is this unprecedented erosion of public confidence in the democratic invasion in this country”. Ini jadi masalah. Tidak tahu sama ada betul atau tidak, kadang-kadang ada perkara berlaku, rakyat tidak percaya. Ini bukan kerana saya yang meracun pandangan rakyat. Ini adalah satu perkara yang serius yang wujud dalam Malaysia. Dan saya khuatir, saya kata saya boleh bantai, kadang-kadang saya tidak mahu bantai polis. Saya cakap dengan polis, dalam perjumpaan saya, saya boleh bantai polis kerana saya tahu tetapi saya tidak mahu satu keadaan wujud di mana satu hari kita menghadapi satu keadaan di mana saya sebagai pemimpin politik hendak menyuruh rakyat supaya menyokong polis, susah betul. Rakyat tidak akan percayakan saya. Itulah sebab saya tidak mahu wujudkan lagi keadaan cynicism tetapi inilah yang saya kesal. Kalau SPR tidak boleh meyakinkan saya, kalau dalam hati saya, semua saya tahu bagaimana ini telah diwujudkan, I say I feel very sad. Saya sentiasa cuba, try to soften my expectations on SPR oleh kerana saya kenal orang-orang di SPR tetapi kadang-kadang tidak boleh sebab saya tahu apakah kebenaran bagaimana cadangan-cadangan kerajaan boleh diterima oleh satu orang yang saya sudah kata, cakap dengan kawan-kawan, dia telah jadi Ketua Biro Latihan UMNO, dia boleh pergi merata tempat untuk menguatkan kedudukan politik dia, dia hendak lagi bertanding jawatan yang tinggi tetapi tidak cukup kapital hendak hancurkan DAP, hendak dapatkan capital politic yang lebih. Siapa yang untung dalam perkara ini? Itulah saya menyeru jangan datang ke Dewan ini lagi memberikan jawapan- jawapan yang tidak boleh meyakinkan saya dan juga rakyat. Saya kata Malaysia is a beautiful country tetapi kadang-kadang apa yang merosakkan ialah ahli-ahli politik yang sentiasa tidak ambil berat terhadap prinsip-prinsip yang asas dan saya rasa kebebasan SPR hendaklah dipertahankan. Itu sahaja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Bandau. Selepas itu Menteri menjawab. Bandau. 5.18 ptg. Dr. Maximus Johnity Ongkili [Bandau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang ada bagi membahaskan usul pemindaan Perlembagaan yang ada di atas meja mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, saya turut bangun untuk menyokong usul meminda Perlembagaan Persekutuan seperti mana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi. Pihak kami mengalu-alukan pindaan yang dicadangkan susulan kepada cadangan pihak SPR menambah kerusi kawasan pilihan raya sejumlah 25 kerusi Parlimen seluruh negara iaitu di lapan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seperti mana yang telah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan beliau pagi tadi, tambahan kawasan Parlimen sejumlah 25 kerusi itu adalah berasas kepada kajian dan saranan pihak SPR mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada dan khasnya berdasar kepada pertambahan jumlah pengundi yang telah melebihi 9 juta semuanya. Sememangnya seperti mana yang berlaku pada masa-masa yang lampau, apabila pembentangan perubahan persempadanan dilakukan di Dewan yang mulia ini, ia tidaklah dapat memuaskan hati dan keinginan semua pihak. Namun yang penting ialah ia bertujuan mengutarakan kepentingan rakyat dan sekali gus mewujudkan pertambahan kemajuan dan pembangunan, mahupun dari segi perkhidmatan kerajaan kepada rakyat ataupun amalan demokrasi negara ini. Begitu juga kepentingan rakyat seperti mana yang dijamin dan dijalankan mengikut tata cara pemerintahan berasas kepada ‘majority rules’ yang diamalkan melalui Konsep Demokrasi Berparlimen hendaklah dilaksanakan dan dipertahankan seperti Yang Berhormat bagi Kepong katakan, memanglah ada kecacatan dalam mana-mana sistem

76 DR.24.6.2003 pentadbiran ataupun demokrasi yang ada di dunia ini tetapi itu adalah tanggungjawab kita bersama untuk mengatasi dan memperbaikinya, khasnya melalui Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, perkara perubahan sempadan dan tambahan kawasan Parlimen serta kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri yang terlibat telah pun dibincangkan di Dewan yang mulia ini pada masa persidangan yang lalu, di mana pada masa tersebut usul tambahan kawasan seperti mana yang disarankan oleh pihak SPR telah dibentangkan dan diluluskan di Dewan yang mulia ini. Soal ketidakpuasan hati serta cadangan-cadangan ikhlas telah pun juga diluahkan dan dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mahupun daripada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Tuan Yang di-Pertua, saya sekadar menyentuh secara ringkas dua perkara sahaja terutama ialah di mana kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dibentuk itu dan di mana ia tidak kelihatan seimbang walaupun dari segi jumlah penduduk, luas kawasannya, taraf kedudukan ekonomi, taraf infrastruktur, kewujudan pusat pentadbiran yang terdekat, komposisi kaum dan pihak kami sentiasa mengamalkan supaya sesuatu kawasan itu di mana yang boleh mengutarakan konsep parti rasionalisme… sebagai landasan untuk perpaduan negara kita, dan juga dari segi tempoh tidak ada semakan sebelumnya dan sebagainya faktor-faktor yang terlibat. Maka pihak kerajaan dari segi pelaksanaan dasar dan program pembangunan di kawasan-kawasan tersebut hendaklah mengatasi halangan-halangan yang ada supaya pembangunan seimbang dapat dinikmati oleh semua pihak. Perkara ini amatlah mendesak untuk diberi perhatian khasnya di kawasan- kawasan luar bandar di negeri-negeri yang terpencil. Di Sabah dan Sarawak misalnya wujud kawasan-kawasan Parlimen yang luasnya lebih besar daripada kawasan negeri- negeri yang kecil Semenanjung seperti kawasan Parlimen Kinabatangan, Beluran, Bandau, Marudu, Keningau, Sipitang, dan di Sarawak seperti kawasan Parlimen Baram, Kapit dan lain-lain lagi. Kawasan-kawasan seperti ini bukan sahaja terlalu luas dan penduduknya bertaburan. Infrastrukturnya mundur tetapi pengundinya kebanyakan berada di golongan berpendapatan rendah. Memanglah kerana kawasan-kawasan seperti ini di Sabah dan Sarawak adalah kawasan Barisan Nasional, maka peningkatan kemajuan dan perubahan pembangunan adalah cukup ketara dan memberangsangkan, namun masih banyak lagi yang perlu dilakukan supaya kadar sosioekonomi kawasan-kawasan tersebut dinaik taraf ke tahap yang setanding dengan kawasan-kawasan mainstream, dengan izin di negeri-negeri lain dalam Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, untuk tujuan tersebut memanglah hanya Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang kita percaya sanggup dan mampu membawa perubahan yang berkekalan bagi masyarakat di luar bandar. Ini tidak dapat dinafikan. Atas dasar inilah pihak kita meminta supaya pihak kerajaan menumpukan perhatian dan tindakan yang wajar kepada masalah-masalah pokok yang menghalang peningkatan pembangunan ekonomi di kawasan-kawasan yang dimaksudkan. Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Parlimen Bandau, kawasan tersebut mempunyai tiga kawasan DUN iaitu Matunggong, Tandek dan Langkon selama 20 tahun atau empat penggal pilihan raya berturut-turut sebelum 1999. Jumlah kawasan DUN di kawasan Parlimen Bandau telah dikurangkan pada semakan persempadanan sebelum ini iaitu pada tahun 1994. Daripada tiga kawasan DUN kepada dua kawasan iaitu Dewan Undangan Negeri Langkon dimansuhkan. Pihak pengundi dan masyarakat umum telah merayu sedaya upaya melalui saluran-saluran yang ada supaya kawasan DUN Langkon dikembalikan berasaskan kepada rasional serta asas-asas yang dipertahankan. Namun demikian pihak SPR telah menolak permintaan dan rayuan tersebut. Pada hari ini saya sekadar bagi pihak pengundi dan masyarakat di kawasan bekas DUN Langkon daerah Kota Marudu, di kawasan Parlimen Bandau merayu kepada pihak kerajaan supaya memberi perhatian dari segi pembangunan seperti mana yang saya sentuhkan tadi. Seperti mana rakyat di kawasan tersebut mengatakan jika tidak dapat kembalikan kawasan DUN Langkon tolonglah tambahkan peruntukan pembangunan seperti sekolah, jalan raya, bekalan air, elektrik, klinik-klinik desa dan sebagainya supaya kawasan tersebut tidak terkebelakang dari segi kemajuan yang dinikmati di kawasan-kawasan yang lain. DR.24.6.2003 77

