"ALLAH" Chedet.Co.Cc January 5, 2010 1. Ingin Saya Terangkan Secara
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
KONTROVERSI KEGUNAAAN KALIMAH "ALLAH" chedet.co.cc January 5, 2010 1. Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah "Allah" untuk agama yang bukan Islam. 2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang. 3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang. 4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja. 5. Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah". 6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas. 7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar. 8. Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God. 9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa. 10. Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"? 11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini? 12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua'lam. 604 Comments By Ketuk Gendang on February 3, 2010 12:37 PM Salam Tun yang amat dihormati dan sidang pembaca yang amat dikasihi Melayu sudah lumpuh di negara sendiri Lihat sahaja apa yang berlaku di Seminar Rapat 1 Malaysia Dato' Umno cakap pasal pendatang Cina dan India Dato' Umno kena letak jawatan Penganjur Seminar kena mohon maaf pada perwakilan Cina & India Isu penggunaan kalimah Allah tidak ditangani dengan hikmah Menyebabkan bangsa lain berasa megah dan gagah Ketuk Gendang takut Malaysia akan jadi seperti Amerika tidak lama lagi Di depan - barisan politik bangsa Amerika Di belakang - pemimpin Yahudi mencatur strategi Cerita kaum Cina dan India pendatang tidak boleh dibincangkan Macam cerita Holocost, jangan dibahas secara terbuka Ekonomi dah tentu Melayu terkebelakang Akibat kealpaan dan tidak percaya kemampuan diri sendiri Nak harapkan kekuatan politik, berapa lama boleh bertahan? Apa nak jadi dengan Melayu Malaysia Masih dengan budaya tak apanya... Suara kuat tapi taringnya tiada.... Jangan terus-terusan lupa.... Kalau nak berubah dan berjihad, inilah masanya Rapatkan saf kukuhkan perpaduan.... Supaya generasi depan aman sejahtera. Tun, semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada Tun dan semoga dapat terus berbakti kepada ummah dan dikira oleh Allah sebagai amal untuk bekalan di kemudian hari. Ketuk Gendang mohon maaf, hanya berkongsi apa yang ikhlas terdetik dihati. By jalurmas64 on February 1, 2010 2:33 AM Assalamualaikum Tun dan selamat sajetera untuk semua pembaca budiman. Terpanggil adalah merupakan rasa hati untuk mengikuti perkembangan terkini. Kalimah ALLAH telah menjadikan satu isu yg hangat dibincangkan. Persoalan utama mengapa kita tidak membiarkan dan menyerahkan kepada mereka yg arif mengenainya untuk menyelesaikan isu ini ? bukan menjadikan isu ini sebagai tapak kemarahan sehingga melemparkan ejekan sepertimana rakan lain menyeru tok imam kekaraoke untuk uji pitching. Perlu kita ingat suasana seperti ini telah berlarutan sejak berzaman, kalaulah kita merasakan ianya suatu gangguan, elakkan menghampirinya, pie jauh-jauh masuk dalam hutan atau selam je lautan. Sebagai anak watan Sabah saya juga tersinggung dengan pelbagai sindiran dan ejekan. Justeru itu saya merayu kepada menteri KDN agar meneliti bab-bab akta yg dapat dilakukan demi menjaga keharmonian dan keamanan negara amnya dan negeri sabah khususnya. Tak perlu menjaga kepentingan politik dan menjadikan isu ini berlarutan. Saya juga menyeru kepada saudara semalaysia hentikanlah memainkan isu ini sekiranya saudara berbekalkan niat provok dan kepentingan peribadi. Sebagai penasihat negara, mohon Tun campur tangan dalam hal ini. By mathazren on January 30, 2010 11:34 PM salam Tun, pekara ini tidak akan berlaku jika kita mempunyai pemimpin yang kuat.. saya dapati sekarang pemimpin kita terlalu takut..semua hati mau dijaga.sekarang banyak bangsa dalam negara kita ambil kesempatan.mintak itu dapat.mintak ini dapat.semua kena kasi.kalau tak kasi orang tak mau undi.sekarang dia orang mau guna nama ALLAH. pemimpin kita berbelah bagi.tak reti nak bagi keputusan..kalau orang