Sukj.(Dn).Bil: 311/02/2-1/14/2/2 Dewan Negeri Johor Soalan
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/2/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 12 SEPTEMBER 2019 YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN 10 (A83) Apakah rancangan kerajaan di dalam memastikan persatuan atau NGO belia negeri ini tidak dijadikan platform atau medan kepada parti kerajaan dahulu. JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI Yang Berhormat Speaker, Saya masih ingat bagaimana sewaktu kami menjadi pembangkang, kami yang bergiat dalam persatuan berdaftar, bukan sahaja tidak mendapat bantuan seperti dana dari kerajaan, malah untuk mendapat ruang atau tempat untuk melaksanakan program juga, tidak dibenarkan sedangkan, program-program yang dijalankan tidak ada kaitan dengan aktiviti kepartian. Namun, selepas kita menjadi sebuah kerajaan, perkara tersebut tidak kita lakukan, malah pada hari ini kita dapat lihat bagaimana wakil-wakil yang menggelar diri mereka sebagai kumpulan belia yang ‘non partisan’ tetapi mesra parti pembangkang begitu mudah menjalankan aktiviti di Univerisiti-universiti awam di Malaysia. Malah, keabsahan entiti-entiti kumppulan ini tidak di’gam’ atau disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak. Inilah prinsip ‘rule of law’ yang menjadi amalan kerajaan PH hari ini. Namun demikian, mereka tidak boleh sewenangnya melakukan perkara-perkara terlarang seperti provokasi dan membawa ucapan berupa hasutan dan kebencian kaum atau agama. Hadnya tetap ada dan had ini ditentukan dan dikuatkuasakan oleh agensi- agensi terlibat seperti Pendaftar Pertubuhan, Pendaftar Syarikat, Badan atau Jabatan berkaitan serta pihak-pihak berkuasa yang lain. Dalam konteks kawalan dan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang berkaitan perkara yang melibatkan Badan Bukan Kerajaan atau NGO ini, aktiviti mereka terletak dibawah satu-satu akta yang khusus seperti Akta Pertubuhan 1966, Akta 668, Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007. Dalam konteks aktiviti persatuan-persatuan ini, mereka pula mereka tertakluk dibawah peraturan pelbagai agensi seperti Pihak berkuasa Tempatan, Polis Diraja Malaysia dan pelbagai lagi. Justeru, kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menghadkan apa- apa pengaruh politik dalam aktiviti mahupun keanggotaan keahlian NGO-NGO ini. Kerajaan hanya boleh memantau hal-hal berkaitan persoalan ini, dan jika terdapat apa-apa kesalahan yang melanggar apa-apa peraturan dibawah akta tertentu, laporan akan dibuat kepada pihak berwajib. UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR SEPTEMBER 2019 (ina) 1 SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/2/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 12 SEPTEMBER 2019 Saya memahami persoalan yang hendak dibangkitkan oleh YB Penggaram, dan apa yang boleh kerajaan beri pandangan ialah apa jua kecurigaan berkait dengan perkara ini, ianya hendaklah sentiasa dipantau agar apa juga peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan atau agensi, termasuk pejabat ADUN, tidak disalahgunakan untuk aktiviti kepartian sebaliknya ia hendaklah digunakan atas tujuan dan objektif program tersebut seperti yang telah dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat. Kerajaan negeri menerusi budi bicara serta butiran-butiran program yang telah dinyatakan dan disemak, berhak menghentikan apa jua bantuan jika terdapat bukti peruntukan kerajaan ini disalahgunakan untuk tujuan kepartian oleh mana-mana pihak termasuk NGO yang menyamar sebagai penggerak belia. Namun, selagi ia bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditetapkan, maka kerajaan sentiasa terbuka untuk belia menjalankan aktiviti mereka dengan bebas dan aman. UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR SEPTEMBER 2019 (ina) 2 SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/2/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 12 SEPTEMBER 2019 YB KAPT. (B) HAJI NAJIB BIN LEP (BUKIT PASIR) SOALAN 11 (A33) Isu pelantikan ahli jawatankuasa masjid dan surau tidak melalui proses mesyuarat dan lantikan ahli kariah. Mohon penjelasan dari Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar berkenaan isu tersebut. JAWAPAN YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI Pelantikan jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau sesi 2020-2022 dilaksanakan melalui proses sebagaimana berikut : 1) Iklan permohonan jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau kepada ahli kariah; 2) Semua permohonan yang lengkap diserahkan kepada jawatankuasa masjid dan surau mukim yang diketuai oleh penghulu mukim; 3) Jawatankuasa masjid dan surau mukim menyerahkan maklumat- maklumat berkaitan permohonan jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau beserta laporan kepada jawatankuasa masjid dan surau daerah yang diketuai oleh pegawai