RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMASA | 1

ANTARABANGSA & KESELAMATAN

 GERAKAN ANTI-RASIS ‘BLACK LIVES MATTER’ CETUS FENOMENA GLOBAL  NEGARA-NEGARA AFRIKA DESAK SIDANG KHAS UNHRC ISU RASIS  GREECE BANGKIT PERSOALAN PERSEMPADANAN LAUT MEDITERRANEAN  RUSIA, TURKI TANGGUH DIALOG PENYELESAIAN ISU LIBYA, SYRIA  ISRAEL NAMAKAN “TRUMP HEIGHTS” DI PENEMPATAN HARAM BUKIT GOLAN

PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA

 PERANAN IBU BAPA, GURU BANTU PULIHKAN MINAT PELAJAR KEMBALI KE SEKOLAH  PROGRAM UBI BAKAL BANTU RAKYAT TIADA PENDAPATAN  KWSP RANGKA PELAN PEMULIHAN STRATEGIK, IMBANG KETIDAKTENTUAN PASARAN GLOBAL  JACINDA ARDERN, HERO BURUH CEMERLANG KEKANG COVID-19  ADAPTASI ELEMEN PONDOK DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

EKONOMI & KEWANGAN

 COVID-19: 60% BELIA HILANG PEKERJAAN  EKONOMI DIGITAL MAMPU MENYUMBANG SEHINGGA RM 170 BILLION PADA KDNK NEGARA  MASIH ADA RUANG & KEMAMPUAN KEWANGAN  COVID-19: SITUASI EKONOMI DI SELURUH DUNIA  SISTEM EKONOMI DUNIA SEDIA ADA BAKAL MUSNAH?

POLITIK, INTEGRITI & TADBIR URUS

 KHABAR ANGIN PARTI WARISAN KELUAR PH SEMAKIN KUAT  DAROYAH ALWI KELUAR PKR, EZAM MOHD NOOR PULA SERTAI PKR  TUN M BERTERUSAN MENYERANG YAB PERDANA MENTERI  EMIR RESEARCH JANGKA JADI PILIHAN JIKA PRU15 DALAM MASA TERDEKAT  HUKUMAN LEBIH KERAS UNTUK KESALAHAN PEMANDU MABUK SEDANG DIPERINCIKAN

KESEJAHTERAAN SOSIAL

 RUU COVID-19 DISYORKAN MAMPU MELINDUNGI WANITA  KES PEMANDU MABUK MENINGKAT SEHINGGA 177 KES  SERAMAI 416 BARISAN HADAPAN POSITIF COVID-19  JAWI BENARKAN KURSUS PRAPERKAHWINAN DALAM TALIAN  PANDEMIK COVID-19: MANFAAT SUSU IBU LEBIH BESAR DARIPADA RISIKO JANGKITAN

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) 12 Jun – 14 J u n 2 0 2 0 | 2

ANTARABANGSA & KESELAMATAN

GERAKAN ANTI-RASIS ‘BLACK LIVES MATTER’ CETUS FENOMENA GLOBAL Ketika krisis subprima melanda US pada tahun 2007 sebagai negara too big to fail, Eropah merupakan rantau pertama yang terkena tempias kelembapan ekonomi global menjadikan rantau berkenaan too big to bail. Kini, gerakan ‘Black Lives Matter’ didorong oleh kebangkitan anti rasis dengan kematian George Floyd di Minneapolis, US, telah turut mendorong tempias di belahan rantau Eropah dan terus menjadikan ia suatu fenomena global.

Bandar London tidak terlepas menjadi sasaran pengaruh kebangkitan anti rasis. Disebalik larangan serta sekatan supaya rakyat kekal berada di rumah dalam usaha mengekang wabak Covid-19, penunjuk perasaan anti rasis dan kumpulan berhaluan kanan (far-right protesters) telah memenuhi jalan raya. Keadaan tersebut telah menyebabkan pertembungan kedua-dua kumpulan dan mencetuskan ketegangan. Dalam satu ciapan, Perdana Menteri UK, Boris Johnson menegaskan bahawa; "Racist thuggery has no place on our streets. Anyone attacking our police will be met with the full force of the law."

Selain penunjuk perasaan anti rasis yang memenuhi jalan raya di Bandar London, patung-patung statue turut menjadi sasaran kebangkitan sentimen anti-rasis. Statue pemerdagangan hamba (slave trader), Edward Colston dihancurkan dan dihumban ke pelabuhan Bristol minggu lalu. Statute Winston Churchill turut menjadi mangsa dan ditulis dengan perkataan “was a racist”. (Al-Jazeera, 14 Jun 2020).

