Bil. 6 Selasa 11 Mei 1999

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA

KANDUNGAN

JAWAP AN-JAW AP AN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)

USUL:

Kajian Separuh Penggal Rancangan Ketujuh -Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (Ruangan 16)

Diterbit Oleb: CAW ANGAN OOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 1999 DN.11.5.1999

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato' Haji Mohamed bin Ya'acob, P.S.M., P.M.K., S.P.M.K., Dato' Bentara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik)

" Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah bin Gaddam (Dilantik)

" Timbalan Yang di-Pertua, Dato' Michael Chen Wing Sum (Dilantik)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Ibrahim bin Ali, D.M.S.M. (Dilantik)

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak)

" Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Dilantik)

Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani (Perlis)

" Tuan Haji Abdul Wahid bin Varthan Syed Ghany (Dilantik)

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail, A.M.P. (Perlis)

Dato' Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang)

Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah)

Dato' Chet Singh s/o Karam Singh (Pulau Pinang)

Puan Chew Poh Thoi (Dilantik)

Tuan Chin Kon Tow@ Chin Kong Too, A.M.N., B.K.T., J.P. (Melaka)

Datuk Christina Lorline Tibok @ Christine Vanhouten (Sabah)

Puan Faridah binti Abu Hassan (Dilantik)

" Tuan Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik)

" Dato' Ghazi@Hasbullah bin Haji Ramli, D.l.M.P. (Selangor)

Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed Zain (Dilantik)

Datuk Haji Hashim bin Safin@ Shafin, D.M.S.M. (Dilantik)

" Puan Rajah Hunaizah binti Mohd. Noor (Kelantan)

Puan Jamilah binti Ibrahim (Kelantan)

" Tuan Janggu Anak Banyang, P.B.K. (Sarawak) I1 DN.11.5.1999

Yang Berhormat Puan Jaya Partiban (Dilantik)

Datuk Joseph Balan Seling (Dilantik)

Puan Kamilia binti Ibrahim (Dilantik)

Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik)

" Tuan Khoo Lay Hin (Dilantik)

Dato' P. Krishnan all Permual (Dilantik)

" Tuan Lim Eng Kok (Dilantik)

Tuan Long bin Jidin (Dilantik)

Tuan N. Marimuthu all Nadeson, A.M.P., A.M.N., P.P.N., P.J.K., J.P. (Dilantik)

" Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Dilantik)

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin, D.S.A.P. (Dilantik)

Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi, A.M.P., P.P.N., P.J.K. (Perak)

Datuk Norjan binti Khan Bahadar (Dilantik)

" Tuan S. Parasuraman all Sanasamy@ Sinnasamy (Kedah)

Puan Hajah Ramlah binti Ahas (Melaka)

Puan Hajah Ramlah binti Kassim (Pahang)

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik)

" Datuk Haji Sairin bin Karno (Sabah)

Tuan Haji Salleh @Hassan bin Ali, P.J.K. (Terengganu)

Puan Siti Hawa @ Karimah binti Mohd. Noor (Dilantik)

Puan Tan Ah Eng ()

Tuan Tan Ek Huat (Perak)

" Dato' V.K.K. Teagarajan, D.P.M.S., A.M.N. (Dilantik)

Tuan Tee Thiong Hock, S.S.A., A.M.N., P.J.K. (Selangor)

Dato' Ting Check Sii, D.I.M.P. (Dilantik)

" To' Puan Wan Seri @Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik) DN.11.5.1999 iii

Yang Berhormat Datuk William Lau Kung Hui (Dilantik)

Dato' Dr. Yeow Seng Huat (Pahang)

Tuan Zainal bin Rampak (Dilantik)

Datuk Zainudin bin Maidin (Dilantik)

Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan) iv DN.11.5.1999

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGA WAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara Abdullah bin Abdul W ahab

Ketua Penolong Setiausaha Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat

Penolong Setiausaha Nor Hayatee binti Abdullah Haji Mustafa bin Abdul Rahman Ruhana binti Abdullah

CAWANGAN DOKUMENTASI

Pegawai Penerbitan Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd. Hassan

Pelapor Perbahasan Parlimen Rajah Shamsiah binti Mohd. Yusop, P.P.N. Rajah Supiah binti Dewak Mohd. Saleh bin Mohd. Yusop

Mohamed bin Osman Norishah binti Mohd. Thani Shamsina binti Janor Ramlah binti Mohd. Yusuff Nora'ini binti Hetam Miskiah binti Hassan Rosnani binti Ahinad

Pembaca Pruf Abu Bakar bin Hasan

CAWANGAN BENTARA

Bentara Mesyuarat Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamarudin bin Abdullah A.M.N., Psc TUDM DN.11.5.1999 1

MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 11 Mei 1999 Mesyuarat dimulakan pada 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuaratj

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin [Di bawah S.0.23(2)) minta Menteri Pengangkutan menyatakan memandangkan MAS baru-baru ini telah menamatkan jadual penerbangan KL - Davao City di Selatan Filipina adakah usaha untulc mempromosikan East Asia Growth Area (EAGA) yang mengandungi Filipina Selatan, Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak tidak terbantut dan adakah Kementerian telah dihubungi dan membincang perkara pemberhentian ini. Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato' Chor Chee Heung]: Tuan Yang di­ Pertua, untulc makluman Dewan yang mulia ini Penerbangan Malaysia (MAS) menyediakan perkhidmatan di Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina, East Asia Growth Area (BIMP-EAGA) berasaskan permintaan trafik yang wujud. Dalam usaha mempromosikan kawasan ini MAS kini menyediakan perkhidmatan atas empat sektor. Sektor-sektor tersebut ialah Kota Kinabalu- Bandar Sri Bangawan, Kuching-Bandar Sri Bangawan, Labuan-Bandar Sri Bangawan dan Kuching-Pontianak. MAS telah pun menamatkan penerbangan di atas sektor Kuala Lumpur-Davao City mulai 1 Mac 1998 oleh sebab muatan yang begitu ren~. Waiau bagaimanapun, ke arah mempromosikan kawasan BIMP-EAGA, MAS akan terns mengkaji pengaliran dan permintaan trafik yang wujud dan menyediakan perkhidmatan berasaskan permintaan. lnilah jawapan yang saya ada. Sekian. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mengetahui daripada pihak kerajaan berapa banyakkah destinasi lain di mana MAS masuk sekejap selepas itu keluar balik. Kerana kita perhatikan terlalu banyak destinasi yang mula-mulanya ditaja secara begitu besar-besaran, selepas itu beberapa bulan kemudian kerana kemungkinan tidak wujudnya dari segi penyelidikan pasaran yang mendalam dan meluas, jadi merupakan satu jadual yang begitu singkat dan ini mungkin menimbulkan banyak masalah kepada mereka yang hendak menggunakan penerbangan MAS. Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz. Sebenarnya segala penerbangan ke destinasi-destinasi yang telah pun diputuskan oleh pihak MAS kita tidak boleh mempersalahkan MAS. Kebanyakan destinasi yang wujud ini oleh kerana perhubungan dua hala di antara Kerajaan Malaysia dan negara-negara yang berkenaan. Bila Malaysia mempunyai suatu perhubungan hala yang rasmi maka MAS dijemput untulc mengadakan penerbangan berjadual ke destinasi yang tertentu ataupun di mana perhubungan dua hala yang wujud. Tetapi selepas beberapa penerbangan dan mengikut kajian didapati load factor ataupun penumpang-penumpang ataupun permintaan, tidak begitu menggalakkan untulc MAS menyambung penerbangan secara berjadual ke sesuatu destinasi - sekurang-kurangnya kita harus mendapat 60% dari segi load factor ataupun penumpang. Di bawah peratusan itu MAS akan mengalami kerugian. 2 DN.11.5.1999

Maka oleh yang dernikian, bila kerajaan negara-negara dalam kawasan East Asia Growth Area (EAGA) ini telah pun mencadangkan supaya lebih banyak penerbangan berjadual ke negara-negara dalam kawasan ini, tetapi selepas beberapa penerbangan seperti saya katakan tadi dan selepas satu trial period, dengan izin, maka didapati load factor tidak melebihi 40%, maka kita tidak dapat mengadakan penerbangan berjadual ke tempat-tempat di mana load factor begitu rendah, ini akan merugikan pihak MAS. Tetapi mengikut kajian yang dibuat oleh pihak MAS dalam kawasan ASEAN ini destinasi yang paling popular ialah Singapura dan Bangkok, dan dalam destinasi rantau Asia, Hong Kong dan Tokyo. Oleh yang dernikian, memang MAS mempunyai lebih banyak penerbangan yang berjadual ke tempat-tempat seumpama ini. Bagi destinasi yang lain juga MAS akan cuba dengan sedaya upaya supaya kita dapat mempromosikan penerbangan destinasi ke destinasi. Tetapi oleh kerana MAS adalah sebuah syarikat yang bercorak komersial, maka jika tidak ada permintaan, maka MAS akan potong jadual-jadualnya ataupun kadang-kadang terpaksa menamatkan perkhidmatan ini. 2. Tuan Khoo Lay Hin minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan jumlah bilangan pejabat MITI di luar negeri, jumlah bilangan pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dan berapa peratus daripada mereka adalah bukan warganegara Malaysia dan adakah beliau bercadang supaya semua jawatan di pejabat tersebut dipegang oleh warganegara Malaysia. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato' Kerk Choo Ting]: Tuan Yang di-Pertua, terdapat 45 pejabat MITI, MATRADE dan MIDA di luar negeri. Distribusi pejabat-pejabat tersebut ialah 10 pejabat MITI, 13 pejabat MIDA, 22 pejabat MATRADE. Bilangan pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di pejabat-pejabat MITI, MIDA dan MATRADE di luar negeri adalah 196 orang. Pecahan adalah seperti berikut: (a) home base staff 79 (b) kakitangan ambilan tempatan 117 Jumlah 196 orang Kesemua home base staff adalah warganegara Malaysia. Bagi kakitangan ambilan tempatan pecahan adalah seperti berikut: Status bilangan peratusan (a) warganegara 7 6% (b) warganegara tempatan 110 94% Jumlah 117 Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MITI tidak bercadang untuk menukarkan semua pengisian jawatan kakitangan ambilan tempatan di pejabat-pejabatnya di luar negeri dengan warganegara Malaysia. Pengisian jawatan-jawatan tersebut adalah terbuka dan berdasarkan kepada kesesuaian calon yang memohon. Keperluan dan kelayakan khususnya bagi jawatan-jawatan penterjemahan dan jurubahasa dan juga pegawai pemasaran di mana warganegara tempatan adalah didapati lebih sesuai. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita ucap tahniah kepada pihak kerajaan kerana dapat menubuhkan 45 pusat bagi mempromosi perdagangan dan membawa pulang pelabur-pelabur ke negara kita. Dalam keadaan di mana imej negara telah diporak-perandakan oleh media-media massa, menerusi Internet dan juga surat khabar-surat khabar antarabangsa, CNN dan sebagainya, apakah peranan yang dimainkan oleh MITI, MATRADE dan MIDA di dalam hal-hal bagi mengatasi imej negara yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Kerana DN.11.5.1999 3 ianya tentu sahaja akan memberikan impak negatif kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh institusi-institusi yang 45 cawang di luar negara ini? Dato' Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, media antarabangsa itu dengan luasnya cuba menghitamkan imej Malaysia. Jadi, MIT!, MATRADE dan MIDA sebagai satu agensi atau kementerian kerajaan dengan seboleh-bolehnya dalam seminar-seminar, dalam conference, dalam segala aktiviti cuba memberi maklumat yang benar yang wujud di Malaysia. Setakat ini kita masih berjaya menarik banyak pelaburan asing ke Malaysia. Oleh sebab itu, foreign direct investment (FDI) itu tidak terjejas. Juga di dalam pemiagaan dan perdagangan MATRADE juga memainkan peranan yang baik dengan eksport dan import pun bertambah dengan begitu banyak. Itulah kerja-kerja MIT!, MATRADE dan MIDA untuk mempromosikan imej Malaysia. Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh negara-negara tertentu di Malaysia terutama sekali basil daripada peranan yang dibuat oleh 45 cawangan MIT!, MIDA dan MATRADE ini, dan berapakah jumlah pelaburan, di negara manakah yang banyak sekali terdapat cawangan-cawangan ini? Dato' Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, soalan itu terlalu terperinci. Saya tidak dapat memberitahu kesemua 45 pejabat itu yang menarik berapa banyak pelaburan dari luar negara. Secara menyeluruhnya negara yang paling besar sekali dan masih melabur di Malaysia ialah Amerika Syarikat dan diikuti oleh Taiwan, Jepun dan sebagainya. Jadi, ini menunjukkan di Amerika, di Europe dan Asia kerja-kerja MIT!, MATRADE dan MIDA masih berkesan. 3. Tuan Zainal bin Rampak minta Menteri Kewangan menyatakan apakah tindakan-tindakan yang akan diambil oleh negara-negara ASEAN yang lain yang dilanda kegawatan ekonomi terhadap syarat-syarat ketat yang telah dikenakan oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) ke atas bantuan/pinjaman kewangan kepada negara-negara yang memerlukan bantuan. Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, selain Filipina yang telah menjalankan program dan dikawal oleh IMF semenjak tahun 1989. Thailand dan Indonesia merupakan dua buah negara ASEAN yang telah menerima bantuan kewangan daripada Dana Kewangan Antarabangsa berikutan krisis kewangan yang melanda rantau ini. Bantuan IMF ini diberikan tertakluk kepada negara-negara tersebut mematuhi beberapa syarat yang ketat berhubung dengan dasar kewangan, dasar fiskai pembaharuan structural serta penglibatan asing dalam aktiviti ekonomi. Mengenai tindakan-tindakan yang akan diambil ke atas syarat-syarat tersebut ianya adalah perkara yang ditentukan oleh kedua-dua buah kerajaan berkenaan. Tetapi kita difahamkan bahawa negara-negara tersebut telah berunding dengan pihak IMF dari masa ke semasa untuk melonggarkan syarat-syarat itu. Hasil dari rundingan-rundingan ini beberapa kelonggaran dan pengubahsuaian telah dipersetujui oleh pihak IMF. Datuk Haji Kasim bin Mb. Yusop: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu sejauh manakah terjejasnya hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang menerima bantuan IMF khususnya dalam sektor ekonomi dan apakah usaha kerajaan untuk memperbaikinya? Datuk Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, perhubungan di antara Malaysia dengan negara Thailand dan Indonesia basil daripada kegawatan ekonomi ini ianya tidak terjejas disabitkan walaupun kedua-dua negara ini mengambil bantuan daripada IMF. Pemiagaan dua hala di antara kita dan kedua-dua negara ini berjalan seperti biasa dan tidak ada apa-apa perkara yang besar yang boleh dikatakan sebagai menjejaskan kita dengan Thailand dan Indonesia. 4 DN.11.5.1999

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dewan yang mulia ini pada suatu ketika meluluskan satu usul bagi menyeru Michel Camdessus selaku Pengarah Urusan IMF herhenti di atas kegagalan dasar-dasarnya yang dihawa ke negara-negara yang memerlukan hantuan herasaskan kepada conditionalities, dengan izin, atau syarat-syarat yang teipaksa mengikut IMF. Saya ingin mengetahui daripada pihak kerajaan sehagai salah sehuah negara antara 182 yang menganggotai IMF adakah pihak kerajaan mendesak IMF terutama sekali Pengarah Urusannya meletakkan jawatan dan memhuat kertas putih herkenaan dengan kesalahan-kesalahan clan kesilapan­ kesilapan dasar-dasar yang dihuat oleh mereka hagi memudaratkan negara-negara yang menerima hantuan dan pada masa yang sama mengasingkan Malaysia daripada menuntut hantuan-hantuan daripada mereka kerana syarat-syarat yang ketat dan salah yang dihuat olehIMF. Datuk Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyatakan hahawa Malaysia tidak perlu meminta wang daripada IMF kerana kita herkeupayaan untuk mendapatkan pinjaman daripada sumher-sumber yang lain yang mana sum.her-sum.her lain ini merasakan hahawa Malaysia adalah sehuah negara yang holeh dipercayai dan mereka yakin hahawa kita holeh memhayar halik segala pinjaman yang kita amhil daripada mereka. Sehah itu kita tidak perlu meminta sedekah daripada IMF. Negara-negara yang menerima sedekah daripada IMF ini adalah merupakan negara yang mana sum.her-sum.her lain tidak yakin untuk memheri pinjaman kepada mereka. Yang keduanya, di dalam IMF sendiri pun tidak ada hak demokrasi seperti mana yang kita fikirkan di Barat ini pemilihan ketua-ketua dihuat secara demokratik. Jadi, sehah itu walaupun kita telah mengeluarkan satu usul daripada Dewan Negara menyatakan ketidakpuasan hati kita kepada Michel Camdessus, namun dia hanya menjadi sehagai satu perkara, dengan izin, registered dalam IMF hahawa ada Dewan Negara sehuah negara yang menyatakan perasaan tidak puas hati dan tidak yakin dengan Michel Camdessus sehagai ketua kepada IMF ini. Kita tidak holeh memhuat apa-apa kerana Michel Camdessus sendiri apahila dia diletakkan ke jawatan itu ianya bukan di atas pilihan ataupun diadakan pemilihan, tetapi dia di atas perlantikan. Jadi Yang Berhormat pun tahu kalau perlantikan ini maknanya apa juga orang kata tidak akan menjejaskan kerana ia tidak dipilih, ia dilantik. Namun kita tahu hari ini hahawa IMF telah pun memhuat pengakuan iaitu hahawa sebahagian hesar daripada preskripsi yang telah diherikan oleh IMF kepada Indonesia dan Thailand adalah merupakan preskripsi yang hanyak silap. Ini pengakuan yang dibuat oleh mereka sendiri clan kritikan begitu kuat sekali dihalakan terhadap Michel Camdessus dalam IMF ini. Pada waktu ini ada sedikit sehanyak pemikiran sudah pun berubah di kalangan negara-negara Barat iaitu hahawa sesuatu harus dilakukan kepada IMF ini. 4. Puan Kamilia binti Ibrahim minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah dan kategori umur pesakit-pesakit lelah "asthma" di negara ini dan sejauh manakah tindakan sepadu telah diamhil oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar untuk mengawal/menyekat pencemaran udara yang merupakan salah satu punya penyakit tersebut. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Dato' M. Mahalingam]: Tuan Yang di-Pertua, jumlah pesakit-pesakit "asthma" hagi kategori dewasa dari hulan Januari 1998 sehingga Disember 1998 adalah 251,200 clan hagi kategori kanak-kanak adalah 140,442. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar telah menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling Tahun 1994 dan peraturan-peraturan di hawahnya hagi mengawasi pencemaran udara. Bagi menangani pemhakaran terhuka yang merupakan punca utama pencemaran udara di DN.11.5.1999 5 negara ini, Jabatan Alam Sekitar akan terus menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka, pengawasan berterusan melalui udara bagi mengesan kawasan-kawasan yang terbakar untulc diambil tindakan penguatkuasaan dan pemadaman seberapa segera. Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, saya suka sebelum mengemukakan soalan tambahan, menyatakan bahawa hari ini ialah hari lahir UMNO, yang ke 53 tahun. Sebenarnya ramai orang mengucap tahniah kepada saya tadi, jadi saya terpaksa memberi penerangan. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Penyakit "asthma" ini adalah satu penyakit yang sekarang ini sudah melampaui di negara kita. Saya bukan doktor, Dato' M. Mahalingam pun bukan doktor tetapi ia boleh beri saya angka-angka yang saya hendak iaitu berapa penyakit "asthma" ini yang timbulnya disebabkan keturunan dan berapa yang disebabkan oleh dengan izin, 'pollution' yang amat dahsyat sekarang di negara kita ini dan adakah pihak Kementerian Penerangan melalui sahabat saya, Dato' M. Mahalingam hendak membuat ildan pula seperti juga iklan-iklan diabetes, sakit jantung sekarang ini ada ditayang di dalam TV. Adakah kita hendak mengiklankan seperti itu sebab penyakit "asthma" ini sudah sangat dirasai oleh penduduk-penduduk kita sekarang ini? Terima kasih. Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, butir-butir yang diminta oleh Yang Berhormat berkenaan tidak ada dengan saya. Saya minta notis daripada Yang Berhormat berkenaan. Tentang mengadakan ik1an saya boleh sampaikan kepada pegawai saya dan buat kajian dahulu sama ada perlu atau tidak dilaksanakan. Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan saya kepada Kementerian Kesihatan ialah negeri ataupun kawasan manakah di mana kerap kementerian adukan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar tentang pencemaran udara dan sungai yang kerap berlaku? Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan bukan bidang kuasa kementerian saya. Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Berapakah aduan yang pernah dibuat oleh Kementerian Kesihatan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar? Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada butir-butir ini. 5. Puan Siti Bawa @ Karimah binti Mohd. Nor minta Menteri Pertanian menyatakan adakah kementerian bercadang untulc mengalih atau mengubah pentemak babi kepada temakan lain sebagai ganti somber pendapatan pengusaha-pengusaha babi yang difikirkan lebih selamat dan mempunyai pendapatan yang baik. Timbalan Menteri Pertanian [Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedang mengkaji masa depan industri temakan babi secara keseluruhannya termasuk cadangan untulc mengalih pentemak-pentemak babi kepada temakan lain sebagai gantinya seperti temakan lembu, ayam dan ikan yang mungkin boleh memberikan pendapatan yang memuaskan. Kementerian Pertanian melalui agensi-agensi di bawahnya sedia memberi nasihat teknikal yang diperlukan kepada pentemak-pentemak babi yang ingin menceburi diri dalam bidang yang lain. Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Memandangkan keperluan daging babi itu kita difahamkan sudah dieksport ke Taiwan, Hong Kong dan negara-negara yang terlibat. Saya ingin mendapat penjelasan, apakah rasional kerajaan menggalakkan pentemakan babi di negara kita sehingga menimbulkan suatu ancaman penyakit ini? Berbanding dengan negara-negara lain seperti 6 DN.11-5.1999