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin sentuh ialah mengenai tugas membersihkan daftar pemilih negeri Sabah yang tetap ada kaitan dengan kawasan persempadanan kawasan Parlimen, khasnya yang diluluskan melalui perubahan Perlembagaan pada hari ini. Usaha untuk membersihkan daftar pemilih negeri Sabah sudah pun dimulakan oleh pihak SPR. Dalam dialog dan perjumpaan tertutup dengan pihak SPR, pihak Parti Bersatu Sabah sentiasa diberi ruang dari segi mendapat maklumat dan menghantar maklumat mengenai keraguan-keraguan yang rakyat negeri dan bukan sahaja negeri Sabah, tetapi yang pastinya rakyat Malaysia keseluruhannya. Dalam dialog dan perjumpaan tertutup dengan pihak SPR, pihak SPR telah mengakui cabaran yang ada untuk meningkatkan keyakinan para pengundi di negeri Sabah pada daftar pemilih yang sedia ada. Daftar tersebut telah pun dicabar di mahkamah sebelum ini yang telah menerima bukti-bukti yang dikemukakan. Kita semua mengalu-alukan keterbukaan pihak SPR dalam perkara ini untuk membersihkan daftar yang sedia ada daripada pencemaran para pendatang asing. Dalam tiga tahun yang baru ini, Tuan Yang di-Pertua, pihak SPR telah mengeluarkan tidak kurang daripada 50,000 pengundi yang diragui dan dibuktikan tidak mempunyai kelayakan sebagai pengundi, sebagai warganegara Malaysia. Pihak SPR mengatakan mereka melakukan expulsion ataupun tindakan “to expunge from the Rolls” dengan izin, daily bila-bila ada masa, bila-bila ada bukti bahawa ada pengundi-pengundi yang tidak layak berada di dalam daftar pemilih yang sedia ada. Ini kita alu-alukan dan menyatakan di dalam hal ini, syabas kepada jaminan tersebut namun cabarannya ialah untuk menjalankan tugas itu dengan lebih terperinci ke tahap yang memuaskan bagi semua rakyat di Malaysia ini. Pihak kita menekankan bahawa keraguan masih tinggi di kalangan pihak umum khasnya negeri Sabah mengenai daftar yang sedia ada bagi negeri Sabah. Maka adalah penting pihak SPR terus memberi jaminan dan melakukan tindakan yang jelas dan telus dalam usaha membersihkan daftar pemilih negeri Sabah. Saya cadangkan supaya satu task force induk ditubuhkan oleh pihak SPR dan kerajaan untuk bertindak mengutip maklumat, mengenal pasti bukti-bukti yang dibekalkan oleh rakyat dan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan selaras dengan tindakan kerajaan membersihkan negeri Sabah daripada kehadiran pendatang tanpa izin di negeri Sabah yang sedang berjalan lancar sepanjang satu tahun yang lalu. Peluang untuk mengambil tindakan tersebut adalah dalam keadaan kemas sekali kerana ini satu langkah Tuan Yang di-Pertua untuk once for all, dengan izin mengambil langkah untuk membersihkan daftar pemilih dari pencemaran pendatang-pendatang asing dan dalam soal ini ia adalah dengan izin, consistent dengan tindakan kerajaan membersihkan negeri Sabah seperti yang saya katakan tadi dan membersihkan negeri Sabah dari pencemaran pendatang asing sesuai dengan matlamat kerajaan mensifarkan pendatang asing di negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, saya yakin ini akan diberi perhatian kepada pihak kerajaan dan atas itu semuanya yang baik, pihak kami menyokong penuh perubahan usul untuk mengubah Perlembagaan. Sekian terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri. 5.29 ptg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sukacita dirakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut serta mengambil bahagian membahaskan usul untuk meluluskan Rang Undang- undang Perlembagaan (Pindaan) 2003. Pada 8 April 2003, kita telah membahaskan usul untuk mempersempadankan ke seluruh kawasan yang diwartakan untuk dijadikan sebahagian daripada kawasan-kawasan Parlimen di seluruh negara dan pada masa itu 24 orang Ahli Dewan Rakyat ini telah pun mengambil bahagian berbahas dan 24 telah mencelah.

78 DR.24.6.2003

Berbanding dengan keadaan pada hari ini hanya 9 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan secara substantif walaupun dari segi pencelahan terdapat 19 orang kesemuanya. Ini mungkin, Tuan Yang di-Pertua, disebabkan semua hujah yang dikemukakan pada 7 dan 8 April itu telah pun disebut, dihujahkan dan dikemukakan di Dewan yang mulia ini. Justeru barangkali hemat saya Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun jelas dengan pandangan serta penerimaan tentang perlunya pindaan ini diperbuat. Justeru tidaklah penting bagi saya pada kali ini untuk menyimpulkan dan berhujah terus seperti yang diperbuat pada 8 April itu. Untuk menepati kehendak asas yang telah dikemukakan hanya pokok-pokok yang substantif sahaja yang harus dicuba dijawab oleh pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, dalam hujah-hujah yang dikemukakan ini, kewajaran bagi saya untuk menyebutkan Ahli-ahli Yang Berhormat amatlah penting. Oleh itu saya berterima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Bandau, Kota Melaka, Ipoh Timur, Permatang Pauh, Tambun, Kepong, Shah Alam dan Dungun. Di samping itu, penghargaan juga kepada setiap yang telah mengambil bahagian dalam sesi pencelahan sama ada yang kena pada subjeknya ataupun tidak, ini terserahlah kepada Tuan Yang di-Pertua untuk merumuskannya. Dalam topik-topik yang dikemukakan ini, adalah didapati bahawa perkaranya adalah sama seperti yang dibahaskan semasa kita membahaskan usul persempadanan tempoh hari. Kita masih ingat, di akhir kita berhujah, di akhir perbahasan PAS dan DAP serta sekutunya telah meninggalkan Dewan ini. Apa ertinya ini? Kepada saya, ertinya ialah bahawa PAS dan rakan-rakan dengannya menyerahkan perkara ini kepada Barisan Nasional. [Tepuk] Tetapi pada hari ini mereka menyatakan bahawa perlu dikemukakan pindaan katanya dan mereka ingin mengambil bahagian kembali. Jadi bagi saya, ini sesuatu yang agak pelik juga difahami. Lantaran subjek yang telah pun diserahkan begitu sahaja sekarang timbul kembali untuk dibahaskan kembali dan menentukan pendirian mereka. Barangkali inilah yang dinamakan ulang tayang dan kami pun akan lihat bagaimana ulangan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, soal demokrasi banyak dikemukakan. Walaupun saya tidak berhajat untuk memberi input yang panjang lebar tentang soal ini, seolah-olah dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Dungun misalnya dan juga oleh Ahli Yang Berhormat bagi Kepong bahawa tidak ada satu landasan yang nyata bahawa kerajaan Malaysia adil ataupun mempunyai lunas-lunas kebebasan. Sebelum itu, izinkan saya menyatakan dan saya setuju dengan Ahli Yang Berhormat bagi Tambun yang menyatakan bahawa freedom atau kebebasan bukanlah lumrah bagi kesemua. Banyak cerdik pandai menyatakan perkara ini. Saya petik daripada buku A Talk Availl, salah seorang pelunas demokrasi yang handal beliau berkata, “Your freedom ends where the bridge of my nose begins”. Ini secara lawak barangkali penulis itu menyatakan tetapi falsafah ini pernah diterima pakai oleh veteran Russells yakni soal kebebasan absolute ataupun yang lumrah dan mutlak tidak ada. Dalam konteks itulah setiap kerajaan sama ada di Timur Tengah atau pun di Amerika mahupun di Great Britain, beberapa had penentuan perlu diperbuat oleh kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat itu sendiri. Kita tidak menafikan hak minoriti. Kita tidak menafikan hak Orang Asli. Kita tidak menafikan hak orang-orang yang mempunyai pelaburan di dalam syarikat sama ada di bawah Akta Syarikat atau di bawah mana-mana penentuan undang-undang kita sendiri. Di Amerika Syarikat, kita mempunyai akta yang berbunyi “Patriotic Act” atau the safety for America act. Walaupun saya tidak perlu menghuraikan beberapa asas keperluan akta tersebut, yakinilah bahawa kepentingan kenegaraan Amerika ditentukan oleh bahasa dalam akta tersebut. Salah satu daripada peruntukannya memberi khas kuasa kepada eksekutif untuk menahan, waktunya pun tidak ditentukan, mereka yang disyaki melanda kebebasan Amerika or the homeland. Pada tahun 1950 lagi, Amerika sendiri telah mengadakan hak-hak yang tertentu. Tetapi bagi kita sekarang menyatakan bahawa di Malaysia kononnya, kita tidak ada mempunyai parameter kebebasan bagi kita menjalankan demokrasi. Ini adalah tuntutan retorik yang dianggap tidak berasas sama sekali. DR.24.6.2003 79

Apa sebabnya? Sebabnya ialah dalam kita menentukan hak-hak tersebut, kita sendiri mengecapnya. Dalam masa kita sendiri menyatakan negara kita tidak cukup kebebasan, kita sendiri yang mengecap kebebasan itu. Pada 8 April tahun ini, saya sempat menyatakan kalau SPR tidak menjalankan tugas-tugas penentuan kawasan atau kalau Suruhanjaya Pilihan Raya tidak menentukan had-had kekangan yang perlu di bawah Akta Pilihanraya 1954 ataupun Kesalahan Pilihanraya 1958, masakan kita semua terutama PAS, DAP dan parti-parti pembangkang lain dapat tempat di tanah air kita menegakkan demokrasi. [Tepuk] Peluang ini diberi, tinggal lagi barangkali yang disebut sebagai freedom ataupun kebebasan itu ialah kebebasan untuk campur tangan, untuk menentukan fi’il pendirian parti sendiri mengikut masa dan juga tuangan sendiri, barangkali itu tidak dapat kita beri. Berkaitan dengan AUKU, ianya diperbuat sedemikian untuk melandaskan supaya mahasiswa dan pelajar kita terus menumpukan perhatian kepada pelajaran. Bila sampai hadnya berpolitik, bila sampai hadnya berpolemik secara siasah, mereka boleh setelah merentasi graduasi atau graduation. Semasa di dalam universiti, anak-anak kita perlu belajar. Perlu menumpukan sepenuh tanggungjawab untuk pelajaran dan pembelajaran. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: [Bangun] Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat Menteri. Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak beri jalan. Ya, sila Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri seolah-olah speaking with a double tongue, dengan izin. Kalau kita kembali kepada tulisan-tulisan Yang Berhormat Menteri, saya ingin quote secara ringkas “the decline of the rule of law and human rights in Malaysia can be traced to the corrupt notion of democracy which the executive holds”. Ini sebahagian daripada tulisan daripada Yang Berhormat Menteri. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Itu cerita lamalah. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Bukan masalah cerita lama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Persoalan yang ada sekarang ini kita bercakap soal keadilan. Keadilan yang ada di negara kita. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Sudahlah Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu. Temberang sahaja. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Ketelusan yang ada di negara kita. Apa yang kita timbulkan di Parlimen ini ialah supaya wujud ketelusan dalam konteks perjalanan...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang Berhormat. Ya, soalan. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tiada soalan, sudahlah. Sudahlah Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: ..... sistem demokrasi yang ada di negara kita. Bila tidak wujud ketelusan sebagaimana yang telah dibuat kajian yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri sendiri.

