Geographical Indications Application Guidelines
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Geographical Indications Application Guidelines
Attention: This Form shall be in the national language or the English language. Statutory declaration of the applicant shall be enclosed together with Form GI 1.
1. Applicant Details
1.1Full Name and Address - Names of natural persons shall be specified in full and the names of legal entities shall be indicated by their full official designation. Addresses shall be indicated to satisfy the customary requirements for prompt postal delivery. An applicant or the registered proprietor who does not reside or carry on business in Malaysia shall file Form GI 2 giving an address for service in Malaysia and such address may be treated as the actual address of the person for all purposes connected with the matter of geographical indications.
1.2Nationality - The nationality of an applicant shall be indicated by the name of the country of which he is a national and legal entities shall indicate the name of the country in which the entities are constituted and their registered office.
1.3 Country of Residence - Residence shall be indicated by the name of the state of which a person is a resident. 1.4Capacity of the Applicant
Capacity of the applicant means person who can apply for registration. The following person(s) shall be entitled to file an application for registration of a geographical indication:
(a) a person who is carrying on an activity as a producer in that geographical area and includes a group or groups of such person(s); (b) a competent authority means any government or statutory body carrying out the functions of, on behalf of, or sanctioned by, the Government; and (c) a trade organization or association.
2. Agent
Agent is an appointed representative by the applicant to act on behalf of the applicant in all communications between the registered proprietor of the geographical indication and the Registrar or any other person. An appointed agent shall file Form GI 2 with the Registrar of Geographical Indication.
3. Geographical Indication
Geographical indication refers to the goods and the name of the geographical area of which the producing activities is held. For instance, ‘Sarawak Pepper’ is a geographical indication for peppers which are produced in Sarawak.
4. Geographical Area
Demarcation map of the geographical area shall be enclosed together with Form GI 1 and can be enclosed as separate annexure or in the supplementary box in Form GI 1.
5. Goods
The goods for which the geographical indication is used, for example, Sarawak Pepper in any form (whole, ground, pickled) and all graded pepper, value-added pepper products and pepper-based products.
6. Quality, Reputation or Other Characteristics
Quality, reputation or other characteristics refer to the distinctiveness of the geographical indication products, which are different compared to the same product in the same class from other geographical areas. The geographical indication must have an exclusive and unique characteristic as well as a high standard of quality control that can be exploited in the market and gain good reputation as well as profit.
7. Declaration
a. Form GI 1 purporting to be signed for or on behalf of a partnership shall contain the names of all the partners in full and shall be signed-
i. by all the partners; ii. by the principal acting stating that he signs on behalf of all the partners; or iii. by an agent or any other person who satisfies the Registrar that he is authorized to sign the document. b) Form GI 1 purporting to be signed for or on behalf of a body corporate shall bear the seal of the body and be signed- i. by a director or the secretary or other principal officer of the body corporate; or ii. by an agent or any other person who satisfies the Registrar that he is authorized to sign the document. Panduan mengisi Borang Permohonan (PG 1)
Perhatian: Borang ini hendaklah diisi dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris. Akuan Berkanun oleh pemohon hendaklah disertakan bersama-sama Borang PG 1 ini.
1. Butir-butir Pemohon
1.1 Nama Penuh dan Alamat Pemohon - Nama orang sebenar hendaklah dinyatakan dengan penuh dan nama entiti undang-undang hendaklah ditunjukkan secara gelaran rasmi dengan sepenuhnya. Alamat hendaklah ditunjukkan dalam kehendak kebiasaan untuk penghantaran melalui pos dengan segera. Jika seseorang pemohon atau tuan punya berdaftar tidak tinggal atau menjalankan perniagaan di Malaysia, maka hendaklah memfailkan Borang PG 2 dengan memberikan suatu alamat penyampaian di Malaysia dan alamat itu hendaklah dianggap sebagai alamat sebenar pemohon itu bagi semua maksud yang berkaitan dengan perkara yang berkaitan dengan permohonan petunjuk geografi.