China, Taiwan, Thailand dan sebagainya, apakah kedudukan negara kita ini begitu memerlukan temakan babi ini semata-mata permintaan negara luar ataupun kerana sumbangan wang daripada luar itu ke negara kita? Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar. Sebagaimana yang telah saya tegaskan beberapa kali, pentemakan babi di Malaysia ini bukan untuk eksport tetapi untuk kegunaan dalam negeri. Tetapi walau bagaimanapun, bila ada lebihan iaitu sekitar 10% - 15% sahaja mereka bolehlah mengeksportkan ke negara-negara yang lain. Jadi, dengan sebab itu kerajaan tidak akan mengadakan projek untuk eksport tetapi sebaliknya untuk memenuhi permintaan dalam negara kita. Oleh kerana sebagai sebuah negara yang penduduknya majmuk maka kerajaan teipaksa mengambil kira kepentingan dan keperluan mana-mana pihak tetapi apa sahaja temakan ia akan mendatangkan penyakit kalau tidak dikawal dan dipatuhi mengikut keperluan-keperluan temakan. Jadi, dengan adanya virus JE, virus Nipah ini membolehkan kementerian menguatkuasakan lebih ketat lagi dan adalah diharapkan pentemakan pada masa akan datang hanya kepada mereka yang mempunyai permit sahaja. Kepada mereka yang tidak ada permit tindakan yang sewajamya akan kita ambil. Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sekarang ini JE sudah merebak ke Kelantan. Saya difahamkan 40 ekor babi telah pun kena penyakit virus JE di Kelantan. Adakah negeri Kelantan akan menimbangkan untuk membuat Yang Amat Berhormat Datuk Nik Aziz sebagai Pengerusi untuk menangani JE ini ataupun Yang Berhormat Dato' Seri Abdullah Badawi dari Kuala Lumpur. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya, pemeliharaan babi ini atau khinzir ini berkehendakkan kebersihan 100%. Oleh itu kalau hendak pelihara khinzir kebersihannya sangat diutamakan, amat berat dan dengan itu adakah pihak kerajaan memikirkan supaya pemeliharaan babi ini di kandang ataupun tempat dipelihara itu dibubuh terazo ataupun mozaik supaya senang hendak membasuh dan air itu mengalir ke tempat takung yang bolh disalurkan .... [Ketawa] Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa penyakit JE atau virus Nipah ini amat begitu merbahaya terutama kepada temakan-temakan babi dan lain-lain yang ada hubungan . Jadi sebagaimana yang telah berlaku di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan agak begitu serius, lantaran itu kerajaan telah melantik supaya seorang yang berwibawa, yang mempunyai kuasa untuk menangani bersama-sama bagi menangani masalah JE dan virus Nipah. Itu di peringkat Malaysia tetapi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Zuki bahawa kalau di peringkat negeri mestilah Menteri Besamya sendiri ataupun Timbalan Menteri Besamya sendiri mesti dilantik dan mengambil tindakan. Ini bukan main-main. Ini adalah merupakan sesuatu yang kita pandang serius supaya penyakit ini tidak akan menjalar kepada kawasan-kawasan yang lain. Sekarang ini kita dapati hanya di Tumpat tetapi kalau tidak dijaga, di Kelantan sahaja untuk pengetahuan Yang Berhormat, beribu pusat temakan babi secara tradisional. Jadi, sebab itu apa yang kita penting ialah tindakan segera patut diambil. Tentang kebersihan, kita tidak akan membenarkan lagi temakan-temakan secara berkeliaran kerana di Kelantan berkeliaran. Kadang-kadang kalau Yang Berhormat pergi ke Tumpat atau di mana, ia berkawan dengan anak kambing. Kita tidak sedar. Jadi, sebab itu kita sudah mengarahkan Jabatan Haiwan supaya dapat mengawal supaya kebersihan mestilah diberi keutamaan bagi mengelakkan apa yang berlaku. Jadi, itu sahajalah pandangan saya. DN.11.5.1999 7

6. Datuk Haji Sairin bin Haji Karno minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa ramaikah rakyat Sabah terlibat dalam pendaftaran lewat kelahiran 1996, 1997, 1998 dan adakah ianya salah satu sebab unsur rasuah berlaku. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir]: Tuan Yang di-Pertua, bilangan kanak-kanak yang lahir di negeri Sabah yang memohon pendaftaran lewat kelahiran bagi tahun 1996 ialah 6,807 orang, bagi tahun 1997 sebanyak 3,244 orang dan setakat Jun 1998 sebanyak 877 orang. Daftar lewat kelahiran yang berlaku di Sabah tidak mempunyai kaitan dengan unsur-unsur rasuah, disebaliknya daftar lewat kelahiran berlaku kerana ibu bapa dan pemaklum tidak memaklumk.an sesuatu kelahiran yang berlaku di Sabah selepas tempoh 42 hari. Tuan Long bin Jidin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah berapa peratuskah terhadap perbezaan di antara pengeluaran surat beranak dengan kad pengenalan apabila tempoh sudah mencapai 12 tahun dalam negara kita. Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, itu adalah satu soalan yang jauh lari daripada soalan asal, soalan specific yang memerlukan angka­ angka, saya perlu notis. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, kita sekarang ini tidak lama lagi akan melangkah ke alaf baru dan kita ada Multimedia Super Corridor dan sebagainya. Jadi, saya hendak bertanya Kementerian Dalam Negeri, bila masanya kita hendak menggunakan satu kad yang canggih ini di mana apabila lahir seorang bayi ada satu kod yang basis, asas dan pokok dan daripada situ dikembangkan, bila dapat IC, bila dapat lesen, bila boleh mengundi. Maknanya dia mempunyai satu digital code yang amat canggih, tidak boleh ditiru oleh mana-mana pihak - di peringkat lahirnya seorang bayi dan daripada situ kita boleh kaji terus profil salah seorang warganegara Malaysia yang canggih ini untuk menempuh alafbaru. Bila masanya hendak keluarkan benda macam ini. Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya menyatakan memang kerajaan sedang berunding dengan beberapa syarikat pada ketika ini dan perundingan itu berada di peringkat terakhir untuk kita mengeluarkan sesuatu yang canggih seperti yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat itu. 7. Tuan Haji Hamzah bin Mohd. Zain minta Menteri Kerja Raya menyatakan berkenaan jadual pelaksanaan, kos pembinaan dan kontraktor yang telah di lantik untuk:- ( a) pembinaan Fasa II dan III jalan raya Kuala Kangsar - Gerik; dan (b) pembinaan jalan raya Simpang Pulai - Lojing - Gua Musang - Kuala Berang. Menteri Kerja Raya [Dato' Seri S. Samy Vellu]: Tuan Yang di-Pertua, untuk maklurnan Ahli Yang Berhormat, (a) Pakej 2 projek memperbaiki Jalan Kuala Kangsar - Gerik mehbatkan pembinaan jalan dari Lenggong ke Sauk sepanjang 24 kilometer. Waiau bagaimanapun, pembinaan pakej ini ada1ah ditangguhkan berikutan kegawatan ekonomi yang sedang berlaku sekarang. Anggaran awal kos projek ini ialah RM140 juta. Pakej 3 baiki Jalan Kuala Kangsar- Gerik pula mehbatkan jalan dari Sauk ke persimpangan Kuala Kangsar sepanjang 21 kilometer dengan kos pembinaan dianggarkan RM180 juta. Projek akan dilaksanakan oleh syarikat gabungan terdiri daripada:- (i) Syarikat Kobena Berhad; {ii) Syarikat Megat Ahmad Shahrani Sein. Bhd.; dan 8 DN.11.5.1999

(iii) Syarikat Anjung Emas Sdn. Bhd. Kementerian seclang menunggu keputusan muktamad harga rundingan kontrak daripada Kementerian Kewangan. (b) Projek Jalan Simpang Pulai - Lojing - Gua Musang - Kuala Berang dilaksanakan secara bexperingkat di mana kerja reka bentuk clan pembinaannya dibahagikan kepada lapan pakej, iaitu: (i) Pakej 1 (Simpang Pulai ke Pos Selim) 27 kilometer. Pakej ini telah dilaksana clan disiapkan oleh Ganaz Bina Sein. Bhd. pada 24 Januari 1994 dengan harga kos sebanyak RM78.8 juta. (ii) Pakej 2 (Pos Selim ke Lojing) 31 km. Pakej 2 ini mempunyai tiga subpakej iaitu:-

1. Pakej 2A - Pos Selim ke sempaclan Perak.

11. Pakej 2B - sempadan Perak ke Ladang Blue Valley. m. Pakej 2C - Ladang Blue Valley ke Lojing. Pakej 2A & 2B ini seclang dilaksanakan oleh MID Construction Sdn. Bhd secara 'fixed turnkey lumpsum' bemi1ai RM282 juta. Tempoh kontrak adalah dari 2 Mei 1997 hingga 27 April 2000. Kemajuan sebenar bagi pakej ini ialah 56% berbanding dengan jadual 58.7%. Pakej 2C ini mehbatkan pembinaan jalan dari Ladang Blue Valley ke Lojing dengan anggaran harga kontrak RM5.9 juta. Tender untuk pakej ini telah ditutup pada 11 Januari 1999 yang lalu. (iii) Pakej 3 (Lojing ke Pos Blau) 54.5 kilometer. Pakej ini dibahagikan kepada dua subpakej iaitu:-

1. Pakej 3/1 di Mukim Nengiri di Daerah Ulu Kelantan; clan ii. Pakej 3/2 di Mukim Gua Musang di Daerah Ulu Kelantan. Anggaran kos projek berjumlah RM395juta. Tender untuk pakej 3/1 telah ditutup pada 11 Januari 1999 manaka1a tender untuk pakej 3/2 ditutup pada 31 Disember 1998. DN.11.5.1999 9

(iv) Pakej 4 (Pos Blau ke Kg. Kuala Betis) 21 kilometer. Pakej ini sepanjang 20 kilometer clan ia dibahagikan kepada pakej 4A clan pakej 4B. Anggaran kos projek ialah RM140 juta. Untuk kedua-dua pakej tersebut tender telah ditutup pada 31 Disember 1998. (v) Pakej 5 (Chiku ke Aring) 25.5 kilometer. Pakej ini mengandungi 2 pakej iaitu:- (i) pakej 5/1 - Sg. Relai ke Aring (15.50 km.) (ii) pakej 5/2 - Chiku ke Sg. Relai (10.0 km.) Kedua-dua pakej ini masih dalam peringkat rekabentuk clan anggaran kos projek ialah RM89 juta. (vi) Pakej 6 (Aring ke jambatan Pasir Pulau) 67 kilometer. Pakej ini dibahagikan kepada ti.ga subpakej iaitu:- i. Pakej 6A ii. Pakej 6B iii. Pakej 6C Reka bentuk untuk pakej ini masih da1am peringkat reka bentuk clan · anggaran kos projek ia1ah RM460 juta. (vii) Pakej 7 Gambatan Pasir Pulau ke Kg. Teris) 35 kilometer. Pakej ini mempunyai tiga pakej iaitu:- (i) Pakej 7A (9.6 kilometer) Reka bentuk untuk pakej ini telah siap clan tender telah ditutup pada 30 Disember 1998. Anggaran kos pakej ini ialah RM70 juta. (ii) Pakej 7B (13.9 kilometer) Pakej ini dalam peringkat pelaksanaan di mana kemajuan :fizika1 sehingga kini ialah 88% (sebenar 100%). Harga kontrak bagi pakej ini ialah RM46.8 juta. Projek dilaksanakan oleb kontraktor Hubungan Raya Terengganu Sdn. Bhd dan Ekovest Sdn. Bbd (iii) Pakej 7C (11 kilometer) Pakej ini masih dalain peringkat reka bentuk clan anggaran kos projek ialab RM35.2 juta. (ix) Pakej 8 (Kg. Teris ke Kuala Berang)-ini projek terakbir- 28 kilometer. 10 DN.11.5.1999

Pakej ini masih da1am peringkat reka bentuk dan anggaran kos projek ialah sebanyak RM56 juta. Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, sebelum soalan tambahan saya bagi pihak warga kontraktor Melayu merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan kerajaan kerana baru menganugerahkan satu projek yang agak besar kepada kita untuk melaksanakan projek ring-road pakej 11 berjumlah hampir RM240 juta dan insya-Allah, k:ita akan laksanakan bermula pada akbir bulan ini. Soalan tambahan saya ia1ah da1am keadaan akhir-akhir ini kita bercakap banyak masalah laluan Lebuhraya Pantai Timur. Ada kerajaan negeri tidak bexpuas hati dengan keputusan Kerajaan Pusat dan ada beberapa syarikat didakwa tidak dapat melaksanakan Projek Lebuhraya Pantai Timur dan di peringkat kerajaan-kerajaan negeri di Pantai Timur amat memerlukan lebuh raya ini untuk merangsangkan usaha-usaha ekonomi di peringkat Koridor Pantai Timur. Apakah keputusan sebenar pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur ini dan bilakah agaknya ianya boleh direalisasikan pelaksanaan di tapak. Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, seperti apa saya jawab da1am Dewan yang mulia ini beberapa hari yang lalu iaitu Lebuhraya Pantai Timur sedang dibincang di antara kontraktor dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Mula-mulanya kita mendapat kelulusan projek ini da1am Jemaah Menteri tetapi keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu semua projek seperti ini mesti mendapat pandangan daripada rakyat jelata dan juga pengguna­ pengguna jalan. Jadi, ini ada da1am peringkat mendapat pandangan daripada pengguna­ pengguna. Saya percaya mesyuarat berkenaan dengan itu pun sudah selesai di Jabatan Perdana Menteri dan selepas itu apabila k:ita dapat jawapan daripada Unit Perancang Ekonomi kita akan mulakan kerja. Mereka iaitu Syarikat MMC telah merancang untuk mengadakan dua pakej sebagai pembinaan dimu1a dengan dua pakej itu. Satu dari Karak ke Lancang menjadi projek pertama, satu lagi dari Terengganu. Jadi, dua projek ini sebagai projek pertama. Selain daripada itu k:ita mesti menunggu untuk mendapat tahu apakah keadaan kewangan syarikat itu. Adakah mereka mendapat pinjaman daripada bank atau tidak. Banyak di antara bank tidak suka memberi pinjaman untuk projek-projek infrastruktur sekarang. Jadi, saya harap mereka boleh juga meneruskan projek dengan bantuan daripada beberapa pihak agensi kewangan. Dato' Haji Mohd. Zuk:i bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, saya ucap tahniah sekali lagi kepada Dato' Seri S. Samy Vellu kerana selalu datang menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negara dan dia layak untuk menjawab banyak soalan sebab dia tahu apa yang berlaku dalam kementerian dia. Soalan saya ialah saya mengambil kesempatan di sini untuk menyentuh Gua Musang. Saya tidak ingin menyentuh jalan lain sebab terkeluar daripada soalan ini. Ada nampak Gua Musang di sini tadi. Jadi, Jalan Gua Musang ini pun dimulakan oleh keselamatan dahulu, kemudian dia naik tara.f sedikit tetapi setakat ini jalan Gua Musang ke Kuala Lipis, saya rasa amatlah kecil lagi dan adakah pihak kerajaan, untuk menaikkan tarafuya daripada Gua Musang-Bentong ini. Di negara k:ita ini jarang sangat kita dapati bahawa lori apabila berselisih kena berhenti di tepi di Jalan Bentong-Raub. Tolonglah Dato' Seri beri sedikit keihsanan kepada kami. Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, jalan ini da1am penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya tetapi saya tidak mempunyai butir-butir berkenaan dengan projek itu. Walau bagaimanapun, saya akan dapatkan butir-butir daripada Kementerian Kerja Raya dan saya akan jawab terus kepada Yang Berhormat dengan surat. 8. Puan Faridah binti Abu Hassan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan setakat ini bilangan kes samseng jalan raya yang melibatkan pemandu-pemandu pengangkutan awam dan orang awam yang telah didakwa dan akan didakwa di mahkamah kerana kes-kes ini berlaku di bandar-bandar besar dan Wilayah Persekutuan. DN.11.5.1999 11

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, jumlah kes samseng jalan raya di seluruh Malaysia bagi tiga tahun kebelakangan ini berjumlah 1,234 kes. Daripada jumlah tersebut sebanyak 63 kes telah pun didakwa dan selebihnya masih dalam siasatan polis. Puan Kamilia binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melahirkan rasa kebimbangan saya tentang kes-kes samseng jalan raya ini kerana dewasa ini ia banyak melibatkan anak-anak muda kita terutamanya di waktu awal pagi. Saya ingin tahu daripada pihak kementerian apakah tindakan-tindakan pencegahan yang telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk dapat mengawal kejadian kes-kes samseng ini dan adakah pihak kementerian sedar bahawa anak-anak muda yang terlibat ini kebanyakannya adalah anak­ anak muda yang mungkin tidak ada lesen untuk membawa kereta tetapi mereka bersiar-siar di waktu malam dan menjadi mangsa kepada samseng-samseng jalan raya ini. Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, memang usaha pencegahan kepada masalah ini sedang dijalankan secara bersepadu, bukan sahaja oleh Kementerian Dalam Negeri, pihak politik lebih-lebih lagi Kementerian Pengangkutan dan memang sekarang ini sebagaimana kita ketahui, pihak polis telah pun meningkatkan rondaan-rondaan dan juga pemeriksaan di jalan-jalan untuk mengawal keadaan ini. Ini adalah satu masalah masyarakat dan saya rasa harus diselesaikan secara bersepadu bersama-sama dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang lain. Dato' Dr. Yeow Seng Huat: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah pada masa sekarang ada banyak kes yang dilakukan oleh samseng iaitu hit and run, dengan izin, di mana selepas kemalangan penunggang motor itu lari daripada scene of accident. Soalan saya apakah tindakan pihak polis di atas perkara ini? Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita ketahui memang kes-kes hit and run ini merupakan satu masalah yang sukar untuk polis menyelesaikan secara persendirian. Memang dia menjalankan siasatan sepanjang masa, jadi dalam hubungan ini saya ingin menyeru kepada masyarakat dan rakyat di mana ada kes-kes seperti itu mereka haruslah tampil ke hadapan untuk membantu polis dengan memberi apa juga bukti-bukti yang mereka ada. 9. To' Puan Wan Seri Asiah binti Ahmad minta Menteri Pengangkutan menyatakan memandangkan salah satu industri yang banyak bergantung kepada komputer untuk operasinya ialah industri penerbangan dan tanpa sistem komputer kapal terbang, sistem komunikasi, pendaratan, radar tidak akan dapat berfungsi dan adakah kementerian sudah bertindak untuk memastikan sistem komputer di Jabatan Penerbangan Awam beroperasi pada tahun 2000. Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam bersama dengan semua agensi lain yang terlibat telah pun bertindak untuk memastikan sistem komputer bagi industri penerbangan awam berfungsi dengan sempuma pada tahun 2000. Satu pasukan petugas di dalam bahagian Perkhidmatan Kawalan Trafilc Udara di dalam Jabatan Penerbangan Awam telah ditubuhkan dan telah menjalankan usaha-usaha di bawah skop tugasan bagi menentukan semua sistem komputer seperti dalam kapal terbang, sistem komunikasi dan juga pendaratan radar akan dapat berfungsi dengan sempuma menjelang tahun 2000. Bagi memenuhi maksud tersebut, kerajaan telah pun melantik juruperunding supaya kita dapat memastikan iaitu semua pembekal yang akan membekalkan peralatan penerbangan yang telah dikenal pasti impaknya dan seterusnya dibaiki, diuji dan disahkan Y2K compliance, dengan izin, sebelum ianya dapat diberikan dan segala peralatan tersebut sedang menjalani proses remediation, ataupun balik pulih dan peningkatan dari segi perkakasan dan perisian oleh pembekal-pembekal asal atau kontrak yang membekalkan 12 DN.11.5.1999 peralatan tersebut. Semua peralatan kritikal ini akan disahkan oleh pembekal atau kontraktor pada bulan September 1999 iaitu tahun ini. Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusof: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya pemah mengikuti satu wawancara di televisyen seorang juruterbang mengatakan untuk menyakinkan bahawa kita ini telah bersedia menghadapi alaf baru ini. Dia sanggup terbang pada 31 Disember. jam 12.00 malam bermakna dia akan mendarat pada esok harinya. Ini untuk menggambarkan bahawa sistem komputer kita begitu up-to-date sekali. Yang saya bimbangkan sekiranya kita akan mendarat ke negara asing pada 1 Januari 2000 pada jam 1.00 pagi, adakah kita dapat pastikan bahawa kapal terbang kita, penumpang yang ada kapal terbang kita selamat. Apakah usaha-usaha yang dijalankan? Dato' Chor Chee Heung: Dalam industri penerbangan ini saya percaya memang ada badan-badan antarabangsa yang menjadi watch-dog dengan izin, supaya semua sistem komputer sama ada dalam kapal terbang ataupun dalam lapangan terbang akan menjadikan Y2K compliance sebelum ianya dapat dibuka untuk perkhidmatan atau di mana lapangan terbang di mana-mana tempat di dunia ini haruslah mengadakan kepastian ini sebelum kapal terbang dapat mendarat atau pun menggunakan lapangan terbang itu. Dalam hal ini saya percaya Malaysia juga tidak mempunyai masalah dan kita akan mernastikan lapangan terbang yang mana kapal terbang kita akan pergi, akan mendarat, juga Y2K compliance sebelum berlaku. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhorrnat Datuk Haji Hashim 10. Puan Kamilia binti Ibrahim [di bawah izin S.O. 23(2)) minta Kementerian Kewangan menyatakan berapakah dividen KWSP tiga tahun berturut-turut mulai tahun 1996. Apakah langkah-langkah untuk memastikan dividen ini dapat di tingkatkan dari tahun ke tahun demi kebaikan pencarum. Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, jumlah dan kadar dividen yang telah dibayar oleh KWSP bagi tahun 1996, 1997 dan 1998 adalah seperti berikut: · (i) tahun 1996 dividen ialah 7.7% yang melibatkanjumlah wang RM7,685 juta; (ii) tahun 1997 kadar dividen ialah 6.7% melibatkanjumlah wang RM7,742 juta; (iii) tahun 1998 kadar dividenjuga ialah 6.7% melibatkanjumlah wang RM8,677 juta. Dividen KWSP adalah berdasarkan pendapatan bagi sesuatu tahun berkenaan. KWSP sentiasa berusaha memastikan pelaburannya yang berdasarkan amalan prudent mampu menjanakan pulangan semaksimum mungkin. Bagi mencapai objektif ini KWSP telah membuat unjuran alokasi aset strategi sehingga tahun 2000 yang dijangkakan berupaya memberikan pulangan terbaik dari cabang-cabang yang diceburi. Kemelesetan ekonomi mulai tahun 1997 memberikan kesan negatif terhadap prestasi syarikat dan pasaran saham. Keadaan ini turut memberikan tekanan kepada keupayaan KWSP mengekalkan pembayaran dividen pada tahap-tahap yang lalu. Mernandangkan KWSP sentiasa terdedah kepada risiko pasaran seperti juga pengurus-pengurus dana antarabangsa, KWSP turut mengamalkan perancangan alokasi aset taktikal tahunan secara prudent bagi membolehkan pelaburannya mampu menangani kesan negatif akibat daripada tarif di pasaran. Penetapan alokasi aset taktikal tahunan disokong oleh kajian terperinci berbentuk kuantitif dan kualitatif, dapat membantu KWSP membuat keputusan pelaburan yang baik mernastikan pulangan optimum diperolehi atas tabungan ahli-ahli KWSP. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuarat] Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Soalan tambahan saya memandangkan dividen yang diberi kepada pencarum-pencarum tahun 1996 - 7.7%, 1997- 6.7%, 1998- DN.11.5.1999 13

