PERKEMBANGAN DAN PENGLIBATAN POLITIK ANAK MUDA MALAYSIA PASCA 1998: TUMPUAN UNIVERSITI BANGSAR UTAMA (UBU)

oleh

MOHD HARISZUAN BIN JAHARUDIN

Tesis yang diserahkan untuk Memenuhi keperluan bagi ijazah Sarjana

Disember 2013

PENGHARGAAN

Penghargaan ini saya tujukan kepada penyelia saya, Profesor Dr. Francis Loh Kok Wah yang banyak memberi bimbingan dalam menyiapkan tesis ini. Banyak yang telah saya belajar daripada beliau dan sesungguhnya ini merupakan satu penghormatan buat diri saya untuk diberi kesempatan dibimbing oleh seorang sarjana yang dikagumi ramai ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada Dr Soon Chuan Yean yang banyak melapangkan waktu untuk menjadi rakan wacana yang konstruktif dan banyak memberikan cadangan-cadangan munasabah bagi membaiki tesis ini.

Berbanyak-banyak terima kasih juga kepada warga kerja Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM yang banyak membantu memudahkan segala urusan saya selama menyiapkan kajian ini, khasnya kepada Dr Sivamurugan Pandian, En Aziz dan Puan Roslina. Terima kasih juga kepada pusat pengajian ini yang telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Pembantu Siswazah selama dua tahun. Pengalaman mengendalikan tutorial amat bermakna buat saya.

Saya juga amat percaya, kajian ini tidak mungkin sempurna tanpa adanya sokongan padu kedua ibu bapa dan keluarga saya yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya. Percaya mereka adalah kekuatan saya. Begitu juga, buat Aisyah Yusop yang penuh sabar dengan ketidaksabaran saya selama ini. Terima kasih kerana menjadi kawan, kekasih dan rakan wacana yang maha penting buat diri ini.

Rakan-rakan juga banyak membantu saya selama dua tahun dalam menyelesaikan tesis ini. Ucapan terima kasih ini saya dedikasikan buat Izzuddin Ramlee, Rozaimin Elias, Akmal Komal, Yaya, Ong Jingcheng, Steven Sim, Shahril (sekadar menyebut beberapa nama tanpa sebarang aturan keutamaan).

Terima kasih sekali lagi pada semua yang tidak sempat dinyatakan di sini.

ii

KANDUNGAN

Halaman Penghargaan iii Kandungan iii Senarai Jadual iii Senarai Rajah vii Singkatan dan Kependekan viii Abstrak x

BAB SATU PENDAHULUAN

1.1 Permasalahan Kajian 1 1.2 Objektif Kajian 3 1.3 Skop Kajian dan Kesignifikanan Kajian 4 1.4 Sorotan Kajian Lepas 7 1.4.1 Penglibatan Kelas Menengah dalam Proses Politik 11 1.4.2 Kelas Menengah Melayu: Gerakan Sosial dan Islamisasi 13 1.4.5 Di Manakah Anak Muda Dalam Gerakan Sosial Di Malaysia? 18 1.4.6 Anak Muda dan Gerakan Kebangsaan 25 1.4.7 Anak Muda dan Gerakan 1960an – 1970-an 29 1.5 Penjelasan Konsep & Definisi 1.5.1 Budaya Politik dan Politik Budaya 31 1.5.2 Definisi Orang Muda 37 1.6 Metodologi Kajian 40 1.7 Pembahagian Bab 43

BAB DUA PENGLIBATAN POLITIK ANAK MUDA: SEBELUM PERANG DUNIA II SEHINGGA AUKU

2.1 Pengenalan 46 2.2 Kaum Muda & al-Imam 47 2.3 Kolej Latihan Sultan Idris (SITC) 49

iii

2.4 Maahad Il- Ehya Assyarif Gunung Semanggul (MIAGUS) 50 2.5 Kesatuan Melayu Muda (KMM) & Partai Kebangsaan Melayu 52 Malaya (PKMM) 2.6 Angkatan Pemuda Insaf (API) 56 2.7 ASAS 50: Anak Muda Berjuang Melalui Sastera 59 2.8 Anak Muda di Universiti 62 2.9 Kesimpulan 67

BAB 3 PEMBANGUNAN EKONOMI DAN TRANSFORMASI MASYARAKAT: KESAN KEPADA ANAK MUDA

3.1 Pengenalan 69 3.2 Perkembangan Ekonomi Malaysia 70 3.3 Implikasi Besar DEB: Keperluan kepada Tenaga Mahir dan Kesannya 80 kepada Anak Muda 3.4 DEB Melahirkan Kelas Menengah 86 3.5 Kesimpulan 89

BAB 4 HALANGAN PENGLIBATAN POLITIK ANAK MUDA DI DALAM DAN DI LUAR KAMPUS (1970AN-1990AN)

4.1 Pengenalan 90 4.2 Perkembangan Pengajian Tinggi dan Kesannya pada Anak Muda 4.2.1 Pertumbuhan Ekonomi dan Pengkoporatan Universiti 91 4.2.2 Mengetatkan Kawalan – Perlaksanaan AUKU 94 4.2.3 Politik Anak Muda di Universiti 101 4.3 Politik Anak Muda di Luar Universiti 4.3.1 Pertubuhan Belia Utama di Malaysia 105 4.3.2 Sikap Mahathir Terhadap Anak Muda 109 4.4 Kesimpulan 117

iv

BAB 5 MASYARAKAT SIVIL, REFORMASI 1998, DAN POLITIK BARU

5.1 Pengenalan 119 5.2 Krisis Ekonomi dan Politik 121 5.3 Gerakan Sivil: Implikasi Pemecatan Anwar? 123 5.4 Media dalam Reformasi 1998 128 5.5 Politik Budaya dalam Reformasi 132 5.6 Kesimpulan 136

BAB 6 UNIVERSITI BANGSAR UTAMA (UBU): PENUBUHAN, ADVOKASI DAN CABARAN

6.1 Pengenalan 138 6.2 Kronologi Penubuhan UBU 139 6.3 Usaha Menstruktur UBU 143 6.4 Khidmat Masyarakat 6.4.1 Kelas Tuisyen untuk Pelajar Sekolah 145 6.4.2 Program Bahasa Inggeris untuk Mahasiswa 147 6.4.3 Program Diskusi Kelompok 148 6.5 Aktiviti dan Advokasi 6.5.1 Nyanyian ‘Lagu Rakyat’ 150 6.5.2 Teater ‘Tok Ampoo’ 152 6.5.3 Teater ‘Gerila’ 154 6.5.4 Siri Forum di UBU 156 6.5.5 Sebaran Pendidikan Politik A-4 157 6.6 Kerjasama dengan NGO Lain 158 6.7 Profil Idelog UBU 6.7.1 Hishamudin Rais 159 6.7.2 Fathi Aris Omar 161 6.8 Kesimpulan 165

v

BAB TUJUH: KESIMPULAN 7.1 Pengenalan 167 7.2 Memahami Kewujudan UBU 169 7.3 UBU daripada Perspektif Politik Budaya 170 7.4 Kesimpulan 176

BIBLIOGRAFI 178 LAMPIRAN APENDIKS 190

SENARAI JADUAL

1.1 Senarai Profesional Berdaftar Mengikut Etnik, 1970-2002 5 (jumlah/ peratus)

1.2 Takrif umum untuk belia/orang muda di Negara Terpilih di 38 Asia Tenggara

1.3 Takrif Belia Mengikut Institusi Rasmi di Filipina 39

3.1 Semenanjung Malaysia: Agihan dan Sasaran Imbangan Guna Tenaga 73 Antara Kaum Mengikut Sektor (Perbandingan Tahun 1970 dengan Tahun 1990)

3.2 Malaysia: Agihan Pendapatan Kumpulan Isi rumah 20% Tertinggi, 75 40% Pertengahan dan 40% Terendah Mengikut Kumpulan Etnik dan Strata, 1970 dan 1987

3.3 Malaysia: Pertumbuhan Tenaga Kerja 1970-2010 (%) 76

3.4 Kadar Urbanisasi (Pembandaran) antara tahun 1970 hingga 2010 (%) 77

3.5 Guna Tenaga berdasarkan Pekerjaan dan Etnik Tahun 1970 & Tahun 79 2000 (%)

3.6 Bilangan Pelajar Peringkat Diploma Dan Ijazah 1970-88 83

3.7 Pekerjaan di Malaysia Mengikut Kategori (%) 87

vi

SENARAI RAJAH

1.1 Peratus Urbanisasi Malaysia Tahun 1980-2010 14

1.2 Mohamed Rahmat memotong rambut Awie, vokalis kumpulan Wings 22

1.3 Mohamed Rahmat memotong rambut Amy, vokalis kumpulan Search 22

5.1 Persembahan Teater Tok Ampoo 153

7.1 Poster Sambutan Hartal pada 2012 173

7.2 Poster Asal Sex & Pistol 174

7.3 Poster Utama Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka 174

vii

SINGKATAN DAN KEPENDEKAN

ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia ABL Anti-British League ADIL Pergerakan Keadilan Rakyat AFPFL Anti-Fascist People's Freedom League ALIRAN Aliran Kesedaran Negara AMCJA All-Malaya Council of Joint Action ANFREL Asian Network For Free and Fair Elections APA Aktivis Pro Aktiv API Angkatan Pemuda Insaf ASAS 50 Angkatan Sasterawan 50 AUKU Akta Universiti dan Kolej Universiti AWAM All Women’s Action Society BERSIH Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil BN Barisan Nasional BRIMAS Borneo Research Institute Malaysia CAP Consumer Association of Penang CCM Council of Churches Malaysia DAP Democratic Action Party DEB Dasar Ekonomi Baru DEMA Malaysian Youth and Students Democratic Movement ESSM Enviromental Protection Society of Malaysia FRU Federal Reserve Unit (Pasukan Simpanan Persekutuan) GAGASAN Gagasan Demokrasi Rakyat GERAK Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia GMI Gerakan Mansuhkan I.S.A GMLN Gerakan Mahasiswa Lantang Negara GMMI Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA GPMS Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung HAKAM Persatuan Hak Asasi Malaysia IKD Institut Kajian Dasar IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia IPDC Indigenous People’s Development Centre IPT Institusi Pengajian Tinggi IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam ISA Internal Security Act 1960 JERIT Jaringan Rakyat Tertindas JIM Jemaah Islah Malaysia JKKK Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung JKMI Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I JSPB-Johor Bharu Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar - Johor Bharu JUST Just World Trust KDN Kementerian Dalam Negeri KMM Kesatuan Melayu Muda KSJT Komuniti Seni Jalan Telawi MARA Majlis Amanah Rakyat MCA Malaysian Chinese Association

viii

MCKK Malay College Kuala Kangsar MIAGUS Maahad Il- Ehya Assyarif Gunung Semanggul MIC Malaysian Indian Congress MPAJA Malayan Peoples' Anti-Japanese Army NEAC National Economic Action Council NGO Non Govermental Organization NSTP New Straits Times Press O.S.A 1972 Official Secrets Acts 1972 PAS Parti Islam Semalaysia PBMUM Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya PETA Pembela Tanah Air PKM Parti Komunis Malaya PKPIM Persekutuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKR Parti Keadilan Rakyat PLKN Program Latihan Khidmat Negara PMI Persatuan Mahasiswa Islam PMIUM Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya PMUM Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya PRM Parti Rakyat Malaysia PUTERA Pusat Tenaga Rakyat RIDA Rural & Industrial Development Authority RTM Radio Televisyen Malaysia SAM Sahabat Alam Malaysia SAR Sekolah Agama Rakyat SDS Students for a Democratic Society SIS Sisters In Islam SITC Sultan Idris Training College SPM Sijil Pelajaran Malaysia STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STTM Solidaritas Timor Timur Malaysia SUARAM Suara Rakyat Malaysia SUHAKAM Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia UBU Universiti Bangsar Utama UDA Urban Development Authority UMNO United Malay Nation Organization WAC Women Agenda For Change WAO Women Aid Organization WWFM World Wildlife Fund Malaysia YMBA Young Men’s Buddhist Association

ix

PERKEMBANGAN DAN PENGLIBATAN POLITIK ANAK MUDA MALAYSIA PASCA REFORMASI 1998: TUMPUAN UNIVERSITI BANGSAR UTAMA (UBU)

ABSTRAK

Tesis ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan penglibatan politik anak muda

Malaysia semenjak pra-kemerdekaan sehingga pasca Reformasi 1998 dengan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan Universiti Bangsar Utama (UBU).

Bahagian awal kajian ini akan menunjukkan bahawa anak muda secara konsisten terlibat secara aktif dalam politik di negara ini – baik yang formal, mahupun tidak.

Tesis ini kemudiannya membahaskan bahawa terdapat kemerosotan penglibatan anak muda pada dekad-dekad tertentu kerana kekangan daripada pemerintah dan juga kondisi sosio-politik ketika itu. Namun kemerosotan ini tidak mematikan penglibatan politik anak muda, malah penglibatan anak muda dalam politik mula mengambil bentuk-bentuk yang berbeza. Maka kajian ini kemudiannya menawarkan Universiti

Bangsar Utama (UBU) sebagai salah satu bentuk penglibatan anak muda. Tesis ini juga membahaskan bahawa UBU merupakan reaksi terhadap situasi politik dan sosio-ekonomi negara pada masa itu.

Metodologi kajian ini mengunakan kaedah kajian perpustakaan, temubual dan pemerhatian ikut serta (participatory observation). Data kajian ini dianalisis secara kualitatif. Pendekatan kajian bersifat deskriptif dan intepretasi kritikal, terutamanya terhadap politik budaya (cultural politics) anak muda.

x

DEVELOPMENT AND PARTICIPATION OF THE YOUTH IN MALAYSIAN POLITICS POST-REFORMASI 1998: FOCUS UNIVERSITY BANGSAR UTAMA (UBU)

ABSTRACT

This thesis aims to study the development of the political involvement of youth since the pre-independence Malaysia until the post-reform 1998 with special focus on the

University Bangsar Utama (Ubu). The initial part of this study will show that youth consistently actively involved in politics in this country - whether formal, or not.

This thesis then argues that there is a decline of the involvement youth in particular decades because of government constraints and socio-political conditions of the time.

However, this decline does not turn off youth's political participation; even youth involvement in politics began to take different forms. Thus, this research, then offer

University Bangsar Utama (UBU) as a form of youth participation. This thesis also argues that UBU is a reaction to the political and socio-economic development at the time.

The methodology of this study using the method of literature review, interviews and participatory observation. The data were analyzed qualitatively.

Descriptive research approach and critical interpretation, especially the cultural politics of the youth.

xi

BAB SATU PENDAHULUAN

1.1 Permasalahan Kajian

Sejak tahun 1998, suatu kawasan di Bangsar Utama telah menjadi tempat bagi aktivis orang muda, khasnya mahasiswa dari pelbagai kampus di Lembah Kelang duduk berkumpul dan membincangkan isu semasa dalam politik, sosial, budaya serta melihat bagaimana mereka boleh menyumbang dan berpartisipasi aktif dalam proses

Reformasi yang sedang meluas wacananya saat itu. Bermula hanya daripada perbincangan, kemudiannya berkembang menjadi pelaksanaan cita-cita, akhirnya kumpulan ini memutuskan untuk menyewa ruangan di Bangsar Utama pada Mei

2000 sebagai asas dan pusat operasi untuk merancang dan menerapkan semua program-program kebudayaan dan kemasyarakatan. Ruang itu dinamakan sebagai

‘Universiti Bangsar Utama’ dan kisahnya bermula seawal pra-Reformasi 1998 lagi.

Universiti Bangsar Utama sebagaimana namanya merupakan protes dalam kalangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada kawalan terhadap ruang demokrasi di Malaysia. Walau bagaimanapun, UBU pada awalnya bermula sebagai kumpulan seni yang lebih tertumpu pada teater dan filem. Namun, ketika itu nama

UBU belum lagi ada, kelompok belia/ mahasiswa ini hanya dikenali sebagai ‘budak- budak Hisham’1 (Hisham’s boys) sahaja. Mereka ini datang daripada beberapa universiti utama sekitar Lembah Kelang seperti Universiti Malaya (UM) dan

1 Hishamuddin Rais (juga dikenali dengan nama Isham) dilahirkan pada 3 Februari, 1951 di Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam pengajian Sejarah Asia Tenggara pada tahun 1971. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada tahun 1974. Hisham aktif memperjuangkan isu-isu rakyat dalam arus kebangkitan pelajar 1970an. Dianggap sebagai ikon mahasiswa tahun 1970-an. Bagi huraian selanjutnya rujuk Bab 6. 1

Universiti Putra Malaysia (UPM). Mereka ini rata-ratanya meminati bidang teater dan bergiat aktif dalam bidang ini di universiti masing-masing di bawah persatuan dan kelab universiti. Namun, mereka kemudiannya mencari Hisham. Hal ini kerana

Hishamudin Rais ketika itu masih lagi dilihat sebagai ikon mahasiswa.

Mulai saat itu, bermulalah aktivisma budaya Universiti Bangsar Utama yang terkenal dengan pementasan teater ‘Tok Ampoo’2. Kumpulan anak muda Melayu kota ini aktif berpartisipasi dalam banyak acara-acara politik termasuk ketika kempen pilihan raya. Namun mereka bukan ahli mana-mana parti meskipun sangat jelas, mereka sangat kritikal terhadap pemerintahan Barisan Nasional (BN). Selain itu, kumpulan ini juga aktif menggerakkan kerja-kerja sosial seperti menyediakan kelas tambahan kepada anak miskin kota, memberi makanan percuma kepada gelandangan (homeless) dan lain-lain. Sungguh pun kumpulan ini umumnya terdiri daripada kaum Melayu, namun mereka secara amnya tidak bersifat perkauman – setidaknya mereka mengakui menolak sentimen perkauman. Buktinya dapat dilihat melalui kempen-kempen anti-rasisme yang dianjurkan dan penglibatan mereka dalam acara-acara yang rentas kaum seperti forum berkenaan etnik, raja dan agama.

Mereka relatifnya bersifat terbuka untuk membincangkan isu yang didakwa oleh kerajaan sebagai ‘sensitif’ dan tidak wajar dipersoalkan.

Anekdot di atas merupakan gejala (trend) yang berlaku dalam kalangan anak muda Melayu kota di Kuala Lumpur. Malah, UBU mungkin hanya sebahagian kecil daripada kumpulan ini. Justeru, kajian ini berminat untuk menjawab beberapa permasalahan berikut:

2 Bagi perincian rujuk Bab 6

2

 Bagaimanakah kumpulan orang muda ini muncul?

 Apakah kondisi sosio-politik yang melatari kemunculan kelompok ini?

 Apakah kemunculan mereka ini merupakan sebahagian daripada pola

perkembangan politik budaya anak muda Melayu kota kini, atau hanya satu

anomaly?

 Apakah aktiviti kumpulan anak muda Melayu kota yang banyak dipersepsikan

sebagai ‘deviant’ ini merupakan sebagaian daripada bentuk penyertaan politik

(political participation)?

1.2 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menganalisa perkembangan budaya politik anak muda, khasnya Melayu kota pasca-Reformasi 1998. Kajian ini berminat untuk mengkaji sama ada perubahan budaya politik anak muda Melayu kota ini mempunyai hubungan langsung dengan perkembangan kelas menengah Melayu yang terhasil melalui dasar-dasar kerajaan yang pro-Melayu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB)

1971-1990. Objektif kajian ini akan dibahagikan kepada tiga:

 Mengkaji perkembangan budaya politik kelas menengah Melayu selepas Dasar

Ekonomi Baru (DEB) sehingga kini. Tumpuan akan diberikan kepada faktor-

faktor yang mempengaruhi pola perkembangan budaya politik kelompok ini

seperti pertumbuhan ekonomi, dasar pendidikan, dasar afirmatif, dan sikap

kerajaan terhadap demokrasi.

3

 Kajian ini juga akan meneliti sejauh manakah perkembangan kelas menengah

Melayu ini mempengaruhi budaya politik anak muda Melayu kota.

 Kajian ini juga akan menjawab sejauh mana perkembangan budaya politik anak

muda Melayu kota ini memberi kesan terhadap perkembangan politik baru di

Malaysia.

1.3 Skop Kajian dan Kesignifikanan Kajian

Sejak tahun 1957 sehingga kini, ekonomi negara telah berkembang dengan pesat.

Tambahan pula, perkembangan rancak globalisasi pada akhir abad ke-20, khasnya tahun 1980-an dan 1990-an, ditambah dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat telah membawa perubahan besar bukan sahaja terhadap struktur ekonomi – guna tenaga

(workforce) – tetapi juga mengubah masyarakat – demografi dan status sosial. Sejak merdeka, kecuali beberapa tahun tertentu, ekonomi Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang pesat dengan kadar inflasi yang terkawal. Ekonomi negara tumbuh pada kadar purata 5.7 peratus setahun antara tahun 1956 hingga tahun 1970.

Ekonomi Malaysia terus berkembang dengan rancak pada kadar 6.7 peratus setahun, dalam tempoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), antara tahun 1971-1990.

Pendapatan per kapita negara melonjak lebih dua kali ganda daripada RM1937

(1970) kepada RM4268 (1990)3, dengan pertambahan penduduk pada kadar 2.5 peratus setahun. Pertumbuhan negara yang pesat ini dapat menurunkan kadar pengangguran negara ke paras 6.0 peratus pada tahun 1990 (Ishak Shari 2008).

3 Semua nilai mengikut harga tetap tahun 1978 (Ishak Shari 2008) 4

Perubahan ekonomi ini telah memberi kesan yang besar kepada masyarakat

Malaysia. Kelas menengah di Malaysia telah mengalami perubahan yang besar, baik daripada segi saiz, komposisi, isu dan permasalahannya. Kajian berkenaan peranan negara dalam membentuk kelas menengah ini telah banyak disentuh, contohnya oleh

Abdul Rahman Embong (1995, 1996, 1998, 2002) dan Kahn (1992, 1996a, 1996b).

Kajian-kajian ini sangat luas cakupannya, termasuk (1) kemunculan kelas mengah lama (old middle class) ketika pertengahan 1960an, (2) kemunculan mereka dinilai daripada aspek pendapatan dalam kajian projek pembukaan tanah rancangan oleh kerajaan pada awal 1980an, (3) kemunculan mereka semasa krisis perlembagaan

1983-84 (4) dan kajian ‘kelas menengah baru’ sebagai kumpulan pendesak baru dalam kajian berkenaan kemunculan NGO (Torii 2003).

Jadual 1.1 : Senarai Profesional Berdaftar Mengikut Etnik, 1970-2002 (jumlah/ peratus)

Sumber: Jomo (2004)

5

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1, berlaku pertambahan yang besar dalam kalangan profesional4 Melayu yang merupakan kelas menengah, meskipun terdapat pengurangan tahun 1997 dan tahun 1999 akibat kegawatan ekonomi.

Perkembangan kelas menengah ini telah meningkatkan kesedaran hak sivil di

Malaysia yang ditandai dengan kemunculan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Malah keputusan pilihan raya tahun 1999 merupakan manifestasi daripada kebangkitan sivil yang ketara. Masyarakat mula menimbulkan persoalan hak asasi, good governance, kepentingan ketelusan dalam pengagihan sumber awam, hak dan tanggungjawab sivil, pemeliharaan alam sekitar dan kepekaan terhadap persoalan gender serta bersikap lebih kritis terhadap amalan rasuah (Nidzam Sulaiman &

Bilcher Bala 2002: 28-59; Saravanamuttu 2001: 113-116).

Rentetan daripada kajian sedia ada, kajian ini berminat untuk menumpukan perhatian kepada kelompok anak muda Melayu kota, khasnya di Kuala Lumpur.

Disebabkan kekangan masa dan ruang, kajian ini akan hanya difokus kepada komuniti budaya Universiti Bangsar Utama (UBU) – juga dikenali sebagai

“Universiti Bukan Universiti” – kerana komposisi komuniti ini terdiri daripada anak muda Melayu, umumnya pelajar universiti dari sekitar Lembah Klang. Berdasarkan cerapan awal, komuniti budaya ini, merupakan yang pertama seumpamanya dalam kalangan anak muda Melayu kota yang tumbuh selepas Reformasi. UBU juga kemudiannya mempunyai kaitan secara langsung mahupun tidak dengan kemunculan beberapa kelompok aktivis anak muda Melayu lain di sekitar Lembah Kelang. Maka, sebagai ‘embrio’ kepada beberapa kelompok aktivis anak muda Melayu kota, UBU wajar untuk diberikan perhatian yang selayaknya. Lalu, kajian ini secara umumnya,

4Jomo menyenaraikan arkitek, akauntan, jurutera, doktor gigi, doktor perubatan, pakar bedah verterina, juru ukur dan peguam sebagai profesional. Semua data yang beliau gunakan datangnya daripada Laporan Kerajaan Malaysia semenjak tahun 1976 hingga tahun 2003 (Jomo 2004) 6 diharap dapat menyumbang kepada kajian perkembangan kelas menengah Melayu sedia ada dengan tumpuan kepada anak muda Melayu kota pasca Reformasi sehingga kini. Di samping menyumbang kepada kajian mengenai Reformasi dan literature berkenaan konsep ‘politik baru’.

Hipotesis awal kajian ini adalah untuk menunjukkan bahawa kelas menengah

Melayu kota semakin rencam (diverse) dan terpencar (fragmented) dari segi budaya dan orientasi politik. Analisa klasik berkenaan kelas dan kaum semata-mata tidak mampu untuk menjelaskan masa depan politik Malaysia terutamanya budaya politik anak muda kelas menengah Melayu kota. Justeru, di samping menyumbang kepada wacana masyarakat sivil di Malaysia, kajian ini diharap dapat memberi cara pandang baru untuk melihat budaya politik anak muda kelas menengah Melayu kota.

1.4 Sorotan Kajian Lepas

Lewat 1980-an hingga awal 1990-an, demokrasi mula berkembang di Asia Timur dan Asia Tenggara, bermula di Filipina kemudian Taiwan, Korea Selatan dan

Thailand. Dalam keempat-empat buah negara ini, kelas menengah menggerakkan kebangkitan rakyat, menuntut kedaulatan undang-undang (rule of law) dan proses pendemokrasian. Di Thailand, Korea Selatan, dan Taiwan menyaksikan anak muda khususnya mahasiswa, berada di barisan hadapan dalam perjuangan demokrasi.

Bagaimanapun di Malaysia, Singapura dan Indonesia pemimpin autoritarian masih kekal berkuasa dengan selesa (Abdul Rahman Embong 2001; Gomez 2004).

7

Evolusi struktur kelas moden dan pembentukan kelas menengah di Malaysia bukanlah fenomena yang terbentuk secara tiba-tiba, tetapi terbentuk perlahan-lahan sepanjang satu abad terakhir, dengan perubahan paling dramatik sejak tahun 1970-an

– melalui pembangunan kapitalis dan penyusunan semula masyarakat Malaysia, yang dirancang dan dilaksanakan oleh developmentalist state yang kuat. Sebelum tahun

1970-an, majoriti kelas menengah terdiri daripada satu kaum sahaja iaitu kaum Cina, manakala dalam kalangan kaum Melayu, kelas menengah mereka terdiri daripada sekelompok kecil pentadbir (Abdul Rahman Embong 2001).

Asas ekonomi generasi pertama kelas menengah yang belum kukuh menyebabkan agenda utamanya adalah mengukuhkan kedudukan ekonomi keluarga bagi memastikan anak-anak mereka dapat mengekalkan status sosial. Sikap ini menjadikan mereka secara ideologinya konservatif dan menjadi penyokong status quo yang kuat kerana manfaat yang diperoleh. Namun, sikap ini tidaklah statik, krisis ekonomi dan Reformasi telah menukar orientasi sebahagian daripada kelompok ini menjadi kritikal terhadap kerajaan (Abdul Rahman Embong 2001: 88-92). Menurut

Rustam Sani (2000) dan Loh (2002), gerakan sosial yang diakibatkan oleh Reformasi tahun 1998 itu bukanlah sekadar berpunca daripada saga Anwar semata, malah

Anwar bukanlah faktor utama. Perkembangan pesat ekonomi Malaysia sejak 1970- an hingga pertengahan 1990-an telah mewujudkan kedinamikan baru dalam kalangan rakyat Malaysia. Berlakunya dualisme yang disifatkan Rustam Sani sebagai ‘budaya mewah yang palsu’. Jelasnya, perkembangan ekonomi Malaysia yang bertunjangkan liberalisma dan deregulasi sekatan pasaran, penswastaan dan modal asing itu tidak diimbangi dengan kebebasan ruang awam malah peranan pelbagai institusi sosial

8 dalam sistem demokrasi yang tulen – seperti media, kehakiman, polis – terus dibatasi5 (Rustam Sani 2000: 116 – 123).

Crouch (1996) Abdul Rahman (2000c, 2000d, 2000e), Kahn (1996) menegaskan bahawa proses industrialisasi dan dasar pro-Bumiputra telah memperlihatkan pertumbuhan kelas menengah yang begitu pesat di Malaysia. Kelas ini telah berkembang daripada hanya 4.0 peratus pada tahun 1957 kepada 7.7 peratus pada tahun 1980, 11.2 peratus pada 1990, dan 15.3 peratus pada tahun 2000 (Abdul

Rahman Embong 2000). Data ini diperolehi daripada statistik rasmi laporan guna tenaga negara berdasarkan sektor pekerjaan, dan Abdul Rahman Embong umpamanya mengkategorikan ‘profesional & teknikal’, ‘pentadbiran & pengurusan’,

‘pengkeranian’, ‘jualan’, dan ‘perkhidmatan’ sebagai kelas menengah baru, sementara, separuh daripada ‘jualan’ dan ‘perkhidmatan’ sebagai kelas menengah lama, manakala, pekerja sektor ‘pembuatan’ sebagai kelas pekerja (Abdul Rahman

Embong 1995: 37-38).

Secara teorinya, perkembangan kelas menengah yang lebih besar ini seharusnya membantu mewujudkan masyarakat sivil yang lebih kuat dan rentas etnik. Meskipun pembangunan yang rancak pada dekad 1970-an hingga 1990-an berjaya mewujudkan kelas menengah baru dalam struktur masyarakat Malaysia, hasil daripada pengamalan DEB, umumnya kelas menengah Melayu terdiri daripada kakitangan kerajaan (seperti yang diperlihatkan melalui Jadual 3). Birokrat Melayu ini telah terserap dalam struktur kekuasaan negara yang menuntut kepatuhan kepada arahan yang rigid. Kelas menengah yang dibangunkan berdasarkan bantuan ekonomi

5 Malaysia dilabel sebagai quasi-demokrasi (Zakaria 1989), negara autoritarian (Tan 1990), semi- demokrasi (Case 1993, 2004), statist-demokrasi (Jesudason 1995), pseudo-demokrasi (Case 2001), kompetitif autoritarian (Levitsky dan Way 2002), illiberal demokrasi (Weiss 2006) dan lain-lain lagi.

Bagi perbincangan lanjut rujuk Weiss, Meredith L (2006). Protest And Possibilities, Civil Society And Coalitions for Political Change in Malaysia. Stanford University Press. California. 9 dan penswastaan juga menghasilkan kelas menengah yang gagal mandiri

(independent) dan bergantung bantuan kerajaan. Di bawah dasar penswastaan, sejumlah besar kapitalis Bumiputera dan bukan Bumiputera telah berkembang dengan mendapat naungan dan projek kurnia daripada pemerintah. Andaian asasnya, elit yang dibantu ini akan membantu pula untuk mencairkan kekayaan tersebut kepada kelas menengah dan rendah melalui regulasi ekonomi. Namun, oleh sebab terdapatnya unsur-unsur ketirisan dan kronisme maka regulasi itu tidak berlaku dan hanya berjaya melahirkan cukong-cukong pasaran semata. Kebergantungan ini juga

tidak memungkinkan birokrat yang berada di kelas menengah untuk menjadi kritikal terhadap kekuasaan malah makin mewujudkan hubungan partonis yang kuat (Abdul

Rahman 2000).

Budaya politik kelas menengah ini sememangnya sukar untuk diperjelaskan dengan tuntas. Terdapat suatu kontradiksi antara sikap politik pada tahun 1960-an dan 1970-an – tebal dengan feudalisme berbanding budaya politik pada tahun 1990an yang menurutnya lebih membawa politik yang berbaur nilai sejagat (Rustam 2004:

34). Crouch (1984) dan Kahn (1996) juga mengatakan kelompok ini tidak mempunyai arah politik yang jelas, tetapi Saravanamuttu (1987, 1992) pula berpendapat sebaliknya. Sementara itu, Abdul Rahman Embong (1998) dan Loh

(2000) lebih berminat untuk memeriksa budaya politik kelompok ini melangkaui hubungan mereka dengan parti politik.

Namun begitu, Saravanamuttu (2001: 103-105) menyimpulkan setidaknya terdapat dua pandangan asas mengenai kelas menengah di Malaysia, “(1) menyokong status quo kerana kebergantungan mereka secara ekonomi dengan kerajaan.

Keterikatan mereka dengan gaya hidup mewah melalui kemajuan ekonomi yang pesat menyebabkan persoalan pendemokrasian menjadi soal sampingan. Tambahan

10 pula, kelas menengah ini terpisah mengikut kaum yang menyebabkan sukar untuk mereka menemukan kesepakatan pandangan politik. (2) Pandangan kedua pula, melihat kelas menengah ini aktif menjuarai pelbagai isu. Sungguh pun kelas ini agak terpencar, mereka menunjukkan kesedaran nilai universal – demokrasi, hak asasi manusia, alam sekitar – yang melintasi sempadan kaum”.

Fenomena ini menawarkan wacana alternatif kepada perspektif ethnic-centric mahupun class-centric. Malah, ini membawa kepada hujah kelas menengah sebagai aktor politik di Malaysia telah membentuk praxis multi-etnik dan multi-kelas yang merangsang masyarakat sivil untuk menentang pemantauan berlebihan negara, dominasi dan tekanan terhadap warga (Saravanamuttu 1992). Namun, sebagai reaksi kepada pandangan ini, Kahn (1996b) mencadangkan tidak terdapat sekelompok kelas menengah tunggal yang semuanya berjuang untuk agenda demokrasi di Malaysia, malah terdapat banyak ‘kelas-kelas menengah’ (middle classes) dengan pelbagai kepentingan politik.

1.4.1 Penglibatan Kelas Menengah dalam Proses Politik

Sejak 1980an, budaya politik Malaysia menghadapi pergelutan (contestation) antara amalan politik etnitisme, developmentalisme dan demokrasi partisipasi.

Perkembangan ini lebih menonjol ketika Reformasi dan Pilihan Raya Umum 1999 dan diistilahkan oleh Loh sebagai ‘politik baru’ (2000). Sehubungan itu, Loh (2009) menerangkan bahawa terdapat penglibatan beberapa gerakan politik di ruang tidak formal (non-formal participatory politics) yang dapat dikesan perkembangannya seawal tahun 1980an lagi. Fenomena ini menurutnya adalah berlawanan dengan 11 procedural democracy yang menjadi amalan politik di Malaysia – dicirikan dengan birokrasi eksekutif, judisiari, legislatif, proses pilihan raya dan parti politik. Beberapa

NGO kelas menengah berusaha mempromosikan wacana baru dan amalan demokrasi partisipatori. Tujuannya bukan hanya untuk menyemak dan mengimbangi perjalanan pilihan raya dan amalan procedural democracy lainnya malah jauh daripada itu cuba mewujudkan ruang awam yang autonomus. Beberapa NGO kelas menengah ini mewakili pelbagai kelompok masyarakat dengan kepentingan masing-masing.

Seperti kumpulan wanita: AWAM, Sisters In Islam, Woman’s Aid Organization bersama NGO lainnya pada pertengahan tahun 1990an –– berjaya mempengaruhi pembuatan dasar dan beberapa pindaan terhadap undang-undang yang mendiskriminasi wanita. Begitu juga kumpulan hak asasi seperti Suaram, Hakam dan

Aliran juga bergelut menentang ISA dan lain undang-undang yang menzalimi hak asasi melalui seminar, petisyen, nasihat perundangan dan kadangkala melalui demonstrasi. Kumpulan alam sekitar seperti Environmental Protection Society

Malaysia, Sahabat Alam Malaysia, Malayan Nature Society dan Gabungan anti-

Empangan Bakun antara yang memperjuangkan alam sekitar dengan sebahagian kesnya berjaya. Selain itu, terdapat juga NGO yang memperjuangkan isu gaji minima, peneroka bandar, dan perumahan selesa di samping kumpulan NGO pengguna yang mendidik rakyat mengenai hak sebagai pengguna melalui kempen, bengkel dan terbitan. Antara NGO yang terlibat itu adalah Pusat Pembangunan

Komuniti, Pusat Komunikasi Rakyat dan Jaringan rakyat Tertindas (JERIT).

Manakala kumpulan seperti JUST dan Third World Network terfokus akan isu globalisasi dan ketidakadilan dalam sistem antrabangsa (Loh 2009; 42-44).

Sunggupun demikian, “gerakan sosial yang didukung oleh NGO ini mengalami tekanan besar apabila kerajaan melancarkan Operasi Lalang pada tahun

12

1987. Seramai 106 orang yang terdiri daripada pemimpin NGO dan parti pembangkang, kesatuan sekerja, ahli akademik, aktivis sosial gereja, dan malahan penduduk kampung ditahan di bawah ISA. Kesannya, momentum ke arah

‘participatory democracy’, ‘pembangunan alternatif’, ‘kedaulatan undang-undang’,

‘akauntabiliti’ dan ‘keadilan’ terhenti. Walau bagaimanapun, pada penghujung

1990-an penglibatan politik tidak formal ini muncul kembali ditandakan dengan dua krisis utama ketika itu; krisis kewangan 1997 dan pemecatan .

Tuntutan penyokong Anwar yang bersifat multietnik dengan pantas berubah daripada hanya tertumpu pada diri Anwar kepada isu seperti ‘keluhuran undang-undang’, demokrasi partisipitori, dan ‘keadilan untuk semua” (Loh 2009; 45-47).

Pada sisi lainnya pula, politik Malaysia tidak seluruhnya berubah secara total menuju kepada politik yang bersifat participatory. Kelas menengah di Malaysia berdepan dengan developmentalisme6 yang membawa bersamanya konsumerisme, ditambah pula dengan faham etnisiti yang menyukarkan perkembangan wacana rentas etnik/ agama di Malaysia.

1.4.2 Kelas Menengah Melayu: Gerakan Sosial dan Islamisasi

Sebagai ditunjukkan dalam Rajah 1.1 di bawah, Malaysia mengalami pertumbuhan urbanisasi yang pesat semenjak tahun 1980an berikutan migrasi penduduk ke kota- kota utama di Malaysia. Urbanisasi dan pemodenan yang sangat cepat ini memberi impak yang besar kepada struktur sosial masyarakat. Pembukaan kawasan

6 Developmentalism pada amnya merupakan wacana atau budaya politik baru hasil pembangunan ekonomi yang mendadak, dan secara khususnya merujuk kepada kemajuan material dan peningkatan keselesaan hidup seharian. Pembangunan ini digunakan oleh pemerintah (state) sebagai keutamaan (priority) berbandingan dengan nilai demokrasi. Bagi perbincangan lanjut rujuk (Loh 2000, 2002,2003, 2009). 13 perindustrian baru seperti Seberang Prai, Mak Mandin, Sg Wang, Batu Tiga dan

Pasir Gudang telah menukar wajah kampung menjadi bandar baru. Bandar-bandar satelit mula tumbuh bagi memenuhi keperluan yang tidak lagi tertampung oleh bandar-bandar utama. Contohnya, Petaling Jaya yang merupakan bandar satelit kepada Kuala Lumpur sangat penting untuk menyediakan perumahan bagi penduduk

Lembah Kelang yang bertambah dengan pesat.

Rajah1.1 : Peratus Urbanisasi Malaysia Tahun 1980-2010

Sumber: Jabatan Perangkaan Negara 2012

Mekanisma kawalan sosial yang wujud dalam masyarakat desa sudah tidak ada lagi dalam struktur masyarakat kota. Identiti etnik khasnya masyarakat Melayu desa sukar untuk dipertahankan dengan adanya urbanisasi yang datang bersama konsumerisme. Tambahan pula, wujud dikotomi etnik yang sangat jelas dan diperkukuhkan melalui DEB – Melayu dan bukan Melayu – yang menyebabkan identiti etnik menjadi sangat penting. Setiap kaum harus mengukuhkan identiti mereka. Bagi masyarakat Melayu, Islam merupakan identiti yang paling jelas bagi mengikat identiti Melayu kerana Melayu dalam konteks sejarah dan Perlembagaan

Malaysia amat terkait dengan Islam (Naquib al-Attas: 1990). Ditambah pula dengan suasana politik antarabangsa saat itu – gerakan Islam pertama yang berjaya dalam

14 sejarah moden, Revolusi Iran 1979 – menyemarakkan lagi ‘kebangkitan Islam’.

Wacana mengenai perlunya masyarakat Melayu untuk kembali kepada ajaran Islam mula muncul, dan pastinya dalam pendekatan, intepretasi dan amalan yang berbeza- beza (Chandra Muzaffar: 1988).

Harus diperhalusi juga bahawa wacana Malaysia juga diwarnai dengan wacana Islamisasi antara PAS, UMNO dan badan-badan dakwah lain. PAS yang merupakan parti politik dengan ideologi Islam kekal berperanan besar dalam sistem demokrasi di negara ini. Syariah dalam wacana gerakan politik Islam dikemukan sebagai undang-undang Islam, walaupun hakikatnya syariah tidak hanya tertakluk kepada ruang perundangan semata (Haris 2007: 353).7 Wacana Islamisasi ini juga mendapat respon daripada UMNO. Melalui agenda Islamisasi maka terbinanya

Universiti Islam Antarabangsa (UIA), perbankan Islam dan penekanan unsur Islam dalam institusi pendidikan primer dan sekunder negara; usaha ini sebagai persaingan untuk memenangi wacana Islamisasi di Malaysia. Perkara ini dikritik oleh PAS dengan mendakwanya sebagai bersifat luaran semata (Haris 2007: 354).

Berbeza dengan Pas yang menggunakan pendekatan politik kepartian,

Jammah Tabligh pula menumpukan masjid-masjid sebagai medan gerakan sosial mereka. Umumnya, pendekatan Islam yang mereka bawa bersifat konservatif dan sangat terhad kepada peringkat individu – persoalan iman, hukum fardu ain, solat dan lain-lain ibadah. Mereka seolah-olah cuba menjauhkan diri daripada politik (Ann

Wan Seng 2005:9).

7 Wacana seumpama ini, yang cenderung tertakluk kepada zaman terdahulu – zaman awal perkembangan Islam – menghalang perkembangan intelektual Muslim dan daripada satu sudut meminggirkan mereka daripada arus perdana sistem demokrasi selain pilihan raya. Syariah dikemukakan dalam keadaan seolah-olah terpisah daripada realiti dunia kini dan golongan intelektual agama (ulama’) dilihat sukar merungkai persoalan kini kecuali daripada perspektif hukum Islam mereka. Malah sering pula mereka ini merujuk pandangan imam-imam mazhab klasik yang bersifat legalistik tertakluk kepada ruang dan masa keadaan sosial ketika itu (Ziauddin Sardar: 2003; 64-65). 15

Selain itu, Al-Arqam juga merupakan peserta gerakan Islam semenjak 1970- an sehingga awal 1990-an yang wajib dihormati. Sungguhpun terdapat banyak kritik terhadap faham Islam yang dibawakan oleh kelompok ini, mereka harus diakui sebagai antara gerakan sosial paling tersusun dan kukuh pada zamannya. Malah sehingga kini, tidak ada gerakan sosial yang mampu untuk sampai ke tahap Al-

Arqam – bukan sahaja berjaya membina komuniti sendiri di Sungai Pencala, malah membangunkan banyak syarikat perniagaan, membuka sekolah persendirian, dan menerbitkan puluhan buku. Al-Arqam percaya kepada perlunya keseimbangan antara tuntutan dunia dan rohani, maka Al-Arqam tidak pernah meminggirkan ekonomi

(Syukri Salleh 1992: 176). Namun, pengaruhnya merosot dengan teruk mulai tahun

1994 apabila Al-Arqam diharamkan kerana dituduh sebagai menyebarkan ajaran sesat.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pula berpendirian gerakan Islam tidak akan berkembang jika masyarakat Islam tidak melibatkan diri dalam proses politik. ABIM8 percaya pendidikan merupakan jalan utama untuk memajukan masyarakat Islam (Siddiq Fadil 1992:15). Pada tahun 1974, ABIM telah memilih

Anwar Ibrahim sebagai Presiden kedua. Sepanjang era kepimpinan beliau, ABIM muncul sebagai sebuah gerakan Islam yang berpengaruh di peringkat nasional.

ABIM banyak mengambil jalur pemikiran Islam seperti Hassan Al-Bana, Sayyid

Qutb, dan Maududi. Anwar Ibrahim kemudiannya menyertai UMNO dan memainkan peranan penting dalam proses Islamisasi. Melalui pendekatan Anwar ini ramai

8 ABIM ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Pertubuhan 1966. Manakala pada tahun 2009, setelah pihak kerajaan membuat semakan terhadap dasar belia negara, ABIM telah didaftarkan penubuhannya di bawah Akta Pertubuhan-pertubuhan Belia 2007. Era awal pergerakannya dicorakkan oleh usaha bagi memperteguh idealisme dan cita-cita perjuangan. Pelbagai kegiatan direncanakan bagi menjelaskan identiti ABIM sebagai sebuah pertubuhan belia dan gerakan Islam yang berteraskan prinsip dakwah dan tarbiyyah sebagai teras utama gerakannya.

16 kelompok elit berpendidikan Islam dan anggota gerakan Islam tertarik dengan karisma beliau. Hubungan ini amat besar manfaatnya terhadap kedudukan politik

Anwar dan UMNO secara umumnya. Hubungan ini telah meningkatkan kredibiliti

Anwar sebagai penggerak agenda Islamisasi dan dalam masa yang sama mengendurkan kritikan pembangkang, khususnya PAS terhadap beliau dan UMNO.

Sungguhpun demikian, menurut Farish Noor (2004) Anwar tidak dapat mengelak daripada mempolitikkan isu Islam yang dikemukakannya. Anwar membina pengaruh yang besar melalui agenda Islamisasi ini. Kemudiannya, pada tahun 1990-an, persaingan wacana Islam antara PAS dan UMNO meningkat lagi. Institusi penyelidikan dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) bukan sahaja menjadi medan perbahasan idea malah melangkaui kepada usaha mendominasi semua saluran menyebarkan Islam (Farish Noor 2004; 545). Dalam konteks ini, konflik antara

UMNO dengan PAS bukan sahaja persaingan kuasa politik partisan, malah turut menjalar kepada persaingan intelektual. Intelektual dalam rangkaian UMNO berperanan mewujudkan persefahaman bersama tentang idea dasar, pembangunan sosial dan nilai budaya. UMNO dalam soal Islamisasi-nya meluaskan pengaruh melalui institusi agama seperti Yayasan Ekonomi Islam, Yayasan Dakwah (kedua- duanya diasaskan oleh Dr Mahathir), Majlis Masjid Asia Pasifik, Pusat Islam dan

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). IKIM contohnya, selain menganjurkan pelbagai persidangan Islam, turut memperluaskan idea Islamisasi – dan juga

Wawasan 2020 ketika itu – melalui forum budaya seperti Kongres Intelektual

Melayu. Di sini, UMNO dan rangkaiannya cuba mendominasi bukan sahaja wacana, malah berusaha menjadi pengantar, pengawal dan memiliki ikon, simbol dan imej

Islam. Usaha ini bertujuan untuk mengasimilasi kelompok ulama tradisional yang bersama-sama PAS (John Hilley 2009: 13).

17

1.4.5 Di Manakah Anak Muda Dalam Gerakan Sosial Di Malaysia?

Bahagian ini ingin menarik perhatian untuk mencermati semula literature berkenaan kelas menengah dan penglibatan mereka dalam politik – yang banyak mengambil garis kaum, kelas, kelompok agama (Islam) dan gender tetapi amat kurang yang memberi tumpuan aspek anak muda dan penglibatan mereka dalam politik. Tidak banyak kajian yang menyoroti peranan anak muda dalam gerakan sosial yang berlaku di Malaysia semenjak tahun 1980-an, sehingga kini.9

Sebaliknya, sejak awal 1990-an juga, terdapat banyak penelitian akademik terhadap salah laku anak muda, bermula dengan isu lepak (Samsudin A. Rahim

1994) mendapat liputan meluas di media sehingga menimbulkan kejutan moral seolah-olah negara mengalami hakisan nilai dan moral yang mendorong generasi muda ke arah melakukan salah laku. Fenomena ini dianggap serius dengan beberapa kajian susulan yang mengaitkan budaya lepak ini dengan ponteng sekolah, gangsterism, penyalahgunaan dadah, HIV dan AIDS (Yahya Don & Mahmood,

N.M: 2004), tingkah laku deviants dan delinquent, pengguna bahan lucah dan hubungan seks sebelum kahwin, pembuangan bayi, bohsia, bohjan dan budaya black metal (Samsudin A. Rahim & Iran Herman 1995; Rafidah Md. Khamin: 2003; dan

Fazilah et.al 2005). Anak muda dikatakan mengalami keruntuhan akhlak, terpengaruh dengan budaya kuning, dan tidak mempunyai jati diri (Mahmood Nazar

Mohamed: 1990).