Pada Sabtu lalu, para penunjuk perasaan telah berkumpul di Place de la Republique, Perancis. Perhimpunan yang pada awalnya berlangsung aman tanpa sebarang kekacauan tiba-tiba bertukar menjadi ganas sehingga memaksa polis bertindak bagi menyuraikan keadaan. Mereka turut bangkit dengan sentimen anti rasis yang sama sambil melaungkan, “No justice, no peace”. (Al-Jazeera, 14 Jun 2020)

www.aljazeera.com/news/2020/06/police-clash-anti-racism-protesters-paris- 200613163747794.html

www.aljazeera.com/news/2020/06/anti-racism-protesters-rally-london- 200613143030317.html

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMAS | 3

NEGARA-NEGARA AFRIKA DESAK SIDANG KHAS UNHRC ISU RASIS 54 negara-negara Afrika mendesak Majlis Hak Asasi Manusia PBB supaya mengadakan suatu sidang tergempar bagi membincangkan isu perkauman yang semakin ketara ketika ini. Sidang tergempar UNHRC merupakan platform terbaik bagi mengutarakan masalah pelanggaran hak asasi manusia yang menjurus kepada isu perkauman terhadap golongan berkulit hitam serta keganasan pihak polis yang semakin merebak khususnya di US dan kebanyakan negara-negara Eropah. Lebih membimbangkan mereka adalah reaksi balas pihak polis di sesetengah tempat penunjuk perasaan yang memberi gambaran yang lebih buruk terhadap mesej anti perkauman. Jelas desakan ini tiba tepat pada masanya, namun ia menjadi persoalan mengenai sejauhmana UNHRC akan mengambil perhatian tentang perkara berkenaan. (Al-Jazeera, 13 Jun 2020) www.aljazeera.com/news/2020/06/african-nations-call-racism-debate-human-rights-council- 200613072406698.html

GREECE BANGKIT PERSOALAN PERSEMPADANAN LAUT MEDITERRANEAN Greece menjelaskan bahawa perjanjian persefahaman mengenai hak penggalian kepada Turkish Republic of Northern Cyprus (TRNC) di Laut Timur Mediterranean di antara Turki dan Libya pada November yang lalu sebagai tidak sah (invalid). Perjanjian persefahaman disebalik sokongan Ankara terhadap pihak GNA di Libya ketika ini mengundang reaksi balas daripada Greece khususnya berkaitan usaha penggalian sumber di Laut Timur Mediterranean. Athens menyatakan kesediaan mereka berdialog dengan Ankara berhubung perkara berkenaan sambil menegaskan bahawa jika ia tidak mencapai kata sepakat, maka perkara tersebut akan dirujuk ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Perdana Menteri Greek, Kyriakos Mitsotakis turut memberi amaran jika Ankara masih berdegil, mereka bakal berdepan dengan akibat yang serius daripada Eropah sendiri. Turki sebagai negara penjamin (guarantor) bagi TRNC telah mengalami pertembungan sejak sekian lama dengan pentadbiran Greek Cypriot mengenai isu penggalian sepihak yang dilakukan Greece di Laut Timur Mediterranean berkenaan. (TRT, 12 Jun 2020) www.trtworld.com/europe/greece-ready-to-discuss-maritime-borders-with-turkey-37212

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) 12 Jun – 14 J u n 2 0 2 0 | 4

RUSIA, TURKI TANGGUH DIALOG PENYELESAIAN ISU LIBYA, SYRIA Rusia dan Turki masing-masing merupakan dua kuasa luar yang terlibat dalam pertembungan di Libya dan Syria. Rusia, bersama UAE dan Mesir memberi sokongan kepada pihak Libyan National Army (LNA) yang dipimpin komander Khalifa Haftar, manakala Turki menyokong Government of National Accord (GNA), kerajaan semasa yang turut mendapat pengiktirafan antarabangsa. Di Syria pula, Rusia memberi bantuan sokongan kepada Presidennya, Bashar Al-Assad, manakala Turki menyebelahi pihak pembangkang di sana.

Penangguhan dialog di antara dua Menteri Luar, Mevlut Cavusoglu (Turki) dan Servey Lavrov (Rusia) itu walau bagaimanapun masih tidak merencatkan usaha damai di Libya dan Syria ketika ini. Malah, kementerian luar Turki menegaskan bahawa kedua-dua negara masih berhubung dan sesi dialog akan diteruskan pada masa akan datang yang tidak ditentukan tarikh secara tepat. (Al-Jazeera, 14 Jun 2020) www.aljazeera.com/news/2020/06/russia-turkey-put-talks-expected-discuss-libya-syria- 200614112829519.html

ISRAEL NAMAKAN “TRUMP HEIGHTS” DI PENEMPATAN HARAM BUKIT GOLAN Menteri Tzipi Hotovely menjelaskan bahawa Kementeriannya sedang melakukan persiapan untuk menamakan penempatan haram di Bukit Golan kepada “Trump Heights” sempena nama Presiden US yang banyak bersekongkol dengan Israel ketika ini. Bukit Golan telah ditawan Israel dalam Perang Arab Israel 1967 kemudian digazetkan menjadi sebahagian daripada penempatan haram oleh Israel pada tahun 1981. Tindakan tersebut telah melanggar undang-undang antarabangsa, malangnya sehingga hari ini ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap apa yang telah dilakukan oleh Israel itu.

Bulan lepas, Netanyahu dilihat agesif untuk meneruskan pelan pengilhakan (annexation) ke atas Tebing Barat berdasarkan “Pelan Damai” Vision for Peace yang dikemukakan US pada Januari yang lalu. Tindakan tersebut mendapat bantahan daripada komuniti antarabangsa dan ramai pihak menjangkakan ia akan mengeruhkan usaha damai yang sedang dibina di sana. (Al-Jazeera, 14 Jun 2020) www.aljazeera.com/news/2020/06/israel-greenlights-illegal-trump-settlement-golan- heights-200614190227820.html

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMAS | 5

PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA PERANAN IBU BAPA, GURU BANTU PULIHKAN MINAT PELAJAR KEMBALI KE SEKOLAH Pengumuman pembukaan semula sekolah oleh Menteri Pendidikan pada 24 Jun ini bagi pelajar tingkatan lima dan enam memberi kelegaan kepada banyak pihak terutamanya guru-guru yang komited untuk memastikan pelajar-pelajar terus belajar walaupun dalam tempoh kawalan pergerakan. Walaupun timbul isu mengenai kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) di sekolah dalam kalangan pelajar, namun cabaran yang lebih utama sebenarnya adalah bagaimana untuk memupuk minat pelajar meneruskan kembali sesi persekolahan di sekolah dalam fasa normal baharu seperti biasa. Dalam situasi ini, kerjasama dan komunikasi antara guru dan ibu bapa amat penting kerana kehendak setiap anak berbeza.