6. 7% ini adalah rendah berbanding dengan penyimpan-penyimpan di dalam amanah­ amanah saham dan juga fixed depositfsimpanan tetap di bank-bank. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk memberi perlindungan insurans kepada pencarum-pencarum ini kerana mereka ini pencarumjangka panjang bukan short term, dengan izin. Datuk Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua saya tidak faham apa yang dimaksudkan memberikan perlindungan insurans kepada pencarum­ pencarum ini. Adakah kalau sekiranya kadar dividen itu kurang daripada apa yang telah dijanjikan maka mereka ini dibayarkan insurans? Jadi biar soalan Yang Berhormat itu tepat sedikit kerana saya kurang faham apa yang dimaksudkan. Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, yang saya maksudkan ialah pencarum-pencarum ini d.iberi perlindungan percuma, katalah untuk jangka masa tertentu berapa dia beli RMl0,000 atau berapakah sampai masa dia boleh mengeluarkan caruman, dengan sendirinya wang caruman itu boleh diambil. Datuk Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak bercadang berbuat demikian kerana KWSP ini merupakan dana untuk kita melaburkan pencaruman yang dibuat oleh pencarum-pencarum bagi hari tua mereka. Jadi oleh kerana itu segala apa yang diberikan oleh KWSP ini akan digunakan untuk dilabur atau jika ada keperluan bagi mereka untuk membeli rumah dan lain-lain perkara yang basiscitu sentiasa KWSP fikirkan dan berkenaan kadar yang diberikan kepada dividen begitu rendah jika dibandingkan dengan fixed deposit (FD) yang ditentukan oleh bank­ bank. Untuk makluman Yang Berhormat fixed deposit yang ditentukan ada satu bulan ia naik dan turun, jadi ia tidak stabil. Pada tahun 1998, saya masih ingat iaitu bahawa kadar yang paling tinggi iaitu 11 % tapi dengan masa yang singkat juga ia menjunam. Disabitkan oleh kerana dana-dana wang yang besar ini kita telah pun allocated lebih awal maka kita tidak boleh untuk mengambil kesempatan FD yang tinggi itu, kita tidak boleh mengeluarkan allocation untuk masuk ke bank dan Yang Berhormat pun tahu bahawa kadar yang tinggi yang telah diberikan sebelum ini adalah satu kesilapan besar pada tahun 1998 apabila dinaikkan dengan kadar kepada 11%, 12% ianya merupakan preskripsi yang diterima oleh kerajaan, oleh Menteri Kewangan pada ketika itu yang jelas pada hari ini menunjukkan bahawa ia merupakan satu kesilapan yang besar. Jadi kita tidak boleh hendak membuat perbandingan iaitu kalau bank boleh memberi 11 % maka dividen daripada KWSP juga mesti 11 % kerana kadang-kadang rasional yang diambilkan oleh bank untuk menaikkan kadar FD ini tidak sama dan tidak stabil jika dibandingkan dengan rasional yang dibuat oleh KWSP. Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Pencaruman KWSP ini amat penting sekali oleh itu dari segi apa yang diberikan oleh kerajaan kadar dividen telah pun menurun. Saya hendak tahu sektor pelaburan manakah yang tidak memberi dividen kepada KWSP? Datuk Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, KWSP ini kita letakkan dalam beberapa sektor ekuiti, bon dan juga pasaran matawang maka sudah tentulah kalau mana-mana sektor ini terjejas daripada kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 ia akan menyebabkan kurangnya pembayaran dividen yang diberikan kepada KWSP. Jadi, kita semua tahu bahawa memang pada tahun 1997 dan 1998 merupakan dua tahun yang mana ekonomi kita gawat dan saya kira dalam mana-mana sektor pun sekali semuanya terlibat dalam kegawatan itu. Jadi, kalau kita hendak tunjukkan bahawa ada sektor-sektor yang tertentu yang menyebabkan kurangnya pembayaran dividen disabitkan oleh kelembapan sektor itu, saya ingin menyatakan bahawa pada tahun 1997 dan 1998 semuanya sektor terlibat kerana kegawatan ekonomi ini ialah kegawatan menyeluruh dan bukannya satu kegawatan yang hanya melibatkan satu dua sektor sahaja. 14 DN.11.5.1999

11. Puan Hajah Jamilah binti Ibrahim minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah penerbitan buku-buku DBP dari tahun 1996 hingga sekarang. Apakah jenis-jenis buku yang diterbitkan dan nyatakan kaedah promosi yang dijalankan. Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus): Tuan Yang di-Pertua, jumlah penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dari tahun 1996 sehingga sekarang ialah 1,860. Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti sains tulen, kesusasteraan, sains sosial, bahasa, agama, sains dan teknologi umum, falsafah, kesenian, ilmu alam dan sejarah. Bagi memasarkan buku­ buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka beberapa kaedah promosi telah dilaksanakan iaitu: (i) paparan iklan di media cetak dan elektronik; (ii) publisiti melalui media cetak dan elektronik, pameran buku, bicara buku dan sebagainya; (iii) peragaan buku Dewan Bahasa dan Pustaka di kedai-kedai buku dan galeri buku Dewan Bahasa; dan, (iv) hubungan terns ataupun kunjungan wakil penjual atau pengedar Dewan Bahasa dan Pustaka dengan pembeli terutamanya pembeli institusi seperti jabatan-jabatan kerajaan dan swasta, sekolah-sekolah dan perpustakaan. Terima kasih. Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, sebagaimana yang telah kita maklum, zaman 60-an, 70-an Dewan Bahasa dan Pustaka begitu gemilang sekali dalam keterampilannya tetapi di akhir-akhir ini nampaknya Dewan Bahasa dalam usaha memperjuangkan bahasa agak menyepi sedikit. Ini soalan saya. Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Terima kasih, Tuan Yang di­ Pertua. Saya tidak berapa setuju kalau ada pihak yang mengatakan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka agak sepi dari segi perjuangan bahasa ataupun khususnya sentiasa memupuk dan memertabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, itu saya fildr maksud Yang Berhormat tadi kerana pada masa ini kita mempunyai sebuah jawatankuasa yang kita panggil Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan Bahasa dan di bawah Jawatankuasa ini kita mengatur pelbagai kegiatan di sepanjang tahun. Selain daripada itu, kita juga mempunyai beberapa jawatankuasa lagi iaitu jawatankuasa yang khusus seperti untuk mengatur dan melaksanakan pelbagai kegiatan dalam sektor swasta dan kadangkala kegiatan-kegiatan ini tidak mendapat sebaran yang begitu meluas. Namun pergerakan itu saya tegaskan sentiasa berjalan dengan lancar dan alhamdulillah kita mendapat sambutan yang menggalakkan dan kalau sekiranya kedapatan mana-mana pihak baik dalam sektor awam, kerajaan atau swasta nampak kelihatan agak mengabai-abaikan soal bahasa ini, maka Jawatankuasa ini dan beberapa jawatankuasa kecil yang lain sentiasa memberikan nasihat, pandangan dan teguran. Kalau sekiranya keadaan itu memerlukan tindakan yang agak tegas, maka kami di Kementerian Pendidikan akan sentiasa mengambil langkah-langkah yang difikirkan wajar untuk memastikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan itu sentiasa dipupuk dan dipelihara mertabatnya sebagai bahasa rasmi. Datuk Zainudin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada menteri yang berkenaan, ada atau tidak kemungkinan kerajaan akan mengkaji semula dasar dan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah dilihat tidak dapat memenuhi keperluan kepesatan pelajaran dan pengetahuan umum sendiri yang terbukti perlu diwujudkan suatu biro penterjemahan negara untuk mengambil tanggungjawab Dewan Bahasa itu sendiri dan juga tentang sebuah buku Inggeris atau beberapa buah buku Inggeris DN.11.5.1999 15 yang telah dibaca oleh orang-orang Singapura pada hari ini dan kita hanya dapat menterjemahkannya lima tahun kemudian. Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Tuan Yang di-Pertua, soal meneliti dasar dan fungsi itu sentiasa kita teliti dari masa ke semasa. Saya menerima baik pandangan bahawa ada kelemahan di sana sini sepanjang proses pelaksanaan itu kerana Dewan Bahasa dan Pustaka terpaksa mengikuti ataupun memperbaiki ataupun update, dengan izin, langkah-langkah dan juga perancangan-perancangan serta cara melaksanakan sesuatu kegiatan sesuai dengan keperluan zaman sekarang dan apa juga perkara dan kelemahan yang dapat kita kesan sentiasa kita cuba perbaiki dari masa ke semasa. Datuk Haji Sairin bin Karno: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, sejak akhir-akhir ini kita banyak melihat dan kita banyak didedahkan oleh terjemahan­ terjemahan buku yang boleh dikatakan mempunyai kualiti yang agak bagus, namun adakah kerajaan menyedari bahawa harga buku-buku terjemahan ini terlalu mahal. Apakah kerajaan melalui kementerian ini berhasrat untuk mengawal harga seumpama ini? Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Terima kasih, Tuan Yang di­ Pertua, kita sedar akan soal ataupun masalah harga buku khususnya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa mencari langkah-langkah yang wajar supaya harga buku keluaraan Dewan Bahasa dan Pustaka terutama sekali dapat dimiliki ataupun dibeli dengan harga yang lebih wajar dari satu masa ke satu masa. Kita sedar akan kesannya kalau sekiranya buku-buku itu tidak dapat dijual. Daripada langkah­ langkah yang telah kita ambil di mana yang boleh Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa cuba untuk memastikan harga itu dalam lingkungan yang berpatutan untuk dibeli oleh pembeli-pembeli. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah pun selesai. [Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 12 hingga 43 akan dijilid dalam bukuyang berasingan] USUL KAJIANSEPARUHPENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH Timbalan Perdana Menteri [Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan satu Usul seperti berikut:- Bahawa Dewan ini, menyedari pertumbuhan ekonomi dan pencapaian matlamat sosioekonomi secara keseluruhan adalah membanggakan dalam tempoh tiga tahun pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketujuh walaupun prestasi ekonomi kurang memuaskan pada tahun 1998 berikutan krisis kewangan serantau; mengambil maklum dan merestui usaha Kerajaan meneruskan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional bagi mencapai pembangunan seimbang berasaskan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama, selaras dengan matlamat yang terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua; melulus dan mengesahkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh yang bertujuan untuk melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan bagi mencapai hasrat dan matlamat Dasar Pembangunan Nasional seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah Bil. 8 Tahun 1999; 16 DN.11.5.1999

Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal ini, Dewan yang mulia ini menyeru semua rakyat Malaysia berusaha lebih gigih dan penuh keazaman ke arah matlamat membina satu bangsa yang adil, bersatu padu, maju, berdaya saing serta mempunyai tahap ketahanan yang tinggi selaras dengan cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.menjelang tahun 2020. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya bentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh untuk dibahas oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewanini. Tuan Yang di-Pertua, seperti masa yang lepas kajian separuh penggal bagi sesuatu rancangan akan menilai pencapaian objektif dan sasaran kita. Mengenal pasti halangan yang dihadapi serta menilai prospeks, dasar dan keutamaan di dalam pembangunan sosio­ ekonomi negara. Walau bagaimanapun, oleh kerana negara telah dilanda krisis ekonomi pada tahun 1998, Kajian Separuh Penggal ini telah disediakan dalam suasana yang mencabar. Dahulu cabaran utama adalah untuk managing success, dengan izin, tetapi kini cabaran utama ialah untuk merangsangkan semula ekonomi. Perubahan daripada satu ekonomi yang pesat berkembang kepada satu ekonomi menguncup yang mencatatkan pertumbuhan negatif sebanyak 6.7% adalah suatu yang mengejutkan dan perlu ditangani serta-merta. Justeru itu, kerajaan telah memperkenalkan langkah-langkah altematif yang semasa itu dianggap radikal, dengan izin, demi untuk memulihan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, bagi makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, prestasi ekonomi makro bagi tempoh dua tahun pertama, rancangan ini adalah amat memberangsangkan dengan kebanyakan petunjuk ekonomi mencatatkan prestasi yang melebihi sasaran rancangan. Kadar pertumbuhan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah 8.2% setahun bagi tempoh 1996 hingga 1997. Sementara kadar inflasi adalah rendah pada 2.7% dan kadar pengangguran hanya 2.6% pada tahun 1997. Waiau bagaimanapun, dalam tahun 1998 berikutan krisis kewangan ekonomi negara telah mencatat kadar pertumbuhan yang negatif dan seterusnya telah menyebabkan pembangunan negara merosot beberapa tahun ke belakang. Sasaran pertumbuhan KDNK sebenar ialah 8% setahun tetapi ekonomi hanya mencatat pertumbuhan purata 3% bagi tempoh 1996 hingga 1998. Pendapatan per kapita telah berkurangan daripada RM12,051 pada tahun 1997 kepada RMl l,835 pada tahun 1998. Inflasi meningkat daripada 2.7% pada tahun 1997 kepada 5.3% pada tahun 1998. Manakala, pengangguran meningkat daripada 2.6% kepada 3.9% dalam tempoh yang sama. Pertumbuhan ekonomi dalam tempoh kajian adalah sebahagian besamya berikutan permintaan luaran yang kuat. Walaupun permintaan dalam negara merupakan penyumbang utama kepada pembangunan pada tahun 1996 dan awal tahun 1997 eksport meningkat pada pertengahan tahun 1997 dan terns kukuh berikutan penurunan nilai Ringgit. Eksport sebenar meningkat 5.6% setahun pada tempoh 1996-1998 tetapi ini adalah lebih rendah daripada sasar rancangan sebanyak 10.9%. Waiau bagaimanapun, disebabkan pertumbuhan eksport berkurangan dan kesan basil kejatuhan nilai Ringgit import sebenar jatuh 2.1 % setahun dalam tempoh kajian. Satu aspek positif akibat daripada krisis ekonomi ini adalah kedudukan imbangan pembayaran yang meningkat dengan ketara berbanding dengan matlamat rancangan. Akaun semasa mencatatkan lebihan sebanyak 13.7% daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) pada tahun 1998 berbanding dengan defisit 5.1% pada tahun 1996. Kedudukan positif ini adalah basil lebihan dalam kajian perdagangan akibat daripada pertumbuhan tinggi dalam eksport barangan sebanyak 28.9% pada tahun 1998 dan pertumbuhan yang lebih rendah bagi import barangan pada kadar 2.6%. Waiau bagaimanapun, peningkatan dalam lebihan dagangan ini dikurangkan oleh defisit yang besar dalam akaun . perkhidmatan dan aliran keluar dalam akaun pindaan. DN.11.5.1999 17

Dalam akaun modal, modal jangka pendek mencatatkan aliran keluar bersih yang besar disebabkan oleh krisis kewangan. Dalam masa yang sama terdapat aliran masuk bersih modal jangka panjang basil usaha kerajaan untuk membiayai perbelanjaan counter cyclical, dengan izin, dengan itu imbangan keseluruhannya menjadi bertambah baik. Isu dan Cabaran Terhadap Ekonomi - Tuan Yang di-Pertua, basil daripada pelaksanaan langkah yang telah diperkenalkan oleh kerajaan terutamanya sejak pertengahan tahun 1998 kini telah memperlihatkan tanda-tanda pemulihan ekonomi kita. Perkembangan KDNK suku tahun sedang bergerak ke arah up trade, dengan izin. Bagi suku keempat 1998 ia telah menguncup lebih kecil berbanding suku tahun ketiga. Insya­ Allah, kita akan melihat perkembangan yang lebih baik bagi suku tahun pertama tahun ini berdasarkan peningkatan indeks pengeluaran pembuatan (IPP) sebanyak 5.9% dalam bulan Februari 1999 iaitu pertama kali sejak 12 bulan yang lalu. Indicator pelaburan juga bertambah baik seperti jumlah pinjaman yang telah diluluskan oleh sistem perbankan adalah lebih besar. Penggunaan dana di bawah tabung-tabung khas yang telah bertambah terutama tabung industri kecil dan sederhana dan tabung makanan. Dari segi penggunaan kita lihat jualan kenderaan telah meningkat lebih dari tiga kali ganda berikutan dari berkurangnya kadar faedah, kadar margin sewa beli dan harga kereta. Imbangan perdagangan mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah negara dengan lebihan sebanyak RM58.4 billion dalam tahun 1998 dan lebihan yang besar masih berterusan sehingga bulan Mac 1999. Rizab luar negeri bersih kukuh pada US$28.6 billion pada akhir bulan April 1999 cukup untuk membiayai kira-kira 6.1 bulan import tertangguh. Prestasi Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) juga semakin baik dan telah melebihi 700 mata pertama kali sejak 13 bulan yang lalu. Jika dibandingkan dengan pasaran saham antarabangsa yang lain BSKL juga merupakan antara bursa saham yang mencatatkan peningkatan terbaik sejak kerajaan memperkenalkan langkah kawalan pertukaran asing terpilih. Sejak akhir-akhir ini banyak pihak telah memuji langkah-langkah kawalan modal terpilih yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Jika dahulu mereka beranggapan bahawa kawalan modal akan menyekat pelaburan asing dan menjejaskan kecekapan ekonomi tetapi kini mereka berpendapat bahawa negara-negara membangun akan menikmati faedah daripada mengenakan kawalan secara terpilih dalam keadaan krisis ekonomi seperti yang dihadapi sekarang ini. Mereka juga berpendapat bahawa Malaysia telah berjaya melaksanakan kawalan tersebut dengan sebaik-baiknya. Langkah tersebut telah membolehkan kerajaan melaksanakan usaha-usaha penyusunan semula struktur kewangan dan pemulihan ekonomi dalam suasana yang stabil. Kedudukan ekonomi yang semakin bertambah baik ini bukanlah perkara yang direka-reka. Beberapa penganalisis asing sendiri telah membuat unjuran yang lebih tinggi atau lebih bullish, dengan izin, dari kita sendiri jangkakan. Antaranya Goldman Sachs menganjurkan ekonomi kita akan berkembang sebanyak 2% pada tahun 1999 SG Securities at Hong Kong 25%, International Institute of Finance 3%, Merril Lynch juga telah menyatakan perkembangan ekonomi kita bertambah kukuh dari segi imbangan akaun luar negara. Kestabilan Ringgit dan kemampuan ekonomi pulih, Standard & Poors' telah menyemak kembali penarafan Malaysia dari negatif kepada stable sementara Morgan Stanley pula telah menyatakan bahawa Malaysia mempunyai kualiti kredit tertinggi di Asia. Selain daripada itu IMF juga baru-baru ini telah mengkaji semula unjuran tumbuhan ekonomi Malaysia di mana unjuran tersebut adalah lebih tinggi daripada unjuran 1% yang dikeluarkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh. W alaupun ekonomi kita semakin bertambah pulih, masih terdapat beberapa isu yang perlu ditangani bagi memastikan pemulihan ekonomi yang mapan dan mengembalikan momentum pertumbuhan serta meningkatkan keyakinan para pelabur dan orang awam. Pada asasnya Kajian Separuh Penggal mengutarakan enam cabaran utama. 18 DN.11.5.1999

Cabaran pertama, perlunya pengekalan asas-asas ekonomi makro yang kukuh sebelum berlakunya krisis kewangan. Negara telah menikmati kadar pertumbuhan yang tinggi, kadar inflasi yang rendah dan guna tenaga yang penuh. Akibat daripada krisis ini terdapat pengaliran keluar modal jangka pendek yang besar, kejatuhan harga saham, kejatuhan produktiviti, kenaikan kadar inflasi dan kenaikan kadar pengangguran. Keadaan ini menyebabkan berlaku kemerosotan dalam kutipan basil dan pakej rangsangan fiskal oleh kerajaan. Oleh itu asas-asas ekonomi makro perlu diperkukuhkan bagi menyokong proses pemulihan dan pertumbuhan negara. Cabaran kedua, ialah untuk meningkatkan tahap produktiviti. Salah satu teras penting Rancangan Malaysia Ketujuh adalah untuk meningkatkan sumbangan produktiviti sektor keseluruhan atau total factor productivity (TFP), dengan izin, kepada KDNK dalam tempoh 1996/1997, TFP adalah sebanyak 19.5% iaitu lebih rendah berbanding dengan 28.7% semasa tempoh Rancangan Malaysia Keenam. Oleh itu langkah-langkah bersesuaian perlu diambil jika kita mahu mengekalkan daya saing dan mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Cabaran ketiga, ialah untuk memulihkan kembali sektor swasta. Prestasi sektor swasta dalam tempoh 1996/1997 adalah memberangsangkan tetapi dengan penguncupan ekonomi yang berlaku pada tahun 1998, prestasi sektor swasta telah terjejas teruk. Pemulihan ekonomi negara tidak akan dapat dijayakan tanpa pemulihan pelaburan dan aktiviti sektor swasta. Justeru itu, tumpuan kepada pemulihan sektor swasta amatlah penting. Cabaran keempat, ialah mengatasi rintangan yang dihadapi oleh sektor-sektor produktif walaupun ekonomi pada keseluruhannya dan sektor-sektor produktif khususnya mengalami perubahan struktur ke arah pertumbuhan yang mapan, perubahan struktur dalam beberapa sektor tertentu perlu dipercepatkan lagi. Negara mesti melengkapkan diri dengan teknologi dan kemahiran yang lebih tinggi, melaksanakan aktiviti-aktiviti berintensifkan ilmu dan mempunyai nilai ditambah yang tinggi demi untuk menyediakan peluang-peluang yang boleh menghasilkan pendapatan dan kekayaan yang lebih tinggi. Cabaran kelima, ialah memastikan pencapaian objektif pengagihan yang berterusan. Kita telah mencapai kemajuan yang memuaskan dalam usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam tempoh 1996/1997. W alaupun kelembapan ekonomi telah mengakibatkan kesan yang mendalam ke atas golongan miskin dan menyekat potensi untuk menyusun semula guna tenaga dengan lebih cepat, program­ program sedia ada yang memberi faedah kepada golongan miskin serta langkah-langkah untuk mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang kompetitif dan mempunyai ketahanan perlu diterus dan diperkukuhkan lagi. Cabaran keenam, ialah meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Pembangunan negara hendaklah pada akhimya menghasilkan peningkatan dalam taraf dan kualiti hidup rakyat. Oleh itu cabarannya adalah untuk mengatasi halangan yang menjejaskan kualiti hidup rakyat supaya semua lapisan masyarakat Malaysia akan dapat memasuki alaf baru dengan penuh bangga dan keyakinan akan kemajuan yang akan dicapai. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu mempercepatkan proses pemulihan ekonomi dan melaksanakan usaha ke arah mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang teguh dan berterusan. Oleh itu kita perlu menangani isu-isu dan cabaran-cabaran yang telah saya huraikan. Dalam hubungan ini, kerajaan telah mengenal pasti 11 teras pembangunan utama bagi tempoh akhir Rancangan Malaysia Ketujuh. Teras pembangunan yang pertama, ialah memperkukuh asas-asas ekonomi makro, dari segi pengurusan ekonomi makro kita akan memberi tumpuan kepada usaha DN.11.5.1999 19 mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, membendung tekanan inflasi, memperbaiki lagi kedudukan imbangan luar negara, menghapuskan jurang sumber dan mengekalkan imbangan fiskal yang berhemat. Dasar kewangan dan fiskal akan dirangka bagi mengelak munculnya semula tekanan harga di samping memastikan pertumbuhan terus digalakkan. Usaha memperkukuhkan kedudukan luar negara akan dilakukan dengan memberi tumpuan terhadap peningkatan eksport dan mengurangkan defisit dalam akaun perkhidmatan dengan memajukan secara agresif sub sektor seperti pelancongan, pendidikan dan perkhidmatan pelabuhan. Dalam hubungan ini peruntukan asal pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi rancangan ini akan ditambah daripada RM67.5 bilion kepada RM89.5 bilion. Peruntukan ini akan diagihkan kepada sektor ekonomi sebanyak 48.2%, sosial 30.9%, keselamatan 12.8% dan pentadbiran am 8.1%. Pada keseluruhannya peruntukan pembangunan yang dicadangkan kekal sebanyak 16.3% daripada KNK. mengikut nilai semasa dan 17.6% daripada KNK mengikut nilai sebenar iaitu lebih rendah daripada Rancangan Malaysia Keenam. Program penswastaan yang dilancarkan sejak tahun 1983 dan ditingkatkan pelaksanaannya dalam tempoh 1996/1997 merupakan komponen penting dalam usaha untuk terus merasionalisasikan sektor awam. Sejak pelaksanaan program penswastaan dalam tahun 1983, sebanyak 434 projek telah diswastakan, yang mana 68 diswastakan dalam tempoh kajian semula. Kerajaan juga telah menjimatkan perbelanjaan modal sebanyak RM129.1 bilion di samping mendapat basil daripada jualan aset dan ekuiti berjumlah RM21.5 bilion. Selain daripada itu lebih daripada 105,000 pekerja sektor awam telah dipindahkan kepada sektor swasta. Penswastaan juga telah menambahkan penyertaan bumiputera dan meningkatkan program pembangunan vendor, pemindahan teknologi serta penyelidikan dan pembangunan. Meningkatkan bilangan tenaga manusia mahir dan berpengetahuan merupakan teras pembangunan yang kedua. Teras strategik pembangunan sumber akan ditumpukan kepada peningkatan, penawaran tenaga manusia mahir bagi menyokong penyusunan semula ekonomi negara ke arah intensif modal dan berasaskan pengetahuan. Penekanan akan diberi terhadap meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran tenaga kerja dan juga pengukuhan sistem penyampaian. Sehubungan dengan ini kerajaan telah menambah peruntukan untuk pendidikan dan latihan kepada RM16 bilion daripada peruntukan asal sebanyak RMlO bilion. Tabung Pendidikan Tinggi Negara telah ditubuhkan bagi memudahkan akses golongan berpendapatan rendah ke institusi pendidikan awam dan swasta. Sehubungan ini peruntukan bagi tabung ini telah ditambah daripada RM605 juta kepada RMl.5 bilion. Seramai 40,000 lagi pelajar di peringkat pengajian tinggi akan menerima kemudahan ini bagi meningkatkan penyertaan terutamanya golongan berpendapatan rendah untuk mendapat latihan kemahiran di semua peringkat. Kerajaan akan menyediakan Tabung Pinjaman Latihan Kemahiran dengan peruntukan awal sebanyak RM500 juta. Mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat adalah teras pembangunan yang ketiga dalam tempoh akhir rancangan. Teras pengurangan kemiskinan akan ditumpu kepada usaha mencapai sasaran rancangan untuk mengurangkan kadar kemiskinan rakyat Malaysia kepada 5.5% menjelang tahun 2000. Pada masa yang sama perhatian yang lebih akan diberi kepada usaha mencapai sasaran membasmi ketermiskinan dengan mengurangkan kadamya kepada 0.5%. Untuk memastikan pencapaian sasaran ini, kerajaan akan mempertingkatkan usaha membasmi kemiskinan dengan memberi tumpuan kepada kawasan dan golongan yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi. 20 DN.11-5.1999