daerah; 4) Jawatankuasa masjid dan surau daerah menilai maklumat- maklumat berkaitan permohonan jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau beserta laporan yang diterima; 5) Jawatankuasa masjid dan surau daerah mensyorkan senarai jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau beserta laporan kepada jawatankuasa masjid dan surau negeri yang diketuai oleh pengerusi jawatankuasa hal ehwal agama islam, pertanian dan pembangunan luar bandar; 6) Jawatankuasa masjid dan surau negeri melantik jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau negeri johor; 7) Jawatankuasa masjid dan surau negeri membawa senarai jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau negeri johor kepada mesyuarat majlis agama islam negeri johor untuk pengesahan; 8) Jawatankuasa masjid dan surau negeri membawa senarai jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau negeri johor kepada mesyuarat kerajaan negeri johor untuk makluman. UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR SEPTEMBER 2019 (ina) 3 SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/2/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 12 SEPTEMBER 2019 YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN 12 (A110) Apakah tindakan yang telah diambil untuk tapak-tapak pembuangan sampah haram setakat ini. JAWAPAN YB TUAN TAN CHEN CHOON Berdasarkan rekod terkini, terdapat 189 lokasi tumpuan aktiviti pembuangan sampah haram di seluruh negeri Johor. Selaku badan yang dipertanggungjawabkan, SWCorp Negeri Johor telah mengambil tindakan pencegahan menerusi Operasi Intip dan Cekup berdasarkan pemeriksaan dan penyiasatan di lapangan. Sebagai melengkapi tindakan pencegahan tersebut, pihak SWCorp Negeri Johor turut mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan halangan daripada gejala pembuangan sampah haram berkenaan daripada berterusan. Antara langkah tersebut adalah melalui tindakan penutupan laluan ke lokasi sampah haram seperti mengorek parit halangan, mewujudkan konkrit halangan, pemasangan pita larangan dan pemasangan papan tanda larangan. Usaha mengenal pasti pemilik tanah akan dilaksanakan terlebih dahulu dan akan dirujuk kepada pejabat tanah atau agensi berkaitan sekiranya terdapat kekangan maklumat. Pemilik tanah yang telah dikenal pasti akan disiasat di bawah Seksyen 75, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) iaitu kuasa mengarahkan supaya sisa pepejal terkawal dialihkan. Seksyen tersebut dikuatkuasakan dan mengarah pemilik tanah mengalihkan sisa pepejal terkawal yang dilonggokkan atau dilupuskan di tanah miliknya dengan izinnya. Sekiranya pemilik tanah gagal mematuhi arahan tersebut, mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Kerajaan Negeri Johor juga mengalu-alukan langkah proaktif yang diambil diperingkat kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Dewan Negeri masing-masing untuk menangani masalah tapak pembuangan sampah haram. Langkah sebegini telah diambil di peringkat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan membentuk Unit Bertindak Sementara (Temporary Task Force) Sampah Haram yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Skudai dan saya sendiri telah berkesempatan hadir mesyuarat pertamanya pada 27 Mei lalu. UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR SEPTEMBER 2019 (ina) 4 SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/2/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 12 SEPTEMBER 2019 YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 13 (A73) Minta nyatakan pendirian Kerajaan Negeri terhadap cadangan Kerajaan Persekutuan yang ingin mewujudkan perkhidmatan motosikal (gojek); serta pendekatan Kerajaan Negeri bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam seperti teksi dan bas terutamanya Bas Harapan Johor dalam kalangan penduduk di negeri Johor. JAWAPAN YB TUAN HAJI SOLIHAN BIN BADRI Kajian bagi mewujudkan perkhidmatan motosikal (gojek) memerlukan kajian yang menyeluruh dari segi faktor keselamatan dan alam sekitar supaya selaras dengan beberapa inisiatif kerajaan negeri. Antaranya ialah memperluaskan inisiatif rendah karbon dalam pelan tindakan yang diperkenalkan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) kepada lima Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam Kawasan Iskandar Malaysia. Pelan Tindakan Rendah Karbon ini akan diperluaskan ke seluruh PBT Negeri Johor. Selain itu, kita juga sedia maklum perkhidmatan teksi di Negeri Johor telah sedia ada dan mempunyai jumlah yang tinggi terutamanya di Daerah Johor Bahru. Justeru itu kemasukan perkhidmatan Gojek ini perlu mengambil kira kesan persaingan yang bakal wujud dengan perkhidmatan teksi dan perkhidmatan e-hailing yang lain. Namun keputusan bagi mewujudkan perkhidmatan Gojek ini adalah tertakluk kepada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) akan menambahkan lagi laluan–laluan Bas