Menyentuh mengenai SOP yang dikeluarkan oleh Kerajaan baru-baru ini, guru yang juga finalis Top 50 Global Teacher Prize 2015, Yasmin Noorul Amin menyifatkan ianya adalah menyeluruh dan komprehensif. Tetapi, sejauh mana tahap keberkesanannya hanya akan diketahui selepas pembukaan sekolah nanti. Selain itu, beliau turut melahirkan kebimbangan mengenai penjarakan sosial pelajar di sekolah dan tentang bagaimana pelajar-pelajar yang jatuh sakit bakal diuruskan oleh pihak sekolah. Umum mengetahui juga, kebanyakan guru sekolah menengah rata- rata berusia 35 tahun ke atas dan mereka merupakan golongan berisiko. Tambahan pula, telah tular kenyataan daripada Kementerian Kesihatan baru-baru ini bahawa trend terbaharu pesakit COVID-19 yang dijangkiti adalah tidak bergejala. (Astro Awani, 14 Jun 2020)

www.astroawani.com/berita-malaysia/kerjasama-ibu-bapa-guru-kembalikan-minat-pelajar- ke-sekolah-247026

PROGRAM UBI BAKAL BANTU RAKYAT TIADA PENDAPATAN Situasi semasa dalam mendepani cabaran COVID-19 memperlihatkan kesediaan Kerajaan membantu rakyat terutama dalam aspek kewangan melalui pelbagai cara seperti pakej ransangan ekonomi prihatin rakyat, pakej prihatin tambahan untuk peniaga dan sebagainya. Persoalannya, adakah kesemua bantuan dan pakej kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan ini memberi manfaat kepada rakyat di semua peringkat? Sebagai respons kepada situasi ini, Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Micheal Jeyakumar mencadangkan Kerajaan menjalankan program Pendapatan Asas Sejagat (UBI) sebagai penambahbaikan kepada pakej- pakej ransangan sedia ada. Fokus cadangan PSM di bawah rancangan UBI ialah Kerajaan memberikan elaun sara hidup kepada mana-mana keluarga yang tidak

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) 12 Jun – 14 J u n 2 0 2 0 | 6 mempunyai sumber pendapatan atau berpendapatan kurang daripada RM1000 sepanjang tempoh COVID-19 ini. PSM mencadangkan RM1000, iaitu suatu nilai yang tidak terlalu jauh daripada kadar gaji minimum rakyat Malaysia dan tidak terlalu besar yang boleh menyebabkan rakyat malas berusaha dan selesa dengan bantuan Kerajaan.

PSM berpendapat program ini wajar dilaksanakan dengan kadar segera memandangkan terdapatnya keperluan mendesak untuk program-program seperti itu. Dasar sedia ada Kerajaan yang menekankan ekonomi digital dilihat bakal menguntungkan banyak syarikat kecil dan peniaga. Namun, sebenarnya nun jauh di pedalaman, kampung-kampung dan kota kecil masih kedapatan rakyat yang tiada sumber makanan untuk dihidang di atas meja. Justeru, semua ini akan dilindungi di bawah UBI yang bakal diubahsuai mengikut keperluan semasa untuk memastikan tiada lagi keluarga tanpa makanan. (, 14 Jun 2020) www.malaysiakini.com/news/530137

KWSP RANGKA PELAN PEMULIHAN STRATEGIK, IMBANG KETIDAKTENTUAN PASARAN GLOBAL Ekoran persekitaran global yang lemah dengan kejatuhan harga minyak dunia di paras terendah dan ketidaktentuan pasaran di samping keadaan geopolitik yang tidak menentu pada tahun 2019 memberi impak langsung kepada situasi pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Situasi ini diburukkan lagi dengan penularan pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada penurunan aset pelaburan Badan Berkanun tersebut. Untuk suku tahun pertama yang berakhir 31 Mac 2020, KWSP hanya mencatatkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM12.16 bilion, yang disumbang oleh sektor hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang, masing-masing berjumlah RM0.43 bilion dan RM0.54 bilion. Manakala instrumen pendapatan tetap menyumbang RM4.87 bilion. Pendapatan pelaburan bersih pula dicatatkan sebanyak RM7.50 bilion setelah mengambil kira penghapusan ke atas nilai ekuiti tersenarai yang merupakan amalan berhemah KWSP dalam memastikan portfolio pelaburan jangka panjang kekal sihat.