Teras keempat ialah memperk:ukuhkan sektor kewangan. Sektor kewangan kita telah mengalami penyusunan semula berikutan penubuhan Danaharta dan Danamodal selaras dengan perubahan dan suasana ekonomi dan kewangan. Usaha untuk memperkukuhkan pengawasan dan kawal selia sistem perbankan akan diteruskan. Rancangan yang lebih komprehensif untuk perbankan Islam serta menggalakkan pertumbuhan pasaran modal Islam terutamanya ekuiti Islam juga sedang dirangka bagi membentuk strategi baru untuk alafyang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, teras pembangunan yang kelima ialah memulihkan sektor korporat. Satu rangka kerja yang menyeluruh telah pun digubal bagi membantu sektor korporat menangani masalah kekangan kewangan termasuk menyusun semula hutang. Dalam hubungan ini, Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat atau dengan izin, Corporate Debt Restructuring Committee (CDRC) yang dianggotai oleh sektor awam dan swasta akan terus menyediakan satu rangka kerja penyelesaian hutang antara siberhutang dan sipiutang secara sukarela tanpa melalui proses perundangan. Sementara itu, corporate governance, dengan izin, yang diasaskan kepada amalan pasaran akan dilaksanakan dengan tujuan untuk meraih nilai pemegang saham jangka panjang di samping mengambil kira kepentiangan pemegang-pemegang saham lain. Giatkan semula sektor pertanian dan luar bandar merupakan teras pembangunan yang sejajar dengan Dasar Pertanian Negara kita. Kita akan memberi keutamaan kepada usaha untuk mempergiatkan semula sektor pertanian dalam tempoh akhir rancangan. Ini termasuklah meningkatkan keluaran makanan dan mempercepatkan usaha untuk memodenkan sektor pertanian serta menjadikan Malaysia sebagai pengeluar basil pertanian yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Sebagai khidmat sokongan, kerajaan akan terus menyediakan kredit pertanian, latihan serta khidmat nasihat dalam proses memodenkan sektor pertanian terutamanya kepada pekebun-pekebun kecil. Dalam hubungan ini, kerajaan telah menambah peruntukan bagi Tabung Makanan kepada RMI bilion. Di samping itu, kerajaan akan memberi tumpuan yang lebih bagi menggalakkan inovasi dalam penggunaan teknologi moden dalam pertanian dan penggunaan teknologi yang menjimatkan tenaga kerja. Untuk mencapai objektif ini, peruntukan pembangunan sebanyak RM8.3 bilion akan disediakan untuk sektor pertanian dan pembangunan luar bandar. Menggiatkan semula pertumbuhan sektor pembuatan. Memandangkan pertumbuhan perindustrian yang kukuh merupakan prasyarat bagi pemulihan ekonomi yang berkekalan, tumpuan lebih besar akan diberi kepada aktiviti pembuatan. Kerajaan akan memperkenalkan beberapa langkah dan insentif bagi mengekalkan tahap pelaburan dalam sektor pembuatan. Di samping itu, usaha akan diteruskan bagi mempercepatkan anjakan strategik ke arah industri berasaskan teknologi tinggi dan pengetahuan dengan memberi tumpuan kepada pengeluaran produk yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan berpotensi untuk eksport. Satu lagi teras utama program perindustrian ialah pembangunan sektor industri kecil dan sederhana (IKS) yang moden, berdaya saing dan inovatif dari segi teknologi. Untuk mengukuhkan lagi sektor ini IKS adalah digalakkan untuk bersatu dan menggabungkan aktiviti masing-masing, mempelbagaikan asas pasaran mereka dan seterusnya menembusi pasaran dunia. Kerajaan juga akan terus memudahkan dan mempercepatkan penyertaan IKS yang lebih besar dalam pasaran eksport melalui MATRADE. Teras kelapan ialah mempertingkatkan pembangunan sektor perkhidmatan. Kerajaan akan memperhebatkan usaha bagi mencapai matlamat mewujudkan sektor perkhidmatan yang moden dan berorientasi luaran bagi tujuan memperkukuh dan memperluaskan asas ekonomi negara. Sehubungan ini, Malaysia akan dibangunkan sebagai hub, dengan izin, pengangkutan serantau. Pelabuhan Klang akan dimajukan DN.11.5.1999 21 sebagai pusat pemindahan kargo dan muatan manakaala Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA akan dijadikan hub penerbangan serantau. Malaysia juga akan berusaha menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini unruk membuka peluang bagi penuntut-penuntut kita serta mengurangkan perbelanjaan pendidikan di luar negara di samping menggalakkan penuntut asing belajar di institusi pendidikan di negara ini. Malaysia akan terus dimajukan sebagai destinasi pelancongan yang menarik dan berdaya saing di rantau ini. Kita akan menggalakkan pelaburan dalam produk pelancongan yang istimewa seperti ecotourism, dengan izin, sukan dan adventure tourism, dengan izin, serta memajukan negara sebagai pusat persidangan, konvensyen dan pameran serta pusat sukan antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, mengembangkan teknologi maklumat. Teknologi maklumat sebagai teras pembangunan adalah penting dalam pembangunan ekonomi dari segi meningkatkan kecekapan produktiviti dan daya saing. Kita akan membangun dan mengembangkan infrastruktur IT serta menanam budaya IT di kalangan orang ramai. Sejajar dengan ini kerajaan telah menggubal Agenda Teknologi Maklumat Negara ataupun NITA yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan seimbang yang merangkumi tiga unsur strategi iaitu sumber manusia, infrastruktur dan aplikasi berasaskan IT. Sebagai sebahagian daripada usaha kita unruk membangunkan tenaga kerja yang celik IT, kurikulum pendidikan dan latihan akan senantiasa diubah suai sejajar dengan permintaan industri IT. Di bawah Kajian Separuh Penggal, kerajaan telah menambah peruntukan bagi kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang terlibat dalam program dan projek IT kepada RM4 bilion. Memperkukuhkan sains dan teknologi kerana sains dan teknologi (S&n adalah penting bagi pembangunan terutama memandangkan tumpuan sekarang adalah ke arah kewujudan ekonomi berteknologi dan berpengetahuan tinggi. Kita juga akan meningkatkan keupayaan serta kebolehan tempatan dalam bidang inovasi saintifik dan teknologi. Sehubungan dengan ini, kerajaan telah menambahkan perunrukan unruk R&D kepada RMI .1 bilion. Tuan Yang di-Pertua, teras pembangunan yang akbir sekali tetapi tidak kurang pentingnya ialah meningkatkan kualiti bidup. Kerajaan sedang menghadapi cabaran yang hebat bagi tempoh akbir rancangan unruk meneruskan tumpuan kepada pembangunan sosial serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan berdaya taban dengan mempunyai nilai~nilai yang kukub, disiplin diri yang tinggi yang senantiasa bersyukur dan berterima kasib. Dalam hubungan ini, tumpuan kepada penyediaan kemudaban in.frustruktur dalam pendidikan dan latihan, perumahan kesibatan, belia, kaum wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat akan dipertingkatkan lagi. Bagi penyediaan perumahan keluarga berpendapatan rendah dan miskin Kerajaan Persekutuan dengan sokongan kerajaan negeri akan memastikan lebib banyak perumahan kos rendah dibina unruk dijual ataupun disewakan. Dalam hubungan ini, sebagai usaha menangani masalah setinggan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kerajaan Persekutuan akan membina sebanyak 35,000 unit rumab kos rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang akan dilancarkan tahun ini dan sebahagiannya dijangka siap pada akbir tahun 2000. Di bawah Kajian Separuh Penggal ini kerajaan telah menambah peruntukan bagi perumahan kepada RM3 .5 bilion. Sebagai usaha mengembang dan memperbaiki taraf perkbidmatan kesibatan, kerajaan akan menambah peruntukan bagi sektor kesibatan kepada RM3.4 bilion. Antara projek-projek yang dilaksanakan ialah pembinaan hospital baru, penggunaan IT di sektor kesibatan dan latihan kepada kesibatan bersekutu atau allied health personnel, dengan izin. Tumpuan akan terus diberikan kepada golongan tertentu seperti golongan berpendapatan rendah, kaum wanita, kanak-kanak, warga tua dan yang kurang upaya. Perunrukan bagi subsektor ini akan ditambah daripada RM3.3 bilion kepada RM4 bilion. 22 DN.11.5.1999

Pendekatan ekonomi akan diberikan penekanan dalam menangani isu-isu dalam sektor serta langkah-langkah bersepadu dilaksanakan sejajar dengan matlamat pembangunan mapan. Di samping itu, kerajaan juga akan meneruskan agenda bagi memupuk nilai positif dan etika kerja yang baik, menggalakkan corporate governance, dengan izin, serta sifat tanggungjawab sivik di kalangan masyarakat. Melalui sistem nilai yang positifini pembentukan bangsa Malaysia akan dapat dipercepatkan, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan dasar yang efektifyang bertujuan memulihkan ekonomi negara secara berkekalan memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang cekap di semua peringkat kerajaan. Kerjasama erat di antara pelbagai peringkat kerajaan dengan pelbagai agensi adalah teras kepada pelaksanaan dasar program dan projek secara berkesan. Oleh itu kerajaan akan meningkatkan keupayaan, kecekapan dan keberkesanan agensi untuk menyahut cabaran dengan efektif supaya projek-projek dapat dilaksanakan mengikut jadual. Dalam hubungan ini pertindihan kerja dan pembaziran akan dikurangkan, prosedure kerja diselaraskan dan halangan yang mengganggu pelaksanaan projek dihapuskan manakala saluran komunikasi akan diperkukuhkan lagi dan teknologi maklumat digunakan sepenuhnya. Majlis Tindakan Ekonomi Negara atau MTEN akan terus memainkan peranan sebagai badan perunding kepada Kabinet bagi menangani masalah ekonomi dan memulihkannya. Di peringkat negeri Majlis Tindakan Ekonomi Negeri akan melaksanakan keputusan yang dibuat oleh MTEN, memberi maklum balas mengenai kemajuan projek serta merangka dan melaksanakan projek-projek khususnya bagi mencapai pemulihan ekonomi. Di samping itu sekotr swasta yang menjadi rakan penting dalam pembangunan akan terus menerajui pertumbuhan ekonomi dengan kerjasama rapat dengan sektor awam selaras dengan konsep persyarikatan Malaysia. Ke arah ini lebih banyak sesi dialog akan diadakan di peringkat kementerian, jabatan, negeri dan daemh. Tuan Yang di-Pertua, projek bagi tempoh akhir rancangan ini bergantung besar kepada keberkesanan pelaksanaan langkah-langkah yang telah saya nyatakan tadi. Mengembali keyakinan pelabur dan perkembangan dalam ekonomi global juga penting sekiranya tidak berlaku bencana ekonomi insya-Allah pertumbuhan KDNK sebenar dijangka mengalami arah aliran positif pada kadar 1% bagi tahun 1999 diikuti dengan kadar pertumbuhan 5% dalam tahun 2000. Keadaan dunia pada masa ini dan kebolehan kita menghadapi cabaran baru memberi kita keyakinan untuk bersikap optimistik mengenai prospek ekonomi Malaysia. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat memberi sokongan dan sama-sama berusaha untuk menjayakan rancangan meletakkan semula ekonomi ke landasan pertumbuhan asalnya. Kita berdoa kepada Allah s.w.t. supaya sentiasa memberikan kita kekuatan dan keazaman untuk menghadapi serta mengatasi masalah-masalah, berusaha sedaya-upaya memulihkan ekonomi dan menjadikan negara lebih makmur serta memelihara maruah negara. Saya percaya dengan izin Allah s.w.t. kita akan kembali ke atas landasan pesat dalam membangunkan bangsa yang bersatu padu, progresif, makmur, berdikari dan dihormati oleh semua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. [Tepuk]. Menteri Kerja Raya [Dato' Seri S. Samy Vellu]: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah usul Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sekarang ini terbuka untuk dibahas. 11.45 pagi Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya bangun untuk menyokong usul yang telah dibentangkan dengan begitu DN.11.5.1999 23 sistematik clan penuh makna yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhonnat Dato' Seri Timbalan Perdana Menteri dan terns disokong oleh Yang Berhonnat Menteri Kerja Raya sebentar tadi. Sebenarnya dalam usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh yang bermula pada tahun 1996 clan 2000 sebagaimana telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhonnat Timbalan Perdana Menteri tadi, sebenarnya telah mencakupi satu usaha yang bersungguh-sungguh yang telah dilaksanakan oleh kerajaan apatah lagi dalam suasana yang telah dinyatakan oleh Timbalan Perclana Menteri tadi iaitu melalui beberapa pendekatan isu, clan cabaran clan akhirnya telah menggariskan: 11 teras pembangunan yang akan kita menongkah arus yang begitu mencabar mutakhir ini melalui beberapa keadaan­ keadaan yang telah melanda di negara kita pada mutakhir ini. Sebelum ini, sebelum kegawatan ekonomi usaha pertumbuhan ekonomi di dalam purata 8% tetapi sebagaimana ditegaskan tadi kita telah melalui satu kejutan melalui krisis kewangan clan krisis ekonomi sehingga pada maksimumnya penguncupan ekonomi telah dilanda sebanyak 6.7%. Sekarang ini kita menjangkakan melalui pendekatan-pendekatan yang dilaksanakan secara pragmatik dan bijaksana oleh kerajaan clan insya-Allah, sebagaimana kita mendapat keyakinan daripada ucapan oleh Timbalan Perclana Menteri tadi, ianya berkemungkinan kita akan mencapai 1% walaupun dalam suasana yang seclang berlaku sekarang ini melalui usaha-usaha pragmatik yang dilaksanakan oleh kerajaan, syarikat ataupun panclangan ahli akauntan clan syariakt-syarikat penarafan usahawan clan penarafan kewangan antarabangsa telah mentafsir ataupun melihat unjuran ekonomi ini berkemungkinan melebihi daripada 2% clan setengahnya ada memberi panclangan sebanyak 3% clan 4%. Di peringkat antarabangsa, Tuan Yang di-Pertua, ialah kita seclang melanda satu krisis yang dinamakan krisis musnah. Saya dapati dalam beberapa minggu mutakhir ini gerakan yang dibuatkan oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat telah mempengaruhi akhbar, media, majalah-majalah dan sebagainya yang telah tidak langsung memberi kredit ataupun memberi pujian ataupun melihat fakta-fakta yang nyata yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam negara kita. Semua ini seolah-olah kita seclang berhadapan dengan dunia antarabangsa yang begitu terhimpit. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat dalam akhbar clan TV3 serta beberapa akhbar tempatan kita berterima kasih. Sebenarnya masalah krisis yang besar seclang berlaku di negara-negara besar seperti Amerika, kalau kita melihat sebuah sekolah ataupun institusi ataupun universiti di Amerika Syarikat berlaku pembunuhan, krisis moral clan krisis sosial yang begitu rendah yang melibatkan ketakutan dalam masyarakat apa yang dinamakan masyarakat moden, masyarakat antarabangsa ataupun masyarakat maju seperti diAmerika. Kita melihat ada beberapa universiti clan kolej, serta sekolah di Amerika Syarikat sendiri telah terpaksa belajar ataupun murid termasuk ke dalam sekolah mereka melalui 'screening', dengan izin, seperti kita membawa barang-barang kita di lapangan terbang. Bermaknanya, negara maju sebenarnya berada di dalam keadaan keruntuhan sosial, keruntuhan minda, keruntuhan akhlak yang tinggi clan keruntuhan segala-galanya. Tetapi oleh kerana ia mempunyai kekuatan ekonomi, maka ia telah mempolitikkan suasana ini clan cemburu dengan usaha-usaha murni yang dilaksanakan oleh Negara Membangun clan Negara Dunia Ketiga di peringkat antarabangsa clan semua ini kita terpaksa sebagai rakyat clan warganegara yang mempertahank:an daulat clan kemerdekaan negara kita patut melihat beberapa pendekatan ini sebagai satu usaha yang amat murni daripada kerajaan khususnya kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Di Amerika Syarikat juga Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kedudukan kemiskinan, kedudukan lepak dan juga kedudukan penyusunan semula kaum di antara kulit hitam dan putih, memang kerajaan Amerika melakukan penindasan tetapi kita 24 DN.11.5.1999 bersyukur apabila kita membuat analogi dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan kita, sebenamya matlamat pembangunan negara ialah untuk menyatupadukan rakyat dengan menyusun semula sektor-sektor ekonomi terutama sekali kepada beberapa bangsa atau majoriti di negara kita. Dalam isu dan cabaran, enam isu dan cabaran - saya ingin memberi fokus kepada isu yang kelima iaitu memastikan pencapaian berterusan dan matlamat pengagihan. Walaupun rakyat kita sedang dibebani dengan masalah pencemaran minda dan idea oleh beberapa gerakan parti politik yang tidak bertanggungjawab dan oleh dan oleh beberapa pemimpin yang dilihat tokoh tetapi mempunyai agenda peribadi dan juga menjadi boneka antarabangsa yang ingin memusnahkan kedamaian dan kemakmuran yang sedang berlaku di negara kita, maka suasana ini hams difikirkan semula oleh segenap strata dan lapisan masyarakat di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau rakyat ataupun beberapa pemimpin yang antikerajaan dan pemimpin-peminpin parti pembangkang dengan izin, iaitu seperti PAS, DAP dan satu parti politik termuda iaitu KeADILan, sebenarnya mereka telah menyuarakan perkara-perkara yang di luar daripada fakta yang sebenarnya berlaku di negara kita. Saya berkeyakinan bahawa kalau tidak ada keadilan, kalau tidak ada ketelusan dan kalau tidak ada apa yang dinamakan negara yang dipimpin secara demoktratik, parti­ parti politik seperti PAS, DAP dan KeADILan tidak akan wujud dalam sebuah negara yang dinamakan diktator. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita pergi ke negara luar seperti negara-negara yang baru merdeka seperti di Selatan Russia ataupun negara-negara Arab, mereka sebenarnya, walaupun melalui beberapa sistem feudal dan demokrasi tetapi sebenarnya rakyat tidak bercakap masalah kepimpinan. Kalau kita pergi ke Mekah apa yang dimodelkan sebagai sebuah tempat yang murni ataupun yang suci bagi umat Islam, jangan sahaja kita bercakap masalah pemimpin dan menteri-menteri mereka malah kita mempertikaikan keputusan­ keputusan polis umpamanya dan rakyat di Arab Saudi nampak akur dengan keputusan polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan, tetapi kita di Malaysia, kita agak· terbuka, kita berjalan di waktu malam, kita dalam keadaan aman damai, kita mempunyai satu sistem pentadbiran yang menjaga keselamatan seperti polis yang penuh dedikasi untuk menjaga kedamaian dan kemakmuran kita. Tetapi beberapa organisasi politik yang kita rasa kurang bertanggungjawab terpaksa menggunakan propaganda dan provokasi ini yang nyata kadang-kadang ianya tidak mempunyai fakta yang nyata tetapi telah melakukan kerosakan dengan izin, damage kepada . suasana pembangunan ataupun suasana kedamaian masyarakat kita. Saya minta kerajaan menilai semula semua keadaan ini dengan lebih bijaksana, dengan lebih berani tetapi tegas di dalam melaksanakan peruntukan dan juga pendekatan dalam gerakan kerajaan untuk mewujudkan kesinambungan dalam pencapaian secara berterusan kemakmuran yang kita ada pada negara kita. Tuan Yang di-Pertua, berkait kepada pencapaian berterusan terutama sekali satu dasar yang telah saya bangkitkan sebelum ini, iaitu dasar yang amat penting melalui kontrak sosial yang kita sama-sama jalin di antara beberapa kaum di negara kita melalui gagasan yang apa dinamakan Perikatan sebelum ini kemudian dikenal pasti sebagai Barisan Nasional. Sebenarnya melalui beberapa siri Rancangan Malaysia dan kita telah berada di ambang Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh, kita dapati bahawa perbezaan kehidupan dan kualiti masyarakat pelbagai kaum telah dapat dirapatkan terutama sekali di antara dua kaum yang besar iaitu kaum Melayu dan kaum Cina. Sebelum tahun 1970 melalui peristiwa 13 Mei umpamanya, kita telah mendapat pengajaran yang begitu banyak, dan kaum Cina yang dikenalpasti sebagai pemegang ekonomi negara telah bersetuju supaya sebahagian daripada pengagihan ekonomi negara kita ini dapat dirapatkan dengan penyertaan sebahagian daripada bumiputera. Melalui DN.11.5.1999 25

