Hakcipta © Tesis Ini Adalah Milik Pengarang Dan/Atau Pemilik Hakcipta Lain
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Hakcipta © tesis ini adalah milik pengarang dan/atau pemilik hakcipta lain. Salinan boleh dimuat turun untuk kegunaan penyelidikan bukan komersil ataupun pembelajaran individu tanpa kebenaran terlebih dahulu ataupun caj. Tesis ini tidak boleh dihasilkan semula ataupun dipetik secara menyeluruh tanpa memperolehi kebenaran bertulis daripada pemilik hakcipta. Kandungannya tidak boleh diubah dalam format lain tanpa kebenaran rasmi pemilik hakcipta. PENGARUH KEPIMPINAN WASATIYYAH TERHADAP KETAHANAN DIRI DAN KETAHANAN NASIONAL DALAM KALANGAN PEMIMPIN PELAJAR UNIVERSITI AWAM MALAYSIA NASHARUDIN MAT ISA DOKTOR FALSAFAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2016 i Awang Had Salleh Graduate School of Arts And Sciences -... - ,* , -. ". ,- , ,. , . , . .-- Universiti Utara Malaysia PERAKUAN KERJA TESlS / DISERTASI (Certification of thesis / dissertation) Kami, yang bertandatangan, memperakukan bahawa (we, the undersigned, certfy thaf) NASHARUDIN MAT ISA - %b 135 I calon"untuk ljazah PhD (candidate for the degree 00 telah mengemukakan tesis Idisertasi yang bertajuk: (has presente'd hidher thesis / dissertafion of the following title): . .. .. , . "PENGARUH KEPlMPlNAN WASATWYAH TERHADAP KETAHANAN DlRl DAN KETAHANAN NASIONAL DALAM KALANGAN PEMlMPlN PELAJAR UNlVERSlTl AWAM MALAYSIA" seperti yang tercatat di muka surat tajuk dan kulit tesis Idisertasi. (as it appears on the title page and front cover of the thesis / dissertdion). t Bahawa tesisldisertasi tersebut boleh diterima dari segi bentuk serta kandungan dan 'meliputi bidang ilmu dengan memuaskan, sebagaimana yang ditunjukkan oleh calon dalam ujian lisan yang diadakan pada : 26 Mei 2016. That the said thesis/disssrfafion is acceptable in form and content and displsys a satisfactoly knowledge of the field of sfudy as demonstrated by the candidate through an oral examination held on: May 26,2016. Pengerusi Viva: Prof. Dr. Najib Ahmad Marzuki Tandatangan (Chairman for VIVA) , (Signature) Perneriksa Luar: Prof. Dr. Wan Kamal Mujani (External Examiner) (Signa Perneriksa Dalam: Dr. Muhamad Dzahir Kasa Tandatangan . (Infernal Examiner) (SQnature) Narna PenyelialPenyelia-penyelia: Assoc. Prof. Dr. Yahya Don Tandatangan (Name of Supervisor/Supervisors) (Signature) 4 1 Tarikh: (Date) May 26,2016 Kebenaran Mengguna Dalam menyerahkan tesis ini sebagai memenuhi syarat sepenuhnya untuk ijazah lanjutan Universiti Utara Malaysia, saya bersetuju supaya pihak perpustakaan Universiti Utara Malaysia boleh secara bebas membenarkan sesiapa sahaja untuk memeriksa. Saya juga bersetuju bahawa penyelia saya atau jika ketiadaannya, Dekan Sekolah Siswazah diberi kebenaran untuk membuat sesalinan tesis ini dalam sebarang bentuk, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya bagi tujuan kesarjanaan. Adalah dimaklumkan bahawa sebarang penyalinan atau penerbitan atau kegunaan tesis ini sama ada sepenuhnya atau sebahagian daripadanya bagi tujuan kewangan, tidak dibenarkan kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada saya. Juga dimaklumkan bahwa pengiktirafan harus diberi kepada saya dan Universiti Utara Malaysia dalam sebarang kegunaan kesarjanaan terhadap sebarang petikan daripada tesis saya. Sebarang permohonan untuk menyalin atau mengguna mana-mana bahan dalam tesis ini, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, hendaklah dialamatkan kepada: Dekan Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences Kolej Sastera dan Sains UUM Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman i Abstrak Penubuhan Global Movement of Moderates Foundation (GMMF) dan Institut Wasatiyyah Malaysia adalah antara inisiatif terbaru kerajaan untuk menggalakkan konsep kesederhanaan dan pergerakan yang seimbang dalam semua aspek kehidupan dengan menghayati nilai-nilai dan etika yang unggul berteraskan konsep wasatiyyah dalam segenap aspek kehidupan (Najib Razak, 2012). Namun, konsep wasatiyyah dimanipulasi, dipergunakan, dan disalahfahami oleh pelbagai pihak disebabkan oleh kejahilan seseorang atau persepsi masyarakat pada persekitaran yang terherot (Muhammad Zahir ismail, Ermy Azziaty Rozali, & Wan Kamal Mujani, 2015). Secara khususnya, kajian ini berfokus kepada penelitian samaada terdapat atau tidak pengaruh amalan kepimpinan wasatiyyah terhadap ketahanan diri dan ketahanan nasional pemimpin pelajar universiti awam Malaysia. Kajian ini juga meneliti pengaruh beberapa dimensi utama kepimpinan wasatiyyah terhadap ketahanan diri dan ketahanan nasional pemimpin pelajar. Selain itu, ketahanan diri juga diteliti sebagai variabel mediator kepada hubungan antara kepimpinan wasatiyyah dan ketahanan nasional. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah tinjauan keratan rentas. Instrumen yang digunapakai ialah Kepimpinan Wasatiyyah yang dibentuk berdasarkan kepada perbincangan sarjana-sarjana Islam bersumberkan 30 Manhaj Wasatiyyah dalam kehidupan oleh Yusuf Al-Qaradawi pada tahun 2010, soal selidik Personal Resilience Questionnaire (PRQ), ODR yang dibentuk oleh Conner pada tahun 1993, dan soal selidik ketahanan nasional yang dibentuk oleh Hamidah Ab Rahman et al. pada tahun 2011 dan Fadhilah Ideris pada tahun 2012. Sejumlah 305 orang pemimpin pelajar universiti awam di Semenanjung Malaysia telah terlibat dalam kajian ini. Data kuantitatif dianalisis melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS). Ujian pelbagai varians (multivariate test) termasuk analisis statistik faktor konfirmatori, korelasi pearson dan regresi hierarki juga diaplikasi dalam kajian ini Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan wasatiyyah dengan ketahanan diri dan ketahanan nasional pemimpin pelajar universiti awam Malaysia. Malah dapatan ini juga menunjukkan wujudnya hubungan yang positif dan signifikan di antara ketahanan diri dan ketahanan nasional. Di samping itu, dapatan juga membuktikan ketahanan diri bertindak sebagai mediator penuh dan mediator separa terhadap hbungan antara kepimpinan wasatiyyah dan ketahanan nasional pemimpin pelajar. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan tahap kepimpinan wasatiyyah mempengaruhi ketahanan diri dan ketahanan nasional pemimpin pelajar universiti awam Malaysia. Tambahan lagi, ketahanan diri juga dilihat sebagai mediator penting untuk meningkatkan ilmu pengurusan kepimpinan sebagai asas pembentukan ketahanan nasional anak bangsa. Kata kunci: Kepimpinan wasatiyyah, Ketahanan diri, Ketahanan nasional ii Abstract The formation of the Global Movement of Moderates Foundation (GMMF) and the Wasatiyyah Institute of Malaysia serves as among the latest novel initiatives of the Malaysian Government in promoting the concept of moderation as well as a balance approach towards all aspects of life, by way of appreciating core and principal values and ethics that are based upon the philosophy of wasatiyyah in all aspects of life (Najib Razak, 2012). Be that as it may, the wasatiyyah concept has been manipulated, misused and misunderstood by various parties, in part due to one’s ignorance or by public misconceptions within their distorted environments (Muhammad Zahir Ismail, Ermy Azziaty Rozali, & Wan Kamal Mujani, 2015). Specifically, this research study focuses on the observations of whether there exists an influence of wasatiyyah leadership to the student leaders of Malaysian public universities – in terms of their self and national resiliency. This study also looks into several dimensions of wasatiyyah leadership towards self and national resilience of the student leaders, in addition to self-resilience being observed as a mediating variable to relationships between wasatiyyah leadership and student leaders’ national resiliency. The approaches used are sectional studies and the instruments in question were Wasatiyyah leadership, developed from various scholars based upon Sheikh Yusuf al-Qaradhawi’s 30 Wasatiyyah Principles in 2010, Personal Resilience Questionnaire (PRQ) surveys, ODRs formed by Conner in 1993 and surveys on national resilience developed by Hamidah Ab Rahman et al. in 2011 as well as Fadhilah Ideris in 2012. A total of 305 student leaders from various Malaysian public universities in the peninsular region were involved in this study. The quantitative data was analysed via the Statistical Package for Social Science (SPSS) program. Multivariate tests, including confirmatory statistic factors analysis, Pearson correlation and hierarchical regression were applied in the research. The findings indicate that there is a significant relationship between wasatiyyah leadership to students’ and national resiliency, in terms of the student leaders in Malaysian public universities. Furthermore, the findings indicate that self- resilience to being a full-mediator and half-mediator to relationships between wasatiyyah leadership and student leaders’ national or patriotic resiliency. Conclusively, the study shows that the level of wasatiyyah leadership influences self and national resiliency of student leaders in Malaysian public universities. Additionally, self-resilience is also seen as a key mediator in improving leadership and management skills as a formative developing tool of a nation’s youth patriotic or national resilience. Keywords: Wasatiyyah leadership, Self-resilience, National resilience iii Penghargaan Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga Baginda. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan kekuatan, inayah serta kerahmatanNya sehingga berjaya mencapai cita-cita untuk memperolehi ijazah tertinggi akademik. Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia