Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 44 Rabu 9 November 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2017 Jawatankuasa: Jadual: Maksud B.10, B.11 dan B.12 (Halaman 30) Maksud B.27 (Halaman 111) Maksud B.20 (Halaman 188) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) Usul Anggaran Pembangunan 2017 Jawatankuasa: Maksud P.10 dan P.70 (Halaman 30) Maksud P.27 (Halaman 111) Maksud P.20 (Halaman 188) DR. 9.11.2016 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Rabu, 9 November 2016 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said ) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [Jasin] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan usaha untuk melonjakkan gaji pekerja kerana dilaporkan gaji median pekerja adalah stagnant dan menurun jika mengambil kira kenaikan kadar inflasi. Menteri Sumber Manusia [Dato' Sri Richard Riot anak Jaem]: Selamat pagi, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penengah gaji atau median wage dan upah bulanan yang diterima pada tahun 2015 meningkat dengan kadar 6.5 peratus setahun kepada RM1,600 berbanding RM1,500 pada tahun 2014. Manakala purata gaji dan upah bulanan pula meningkat kepada RM2,312 berbanding RM2,193 pada tahun sebelumnya dengan kadar 5.3 peratus. Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya tidak timbul isu gaji median pekerja adalah stagnant. Tidak timbul isu gaji median pekerja adalah stagnant dan menurun seperti yang dibangkitkan. Namun bagi memastikan dasar gaji minimum sentiasa selaras dengan kedudukan ekonomi negara Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan membuat kajian semula perintah gaji minimum setiap dua tahun sekali seperti diperuntukkan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara iaitu Akta 732. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya struktur ekonomi kita telah dipacu oleh dengan izin low income labor intensive industries. Asasnya walaupun gaji median kita RM1,600 seperti yang disebut oleh Menteri tadi tetapi pada tahun 2015, sebanyak 88 peratus daripada pekerjaan yang telah disediakan adalah sebenarnya DR. 9.11.2016 2 pekerjaan asas di mana gaji mediannya sekitar RM1,000 sahaja. Sementara kalau kita lihat pekerja-pekerja ini kadar pertumbuhan dia pula turut menurun daripada 5.2 peratus kepada 2.6 peratus sahaja walaupun kerajaan kita begitu komited sekali dalam RMKe- 11, dalam MBE, dalam ETP untuk mewujudkan pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Dalam masa yang sama, pertumbuhan produktiviti pekerjaan itu juga menurun daripada 2.8 peratus kepada 1.2 peratus sahaja. Sementara sumbangan pendapatan pekerja kepada GDP kita hanyalah 34.8 peratus sahaja berbanding dengan 42 peratus kepada negara maju ke atas. Ada negara China sampai 50 peratus. Jadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua apakah sebenarnya tindakan secara holistik oleh kerajaan bagi merungkai masalah-masalah yang sedang kita hadapi terutamanya apabila kita mahu mencapai pada ketika ini GNI per kapita income kita sebenarnya kita hanya mencapai sebanyak RM36,000 sahaja ataupun USD8,400 ataupun 67 peratus sahaja daripada sasaran sepatutnya kita mesti capai untuk sebuah negara maju sebanyak USD12,475. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Sri Richard Riot anak Jaem: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Jasin. Angka yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Jasin bagi kita tidak begitu tepat. Saya menyatakan demikian kerana mengikut indicators ekonomi berhubung gaji minimum beliau telah menyebutkan penurunan dari segi produktiviti rate. Akan tetapi mengikut indicators ekonomi yang ada pada kita mengenai gaji minimum saya sebut di sini pada tahun 2013 tahap produktiviti Malaysia atau productivity rate adalah 70,523 lepas itu dia naik pada tahun 2014 kepada 73,091 dan pada tahun 2015 dia telah meningkat kepada 75,538. ■1010 Ini bererti Tuan Yang di-Pertua ini menunjukkan peningkatan tahap produktiviti sebanyak 3.3 peratus Tuan Yang di-Pertua. Selepas itu saya telah tangkap daripada soalan-soalan yang telah diajukan tentang inflation rate. Inflation rate atau kadar inflasi Indeks Harga Pengguna Malaysia iaitu ia sebenarnya telah menurun. Kalau pada tahun 2016, kadar inflasi atau inflation rate adalah 1.6 peratus, ia telah menurun kepada 2.1 peratus. Ia menurun lagi pada tahun 2014 kepada 3.2 peratus. Dalam tahun 2015 ia telah menurun sebanyak 2.1, peratus Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Lama tak nampak Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim [Bandar Tun Razak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Selepas ini Yang Berhormat Kepong boleh. DR. 9.11.2016 3 Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim [Bandar Tun Razak]: Saya melihat angka tunjuk produktiviti yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri tidak nampak menjelaskan hubung kait antara kenaikan gaji dan produktiviti. Pengalaman saya, Malaysia mempunyai tahap produktiviti yang rendah oleh sebab terdapat kurang peningkatan kemahiran. Jadi pengukuran produktiviti pekerja itu jika diasaskan kemahiran, barulah kita dapat mengukur angka tunjuk-angka tunjuk yang diberikan oleh Menteri. [Tepuk] Boleh tak Yang Berhormat Menteri terangkan apakah langkah-langkah yang sekarang dibuat oleh kerajaan demi meningkatkan peningkatan produktiviti kerja? Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem: Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya telah jawab sebentar tadi, productivity rate di negara kita sebenarnya telah meningkat dengan peratusan 3.3 peratus dari tahun 2013 sehingga tahun 2015. Bagi pihak MPGN atau Majlis Perundingan Gaji Negara, kita sedang berusaha untuk memastikan bahawa gaji medium atau median wage dan median wage adalah gaji yang mampu dibayar oleh majikan kepada pekerja. Kita telah mengambil iktibar, kita telah mengambil tindakan agar median wage iaitu gaji yang mampu dibayar oleh majikan hendaklah dibayar kepada para pekerja. Dengan demikian sebenarnya Tuan Yang di-Pertua itulah sebabnya kementerian kita mengenai inisiatif kita sendiri, kita telah menerbitkan sebuah buku iaitu buku ‘Panduan Gaji Permulaan’ yang merangkumi 160 pekerjaan terpilih berasaskan kemahiran. [Sambil menunjukkan sebuah buku] Buku ini walaupun ia terkandung dalam sebuah buku tetapi ia ada dalam bahasa Malaysia dan sebelah belakangnya adalah dalam bahasa Inggeris. Buku kajian ini kita akan buat setiap dua kali iaitu selaras dengan kita mengkaji semula gaji minimum. Kita harus review atau yang kita harus membuat kajian setiap dua tahun. Sekian terima kasih. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, adakah kononnya lonjakan gaji dan buku panduan juga untuk tujuh juta orang atau 10 juta orang pekerja asing dengan dan tanpa izin yang menghantar berbilion ringgit balik ke negara asal? Adakah sistem yang berlainan untuk pekerja asing? Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kepong telah menyebutkan perkataan 7 bilion. Saya tidak tahu dari mana beliau mengambil angka tujuh bilion itu. Untuk pengetahuan dan saya menegaskan di Dewan yang mulia ini di negara kita, kita hanya mempunyai documented foreign workers 1.9 juta orang sahaja. Maka angka tujuh juta orang itu tidak akan wujud sama sekali. Dari mana dia ambil angka itu saya tidak tahu. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, DR. 9.11.2016 4 kerajaan telah menetapkan bahawa maksimum pekerja asing yang boleh digaji di Malaysia adalah tidak melebihi 15 peratus daripada keseluruhan para pekerja di seluruh negara. So, saya tidak berhajat untuk menjawab kerana dia telah menyebutkan perkataan 7 juta. Padahal pekerja di seluruh Malaysia hanya 14 juta orang. Where do you get a 7 million or 10 million? Minta maaf. Sekian terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Menteri bukan marah tetapi itu cara Yang Berhormat Menteri. Ada cara tersendiri Menteri Sumber Manusia. 2. Tuan Su Keong Siong [Ipoh Timor] minta Perdana Menteri menyatakan status terkini mengenai ratifikasi ratification Rome Statute (International Criminal Court Statute) dan Arms Trade Treaty yang telah lama tertunda. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat tengah melihat saya walaupun soalannya dari Yang Berhormat Ipoh Timur tetapi Yang Berhormat Ipoh Barat tengok saya. Semalam dia sudah tanya soalan ini kepada Yang Berhormat Muar. Soalan sama dan ini banyak kali dia sudah tanya. Jawapan sudah pun dibekalkan. Akan tetapi walau bagaimanapun saya menghormati Yang Berhormat Ipoh Timur. [Dewan riuh] Saya jawablah. Sabar Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya duduk dekat sana Taman Merdeka. Yang Berhormat, kita ceriakan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Bukan, pagi-pagi ini mahu gurau senda. Mahu ceria-ceria. Ya sila, sila. Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy: Kenapa serius sangat? Nanti cepat tua Yang Berhormat. Kita teruskan. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Pertanyaan yang sama telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat kawan saya dalam perbahasan peringkat