BELANJAWAN 2019 Hakcipta Terpelihara
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
1. Tajuk : TINJAUAN EKONOMI BELANJAWAN ISSN 2637-0158 I SSN 2637 - 0158 9 7 7 2 6 3 7 0 1 5 0 0 9 BELANJAWAN 2. Tajuk : TINJAUAN FISKAL DAN ANGGARAN HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN=FISCAL OUTLOOK AND FEDERAL GOVERNMENT REVENUE ESTIMATES ISSN 2637-0166 I SSN 2637 - 0166 9 7 7 2 6 3 7 0 1 6 0 0 6 3. Tajuk : UCAPAN BELANJAWAN ISSN 2637-0182 I SSN 26 37 - 0182 9 7 7 2 6 3 7 0 1 8 0 0 0 4. Tajuk : BUDGET SPEECH ISSN 2637-0190 I SSN 2637 - 0190 COVER UCAPAN BELANJAWAN.indd 1,3 03/11/2018 7:02 PM 9 7 7 2 6 3 7 0 1 9 0 0 7 Kementerian Kewangan Malaysia BELANJAWAN 2019 Hakcipta Terpelihara Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada: Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, Aras 10, Blok Tengah, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya Faks: 03-88823786 E-mel: [email protected] Ucapan Bajet diterbitkan setiap tahun dan dikeluarkan pada hari pembentangan Bajet Tahunan. Edisi 2019 diterbitkan pada 2 November 2018. Naskhah jualan boleh diperoleh daripada: Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur. Tel.: 03-92366888/92366894 Faks: 03-92011008/92224773 E-mel: [email protected] Naskhah ini juga boleh dimuat turun di: www.treasury.gov.my Kulit luar direkabentuk oleh Bahagian Fiskal dan Ekonomi DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR, 2018 www.printnasional.com.my email: [email protected] Tel.: 03-92366894 Faks: 03-92224773 ii BELANJAWAN 2019 Kandungan Muka Surat PENDAHULUAN 2 PRESTASI DAN CABARAN EKONOMI 2 FOKUS BELANJAWAN 2019 5 FOKUS PERTAMA : MELAKSANAKAN REFORMASI 5 INSTITUSI - Strategi 1 : Memperkukuh Pengurusan Fiskal 6 - Strategi 2 : Menstruktur Semula dan Merasionalisasi 6 Hutang Kerajaan - Strategi 3 : Meningkat Hasil Kerajaan 10 FOKUS KEDUA : MEMASTIKAN KESEJAHTERAAN 16 RAKYAT - Strategi 4 : Menjamin Kebajikan dan Kualiti Hidup 16 - Strategi 5 : Meningkat Peluang Pekerjaan dan 19 Kebolehpasaran - Strategi 6 : Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan 21 Kesihatan dan Perlindungan Kebajikan Sosial - Strategi 7 : Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna 24 - Strategi 8 : Pendidikan bagi Masa Hadapan Yang 28 Lebih Baik FOKUS KETIGA : MEMUPUK BUDAYA NEGARA 32 KEUSAHAWANAN - Strategi 9 : Mencetuskan Kuasa Ekonomi Baharu 32 - Strategi 10 : Merebut Peluang dalam Menghadapi 36 Cabaran Global - Strategi 11 : Mendefinisi Semula Peranan Kerajaan 42 dalam Perniagaan - Strategi 12 : Memastikan Pertumbuhan Ekonomi 43 Yang Saksama dan Mampan PENUTUP 46 LAMPIRAN 51 BELANJAWAN 2019 iii YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia ...“Malaysia umpama Harimau Asia yang selama ini tidur lena, sekarang bangkit mengaum semula.”... iv BELANJAWAN 2019 YB Tuan Lim Guan Eng Menteri Kewangan Malaysia “Pada hari yang bersejarah ini, saya akan membentangkan Belanjawan 2019, iaitu belanjawan julung kali di bawah Kerajaan Pakatan Harapan.” BELANJAWAN 2019 v EKONOMI NEGARA 2019 PADA HARGA MALAR 2010 EKSPORT PERKHIDMATAN 6.6% PENGGUNAAN SWASTA 34.7% EKSPORT PERMINTAAN BARANGAN RM2,079,086 36.1% juta PELABURAN SWASTA1 10.8% PENGGUNAAN AWAM 7.6% PELABURAN AWAM1 4.2% PERTANIAN 4.8% PERLOMBONGAN 4.8% IMPORT PERKHIDMATAN 7.8% PEMBUATAN 14.5% IMPORT PENAWARAN BARANGAN 30.1% RM2,079,086 PEMBINAAN juta 2.9% PERKHIDMATAN 35.1% 1 Termasuk perubahan stok. Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia. vi BELANJAWAN 2019 BELANJAWAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2019 DARI MANA DATANGNYA PINJAMAN DAN PENGGUNAAN ASET KERAJAAN 16.8% CUKAI CUKAI TIDAK PENDAPATAN LANGSUNG 40.3% 13.1% RM314,5501 juta HASIL BUKAN CUKAI LANGSUNG LAIN CUKAI 2.6% 27.2% KE MANA DIBELANJAKAN KESELAMATAN PENTADBIRAN AM PERBELANJAAN 2.3% PEMBANGUNAN SOSIAL 1.0% 4.8% EKONOMI 9.3% EMOLUMEN 26.1% RM314,5502 juta LAIN-LAIN 18.9% BAYARAN KHIDMAT HUTANG 10.5% SUBSIDI DAN BANTUAN SOSIAL PERBELANJAAN 7.1% PERKHIDMATAN PEMBERIAN DAN MENGURUS BAYARAN DAN BEKALAN SERAHAN KEPADA 9.2% KERAJAAN NEGERI PERSARAAN 2.4% 8.4% 1 Terdiri daripada hasil, pinjaman dan penggunaan aset Kerajaan. 2 Tidak termasuk simpanan luar jangka. Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia. BELANJAWAN 2019 vii UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2019 OLEH YB TUAN LIM GUAN ENG MENTERI KEWANGAN KETIKA MEMBENTANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2019) DI DEWAN RAKYAT PADA JUMAAT, 2 NOVEMBER 2018 BERSAMAAN 24 HARIBULAN SAFAR 1440 HIJRAH “MALAYSIA WIBAWA, EKONOMI DINAMIK, RAKYAT SEJAHTERA” Tuan Yang Dipertua, 1. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2019 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua. BELANJAWAN 2019 1 PENDAHULUAN 2. Salam Sejahtera, Salam Harapan dan Salam Sayangi Malaysiaku diucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat di pihak Kerajaan mahupun Pembangkang, Tuan-tuan dan Puan-puan serta seluruh rakyat Malaysia. Sesungguhnya, kami merasa sangat bertuah kerana diberikan kepercayaan, sokongan dan peluang untuk Kerajaan Pakatan Harapan mencorak semula pengurusan negara ke arah yang lebih maju, berdaya saing dan penuh ketelusan. 3. Pada hari yang bersejarah ini, saya akan membentangkan Belanjawan 2019, iaitu belanjawan julung kali di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia yang telah menunjukkan keberanian dan rasa kasih sayang kepada tanahair yang tercinta dengan menyelamatkan negara daripada sebuah Kerajaan kleptokrasi global dan menggantikan pentadbiran tersebut dengan satu Kerajaan baharu yang bersih dan demokratik. Kita semua rakyat Malaysia telah melakar sejarah selepas 61 tahun dengan memilih Kerajaan baharu yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang paling berusia di dunia, malahan seorang negarawan yang paling disanjungi di dunia. PRESTASI DAN CABARAN EKONOMI Tuan Yang Dipertua, 4. Kerajaan baharu telah mewarisi kedudukan kewangan yang membimbangkan. Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu. Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP). 5. Paras hutang RM1 trilion ini disebabkan oleh skandal kewangan yang bertopengkan sebagai pelaburan, dan hutang mega sebagai projek mega. Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir 2 BELANJAWAN 2019 RM7 bilion sehingga 30 April 2018. Selain itu, Kerajaan juga mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB ini. Kerajaan juga mengenalpasti wujudnya kontrak berat sebelah seperti projek Trans Sabah Gas Pipeline dan Multi-Product Pipeline yang kosnya berjumlah RM9.6 bilion namun RM8.3 bilion telah dibayar walaupun hanya kurang daripada 10% kerja pembinaan telah disiapkan. Projek mega seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pula akan melibatkan kos sehingga RM81 bilion, selain puluhan bilion ringgit lagi akibat kerugian kos operasi. 6. Seterusnya, Akauntan Negara Malaysia telah mengesahkan kenyataan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bahawa hasil kutipan cukai telah terlebih lapor kerana tidak membayar balik GST dan cukai pendapatan bagi beberapa tahun. Sehingga 31 Mei 2018, jumlah tunggakan bayaran balik adalah RM35.4 bilion, di mana tunggakan GST adalah sebanyak RM19.4 bilion sementara tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM16 bilion. Bayaran balik ini adalah kepunyaan pembayar cukai dan telah disalahgunakan tanpa kebenaran dan pengetahuan. Tidak seperti hutang 1MDB dan skandal kewangan lain yang mana boleh dibayar dalam tempoh yang lebih panjang, Kerajaan mempunyai tanggungjawab moral untuk memulangkan kesemua tunggakan bayaran balik cukai kepada individu, syarikat dan rakyat Malaysia dalam tahun 2019. 7. Inilah harga tinggi yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akibat kleptokrasi global. Bagi memulihkan semula kedudukan fiskal, YAB Perdana Menteri telah meminta rakyat Malaysia untuk bersama melaksanakan pengorbanan demi negara. Oleh itu, di samping bertekad ke arah melaksanakan konsolidasi fiskal, Kerajaan akan mengimbangi keutamaan pembangunan ekonomi untuk menambah baik kesejahteraan sosioekonomi rakyat. Tuan Yang Dipertua, 8. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan anggaran pertumbuhan global daripada 3.9% kepada 3.7% pada 2018. Tahun depan, pertumbuhan dunia dijangka kekal pada 3.7%. Unjuran pertumbuhan perdagangan dunia pula telah diturunkan daripada 4.8% kepada 4.2% untuk tahun 2018 dan 4% pada 2019. BELANJAWAN 2019 3 9. Perang perdagangan yang berpotensi menjadi lebih besar antara negara Amerika Syarikat dan China serta dasar monetari AS yang ketat telahpun menyebabkan aliran modal keluar secara besar-besaran dari pasaran baharu muncul kembali masuk ke AS. Negara yang mempunyai defisit berkembar iaitu defisit akaun semasa dan defisit fiskal adalah yang paling terjejas. Nilai matawang Peso Argentina telah menyusut 48.7% pada tahun ini berbanding Dolar Amerika setakat 31 Oktober 2018. Lira Turki dan Rupiah Indonesia telah masing-masing menyusut 32.1% dan 11.3%. 10. Sebagai