Dalam mengimbangi kesan penurunan pendapatan pelaburan ini, KWSP telah merangka pelbagai pelan pemulihan strategik. Antaranya mengambil manfaat berterusan dalam pasaran luar negara yang merangkumi 28.8% keseluruhan jumlah aset KWSP. Selain itu, KWSP memperuntukkan dana Alokasi Aset Strategik (SAA) untuk meningkatkan pulangan daripada aset pendapatan tetap KWSP dan mengurangkan impak penurunan harga ekuiti semasa. SAA KWSP memperuntukkan 54 peratus kepada instrumen Pendapatan Tetap, 36 peratus kepada Ekuiti, enam peratus kepada Hartanah dan Infrastruktur serta empat peratus

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMAS | 7

kepada Instrumen Pasaran Wang. Hal ini bagi memastikan KWSP sentiasa bersedia menghadapi pergerakan pasaran yang tidak menentu. Terbaharu, KWSP melalui program i-Lestari telah membantu jutaan rakyat Malaysia dalam menghadapi kekangan aliran tunai sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Di sebalik ketidaktentuan pasaran dan keadaan ekonomi yang merudum, KWSP tetap yakin keadaan bakal pulih dan kembali stabil seperti sediakala. (Sinar Harian, 13 Jun 2020) www.sinarharian.com.my/article/87676/BERITA/Nasional/KWSP-catat-pendapatan- pelaburan-RM1216-bilion-bagi-suku-pertama

JACINDA ARDERN, HERO BURUH CEMERLANG KEKANG COVID-19 Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mewakili Parti Buruh yang telah memenangi pilihan raya negara tersebut pada tahun 2017, hari ini dilihat sebagai seorang figura wanita yang berjaya menggalas beban tanggungjawab tersebut dengan cemerlang dalam usia yang relatif muda, terutama dalam kebijaksanaan beliau menangani penularan pandemik COVID-19. Ardern diangkat sebagai Perdana Menteri di negara berjumlah lima juta penduduk itu pada usia 37 tahun, menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri termuda dalam sejarah New Zealand dalam tempoh 150 tahun. Baru-baru ini, tanggal 8 Jun yang lepas, New Zealand telah mengumumkan bahawa negara tersebut telah bebas COVID-19 di mana jumlah kes keseluruhan di negara kepulauan itu hanya sejumlah 1,154 kes dengan jumlah kematian sebanyak 22 kes sahaja, dibandingkan dengan negara- negara Eropah lain yang menunjukkan jumlah kumulatif kes jangkitan dan kes kematian yang lebih tinggi secara relatifnya. Dalam tempoh pemerintahan beliau, Ardern bijak menyusun individu-individu penting mengikut kepakaran masing-masing dalam memastikan kelangsungan pentadbiran yang cemerlang di samping mampu memberikan khidmat terbaik untuk rakyat.

Berikutan polisi yang dilaksanakan Ardern yang mementingkan kebajikan pekerja, polisi-polisi yang dijalankan beliau amat pro-pekerja. Sebagai contoh, dalam fasa lockdown disebabkan COVID-19 baru-baru ini , rakyat New Zealand telah diberi persen gaji penuh oleh Kerajaan dengan peruntukan sebanyak $14 bilion. Kerajaan juga merancang untuk membuat pinjaman tambahan $50 bilion dalam masa dua tahun akan datang menyebabkan hutang negara meningkat kepada 53.6% daripada KDNK negara pada tahun 2023. Polisi ini bagaimanapun bertujuan menyokong subsidi gaji, kebajikan korporat dan kebajikan rakyat sehingga vaksin COVID-19 ditemui. Pada waktu ini, fokus Kerajaan pimpinan Ardern tertumpu untuk menyelesaikan isu-isu domestik yang berlaku di negara kepulauan tersebut sebelum

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) 12 Jun – 14 J u n 2 0 2 0 | 8 wabak COVID-19 lagi termasuk kemiskinan kanak-kanak, ketidakadilan sistem keadilan jenayah terhadap orang-orang Maori dan Pulau Pasifik, gelandangan yang semakin meningkat dan kadar bunuh diri yang tinggi dalam kalangan remaja. Tidak seperti koronavirus, Ardern terpaksa berdepan dengan isu-isu ini yang tidak pernah akan ada vaksinnya. (TIME, 12 Jun 2020) time.com/5852567/new-zealand-coronavirus-jacinda-ardern-election/

ADAPTASI ELEMEN PONDOK DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Mengadaptasikan elemen pengajian pondok dalam sistem pendidikan negara merupakan suatu cadangan menarik yang dikemukakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu iaitu Dr Luqman Abdullah. Beliau yang merupakan ilmuan kelahiran pondok tradisional tulen telah membuktikan produk institusi itu mampu berjaya dan menguasai kedua-dua bidang akademik dan agama dengan cemerlang. Antara faktor utama kekuatan pengajian pondok adalah melalui penerapan nilai adab yang tinggi yang ditekankan dalam pengajian. Di samping itu, pendekatan kerohanian yang sangat tinggi dijelmakan dalam solat yang dilaksanakan secara berjemaah, bacaan wirid selepas solat, sikap menghormati orang tua dan warga pondok hidup secara bersama-sama untuk membangunkan institusi tersebut. Sebenarnya, nilai-nilai ini sangat penting dalam norma kehidupan seseorang pelajar terutama apabila mereka hidup bermasyarakat di luar kelak kerana daripada seorang individu Muslim yang baik, akan mewujudkan satu sistem kehidupan bermasyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Di samping itu juga, Dr Luqman mencadangkan sistem pendidikan negara menjadikan kitab turath yang dihasilkan oleh ulama muktabar sebagai rujukan khususnya membabitkan kajian dan penyelidikan, termasuk kajian berkenaan hukum-hakam agama. Rujukan turath juga perlu diperbanyakkan dalam membuat kesimpulan akhir sesebuah kajian agar sesuatu hukum yang dikeluarkan itu benar- benar berasaskan literatur yang cukup. Mengikut Dr Luqman juga, corak pengajian berkitab bermakna mengkhatamkan sebuah kitab itu dari kulit ke kulit merangkumi subjek fekah, tauhid, hadis, tafsir, tasawuf dan Bahasa Arab. (Pressreader, 12 Jun 2020) www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20200612/281977494859803

