Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 51 Rabu 6 November 2019 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.10, B.11 & B.12 (Halaman 31) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 30) Anggaran Pembangunan 2020 Jawatankuasa:- Maksud P.10 & P.70 (Halaman 31) DR. 6.11.2019 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Rabu, 6 November 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] _________________________________________________________________________ JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ahli Yang Berhormat, sebelum kita mulakan saya hendak pantun sedikit. Melati kuntum tumbuh di taman, Sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum pembuka Dewan, Mari kita mula bicara. 1. Tuan Su Keong Siong [Kampar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan perancangan bagi memperluas bidang kuasa dan memperkasakan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memandangkan faktor bahawa AADK memainkan peranan penting dalam usaha membasmi penagih dadah. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Mohd Azis bin Jamman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Agensi Antidadah Kebangsaan ataupun AADK merupakan agensi utama dalam usaha membasmi gejala penagihan dadah. AADK mempunyai peranan yang amat penting dan oleh itu langkah-langkah berikut telah diambil untuk memperkasakan Agensi Antidadah Kebangsaan. Pertama, Dasar Dadah Negara baru yang diluluskan pada tahun 2017 telah memperkasakan hala tuju Agensi Antidadah Kebangsaan dalam mewujudkan negara dan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman gejala dadah. Terdapat lima teras dalam Dasar Dadah Negara ini iaitu teras pendidikan dan pencegahan, teras rawatan dan pemulihan, teras penguatkuasaan, teras pengurangan kemudaratan dan juga teras kerjasama antarabangsa. Kedua, mempertingkatkan keberkesanan pengurusan AADK dengan memberi peruntukan tambahan dan pengisian jawatan. Pada tahun 2020 Tuan Yang di-Pertua, peruntukan belanja DR. 6.11.2019 2 mengurus AADK telah meningkat sebanyak 15 peratus dari tahun 2019. Sebanyak 173 perjawatan juga telah diluluskan pengisian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun ini. Ketiga, pemerkasaan undang-undang melalui kajian pindaan Akta Penagihan Dadah, Rawatan dan Pemulihan Tahun 1983 bagi meningkatkan pelaksanaan program rawatan dan pemulihan kepada penyalahgunaan dadah dan menggubal Rang Undang-undang Bahan Khayal, Rawatan dan Pemulihan bagi merawat mereka yang menyalah guna bahan khayal seperti gam. Kerajaan sedar bahawa dalam menangani masalah dadah, AADK tidak mampu bergerak sendirian. Oleh itu tanggungjawab membasmi gejala penagihan dadah di peringkat komuniti harus dipikul bersama oleh NGO sektor swasta dan masyarakat setempat. Dalam hal ini, Agensi Antidadah Kebangsaan mempunyai peranan utama sebagai penggerak komuniti melalui langkah-langkah seperti berikut: (i) Mempergiatkan aktiviti pencegahan dadah dengan kolaborasi antara agensi melalui Projek Rintis Agensi Antidadah Kebangsaan. Untuk makluman, projek rintis ini melibatkan sembilan kementerian dan 15 agensi dan jabatan. Untuk Kementerian Dalam Negeri sahaja terdapat lima agensi yang terlibat dalam projek rintis ini. Selaras dengan usaha kerajaan untuk membangunkan komuniti melalui penglibatan badan bukan kerajaan, kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan sejumlah RM15 juta bagi melaksanakan Projek Rintis AADK pada tahun 2020; dan (ii) Memperkemaskan keberhasilan program pemulihan dengan memberi fokus kepada 178 kawasan berisiko tinggi penagihan dadah dengan menggerakkan komuniti bagi menjalankan program pencegahan bersama-sama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan. Terima kasih. Dr. Su Keong Siong [Kampar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Daripada jawapan tersebut, memang kami dapat lihat AADK memang memainkan peranan yang penting dalam usaha kerajaan untuk membasmi kegiatan dadah dan ia bukan satu kerja yang mudah, terutamanya pada zaman yang serba canggih ini. Terdapat keperluan untuk menambah baik peruntukan dari segi keanggotaan dan peralatan yang lebih canggih. Akan tetapi apa yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa yang kita perlu juga lihat adalah dari segi penguatkuasaan dan keanggotaan selalunya dan juga peralatan tidak mencukupi. Adakah kerajaan sudi mempertimbangkan aspek- aspek tersebut untuk menambah baik peranan dan keberkesanan AADK ini. Datuk Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih dengan soalan tambahan