80 DR.24.6.2003

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang Berhormat? Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Memanglah akan berlaku abuse of power, dengan izin, akan berlakunya corruption dari segi perjalanan sistem demokrasi yang ada di negara kita sendiri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, soalannya Yang Berhormat? Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Saya beranggapan, prinsip yang dahulunya dipegang oleh Yang Berhormat Menteri tidak dipegang sendiri sekarang ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya Yang Berhormat. Soalan? Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Telah dikorbankan di hadapan Ahli- ahli Parlimen yang ada ini. [Dewan riuh] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Dan kita berpegang teguh kepada prinsip keadilan yang ada di negara kita. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Ini merupakan suatu tindakan, satu jalanan yang kita beranggapan ...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, saya minta soalan Yang Berhormat. [Dewan riuh] Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun] [Bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya minta apa soalan Yang Berhormat. Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Peraturan, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Kalau degil Yang Berhormat, saya ambil tindakan Yang Berhormat. Sila duduk. Tuan Kerk Kim Hock: [Masih membantah] [Bercakap tanpa pembesar suara]. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Thesis Ph.D beliau yang dibaca secara worldwide dan dipertahankan oleh golongan akademik sehingga sekarang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Hah, cukuplah Yang Berhormat. Cukup. Cukup. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Diquote di merata dunia tentang ketidakadilan...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup, Yang Berhormat. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: .... ketidaktelusan...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat! Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: .....demokrasi yang ada di negara kita. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup, Yang Berhormat. Sila duduk. DR.24.6.2003 81

Tuan Muhamad bin Sabu: [Menyampuk] Datuk Bung Moktar bin Radin: Terus jawablah Datuk Seri Utama Dr. : Tuan Yang di-Pertua, dahulu saya ada berkata, kalau kita hendak menggoreng kita gunakan minyak sendiri, jangan gunakan minyak orang. Kita tulis buku, kita tulis persepsi, itu adalah academic persui0t, dan sekiranya Ahli Yang Berhormat ingin membuat sesuatu bagi orang membacanya worldwide, tulislah buku sendiri pula. Tetapi ada dalam bab itu yang menyebut bahawa “…nevertheless, Malaysia stands out to be individualistic and having its own future in the nature of law” tetapi itu tidak mahu hendak dibaca dan sekiranya begitu bolehlah saya rumuskan bahawa anggota PAS macam ini akan mengelirukan bukan sahaja diri sendiri tetapi seluruh orang Melayu di tanah air kita. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya cerita lama ini saya tidak suka hendak sebut tetapi kalau hendak disebut juga, perkara pertama harus ditimbangkan ialah Pusaka bergilir, Zaman beredar, Yang PAS tidak mahu bergilir, Beredar apa pasal? [Dewan riuh] Tuan Hassan bin Mohamed: [Bangun] Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim: Tuan Yang di-Pertua, saya berjanji tadi iaitu masa terhad dan kita akan memutuskan Usul Pindaan Perlembagaan ini secepat mungkin tetapi oleh kerana soal demokrasi telah ditimbulkan saya mengatakan sebagai rumusan, isu ini tidak akan selesai. Setiap negara mempunyai sistemnya sendiri, nilainya sendiri dan setiap Perdana Menteri dan kabinetnya mempunyai ismnya sendiri untuk menentukan negara masa depan. Apa pun kritikan yang hendak dikemukakan mesti kita tuding balik kepada diri kita: Apa Malaysia telah beri pada diri saya? Itu harus dipersoalkan. Orang seperti saya sudah jelas, dahulu mungkin saya di sebelah sana, tetapi saya menyedari bahawa sumbangan kita adalah untuk Malaysia dan kami mempunyai pemimpin yang kami telah pun nilaikan. Oleh itu kami kembali berjuang untuk menentukan masa depan kita. [Tepuk]. Yang Berhormat tidak usah marah kalau saya masuk UMNO kembali, tidak usah kecil hati kalau buku di sana itu hasil gorengan orang lain. Beberapa Ahli: Yaah!. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim: Yang penting ialah Yang Berhormat tulislah sendiri pula supaya buku yang akan datang lebih masyhur daripada “The Malay Dilemma”. Tuan Yang di-Pertua, saya beredarlah kepada soalan mengenai kritikan yang dihubungkan dengan setakat mana adil atau justifikasinya kepada kawasan-kawasan pilihan raya yang telah dikaitkan dengan Kedah, dengan Perlis, Terengganu dan Kelantan. Saya suka menyatakan iaitu tambahan kerusi Parlimen untuk negeri Kedah tidak dilakukan oleh SPR kerana dalam urusan persempadanan yang lalu negeri Kedah telah mendapat tambahan kerusi negeri yang terbanyak iaitu lapan kerusi. Dengan jumlah tambahan tersebut rakyat Kedah telah diberi jumlah perwakilan yang mencukupi dan selaras dengan kedudukannya. SPR berpendapat negeri Kedah tidak perlu diberi tambahan kerusi pada urusan persempadanan kali ini kerana jumlah kerusi yang sedia ada iaitu 15 bahagian pilihan raya jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang mempunyai pemilih hampir sama dengannya seperti Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Pulau Pinang yang mempunyai pemilih 659,155 diperuntukkan 13 kerusi Parlimen, manakala Kuala Lumpur yang mempunyai jumlah pemilih 664,233 cuma mempunyai 11 kerusi. Bagi negeri Kedah yang mempunyai pemilih seramai 791,943 telah pun diperuntukkan 15 kerusi. Oleh

82 DR.24.6.2003 yang demikian, SPR berpendapat jumlah ini adalah sesuai untuk Kedah jika dibandingkan dengan kedudukan jumlah kerusi di negeri-negeri lain. Bagi negeri Kelantan tambahan kerusi Parlimen telah tidak dicadangkan oleh SPR kerana purata pemilih Parlimennya ini iaitu 46,800 adalah dianggap bersesuaian berbanding dengan purata nasional 50,200 orang. Selain dari itu, Tuan Yang di-Pertua, didapati ramai penduduk Kelantan setiap tahun berpindah tempat bermastautin ke negeri- negeri lain kerana mencari pekerjaan terutama di negeri Pahang, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Bagi negeri Perlis SPR tidak mencadangkan sebarang tambahan kerusi Parlimen kerana jumlah pemilih Parlimennya agak rendah berbanding dengan lain- lain negeri dan juga purata nasional jumlah pemilihnya hanya 36,500 sahaja berbanding purata nasional 50,200. Jika ditambah satu lagi kerusi Parlimen purata pemilihnya hanya akan menjadi 27,500 orang. Jumlah ini agak kecil untuk sesuatu bahagian pilihan raya Parlimen untuk negeri Perlis. Tuan Yang di-Pertua, bagi negeri Terengganu SPR tidak mencadangkan sebarang tambahan kerusi Parlimen kerana berpendapat perwakilan yang sedia ada telah mencukupi. Walaupun purata Parlimennya ialah 51,400 orang - tinggi sedikit daripada purata nasional iaitu 50,200 - tetapi purata negerinya hanyalah 12,800 orang. Jumlah ini amat rendah berbanding purata nasional untuk negeri tersebut. Dari segi jumlah pemilih juga didapati ia amat sesuai jika dibandingkan dengan lain-lain negeri yang jumlah pemilihnya hampir sama, misalnya.... Dato' Mustafa bin Ali: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Dungun bangun. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim: … Negeri Sembilan yang mempunyai pemilih seramai 417, 712 diperuntukkan lapan kerusi Parlimen. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Dungun bangun Menteri. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim: Maka Terengganu yang mempunyai…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri Yang Berhormat. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim: … pemilih seramai 411,453 orang juga diperuntukkan lapan kerusi Parlimen. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, sila. Dato' Mustafa bin Ali: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Jumlah purata yang diberikan oleh Menteri dalam penjelasan itu tidak begitu tepat. Kalau kita mengambil contoh negeri Pahang misalnya, purata yang wujud sekarang setelah ditambah kerusinya itu menjadi 39,594, jauh daripada purata bagi Semenanjung. Apa rasionalnya negeri Pahang yang begitu ditambah sedangkan puratanya lebih rendah daripada Kedah, Kelantan, Terengganu dan beberapa tambahan yang dikemukakan itu. Terima kasih, saya hendak mendapatkan penjelasan secara jelas. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim: Tuan Yang di-Pertua, bila Yang Berhormat bagi Dungun mengatakan tidak berapa tepat, bermakna Yang Berhormat bagi Dungun mengatakan Suruhanjaya Pilihanraya tidak tepat. Itu adalah akaun yang diberikan oleh Suruhanjaya, namun saya suka membawa perhatian Yang Berhormat kepada prinsip nombor dua di bawah Jadual Ketiga Belas Bahagian I Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi demikian, saya quote: ”Prinsip-prinsip yang berikut hendaklah dengan seberapa yang boleh diambilkira pada membahagikan sesuatu unit ulangkaji kepada bahagian-bahagian pilihan raya menurut peruntukan-peruntukan Perkara 116 dan 117”. Perkataan yang ingin saya kemukakan untuk dihalusi dan dimendapkan dalam pemikiran ialah dengan seberapa yang boleh. Pernah dikatakan oleh seorang penulis yang memberi huraian panjang lebar tentang pilihan raya iaitu "The demarcation of areas cannot DR.24.6.2003 83 be an exact sign," dan buku ini juga yang telah digunakan di British Colombia menentukan bahawa penduduk-penduduk dalam sesuatu kawasan, juga kemudahan-kemudahan komunikasi, pentadbirannya, keluasannya dan juga kemudahan-kemudahan perpekanan serta settlement atau kependudukan yang lain perlu diambil kira. Oleh yang demikian, kalau pun PAS menjadi pihak berkuasa menentukan kawasan-kawasannya peruntukan yang saya bacakan tadi terpaksa dipakai jua. Oleh yang demikian, kita harus melupakan bahawa semua yang akan ataupun telah dilakukan oleh SPR adalah exact sign ianya tidak sedemikian. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana perkara-perkara lain telah pun disebut dan dijawab semasa saya menggulung hujah bagi pihak Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 8 April 2003, saya cuma sekarang cuba untuk memberi reaksi kepada Kota Melaka. Selain daripada apa yang telah saya jelaskan itu harus mulai sekarang Yang Berhormat menilai balik rekod yang telah dikemukakan kepada SPR sama ada sesungguhnya yang disebutkan sebagai 113 pemilih itu yang hanya tinggal 97 bersesuaian atau tidak dengan rekod yang diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Penelitian saya ialah angka 97 itu sahlah sedemikian. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Jeli berdiri Yang Berhormat. Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Dengan itu - saya kena menerangkan ini Tuan Yang di-Pertua, saya tidak memberi dahulu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Oleh yang demikian, maka peruntukan 5 di bawah Jadual Ketigabelas perlu saya bacakan, yakni "5B - Sekumpulan orang seramai 100 atau lebih yang nama-namanya ada ditunjukkan dalam daftar-daftar pemilih semasa bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan itu." Oleh yang demikian, tidak genap sampai ke 100 orang, maka itulah sebabnya SPR tidak dapat mengikut lunas undang-undang kita memberi layanan seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Oleh kerana Yang Berhormat kata Jelebu jangan banyak berpantun kali ini, saya tak berpantun, jangan gaduh. Cuma saya hendak sebutkan di sini Yang Berhormat kata Ketua Menteri Melaka hendak hancurkan DAP Melaka. Saya kira itu memang kerja kita. [Ketawa] Bukan hancur tetapi mengalahkan. Jadi, Yang Berhormat gunakan perkataan 'hancur' ini ia macam lumatlah. Kita tidak hendak lumatkan, kita hanya hendak menang. Jadi, kemenangan yang saya sebutkan itu menerusi lunas undang-undang. Cerita Ketua Menteri Melaka kononnya menghadiri mesyuarat UMNO di Kuala Lumpur dan membuat claim itu tidak timbul, dan hal ini tidak timbul lagi oleh kerana seseorang ketua menteri seperti yang saya jawab pada 8 April 2003 boleh keluar pejabatnya menghadiri mesyuarat dengan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, kemudian pergi hadir mesyuarat parti siasah. Itu tidak menjadi salah. Tinggal lagi Yang Berhormat membuat ini sebagai seolah-olah satu kesalahan besar. Saya kira ini sangat petty dan tidak perlu dikemukakan lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Kota Melaka berdiri, sila. Tuan Kerk Kim Hock: Yang Berhormat, saya rasa pada 8 April 2003 Yang Berhormat tak mandi datang ke Dewan dan hari ini pun tak mandi juga. Maksudnya kalau tak mandi itu kotor dan busuklah. Yang Berhormat, saya terima sekiranya dalam semakan SPR terdapat hanya 97 nama yang berkelayakan. Tetapi tadi apa yang saya sebut ialah apabila mesyuarat SPR diadakan untuk menentukan sama ada cadangan ini boleh atau tidak diterima, perkara ini tidak langsung timbul. Semakan hanya dibuat pada 6 haribulan atau 7 haribulan atas arahan Yang Berhormat. So, how could he come and tell me it was disqualified because of this…. Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: [Menyampuk]