perkongsian kuasa clan perkongsian matlamat ini sebenarnya kita telah dapat jayakan pembangunan negara kita melalui apa yang penting sekali iaitu kualiti negara kita iaitu dapat mewujudkan satu perpaduan nasional yang amat mantap sebenarnya. Semua ini tidak dapat dilaburkan melalui peruntukan kewangan, semua ini tidak dapat dilaburkan melalui usaha-usaha dengan izin, tangible dalam bentuk fizikal. Semua ini mesti lahir daripada perasaan, clan kesediaan serta sikap kerjasama untuk membangunkan negara. Sebab itulah melalui Dasar Ekonomi Barn kemudian ditambah pula melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang akbirnya kita ada lebih kurang setahun lagi dan kita mahu isu clan cabaran serta teras pembangunan yang dinyatakan melalui Kajian Separuh Penggal ini diletakkan sebagai satu daripada garis panduan baru dalam kita mengadakan DPN ataupun apa bentuk kesinambungan dasar DPN. Saya mencaclangkan kepada kerajaan supaya Dasar Pembangunan Nasional diteruskan, walaupun kita akan berakhir setahun lagi tetapi dengan meletakkan input teras yang lebih sesuai melalui pendekatan-pendekatan barn, saya dapati kita telah mengadakan polisi dan dasar yang begitu baik tetapi mutakhir ini kita nampak seolah-olah sistem, jentera pentadbiran kita di peringkat kerajaan terutama sekali di peringkat menengah clan bawahan agak terhakis nilai-nilai gerakan jentera pentadbiran. Saya tidak menyalahkan pegawai-pegawai kerajaan tetapi berkemungkinan keseluruhan sistem pentadbiran kerajaan hams digarap dan dibuat pendekatan-pendekatan barn, dengan insentif-insentif baru, dengan pembentukan organisasi secara baru, clan kita mahu sektor awam ini dapat digerakkan semula melalui beberapa pendekatan. Pertamanya ialah sistem. Saya mencaclangkan sistem pengurusan melalui jentera pentadbiran kerajaan selepas Kajian Separuh Penggal ini terutama sekali dalam kita menterjemahkan dasar-dasar negara dapat dipercepatkan iaitu melalui sistem pengurusan dan pentadbiran yang lebih pragmatik. Sebagai contohnya, Tuan Yang di-Pertua, mutakhir ini kita bercakap masalah pengagihan kewangan daripada Kementerian Kewangan kepada beberapa kementerian, clan menteri-menteri apatah lagi pegawai-pegawai kerajaan lebih melihat dalam sudut yang amat 'sectoral'. Sepatutnya sebagai agensi kerajaan kita harus melihat dalam sudut ke 'kekerajaanan' umpamanya kita tidak harus mesti ada satu sistem pengurusan secara senyap kerana akbirnya matlamat jentera pentadbiran ini adalah untuk mencapai 'goal' atau objektifkementerian ataupun agensi masing-masing. Jadi sistem ini hams diperkukuhkan semula dan saya berkeyakinan melalui MTEN itu sendiri umpamanya dapat menggerakkan beberapa pendekatan barn. Jadi, akhir-akhir ini kita lihat seolah-olah kedudukan sistem ini melalui adaptasi daripada sistem Kerajaan British dan kadang-kadang kita telah mencampuradukkan beberapa sistem tetapi satu sistem pentadbiran ini hams dikaji semula melalui pendekatan-pendekatan baru clan diletakkan di bawah Dasar Pembangunan Nasional. Saya dapati kita agak terhakis juga oleh kerana momokan dan fitnah serta gerakan oleh beberapa organisasi parti politik saya rasa yang tidak berasaskan kepada fakta iaitu sikap dan kesetiaan barn, yang lebih rela untuk kita berkhidmat. Di zaman dahulu, selepas merdeka dan di pertengahan tahun 60-an dan 70-an, pegawai kerajaan berada dalam status yang dihormati dalam masyarakat. Namun begitu, sekarang ini kita masih juga menghormati pegawai-pegawai kerajaan yang patut menjadi penterjemah kepada dasar. Jadi sejauh mana polisi dan dasar yang kita perkenalkan clan akbirnya tidak dapat diterjemahkan oleh pegawai-pegawai kerajaan maka akbirnya 'goal' dan matlamat pimpinan kerajaan untuk membangunkan negara berkemungkinan kita akan melalui satu proses yang tidak dapat dijayakan sepenuhnya. Berapa cantik sekali pun kita memaparkan teras pembangunan kita, berapa cantik pun kita menggerakkan usaha-usaha dasar kita tetapi akbirnya dalam sektor awam tidak dapat menterjemahkan dengan baik akbirnya matlamat kita akan gagal. 26 DN.11.5.1999

Saya mencadangkan supaya satu sistem penggajian, insentif yang lebih saksama, yang lebih relevan dan berorientasikan kepada suasana semasa harus dilihat secara pragmatik oleh kerajaan supaya sikap, kesetiaan serta moral kakitangan kerajaan dapat kita pertingkatkan. Kita memberi amaran kepada sebahagian kecil kakitangan kerajaan yang kadang-kadang lebih hebat daripada pemimpin-pemimpin politik yang mana majoriti kakitangan awam yang bertungkus lumus tidak dapat manfaat. Sebagai contoh, isu penilaian - saya lupa Tuan Yang di-Pertua, isu SSB. Saya mencadangkan SSB ini dikaji semula ataupun terns dibatalkan kerana ramai di antara kakitangan kerajaan yang mendapat, - ini dakwaan -Tuan Yang di-Pertua, hendak tukar. [Tim.balan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat. Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya sedang bercakap masalah salah satu daripada isu yang amat besar yang telah menghakis sedikit - sebanyak sikap dan kesetiaan pegawai-pegawai kerajaan iaitu masalah SSB. Rata-rata di peringkat bawahan dan pertengahan, cara penilaian SSB ini tidak dilihat sebagai adil dan telus. Walaupun pegawai-pegawai tinggi menyatakan pendekatan yang dilaksanakan oleh SSB ini adil kerana kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan biasanya menilai berasaskan kepada faktor kemanusiaan (human), sesiapa yang lebih hampir kepada ketua, cara pegawai-pegawai kerajaan menghormati ketua dan ketua mencadangkan supaya mereka diberi keistimewaan ataupun diberi markah yang tinggi sedangkan dari segi suasana pengurusan di sesebuah jabatan itu tidak dilihat dari segi produktiviti, sikap yang baik, keikhlasan dan sebagainya. Jadi, semua ini harus dinilai semula oleh kerajaan sama ada SSB ini yang harus dikaji semula atau terns dibatalkan dengan meletakkan satu pendekatan baru supaya kakitangan kerajaan diberi penggajian yang lebih sesuai dengan suasana pembangunan negara, dengan memberi insentif-insentf yang boleh memberi produktiviti yang lebih tinggi kepada pegawai-pegawai kerajaan. Saya rasa saya sudah memberi sedikit pembelaan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang begitu bertungkus-lumus dalam menterjemahkan dasar sebagairnana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Tirnbalan Perdana Menteri tadi. Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya ialah masalah Dasar Pembangunan Nasional (DPN) mesti ada satu inti pati yang lebih penting kerana beberapa tahun yang lalu, kita telah meletakkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu daripada dasar yang diterima pakai oleh DPN. Tetapi MPPB ini dilihat begitu secara makroh, sebab itulah pada hari ini dalam isu dan cabaran kita mempertikaikan banyak sebelum ini, matlamat ataupun kaedah pengagihan kekayaan kepada usahawan dan juga kontraktor di seluruh negara. Saya berkeyakinan penuh sesungguhnya kerajaan telah menjalankan tugas dengan baik tetapi di peringkat perlaksanaan harus ada. Satu pendekatan supaya usaha-usaha penghakisan ekuiti bumiputra yang agak terhakis mutakhir ini melalui kegawatan ekonomi harus dinilai semula oleh kerajaan. Saya mencadangkan sebahagian besar daripada pembangunan projek-projek kerajaan mesti diserahkan kepada bumiputera yang layak dengan tidak meninggalkan rakan-rakan kongsi mereka dari kaum Cina dan India. Yang kedua ialah apa jua projek penswastaan yang dianugerahkan mesti ada komponen di dalam pembangunan ataupun dalam matlamat pengagihan supaya sekurang­ kurangnya 30% ataupun 50% dalam peringkat second liner iaitu dalam peringkat perlaksanaan mesti ada penglibatan bumiputera secara langsung. Ketiganya, saya minta beberapa agensi kerajaan yang dilihat satu daripada katalis dalam pembangunan ekonomi negara iaitu Petronas. Saya terpaksa merakamkan DN.11.5.1999 27 berbanyak terima kasih kepada kerajaan kerana dapat sedikit- sebanyak mengawal Petronas ini melalui Akta Petroleum 1974. Tuan Yang di-Pertua, mutakahir ini pendekatan yang dilaksanakan oleh pegawai­ pegawai tinggi Petronas sebenarnya tidak dapat menterjemahkan hasrat dan cita-cita murni kerajaan. Kita bercakap masalah pengagihan kepada bumiputera. Sekarang ini saya dapat mendakwa bahawa penglibatan secara langsung usahawan dan kontraktor bumiputera dalam pembangunan petrokimia, minyak dan gas tidak sampai pun 5%. Saya minta kerajaan mengkaji kedudukan beberapa pegawai kanan Petronas supaya ia mempunyai satu sikap dan kesetiaan untuk menterjemabkan dasar kerajaan ini supaya sebahagian besar bumiputera yang dilihat terpinggir dalam pembangunan petrokimia minyak dan gas ini dapat kita letakkan dalam teras ekonomi ini. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menidakkan peranan Petronas dalam menjadi katalis ekonomi kepada negara tetapi apa guna kita maju dan membangun sebagai sebuah organisasi raksasa di negara kita dengan sokongan dan dukungan kerajaan, apatah lagi kita memperkukuhkan melalui akta kerajaan yang diluluskan kedua-dua Dewan - Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi akhirnya matlamat suci murni yang dikehendaki oleh kerajaan tidak dapat diterjemahkan oleh pemimpin-pemimpin utama Petronas. Saya terpaksa menyatakan ini kepada Petronas supaya Petronas menyusun semula beberapa pegawai kanan utama mereka ataupun Petronas sendiri mesti digariskan pendekatan­ pendekatan baru. Semenjak saya menjadi Ahli Dewan Negara, saya tidak mendapat satu pun laporan Petronas ataupun laporan anak-anak syarikat Petronas. Kalau tidak silap saya Petronas sendiri mempunyai seratus lebih anak syarikat sama ada dalam negeri dan luar negara dan pelaburan yang diusahakan oleh Petronas bukan bernilai RMI bilion atau RM2 bilion, malah saya berkeyakinan bahawa tahun lepas sahaja di peringkat luar negara pelaburanya melebihi daripada RMS bilion dan pembangunan raksasa yang dilaksanakan Petronas dan syarikat-syarikat sekuttinya harus dinilai semula oleh kerajaan. Saya mencadangkan supaya ada sedikit political decision dalam Petronas. Saya minta sikap, kesediaan pemimpin-pemimpin tertinggi Petronas memikirkan bersama-sama dengan organisasi-organisasi NGO yang berhaluan kanan yang menjadi pendapat kedua kepada kerajaan seperti Dewan Perniagaan Melayu, umpamanya, Persatuan Kontraktor Melayu, Persatuan Pengilang Bumiputera dan kita ada puluhan lagi yang bercakap masalah kebumiputeraan. Walaupun kita mempunyai dasar Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) tetapi tidak dapat diterjemahkan oleh sektor yang kita namakan sektor utama dalam pembangunan petrokimia, minyak dan gas ini. Saya berharap kerajaan khususnya Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan mengkaji semula kedudukan sikap dan kesediaan Petronas untuk membantu bumiputera. Di dalam dasar - kita ada dasar tetapi kalau kita tengok kontraktor utama banyak kita serahkan kepada kontraktor antarabangsa. Kontraktor antarabangsa oleh kerana ada ikatan-ikatan kontrak antarabangsa sebagaimana diputuskan oleh Petronas dan kerajaan, kita menidakkan keterlibatan bumiputera dalam hal ini. Jadi, kalau kita tidak bermula pada hari ini bila lagi kita harus meletakkan sebahagian daripada usahawan bumiputera bersama-sama mendapat pengagihan ini sesuai dengan isu dan cabaran untuk memastikan pencapaian berterusan matlamat pengagihan sebagaimana dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri melalui dasar yang dinamakan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Saya minta sungguh-sungguh supaya kadang-kadang saya dapati Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Petronas sendiri pun tidak mempunyai kebersamaan pendapat. Kalau sebelum ini sikap ego dan sikap rakus, sikap tidak endah kerana apa yang kita perhatikan seolah-olah pemimpin-pemimpin Petronas di peringkat 28 DN.11.5.1999

tertinggi lebih kepada masalah survival clan faedah mereka sendiri. W alaupun dengan tidak menidakkan peranan Petronas dalam membangunkan negara tetapi saya mencadangkan kepada kerajaan supaya menilai semula bagaimana harus kita dapat meletakkan beberapa komponen penting supaya teras yang dilaksanakan oleh Petronas ini dapat dilibatkan sama oleh usahawan bumiputera dan Melayu sebagaimana dipersetujui bersama sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, melalui teras pembangunan daripada sebelas saya cuma hendak tekankan kepada dua sahaja iaitu masalah melalui konsep mengurangkan kemiskinan dan menyusunkan semula masyarakat. Dalam teras pembangunan yang digarap oleh kerajaan melalui DEB sebenarnya, untuk kita mengurangkan kemiskinan melalui pelbagai pendekatan untuk membantu sama ada Melayu, Cina, India, Dayak atau lain-lain di Sabah dan Sarawak, sebenarnya tidak ada satu negara pun di peringkat dunia ini yang telah meletakkan kemiskinan ini sebagai satu perjuangan negara. Jadi, kaclang-kaclang perkara ini dilihat enteng oleh setengah-setengah rakan kita, setengah-setengah rakyat kita yang mempunyai kepentingan organisasi politik mereka clan harus digerakkan semula oleh beberapa agensi terbabit khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Saya terpaksa mengucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang telah berusaha bersungguh-sungguh menjalankan usaha­ usaha mengurangkan kadar kemiskinan rakyat kita dan apatah lagi dalam suasana kita melalui kegawatan ekonomi sektor mengurangkan kadar kemiskinan ini langsung tidak terjejas, malah diusahakan dengan berlipat ganda sebagaimana yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perclana Menteri tadi, cuma kaedah-kaedah baru harus kita dekatkan semula. Sekarang ini kita banyak memberi pendekatan kepada membina rumah PPRT umpamanya, memberi sedikit modal untuk secara peraih, bukan usahawan pun, secara menjadi peraih dan sebagainya. Jadi, dalam soal-soal kemiskinan ini saya minta walaupun kita melihat ini sebagai agenda penting kepada menyusun semula masyarakat kita, saya minta satu pendekatan baru harus dinilai semula oleh kerajaan terutama sekali Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tuan Yang di-Pertua, dalam membicarakan masalah kemiskinan, sebenarnya kita berkemungkinan tidak ada lagi apa yang dinamakan rakyat miskin mutlak, maknanya the real poverty, dengan izin. Kita sebenarnya mempunyai rakyat yang dilihat kemiskinan ini secara reluctive. Jadi, kita mahu perkara ini dilihat sebagai usaha-usaha kerajaan dengan penerangan yang bersepadu oleh beberapa agensi kerajaan. Kaclang-kadang apabila kita bercakap masalah kemiskinan, kita menuding kepada beberapa kementerian tetapi sesungguhnya perjuangan untuk mengangkat clan mengukuhkan kedudukan rakyat kita supaya mereka keluar daripada belenggu kemiskinan ini adalah usaha-usaha murni bukan sahaja daripada kerajaan tetapi daripada segenap lapisan masyarakat kita. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana saya nampaknya pembicara yang pertama clan mungkin kedudukan substance dalam perbicaraan saya agak tidak teratur, saya walau bagaimanapun dapat sedikit sebanyak memaparkan beberapa isu dan cabaran, berkemungkinan rakan-rakan lain dapat terus menyambung perbahasan ini. Sekali lagi saya menyokong caclangan yang telah dicaclangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebagaimana disokong oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya tadi, moga-moga Kajian Separuh Penggal ini bukan sahaja akan menjadi satu maklumat semasa yang boleh membantu seluruh masyarakat kita dapat menilai semula muhasabah diri kita supaya apa yang dilaksanakan oleh kerajaan ini selain daripada untuk mengukuhkan dan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara kita tetapi usaha-usaha ini harus diterjemahkan di peringkat akar umbi. Jadi, saya minta semua agensi kerajaan apatah lagi agensi swasta clan NGO yang melihat bersama-sama untuk berjuang membangunkan negara ini dapat memberi penerangan melalui kandungan ucapan dan isu cabaran serta teras pembangunan ini. Saya berdoa kepada Allah s.w.t. semoga kita dapat menghayati isu dan cabaran serta pandangan DN.11.5.1999 29