9 Jikalau kedapatan sekalipun, mungkin hanya Angkan Belia Islam Malaysia (ABIM). Namun, perbincangan mengenai ABIM pun banyak berkisar peranannya dalam bidang dakwah dan kurang memeberi penekanan kepada identiti anak muda dalam ABIM. Bagi perbincangan lanjut rujuk Siddiq Fadil (1992). 18

Di samping itu, terdapat juga banyak kajian yang mengaitkan anak muda dengan kelunturan semangat patriotisme. Tajul Ariffin Nordin (1985) contohnya, mendakwa anak muda semakin hilang semangat patriotisme kerana bersikap materialistik. Tuntutan kemodenan telah menyebabkan anak muda hanya sibuk mengejar kebendaan. Ahmad Ahmad Rusdi (2002) pula mengaitkan hal ini dengan hedonisme dan umumnya anak muda hanya berminat dengan keseronokan dan mudah terpengaruh dengan hiburan melampau.

Begitu juga dengan media massa yang banyak mengaitkan anak muda dengan gejala sosial, jenayah, keruntuhan akhlak, dan hilangnya jati diri. Sebagai contoh:

Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37,602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3,450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda. Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal.. (Utusan Malaysia, 8 Januari 1992).

Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusuk negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India. Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992. Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes; 1991 (1,981 kes); 1992 (2,221 kes); dan 1993 (1,485 kes). Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992; daripada jumlah 2,2912 penagih dadah yang ditahan, 2,856 orang (12.46%) adalah remaja. Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar, 19

bilangan remaja yang rosak akhlak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3,978 kes dicatatkan; 4,111 kes pada tahun 1989; 3,763 kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2,658 kes sehingga bulan Oktober 1991. (Berita Harian, 3 Februari 1992).

Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah ‘budaya lepak’. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian; dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah. (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).

Menurut laporan kajian Prof Madya Dr. Halimah dalam kajian ke atas remaja Melayu Islam di Selangor, 96% tidak berminat untuk belajar, 85% tiada kesedaran untuk belajar, 84% suka membuang masa di sekolah, 72% tidak suka membaca, 78% tidak mempunyai kaedah belajar yang betul. (Utusan Malaysia, 28 Oktober 1995).

Dapatan kajian peringkat nasional yang dijalankan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1993 menunjukkan punca salah laku di kalangan pelajar adalah disebabkan oleh faktor diri, keluarga, persekitaran rakan sebaya dan juga sekolah. Sebagai contoh, kajian tersebut mendapati pada tahun 1993 kira-kira 81.03 peratus melakukan kerana faktor kekeluargaan 4.10 peratus kerana pengaruh rakan sebaya dan I.24 peratus kerana faktor persekolahan. (Dewan Masyarakat, April 1995).

Selain itu, kerajaan juga bersikap ‘keras’ terhadap imej anak muda, khasnya mereka yang beridentitikan ‘rock’. Sejarah kumpulan rock di Malaysia bermula secara meluas pada awal tahun 1980-an menerusi kumpulan Search yang muncul dengan album pertama. Kumpulan rock tempatan berkembang dengan wujudnya pertandingan di peringkat kebangsaan seperti Juara Rock (1983), Festival Rock

(1984) dan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987). Pengaruh kumpulan rock ini terhadap anak muda bukan sahaja dapat dilihat daripada segi jumlah kehadiran

20 mereka dalam setiap konsert, malah jumlah jualan album yang sehingga kini merupakan tertinggi dalam sejarah industri muzik negara – Search (400,000), Wings

(400,000) dan Ella (350,000).10

Namun, pada tahun 1986, berlaku insiden rusuhan oleh peminat ketika Battle of the Bands, di Sungai Nibong, Pulau Pinang sehingga perlu dileraikan oleh Unit

Simpanan Persekutuan (FRU). Kumpulan rock yang membuat persembahan ketika itu SYJ, Lefthanded, Bloodshed, Ella and the Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel.

Imej muzik rock di Malaysia mula tercalar. Sebagai reaksi kepada pengaruh muzik anak muda yang semakin meluas ini, pada tahun 1988, kerajaan melalui Kementerian

Penerangan telah mengharamkan kumpulan rock muncul dalam mana-mana rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Alasannya, imej penyanyi rock lelaki berambut panjang tidak sesuai dengan skema moral masyarakat Malaysia.

Kemuncaknya, pada tahun 1992, dua kumpulan rock utama negara, Search dan

Wings setuju untuk memotong rambut paras bahu dan ‘upacara’ ini dilakukan sendiri oleh Menteri Penerangan ketika itu, Mohamed Rahmat dan disiarkan secara langsung oleh RTM.11 Peristiwa ini dikatakan cubaan kerajaan untuk mengawal dan memaksakan (impose) satu set moral dan identiti terhadap anak muda.

“..Atas dasar akur dan ingin mencari rezeki melalui medium elektronik maka terpaksalah mereka ditunjukkan secara live seluruh Malaysia melalui RTM dan membayangkan betapa bernilainya rambut panjang mereka dan kerajaan memperingatkan kepada semua pemuda tanah air ini agar mesti berambut pendek dan jangan berambut panjang kerana ia merupakan satu lambang ketidakkemasan dan luar etika Malaysia di kala itu. Ironinya terdapat juga di kalangan artis lain yang terlibat dengan isu moral dan kelakuan yang lebih kontroversi tidak diberi peringatan secara keras dan masih mendapat ruang di dalam media elektronik mahupun media cetak (tidak digam-istilah tahun 90- an).” Petikan dari laman web rasmi kumpulan Wings: www.sayap2wings.com

10 Tidak ada artis lain yang berjaya mencatat jumlah jualan album sebanyak itu, kecuali kumpulan nasyid Raihan yang mencetuskan fenomena dengan jualan album mencecah 600,000 unit. 11 Laman rasmi kumpulan Wings: http://www.sayap2wings.com. (dilayari pada 24hb Mac 2012). 21

Rajah 1.2 Mohamed Rahmat memotong rambut Awie, vokalis kumpulan Wings

(Sumber: Utusan 1992)

Rajah 1.3 Mohamed Rahmat memotong rambut Amy, vokalis kumpulan Search

(Sumber: Utusan 1992).

Namun, dalam kalangan peminat rock Malaysia, mereka percaya tindakan keras terhadap muzik rock bukan sahaja kerana imej rambut panjang mereka, tetapi kerana lagu-lagu yang mereka bawakan dengan lantang mengkritik dominasi negara (state) terhadap rakyat, contohnya lagu kumpulan Wings, Belenggu Irama tahun 1987:

22

Hari-hari bagaikan berlari Tiada sesaat berhenti Aku yang masih berdiri Tiada arah yang pasti

Apakah aku sudah mati Dalam dunia ini Biarpun masih berdiri Tiada siapa peduli

Aku terikat tanpa tali Aku berdiri tanpa bumi Aku berkata tanpa suara Aku menangis tanpa airmata

Apakah aku sudah mati Dalam dunia ini Biarpun masih berdiri Tiada siapa peduli

Perintahmu adalah belenggu Menggenggam ku dengan kuasamu Membuat aku menjadi layu Dalam suasana yang masih baru

Bilakah akan berhenti bicara Untuk melihat apa yang melanda Angkaramu kepada irama Yang telah beku Selama kau berkuasa Lagu: Belenggu Irama (1987)

Di samping itu, selain sikap kerajaan terhadap budaya anak muda, laporan rasmi kerajaan juga bernada negatif apabila menyentuh isu anak muda;

“Kepesatan pembangunan dan perindustrian, penghijrahan belia dari luar bandar ke bandar dan ketidakbiasaan dengan persekitaran bandar, perubahan gaya hidup dan pengaruh negatif yang lain telah menimbulkan cabaran baru kepada belia. Di antaranya, perpecahan keluarga, pengaruh negatif daripada rakan sebaya dan media massa serta kekurangan pengetahuan agama telah menyumbang kepada kemunculan masalah sosial seperti lepak, penagihan dadah, penderaan kanak-kanak, penyimpangan seks, tidak berdisiplin di sekolah dan perlakuan tidak diingini yang lain. Masalah ini telah meningkat di kalangan belia iaitu pada tahun 1995, terdapat kira-kira 6,920 kes keganasan jenayah dan 4,990 belia terlibat dengan penagihan dadah berbanding dengan 5,200 kes keganasan jenayah dan 4,800 kes penagihan dadah pada tahun 1990.”

23

Bab 21 : Belia Dalam Pembangunan Laporan Rancangan Malaysia Ke Tujuh (1996-2000) Sikap kerajaan terhadap identiti anak muda ini akan diperincikan dalam Bab 4.

Tanpa menafikan wujud masalah yang dinyatakan dalam petikan di atas, kelihatannya, anak muda dinilai terlalu negatif pada dekad 1990-an. Sedangkan anak muda juga mempunyai sisi konstruktif dan progresif dalam proses politik. Weiss

(2006: 165), umpamanya, menyatakan orang muda menunjukkan reaksi yang berbeza terhadap Reformasi berbanding dengan orang tua. Setidaknya, kalangan orang muda dan kelas menengah generasi DEB, norma reformis untuk mengamalkan politik non-komunal – memilih ganjaran moral berbanding pemberian ekonomi, harapan terhadap kebebasan sivil yang substantial, dan penglibatan berterusan dalam proses politik – mula mendapat tempat.

Di Malaysia universiti mewakili hubungan yang tersendiri dalam tatanegara

(polity). Usaha berterusan kerajaan untuk melahirkan kelas menengah Melayu melalui dasar afirmatif yang agresif sejak tahun 1970-an telah memberi kesan ketara kepada kadar kemasukan pelajar Melayu, terutama dari kawasan luar bandar, menjadikan universiti tapak transformasi demografi (Weiss 2006: 165).

Idealnya, dasar ini bertujuan untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi antara kaum. Namun, kesan daripada dasar yang menggalakkan perubahan demografi dalam pertubuhan pelajar ini menyebabkan kampus menjadi antara kawasan yang paling terpisah dari segi etnik dan agama. Kesannya, tidak banyak kumpulan aktivis mahasiswa yang berbentuk multi-etnik. Hampir kesemuanya mengambil garis kaum atau agama: Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa

India (JKMI) dan Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA) yang hampir 100 peratus dianggotai oleh pelajar Cina sahaja. Walaupun, pengenalan

Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971 pindaan 1975), penekanan terhadap

24 orientasi akademik semata-mata telah mematikan aktivisma mahasiswa (Weiss

2004).

Justeru, reaksi orang muda terhadap Reformasi dan perkembangannya selepas itu sangat menarik untuk dicerap dan dianalisa. Malangnya, di Malaysia, perkembangan politik orang muda dan mahasiswa kurang diberi tumpuan dan seolah-olah dikesampingkan (sidelined), begitu juga dengan penelitian akademik12, sedangkan orang muda mempunyai peranan yang signifikan sepanjang sejarah politik, baik di dalam mahupun di luar Malaysia.

Sebagai bandingan, pemerhatian umum terhadap episod berterusan di Asia

Timur dan Asia Tenggara jelas membuktikan peranan penting orang muda dalam mencapai perubahan sama ada dalam bentuk perubahan dasar negara mahupun transformasi politik yang dramatik, seawal abad kedua puluh hingga 1980an-1990an:

Burma pada 1920an, 1960an, 1980an; China pada 1919 dan 17 tahun kemudiannya;

Indonesia pada tahun 1960an dan 1980an; Thailand pada tahun 1930an, 1970an

(Weiss 2009: 500).

1.4.6 Anak Muda dan Gerakan Kebangsaan

Hal ini menunjukkan penglibatan anak muda dalam proses politik tidak asing lagi di

Asia Tenggara, walaupun darjah kejayaan atau kegagalan gerakan itu mungkin berbeza-beza keadaannya dalam konteks sama ada mengukuh dan meneruskan status

12 Menurut Altbach (1982), kurangnya tumpuan akademik ini berlaku di seluruh dunia: agensi penyelidik hilang minat terhadap aktivisme mahasiswa semasa ia mula lesu secara global pada 1970an, sebelum sempat sebarang kerangka teoritikal yang koheren berkenaan kajian ini dapat dikukuhkan (dalam Weiss 2004:4). 25 quo masyarakat atau mengubahnya (Hussain 1986: 2). Menariknya, pada awal abad dua puluh, ketika gerakan nasionalisme di Asia Tenggara sedang memuncak, anak muda terlibat dengan sangat aktif, malah mereka memegang banyak posisi politik yang penting. Contohnya di Filipina, Andres Bonifacio dan Emilio Jacinto hanya berusia 20an ketika mengasas dan menerajui utama gerakan nasionalis Katipunan.

Rakan seperjuangannya, Gregoria de Jesus juga hanya berusia 21 tahun ketika menyertai gerakan tersebut pada 1896. Manakala Emilio Aguinaldo pula berusia 29 tahun apabila bendera Republik Filipina pertama dikibarkan pada tahun 1898 dan beliau diangkat menjadi presiden pertama Filipina. Jose Rizal, mengarang bukunya yang sangat berpengaruh, Noli Me Tangere (1887) ketika beliau berusia 25 tahun.

Di Burma, gerakan nasionalismenya juga digerakkan pada awalnya oleh organisasi anak muda, Young Men’s Buddhist Association (YMBA). Gerakan ini yang pada mulanya membantah Akta Universiti tahun 1920 oleh British kemudiannya merebak dan mendapat sokongan rakyat Burma. Antara individu penting ketika itu adalah Aung San, tokoh nasionalis Burma. Pada tahun 1938, beliau meninggalkan kampus dan menyertai politik nasional ketika berusia 23 tahun dengan menyertai Dobama Asiayone (Our Burma Union) dan memegang jawatan setiausaha agung sehingga Ogos 1940. Pada tahun 1938, beliau mengerakkan mogok besar- besaran di seluruh negara yang disokong oleh pelajar, petani, buruh dan sami sehingga dikenali sebagai Htaung thoun ya byei Ayeidawbon, Revolusi tahun 1300

(berdasarkan kalendar Burma). Semasa Perang Dunia Ke-2, Aung San terlibat aktif dalam perjuangan membebaskan Burma dengan mengadakan hubungan dan mendapat latihan ketenteraan di Jepun dan pada Januari 1947, Aung San dan Perdana

Menteri British ketika itu, Clement Attlee menandatangani perjanjian yang menjamin kemerdekaan Burma dalam tempoh setahun. Beliau ketika itu menjawat jawatan

26

Presiden Anti-Fascist People's Freedom League (AFPFL). Malangnya, beberapa bulan kemudian beliau dibunuh – mati pada usia semuda 32 tahun.

Begitu juga halnya di Indonesia ketika penghujung era kolonial, anak muda merupakan perintis kepada gerakan nasionalisme yang lebih besar. Budi Otomo tajaan beberapa orang pelajar Stovia – Sekolah Perubatan di Jawa – termasuk R.

Sunato, R. Gunawan Mangunkosumo dan Suradji, merupakan organisasi di

Indonesia yang disusun secara moden (Hussain 1986: 29). Malah, gerakan nasionalisme Indonesia tidak dapat dipisahkan dengan ikrar penting iaitu ‘Sumpah

Pemuda 1928’, yang memberi inspirasi kepada gerakan nasionalisme yang lebih besar. Seterusnya, penglibatan kaum muda dalam pergerakan anti-Belanda begitu ketara selepas Perang Dunia ke-2 sehingga Ben Anderson menggelarkan gerakan ini sebagai satu ‘Revolusi Pemuda’ (Anderson 1972).

Gerakan anak muda di Malaysia pula boleh ditelusuri seawal penubuhan

Kesatuan Melayu Muda (KMM). Sungguh pun gerakan ini tidak diidentifikasikan sebagai gerakan orang muda, namun komposisi penggerak dan ahlinya – pelajar

Maktab Perguruan Sultan Idris, Kolej Pertanian, Sekolah Teknik Kuala Lumpur, wartawan, siswazah merupakan orang muda (Rustam Sani 2011: 27). Organisasi politik ini digambarkan sebagai organisasi ‘radikal’ atau ‘kiri’ Melayu yang pertama

– ditubuhkan pada tahun 1939 di Kuala Lumpur. Pada awalnya, KMM agak terhad menyebarkan idea mereka kepada kumpulan intelektual yang mengajar di sekolah vernakular Melayu dan masyarakat Melayu kelas bawahan amnya. Menariknya, pada tahun 1930an ini, munculnya elit-elit baharu yang bukan berlatarbelakangkan tradisional-feudal.

Bagaimanapun, menurut Rustam (1993:15), pada awalnya, gerakan nasionalisme di Malaysia pada 1930an bersifat ‘reaktif’ – tindak balas terhadap

27 kemantapan kedudukan bukan Melayu dalam konteks kerajaan kolonial ketika itu.

Maka atas sebab itulah, gerakan orang muda dalam kerangka nasionalisme ketika itu berteraskan kaum. Pada masa yang sama, 1930-an, bukan Melayu, khususnya kaum

Cina pada masa yang sama, tertumpu kepada Anti-Enemy Backing-up Society,13 dan ramai ahlinya terdiri daripada pelajar sekolah aliran Cina di seluruh Semenanjung

Tanah Melayu ketika itu – termasuk Chin Peng yang ketika itu berumur tidak lebih

15 tahun (Chin Peng: 2001).

Malah, pada Ogos 1945, ketika Jepun menyerah kalah dan berlaku ketidaktentuan politik, beberapa orang muda telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan akhbar yang bukan sahaja bertujuan sebagai medan menyatakan sikap politik mereka, malah menjadi opinion leader dalam masyarakat ketika itu. Ahmad

Boestamam bersama-sama rakannya14 menerbitkan akhbar Suara Rakyat dengan memanfaatkan bangunan-bangunan percetakan akhbar Shimbun yang ditinggalkan oleh Jepun. Malah daripada Suara Rakyat jugalah, kemudian tertubuhnya Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1946. Sebulan kemudian, terus diadakan perjumpaan pertama ahli PKMM di Ipoh dan ketika itu lahirlah pula Angkatan Pemuda Insaf (API).15

Pada tahun-tahun awal selepas perang, selari dengan semangat untuk mencapai kemerdekaan, orang muda di universiti/ mahasiswa, bergelut di sekitar isu- isu kewarganegaraan, nasionalisme, bahasa dan dan pendidikan. Dalam gelombang pertama aktivisme ini, pelajar di Universiti Malaya (Singapura) mula bergiat bersama wartawan nasionalis dan kesatuan sekerja dalam pergerakan anti-kolonial (Hassan

13Hampir serentak – suatu yang sangat menggusarkan penguasa British – PKM menubuhkan Anti- Enemy Backing-up Society, Pertubuhan Sokongan Anti-Musuh. Usaha ini merupakan gerakan yang sangat terkait dengan tabung dana Tan Kah Kee. Hanya dalam beberapa minggu, banyak cawangan gerakan ini tumbuh di bandar-bandar seluruh semenanjung Malaya. 14 Ahmad Boestamam hanya 24 tahun ketika itu begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain. Dalam jabatan pengarang tersebut, hanya beliau sahaja yang sudah mendirikan rumah tangga, yang lainnya masih bujang. 15 Bagi perincian rujuk Ahmad Boestamam (1972) 28

1984:1). Sehingga terdapat beberapa orang mahasiswa yang ditahan kerana penglibatan mereka dalam Anti-British League (ABL) pada awal tahun 1950-an

(Weiss 2004). Mahasiswa juga mula mengkritik kolonial melalui penulisan mereka sehingga menimbulkan rasa tidak senang British.16

1.4.7 Anak Muda dan Gerakan 1960an – 1970-an

Penelitian akademik yang besar pernah diberikan kepada aktivisme orang muda – khususnya yang berfokus kepada gerakan mahasiswa – pada lewat 1960an dan awal

1970an dengan beberapa peristiwa ‘pemberontakan pelajar’ yang dramatik seperti

Zengakuren di Jepun, Students for a Democratic Society (SDS) di Amerika Syarikat,

Prague Spring di Czechoslovakia, peristiwa Left Bank di Paris tahun 1968 dan juga

“Tlatelolco Massacre” di bandaraya Mexico pada tahun yang sama.

Tidak semua aktivis mahasiswa radikal. Pada tempoh ini juga, beberapa buah persatuan penting mahasiswa muncul antaranya Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu

Semenanjung (GPMS), University of Malaya Student Union (UMSU); dan

Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM). GPMS ditubuhkan pada

1948; merupakan organisasi pelajar tertua. Antara matlamatnya adalah untuk menyatukan pelajar Melayu di seluruh Semenanjung, memberi kesedaran berkenaan keciciran pelajar Melayu, bertangungjawab membantu pendidikan orang Melayu.

Pada awalnya GPMS mempunyai hubungan langsung dengan perjuangan

16 Antara yang paling signifikan adalah melalui organ media University Socialist Club (UCS), Fajar. Pada 10hb Mei 1954, Fajar menerbitkan artikel ‘Aggression in Asia’ yang mengutuk imperialis Barat. Ia mengkritik ‘undang-undang darurat’ dan program penempatan semula melalui ‘kampung baru’. British kemudiannya membaca kes ini ke mahkamah. Bagi perbincangan lanjut, rujuk Poh Soo Kai, edt., 2010. The Fajar Generation, The University Socialist Club and The Politics of Postwar Malaya and . SIRD. Petaling Jaya. 29 nasionalisme Melayu. Kemudiannya, mulai penghujung tahun 1950an, GPMS mula fokus kepada pembangunan komuniti Melayu, khasnya melalui pendidikan dan perkhidmatan sosial (Kee Poo Kong 1976:41-43). Menarik untuk disebut, GPMS kemudiannya perlahan-lahan tidak lagi menjadi kritikal terhadap negara.

Gerakan orang muda perlahan-lahan mengambil bentuk gerakan mahasiswa dengan penubuhan Universiti Malaya di Kuala Lumpur. Pertubuhan pelajar utama termasuk UMSU (atau Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, PMUM), yang mewakili semua pelajar di UM serta berbilang kaum; Persatuan Bahasa Melayu

Universiti Malaya (PBMUM); Persatuan Bahasa Cina (CLS); Persatuan Bahasa

Tamil (TLS); dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI atau PMIUM). Gerakan pelajar pada masa itu (1960-an) bergabung dengan petani dan pekerja menawarkan perspektif sosialis bagi mencabar dasar-dasar pembangunan negera, pimpinan, serta membantah sekitar kebimbangan antarabangsa seperti Perang Vietnam dan konflik

Timur Tengah dan isu-isu bahasa, budaya, dan status Islam dalam Perlembagaan.

Sebagai bandingan, pada 1967, Kelab Sosialis UM merupakan satu-satunya kelab politik di universiti. Malah, dekad ini, 1960an-1970an, dikatakan zaman kegemilangan gerakan mahasiswa di Malaysia. Kebanyakan penelitian akademik dan penulisan popular berkenaan gerakan mahasiswa banyak berkisar dalam tempoh ini, antaranya karya Mahasiswa Menggugat (1973) yang menjadi rujukan utama gerakan mahasiswa Malaysia. Karya Mohammed Abu Bakar ini menggalurkan gerakan mahasiswa seawal kemerdekaan sehingga tahun 1970-an. Rujukan yang tidak kurang pentingnya juga adalah karya Hassan Karim dan Siti Nor Hamid (pnyt), With the

People!: The Malaysian Student Movement 1967-74 (1984), Zainah Anwar, Islamic

Revivalism in Malaysia: Dakwah Among Students (1987), dan Junaidi Abu Bakar,

Mahasiswa, Politik dan Undang-undang (1993). Kebanyakan buku-buku ini

30 menyoroti perkembangan gerakan mahasiswa dari 1960-an sehingga mencapai zaman kemuncaknya pada tahun 1970-an. Oleh kerana sutuasi tahun 1970-an dan tahun 2000 sangat berbeza, khasnya akibat perlaksaan AUKU, maka huraian buku- buku ini banyak yang bersifat romantisme – mengulang kehebatan silam yang sukar untuk dihubungkan dengan realiti anak muda kini.

1.5 Penjelasan Konsep: Budaya Politik dan Politik Budaya

Budaya politik (political culture) dikaitkan dengan kewujudan rantaian sikap, tingkah laku, kepercayaan dan emosi yang mencorakkan aktiviti politik dalam setiap anggota sesuatu kelompok (Almond & Powell 1965:50). Pada dasarnya, budaya politik mengandungi satu kepercayaan yang boleh menggambarkan dan nilai yang boleh menjelaskan situasi tindakan politik (Pye &Verba 1965: 513). Menurut Ahmad Nizamuddin (2002), budaya politik merangkumi perlakuan, tingkah laku, penglibatan, persepsi, kepercayaan, jangkaan dan harapan anggota masyarakat dalam lingkungan politik masyarakatnya.

Almond & Powell (1965), mencirikan budaya politik kepada tiga bentuk iaitu budaya politik parokial, budaya politik subjek dan budaya politik partisipatori.

Budaya politik parokial ini wujud dalam kalangan masyarakat yang tidak ambil tahu tentang urusan politik. Mereka hanya mengutamakan urusan keluarga dan urusan peribadi mereka sahaja. Bagi mereka urusan politik dan negara diurus oleh mereka yang berkenaan sahaja. Budaya politik subjek pula, merujuk kepada mereka yang menerima output daripada sebelah pihak sahaja tanpa mempersoalkan apa, bagaimana dan mengapa. Mereka ini terdiri daripada ahli parti dan penyokong parti yang setia kepada pemimpin yang boleh dianggap taat melulu, mendengar dan mempercayai hanya sebelah pihak. Budaya politik patisipatori pula, merujuk kepada

31 masyarakat yang mempunyai kesedaran politik yang tinggi. Mereka ini boleh kategori sebagai masyarakat sivil.

Pendekatan budaya poltik ini cenderung untuk membina generalisasi terhadap sesuatu kelompok masyarakat. Contohnya kajian Lukman Thaib (1997: 132) yang membina dikotomi budaya politik Malaysia, budaya politik Melayu dan budaya politik bukan-Melayu. Budaya politik Melayu dikaitkan dengan sikap kepatuhan terhadap pemerintah, setia kepada pemimpin dan jarang memberontak. Ciri-ciri ini datang daripada epik Melayu seperti Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu.17

Sejarah Melayu, meletakkan raja-raja Melayu sebagai ‘pengganti Allah” di muka bumi ini. Baginda diterima sebagai ketua agama Islam dalam masyarakatnya serta diberi gelaran Sultan. Gelaran Sultan telah memperkukuhkan konsep daulat iaitu sesiapa yang menderhaka kepada Sultan adalah suatu kesalahan yang besar. Ini kerana perbuatan itu akan mendatangkan tulah kepada setiap penderhaka, iaitu sesuatu bentuk pembalasan daripada kuasa ghaib akibat kemungkaran raja yang diderhakainya (Haron Daud 1987:89-102). Oleh itu budaya politik Melayu tradisional adalah bersandarkan kepada agrarian, patron-client, pasif, non-political, setia, sensitif dengan darjat dan daulat pemimpin (raja/Sultan) dan struktur politiknya submissive (M. Faidz, et.al. 2011:193-216). Masyarakat Melayu juga mengelak daripada sebarang konflik, kerana Melayu umumnya tidak bersikap konfransional

(Gordon 1991: 289). Bridget Welsh (1996:903) pula mengemukakan pandangan bahawa budaya politik setiap kaum di Malaysia sangat berbeza, Melayu menentang proses pendemokrasian, tetapi masyarakat India menyokongnya dan masyarakat

17 Andaianya, nilai-nilai dalam epik ini diajarkan secara berterusan termasuk melalui sistem pendidikan sehingga meresap (internalise) dalam masyarakat Melayu. Lihat Virginia Matheson Hooker. 2003. A Short : Linking East and West. Allen and Unwin. Crows Nest, Australia. 32

Cina pula tidak tetap dan bercampur-baur. Dapatan ini berdasarkan kaji selidik yang beliau lakukan pada tahun 1996.

Sungguhpun ramai penyelidik di Malaysia seperti Ahmad Nidzamudin

(2002), Jamaie (2005) dab Ahmad Atory Hussain (1993, 2009) mengatakan budaya politik Melayu sebelum merdeka sehingga kini telah mengalami perubahan – daripada feudal kepada neo-feudal, namun kebanyakan kajian ini masih lagi menggunakan kerangka parti politik untuk merumuskan budaya politik keseluruhan masyarakat Melayu. Analisa sebegini pastinya tidak akan mampu menjelaskan perubahan budaya yang berlaku di luar kerangka parti politik. Sebagaimana dijelaskan oleh Zawawi Ibrahim, identiti budaya bukanlah statik; perubahan dan cabaran internal serta eksternal yang melibatkan negara, institusi, berbagai kumpulan sosial, dan kelas aktor sosial menyebabkan identiti secara berterusan mengalami proses constructed, renegotiated dan reconstructed. Justeru, persoalan identiti budaya harus diulang fikir dengan lebih kritis dan tidak ditanggapi dengan semudahnya (Zawawi Ibrahim 1996:472)

Malah, pendekatan budaya sebagaimana yang dijelaskan oleh Shamsul A.B juga mempunyai dua realiti – yang dibentuk oleh autoriti dan yang dibentuk oleh interaksi sehari-hari menghasilkan dua realiti sosial yang berbeza (1998: 17-22).

Kedua-dua realiti ini saling mengalami pergelutan makna yang memberi implikasi kepada pembentukan identiti. Dalam tulisannya yang lain, Shamsul A.B (2001:355-

356) juga menjelaskan bahawa budaya yang terbentuk sehari-harian melalui interaksi ini juga biasanya terpencar (fragmented) dan bukannya tunggal. Selain itu, setiap kaum juga sukar untuk dikategorikan dengan perwatakan tertentu kerana budaya bukan sahaja sesuatu yang constructed malah setiap masyarakat juga saling

33 meminjam dan berkongsi amalan budaya (Kahn 1991: 51-52). Maka, pastinya sukar untuk membina stereotaip berkenaan sikap politik kaum tertentu.

Malah, Zawawi Ibrahim (1998:145) dalam kajiannya berhubung masyarakat

Orang Asli/ Orang Asal, menggunakan pendekatan yang hampir sama dengan menunjukkan bahawa sentiasa wujud pertentangan antara ‘dominant discourse’ (atau dalam istilah Foucault “regimes of truth”) dengan ‘subaltern discourse’. Tambah

Zawawi Ibrahim lagi (1998:187), wacana (discourses) tidak hanya memberi ‘cultural content’ tetapi juga hubungan kuasa dan perlawanan (relations of power & resisteance). Wacana ‘subalternism’ ini, menurut Zawawi Ibrahim bukan sahaja usaha untuk menggugah ‘hegemoni’ wacana dominan, tetapi juga memikirkan semula ruang dan identiti kelompok terpinggir – dalam konteks kajian beliau; Orang

Asli. Pendekatan Zawawi Ibrahim ini boleh disesuaikan dengan kajian berkenaan anak muda juga, kerana sebagaimana Orang Asli/Orang Asal, anak muda juga merupakan kelompok tertindas yang sering diabaikan. Pernyataan ini dijelaskan oleh

Lawrence Grossberg (dipetik dalam Giroux 2000: 9-42) seperti berikut;

Youth is the last and almost always ignored category in the traditional list of subordinated populations (servants-i.e., racial and colonized minorities, women and children) who, in the name of protection, are silenced.

Huraian yang diberikan oleh Zawawi Ibrahim bersesuaian dengan pendekatan cultural studies yang menawarkan alternatif lain bagi melihat budaya – sebagai teks dan amalan (texts & practices) sehari-harian dan batasnya melewati social exclusivity, yang meliputi budaya popular. Pendekatan yang dikembangkan melalui cultural studies ini melihat budaya memiliki elemen politik yang tidak boleh dipisahkan – merupakan ranah produksi dan reproduksi hubungan sosial sehari-

34 harian (Keesing 1991: 43-44). Stuart Hall (dalam Storey 1994: 466) menghuraikan budaya popular sebagai berikut:

An arena of contest and resistance. It is partly where hegemony arise, and where it is secured. It is not a sphere where , a socialist culture – already fully form – might be simply ‘expressed’. But it is one of the places where socialism might be constituted. That is why ‘popular culture’ matters.

Sonia E. Alvarez, et.al (1998:7) menjelaskan politik budaya sebagai berikut; proses yang terlibat apabila sesuatu set aktor sosial itu dibentuk dan menerima, makna dan amalan budaya berbeza yang saling berkonflik. Definisi politik budaya ini menganggap makna dan amalan – khasnya mereka yang diteorikan sebagai terpinggir, bertentangan, minoriti, pendatang, dan lain-lain lagi yang berhubung dengan aturan budaya dominan – boleh menjadi sumber proses yang harus diterima sebagai political. Budaya bersifat political kerana makna melibatkan proses secara langsung mahupun tidak, mendefinisikan semula kuasa sosial (redefine social power). Apabila gerakan sosial itu memberikan suatu konsep alternatif kepada wanita, alam, kaum, ekonomi, demokrasi, atau citizenship sebagai pengertian budaya yang tak terselesai, ia membentuk politik budaya.

Pada pengertian Giroux pula, budaya adalah kitaran kuasa, ideologi, dan nilai dalam pelbagai rupa dan bunyi yang lahir dan berkitar, membentuk identiti, dipilih dan disaring, agensi yang dimanifestasikan sebagai proses pembentukan individualiti dan sosial, dan menciptakan wacana yang menjadikan budaya itu sendiri sebagai objek inquiri dan dianalisa secara kritikal. Bukan sekadar dilihat sebagai daya yang statik, isi kebudayaan (substance of culture) dan kehidupan harian – ilmu, kepentingan, praktis sosial, dan konteks – bermutasi dengan pantas dan sentiasa berubah serta diinterpretasikan. Berdasarkan usaha Antonio Gramsci dan Stuart Hall, budaya bukan sahaja dilihat sebagai keadaan untuk berlakunya perubahan institusi

35 kekuasaan tapi juga sebagai ruang untuk membayangkan perubahan sosial yang lain.

Sebagai ruang pembentukan makna dan interaksi sosial, budaya dilihat sebagai ranah penting di mana pelbagai mod agensi, identiti, dan nilai sentiasa bergelut dan terbuka untuk membentuk transformasi demokratik dalam pelbagai peringkat hubungan kuasa. Bukan hanya dilihat sebagai cerminan dari daya ekonomi yang besar atau “common ground” untuk kehidupan harian, budaya adalah ruang yang diperebutkan dan ruang bagi kemungkinan – kemungkinan yang utopia. Sementara budaya boleh menjadi konservatif dan membentuk individu ke dalam bentuk yang pemikiran dan sikap yang dominan, budaya dari kaca mata Giroux juga memiliki dimensi keingkaran (resistance) dan perlawanan (struggle). Ia berupaya memberikan suara bagi masyarakat (dalam kes ini; anak muda) untuk mengartikulasikan kritikan- kritikan mereka dari budaya dominan dan membentuk wacana, gaya, dan sub- budaya mereka sendiri. Giroux ingin menegaskan bahawa budaya mempunyai dimensi pedagogis politik yang penting (Giroux 2004: 59-60).

Budaya popular menjadi penting kerana merupakan ranah pergelutan makna.

Salah satu daripada rukun pusat falsafah Gramsci adalah bahawa perjuangan untuk mendapatkan persetujuan bersama sentiasa berterusan dan beralih, tidak terselesai kerana kawalan politik tidak sentiasa kukuh – sentiasa punya kesempatan untuk bergerak dan mencari ruang: ruang dan tempat yang kecil memiliki kuasa untuk membentuk perubahan yang bermakna. Lawrence Grossberg, salah seorang tokoh penting cultural studies dan budaya popular, menggariskan beberapa implikasi utama dalam mengkaji budaya popular sebagai ruang pergulatan yang terbuka. Pertamanya

Grossberg mengutip idea Gramsci berkenaan ‘commonsense’ sebagai dasar budaya popular di mana interpretasi yang sering kita abaikan (taken-for granted) tentang dunia dibentuk: apa yang kita ‘tahu’ tentang dunia ini umumnya dibentuk melalui

36 interaksi kita dengan budaya popular. Keduanya, budaya popular merupakan daya utama yang berkesan dalam kehidupan ramai: kita merasai kegembiraan, kesedihan, kemurungan. Akhir sekali, Grossbergg menghujahkan bahawa budaya popular adalah di mana identiti dibentuk.18

Pendekatan cultural studies ini menawarkan kefahaman bagaimana anak muda menggunakan representasi budaya popular untuk membina dan menzahirkan bahagian paling bermakna hidup, identiti dan budaya mereka (Giroux 2001; Hall

1997). Pendekatan ini menyiasat representasi budaya arus perdana dan menggalakkan anak muda untuk membina representasi mereka melalui kefahaman realiti mereka sendiri. Melalui definisi ini, budaya tidak harus dilihat sebagai statik dan hanya terikat kepada tradisi turun-temurun. Budaya merupakan amalan seharian yang sentiasa berubah dan dinamik.

1.5.2 Definisi Anak Muda

Tidak ada definisi yang jelas akan belia/ orang muda/ anak muda. Tempoh apabila seseorang itu dilihat sebagai anak muda boleh dianggap sebagai fasa peralihan. Anak muda ditakrifkan sebagai “peralihan dari zaman kanak-kanak ke orang dewasa yang bebas”. Anak-anak muda dalam peralihan antara dunia yang agak selamat dan standard pembangunan biografi kepada dunia pilihan dan / atau risiko di mana individu perlu memilih dan merancang orientasi mereka sendiri dan integrasi sosial.

Mencari takrif belia yang umum bukanlah satu tugas mudah. Umur adalah satu petunjuk yang berguna tetapi tidak cukup mencirikan peralihan ke alam dewasa. Maklumat kualitatif lain juga menunjukkan bagaimana masyarakat

18 Dalam Nadine Dolby. 2003. Popular Culture and Democratic Practice. Harvard Educational Review. Volume 73 No 3 37 mengakui kematangan anak-anak muda yang semakin meningkat. Had umur kanak- kanak, umur wajib persekolahan, umur mengundi dan umur minimum untuk bertanding dalam pilihan raya boleh dianggap sebagai satu angkubah penting untuk membezakan kanak-kanak dengan orang dewasa.

Bagi Kesatuan Eropah sendiri, umur mengundi bagi pilihan raya negara adalah 18 tahun di semua negara kecuali Austria (16 tahun). Di Itali umur mengundi yang sah ialah 18 tahun tetapi Senat hanya boleh dipilih oleh mereka yang berumur

25 dan ke atas. Umur untuk menjadi calon pilihan raya berubah-ubah dari 18 hingga

40 di seluruh negara, dan boleh bergantung jenis pilihan raya (Laporan Belia

Kesatuan Eropah 2009). Manakala, di Asia Tenggara pula, umur mengundi kebanyakan negara adalah 18 tahun, kecuali Indonesia yang setahun lebih awal (17 tahun) dan Malaysia serta Singapura agak lewat, pada umur 21 tahun.

Jadual 1.2 Takrif umum untuk belia/orang muda di Negara Terpilih Asia Tenggara Negara Definisi umum untuk belia/orang muda Umur Mengundi Thailand 14-25 tahun 18 Cambodia 14-30 tahun 18 Filipina 15-30 tahun 18 Singapura 13-35 tahun 21 Malaysia Bawah 40 tahun 21 Indonesia Tidak jelas 17

Selain itu, definisi belia/ orang muda bukan sahaja berbeza-beza antara setiap negara, malah antara agensi kerajaan dalam negara tersebut juga mempunyai takrif yang berbeza. Di Filipina contohnya, sungguh pun jelas sebagaimana dinyatakan dalam

38 laporan rasmi kerajaan, takrif orang muda ialah antara 15-30 tahun19, namun setiap institusi kerajaan mempunyai definisi yang berbeza, seperti di bawah:

Jadual 1.3 Takrif Belia Mengikut Institusi Rasmi di Filipina Agensi Kerajaan Definisi National Youth Commission (NYC) 15-30 Department of Labour and Employment (DOLE) 15-24 Department of Interior and Local Government (DILG) 15-21 Department of Health 10-24 Department of Education, Culture and Sports 7-18 Department of Social Welfare and Development 7-18

Begitu juga kesnya dengan Cambodia, parti politik seperti Cambodia’s People Party

(CPP), orang muda ditakrifkan mereka yang berumur antara 15 ke 30 tahun, meskipun definisi Kementerian Pelajaran, Belia dan Sukan adalah 14 ke 30 tahun.

Takrif belia bagi parti National United Front for an Independent, Neutral, Peaceful, and Cooperative Cambodia (Funcinpec) pula adalah 16 ke 39 tahun dan parti Sam

Rainsy pula antara 18 ke 40 tahun (Yong Kim Eng 2005).

Selain itu, umur dewasa juga dianggap sebagai tempoh remaja menjadi mandiri dari segi kewangan. Namun, ini sudah tentunya sangat relatif bagi mereka yang melanjutkan pelajaran (khususnya dalam pendidikan tinggi), digabungkan dengan kesukaran untuk mendapat kerja pertama dan akses kepada perumahan mampu milik. Malah, di Malaysia, sungguh pun warganegara yang sah berhak mengundi pada usia 21 tahun, namun hak ini bukanlah automatik. Mereka harus mendaftar sebagai pengundi dahulu sebelum berhak untuk membuang undi. Selain itu, warganegara Malaysia yang masih menuntut di universiti dan kolej universiti tempatan walaupun berhak untuk mengundi jika berdaftar, sebelum pindaan AUKU

2012, tetap tidak boleh menyertai apa-apa kegiatan politik kepartian, mahupun

19 Republic Act 8044 atau “Youth in Nation-Building Act” (1995). 39 menunjukkan simpati/ sokongan terhadap mana-mana parti politik dan juga kesatuan buruh.20

Takrifan anak muda yang luas ini meliputi pelbagai pengalaman sosio-politik, sejarah dan budaya, ketidaksamaan, dan identiti. Namun, seringkali dasar dan program merujuk ‘anak muda’ atau ‘belia’ sebagai kumpulan yang homogeneous; mengabaikan identiti dan konteks kepelbagaian kelompok yang berbeza. Menurut

Rishita Nandigiri (2012:117) mengakui dan memahami kepelbagaian "belia" dan pelbagai faktor yang mempengaruhi identiti mereka, bukan hanya dari segi umur, kebolehan, identiti jantina, kelas, bangsa, etnik, seksualiti, orientasi seksual, kewarganegaraan, budaya, kepercayaan agama, bahasa, tetapi juga akses mereka terhadap saluran (avenues) yang berbeza serta hubungannya dengan struktur kekuasaan.

Erikson (1968) mengatakan anak muda adalah tempoh di mana seseorang itu mula meneroka dan mengukuhkan identiti termasuklah dengan menentukan matlamat, memikir dan memilih kepercayaan dan komitmen dan menghubungkannya dengan mereka yang memiliki sikap yang serupa (sama ada dalam bentuk organisasi, agama, tradisi atau perjuangan sosial). Hal ini kerana pada tempoh ini merupakan transisi antara alam remaja yang bebas daripada tangungjawab kepada alam dewasa yang memerlukan seseorang itu memilih sikap mereka terhadap sesuatu isu dalam masyarakat. Pembinaan ideologi dalam tempoh ini membantu anak muda untuk menentukan pilihan.

Dalam konteks anak muda di Malaysia, tempoh ini adalah berbeza. Sebagai contoh, bagi mereka yang menyertai sekolah seperti Sekolah Agama Rakyat, Sekolah

ABIM, dan sekolah pondok, pembentukkan ideologi politik lebih awal berbanding

20Berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Akta ini (khasnya, sebelum pindaan 2012) secara tidak langsung menyekat pembabitan orang muda di institut pengajian tinggi untuk terlibat dalam kegiatan politik. Bagi perbincangan lanjut rujuk Bab 4. 40 dengan sekolah harian bantuan penuh kerajaan yang biasa. Malahan, golongan ini juga didedahkan dengan struktur organisasi politik lebih awal kerana kebanyakkan sekolah ini mempunyai hubungan rapat dengan parti politik.

Satu lagi indikator penting untuk mentarifkan anak muda adalah mereka ini merupakan kelompok yang belum lagi mempunyai keterikatan ekonomi dan sosial

(Arnett, 2000). Pertamanya kerana mereka belum mempunyai komitmen keluarga dan beban kredit, maka umumnya mereka tidak mempunyai tekanan untuk mempunyai pekerjaan yang tetap dan kukuh. Dalam banyak situasi, umumnya kelompok ini merupakan pelajar universiti atau kolej, malah terdapat banyak kajian

(Seymour Martin Lipset 1971: 752-54, Craig C. Calhoun 1994, ) menghubungkan aktivisma anak muda (youth) dengan mahasiswa (student). Hal ini sangat bertepatan dengan konteks Malaysia di mana aktivisma anak muda tidak dapat dipisahkan dengan aktivisma mahasiswa.21

Sehubungan dengan itu, sempadan antara anak muda dengan orang dewasa pastinya terletak kepada kemampuan sesorang itu untuk kekal mandiri daripada keterikatan ekonomi dan sosial. Suatu yang menarik berdasarkan pemerhatian pengkaji adalah konsep ‘settle down’ yang sering digunakan untuk merujuk kepada anak muda yang telah memulakan kehidupan berkeluarga – mula membeli rumah, kereta – dan ini memaksa mereka untuk mempunyai pekerjaan yang tetap dan kukuh.

Ertinya tiada lagi eksperimen atau tindakan ad hoc, kerana ini boleh menjejaskan pekerjaan dan ekonomi mereka.

Sebagaimana yang dinyatakan pada bahagian awal, takrif anak muda berdasarkan umur tidak pernah selaras dan terlalu luas perbezaannya. Maka, kajian ini tidak akan terikat dengan takrif kuantitaif semata-mata tetapi juga mengambil kira

21 Perbincangan lanjut berkenaan hubungan anak muda dan aktivisma mahasiswa dalam kampus, sila rujuk Bab 2. 41 takrifan kualitatif. Bagi tujuan kajian ini, anak muda ditakrifkan dengan lebih umum; mereka yang mula memainkan peranan warganegara secara aktif (active citizenship)

– dalam konteks Malaysia sekitar umur 18 tahun (tidak lagi dianggap juvenile) hingga 21 tahun, mula diberi hak untuk mengundi – dalam masa yang sama bebas daripada beban serta keterikatan sosial dan ekonomi sehingga tempoh ‘settle down’ – dalam konteks Malaysia antara lewat 20an hingga awal 30an.

1.6 Metodologi Kajian

Kebolehpercayaan sesuatu kajian itu sangat bergantung kepada penggunaan kaedah kutipan data yang sesuai. Andainya kaedah yang digunakan lemah, maka kebarangkalian untuk mendapat keputusan kajian yang jitu adalah sukar. Justeru, kajian ini akan cuba untuk mengelakkan sebarang kelemahan pada data yang dikumpulkan. Berdasarkan kesesuaian kajian dan memperkirakan penglibatan penyelidik sendiri dalam lapangan kajian ini, kaedah yang difikirkan paling berpadanan adalah kualitatif. Terdapat tiga langkah yang akan dititikberatkan iaitu, persampelan, pengutipan data dan analisa data.

Persampelan terarah (purposive sampling) telah digunakan dalam kajian ini.

Sampel diambil dengan memperkirakan sejauh mana mereka (responden) dapat membantu untuk mencapai tujuan kajian. Responden dipilih berdasarkan tahap penglibatan mereka dengan Komuniti Universiti Bangsar Utama (UBU) dan bagi keperluan kajian ini, kajian ditumpukan kepada beberapa aktor utama yang mengasaskan dan menggerakkan UBU. Oleh itu, terdapat tiga orang responden yang dilihat (oleh kebanyakan ahli komuniti) sebagai pengasas dan pemikir (idelog) UBU

42 iaitu Hishamudin Rais, Fathi Aris Omar dan Malek Husin. Namun hanya

Hishamudin Rais dan Fathi Aris Omar dikatakan lebih banyak terlibat dengan komuniti UBU berbanding Malek Husin. Maka dua responden ini dinilai lebih signifikan untuk menyumbang kepada kajian. Selain itu, dua orang ahli penting – pengasas dan ahli teras – UBU turut dikenalpasti sebagai responden utama kajian ini.

Menariknya juga, kini mereka – Rahmat Haron dan Koy – bekerja dalam lapangan yang berbeza. Seorang bergiat aktif dalam penggiat seni (lukis tampak dan penyajak) dan seorang lagi dalam bidang akademik sebagai felo penyelidik di universiti awam.

Namun keduanya masih terlibat aktif dalam kerja – kerja aktivisme khususnya dengan masyarakat dalam tingkat ekonomi terendah dan golongan muda.

Kutipan data

Data adalah maklumat yang dikutip daripada responden. Kaedah kutipan data juga mempengaruhi kejituan analisa kelak. Maka tiga kaedah kutipan data kualitatif telah dipertimbangkan berdasarkan kesesuaian saiz dan jenis responden. Kaedah tersebut adalah kaedah perpustakaan, temubual mendalam (in-depth interview) dan akhir sekali pemerhatian ikut serta (participatory observation). Ketiga – tiga kaedah ini difikirkan sesuai berdasarkan tuntutan objektif kajian. a) Kaedah perpustakaan

Data yang akan digunakan dalam kajian ini akan dikutip melalui tiga kaedah.

Pertamanya melalui bahan tulisan dan terbitan komuniti yang terbabit. Jika terdapat sebarang kuliah atau kelas yang dijalankan oleh komuniti terbabit, nota kuliahnya akan cuba diperolehi. Bahan ini pastinya dapat memberi gambaran sejauh mana tingkat intelektual dan keseriusan komuniti ini dalam berwacana. Bahan ini juga dapat membantu untuk menilai orentasi ideologi sama ada berorentasikan agama,

43 liberal, sosialis dan lain – lain. Selain itu, kertas – kertas kerja dan sebaran komuniti

UBU ini juga diperolehi dan turut dianalisa. Data – data sekunder yang berkaitan dengan gerakan sosial juga akan cuba diperolehi melalui kajian perpustakaan yang akan dilakukan lebih awal. Tujuannya adalah untuk mendapatkan gambaran awal sebelum turun ke lapangan. Keduanya adalah untuk mengenal pasti tokoh atau individu yang signifikan dengan keperluan kajian dan ketiganya bagi menyediakan skop wawancara, perbincangan, temubual atau sebagainya dengan mereka. Di samping menyediakan kefahaman latar politik, sosial dan ekonomi ketika era

Reformasi 1998.

b) Temubual

Kaedah kedua yang akan digunapakai dalam menyempurnakan kajian ini adalah melalui temubual dengan para ahli komuniti yang terlibat. Untuk itu, anggota komuniti yang penting akan dikenal pasti terlebih dahulu seperti pengasas, ketua atau wakil dan anggota komuniti yang aktif. Sebelum temubual diadakan, satu temujanji akan diaturkan agar temubual dapat berjalan lancar dan mendapat kerjasama penuh daripada responden. Temubual ini dirancang lebih bersifat semi-structured dan in- depth serta dalam masa yang sama pertanyaan yang lebih mendalam dapat diajukan terutamanya dalam mentafsir makna di sebalik sesuatu pernyataan, pandangan , kata

– kata, istilah tertentu, perlakuan dan lain – lain.

Soalan yang diberikan telah dikategorikan kepada tiga tema utama yang menjurus kepada keperluan objektif kajian. Pertamanya mengenai latar belakang responden dan pengalaman mereka menanggapi Reformasi 1998. Hal ini penting untuk memahami bagaimana Reformasi 1998 itu mengimpak pandang dunia mereka sama

44 ada menjadikan mereka lebih political atau sebaliknya. Keduanya mengenai sejarah penubuhan UBU, dorongan – dorongan utama yang membawa kepada idea penubuhannya. Akhir sekali, wawancara akan ditumpukan kepada tata gerak dan cabaran yang mereka hadapi.

c) Pemerhatian ikut serta

Pengkaji telah mengikuti banyak siri program secara tidak formal dengan ahli – hali

UBU. Melalui penyertaan ini, pengkaji mendapat gambaran yang lebih jelas dan dekat akan situasi dalaman UBU. Penyertaan pengkaji bukanlah sebagai ahli UBU, hanya sekadar sebagai peserta program dan hadirin. Antara program yang melibatkan ahli UBU yang pernah pengkaji sertai adalah bengkel hubungan etnik, tayangan dan diskusi filem, kuliah media dan politik, serta banyak perjumpaan – perjumpaan sosial yang tidak formal. Melalui hubungan sosial ini pengkaji membuat pemerhatian terhadap tingkah laku dan orentasi politik ahli UBU ini. Penilain ini juga dibuat dengan kesedaran bahawa pengkaji seboleh mungkin harus bersikap objektif dalam kajian. Data dan maklumat yang telah dikutip akan disusun dan dikategorikan mengikut tema – tema yang telah ditentukan berdasarkan keperluan objektif kajian bagi memudahkan analisa.

45

1.7 Pembahagian Bab

Bab pertama merupakan pengenalan terhadap kajian ini. Bahagian ini akan menjawab persoalan kajian, kesignifikanan dan menyediakan kerangka kepada keseluruhan kajian.

Bab 2 akan tumpuan kepada penglibatan anak muda dalam politik sepanjang garis sejarah sebelum Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1970-an. Bab ini akan menghujahkan bahawa anak muda secara konsisten terlibat dalam politik meskipun dalam organisasi yang berbeza – parti politik, kesatuan buruh, NGO, kesatuan pelajar dan lain-lain lagi. Namun dekad 1970an menunjukkan berlakunya perubahan besar terhadap gerakan anak muda di Malaysia.

Bagi memahami perubahan yang berlaku kepada gerakan anak muda pada waktu itu,

Bab 3 akan menjelaskan mengenai perubahan struktur sosio-ekonomi masyarakat

Malaysia pada tempoh itu – 1970an hingga 1990an. Bab ini akan menunjukkan bagaimana penyertaan kuat negara dalam ekonomi telah memberi kesan besar terhadap sosio-politik anak muda, khasnya melalui DEB. Anak muda adalah kelompok paling terkesan dengan perkembangan ekonomi pada waktu berikutan mereka merupakan kelompok umur guna tenaga paling besar negara.

Sehubungan dengan itu, pertumbuhan ekonomi ini tidak diikuti bersama-sama dengan perluasan ruang demokrasi. Malah, tahun 1970an menyaksikan anak muda di universiti mula diikat dengan AUKU. Selain itu, Bab 4 juga akan membentangkan bagaimana akan muda pada dekad 1970an hingga kini berdepan dengan perlecehan dan secara perlahan-lahan menghilangkan upaya mereka untuk terlibat secara aktif dalam proses membuat keputusan, baik di dalam kampus mahupun di luar kampus.

46

Namun begitu, gerakan anak muda tidak mati begitu sahaja. Bab 5 ini akan memberikan gambaran mengenai Reformasi yang terjadi pada penghujung 1990an bukanlah semata-mata kerana saga Anwar Ibrahim malah merupakan kesan daripada perubahan struktur masyarakat dan juga terhakisnya ruang demokrasi untuk tempoh yang lama – dan anak muda juga merupakan antara segmen penting dalam gerakan ini.

Bab 6 akan memberi tumpuan khusus kepada Universiti Bangsar Utama (UBU) yang merupakan kelompok anak muda Melayu kota yang ‘terhasil’ akibat situasi yang dibincangkan dalam Bab 4 dan Bab 5. Mereka merupakan kelompok anak muda pasca DEB yang cuba menempatkan diri mereka dalam politik baru.

Bab akhir ini merupakan perbincangan mengenai kemunculan kelompok anak muda ini dan cuba memberikan analisa mengapa anak muda seperti UBU, mengambil pendirian politik yang demikian dan memilih bentuk advokasi yang menggunakan budaya popular. Sebagai penutup, Bab 7 juga akan mengusulkan beberapa saranan untuk melanjutkan lagi kajian yang berkaitan.

47

BAB 2 PENGLIBATAN POLITIK ANAK MUDA: SEBELUM PERANG DUNIA II SEHINGGA AUKU

2.1 Pengenalan

Bab ini bertujuan memberi gambaran umum berkenaan penglibatan politik anak muda sepanjang sejarah negara sejak awal abad ke-20 sehingga 1970-an, setelah bermulanya AUKU. Oleh kerana sifatnya sebagai kajian awal, tulisan ini sangat bergantung kepada kajian sedia ada berkenaan gerakan sosial di Malaysia, dan mengambil dimensi penglibatan anak muda. Pendekatan penulisan sejarah negara sering mendapat kritikan oleh banyak pihak kerana sering meminggirkan sumbangan banyak komponen masyarakat di negara ini.

Antaranya adalah sumbangan kelompok kiri dalam sejarah tidak diberikan kedudukan selayaknya.22 Namun, tetap ada usaha untuk menawarkan perspektif berbeza dalam melihat perkembangan sejarah politik negara.23 Selain itu, kesatuan buruh juga seakan tidak mempunyai sumbangan terhadap sejarah pembentukan sejarah politik negara. Hanya terdapat sedikit karya yang membincangkan sumbangan dan peranan kesatuan buruh.24 Mereka dilihat hanya sebagai secondary dalam politik negara. Seolah-olah negara ini hanya digerakkan oleh beberapa tokoh sahaja. Begitu juga halnya dengan peranan anak muda.

Maka, bab ini akan menumpukan sumbangan anak muda sepanjang sejarah negara. Hal ini kerana, meskipun penglibatan mereka sangat jelas sepanjang sejarah

22 Bagi huraian lanjut rujuk, Firdaus Abdullah (1985) Rustam Sani (1975). 23 Sebagai contoh, dalam konteks gerakan kiri antaranya Mohamed Salleh Lamry (2006), Baharuddin Abdul Latif (1976), Cheah Boon Kheng (1979), Firdaus Abdullah (1985), dan Ramlah Adam (2004). Begitu juga dengan sumbangan perempuan dalam sejarah gerakan sosial negara ini mula diberi perhatian, selain daripada memoir-memoir penting seperti Aishah Ghani (1992), Khatijah Sidek (1985), dan Suraini Abdullah (1999) terdapat banyak kajian ilmiah berkaitan dengan peranan perempuan dalam politik termasuklah Rashila Ramli dan Saliha Hassan (1998), Ng, Cecilia dan Chee, Heng Leng (1996) dan Nik Safiah Karim (1990). 24 Rujuk Rohana Ariffin (1988), (Arokia Dass 1991). 48 gerakan sosial negara ini, namun, identiti mereka sebagai anak muda tidak ditonjolkan. Seawal sebelum Perang Dunia Ke-2, anak muda telah terlibat secara aktif dalam gerakan nasionalisme dan berperanan besar dalam penubuhan parti politik pertama orang Melayu. Kemudian, anak muda juga merupakan aktor penting yang yang menyemarakkan idea nasionalisme melalui penulisan kreatif dan kewartawanan. Setelah merdeka, anak muda tetap aktif dalam banyak persatuan, khasnya di universiti. Artikel ini bertujuan mencadangkan idea bahawa anak muda secara konsisten terlibat dalam politik baik secara langsung mahupun tidak sepanjang sejarah gerakan sosial negara ini.

2.2 Kaum Muda & al-Imam

Sebelum adanya al-Imam, antara tahun 1876 hingga 1941, telah ada kira-kira 147 akhbar berbahasa Melayu diterbitkan di negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri

Selat (Firdaus Abdullah 1985: 3). Antaranya ialaha Jawi Peranakan, Tanjung

Penegri, Seri Perak, Jajahan Melayu, Jambangan Warta (Roff 1972). Menurut

Abdul Aziz (2001:4), Kaum Muda25 melalui majalah bulanan mereka, Al-Imam, merupakan sebuah gerakan politik yang pertama sekali menyusun perjuangan anti- kolonial dan meniupkan semangat nasionalisme. Kelompok ini mengambil model yang dibangunkan oleh Abduh dan anak muridnya Rashid Ridha yang menyebarkan idea mereka melalui penerbitan majalah, Al-Manar.

Antara tokoh awal Kaum Muda ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, yang merupakan lulusan Universiti al-Azhar, Mesir. Di Mesir, beliau berhubung secara langsung dengan Rashid Ridha. Beliau berasal dari Minangkabau, dan pada usia

25 Kaum Muda adalah nama yang pada awalnya, ejekan, kepada golongan reformis (islah) yang mengikut aliran Jamaluddin al-Afgani, Muhammad Abduh, dan Rasyid Ridha.

49 seawal 11 tahun, beliau dihantar ke Makkah. Terdapat kekaburan maklumat berkenaan tempoh beliau berada di Makkah dan Mesir antara 20-23 tahun, sebelum pulang dan menetap di Perak pada tahun 1899. Ertinya, beliau hanya berusia awal

30-an semasa mula berkhidmat sebagai ‘ulama’ dan menganggotai Ahli Mesyuarat

Orang-orang Besar Perak. Pada tahun 1905, seorang lagi tokoh islah telah pulang dari Makkah, yang ketika itu berusia sekitar awal 20-an. Beliau kemudiannya berperanan sebagai penolong pengarang. Mereka, bersama-sama dengan tokoh islah lainnya, termasuk Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, menerbitkan edisi sulung al-Imam pada 23 Julai 1906 (Abdul Aziz 2001: 165-169).

Sungguhpun, majalah al-Imam ini hanya mampu bertahan hanya untuk dua tahun (keluaran terakhirnya pada 25 Disember 1908), namun edaran bulanannya cukup mengagumkan. Jualannya tersebar ke banyak bahagian Nusantara sehingga memungkinkan majalah ini dicetak sebanyak 5,000 naskhah untuk setiap keluaran.26

Al-Imam juga mempunyai jaringan wakil penjual yang besar di seluruh Nusantara; termasuk Bangkok. Hal ini menunjukkan pengaruh majalah ini yang luas (Roff

1967).

Antara isu yang paling banyak disentuh dalam oleh Kaum Muda dalam al-

Imam pastinya isu pendidikan. Kaum Muda percaya, pendidikan harus meliputi seluruh rakyat dan tidak hanya terhad kepada warna kulit atau kelas-kelas tertentu sahaja. Malah, al-Imam juga dengan sinis mengkritik dasar pendidikan kolonial yang setakat mahu melahirkan ‘kerani dan posmen’ sahaja dengan kualiti hanya sekadar ‘memahami perintah-perintah kaum penjajah’ (Abdul Aziz 2001: 230-233).

26 Jumlah ini boleh dianggap sangat hebat, berdasarkan perkiraan pada tahun yang sama, kebanyakan penerbitan menjelang Perang Dunia II tidak pernah melebihi 3,000 naskhah per edisi. Bagi perbincangan lanjut, lihat I. Proudfoot, 1985. Pre-War Malay Perodicals: Notes to Roff’s Bibliography Drawn from Government Gazettes dalam Kekal Abadi. Kuala Lumpur.

50

Pengaruh agama tidak dapat disangkal sebagai medium penentangan secara langsung terhadap monopoli kuasa politik oleh elit tradisional – raja-raja Melayu, aristokrat, dan majlis agama tiap negeri. Berikutan dengan itu, timbul pertentangan kuat antara Kaum Muda dan Kaum Tua ini. Contohnya di Kelantan, majlis agama negerinya menerbitkan jurnal khas bernama Pengasuh semata-mata untuk memerangi

Kaum Muda. Namun begitu, meskipun idea-idea reformis ini telah tersebar dalam kalangan masyarakat Melayu luar bandar melalui guru-guru agama, pusat gerakan itu masih kekal di kawasan bandar negeri-negeri selat, khasnya Pulau Pinang dan

Singapura, yang ditadbir secara langsung oleh British dan tiada pengaruh elit tradisional (Rustam Sani 2008: 3).

2.3 Kolej Latihan Sultan Idris (SITC)

Kolej latihan Sultan Idris boleh dikatakan sebagai antara titik permulaan sejarah kesedaran politik nasional di negara ini. SITC antara kolej terawal yang mengumpulkan anak muda dari seluruh Semenanjung dan ini telah membantu untuk membenarkan mereka berinteraksi dan saling bertukar pandangan. Menurut Roff, penuntut Kolej Latihan Sultan Idris (SITC)27 dipengaruhi oleh kesedaran kebangsaan

Indonesia (1967: 157). O.T. Dussek, pegawai kolonial British dikatakan antara yang bertanggungjawab membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan penuntut.

Dussek percaya bahawa kebajikan Melayu boleh dipastikan dengan penambah baik pendidikan vernakular Melayu. Bagi mengatasi kekurangan buku rujukan dalam

27 Sejarah penubuhan SITC atau bermula dengan cadangan R.O. Winstedt untuk memusatkan maktab- maktab perguruan Melayu. Setelah mendapat persetujuan Sultan Abdul Jalil Perak, Pesuruhjaya Tinggi British telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah Maktab Pusat yang besar bagi guru- guru Melayu sebagai kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Ibni Almarhum Raja Iskandar, Perak. Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training Collge for Malay Teachers yang dikenali dengan nama ringkasnya sebagai SITC telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negara pada 29 November 1922.

51 bahasa Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu politik, Dussek membeli dan menggunakan banyak buku yang diterbitkan oleh Balai Pustaka (sebuah percetakan yang ditubuhkan oleh Belanda selepas Perang Dunia Pertama untuk menerbitkan karya Melayu.) Dengan membaca buku ini, pelajar seperti Ibrahim

Yaacob dan Buyong Adil dipengaruhi oleh nasionalisme Indonesia. Ibrahim Yaacob berkata, kesedaran politik yang timbul membawa beliau dan empat rakan sekolej mendaftar secara rahsia sebagai ahli PNI (Iskander Kamel 1951:60-61). Berkenaan kebanyakan pelajar yang lain, Roff berkata seorang lulusan SITC pernah menyebut kebanyakan penuntut tidak begitu berminat dengan politik, walaupun mereka memandang tinggi akan keupayaan berpolitik orang Indonesia. Sebaliknya, mereka lebih berminat penulisan sebagai cara untuk membantu orang-orang Melayu meningkatkan tahap kehidupan mereka (Roff 1967:155).

2.4 Maahad Il- Ehya Assyarif Gunung Semanggul (MIAGUS)

Sebuah lagi institusi yang menyumbang kepada gerakan radikal kalangan anak muda

Melayu ialah Maahad Il- Ehya Assyarif Gunung Semanggul (MIAGUS), yang jelas berorientasikan pengajian agama. Selepas Perang Dunia II, semasa kebangkitan semangat menuntut kemerdekaan daripada pemerintah Kolonial British, Islam di

Malaya menjadi sumber langsung ideologi politik. Ini berlaku apabila parti politik yang berteraskan agama ditubuhkan di MIAGUS. Sekolah ini ditubuhkan pada 1934 oleh Ustaz Abu Bakar Al-Bakir yang mendapat sokongan kuat daripada masyarakat

Gunung Semanggol. Hanya dalam tempoh enam tahun, sekolah ini berkembang dan menjadi kukuh – dari segi penuntut, tenaga pengajar, dan aset.28 Menjelang tahun

28 MIAGUS juga menerima sumbangan tujuh ekar ladang getah, satu deret rumah kedai dan satu bidang tanah untuk premis sekolah. Semua pentadbiran MIAGUS ini, diuruskan oleh Persatuan Il- 52

1939, MIAGUS menerima 400 orang penuntut dari seluruh negara (Firdaus Abdullah

1985: 31).

Pada tahun 1937, tujuh orang tenaga pengajar di MIAGUS merupakan lulusan pengajian Islam reformis dari Mesir dan Minangkabau. Terdapat juga guru- guru yang terlatih di Darul Ulum, Makkah, dan Jami’ah Milliah, di India yang sedia terdedah dengan gerakan reformis Islam. Maka, tidak hairanlah, tingkat kesedaran politik kalangan penuntut MIAGUS ini tinggi, dan sebahagian daripada mereka menulis berkenaan situasi ekonomi dan sosial masyarakat Melayu di akhbar seperti

Utusan Melayu, Warta Negara dan Warta Kinta (Mohd. Sarim 1979: 167).

Manifestasi kesedaran politik penuntut ini makin jelas, pada Februari 1940, sekumpulan daripada mereka menubuhkan nukleus cawangan Kesatuan Melayu

Muda (KMM) di utara Perak. Tidak lama selepas itu, aktiviti MIAGUS, seperti kebanyakkan institusi pendidikan lainnya, terbantut akibat perang. Para penuntut dipaksa pulang ke kampung masing-masing. Hampir lima tahun, operasi MIAGUS sangat terhad (Firdaus Abdullah 1985: 32).

Namun, dalam tempoh ini, Ustaz Abu Bakar banyak berinteraksi dengan Dr

Burhanuddin Helmi, tokoh nasionalis Melayu. Sebaik sahaja tamat Perang Dunia II, penubuhan Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), telah memberi peluang kepada penuntut dan tenaga pengajar MIAGUS menyalurkan kegiatan politik mereka. Setidaknya, terdapat tiga orang penuntut MIAGUS yang menghadiri

Perhimpunan Pertama PKMM di Ipoh dari 10 hb November hingga 3 Disember

1945. Mereka ialah Baharuddin Latiff, Othman Hamzah, dan Yunus Yatimi yang aktif dalam kepimpinan Angkatan Pemuda Insaf (API), sayap pemuda PKMM.

Mereka kemudiannya menyertai Parti Islam Se-Malaya (PAS), dan kekal aktif,

Ehya Assyarif yang ditubuhkan pada 1940 untuk menyediakan sistem pentadbiran dan sokongan kewangan untuk sekolah ini (Firdaus Abdullah 1985:31) 53 kecuali Yunus yang akhirnya menyertai jabatan kerajaan pada awal 1970an (Firdaus

Abdullah 1985: 33).

Kelihatannya, korikulum MIAGUS sengaja dibentuk sedemikian rupa bagi menyuburkan kesedaran politik dan sosial dan juga membina semangat nasionalisme yang kuat dalam kalangan penuntut. Antaranya subjek Asuhan Semangat yang membangkitkan sejarah kegemilangan empayar Islam, kesedaran tentang kemunduran masyarakat Melayu, dan keperluan untuk ‘mengembalikan’ kerajaan

Islam. Penuntut juga diwajibkan, setidaknya sebulan sekali, untuk menyertai gotong- royong, bagi mengukuhkan lagi hubungan mereka dengan masyarakat sekitar.

Mereka ditugaskan untuk membersihkan halaman masjid, kubur, membaiki tali air, dan membina titi. Mengikut Firdaus Abdullah (1985:34), pendekatan ini merupakan sosialisasi politik antara penuntut dan penduduk kampung. Mereka belajar untuk mendekati dan memposisikan diri dalam masyarakat.

2.5 Kesatuan Melayu Muda (KMM) & Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Sebagaimana yang diperlihatkan sebelum ini, Kesatuan Melayu Muda yang digambarkan sebagai parti politik radikal Melayu pertama (Roff 1967, Rustam Sani

2011) ditubuhkan pada pertengahan tahun 193829 mempunyai hubungan dengan

SITC dan MIAGUS. Namun begitu, sebagaimana yang disebut oleh ramai penyelidik sejarah nasionalisme sebelum Perang Dunia ke-2, usaha untuk mengkaji

KMM segera berdepan dengan masalah dokumentasi. Hampir mustahil untuk mendapatkan maklumat yang tepat beserta bukti mengenai operasi hariannya,

29 Ibrahim Yaakob mendakwa sebelum KMM ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1938, KMM telah bergerak secara bawah tanah seawal tahun 1930 lagi (Firdaus Abdullah 1985: 65) 54 struktur organisasi, misi dan jumlah tepat keahlian. Tanpa maklumat ini, pastinya sukar untuk mengukur luasnya pengaruh KMM dalam kalangan masyarakat dan terdapat beberapa kenyataan mungkin dibuat secara berlebihan (Rustam Sani 2011,

Ramlah Adam 2004). Rustam Sani umpamanya, beranggapan penglibatan SITC dalam KMM terlalu dilebih-lebihkan (exaggerated). Namun dalam masa yang sama, beliau tidak menafikan sumbangan Ibrahim Yaakob dan para graduan lain di SITC dalam mengasaskan KMM. Khasnya, peranan yang dimainkan oleh Ikatan Pemuda

Pelajar yang ditubuhkan pada tahun 1929 oleh Ibrahim Yaakub di SITC.

Penubuhan KMM ini adalah penanda kepada permulaan usaha tersusun untuk menawarkan idea politik radikal dalam kalangan orang Melayu. Gagasan mereka adalah untuk menamatkan penjajahan kolonial dan menubuhkan Melayu Raya

(Firdaus Abdullah 1985:65, Cheah Boon Kheng 1983:101). Organisasi politik yang sering dirujuk sebagai pertubuhan ‘radikal’ atau ‘kiri’ Melayu pertama ini ditubuhkan pada pertengahan 1939 di Kuala Lumpur (Roff 1967). Menariknya, pengasas KMM ini adalah golongan muda; Ibrahim Yaakob berusia 27 tahun ketika

KMM ditubuhkan, Ishak Haji Muhammad 29 tahun, dan Ahmad Boestamam 18 tahun ( Rustam Sani 2011:47, Ahmad Boestamam 1971).

Sejak penubuhannya, usaha kepimpinan KMM terhad kepada kalangan kumpulan intelektual yang mengajar di sekolah vernakular Melayu, wartawan akhbar vernakular Melayu, dan masyarakat Melayu kelas bawahan. Ibrahim Yakkob kemudiannya mengadakan hubungan dengan Jepun setelah menyedari kekuatan

Jepun. Jepun kemudiannya memberi bantuan kewangan sehingga membolehkan

Ibrahim Yaakob membeli akhbar Warta Malaya yang menerbitkan artikel-artikel yang anti-British. British kemudiannya bertindak menangkap Ibrahim Yaakob dan

55 beberapa pemimpin lainnya di bawah Peraturan Pertahanan yang diluluskan pada awal 1940 (Rustam Sani 2011: 27-28).

Setelah British kalah mengejut terhadap Jepun pada 15 Februari 1942,

Ibrahim Yaakob dan komradnya segera dibebaskan kerana dianggap sebagai sekutu

Jepun. KMM kemudiannya bekerjasama secara sulit dengan Parti Komunis Malaya

(PKM) dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Kerjasama ini kemudiannya sampai ke pengetahuan pihak berkuasa Jepun ketika itu dan bertindak mengharamkan KMM. Namun Ibrahim Yaakob tidak ditangkap, sebaliknya Jepun menubuhkan Giu Gun atau Pembela Tanah Air (PETA) dan melantik Ibrahim

Yakoob menjadi Ketua Komander (Firdaus Abdullah 1985: 29).

Setelah KMM dibubarkan dan tamat Pendudukan Jepun, PKMM pula ditubuhkan di Ipoh, Perak pada 17 Oktober 1945. Beberapa orang bekas ahli PKM turut menjadi ahli PKMM bersama-sama dengan tokoh-tokoh KMM. Antara mereka yang terlibat dalam pembentukan PKMM ialah Mokhtaruddin Lasso, Dr.

Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestaman dan Khatijah Ali. Matlamat penubuhan

PKMM ialah mempersatukan bangsa Melayu, menaikan semangat kebangsaan di kalangan bangsa Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malaya dalam keluarga besar iaitu Republik Indonesia Raya ataupun Melayu Raya.

Walaupun PKMM ini berhaluan kiri, namum PKMM juga memainkan peranan menentang dengan membentuk PUTERA30 (Mohd Fo’ad

30 Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) ditubuhkan pada 22 Februari 1947. Ia merupakan hasil daripada gabungan beberapa buah parti politik Melayu berhaluan kiri seperti PKMM, API, AWAS, BATAS, Hizbul Muslimin dan Gerakan Angkatan Muda (GERAM). Tujuan penubuhan PUTERA ini adalah untuk mewujudkan gabungan yang padu di kalangan parti parti politik haluan Melayu kiri bagi memberi saingan kepada UMNO. Ia dipimpin oleh Ishak Hj. Muhamad. Antara dasar perjuangan PUTERA ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, istilah Melayu haruslah digunakan untuk semua warganegara Tanah Melayu, perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal luar negara dan pertahanan mestilah merupakan tanggungjawab bersama antara Tanah Melayu dengan British dan 56

Sakdan, 1999: 121). PUTERA kemudiannya bergabung dengan AMCJA membentuk PUTERA-AMCJA pada tahun 1947. Gagasan Malayan Union dan

Persekutuan Tanah Melayu yang dianjurkan oleh penjajah British ditentang oleh

PUTERA-AMCJA. Lantaran itu, mereka telah melahirkan sebuah perlembagaan yang diberi nama Perlembagaan Rakyat31 pada tahun 1947. Seperti diduga,

Perlembagaan Rakyat ini ditolak dan sebaliknya Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu yang dikemukakan oleh pemerintah British dengan Raja-raja Melayu diterima pakai. Dengan ini pada tarikh 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu terbentuk secara rasmi.

Penolakan Perlembagaan Rakyat ini menyebabkan, golongan kiri melancarkan gerakan balas. PUTERA-AMCJA melancarkan hartal di seluruh Tanah

Melayu pada 20 Oktober 1947. Hal ini mendapat sokongan daripada Malayan

Democratic Union, Malayan Indian Congress dan Pan Malayan Federation Trade

Union (Ishak Saat 2010, Ramlah Adam 2004).

Kesannya sangat menggusarkan British, sehingga British akhirnya mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948. Tempoh darurat ini berjalan selama 12 tahun sehingga tahun 1960. Penguatkuasaan undang-undang ini membolehkan

British untuk menangkap dan memenjarakan tokoh-tokoh haluan kiri. Dianggarkan sejumlah 5,362 orang pejuang radikal telah ditangkap dan dipenjarakan di kem-kem

yang terakhir bendera kebangsaan Tanah Melayu haruslah mengandungi warna kebangsaan Melayu iaitu merah putih seperti bendera Indonesia-Sang Saka Merah Putih (Zainal Abidin Wahid, 128: 1971).

31 Caturan politik antara kaum telah dirintis oleh Dr. Burhanuddin al Helmy melalui gabungan PUTERA-AMCJA untuk menentang penjajah dengan mengutarakan Perlembagaan Rakyat yang diakui oleh banyak pihak sebagai sebuah cadangan perlembagaan yang terbaik waktu itu. Perlembagaan ini merupakan hasil perbincangan selama tiga hari antara Dr. Burhanuddin, Ishak Hj. Muhammad, Tan Cheng Lock, J. A. Thivy, Ahmad Boestamam, Chan Loo dan Gerald de Cruz. Bagi perbincangan lanjut, rujuk; Ishak Haji Muhammad. 1997. Memoir Pak Sako Putera Gunung Tahan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 57 tahanan politik penjajah (Mohamed Yunus Marulah 1992:72). Jumlah ini bertambah dari setahun ke setahun sehinggalah tahun 1955. Malah statistik yang diperoleh daripada Pejabat Tanah Jajahan menunjukkan bahawa jumlah tahanan darurat sepanjang tahun 1948 hingga 1960 mencecah kepada angka 29,857 orang (Ishak Haji

Muhammad 1997:192). Darurat ini telah memberi kesan besar terhadap gerakan kiri di Malaya.

2.6 Angkatan Pemuda Insaf (API)

Angkatan Pemuda Insaf (API) sering disentuh sebagai sub-topik apabila membincangkan KMM dan PKMM. Sungguhpun hakikatnya API lahir sebagai sayap pemuda PKMM, namun API melalui Kongres Kedua KMM di Melaka pada

Disember 1946 telah dipisahkan daripada KMM dan menjadi pertubuhannya yang tersendiri (Ahmad Boestamam 2004: 193, Firdaus Abdullah 1985:98). Ertinya, API berdiri sebagai sebuah parti politik, bukan hanya sekadar sayap pemuda.32

Ahmad Boestamam, selaku Ketua 1 API mendakwa, partinya mempunyai kekuatan yang besar dari kalangan anak muda dan mampu memberi kesan besar terhadap British. Bukti yang paling kuat menyokong dakwaan ini apabila API merupakan pertubuhan politik pertama yang diharamkan menjelang Darurat 1948

(dan bukannya Parti Komunis Malaya). Parti ini diharamkan oleh kerajaan British pada 17 Julai 1947 dalam Warta Kerajaan Malaya Union melalui Ordinan Persatuan,

1947 (Rustam Sani 2011).

32 Keputusan ini diambil setelah menimbangkan jika sekiranya pemerintah Inggeris akan mengambil tindakan keras terhadap API seperti mengharamkannya kerana sikap perjuangannya yang separuh tentera dan revolusioner, maka PKMM tidak terjejas (Ahmad Boestamam 2004: 193). Jelas API sedar bahawa garis politik mereka sangat berisiko dan ternyata kebimbangan itu berasas apabila tidak lama kemudian API diharamkan dan pemimpinnya ditangkap. 58

Idea penubuhan API datang semasa perancangan sambutan genap enam bulan

Proklamasi Indonesia di Ipoh. Proklamasi itu berlaku pada 17 Ogos 1945 dan mereka merancang untuk mengadakan perarakan serta perjumpaan ramai itu pada 17

Februari 1946. Tarikh enam bulan sesudah Proklamasi itu bukanlah terlalu signifikan untuk disambut tetapi hanya sekadar alasan untuk mengumpulkan orang ramai dan menguji kekuatan PKMM (Ahmad Boestamam 1971, 2004, Rustam Sani 2011,

Firdaus Abdullah 1985).

Dua hari menjelang acara, datang satu cadangan untuk mengumpulkan sekumpulan anak muda untuk mengetuai perarakkan. Oleh kerana masa agak suntuk, dan harus pula mencari anak muda yang tahu untuk berkawad, tugas itu diserahkan kepada Ahmad Boestamam untuk menguruskannya, memandangkan beliau adalah

Ketua Jabatan Pemuda, Dewan Pimpinan PKMM, dan kebetulan pula beliau pernah menyertai sekolah latihan pegawai ketika zaman Jepun – Malai Koa Kunrensho di

Durian Daun, Melaka (Ahmad Boestamam 2004: 143-145). Ahmad Boestamam kemudiannya berjaya mengumpulkan kira-kira 30 orang anak muda. Maka, tarikh 17

Februari 1946 itu diterima sebagai tarikh penubuhan API dengan tiga orang pengasasnya, Ahmad Boestamam, A Rahman Abdul Rahim, dan A Bakar Thareek

(Ahmad Boestamam 2004).

British amat mencurigai PKMM dan API apabila kedua-duanya menyokong seratus peratus perjuangan kemerdekaan Indonesia; begitu juga dengan kemerdekaan

Malaya. Malah, golongan feudal yang selama ini mendapat keistimewaan di bawah

British juga tidak memihak kepada PKMM. Apatah lagi apabila PKMM keluar daripada UMNO. Aktiviti utama API adalah menyediakan latihan separa tentera kepada ahlinya, lengkap dengan uniform khas, dan lagu rasmi. Jurulatih di peringkat

59 rendah akan dihantar mendapatkan latihan di kem latihan khas milik API, di Kersang

Tua Melaka. Latihan separa tentera ini telah meningkatkan lagi kecurigaan British

(Firdaus Abdullah 1985).

Testament Politik API yang diterbitkan pada tahun 1946 telah membawa kepada pengharaman organisasi itu. Boestamam dituduh menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan (Ahmad Boestamam 2004: 188, Firdaus Abdullah 1985: 100).

Melalui dokumen ini, Ahmad Boestamam menggariskan dengan jelas tujuan penubuhan API:

1. Menyatukan pemuda yang insaf dalam satu barisan 2. Mengukuhkan barisan perjuangan untuk bangsa dan tanah air 3. Memberikan latihan rohani dan jasmani kepada pemuda sebagai persiapan untuk menjadi pemimpin 4. Membina semula Malaya mengikut faham demokrasi sejati berdasarkan kedaulatan rakyat 5. Menuntut perwakilan dalam pemerintahan Malaya

Melalui testemen ini juga, digariskan jalur ideologi API. Secara politiknya, API mendokong kemerdekaan Malaya dan memperjuangkan demokrasi. Sistem ekonomi yang diperjuangkan API adalah ekonomi sosialism. Ahmad Boestamam dalam

Testement Politik API ini menggunakan istilah ekonomi yang teratur (planned economy) dengan penglibatan negara (state) yang kuat. Dokumen ini juga menyebut soal keadilan sosial yang dicirikan dengan menghapuskan pertentangan kelas dalam masyarakat Melayu33. Secara umumnya, dokumen ini jelas dibuat secara tergesa-gesa

(dan ini diakui sendiri oleh Ahmad Boestamam), dan amat berbaur sentimen sosialisme dan komunisme (Firdaus Abdullah 1985: 101).

33 Rujuk Ahmad Boestamam, Testament Politik API (1946:9-11) 60

Pengharaman API pada Julai 1947 telah membuatkan Ahmad Boestamam hidup menderita sehingga akhirnya terpaksa meninggalkan Kuala Lumpur dan pulang ke kampung di Tanjung Malim, Perak sebelum kemudiannya ditangkap untuk

11 tahun di bawah Ordinan Darurat 1948. Darurat telah mengubah perjalanan perjuangan politik nasionalis kiri di Malaya. Namun sebagaimana dijelaskan oleh

Firdaus Abdullah, setidaknya ramai juga pemimpin API yang kemudiannya menjadi tokoh besar dalam politik dan pentadbiran negara. Dua orang menjadi menteri kabinet, Mohammad Asri Haji Muda dan Abdul Ghafar Baba. Bekas Ketua

Setiausaha Negara, Abdullah Ayub juga bekas ahli API yang aktif (1985:102).

2.7 ASAS 50: Anak Muda Berjuang Melalui Sastera

Darurat 1948 yang diisyitiharkan British bagi mengekang gerakan nasionalis radikal di Malaya pada waktu itu gagal untuk mematikan keseluruhan gerakan anak muda, meskipun banyak daripada pertubuhan itu akhirnya mati. Aktif politik anak muda ketika itu yang terselamat daripada ditangkap memilih bentuk perjuangan yang lain, sama ada menyertai PKM melancarkan serangan gerila atau menyertai parti politik konservatif kanan yang tidak diharamkan oleh British – UMNO (Firdaus Abdullah

1985, Keris Mas 1979: 60). Namun, tahun 1948 juga menyaksikan tahun permulaan kesusasteraan Melayu moden. Rupa-rupanya, Darurat 1948 telah mengalihkan sebahagian tumpuan anak muda kepada sastera.34

34 Keris Mas sendiri merupakan ahli jawatankuasa PKMM Termeloh, Pahang. Beliau juga merupakan pengarang bagi Suluh Malaya dan Pelita Malaya, akhbar dan majalah terbitan PKMM (Keris Mas: 1979: 29).

61

Kira-kira 20 orang penulis muda35 antaranya Keris Mas, Mohd. Arif Ahmad

(MAS), Asraf, Hamzah, Rosmera, dan Jymy Asmara yang ada kaitannya dengan badan-badan politik kiri yang diharamkan termasuk PKMM telah berjumpa, bermuafakat dan kemudiannya menubuhkan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) di

Singapura.36 Tujuannya adalah untuk menjadikan sastera sebagai alat yang dapat memberi guna dan lebih realistik sifatnya. ASAS 50 ketika itu sangat pro kepada rakyat dan tebal dengan elemen kiri. Sikap politik ASAS 50 ini terlihat dalam falsafahnya: Bahasa dan kesusasteraan adalah juga alat untuk memajukan fikiran rakyat, sesuai dengan cita-cita keadilan masyarakat, kemakmuran, keamanan dan pendamaian.37

Malah, jika diperhatikan tulisan-tulisan sasterawan ASAS 50, kebanyakkan mereka memang kuat terkesan dengan tema darurat. Contohnya tulisan Keris Mas,

‘Kedai sederet di Kampung Kami’, ‘Pemimpun Kecil dari Kuala Semantan’,

‘Kejadian di dalam Estet’, dan ‘Keras Hati’. Sebahagian cerpen ini ditulis pada tahun 1956, setelah lapan tahun Darurat berjalan, kerana pada tahun 1948, suasananya terlalu tegang dan hampir mustahil untuk menulis tema yang sensitif ini.

Tambahan pula, 1948 Keris Mas masih terlalu muda sebagai pengarang. Malah

Tongkat Warrant juga menyentuh persoalan Darurat dalam karyanya, termasuk

‘Setelah 48’ dan ‘Kami yang Terlibat’ (A Samad Said 1989: 110). Tambah Asraf,

35 Tongkat Warrant atau nama sebenarnya Usman Awang, hanya berusia 19 tahun pada tahun 1948, Keris Mas 26, dan Asraf yang juga sekitar 20an, hanya Awam-il-Sarkam yang sedikit berusia, 32 tahun ketika itu.

36 Bagi perbincangan lanjut rujuk, “Pertubuhan Bahasa dan Sastera Melayu di Singapura Selepas Perang Dunia Kedua”, Latihan Ilmiah Syed Husin Ali dalam Bahasa, Jil II, Bil 2, 1960. Begitu juga dengan tulisan Kassim Ahmad, “Kesusasteraan Melayu Baru dalam Masyarakat” dalam majalah Bahasa, Jil 1, Bil 1, Januari-April 1957, yang menjelaskan, kesusasteraan Melayu Baru lahir selepas pengisytiharan Darurat pada 1948 (A Samad Said 1989: 109-110)

37 Atas sikapnya ini, ASAS 50 sering dikaitkan dengan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) di Indonesia. Pandangan ini tidak seluruhnya tepat kerana ASAS 50 lahir pada 6 Ogos 1950, walaupun hanya dirasmikan pada 22 Jun 1951, sedikit lebih awal berbanding LEKRA yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1950 (A Samad Said 1989:108-109). 62 dalam pengenalan Mekar dan Segarnya (1965), satu-satunya kumpulan cerpen

Sasterawan ASAS 50; “Keadaan darurat dan serta suasana pergolakan tanah air tiada dibiarkan lepas untuk bahan kisah pada satu zaman yang diwakili oleh angkatan selepas perang itu”.

Setahun setelah penubuhan jawatankuasa penaja ASAS 50 pada tahun 1950,

ASAS 50 telah mengadakan mesyuarat agung pertamanya pada September 1951.

Hanya dalam tempoh setahun, ASAS 50 telah berjaya menarik minat bukan sahaja bekas ahli parti kiri seperti PKMM dan API, malah ahli UMNO, pengikut Dato Onn dan juga penyokong Kesatuan Sekerja, malah terdapat juga penyokong persatuan

Islam. Kelompok ini umumnya guru-guru Melayu dari serata Semenanjung (Keris

Mas 1979: 125).

ASAS 50 berpegang kepada konsep ‘seni untuk masyarakat’ yang mengajukan sastera sebagai alat memaju dan membebaskan fikiran masyarakat.

Sastera haruslah berfungsi untuk membaiki kepincangan-kepincangan sosial, melepaskan anggota masyarakat daripada kongkongan, penindasan, dan tekanan fikiran dan jiwa yang menyebabkan mereka bersifat pasif, mudah menyerah dan jumud. Namun konsep ini dikritik oleh sebahagian penggiat sastera lainnya yang merasakan ASAS 50 cuba menghapuskan kepercayaan dan amalan tradisi masyarakat Melayu. Hamzah Hussin antara yang paling lantang mengkritik konsep ini sehingga beliau bertindak keluar dari ASAS 50. Maka berlakulah polemik antara

Hamzah Hussin dan Asraf yang sangat diingati, ‘Seni untuk Masyarakat Vs Seni untuk Seni’ (Athi 1997, A Samad Said 1989, Keris Mas 1979). Malangnya, ASAS

50 tidak mampu bertahan lama, setelah lima tahun kewujudannya, ASAS 50

63 perlahan-lahan menjadi semakin kurang prolifik. Namun begitu, ASAS 50 kekal dingati sebagai pengasas kesusasteraan Melayu baru (A Samad Said 1989: 73).

2.8 Anak Muda di Universiti

Pada pertengahan 1950an juga, mahasiswa di Universiti Malaya38 yang ketika itu masih di Singapura mula menjalinkan hubungan dengan tokoh-tokoh ASAS 50.

Antara yang paling rapat dengan Samad Ismail, Keris Mas, Usman Awang ketika itu adalah mahasiswa pengajian sastera, Syed Husin Ali kemudiannya menjadi

Setiausaha pada tahun dua dan ketika tahun tiga menjadi Presiden Persatuan Bahasa

Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Agung dan Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Bendahari

Persatuan Islam (PIUM). Menurut Syed Husin, melalui persahabatannya dengan tokoh ASAS 50, beliau kemudiannya dikenalkan dengan aktivis kiri Singapura seperti Lim Chin Sion, James Putucheary dan S.Woodhull (Syed Husin Ali 2012: 27-

34). Malah, Syed Husin Ali menulis latihan ilmiah untuk Sarjana Muda tentang

ASAS 50 yang bertajuk “Pertubuhan Bahasa dan Sastera Melayu di Singapura

Selepas Perang Dunia Kedua”.

38 Pendidikan Universiti di Malaysia hanya bermula pada 1949, apabila King Edward VII College of Medicine (1905) dan Raffles College (1929), ditubuhkan di Singapura dan digabungkan di University of Malaya (UM) (kemudian sebagai Universiti Malaya). Kampus dibuka di Kuala Lumpur pada akhir 1950-an, kemudiannya kedua-dua cawangan berpecah sepenuhnya beberapa tahun kemudian, cawangan di Kuala Lumpur mengekalkan nama Universiti Malaya. Pelajar Melayu sepanjang tahun 1950-an kurang daripada 10 peratus, jauh lebih rendah daripada nisbah orang Melayu di Semenanjung. Nisbah masih kekal hanya 1/4 pada tahun 1965, tetapi melonjak kepada 70 peratus dalam tempoh sedekad, selepas perubahan besar melalui perlaksanaan DEB dan dasar bahasa. Sementara itu, Malaysia mula mengembangkan sistem pengajian tinggi, menubuhkan universiti awam, kemudian institusi swasta pada pertengahan 1990-an, yang sekarang terdapat berpuluh-puluh bertaburan di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Perubahan ini dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 3.

64

Pada tahun-tahun awal universiti di Malaysia – tahun 1950-an dan 1960-an – menjadi mahasiswa sangat terhormat kerana hanya sejumlah kecil sahaja berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Pelajar dididik untuk mematuhi peraturan dan menjadi graduan dengan kerjaya yang stabil. Kelab Sosialis UM di Singapura menguasai politik kampus pada tahun 1950, kesatuan pelajar dan akhbar mereka ini sangat berpengaruh. Antara tokoh utama Kelab Sosialis ketika itu adalah Abdullah

Majid, Rajakumar, Ungku Omar, Agoes Salim, Kassim Ahmad, Lim Hock Siew, dan

Poh Soo Kai (Syed Husin Ali 20012: 33). Jurnal berbahas Inggeris, Fajar mempunyai jumlah pembaca yang ramai, baik dalam mahupun luar kampus walaupun kadar celik huruf, terutamanya dalam bahasa Inggeris, masih rendah.39

Artikel isu Mei 1954, mempersoalkan dasar Britain dan Amerika Syarikat ke atas

Vietnam dan seluruh Asia Tenggara, merupakan ujian besar terhadap autonomi universiti dan kebebasan akademik. Selepas perdebatan mendadak dalam kalangan pegawai kolonial, lapan ahli sidang redaksi jurnal telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan hasutan (Weiss 2009: 506).

Dalam tahun 1958, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya cawangan Kuala

Lumpur ditubuhkan. Pada tahun-tahun awalnya, persatuan ini tidaklah begitu aktif dan kritikal, lebih banyak mengadakan aktiviti rekreasi dan sukan sahaja. Tambahan pula, Universiti Malaya ketika dibuka pada tahun 1957 hanya mempunyai kira-kira

300 mahasiswa sahaja dan pada tahun 1962, jumlah ini meningkat sedikit kepada

1,341 orang. Sungguhpun mahasiswa UM mula bersikap kritikal terhadap pentadbiran universiti dan kerajaan sejak awal lagi, namun hanya pada tahun 1964, mula menampakkan kekuatan mahasiswa yang besar. Kira-kira 1,000 orang mahasiswa berdemonstrasi menuntut agar lima orang rakan mereka yang dibuang

39 Satu ribu naskah bagi setiap isu dijual di dalam kampus dan di kedai buku luar kampus (Weiss 2009: 506) 65 universiti kerana melakukan ‘ragging’ diterima semula. Begitu juga dengan

Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Pada tahun-tahun awal di

UM, PBMUM hanya menumpukan kegiatan penulisan sastera, program kebudayaan, dan lawatan sekitar Kuala Lumpur. Namun hanya mulai tahun 1956, PBMUM mula bersikap lebih vokal dan memperluaskan takrif kebudayaan yang mencakupi aspek politik, pelajaran, sosial, dan ekonomi. Pada tahun tersebut, PBMUM mula mengadakan siri forum yang serius antaranya ‘Soal Ekonomi Bumiputera’, ‘Faham

Nasionalisma Malaysia’, ‘Peranan Intelektual Melayu’ dan ‘Mengenai Bangsa

Melayu Mundur’ (Muhammad Abu Bakar 1973: 36-37).

Tahun 1960-an adalah tahun penting bagi anak muda serta dunia. Pada tahun ini, anak muda telah memulakan gerakan besar-besaran di serata dunia. Banyaknya terinspirasi dengan gerakan counterculture di Amerika Utara dan UK. Antara yang terawal dan terpenting adalah Berkeley Free Speech Movement (1963-64).

Mahasiswa di Malaya mula mengenali Mario Savio, pelajar falsafah di University

Berkeley. Kemudiannya munculnya gerakan “hippies,” dan pastinya yang paling diingat adalah konsert musik Woodstock yang menghimpunkan hampir 500,000 orang anak muda di Amerika. Begitu juga dengan rusuhan mahasiswa di Perancis pada tahun 1968. Semua ini memberi kesan kepada gerakan mahasiswa di dalam negara pada waktu itu. Ini ditambah lagi dengan peristiwa perpisahan Singapura dari

Malaysia pada tahun 1965, kejatuhan regin Soekarno dan Perang Vietnam yang berlarutan.