melayu kuat benda camni tak berlaku..ulamak-ulamak dalam pas pun tak sependapat.ada yang kata ya.ada yang kata tidak.macamana ni..mana mufti?. saya cadangkan pemimpin kita cari jalan camana nak satukan melayu dan islam..takpayaahlah nak jaga semua orang.jaga hati melayu dan orang islam cukup.kalau orang melayu dan islam bersatu,pemimpin kita kuat..kalau pemimpin kita kuat,baru mereka akan hormat kita. kalau kita kuat kita tak pernah manindas mareka pun..sejarah membuktikannya..tapi kalau kita lemah mereka akan pijak kita... p/s bila nak ada pemimpin macam Tun lagi..saya tak nampak lagi misi malaysia..mananya 2020,projek kapal terbang, semuanya senyap..kalau ada pun ala kadar je.. By Rizam on January 30, 2010 9:49 AM Salam Dr.Mahathir Bis Millah, In The Name Of God, Dengan Nama Tuhan, Peace to all in this blog till now all 597 comment has been printed. Allah is God or Tuhan We learn from Verse 39:67 that God's greatness is far beyond human comprehension - the verse states that all seven universes are "folded within God's hand." Supported by the Quran's formidable mathematical code, we are taught that our universe is the smallest and innermost of seven universes (41:12, 55:33, 67:5, & 72:8-12). Meanwhile, our scientific advances have shown us that our galaxy, the Milky Way, is 100,000 light years across, and that our universe contains a billion such galaxies and a billion trillion stars, plus countless decillions of heavenly bodies. Our universe is estimated to span distances in excess of 20,000,000,000 light years. Count the Stars! If we take only a quintillion [1,000,000,000,000,000,000] of the stars and simply count them [from zero to quintillion] one count per second, day and night, this will take 32 billion years (more than the age of the universe). That is how long it will take to just "count" them; but God "created" them. Such is the greatness of God. We can appreciate the vastness of our universe if we imagine going on a space odyssey. When we leave the planet Earth towards the sun, at the speed of light, we reach the sun after 93,000,000 miles and eight minutes. It will take us more than 50,000 years at the speed of light to exit our galaxy. From the outer limit of the Milky Way, our planet Earth is invisible. Not even the most powerful telescope can detect our tiny "Earth." We have to spend more than 2,000,000 years at the speed of light to reach our next-door galaxy. At least 10,000,000,000 years, at the speed of light, must be spent to reach the outer limit of our universe. From the outer limit of our universe, even the Milky Way is like a speck of dust in a large room. The second universe surrounds our universe. The third universe is larger than the second, and so on. More accurately, our universe should be considered the seventh universe, surrounded by the sixth universe, which is surrounded by the fifth universe, and so on. Can you imagine the vastness of the first, outermost universe? No number exists to describe the circumference of the first universe. This incomprehensible vastness is "within the fist of God's hand." From the outer limit of the outermost universe, where is the planet Earth? How significant is it? On the infinitesimal mote called Earth, such minuscule creatures as Mary, Jesus, and Muhammad lived. Yet, some people set up these powerless humans as gods! God's greatness is represented not only by the fact that He holds the seven universes in His hand, but also by the fact that He fully controls every atom, even subatomic components, everywhere in the greater universe (6:59, 10:61, & 34:3). SOME ATTRIBUTES OF GOD Reproduced below are only a few attributes of God, the Creator of everything that exists. 1. GOD, CREATOR OF ALL THINGS [6:102] Such is GOD your Lord, there is no god except He, the Creator of all things. You shall worship Him alone. He is in control of all things. [35:3] O people, remember GOD's blessings upon you. Is there any creator other than GOD who provides for you from the heaven and the earth? There is no other god beside Him.