teras pembangunan ini sebagaimana dilaporkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh ini akan menjadi satu kesedaran baru kepada sebahagian dan segelintir masyarakat yang senantiasa tidak berpuas hati dengan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan dan kita mahu satu morale boost, dengan izin, supaya kita semua, insya-Allah di dalam keadaan bersyukur dan berterima kasih sebagaimana yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri tadi akhirnya matlamat kita melalui perpaduan nasional, perpaduan semua kaum, kita akan membentuk satu masyarakat majmuk dalam pembentukan bangsa Malaysia yang bermaruah dan merdeka. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua: Puan Hajah Hunaizah. 12.20 tgh. Puan Hajah Hunaizah binti Mohd. Noor: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana mengizinkan saya untuk turut bangun bagi membahaskan ucapan bagi meluluskan Kajian Separuh Penggal yang sebentar tadi disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan saya akan ambil masa yang terlalu sedikit untuk turut menyatakan pandangan saya. Tuan Yang di-Pertua, kita berbangga dengan langkah-langkah pemulihan yang telah diambil oleh kerajaan dalam usaha mengembalikan kestabilan ekonomi negara. Peningkatan indeks komposit di Bursa Saham Kuala Lumpur mencecah 700 mata serta peningkatan harga saham-saham murah di Bursa Saham Kuala Lumpur, mencerminkan keyakinan pelabur yang semakin pulih. Waiau bagaimanapun kita amat mengharapkan agar langkah-langkah pemulihan yang diambil oleh kerajaan merupakan langkah-langkah yang asli dan hakiki, serta mengambil kira kepentingan semua pihak. Pendekatan menurut konsep kaedah-kaedah ekonomi Islam iaitu pengurusan tanpa riba adalah diharapkan akan dikekalkan sepertimana yang tercatat dalam muka surat 18 dan 19, Perkara 28 dan 29. Tuan Yang di-Pertua, biasanya menjadi tabiat manusia di saat dia diuji dengan kesusahan maka lantaslah ia ingat kepada Allah, sebaliknya apabila terlepas daripada ujian dia kembali seperti biasa iaitu lupakan Allah dan lupakan batasan larangan-larangan. Oleh itu saya harapkan supaya ketelusan dalam maklumat syarikat-syarikat menerusi penggubalan berbagai-bagai akta dan peraturan hendaklah dikekalkan. Kita telah bosan dengan pendekatan palsu yang hanya mementingkan dan memenangkan satu pihak sahaja. Penggubalan ekonomi baru umpamanya yang bersifat "serampang dua mata" temyata hanya melahirkan segelintir usahawan bumiputera dan kekayaan serta mengagihkan ekonomi negara tidak menyeluruh. Peluang perniagaan hanya direbut dan dibolot oleh segelintir sahaja dan yang lain masih dalam tahap yang tidak terbela. Kita berpegang kepada wahyu yang bermaksud 'bahawa Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mesti mengubahnya' sedangkan rakyat miskin hanya dijenguk sekali sahaja. Bagaimana mereka ini akan mampu untuk mengubah kemiskinan yang diwarisinya. Di saat ekonomi negara berkembang dengan pesat berbagai-bagai projek yang dijamin kepulangan wang yang boleh dinikmati hanya tertumpu ·kepada golongan yang sedia kaya. Sebaliknya di masa ekonomi lembab dan merosot rakyat pula diminta memberikan bantuan dan pertolongan bagi menyelamatkan · perniagaan yang bakal digulung tikar itu. Tuan Yang di-Pertua, kita difahamkan semasa ekonomi negara merundum Bank Islam Malaysia Berhad dapat mengekalkan deposit sekali gus meyakinkan orang ramai termasuk bangsa asing untuk terus menggunakan khidmat bank tersebut. Di sini menunjukkan pengurusan yang berteraskan keredaan Allah menjaminkan kemantapan dan kestabilan bank tersebut. Oleh yang demikian, sekali lagi saya merayu kepada pihak kerajaan dalam apa bentuk tindakan yang akan diambil supaya memberi perhatian yang serius terhadap kaedah-kaedah yang diizin dan ditetapkan oleh Islam. Dengan ini saya 30 DN.11.5.1999 turut memberi sokongan kepada usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 hingga tahun 2000. Sekian. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Zainudin bin Maidin. 12.25 tgh. Datuk Zainudin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk turut menyertai perbahasan bagi melulus dan mengesahkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan di samping akan mengemukakan beberapa teguran iaitu tentang keupayaan dan kemampuan kerajaan yang telah menunjukkan tapak-tapak dan langkah-langkah yang semakin meyakinkan kita dan walaupun barangkali indeks broker saham masih menjadi satu petunjuk dengan kenaikan yang telah melampaui batas psikologi 700 mata semalam. Tetapi ini kita jangan melupakan hakikat bahawa kemantapan kita adalah bergantung kepada fundamental asas di mana kita bina dan kita taburkan kekayaan negara tidak hanya di bandar tetapi juga di kampung-kampung. Kalau kita hanya mahu melihat bahawa kegawatan masalah-masalah yang dihadapi oleh bank dan sebagainya di dalam menghadapi perkara-perkara ataupun malapetaka yang tidak diduga maka itu adalah satu uk:uran yang saya rasa tidak rasional. Satu uk:uran yang hanya melihat sesuatu itu pada jangka masa yang pendek. Tetapi kita telah meletakkan asas yang sangat kukuh dari awal di mana kita telah membangunkan bandar-bandar yang telah kemudiannya meletakkan struktur serta asas-asas pembangunan yang meratakan pembangunan ekonomi tidak hanya kepada orang-orang di bandar tetapijuga kepada orang-orang luar bandar. Jadi masalah-masalah ini tidaklah kita harus hadapi apa yang ditimbulkan masalah bank dan sebagainya ialah sebagai masalah yang harus kita menjadi pessimistic dalam menghadapi keadaan. Tapi kita harus melihat dari mana kita datang dan dari mana dalam keadaan sekarang ini kita cuba keluar, cuba keluar daripada masalah kita, cuba keluar dari masalah-masalah umpamanya masalah-masalah krisis bank itu sendiri tanpa menjatuhkan maruah kita, tanpa meminjam dari luar, tanpa menghilangkan keyakinan dari ~lam diri rakyat sendiri. Itu yang harus kita lihat, bukan kita menambahkan lagi perasaan ketidakyakinan yang sudah ada. Itu tidak akan membantu tetapi cubalah kita lihat secara positif bagaimana maruah umpamanya sebuah negara yang paling hampir dengan kita di mana bank-bank sedang dibeli seperti shopping, hanya di sebelah jiran kita sahaja dan di mana rakyat telah membakar dan telah melanggar segala tatasusila hidup hanya untuk hidup sesuap nasi pada setiap hari. Hal-hal ini tidak berlaku, hakikat ini haruslah kita berbalik kepada apa yang saya katakan, batik kepada asas kita. Asas di mana kita telah meletakkan asas itu dengan benar dan bagaimana kita keluar dari satu krisis ke satu krisis dengan jaya, dengan keyakinan diri dan langkah-langkah yang lebih tegap, lebih kukuh daripada orang lain. Kita keluar dari krisis 13 Mei kerana kita tidak menghadapinya secara sentimen, secara yang hanya meneriakkan jeritan-jeritan yang kosong - tidak, kita mengatur langkah. Selepas 13 Mei kita aturkan langkah kita dan kita keluar dengan kejayaan yang lebih besar dan bagaimana yang harus disedari ialah bagaimana, saya ingat selepas 13 Mei perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan tadi iaitu kita telah lupa, kita lupa di mana hakikatnya bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak mengatakan bahawa parti mestilah menguasai kerajaan. Parti mesti menguasai kerajaan, bukan pegawai kerajaan menguasai kerajaan, bukan sekarang orang-orang korporat menguasai kerajaan. Kita mesti tambah - bukan orang korporat menguasai kerajaan dan bukan pegawai-pegawai kerajaan menguasai kerajaan tetapi parti yang memerintah mesti menguasai kerajaan. Ini harus dilambangkan daripada tindakan-tindakan kerajaan itu sendiri. Haros diyakinkan kepada rakyat bahawa bukan Petronas yang berkuasa, bukan Pengerusi MAS yang berkuasa, bukan PERWAJA DN.11.5.1999 31 yang berkuasa, tetapi kerajaan yang berhak menentukan. Kalau kita mengharapkan kuasa­ kuasa pada orang-orang ini, akhirnya mereka melupakan. Pada ketika negara menghadapi kegawatan, terdapat orang-orang korperat yang telah mendapat dukungan, bantuan daripada kerajaan, mendapat itu dan mendapat ini, kemudian seolah-olah melupakan apa yang kerajaan berikan. Mereka menjadi seperti orang-orang yang lupa daratan. Umpamanya dalam Petronas sendiri terdapat pegawai­ pegawai Petronas yang antikerajaan, banyak, kenapa? Hari ini kenapa berlaku? Kerana tidak ada kesedaran diri dan tidak sedar dari mana mereka datang. Cuba kita lihat dalam Petronas sendiri umpamanya apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhonnat Tuan Rosli tadi. Saya melihat dalam hal ini kebesaran vision, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua lebih tahu daripada saya sebab Tuan Yang di-Pertua lebih dekat kepada Tun Abdul Razak daripada saya sendiri, yang bekerja dengan dia tetapi bagaimana vision Tun Abdul Razak, melahirkan Petronas, PERNAS dan LPN. Apakah tujuan Tun Abdul Razak melahirkan Lembaga Padi dan Beras Negara untuk mengambil alih daripada orang Cina, tidak. Melahirkan Petronas, apakah untuk meniagakan minyak negara ini, untuk monopoli minyak, tidak. Saya hanya melihat, umpamanya PERNAS, apakah tujuan melahirkan pada asalnya? Ialah hanya untuk masalah yang dihadapi oleh orang-orang Melayu pada ketika itu yang tidak mendapat supply. Maaf saya bercakap perkara yang telah lalu-tidak mendapat bekalan yang cukup daripada orang-orang Cina. Itu masalahnya sebab kita sudah keluar, sudah jauh dari sana tetapi kita kembalikan kepada sejarah, tetapi ini yang ternampak PERNAS hanya untuk supply barang-barang runcit pada kedai-kedai Melayu yang tidak dapat supply daripada kedai-kedai Cina. Tetapi akhirnya bagaimana, PERNAS sekarang menjadi satu konglomerat yang besar, yang melahirkan anak-anak Melayu, yang menguasai hotel-hotel. Kita tidak mahu melihat dengan rasa perasaan syukur kepada Tuhan bahawa yang menguasai kerajaan malah yang menjadi orang-orang tukang masak yang bukan sebarang tukang masak, tukang masak lulusan ITM. Tukang masak seperti Chef Wan yang dikenali yang boleh kita ketengahkan sebagai tukang masak antarabangsa, inilah yang dikatakan suatu pendidikan, sistem pelajaran yang betul yang kita mengasaskan tenaga kerja, kita merangka, melihat, kita buat ukuran kemudian kita melahirkan tenaga-tenaga ini, mengisi keperluan perkembangan negara itu sendiri. Kemudian hotel-hotel Hilton, Istana dan banyak hotel sekarang. Adakah anak-anak Melayu masuk ke dalam hotel-hotel ini tanpa sesuatu perancangan, sistem pendidikan yang kukuh, yang melihat masa depannya. LPN, sekarang ini menjadi Bernas, masa itu juga kita menghadapi masalah naik turunnya harga beras. Tun Abdul Razak melahirkan LPN dan mengimbangi dan menstabilkan harga beras. Kemudian Petronas itu sendiri, bagaimana pada mulanya untuk explore minyak, exploration di laut, kita terpaksa mengambil orang-orang !tali, pakar-pakar dari luar. Tetapi oleh kerana kita melatih, dasar pelajaran itu melatih, melahirkan cendekiawan kita, golongan-golongan yang dikehendaki, yang dirancang, akhirnya orang kita yang pergi explore minyak sekarang ini di luar negeri. Orang kita yang pergi ke Vietnam dan Iran kenapa ini tidak diperhatikan dan kita tidak melihat bahawa ini bukan suatu usaha untuk memperteguhkan kedudukan orang Islam di negara ini, kenapa ini tidak mahu dilihat. Kenapa kita tidak melihat kebesaran-kebesaran Allah dari segi ini, dari segi kekuatan orang Melayu dalam negara ini. Kekuatan itulah yang memperkuatkan Islam, bukan hanya dari segi teriakan 'Allah bu akhbar' itu sahaja. Itu hanya kosong, bukan 'Allah bu akhbar', yang kosong tetapi tidak ada pengisian. Tetapi dari masa ke semasa negara melahirkan orang-orang, di kalangan orang-orang Islam di negara ini yang berbeza dari negara-negara lain, yang paling dekat ialah Indonesia itu sendiri dari masa ke semasa, semenjak merdeka hingga ke hari ini hanya melahirkan revolusi berdarah dan berdarah, 32 DN.11.5.1999 tidak ada akhimya. Tiap-tiap penyelesaian, masalah yang ditimbulkan mesti diselesaikan dengan darab. Kita melihat sejarah apakah yang hendak kita rasakan besar. Apakah kebesaran yang dilahirkan .oleh Sukarno dari segi itu. Apakah kita mahu melahirkan pemimpin­ pemimpin seumpama ini dari masa ke semasa? Kita telah memberhentikan kelahiran pemimpin seumpama ini daripada awal lagi. Bukan kita tidak ada, kita ada, dari awal lagi kita ada trend untuk melahirkan pemimpin yang retorik, orator yang terbaik, yang hanya pandai bersyarah, ada. Dari awal ada, tetapi · orang-orang yang tidak pandai bercakap seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Hussein Onn danjuga Dr. Mahathir. Mereka ini tidak begitu pandai bercakap tetapi mereka adalah teknokrat-teknokrat yang bijak, merancang masa depan untuk kebangkitan suatu bangsa, untuk pertumbuhan suatu bangsa yang dapat berlaku adil kepada orang lain, yang dapat memantapkan kedudukan negara ini dengan keadilan, dengan pembahagian rezeki yang paling bijak dengan cara yang paling subtle. Saya masih ingat, yang harus saya sebutkan. Saya pergi jumpa allahyarham Tunku, tidak lama selepas peristiwa 13 Mei, kalau hendak jadi saksi kepada saya pun sudah meninggal orangnya, tetapi saya jumpa Tunku selepas 13 Mei. Maaf, tidak ada saksi tetapi perkara ini adalah perkara benar yang ada catatan pada saya. Pada masa itu Dato' Asri menjadi sebagai Presiden PAS, kata "Dato' Asri datang jumpa saya, dia kata kita rampas semua harta Cina, ambil jadi harta kita sebagai penyelesaian,". Tunku katakan pada saya, .. gila, gila, orang earl makan susah-susah kita hendak pergi rampas". Saya sebagai seorang Melayu ketika itu, barangkali saya sendiri ada perasaan apa yang ada pada Dato' Asri, melihat kekecewaan orang-orang Melayu dan melihat tidak ada jalan di mana orang-orang Melayu boleh bangun. Mungkin saya didorong oleh sentimen itu tetapi sebagai pemimpin Tunku, tidak. Inilah yang menunjukkan mereka tidak pernah sesat, di mana mereka melihat kebenaran. Jalan yang paling sesuai ialah dengan meletakkan asas yang benar, memberikan orang Melayu pelajaran. Dengan pelajaran kita boleh bersikap rasional, adil, di sini kebesaran Tuhan. Bukan kebesaran Tuhan dengan pergi merompak kedai Cina, membunuh, merogol dan sebagainya seperti apa yang dilakukan oleh suatu bangsa yang dianggap besar dan tidak bermaruah. Bagaimana kita apabila menghadapi masalah ini, bagaimana kita selesaikan. Kita tidak menjadi peminta sedekah, kenapa kita tidak menjadi peminta sedekah, orang barat tahu kita lain, kepala kita lain. Kita bukan Filipina, Indonesia dan Thailand. Didikan kita ialah didikan British, kita mempunyai persamaan dari segi pentadbiran kita dengan Singapura, the same wave length. Kita mempunyai background English administration yang dihormati. Kita tidak dengan tiba-tiba, bila berkuasa rampas estet-estet orang putih, apa lagi yang disuruh, yang dikehendaki oleh orang-orang sosialist dan juga orang-orang parti Islam ketika itu. Mereka suruh kita putuskan hubungan pertahanan dengan Britain, tidak payah ada five power agreement. Tetapi Tunku cerdik dan Allahyarham Tuan Razak juga cerdik. Bagaimana kalau sekiranya pada masa itu kita mendengar sentimen-sentimen untuk menyertai Apro Asia bangun bersama satu bangsa Asia dan Afrika, Afro-Asia pada ketika itu. Kita mahu menyokong kebangkitan Lumumba di Congo sebagai satu kebangkitan Asia, bagaimana, apa jadi kita pada hari ini dan akhimya nasib kita baik, saya ingatkan lagi kita tidak hapuskan five power agreement ini. Kalau kita hapuskan bagaimana kita hari ini bila Sukarno melancarkan konfrontasi kepada kita, apa jadi kita pada hari ini. Ini hams kita sedar. Walaupun pada masa itu kita melihat Tunku sebagai alat penjajah, sebagai alat British, sebagai alat Amerika tetapi itulah - saya bangun ini barangkali saya terlalu panjang telah pergi ke perkara ini tetapi inilah harus ada kesedaran di mana janganlah kita melihat krisis ini sebagai satu krisis bahawa kita telah hilang jalan datang, kita telah hilang DN.11.5.1999 33 di mana jalan ke depan. Sebenamya kita harus menyakinkan diri kita, keupayaan kita untulc keluar daripada tekanan-tekanan yang dijalankan oleh IMF, dijalankan oleh alat-alat Amerika adalah keupayaan kita. Kenapa kita ada keupayaan harus kita sedarkan. Dua masalah besar yang kita hadapi ialah selalunya ialah daripada serangan­ serangan daripada media. Tetapi dalam pada itu, kita tidak harus keterlaluan sehingga dilumpuhkan perasaan kita dengan pencemaran yang dibuat oleh media asing. Sebabnya bagaimanakah, umpamanya dari segi psikologi kita melihat tentang suatu tunjuk perasaan di Filipina ataupun pembunuhan yang berlaku di Amerika, anak-anak sekolah yang melakukan pembunuhan, apakah kesannya sampai dua, tiga hari di kepala kita? Kita hanya anggap itu sebagai suatu peristiwa di luar negara. Kita jangan terlalu - kadang­ kadang kita over sensitif kepada permainan-permainan daripada luar, sebab bagaimana perasaan kita membaca berita-berita luar negara dalam akhbar kita, adakah kita ambil berat betul-betul. Saya tahu kesan-kesannya ialah oleh kerana kita sebuah negara yang kecil, jadi kita mengambil berat apa yang dilakukan terhadap kita oleh negara-negara besar. Tetapi dalam pada itu negara-negara besar adalah negara demokrasi bukan negara komunis hanya keupayaan kita ialah kecerdikan dan kemampuan kita ialah saya balik kepada soal kita melahirkan anak-anak Melayu dan juga anak-anak bukan Melayu yang bijak - yang mampu untuk membangun dan menjawab serangan-serangan itu secara intelektual, secara yang meyakinkan, secara yang kuat. Itu keupayaan yang kita tunjukkan dibandingkan dengan orang-orang luar. Jadi, sebagai orang-orang yang democratic thinking dengan izin, mereka menerima hujah kita. Kita melihat bagaimana sekarang kecenderungan media asing sendiri, dalam hal ekonomi sendiri New Straits Times hari ini menunjukkan mereka mengakui itu dan menafikan ini, kemudian menerima balik apa yang dikatakan tentang keupayaan kita. ltu berlaku, mengapa? Ialah kerana mereka telah mulai melihat kebenaran kita dalam tindak-tanduk untulc menyelesaikan masalah ekonomi. Jadi, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah pun memberikan bukti-bukti yang pengiktirafan mereka walaupun tidak lama dahulu telah menurunkan pengiktirafan, nilaian dan rating terhadap ekonomi kita dan sebagainya tetapi akhirnya mereka kembali - itu democratic thinking, argument, kita bukan melawan secara sentimen, kalau kita tidak ada orang-orang yang berkeupayaan tentu tidak boleh dijawab. Saya kagum melihat umpamanya, kalau saya tidak silap-yang baru kita tubuhkan, NASDAQ, pasaran ekonomi yang baru yang mana orang kita boleh bercakap dengan ringkas dan bijak, kalau tidak silap namanya Khairil Anwar dan umpamanya beberapa orang yang ada yang boleh kita yakinkan keupayaan mereka dalam bahasa Inggeris dengan kehandalan mereka menghadapi pemuka-pemuka antarabangsa dan keupayaan ini telah meyakinkan dan ini yang diperlukan, peperangan kita bukan peperangan secara militan tetapi peperangan urat saraf, peperangan otak kita dan sebagainya. Ini adalah keupayaan yang ada pada kita. Dalam menghadapi Amerika ada dua kemungkinan besar. Kita takut, memang siapa pun takut, dalam menghadapi serangan-serangan daripada Amerika tetapi ada dua kemungkinan lebih besar dilakukan oleh Amerika yang biasa dilakukan iaitu pertama, sanction. Kalau terhadap negara-negara yang tidak mengikuti dasamya yang selalu menentangnya tetapi kita bukan demikian; dan keduanya, ialah interference secara terang-terangan. Ini dilakukan umpamanya kita melihat dalam masalah Iraq dan masalah Iran. Tetapi dalam masalah Iran akhirnya bagaimana? Mereka tunduk. Sebab apabila kita sendiri, maaf kalau saya sebut dengan tidak tepat, iaitu dalam usaha minyak di Iran, kita, France dan juga Russia. Mereka telah menaburkan berita ini, mereka telah menunjukkan tentangan mereka secara yang bijak tetapi pada akhirnya American Company sendiri menyedari bahawa mereka sudah lewat. Russia, France dan Malaysia telah masuk untulc menjalankan satu usaha yang sepatutnya dimonopolikan oleh Amerika, mereka telah mengambil sikap, satu syarikat di Amerika sendiri telah mengkritik Amerika dalam soal ini. Sebabnya, mereka adalah economic animals. 34 DN.11.5.1999