Pada bulan Disember 1967, Kelab Sosialis UM di Kuala Lumpur ditubuhkan.

Mahasiswa mula lebih serius dengan ideologi politik dan mula melibatkan diri dengan lebih dekat melalui penyebaran risalah dan kemuncaknya pada tahun 1969,

PMUM yang kuat dipengaruhi oleh Kelab Sosialis mengambil keputusan untuk

66 melibatkan diri dalam kempen pilihan raya. Mereka berhasrat untuk memberi gambaran sebenar kepada masyarakat berkenaan isu politik semasa tanpa menggunakan pendekatan perkauman. Mereka menerbitkan manifesto mereka sendiri dan menuntut agar masyarakat hanya memangkah calon yang memperjuangkan kandungan manifesto mereka. Antara yang dituntut adalah ‘hak rakyat untuk terlibat dalam proses politik tanpa mengira warna kulit, ideologi dan bangsa’, ‘mendesak kerajaan membebaskan tahanan politik dan membicarakan mereka di mahkamah’, membangunakan ekonomi orang Melayu miskin’,‘mengadakan reformasi tanah untuk pertani’, dan ‘menghapuskan penempatan tentera asing di seluruh negara’. Usaha mereka ini mendapat sambutan daripada masyarakat, sebanyak 13 rapat umum telah diadakan dengan dihadiri lebih

100,000 orang. Mereka telah mengembara ke seluruh Semenanjung dari utara ke selatan (Muhammad Abu Bakar 1973: 80-81). Sebagaimana maklum, Parti Perikatan telah kalah teruk pada tahun itu dan kemudian terjadinya tragedi 13 Mei 1969.

Namun, mahasiswa terus bersikap kritikal dan konfransional dengan kerajaan.

PBMUM mengadakan demonstrasi anti-Tunku kerana beranggapan Tunku harus bertanggungjawab terhadap tragedi 13 Mei. Isu itu bertambah hangat apabila Tunku membuat kenyataan di dalam akhbar menuduh Presiden PMUM ketika itu, Syed

Hamid Ali, adalah orang yang memohon permit polis untuk mengadakan perarakan membawa mayat pemuda Cina yang mati ditembak oleh polis di Kepong sebelum pilihan raya. Tuduhan ini dinafikan oleh Syed Hamid (Muhammad Abu Bakar 1973).

Rentetan daripada beberapa siri demonstrasi lainnya, semasa cuti semester awal tahun 1971, tiba-tiba kerajaan mengumumkan penggubalan Akta Universiti dan

Kolej Universiti (AUKU) 1971. Penggubalan ini berkait dengan laporan

Jawatankuasa Kaji Kampus (1970) yang dibentuk oleh MAGERAN yang bertujuan

67 mengawal aktiviti kampus. PMUM antara yang kuat membantah rang undang- undang ini dan telah mengadakan protes serta menyerahkan memorandum bantahan.

Namun, akhirnya rang undang-undang ini diluluskan juga oleh parlimen. PMUM juga mendapat sokongan daripada persatuan mahasiswa Institut Teknologi Mara,

Persatuan Pelajar Universiti Pulau Pinang dan lain-lain lagi.

Sungguhpun AUKU 1971 sedikit sebanyak menjejaskan aktivisme mahasiswa, namun mereka tetap mengadakan beberapa siri demonstrasi. Malah, pada tahun 1973, Kelab Sosialis telah disusun semula dan berjaya meletakkan calon mereka, Hishamudin Rais, sebagai Setiausaha Agong PMUM. Akan tetapi, pada tahun berikutnya, 1974, PMUM dikuasai oleh ABIM. Peristiwa besar yang menjadi kemuncak gerakan mahasiswa dekad 1970an adalah Demonstrasi Tasik Utara di

Johor Baharu. PMUM telah berkemah bersama peneroka bandar lainnya menuntut rumah yang dijanjikan kepada penduduk Tasik Utara. Demonstrasi ini berakhir pada

19 September 1974 apabila Hishamudin Rais, Kalinan Jaya (pemimpin peneroka bandar), Yunus Ali (Ahli Majlis PMUM), Syed Hamid Ali (Setiausaha Agung

PSRM), dan Mohd Amin Ahmad (Setiausaha PSRM Johor) ditangkap. Mereka kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan (Mohd

Shuhaimi 1995:75).

Tidak lama selepas itu, pada bulan November dan Disember 1974 berlaku demonstrasi Baling. Demonstrasi ini bermula pada 19 November 1974 apabila lebih

1,000 orang petani menunjuk perasaan yang berterusan selama tiga hari. Pada 3

Disember 1974, kira-kira 5,000 orang mahasiswa berdemo di Padang Kelab Selangor menuntut pembelaan ke atas pertani di Baling. Kerajaan tidak mengendahkan tuntutan ini dan 1128 orang ditahan. Tunjuk perasaan berjalan untuk beberapa hari lagi, sehingga pada pagi 9 Disember polis telah memasuki kampus dan menahan

68 ramai pemimpin mahasiswa (Hassan Karim 1984). Tindakan polis menceroboh universiti itu adalah simbol terhapusnya autonomi kampus.

Antara yang ditahan adalah Kamarazaman Yaacob (Presiden PMUM), Adi

Satria (Pen. Setiausaha Agung PMUM), Syed Husin Ali, Tengku Shamsul, K.S

Nijar, Lim Mah Hui, Sabiha Samad, Anwar Ibrahim dan Ibrahim Ali. Beberapa orang mahasiswa berjaya melarikan diri ke luar negara, termasuk Hishamudin Rais

(Setiausaha Agung PMUM). Penangkapan ini, bersama dengan pindaan AUKU 1974 yang lebih mencengkam telah melumpuhkan gerakan mahasiswa (Hassan Karim

1984, Mohd Shuhaimi 1995, Weiss 2011).

AUKU dan kekangan lain terhadap gerakan anak muda ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bab 4. Hal ini kerana, perbincangan mengenai kesan perlaksanaan AUKU dan sekatan lainnya harus difahami bersama dengan perubahan persekitaran politik dan sosio-ekonomi pada tahun1970-an, khasnya akibat perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970 hingga 1990 yang akan dihuraikan dalam bab 3.

2.9 Kesimpulan

Melalui bab ini dapat diperhatikan bahawa sememangnya anak muda amat aktif dalam melibatkan diri dalam politik di negara ini, baik dalam parti politik, mahupun di luar parti politik. Mereka bukan sahaja berperanan sebagai pengikut atau ahli mana-mana pertubuhan, malah mereka merupakan pengasas dan peneraju utama sesebuah gerakan. Sebagaimana yang diperlihatkan juga, setiap daripada kelompok

69 ini mempunyai hubungan antara satu sama lain. Sejak KMM dan PKMM, API,

ASAS 50 dan gerakan mahasiswa kemudiannya, pasti akan ada individu yang saling terkait. Ertinya sentiasa terdapat kesinambungan generasi dan idea.

Menarik juga untuk diperhatikan bagaimana gerakan sosial ini dimatikan melalui kuat kuasa undang-undang. Pada tahun 1948 gerakan ini dimatikan melalui pengisytiharan Darurat dan kemudiannya pada tahun 1971 dan 1974, AUKU dilaksanakan. Tindakan ini dilakukan oleh negara apabila merasaka gerakan ini mula mencabar dan menggugat mereka.

Persoalan yang ingin penulis timbulkan daripada karya ini adalah, jika anak muda secara konsisten terlibat dalam politik negara ini, mengapa kini terdapat persepsi yang mengatakan anak muda apati politik, tidak patriotik, dan kurang jati diri? Jika persepsi ini benar, apakah yang punca titik perubahan (turning point) terhadap partisipasi anak muda? Atau, partisipasi mereka telah mengambil bentuk dan pendekatan baru yang memerlukan pendekatan berbeza untuk memahaminya?

Maka, untuk memahami perubahan ini, pemahaman terhadap tranformasi ekonomi dan sosio-politik masyarakat Malaysia selepas tahun 1970 amat penting.

Huraian lanjut berkenaan perihal ini disediakan dalam bab berikutnya.

70

BAB 3 PEMBANGUNAN EKONOMI DAN TRANSFORMASI MASYARAKAT: KESAN KEPADA ANAK MUDA

3.1 Pengenalan

Bab ini memberi tumpuan khusus kepada perubahan sosio-ekonomi Malaysia yang mempunyai hubungan langsung dengan pertumbuhan kelas menengah di Malaysia.

Bahagian ini sangat penting kerana dasar yang diperkenalkan pada tahun 1970 ini

(bersama-sama perkembangan lainnya dalam dan luar negara dalam tempoh yang sama) banyak memberi kesan terhadap dinamik gerakan sosial di Malaysia.

Kefahaman berkenaan implikasi dasar ini membantu untuk mendapatkan gambaran besar berkenaan pertumbuhan dan perubahan gerakan sosial negara ini, termasuk anak muda, selepas DEB.

Bab ini akan memanfaatkan kerangka yang digunakan oleh Rahman Embong

(2000:84-85), di mana pembentukan kelas moden di Malaysia, khususnya kelas menengah, berkait erat dengan tiga kuasa besar dalam masyarakat, iaitu hubungan produksi kapitalis (kuasa pasaran), kuasa negara, khususnya negara pembangunan, dan pengumpulan modal budaya. Kaitan antara hubungan produksi dengan negara dan kelas memang kompleks. Ia melibatkan hubungan antara ekonomi (produksi) dengan kuasa politik (negara) dan kuasa sosial (kelas). Produksi meletakkan asas material untuk negara berfungsi dan berkembang. Walaupun negara tidak menentukan hubungan produksi, namun negara dapat mempengaruhi produksi melalui kawalan undang-undang dan dasar. Hubungan produksi melahirkan kelas- kelas sosial, tetapi arah perkembangan kelas ini turut dipengaruhi oleh negara.

Manakala, pengumpulan modal budaya adalah proses pengupayaan kepada kelompok sosial termasuk kelas. Modal budaya terdiri daripada pendidikan serta

71 komponen-komponen budaya lainnya seperti taraf ilmu pengetahuan secara umum, kemahiran, penglibatan dalam aktiviti budaya, dan sebagainya.

Maka bab ini akan memberi tumpuan kepada penyertaan kuat negara dalam pasaran, khasnya melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB), bagi menambah saiz kelas menengah Melayu. Perubahan ekonomi ini kemudiannya memberi kesan kepada sosio-politik masyarakat Malaysia dan orientasi politik mereka.

3.2 Perkembangan Ekonomi Malaysia

Sejak merdeka hingga tahun 1970, Semenanjung Malaysia telah melalui empat rancangan pembangunan lima tahun yang didasari falsafah laissez faire. Negara, pada peringkat ini, hanya memainkan peranan regulatory dan menyediakan kemudahan infrastruktur ekonomi dan sosial yang diperlukan untuk mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi serta mengurangkan kemiskinan (Rahimah Abdul

Aziz 2000: 49). Strategi kerajaan ketika itu adalah memajukan infrastruktur ekonomi dan membiarkan pihak swasta memajukan sektor komersial dan industri. Kerajaan juga aktif berusaha meningkatkan proses perindustrian (Jomo 1997: 95). Pendekatan yang agak laissez faire ini, walaupun berjaya mewujudkan pertumbuhan ekonomi, tetapi gagal untuk menangi persoalan sejarah dan dilema masyarakat Melayu.

Bahkan telah meningkatkan ketidakseimbangan antara kaum dan rasa tidak selamat dalam kalangan orang Melayu, khususnya terhadap kedudukan politik mereka.

Antara tempoh 1957-1969, Malaysia telah pun mempunyai kelas kapitalis dan menengah Cina yang ramai. Tetapi perkembangan ini tidak diimbangi dengan pencapaian masyarakat Melayu. Kelas kapitalis Melayu belum benar-benar wujud, manakala kelas menengah Melayu masih kecil dan lemah daripada segi ekonomi.

72

Contohnya, pada tahun 1970, berdasarkan perangkaan rasmi, daripada modal saham sebanyak RM5,329.2 juta di Semenanjung Malaysia, pemilikan saham sektor korporat di tangan pemodal Melayu hanya 2.4 peratus (hanya 1.6 peratus di tangan individu dan bakinya pada agensi amanah), berbanding dengan 34.3 peratus di tangan kapitalis bukan Melayu (khususnya Cina) dan 63.3 peratus di tangan pemodal asing (Abdul Rahman Embong 2001:99).

Fokus perancangan pembangunan ekonomi di Malaysia di peringkat awal sebaik sahaja selepas merdeka 1957 ialah terhadap pertumbuhan ekonomi. Dua pelan pembangunan lima tahun Malaya (selepas 1965 namanya ditukar kepada

Rancangan Malaysia Pertama) dirangka dan dilaksanakan dengan tujuan utama bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi, khususnya Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK). Andaiannya ialah apabila ekonomi bertumbuh pesat, peluang pekerjaan akan meningkat dan kemakmuran ekonomi akan tersebar luas dan dapat dinikmati oleh semua penduduk. Dengan ini, tidak perlu usaha khusus untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi mengatasi masalah jika berlakunya pengangguran. Atas alasan yang sama, strategi agihan kekayaan tidak mendapat perhatian pembuat dasar ketika itu. Andaian tadi bagaimanapun tidak menepati kenyataan. Ekonomi Malaysia berjaya bertumbuh cergas di sekitar tahun 1960-an, tetapi kadar pengangguran terus meningkat. Di Semenanjung Malaysia umpamanya, kadar pengangguran meningkat daripada 6.0% (1962) kepada 6.8% (1967/68) (Malaya 1962 dan Malaysia 1970).

“Pertumbuhan tanpa pekerjaan” ini berlarutan dalam tempoh Rancangan Malaysia

Pertama, 1966-1970. Di akhir tempoh rancangan tersebut, didapati kadar pengangguran di Semenanjung Malaysia meningkat lagi kepada 8.0% (atau 7.3% bagi Malaysia) (Malaysia 1971). Di samping itu, jurang perbezaan pendapatan dalam masyarakat turut melebar. Nisbah Gini bagi Semenanjung Malaysia meningkat

73 daripada 0.41 (1957/58) kepada 0.51 (1970) (Snodgrass 1975; Ishak dan Rogayah

1978).

Mulai pertengahan dekad 1960an, terdapat sedikit usaha kerajaan untuk membetulkan keadaan. Perubahan ini berlaku hasil desakan ahli perniagaan Melayu

(yang kecil jumlahnya ketika itu), ahli politik dan pentadbir Melayu yang mahu pemerintah mengambil langkah lebih tegas dengan mewujudkan beberapa buah institusi bagi membolehkan perkembangan kelas kapitalis dan kelas menengah

Melayu. Tuntutan ini akhirnya membawa kepada penubuhan Bank Bumiputera

Malaysia Berhad, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), Lembaga Pembangunan

Bandar (UDA) dan Institut Teknologi MARA (ITM) yang menggantikan Rural

Industry Development Authority (RIDA) (Abdul Rahman Embong 2001: 100).

Namun, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan pencetus kepada perubahan kritikal dasar perancangan pembangunan Malaysia yang jelas diperlihatkan melalui

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), yang diperkenalkan bertujuan menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara kaum (Shamsul 1986: 19-62,

Torii 1998: 12-24, Rahimah Abdul Aziz 2000: 50-52). DEB yang mempunyai matlamat serampang dua mata – membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat (Malaysia 1973: 1) – dilaksanakan dari tahun 1970 sehingga 1990. Dasar ini mempunyai implikasi besar terhadap transformasi struktur sosio-ekonomi masyarakat Malaysia kemudiannya (Abdul Rahman Embong 1996).

Maka, bagi memahami implikasi ini, elok diterangkan dahulu kesan perlaksanaan

DEB terhadap ekonomi negara.

74

Jadual 3.1 Semenanjung Malaysia: Agihan dan Sasaran Imbangan Guna Tenaga Antara Kaum Mengikut Sektor (Perbandingan Tahun 1970 dengan Tahun 1990)

Sumber: Disesuaikan daripada Zulkifly (2009), Torii (2003)

Jika dibandingkan komposisi penduduk antara kaum di negara ini seperti pada tahun 1970, agihan awal guna tenaga antara kaum mengikut sektor pada tahun berkenaan amat tidak seimbang. Seperti dalam Jadual 3.1, majoriti guna tenaga

Melayu terlibat dalam sektor pertanian. Sebaliknya dalam sektor moden, seperti sektor pembuatan dan pembinaan, majoriti pekerjanya adalah terdiri dari kaum Cina.

Kaum India pula tertumpu dalam sektor berkait dengan elektrik, gas dan air.

Pengasingan kegiatan ekonomi antara kaum ini akan mengurangkan interaksi antara mereka. Oleh sebab setiap sektor menghasilkan pulangan yang berbeza, maka agihan pendapatan antara kaum juga menjadi tidak seimbang. Struktur agihan ini cuba diubah melalui DEB. Agihan guna tenaga ini cuba diubah supaya menyamai sekurang-kurangnya agihan komposisi penduduk seperti dalam tahun 1970 (Zulkifly

2009: 5-9).

Berdasarkan Jadual 3.2, dari segi agihan pendapatan isi rumah 1970, di

Semenanjung Malaysia kumpulan 20 peratus tertinggi mempunyai 33.2% daripada

75 jumlah pendapatan manakala kumpulan 40 peratus pertengahan dan 40 peratus terendah masing-masing mempunyai 34.0% dan 12.8% daripada jumlah pendapatan.

Corak agihan pendapatan ini telah bertambah baik pada tahun 1987 di mana jumlah pendapatan kumpulan di atas adalah masing-masing 51.2%, 35.0% dan 13.8%.

Angka Gini, iaitu satu ukuran yang menunjukkan ketidaksamaan agihan pendapatan dalam sesebuah masyarakat, juga menunjukkan agihan pendapatan yang lebih baik daripada 0.5 13 pada tahun 1970 kepada 0.456 pada tahun 1987. Dari segi pendapatan, jurang ketidakseimbangan antara Melayu dengan bukan-Bumiputera masih luas. Nisbah median pendapatan isi rumah antara Cina dan Bumiputera ialah

RM1,667 (1987) dan antara India dan Melayu RM1,307 (1987). Perbezaan mutlak min pendapatan Melayu dengan Cina ialah RM574 (1987) meningkat dari RM522

(1970), dan dengan India ialah RM221 (1987) meningkat dari RM133 (1970). Dalam hal ini, definisi pendapatan perlu diambilkira untuk menggambarkan kedudukan sosial ekonomi pelbagai kaum dan kumpulan kerja. Misalnya, kos perbelanjaan di bandar adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan luar bandar. 40

40Dasar Ekonomi Untuk Pembangunan Negara. Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara 1991

76

Jadual 3.2 Malaysia: Agihan Pendapatan Kumpulan Isi rumah 20% Tertinggi, 40Pertengahan dan 40% Terendah Mengikut Kumpulan Etnik dan Strata, 1970 dan

1987

Sumber: Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara 1991

Dasar Ekonomi Baru ini bukan sahaja telah menyusun agihan pendapatan isi rumah masyarakat Malaysia, malah DEB juga telah mengubah struktur ekonomi negara.

Melalui DEB, tumpuan ekonomi negara telah beralih daripada ekonomi berteraskan pertanian kepada ekonomi berteraskan industri. Perubahan ini diperlihatkan melalui jadual 3.3 di bawah.

77

Jadual 3.3 Malaysia: Pertumbuhan Tenaga Kerja 1970-2010 (%)

100%

90%

80%

70% Perkhidmatan* 60% Pembinaan 50% Pembuatan 40% Perlombongan 30% Pertanian 20%

10%

0% 1970 1975 1980 1985 1990 1995 2000 2005 2010

Nota*: Perkhidmatan boleh dibahagikan kepada tiga: kerajaan, bukan kerajaan, dan lain- lain yang meliputi elektrik, gas, air, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi, perdagangan borong & runcit, hotel dan restoran, kewangan, insurans, hartanah, dan perkhidmatan perniagaan. Sumber: Disesuaikan daripada Rahimah Abdul Aziz (2000: 62), Jabatan Perangkaan Malaysia (2012)

Jadual 3.3 dengan jelas menunjukkan transformasi ekonomi yang berlaku dalam tiga dekad yang mengubah asas ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian dan perkhidmatan. Pada dasarnya masyarakat Malaysia pada tahun 1970 masih merupakan masyarakat pertanian dengan 52.6 peratus penduduknya terlibat dalam sektor pertanian. Walau bagaimanapun, sektor perindustrian mula berkembang mulai tahun 1970, sungguhpun dari segi keseluruhannya masih kecil untuk menampung keperluan pekerjaan dan pembangunan sebuah negara baru. Setelah perlaksanaan dasar perindustrian berorientasikan eksport dan DEB, sumbangan sektor pembuatan dan pembinaan berkembang dengan ketara. Seiring dengan perindustrian, sektor perkhidmatan juga turut berkembang. Sumbangan terhadap pekerjaan telah

78 berkembang daripada 28.6 peratus pada tahun 1970 kepada 37.5 peratus pada tahun

1980, dan hampir mencapai 50 peratus pad tahun 2000.

Pada masa yang sama, sumbangan sektor pertanian kepada guna tenaga merosot dengan ketara daripada 52.6 peratus pada tahun 1970, kepada 39.7 peratus pada tahun 1980, 26.0 peratus pada tahun 1990 dan sekitar 13 peratus pada tahun

2000 – kemerosotan hampir empat kali ganda dalam tempoh tiga puluh tahun.

Jadual 3.4 Kadar Urbanisasi (Pembandaran) antara tahun 1970 hingga 2010 dalam Peratus 100% 90% 80% 70% 60% 50% Penduduk luar bandar 40% Penduduk bandar 30% 20% 10% 0% 1970 1980 1991 2000 2010

Sumber: Disesuaikan daripada Abdul Rahman Embong (2000), Jabatan Perangkaan Malaysia (2010)

Apabila tumpuan ekonomi telah beralih kepada industri, bandar-bandar baru mula dibuka, khusus untuk menampung kilang-kilang baru. Urbanisasi ini juga selari dengan penghijrahan ramai penduduk desa, khasnya anak muda, ke bandar-bandar perindustrian baru seperti Pasir Gudang, Seberang Prai dan Shah Alam. Daripada sekitar 10 juta penduduk Malaysia pada tahun 1970, 26.7 peratus tinggal di bandar manakala selebihnya tinggal di kampung-kampung. Pada tahun 1970 ini, bandar- bandar baru belum lagi dibuka, dan saiz bandar juga belum berkembang dengan

79 pesat. Walau bagaimanapun, saiz bandar pada tahun 1991 bukan semata-mata disebabkan oleh penghijrahan desa-bandar tetapi turut dipengaruhi oleh pendefinisian semula konsep bandar dalam Banci Penduduk 1991 (Abdul Rahman

Embong 2000: 90). Semua proses ini, perindustrian dan pembandaran telah menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan kelas-kelas sosial moden, khususnya kelas menengah dan kelas pekerja (Abdul Rahman Embong 2000: 91).

Hasil perlaksanaan dasar afirmatif ini, masyarakat kelas menengah Malaysia menjadi jauh lebih besar daripada sebelum merdeka. Semasa zaman kolonial,

Malaysia (ketika itu Malaya) memperlihatkan pembahagian kelas yang hampir sama dengan jalur kaum ketika itu. Ketika baru merdeka, aristokrat Melayu mengambil alih kuasa pemerintahan daripada British, sementara kuasa ekonomi tempatan dikuasai oleh kaum Cina, dan kaum India mendominasi kerja-kerja buruh, pengkeranian dan ladang-ladang getah. Sejumlah besar kaum Melayu menjadi petani.

Penguasaan ekonomi utama dan perhubungan global sudah tentu di tangan orang

Eropah. DEB dilihat telah berhasil bukan sahaja mengubah struktur ekonomi sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 3.3, malah melunturkan jalur identifikasi ekonomi berasaskan kaum ini sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 3.5.

80

Jadual 3.5 Guna Tenaga berdasarkan Pekerjaan dan Etnik Tahun 1970 & Tahun 2000 (%)

Tahun 1970 Tahun 2000

Melayu Cina India Lain2 Melayu Cina India Lain2

Profesional & Teknikal 47.0 39.5 10.8 2.7 63.9 25.8 7.6 2.7

Pentadbiran & Pengurusan 24.1 62.9 7.8 5.2 37.0 52.3 5.5 5.2

Pengkeranian 35.4 45.9 17.2 1.5 56.8 32.9 8.6 1.7

Jualan 26.7 61.7 11.1 0.4 37.3 49.8 6.8 6.1

Perkhidmatan 44.3 39.6 14.6 1.5 57.7 21.8 8.5 12.0

Pertanian 72.0 17.3 9.7 1.0 61.2 10.3 6.9 21.6

Pembuatan, Pengangkutan, 34.2 55.9 9.6 0.3 44.7 33.8 10.0 11.5 dll

Sumber: Jomo (2004)

Pembangunan rancak ini bukan sahaja mempengaruhi saiz kelas menengah di

Malaysia malah kerencamannya. Sebagai contoh, Abdul Rahman Embong (2001) membahagikan kelas menengah ini kepada; kelas menengah lama, kelas menengah baru dan kelas menengah marginal. Menurutnya, kelas menengah baru ini merujuk kepada ‘salariat’ (profesional, pekerja peringkat pengurusan dan pentadbiran), kelas menengah lama merujuk kepada perniaga kecil-kecilan (sama ada mempunyai pekerja atau pun tidak), manakala kelas menengah marginal pula merujuk kepada kelas menengah rendah atau pekerja kolar putih pangkat rendah.

Kelas menengah baru ini menunjukkan karakteristik yang menarik dan kefahaman ini menurut beliau sangat penting bagi menempatkan hubungan kelas menengah ini dalam konteks negara dan globalisasi. Kelas menengah baru ini adalah fenomena baru hasil daripada mobiliti sosial yang berlaku sejak 1970-an. Ertinya,

81 mereka ini adalah generasi pertama kelas menengah dari keluarga yang sebelum ini merupakan petani dan buruh. Berdasarkan kajian beliau pada tahun 1996, setidaknya terdapat tiga faktor yang mempengaruhi mobiliti sosial ini; latar belakang kelas, pendidikan keluarga dan bantuan biasiswa kerajaan. Selain itu, kelas menengah yang makan gaji ini juga sangat bergantung kepada pinjaman dan hutang – kereta, rumah, perabot dan lain-lain. Situasi ini kerana sikap mereka yang konsumeris.

3.3 Implikasi Besar DEB: Keperluan kepada Tenaga Mahir dan Kesannya kepada Anak Muda

Pendidikan merupakan bidang penting bagi menyokong proses perindustrian negara kerana pendidikan menyediakan sumber manusia terlatih. Tidak dapat tidak, pendemokrasian pendidikan yang berlaku sejak 1970, salah satu pemangkin penting bagi transformasi masyarakat Malaysia dan pembentukan kelas menengah (Abdul

Rahman Embong 2000:94).

Terdapat dua pendekatan untuk membangunkan kelas menengah melalui struktur pekerjaan. Pertamanya menggalakkan intergenerational dalam mobiliti sosial. Ini melibatkan pertambahan peluang pendidikan untuk generasi berikutnya, khasnya bidang teknikal dan pengajian tinggi bagi lepasan SPM dan STPM.

Pendekatan ini akan memberikan lebih peluang pekerjaan kepada orang Melayu dalam bidang berkemahiran di mana jumlah penyertaan orang Melayu agak kecil.

Bagi menggalakkan mobiliti sosial intra dan intergenerational, kerajaan menggunakan gabungan tiga pendekatan; intervensi langsung dalam pengajian tinggi, penubuhan dan peluasan public enterprise dan intervensi dalam aktiviti perniagaan swasta. Daripada ketiga-tiga pendekatan itu, kerajaan lebih menumpukan 82 pendekatan pertama dengan meningkatkan peluang pendidikan dalam bidang teknikal dan pengajian tinggi. (Torii 2003: 221-242).

Pada tahun 1970, terdapat seramai 2.24 juta orang pelajar di Malaysia.

Jumlah ini telah bertambah menjadi 3.15 juta pada tahun 1980 dan 3.80 juta pada tahun 1988, iaitu dengan pertambahan purata sebanyak 3.7% setahun. Pendaftaran murid di peringkat sekolah rendah pada tahun 1970 berjumlah 1.68 juta orang atau

75.0% daripada jumlah bilangan murid sekolah dan bilangan ini telah bertambah kepada 2.33 juta orang pada tahun 1988, walaupun peratusannya telah menurun kepada 61.0%. Pendaftaran pelajar di peringkat sekolah menengah pula ialah sebanyak 0.54 juta orang pada tahun 1970 atau 24.1 %. Bilangan ini telah bertambah sekali ganda kepada 1.33 juta orang pada tahun 1988 atau 35.1%. Di peringkat teknik dan vokasional pula terdapat 4,510 orang pelajar pada tahun 1970 atau 0.2%, dan bilangan ini telah meningkat kepada 20,031 orang pelajar pada tahun 1988 atau

0.63%. Bagi peringkat diploma dan ijazah, pada tahun 1970 terdapat 10,995 orang pelajar atau 0.5% tetapi bilangan ini telah bertambah kepada 74,764 orang pelajar pada tahun 1988 atau 2.0% daripada jumlah bilangan murid dan pelajar (Laporan

Majlis Perundingan Ekonomi Negara 1991:70).

Bilangan pelajar sekolah menengah dari aliran sains telah berkembang secara purata sebanyak 2.0% setahun sejak tahun 1980 hingga tahun 1988, iaitu dari seramai 94,271 orang pada tahun 1980 telah bertambah menjadi 110,321 orang pada tahun 1988. Bagi aliran teknikal dan vokasional, peratus perkembangan purata untuk tempoh yang sama adalah lebih tinggi iaitu 3.6%. Pada tahun 1980, jumlah pelajar aliran ini ialah seramai 18,045 orang dan telah bertambah menjadi 24,032 orang pada tahun 1988. Pertambahan bilangan pelajar untuk kedua-dua aliran ini adalah jauh lebih kecil berbanding dengan peratus perkembangan untuk pelajar dari aliran sastera

83 iaitu sebanyak 7.0% setahun. Bilangan pelajar Melayu adalah tertumpu kepada aliran sastera jika dibandingkan dengan bukan-Melayu. Dalam pendidikan teknikal dan vokasional, bilangan peratusan pelajar-pelajar Melayu adalah tinggi (Lihat

Lampiran 3.1).

Seiring dengan pertambahan pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah dan vokasional, sejumlah institusi pengajian tinggi dan teknikal ditubuhkan bagi menampung pertambahan pelajar ini. Selari dengan matlamat DEB untuk menyusun semula masyarakat, kerajaan memperkenalkan sistem kuota yang menyebelahi orang

Melayu. Perlaksanaan sistem kuota ini dilakukan dengan pindaan Kurungan 8a

Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan pindaan 1971.41 Pindaan ini memastikan setiap universiti mengikut sistem quota yang ditetapkan, bagi memastikan jumlah orang Melayu dalam pengajian tinggi meningkat (Reid 1988: 46-53, Kua 199:93-94).

Sebelum tahun 1969, hanya terdapat sebuah universiti di Malaysia. Bilangan pelajar Melayu hanya 25.4 peratus daripada keseluruhan enrolmen. Malah, kebarangkalian untuk pelajar Melayu memasuki universiti ialah 2 per 1,000 berbanding 6 bagi pelajar India dan 8 bagi pelajar Cina (Abdullah Hassan 1991: 56).

Pada tahun 1970, enrolmen di peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi dalam negeri untuk pelajar Melayu adalah seramai 3,084, iaitu 40.2% dari jumlah enrolmen keseluruhannya, berbanding dengan kaum Cina seramai 3,752 (48.9%), kaum India

559 (7.370). dan kaum lain 282 (3.7%) (Lihat Jadual 3.6). Keadaan ini telah berubah di mana pada tahun 1980 pengambilan pelajar Melayu bertambah kepada

13,610 iaitu merupakan 62.0%, manakala peratusan bagi pelajar bukan-Melayu telah

41 DEB juga membawa perubahan dasar kepada pendidikan melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Pindaan tahun 1974 telah memperketatkan lagi kawalan terhadap institusi pengajian tinggi dengan menambah bilangan ketua jabatan kerajaan atau wakilnya sebagai Ahli Majlis Universiti. Implikasi AUKU ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 4.

84 berkurang kepada 31.2% bagi kaum Cina (6,848), 5.7% (1,252) bagi kaum India dan

1.1% (234) bagi kaum lain. Dalam tahun 1988, bilangan pelajar Bumiputera yang mengikuti kursus ijazah (termasuk pengajian peringkat ijazah lanjutan) di institusi pengajian tinggi tempatan adalah seramai 30,085, iaitu 60.4%, berbanding dengan

15,869 (31.9%) bagi kaum Cina, 3,587 (7.2%) bagi kaum India dan 249 (0.5%) bagi kaum lain. Bagaimanapun, bilangan pelajar bukan-Melayu yang mengikuti kursus ijazah di institusi pengajian tinggi di luar negara pada tahun 1988 adalah seramai

21,733 (51.3% ) bagi kaum Cina, 5,695 (13.4%) bagi kaum India dan 424 (1.1%) bagi kaum lain, manakala bilangan pelajar Melayu adalah seramai 14,531 (34.3%).

Jadual 3.6 Bilangan Pelajar Peringkat Diploma Dan Ijazah 1970-88

Sumber: Disesuaikan daripada Laporan Majlis Ekonomi Negara (1991)

85

Bagi pengajian peringkat diploma di dalam dan luar negeri, pelajar Melayu lebih ramai. Pada tahun 1970, bilangan pelajar Melayu seramai 2,871, iaitu 86.5%, berbanding dengan 447 (13.5%) pelajar bukan-Melayu. Pada tahun 1988, terdapat peningkatan dalam peratusan bilangan pelajar bukan-Melayu kepada 33.3% (13,909 orang), manakala pelajar Melayu telah menurun kepada 66.8% (27,965 orang).

Dalam bilangan pelajar bukan-Melayu peringkat diploma, peratus bagi pelajar kaum

Cina telah meningkat dari 11.8% kepada 28.4% pada tahun 1988, manakala bagi kaum India meningkat dari 1.0% kepada 4.2% dalam tempoh yang sama.

Peningkatan ini kerana pada tahun 1988, sebanyak 63.0% (5,340 orang) daripada keseluruhan pelajar yang rnengikuti pengajian peringkat diploma di seberang laut adalah terdiri dari pelajar bukan Melayu. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada bukan-Melayu yang berdaftar dengan institusi pengajian tinggi luar negeri adalah pelajar persendirian yang rnenanggung perbelanjaan pelajaran mereka sendiri.

Daripada data yang disediakan oleh Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara, pelajar Melayu lebih ramai jumlahnya di institusi pengajian tinggi dalam negeri, manakala pelajar bukan-Melayu ramai yang menyambung pelajaran peringkat ijazah dan diploma mereka di luar negeri terutama disebabkan kekurangan tempat dalam negeri. Selain itu, majoriti pelajar yang menuntut di seberang laut atas tajaan biasiswa Kerajaan adalah terdiri daripada pelajar Melayu.

Dalam tempoh ini, sudah pasti berlakunya pertambahan institut pengajian tinggi. Misalnya, pada tahun 1970, hanya terdapat tiga buah kolej iaitu Politeknik

Ungku Omar, Institut Teknologi MARA dan Kolej Tunku Abdul Rahman dengan jumlah enrolmen kurang daripada 4,000 orang. Jumlah enrolmen di peringkat universiti pula kira-kira 13,300 orang. Pada tahun 1970 sahaja, dua buah universiti awam ditambah – Universiti Malaya (ditubuhkan pada 1962), Universiti Sains

86

Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970). Kedua-dua institusi ini pada asasnya dihasratkan untuk menyokong pembangunan fisikal dan pemodenan negara baru berasaskan pemantapan sains dan teknologi. UKM42 pula secara khusus ditubuhkan sebagai jawapan kepada tuntutan menyempurnakan sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar (Rustam Sani

1991: 81). Setelah penguatkuasaan AUKU menjadi mantap, berlakulah pertambahan universiti lainnya – Universiti Pertanian (kini Putra) Malaysia (1971) dan Universiti

Teknologi Malaysia (1972). Pada awal 1980-an, dua buah universiti lagi ditubuhkan

– Universiti Islam Antarabangsa (1982) dan Universiti Utara Malaysia (1984). Pada awal 1990an, Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Malaysia Sabah ditubuhkan (Osman Rani 2000: 256-257).

Dalam tempoh 1982 hingga 2010, bilangan siswazah yang memasuki pasaran buruh meningkat dari tahun ke tahun kecuali bagi 2007. Bilangan siswazah yang memasuki pasaran buruh pada 1982 hanya 231,800 orang berbanding 2.10 juta orang pada 2010. Trend yang sama dapat dilihat bagi guna tenaga siswazah yang meningkat daripada 228,100 orang kepada 2.03 juta orang dalam tempoh yang sama.

Dalam tempoh yang sama, kadar pengangguran terendah dicatatkan pada 1996

(1.5%) manakala kadar pengangguran siswazah tertinggi dicatatkan pada 1987

(5.0%) iaitu semasa kejatuhan ekonomi. Kesan yang sama juga boleh dilihat oleh peningkatan kadar pengangguran siswazah mulai 1998. Walau bagaimanapun, mulai

2005, kadar pengangguran siswazah menunjukkan penurunan daripada 3.8% kepada

3.1% pada 2010.

Kerajaan mula menyemak kembali dasar sumber manusia yang membawa kepada Projek rancangan Pembangunan Sumber Manusia pada tahun 1990. Pada

42 Bagi perbincangan lanjut mengenai falsafah penubuhan serta perlaksanaan UKM, rujuk Shaharir Mohamad Zain (edt). 1994. Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia, Tafsiran dan Penghayatan. Penerbit UKM. Bangi. 87 masa yang sama, Kementerian Buruh ditukarkan kepada Kementerian Sumber

Manusia. Kerajaan mengubah dasar buruh yang berasaskan permintaan kepada pendekatan berasaskan penawaran bagi meningkatkan keupayaan teknologi tempatan. Perubahan ini diikuti dengan perubahan dasar pendidikan negara – Akta

Pendidikan 1995, Pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (1995),

Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 dan Akta Majlis Kebangsaan

Pendidikan Tinggi 1996. Perubahan ini telah banyak memberi kesan terhadap corak pengajian tinggi di Malaysia. Sebagai contoh, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta

1996 telah memberi kuasa kepada Menteri Pengajian Tinggi untuk meluluskan permohonan penubuhan universiti swasta. Berikutan dengan itu, beberapa universiti swasta telah ditubuhkan – Universiti Telekom, Universiti Teknologi Petronas,

Universiti Tenaga Nasional, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Sains dan

Teknologi Malaysia. Kerajaan juga menggalakkan penubuhan kampus cawangan untuk universiti luar di Malaysia dengan dimulakan oleh Universiti Monash dari

Australia (Rani Osman 2000: 254-259).

Perkembangan dalam pengajian tinggi ini bukan sahaja membantu negara memenuhi tuntutan perindustrian, malah membolehkan ramai kelas bawah mengumpul modal budaya yang memungkinkan mereka untuk masuk ke kelas menengah (Abdul Rahman Embong 2001).

3.4 DEB Melahirkan Kelas Menengah

Berdasarkan wacana pembentukan kelas menengah di Malaysia, terdapat hujah yang menganggap negara memainkan peranan yang lebih penting berbanding kuasa pasaran (Kahn 1996). Namun, hujah ini disangkal oleh Abdul Rahman Embong

88 kerana menurut beliau, hujah Kahn tidak bersandarkan bukti empirikal. Tambahnya lagi, kedua-duanya, kuasa negara dan pasaran, memainkan peranan penting dalam pembentukan kelas, khususnya kelas menengah di Malaysia (1996, 2000). Crouch pula meletakkan kategori pekerjaan profesional, eksekutif, pengurusan, pentadbiran dan teknikal sebagai ‘teras’ kelas menengah (1985: 31). Kategori ini mengalami pertambahan yang sangat signifikan sepanjang tempoh perlaksanaan DEB.

Jadual 3.7 Pekerjaan di Malaysia Mengikut Kategori (%)

Kategori 1957 1970 1980 1985 1990 1995 2000 Profesional dan teknikal 2.80 4.80 6.70 7.50 8.80 9.90 11.00 Pentadbiran dan 1.20 1.10 1.10 2.30 2.40 3.20 4.20 Pengurusan Perkeranian 2.90 5.00 7.30 9.80 9.80 10.90 11.10 Jualan 8.60 9.10 8.90 11.10 11.50 10.90 11.00 Perkhidmatan 8.60 7.90 9.20 11.40 11.60 11.10 11.80 Pertanian 56.40 44.80 32.10 30.40 28.30 21.00 16.40 Pengeluaran dan lain- 18.90 27.30 34.80 27.60 27.50 33.90 32.80 lain

Jumlah Tenaga kerja 2,126. 2,850. 4,023. 5,624. 6,686. 7,999. 9,271. (juta) 2 2 0 6 0 2 2 Sumber: Disesuaikan daripada Jomo (1988: 300-3001); Johan Saravanamuttu (1989:111) dan Malaysia (1991: 38); (1996: 119) dan (2001:100)

Dapat diperhatikan melalui Jadual 3.6, peratusan pekerjaan dalam kategori profesional dan teknikal, pentadbiran dan pengurusan, pengkeranian, jualan serta perkhidmatan meningkat dengan drastik sekali. Sebagai contoh, kategori pekerjaan profesional dan teknikal meningkat daripada hanya 2.8 peratus pada awal kemerdekaan kepada 11 peratus pada tahun 2000. Begitu juga dengan sektor perkhidmatan, daripada 8.6 peratus pada tahun 1957 kepada 11.8 peratus pada tahun

2000. Dalam tempoh yang sama, dapat diperhatikan penurunan ketara peratus

89 pekerjaan dalam sektor pertanian, daripada 56.4 peratus pada tahun 1957 kepada hanya 16.4 peratus pada tahun 2000. Perubahan ini menunjukkan bertapa masyarakat

Malaysia telah berubah daripada masyarakat yang berteraskan pertanian kepada masyarakat berteraskan perindustrian dan perkhidmatan. Apakah makna kepada perubahan ini? Perubahan ini bererti kelas sosial masyarakat Malaysia juga telah berubah. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, kelas sosial masyarakat dapat ditentukan melalui data cara guna tenaga kerja. Dua kategori teratas – profesional & teknikal dan juga pentadbiran dan pengurusan – mewakili kelas menengah baru.

Manakala, mereka yang berada dalam sektor perkeranian, jualan, dan sebahagian daripada perkhidmatan mewakili kelas menengah rendah. Dua kategori lain – pembuatan dan pertanian – mewakili kelas pekerja (Abdul Rahman Embong

2001:85).

Menurut Abdul Rahman Embong, pembangunan kapitalis lewat 1970an dan penyusunan semula masyarakat Malaysia yang dilaksanakan oleh developmentalist state yang kuat telah berjaya mewujudkan kelas menengah yang besar. Bahkan, tidak seperti sebelum tahun 1970an, di mana kebanyakan kelas menengah hanya terdiri daripada kaum Cina, sementara majoriti kelas menengah Melayu hanya terdiri daripada sekumpulan kecil pentadbir kerajaan. Pasca 1970an memperlihatkan pembesaran saiz kelas menengah pelbagai kaum. Selain pentadbir, kelas menengah baru ini terdiri daripada pengurus, doktor, arkitek, peguam, pensyarah, pakar teknologi, dan profesional lainnya (2001: 83).

Selain, profesional dan kelas menengah pengurusan, Malaysia turut menyaksikan peluasan kelas menengah lama atau entrepreneurial middle class. Pada masa yang sama, kelas menengah marginal tidak berkurang, kerana peranannya

90 sebagai kumpulan sokongan kepada kelas menengah baru (Abdul Rahman Embong

1995).

Perkembangan yang paling signifikan tentang transformasi ini adalah kelas menengah baru telah muncul ketika tempoh penting sejarah pembangunan negara dan kehadiran mereka sangat jelas baik di kota-kota besar mahupun di pekan-pekan di seluruh negara. Lebih penting lagi, mereka ini terdiri daripada pelbagai kaum dan lebih mencerminkan komposisi masyarakat Malaysia.

3.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, DEB bukan sahaja telah membantu menyusun semula masyarakat dan mengurangkan jumlah kemiskinan di negara ini, malah telah memberi dinamik baru kepada politik Malaysia melalui pertamanya perubahan ekonomi negara. DEB telah mengubah tumpuan ekonomi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berteraskan industri dan perkhidmatan. Keduanya, perubahan ekonomi ini telah mengubah cara guna tenaga di Malaysia – daripada berorientasikan buruh kepada berorientasikan kemahiran. Maka, berlakulah transformasi masyarakat di negara ini dengan bertambahnya kelas menengah. Pertambahan kelas menengah ini sebagaimana yang dibincangkan dalam bab ini dan Bab 1, telah memberi kesan kepada politik negara melalui penglibatan aktif mereka di luar penyertaan politik formal – parti politik, pilihan raya. Kesan yang sama juga berlaku kepada anak muda berikutan tuntutan untuk mendapatkan tenaga kerja mahir dan separa mahir, maka telah banyak institut pengajian tinggi telah ditubuhkan. Malangnya, pelebaran kesempatan ekonomi ini tidak diikuti dengan perluasan ruang demokrasi di Malaysia.

Hal ini akan dibincangkan dalam Bab 4

91

BAB 4 HALANGAN PENGLIBATAN POLITIK ANAK MUDA DI DALAM DAN DI LUAR KAMPUS (1970AN-1990AN)

4.1 Pengenalan

Dekad 1970-an menyaksikan banyak perubahan besar dalam masyarakat Malaysia.

Penyertaan aktif negara dalam proses pembangunan telah memberi impak yang bukan sedikit kepada penstrukturan semula ekonomi dan masyarakat. Selaras dengan itu, penghijrahan besar-besaran masyarakat desa, khasnya anak muda, ke kota dan pusat pertumbuhan industri baru telah mengubah mobiliti sosial negara, selain mempercepatkan peningkatan kesedaran berkenaan Islam di Malaysia, terutamanya dalam kalangan anak muda kelas menengah di kota (Chandra Muzaffar 1988: 6).

Malah, negara juga turut menyertai dan merancakkan lagi proses Islamisasi di negara ini. Perkembangan ini – kepesatan ekonomi, penstrukturan semula masyarakat dan

Islamisasi – telah memberi kesan kepada corak penglibatan politik anak muda di negara ini.

Oleh kerana penglibatan politik anak muda sebahagiannya mengambil bentuk sebagai gerakan mahasiswa, maka bab ini akan dibahagikan kepada dua bahagian utama. Pertamanya, bab ini akan menyoroti perkembangan anak muda di universiti khususnya pada dekad 70an dan 80an serta cabaran yang dihadapi oleh mereka.

Kemudiannya, perbincangan ini akan dikembangkan kepada cabaran yang dihadapi oleh anak muda secara umumnya, pada bahagian kedua.

Politik negara sejak tahun 1980an begitu dipengaruhi oleh Mahathir dan dasar-dasarnya, maka terdapat satu bahagian khas bab ini yang akan memerika sikap

Mahathir terhadap anak muda. Pendekatan Mahathir ini sangat penting untuk

92 memahami bagaimana retorik berkenaan peranan dan sikap anak muda dalam konteks masyarakat Malaysia dibina.

Kefahaman berkenaan tekanan yang terhadap anak muda ini penting bagi menjelaskan orientasi politik mereka, khasnya dengan tercetusnya Reformasi 1998.

Tempoh antara 1970an hingga 1990an antara tempoh paling suram bagi gerakan anak muda di Malaysia. Anak muda terhimpit dari segi undang-undang dan tekanan pemodenan serta perubahan demografi yang pantas. Dalam serba kekalutan ini, anak muda mencari-cari kaedah bagi memposisikan diri mereka dalam masyarakat dan negara.

4.2 Perkembangan Pengajian Tinggi dan Kesannya pada Anak Muda

4.2.1 Pertumbuhan Ekonomi dan Pengkoporatan Universiti

Mulai 1970-an berlaku pertambahan Institut Pengajian Tinggi sama ada melalui penubuhan universiti baru atau menaik taraf kolej universiti sedia ada dan mulai tahun 1996, banyak universiti swasta mula bertapak di Malaysia melalui penggubalan Akta Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2009. Hal ini memberi kesan kepada jumlah kemasukan mahasiswa ke IPT. Sebagai bandingan, pada tahun 1970, hanya 8,500 pengambilan pelajar baru di seluruh Malaysia dan jumlah ini melonjak kepada 38,000 pada tahun 1985 (Weiss 2011:188). Dalam masa yang sama, berlaku pertambahan pengambilan sijil ijazah berbanding dengan diploma. Sebagai contoh, pada tahun 1970, hanya 35 peratus daripada penuntut pengajian tinggi menerima ijazah dan keadaan ini berubah pada tahun 1980 apabila angka ini melonjak kepada 64 peratus (Johan Saravanamutthu 1991: 103-4).43

43 Bagi perincian rujuk Bab 3 93

Kepesatan peningkatan ini sudah pastinya bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara ketika itu. Dalam masa yang sama, orientasi pendidikan tinggi negara mula memberikan penekanan kepada bidang sains gunaan, berbanding sains tulen, dan berteraskan keperluan industri. Malah, sejak akhir 1980an telah mula kedengaran kritikan terdapat orientasi industri ini, antaranya oleh Rustam Sani, dalam artikelnya “Bagaimana seharusnya Pendidikan Universiti,” dalam Dewan

Masyarakat 27, 11 (November 1989: 17). Namun, dasar ini diperkukuhkan lagi melalui Rancangan Malaysia ke-6 (1991-1995) yang menyeru agar universiti menyelaraskan kajian dan penyelidikan mereka untuk manfaat perindustrian.

