Kritikan Sosial Dalam Filem Mamat Khalid Al-Fatihah Binti Md Adnan
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KRITIKAN SOSIAL DALAM FILEM MAMAT KHALID AL-FATIHAH BINTI MD ADNAN FBMK 2014 42 KRITIKAN SOSIAL DALAM FILEM MAMAT KHALID UPM AL-FATIHAH BINTI MD ADNAN CO © MASTER SASTERA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2014 KRITIKAN SOSIAL DALAM FILEM MAMAT KHALID UPM Oleh AL-FATIHAH BINTI MD ADNAN CO © Tesis ini dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia, sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sastera Oktober 2014 Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah bahan hak cipta Universiti Putra Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam tesis ini dibenarkan untuk tujuan bukan komersil daripada pemegang hak cipta. Penggunaan komersil bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu yang nyata daripada Universiti Putra Malaysia. Hak cipta © Universiti Putra Malaysia UPM CO © DEDIKASI Ya ALLAH Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW keluarga serta para Sahabat baginda Kupanjatkan kesyukuran kepada-Mu Dengan izin dan restu-Mu jua Tugasan ini dapat kulaksanakan keberkatan-Mu jua yang kuharapkan Ya ALLAH UPM Ibu bapaku.. Dengan berkat doamu yang sering mengiringi perjalanan hidupku Dirimu yang tidak pernah berputus asa Selalu memberi semangat kepadaku Semangatmu tertanam di jiwaku Nasihatmu kupelihara hingga akhir hayat Abang, Kakak, dan Adikku.. Kau juga pembakar semangatku Sentiasa ada ketika diriku susah dan berputus asa Tidak akan kulupa jasamu semua Akan kubalas semampu kudratku Sahabat dan Pensyarah Kalian peneman kala kesedihan Sentiasa menjadi penyokong dan penasihat Sokonganmu tidak pernah hilang ketika kulemah Kubekerja keras untuk ke atas CO Supaya kudapat mencapai kejayaan © Kubersyukur kepada-Mu Ya ALLAH Kuberterima kasih kepadamu ibu bapa, abang, kakak, adik, sahabat dan pensyarah yang penyayang.. Kusayang kalian semua Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Master Sastera KRITIKAN SOSIAL DALAM FILEM MAMAT KHALID Oleh AL-FATIHAH BINTI MD ADNAN Oktober 2014 Pengerusi : Normaliza Abd Rahim, PhD Fakulti : Bahasa Moden dan Komunikasi UPM Kajian ini adalah analisis tentang kritikan sosial yang dipaparkan oleh Mamat Khalid dalam filem Melayu yang telah diterbitkan pada 2005 hingga 2012, iaitu filem Rock, Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Estet, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin Mon dan Jin Pakai Toncit serta filem Rock Oo. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis dan merumuskan kritikan sosial dalam filem Mamat Khalid, apabila tercetusnya beberapa masalah yang ditemukan iaitu kelompangan kajian terhadap kritikan sosial dalam filem. Kebanyakan filem tempatan yang dihasilkan menunjukkan bahawa aspek latar sosial itu jarang diberi perhatian dan didakwa bahawa belum ada filem Malaysia kerana roh atau jati diri sangat kurang dalam filem keluaran negara Malaysia. Terdapat juga beberapa pandangan yang mengatakan bahawa kemampuan yang ada pada Mamat Khalid telah banyak mencetuskan idea serta memaparkan isu sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif dengan cara pengumpulan data dan analisis dokumen serta mengaplikasikannya dengan pendekatan sosiologi sastera. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kritikan sosial yang dipaparkan dalam filem ini ialah kepercayaan cerita tahyul dan khurafat, kekuasaan bomoh dan jampi serapah, budaya yang tidak prihatin pada golongan tua, amalan suka lepakCO di kedai kopi, golongan muda yang terlibat dengan gejala vandalisme, gejala rempit dalam kalangan remaja, budaya asing yang menyerang, kelunturan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat, penindasan terhadap golongan miskin, sikap yang ingin kaya dalam masa yang singkat, masyarakat yang tidak beradab, suka berangan, ©golongan muda yang terlibat dengan pengaruh budaya barat dan golongan muda yang terlibat dengan ajaran sesat. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini akan menyelesaikan semua masalah yang dihadapi iaitu dengan melakukan kajian terhadap kritikan sosial dalam filem Mamat Khalid. Abstract of thesis presented to the Senat of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Master of Arts SOCIAL CRITICISM IN THE FILMS BY MAMAT KHALID By AL-FATIHAH BINTI MD ADNAN October 2014 Chairman : Normaliza Abd Rahim, PhD UPM Faculty : Modern Languages and Communication This research is an analysis of social criticism found in Mamat Khalid’s Malay film which was released in the year 2005 until 2012. The films are Rock, Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Estet, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin Mon dan Jin Pakai Toncit and last but not least would be Rock Oo. The objective of the research is to analyse and to summarise the social critics that can be found in Mamat Khalid’s film which has not been done by others. The aspects of social background are not often highlighted in the local films due to the poor essence of self-identity in all of the Malaysian local films. Reviewers also mentioned about Mamat Khalid’s capability of creating incredible ideas depicting social issues that occurs in the society. This research is using a qualitative method through data collection, analysing documents and applying it to enhance the sociological literature. The findings of the research imply that all social critics displayed on films are mostly superstitious; mythological based, beliefs in the power of witch doctors and incantations, youngsters disrespecting the elders, the elders who likes to waste time hanging out at the coffee shop for hours, vandalism among teenagers, underage getting involved with illegal underground bike race, western culture influence,CO no patriotic spirits among the people, oppression towards the poor and needy, the attitudes of typical Malays who dream of being rich fast without working hard to gain profit, habits of daydreaming, youngsters getting involved with the hype of western ©culture and also getting involved with deviant teachings. Hence, this research will be conducted in hopes of solving all issues occurred through the application of social criticism in Mamat Khalid’s film. PENGHARGAAN Saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah Azzawa Jalla kerana dengan limpah kurnia, hidayat dan inayah-Nya, dapat saya menghasilkan tulisan ilmiah ini. Semoga Allah memberkati hasil usaha saya ini yang diharapkan agar dapat memberi manfaat kepada insan lain. Saya juga ingin menyampaikan rasa hormat dan merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Normaliza Abd Rahim yang sanggup menjadi penyelia serta banyak memberi bimbingan, kritikan membina, nasihat dan saranan dalam proses untuk saya menyempurnakan penyelidikan ini. Semoga Allah SWT jua yang akan membalas segala jasa dan kebaikannya. Titipan penghargaan yang tidak terhingga juga kepada ahli jawatankuasaUPM peperiksaan tesis iaitu, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Prof. Madya Dr. Che Ibrahim Hj. Salleh dan Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi yang telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar dalam penulisan tesis. Tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih kepada semua barisan pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia terutamanya Dr. Roslina Abu Bakar yang turut membantu dan memberi pandangan serta panduan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jutaan terima kasih juga kepada rakan seperjuangan yang sentiasa mencambahkan idea dan pandangan serta membakar semangat saya terus berjuang untuk menyelesaikan penyelidikan ini. Akhir sekali jutaan terima kasih juga kepada ahli keluarga terutama ibu bapa tersayang yang banyak memberi nasihat dan sentiasa mendoakan kejayaan ini. Tanpa dorongan daripada kalian semua, pasti kajian ini tidak akan terhasil. CO © Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Master Sastera. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut: Normaliza Abd Rahim, PhD Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pengerusi) Dr. Roslina Abu Bakar, PhD Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli) UPM ____________________________ BUJANG BIN KIM HUAT, PHD Profesor dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh: CO © Perakuan Pelajar Siswazah Saya memperakui bahawa: Tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli; Setiap petikan, kutipan dan ilustrasi telah dinyatakan sumbernya dengan jelas; Tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi lain; Hak milik intelek dan hak cipta tesis ini adalah hak milik mutlak Universiti Putra Malaysia, mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012; Kebenaran bertulis daripada penyelia dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) hendaklah diperoleh sebelum tesis ini diterbitkan (dalam bentuk bertulis, cetakan atau elektronik) termasuk buku, jurnal, modul, prosiding, tulisan popular, kertas seminar, manuskrip, poster,UPM laporan, nota kuliah, modul pembelajaran atau material lain seperti yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012; Tiada plagiat atau pemalsuan/fabrikasi data dalam tesis ini, dan integriti ilmiah telah dipatuhi mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) dan Kaedah-Kaedah Universiti