Dalam soal ini Tun Daim sendiri yakin bahawa akhirnya mereka akan balik kepada soal wang dan kemampuan kita ialah untulc menunjukkan kita mempunyai kebolehan untuk memberi wang kepada mereka tetapi mengikut cara kita bukan mengikut cara mereka. Jadi, itu telah kita buktikan dan mereka sedang melihat walaupun mereka tidak mahu iktiraf tetapi mereka sedang melihat kebijaksanaan dan keupayaan kita dan lebih-lebih lagi ialah tetangga kita yang paling dekat iaitu Singapura. Cuba kita lihat Singapura dalam soal ini. Singapura tidak lepas daripada konsepnya sampai sekarang, melihat pemerintahan ini adalah daripada orang-orang Sakai. Itu konsep Singapura melihat kita berasal daripada lanun, orang-orang ini bodoh. ltu Lee Kuan Yu daripada dahulu sampai sekarang, ia tidak tahu pembangunan jalan raya di Malaysia ini, dia tidak tahu, ada orang yang cuba menjemputnya untuk datang tetapi dia tidak mahu untuk melihat sendiri, kita telah jauh. Cuba kita fikirkan, kalaulah pembangunan ini diteraskan dengan keupayaan-keupayaan kita yang tidak mencabar mereka dengan Port Klang - yang Tuan Yang di-Pertua sendiri terlibat, kalau kita tidak improve, kita tidak mengadakan kekuatan, keupayaan efficiency kita yang lebih hebat, kalau sekiranya tidak ada KUA dan sebagainya, kita tidak dapat buktikannya yang kita boleh mencabar mereka dengan projek-projek yang dianggap sebagai satu pembaziran, jika KLIA tidak dibangunkan jangan mimpi akan ada 100 tahun lagi kalau sekiranya kita tidak bangunkan sebelum kejatuhan ekonomi - itu kebenaran Mahathir yang tidak dilihat. Jangan mimpi, tak usah mimpilah untuk mengadakan international airport, kalau kita tidak bangunkan sebelum kejatuhan ekonomi. Bagaimana Sukom kita jayakan despite walaupun ada tekanan dan sebagainya yang dahsyat sekali. Semua ini kerana kemampuan kita. Saya kira bagi Perdana Menteri kita bukan soal menandingi dunia itu sendiri, tidak, tetapi masalah yang kita hadapi - psychologically ialah neighbour kita yang bersih, bangunan­ bangunan pencakar langit yang hebat, facility mereka dalam pengurusan ekonomi dan sebagainya yang dalam beberapa hal kita tidak dapat bersaing, yang kita tidak dapat tunjuk, bila kita beri contoh Singapura sebagai sebuah negara yang dapat keluar daripada the centre of gangsterisme, the centre of political turmoil, center of communist dan ia dapat keluar menjadi sebuah negara yang paling kukuh, yang paling makmur, kita angkat tangan kepada mereka tetapi bila kita bawa soal ini, ah! Singapura kecil, bolehlah Singapura kecil tetapi bagaimana kalau tiap-tiap Menteri Besar kita bersikap tegas mahu membangunkan rakyat, mahu negeri mereka bersih dan sebagainya. Tidak semua negeri kecil boleh diuruskan menjadi sebuah negara yang makmur seperti Singapura, tidak. Kita harus adil dan jujur kepada diri kita sendiri tetapi sikap, keinginan untuk menegakkan sebuah negara yang bersih, itu tidak boleh kita nafikan. Negara yang efisien, survival, soal survival kita tidak nampak survival sebab apa, di hadapan rumah kita tumbuh kangkong dan di belakang rumah kita sawah padi. Jadi, seolah-olah kita tidak perlukan survival. Kita hanya sedar tentang perlunya survival apabila kita tertekan dan bukan sepanjang masa. Kesedaran ini hanya nampak apabila ada masalah-masalah. Umpamanya kita sekarang hendak sedarkan pengambilan pelajar-pelajar kita untuk diberikan satu hari kursus memahami tetapi sepatutnya perkara ini berjalan. Macam PAS ia teruskan usaha­ usaha sebab ia mahukan power atau kuasa dan dia teruskan usaha menerap menerusi sekolah-sekolah, menerapkan ke luar negara dan sebagainya. Saya sendiri berhadapan dengan perkara ini, saya tidak mahu cakap bohong, sebagai orang surat khabar sebenamya tidak boleh bohong. Saya selidik dahulu. Kalau surat khabar-surat khabar 'mosquitoes paper' boleh bohong tetapi surat khabar besar tidak boleh bohong. Tidak boleh, salah jika orang mati dua orang di kata mati 10 orang, tidak boleh, surat khabar tidak boleh. Umpamanya macam hari ini [Sambil menunjukkan surat khabar Harakah] ini bias. ZAM mengatakan, "Dr. Mahathir Jeneral yang parah". Motifnya tidak baik, tetapi maksud saya hendak menunjukkan bagaimana seorang jeneral . yang parah akan dapat keluar daripada perang sekalipun patah kaki, patah tangan, dia DN.11.5.1999 35 masih merangkak dengan memegang bendera dengan tentera dan penyokong­ penyokongnya di belakang, masih terus mara dan dia akan keluar sebagai seorang pejuang yang menang. Itu yang penting, soal parah, soal putus telinga, soal mata buta dan sebagainya, itu tidak kira. Dalam peperangan ialah seorang jeneral yang dapat keluar dan tegap pendiriannya masih memegang bendera kemenangan. Itu adalah jeneral yang paling besar dan dia telah keluar daripada satu cubaan kepada satu cubaan. Dia keluar dalam keadaan negara tertekan, dalam keadaan negara yang macam sekarang ini, sehingga jerebu pun disalahkan kepadanya. Sukom dahulu nyaris-nyaris gagal dan sebagainya dan banyak masalah. Saya tidak mahu pergi kepada soal jeneral itu lebih panjang tetapi soalnya ialah soal kemampuan kita. Jadi saya batik kepada soal tadi, soal - saya tidak kira ini, itu terserahlah masing-masing. Jadi saya berbalik kepada bagaimana - saya menghadiri di sebuah IPTS. Saya pergi sembahyang terawih, selepas sembahyang terawih kemudian di tempat sembahyang rm ...... Dato' Ghazi bin Haji Ramil: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua: Minta laluan, Yang Berhormat. Dato' Ghazi bin Haji Ramli: Saya tertarik dengan sedikit, sebahagian, hujung kupasan dan ulasan analisis yang baik mengenai kepimpinan dan sepintas lalu membandingkan tentang negara Singapura sebagai sebuah negara kecil yang kuat serba­ serbi. Kemudian di akhimya, Yang Berhormat Datuk Zainudin bawa contoh kepada IPTS. Kalau ikut pemahaman saya, trend ucapan dia tadi yang saya dengar separuh, minta maaf menyatakan persoalan-persoalan yang amat kritikal walaupun sensitif tetapi benar. Saya tertarik atas tajuk ini. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya ialah apakah solutionnya, bagaimana kita melihat permasalahan ini yang begitu banyak, real dan baik terdedah sekarang ini. Apa bentuk solutionnya? Kita mengakui, CEOnya hebat, Deputy CEOnya meyakinkan, bagaimana dengan keseluruhan yang Yang Berhormat Datuk Zainudin cuba bayangkan tadi. Kalau saya faham betullah, saya nampak begitu arahnya dari segi argument. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Datuk Zainudin bin Maid.in: Maaf, Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab tetapi saya akan pergi kepada IPTS dahulu. Tetapi saya akan pergi kepada PAS, saya minta kakak saya daripada PAS juga memahami. Saya dengan jujur, saya mahu ceritakan dan saya akan jawab, insya-Allah, iaitu saya hendak menunjukkan bagaimana kesedaran kita hanya bila menghadapi krisis untuk menyedarkan golongan muda kita terhadap sejarah, terhadap bakti kerajaan dan sebagainya. Tetapi usaha-usaha ini bagi Singapura dan untuk berjuang dengan kuasa di pihak PAS adalah sepanjang masa. Saya berbalik kepada bersembahyang terawih, tiba-tiba diberhentikan dahulu untuk seorang guru, saya ingat guru ini adalah daripada ITM. Guru agama daripada ITM memberikan syarahan, katanya "Baguslah sudah ramai macam ini, sudah ramai yang pakai kupiah, lebai". Saya tahu kenapa - jadi hal-hal beginilah terlalu narrow minded, pendekatan yang terlalu sempit saya tidak fikir kekuatan Islam bergantung kepada kupiah dan sebagainya. Dalam masa pilihan raya dahulu, saya masih ingat semasa pilihan raya tahun 50an, 60an di Kelantan macam mana, mereka naik atas pokok kelapa, pagi-pagi teriak 'Allahuakbar' untuk seruan supaya menyokong parti. Masa itu sudah berlalu, sudah terlalu jauh, saya tidak mahu pergi kepada soal ini. Saya ingat ingin menjawab kepada apa yang Dato' Ghazi katakan itu iaitu kita mempunyai CEO tetapi masalahnya kita ialah sehingga 36 DN.11.5.1999 hari ini masalah untulc mengimplementasi rancangan-rancangan pembangunan, kita masih belum keluar daripada masalah politik (political problem) dan juga masalah sikap. Pengurusan negara itu tidak mengikut yang sewajarnya. Umpamanya, saya beri contoh, saya menimbulkan masalah, gerai-gerai haram di sekitar kawasan taman selera yang dibangunkan oleh kerajaan sendiri. Kemudian saya timbulkan masalah penempatan lori­ lori sewa di merata-rata tempat tanpa pengurusan yang betul. Saya timbulkan perkara ini tetapi tidak ada jawapan yang tepat daripada menteri yang berkenaan semalam, kenapa? Mungkin pegawai kerajaan yang memberikan jawapan untulc dijawab oleh menteri berkenaan bertujuan untulc melindungi kelemahan mereka sendiri. Mereka tidak menjawab dengan tepat, kenapa? Saya boleh bawa tuan-tuan pergi melihat di Taman Melawati terdapat satu lubang, sudah lebih dari tiga bulan tidak ditutup. Kita tidak usah cakap perkara-perkara yang besar, kita pergi kepada perkara-perkara kecil di mana, hapuskan gerai-gerai kecil yang haram di sekitar gerai yang dtbangunkan oleh kerajaan sendiri, dengan wang berjuta­ juta ringgit, orang ramai diberikan lesen berniaga dengan cara yang halal, membayar sewa dan sebagainya tetapi akhimya gerai-gerai haram ini mengancam gerai-gerai halal yang dibangunkan oleh kerajaan sendiri. Di mana kecerdikan, kebijaksanaan, keupayaan, kecekapan pegawai-pegawai kerajaan, di mana? Pembaziran berlaku menimbulkan bantahan politik, kemudian kita tidak menyelesaikan masalah cepat-cepat selepas pilihan raya. Dekat pilihan raya masalah timbul semula, hendak bertindak tegas tidak boleh, masalah timbul lagi, masalah hendak sokongan politik. Akhirnya dia bawa bendera UMNO, letakkan pacakan di situ dan kemudian sekarang ini bendera KeADILan dan PAS pun diletak oleh peniaga-peniaga haram, apa hendak jadi? Diharap KeADILan dan PAS akan dapat bela dia, saya tidak fikir boleh. Jadi penyelesaian kita ialah penyelesaian secara politik, tidak secara profesional, sampai bila pegawai kerajaan akan begini? Beri jawapan yang tepat, kenapa menteri semalam tidak berani menjawab dengan tepat, kalau kelemahan, kata kelemahan dan pegawai kerajaan jangan cuba untulc menutup kelemahan-kelemahan sendiri. Saya berikan contoh, lagi satu masalah lebuh raya daripada Karak di Pahang ke Chendering. Sudah diumumkan tadi saya tidak sempat untulc bertanya kenapa masalah ini terns timbul dalam Dewan yang mulia ini, ditimbulkan dari semasa ke semasa. Kenapa timbul, kita telah menandatangani agreement dan sebagainya telah disaksikan dan menteri yang berkenaan telah pun menyatakan bahawa projek ini akan dimulakan pada awal tahun ini sejauh projek 338 kilometer menghubungkan Karak di Pahang dan Chendering di Terengganu. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya ingat boleh sambung selepas makan tengah hari. Datuk Zainudin bin Maidin: Ya, insya-Allah. Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, majlis ini ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang hari ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat} Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datulc Zainudin, sambung. Datuk Zainudin bin Maidin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyambung ucapan saya tadi terntama sekali mengenai masalah politik dan masalah sikap terns mengganggu kelicinan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Umpamanya saya berikan contoh tadi ialah soal pembinaan Lebuhraya Pantai Timur sepanjang 338 kilometer yang menghubungkan Karak di Pahang dan Chendering di Terengganu yang sehingga DN.11.5.1999 37 sekarang walaupun dijadualkan mula pada awal tahun ini tetapi sehingga sekarang masih belum dilaksanakan. Soalnya seperti yang saya katakan tadi ialah kita telah menjanjikan, menteri berkenaan sendiri telah menjanjikan tetapi tidak ada suatu gerakan ke arah ini yang boleh meyakinkan rakyat sehingga pada ketika ini. Jadi, masalah yang perlu dijawab dan yakinkan ialah apakah ada masalah politik atau ada masalah ekonomi. Kalau masalah ekonomi, apakah tabung pembangunan prasarana belum dapat meluluskan pinjaman kepada Lebuhraya Timur Sdn. Bhd. Saya tidak ada apa-apa kepentingan dengan syarikat ini tetapi kalau ini telah diumumkan, orang ramai telah tahu, kenapa pula menjadi satu masalah bagi pihak yang telah dipertanggungjawabkan, kalau sekiranya benar, masih menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman ini bagi memulakan kerja seperti yang telah dijadualkan. Hal ini tentulah menimbulkan tanda tanya terutama sekali di kalangan penduduk­ penduduk di pantai timur, Kelantan, Terengganu khususnya dan juga sebahagian daripada Pahang. Oleh kerana mungkin tetapi saya tidak percaya, tentulah kajian viablity tentang projek ini telah dijalankan. Apakah kemiskinan tidak viable dari segi ekonomi kerana orang yang tinggal di pantai timur orang miskin, orang Melayu. Jadi, jalan ini tidak penting. Apakah itu? Tetapi kita tidak dapat menghalang pemikiran-pemikiran yang begini timbul kerana apabila lebur raya antara utara ke selatan yang menjanjikan pulangan dari segi ekonomi yang cerah, yang lebih banyak kedai-kedai batu daripada kedai-kedai kayu seperti di pantai timur dan lebih banyak orang-orang yang industrious hidup di kawasan ini maka projek ini diutamakan, kenapa projek Pantai Ttimur ini dilewatkan. Apa masalahnya, dari janji ke janji, dari sign satu agreement ke satu agreement, sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan. Menteri yang berkenaan haruslah datang dengan satu jawapan yang meyakinkan ke Dewan ini, satu jawapan yang tidak lagi menampakkan ada tolak ansur dari segi politik dan dari segi ekonomi bagi melaksanakan projek ini pada masa yang telah dijanjikan walaupun telah dilewatkan. Baru-baru ini kita telah heboh tentang peruntukan yang tidak digunakan. Berbagai pihak dan pegawai daerah dipertanggungjawabkan dalam soal ini tetapi saya merasakan ini adalah satu tanggungjawab yang sama antara ahli politik dan pegawai kerajaan dan pihak kementerian-kementerian yang berkenaan. Kenapakah perkara ini berlaku, apakah kita tidak ada satu sistem pemantauan (monitoring) dalam pelaksanaan projek-projek ini sehingga tiba-tiba kita tersandar kepada kenyataan bahawa banyak peruntukan yang telah tidak digunakan. Kenapa kita mengambil penyelesaian begitu lama untuk menyedari hakikat tentang kelemahan-kelemahan pegawai kerajaan dan sebagainya. Kalau sekiranya kita mempunyai satu sistem pemantauan tentulah hal ini tidak berlaku. Saya suka mengingatkan balik kepada satu sejarah yang mungkin sudah menjadi kenangan lalu tetapi ada juga sejarah-sejarah yang perlu kita pelajari, yang mungkin untuk panduan seperti yang pemah dikatakan iaitu perlunya cermin di sebelah kanan kereta kita iaitu kita selalu melihat ke belakang untuk melihat bahawa kita tidak akan terlanggar dari belakang ataupun dilanggar dari belakang dan melihat sejarah itu sebagai panduan untuk kita. Bergunanya cermin di sebelah kanan kereta kita demikian juga bergunanya untuk kita melihat cermin-cermin sejarah. Dalam hal ini di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak kita telah membangunkan kampung-kampung dan desa-desa, kita telah mengadakan Bilik Operasi (Operation Raam) dengan Buku Merahnya yang berfungsi untuk memantau setiap gerakan di tiap-tiap daerah, daripada peringkat negeri sampai kepada peringkat daerah. Tun Abdul Razak sendiri boleh mengetahui sama ada pegawai kerajaan itu bekerja atau tidak. Sistem ini adalah menggunakan satu Operation Room mengikut, kalau saya tidak silap, iaitu Timbalan Pengarah Pembangunan Luar Bandar, Mr. Furgeson. Mr. Furgeson ini tidak kahwin tetapi 38 DN.11.5.1999 dia pandai berpantun. Dialah bekas pegawai BMA, bekas pegawai tentera British kemudian digunakan dengan sepenuhnya menjalankan pembangunan luar bandar secara emergency, secara menghadapi darurat. Dari pengalaman saya, saya melihat bagaimana tiap-tiap daripada daerah dan negeri sehingga ke daerah-daerah yang kecil ada di dalam kepala Allahyarham Tun Abdul Razak dan tiap-tiap pegawai kerajaan yang memberikan briefing di dalam tiap-tiap Operation Room, saya melihat ada yang keadaannya kesian, terketar-ketar, sebab dia tahu di mana wakil rakyat tidak bekerja, di mana pegawai kerajaan bohong, beliau dapat mengetahui. Tetapi pada masa itu pegawai-pegawai kerajaan sesungguhnya walaupun mereka ini bukanlah orang kaki alim macam sekarang, orang Kedah kata 'kaki yoya' juga tetapi efisiensi dan komitmen mereka kepada bangsanya, tanah air dan untuk mengeluarkan orang Melayu daripada kemiskinan, komitmen itu terlalu besar untuk kita bandingkan dengan kelupaan sesetengah pegawai kerajaan ini dari mana mereka datang. Hal ini sungguh menyedihkan. Kalau mereka melihat sejarah, mereka tidak akan mengutuk kerajaan yang ada sekarang, mereka akan berada kuat di belakang kerajaan yang ada sekarang, bukan semua tetapi ada. Ada yang lupa diri. Saya telah memberikan satu ringkasan sejarah tadi sepatutnya kita sedar dari mana kita datang dan seharusnya bekerja kerana tugas kita, misi kita kepada bangsa belum selesai. Dalam hal ini tanggungjawab terutama sekali adalah terletak kepada pegawai-pegawai kerajaan dan juga wakil-wakil rakyat. Kadang-kadang ada juga salah wakil rakyat. Wakil rakyat kadang-kadang hendak berkongsi pemiagaan dengan pegawai-pegawai daerah atau lain-lain. Jadi hal-hal ini kadang-kadang menyebabkan pegawai kerajaan hendak membuat keputusan tentang satu kontrak perlu memikirkan hendak bagi kepada kawan ataupun daripada segi politik pula. Jadi kadang­ kadang ini melewatkan. Melewatkan banyak sebab, terlalu politicking, too much politicking dalam sesetengah pejabat-pejabat daerah pun berlaku juga. Jadi hal-hal inilah saya ingat perkara ini perlu diselesaikan, kita ingat kita bekerja untuk rakyat masalah bangsa kita, kita belum keluar dari kokon kita, belum jangan sangka kata kita sudah kuat, orang-orang kampung kita sudah keluar daripada seluruh kemiskinannya. Satu berita yang menyedihkan hari ialah tentang kemiskinan, kemiskinan yang paling teruk sekali di Kelantan. Kita melihat hanya kita kadang-kadang ditipu dengan perkara-perkara retorik. Kekosongan dalam kata-kata yang hebat. Sebenarnya kemiskinan itu secara logiknya. Kemiskinan yang paling teruk ialah di Kelantan, iaitu dalam suatu kenyataan ini kerajaan telah mendapati kadar kemiskinannya berbanding dengan negeri-negeri lain iaitu 19.2%. Antara puncanya ialah ketiadaan program bersama kerajaan pusat dan negeri serta kekurangan peluang kerja. Ia juga disebabkan ketiadaan pembukaan tanah rancangan dan ramainya ibu tunggal yang terpaksa menganggur. Ini adalah daripada kajian isi rumah 1997 dan kajian terbaru separuh penggal yang telah dijalankan. Berbanding dengan Kelantan, negeri-negeri lain mencatatkan penurunan kadar kemiskinan yang ketara sejak tiga tahun lalu. Saya tidak mahu pergi panjang dalam soal ini, tetapi kita harus jujur pada diri sendiri iaitu satu contohnya, iaitu ketiadaan kilang-kilang di Kelantan umpamanya. Cuba kita pergi buat kajian di Pulau Pinang dan sebagainya, siapakah yang paling ramai berpindah ke Kelantan, anak-anak gadis, kalau sekiranya Menteri Besarnya tidak mahu anak-anak gadis boleh bekerja. Tetapi kita demokrasi, kita bukan komunis. Orang Kelantan tidak boleh dihalang untuk keluar mencari pekerjaan di luar. Pendedahan kepada di luar negeri Kelantan itu pendedahan di luar kebudayaan Kelantan sendiri. Pendedahan tidak berjaya untuk mendedahkan umpamanya kelucahan boleh disekatlah, kelucahan dikir barat di Kelantan tetapi tidak boleh disekat kelucahan untuk membaca buku apa namanya. ltu halal. Jadi demikian juga kalau hanya boleh kalau hendak dikawal DN.11.5.1999 39 peribadi orang perempuan tidak boleh kerja hanya di Kelantan sahaja. Tetapi mereka lari pergi mencari pekerjaan di Pulau Pinang, pergi ke Kedah, datang ke Kuala Lumpur. Masalah ini hams diatasi. Jadi saya rasa dalam soal ini, demikian juga dalam soal-soal rancangan-rancangan yang lain. Kita tidak boleh sekadar bercakap hanya menyatakan perkara-perkara yang tidak benar tetapi orang Melayu di Kelantan terus miskin. Saya tahu saya menyedari kalau sekiranya sikap industrious, sikap keusahawanan wanita-wanita Kelantan, sikap keusahawanan orang-orang Kelantan itu yang memang paling hebat kalau sekiranya mereka mendapat kesempatan mungkin mereka akan dapat menjadi negeri yang lebih maju, kalau diberikan kesempatan. Tetapi hal ini, dalam beberapa hal daripada masa ke semasa Kelantan tidak habis-habis dengan cerita politik sampai ke hari ini dan orang-orang Kelantan lebih banyak tenggelam dalam politik daripada segi yang lain-lain. Sampai bilakah akhirnya nasibnya begini kepada orang-orang Kelantan sendiri dan hal ini saya rasa kerajaan Persekutuan haruslah melihat dari segi kemanusiaan, bukan melihat dari segi politik pada masalah di Kelantan. Kita tidak usah bohong, daripada zaman Allahyarham Tun Razak kita juga menghadapi masalah ini tetapi kita tidak pernah membelakangkan Kelantan dan kerajaan hams menguruskan sikap tidak pilih kasih, sikap terus memberikan bantuan yang diperlukan oleh orang-orang yang memerlukannya di Kelantan. Kita harus meneruskan tanggungjawab kita bagi pembangunan rakyat di Kelantan, kita hams membawa kemajuan di Kelantan. Hanya dengan cara inilah, dengan cara membawa pembangunan, membawa kilang-kilang memberikan bantuan, hanya dengan inilah kita akan dapat mengeluarkan Kelantan daripada ketaaksuban, daripada kekolotan dan daripada kesempitan, pemikiran rakyat itu sendiri sebahagian besarnya, kita tidak boleh melihat hanya dari tokoh-tokoh korporat daripada Kelantan, itu tidak boleh diukur tetapi rakyat, tokoh-tokoh korporat yang menjadi korporat itu ialah juga mereka yang mendapat kesempatan daripada Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dilaksanakan oleh UMNO sendiri oleh Kerajaan Pusat, oleh kerajaan Barisan Nasional, oleh kerajaan Perikatan, bukan oleh dasar PAS. Masalahnya bukan masalah PAS, masalah kekolotan politik. Itulah yang menggambarkan betapa dari masa ke semasa masih ketinggalan, masih parachronism, masih kuat. Jadi dengan membawa kilang-kilang, membawa kemajuan, Kelantan akan menghadapi masalah sosial yang harus diselesaikan. Masalah umpamanya orang perempuan tidak boleh bekerja, tetapi kilang mahu orang perempuan bekerja. Kilang harus mengeluarkan memenuhi quota pengeluarannya dan sebagainya. Dengan hal itu saya ingat kalau orang macam Nik Aziz pun akan tunduk kepada kehendak kilang demi untuk kepentingan pekerja yang ramai, yang takut kehilangan kerja yang boleh menambahkan pendapatan. Kita hams create a social problem bagi Kelantan. Kita bawa kilang, kita bawa pembangunan, kita bawa kemajuan di Kelantan, create a social problem, biar mereka mempelajari masalah manusia itu tidak hanya dari segi melihat dari segi kaca mata politik, dari segi kaca mata agama tetapi dari segi masalah kemanusiaan, masalah sosial dan sebagainya. Kelantan harus chbangunkan dan untuk itu saya menganjurkan juga supaya satu sistem pemantauan ditubuhkan dalam kerajaan sendiri, bagaimana untuk memantaukan supaya pegawai-pegawai kerajaan melaksanakan tugas mereka. Saya percaya kalau satu sistem pemantauan yang efektif diwujudkan dalam dasar kerajaan sekarang maka kita akan dapat mewujudkan pegawai-pegawai kerajaan yang ada sense of agency, kita akan dapat mewujudkan pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai tanggungjawab terhadap penyeliaan, kita akan mempunyai pegawai-pegawai kerajaan yang tahu untuk membuat follow up, kita akan dapat mempunyai pegawai-pegawai kerajaan yang efficient, sistem pemantauan ini hamslah didukung oleh saya kira tidak salah kalau diserahkan kepada Tun Daim sendiri yang telah membuktikan keupayaannya dalam memerangi bukan sahaja masalah dalam negeri, kita tidak kata apa sekalipun tentangnya, apa sekalipun 40 DN.11.5.1999 kelemabannya tetapi apakah kita dapat mengatakan bahawa kita sedang keluar dengan keyakinan yang penuh daripada kegawatan ekonomi, daripada tekanan-tekanan luar, daripada rasa ketidakyakinan rakyat itu sendiri adalah daripada berlaku ini setelah perlantikan beliau menjadi sebagai Menteri Tugas-tugas Khas dan juga sebagai Pengerusi kepada MTEN. Apakah tidak ada kesannya, apakah sudah berlaku kegagalan atau kejayaan demi kejayaan. Yang perlunya ialah sekiranya masih ada pegawai-pegawai kerajaan yang tidak mahu membantu rakyat dengan jujur di dalam Bank Negara atau dalam Kementerian Kewangan sendiri, mereka ini mestilah dibersihkan daripada sekarang. Jangan biarkan lagi, kita harus mengajar mereka yang tidak tahu berterima kasih supaya berterima kasih, bukan dengan penghinaan tapi harus diajar. Anak-anak sekarang, anak-anak Melayu dengan mudah masuk ke universiti, bukan mudah, tetapi sekarang lebih mudah, peluang lebih banyak terbuka, tetapi orang-orang yang cerdik, anak-anak yang cerdik, yang cream of the society masih banyak yang ingin masuk ke universiti. Dulu memang sukar untuk dicari anak-anak Melayu untuk memasuki universiti di peringkat pengajian tinggi tetapi sekarang sudah banyak, mereka yang tidak mensia-sia scholar ship, kita hams mengajar mereka juga untuk terima kasih kepada kerajaan. Kita datang ke sini, kita sampai di sini kita berada dengan kekuasaan politik sekarang bukanlah dengan mudah, bukan dengan darah tetapi dengan air mata. Hanya dengan air mata kita sampai kepada keadaan ini, jadi hal ini kalaulah tidak ada kesedaran, tidak ada kesedaran kepada pegawai-pegawai yang telah dapat menikmati dari suatu proses politik, proses sosial yang begitu cantik, yang begitu halus. Kalau mereka tidak sedar, kita bukakan pintu biarlah mereka keluar, gantilah dengan orang-orang yang ada komitmen kepada kerajaan dan dasar-dasar kerajaan harus dilaksanakan. Demikian juga dengan orang-orang politik juga haruslah, saya ingat tidak hanya memikirkan soal politiknya sebagai peluang untuk mendapat perniagaan dan sebagainya. Saya ingat inilah masalah yang kita hadapi sehingga orang melihat kita merupakan politik. Saya rasa itulah kerana saya tidak mahu pergi panjang dalam soal ini, tetapi saya sekali lagi menegaskan bahawa sistem pemantauan harus lah diwujudkan, sistem pemantau yang berkesan, yang akan dapat mengatasi masalah-masalah kelewatan dalam melaksanakan projek dan sebagainya dan pegawai-pegawai yang khusus di suatu perkara mestilah diadakan supaya dia dapat melihat masalah sampai ke akar umbinya. Kadang-kadang ada pegawai kerajaan yang barangkali kita letakkan pada tempatnya, maka masalahnya mereka tidak tahu, masalah pegawai-pegawai kerajaan, masalah orang-orang bekerja ini tidak semacam orang surat khabar, dia bekerja sebab surat khabar hendak keluar esok, jika dia tidak bekerja dengan betul, tidak cepat dan sebagainya akhbar tidak sampai esok, dan tidak sampai ke pasarannya. Jadi hal itu satu tekanan yang mereka hadapi, satu psikologi yang terns dihadapi dan keadaan ini boleh diwujudkan. Kalau kita ada satu efficiency dalam monitoring system kita bahawa sense of urgency itu perlu diwujudkan di kalangan pegawai kerajaan. Kurangkan kalau macam main golf dengan orang politik, kadang-kadang orang politik pun ajak main golf dengan pegawai kerajaan, pegawai kerajaan terpaksa oblige. Jadi, saya ingat biarlah kita jujur dalam soal ini, jadi kita jujur pada diri kita, kita jujur pada tugas kita, kita jujur pada tanggungjawab kita. Masing-masing hams mempunyai kesanggupan dan saya sendiri juga hams jujur pada diri saya. Sekarang saya ingin pergi kepada soal pelancongan. Tadi, Timbalan Perdana Menteri juga ada menyebut ada peruntukan tambahan kepada pihak pelancongan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Sabbamddin Chik yang dalam beberapa hal telah meningkatkan pelancongan di negara ini. Tetapi kegawatan ekonomi telah menyebabkan beliau menghadapi juga masalah yang harus ditanganinya dengan cara yang bijak. Saya hanya ingin menyentuh umpamanya satu contoh yang paling efektif iaitu DN.11.5.1999 41