Pada tahun 1995, 11 peratus lepasan sekolah menengah menyertai pengajian tinggi, hampir separuh di universiti awam, 35 peratus di kolej swasta tempatan

(bersama 40,000 pelajar asing lain), dan 15 peratus di luar negara (Wiess 2011: 190).

Lima akta digubal pada tahun 1996 bagi mencapai matlamat keperluan sumber manusia yang diperlukan bagi tujuan pembangunan dan dalam masa yang sama, mengurangkan beban kewangan negara, melonjakkan sains dan teknologi, dan mencapai sasaran 40 peratus kemasukan pelajar lepasan sekolah menengah menjelang tahun 2020 (Tan 2000: 127). Akta ini termasuk Akta Institut Pendidikan

Tinggi Swasta (pindaan) 2009, Akta Majlis PendidikanTinggi Negara, Akta

Pendidikan 1996, Akta Lembaga Akredetasi Nasional. Melalui akta yang berperanan dalam penubuhan, pendaftaran, pengurusan dan pengawalselian, dan kawalan kualiti, penyertaan swasta dalam bidang pengajian tinggi dipergiatkan.44

44 Menjelang tahun 2002, terdapat 15 universiti swasta telah ditubuhkan oleh koporat, parti politik, dan kampus cawangan antarabangsa oleh universiti asing antaranya Universiti Multimedia (Telekom), Universiti Teknologi Petronas (Petronas), Universiti Tenaga Nasional, UNITEN (TNB), Wawasan Open University (Gerakan), asian Institute of Science, Technology and Medicine (MIC) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA). Antara kampus cawangan universiti antarabangsa di Malaysia ialah Monash, Curtin, Swineburne, dan Nottingham selain tiga pusat pengajian perubatann International Medical Universiti, Penang Medical College, dan Malacca-Manicap Medical College (Wiess 2011: 191). 94

Pertambahan IPTS ini telah mendorong kerajaan melalui Kementerian

Pendidikan pada tahun 1996/1997 untuk melaksanakan idea pengkorporatan universiti awam dengan alasan untuk menjadikan universiti awam mencapai taraf dunia yang konpetitif, dan paling utama, mengurangkan beban kewangan kerajaan.

Melalui pendekatan ini, bantuan subsidi kepada universiti perlahan-lahan dikurangkan dan universiti pada masa yang sama digalakkan untuk menjana pendapatan sendiri. Maka universiti mula memperbanyakkan program pengajian baru, menawarkan perkhidmatan perundingan, dan meyewakan fasiliti universiti untuk kegunaan koporat atau orang ramai. Namun, kegawatan ekonomi 1997 telah merencatkan perlaksanaan program ini, kesannya pengkorporatan hanya berlaku di tingkat imej, pentadbiran dan pembangunan fizikal dan dalam masa sama yuran universiti melonjak naik 100 peratus bagi ijazah pertama, 300 peratus ijazah dan

1000 peratus bagi ijazah Ph.D. Manakala Skim gaji pensyarah tidak berubah, dan

Jabatan Perkhidmatan Awam serta Bahagian Pendidikan Tinggi terus mengawasi universiti (Sufean Hussin 2002: 171-230).

Bagi menanggung kos pengajian yang tinggi, kerajaan kemudiannya memperkenalkan Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (1997) bagi menyediakan bantuan pinjaman kewangan kepada anak muda. Melalui pendekatan ini, kos pengajian sebahagiannya mula ditanggung oleh anak muda sendiri. Maka, secara umumnya, bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang bantuan kewangan atau biasiswa akan mempunyai hutang antara RM20,000 (IPTA) hingga RM80,000

(IPTS) sebaik sahaja tamat pengajian. Jika sebelum ini, anak muda di universiti lebih merasa bebas untuk melakukan aktivisme, kini mereka mempunyai beban tanggungan besar yang harus diperkirakan juga sekiranya berlaku apa-apa. Pastinya, situasi ini sering dimomok-momokkan kepada anak muda di universiti.

95

Kesannya kepada anak muda, khasnya yang berada di universiti, jelas ketara sekali. Pertamanya, oleh kerana kerajaan mahu mempercepatkan penyertaan tenaga kerja dalam sektor ekonomi, maka sistem penggal digantikan dengan sistem tiga semester dan kebanyakkan ijazah yang ditawarkan disingkatkan kepada hanya 3 tahun berbanding 4 tahun sebelum ini (Machi Sato 2005: 82). Perubahan ini menyebabkan masa untuk anak muda di universiti semakin singkat. Tambahan pula, sistem semester ini menyebabkan tiada lagi cuti panjang untuk membolehkan banyak aktiviti luar dirancang. Mahasiswa juga tidak dibenarkan atau harus memohon keizinan universiti untuk tinggal di dalam kampus pada tempoh cuti. Hal ini kerana mereka diarahkan untuk mengosongkan bilik pada cuti semester untuk disewakan untuk program lain. Malah, jika mereka dibenarkan untuk tinggal di bilik kediaman masing-masing di dalam kampus, bayaran akan dikenakan, biasanya mengikut jumlah hari. Mahasiswa juga selain dibebankan dengan kenaikan mendadak yuran pengajian, turut menanggung pelbagai jenis yuran lain seperti yuran bas, yuran buletin universiti/ kolej kediaman, yuran jadual peperiksaan dan lain-lain lagi

(Sufean Hussin 2002: 230).

4.2.2 Mengetatkan Kawalan – Perlaksanaan AUKU

Pada tahun 1970, satu laporan telah disediakan oleh Jawatankuasa Kajian Kampus bagi menilai aktiviti mahasiswa di universiti Malaysia, berikutan penyertaan aktif mereka dalam politik nasional. Hasilnya, AUKU diwartakan pada 24 Februari 1971 dan diluluskan oleh Parlimen pada 18 Mac 1971. Yang di-Pertuan Agong memperkenankan perlaksanaannya pada 30 April 1971. Maka, sejak itu aktiviti mahasiswa mula menerima tekanan, namun sebagaimana diterangkan dalam bab 2,

96 gerakan ini masih berterusan, sehinggalah kerajaan dengan tergesa-gesa meluluskan pindaan AUKU yang lebih ketat pada 12 Mei 1975. Dalam Penyata Rasmi Parlimen

8 April 1975: ruangan 4392, Tun Mahathir menyatakan matlamat dan asas pindaan berkenaan sebagai:

Satu daripada alat Dasar Ekonomi Baru ialah pelajaran. Pelajaran membolehkan economic and social mobility yang dapat mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum daripada buruk kepada baik. Apabila wujud kegiatan mahasiswa yang pelbagai seperti menyertai pilihan raya dan mengadakan demonstrasi, mereka tidak dapat menumpukan pelajaran.45

Melalui AUKU, anak muda yang menuntut di universiti dan kolej universiti tidak pernah dirujuk sebagai mahasiswa (istilah yang mempunyai nilai kebanggaan penuntut universiti yang dipinjam daripada bahasa Indonesia – ‘maha’ bemaksud agung, ‘siswa’ bererti pelajar, maka istilah mahasiswa menggambarkan pelajar yang agung) sebaliknya hanya dirujuk sebagai pelajar sahaja – istilah yang sama dipakai untuk penuntut sekolah menengah.

AUKU pindaan 1975 telah memutuskan hubungan anak muda di universiti dengan dunia luar. Sebagai contoh, AUKU Seksyen 15 menyatakan dengan jelas

(penekanan diberikan pada bahagian yang digelapkan);

(1) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menjadi seorang ahli, atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa- apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

(2) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau selainnya, boleh ada apa-apa gabungan, persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa- apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia

45 sumber: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR08041975.pdf

97

ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

(3) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.

(4) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti lain, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.

(5) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukan subseksyen (1), (2), (3) atau (4) bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Sumber: Akta 30, Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1975)

Melalui peruntukan ini, sangat jelas bahawa mahasiswa adalah dilarang daripada menjadi seorang ahli, bergabung, mahu pun menunjukkan simpati terhadap mana- mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan.

Peruntukan yang umum dan terlalu luas ini tidak pernah dicabar di mahkamah untuk tafsiran. Contohnya, apakah yang dimaksudkan dengan menyatakan ‘simpati atau sokongan’? Apakah dengan menghadiri ceramah parti politik, membaca manifesto parti, menghadiri sambutan hari pekerja boleh ditakrifkan sebagai menzahirkan sokongan? Penguatkuasaan AUKU 1971 Pindaan 1975 ini telah membunuh banyak persatuan mahasiswa di dalam universiti, khasnya yang radikal dan cenderung kiri

98 seperti Kelab Sosialis UM yang diharamkan. Hanya persatuan ‘nasionalis konservatif’ dan persatuan aktivis Mahasiswa Islam yang wujud kemudiannya.

Walaupun terdapat pindaan tahun 2009, namun tidak banyak membantu membaiki hak berpersatuan anak muda di universiti. Menurut pindaan seksyen 15 ini;

Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, dalam/luar Universiti, dalam atau luar Malaysia, kecuali :

a. mana-mana parti politik, dalam atau luar negara. b. mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang- undang, dalam atau luar Malaysia. c. mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga dan diberitahu secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti.

Walau apa pun subseksyen (5), seseorang pelajar Universiti tidak boleh dihalang daripada— (a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau (b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) pada sesuatu seminar, symposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana- mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

Sumber: Akta 30, Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009)

Sangat jelas, pindaan ini sebenarnya memberikan kuasa lebih besar kepada Menteri dan Naib Canselor untuk menentukan pertubuhan yang boleh dianggotai oleh mahasiswa. Walaupun tambahan pindaan ini memberikan ruang kepada mahasiswa untuk mengeluarkan pandangan, namun, pandangan ini hanya terhad terhadap ruang lingkup pengajian masing-masing. Sebagai contoh, pelajar ekonomi adalah melanggar undang-undang sekiranya membuat kenyataan berkenaan isu sosial atau politik, begitu juga sebaliknya.

99

Pada tahun 2012, sekali lagi AUKU dipinda dan sebagaimana sebelum ini, pindaan ini masih berfokus kepada Seksyen15;

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk mana-mana parti politik.

(2) Seseorang pelajar Universiti tidak boleh –

a) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; b) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu; c) terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam Kampus.

(3) Seseorang pelajar Universiti dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap –

a) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau b) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(4) Tiada pindaan

(5) Universiti hendaklah mengawal selia aktiviti pelajar dan persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti di dalam Kampus.”

Sumber: Akta 30, Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2012)

Pindaan 2012 ini membenarkan mahasiswa untuk menyertai parti politik dan bergerak aktif, termasuk;

1. Menjadi ahli parti politik; 2. Memegang jawatan dalam parti politik; 3. Bertanding dalam pilihan raya; 4. Menjadi agen kepada calon parti politik; 5. Melibatkan diri dalam kempen pilihan raya.

100

Pun begitu, tidak semua pentadbiran universiti mengalu-alukan seluruhnya pindaan ini. Buktinya, tidak lama setelah Pindaan ini diluluskan, Universiti Malaya telah menerbitan Kod Tatakelakuan Aktiviti-aktiviti Politik di Dalam Kampus Universiti

Malaya 2012 yang dengan jelas menyatakan;

Pelajar perlu mengisytiharkan secara bertulis kepada Universiti Malaya penglibatan mereka dalam parti politik di luar Kampus. Ini adalah untuk membolehkan Universiti Malaya memantau prestasi akademik pelajar yang terlibat agar tidak terjejas.

Kod Tatakelakuan Aktiviti-aktiviti Politik di Dalam Kampus Universiti Malaya 2012 (ms 5)

Pada muka surat yang sama juga ditekankan, betapa pelajar Universiti Malaya perlu memaklumkan segala aktiviti mereka kepada pentadbiran Universiti Malaya. Namun begitu, persoalan AUKU sering terhenti setakat seksyen 15, berkenaan hak berpersatuan kalangan anak muda dalam universiti, sedangkan perkara yang lebih besar impaknya adalah penubuhan Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang mengambil alih peranan urusan pentadbiran dan kawalan termasuk kewangan dan perancangan aktiviti pelajar. HEP ini diketuai oleh seorang Timbalan Naib Canselor dan HEP ini diperuntukan dengan kuasa disiplin (Gan 1993: 93). Sebagai bandingan, sebelum perlaksanaan AUKU, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) atau

University Malaya Students' Union (UMSU) memiliki sumber kewangan yang kukuh sehingga dapat menjadi sangat mandiri (independent). Mereka mengumpulkan yuran daripada setiap pelajar dan melalui yuran ini mereka menerbitkan akhbar, membeli bas untuk kemudahan ahli mereka, dan mengusahakan cafeteria sendiri. Kekuatan kewangan ini juga membolehkan PMUM melaksanakan program sendiri termasuk

101 kempen pilihan raya tahun 1969 (Muhammad Abu Bakar 1973). Selain itu, melalui perlaksanaan AUKU, atau tepatnya Seksyen 15A (1) yang menyatakan dengan jelas;

15A. (1) Tiada seseorang pelajar Universiti, atau sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, boleh, di dalam atau di luar Kampus, atau di dalam atau di luar Malaysia, memungut atau cuba memungut, atau menganjurkan atau cuba menganjurkan apa-apa pemungutan, atau membuat apa-apa rayuan secara lisan atau secara bertulis atau selainnya atau cuba membuat sesuatu rayuan itu untuk, apa-apa wang atau harta lain daripada sesiapa jua, iaitu bukan wang atau harta yang genap atau hampir genap masanya diperoleh di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau kewajipan lain di sisi undang-undang.

Sumber: Akta 30, Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2012)

Sekatan ini memberi implikasi besar kepada autonomi persatuan mahasiswa. Mereka tidak lagi mampu berfungsi secara berkesan sebagai badan yang bukan sahaja mewakili kepentingan mahasiswa lainnya, tetapi juga bertindak sebagai badan yang menjaga kebajikan dan kepentingan ahli mereka. Kini, kewangan pelajar dikuasai penuh oleh Bahagian HEP. Semua persatuan mahasiswa di bawah AUKU terpaksa mendapatkan kelulusan daripada HEP untuk mengadakan sebarang program jika mahukan bantuan kewangan. Jumlah bajet yang diluluskan juga tertakluk kepada budi bicara HEP dan dirumitkan dengan segala macam karenah birokrasi. Situasi ini menghilangkan upaya mahasiwa untuk berdikari dan mentadbir organisasi mereka sendiri dan menciptakan kebergantungan kepada pentadbir universiti. Dalam masa yang sama, semua persatuan pelajar yang berdaftar dengan universiti wajib untuk menyerahkan laporan aktiviti dan laporan kewangan tahunan untuk semakan HEP.

Secara umumnya, perlaksanaan AUKU telah menyebabkan seluruh universiti kehilangan autonomi dan tiada lagi kebebasan akademik. Hal ini berikutan terlalu

102 banyak campur tangan kerajaan dalam pentadbiran universiti termasuk dalam hal yang bersifat akademik.

Kerajaan, melalui Menteri Pengajian Tinggi juga terlibat secara langsung dalam perlantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor. Kriteria perlantikan juga tidak jelas dan kebiasaannya mesyuarat Naib-Naib Canselor akan dipengerusikan oleh Menteri bertangungjawab kepada IPT (Rohani et al 1992: 148).

Pada Januari 1978, banyak Persatuan Kakitangan Akademik Universiti-Universiti

Malaysia telah menggubal Piagam Universiti bagi menggantikan AUKU pindaan

1975 yang didakwa terlalu mengongkong mahasiswa dan kakitangan akademik.

Bagaimanapun, Piagam Universiti 1979 ini bukan sahaja ditolak oleh kerajaan, malah kerajaan kemudiannya menguatkuasakan Kaedah Tatatertib Kakitangan

Universiti pada tahun yang sama (Shuhaimi 1995: 80). Selain itu, Jawatankuasa

Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang dipengerusikan oleh Mahathir,

Menteri Pelajaran, ketika itu antaranya mencadangkan;

Kementerian Pendidikan bertanggungjawab menentukan corak, arah dan matlamat pendidikan tinggi di negara ini. Walau bagaimanapun, Persidangan Naib-Naib Canselor (yang menggantikan Majlis Pendidikan Tinggi yang dibubarkan pada tahun 1976) bertindak sebagai badan penasihat dan penyelaras untuk Kementerian Pendidikan dalam urusan pembangunan program-program akademik di universiti.46

Laporan ini dengan jelas mencadangkan penglibatan langsung kerajaan dalam

‘urusan pembangunan akademik’ di universiti.

4.2.3 Politik Anak Muda di Universiti

46 Rujuk Perkara 11, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran, Kuala Lumpur: , 1979, hlm 1. 103

Demonstrasi Baling pada Disember 1974 menyebabkan ramai aktivis dan akademis telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). AUKU telah mengakibatkan anak muda yang memasuki kampus selepas tahun 1975, tidak lagi mempunyai hubungan sejarah dengan gerakan mahasiswa sebelumnya. Minggu orientasi pelajar telah dikawal oleh Hal Ehwal Pelajar. Maka, mahasiswa baru pastinya tidak didedahkan dengan sejarah panjang perjuangan mahasiswa.

Persekitaran universiti berubah dengan dramatik, kawasan kampus mula dipagar dan di Universiti Malaya, sudut pidato diratakan. Nama pemimpin PMUM sejak tahun

1972 hingga 1975 ditanggalkan daripada dinding pejabat PMUM bagi memutuskan sejarah PMUM dengan generasi baru mahasiswa. Jika sebelum ini mereka bebas untuk menerbitkan majalah dan risalah, kini semuanya harus mendapat kebenaran daripada pentadbir universiti. Akhbar kebanggaan Mahasiswa Universiti Malaya ketika itu, Mahasiswa Negara, digantikan dengan Budiman yang lebih lembut.

Namun, perubahan yang paling ketara apabila menjelang pertengahan 1980-an, beberapa orang bekas pimpinan mahasiswa menyertai kerajaan, antaranya Shahril

Samad, Aziz Shamsudin, Sanusi Junid dan pastinya paling menggemparkan adalah tindakan Anwar Ibrahim meletakkan jawatan dalam ABIM dan menyertai kerajaan menjelang Pilihan Raya 1982 (Weiss 2011: 194).

Kemasukan Anwar Ibrahim dalam UMNO pada tahun 1982 telah memberi kesan kepada politik kampus, khasnya dalam kalangan mahasiswa Islam yang sebelum ini melihat beliau sebagai tokoh yang ‘sealiran’ dengan PAS. Malah, PAS seolah-olah menerima hakikat ini dan menyerahkan pengkaderan aktivis mahasiswa

Islam kepada ABIM yang diasaskan oleh Anwar. Setelah kemasukan Anwar, pada awalnya wujud kekeliruan dalam kalangan aktvis PAS dan ABIM sehinggalah pada tahun 1985, kedua-duanya telah mengambil keputusan untuk tidak lagi saling

104 membantu. Dalam tempoh ini, kerja pengkaderan mahasiswa yang pro-PAS diambil alih oleh Islamic Representative Council (IRC) namun kerjasama ini haya mampu bertahan hingga 1988/9. Pada akhir 1980an inilah lahirnya Persatuan Mahasiswa

Islam (PMI) yang kemudiannya membentuk Gagasan Mahasiswa Islam SeMalaysia

(GAMIS) (Shuhaimi 1992: 50-65). Dua kumpulan aktivis politik kampus inilah yang memberi saingan kepada kumpulan pro-establishment, tajaan UMNO,

Angkatan Mahasiswa Negara yang kemudiannya menjadi Tindakan Siswa Bersatu

(TSB) dan kini dijenamakan semula sebagai Aspirasi.

Pada era 80-an, penglibatan mahasiswa dalam politik kurang memberangsangkan. Gerakan mahasiswa lebih tertumpu kepada program-program seperti kebajikan masyarakat manakala tumpuan kepada identiti Islam mula diberi penekanan. Di samping itu, aktiviti-aktiviti dakwah dan pentarbiyahan mahasiswa mula mengambil tempat. Sebagaimana dijelaskan pada bab awal, tempoh ini merupakan tempoh berlakunya Islamisasi yang rancak, baik di dalam kampus, mahupun di luar kampus. Karya-karya tokoh gerakan Islam seperti Hassan al-Banna,

Sayyid Qutb dan Maududi telah disebar secara meluas di kampus-kampus (Fathi Aris

Omar 2005). PMIUM pada tahun 1986 umpamanya, telah mendesak HEP untuk mengubah pendekatan minggu orientasi mahasiswa yang dikatakan melalaikan dengan;

1. Mengkhusus satu malam untuk diadakan ceramah berkaitan aspek pengenalan Islam sebagai gaya hidup.

2. Memansuhkan program yang boleh dianggap melalaikan dan bertentangan dengan akhlak Islam, termasuk ‘Malam Bakat Kampus’.

3. Memastikan nilai Islam dihormati dan dipatuhi oleh semua Ahli Jawatankuasa Orientasi47

47 Mohd Shuhaimi Al-Maniri. 1995. Politik Kampus di Sebalik Tabir. Pustaka Generasi Baru. Bandar Baru Bangi, ms 41. 105

Selain itu, di UM juga berlaku demonstrasi membantah konsert Shiela Majid anjuran

Pusat Kebudayaan untuk mengumpul dana bagi menubuhkan Orkestra Universiti

Malaya. Konsert tersebut dianjurkan pada 10 September 1989 di Dewan Tunku

Censelor yang melibatkan hampir 2,000 orang mahasiswa. Demonstrasi ini dianjurkan oleh PMIUM.

Manakala di UKM, konsert Malam Anak Desa Bersama Sudirman yang diadakan pada 5 Januari 1985 hampir dibatalkan terus kerana tentangan keras daripada Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM).

Bersama-sama dengan PMUKM dalam bantahan ini ialah Persatuan Mahasiswa

Fakulti Islam, Persatuan Kakitangan Akademik UKM (Presiden Persatuan

Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM), Profesor Dr. Shahril Mohd Zain dikatakan bertindak sendirian menyokong bantahan itu), Persatuan Anak Kelantan,

Jaksa Komsis, Persatuan Mahasiswa Sains dan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Haji

Idris Omar.48

Suatu lagi percubaan untuk mengagalkan konsert Sudirman pada 17 Ogos

1985 oleh Persatuan Islam Universiti Malaya tidak berjaya kerana ketegasan Naib

Canselor Universiti Malaya profesor Diraja Ungku Aziz. Ungku Aziz berkata,

Pihak universiti tidak boleh membatalkan konsert ini semata-mata kerana ada pihak yang tidak menyenanginya atau beranggapan ia bercanggah dengan ajaran Islam. Kerajaan sendiri tidak mengharamkan lagu dan persembahan penyanyi Sudirman.

(Utusan Malaysia, 6 Ogos 1985)

48 Mahathir, Perdana Menteri ketika itu kemudiannya campur tangan. Berikutan dengan itu Konsert Malam Anak Desa Bersama Sudirman diadakan pada 2 Mac 1985 di Dewan Tun Abdul Razak UKM.

Sumber: Utusan Malaysia 3/1/2010. Sudirman Tercabar di UKM.

106

Paling jelas, selepas 14 tahun perlaksanaan AUKU, Naib Canselor Universiti Malaya yang baru dilantik ketika itu, Syed Hussein Al-Attas, telah mengadakan kembali sudut pidato pada 1hb Mac 1989. Namun, sudut pidato ini kurang mendapat sambutan. Tambahan pula, Menteri Pendidikan ketika itu, Anwar Ibrahim, tidak begitu menggalakkan usaha ini kerana kononnya terkeluar dari ‘kesopanan’ mahasiswa (Shuhaimi 1992: 32). Maka, sudut pidato ini kembali terkubur dengan sendirinya. Sebagai tambahan, usaha Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin

Abdullah memperkenalkan kembali Sudut Pidato di Universiti Malaya dan di

Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2010 tidak begitu mendapat sambutan daripada mahasiswa. Jelas bahawa sejarah panjang gerakan mahasiswa semenjak sehingga 1970an telah luput daripada memori anak muda di kampus pasca AUKU.

Isu dan advokasi mereka juga telah berubah.

4.3 Politik Anak Muda di Luar Universiti

4.3.1 Pertubuhan Belia Utama di Malaysia

Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah NGO yang bertindak sebagai badan induk bagi menyelaraskan pertubuhan anak muda/belia dan pelajar di negara ini. Sehingga tahun

2012, terdapat 38 buah badan kebangsaan dan majlis belia negeri serta sebuah badan bersekutu yang bergabung dengan MBM (hampir kesemua pertubuhan belia di

Malaysia) dengan jumlah ahli perseorangan tidak kurang dari 3 juta orang.

Organisasi belia kebangsaan terbahagi kepada empat kategori iaitu; Organisasi Belia

Biasa, Organisasi Belia Beruniform, Organisasi Belia Agama dan Organisasi Belia

Pelajar. Penubuhan MBM bukan sahaja menyelaraskan pertubuhan anak muda,

107 malah bertindak sebagai menyalurkan peruntukan daripada Kementerian Belia dan

Sukan (KBS). 49

MBM mempunyai hubungan yang rapat dengan parti pemerintah, khasnya

UMNO, malah sejak awal merdeka lagi. Bermula dengan Saadon Jubir (1958-1965) yang ketika itu pemimpin Pemuda UMNO, YM Tunku Abdullah (1966-1972) yang merupakan Ahli Parlimen Rawang dari tahun 1964-1969 (Hussain 1986: 219).

Kemudian pada tahun 1982-1986, MBM dipimpin oleh Tajol Rosli Ghazali yang ketika itu menjawat jawatan Ahli Parlimen bagi kawasan Gerik dari tahun 1978 hingga tahun 1999. Di samping itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi

MARA (1984-1986), dan sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Pembangunan

Luar Bandar (1983-1986).50 MBM juga pernah diterajui oleh Ali Rustam pada tahun

1988-1990 yang merupakan ADUN Ayer Molek merangkap ahli Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri (Exco) untuk portfolio Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan

Tempatan dan Alam Sekitar (1986-1990).51 Malah, Khir Toyo juga pernah menjadi

Presiden MBM (2002-2006) semasa beliau menjawat jawatan Menteri Besar

Selangor (2000-2008) dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2004-2008).52

Penglibatan sebilangan tokoh politik yang pernah memimpin MBM dapat diperhatikan dalam dua keadaan. Pertama, sebagaimana contoh di atas, di mana mereka ahli politik parti melibatkan diri dengan pantadbiran organisasi anak muda.

Keduannya, bilangan mereka yang terlebih dahulu aktif dalam petubuhan anak muda sebelum menyertai mana-mana parti politik dan kerajaan. Anwar Ibrahim antara

49 Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). MBM juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668. Bagi maklumat lanjut, rujuk laman web rasmi MBM, http://belia.org.my. 50 Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Tajol_Rosli_Mohd_Ghazali

51 Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Ali_bin_Mohd_Rustam 52 Sumber: http://www.drkhir.com/ 108 contoh mantan Presiden MBM yang tidak mempunyai jawatan dalam UMNO dan kerajaan ketika tempoh perkhidmatannya (1973-1976). Beliau hanya menyertai

UMNO pada tahun 1982. Sebelum itu belia aktif dalam politik kampus sebelum menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 1971. Selain Anwar,

Abdullah Hj Ahmad, Sanusi Junid, Adib Hj Adam, Abd. Rahim Bakar dan Rahmah

Othman juga terlebih dahulu membina nama dan penghormatan melalui

PKBM/MAYC (Hussain 1986: 230). Walaubagaimanapun, secara umumnya, amat jelas bahawa kepimpinan MBM sangat didominasi oleh lelaki – male centric.

Selain, MBM, Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) juga antara pertubuhan belia utama yang ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1971. Idea penubuhan MPBN ini dicetuskan oleh Abdullah Ahmad Badawi yang pada masa itu adalah Ketua Pengarah Belia yang pertama. Melalui semakan di laman web rasmi

MPBN, organisasi ini mendakwa memainkan peranan amat besar dalam perencanaan, pemantauan, pelaksanaan dan penilaian program serta pendekatan pembangunan anak muda dan sekali gus menentukan hala tuju pembangunan anak muda negara. MPBN juga merupakan saluran untuk anak muda menyampaikan hasrat dan pandangan mereka.53 Namun, berdasarkan Perlembagaan MPBN, komposisi anggota Majlis sangat didominasi oleh Menteri dan pegawai tinggi kerajaan sebagaimana berikut;

(a) Menteri sebagai Pengerusi; (b) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal belia; (c) Ketua Pengarah; (d) Seorang wakil setiap Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal belia; (e) Seorang wakil daripada Kementerian yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan;

53 Laman web rasmi Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN), http://mpbn.kbs.gov.my. 109

(f) Tidak lebih daripada sepuluh orang wakil daripada agensi kerajaan yang mengendalikan hal ehwal belia yang ditentukan oleh Menteri; (g) Tidak lebih daripada dua puluh lima orang pegawai Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal belia yang dilantik oleh Menteri; (h) Semua anggota Anggota Dewan Tertinggi dan Anggota Jawatankuasa Kerja badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan; dan (i) Tidak lebih daripada dua puluh orang yang pada pendapat Menteri boleh menyumbang secara berkesan kepada pembangunan belia, yang dilantik oleh Menteri. Sumber: Perlembagaan Majlis Perundingan Belia Negara

Semakan bagi senarai keahlian Majlis Perundingan Belia Negara Penggal XXVI

Tahun 2007 – 2008 mendapati, bagi wakil setiap kerajaan negeri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal belia hampir kesemuanya adalah Ahli Exco

Kerajaan Negeri masing-masing. Wakil bagi kementerian yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan pula diwakili sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Y.B Datuk Zulhasnan bin Rafique. Bagi sepuluh orang wakil dari agensi kerajaan dan wakil Kementerian Belia yang mengendalikan hal ehwal belia yang ditentukan oleh Menteri pula terdiri daripada ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha

Kementerian dan Jabatan berkaitan. Bagi senarai dua puluh orang yang pada pendapat Menteri boleh menyumbang secara berkesan kepada pembangunan belia, yang dilantik oleh Menteri, hampir kesemua mereka merupakan Ahli Parlimen atau pimpinan Barisan Nasional kecuali dua orang daripada Presiden Majlis Perwakilan

Pelajar Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi mewakili anak muda di kampus. Majlis ini juga dianggotai oleh semua Anggota

Dewan Tertinggi dan Anggota Jawatankuasa Kerja badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan iaitu Majlis Belia Malaysia.54 Jelas, bahawa daripada

54 Bagi perincian lengkap, sila rujuk Lampiran 4.1: Senarai Keahlian Majlis Perundingan Belia Negara Penggal XXVI Tahun 2007-2008. 110 perwakilan, Majlis ini telah gagal untuk mencerminkan penglibatan langsung anak muda.

Melalui dua contoh di atas, adalah jelas bahawa pertubuhan anak muda utama negara tidak benar-benar mewakili anak muda daripada semua segmen masyarakat.

Dominasi ahli politik parti dan pegawai kerajaan yang terlalu besar telah mencabar sifat automus pertubuhan ini dan amat sukar untuk kedua-duanya berperanan aktif sebagai kumpulan berkepentingan (interest group) untuk menjuarai suara anak muda.

Malah, lebih dikhuatiri apabila pertubuhan yang seharusnya menjaga kepentingan anak muda ini menjadi co-opted dengan status quo. Contohnya apabila MPBN dilihat kurang kritis dalam membahas dan memperakukan dasar dan program utama pembangunan belia, iaitu sebelum diangkat ke Kabinet. Contoh dasar yang disokong oleh MPBM ialah Dasar Belia Negara, Program Rakan Muda, Dasar Pembangunan

Belia Negara, Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional dan Akta Belia.55

4.3.2 Sikap Mahathir Terhadap Anak Muda

Tidak ada individu yang paling signifikan dalam pembentukan sikap dan perwatakan anak muda kini selain Dr Mahathir. Pada tahun 1974, beliau dilantik sebagai

Pengerusi Majlis Universiti Nasional sebelum dilantik sebagai Menteri Pelajaran (5

September 1974-1 Jun 1978) dan Perdana Menteri Malaysia (1981-2003). Selaku individu yang bertanggungjawab memperkenalkan AUKU,56 dan pelbagai program lain untuk anak muda termasuk Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara

(PLKN), pastinya beliau mempunyai pandangan tersendiri terhadap anak muda.

55 Portal rasmi Majlis Perundingan Belia Negara; http://mpbn.kbs.gov.my/ 56 “Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran”, kata beliau melalui blognya, Chedet.com. Bagi perincian sila rujuk; http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/08/auku-akta-universiti-dan-kolej.html

111

Khoo Boo Teik (1995) antara yang mengkaji paradoks Mahathir melalui bukunya

Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual Biography of Mahathir Mohamad. Khoo

Boo Teik menghuraikan Mahathirism kepada lima komponen utama; nationalism, capitalism, Islam, populism dan authoritarianism.

Namun, pada bab ini, kajian hanya ditumpukan kepada teks-teks ucapan

Mahathir yang berkaitan dengan anak muda. Melalui teks ini, dapat dikesan sikap

Mahathir terhadap anak muda dan bagaimana ucapan beliau sentiasa bertentangan

(contradict) daripada segi logik. Sebagai contoh, Mahathir secara konsisten mengaitkan anak muda, belia dan remaja dengan gejala penyalahgunaan dadah dan betapa pentingnya untuk anak muda. Sebagai contoh, ucapan beliau semasa merasmikan Himpunan Hari Belia Negara pada tahun 1984 (tema tahun tersebut adalah Belia Berdisplin Negara Progresif) beliau mengingatkan betapa rapuhnya anak muda dengan segala macam ancaman baik daripada gejala dadah mahupun persekitaran hidup kota, maka penting untuk anak muda bersatu dengan menyertai persatuan-persatuan yang berdaftar dengan kerajaan.

Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan memberi perhatian kepada para belia di bandar. Mereka ini memerlukan bimbingan dan penyesuaian dengan nilai hidup di bandar.57

Malah, dalam ucapan beliau kepada murid/pelajar sempena Hari Pahlawan empat tahun kemudian, beliau masih menekankan berkenaan bahaya dadah dan budaya liar

(deviant) dalam kalangan anak muda.58 Namun, mungkin ucapan yang paling menarik, adalah semasa merasmikan Majlis Perhimpunan Hari dan Minggu Belia di

57 ‘Himpunan Hari Belia Negara di Stadium Jalan Raja Muda, KL, 15hb Mei 1984’ dalam Koleksi Ucapan Mahathir. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan, Kuala Lumpur (319-321)

58 ‘Ucapan kepada murid/pelajar Sempena Hari Pahlawan, 17hb Ogos 1987’ dalam Koleksi Ucapan Mahathir. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan, Kuala Lumpur (593-595)

112

Dewan Merdeka, PWTC, pada tahun 1988 apabila beliau sebagaimana biasa memulakan ucapannya dengan menerangkan betapa mudahnya anak muda dipengaruhi oleh ‘budaya Barat’ yang mula menular di negara Timur.

Masalah yang ditimbulkan oleh orang-orang muda di Eropah dan Amerika mula membimbangkan kerajaan mereka. Masalah-masalah penagihan dadah, masalah ‘generation gap’, dan kurang hormat kepada orang tua, masalah jenayah yang dilakukan tanpa sebab…telah memaksa perhatian masyarakat terhadap keruntuhan akhlak yang amat bahaya di Barat...Penyakit ini sudah merebak ke Timur…Dadah, jenayah, keganasan belia, demonstrasi tanpa sebab, vandalism dan lain-lain gejala sudah menjadi perkara biasa di beberapa negara Timur yang sedang membangun dan yang sedang mengambil langkah ke arah demokrasi.59

Beliau juga mengingatkan betapa anak muda mudah terpedaya dengan idealisme yang sudah tentunya dari ‘Barat’. Idealisme, menurut Mahathir, adalah bahaya untuk anak muda kerana idealisme tidak berpijak kepada realiti dan anak muda yang mengejar idealisme akan mudah diperalatakan oleh ‘orang tertentu yang berkepentingan’. Mahathir juga menyatakan idealisme tiada manfaat untuk membangunkan negara dan seolah-olah idealisme ini adalah perancangan ‘negara maju’ untuk memastikan negara membangun tidak mampu untuk bersaing dengan

‘negara maju’ lantaran disesakkan dengan idealisme yang tidak praktikal untuk pembangunan negara.

Naluri belia ialah mereka mudah terpikat dengan idealisme. Sementara idealisme amat diperlukan oleh masyarakat, pemilik idealisme yang muda mudah membelakangi kenyataan dan mudah dipengaruhi. Dengan itu amatlah mudah bagi belia yang mengejar idealisme diperalatkan oleh orang-orang tertentu yang berkepentingan. Seterusnya tenaga yang seharusnya digunakan untuk membangunkan negara tidak dapat membangun dan bersaing dengan negara-negara yang sudah maju. Maka terpeliharalah negara yang maju ini daripada persaingan oleh negara yang berpotensi di antara yang membangun.60

59 Majlis Perhimpunan Hari dan Minggu Belia di Dewan Merdeka, PWTC, 4hb Jun 1988 dalam Koleksi Ucapan Mahathir. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan, Kuala Lumpur (593-595)

60 Ibid,. 113

Ucapan Mahathir juga penuh dengan paradoks yang sangat ketara. Contohnya, dalam perenggan di bawah;

Kita tidak mahu balik ke zaman dahulu di mana belia mesti menerima tanpa soal semua yang disarankan oleh orang dewasa. Amalan ini akan menjadikan sesuatu masyarakat atau negara itu statik, tidak bergerak maju…di zaman moden masyarakat yang terlalu dikongkong oleh tradisi tidak mampu bersaing dengan masyarakat yang dinamis. Tetapi tradisi tidak harus dihapuskan semata-mata kerana ia adalah tradisi...61

Mahathir cuba menyampaikan bahawa anak muda harus bersikap kritis terhadap pandangan orang tua kerana kepatuhan melulu kepada orang tua (negara?) hanya akan membuatkan sesuatu masyarakat dan negara itu statik dan tidak dapat bergerak maju. Tetapi budaya menghormati dan menuruti ‘orang tua’ merupakan budaya tradisi masyarakat Timur dan tidak harus dihapuskan. Jelas wujud ketidakselarian idea dalam ucapanya dan ini bertambah jelas dalam perenggan berikutnya;

Satu perkara yang amat bahaya ialah menerima bulat-bulat pendapat pihak lain, terutama pihak negara yang sudah maju. Kita sering lupa bahawa pendapat mereka telah melalui satu evolusi yang berkait rapat dengan evolusi masyarakat mereka. Amalan demokrasi mereka bermula dengan kebebasan yang sedikit sahaja, kebebasan yang sesuai dengan keadaan masyarakat mereka ketika itu.

Belia negara kita jangan terlalu mudah menerima dakwaan dan nilai-nilai yang dibuat oleh negara yang sudah maju di Barat. Ingatlah di waktu mereka berada di tahap pembangunan yang kita alami sekarang, nilai-nilai mereka tidak begitu liberal seperti sekarang.62

Seolah-olah Mahathir cuba membina logik bahawa tidak bermasalah untuk anak muda menerima dengan patuh status quo negaranya kerana telah menjadi sebahagian daripada amalan tradisi Timur. Namun, harus bersikap kritis pada idea

61 Ibid., 62 Ibid., 114 daripada negara maju, khususnya yang berkaitan dengan idea demokrasi dan kebebasan. Malah, Mahathir juga cuba membina keyakinan dalam kalangan belia, bahawa kebebasan harus dihad berdasarkan tahap pembangunan negara saat itu.

Menurut logik pandangan Mahathir ini, demokrasi dan kebebasan akan menghalang kemajuan tetapi dalam masa yang sama beliau seolah-olah menyatakan bahawa Malaysia hanya akan menikmati demokrasi dan kebebasan setelah mencapai kemajuan! Malah, Mahathir mencemuh mereka yang berjuang untuk demokrasi dan kebebasan sebagai lemah dan menimbulkan masalah serta mengancam pembangunan negara. Akhirnya, Malaysia akan gagal untuk bersaing dengan negara maju kerana ada sebahagian warganya memperjuangkan demokrasi.

…yang lemah di antara kita akan berasa malu kerana dituduh tidak demokratik dan sebagainya dan kumpulan ini akan turut mengecam negara sendiri, bahkan menimbulkan masalah dalam negara. Dengan itu pembangunan negara akan terjejas dan kita tidak dapat mengejar dan bersaing dengan negara maju.63

Maka, pada pandangan Mahathir, adalah penting untuk anak muda bersatu dan mempertahankan negara meskipun patriotisme dikatakan sebagai sudah lapuk.

Namun, beliau sekali lagi menegaskan perlunya kepada hanya satu takrifan patriotik yang tunggal yang telah diterima umum (terhadap kerajaan, bukan negara?) kerana perbezaan takrifan konsep patriotisme hanya akan menyebabkan perpecahan dalam masyarakat.

Kita tidak mahu patriotism secara membuta tuli…patriotism kita bukan untuk menceroboh hak orang lain tetapi untuk kebaikan kita. Di sini kita menghadapi masalah kerana jika seseorang individu cuba menilai patriotism sendiri, ia mungkin salah. Justeru itu adalah lebih baik jika kita menerima penilaian yang diakui ramai. Dengan itu, semangat patriotik kita tidak akan membuatkan kita berpuak-puak yang bermusuh antara kita…64

63 Ibid., 64 Ibid., 115

Mahathir kemudiannya menekankan bahawa anak muda kini berdepan dengan masalah pengangguran dan dengan nada separa mengugut beliau mengingatkan agar anak muda tidak menimbulkan tuntutan-tuntutan yang boleh ‘memberi gambaran

Malaysia tidak stabil’ yang akan menghalang kemasukan pelaburan asing, khasnya dalam sektor perindustrian.

Satu perkara yang menekan sekarang ialah penganguran di kalangan belia. Untuk mengatasi masalah ini kita perlu meningkatkan proses industrialisasi kerana hanya kilang-kilang pembuatan sahaja yang boleh menyediakan peluang-peluang pekerjaan dengan banyak…untuk menarik pelabur asing, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif. Tetapi insentif yang terbesar sekali ialah kestabilan negara dan kesanggupan rakyat Malaysia untuk bekerja kuat…sebarang kegiatan yang memberi gambaran bahawa Malaysia tidak stabil merupakan penghalang kepada usaha mengatasi masalah penganguran. Saya berharap belia sendiri dan lain-lain pihak tidak membuat apa-apa yang boleh memburukkan imej negara sebagai tempat yang paling sesuai melabur.65

Berdasarkan petikan ini, seseorang pastinya dapat membayangkan bahawa Mahathir cuba membina logik bahawa kerajaan telah sedaya upaya memakmurkan rakyat negara ini dan mereka yang mengemukakan tuntutan-tuntuan yang menggugat status quo sebagai pengkhianatan kepada kemajuan negara dan harus bertanggungjawab terhadap pengangguran yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Dalam ucapan beliau semasa merasmikan Hari Belia Negara 1991 dan

Perlancaran Program Induk Belia Negara di Stadium Kubu, Melaka pada 31hb Mei

1991, Dr Mahathir mengingatkan anak muda agar mengurangkan tumpuan kepada falsafah dan teori semata-mata, sebalik harus bersikap lebih matang, dan tanpa sebarang penjelas, beliau berkata – dengan mengurangkan tumpuan kepada falsafah dan teori – akan melahirkan kreativiti dan keberanian untuk membawa perubahan.

Dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar ini, sudah sampailah masanya generasi hari ini perlu kurangkan berfalsafah atau berteori semata- mata, tetapi haruslah mengambil sikap yang lebih matang dan "action-

65 Ibid., 116

oriented" supaya tindak tanduk itu selari dengan kehendak pembangunan negara. Dengan berfikiran secara begini, akan lahirlah satu generasi yang kreatif dan berani membuat perubahan dan pembaharuan demi kepentingan bangsa dan negara.66

Sebagaimana biasa, Dr Mahathir mengingatkan betapa anak muda pada waktu itu telah mengalami gejala keruntuhan akhlak, moral dan penagihan dadah.

Kebelakangan ini gejala-gejala yang kurang sihat telah melandai generasi muda seperti keruntuhan akhlak, moral dan penagihan dadah. Anak-anak muda telah mulai mengagung-agungkan kebudayaan kuning. Ini merupakan penyakit yang sungguh merbahaya. Jika keadaan ini berterusan ia akan mengugat proses pembangunan negara.67

Melalui analisa yang dibuat, Mahathir tidak pernah menukar sikapnya terhadap anak muda. Buktinya, beliau menyatakan sikap yang sama dalam Ucapan Perdana beliau di Universiti Malaya pada tahun 1997. Meskipun tajuk syarahannya berkenaan dengan cabaran generasi baru (anak muda), hampir 90 peratus ucapannya ditumpukan kepada soal perubahan dan pembangunan ekonomi serta politik

Malaysia dan antarabangsa (beliau hanya menyentuh berkenaan anak muda hanya pada bahagian akhir syarahannya).

Adalah jelas bahawa negara ini akan terus mengekalkan kestabilan politik dan pembangunan ekonominya. Tetapi tugas ini bukanlah semudah berbanding dengan tahun-tahun peringkat awalan. Kita sudah dapat lihat sikap mudah berpuas hati dan keinginan untuk berseronok-seronok. Masalah lepak, bohsia, penggunaan dadah, dan sebagainya akan menggugat usaha kecekalan dan keazaman golongan muda Malaysia. Etika kerja akan merosot. Seperti mana terdapat di negara-negara membangun, permintaan untuk gaji adalah tinggi tetapi bekerja kurang.

Tekanan politik ke atas Malaysia akan dipertingkatkan. Konsep- konsep ala Barat mengenai keagungan seseorang individu akan dikenakan ke atas Malaysia. Ketidakstabilan politik dan pertukaran kerajaan akan menjadi ciri senario Malaysia. Ramai golongan muda akan menjadi tergugat. Hanya

66 Ucapan Dr Mahathir semasa Majlis Perhimpunan Hari Belia Negara 1991 dan Perlancaran Program Induk Belia Negara di Stadium Kubu, Melaka pada 31hb Mei 1991. Sumber: Laman web rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia, www.pmo.gov.my

67 Ibid.,

117

sedikit sahaja yang menentang. Usaha gigih akan diambil bagi menampakkan semangat Malaysia dan Malaysia Boleh. Perjuangan di antara golongan patriotik dan golongan remaja muda berpengetahuan akan berpanjangan.68

Mahathir sebagaimana biasa akan menyatakan pandangannya kepada anak muda yang suka berseronok dan diancam dengan pelbagai masalah sosial – lepak, bohsia, penggunaan dadah – sehingga merencatkan produktiviti yang memberi kesan kepada pembangunan negara. Begitu juga tuntutan anak muda – terhadap hak pekerja untuk bayaran upah yang lebih baik tidak – tidak berpadan dengan produktiviti mereka.

Sikap Mahathir ini diterjemahkan dalam banyak dasar-dasar kerajaan dan antara yang paling utama adalah Program Rakan Muda yang dilancarkan pada 29

Oktober 1994 oleh Mahathir sendiri. Dengan slogan Rakan Muda-Yakin Boleh!,

Sembilan Gaya Hidup diperkenalkan kepada anak muda yang berumur antara 15 hingga 25 tahun; Rakan Sukan, Rakan Waja Diri, Rakan Cinta Alam, Rakan Seni

Budaya, Rakan Reka Cipta, Rakan Wirausaha dan Wiramahir, Rakan Kecergasan,

Rakan Masyarakat dan Rakan Rekreasi.69 Namun, program ini tidak begitu jelas perlaksanaannya. 70 Malah, setidaknya, sehingga tahun 2000 belum ada sebarang usaha untuk mengkaji keberkesanan program ini yang dikatakan dapat mengatasi masalah sosial anak muda. Menjawab soalan Ahli Parlimen Chang See Ten (Gelang

Patah) di Parlimen, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, mengakui bahawa “ kajian impak keberkesanan Program Rakan Muda dalam konteks mengurangkan gejala sosial” kalangan anak muda belum lagi dijalankan.71.