84 DR.24.6.2003

Tuan Kerk Kim Hock: No, no nanti, itu fakta. Itu fakta yang pertama saya sudah kata. Jadi, betul atau tidak, boleh check minit SPR. Itu yang pertama. Nanti, Yang Berhormat sabarlah, boss ada di sini. Yang kedua, kalau betulnya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka dan juga EXCO-EXCO telah membuat tuntutan oleh kerana pergi jumpa dengan Presiden UMNO, mengapa tidak tulis di sana. Mengapa hendak tulis menghadiri mesyuarat UMNO, menghadiri mesyuarat Belia 4B, melawat ADUN Barisan Nasional, melawat ahli MCA di hospital,.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah Yang Berhormat. Tuan Kerk Kim Hock: ....melawat ke pentadbiran cawangan UMNO... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang Berhormat. Tuan Kerk Kim Hock: ... tidak tulis dengan terang untuk berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini semua bukan, ini cuma cari cerita... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang Berhormat. Tuan Kerk Kim Hock: ...selepas laporan dibuat dengan BPR. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang Berhormat. Tuan Kerk Kim Hock: That is why I say mandilah sebelum datang ke Dewan. [Ketawa] Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, kalau saya tahulah macam itu beliau hendak mengemukakan hujah tadi saya tidak mahu hendak duduk. Tetapi saya lihat ini lebih merupakan soalan sentimen. Seorang ketua menteri, saya pun pernah jadi menteri besar, dan semua menteri pun menjalankan tugas parti ataupun yang berkaitan dengan kerajaan. Tidak semua perkara itu dicatat berapa item ataupun perkara yang kita buat dalam satu hari. Jadi, kalau disebutkannya dia menghadiri mesyuarat UMNO di Kuala Lumpur, soal itu dengan sahaja tidak menjadi salah sekiranya beliau boleh bertanggungjawab dan saya pun maklum beliau boleh bertanggungjawab bahawa pemergian beliau itu adalah atas urusan kerajaan dan parti. Di situ saya kira soal ini dibereskan dan tidak dijadikan lagi sebagai masalah yang terbit daripada sentimen peribadi Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik komen daripada Tambun mengenai masalah AUKU dan pembelajaran tadi. Secara ringkas kita nyatakanlah iaitu tidak ada yang boleh menggantikan hard work atau kerja keras. Dan telah terbukti bahawa penuntut-penuntut atau mahasiswa Tionghua berjaya oleh kerana kerja keras mereka. Tidak sebab AUKU ataupun hadangan-hadangan yang dikatakan telah memberi kesan negatif. Mengenai hujah yang dirungutkan sekali lagi oleh Dungun berkaitan dengan Akujanji, Yang Berhormat harus baca apa Akujanji yang diperbuat antara pegawai kerajaan dengan pihak berkuasa Kerajaan Malaysia. Saya cuma menyebutkan di sini tiga perkataan iaitu untuk 'berkhidmat lebih cemerlang.' Itu yang diperakukan dalam Akujanji, bukan untuk setia kepada sesiapa, cuma setia kepada kerajaan yang memerintah. Apa sebab tidak boleh Akujanji diterima sebagai norma yang berkesan bagi negara kita. Sedangkan bila kita hendak kahwin pun kita berakad, kita bernikah, kita membuat kontrak takliq pun semasa kahwin. Apa sebab kita tidak boleh mengadakan Akujanji dengan pegawai awam, tidak ada sebab. Oleh itu, hujah Yang Berhormat mengatakan Akujanji ini adalah sesuatu yang mengongkong dan tidak memberi lunas yang lojik kepada pengkhidmat awam kita adalah sesuatu yang diterbitkan daripada sentimen yang tidak berasas. Menteri sendiri pun membuat Akujanji kepada Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong melafazkan apa yang disebut sebagai oath of office baginda sendiri. Kenapa tidak boleh pengkhidmat awam kita menandatangani suratan Akujanji. DR.24.6.2003 85

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun] Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Persoalan ini memang boleh dibahaskan, tetapi setelah melihat keadaan. Saya kira saya teruskan jawapan.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri Yang Berhormat. Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: ...untuk memberi gambaran bahawa hujah mengenai Akujanji ini adalah hujah kosong dan semata-mata tidak mahu meletakkan penjawat awam kita di tahap yang profesional yang boleh bertanggungjawab dan memberi kesan yang positif kepada negara kita.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Serupa Yang Berhormat. Dia tak bagi. Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, sebab Yang Berhormat tadi sudah bercakap panjang. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk] Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Itu saya kira bila kita pinda Perlembagaan yang akan datang pulalah. [Ketawa] Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak bagi Yang Berhormat. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Saya takut nanti Datuk tak ada. Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tak apa, insya-Allah, saya belum tempang lagi. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang Berhormat, dia tak bagi. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Bagilah sekali. Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Bolehlah. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Sekali, sekali sahaja. Saya tidak main. Okay. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang Aku Janji bahawa lafaznya ialah untuk taat setia kepada kerajaan yang memerintah dengan perkhidmatan yang cemerlang. Okay. Adakah ini bermakna bahawa kerajaan boleh membenarkan pegawai-pegawai kerajaan, kakitangan kerajaan untuk menghadiri program-program yang dianjurkan oleh parti pembangkang dan dalam masa yang sama mereka excellent dalam menjalankan tugas mereka untuk negara, untuk kerajaan? Masalah yang berlaku sekarang ini ialah, sampai kepada peringkat kalau ada pegawai dan kakitangan kerajaan yang hendak pergi ke program-program parti pembangkang, termasuk program yang dihadiri atas sifat sebagai Wakil Rakyat, dia hendak hadir, dengar Wakil Rakyat dia, Ahli Parlimen, dia diberikan amaran, diberikan warning, dicatatkan, buat senarai hitam dan sebagainya, diberikan amaran. Ini masalah yang berlaku di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang Berhormat. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Baik. Itu soalannya. Saya tanya, adakah kerajaan boleh membenarkan? Yang keduanya, saya hendak minta, yang akhir sekali ialah tentang SPR, tentang ketelusan perjalanan dan pengurusan SPR di sini. Saya hendak membangkitkan satu perkara tentang pelantikan Pembantu Tadbir (Sambilan) yang dibuat oleh SPR. Kenapa SPR Pusat mengeluarkan arahan kepada semua Pegawai Pilihan Raya