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMAS | 9

EKONOMI & KEWANGAN

COVID-19: 60% BELIA HILANG PEKERJAAN 60% rakyat yang hilang pekerjaan semenjak perlaksanaan PKP pada Mac lalu adalah berusia di bawah 40 tahun. Kebanyakan mereka bekerja di dalam sektor tidak formal dengan pendapatan kurang RM 4,000 dan tidak menawarkan jaringan keselamatan sosial. Menariknya, sektor tidak formal ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6% kepada 12% penglibatan dari belia yang berusia 20-30 tahun dari tahun 2016 sehingga tahun 2019 walaupun ianya tidak menawarkan pendapatan secara tetap.

Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), seramai 3.15 juta rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan pada suku pertama tahun 2020. Hal ini kerana banyak syarikat dan perniagaan tidak dapat beroperasi akibat COVID-19. Lima negeri yang menunjukkan bilangan tertinggi kehilangan pekerjaan adalah , , , dan Pulau Pinang. (Berita Harian, 14 Jun 2020)

www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/700243/covid-19-3-daripada-5-hilang- pekerjaan-berusia-bawah-40

EKONOMI DIGITAL MAMPU MENYUMBANG SEHINGGA RM 170 BILLION PADA KDNK NEGARA Di antara perkara baik yang diperolehi daripada pandemik COVID-19 adalah Malaysia mula memasuki fasa Ekonomi Digital secara lebih serius. Mengikut ranking IMD World Digital Competitiveness 2019 yang dikeluarkan pada September 2019, Malaysia berada di tempat ke-26 dari 63 negara keseluruhan. IMD mengukur keupayaan dan kesediaan kesemua negara tersebut untuk mengadaptasi dan meneroka teknologi digital sebagai pemacu utama transformasi ekonomi dalam perniagaan, kerajaan dan masyarakat yang lebih meluas.

Di dalam PENJANA, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 700 Juta untuk merangsang ekonomi digital melalui pelbagai inisiatif seperti Gerna Padanan Pendigitalan PKS, Dana Transformasi Teknologi PKS dan Geran Automasi Pintar. Menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), ekonomi digital mampu meningkatkan sumbangan kepada 20% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi tahun 2020 berbanding tahun-tahun sebelumnya. (Harian Metro, 13 Jun 2020)

www.hmetro.com.my/bisnes/2020/06/589158/potensi-naik-20-peratus

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) 12 Jun – 14 J u n 2 0 2 0 | 10

MALAYSIA MASIH ADA RUANG & KEMAMPUAN KEWANGAN Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberikan keyakinan bahawa negara ini masih mempunyai kewangan yang stabil untuk terus merangsang ekonomi dan memperkasakan rakyat jika berlaku sesuatu di luar jangkaan pada masa akan datang. Pada masa ini, Kerajaan sedang berusaha mengumpulkan pinjaman sebanyak RM 35 Billion bagi menampung suntikan fiskal yang bernilai RM 45 Billion seperti yang diumumkan di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) dan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) sebelum ini.

Pinjaman untuk membiayai defisit yang tinggi ini akan dilakukan sepenuhnya melalui pinjaman tempatan dan Kerajaan masih belum berhasrat untuk meminta dividen khas daripada Petronas seperti yang diwar-warkan di dalam sesetengah media. Menurut beliau, kenaikan defisit melebih sasaran adalah tidak penting dalam keadaan semasa, asalkan Kerajaan mempunyai perancangan teliti dan keupayaan untuk membayar semula hutang, sekaligus menurunkan nisbah hutang tersebut. Jika perniagaan dan rakyat tidak dibantu, keupayaan untuk ekonomi memulih menjadi lebih sukar dan lambat. (The Edge Markets, 12 Jun 2020) www.theedgemarkets.com/article/govt-raise-rm35-bil-borrowings-finance-fiscal-deficit-says- finance-minister

COVID-19: SITUASI EKONOMI DI SELURUH DUNIA Data terbaru menunjukkan ekonomi dunia secara keseluruhan mengalami kemelesetan terburuk sejak Perang Dunia ke-2. Di Amerika Syarikat, hutang perniagaan menunjukkan pola peningkatan yang mendadak dengan nilai hutang baru sebanyak US$ 755 Billion, bersamaan dengan 18.8% pada kadar tahunan. Pada masa yang sama, masih terdapat hutang tertunggak sebanyak US$ 16.8 Trillion. England pula menunjukkan kemerosotan ekonomi sebanyak 20.4% pada April lalu dan ianya diumpamakan seperti pertumbuhan ekonomi selama 18 tahun hilang hanya dalam masa dua bulan.