68 Malaysia dalam Alaf akan Datang: Cabaran Bagi Generasi Baru, Ucapan Perdana 1997, pada 19 September 1997 di Dewan Tunku canselor, Universiti Malaya, anjuran Universiti Malaya dan Persatuan Alumni Universiti Malaya. Terbitan Universiti Malaya

69 Kementerian Penerangan Malaysia, http://pmr.penerangan.gov.my/

70 Semakan di laman web rasmi Kementerian Belia dan Sukan, pautan ke portal rasmi Rakan Muda hanya kepada ‘page’ Rakan Muda di laman Facebook tanpa ada perincian maklumat dan jarang pula dikemaskini. Lihat, https://www.facebook.com/RakanMudaOfficial 71 Hansard , Selasa, 15 Februari 2000. 118

Malahan, walaupun semakan pada Penyelidikan Inventori Sains Sosial 1980-

2000 mendapati sepanjang tempoh dua dekad 1980-2000, terdapat sekurang- kurangnya 7,877 projek penyelidikan sains sosial dan kemanusiaan mengenai pelbagai tema dijalankan di Malaysia, namun tidak banyak kajian sosial yang berfokus terhadap anak muda.72 Kajian yang mencakupi pembangunan sosial meliputi tema wanita, perkahwinan dan keluarga (314 kajian), disusuli oleh kajian mengenai kanak-kanak (75 kajian), hubungan ras atau etnik (66 kajian), kemiskinan

(53 kajian), dan setinggan (26 kajian). Satu bidang baru yang mula muncul sejak

1990-an ialah kajian globalisasi dengan 15 kajian.

Meskipun pada dekad akhir 1980an-1990an, berlaku transformasi sosial besar masyarakat dan anak muda merupakan antara segmen paling terkesan dengan transformasi sosial ini kerana mereka merupakan kumpulan paling besar dalam pasaran guna tenaga dan pendidikan.

Dalam inventori penyelidikan berikutnya, antara tahun 2001-2005 (Abdul

Rahman Embong & Nor Hayati Sa’ad, 2009), bukan sahaja masih tiada fokus khas terhadap anak muda, malah isu anak muda/remaja/belia dihimpunkan di bawah Bab

10, Gejala Sosial. Secara keseluruhannya, terdapat 123 kajian mengenai pelbagai aspek gejala sosial yang berlaku di Malaysia dijalankan oleh pengkaji dari pelbagai universiti bagi tempoh 2001-2005 yang boleh digolongkan dalam bidang pembangunan sosial. Antara tema kajian yang diberi tumpuan ialah; Salah laku dan masalah disiplin pelajar sekolah, Gejala hidu gam, Jenayah juvana, Gejala buli di

72 Menurut pecahannya, penyelidikan tersebut ialah: penyelidikan tesis Sarjana dan PhD sebanyak 2,701 (Sarjana - 2,452 dan PhD - 249); penyelidikan asas/gunaan 4,002 buah, manakala penyelidikan rundingan kontrak sebanyak 1,174. Daripada jumlah 7,877 kajian, 80% atau 6,346 kajian dilakukan oleh IPT dengan jumlah terbanyak oleh IPTA dan bilangan yang sangat kecil (0.13%) oleh IPTS (Abdul Rahman Embong & Nor Hayati Sa’ad, 2003). 119 kalangan pelajar sekolah, dan Penagihan dadah. Kebanyakan kajian ini tertumpu kepada anak muda.

4.4 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat diperhatikan bagaimana anak muda mengalami tekanan panjang yang menghilangkan upaya mereka untuk menguruskan kelompok diri sendiri (berorganisasi) dan melibatkan diri dalam proses membuat keputusan. Di universiti mereka dinafikan hak untuk berpesatuan dan suasana kampus dikawal seluruhnya. Penglibatan anak muda di kampus dalam proses politik sangat penting kerana kampus merupakan ruang untuk mereka bereksperimen dengan segala macam idealisme dan belajar untuk memposisikan diri mereka dalam masyarakat.

Begitu juga di luar kampus, pertubuhan induk anak muda dikawal oleh ahli politik dan pegawai kerajaan (yang lazimnnya orang tua). Apabila pertubuhan anak muda tidak lagi dikawal dan ditadbir oleh anak muda, maka pertubuhan ini tidak lagi mewakili kepentingan mereka. Malah, pertubuhan ini perlahan-lahan menjadi alat recruitment parti politik bagi mengukuhkan hegemoni pemerintah.

Nilai-nilai anak muda juga diremehkan. Anak muda kaitkan dengan kerapuhan moral dan kebejatan sosial. Sikap spontaneous dan tindakan radikal mereka dikecam sebagai tidak berfikir panjang, pendek akal, dan emosional. Secara beransur-ansur, penghinaan ini menghilangkan kepercayaan dan keyakinan anak muda serta membentuk kepatuhan kepada status quo. Anak muda juga telah putus sejarahnya dengan gerakan sebelumnya. Mereka gagal untuk menghubungkan diri

120 mereka dengan sejarah panjang gerakan anak muda di negara ini, apatah lagi dengan gerakan anak muda antarabangsa.

Depoliticization ini, bukan sahaja menyebabkan anak muda tunduk kepada tekanan negara, malah membina persepsi bahawa nilai anak muda, seperti spontan, berorientasikan aksi, dan radikal dilihat sebagai penyimpangan moral – akhirnya, anak muda hilang idealismenya, mereka tua sebelum masanya.

Namun, Reformasi 1998 dan perkembangan lainnya, kembali menggerakkan anak muda. Pada bahagian selanjutnya, penulis akan memperlihatkan bagaimana

Reformasi 1998 telah mencetuskan kembali gerakan anak muda dan kemudiannya mereka cuba membina bentuk politik mereka sendiri.

121

BAB 5 MASYARAKAT SIVIL, REFORMASI 1998 DAN POLITIK BARU: KEBANGKITAN SEMULA ANAK MUDA?

5.1 Pengenalan

Sebagaimana diperlihatkan pada Bab 4, terdapat kelompangan penyertaan politik anak muda, khasnya setelah AUKU hingga akhir dekad 1990-an. Dekad tersebut menyaksikan sekatan dan kekangangan yang besar terhadap anak muda. Namun, aktivisme dan penyertaan politik anak muda tidak pernah terhenti, malah akhir dekad

1990-an, aktivisme anak muda kembali rancak. Bagi itu, pemahaman terhadap latar masyarakat dan ruang sivil pasca reformasi 1998 adalah perlu bagi memenuhi keperluan analisa gerakan yang wujud dalam tempoh itu.

Pastinya reformasi 1998 harus disebut sekali dengan peristiwa pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Anwar Ibrahim. Maka bab ini akan meletakkan pemecatan mantan Perdana Menteri tersebut sebagai titik mula perbincangan dan kemudiannya meninjau beberapa hal yang ikut sama berkembang daripada peristiwa ini. Bab ini juga akan turut menyentuh perkembangan dalam parti politik, organisasi bukan kerajaan, media massa dan lain-lainnya yag dikira perlu bagi tujuan pemahaman latar. Kemudiannya sedikit analisa ringkas akan dibuat mengenai reaksi kerajaan terhadap gerakan sosial yang terhasil semasa Reformasi

1998. Tujuannya buat memahami kedinamikan kekuasaan di Malaysia bagi memudahkan analisa pada bab berikutnya.

122

Sebagaimana yang dibentangkan pada Bab 1 dan Bab 2, kelompok aktivis sivil ini telah wujud di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Lingkungan sejarah masyarakat sivil Malaysia bermula seawal persatuan rahsia masyarakat Cina, kesatuan nasionalis masyarakat India, dan Melayu Islam Progresif (Weiss 2003;17).

Semenjak 1957, terdapat dua hal yang amat mempegaruhi perkembangan masyarakat sivil di Malaysia; komunalisme dan autoritarianisme – dua perkara yang sering kali berkait. Di Malaysia, semasa pemerintahan Kolonial Inggeris, pembasmian Parti

Komunis Malaya (PKM) menjadi peluang bagi kekuasaan kolonial menyingkirkan budaya politik kiri secara keseluruhan. Darurat tahun 1948 hingga 1960 telah mematikan kebanyakan gerakan kiri di Malaysia. Maka hal ini menjadikan kelompok konservatif–kanan mudah mendominasi budaya politik di Malaysia (Heryanto dan

Mandal 2004: 7).

Menurut Benedict Anderson (dalam Heryanto dan Mandal 2004: 7) hasil daripada perkembangan dekat 1940an itu, negara ini mewarisi (dan kemudiannya pengembangan) undang-undang anti-subversif rejim kolonial yang sangat represif dengan birokrasi yang kuat meskipun pemberontakan itu relatifnya sudah padam.73

Amalan perundangan ini antara elemen yang membentuk budaya politik Malaysia sebagaimana adanya kini.

Sebagaimana maklum, Barisan Nasional (BN) adalah gabungan parti berdasarkan kaum dengan dominasi UMNO. Setiap kali gabungan ini menjadi lemah, maka akan ada usaha untuk menguatkannya kembali. Usaha ini acap kali juga melibatkan peningkatan autoritarianisme di Malaysia. Contohnya dengan

73Malah, sehingga kini, alasan ancaman subversif dan komunisme masih digunakan untuk mengehadkan kebebasan awam. Secara konsisten, Komunisme dijadikan alasan dalam setiap tindakan keras negara, daripada tragedi 13 Mei 1969, Operasi Lalang 1987, hingga Bersih 2.0, dikaitankan dengan elemen subversif. 123 menggunakan logik ketidakstabilan BN akan mengakibatkan perpecahan kaum dan hal ini harus dicegah. Maka undang-undang yang mempunyai elemen pencegahan digunakan.74 Pada pertengahan 1990an, datang krisis kewangan yang telah memberi rupa baru kepada politik komunalisme ini dan pastinya turut mengubah komposisi, demografi dan wajah masyarakat sivil di Malaysia.

Oleh kerana Malaysia diperintah oleh parti yang sama sejak merdeka75, maka hegemoni negara terhadap cara fikir rakyat amat kuat. Rakyat seakan disuruh percaya bahawa menyokong apa sahaja parti selain Barisan Nasional adalah tidak patriotik dan tidak mensyukuri nikmat keselesaan yang dikecapi selama ini.

Perbuatan mengkritik kerajaan adalah tidak baik dan berniat jahat, sebagaimana yang dikatakan sendiri oleh Dr Mahathir. Sila lihat Bab 4 untuk perbincangan lanjut.

5.2 Krisis Ekonomi dan Politik

Pada umumnya, yang difahami sebagai ‘gerakan Reformasi’ itu adalah penentangan terhadap kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dr Mahathir yang tercetus sejak timbalannya – Anwar Ibrahim – dipecat daripada jawatannya dan sehari sejurus itu,

Anwar disingkirkan pula daripada semua jawatan dalam parti UMNO. Peristiwa

74Operasi Lalang 1987 antara peristiwa politik di mana BN menggunakan alasan menjaga kestabilan kaum untuk mengukuhkan kembali BN dan melemahkan pembangkang dengan jalan menggunakan kuasa undang - undang. Operasi ini dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis Malaysia/Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang ‘mengeruhkan’ suasana politik 1987. Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan. (Loh 2009: 45)

75 Barisan Nasional (dikenali sebagai Perikatan antara 1952 hingga 1970) merupakan gabungan beberapa parti. Barisan Nasional sejak pilihan raya umum pertama hingga yang ke 12 pada tahun 2008 tidak pernah tewas walau sekali pun. 124 pemecatan Anwar harus disoroti seawal krisis kewangan 199776 yang membawa kepada perselisihannya dengan Dr Mahathir, mengenai kaedah bagaimana seharusnya krisis itu diuruskan. Anwar Ibrahim, merangkap Menteri Kewangan ketika itu, telah memotong sebahagian perbelanjaan negara dan membenarkan apungan kadar faedah meningkat. Penswataan ‘projek mega’ seperti Projek Bakun, pembinaan landasan keretapi antara Kuala Lumpur dengan KLIA, Sepang, dan beberapa cadangan lebuh raya telah diketepikan. Usaha untuk bail out syarikat

Malaysia yang berdepan kemungkinan muflis juga dihalang oleh Anwar. Hal ini tidak disenangi oleh Dr Mahathir kerana pada pandangan beliau punca kegawatan bukan datangnya daripada salah tadbir domestik. Apabila Anwar menolak untuk membantu syarikat Malaysia77, khususnya syarikat dengan milikan Bumiputera, krisis antara dua pemimpin ini makin meruncing (Johan Saravanamutthu 2003: 9).

Polisi yang berbeza mengenai bagaimana menangani manipulasi asing terhadap ekonomi Malaysia seperti bail out syarikat Malaysia (penstrukturan semula), menerima bantuan pinjaman dan akses kepada lain-lain pinjaman yang ditawarkan oleh National Economic Action Council (NEAC), sebagaimana dinasihatkan bekas Menteri Kewangan yang juga orang kepercayaan Dr Mahathir,

Daim Zainuddin. Pada Jun 1998, pimpinan Pemuda UMNO bersama Anwar melancarkan serangan terhadap kronisme dan nepotisme pada Perhimpunan Agung

UMNO, Dr Mahathir mengkritik secara terbuka terhadap usaha Anwar dan para

76 Dikenali Asia Financial Cricis yang bermula pada Julai 1997 di Thailand, dan mempengaruhi mata wang, bursa saham dan harga aset lainnya di beberapa negara Asia, seperti Indonesia, Korea selatan dan Filiphina. Namun kesan ekonomi terhadap Singapura dan Jepun agak minimum. Krisi ini berpunca daripada spekulasi kewangan antarabangsa, sebelum itu rata – rata ekonomi rantau Asia Tenggara berkembang sekitar 6 hingga 9 peratus.

77 Namun menurut K.S Jomo, sungguh pun pendekatan Anwar mengetatkan perbelanjaan negara lewat 1997 (selari dengan cadangan IMF), pada Jun 1998 Anwar mula meningkatkan perbelanjaan awam, khususnya untuk menyediakan pinjaman dan pelaburan dalam makanan dan agrikultur bagi meningkatkan kecairan pasaran (Loh 2003). 125 penyokongnya itu. kedudukan Anwar mula goyah dan pada 2 September 1998,

Anwar dipecat ( Loh 2003).

5.3 Gerakan Sivil: Implikasi Pemecatan Anwar?

Melalui pemecatan itu, Anwar berjaya mengumpulkan sokongan daripada dalam dan luar UMNO, parti pembangkang, dan NGO lalu memicu gerakan massa di jalanan.

Demontrasi jalanan seakan cerminan kritikan awam terhadap layanan terhadap

Anwar dan salah guna kuasa regim Mahathir. Pada masa yang sama meluasnya terbitan dan edaran kaset, pita video, dan beberapa laman internet . Reformasi merupakan suatu kebangkitan rakyat yang meletus secara spontan dan tidak tersusun, samada secara organisasinya, strateginya ataupun inti intelektualnya (Fathi Aris

Omar 2005). Ianya meletus hasil daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemecatan Anwar Ibrahim. Walaupun terdapat sisi-sisi yang serba kekurangan dalam gerakan reformasi ini, namun yang jelas ianya telah meradikalisasikan sebahagian besar rakyat – kelas rendah dan menengah serta golongan profesional – pada waktu itu untuk turut ke jalan menunjukkan protes mereka (Johan Saravanamutthu 2003: 9-

10).

Paling tidak, reformasi ketika itu berjaya membuatkan orang Melayu buat pertama kali bangun menentang penggunaan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

Tindakan itu, berbeza dengan tindakan orang Melayu daripada zaman 1971 hingga

1974, yang hanya membiarkan orang Cina sahaja menuntut penghapusan akta kontroversi itu. Hal ini mungkin sekali kerana isu keadilan dan hak asasi belum benar – benar jelas dimengertikan oleh masyarakat Melayu yang umumnya ketika itu 126 baru mulai mendaki kelas sosio-ekonomi yang lebih baik hasil Dasar Ekonomi Baru

(DEB). Tambahan pula, bilangan anak Melayu yang melanjutkan pelajaran ke peringkat varsiti baru sahaja mulai bertambah berkat tertubuhnya sebuah lagi university awam78 pada tahun 1970. Awal sedikit daripada tarikh itu, gerakan rakyat tertumpu pada isu Telok Gong (1967) yang berkaitan pemilikan tanah, isu kemiskinan (Peristiwa Baling 1974), isu pendidikan venakular dan etnik yang membawa kepada Operasi Lalang (1987). Dapat diperhatikan gerakan ketika itu tidak benar-benar menyatukan rakyat daripada sudut perkauman, malah isu pendidikan 1987 membawa kepada ketegangan kaum. Berbeza dengan Reformasi

1998 apabila dapat dilihat kebangkitan masyarakat Melayu menentang ISA.

Namun begitu, tidak semua sarjana bersetuju dengan kenyataan bahawa reformasi 1998 merupakan perubahan besar dalam masyarakat Malaysia. Memetik ucapannya dalam forum bertajuk ‘Reformasi Pemikiran dan Pemikiran Reformasi’ anjuran Institut Kajian Dasar (IKD)79, Rustam A Sani berhujah;

Pemecatan Anwar hanya mencetuskan reformasi kepada cabang politik sebilangan kecil rakyat iaitu dengan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada PAS di Terengganu dan kemenangan beberapa calon pembangkang dalam pilihanraya umum 1999. Tetapi tampuk pemerintahan negara tidak berubah, BN masih berkuasa, sistem pemerintahan negara masih yang dulu juga, Ini bermakna peristiwa pemecatan Anwar bukanlah

78Universiti Kebangsaan Malaysia adalah universiti awam kedua negara sesudah Universiti Malaya. Ditubuhkan pada 8hb. Mei 1970, memikul beban nama kebangsaan, UKM menawarkan kursus dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hal ini lebih menguntungkan pelajar Melayu yang rata-ratanya ketika itu berasal dari luar bandar. Ditambah pula dengan perlaksanaan kouta untuk menginbangi komposisi kaum di pusat pengajian tinggi.

79 Dipetik daripada portal berita elektronik Malaysiakini.com, siaran bertarikh 6 Dec,2004. Tambah Rustam A Sani, percikan’reformasi ini sebenanya sudah bermula pada tahun sebelum kemerdekaan lagi iaitu apabila pemimpin pejuang menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Katanya, Burhanudin Al Helmi yang pernah menjadi Presiden PAS bersama rakan-rakanya yang lain seperti wartawan-wartawan Ashraf dan Usman Awang, tidak putus-putus menyedarkan rakyat untuk menuntut kemerdekaan negara.

127

permulaan reformasi Malaysia. Malah belum ada satu pun tarikh permulaan reformasi di negara kita.

Tetapi menariknya, apabila Anwar jatuh daripada kerajaan dan keluarnya beliau dari

UMNO, ABIM dan JIM80 telah menarik kembali sokongannya terhadap kerajaan, malah kembali kepada sifat confrontational, kritikal dan anti-establishment. PAS yang sememangnya parti pembangkang yang konsisten kritikal terhadap UMNO, telah menggunakan kesempatan ini untuk menambah pengaruhnya. Ketiga-tiga gerakan Islam ini bergabung untuk menentang kerajaan melalui gerakan reformasi, terutamanya melalui Majlis Gerakan Keadilan Rakyat (GERAK) (Muhammad

Syukri Salleh 2000: 3).

Walaupun GERAK juga disertai oleh NGO dan parti pembangkang yang lain, namun tidak dapat dinafikan, gerakan Islam, terutamanya PAS, yang mendominasi gerakan ini. PAS amnya dan Presidennya Fadzil Noor khususnya, selain dari memimpin GERAK, adalah juga ahli Gagasan Demokrasi Rakyat

(GAGASAN), sebuah lagi gerakan reformasi dipimpin oleh aktivis NGO Suara

Rakyat Malaysia (SUARAM), Tian Chua. Manakala ABIM dan JIM pula, khususnya

Presiden masing-masing, selain dari menganggotai GERAK secara aktif, juga adalah ahli aktif Pergerakan Keadilan Rakyat (ADIL), sebuah lagi gerakan reformasi yang dipimpin oleh isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail. PAS, walau pun tidak menjadi ahli ADIL, secara terbuka tetap menyatakan sokongannya terhadap ADIL

(Johan Saravanamutthu 2003: 9-10).

80 Jemaah Islam Malaysia (JIM) ditubuhkan pada 27 Julai 1990 dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Saari Sungib adalah tokoh penting JIM, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penaja penubuhan JIM dan seterusnya menjadi presiden JIM yang pertama.Beliau memegang amanah sebagai Presiden JIM bermula dari 1990 sehingga 1999. . Dengan misi “Bersama Islam Membina Masyarakat”, JIM terus berkembang dan menempatkan diri dalam masyarakat melalui beberapa model pengoperasian dan institusi sosio-dakwah JIM. JIM, sehingga tahun 2010, mempunyai 14 cawangan Negeri dan 54 cawangan Daerah dan keahliannya telah mencecah lebih dari 8,000 orang.

Sumber: Laman rasmi JIM http://www.jim.org.my/ (dilayari pada 22hb April 2010) 128

Ringkasnya, ketiga-tiga gerakan Islam ABIM, PAS and JIM, terlibat secara aktif sekurang-kurangnya dalam dua dari tiga gerakan reformasi yang lahir berikutan isu Anwar Ibrahim pada penghujung 1998. PAS terlibat di dalam GERAK dan

GAGASAN, manakala ABIM dan JIM terlibat dalam GERAK dan ADIL. Melalui ketiga-tiga gerakan reformasi ini, buat pertama kalinya di Malaysia, bukan sahaja ketiga-tiga gerakan Islam PAS, ABIM dan JIM ini berjuang atas platform yang sama, tetapi juga bergabung dengan parti-parti politik pembangkang dan NGO melalui satu gerakan yang broad-based, pelbagai kaum, pelbagai ideologi dan pelbagai agama untuk memperjuangkan matlamat yang dikatakan sama, yakni menegakkan keadilan dan melakukan reformasi sosio-ekonomi dan politik, serta melawan kezaliman. Selain dari PAS, ABIM dan JIM, GERAK disertai oleh

Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Ulamak

Malaysia (PUM), Democratic Action Party (DAP), Parti Rakyat Malaysia (PRM),

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), International Movement for a Just World

(JUST), Consumer Association of Penang (CAP), PPIM, ISMA, TERAS, URUS and YATIM. GAGASAN pula, selain dari PAS, juga disertai oleh Borneo Research

Institute Malaysia (BRIMAS), Centre for Orang Asli Concerns (COAC), Democratic

Action Party (DAP), ERA-Consumer, Indigenous People’s Development Centre

(IPDC), Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB-Johor Bharu), Parti

Rakyat Malaysia (PRM), Persatuan Sahabat Wanita, Parti Sosialis Malaysia (PSM),

Solidaritas Timor Timur Malaysia (STTM) and Tenaganita. Manakala ADIL, selain dari ABIM dan JIM, disertai oleh individu-individu profesional dan ahli-ahli akademik serta aktivis-aktivis NGO dan masyarakat umum (Muhammad Syukri

Salleh 2000: 4-5).

129

Penglibatan ketiga-tiga gerakan Islam PAS, ABIM dan JIM dalam gerakan reformasi ini dengan nyata mempamerkan re-radikalisme, atau kembalinya mereka kepada radikalisme,81 walau pun tanpa Darul Arqam kerana telah diharamkan dan

Tabligh kerana terus konsisten dengan sifat apolitikalnya. Sikap ketiga-tiga gerakan

Islam ini dikatakan melampaui soal memperjuangkan keadilan untuk Anwar Ibrahim secara peribadi, walaupun telah menjadi rahsia umum bahawa gerakan ini dan pemimpin-pemimpinnya mempunyai hubungan peribadi dengan Anwar Ibrahim, sama ada secara langsung atau tidak. Presiden ABIM ketika itu, Ahmad Azam menyatakan bahawa ABIM bersikap demikian kerana ingin menegakkan kebenaran dan memperjuangkan keadilan. Presiden JIM Saari Sungib pula menjelaskan bahawa komitmen JIM adalah atas dasar JIM tidak redha prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan yang selama ini menjadi teras kekuatan masyarakat dan negara ini diluntur dan dilemahkan. JIM, kata Saari Sungib, melihat peristiwa yang berlaku di sekitar isu cara perlucutan jawatan Anwar sebagai kemuncak kepada perlanggaran prinsip- prinsip kebenaran dan keadilan. PAS pula, terutamanya melalui GERAK, menyatakan perlunya sikap terbaru ini untuk menjalankan reformasi sosio-ekonomi dan politik dan menentang kezaliman pemerintah terutamanya yang dilakukan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (Muhammad Syukri Salleh 2000: 6-7).

Selain daripada usaha parti pembangkang, banyak lagi perkumpulan bebas muncul dan turut berkempen dalam pilihan raya 1999. Sungguhpun NGO ini kelihatan kritikal terhadap kerajaan BN dan polisinya, mereka juga menyuarakan

81Antara kesan dari kemunculan kembali radikalisme ini ialah penangkapan singkat Presiden ABIM Ahmad Azam Abdul Rahman dan Presiden JIM Saari Sungib bersama dengan beberapa orang lain yang pro-reformasi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 130 keprihatinan Barisan Alternatif82. Kumpulan ini termasuklah NGO yang bergerak dalam lapangan politik, kebajikan, hak pengguna dan alam sekitar.

Sebagai contoh, “Women’s Agenda for Change” menggesa undang – undang yang lebih memihak kepada wanita dan hal ini membawa juga kepada wacana keperluan kepada perundangan yang baharu. Selain itu, ‘ Citizens Health Initiative’, yang menentang penswastaan hospital besar dan lain – lain perkhimatan kesihatan.

Manakala, ‘The People Are The Bosses’ menjalankan advokasi untuk menyedarkan kembali rakyat akan makna sebenar demokrasi dan menuntut ketelusan, kebertangungjawaban kerajaan. Mereka secara amnya menekankan kepentingan kedaulatan undang – undang. Terdapat juga Pemantau yang bertindak sebagai pemerhati perjalanan pilihan raya. Di samping itu, wujud juga NGO alam sekitar yang menentang pembinaan empangan Bakun dan cadangan empangan Selangor yang dikhuatiri merugikan alam dan kebudayaan Orang Asal (Johan

Saravanamutthu 2003: 12-12).

5.4 Media dalam Reformasi 1998

Umum maklum bahawa terdapat kawalan yang ketat oleh kerajaan terhadap media massa di Malaysia. Situasi ini dengan jelasnya dapat diperhatikan akhbar perdana di negara ini dimiliki atau dikawal oleh Barisan Nasional (Loh dan Mustafa 1996).

Dalam kaji selidik yang dijalankan pada November 1999 dengan fokus kepada tiga akhbar harian berbahasa Inggeris (Star, Sun dan New Strait Times), 50% daripada berita yang disiarkan mengenai BN dan hanya 1.6% hingga 14.6% yang memberi

82Pakatan yang dibina oleh parti – parti pembangkang untuk menghadapi pilihan raya 1999 131 liputan terhadap BA. Manakala, didapati daripada analisa surat pembaca yang disiarkan kebanyakannya adalah pro-BN dan kritikal kepada BA (Mustafa 2003:55).

Menurut Loh dan Mustafa (1996: 100) terdapat tiga faktor utama pengawalan akhbar di Malaysia; ‘perundangan paksa’, ‘pemilikan dan pengawalan penerbitan utama’, dan ‘amalan kewartawanan pembangunan yang bertangungjawab’.

Perundangan paksa ini amat jelas bentuknya melalui pengenalan Akta Mesin Cetak dan Elektronik (1984), manakala perundangan utama bagi media elektronik ialah

Akta Penyiaran (1988). Semua penerbitan di Malaysia harus memohon permit tahunan yang boleh dibatalkan atau tidak diperbahurui jika media berkenaan menafikan ‘kepentingan nasioanl’. Hal ini pernah terjadi kepada akhbar Star pada tahun1987 semasa Operasi Lalang.

Bentuk kedua adalah melalui pemilikan bagi mengawal kandungan terbitan sama ada melalui pemilikan negara, naungan politik, atau proksi pemegang amanah.

Contohnya, melalui syarikat pemegang amanah yang terikat dengan cabang pelaburan UMNO iaitu Fleet Holding dan Renong Bhd, UMNO mengawal dua kumpulan penerbitan utama di negara ini, New Straits Times Press (NSTP) dan

Utusan Melayu (Loh dan Mustafa 1996: 101 – 102). Kerajaan juga mengekalkan pengawalan secara lansung dua saluran Radia Televisyen Malaysia (RTM).

Manakala, amalan kewartawanan pembangunan yang ‘bertangungjawab’ pula merujuk kepekaan wartawan untuk melakukan tapisan sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam kejadian kekacauan di Kampung Rawa pada Mac 1998 apabila media hanya memuji ‘kecekapan’ pihak berkuasa bertindak bagi mengawal keadaan (John Hilley

2009; 140).

132

Kemajuan dalam teknologi komunikasi yang membawa kepada peningkatan penggunaan internet, telefon mudah alih dan sambungan tanpa wayar (wayerless) – juga disebut sebagai media baru – memudahkan penyaluran maklumat secara cepat dan bebas. Kawalan kerajaan atas penyaluran maklumat menjadi terbatas dan penyebaran ideologi pengabsahan (legitimating ideology) kerajaan juga semakin kurang berkesan. Teknologi komunikasi berkait rapat dengan pemeluasan ruang masyarakat sivil dan pemugaran demokrasi.

Tahun 1995 boleh dianggap sebagai sejarah awal internet di Malaysia dan peningkatan jumlah host internet di Malaysia bermula sekitar tahun 1996. Menurut bancian penggunaan internet di Malaysia yang pertama dilakukan dari Oktober hingga November 1995 oleh MIMOS dan Beta Interactive Services, satu daripada setiap seribu Malaysia mempunyai akses kepada Internet bersamaan 20.000 pengguna internet daripada penduduk 20 juta penduduk Malaysia ketika itu (Beta

Interaktif Services, 1996). Pada tahun 1998, jumlah ini meningkat menjadi 2,6% dari penduduk. Jumlah unit komputer yang dijual, yang 467,000 pada tahun 1998 dan

701, 000 buah lagi pada tahun 2000 menunjukkan peningkatan literasi internet di

Malaysia (Lee, 2000). Begitu juga dengan perkhimatan café internet yang menjadi tumpuan untuk mendapatkan infomasi altenatif berkenaan isu semasa.

Pada ketika itu, terbit laman-laman web seperti Anwar Online, Laman

Reformasi, Mahazalim, Mahafiraun, Laman Marhaean, Teranungkite.com, freeanwar.com83, Ummahonline.com, Catatan Reformasi84 dan pada penghujung

1999, Malaysiakini.

83Sebuah laman web yang giat berkempen untuk pembebasan Anwar Ibrahim. Laman tersebut ditutup selepas pembebasan Anwar dalam bulan September 2004. Laman web ini dikendalikan oleh Raja Petra Kamaludin yang kemudianya dikenali melalui laman portal berita popular MalaysiaToday.com 133

Oleh kerana media konvensional – akhbar, televisyen dan radio – dikawal oleh kerajaan maka tumbuh beberapa media alternatif melalui portal berita internet seperti Malaysiakini85 untuk membuat liputan dan menyebarkan berita berkaitan gerakan reformasi. Sebagai contoh, Gabungan Mahasiswa Mansuh ISA (GMMI) telah menganjurkan demonstrasi pada 8 Jun 2001 di Masjid Negara yang berakhir dengan keganasan polis. Demonstrasi tersebut menyebabkan tujuh orang mahasiswa ditahan dan dibuang dari kampus selepas itu. Malaysiakini antara media yang memberikan laporan meluas terhadap demonstrasi tersebut dan membuat susulan kes penangkapan mahasiswa sehinggalah perbicaraannya selesai pada pertengahan tahun

2009. Begitu juga dengan menahan Mohd Fuad Ikhwan daripada Gamis dan Khairul

Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah) dari Universiti Bangsar Utama (UBU) di bawah akta ISA. Apabila Jonah ditahan, pejabat UBU digeledah dan banyak barang-barang seperti gambar, poster dan buku turut dirampas. Portal berita seperti Malaysiakini, telah membuat liputan yang menyeluruh terhadap isu ini untuk pengetahuan umum.

Malaysiakini, di samping beberapa laman web reformasi yang telah diwujudkan terlebih dahulu, telah menjadi saluran pemberitaan dan komentar politik alternatif untuk menyampaikan idea-idea pro-demokrasi dan hak asasi manusia.

Laman portal berita ini semakin menjadi pilihan untuk mendapatkan berita berkenaan isu semasa. Buktinya, dalam bulan Jun 2000, purata jumlah pembaca

Malaysiakini mencecah 100,000 orang setiap hari. Pada 8 Ogos tahun yang sama,

84 Digerakkan oleh Sabri Zain. Gaya penulisan yang sinikal (beliau mempopularkan kata Not The New Strait Time). Catatan hariannya mencatat perubahan wajah orang biasa, tidak bersenjata, pemprotes aman berhadapan dengan FRU. Tulisannya mencerap perubahan pantas pada sikap sosial dan politik yang mengarah kepada solidaritas dan pencarian keadilan.

Tulisannya kini boleh dilayari di http://www.sabrizain.org.

85 Malaysiakini diasaskan pada akhir tahun 1999. Penubuhannya dilatari oleh cetusan gelombang Reformasi 1998 dan pilihanraya umum 1999 . 134 iaitu ketika penghakiman kes Anwar Ibrahim diumumkan, Malaysiakini mencatat rekod jumlah pembaca tertinggi iaitu seramai 319,000 orang. Semasa kempen pilihanraya kecil Ijok berlangsung dalam bulan April 2007, Malaysiakini mencatat purata jumlah “page view” sebanyak 1.3 juta setiap hari dengan 44,000 muaturun video daripada laman tv internetnya, Malaysiakini.tv (Tong 2004).

5.5 Aktivis Budaya dalam Reformasi

Dalam pada itu, tidak harus dipinggirkan juga peranan para artis, sasterawan, seniman yang berkempen melalui karya mereka dengan mengkritik ketidakadilan dalam politik ketika itu. Seniman yang ikut masuk dalam kategori ini amatlah recam latarnya bermula daripada para pengamen (busker), pengiat filem bebas (independent film), dan novelis. Malah Sasterawan Negara (SN)86 juga bersama meluahkan rasa tidak senang mereka terhadap kepimpinan negara waktu itu. Antara yang paling jelas protesnya adalah SN Shahnon Ahmad melalui karya novel satira SHIT87. Karya

Shahnon ini memang bersejarah, kerana karya ini membangkitkan minat khalayak

86 Sasterawan Negara Malaysia merupakan anugerah yang diberikan kepada mereka yang menyumbang dalam bidang sastera bahasa Melayu di Malaysia. Anugerah Sastera Negara yang pertama diadakan pada tahun 1981 hasil gesaan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn yang menginginkan sebuah hadiah sastera yang berprestij demi mengangkat martabat sastera di negara kita. Anugerah Sastera Negara dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara yang ditunjangi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Sumber: Laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

87Shahnon adalah Sasterawan Negara (SN) kedua negara (1982) sesudah Keris Mas (1981). SN merupakan penghargaan tertinggi terhadap sasterawan oleh negara. Namun Shahnon antara sasterawan (juga intelektual) yang masih mengekalkan daya kritis terhadap pemerintah. Kemasukannya dalam politik pada tahun 1999 telah mengundang reaksi berbeza dalam kalangan ahli sastera. SHIT bukanlah karya pertama beliau yang kritikal. Sikap politik Shahnon yang kritikal terhadap kekuasaan negara tertumpah pada dua karyanya yang lebih awal; Seluang Menodak Baung (1978) dan Protes (1967).

135 yang tidak pernah terlihat sebelum ini terhadap sebuah novel sehingga memunculkan debat politik – meskipun mutu debat itu boleh sahaja dipersoalkan – tentang kehidupan politik, fungsi kesenian dan peranan sasterawan (Mandal 2004; 397-398).

Novel ini mengundang kontroversi besar apabila Shanon menggunakan ekperimental satira yang asing pada waktu itu. Shahnon juga merupakan ahli parti pembangkang

PAS. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999, beliau bertanding di kerusi parlimen

Sik (P.13) dan menang. Beliau tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia

2004 yang menyaksikan PAS kehilangan kerusi tersebut kepada BN. Malangnya tidak ramai Sasterawan Negara yang berani tampil pada waktu itu. Sebagai bandingan pada tahun 2009, ketika memuncak bantahan terhadap Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), terdapat lima orang Sasterawan Negara yang tampil menyatakan bantahan secara terbuka,

Datuk A Samad Said, Prof Dr Muhammad Haji Salleh, Datuk Shahnon Ahmad,

Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain. Malah, A Samad Said dan

Muhammad Haji Salleh dengan nada separa mengugut, sanggup memulangkan semula gelaran Sasterawan Negara jika tuntutan mereka tidak didengari. Dalam kenyataan yang sama, A Samad Said juga menyebutkan, “Ahli politik ini ada usia luputnya. Kuasawan ada tarikh luputnya. Sasterawan, kerana tidak ada tarikh luputnya, dia akan terus berlawan.”88

Selain itu, ketika Reformasi juga tumbuh beberapa kumpulan aktivis seni lain. 50 orang aktivis seni telah berkumpul di Kuala Lumpur untuk mengungkapkan keprihatinan mereka terhadap kejadian ini. Pertemuan ini mendorong terbentuknya

APA (Aktivis Pro Aktiv). Dorongan untuk berorganisasi ini merupakan indikasi penting kerana yang pertama seumpamanya bagi aktivis politik dalam kalangan

88 Lima Sasterawan Negara Tolak PPSMI (5 Mei 2009) http://www.malaysiakini.com/news/103619 136 masyarakat seni sejak penahanan tanpa bicara di bawah ISA lebih seratus aktivis hak asasi manusia, akedemia, dan aktivis seni dalam Operasi Lalang 1987. APA mengambil pendirian untuk tidak dikaitkan dengan mana – mana parti politik atau lain – lain pertubuhan yang bersifat agama atau etnik. APA bukan sahaja multi-etnik malah mewakili satu identiti budaya Malaysia baik daripada sudut organisasi mahupun artistik. Menurut Mandal, sikap Anwar yang bersikap terbuka terhadap pandangan pluralis sewaktu masih dalam kerajaan mendorong penerokaan identiti budaya yang terpencar (fragmented) oleh politik perkauman sewaktu Reformasi 1998

(Mandal 2004: 364). Begitu juga dengan kemunculan Parti Keadilan Nasional

(KeADILan) yang multi-etnik yang merupakan hasil perkembangan baru ini.

Inovasi dalam aktivisme seni yang diperkenalkan oleh APA antara lainnya adalah berupa forum dan perbincangan menerusi internet. Capaian kelompok ini yang penting adalah penyelenggaraan dan perlaksanaan festival seni pada bulan

Oktober dan November 1998 walaupun dengan sumber kewangan dan tenaga kerja yang terbatas. Festival ini menggabungkan pameran dan persembahan daripada penulisan, lukisan, musik dan teater dengan kerjasama NGO lain seperti SUARAM.

Selain itu diadakan juga acara makan malam untuk mengumpul dana, juga dengan kerjasama SUARAM, program ‘Human Rights Wake 1998’ (dengan kerjasama

HAKAM) dan program ‘Stand Up and Be Counted’ yang diadakan di gereja St

Francis Xavier, Petaling Jaya. Antara yang terlibat membuat persembahan dengan

APA adalah Jo Kukathas, Amir Muhammad dan Rafique Rashid. Jo Kukathas pernah mementaskan teater karya Darian Fo yang termahsyur – Accidental Death. Melalui arahannya, Kukathas telah mengadaptasikan beberapa bahagian dalam teater Fo ini mengikut konteks Malaysia dengan bahasa dan dialek yang beragam; Inggeris,

Melayu, dan Hokkien. Kukathas dengan cermat telah mengartikulasikan identiti

137

Malaysia dua cara yang berbeza. Pertamanya dengan melintasi batas etnik dan menawarkan alternatif terhadap politik gabungan perkauman yang dianuti Malaysia.

Keduanya, beliau melihat karya teater yang berasal daripada Itali ini dapat mengungkapkan banyak persoalan sosio-ekonomi dan politik di Malaysia, dan dengan itu mencabar dakwaan nilai – nilai khas Asia yang dipromosikan oleh Dr

Mahathir dan sebilangan pemimpin Asia lain (Mandal 2004: 375).

Di tepi pintu masuk dewan teater, dipaparkan maklumat dan gambar-gambar berkaitan protes – protes Reformasi dan kempen – kempen berkaitan dengan hak ketika ditahan polis, publisiti berkenaan NGO, parti politik, kelompok media dan laman web yang berkaitan dengan Reformasi. Begitu juga maklumat mengenai polis cawangan khas atau lebih dikenali sebagai special branch (SB).

Umumnya, penonton teater satira yang dipentaskan oleh Kukathas dan Instant

Café Theater ini adalah kelas menengah Kota. Berikutan kebanyakan acara termasuk teater menggunakan bahasa Inggeris, meskipun bukan bahasa Inggeris standat

(lazimnya disebut Manglish). Kebanyakan ulasan dan kritikan teater ini juga dalam bahasa Inggeris (Mandal 2004; 376).

Selain persembahan pentas, terdapat juga aktivis budaya yang menggunakan medium kartun sebagai ruang untuk menyatakan pandangan politik mereka. Sudah pastinya antara yang paling dikenali adalah Zunar. Ketika Reformasi 1998, beliau mencetak leafleats kartunnya pada kertas biasa dan menyebarkan pada orang awam.

Pada tahun 1999, beliau kemudiannya menyertai Harakah Daily – akhbar rasmi Pas.

Menurut Zunar, melalui kartun yang tidak formal, santai, mesej-mesej politik dapat disebarkan dengan lebih mudah dan meluas (Soon Chuan Yean 2012: 38-41)

138

5.6 Kesimpulan

Melalui perbincangan di atas dapat ditarik beberapa kesimpulan kecil. Pertamanya, pembentukan hegemoni Barisan Nasional bukanlah berasaskan kepada struktur gabungan parti (institutional) sahaja malah juga secara sosiologikal budaya (Mohd

Fuad etl 2004; 14). Reformasi 1998 merupakan gerakan massa besar-besaran seumpamanya dalam sejarah Malaysia sebagai cubaan memecahkan hegemoni ini.

Meskipun gerakan yang terhasil pada tahun 1998 itu pada asalnya dicetuskan oleh isu yang bersifat semasa, popular namun kemudiannya menimbulkan wacana – wacana yang lebih serius berkenaan ruang sivil, keadilan dan hak asasi.

Keduanya, melalui gerakan massa ini juga, dapat diperhatikan bagaimana tindakbalas kekuasaan dalam menghadapi krisis hegemoni. Dalam kes ini, kerajaan telah menggunakan apparatus negara bagi memastikan kepatuhan politik kembali diwujudkan. Institusi – institusi ini digunakan apabila legitimasi (keabsahan) moral kerajaan berkurangan. Kejadian ini bukanlah pertama kalinya dalam sejarah

Malaysia. Dalam masa yang sama, kekuatan kerajaan juga dibina melalui pembentukan budaya neo-feudal sebagaimana yang diterangkan sebelumnya. Budaya politik ini menjadikan UMNO-BN bukan hanya sebagai satu parti yang menerajui kerajaan, malah telah menjadikan UMNO sebagai budaya melalui peranan intelektual organik UMNO-BN. Oleh itu, hampir mustahil untuk membawakan perubahan politik hanya melalui jalan electoral democracy dalam negara yang dikuasai oleh satu parti sejak 50 tahun dahulu.

Universiti Bangsar Utama (UBU) antara komuniti budaya yang terhasil daripada gerakan reformasi 1998 ini. UBU pada mulanya hanyalah sekumpulan

139 generasi muda (kebanyakkannya mahasiswa universiti awam) yang terinspirasi dengan gerakan reformasi 1998 ini dan menyandarkan harapan yang besar dalam

PRU-10. Apatah lagi selepas menyaksikan sendiri pembantaian orang awam oleh

FRU ketika terjadinya demontrasi. Namun, PRU10 gagal menterjemahkan hasrat mereka, kerana mereka akhirnya menyedari ‘politik baru’ yang mereka rasakan itu sebenarnya masih lagi bergelut dengan ciri-ciri politik lama; lalu mereka mula mempersoalkan keadaan ini, atas keperluan gerakan reformasi, yang mahukan perubahan struktur politik yang lebih demokratik – dan menghindari kekerasan undang-undang yang boleh mematikan aktivisme, maka aktivisme yang bersifat budaya dilihat sebagai pilihan yang paling strategis – mulai itu UBU berkembang sebagai komuniti budaya. Huraian mengenai UBU ini disediakan pada Bab 6.

140

BAB 6 UNIVERSITI BANGSAR UTAMA (UBU): PENUBUHAN, ADVOKASI DAN CABARAN

6.1 Pengenalan

Sebagaimana yang dijelaskan melalui perbincangan dalam Bab 4, dapat diperhatikan bahawa wujud satu tekanan baik di dalam kampus mahupun di luar kampus terhadap anak muda. Proses nyah-politik (depoliticization) terhadap anak muda ini telah memutuskan hubungan sejarah mereka dengan gerakan anak muda sebelumnya.

Namun, dalam Bab 5, dapat diperhatikan bagaimana gerakan anak muda mula tercetus kembali dan mula mencari bentuk politik mereka. Maka, dalam Bab 6 ini, akan memberi tumpuan kepada salah satu bentuk perkumpulan anak muda yang memilih budaya popular sebagai medan penglibatan politik mereka.

Bab ini merupakan hasil temubual mendalam pengkaji dengan tiga orang ahli teras (core members) UBU termasuk ‘Naib Canselor’ mereka, Hishamudin Rais.

Pengkaji juga berjaya mendapatkan beberapa salinan dokumen berkaitan sebagai bukti sokongan. Bab ini akan meninjau penubuhan, keahliannya dan aktor-aktor utama yang menjadi rujukan utama dalam UBU. Turut diberi perhatian adalah bentuk advokasi yang dijalankan. UBU terdiri daripada anak muda dan mahasiswa pusat pengajian tinggi dari berbagai daerah di Lembah Klang yang mendakwa mengangkat nilai progresif, demokratik dan prihatin.89 UBU banyak menyumbangkan tenaga kerja, kreativiti, idea dan cita-cita dalam kegiatan kemasyarakatan, khususnya dengan masyarakat kurang mampu dan terpinggir. UBU dihasratkan oleh para ahlinya dapat menjadi jambatan antara mahasiswa dan

89 Temubual bersama Koy, ahli UBU, Bangi, 15 Januari, 2012 141 kelompok tertindas lain dalam masyarakat bagi mengukuhkan lagi ruang demokrasi di Malaysia. Sekian lamanya, menurut mereka, terdapat vakum antara masyarakat dan mahasiswa. Pada tempoh ini, tidak banyak program dan aktiviti yang dilaksanakan untuk menjambatani kelompok anak muda di universiti dengan bahagian-bahagian lain dalam masyarakat. Dengan demikian, tampak bahawa kumpulan-kumpulan anak muda di universiti negara kita terpisah dan terpencil daripada seluruh masyarakat terbanyak. Anak muda di kampus-kampus, sebagaimana dikatakan oleh Koy, salah seorang ahli UBU, seolah-olah terasing dengan orbitnya yang tersendiri.

6.2 Kronologi Penubuhan UBU

Sejak tahun 1998, suatu kawasan di Bangsar Utama telah menjadi tempat bagi aktivis mahasiswa dari pelbagai kampus di Lembah Klang berkumpul dan membincangkan isu semasa dalam politik, sosial, budaya serta melihat bagaimana mereka boleh menyumbang dan berpartisipasi aktif dalam proses reformasi yang sedang meluas wacananya saat itu. Bangsar Utama menjadi tumpuan kerana pertamanya mudah dihubungi melalui kenderaan awam dan tidak terlalu jauh daripada Universiti

Malaya.

Bermula hanya daripada perbincangan, kemudiannya berkembang menjadi pelaksanaan cita-cita, akhirnya kumpulan ini memutuskan untuk menyewa ruangan di Bangsar Utama pada Mei 2000 sebagai asas dan pusat operasi untuk merancang dan menerapkan semua program-program kebudayaan dan kemasyarakatan. Ruang

142 itu dinamakan sebagai Universiti Bangsar Utama dan kisahnya bermula seawal pra-

Reformasi 1998 lagi.

Universiti Bangsar Utama sebagaimana namanya merupakan protes segolongan kecil anak muda kampus – sekitar 20 orang anak muda, dengan 5 orang daripadanya perempuan – terhadap kawalan ruang demokrasi di Malaysia.90

Walaubagaimana pun, UBU pada awalnya bermula sebagai kumpulan seni yang lebih tertumpu kepada teater dan filem. Namun, ketika itu nama UBU belum lagi ada, kelompok anak muda/mahasiswa ini hanya dikenali sebagai budak-budak

Hisham (Hisham’s boys) sahaja. Mereka ini datang daripada beberapa universiti utama sekitar Lembah Klang seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra

Malaysia (UPM). Mereka ini rata-ratanya meminati bidang teater dan bergiat aktif dalam bidang ini di universiti masing-masing di bawah persatuan dan kelab universiti. Namun, mereka kemudianya mencari Hisham. Hal ini kerana

Hishamudin Rais ketika itu masih lagi dilihat sebagai ikon mahasiswa (kerana penglibatan aktifnya dalam gerakan mahasiswa tahun 1970an).

Tambahan pula, Hisham baru sahaja menyudahkan filem sulung (terakhirnya juga mungkin) ‘Dari Jemapoh ke Manchester’.91 Filem beliau ini membawa semangat anak muda yang mahu meneroka dunia dan meninggalkan rutin kebiasaan.