tadi. Saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kampar. Akan tetapi, ia akan balik kepada DR. 6.11.2019 3 isu kewangan. Kita sedar dan tahu bahawa untuk membeli peralatan-peralatan ini, ia memakan belanja yang cukup besar. Oleh sebab itu, saya dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan juga telah pun meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli tambahan kepada scanners khususnya di kawasan-kawasan yang strategik, pintu-pintu masuk negara kita. Walaupun begitu, saya sedar dan tahu ia masih tidak mencukupi. Maka oleh sebab itu, kita dari segi penguatkuasaan itu apa yang kita perlu dan harapkan adalah kerjasama daripada semua pihak. Bukan hanya kerajaan itu sendiri tetapi saya juga berharap agar NGO-NGO seperti PEMADAM contohnya juga akan kita kerahkan untuk bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan ini untuk mengajukan program-program kesedaran pendidikan kepada anak-anak khususnya pelajar-pelajar kita di peringkat sekolah rendah dan juga menengah. Demikian juga pihak-pihak swasta. Kita berharap kepada pihak-pihak swasta khususnya korporat-korporat yang ada di luar sana, kita merayu agar sumbangan mereka dalam bentuk CSR itu kita perlukan. Ini kerana kita sedar dan tahu sebagaimana saya sebutkan tadi kekangan kewangan bagi membolehkan NGO-NGO seperti PEMADAM contohnya perlu bergerak. Kalau kita hanya mengharapkan peruntukan daripada kerajaan, pastinya ia akan melimitkan peranan agensi seperti AADK dan juga NGO PEMADAM yang ada di negara kita. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua saya jemput Yang Berhormat Jempol 30 saat. ■1010 Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Kenapa dia dapat? Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Saya dahulu bangun. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Saya berikan kebenaran kepada Yang Berhormat Jempol. Sila. Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Tidak apa, Yang Berhormat Pontian boleh berpantun selepas ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Nampaknya sembilan kementerian telah bekerjasama bagi menangani isu dadah di Malaysia ini. Jadi dalam keadaan hari ini pun, kita tahu bahawa khutbah Jumaat pun hari ini ada diselitkan bahawa bahayanya penagihan dadah. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, dahulu Yang Berhormat Timbalan Menteri ada jawab bahawa banyak perkara yang berlaku disebabkan penguatkuasaan ini gagal oleh kerana kebocoran maklumat oleh pegawai AADK sendiri. Jadi, adakah ini masih dalam kawalan Yang Berhormat Menteri? Keduanya, saya hendak tanya 60,000 orang dalam rawatan ini, hanya 6,000 sahaja kembali menagih dadah semula. Ini menunjukkan bahawa hanya 10 peratus sahaja yang terlibat semula dengan dadah. Jadi, adakah kementerian memastikan semua pintu-pintu masuk ini dikawal betul-betul? Ini kerana dadah di kampung ini cukup bahaya. Membunuh ibu, membunuh anak dan sebagainya kerana dadah. Jadi, dadah menjadi musuh negara nombor satu. Apakah DR. 6.11.2019 4 kementerian hari ini melihat perkara ini sangat bahaya dan tindakan seterusnya secara proaktif bagi menangani masalah ini? Datuk Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih dengan soalan tambahan tadi. Ada dua soalan. Pertama, berkenaan dengan isu kebocoran maklumat-maklumat bila mana sesuatu operasi dijalankan. Kita tidak menolak kemungkinan itu. Sebagaimana saya pernah sebut pun sebelum ini, bahawa benar, memang ada. Di antara masalah-masalah yang kita hadapi adalah dari segi kebocoran maklumat bila mana sesuatu operasi dianjurkan, ada lah elemen-elemen sabotaj di mana pegawai dalaman kita sendiri yang membocorkan maklumat tentang operasi itu. Akan tetapi, ini perkara masih dalam kawalan kita. Sebab itulah dari segi pelaksanaan operasi itu kita buat trivia sedikit di mana even pegawai-pegawai kita pun tidak tahu ke mana tempat-tempat operasi yang akan kita anjurkan sehinggalah pada ketika operasi itu dijalankan. Jadi ini di antara perkara― tetapi kita memandang serius tentang perkara ini dan ini melibatkan isu integriti juga. Jadi, kita mengambil serius dan jika kita ketahui ada elemen-elemen ataupun kakitangan-kakitangan kita yang terlibat dengan pembocoran maklumat ini, tindakan tegas akan kita ambil. Berkenaan dengan dari segi keberkesanan tadi. Kita pun sedia maklum isu dadah ini complexitynya cukup rumit di mana setiap hari ada sahaja dadah-dadah jenis baharu yang dihasilkan. Malah, inilah yang sebenarnya di antara perkara yang kita adakan kerjasama dengan negara-negara di peringkat antarabangsa di