Ekonomi Eropah pula berisiko kehilangan sejumlah besar rangsangan daripada para penggunanya sendiri yang mana kebanyakan rakyat berasa panik dan memilih untuk menyimpan dari berbelanja. Jumlah simpanan isi rumah di Eropah secara umumnya bernilai lebih dari 100 Billion Euros pada Mac & April yang lalu, iaitu tiga kali lebih tinggi dari purata kadar pertumbuhan Eropah dalam masa 10 tahun yang lalu. Walaupun China lebih awal mengawal pandemik COVID-19, pemulihan ekonomi negara tersebut masih samar dan belum menunjukkan petanda yang baik.

Bagi negara membangun di benua Afrika, komitmen pembayaran hutang sedia ada terjejas teruk akibat wabak yang berlaku. Tambahan pula, Bank Dunia

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMAS | 11

menjangkakan kebanyakan negara membangun di seluruh dunia akan mengalami kesulitan yang teruk berpunca dari kekurangan pendapatan negara dan bakal mengakibatkan berjuta-juta rakyat kehilangan pekerjaan. (Bloomberg, 12 Jun 2020) www.bnnbloomberg.ca/charting-the-global-economy-2020-seen-as-worst-since-ww-ii- 1.1449712

SISTEM EKONOMI DUNIA SEDIA ADA BAKAL MUSNAH? Bagaimana Pandemik COVID-19 boleh mengakibatkan kejatuhan ekonomi di seluruh dunia? Tidak lain disebabkan oleh sistem ekonomi yang berasaskan hutang yang digunapakai oleh kesemua negara di dunia. Amerika Syarikat dijangka akan meningkatkan hutang negara pada 2020 kepada US$ 27 Trillion, bersamaan dengan 135% dari KDNK negara itu manakala negara- negara OECD (Negara Maju) juga akan meningkatkan nisbah hutang mereka dari 109% kepada 137% dari KDNK mereka, bersamaan dengan US$ 17 Trillion. Peningkatan hutang sektor awam ini berpunca dari perbelanjaan kesihatan dalam melawan virus COVID-19, menrangsang ekonomi dan kehilangan hasil cukai.

Menurut pandangan Satyajit Das, penulis buku ‘Extreme Money’ dan ‘The Age of Stagnation’, terdapat lima kaedah untuk menyelesaikan hutang yang disertai dengan lima cabaran. Pertamanya, hutang boleh dicairkan dengan sendiri apabila ianya dilaburkan dalam aktiviti produktif, dan hasilnya digunakan untuk membayar hutang. Namun, masalah utama adalah sebahagian besar hutang telah digunakan untuk membiayai penggunaan, elemen yang kurang produktif. Kedua, pertumbuhan ekonomi yang kuat dapat membantu mengurangkan hutang dengan meningkatkan KDNK negara. Namun perlu diambil perhatian, pertumbuhan sebanyak US$ 1 memerlukan hutang sebanyak US$ 3 di peringkat global. Ini bermakna, hutang meningkat lebih cepat berbanding pertumbuhan.

Ketiga, kadar inflasi yang tinggi dapat membantu menurunkan harga. Ia meningkatkan pendapatan dan mengurangkan daya beli hutang ekonomi. Namun, sejak kebelakangan ini, usaha bank pusat untuk meningkatkan inflasi melalui dasar monetari yang longgar tidak menunjukkan kejayaan. Keempat, sesebuah negara boleh menurunkan nilai mata wang untuk mengurangkan daya beli hutang yang dikeluarkan dalam mata wangnya sendiri. Walau bagaimanapun, pilihan ini sukar kerana implikasi yang lebih teruk bakal dihadapi. Kelima, hutang dapat dikurangkan dengan penyusunan semula dan perundingan antara penghutang dan pemiutang. Namun, ini mengakibatkan kehilangan kekayaan dan mengurangkan aktiviti ekonomi. (Market Watch, 12 Jun 2020) www.marketwatch.com/story/governments-cure-for-the-coronavirus-recession-is-worse-for- the-global-economy-than-the-disease-2020-06-12

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) 12 Jun – 14 J u n 2 0 2 0 | 12

POLITIK , INTEGRITI & TADBIR URUS

KHABAR ANGIN PARTI WARISAN KELUAR PH SEMAKIN KUAT Desas-desus kedengaran sejak beberapa hari yang lalu apabila dikatakan ada empat orang Ahli Parlimen dari Parti WARISAN keluar parti dan menyokong (PN). Namun, perkara itu disangkal oleh Setiausaha Agung WARISAN, Loretto Padua menyangkal dakwaan itu kerana kata beliau ia hanyalah permainan persepsi oleh PN berikutan takut dengan sokongan yang diberikan kepada PH Plus. Menurut Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis, walaupun Warisan masih kuat di , namun mereka juga risau jika bekas wakil rakyat UMNO kembali semula bersama parti itu dan Perikatan Nasional (PN) yang ketika ini menguasai . Tambahan lagi, kemunculan semula Tan Sri Musa Aman yang kini dibebaskan daripada pertuduhan rasuah di mahkamah dan berkemungkinan akan kembali aktif dalam politik juga harus difikirkan pemimpin Warisan.Pengaruh Mohd Shafie selaku Ketua Menteri Sabah akan dicabar. (Berita Harian, 13 Jun 2020)

www.bharian.com.my/berita/politik/2020/06/700083/warisan-nafi-khabar-angin-tinggalkan-ph

