Blueprint Pelan Transformasi Pembangunan Keusahawanan Negeri Perlis 2016 – 2020
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Pelan Strategi Keusahawanan Negeri Perlis BLUEPRINT PELAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN NEGERI PERLIS 2016 – 2020 DISEDIAKAN UNTUK: Dengan Kerjasama: Pelan Strategi Keusahawanan Negeri Perlis PENGHARGAAN Pertamanya, setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya Blueprint Pelan Transformasi Pembangunan Keusahawanan Negeri Perlis telah berjaya disiapkan. Terlebih dahulu kami merakamkan sekalung penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan Ahmad Bakri @ Ahmad Zakri bin Dato‟ Ali, Exco Keusahawanan Perlis di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk berganding bahu membangunkan blueprint secara bersama di antara penyelidik- penyelidik UUM. Seterusnya jutaan terima kasih ditujukan kepada Pegawai-pegawai UPEN dan seluruh kakitangan yang terlibat. Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan juga didedikasikan kepada setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membangunkan blueprint ini. Sumbangan dan pandangan daripada semua yang terlibat di dalam menghuraikan isu-isu dan juga hubungan yang wujud berkaitan Blueprint Pelan Transformasi Pembangunan Keusahawanan Negeri Perlis telah memainkan peranan penting dalam menyiapkan blueprint ini. Nama Penyelidik: Prof Madya Dr. Abdul Rahim Othman (Ketua) Ahli: 1. Prof Dr. Rushami Zien Yusoff 6. Dr. Awanis Ku Ishak 2. Prof Madya Dr. Nor Hasni Osman 7. Dr. Rahimi Abidin 3. Prof Madya Dr. Chandrakantan a/l Subramaniam 8. Dr. Norsiah Hami 4. Dr. Norashidah Hashim 9. Dr. Armanurah Mohamad 5. Dr. Kamarul Irwan Abdul Rahim 10. En. Azhar Ahmad Pembantu Penyelidik: 1. Darwinah Mohd Darwin Lim 2. Syahidahtul Nabilah Bahuridin I Pelan Strategi Keusahawanan Negeri Perlis KATA ALUAN YAB MENTERI BESAR PERLIS Salam Perlis, Salam Sejahtera, NegaraKu Malaysia “Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju” Terima kasih dan tahniah kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM), selaku penyelidik, dan seluruh jabatan/agensi keusahawanan negeri Perlis yang telah bertungkus lumus menyiapkan Pelan Transformasi Pembangunan Keusahawanan Negeri Perlis 2020. Melalui Pelan Transformasi ini, lima Teras Strategik (TS) telah dibentuk: (a) TS1 - Pemerkasaan Institusi Keusahawanan Perlis (IKP); (b) TS2 - Penyelidikan, Pembangunan & Inovasi; (c) TS3 -Kolaborasi Strategik; (d) TS4 - Penjenamaan Semula IKP; dan (e) TS5 - Penjanaan Kekayaan dan mengandungi 42 inisiatif, 115 program/projek dan 521 Key Performance Indicator (KPI) sehingga tahun 2020. Saya mengharapkan lima TS ini akan berjaya merealisasikan tindakan ke arah mencapai misi Menyemarakkan Sumbangan Ekonomi Melalui Inovasi dan Pembangunan Yang Lestari dan seterusnya mencapai visi Ekosistem Keusahawanan yang Berautonomi, Inovatif dan Dinamik, dan seterusnya mentransformasikan program keusahawanan negeri Perlis secara keseluruhan. Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri agar pelan transformasi ini mampu melahirkan usahawan yang memiliki minda kelas pertama, mempunyai kepelbagaian kemahiran inovatif yang membolehkan mereka bersaing sama ada di peringkat nasional, mahupun antarabangsa, dan kreatif dalam kaedah pemasaran untuk melonjakkan pasaran produk masing-masing. Usahawan yang berdaya saing akan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negeri, khususnya melalui pertumbuhan tahunan KDNK, peningkatan bilangan usahawan serta peningkatan peluang-peluang pekerjaan yang baru. Semoga Perlis terus maju dan makmur. Sekian, wassalam. DATO’ SERI AZLAN MAN MENTERI BESAR PERLIS II Pelan Strategi Keusahawanan Negeri Perlis KATA ALUAN YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pertama sekali marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah memberi keizinan kepada kita semua untuk merancang dan menyiapkan Pelan Transformasi Pembangunan Keusahawanan (PTPK) Negeri Perlis. Penghasilan pelan ini akan menjadi rujukan kepada jabatan agensi serta usahawan dalam merancang dan melaksanakan program dan aktiviti serta bantuan latihan keusahawanan sehingga tahun 2020. PTKP merupakan pelan yang dirangka untuk membantu usahawan negeri Perlis dalam meningkatkan dan menjana ekonomi seterusnya menyumbang kepada transformasi ekonomi negeri Perlis. Antara inisiatif utama yang difokuskan adalah enam (6) Program Berimpak Tinggi High Impact Programme (HIP) ke arah mencapai matlamat Pelan ini. HIP merupakan pemacu perubahan yang bakal menghasilkan kelainan dan membawa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke peringkat pembangunan seterusnya, dan 14 inisiatif dikelompokkan ke dalam empat (4) bidang bertema, iaitu