1.2 Kerakyatan - Kerakyatan seseorang pemohon hendaklah ditunjukkan dengan nama negara yang pemohon adalah menjadi rakyat dan entiti undang-undangnya hendaklah menunjukkan nama negara yang entiti itu ditubuhkan dan pejabat berdaftarnya.
1.3 Tempat Bermastautin - Tempat bermastautin hendaklah ditunjukkan dengan nama negara yang seseorang itu adalah pemastautin. 1.4 Kapasiti Pemohon
Kapasiti pemohon adalah bermaksud orang yang layak memohon untuk mendapatkan pendaftaran. Orang yang berikut adalah layak untuk memfailkan permohonan untuk mendaftarkan sesuatu petunjuk geografi:
(a) seseorang yang menjalankan suatu aktiviti sebagai pengeluar dalam kawasan geografi tersebut dan termasuklah suatu kumpulan atau kumpulan-kumpulan orang sedemikian; (b) suatu pihak berkuasa yang berwibawa ertinya badan-badan kerajaan atau badan berkanun yang menjalankan fungsi yang dipunyai oleh, bagi pihak atau yang dibenarkan oleh Kerajaan; atau (c) suatu organisasi atau persatuan perdagangan.
2. Ejen
Ejen adalah wakil yang dilantik oleh pemohon untuk bertindak sebagai wakil kepada pemohon dalam semua komunikasi antara pemohon dan Pendaftar atau mana-mana orang lain. Ejen yang dilantik hendaklah memfailkan Borang PG2 dengan Pendaftar Petunjuk Geografi.
3. Petunjuk Geografi
Petunjuk geografi yang dinyatakan hendaklah merujuk kepada barangan dan nama kawasan geografi di mana aktiviti pengeluaran barangan dijalankan. Sebagai contoh, ‘Sarawak Pepper’ adalah petunjuk geografi untuk lada hitam yang dikeluarkan dari negeri Sarawak.
4. Kawasan Geografi
Peta bagi kawasan geografi tersebut hendaklah dilampirkan bersama borang PG 1 dan boleh dilampirkan sebagai lampiran yang berasingan atau dilampirkan di ruang tambahan yang terdapat di dalam borang PG 1.
5. Barang
Barang yang baginya petunjuk geografi tersebut digunapakai. Contohnya, barang-barang yang menggunakan petunjuk geografi ’Sarawak Pepper’ ini adalah seperti Jeruk Lada Hitam Sarawak, Serbuk Lada Hitam Sarawak dan Lada Hitam Sarawak dalam apa- apa bentuk dan rupa.
6. Kualiti, Reputasi atau Ciri Lain
Kualiti, reputasi dan ciri lain adalah merujuk kepada keistimewaan dan keunikan tersendiri yang dimiliki oleh barangan petunjuk geografi tersebut serta berbeza jika dibandingkan dengan mana- mana barangan yang sama dalam kelasnya dari kawasan geografi lain. Dari segi kualiti, petunjuk geografi tersebut hendaklah mempunyai ciri-ciri yang nyata dan kukuh serta boleh dieksploitasikan di pasaran dengan reputasi yang baik dan membawa keuntungan. 7. Akuan
a) Borang PG 1 yang bertujuan untuk ditandatangani untuk atau bagi pihak sesuatu perkongsian hendaklah mengandungi nama semua pekongsi dengan penuh dan hendaklah ditandatangani-
i. oleh semua pekongsi; ii. oleh pekongsi bertindak utama yang menyatakan dia menandatangani bagi pihak semua pekongsi; atau iii. oleh seorang ejen atau mana-mana orang lain yang memuaskan hati Pendaftar bahawa dia diberi kuasa untuk menandatangani dokumen itu.
b) Borang PG 1 yang bertujuan untuk ditandatangani untuk atau bagi pihak sesuatu pertubuhan perbadanan hendaklah mempunyai meterai perbadanan itu dan ditandatangani-
i. oleh seorang pengarah atau setiausaha atau pegawai utama pertubuhan perbadanan itu; atau ii. oleh seseorang ejen atau mana-mana orang lain yang memuaskan hati Pendaftar bahawa dia diberi kuasa untuk menandatangani dokumen itu.