DAROYAH ALWI KELUAR PKR, EZAM MOHD NOOR PULA SERTAI PKR Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan meletakkan kesemua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa 13 Jun 2020. Tindakan beliau itu akibat rasa terkilan dan kecewa terhadap isu dalaman PKR khususnya pemecatan dan penggantungan anggota sebelum ini apabila melibatkan rakan-rakan seperjuangan yang telah lama memperkasa parti dan organisasi sejak awal penubuhan Parti Keadilan Nasional pada 1999. Pada masa yang sama, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor pula mengesahkan sudah menghantar borang untuk menyertai semula Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tindakan beliau ambil itu atas saranan raka-rakan dan pemimpin parti tersebut. Pengumuman Ezam sejurus selepas Dr Daroyah Alwi mengumumkan keluar PKR yang pasti memberi kesan kepada parti. (Sinar Harian, 14 Jun 2020) www.sinarharian.com.my/article/87706/BERITA/Politik/Saya-dah-serah-borang- sertai-PKR-Ezam

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMAS | 13

TUN M BERTERUSAN MENYERANG YAB PERDANA MENTERI Beliau meramalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri akan jatuh sekiranya enam ahli Parlimen UMNO yang sedang menjalani perbicaraan didapati bersalah oleh mahkamah terdiri daripada Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Datuk Seri Dr (Bagan Datuk), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri (Pontian) dan Datuk Seri (Kinabatangan). Kedudukan kesemua pemimpin terlibat itu kini diibaratkan telur di hujung tanduk apabila mereka bakal kehilangan jawatan sebagai wakil rakyat sekaligus akan mempengaruhi sokongan terhadap Muhyiddin. Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat dan PN akan hilang majoriti. (Sinar Harian, 13 Jun 2020) www.sinarharian.com.my/article/87620/BERITA/Politik/Muhyiddin-akan-jatuh-kerana- enam-orang-Tun-M

EMIR RESEARCH JANGKA MUAFAKAT NASIONAL JADI PILIHAN JIKA PRU15 DALAM MASA TERDEKAT Kaji selidik yang dijalankan firma Emir Research mendapati 52 peratus rakyat akan mengundi calon kerusi Parlimen yang diwakili Muafakat Nasional sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Walau bagaimanapun, dapatan itu diperoleh menerusi Pengundian Suku Pertama 2020 (1Q20) yang dibuat ketika Malaysia masih lagi di bawah pentadbiran (PH). Peratusan undian yang diterima Muafakat Nasional yang terdiri daripada (BN) dan PAS meningkat 14 peratus berbanding 38 peratus undian yang diperoleh pada pengundian sama yang dilakukan firma berkenaan akhir tahun lalu. Berdasarkan data yang dikongsi melalui dapatan itu juga, peratusan undian yang diterima PH hanya 30 peratus iaitu merosot sebanyak 11 peratus berbanding 41 peratus undian sebelum ini. Berdasarkan perkembangan itu, firma penyelidik tersebut tidak menolak kemungkinan kemunculan Perikatan Nasional (PN) akan membangkitkan lagi semangat kuasa ketiga dalam pentadbiran Malaysia. (SInar Harian, 13 Jun 2020) www.sinarharian.com.my/article/87596/BERITA/Politik/Muafakat-Nasional-jadi-pilihan-jika-PRU15- dalam-masa-terdekat-Emir-Research

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) 12 Jun – 14 J u n 2 0 2 0 | 14

HUKUMAN LEBIH KERAS UNTUK KESALAHAN PEMANDU MABUK SEDANG DIPERINCIKAN Menurut Dr. , kementeriannya telah menyelesaikan semua cadangan pindaan untuk memperkenalkan hukuman lebih tegas bagi mereka yang ditangkap memandu di bawah pengaruh (DUI). Beliau juga telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mempercepat semakan Seksyen 41 hingga 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (juga dikenali sebagai Akta 333). Selain itu, turut diusulkan kepada Pejabat Peguam Negar ialah pindaan untuk menutup hukuman untuk memandu secara sembrono. Beliau juga berjanji untuk memberikan lebih banyak perincian setelah persetujuan lebih lanjut diperolehi, dan tidak menolak kebarangkalian Malaysia akan mempertimbangkan cadangan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengenai had BAC di Malaysia pada masa ini menggunakan 0.08% sebagai had, sementara WHO mengesyorkan 0.05% (atau 0.05g alkohol untuk setiap 100ml darah). (, 15 Jun 2020) www.thestar.com.my/news/nation/2020/06/15/stiffer-penalties-for-dui-on-the-cards

KESEJAHTERAAN SOSIAL

RUU COVID-19 DISYORKAN MAMPU MELINDUNGI WANITA Rang Undang-Undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara COVID-19 yang bakal dibentangkan Julai nanti diharapkan mampu melindungi wanita dari pelbagai aspek terutama pekerjaan, keselamatan dan kesihatan wanita dan sewajarnya disenaraikan sebagai “perkhidmatan penting”.