86 DR.24.6.2003 di peringkat negeri, kecuali Sabah dan Sarawak, supaya memberikan pertimbangan kepada pelantikan Pembantu Tadbir (Sambilan) di kalangan Puteri UMNO. Kenapa ini berlaku? Walaupun itu diminta pertimbangan tetapi persoalannya, arahan untuk membuat pertimbangan itu datang daripada SPR Pusat – SPR Ibu Pejabat supaya diberikan pertimbangan untuk pelantikan daripada Puteri UMNO untuk membuat kerja-kerja semakan pemilih dan sebagainya … Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: … dan ini sudah tentu mendedahkan kepada SPR boleh menggunakan Puteri UMNO dan UMNO sendiri menggunakan Puteri UMNO untuk melakukan penyelewengan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat, pasal sudah keluar soalan “Kenapa” itu. Cukup! Emm.., cukuplah. Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, kalau saya biarkan tadi, setengah jam lagi mampu itu [Ketawa] Saya percaya apa Yang Berhormat bagi Pokok Sena sebut ini tidak betul. Saya cabar, beri surat edaran itu, bagi kita perlihatkan untuk diperakukan, sama ada ia dokumen sah atau yang terbit daripada bibir Yang Berhormat sendiri. Dan ini adalah ….. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk] [Menunjukkan dokumen yang dimaksudkan] Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: … belum. Tuan Yang di-Pertua, hanya menayang begini, ini ulang tayang namanya [Mengajuk cara yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat bagi Pokok Sena][Ketawa] Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Saya minta … [Bercakap tanpa pembesar suara] Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Apa yang kita harus perbuat, serahkan dokumen itu kepada Yang di-Pertua dan kemudian kita cari orang yang bersahsiah tinggi daripada segi penentuan, certification dan dipastikan sama ada itu adalah borang palsu ataupun terbitan daripada Yang Berhormat [Dewan riuh] Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Yang Berhormat Menteri, saya minta untuk dibuat salinan fotostat [Bercakap tanpa pembesar suara] Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Fotostat tidak boleh diterima. Bagi yang itu sekarang [Dewan riuh] Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Untuk simpanan saya. Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Bagi yang itu sekarang kepada Tuan Yang di-Pertua, kemudian kita persaksikan. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Saya minta surat difotostat … [Bercakap tanpa pembesar suara] Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Okay. Tuan Yang di-Pertua, amat senang kita menuduh. Tak akan SPR menulis surat mengatakan, “…Sila pertimbangkan Puteri UMNO”. Ini masih orang-orang yang wajar dan orang-orang yang neutral.. [Menunjuk ke arah pegawai-pegawai SPR yang bertugas di dalam Dewan] Yang kita telah pilih untuk mengendalikan program demokrasi dan pendemokrasian menerusi pilihan raya kita. Tuan Yang di-Pertua, ada dua perkara sahaja lagi dan selepas itu bolehlah kita “Belah Bahagi” kalau perlu. DR.24.6.2003 87

Mengenai weightage yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Kepong. Saya telah pun jawab pada 8 April 2003 tetapi beliau bangkitkan juga lagi dan dalam membangkitkan soal ini beliau menyebutkan tadi, macam “timun di sawah”. Kata dia, “di luarnya merah, dalamnya pahit”. Ini sindiran tajam. Kalaulah pahit timun yang kami beri selama ini, Yang Berhormat tidak selawa ini. Semua sudah Yang Berhormat kecapi dan di atas kecapan itu, saya kira, sekiranya apa yang dibangkitkan menerusi kata-kata bahawa weightage ini tidak diperbuat, masakan Yang Berhormat menang di Kepong. Di atas weightage yang diberi oleh SPR inilah kita semua berada di sini. Ini pun telah saya sebutkan terlebih dahulu. Tetapi kita sengaja tidak hendak lihat perkara ini dan seolah-olah dikatakan langsung tidak percaya lagi dengan apa yang kita perbuat, sedangkan sistem ini sistem kita, kita yang perbuat di sini. Ya, pada hari ini Barisan Nasional telah mengadakan urusan besar, mengadakan undang-undang kita tetapi semua ini telah diperakukan oleh dunia sebagai salah satu daripada sistem demokrasi yang telah pun diperakukan sebagai diperbuat dengan suara ramai di Malaysia [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Permatang Pauh mempunyai beberapa point tetapi perkara ini sudah pun saya jawab pada 8 April 2003. Oleh itu saya cuma mohon agar perkara-perkara seperti “Mata Lebam” dan sebagainya ini, saya kira relevannya pada pindaan ini tidak ada dan mahkamah kita pun telah memutuskan semua yang telah dikemukakan sebagai isu perundangan. Sama ada kita menyatakan suka atau duka, terserah kepada pihak yang berkenaan. Namun soal itu tidak relevan bagi kita untuk membangkitkannya dalam perbincangan dan perbahasan kita pada saat ini. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya tentang apa yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Bandau, saya yakin apa yang telah dikemukakan kepada SPR itu telah mendapat perhatian tetapi pewujudan kawasan baru itu tidak terlaksana. Oleh yang demikian, rayuan seperti pentadbiran dan juga pembangunan yang disebut itu, saya yakin, akan dapat diperhatikan oleh pihak-pihak berkuasa. Tuan Yang di-Pertua, sedikit sebanyak pimpinan negara juga ditimbulkan dalam perbahasan ini. Bukan tempatnya bagi saya untuk mengulas panjang-panjang. Memadai bagi saya bersama-sama dengan pandangan Yang Berhormat bagi Kota Melaka sebentar tadi, memberi tahniah kepada Perdana Menteri di atas kebolehan dan sumbangan beliau. Dan bagi saya sebagai menggulung… [Tepuk] Ini harus dirakamkan sebagai salah satu daripada pengiktirafan. Cuma Yang Berhormat bagi Dungun tidak hendak sebut panjang-lebar tetapi di antara ayat-ayat beliau tadi, perkataan “boleh tahan” itu adalah juga ditimbulkan… Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun] Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun] Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Saya sebaliknya hendak menyatakan, ini kalau marah Yang Berhormat bagi Kota Melaka, tidak suka, kemudian katakan;

Kalau mencari tempat mandi, Pertama teluk, kedua pantai, Kalau mencari pemimpin negeri, Pertama elok, kedua, pandai. [Tepuk] Semua sifat itu ada kepada kedua-dua pemimpin utama kami dan sebab itu saya percaya kita akan menang dalam Belah Bahagi ini dan kita akan pulang, puas hati. Jangan tinggalkan Dewan. Terima kasih.

88 DR.24.6.2003

Tuan Yang di-Pertua: Sudahkan ini? Yang Berhormat, hendak minta bagi jalan ini? Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Sudah habis [Bercakap tanpa pembesar suara] Tuan Yang di-Pertua: Habis sudah? Yang Berhormat bagi Kota Melaka, habis sudah, habis sudah.. [Dewan riuh] Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara] Tuan Yang di-Pertua: Sudah, sudah. Dia sudah duduk. Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara] Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bercakap tanpa pembesar suara] Tuan Yang di-Pertua: Sudahlah, sudahlah, cukuplah. Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara] Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Saya hendak pastikan, surat sudah dapatkah belum? Ruling tadi? Saya hendak pastikan supaya ia berlaku di Dewan. Sudah dapat? [Bercakap tanpa pembesar suara] Tuan Yang di-Pertua: Tidak ... Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Sudah dapat suratkah? [Bertanya kepada Setiausaha Mesyuarat] [Bercakap tanpa pembesar suara] Sudah dapat surat itu? Sudah dapat? Okay. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, okay. Baiklah Yang Berhormat sekalian, tolong diam, diam. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Rang Undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang dan oleh sebab mengikut peruntukan Perkara 159 Perlembagaan, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2003 ini memerlukan sokongan pada bacaan kali yang kedua dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga dari jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan ini, maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 46(5) saya memerintahkan supaya satu ‘belahbahagian’ diadakan sekarang. Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit. [Loceng dibunyikan] Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai penghitung undi sila ambil tempat masing-masing di hadapan blok Yang Berhormat. Undi dijalankan sekarang. [Dewan berbelah bahagi] [Pengundian dijalankan] Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, inilah keputusannya. Ahli-ahli yang bersetuju ialah 148 orang; [Tepuk] yang tidak bersetuju ialah 35 orang. [Tepuk] Ini bermakna lebih dua pertiga undi majoriti yang bersetuju. [Tepuk]

YANG BERSETUJU: 148

YANG TIDAK BERSETUJU: 35

YANG TIDAK MENGUNDI: - tiada - [Nama Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengundi seperti di dalam Lampiran ‘A’]

DR.24.6.2003 89

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal 1 dikemukakan kepada Jawatankuasa. Fasal 1 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Fasal 2 dikemukakan kepada Jawatankuasa. Fasal 2 - Pindaan Dato’ Mustafa bin Ali [Dungun]: Tuan Yang di-Pertua ….. Tuan Pengerusi: Ya, ya. Beberapa Ahli: [Menyampuk] Dato’ Mustafa bin Ali: …..diam sikit [Ketawa] Malulah ini nombor satu dan nombor dua ada di depan ini. Hormatlah. Bukan lama lagi hendak duduk sini pun [Ketawa] Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Peraturan Mesyuarat 27(2) saya mohon mencadangkan pindaan seperti berikut: - Fasal 2, Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2003- DR14/2003- (i) Fasal 2(a) dengan menggantikan perkataan 219 dengan perkataan 228; [Tepuk] (ii) Fasal 2(b) dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut: a) menggantikan perkataan “(a) dua ratus enam…” dengan “dua ratus empat belas dari Negeri-Negeri di Malaysia seperti yang berikut:…”; [Tepuk] b) menggantikan perkataan “(ii) lima belas…” dengan perkataan “tujuh belas orang Ahli dari Kedah..”; [Tepuk] c) menggantikan perkataan “(iii) empat belas…” dengan perkataan “enam belas orang Ahli dari Kelantan…”; [Tepuk] d) menggantikan perkataan “(iv) enam…” dengan perkataan “tujuh orang Ahli dari Melaka..”; [Tepuk] e) menggantikan perkataan “(ix) tiga…” dengan perkataan “empat orang Ahli dari Perlis…”; [Tepuk] f) menggantikan perkataan “(xiii) lapan…” dengan “sepuluh orang Ahli dari Terengganu…”; [Tepuk] g) Dalam fasal 2(ii)(b) - (A) dengan menggantikan perkataan “tiga belas” dengan perkataan “empat belas”; dan

