Fungsi Dan Ritual Yang Berkaitan Dengan Tarzan Sumazau Kaum Dusun, Di Sabah
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
FUNGSI DAN RITUAL YANG BERKAITAN DENGAN TARZAN SUMAZAU KAUM DUSUN, DI SABAH Miliana Binti Kagus Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2011 Ousat Khidmat Maklumat. tikadrmik LI/ UiYIVCRSfTIMALAYSIA SAItAWAK P. KHIDMOT MOKLUMAT AKADEMIK UNIMAS IIIIIIIIININIpII1000273101 FUNGSI DAN RITUAL YANG BERKAITAN DENGAN TARIAN SUMAZAU KAUM DUSUN, DI SABAH MILIANA BINTI KAGUS Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2011 UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FUNGSI DAN RITUAL YANG BERKAITAN DENGAN TARIAN SUMAZAU KAUM DUSUN, DI SABAH. SESI PENGAJIAN: 2008 / 2011 Saya MILIANA BINTI KAGUS mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maldumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan Membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Maklumat Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis im sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. ** sila tandakan ( ) SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh Q ý 0 ý (TANDA ANGANAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Pejabat Pos Tamparuli Peti Surat 453 89257 Tamparuli, Sabah. Tarikh: 20 Mei 2011 Tarikh: 20 Mei 2011 Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda **Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD i Projek bertajuk "Fungsi dan Ritual yang Berkaitan dengan Tarian Sumazau Kaum Dusun, di Sabah" telah disediakan oleh Miliana Binti Kagus dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Diterima untuk diperiksa oleh: Pn. Rahah Binti Hasan Penyelia Tarikh: ZQ ý i r ii PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan, kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah saya menyiapkan Projek Tahun Akhir ini dengan baik. Kerja Projek Tahun Akhir ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibubapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan semangat serta sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memberikan saya kewangan sepanjang menyiapkan Projek Tahun Akhir ini. Tidak lupa juga saya ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pensyarah Universiti Malaysia Sarawak terutamanya Pn. Rahah Binti Hasan selaku Penyelia Projek Tahun Akhir saya yang terlalu banyak membantu dan membimbing saya sepanjang proses menyiapkan Projek Tahun Akhir ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, tidak mungkin saya dapat menjayakan Projek Tahun Akhir ini dengan baik. Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan disamping idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea dalam usaha menyiapkan Projek Tahun Akhir ini. Sekali lagi, jutaan penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam pembikinan kerja Projek Tahun Akhir ini. Semoga Tuhan memberkati dan memberikan ganjaran yang besar kepada semua yang sentiasa membantu antara satu sama lain. iii Ous aýt/ýK*ýyýidmat7 Mraklumat Akademik ý1 N(J ) 73'; y ýüýA V1ýiRA! ý. d. TJ ^1i: Lý`iilbý! . 'tfýº,. ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Pengesahan i-ii Penghargaan Kandungan iv - vi Senarai Gambar vii Senarai Jadual vii Abstrak Vlll Abstract ix BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang / Sejarah 1.1.1 Sejarah Negeri Sabah 1 1.1.2 Latar Belakang Kaum Dusun 9 1.1.3 Latar Belakang Tarian Sumazau 17 1.2 Definisi 18 1.2.1 Tari 19 1.2.2 Ritual 20 1.2.3 Adat 21 1.3 Permasalahan Kajian 22 1.4 Objektif Kajian 23 1.5 Kepentingan Kajian 24 1.6 Skop Kajian 25 1.7 Hipotesis 26 1.8 Kesimpulan 27 iv BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 2.1 Pengenalan 28 2.2 Kajian Lepas 29 - 66 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 67 3.2 Kaedah Kajian 3.2.1 Kaedah Kualitatif 68 3.2.2 Data Primer 69 3.3.3 Temu Bual 69 - 70 3.3.4 Data Sekunder 71 3.3.5 Populasi 72 3.3.6 Instrumen Kajian 73 3.3.7 Limitasi Kajian 74 3.3.8 Kesimpulan 75 BAB 4 ANALISA DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 76 4.2 Dapatan Kajian 4.2.1 Pergerakan dan Makna di Sebalik Tarian Sumazau 77 - 83 84 90 4.2.2 Fungsi Tarian Sumazau Dalam Masyarakat Dusun - 93 4.2.3 Tempoh masa tarian sumazau dipersembahkan 91 - 4.2.4 Amalan Kepercayaan Animisme Suku Kaum Dusun 94 - 98 4.2.5 Mengapakah masyarakat Dusun pada masa kini kurang mengetahui tentang sejarah 99 - 104 4.2.6 Pandangan responden mengenai upacara ritual yang berkaitan dengan tarian sumazau pada masa kini? 105 - 109 V 4.2.7 Perubahan Terhadap Persembahan Tarian Sumazau. Apakah Pendapat Responden? 