Perkara ini selari dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), WOA menyatakan perkhidmatan dalam melindungi pekerjaan ibu bapa yang bekerja, termasuklah kesihatan dan keselamatan wanita masih belum disenaraikan sebagai "perkhidmatan penting" ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Perkhidmatan penting ini termasuk kemudahan mesra keluarga seperti pusat jagaan kanak-kanak. Selain itu, Mahkamah Industri bagi pekerja yang dipecat secara tidak sah; perkhidmatan sokongan krisis bagi mangsa keganasan berasaskan gender

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMAS | 15

seperti talian hotline dan rumah perlindungan sementara dan kemudahan penjagaan kesihatan sampingan juga diperlukan bagi memastikan hak-hak wanita dilindungi sepanjang pandemik ini berlaku. Malahan syor ini turut boleh diaplikasikan jika pandemik sedemikian berlaku lagi di kemudian hari. (Berita Harian, 31 Mei 2020) www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/694915/amp

KES PEMANDU MABUK MENINGKAT SEHINGGA 177 KES Polis di Raja Malaysia dalam operasi baru-baru ini mengesan kes pemandu mabuk sebanyak 222 kes meningkat sebanyak 177 kes hanya dalam masa Jan-Jun 2020. Kes yang berjaya dikesan bagi tahun sebelumnya dalam tempoh masa yang sama hanyalah seramai 45 kes sahaja. Peningkatan ini membimbangkan kerana peningkatan kes berlaku walaupun sepanjang PKP dilaksanakan. Hal ini tidak mustahil membawa kepada besar kemungkinan apabila kelab-kelab malam dibuka, kes pemandu mabuk akan terus meningkat.

Perkara ink sedikit sebanyak membimbangkan orang ramai kerana pemandu mabuk bukan sahaja boleh membawa kerosakan dan kemusnahan kepada pemandu tersebut malah mereka turut membawa mudharat kepada masyarakat lain sehingga boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, pihak PDRM menjalankan Ops Mabuk dan Ops Samseng Jalanan secara berterusan bagi memastikan ia dapat diatasi. (Harian Metro, 13 Jun 2020) www.hmetro.com.my/utama/2020/06/589228/polis-bimbang-kes-pemandu-mabuk-meningkat

SERAMAI 416 BARISAN HADAPAN POSITIF COVID-19 Seramai 416 orang barisan hadapan disahkan positif COVID-19 namun 80% daripadanya akibat jangkitan luar. Hanya 20% sahaja yang mendapat jangkitan daripada pesakit ataupun rakan mereka. Data tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walau bagaimanapun, pihak KKM tidak menerima sebarang peningkatan daripada jumlah kes tersebut sedikit sebanyak membuktikan pihak barisan hadapan di kawal rapi dengan pelbagai SOP dalam memerangi COVID-19.

Buktinya, sebanyak 59 juta peralatan perlindungan diri digunakan oleh petugas kesihatan dalam mengurus kes jangkitan COVID-19 dalam masa sebulan. Bekalan PPE yang mencukupi disediakan bagi memastikan petugas hadapan kesihatan terutamanya tidak dijangkiti jangkitan ini akibat merawat serta membuat saringan kepada pesakit. Hasilnya, mereka yang dijangkiti amatlah rendah dan terlindung daripada virus tersebut walaupun berhadapan dengan pesakit yang dijangkiti virus tersebut. (Astro Awani, 13 Jun 2020) beta.astroawani.com/berita-malaysia/416-kakitangan-barisan-hadapan-kkm-positif-covid19- 247000

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) 12 Jun – 14 J u n 2 0 2 0 | 16

JAWI BENARKAN KURSUS PRAPERKAHWINAN DALAM TALIAN Mulai 1 Julai 2020, kursus praperkahwinan dalam talian akan mula dibenarkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan masih dijalankan. Langkah ini tidak wajibkan kepada mereka yang ingin mendirikan rumah tangga namun ia hanyalah pilihan yang diberikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Melalui langkah tersebut, kehadiran peserta untuk menyertai kursus praperkahwinan secara fizikal dapat dikurangkan sekaligus penjarakan sosial dapat diamalkan dengan kapasiti ruang yang ada. Selain itu, modul sedia ada turut dipadatkan bagi memendekkan masa namun begitu ia tidak sama sekali meninggalkan tajuk asal bagi setiap modul. Oleh itu, peserta boleh menyertai kursus dengan mudah hanya melalui atas talian pada masa yang sama dapat mempelajari segala keperluan yang bakal pengantin perlu ketahui sebelum memasuki gerbang perkahwinan. (Astro Awani, 13 Jun 2020) beta.astroawani.com/berita-malaysia/pilihan-kursus-praperkahwinan-secara-dalam-talian- mulai-1-julai-jawi-246876

PANDEMIK COVID-19: MANFAAT SUSU IBU LEBIH BESAR DARIPADA RISIKO JANGKITAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan ibu-ibu sedunia untuk terus memberi susu ibu kepada bayi mereka walaupun ibu tersebut menghidapi simptom COVID-19. Hal ini kerana manfaat susu ibu adalah lebih besar daripada risiko yang timbul jika ia diberhentikan. Ibu yang dijangkiti masih diharuskan untuk menyusu anak mereka melainkan ibu tersebut benar-benar tidak sihat disebabkan risiko untuk anak tersebut turut dijangkiti akibat penyusuan tersebut amat rendah.

Kenyataan ini disokong oleh Anshu Banerjee, penasihat kanan WHO untuk kesihatan pembiakan dan penyelidikan ada menyatakan setakat ini masih belum dijumpai virus yang hidup dalam susu ibu boleh menyebabkan penularan virus tersebut ke dalam tubuh badan bayi. Malah manfaat yang diperolehi daripada susu tersebut jauh lebih besar daripada risiko berpotensi penularan. (Astro Awani, 13 Jun 2020) beta.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-ibu-positif-pandemik-digalakkan-terus- menyusukan-bayi-246926

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMAS | 17

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)