Ketika itu ramai anak-anak muda yang merapati beliau untuk belajar hal-hal filem.

Kemudiannya antara yang datang bertemu dengan beliau adalah Yahya Jusoh yang telah menubuhkan Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN) yang berbasis di

90 Berdasarkan kertas kerja penubuhan UBU dan temubual bersama Koy pada 15 Januari 2012. Bagi perbincangan mengenai kawalan terhadap ruang demokrasi di universiti, rujuk Bab 4.

91Filem ini telah ditayangkan di The 11th Singapore International Film Festival, Munchen Film Museum Germany, Stockholm International Film Festival Sweden, Rotterdam International Film Festival Holland, BerlinBeta International Festival Berlin Germany, Splitski Filmski Festival Croatia, Jakarta International Film Festival Indonesia.

143

UPM. Kemudian datang idea daripada Saudara Sivarasa92 menyarankan agar Hisham memanfaatkan tenaga dan potensi anak muda ini. Maka atas anjuran ERA Consumer dan GMLN, pada 1hb November hinggalah 5hb Novermber 1999, bertempat di sebuah resort daerah Port Dickson, satu kem kepimpinan dan hak asasi manusia untuk anak muda dan mahasiswa ini diadakan.

Komposisi pusat pengajian para pelajar yang turut serta di dalam program ini adalah majoritinya datang dari Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Manakala selebihnya adalah dari Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia dan Kolej Kurniawan. Dari sudut komposisi kaum, 56 peserta adalah pelajar Melayu, 2 pelajar Cina dan tiada pelajar India yang turut serta (dari maklum balas yang diterima, ketiadaan pelajar India yang menyertai program ini mungkin disebabkan oleh kesibukan persiapan untuk menyambut hari Deepavali yang jatuh pada 7 November 1999). Program yang diadakan ini secara dasarnya adalah untuk memberi latihan kepimpinan kepada para pelajar dan juga menanam kesedaran politik serta hak asasi manusia ke dalam diri setiap pelajar yang turut serta. Pendedahan yang diberikan di dalam program ini juga adalah untuk memberi keyakinan diri kepada setiap pelajar untuk menjadi pemimpin dan untuk mereka memahami makna hak asasi manusia yang sebenarnya dengan lebih mendalam lagi. Sumber: Laporan Kem Kepimpinan Dan Kesedaran Hak Asasi Manusia Di Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan 1-5 Nov 1999

Kem ini juga banyak menekankan aktivisme melalui seni teater. Mereka diajar bagaimana membawa isu hak asasi manusia melalui teater. Dua minggu sesudah itu pula, SPR mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum kali ke-10. Maka kumpulan ini terpanggang sama dengan bahang iklim politik saat itu. Oleh itu, atas inisiatif

92 YB R Sivarasa telah dilantik sebagai Ahli Parliament Subang pada Pilihanraya Umum ke 12 - 8hb March 2008 R. Sivarasa, 52, merupakan seorang peguam dan aktivis hak asasi manusia yang di- hormati. Beliau adalah Naib presiden Parti KeADILan Rakyat, dan salah seorang pengasas Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), organisasi hak asasi utama Malaysia.

144

Saudara Sivarasa, kumpulan ini telah terlibat dengan kempen PRU10 ketika itu.

Bermodalkan van yang diberi pinjam oleh Saudara Sivarasa, kumpulan ini bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia dan singgah di mana-mana kempen, ceramah politik dan pidato yang diadakan oleh pembangkang ketika itu.93

Di setiap kempen, biasanya dimulakan dengan pidato oleh Hisham dan

Yahya, kemudian diikuti oleh bacaan sajak Hasmi Hashim.94 Kadang-kala Amir

Shari (kini YB kawasan Batu Cave) ikut berpidato. Rahmat Haron juga sesekali berpidato kemudian diikuti dengan teater ringkas. Kumpulan teater ini mula mendapat perhatian sepanjang program-program kempen. Mereka mula menerima undangan dari parti politik yang ingin menganjurkan kempen. Kumpulan teater ini semakin kukuh daripada segi hubungan antara keahlian yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar UPM. Siri teater ini berakhir sama dengan tamatnya PRU10.

Sesudah itu, terbit krisis pertama dalam GMLN. Hal ini kerana, ahli teater ini juga adalah ahli GMLN. Yahya tidak senang dengan pergaulan dan hubungan sosial antara ahli teater ini. Polemik memancing debat mengenai soal batas moral, etika dan budaya serta sekularisme dan kemuncaknya Yahya mengeluarkan surat pemecatan

93Berdasarkan laporan post-mortem GMLN terhadap penglibatan mereka dengan kempen PRU10, terdapat kritik daripada kalangan ahli yang tidak bersetuju dengan tindakan GMLN menggunakan pentas parti politik. Sepanjang kempen, GMLN telah menggunakan platform pembangkang – selain kempen di Rantau, Negeri Sembilan yang menyediakan pentas khas untuk mahasiswa – dan banyak membawa isu – isu politik partisan. Sebahagian ahli juga dengan terang – terangan membawa bendera parti pembangkang. Hal ini bercangah dengan prinsip bebas GMLN.

94 Hasmi lulusan Fakulti Seni Halus, UiTM Shah Alam (1994-98) sebelum ini dikenali sebagai penulis dan budayawan di samping bergiat aktif bersama Gerakan Reformasi sejak 1998. Bertanding sebagai calon Keadilan di Dewan Undangan Negeri (DUN), Semerah, Johor dalam Pilihan Raya Umum ke- 12. Sebelum ini, beliau merupakan Ketua Cabang termuda (2007-sehingga kini), selain pernah aktif mendirikan kelompok penulis dan pemikir muda "Telawi"; bersama Institut Kajian Dasar (IKD), Pusat Graduan Timur Tengah (MegC) dan Pusat Dialog Terbuka (ODC). Selepas PRU-12, beliau bertugas selama dua tahun sebagai pembantu Ahli Parlimen Telok Kemang selain sejak beberapa tahun lalu beliau merupakan salah seorang penulis ucapan Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Pernah bertugas di akhbar parti, Berita Keadilan (2000-2003) selain mengisi ruang Sastera Budaya, Berita Harian (1998-2001), portal Kakiseni dan Jalantelawi.com. Beliau kini dalam proses akhir menyiapkan novel sulongnya, "Lay": rakaman kisah perjuangan Reformasi 1998. Kini merupakan penulis lirik terkenal.

145 keahlian kepada beberapa ahlinya termasuk Rahmat Haron,95 Jonah96 dan Black97.

Anehnya, bagaimana surat pemecatan boleh dikeluarkan sedangkan mereka tidak pernah wujud sebagai sebuah intiti yang memerlukan mereka berdaftar. Maka Yahya akahirnya menarik diri. Tanpa GMLN ini, kumpulan teater ini bergerak atas nama

Universiti Bangsar Utama (UBU) buat pertama kalinya. Sehinggalah datang idea mahu menjadikannya lebih terstruktur – berdasarkan kertas kerja yang dibuat oleh ahlinya – sebagai Kelab Anakmuda dan Mahasiswa UBU.98 Sejak daripada itu UBU terus berjalan hingga waktu kini apabila setiap ahlinya mula memiliki identiti yang tersendiri dan membangunkan pula kelompok mereka sendiri.

6.3 Usaha Menstruktur UBU

Berdasarkan kertas kerja yang disiapkan oleh UBU dapat dicerap dengan jelas bahawa terdapat usaha untuk menstruktur UBU menjadi paling kurang seperti rumah kelab dengan keahlian yang jelas. Objektif utama yang digariskan oleh mereka adalah meningkatkan penglibatan mahasiswa dengan masyarakat. Mereka berhasrat

95 Rahmat Haron adalah salah seorang ahli pengasas UBU. Beliau bekas mahasiswa Universiti Malaya (hanya menyudahkan 5 semester pengajian). Beliau kini lebih dikenali sebagai penyair dan pelukis. Beliau banyak membuat persembahan seni di dalam dan juga luar negara. Beliau kini menulis di blog http://sampahseni.blogspot.com/ dan merupakan kolumnis portal berita Malaysiakini.

96 Jonah atau nama sebenarnya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin adalah lulusan kejuteraan elektrik, UiTM. Beliau merupakan aktivis Reformasi yang bersama-sama menubuhkan UBU. Pada 2001, beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA selama 23 hari kerana mengadakan demonstrasi membantah ISA.

97 Black atau Amin Iskandar adalah ahli UBU. Beliau kini editor portal berita Themalaysianinsider.com (bahasa Melayu). Beliau pernah berkhidmat bersama National Institute for Democracy and Electoral Integrity Pengarah Eksekutif pada 2007 hingga 2011. Beliau juga aktif bersama Asian Network for Free Elections (ANFREL) yang memantau perjalanan pilihan raya di banyak negara Asia Tenggara. Pada tahun 2009-2010, beliau menerima zamalah Asian Public Intellectuals (API) daripada Nippon Foundation.

98 Rujuk Lampiran 6.1 146 mewujudkan kelab secara khususnya untuk memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa dan anak muda lainnya berkumpul, bertukar-tukar pendapat, berdiskusi, merancang, serta menjalankan program-program dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Pada awalnya dicadangkan struktur organisasi dibentuk melalui

Sekretariat Pengurusan Kelab UBU (SPK-UBU). SPK-UBU ini terdiri daripada 2 orang penyelaras yang dipilih secara consensus daripada kalangan ahli. Mereka ini akan bertangungjawab untuk menyelaras penubuhan dan program organisasi. Fokus utama UBU pada asalnya selain daripada aktivisme politik, mereka juga ingin mendekatkan diri dengan komuniti sekitar mereka, khususnya golongan kelas pekerja. Maka kebanyakkan aktiviti mereka sememangnya tertumpu kepada pemberdayaan (empowerment) kelompok ini. Antara yang telah diusulkan pada awal penubuhan UBU adalah:

 Kelas tiusyen untuk pelajar UPSR  Kelas tiusyen untuk pelajar PMR  Kelas tiusyen untuk pelajar SPM  Kelas Lukisan untuk semua pringkat  Kelas tiusyen Matematik untuk pelajar sekolah  Kelas Bahasa Inggeris untuk anakmuda, pelajar dan mahasiswa  Diskusi ilmiah untuk anakmuda, pelajar dan mahasiswa  Panduan Kerjaya oleh Professional pada setiap bulan  Tayangan filem dan video diikuti dengan diskusi serta analisis filem tersebut selepas menonton  Kelas dan latihan asas lakonan teater dan drama pentas  Kelas asas penulisan kreatif, kewartawanan, laporan, analisis, idea dan kritik  Aktiviti-aktiviti sukan dan riadah  Kunjungan hujung minggu ke pusat-pusat penjagaan warga tua, rumah anak- anak yatim dan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak dan orang-orang cacat  Lawatan hujung minggu ke pusat-pusat keilmuan, kesenian dan kebudayaan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor  Lawatan hujung minggu ke tempat-tempat rekreasi dan perkelahan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor Sumber: Kertas Cadangan Untuk Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Anakmuda U.B.U, 200099

99 Rujuk Lampiran 6.1 147

Manakala daripada segi konsep rumah kelab pula, UBU dibayangkan sebagai pusat anak muda (youth center); mungkin sekali sebagai alternatif kepada kompleks belia

Rakan Muda. Selain itu, dihajatkan juga, rumah kelab ini menjadi tempat kegiatan berwacana para anak muda dan mahasiswa. UBU berhasrat melengkapkan rumah kelab mereka dengan buku, jurnal, dan majalah yang infomatif. Usaha membentuk organisasi UBU ini tidak berhasil – hanya sempat mengadakan beberapa mesyuarat jawatankuasa – akibat beberapa kekangan seperti komitmen ahli, masalah-masalah yang bersifat individu, kekurangan sokongan kewangan dan ketidakmampuan untuk rekrut ahli baru. Namun kemudiannya mereka menyelesaikan masalah organisasi ini dengan menukarkannya menjadi jaringan kerjasama berbanding mewujudkan struktur birokrasi.

6.4 Khidmat Masyarakat

6.4.1 Kelas Tuisyen untuk Pelajar Sekolah

Kelas tambahan (tuisyen) ini diadakan hampir setiap malam di UBU. 100 Kelas ini diberikan kepada anak-anak sekolah yang tinggal di banyak flat-flat murah sekitar

Bangsar. Malah ada yang datang sejauh Pantai Dalam. Oleh kerana sasarannya adalah daripada kelompok working class, maka bayaran yang dikenakan sangat minimum. Hanya RM 10.00 bagi setiap bulan. Manakala bagi yang tidak mampu,

100Idea kelas percuma ini datangnya dari The Black Panther Party. BPP adalah organisasi revolusionari African- American yang ditubuhkan khusus untuk mempromosikan Black Power, dan kemudiannya meluas kepada pertahanan diri (self-defense) untuk kaum kulit hitam. BPP aktif di Amerika Syarikat daripada pertengahan 1960-an hingga tahun 1970an. Program BPP paling dikenali dan berjaya adalah program sarapan percuma untuk kanak – kanak di Gereja Oakland. Selain itu ada juga perkhidmatan pengumpulan dan pengedaran pakaian terpakai, kelas politik dan ekonomi, klinik percuma, bengkel mengenai pertahanan diri dan pemulihan dadah dan alkhohol. Idea berkenaan bantuan sukarelawan ini bukanlah asing, di Malaysia juga terdapat NGO yang mengusahakan kelas tambahan kepada anak sekolah, antaranya ABIM, persatuan sukarelawan Gereja Katholik, Sri Murugan Centre dan lain-lain lagi.

148 tiada bayaran yang dikenakan.101 Bayaran ini tidak bermotifkan keuntungan, sekadar tujuan pendaftaran dan tanda komitmen ibu bapa dan murid. Pada masa yang sama yuran yang dikumpulkan itu nanti akan digunakan dan disalurkan ke program- program dan aktiviti-aktiviti lawatan di hujung minggu serta projek-projek kemasyarakatan yang khusus. Murid yang diterima oleh UBU pada waktu itu berusia antara 10 hingga 15 tahun. Kelas tambahan ini hanya sebagai khidmat komuniti dan tiada unsur politik (secara lansung mahu pun kepartian). Tenaga pengajarnya terdiri daripada pelajar Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti

Kebangsaan Malaysia. Pada awalnya, terdapat tujuh orang tenaga pengajar, hampir kesemuanya perempuan. Kelas ini diadakan teratur dan berjadual dengan setiap tenaga pengajar mempunyai jadual kelas seminggu sekali. Matapelajar utama yang diajar ialah Matematik dan Bahasa Inggeris. Kebanyakan murid yang mendaftar terdiri daripada kaum Melayu dan hanya sebilangan kecil daripada kalangan kaum

India.102 Hal ini mungkin sekali kerana faktor demografi Bangsar Utama yang majoriti kelas pekerjanya terdiri daripada mono-etnik. Murid India yang sedikit ini pula datangnya daripada kawasan Pantai Dalam. Jumlah murid yang mendaftar sekitar 80 ke 100 orang.

Menurut ahli UBU, kelas tambahan ini bukanlah bermatlamat untuk melahirkan murid yang mendapat semua A dalam matapelajaran mereka. Hal ini kerana, rata-rata murid ini berasal daripada keluarga working class yang tertekan daripada segi ekonominya. Tambah masalah apabila mereka ini dikelilingi oleh kediaman dan pusat beli-belah mewah yang berceracak sekitar Bangsar. Hal ini

101 Berdasarkan temubual bersama Fathi Aris Omar dan juga iklan yang diedarkan oleh ahli UBU. Bagi contoh iklan, Rujuk Lampiran 6.2

102 Komposisi kaum ini berdasarkan temu bual bersama Koy dan juga berdasarkan senarai pelajar yang berdaftar dengan kelas tambahan UBU ini. Bagi senarai pelajar, sila rujuk Lampiran 6.3 149 menyebabkan anak-anak ini rendah diri. Maka apabila mereka dapat berkumpul bersama rakan-rakan lain dan ada guru yang membantu mereka, maka diharap keyakinan itu dapat dibentuk melalui interaksi dengan murid lain.

Menurut Fathi Aris Omar yang merupakan antara ‘ideolog’ UBU, tujuan yang paling utama adalah untuk mendidik bukan sahaja murid tetapi para tenaga pengajar yang juga ahli UBU. Mereka ini akan didedahkan dengan realiti sosial bagaimana kemiskinan itu menjadi kitaran yang menjerat. Mereka juga belajar untuk menguruskan sendiri kelas tambahan tersebut termasuklah untuk mendapatkan dana.

Mereka berjumpa seorang demi seorang ahli politik dan juga ahli perniagaan yang dirasakan mampu untuk menyumbang kelansungan kelas tambahan ini. Maka daripada sini, peribadi mereka dibentuk untuk lebih articulative dan lebih tersusun dalam berorganisasi.

6.4.2 Program Bahasa Inggeris untuk Mahasiswa

Selain khidmat masyarakat kepada masyarakat sekitar, ada juga program yang diaturkan khusus untuk mahasiswa sendiri. “2 Jam Berbual Di Dalam Bahasa

Inggeris” Bersama Segelas Teh Tarik Dan Sepinggan Roti Canai. Begitulah nama program yang mereka anjurkan pada setiap hari Ahad bermula dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam bertempat di sekitar warung berhampiran UBU. Program ini dilaksanakan berikutan rendahnya mutu penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa dan ahli UBU sendiri. Pendekatan yang digunakan sangat santai dan mesra. Topik yang dipilih juga biasanya santai dan ringan. Usaha ini lebih kepada membantu sesama rakan. Tambahan pula, banyak bahan bacaan ilmiah dalam bahasa Inggeris. Menyedari hal ini, Hishamudin Rais juga pada awalnya sering menggunakan bahasa Inggeris ketika berdiskusi dengan ahli UBU. Perbuatan ini

150 adalah bagi membiasakan para ahli untuk lebih fasih berbahasa Inggeris. Hal ini kerana keperluan advokasi mereka juga rentas kaum, maka adalah perlu untuk menguasai lebih daripada satu bahasa. Selain tujuan berdepan dengan tuntutan dunia pekerjaan kelak.

Antara yang sangat berjaya mengikuti pendekatan ini adalah Rahmat Haron

(walapun bukan seluruhnya kerana program ini). Rahmat sebagaimana anak Melayu yang berasal dari luar bandar – sebahagian zaman sekolahnya dihabiskan di beberapa perkampungan Felda di Kota Tinggi (Melayu luar bandar) – Rahmat tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Tetapi kini, penguasaan bahasa Inggerisnya cukup baik untuk memberi keyakinan pada dirinya membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa.103 Namun program ini tidak berjalan dengan lancar berikutan ia hanya atas insiatif individu dan tiada peraturan perjalanan program ini. Semuanya atas sukarela, maka kemudiannya jumlah setiap kali perjumpaan semakin mengecil dan akhirnya hanya tinggal kesungguhan individu tertentu untuk mengambil insiatif belajar sendiri.

6.4.3 Program Diskusi Kelompok104

Diskusi Kelompok merupakan satu lagi usaha UBU membangunkan wadah untuk anak muda dan mahasiswa secara teratur dan sistematis mengenal, mempelajari dan membincangkan berbagai-bagai perkara dalam kerangka sejarah perjuangan nasional dan internasional, situasi semasa, hak asasi manusia, demokrasi, analisis sosial dan masyarakat, budaya dan kesenian, serta pengorganisasian massa.

103 Beliau membentangkan kertas kerjanya di Asia Literature Festival di Gwangju, Korea Selatan pada tahun 2006

104 Bagi perincian, rujuk Lampiran 6.4 151

Program ini bertujuan untuk membina kesedaran dan kefahaman terhadap perubahan persekitaran mereka. Program ini bertujuan membina bukan sahaja kefahaman teoritikal malah juga mampu mengusulkan tindakan yang konkrik.

Sasaran program ini adalah mahasiswa-mahasiswa dari berbagai universiti di sekitar

Lembah Kelang iaitu dari UM, UPM, UKM, UIA, UMM, UITM Shah Alam, UTM

Jalan Semarak, Kolej-kolej Swasta dan juga belia daripada peringkat umur 18 tahun hingga 28 tahun. Diskusi Kelompok ini dibahagikan kepada 2 kategori diskusi :

a. Diskusi Kelompok bersama Resource Person (Tetamu Jemputan) b. Diskusi Kelompok sesama mahasiswa/belia dengan dibantu oleh seorang moderator

Diskusi Kelompok bersama Resource Person ini dijalankan secara informal iaitu berkonsepkan sembang – sembang santai di warung mamak. Resource Person yang dijemput ini akan memberi penerangan, penjelasan dan analisis terperinci tentang topik diskusi yang telah dipilih selama kurang lebih satu setengah jam dan diikuti dengan partisipasi dari peserta diskusi dalam bentuk pertanyaan, pendapat dan perbahasan untuk baki lagi setengah jam. Topik diskusi yang dibincangkan dibahagikan kepada 6 kerangka kategori perbincangan:

a. Sejarah Perjuangan Mahasiswa dan Anakmuda b. Hak Asasi Manusia dan Demokrasi c. Ketamadunan Manusia, Kebudayaan dan Kesenian d. Sistem Kenegaraan Malaysia e. Islam, Kapitalisme, Sosialisme dan Analisis Sosial dan Masyarakat f. Aktivism dan Pengorganisasian Gerakan Sumber: Kertas Cadangan Program Diskusi Kelompok Persatuan Khidmat Pelajar U.B.U

Manakala Diskusi Kelompok sesama mahasiswa/belia dipandu oleh seorang moderator daripada kalangan peserta diskusi itu sendiri yang mempunyai kelebihan pengalaman, pandangan, ilmu dan keupayaan untuk mengartikulasi dengan baik

152 topik-topik yang diperbincangkan. Program ini akan turut dijalankan secara informal dan santai di warung – warung mamak. Program Diskusi Kelompok ini dibahagikan kepada 4 bentuk diskusi:

a. Diskusi Isu-isu Semasa b. Diskusi Bahan Bacaan dan Material c. Diskusi Teori-teori d. Diskusi Kertas Kerja Sumber: Kertas Cadangan Program Diskusi Kelompok Persatuan Khidmat Pelajar U.B.U

Topik yang dibawa untuk perbincangan dan perbahasan dalam Diskusi Kelompok ini diambil sama ada dari isu-isu semasa, bahan-bahan bacaan seperti buku, majalah, jurnal, surat khabar, artikel dan lain-lain bahan bertulis, teori-teori politik, ekonomi dan sosial atau pun hasil analisis bertulis yang dibuat sendiri oleh peserta diskusi di dalam bentuk kertas kerja, esei, artikel atau analisis ilmiah.

Program ini antara yang lebih berjaya berbanding dengan program yang lain.

Pertamanya kerana fomatnya yang santai dan longgar maka membuatkan ramai selesa. Bezanya berbanding dengan program ‘berbual dalam Bahasa Inggeris’ adalah kehadiran resourse person yang membawa input baru kepada mereka. Hal ini yang menarik minat para belia dan mahasiswa ini. Malah UBU hingga kini memang dikenali dengan format ‘sembang-sembang warung’.

6.5 Aktiviti dan Advokasi

6.5.1 Nyanyian ‘Lagu Rakyat’

Mungkin sekali kerana terinspirasi oleh advokasi mahasiswa Indonesia (yang mewarnai demontrasi mereka dengan nyanyian lagu) maka banyak lagu-lagu yang

153 digubah oleh UBU ini untuk tujuan protes jalanan. Lagu-lagu ini adalah saduran lagu rakyat (old folks songs) seperti lagu Tiga Kupang, Jong-Jong Inai dan Gelang Si

Paku Gelang. Sebagaimana yang dijelaskan pada awalnya, UBU adalah respon terhadap peristiwa Reformasi 1998. Maka untuk memenuhi keperluan street protes, lagu-lagu yang mudah dinyanyikan begini hanya perlu ditukarkan liriknya sahaja. sebagai contoh Lagu Demokrasi yang cukup popular dinyanyikan ketika demontrasi jalanan (paling tidak dalam lingkungan belia UBU) ketika itu. Lagu ini adalah saduran daripada Lagu Tiga Kupang:

Kita nyanyi-nyanyi Hey! Lagu demokrasi Penguasa gila kuasa Tanpa hipokrasi Harta habis semua Tumbangkan tirani Dikebas kroni mereka Rakyat menderita Tirani yang berkuasa Telah memperkosa Menderita rakyat Telah memenjara Semua dikoporat Hak rakyat jelata Oleh bangsat-bangsat Untuk suku-sakat

Oleh kerana kebanyakan ahli UBU ini masih terlibat dalam aktivisme khususnya dengan pemuda, tidak hairanlah lagu ini kekal popular dan kini terdapat beberapa versi dalam youtube. Selain itu, mereka juga menulis semula lirik lagu The

Internationale105 dalam bahasa Melayu dan hingga kini versi tersebut masih

105 L'Internationale atau The Internationale adalah sebuah lagu sosialis yang terkenal. Versi asal lagu tersebut adalah dalam bahasa Perancis dan diciptakan oleh Eugène Pottier pada tahun 1871. Lagunya digubah oleh Pierre Degeyter pada tahun 1888. Lagu ini sudah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa di dunia. Internationale yang dinyanyikan adalah bukan saja oleh komunis tetapi juga (di banyak negara) oleh kelompok sosialis, sosial demokrat, serta anarkis. Kelompok Bolsyevik Uni Soviet telah menggunakan L'Internationale sebagai lagu kebangsaan negara itu dari 1922 hingga tahun 1944 (David Walls 2007).

154 dinyanyikan khususnya oleh ahli PSM. Berikut antara bait-bait lirik lagu tersebut dalam versi bahasa Melayu:

Bangunlah rakyat yang tertindas Tiada raja atau penguasa Bangun rakyat yang diperas Peluru atau penjara Nyalakan api perjuangan Yang dapat menghalangi kita Menjulang kebenaran Menjadi rakyat merdeka

Hancurkan segala penindasan Selagi nyawa dalam diri Ayuh kita bangun, bangun Perjuangan takkan henti Dunia baru kita dirikan Biar darah membasah bumi Pasti jadi kenyataan Menyerah takkan sekali

Perjuangan Penghabisan Bersatulah melawan Dan Internasionale Pasti'kan berjaya

Melalui lirik-lirik lagu ini, dapat dicerap betapa pekatnya unsur sosialisme dalam pemikiran komuniti ini. Keadaan ini kemungkinan kerana faktor tekanan kekuasaan pada saat itu dan perspektif kiri dinilai lebih ampuh dalam menganalisa keadaan ketika itu. Namun, harus difahami, tidak seluruhnya komuniti UBU ini tegar dengan ideologi kiri.

6.5.2 Teater ‘Tok Ampoo’

UBU juga menganjurkan banyak siri teater dan salah satu produksi teater UBU yang berbekas – paling tidak pada ahli UBU, jika pun pada masyarakat sekitarnya – adalah

Teater ‘Tok Ampoo’. Teater ini telah dipentaskan dibanyak tempat termasuk di

Markaz Tabiyah PAS, Taman Melewar dan dirasmikan oleh Dr Mohd Hatta Ramli

(kini Setiausaha Agung Pas).

155

Teater itu berkisar tentang budaya politik mengipas dan membodek pemegang kuasa – disimbolkan wataknya oleh ‘Tok Ampoo' yang mendakwa sebagai maharaja. Pemimpin itu bertakhta di puncak tinggi (di atas sebuah tangga), sambil memegang tongkat kuasa (dibuat daripada batang penyapu lantai).

Bagaimanapun, krisis muncul apabila rakyat marhain mula menyedari kepincangan

Tok Ampoo dan memprotes untuk merebut tangga tersebut. Aksi protes rakyat bermula apabila mereka enggan hadir mendengar ceramah politik Tok Ampoo tentang ajaran sesat. Malah, rakyat juga menuntut tangga itu diserahkan kepada mereka (bukan dibolot seorang diri oleh Tok Ampoo) untuk pelbagai tujuan, antaranya menoreh pokok getah, membaiki atap rumah yang bocor dan memanjat kelapa. Protes itu bagaimanapun berjaya dilemahkan apabila sekumpulan anggota polis FRU dan aktivis rakyat ditangkap dan dibicarakan di mahkamah Tok Ampoo.

Rajah 6.1: Persembahan Teater Tok Ampoo

156

Hakim (yang memakai rambut palsu daripada kain penyapu pengelap lantai) sambil berkonspirasi dengan Tok Ampoo menghakimi tertuduh menggunakan beberapa bahan bukti, antaranya seeokor arnab, sebiji kelapa dan pengelap bulu ayam yang didakwa telah "menggangu keselamatan awam."

Tidak lupa, bahan buktinya sebuah tilam yang kotor dan berbau busuk.

Kaedah sebegini dinamakan sebagai Agitation and Propaganda (Agit-prop). Teater agitprop asalnya adalah highly-politicized leftist theatre yang popular di Eropah pada tahun 1920-an 1930-an dan kemudia meluas ke Amerika Syarikat, dengan drama

Bertolt Brecht menjadi rujukan penting para penggiat teater agitprop ketika itu, malah hingga kini. Secara perlahan-lahan, istilah Agitprop turut digunakan untuk menjelaskan sebarang bentuk seni yang berunsurkan politik kiri106. Selain dialog lucu dan menyindir, teater ini diselang-seli dengan nyanyian ringkas – ala Broadway, barangkali – sebagai sebahagian jalan cerita. Krisis Tok Ampoo dengan rakyat berakhir apabila rakyat berjaya menggulingkan pemerintah kejam itu dan tangga akhirnya dikongsikan bersama-sama secara adil dan rakyat bergembira.

6.5.3 Teater ‘Gerila’

Di sebuah kedai mamak, saat pelanggan melambak penuh hingga ke kaki lima hanya untuk bersembang hal kawan , keluarga, gaji dan segala ehwal kehidupan tiba-tiba di tengah-tengah manusia ramai itu bangun seorang lelaki – berambut panjang lepas ke bahu, berbaju t-shirt lusuh dan berseluar jeans – terus menjerkah dengan suara lantang pada seorang lagi pelanggan yang berada beberapa meja jaraknya. Suasana jadi diam, kaku. Entah terkejut akan tingkah pemuda itu atau cemas menantikan reaksi balas. Tanpa disangka, pelanggan yang dijerkah itu bangun dan membalas.

“Lu apahal!?” Balas pemuda yang dijerkah itu. Sama lantang.Lalu berlakulah dialog panjang, balas membalas antara keduanya.

106 Setelah Revolusi Bolshevik, sebuah kereta api Agitprop berkeliling ke seluruh negara, dengan seniman dan aktor mengadakan pertunjukan ringkas tapi sarat propaganda. Kereta api itu memiliki kemudahan percetakan poster dan sebaran – sebaran propaganda lainnya dapat lempar ke luar melalui tingkap kereta api sewaktu melintas mana –mana perkampungan. 157

Masing-masing saling bertingkah. Orang ramai jadi kaget dan mendengar dengan jelas dialog keduanya, berkisah akan hal politik semasa, tentang reformasi, hak untuk berhimpun, cerita siapa tipu siapa dan brutaliti polis. Semuanya didengar dengan jelas, tiba-tiba apabila keadaan makin memuncak keduanya diam dan menyusup hilang, entah dari mana datang beberapa orang pula mengedarkan risalah tentang reformasi. Cerita lain mati, semua mula bercakap tentang aksi yang berlaku tadi.

Tanpa pentas megah dan barisan pelakon popular, sebuah produksi teater tetap mampu berjalan dan yang lebih penting maklumat dapat disampaikan. Anekdot di atas adalah gambaran kaedah sebuah teater gerila dipentaskan (tanpa pentas).

Latarnya sering berbeza, stesen bas, stesen keretapi, di tepi jalan atau di mana sahaja orang tertumpu. Tujuannya adalah untuk mencetuskan perbincangan dalam kalangan orang awam berkenaan isu semasa (saat itu isu utama adalah reformasi, rasuah, dan penyalahgunaan kuasa) dan menyebarkan maklumat juga melalui edaran risalah.

Walaupun tidak meluas, teater gerila berkonsepkan agit-prop bukanlah kali pertama dipersembahkan di negara ini. Teater seumpama itu dengan tema-tema yang lain pernah dipersembahkan dalam ceramah politik dan mendapat reaksi marah dan kecaman penonton di Johor Baru menjelang pilihan raya umum tahun 1999. Ia juga pernah digunakan oleh penyokong reformasi, dengan bantuan dua patung (effigy), dalam satu demonstrasi di Masjid Negara sewaktu sambutan ‘Black 14’.107

Teater politik dan seni satira itu menggunakan juga memakai konsep "agit- prop," seperti dipersembahkan untuk protes jalanan, sebahagian daripada demonstrasi atau kegiatan politik. Teater agit-prop merupakan satu cabang seni lakonan pentas yang dipersembahkan di luar pentas biasa teater dan selalunya

107 Black 14 atau Gelita 14 ialah nama bagi mengingati peristiwa buruk dalam sejarah Malaysia pada 14 April 1999 iaitu mahkamah telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah. Beliau telah dihalang secara berperundangan untuk terlibat dalam persada politik nasional. 158 dilakonkan di tempat tumpuan awam secara terancang (walaupun kehadirannya tidak dijangka), untuk menzahirkan satu luahan rasa politik, khususnya yang kritis terhadap aliran arus perdana, dan menarik reaksi protes dan debat dengan penonton.

UBU dikenali sebahagian besar masyarakat yang bersentuhan dengan mereka kerana aktivisme mereka melalui teater jalanan ini.

6.5.4 Siri Forum di UBU

Selain aktiviti kesenian budaya, UBU juga giat membangunkan wacana ilmiah dengan mengadakan banyak siri forum dengan beragam tema. Forum ini diadakan di dalam bangunan UBU. Biasanya sebelum forum diadakan, dalam kalangn ahli telah didedahkan dengan isu yang ingin dikupas. Maknanya forum itu kelak bukan bertujuan untuk mendengar input baru sahaja, malah untuk bertanya dan mempersoalkan kembali, pelajar tidak harus menjadi consumer pasif. Selain daripada

Hisham sendiri, Fathi Aris Omar dan Khalid Jaafar, antara yang pernah berada di forum UBU adalah Goenawan Mohammad, tokoh akhbar dan sastera Indonesia, dan beberapa tokoh politik PRD serta aktivis politik dari Kanada.

Moderator untuk forum ini diserahkan kepada mana-mana ahli UBU. Hal ini bertujuan untuk membiasakan diri mereka dengan tanggungjawab dan menambah rasa yakin diri. Namun tidak semua ahli UBU dapat mengikuti keseluruhan siri forum. Hal ini dapat dicerap berdasarkan kekerapan forum yang asalnya dua minggu sekali, kemudiannya hanya sebulan sekali. Jumlah hadirin juga sentiasa berubah- ubah.

Selaku ‘idelog’ dalam UBU, Hisham dan Fathi sering memberikan kuliah- kuliah mereka. Tetapi bentuk kuliah begini, menurut Fathi, hanya sekitar 30%

159 daripada keseluruhan program. Bentuk lainnya adalah semi-formal dan santai di

UBU atau warung sekitar UBU (Diskusi Kelompok). Diskusi sebegini kadang-kala melebihi 6 jam setiap sesi. Rata-rata ahli UBU yang diwawancara mengatakan diskusi sebeginilah yang banyak membantu mereka memahami teori politik dan kritikan sosial.

6.5.5 Sebaran Pendidikan Politik A-4108

Program ini merupakan inisiatif komuniti UBU apabila merasakan kefahaman masyarakat terhadap politik amat tohor dan hanya bersifat emosi. Manakala, parti- parti politik pembangkang pula (menurut pengamatan UBU), tidak benar-benar serius untuk membangunkan kefahaman politik dalam kalangan masyarakat dan hanya berminat untuk memancing emosi dan sentiment. Hal ini akan bukan sahaja melambatkan cita-cita reformasi, malah membantutkannya terus.

Maka, atas alasan tersebut, UBU telah menggerakkan satu usaha menerbitan risalah dalam saiz kertas A4 secara berkala – 2 minggu sekali – di universiti dan kolej serta masyarakat awam. Isu-isu yang dibawakan adalah isu semasa, pendidikan, perumahan, perkhidmatan kesihatan, buruh dan kaum pekerja, ekonomi, sosial, tanah, kehakiman dan undang-undang, penswastaan dan pengkorporatan, universiti, kolej dan mahasiswa, petani dan nelayan, peneroka bandar dan miskin kota, alam sekitar, kebudayaan dan kesenian, media dan komunikasi, dan isu luar negara yang berkaitan.

Berdasarkan kepada penelitian kami juga terhadap kebanjiran ceramah- ceramah politik yang diadakan sekarang ini di hampir setiap ceruk rantau negara pada setiap minggu itu adalah lebih merupakan suatu agitasi terhadap sentimen emosi rakyat tanpa dibarengi oleh hujah yang bersifat mendidik

108 Bagi perincian rujuk Lampiran 6.5 160

rakyat. Ianya secara kasar tak berbahasa boleh kami katakan sebagai ceramah cemuhan, cacian dan kutukkan.....Begitu juga dengan berita, artikel dan argumentasi yang dilambakkan di laman-laman web yang hanya lebih menjurus kepada permainan isu-isu emosi yang bersifat sensasionalis dan agitatif...... Tiadanya inisiatif yang jujur dari pihak parti-parti pembangkang mahupun dari badan-badan bukan kerajaan yang mahu mengambil langkah untuk memberi pendidikan politik yang seluhur-luhurnya dan sejati-jatinya kepada rakyat dan mahasiswa.

Sumber: kertas cadangan Program Sebaran Pendidikan Politik A-4, UBU, 1999

Antara kaedah yang digunakan oleh UBU untuk ‘menyelinap’ masuk ke dalam kampus-kampus universiti adalah dengan mengunakan nama-nama kelab sedia ada, mahu pun merekayasa nama kumpulan tertentu. Contohnya di UM mereka menggunakan nama Kelab Sosialis (pernah wujud di UM lewat 1960an-1970an) untuk menarik minat pelajar terhadap sebaran mereka. Sebaran begini amat meluas dan ketara ketika tahun-tahun awal awal pasca-Reformasi 1998.

Secara umumnya, kualiti isu yang dioleh dalam setiap sebaran A-4 mereka tidak begitu mendalam dan sarat emosi. Sungguhpun terdapat usaha untuk memberikan perspektif terhadap sesuatu isu, sebaran mereka ini masih lagi cenderung bersifat propaganda dan tidak jauh bezanya dengan sebarang parti politik.

109

6.6 Kerjasama dengan NGO Lain

UBU sebagai aktivis mahasiswa juga terlibat dalam perjuangan untuk reformasi demokrasi dan hak awam dan gerakan politik dengan menyertai bantahan awam.

UBU juga membina jaringan kerjasama dengan beberapa NGO lainnya termasuk

Suaram. Beberapa ahli UBU pernah dipilih oleh Suaram dalam projek Fact Finding

109 Bagi melihat contoh sebarang dan isu mereka, sila rujuk Lampiran 6.6 161

Mission for Acehnese Refugees in 1999 di Acheh, Indonesia. Pada tahun yang sama, di bawah selenggaraan Asian Network For Free and Fair Elections (ANFREL) beberapa ahli UBU telah menyertai pemerhati perjalanan pilihan raya Indonesia.

Kesempatan sebegini tentunya menambahkan kematangan para ahli UBU terhadap makna dan perlaksanaan demokrasi secara teori dan praktisnya, khususnya di negara dunia ketiga.

Pada bulan November 1999, dengan bantuan daripada ERA (Education

Research Association) UBU telah menganjurkan Kem Latihan Hak Asasi Manusia selama 5 hari di Port Dickson dengan lebih dari 60 mahasiswa dari berbagai kampus di Malaysia. Manakala pada Mac 2001 bersama-sama dengan Suaram, UBU telah menganjurkan bengkel 2 hari berkenaan kuasa polis dan hak awam untuk mahasiswa dan juga orang awam.

6.7 Profil Idelog UBU

6.7.1 Hishamudin Rais

Hishamuddin Rais (juga dikenali dengan nama Isham atau Janggut) dilahirkan pada 3

Februari, 1951 di Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan menengahnya di

Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti

Malaya dalam pengajian Sejarah Asia Tenggara pada tahun 1971. Semasa belajar di

Universiti Malaya, Hisham kemudiannya terlibat secara aktif dalam gerakan pelajar.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa

Universiti Malaya (PMUM) pada tahun 1974. Hisham aktif memperjuangkan isu-isu rakyat dalam arus kebangkitan pelajar.

162

Antara peristiwa penting yang menjadi sebahagian rujukan penting sejarah gerakan mahasiswa Malaysia adalah perjuangan mahasiswa untuk setinggan Tasek

Utara yang rumah mereka dirobohkan pada penghujung tahun 1974 dan kerana penglibatannya dalam peristiwa ini, Hisham ditangkap lalu ditahan reman di penjara

Air Molek. Kemudiannya pada Disember 1974 berlaku satu demonstrasi besar- besaran oleh mahasiswa bagi memperjuangkan nasib petani-petani miskin di Baling.

Kerajaan pimpinan Tun Razak waktu itu telah melakukan penangkapan besar- besaran. Hisham telah melarikan diri keluar negara. Mulai dari tarikh itu, Hisham menghabiskan 20 tahun hidupnya dalam buangan.

Hisham kemudiannnya mendapat suaka politik daripada kerajaan Belgium.

Beliau belajar bahasa Perancis di Catholic University of Leuven la Neuve, Belgium pada tahun 1984. Beliau kemudian belajar seni di Kolej Brixton, London dan lulus dalam bidang filem dan video dari Universiti Westminster, London pada tahun 1992.

Beliau tinggal di kota London kira-kira 15 tahun. Hisham pulang ke Malaysia pada tahun 1994. Sekembalinya ke Malaysia dia telah ditahan dibawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) untuk kali pertama selama dua minggu. Semasa dalam tahanan itulah dia mendapat idea untuk membikin filem Dari Jemapoh ke Manchester. Pasca

2 September 1998 merupakan detik bersejarah dalam hidup dia. Walaupun pada peringkat awal dia tidak terlibat secara langsung tetapi kemudian dia mengubah fikiran dan menyertai demostrasi jalanan. Dia beberapa kali ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Polis kerana dituduh berhimpun secara haram. Hisham menerima pelbagai tekanan dari pihak pemerintah, antaranya dia diberhentikan dari menulis di kolum mingguannya di akhbar Berita Harian.

163

Hisham punya peranan yang tersendiri dalam UBU, meskipun dilabel sebagai

‘idelog’ UBU tetapi Hisham, menurut sebahagian ahli UBU, tidak pernah memaksakan fahamnya kepada ahli UBU lainnya. Beliau terbuka untuk berbeza dan membawa wacana yang rencam sudut pandangnya. Beliau juga tidak memberi justifikasi moral terhadap anak muda dan ini memberi ruang kepada ahli UBU yang muda untuk lebih ekspresif. Walaupun beliau dilihat sebagai ‘dekan’ UBU tetapi beliau tidak pernah mengarahkan apa-apa kepada ahli UBU. Hanya lontaran-lontaran idea dan perkongsian pengalamannya sahaja. Beliau juga akan menghabiskan masa, berjam-jam untuk berdiskusi dengan ahli dan bukan ahli UBU, tanpa wujud rasa superiority. Beliau tidak kisah dibangkang dan mengajarkan ahli UBU hanya ada satu larangan ‘ dilarang melarang’. Pada 9 April 2001 sekitar jam 5.00 petang dia telah ditangkap oleh sepasukan polis dari cawangan khas di pejabatnya di bawah seksyen 71 (3) Akta Keselamaatn dalam Negeri (ISA) atas tuduhan merancangan untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan. Beliau ditahan di

Kemunting selama dua tahun.

Beliau kini mempunyai dua buku yang memuatkan rampaian tulisan-tulisan beliau, Pilihan Raya Atau Pilihan Jalan Raya (2002) dan Keganasan, Penipuan dan

Internet: Hegemoni Media Daulah Pecah (2008). Kedua-dua buah buku ini merupakan koleksi artikel beliau di internet yang menyentuh isu politik, ekonomi dan sosial. Tulisan beliau yang bersahaja dan kadang-kala nakal, berjaya memancing ramai pembaca setia. Kini beliau aktif menulis di blog peribadinya, http://tukartiub.blogspot.com/.

6.7.2 Fathi Aris Omar

164

Fathi Aris Omar merupakan seorang rasionalis (setidaknya beliau senang dengan label itu). Beliau punya minat membaca sejak usia kecil lagi, seawal 8 atau 9 tahun

(1976 atau 1977). Beliau dilahir dan dibesarkan dalam keluarga miskin desa. Ibu bapanya bercerai ketika beliau kecil. Maka, ibu dan neneklah yang membesarkan beliau dan ibunya hanya bekerja kampung dan sering pula sakit-sakit. Fathi cuma dibekalkan belanja sebanyak 10sen sehari. Ada waktunya Fathi makan nasi lemak dan minum susu subsidi di kantin sekolah. Dengan duit 10 sen itu, Fathi jimat-jimat dan tabung untuk membeli Utusan Pelajar, surat khabar pelajar waktu itu (dan, kemudian terbit Mingguan Kanak-kanak).

Rencana-rencana akhbar yang dibacanya ketika itu bukanlah akhbar yang dibeli – tetapi diambil oleh ibunya dari rumah-rumah jiran untuk kegunaan alas di dapur. Tabiatnya inilah yang menyuburkan minatnya kepada dunia kewartawanan.

Minat politiknya berkembang sejak awal 1980-an, ketika di Tingkatan 3 di

Sekolah Menengah Sains Terengganu. Waktu itu beberapa teman mengajak beliau untuk menyertai usrah. Antara buku awal yang membentuk jalan fikirannya adalah buku Fathi Yakan110, ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam?’ dan juga karya Abul A’la

Maududi, ‘Iman, Islam, Jihad’ (asal, Fundamentals of Islam), ‘Problema

Kemiskinan’ karya Yusuf Qaradhawi dan buku-buku Islam yang diterjemahkan waktu itu, khususnya oleh Dewan Pustaka Fajar, Hizbi dan juga Pustaka Salam.

Semasa di sekolah itu jugalah, Fathi mula mengikuti kaset-kaset kuliah (misalnya huraian Ma’alim fit Tariq oleh Abdul Hadi Awang) dan kaset-kaset ceramah politik pemimpin PAS. Beliau juga mula tertarik dengan ceramah - ceramah politik kritika itu. Tambah beliau:

110 Beliau pada awal perkenalannya dengan karya Fathi Yakan amat mengkagumi tokoh ini. Beliau diberitahu bahawa Fathi Yakan adalah seorang jurutera dan dalam masa yang sama seorang ulama, pendakwah. Nama pena Fathi Aris ini juga datang daripada tokoh besar ini. 165

Tinggal di asrama penuh memang sukar bergerak tetapi ada waktu-waktunya kami ‘melompat pagar’ diam-diam untuk mengikuti ceramah politik atau ke kuliah di Rusila. Pada 1985, saya dipilih sebagai pengawas sekolah dan saya menyalah gunakan kuasa itu untuk melindungi kawan-kawan aktivis yang ‘melompat pagar’ (ketawa). Maksudnya, sejak dulu lagi, kami sudah mengamalkan ‘hak demokratik’ walaupun berdepan dengan ‘risiko politik’ (ketawa)

Menurutnya, teman-temannya sejak di sekolah dan kampus memang ‘kaki buku’.

Tidak ramai tetapi kebetulan beliau sering bertemu teman-teman aktivis (satu jemaah atau lain jemaah) yang serius berfikir, baca buku, berdebat dan mengkaji isu-isu semasa. Tempohnya antara 1983 hingga 1991. Mereka pada awalnya aktif melatih tenaga-tenaga baru (pelajar baru) dan menghasilkan penerbitan (dalaman). Ada waktunya penerbitan di peringkat kampus ITM (kini UiTM), sama ada di Shah Alam atau di Arau. Beliau menulis ke Harakah sejak 1988 (sehingga tamat kuliah 1991).

Dampak yang paling besar pada pemikiran beliau muncul apabila timbul krisis sesama gerakan Islam di kampus (dan juga, sebahagiannya, di luar kampus) antara 1986-1989. Ia bermula selepas ketewasan PAS dalam pilihanraya umum 1986 di muktamar parti itu di Rusila. Isunya penyusupan orang-orang IRC (Islamic

Representative Council) ke dalam PAS, khususnya Pemuda Pusat dan Selangor.

Selain itu, pengalaman kuliah di Institut Teknologi Mara (ITM) banyak membentuknya. ITM ketika itu ada kuliah agama wajib, dua jam setiap minggu selama enam semester (diploma). Tapi dua tahun pertama bagi Fathi cukup membosankan sebab mengajarkan hal-hal yang telah ‘khatam’, misalnya konsep jihad, dakwah, tauhid uluhiyyah, sekularisme dan segala hal asas yang telah selesai sejak di sekolah. Tetapi setahun terakhir paling menarik perhatiannya, ‘Sejarah dan

Falsafah Sains Islam’. Pendedahan kepada isu-isu falsafah ilmu ini banyak membuka fikiran dan perspektif beliau tentang intelektualisme, rasionaliti dan budaya ilmu.