90 DR.24.6.2003

h) (B) dalam subperenggan (i), dengan menggantikan perkataan “sebelas” dengan “dua belas”; [Tepuk] Secara ringkas ingin saya menyebut Yang Berhormat Tuan Pengerusi, pindaan- pindaan yang dicadangkan kepada pindaan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2003 ini tidak bermaksud untuk mengurangkan bilangan Kerusi- Kerusi yang telah dicadangkan untuk ditambah bagi negeri-negeri yang telah dinyatakan pertambahannya. Pindaan ini hanya untuk menambah kepada negeri-negeri yang telah saya sebut itu di mana rasional dan asas-asas yang kukuh telah saya kemukakan di dalam membahaskan rang udang-undang yang dikemukakan ini pada peringkat Majlis yang bersidang mulai dari pada pagi tadi. Saya tidak berhajat untuk menerangkan lebih jauh maksud daripada pindaan ini kerana sudah difahami dan dengan demikian, tambahan kepada cadangan yang telah dikemukakan di dalam Rang Undang-undang Akta Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2003 ini hanya tambah sembilan daripada apa yang dikemukakan bagi negeri-negeri yang telah saya sebut iaitu Kedah dua, Kelantan dua, Terengganu dua, Perlis satu, Melaka satu dan Wilayah Persekutuan satu. Saya mengharapkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan sendiri menggunakan rasional sebagaimana yang telah kita jelaskan pada pagi tadi. Dengan tidak terikat kepada arahan-arahan yang tidak adil yang diberikan kepada oleh Ketua Whip dan saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang kedua-dua hadir dalam Dewan ini akan menyaksikan satu perubahan sikap daripada penyokong-penyokong kerajaan insya-Allah. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Ya nanti sekejap. Saya kemukakan dulu Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat masalahnya pindaan sebagaimana yang telah diedarkan dalam Kertas Pindaan terbuka untuk dibahas. Ya Jeli. 6.35 ptg. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad [Jeli]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Bagi menyokong dan juga bagi mengajak teman-teman Ahli-ahli Yang Berhormat berfikir bukan hanya untuk hari ini tetapi menjangkau kepada tahap Wawasan 2020 seperti mana yang diharapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Umpamanya kita mencadangkan bilangan Ahli Parlimen yang lebih ramai berbanding yang telah dicadangkan oleh SPR yakni daripada 219 kepada 228 supaya dengan bilangan yang lebih ramai ini akan memberikan sumbangan dan juga perkhidmatan yang lebih berkesan kerana dengan secara automatiknya bila mana bilangan Ahli Parlimen lebih ramai, sudah tentu bilangan pengundi yang dijaganya semakin kecil dan secara tabiinya maka sumbangan dan perkhidmatan yang lebih baik yang boleh disumbangkan kepada rakyat dan juga pengundi- pengundi. Ini selaras dengan seperti mana yang telah dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi semasa membentangkan yakni adalah tidak adil untuk bilangan Kerusi tidak ditambah sedangkan bilangan rakyat dan bilangan pengundi bertambah. Dengan mengambil kira sebagai satu alasan dan hujahnya yakni untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengundi itu sendiri. Sebab itulah kita telah menyaksikan bahawa Dewan kita, Parlimen kita sudah melalui proses penambahan bilangan Ahli Parlimen yang semakin ramai dalam tiap-tiap lapan tahun. Cuma dalam segi hendak membangkitkan Fasal 2(b)(ii). Dalam Fasal 2(b)(ii) seperti mana yang diusulkan Yang Berhormat bagi Dungun sebentar tadi yakni negeri Kedah, yakni negeri yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mewakilinya. Kita berhajat untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik berbanding apa yang dicita-citakan oleh SPR itu sendiri kerana kita mengusulkan supaya penambahan Kerusi daripada 15 kepada 17. Alasan-alasan yang kita kemukakan ialah negeri Kedah walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang dari negeri Kedah, ia belum lagi boleh dikategorikan DR.24.6.2003 91 dalam negeri yang maju. Walaupun sudah ada cita-cita daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah untuk mendahului cita-cita Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yakni ingin menjadikan Kedah lebih awal maju daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yakni 2010. Jadi kita perhatikan bahawa, kita lihat bagaimana satu bentuk ketidakadilan berlaku khususnya di Kawasan Parlimen Kuala Kedah dan juga di Kawasan Parlimen Baling. Di Kawasan Parlimen Baling ini pernah berlaku satu ketika di mana rakyat telah berdemonstrasi kerana ada rakyat yang kebuluran sehingga ramai terutama mahasiswa- mahasiswa yang mungkin mahasiswa-mahasiswa itu kini berada di Kerusi-kerusi Kabinet sekarang ini yang pernah berdemonstrasi kerana berlaku kelaparan di situ, berlaku kebuluran di situ. Ini menggambarkan tempat itu adalah tempat rural tetapi kenapa tempat rural ini tidak menepati seperti mana yang dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pagi tadi. Sepatutnya tempat rural, kawasannya semakin kecil dan bilangan pengundi semakin kecil. Itu asas yang juga dijawab oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi kenapa selepas SPR mengusulkan, memberi cadangan baru, tiba-tiba Baling kawasannya menjadi bertambah luas. Bukan hanya kawasan yang semakin bertambah luas malah yang mendukacitakan kita dan juga mungkin mendukacitakan rakyat kita ialah bilangan pengundinya sudah bertambah kepada 72,000, lebih besar daripada Alor Setar sendiri, lebih besar daripada beberapa Kawasan Parlimen di Pulau Pinang dan lebih besar dan juga lebih besar daripada kebanyakan Kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebab itulah saya memohon kepada rakan-rakan Yang Berhormat sekalian supaya kita mengkaji balik supaya tidak timbul kemarahan rakyat nanti di Baling. Sudahlah kami dahulu kebuluran, nanti hendak jaga 72 ribu orang ini bukan satu kerja yang mudah. Tambahan pula dengan jalan kalau dibandingkan Baling dengan daerah-daerah yang lain, dengan Parlimen-Parlimen yang lain, sudah tentu kita tidak boleh menafikan bahawa Baling merupakan antara tempat yang paling mundur jika dibandingkan dengan kawasan Parlimen lain di negeri Kedah. Sebab itu saya minta rakan-rakan Yang Berhormat memikirkan kembali supaya Baling dikecilkan kawasannya selaras dengan status luar bandar dan juga bilangan pengundinya juga dikecilkan setaraf dengan statusnya juga, status Parlimen luar bandar. Bagi 2(b) (iii), menggantikan perkataan “empat belas” dengan perkataan ”enam belas” ahli dari Kelantan. Kita perhatikan bahawa seolah-olah tidak menuruti syarat-syarat asas kepada cadangan SPR itu sendiri, yakni untuk negeri-negeri yang dikategorikan bukan negeri yang maju. Kelantan sama kategori dengan Kedah, maka sudah sepatutnya bilangan pengundinya lebih kecil. Tetapi apa yang berlaku, oleh kerana tidak ada penambahan bagi Kelantan dan Terengganu menyebabkan beberapa kawasan Parlimen terpaksa mempunyai bilangan pengundi yang jauh lebih ramai daripada 1995dan juga 1999. Ini suatu perkara yang berkadar songsang dengan cadangan dan harapan SPR itu sendiri. Bila mana kita lihat umpamanya Tumpat, daripada 60,000 lebih sekarang sudah jadi 74,000. Begitu juga dengan Kuala Kerai, kalau dahulu sekitar 45,000, sekarang sudah jadi 50,000 lebih. Walhal Kuala Kerai bersempadan dengan Gua Musang dan bersempadan dengan Jeli dan Tumpat, Jeli, Gua Musang dikategorikan sebagai status Parlimen yang sama. Bagaimana Gua Musang yang hanya mempunyai bilangan pengundi sekitar sekarang ini mungkin 26,000? Dan, begitu juga Jeli yang sekarang ini mempunyai bilangan pengundi 35,000 tetapi kenapa Kuala Kerai menjadi begitu besar sehingga lebih daripada 53,000? Sebab itulah saya melihat daripada aspek Kuala Kerai ini merupakan kawasan Parlimen luar bandar seperti mana Jeli dan juga Gua Musang. Sepatutnya kawasan Parlimen Kuala Kerai tidak layak mempunyai bilangan pengundi lebih daripada 35,000. Begitu juga dengan Tumpat, yang terpaksa mengambil pengundi-pengundi daripada Pasir Mas, kerana Pasir Mas terpaksa mengambil pengundi daripada Tanah Merah kerana kawasan Parlimen Tanah Merah terpaksa mengambil pengundi daripada Jeli.