mewujudkan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan PKS, mengumpul sumber dan berkongsi perkhidmatan, mengurangkan asimetri maklumat, dan membina kapasiti dan keupayaan. Pelan yang digarap secara jelas dan komprehensif ini diharap mampu untuk memberi input berguna kepada usahawan khususnya agar mampu melahirkan modal insan yang lebih baik. Pelan ini diharap mampu memacu perkembangan daya usaha dan inovasi dalam menghasilkan usahawan yang lebih kompetitif dan dinamik. Akhir kata, saya memohon kerjasama semua pihak agar bersama-sama membulatkan tekad dan bersatu hati bagi melaksanakan PTPK ini. Syabas dan tahniah. Sekian. YB Ahmad Zamri Bin Khairuddin III Pelan Strategi Keusahawanan Negeri Perlis KATA ALUAN YANG BERHORMAT EXCO KEUSAHAWANAN NEGERI PERLIS Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) selaku penyelidik dan seluruh jabatan/agensi keusahawanan Negeri Perlis yang telah menyiapkan Pelan Transformasi Pembangunan Keusahawanan Negeri Perlis 2020. Di dalam memakmurkan dan melestarikan ekonomi negeri Perlis, inovasi keusahawanan ke atas penawaran sedia ada perlu dilipatgandakan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran, mewujudkan kepelbagaian yang lebih tinggi dan memposisikan kelainan yang lebih unik. Semestinya transformasi sebegini akan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Negeri menjelang tahun 2020. InsyaAllah dengan adanya Pelan Transformasi Pembangunan Keusahawanan Negeri Perlis 2020 ini, hasrat Kerajaan Negeri untuk mentransformasikan dan memperkasakan sektor keusahawanan dapat direalisasikan dengan jayanya. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana telah bertungkus lumus menyiapkan pelan keusahawanan ini dan saya doakan pelan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi pembangunan keusahawanan di Negeri Perlis pada masa hadapan. Sekian. YB Ahmad Bakri Bin Dato’ Ali IV Pelan Strategi Keusahawanan Negeri Perlis KATA ALUAN YANG BERBAHAGIA TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN PEMBANGUNAN / PENGARAH UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI PERLIS Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pertama sekali marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah memberi keizinan kepada kita semua untuk merancang dan menyiapkan Pelan Transformasi Pembangunan Keusahawanan Negeri Perlis. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam merangka pelan ini. Sebanyak Lima (5) Teras Strategik yang merangkumi 14 strategi telah dikenal pasti sebagai landasan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan selari dengan hala tuju Institusi Keusahawanan Perlis (IKP). Teras Strategik dan Inisiatif yang telah dirancang ini dapat membantu dalam merealisasikan Pelan Transformasi Pembangunan Keusahawanan Negeri Perlis bagi menjadikan Perlis sebuah negeri bandar raya dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030. Di samping teras strategik dan inisiatif yang telah dinyatakan di dalam pelan ini, jalinan kerjasama sangat penting dalam membangunkan dan memantapkan usahawan di Perlis. Kerjasama yang terjalin akan membantu usahawan untuk terus maju dan lebih kreatif dan berinovasi di masa hadapan. Oleh itu, adalah penting bagi usahawan untuk membina jalinan kerjasama dengan semua pihak sama ada dengan mereka yang berurusan secara langsung atau tidak dengan para usahawan. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam pembangunan Pelan ini. Saya juga berharap agar usaha ini akan menyumbang kepada komitmen semua untuk menghasilkan usahawan yang berkualiti serta memberi sumbangan kepada ekonomi, kesejahteraan masyarakat dan negara. Sekian. Encik Izamael Zamzuri Bin Ismail V Pelan Strategi Keusahawanan Negeri Perlis RINGKASAN EKSEKUTIF Perlis adalah sebuah negeri yang berada di lokasi strategik di Utara Semenanjung Malaysia. Negeri yang memiliki populasi sebanyak 245,000 orang penduduk ini merupakan negeri sempadan yang menjadi transit utama penyemarakan hubungan antara komuniti sekitar sempadan Malaysia dan Thailand. Pelan Transformasi Keusahawanan Negeri Perlis dibangunkan sebagai garis panduan di dalam usaha melonjakkan keusahawanan Perlis ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang telah diketengahkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11). Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti misi, visi, strategik dan elemen penting dalam pembangunan keusahawanan Perlis bagi perancangan jangka panjang sektor keusahawanan. Seterusnya, membentuk dan merangka strategi-strategi pembangunan yang constructive bagi pembangunan keusahawanan yang merentasi sektor ekonomi agar Perlis mampu menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030. Kedudukan Perlis yang strategik memberi kelebihan kepada