166

Beliau kemudiannya berkenalan dengan buku Maududi, Fundamentals of Islam. Siri kuliah dan bahan bacaan baharu ini menyebabkan pandangannya terhadap tarbiah gerakan Islam berubah. Baginya gerakan Islam (dalam konteks waktu itu, JIM) ‘syok sendiri’.

Mulai dari itu, Fathi kemudiannya bertemu dengan karya Syed Hussein

Alatas (Intelektual Masyarakat Membangun dan Sosiologi Rasuah), Goenawan

Mohamad (Siri Catatan Pinggir), John Stuart Mill (On Liberty), George Orwell

(Nineteen Eighty Four), Jean Jean-Paul Sartre (The Age Of Reason), Alvin Toffler

(Future Shock dan Third Wave), Majid Fakhry (A History of Islamic Philosophy),

Bertrand Russell (A History Of Western Philosophy), Friedrich August Hayek (The

Counter Revolution of Science), Seyyed Hossein Nasr (Science and Civilization in

Islam), Osman Bakar (Classification of Knowledge in Islam), Syed Nagiub al-Attas

(Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu) dan pastinya karya – karya

Habermas seperti Toward a Rational Society (1967), Rationality and Religion

(1998), Philosophical-Political Profiles (1983).

Fathi kini lebih dikenali sebagai aktivis media dan penulis kolum yang telah menerbitkan rampaian tulisannya dalam buku Patah Balek: Catatan Terpenting

Reformasi (2005). Beliau banyak mengupas tema-tema utama krisis politik dan intelektual Era Reformasi 1998. Fathi menerima anugerah kebebasan akhbar daripada Reporters Sans Frontieres (RSF), Paris, Perancis pada tahun 2000 dan juga zamalah (felo) Cendekiawan Awam Asia (API) daripada Nippon Foundation, Tokyo pada 2004. Beliau sebelum ini bertugas di Star Publication sebagai ketua pemberita sebelum berpindah ke Malaysiakini sebagai Ketua Editor (jawatan terkini).

167

Fathi banyak mengisi dimensi intelektual dalam UBU. Fathi yang sangat terinspirasi dengan karya Habermas amat menekuni keperluan dan kepentingan ruang awam yang rasional. Beliau banyak menggalakkan aktivis bukan hanya kritikal terhadap pemerintah – Barisan Nasional – malah juga terhadap pembangkang. Fathi kemudiannya datang dengan istilah masparti (massa politik tanpa parti) untuk meletakkan senpadan yang jelas antara politik partisan dengan yang tidak. Sikap

Fathi ini kadang – kala dilihat terlalu idealistik dan teoritikal, namun kehadirannya dalam UBU seakan mengimbangi Hisham yang kental dengan ‘gerak aktivisnya’.

6.8 Kesimpulan

UBU cuba mendekati masyarakat dan dalam masa yang sama banyak terlibat dengan advokasi isu-isu mahasiswa. UBU tidaklah boleh dikatakan hanya sebagai komuniti mahasiswa sahaja kerana keanggotaannya yang melangkaui ranah kampus. Pada peringkat awal terdapat usaha untuk menstrukturkan UBU dan usaha ini lebih kepada tried and error sementara memahami kedinamikan komuniti mereka. UBU selepas

2004 – apabila ruang yang mereka sewa tidak mampu lagi dikekalkan – telah menjadi lebih luwes daripada sudut penyusunan program dan gerak kerja. Ditambah pula dengan tuntutan realiti kehidupan – kerjaya dan keluarga – maka komitmen itu harus diuruskan dalam bentuk yang berbeza. Maka, setiap anggota UBU mula menubuhkan kelompok-kelompok sosial mereka sendiri dan bekerjasa dengan kelompok sosial yang dibangunkan oleh anggota lain. Mereka juga mula mempunyai fokus yang lebih terarah – sebagai penulis lagu popular, aktivis politik, akedemia, ahli politik, pengarah/penerbit filem dan lainnya. Namun yang jelas, mereka ini dapat

168 diidentifikasikan sebagai kelompok yang merayakan kepelbagaian, mempunyai asprisiasi seni – filem, lakon, catan, puisi dan lainnya – yang umumnya lebih tinggi, dan mempunyai semangat sukarelawan yang tinggi. Hal ini dapat dilihat melalui penyertaan mereka dalam program anjuran NGO lainnya. Penting juga diberi perhatian berkenaan bentuk-bentuk aktivisme yang mereka lakukan itu. Pada awalnya dapat dilihat bahawa aktivisme yang mereka usahakan itu berbentuk penyalinan daripada ‘Barat’, namun dengan perlahan-lahan melalui pembentukan pengalaman mereka mula mengerti dan menyesuaikan dengan dinamik sosial masyarakat negara ini. Kedinamikan inilah ciri-ciri kebudayaan setempat yang diakomodasikan dengan keperluan aktivisme, baik dari sudut kebudayaan dan keintelektualan mahupun gerak kerjanya.

169

BAB 7 MENEMPATKAN KEMBALI ANAK MUDA DALAM GERAKAN SIVIL DI MALAYSIA

7.1 Pengenalan

Bab akhir ini akan membincang keseluruhan kajian dan mencadangkan beberapa kesimpulan untuk dipertimbangkan. Sebagaimana maklum, gerakan sivil di luar institusi formal – pilihan raya, parlimen, parti politik – bukannya baharu di Malaysia.

Malah kewujudnya, boleh dikesan sebelum merdeka lagi (rujuk Bab 2 dan Bab 5).

Namun, kelihatannya kajian dan pemetaan masyarakat sivil Malaysia banyak tertumpu kepada beberapa NGO seperti kumpulan wanita; AWAM, Sisters In Islam,

Woman’s Aid Organization; begitu juga kumpulan hak asasi seperti Suaram, Hakam dan Aliran; kumpulan alam sekitar seperti Environmental Protection Society

Malaysia, Sahabat Alam Malaysia, Malayan Nature Society dan Gabungan anti-

Empangan Bakun; NGO yang memperjuangkan isu gaji minima, peneroka bandar, dan perumahan selesa: Pusat Pembangunan Komuniti, Pusat Komunikasi Rakyat dan

Jaringan rakyat Tertindas (JERIT), di samping kumpulan NGO pengguna yang mendidik rakyat mengenai hak sebagai pengguna seperti Consumers' Association of

Penang (CAP); manakala JUST dan Third World Network terfokus kepada isu

170 globalisasi dan ketidakadilan dalam sistem antrabangsa (Loh 2009; 42-44). Selain itu, pemetaan yang dibuat oleh Kartini (2012: 1-23) pula menunjukkan sungguhpun terdapat beberapa NGO yang memperjuangkan isu dan kepentingan yang rentas kaum, namun NGO yang berteraskan kaum (tidak semestinya perkauman) masih wujud seperti PERKASA (Melayu), Dong Jiao Zong (Cina) dan HINDRAF (India).

Sedangkan dalam masa yang sama identiti anak muda dalam gerakan sivil tidak diberikan perhatian serius. Maka, kajian ini menawarkan satu perspektif lain – perspektif anak muda – dalam melihat gerakan sivil di Malaysia. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Bab 2 anak muda secara konsisten terlibat dalam politik, malah bukan sahaja sebagai pengikut, mereka juga dalam beberapa ketika menjadi peneraju sesuatu gerakan – baik politik, mahupun sosial. Kemudian dalam Bab 4, anak muda

(dan gerakan masyarakat sivil lainnya) mengalami tekanan yang hebat antara dekad

1970-an hingga 1990-an sebelum bangkit semula selepas Reformasi 1998, sebagaimana dihuraikan dalam Bab 5. Melalui bahagian seterusnya (Bab 6), kajian ini kemudianya memfokuskan kepada salah satu bentuk kelompok aktivis anak muda yang mengambil bentuk advokasi melalui seni sebagai medium politik mereka.

7.2 Memahami Kewujudan UBU

Bahagian ini juga akan kembali untuk menjawab berberapa persoalan kajian yang dikemukakan pada bahagian awal. Pertamanya, Apakah kondisi sosio-politik yang melatari kemunculan kelompok aktivis anak muda ini? Apakah kemunculan mereka ini merupakan sebahagian daripada pola perkembangan politik budaya anak muda

Melayu kota kini, atau hanya satu anomaly? Berdasarkan hasil kajian dan sorotan 171 karya yang telah dibentangkan, jelas bahawa kewujudan UBU sebagai satu kumpulan aktivis gerakan sosial bukan secara tiba-tiba. Terdapat kondisi-sosio-politik yang melatari kewujudan mereka ini. Sebagaimana dipersembahkan dalam Bab 3, terdapat pertambahan mendadak pusat pengajian tinggi (IPT) di Malaysia pada tahun 1970an hingga 1990an. Pertambahan ini, sudah tentu diakibatkan daripada Dasar Ekonomi

Baru (DEB) dan juga bagi memenuhi keperluan sektor ekonomi yang berkembang rancak pada tempoh itu, khasnya sektor pembuatan. Orientasi pengajian tinggi negara juga berubah bagi menyesuaikan dengan tuntutan ekonomi ini. Negara memerlukan pekerja mahir dan separa mahir dengan cepat. Maka, tumpuan mula diberikan kepada bidang pengajian berbentuk iktisas, gunaan dan berorientasikan pasaran. Malah tempoh pengajian juga telah dipendekkan. Namun, pertambahan mendadak golongan anak muda di IPT tidak menyebabkan mereka menjadi kuasa politik yang kuat. Malah, semenjak tahun 1970an, pengaruh anak muda di universiti kian merosot sehingga akhir 1990an.

Situasi ini berlaku kerana dalam masa yang sama, kerajaan tidak mahu pertambahan IPT ini menyukarkan kerajaan untuk mengawal mereka. Tempoh yang ditandai dengan campur tangan kerajaan yang kuat ini bukan berlaku dalam pasaran, malah terhadap IPT juga. Kerajaan telah memperkenalkan Akta Universiti dan Kolej

Universiti (AUKU) pada tahun 1971 yang menyaksikan kemerosotan aktivisme anak muda di universiti. Pertumbuhan ekonomi juga memaksa anak muda yang merupakan pasaran tenaga kerja terbesar negara memberikan fokus terhadap bidang ekonomi. Mudahnya, perluasan kesempatan ekonomi tidak selari dengan perluasan ruang demokrasi. Hal ini mewujudkan semacam ketegangan kerana sebagai anak muda, mereka mahukan ruang yang lebih demokratik untuk mengekspresikan identiti mereka. Maka, UBU adalah respon terhadap sekatan terhadap ruang demokratik ini.

172

7.3 UBU daripada Perspektif Politik Budaya

Kajian ini juga menawarkan satu bentuk penyertaan politik non-formal yang berdasarkan aktiviti budaya popular. Maka penekanan terhadap politik budaya

(cultural politics) dan bukannya budaya politik (political culture) sangat penting.

Definisi budaya politik sebagaimana yang dijelaskan pada Bab 1 sangat spesifik kepada latar belakang nilai struktur sesuatu masyarakat, dan cenderung statik dan membentuk generalisasi terhadap sesuatu kelompok. Manakala politik budaya merujuk kepada satu persaingan budaya dalam mengesahkan sesuatu identiti.

Budaya sebagaimana yang difahami dalam politik budaya tidak stastik dan meliputi segala aspek kehidupan harian (Soon Chuan Yean 2012: 27-28, Zawawi Ibrahim

1996:472).

Selanjutnya, pendekatan politik budaya ini menawarkan kefahaman bagaiamana anak muda menggunakan representasi budaya popular untuk membina dan menzahirkan bahagian paling bermakna hidup, identiti dan budaya mereka

(Giroux 2001; Hall 1997). Pendekatan ini menyiasat dominasi budaya arus perdana dan melihat bagaimana anak muda membina representasi identiti melalui kefahaman realiti mereka sendiri. Melalui definisi ini, budaya tidak harus dilihat sebagai statik dan hanya terikat kepada tradisi turun-temurun. Budaya merupakan amalan seharian

173 yang sentiasa berubah dan dinamik. Manakala Giroux (2001) juga meluaskan lagi makna budaya dengan melihat fungsinya sebagai medium bagi membantu menyalur dan membentuk sikap politik.

Maka, dalam hal ini jelas UBU merupakan satu kelompok anak muda yang menegaskan kembali identiti mereka sebagai anak muda – dan bukannya sebagai kaum Melayu, Cina atau India. Identiti kaum yang terlalu ditekankan oleh negara telah menenggelamkan identiti mereka yang lain. Malah, UBU juga menolak identiti anak muda yang cuba diterapkan oleh negara. Oleh sebab itu, mereka menolak istilah belia bagi merujuk anak muda. Bagi UBU111, istilah belia ini telah dimonopoli oleh negara dan mereka sering menggunakan istilah ini untuk merujuk identiti anak muda yang dibentuk oleh negara (baca: UMNO) – berpakaian formal (kebiasaannya berbaju kemeja atau baju batik, dipadankan dengan seluar slack hitam, dan berkasut hitam berkilat dengan rambut tersisir rapi belah tepi). Jauh daripada itu, sebagaimana yang dijelaskan dalam Bab 4, negara melalui pengawalan terhadap persatuan belia/anak muda berdaftar, media dan pastinya kenyataan Mahathir cuba membina identiti anak muda yang pasif, naif dan sentiasa patuh kepada autoriti. Budaya mencabar, kritikal dan sentiasa bereksperimental sangat-sangat tidak digalakkan.

Situasi inilah yang Zawawi Ibrahim (1998:145) huraikan sebagai pertentangan antara

‘dominant discourse’ (atau dalam istilah Foucault “regimes of truth”) dengan

‘subaltern discourse’. Anak muda yang merupakan kelompok yang sentiasa diperlecehkan ini menunjukkan reaksi balas mereka dengan melawan hegemoni kekuasaan negara dan dalam masa yang sama ingin mengekalkan sedaya mungkin outonomus identiti mereka sebagai anak muda.

111 Berdasarkan temubual bersama Koy dan Rahmat Harun pada 15 Januari 2012 174

Tambah John Hilley (2009: 13), projek kerajaan seperti Rakan Muda,

Wawasan 2020 dan Malaysia Boleh ini akan satu bentuk hegemoni untuk mengawal wacana (discourse) – tentang bagaimana seharusnya anak muda bertindak dan meletakkan sikap.

Selain sebagai penyataan dan penegasan identiti, politik budaya juga merujuk kepada perjuangan sekumpulan aktor sosial untuk menjana satu wacana alternatif dalam mendefinisikan peradaban (civility) dan nilai warga (citizenry) (Soon Chuan

Yean 2012: 28). Wacana alternatif ini amat penting dalam memastikan naratif sejarah yang penting dalam pembentukan identiti politik dan sosial sesebuah masyarakat itu tidak didominasi oleh satu pihak sahaja.

Persembahan teater Tok Ampoo adalah salah satu contoh bagaimana anak muda cuba membina wacana alternatif daripada pandangan mereka mengenai

Reformasi dan situasi politik serta sosial negara pada waktu itu. Mereka menawarkan cara pandang yang berbeza daripada perspektif rasmi negara. Mereka melihat peristiwa Reformasi 1998 sebagai satu tragedi penindasan terhadap warganegara dan bukan semata-mata kepada Anwar Ibrahim. Teater Tok Ampoo juga membawakan mesej mengenai ketimpangan sistem kehakiman negara melalui watak Tuan Hakim

(yang memakai rambut palsu daripada kain penyapu pengelap lantai) sambil berkonspirasi dengan Tok Ampoo menghakimi tertuduh menggunakan beberapa bahan bukti, antaranya seeokor arnab, sebiji kelapa dan pengelap bulu ayam yang didakwa telah “menggangu keselamatan awam”. Teater ini menawarkan wacana alternatif dengan mengajak penontonnya memikirkan kembali bagaimana seharusnya sistem politik dan kehakiman negara ini berjalan.

175

Selain itu, tawaran wacana alternatif melalui budaya popular juga sangat jelas melalui filem dokumentari arahan Fahmi Reza yang amat akrab dengan UBU. Filem dokumentari pertama beliau ini, Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka (2007)112 merupakan sebahagian projek FreedomFilmFest (FFF) anjuran KOMAS. Beliau yang tiada asas filem hanya belajar melalui internet dan bantuan rakan-rakan lainnnya. Filem ini cuba mempotretkan semula sejarah perjuangan kemerdekaan dengan menekankan sumbangan kelompok kiri. Hal ini sebagai counter hegemony kepada sejarah kemerdekaan versi kerajaan BN. Beliau juga mempopularkan kembali ‘Perlembagaan Rakyat 1947’ sebagai satu alternatif kepada pembentukan budaya bangsa Malaysia kini. Fahmi juga berjaya mengetengahkan kembali bukan sahaja sejarah parti politik kiri sebelum merdeka dan kerjasama pelbagai kaum, malah memperkenalkan kembali sejarah Hartal 1947. Malah, mulai tahun 2007, terdapat sekumpulan anak muda yang menyambut Hartal pada 20hb Oktober setiap tahun.

Rajah 7.1: Poster Sambutan Hartal pada 2012

112 Sebuah filem dokumentari mengenai perjuangan kiri di Malaysia pada tahun 1940an. Filem ini telah memenangi Freedom Film Festival 2007. Filem yang membawa wacana ‘baru’ dalam kalangan generasi muda mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia ini tidak bermotifkan keuntungan dan telah ditayangkan di banyak bengkel-bengkel filem. Sepuluh Tahun sebelum Merdeka boleh dimuat turun secara percuma di http://10tahun.blogspot.com/ (7Feb 2010 )

176

Manakala daripada segi kretiviti pula, Fahmi dengan bijak berjaya mengadunkan imej budaya popular ‘Sex and Pistol113’ dengan imej filem beliau untuk menarik minat generasi muda. Melalui Rajah 7.2 dapat diperhatikan bagaimana imej God

Save The Queen oleh Sex and Pistol diolah oleh Fahmi menjadi poster utama

Sepuluh tahun Sebelum Merdeka dalam Rajah 7.3. Fahmi dengan cermat mengadunkan imej – imej budaya popular dalam karyanya hingga memungkinkan

‘cerita orang tua tentang kemerdekaan’ menjadi begitu ‘cool’ dalam kalangan generasi muda.

Rajah 7.2: Poster Asal Sex Pistol

113 Sex and Pistols adalah kumpulan musik daripada Britain yang beraliran Punk Rock. God Save The Queen adalah single kedua dikeluarkan oleh kumpulan ini sempena sambutan jubli perak Ratu Elizabeth II pada 1977. Lirik lagu ini telah menimbulkan kontroversi namun menjadi popular dalam kalangan generasi muda, begitu juga di Malaysia 177

Rajah 7.3: Poster Utama Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka

Sebagaimana dijelaskan melalui Bab 4, berlaku proses depolitization panjang sejak

1970-an melalui tekanan undang-undang dan juga hegemoni kerajaan dengan mengawal semua alternatif ruang wacana. Anak muda dan mahasiswa terputus dengan sejarah panjang mereka dan mereka juga tidak mempunyai perspektif luas bagaimana seharusnya anak muda bertindak dan memilih sikap dalam sesuatu isu.

Oleh sebab berlaku juga kawalan dan dominasi yang kuat terhadap organisasi belia

(rujuk Bab 4) baik di dalam dan di luar kampus, anak muda generasi AUKU dilihat telah hilang upaya untuk berorganisasi. Tanpa kemampuan untuk berorganisasi, mereka tidak akan mampu untuk terlibat sebagai warganegara yang kritikal sama ada

178 sebagai kumpulan berkepentingan ataupun kumpulan pendesak. Institusi pendidikan adalah antara ruang awam penting di mana anak mempelajari kemahiran penglibatan warga (citizen participation) dan tindakan politik yang berkesan. Dalam nada yang lebih ekstrim, Zygmunt Bauman (1999:170) mengatakan jika tiada institusi ini, maka tiadalah kewargaan (citizenship).114 Oleh itu, apabila institusi pendidikan tinggi mengalami tekanan yang hebat, sebahagian daripada mereka memilih jalan dengan membina kemahiran penglibatan warga di luar institusi rasmi ini (Giroux 2004: 59-

79).

Maka, sebab itu, menurut Hishamudin Rais115, UBU mengadakan kelas bimbingan percuma kepada anak-anak miskin kota dengan tenaga pengajarnya terdiri daripada penuntut IPT di sekitar Lembah Kelang – UM, UKM dan UPM, bertujuan untuk mengembalikan fungsi citizenship anak muda. Begitu juga dengan program makanan percuma setiap hari Sabtu yang dilaksanakan oleh Food Not Bombs (F&B) yang juga sebahagian digerakan oleh insiatif ahli UBU. Kedua-dua program ini bertujuan untuk membiasakan anak-anak muda dan membina kembali kemampuan mereka untuk berorganisasi. Tambah Fathi Aris Omar, aktiviti seumpama ini bukan bertujuan menyelesaikan masalah keciciran pelajaran kalangan miskin kota atau kelaparan para gelandangan (homeless) di Kuala Lumpur tetapi lebih kepada diri anggota UBU itu sendiri. Menurut Fathi, program seumpama ini membantu anak muda untuk belajar menguruskan diri dan mengelola rakan-rakan dan juga peserta program. Melalui kaedah ini, mereka akan belajar untuk mendepati masalah, menguruskannya dan menyelesaikannya. Jelas beliau lagi, usaha ini juga adalah untuk membantu anak muda menghubungkan kembali diri mereka dengan

114 Bagi perbincangan lanjut, rujuk Zygmunt Bauman, In Search of Politics (Stanford: Stanford University Press, 1999), 170.

115 Temubual dengan Hishamudin Rais pada 15 Januari 2012 179 masyarakat terbanyak dan membantu mereka melihat masalah harian yang mereka hadapi dengan struktur sosial dan politik yang lebih besar.

Penjelasan ini agak bertepatan dengan maksud politik yang dinyatakan oleh

Zygmunt Bauman (2002: 70); sebagai seni menterjemahkan permasalah individu kepada isu awam, dan kepentingan bersama kepada hak dan tanggungjawab individu.

7.4 Kesimpulan

UBU cuba untuk membawa isu-isu politik kepada kumpulan sasar (generasi muda) dalam bahasa mereka. Bahasa dalam konteks ini bukan hanya meliputi bahasa pertuturan malah harus juga memperkirakan kosa kata dan langgam bahasa generasi muda ini. Hal ini kerana bahasa juga menciptakan dominasinya yang tersendiri dan berpotensi meminggirkan mereka yang di luar langgam bahasa tersebut. UBU adalah bukti bagaimana budaya popular bukan sahaja mampu menjadi medium pernyataan politik malah menjadi alat pendidikan politik yang berkesan – membantu mereka untuk mencerap, memahami, menghuraikan kompleksiti sosio-politik sekeliling mereka dan kemudianya membina sikap dalam sesuatu isu. Budaya tidak seharusnya dilihat statis dan kaku. Meskipun pada asalnya, UBU mungkin menyalin imej dan bentuk advokasi luar, namun melalui interaksinya dengan realiti di sekeliling mereka, mereka beradaptasi dan menyesuaikan diri. Inilah dimensi politik yang harus diterokai kerana setidaknya, bagi kelompok anak muda ini, sebagaimana dihuraikan oleh Grossberg (1996: 112–127), di sinilah mereka membina identiti dan realiti mereka sendiri yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk pernyataan politik lainnya – peti undi, penyertaan dalam parti politik, dan lain-lain lagi. 180

Kajian ini pada keseluruhannya mencadangkan bahawa anak muda mempunyai peranan yang tersendiri dalam penglibatan politik dengan medium mereka sendiri. Analisa kelas dan kaum semata-mata tidak mampu untuk menghuraikan keseluruhan perkembangan pergelutan identiti politik ini. Selain itu, kajian ini juga perlu dilanjutkan lagi bagi mengembangkan lagi wacana mengenai identiti politik dan politik budaya di Malaysia. Antara kajian lanjut yang boleh dicermati ialah hubungan anak muda ini dengan budaya popular dan bagaimana budaya popular ini menjadi medan pergelutan makna dan identiti anak muda. Selain itu, boleh juga dikaji bagaimana budaya popular yang dipelopori oleh anak muda ini memberi kesan kepada bentuk dan nilai politik sedia ada, parti politik, NGO,

Kesatuan Buruh, dan politik perkauman. Juga boleh dihuraikan potensi budaya popular sebagai medium untuk menjambatani hubungan antara etnik di Malaysia.

181

BIBLIOGRAFI

A. Samad Said.1986. Hati Muda Bulan Muda. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Mat Ton. 2001. Politik al-Imam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdul Rahman Embong. 1995. ‘Malaysian Middle Class: Some Preliminary Observations’ dalam Jurnal Antropologi dan Sosiologi Bil 22: 31-54

______1996. Social Transformation, the state and the Middle Class in Post- independent Malaysia. Southeast Asian Studies 34, no 3: 56-72.

______1998. ‘Malaysian Middle Class Studies: A Critical Review’ dalam Rethinking Malaysia, (eds). Malaysian Social Science Association. Hong Kong: Asia 2000.

______.2002. State-Led Modernization and the New Middle Class in Malaysia. New York. Palgrave.

______2000. Wacana Globalisasi. Dlm Noraini Othman & Summit K. Mandal (eds). Malaysia Menangani Globalisasi: Peserta atau Mangsa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

______2000b. ‘Pembangunan dan Ketidaksetaraan Pendapatan: Pencapaian dan Cabaran Masa Depan’ dalam Abdul Rahman Embong (eds). Negara, Pasaran dan Pemodenan Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

______2001a. Southeast Asian Middle Classes, Prospect for Social Change and Democratisation. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

______2001b. ‘Beyond the Crisis: The Paradox of Malaysia Middle Class’ dalam (eds). Abdul Rahman Embong. Southeast Asian Middle Classes, Prospect for Social Change and Democratisation, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahman Embong dan Nor Hayati Sa’ad. 2003. Kajian Inventori Penyelidikan Sains Sosial di Malaysia 1980-2000. Laporan Teknikal. Kuala Lumpur : Persatuan Sains Sosial Malaysia & Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

______2009. Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005”. Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

182

Ahmad Ahmad Rusdi, 2002. Permasalahan Pelaksanaan Unsur Patriotisme dalam Mata Pelajaran Kajian Tempatan: Punca Daripada Guru Sendiri. Alor Setar: Institut Penguruan Darulaman.

Ahmad Atory Hussain. 1993. Politik Melayu 1980-190 Antara Kepentingan dan Wawasan Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

______2009. Politik Melayu Di Persimpangan : Suatu Analisis Pilihan Raya Umum 2008. Kuala Lumpur: Utusan Publications

Ahmad Boestamam. 1971. Merintis Jalan Ke Puncak. Kuala Lumpur: Pustaka Kejora.

______. 2004. Memoir Ahmad Boestamam, Merdeka dengan Darah dan Api. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Nidzamuddin Sulaiman. 2002. ‘Budaya Politik Dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia’ dalam Abdul Monir Yaacob dan Suzalie Mohamad (eds). Etika dan Budaya Berpolitik dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Insitut Kefahaman Islam Malaysia

Almond & Powell. 1960. Comparative Politics: A development Approach. Little Brown: Boston

Aishah Ghani.1992. Memoir Seorang Pejuang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anderson, B.1972. Java in a Time of Revolution. Ithaca: Cornell University Press.

Ann Wan Seng.2005. Al-Arqam: di Sebalik Tabir. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Arnett, J.J. (2000). Emerging adulthood: A theory of development from the late teens through the twenties. American Psychologist, 55, 469-480.

Arokia Dass. 1991. Not Beyond Repair: Reflections of a Malaysian Trade Unionist. Hong Kong: Asia monitor Resource Center.

Awang Had Salleh.1980. Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baharuddin Abdul Latif.1976. SEBERKAS Pergerakan dan Perjuangan 1944-1956. Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

Cheah Boon Kheng. 1979. The Masked Comrades, a Study of the Communist United Front in Malaya 1945-1948. Singapura: Time Books International.

Bridget Welsh, ‘Attitudes Toward Democracy in Malaysia: Challenges to the Regime?’ Asian Survey, Vol. 17, No. 9 (1996): 903

183

Chandra Muzaffar. 1988. Kebangkitan Semula Islam di Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Case, William. 1993. “semi-democracy in Malaysia: Withstanding The Pressures for Regime Change.” Pacific Affairs 66: 183-205

______,2004. “Testing Malaysia’s Pseudodemocracry” dalam E.T Gomez (ed). The State of Malaysia: Ethnicity, Equity and Reform. New York: Routledge Curzon.

Cik Siti Azizah Abod. 2002. Dasar Pertahanan Negara dan Patriotisme. Kertas Kerja dibentangkan di Kongres Patriotisme Negara, di Institut Latihan keselamatan Sosial KWSP, anjuran Biro Tatanegara dan Universiti Utara malaysia, Bangi pada 22 - 28 Oktober 2002

Craig C. Calhoun.1994. Science, Democracy and the Politics of Identity dalam Popular Protest and Political Culture in Modern China, pynt Jeffrey N. Wasserstrom dan Elizabeth J. Perry. Boulder, CO: Westview.

Crouch, Harold, 1996, Government & Society in Malaysia, St. Leonards, NSW, Australia: Allen & Unwin.

Diamond, Larry. 2002. “Thinking abot Hybrid Regimes.” Jurnal of Democracy 13(2):21-35.

Erikson, E. H. (1968). Identity: Youth and crisis. NY: W.W. Norton.

Fawzi Basri. 1980. Pergerakan Belia di Malaysia, Satu Catatan Ringkas Mengenai Perubahan Dan Perkembangan Majlis Belia Malaysia 1950-1980. Kuala Lumpur: Majlis Belia Malaysia.

Fazilah Idris, Ezhar Tamam, Azimi Hamzah, & Wendy Yee. 2005. Potensi Pembolehubah efikasi diri sebagai salah satu indikator Indeks Pembangunan Belia. Prosiding Seminar Penyelidikan Pembangunan Generasi Moden. Realiti Generasi Muda: Melangkah Ke Hadapan ms. (261-272). Bangi, Selangor: Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fathi Aris Omar. 2005. Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi. Petaling Jaya: SIRD.

Faris Noor. 2004. Islam embedded : the historical development of the Pan-Malaysian Islamic Party PAS, 1951-2003. Kuala Lumpur: Malaysian Sociological Research Institute.

Firdaus Abdullah.1985.Radicals Malay Politics: Its Origin and Early Development. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.

Gan Ching Chuan. 1993. “The Universities (Discipline of Students) Rules: An Administrative Law Perspective,” Journal of Malaysia and Comparative Law 20, 1&2 (June & December)

184

Giroux, H. 2000. “Public Pedagogy and the Responsibility of Intellectuals: Youth, Littleton, and the Loss of Innocence” Journal of Rhetoric, Culture, and Politics (JAC)Vol. 20, No. 1 (Winter 2000), pp. 9-42

______2004. Take Back Higher Education: Race, Youth, and the Crisis of Democracy in the Post Civil Rights Era. New York: Palgrave.

______. 2004. Cultural Studies, Public Pedagogy,and the Responsibility of Intellectuals. Communication and Critical/Cultural Studies. New York: Routledge.

Grossberg, L. 1996. On postmodernism and articulation : An interview with Stuart Hall What is this Black in Black popular culture? London: Routledge.

Gordon P. Means. 1991. Malaysian Politics: The Second Generation. Singapore: Oxford University Press

Gomez, Terence dan K. S. Jomo. 1997. Malaysia's Political Economy: Politics, Patronage and Profits. Cambridge University Press.

Gomez, Terence. 2004. The State of Malaysia; Ethnicity, Equality and Reform. Londan & New York: Routledge.

Hall, Stuart.1997. Representation: Cultural Representations and Signifying Practices. London: Sage Publication

Haron Daud.1987. Konsep Raja Dan Kerajaan Daripada Perspektif Historiografi Melayu, Akademika 31. 3-14.

Haris Zakapli. 2007. Cabaran Politik Baharu Malaysia: Siri Koleksi Rencana Terpilih Siasah. Kuala Lumpur: Media Icon.

Hassan Karim. 1984. “The Student Movement in Malaysia, 1967-74”. dalam With the People! The Malaysian Student Movement 1967-74, (pyt) Hassan Karim and Siti Nor Hamid. Petaling Jaya: Institute for Social Analysis (INSAN).

Hilley, John. 2009. Malaysia : Mahathirisme, Hegemoni dan Pembangkang Baru. Institut Terjemahan Negara Malaysia: Kuala Lumpur

Heryanto. A. & Sumit K. Mandal (sunt). 2004. Menggugat Otoriterisme di Asia Tenggara. Jakarta: Gramedia.

Hussain Mohamed. 1986. Gerakan Belia Di Malaysia. Kuala Lumpur: Gateway Publishing House.

Ibrahim Yaacob (Iskander Kamel).1951. Sedjarah dan Perdjuangan di Malaya. Yogjakarta: Nusantara

185

Ishak Haji Muhammad. 1997. Memoir Pak Sako Putera Gunung Tahan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ishak Saat. 2011. Radikalisme Melayu Perak, 145-1970. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Ishak Shari.2008. Pembangunan Mengejar Impian atau Harapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak Shari and Rogayah Mat Zain. 1978. ‘Some Aspect of Income Inequality in Peninsular Malaysia, 1957-70’ dalam Oshima, H.T. and T. Mizoguchi (eds.), Income Distribution by Sectors and Overtime in East & Southeast Asian Countries, Manila: CAMS.

Jamaie Hj. Hamil. Mohd Mahadee Ismail, Nidzam Sulaiman, Suzanna Mohamed Isa & Zaini Othman. 2005. Budaya Politik Melayu: Kesinambungan dan Perubahan. Dlm. Sity Daud & Zarina Othman (pytn). Politik dan Keselamatan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Johan Saravanamutthu dan Maznah Mohamad.1991. ‘Pendidikan Tinggi: Krisis Pedemokrasian’ dalam Wan Manan Wan Muda (eds). Akademia Menjelang Tahun 2000. Pulau Pinang: PKAPUSM.

Jomo K.S. 2004. ‘The New Economic Policy and Interethnic Relations in Malaysia’ dalam Identities, Conflict and Cohesion. United Nations Research Institute for Social Development. Junaidi Abu Bakar. 1993. Mahasiswa, Politik, dan Undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kahn, J. S. 1992. ‘Class, Etnicity and Diversity: Some Remark on Malay Culture in Malaysia’ dalam Fragmented Vision: Culture and Politics in Contemporary Malaysia, Joel S. Kahn dan Francis Loh Kok Wah (eds). North Sydney: Asian Studies Association of Australia in association with Allen & Unwin.

______. 1996a. “Growth, Economic Transformation, Culture and the Middle Classes in Malaysia.” Dalam Richard Robinson and Davis S.G Goodman (eds.). The New Rich in Asia: Mobile Phone, McDonalds and Middle Class Revolution, London & New York: Routledge

______. 1996b. “The Middle Class as a Field of Ethnological Study.” Dalam Muhammad Ikmal Said dan Zahid Emby, eds., Malaysia: Critical Perspectives: Essays in Honour of Syed Husin Ali. Petaling Jaya. Persatuan Sains Sosial Malaysia.

Kartini Aboo Talib@Khalid. 2012. Lanskap masyarakat Sivil: Evolusi, Politik dan Pendekatan dlm Haris Zuan dan Rizal Hamdan (eds). Wacana Baru Politik Malaysia: Perspektif Ruang Awam, Budaya dan Institusi. Petaling Jaya: SIRD.

Khatijah Sidek. 1985. Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesatria Bangsa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

186

Khoo Boo Teik. 1995. Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual Biography of Mahathir Mohamad. Shah Alam: Oxford University Press.

Kee Poo Kong. 1976. Tertiary Students and Social Development: An Area for Direct Action Student Rural Service Activities in Malaysia. Singapore: Regional Institute of Higher Education and Development.

Keris Mas. 1979. Memoir Keris Mas, 30 Tahun Sekitar Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kua, Kia Soong, 1999. A Protean Saga: The Chinese School of Malaysia. Kajang: Dong Jiao Zong Higher Learning Centre.

Keesing, R.M, 1991. ‘Culture’ and Asian Studies. Asian Studies Review. Vol 15, No 2.

Laclau, Ernesto & Mouffe, Chantal. 2008. Hegemoni dan Strategi Sosialis: Pos marxisme dan Gerakan Sosial Baru (terjemahan). Yogyakarta: Resist book.

Levitsky, Steven, dan Lucan A. Way. 2002. “The Rise of Competitive Authoritarianism.” Jurnal of Democracy 13(2): 51-65.

Loh, K. W. 2000. Politik Baru di Malaysia? Siri Syarahan Umum Perlantikan Profesor. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

______2002. ‘Developmentalism and the Limits of Democratic Discourse’ dalam Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik, (eds). Democracy in Malaysia: Discourses and Practices. Curzon Press.

______2003. “Towards a New politics of Fragmentation and Contestation.” dalam Francis Loh Kok Wah & Johan Saravanamuttu (eds)., New Politics in Malaysia. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

______2009. Old vs New Politics in Malaysia: State and Society in Transition. Petaling Jaya: SIRD dan Aliran Kesedaran Negara.

Levitsky, Steven, dan Lucan A. Way. 2002. ‘The Rise of Competitive Authoritarianism’ Jurnal of Democracy 13(2): 51-65.

Machi Sato.2005. ‘Education, Ethnicity and Economics: Higher Education Reforms in Malaysia 1957-2003’, NUCB Journal of Language, Culture and Communication 7,1 (Mei 2005).

Mahathir Mohammad. 1992. Koleksi Ucapan Mahathir. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan

______.1995. Koleksi Ucapan Mahathir 1992-1995: Siri Ucapan Penting. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan 187

______.1999. Koleksi ucapan Mahathir (Januari-Disember 1998) Siri Ucapan Penting. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan

______.2001. Koleksi ucapan Mahathir (Januari-Disember 2000) Siri Ucapan Penting Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan

Mahmood Nazar Mohamed.1990. Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Malaysia.1971. Rancangan Malaysia Kedua 1971-75, Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

______1973. Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

______1976. Rancangan Malaysia Ketiga 1976-80, Kuala Lumpur: Percetakan Negara Berhad

______1991. Rancangan Malaysia Keenam, 1991-1995. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

______1996. Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

______, 2001. Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

______, 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Martin, Beate (eds). 2005. Go! Young Progressives in Southeast Asia. FES Philippine Office. Manila

Mohamed Yunus Marulah. 1992. “Dari Bukit Raya Ke Sungai Raya: Perkembangan Awal dan Penempatan Semula”, dlm. Purba, Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia, Persatuan Muzium Sejarah, Kuala Lumpur, Bil. 11-1992.

Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications

Mohd Sarim Mustajab. 1979. ‘Gerakan Islah Islamiyyah di Tanah Melayu – 1906 hingga 1948’ dalam Khoo Kay Kim dan Jazamuddin Baharuddin (eds). Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Mohd Shuhaimi Al-Maniri. 1995. Politik Kampus di Sebalik Tabir. Bandar Baru Bangi: Pustaka Generasi Baru.

188

Mohd Tajuddin. 1987. Aminuddin Baki: Tokoh Pendidikan. Petaling Jaya: Pelanduk Publication.

Mohd Foad Sakdan.1997. Pengetahuan Asas Politik Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Shuhaimi. 1995. Politik Kampus di Sebalik Tabir. Kuala Lumpur: Pustaka Generasi Baru

Mohamed Salleh Lamry. 2006. Gerakan Kiri Melayu Dalam perjuangan Kemerdekaan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Abu Bakar .1973. Mahasiswa Menggugat. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Ng, Cecilia dan Chee, Heng Leng. 1996. Women in Malaysia: Present Struggles and Future Directions. Asian Jurnal of Women’s Studies 2: 192-209.

Nidzam Sulaiman & Bilcher Bala. 2002. Persaingan Parti dan Demokrasi Malaysia, Dalam Mohd. Yusof Kasim et.al, Politik Baru Dalam Pilihan Raya Umum. Bangi: Penerbit UKM

Nik Safiah Karim.1990.Wanita Malaysia: Harapan dan Cabaran: Kuala Lumpur: K’Publishing & Distributors

Proudfoot, I. Pre-war Malay periodicals notes to Roff's Bibliography drawn from government gazettes dalam Kekal Abadi Jil.29 Bil.2 Dis 2011 Vol.29 No.2 (Dec 2011).

Pye, Lucian, & Verba, Sidney. 1965. Political Culture and Political Development. New Jersey: Princeton University Press

Rafidah Md Khamin. 2003. Hubungan pergaulan bebas, lepak, motivasi, dan penghargaan kendiri dengan prestasi akademik: Satu tinjauan di Universiti Utara Malaysia. Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia.

Ramlah Adam. 2004.Gerakan Radikalisme di Malaysia (1938-1965). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Rashila Ramli dan Saliha Hassan.1998. ‘Trends and Forms of Women’s Participation in Politics’ dalam Sharifah Zaleha Syed Hassan (eds). Malaysia Women in the Wake of Change. Kuala Lumpur: Rancangan Pengajian Gender, Universiti Malaya

Reid, Linda J. 1988. The Politics of Education in Malaysia. University of Tasmania. Hobart

189

Rishita Nandigiri. 2012. The politics of being “young”: is a “youth” category really necessary for “development”? Feminist Africa Jurnal Issue 17. Researching Sexuality with Young Women: Southern Africa.

Rohana Ariffin. ‘Malaysian’s Women Participation in Trades Unions’ dalam Noeleen Hayzer (eds). Daughters in Industry. Kuala Lumpur: Asian and Pacific Development Centre, 1998.

Roff, William. 1967. Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: University Malaya Press.

______. 1972. Bibliography of Malay and Arab Periodicals, 1876-1941. London: Oxford University Press.

Rustam A. Sani. 2011. Tinta Rustam A. Sani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsul A.B. 1996. Debating About Identities in Malaysia: An Discourse Analysis. Southest Asian Studies. Vol 34, No 3

______. 1998. ‘Debating about Identity in Malaysia: A Discourse Analysis’ dalam Zawawi (ed.) Cultural Contestation: Mediating Identities in a Changing Malaysian Society. London: ASEAN Academic Press

______. 2001. A History of an Identity, an Identity of a History:The Idea and Practice of ‘’ in Malaysia Reconsidered. Journal of Southeast Asian Studies, 32 (3), pp 355-366 October 2001.

Samsudin A. Rahim et. al. 1994. Tingkah laku lepak di kalangan remaja. Laporan kajian kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

______.1995. Remaja dan pendedahan kepada Muzik Popular. Laporan kajian kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

______. 2008. Media dan Generasi Muda. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (Youth research). Kementerian Belia dan Sukan.

Samsudin A. Rahim & Iran Herman. 1995. Remaja Dan Aids : Media, Nilai, Personaliti, dan Tingkah Laku. Seri Kembangan: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saravanamuttu. 2001. ‘Is There a Politics of the Malaysian Middle Class?’ dalam Abdul Rahman Embong (ed.), Southeast Asian Middle Classes, Prospect for Social Change and Democratisation. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Seymour Martin Lipset. 1971. Youth and Politics dalam Contemporary Social Problems, pynt. Robert K. Merton dan Robert Nisbet, Edisi ke-3. London.

190

Siddiq Fadil.1989. Mengangkat Martabat Ummah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

______.1992. Islamic Movement in the '90s: vision and strategy. Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia.

Sonia E. Alvarez, Evelina Dagnino, & Arturo Escobar.1998.Cultures of Politics, Politics of Cultures, Re-visioning Latin Amerika Social Movement. London: Westview Press.

Soon Chuan Yean. 2012. ‘Persaingan Politik Moral: Satu Analisa Politik Budaya Kumpulan Seni di Malaysia’ dalam Haris Zuan & Rizal hamdan. 2012. Wacana Baru Politik Malaysia: Perspektif Ruang Awam,Budaya dan Institusi. Petaling jaya: SIRD.

Storey, J. (ed) 1994. Cultural Theory and Popular Culture: A Reader, Hemel Hempstead: Harvester Wheatsheaf.

Sufean Hussin. 2002. Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia, Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suraini Abdullah.1999. Regimen ke-10 dan Kemerdekaan. Hong Kong: Nan Dao Publisher

Syed Husin Ali.2012. Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali. Petaling Jaya. SIRD.

Syukri Salleh.1992. An Islamic Approach to Rural Development: The Arqam Way. London: Asoib International Limited.

Snodgrass, D.R., 1975. Trends and Patterns in Malaysian Income Distribution, 1957- 70, in David Lim, (ed.) Readings on Malaysian Economic Development, Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Tan, Simon. 1990. ‘The Rise of State Authoritarianism in Malaysia’ Bulletin of Concerned Asian Scholars 22(3): 32-42

Tajul Ariffin Noordin. 1985. ‘Kedudukan Pengajaran dan Pembelajaran Masa Kini dalam Konteks Pendidikan Kewarganegaraan’ dalam Adnan Haji Nawang (ed). Pendidikan dan Kewarganegaraan di Malaysia. Kuala Lumpur: Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung.

Thillainathan, R. 1977. The Twenty-year Plan for Restructuring Employment in Peninsular Malaysia: a quarterly assessment. Kajian Ekonomi Malaysia, Vol. XIV No. 2 : 49-62.

Torii, Takashi. 2003. The Mechanism for State-led Creation of Malaysian’s Middle Classes. The Developing Economies, XLI-2: 221–242

191

Van der Kroef, J. 1967. Communism in Malaysia and Singapore, A Contemporary Survey. The Hague: University of Bridgeport.

Weiss, Meredith L. 2003. ‘The Malaysian Human Rights Movement’ dalam Weiss M.L, Saliha Hassan. Social Movements in Malaysia, from moral communities to NGOs. London: Routledge Curzon.

______2004.’Still with the People? The Chequered Path of in Malaysia’ South East Asia Research, 13:3 (November 2005), pp. 287-332.

______2006. Protest and Possibilities: Civil Society and Coalitions for Political Change in Malaysia, Stanford, CA: Stanford University Press

______2009. Intellectual Containment: The Muting of Students in Semidemocratic Southeast Asia. Jurnal Critical Asian Studies. 41: 4, 499 — 522

______.2011. Student Activism in Malaysia: Crucible, Mirror, Sideshow. Ithaca and Singapore: Cornell Southeast Asia Program Publications and NUS

Williams, Raymond. 1976. A Vocabulary of Culture and Society. Fontana: London

______.1962. Communications. London: Penguin.

Yahya Don & Mahmood, N.M., 2004. Hubungan Penagihan Dadah dan Perlakuan Jenayah. Malaysian Journal of Psychology. UKM, Bangi.

Yong Kim Eng. 2005. ‘Force of the Future: Youth Participations in Politics in Cambodia’ dalam Beate Martin (eds). Go! Young Progressives in Southeast Asia. FES Philippine Office: Manila

Zakaria, Haji Ahmad 1989. ‘Malaysia: Quasi Democracy in a Divided Society’ dalam L. Diamond, J.J. Linz, dan S. M Lipset, (eds)., Democracy in Developing Countries, vol 3: Asia. Boulder, Co: Lynne Rienner.

Zainah Anwar. 1987. Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among Students. Petaling Jaya: Pelanduk Publication.

Zawawi Ibrahim.1996.’Mediating Identities in a Changing Malaysia,’ Southeast Asian Studies 34 (3).

______.1998. ‘The Making of a Subaltern Discourse in the Malaysian Nation- State: New Subjectivities and the Poetics of Orang Asli Dispossession and Identity’ dalam Zawawi (ed)., Cultural Contestations, Mediating Identities in a Changing Malaysian Society. Asian Academic Press: London

______.2008.‘Development and Alternative Representations: Narrating a Deterritorialised Penan Landscape’ dalam Zawawi Ibrahim (ed)., Representation, Identity and Multiculturalism in Sarawak. Dayak Cultural Foundation & Persatuan Sains Sosial Malaysia: Kuala Lumpur

192

Zulkifly Osman. 2009. Dasar Ekonomi Baru Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa. SIRI Kertas Diskusi Bil: 5 Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia. UKM

Zygmunt Bauman. 1999. In Search of Politics. Stanford: Stanford University Press

______2002. Society under Siege. Cambridge: Polity Press

Temubual

Fahmi Reza, aktivis seni, pengarah filem dan aktivis # Dataran pada 14 Julai 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Fathi Aris Omar, Aktivis Sosial, ideolog Universiti Bangsar Utama dan Ketua Editor Malaysiakini pada 15 Januari 2012 di Jalan Syed Kini, Kuala Lumpur

Hasmi Hashim, ahli pengasas Universiti Bangsar Utama dan aktivis politik, pada 8 Julai 2012 di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Hishamudin Rais, Aktivis Politik dan ‘Dekan’ Universiti Bangsar Utama pada 15 Januari 2012 di Bangsar Utama, Kuala Lumpur

Koy, ahli pengasas Universiti Bangsar Utama, pada 15 Februari 2012 di UKM, Bangi.

Rahmat Haron, ahli pengasas Universiti Bangsar Utama dan aktvis seni, pada 3 Februari 2012 di Cheras, Kuala Lumpur.

Rozaimin Ilias, aktivis sosial dan aktivis punk pada 1 Mac 2012 di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Akhbar dan Majalah

Al-Imam

Harakah

Harian Metro

New Straits Time

Suarakeadilan

The Star

Utusan Malaysia

193