92 DR.24.6.2003

Maka, saya fikir adalah sangat wajar Dewan kita memikirkan supaya Kelantan diberi tambahan 2 kerusi berasaskan kepada kriteria-kriteria yang dituntut oleh SPR itu sendiri. Begitulah juga dengan fasal 2(b) (iv), yakni menggantikan perkataan, “enam” dengan perkataan “tujuh” orang ahli dari negeri Melaka kerana negeri Melaka kita fikir adalah layak untuk menerima tambahan kerusi satu lagi memandangkan purata pengundi di Melaka lebih besar daripada purata pengundi nasional, maka Melaka juga layak untuk diberi pertimbangan yang sama. Begitulah juga dengan fasal 2(b) (ix), menggantikan perkataan “tiga” dengan perkataan “empat” orang ahli dari Perlis kerana Perlis juga layak mendapat bilangan ahli Parlimen yang lebih ramai supaya pentadbiran dan pengurusan Parlimen lebih baik. Dan, yang akhir Tuan Yang di-Pertua, …. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Ya, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Hak ini untuk negeri sahaja. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Ya. Tuan Pengerusi: Yang dipinda itu untuk negeri. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Ya, untuk negeri. Tuan Pengerusi: Ya, ya, kawasan Parlimen negeri. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Ha, ini dok baca ….. Tuan Pengerusi: Bukan Parlimen. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Hujah untuk negeri, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Ya. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Kemudian Fasal 2(b) (xiii), menggantikan perkataan “lapan” dengan perkataan “sepuluh” orang ahli dari Terengganu. Ini adalah satu usul, satu cadangan yang cukup baik, cukup sesuai. Kerana apa? Kerana kita kena ingat, pada 1994, Terengganu pernah dan telah dicadangkan oleh SPR pada tahun 1994 sebanyak dua tambahan kerusi Parlimen tetapi oleh kerana kerajaan UMNO pada ketika itu tidak sanggup menerima tambahan kerusi Parlimen kerana pada waktu itu PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah - semasa Yang Berhormat bagi Gua Musang masih bersama kami - kita mempunyai sebilangan 11 orang Ahli Dewan Undangan Negeri di Terengganu. Keseluruhan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu pada ketika itu 32 orang. Maknanya, kita dalam Angkatan Perpaduan Ummah pada ketika itu telah berjaya menafikan 2/3 kemenangan calon-calon daripada UMNO dan Barisan Nasional. Bahkan, satu perkara yang agak merisaukan parti UMNO dan Barisan Nasional pada ketika itu bila mana sebahagian besar kerusi-kerusi yang dimenangi oleh parti pemerintah di negeri Terengganu pada ketika itu kurang daripada 500 undi. Maka mungkin atas alasan itulah maka kerajaan pimpinan Terengganu pada ketika itu tidak berani untuk menerima tambahan 2 kerusi Parlimen pada 1994 sehingga menyebabkan Terengganu rugi dari sudut perkhidmatan terbaik oleh wakil rakyat yang lebih ramai. Itu adalah perkara yang pelek bin ajaib. Kalau 1994 sudah dicadangkan dua kerusi, tiba-tiba pada tahun 2003, tidak diberikan cadangan apa-apa kerusi. Inilah yang menimbulkan tanda soal yang cukup besar di kalangan kita, Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat di seluruh negara. Kenapa 10 tahun dahulu boleh beri dan oleh kerana tidak bersetuju maka SPR terpaksa terima dan akur, tiba-tiba pada kali ini, Kerajaan Negeri Terengganu telah mencadangkan supaya yang diberi dahulu, minta beri balik, selari dengan kadar penambahan bilangan pengundi tetapi kenapa tidak diterima. Sebab itu saya bimbang, DR.24.6.2003 93 takut-takut kata orang amat malanglah menjadi Melayu di negeri-negeri majoriti Melayu. Malang! Rupa-rupanya malang menjadi Melayu di negeri-negeri majoriti Melayu. Umpamanya Kelantan, 94% Melayu; umpamanya Terengganu, 94% Melayu; umpamanya Kedah, 76% Melayu; umpamanya Perlis, 76% Melayu. Tiba-tiba di negeri- negeri ini nasib kamu nasib malang. [Ketawa] Nasib malang kerana tidak boleh ditimbangkan sebarang kerusi tambahan. Jadi, saya bimbanglah, takut-takut pada 2020 orang Melayu bersoal, kenapa kita jadi orang Melayu di negeri-negeri majoriti Melayu, kenapa tidak kita jadi Melayu di negeri-negeri yang kita lebih kurang sama ramai dengan bukan Melayu. Sebab itulah saya memohon walaupun dalam pengundian kami memang kalah, apa boleh buat, memang sudah ramai sebelah sana, menanglah sana, pasal ikut whip punya rule, tetapi sekadar kita tenung balik supaya benda ini kita boleh fikir balik apa yang saya cakap ini 10 tahun akan datang. Bukan cakap hari ini, kita tidak hendak dengar hari ini tetapi kena fikir 10 tahun akan datang. Kenapa dinafikan hak orang-orang Melayu di negeri-negeri majoriti Melayu? Tuan Pengerusi: Yang Berhormat. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Kemudian satu lagi, dalam Fasal 2(b) menggantikan perkataan, “tiga belas” dengan perkataan “empat belas” bagi Wilayah Persekutuan termasuk Labuan kerana walaupun Wilayah Persekutuan ini kecil, tetapi kerana saya kadang-kadang kasihan tengok wakil-wakil rakyat terutama dari sama ada Barisan Nasional dan juga daripada bukan Barisan Nasional, Kepong, Seputeh, Cheras, Wangsa Maju, Titiwangsa, teman-teman kita belaka, ramai sangat dia kena beri perkhidmatan dia. Jadi, kita fikir lebih layaklah mereka ini diberikan bilangan yang lebih kecil daripada bilangan pengundi yang sedia ada, kerana ramai sangat Jadi, saya sangat-sangat menyokonglah cadangan yang dibangkitkan, cadangan yang diusulkan oleh Dungun supaya perkara-perkara ini ditimbangkan oleh Ahli Dewan sekalian. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat bagi Tambun. 6.40 ptg. Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Semasa usul pindaan kawasan pilihan raya dikemukakan pada 8 April 2003, pembangkang tidak mengambil bahagian dalam pengundian dan dalam pengundian di peringkat dasar tadi, pembangkang telah menolak cadangan pindaan Perlembagaan yang dikemukakan oleh kerajaan. Ini membawa dua implikasi. Pertama, pembangkang tidak ada lagi autoriti untuk meminta supaya pindaan dibuat di peringkat Jawatankuasa ini seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat bagi Dungun. Kedua, pembangkang dari moralnya, Tuan Pengerusi, pembangkang tidak layak untuk mengundi di kawasan yang baru diwujudkan setelah mereka menolaknya. [Tepuk] Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya pindaan Yang Berhormat bagi Dungun hendaklah ditolak tanpa dibahaskan lagi. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Ya, ya, Kota Melaka. Selepas itu minta menteri menjawab ya. Beberapa Ahli: [Menyampuk] 6.41 ptg. Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka]: Tuan Pengerusi, ada banyak masa lagi. Kita janji tunggu sampai 12.00 malam. Tuan Pengerusi…. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat bagi Kota Melaka, sila. Minta berucap 10 minit Yang Berhormat, jangan panjang sangatlah. Tuan Kerk Kim Hock: Ya, okey. Saya tidak akan berucap panjang, bagi peluang kepada orang lain.

94 DR.24.6.2003

Tuan Pengerusi: Ya. Tuan Kerk Kim Hock: Tuan Pengerusi, saya telah dengar banyak ucapan termasuk juga Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional mengatakan mereka juga mempunyai aduan, mereka tidak puas hati dengan cadangan SPR. Mungkin mereka terpaksa terima. Jadi, saya rasa dua pihak pun ada sungutan dan ini telah membuktikan bahawa memang ini bukan satu laporan sebab pindaan ini berasaskan kepada laporan dahulu yang telah dibentangkan pada 8 April, maka saya sokong pindaan yang telah dibawa oleh Yang Berhormat bagi Dungun supaya kita boleh menegakkan beberapa prinsip yang mustahak. Tuan Pengerusi, dalam mengkaji semula persempadanan sebenarnya dalam seluruh dunia, ada tiga teori asas yang harus dipatuhi oleh SPR atau mana-mana election commission. Teori yang pertama ialah theory of political equality yang sebenarnya menegaskan bahawa one person must equal one vote value dan ini saya telah banyak berhujah tadi. Saya tidak akan ulang tetapi ini haruslah dipatuhi dan saya rasa kalau kita boleh tolak cadangan kerajaan itu, kita boleh buat semula dan kita akan melahirkan satu persempadanan yang boleh diterima sebagai adil. Teori yang kedua ialah theory of compactness, Tuan Pengerusi. Saya telah buat aduan bahawa dalam kawasan Kota Melaka, bentuk itu sudah jadi ganjil oleh kerana dia tidak ikut theory of compactness. Kalau kita ikut teori itu, dia tidak akan jadi ke sana ke sini dan juga tidak akan menjadi satu hydra di Kedah sebab dia kena ikut theory of compactness. Satu lagi teori yang biasa dipertahankan di seluruh dunia ialah theory of continuity di mana ia tidak boleh putus tiap-tiap kawasan. Kali ini, Tuan Pengerusi, nyaris ada putus. Saya tunjuk bukti di sini. [Menunjukkan sehelai peta] Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, tadi apa yang Yang Berhormat ucap itu ialah dasar Yang Berhormat. Kita dalam Jawatankuasa ini. Dalam Jawatankuasa kita ini. Tuan Kerk Kim Hock: Tuan Pengerusi boleh lihat di sini, ini Cheras, tengok, nyaris putus. Jadi, saya rasa dalam persempadanan ini ada banyak yang tidak tepat yang harus diperbetulkan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini menegaskan di sini bahawa apa-apa hujah atas sentimen peribadi. Tuan Pengerusi: Ya, cukuplah. Tuan Kerk Kim Hock: Saya tidak ada masalah dengan Ketua Menteri Melaka. Kadang-kadang saya jumpa dia, kita bincang juga di tengah jalan. Tuan Pengerusi: Tidak bersangkut dengan Jawatankuasa ini, Yang Berhormat. Tuan Kerk Kim Hock: Tadi sudah bagi peluang untuk berucap. Tuan Pengerusi: Ya, ya. Tuan Kerk Kim Hock: Tuan Pengerusi, yang mustahak ialah apa sahaja yang hendak dilakukan, lakukan dengan cara yang baik. Kita sanggup lawan. Menang atau kalah, lain perkara. Tuan Pengerusi: Ya. Tuan Kerk Kim Hock: Akhirnya, Tuan Pengerusi, selepas perbahasan pada 8 April tahun ini, bila Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ditanya oleh pemberita berkenaan projek workout yang telah dilakukan oleh pembangkang, di sini ada The New Straits Times yang telah memetik komen beliau…. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, tidak bersangkut dengan Jawatankuasa itu. Tuan Kerk Kim Hock: Akhirnya, Tuan Pengerusi, beliau berkata…. Tuan Pengerusi: Cukuplah. DR.24.6.2003 95

