Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Bil. 46 Rabu 10 Oktober 2012 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2013 (Halaman 28) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) Usul Anggaran Pembangunan 2013 (Halaman 28) DR 10.10.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 10 Oktober 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Haji Salleh Kalbi [Silam] minta Menteri Pelancongan menyatakan, adakah penubuhan Pusat Pelancongan Islam (ITC) benar-benar memenuhi matlamat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pelopor hab pelancongan Islam. Timbalan Menteri Pelancongan [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Silam, Pusat Pelancongan Islam (ITC) telah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat menurut jaminan di bawah Kementerian Pelancongan pada 22 Jun 2009 setelah kerajaan meneliti potensi besar pasaran pelancongan Islam kepada negara. ITC sentiasa memainkan peranan bagi memenuhi matlamat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pelopor hab pelancongan Islam. ITC bertindak sebagai think-tank atau pusat kecemerlangan untuk penyelidikan pelancongan atau market intelligence yang tertumpu kepada negara-negara Islam dan pasaran-pasaran yang berkaitan. Selain itu, ITC juga berperanan untuk menyediakan perkhidmatan pembangunan kapasiti menganjurkan program-program seperti latihan dan kursus jangka pendek, persidangan antarabangsa, seminar dan sebagainya. ITC juga berfungsi untuk membuka peluang pelaburan pelancongan dari negara- negara Islam ke Malaysia dan sebaliknya. ITC komited untuk membantu pihak kerajaan dan swasta dalam sektor pelancongan dengan menerapkan pemahaman berkenaan dengan isu-isu pelancongan di negara-negara Islam khususnya. Dalam usaha memenuhi matlamat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pelopor pelancongan Islam, ITC pada tahun 2009-2010 telah menjalankan dua kajian strategik iaitu expectation pelancong-pelancong Islam ke Malaysia dan kepentingan logo halal kepada pelancong-pelancong Islam ke Malaysia. Rumusan kedua-dua kajian tersebut telah memberi input kepada formulasi dasar pemasaran dan promosi Malaysia di pasaran-pasaran yang berpotensi. ITC kini sedang menjalankan satu lagi kajian untuk mengenal pasti produk-produk pelancongan Islam di wilayah tengah iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka sebelum diikuti dengan wilayah-wilayah lain. Di samping itu, ITC telah menganjurkan beberapa persidangan, seminar dan kursus sebagai DR 10.10.2012 2 inisiatif pembangunan kapasiti dunia Islam yang telah disertai oleh 180 peserta dari 28 buah negara Islam di bawah program MPCP dan JICA. Dengan menganjurkan acara-acara antarabangsa tersebut, ITC telah berjaya mencapai pengiktirafan global sebagai menerajui dalam pembangunan pelancongan Islam di kalangan negara-negara Islam serta berjaya meningkatkan kesedaran dan kecenderungan mereka terhadap pelancongan-pelancongan Islam. Hasilnya, ITC telah diundang oleh Brunei Darussalam dan Republik Uzbekistan untuk membantu mereka dalam pembangunan pelancongan Islam mereka demi kemajuan pelancongan Islam bersama. Selain itu, ITC turut menganjurkan beberapa seminar dan kursus di peringkat kebangsaan yang melibatkan para pengusaha industri pelancongan tempatan serta mengambil bahagian mempromosikan Malaysia sebagai hab pelancongan Islam melalui pameran-pameran dan ekspo-ekspo pelancongan di peringkat antarabangsa. Untuk meningkatkan lagi usaha menjadikan Malaysia sebagai pelopor hab pelancongan Islam, ITC telah menyediakan satu draf blueprint dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Tourism Malaysia, Kementerian Luar Negeri, EPU, JAKIM, Institusi Kemajuan Islam Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa. Blueprint ini mengandungi strategi-strategi bagi pembangunan pelancongan Islam dengan beberapa inisiatif. Di antaranya ialah: 1010 (i) agar ITC menjadi peneraju utama dalam pelancongan Islam di Malaysia; (ii) agar ITC menjadi pusat rujukan utama bagi bidang pelancongan Islam; (iii) membangunkan peraturan-peraturan SOP, kod etika dan kod tatacara bagi industri pelancongan Islam; (iv) membuka peluang inovasi bagi produk dan perkhidmatan sedia ada; dan (v) memastikan menghasilkan produk-produk pelancongan yang baru yang ada nilai tambahan. ITC sentiasa memainkan peranan bagi memenuhi matlamat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pelopor hab pelancongan Islam. Keberkesanan usaha ini dapat dibuktikan dalam pencarian Google. Sememangnya sudah ada di dalam website Google iaitu ITC mendahului organisasi-organisasi yang lain dalam bidang pelancongan Islam. Sekian, terima kasih. Tuan Haji Salleh Kalbi [Silam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberi. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kementerian terutamanya untuk menjadikan negara kita sebagai pusat pelancongan antarabangsa apatah DR 10.10.2012 3 lagi dari segi kedatangan ataupun kehadiran pelancong antarabangsa kita didatangi oleh lebih kurang 24.7 million. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bila kita melihat dari segi perkembangan pelancongan yang berteraskan kepada tumpuan untuk menarik perhatian masyarakat Islam ke negara kita memang tidak dapat dinafikan. Kalau mengikut kajian yang telah dibuat oleh the Global Muslim Lifestyle Travel Market : Landscape and Consumer Needs Study telah meletakkan negara kita sebenarnya berada pada kedudukan pertama di dunia. Saya berharap adakah kementerian berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan produk pelancongan yang berasaskan Islam dan kemudian menekankan kepada untuk menjadikan negara kita ini sebagai hab pelancongan dalam sektor ini perlu diberi perhatian dan sudahkan kementerian menjadikannya sebagai satu jawatankuasa tetap ataupun sekretariat tetap bagi memastikan industri ini akan terus berkembang di masa akan datang. Sebab kita dapati daripada kajian yang telah dibuat oleh badan yang membuat survey daripada negara Amerika Syarikat ini. Apa yang menjadi keutamaan mereka untuk memilih Malaysia sebagai pusat tempat mereka melancong, 67% dibawa, didorong oleh faktor makanan yang bersifat halal. Kemudiannya selain daripada itu juga, dari segi kepelbagaian masyarakat yang berbilang kaum. Saya minta adakah kementerian juga di masa akan datang terutamanya untuk di negeri Sabah. Sebagai contohnya kalau kedatangan awal agama Islam ke Borneo contohnya iaitu bermula di kawasan Parlimen Silam, perancangan sebelum ini saya minta kepada kementerian untuk mewujudkan prasarana... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat... Tuan Haji Salleh Kalbi [Silam]: ...Yang boleh menyebabkan kita akan jadikannya satu pusat yang sebenar-benarnya akan menjadi kekuatan, niche kepada perkembangan pelancongan di negara kita selain daripada kita menumpu kepada program-program di sekitar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat... Tuan Haji Salleh Kalbi [Silam]: Mohon jawapan. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat daripada Silam atas beberapa pertanyaan itu tadi iaitu pertanyaan tambahan. Pertamanya, ITC. ITC adalah satu syarikat, ditubuhkan di bawah perundangan Kementerian Pelancongan. Apabila ia ditubuhkan, maka Lembaga ITC memang wujud. Ini adalah penting kerana ITC sendiri adalah sekretariat tetap yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi. Selain daripada itu yang saya telah sebut ialah lembaga ITC yang membuat dasar, strategi, pelan induk dan sebagainya. Oleh itu kajian sentiasa dibuat oleh ITC di mana-mana sahaja. Sekarang ITC sedang membuat kajian yang saya telah sebut tadi di Kuala Lumpur, Melaka dan sebagainya, Wilayah Tengah. Selepas itu, di semua wilayah termasuk di Sabah Yang Berhormat telah bertanya tadi. DR 10.10.2012 4 Jika kajian-kajian seperti itu untuk membuat blueprint sudah tamat nanti maka kita akan membuat perancangan pembangunan produk-produk Islam dan destinasi-destinasi pelancongan Islam di negara supaya lebih ramai lagi pelancong-pelancong daripada negara- negara Islam bukan hanya daripada Timur Tengah sahaja, Indonesia juga dianggapkan negara Islam. Negara China pun lebih banyak yang beragama Islam daripada negara kita. Jadi, kita sentiasa membuat promosi sebegitu. Itulah sebabnya yang selain daripada itu, kita mewujudkan pejabat-pejabat Tourism Malaysia di banyak tempat di negara Islam supaya pejabat ini sentiasa mempromosi produk-produk yang berbentuk Islam ke negara-negara tersebut dan lebih ramai lagi mereka akan datang ke negara kita. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun ini setiap negara Islam yang disenaraikan daripada bulan Januari hingga Jun, pertambahan kehadiran pelancong-pelancong daripada negara Islam adalah di antara 12.2% hingga 33.2%. Kita lihat itu lebih ramai lagi mereka datang ke negara kita. Pada bulan Jun daripada Saudi Arabia, 112% bertambah kalau dibandingkan dengan tahun yang lepas, bulan Jun juga, Januari hingga Jun tahun lepas dan Januari hingga Jun tahun ini. Ini menunjukkan keberkesanan apa yang dibuat oleh ITC untuk mempromosi negara kita sebagai destinasi pelancongan berbentuk Islam. Terima kasih. Tuan Mohamed Azmin Ali [Gombak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu soalan 18 minit. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, saya nampak itu Yang Berhormat, 18 minit. Tuan Mohamed Azmin Ali [Gombak]: Yang Berhormat