MOD.100/2/1/2 Jld 3 ( ) 04/03 KEPULANGAN TUN MAHATHIR KE LIMA GAMIT MEMORI INDAH, PERSEMBAHAN PUKAU PERHATIAN DUNIA YAB Tun Dr hari ini kembali ke pentas LIMA, anak emas yang diciptanya pada 1991 sewaktu menjadi Perdana Menteri ke-empat. Memori manis itu jelas dilihat hari ini sewaktu YAB Tun Dr Mahathir melangkah masuk ke tarmac dan membuat ucapan perasmian yang antara lain beliau melahirkan kebanggaan bahawa LIMA terus mendapat perhatian serantau dan antarabangsa walaupun sudah berusia 28 tahun. Beliau sempat mengunjungi beberapa booth pempamer dalam dan luar negara termasuk menyaksikan penyerahan pesawat tempur Sukhoi SU-30MKM M52-11 dari Aerospace Technology Systems Corp. Sdn Bhd (ATSC), melihat BAE Systems Hawk yang menyambut ulang tahun ke-25 perkhidmatan bersama Tentera Udara Diraja . Menariknya, YAB Tun Dr Mahathir juga sempat menguji dan melancarkan radio tentera VHF mudah alih generasi kedua TRC5200 milik Sapura hari ini dan ia penuh nostalgia memandangkan beliau turut melancarkan radio mudah alih generasi pertama, TRC5102 dua puluh dua tahun yang lalu pada LIMA 1997. Turut diadakan pada hari pertama ini adalah Chiefs of Navies’ Roundtable Talk: Commandeering Today’s Navy to Safeguard Tomorrow’s National Interest, platform forum eksklusif disertai Panglima-Panglima Tentera Laut di peringkat serantau bagi sesi perkongsian maklumat berkaitan isu maritim dan keupayaan tentera laut. Selain itu, turut berlangsung adalah International Conference on the Straits of di mana pelbagai isu berkaitan maritim dibincangkan seperti dari segi keselamatan dan kerjasama pengoperasian disentuh delegasi-delegasi terlibat. Dalam pada itu, sewaktu membuat pengumuman pada Aerospace And Shipbuilding & Ship Repair Industries Performance 2018, Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri YB Datuk pula positif bahawa industri aeroangkasa dapat menyumbang kira-kira RM16 bilion perolehan tahun ini. Kemeriahan tidak hanya di dalam Pusat Dagangan Antarabangsa Mahsuri malah ruang udara dewan ini juga turut digegarkan dengan deruman enjin pelbagai jenis pesawat yang membuat persembahan dan pertunjukan udara. Beberapa memorandum perjanjian persefahaman turut diadakan dan antara yang menarik adalah diantara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan Petronas yang antara lain memperkemaskan pengurusan kejadian kecemasan dan keselamatan di kawasan pelantar minyak. Pastinya, persembahan pesawat pengebom Tentera Udara Amerika Syarikat (B52 Bombers USAF) dan persembahan akrobatik pesawat-pesawat lain, telah memukau tetamu-tetamu istimewa sewaktu majlis jamuan tengahari yang dihoskan YAB Tun Dr Mahathir. Persembahan maritim juga turut mengambil tempat dan mencuri perhatian apabila dibuka pada sesi pagi dan petang di Resorts World Langkawi yang membariskan pelbagai aset maritim dalam dan luar negara. Selain persembahan tersebut, beberapa kunjungan hormat dari delegasi dalam dan luar negara, turut diterima Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir, Menteri Pertahanan YB Mohamad Sabu, Menteri Pengangkutan YB dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Darell Leiking dalam usaha merapatkan hubungan dan kerjasama diantara satu sama lain. Sementara itu, YB Mohamad Sabu dalam sidang akhbarnya menyifatkan, perjalanan hari pertama LIMA’19, baik di MIEC, demonstrasi udara dan RWL bagi segmen maritim berjalan dengan lancar dan teratur. Manakala YAB Tun Dr Mahathir pula dalam sidang akhbarnya menyifatkan pesawat tempur milik negara masih lagi berfungsi dengan baik dan mampu digunakan untuk beberapa tahun lagi kerana menurutnya, walaupun pesawat-pesawat tersebut telah lama dibeli oleh kerajaan namun prestasinya masih di tahap baik kerana ia telah dijaga dan diselenggara dengan rapi. - Tamat -

Kementerian Pertahanan Malaysia 27 Mac 2019