4.3 Rumusan BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Kesimpulan Setiap Bab 5.3 Cadangan 5.4 Cadangan kepada pengkaji pada masa akan datang 5.5 Kesimpulan 5.6 Penutup BIBLIOGRAFI LAMPIRAN V1 SENARAI GAMBAR Muka Surat Gambar I Peta Negeri Sabah 5 Gambar 2 Gunung Kinabalu 6 Gambar 3 Pergerakan tangan dihayunkan ke hadapan dan ke belakang serentak dengan enjutan kaki kanan dan kaki kiri 78 Gambar 4 Kedua-dua belah tangan didepakan ke sisi dengan pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawah 80 Gambar 5 Tarian sumazau ditarikan oleh satu pasangan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan 81 Gambar 6 Menunjukkan persembahan tarian sumazau yang ditarikan secara berpasangan antara lelaki dan perempuan 82 SENARAI JADUAL Jadual 1 Soalan umum yang dikemukakan kepada para responden 74 vii ABSTRAK Tesis ini mengkaji fungsi dan ritual yang berkaitan dengan tarian Sumazau kaum Dusun. Kajian ini mengenalpasti kaitan pergerakan dengan ritual tarian Sumazau yang saling melengkapi. Seterusnya, pengkaji akan menganalisa faktor kepercayaan animisme yang berkaitan dengan penyembahan semangat padi oleh kaum Dusun yang merupakan faktor utama wujudnya tarian Sumazau. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor kepercayaan memainkan peranan penting dalam tarian sumazau yang menyebabkan tarian ini dikekalkan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Vlll ABSTRACT This thesis examines the ritual and function which link to the Dustin's Sumazau dance. This study identify the movements of sumazau dance that mutually complementary to the fertility rites ceremony. Furthermore, the researcher will analyze the ritual and believes that relates to rice spirits worship by the Dusun community. The analysis of this study shows that factor such as believes plays an important role in the continuation and practiced of the Sumazau dance which are slowly coming into extinction due to modernization and changing of lifestyles. ix BAB 1 PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG/ SEJARAH 1.1.1 Sejarah Negeri Sabah Sabah adalah negeri kedua terbesar di Malaysia yang terletak di pulau Borneo iaitu pulau ketiga terbesar di dunia. Negeri sabah yang dahulunya dikenali sebagai North Borneo meliputi kawasan seluas 75,133 kilometer persegi. Di sebelah barat, Sabah dipisahkan dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan dengan jarak kira-kira 1,700 kilometer manakala di sebelah utaranya ialah Laut Sulu sementara di bahagian timurnya Laut Sulawesi (Ismail Yusoff, 2004). Negeri Sabah yang juga digelar sebagai "Negeri Di Bawah Bayu", bukan sahaja kaya dengan keindahan warisan semulajadi tetapi juga kaya dengan warisan budaya penduduknya. Contohnya dari segi asal usul, bahasa, tarian, muzik dan pakaian tradisional, serta Perayaan Kaamatan yang disambut setiap tahun pada bulan mei di seluruh bahagian negeri Sabah. Di samping itu, masyarakat di negeri Sabah juga mempunyai pelbagai hasil kraf yang unik dan menarik. Achmad Sopandi Haji Hasan dalam buku penulisan beliau yang bertajuk "warna peribumi etnik sabah: menjejaki warisan yang hilang" mengatakan bahawa, "Negeri sabah yang juga digelar "negeri di bawah bayu" merupakan antara negeri yang terkenal dan kaya dengan kpelbagaian kebudayaan termasuklah kraf tradisionalnya. Penggunaan warna pada kraf tangan tradisional masyarakat Sabah yang berbilang kaum diperolehi daripada bahan 1 pewarna yang "mesra alam" berhubung rapat dengan kehidupan seharian masyarakat di Sabah ketika itu. Perkara itu telah wujud sejak berabad-abad yang lalu, malah dipercayai wujud sejak zaman batu lagi (Achmad Sopandi Haji Hasan, 2002)". Penciptaan kraf yang terdapat di negeri Sabah ini mempunyai pelbagai jenis di samping motif-motif tertentu yang berkait rapat dengan alam sekeliling, kepercayaan dan adat resam masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, masyarakat penduduk Sabah juga menggunakan pelbagai warna yang kebanyakkannya berunsurkan kepada warna alam semulajadi. la disebabkan oleh keadaan kedudukan petempatan masyarakat Sabah pada masa dulu yang dikelilingi oleh alam sekitar yang belum terjejas dengan pelbagai kemajuan dan pembangunan seperti pada masa kini. la turut diakui oleh Achmad Sopandi Haji Hasan, yang mengatakan bahawa "Penggunaan warna tradisional telah lama diamalkan