Tuan Kerk Kim Hock: … “If you don’t like the proposed constituencies, ….. don’t confess”. Ini bukan jawapan yang boleh kita terima. Akhirnya, Tuan Pengerusi, di Melaka walaupun saya kata tidak adil kepada Kota Melaka tetapi saya akan lawan dan satu isu yang kita akan timbulkan ialah Ketua Menteri Melaka mengisytiharkan Lim Kit Siang sebagai ‘kafir harbi’. Tuan Pengerusi: Cukuplah Yang Berhormat. Tuan Kerk Kim Hock: Ini kita akan gunakan. Tuan Pengerusi: Tidak bersangkut pun dengan Jawatankuasa. Ya, Kemaman. Selepas itu, cukuplah. Cukuplah, cukuplah. Kemaman selepas itu menteri menjawab. Ya, cukuplah. 6.45 ptg. Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat bagi Dungun atas kesedaran kepentingan rakyat yang mahu hasrat dan suara mereka diketengahkan dalam Dewan yang mulia ini melalui wakil rakyat yang mereka pilih. Rakyat juga berhak mendapat khidmat terbaik daripada wakil rakyat yang mereka pilih. Sebagai contoh, Fasal 2, (xiii) ini iaitu cadangan supaya lapan orang Ahli Parlimen dari Terengganu ditambah menjadi sepuluh. Kalau kita lihat di negeri Terengganu ini ada tiga kawasan Parlimen yang kawasannya lebih daripada 2,500 kilometer persegi iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Ini bermakna kawasan tersebut boleh memuatkan dua buah negeri iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Bayangkan kawasan seluas itu kalau negeri Melaka dan Pulau Pinang ini ada 19 Ahli Parlimen dan 72 Ahli Dewan Undangan Negeri, sedangkan di Kemaman ada satu Ahli Parlimen dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri. Kalau hendak kata kawasan itu penduduknya luar bandar, ia merupakan sebuah bandar perindustrian. Hendak kata penduduknya sedikit, pengundinya 65,000 lebih. Jadi, perkara ini perlu diperbetulkan semula dan tambahan kerusi yang berpatutan diberikan kepada … Tuan Mohamad bin Sabu: [Bangun] Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Sekejap. Tuan Pengerusi: Ya, Tuan Mohamad bin Sabu: Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Sila, sila Yang Berhormat bagi Kuala Kedah. Tuan Mohamad bin Sabu: Yang Berhormat bagi Kemaman, saya tidak berpeluang hendak bercakap, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Ya, ya. Tuan Mohamad bin Sabu: Tuan Pengerusi sudah tidak beri. [Ketawa] Seorang Ahli: Kesian. Tuan Mohamad bin Sabu: Tergamak Tuan Pengerusi buat begitu. Tuan Pengerusi: Ya, ya. [Ketawa] Tuan Mohamad bin Sabu: Tuan Pengerusi, kami bukan tidak mahu menyokong. Cari jalan hendak sokong tetapi masalahnya, Yang Berhormat bagi Kemaman, minta penjelasan, tidak menepati kehendak SPR iaitu yang pertama pindaan dibuat atas penambahan penduduk, sosio-ekonomi dan geografi. Menteri tidak jawab dalam dua sidang ini tentang pindaan yang dibuat. Misalnya, kita ambil contoh, kenapa Alor Setar – 56,000, Baling – 72,000. Kuala Kedah – 73,000, Alor Setar – 56,000. Kuala Kedah – 73,000, Kepong – 60,000. Sosio-ekonomi,

96 DR.24.6.2003 penambahan penduduk dan geografi, out dalam pindaan ini. Ini yang masalahnya. Bukan masalah, Yang Berhormat bagi Kemaman, lagi pula bila tidak tambah dua kerusi Parlimen di Kedah, maka peruntukan RM1 juta setahun tidak dapat kepada rakyat Kedah. Pilihan raya akan datang, Kedah akan diperintah oleh BA. [Ketawa] Jadi, kami akan kurang pendapatan RM1 juta setahun. Jatuh Kedah ini, insya-Allah. [Ketawa]

Tuan Pengerusi: Cukuplah. Tuan Mohamad bin Sabu: Jadi, minta ulasan sedikit. [Ketawa] Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kuala Kedah. Sebenarnya saya tertarik dengan satu rencana yang ditulis dalam majalah Economist yang menyatakan bahawa dalam tajuk rencana tersebut, “The Graining of Malaysia.” Dalam rencana tersebut dinyatakan bahawa tanggungjawab paling utama Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional hari ini ialah untuk menyekat kebangkitan Islam, menguasai negara Malaysia ini. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, tidak bersangkut itu. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Tidak, saya hendak jawab Yang Berhormat bagi Kuala Kedah ini. Tuan Pengerusi: Tidak bersangkut langsung itu. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Jadi, salah satu daripada cara mereka melaksanakan ini ialah melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang tidak menambah kawasan-kawasan yang boleh dimenangi oleh Ahli-ahli Parlimen yang pro kepada agama Islam ini. Sebab itulah cadangan yang dibuat dalam persempadanan semula ini memperbanyakkan kawasan-kawasan yang majoriti ataupun banyak pengundi daripada kalangan bukan Islam kerana mereka bimbang sekiranya kawasan-kawasan yang ramai penduduk Islam, maka wakil-wakil rakyat yang lantang menyuarakan Islam ini akan menang dalam kawasan pilihan raya. Sebab itulah saya percaya bahawa walaupun pada asalnya apabila akhbar-akhbar dan pemimpin-pemimpin UMNO menyatakan jangan percaya kepada Economist tersebut apabila melihat apa yang berlaku dalam Dewan pada hari ini menyatakan bahawa sahlah apa yang dinyatakan dalam majalah tersebut bahawa memang benar Kerajaan Malaysia ini cuba menyekat kebangkitan Islam daripada menguasai negara melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya ini. Tuan Pengerusi: Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Okey, terima kasih. Tuan Pengerusi: Baiklah, menteri menjawab. 6.49 ptg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih serta penghargaan kepada keempat-empat Ahli Parlimen yang telah membahaskan dalam peringkat Jawatankuasa, Yang Berhormat bagi Jeli, Yang Berhormat bagi Tambun, Yang Berhormat bagi Kota Melaka dan Yang Berhormat bagi Kemaman. Oleh kerana hujah-hujah ini, izinkan saya menyatakan circuits iaitu berputar di dalam lubuk yang sama. Saya hanya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Jadual Ketiga Belas, Bahagian I, Peruntukan 2 sehingga 3. Di situ diletakkan semua syarat-syarat. Dan saya telah menyatakan bagi pihak kerajaan iaitu pandangan kita harus dijuruskan kepada alasan-alasan di sini. Tadi telah saya sebutkan, Tuan Pengerusi, iaitu ini bukanlah sesuatu exact signs. Oleh itu, SPR mempunyai beberapa discretion ataupun budi bicara menentukan keafdalan sesuatu perubahan tersebut dan dengan makluman yang am seperti itu, maka pihak kerajaan iaitu semua Ahli-ahli Barisan Nasional, sementara DR.24.6.2003 97 mempunyai sistem Whip dan sebagainya, kami tertakluk kepada nilai berjuang bersama dan Ahli-ahli Barisan Nasional, Ahli-ahli yang ada di Dewan ini tidak akan bersetuju dengan pindaan yang dikemukakan atas alasan-alasan yang telah pun diberikan menerusi edaran Rang Undang-undang DR.14/2003. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat bagi Dungun hendaklah dipersetujukan. Mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 46(5), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang. Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit. [Loceng dibunyikan] Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai penghitung undi, sila ambil tempat masing-masing di hadapan blok Yang Berhormat. Sila undi sekarang. [Dewan berbelah bahagi] [Pengundian dijalankan] Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, inilah keputusannya. Yang bersetuju 34 [Tepuk], yang tidak bersetuju 149. [Tepuk] [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat, sila bertenang, minta bertenang. Ini bermakna lebih dua pertiga undi majoriti yang tidak bersetuju. [Tepuk] Pindaan tidak disetujukan.

YANG BERSETUJU:

34

YANG TIDAK BERSETUJU:

149

YANG TIDAK MENGUNDI:

-Tiada-

[Nama Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengundi seperti di Lampiran ‘B’]

Tuan Pengerusi: Fasal 2 terbuka semula untuk dibahas. [Tiada Perbahasan] Fasal 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula.

98 DR.24.6.2003

Bacaan Kali Yang Ketiga

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Tuan Yang di-Pertua: Ya minta sokongan. Menteri Luar Negeri [Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar]: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan oleh sebab Peruntukan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2003 ini memerlukan sokongan daripada bacaan kali yang ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan ini. Maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(5) saya memerintahkan supaya satu Belah Bahagian diadakan sekarang. [Loceng dibunyikan] [Dewan berbelah bahagi] Tuan Yang di-Pertua: Ya, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai penghitung undi sila ambil tempat masing-masing di depan blok. Sila undikan sekarang. [Pengundian dijalankan] Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, inilah keputusannya. Ahli-ahli yang bersetuju 149 [Tepuk] Yang tidak bersetuju 34 [Tepuk] Yang Berhormat, Yang Berhormat minta bertenang sedikit. Ini bermakna lebih dua pertiga majoriti yang bersetuju [Tepuk] YANG BERSETUJU 149 YANG TIDAK BERSETUJU: 34 YANG TIDAK MENGUNDI - tiada - [Nama Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengundi seperti di Lampiran ‘C’] Rang Undang-undang ini dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat mengikut usul kita tadi yang mengatakan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diselesaikan Rang Undang-undang Perlembagaan 2003 dan selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan pada esok hari. Jadi bermaknalah kita tidak payah, tidak boleh mengadakan Ucapan Penangguhan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi esok. Dewan ditangguhkan pada pukul 7.08 malam.

DR.24.6.2003 99