BULETIN PERKHEMAHAN KMJ & IRFJ 2018 E DISI 2 AHAD | 18 NOVEMBER 2018 MAJLIS PERASMIAN DISERIKAN DENGAN PENGANUGE- RAHAN BINTANG DAN PINGAT DARUL TA’ZIM Y.A.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, Menteri Besar telah menerima Anu- gerah Bintang Darul Ta’zim yang disam- paikan oleh Tuan Haji Yaacob bin A.Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor sambil disaksikan oleh Tim- balan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Y.B. Gan Peck Cheng. Turut menerima anugerah ini ialah Ybhg. Mej. Jen. Prof Dato’ Dr Mohd Zin bin Bidin, Ket- ua Pesuruhjaya Pengakap Negara bersa- ma 10 lagi penerima lain. Selain itu, seramai 15 penerima telah menerima Anugerah Pingat Darul Ta’zim yang disampaikan sendiri oleh Y.A.B. Menteri Besar. Anugerah ini meru- pakan tanda penghargaan Persekutuan Pengakap Negeri Johor diberi kepada individu-individu yang ban- yak berjasa kepada pergerakan Pengakap di negeri ini khususnya dan di seluruh dunia secara amnya. Tahniah kepada penerima-penerima anugerah ini. Dalam ucaptama perasmian Y.A.B. Menteri Besar, beliau amat berbangga kepada pergerakan Pengakap negeri ini yang sangat aktif dengan penganjuran perkhemahan dan jambori berskala besar seperti hari ini. Beliau akan terus menyokong segala aktiviti yang dianjurkan oleh Pengakap Negeri Johor pa- da masa-masa akan datang dengan menjadikan Kem Jubli Intan Tanjung Labuh sebagai tempat pengajurannya. PERTANDINGAN KAWAD TONGKAT WARNA WARNI MAJLIS PERASMIAN

KIRI Tarian Semaphore dari Kump. 48 Kulai

BAWAH Para- motor dari Unit Pengakap Udara

ATAS Keindahan Pakaian Tradi- sional Indone- sia

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SERAMAI 7 pasukan telah menyertai Pertandingan Kawad Tongkat yang KEBUDAYAAN - 17/11/2018 dikhususkan untuk kategori sekolah menengah (Unit Pengakap Muda & Remaja). Pertandingan ini telah diadili oleh 10 orang pemimpin dari pel- JOHAN - bagai daerah. Untuk rekod, kawad tongkat ini merupakan salah satu Skim NAIB JOHAN - Pasir Gudang Latihan Pengakap Muda & Remaja. Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. KETIGA - Mersing

© Unit Media, Kem Memorabilia Johor & International Regional Fellowship Jamboree 2018