dalam memperkenalkan Hotel Seri Malaysia untuk golongan pertengahan. Sebenarnya kebanyakan golongan pertengahan tidak memerlukan hotel yang lengkap, yang ada sistem komputer dan sebagainya. Kebanyakannya hanya untuk relax, pergi dan hotel ini telah memberi kemudahan yang selesa yang pada basisnya cukup dari segi kebersihan tetapi selain dari itu ada satu, dua yang kadang-kadang mungkin kurang dari segi kecekapannya maka kita melihat juga ada ketidakkebersihannya. Hal ini haruslah supaya ia mempunyai standard yang sama supaya ia dilihat sebagai hotel sederhana yang paling efficient. Umpamanya, macam kita tahu sekarang macam Hotel Mandarin, Hotel Continental di Bangkok yang terkenal sebagai suatu hotel yang paling efficient dalam dunia di mana kalau kita pergi lima tahun kemudian dia masih tahu apa kopi kita, ada susu, suka susu atau tidak, ada gula atau tidak. Jadi, mungkin satu hotel yang sederhana begini, kalau kecekapannya lebih diperkatakan daripada keburukan maka ini akan menyakinkan orang terhadap perhatian kita kepada golongan sederhana di negara ini. Keduanya, saya rasa soal promosi perlancongan, maaflah kalau pegawai-pegawai di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah ada pegawai-pegawai promosi yang lebih bijak tetapi saya sekadar memberi pandangan saya iaitu daripada dahulu lagi Singapura lebih terkenal daripada Malaysia, walaupun Singapura itu kecil, di mana-mana pergi pun, orang tidak kenal dengan kita, itu bukan perkara baru sebab Singapura telah di'organise'kan lebih dahulu daripada kita kerana ia merupakan pusat perhentian para pelancong daripada dahulu sampailah ke hari ini. Saya ingat tidak kurang 250,000 orang tourist berada di dalam Malaysia pada setiap hari sekarang ini. Kita haruslah memikirkan tidak hanya untuk menarik tourist daripada Singapura iaitu orang Cina dan Melayu yang datang ke Kuala Lumpur sampai ke Pulau Pinang kerana adanya highway sekarang ini. Tetapi malangnya highway ke Terengganu tidak dibangunkan, masih lewat. Jadi, hak rezeki itu telah pergi kepada orang-orang di Pantai Barat. Jadi Pantai Timur di 'pride'kan daripada rezeki yang lebih besar. Jadi, di samping saya menyeru supaya highway itu dipercepatkan saya juga mengesyorkan supaya usaha-usaha lebih besar dijalankan mengikut keadaan semasa bagi menarik pelancong-pelancong dari Singapura dan juga daripada luar negeri yang berada di Singapura pada setiap hari. Oleh kerana Singapura lebih dikenali, mungkin sudah ada pakej tour daripada Singapura ke umpamanya, tapi kalau kita pergi ke Denmark, kemudian kita hendak pergi ke Sweden, kita tahu hanya dalam berapa minit kita boleh pergi ke Malmo dengan naik hydrofoil ataupun dengan kapal 1 jam, ataupun 15 minit dengan hydrofoil. Jadi hal ini mungkin kita tertarik hanya kerana ada iklan umpamanya hanya 15 minit ke Malmo, hanya 15 minit kita akan menjejak kaki di Sweden. Jadi dari Singapura itu galakan pelancong dibuat hanya 10 minit ke Malaysia daripada Singapura, mungkin ini akan menarik orang ramai daripada pelancong-pelancong luar dari Singapura untuk datang ke Malaysia. Lebih banyak pelancong ke Johor Bahm umpamanya hanya beberapa jam penerbangan daripada Hong Kong ke Sabah, mungkin 3 jam. Demikian juga umpamanya pada musim durian, yang paling disukai oleh orang­ orang Cina ialah durian. Kalau musim durian di Terengganu ataupun di negeri Kedah mengapa kita tidak iklan menjadikan durian itu sebagai satu iklan penuh satu muka surat khabar di Singapura 'musim durian di Malaysia' umpamanya 'musim durian di Terengganu'. Hal ini perkara kecil tetapi ini adalah gimik iklan yamg mungkin akan membawa mereka datang beramai-ramai di musim durian ke Kuala Lumpur. Umpamanya musim bunga menarik tetapi kita yang jauh daripada Barat, tetapi mungkin durian lebih menarik orang-orang Singapura untuk datang membelanjakan wang mereka dengan durian yang murah di Pantai Timur umpamanya. 42 DN.11.5.1999

Jadi, itu perkara yang agak remeh tetapi saya rasa perlu diperkatakan. Saya ingat saya tidak ada apa-apa perkara yang hendak saya katakan lagi, sebagai yang terakhir saya kira iaitu tentang masalah yang telah ditimbulkan masalah yang telah diheboh yang memerlukan kerajaan memberikan perhatian tentang di samping keinginan kerajaan untuk melaksanakan projek dengan begitu cepat dan sebagainya tidak seharusnya berlaku masalah-masalah pemberian projek kepada tersalah orang. Umpamanya, saya tidak tahu apa yang berlaku dalam pembinaan Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut (Pularek) di Tanjung Pengelih, , Johor. Kenapakah hal ini berlaku? Saya tidak tahu kenapa dan saya fikir orang ramai ingin tahu siapakah lima kontraktor yang telah terlibat dengan pakej dengan pembinaan Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut, Johor yang telah mengalami kerosakan kritikal, walaupun baru di bina dan belum digunakan. Projek itu berharga RM195 juta dan pihak Kementerian Pertahanan sendiri telah mempersoalkan adakah kerajaan telah membentuk satu pasukan bagi menyiasat sama ada penyelewengan telah berlaku dalam projek ini. Bagi kita, bagi orang ramai mungkin bila dengar sahaja projek sebegini, berlaku sahaja perkara yang macam ini, apa yang terlintas di dalam kepala, saya ingat dalam setiap anggota Dewan ini danjuga orang ramai mudah sahaja, rasuah. Mesti ada perkara-perkara yang tidak betul berlaku. Dalam fikiran siapa sahaja bila baca, macam mana projek RM195 juta belum duduk, belum siap sudah runtuh, bagaimana? Menurut Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malayisa, Rosian Awang Chik, kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut di Tanjung Pengalih, Kota Tinggi harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerosakan di pusat tersebut. Saya tidak mahu pergi panjang lagi di dalam perkara ini, tetapi Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah bin Badawi berkata tindakan pasti diambil jika wujud penyelewengan di dalam pembinaan projek Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut jika berlaku penyelewengan, tetapi kita kira kalau tidak siap, runtuh itu penyelewenganlah, saya ingat tidak payah siasat lagi. Jadi, saya rasa kerajaan perlulah memberikan perhatian yang berat dalam perkara ini supaya tidaklah terlihat bahawa kerajaan tidak cermat dan tidak begitu berhati-hati dan mudah dalam memberikan kontrak. Jadi, setakat itu sahajalah yang Tuan Yang di-Pertua dan saya sekali lagi menyatakan sokongan kepada usul-usul yang telah dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Dato' Chet Singh. 3.00 ptg. Dato' Chet Singh: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk menyertai perbahasan bagi meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia mempunyai rekod yang sangat memuaskan untuk memperkenalkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Rancangan Pembangunan Lima Tahun dihasilkan selepas membuat perancangan teliti di samping memastikan yang rancangan tersebut adalah selaras dengan rancangan-rancangan prospektif dan juga objektif-objektif Wawasan 2020. Hasil daripada rancangan pembangunan, strategi-strategi dan program-program, negara kita telah maju dengan pesat dari segi sosio-ekonomi. Ekoran daripada itu, negara kita adalah aman dan stabil. Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang lampau, Kajian Separuh Penggal Rancangan Pembangunan Lima Tahun dilakukan untuk membuat perubahan peruntukan, memperkenalkan program-program baru dan juga untuk membuat pindaan-pindaan yang kecil. Walau bagaimanapun, kali ini Kajian Separuh Penggal itu mempunyai satu agenda DN.11.5.1999 43 khas iaitu untuk menyokong langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan demi mengatasi kegawatan ekonomi yang disebabkan oleh krisis kewangan pada bulan Julai 1998. Tuan Yang di-Pertua, menurut Kajian Separuh Penggal itu kerajaan telah memastikan agar satu pendekatan positif diambil di samping memperkukuhkan lagi langkah-langkah yang sedia ada. Tahniah mesti diucapkan kepada pihak kerajaan dan pemimpin-pemimpin kita yang bersifat pragmatik dan berani memperkenalkan langkah­ langkah baru dan inovatif demi memastikan pemulihan ekonomi yang cepat. Kajian Separuh Penggal itu mengemukakan satu rancangan pragmatik yang terdiri daripada gabungan strategi. Sesetengah strategi telah dibuktikan sementara yang lainnya adalah strategi baru. Objektif utama ialah agar negara kita bergerak menujuke arah abad ke-21 dengan kedudukan ekonomi yang lebih kukuh. Justeru itu, memang wajar agar kerajaan membentuk strategi-strategi untuk menambah output, meningkatkan kecekapan dan daya saing, memastikan pembangunan yang seimbang, mengagihkan faedah secara adil di kalangan semua penduduk Malaysia yakni penduduk di semua negeri, bandar dan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, dokumen Kajian Separuh Penggal, adalah tambahan kepada Rancangan Pemulihan Ekonomi Negara oleh NEAC. Segala strategi dan rancangan tindakan dalam kedua-dua rancangan itu memperkukuhkan lagi pengaruh kerajaan dalam memastikan pemulihan ekonomi yang lengkap. Pihak kerajaan sedang memainkan peranan secara positif dan memerlukan sokongan serta penglibatan penuh semua rakyat Malaysia, perkhidmatan awam, sektor swasta dan masyarakat awam. Setiap rakyat Malaysia mesti memainkan peranan demi memastikan kejayaan. Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa pihak perkhidmatan awam memainkan peranan penting memandangkan mereka merupakan elemen utama dalam sistem penyampaian. Rancangan pembangunan sudah membentuk strategi-strategi tetapi program dan projek pembangunan perlu dilaksanakan dan disiapkan dengan sempumanya. Justeru itu, wujudnya elemen kualiti dan profesionalisme dalam bidang kerja serta juga kepentingan masa. Segala projek dan program tidak harus ditangguh apatah lagi ditunda. Ketepatan masa adalah amat penting sekarang memandangkan kita inginkan pemulihan ekonomi yang segera. Sejak kebelakangan ini terdapat laporan mengenai peranan perkhidmatan awam dan perkara-perkara yang diinginkan daripada mereka. Malah terdapat juga satu kenyataan akhbar dalam New Sunday Times pada 25 April 1999 berjudul dengan izin, Civil Service Must Backup. Peranan penting perkhidmatan awam ini mesti diterima oleb semua pihak. Memang tidak dapat disangkal bahawa kerajaan sentiasa berubah-ubah tetapi perkhidmatan awam akan sentiasa kekal sebagai tulang belakang sebuah negara. Kenyataan ini menggambarkan kecekapan, keberkesanan dan betapa terikatnya perkhidmatan awam dengan sesuai sekali. Keratan akhbar tersebut juga memaparkan bahawa kemerosotan ekonomi telah menimbulkan kesedaran akan bahaya rasa puas bati di samping kemudaratan yang telah ditimbulkan di dalam pentadbiran awam. Berdasarkan kepentingan peranan dan sumbangan perkhidmatan awam, pihak berkuasa mesti mengawasi kerja pihak bawahan di samping mengambil tindakan yang sewajamya ke atas mereka seandainya kerja mereka adalah kurang memuaskan. Tuan Yang di-Pertua, isu mengenai perlaksanaan projek pembangunan adalah serius dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara telah mengkhaskannya di samping memberikan tumpuan terbadapnya. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita juga telah menegaskan bahawa perlaksanaan efektif akan bertindak sebagai seruan lantang untuk agensi-agensi kerajaan. Patut ditegaskan berkali-kali bahawa tindakan segera penglibatan diri dan perkhidmatan para pelaksana adalah penting bagi pembangunan. 44 DN.11.5.1999

Tuan Yang di-Pertua, di samping menegaskan peranan penting perkhidmatan awam saya juga ingin tegaskan bahawa sektor swasta perlu bersikap rasional dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa. Sektor swasta perlu meneliti dan mengemukakan kelemahan-kelemabannya yang sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kemerosotan ekonomi. Sektor swasta barus distruktur semula agar dapat menyumbang secara lebih positif terhadap pemulihan ekonomi. Sektor swasta juga patut menerima langkah-langkah dan proses-proses yang dapat menambah dan meningkatkan produktiviti dan daya saing agar membolehkan barangan serta perkhidmatan Malaysia bersaing di pasaran dunia. Tuan Yang di-Pertua, setiap rakyat Malaysia mesti bekerjasama bagaikan satu pasukan demi mencapai kejayaan untuk menuju ke hadapan. Kita mesti yakin bahawa tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan itu boleh dilaksanakan secara berkesan. Sehingga kini usaha-usaha kerajaan yang disokong oleh rakyat telah mencapai kejayaan. Organisasi-organisasi dan institusi-institusi antarabangsa menyampaikan pemyataan­ pemyataan positif tentang Malaysia dalam mengakui bahawa langkah-langkah yang diambil sememangnya adalah berkesan. Kini pemyataan-pemyataan seperti, dengan izin, 'confidence and recovery mounting', 'Malaysia recovery on target', lazim dikemukakan oleh institusi-institusi antarabangsa. Walaupun kita berasa gembira ekonomi negara kita sedang pulih, namun kita patut ingat bahawa sistem negara kita yang lalu mempunyai banyak kelemahan. Kelemahan-kelemahan ini telah dikemukakan dan sedang diteliti. Yang penting ialah agar memastikan bahawa kelemahan-kelemahan ini dihapuskan sama sekali dan tidak menjejaskan ekonomi masa hadapan negara kita disebabkan kekurangan ketegasan dan kesediaan untuk bertolak ansur tentang asas-asas iaitu asas-asas ekonomi atau asas-asas amalan perniagaan. Tuan Yang di-Pertua, semua pihak yang bertanggungjawab mesti memastikan agar projek-projek pembangunan yang telah diluluskan siap tepat pada masanya di samping menepati spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan. Demi mencapainya seorang kontraktor mesti menjalankan pemeriksaan teliti dan lengkap, bersikap jujur dan mesti bangga akan kerjanya. Kita tidak mampu berhadapan dengan kes-kes seperti kes Pusat Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia Tanjong Pengelih yang dianggap bangunannya tidak selamat untuk digunakan setelah siap dibina. Sejumlah RM195 juta telah dibelanjakan dan kita semua sedia maklum bahawa kerja-kerja pembaikan biasanya adalah tidak begitu memuaskan. Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan satu skandal dan saya ingin cadangkan agar pembangunan projek ini dikaji sebagai satu kajian kes oleh INTAN apabila melatih pegawai-pegawai awam. Ini merupakan salah satu kes yang melibatkan pihak yang bertanggungjawab mengkaji kes tersebut secara teliti. Sesiapa yang didapati tidak menjalankan tugas mereka secara tekun akan dikenakan tindakan disiplin. Kontraktor­ kontraktor berkenaan juga patut disertakan di dalam senarai hitam. Ini juga merupakan salah satu kes yang secara jelasnya menerangkan tentang keperluan budaya kerja positif di kalangan rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sektor pembangunan industri telah kekal sebagai sektor utama yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, eksport dan pengambilan pekerja, tambahan lagi pengenalan rancangan utama industri kedua telah memberi tekanan terhadap produktiviti yang mempengaruhi perkembangan. Kita mesti mempunyai asas ekonomi yang kukuh demi mencapai perkembangan ini. Asas ekonomi ini terdiri daripada lima elemen penting iaitu pembangunan sumber manusia, teknologi, infrastruktur dan utiliti, perkhidmatan sokongan perniagaan serta kewangan dan insentif. Apabila beberapa elemen utama ini dibangunkan, kita bukan hanya akan memiliki kawasan-kawasan industri yang berjaya dan membangun tetapi juga akan memiliki kawasan-kawasan pembangunan baru di sekitar kawasan industri tersebut. Contoh baik yang dapat dilihat ialah di negeri Pulau Pinang yang telah membangunkan dua kawasan komersial bandar baru basil DN.11.5.1999 45 daripada perkembangan clan pembangunan kawasan industri iaitu Bandar Bayan Baru di kawasan pulau sementara Bandar Seberang Jaya di kawasan Seberang Prai di tanah besar. Tuan Yang di-Pertua, lebih insentif perlu diberikan untuk meningkatkan usaha demi mempromosi dan membangunkan industri-industri berasaskan sumber dalam industri kita yang sedang membangun. Negeri-negeri yang kaya dengan sumber patut didorong untuk membangunkan kawasan industri yang berasaskan sumber. Kementerian Perdagangan clan Industri Antarabangsa dan MIDA patut mengambil inisiatif clan bekerjasama dengan negeri-negeri ini dengan mempromosikan pembangunan industri­ industri yang berasaskan sumber. Tuan Yang di-Pertua, konsep-konsep kelompok mesti ditegaskan selaras dengan kehadiran bahan-bahan mentah. Sebagai contoh, konsep lama Kompleks Kayu Balak Bersepadu (Integrated Timber Complexes) patut dikaji semula secara kritis. Seterusnya cara dan kaedah yang wajar mesti dicari demi mengubah clan mempertingkatkan kelompok-kelompok tersebut supaya menjadi lebih sesuai. Yang patut dirasionalisekan ialah pembekalan kayu balak clan juga pengurusan hutan supaya selaras dengan prinsip clan syarat pengurusan hutan yang mapan. Kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pertanian dan Kementerian Perusahaan Utama turut terlibat dalam industri-industri yang berasaskan sumber. Keadaan ini dialami di negeri-negeri tersebut khususnya di Sabah clan Sarawak. Ini bermakna bahawa pelbagai kementerian dan agensi yang terlibat itu harus mempunyai satu rancangan bersama di samping bekerjasama demi mencapainya. Seandainya rancangan ini belum tercapai MITI dan MIDA patut mendirikan satu pusat perhentian 'one-stop-agencies' yang secara khususnya menguruskan promosi clan pembangunan industri-industri yang berasaskan sumber. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia akan berkembang dengan lebih pesat lagi. Jika industri yang berasaskan sumber ini tanpa dipromosi dan dibangunkan agar wujud lebih banyak jumlah nilai pembahagian pengeluaran dalam dekad yang akan datang. Elemen­ elemen asas ekonomi yang utama 'perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha mencapai perkembangan ini. Rancangan pembangunan industri mempunyai masa depan yang sangat cerah. Waiau bagaimanapun, secara pelaburan dan persekitaran yang sesuai amat diperlukan bagi mencapai kemajuan tersebut. Selain itu kestabilan politik mesti dikekalkan, dan tenaga kerja mesti disediakan clan dipertingkatkan kemahiran mereka sementara pihak kerajaan pula mesti menyediakan program-program penyesuaian kerja. Tenaga kerja kita mesti meningkatkan produktiviti clan daya saing merupakan kunci utama demi memperkembangkan dan membangunkan masa depan sektor industri. Justeru itu, kerajaan mesti sedia melakukan apa jua sahaja demi memastikannya. Tuan Yang di-Pertua, pelancongan mempunyai potensi yang amat tinggi dalam rangkaian sektor perkhidmatan. Kempen-kempen promosi pelancongan dilancarkan secara meluas pada tahap antarabangsa oleh kebanyakan negara, memanclangkan pelancongan dapat membawa masuk tukaran wang asing. Kementerian Pelancongan Negara kita clan Perbadanan Pembangunan Pelancongan telah bergiat secara aktif untuk menarik para pelancong ke negara kita. Tetapi malangnya kehadiran masalah jerebu, virus coxsackie, dan baru-baru ini virus nipah clan J.E. telah menjejaskan industri pelancongan. Tambahan lagi liputan negatif media asing telah mewujudkan satu persepsi negatif tentang Malaysia sebagai sebuah destinasi percutian clan beristirehat. Tuan Yang di-Pertua, pemulihan industri pelancongan nescaya merupakan satu tugas yang sukar dijalankan. Walaupun pihak NERB telah mengenal pasti langkah­ langkah yang patut diambil clan pihak sektor swasta pula turut melibatkan diri untuk memulihkan industri pelancongan, namun masih terdapat langkah-langkah asas lain yang patut diambil. Kita mesti bermula dengan menjadikan kebersihan satu tugas harian. 46 DN.11.5.1999

Tuan Yang di-Pertua, kerap kali sahaja kita dapat melihat gambar-gambar yang memaparkan himpunan sampah dalam ak:hbar tempatan disebabkan oleh orang awam yang tidak peduli akan kaedah pembuangan sampah yang betul, di samping kehadiran pihak­ pihak berkuasa yang tidak cekap dan berkesan. Hari ini amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan tidak begitu dipentingkan. Cetusan wabak taun dan denggi adalah hasil daripada pentadbiran kerajaan tempatan yang lambat. Justeru itu, adalah wajar agar kita bermula dengan prosedur tugas harian yang memastikan persekitaran yang bersih dan sihat demi mempertingkatkan mutu hidup kita, galakan kempen-kempen kebersihan tahunan, dan gotong royong berkala yang semata-mata bertujuan politik. Berkemungkinan besar, pelaksanaan langkah-langkah drastik seperti penyingkiran kakitangan yang tidak menjalankan tugas dan pendakwaan kakitangan yang tidak mematuhi syarat-syarat peraturan akan menunjukkan ketegasan pihak berkuasa. Tuan Yang di-Pertua, panggilan kebersihan disertai beberapa landskap yang menarik dapat memperindahkan lagi halaman kita di samping menjadikannya daya tarikan pelancong. Marilah kita bekerjasama demi mempertingkatkan kualiti persekitaran agar penduduk Malaysia dan juga para pelawat memperolehi manfaat daripada persekitaran yang bersih dan sihat. Tuan Yang di-Pertua, prosedur dan susunan kerja ini seterusnya mesti diamalkan di kawasan-kawasan awam, restoran, gerai penjaja, kompleks dan yang paling penting di tandas awam. Biarlah kebersihan tandas awam membentuk imej masyarakat Malaysia yang berfikiran sivik dan bersikap matang. Langkah-langkah seterusnya ialah·bermutu dan berurusan dengan orang awam secara mesra. Seorang pelancong yang dilayan dengan senyuman dan secara mesra akan berasa amat dialu-alukan. Justeru itu pihak yang berhubung secara langsung dengan para pelancong patut diberikan latihan yang sewajarnya. Ini merangkumi kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), pegawai­ pegawai imigresen, kastam, para pemandu teksi, budak suruhan hotel, penyambut tetamu dan para pelayan. Pusat membeli belah yang bertaraf mesti disediakan demi membawa masuk wang asing. Barangan Bermuda pada harga yang berpatutan, kraftangan dan cenderamata yang menarik. Perkhidmatan mesra yang disampingkan dengan senyuman juga adalah amat penting diamalkan di pusat-pusat membeli belah. Perkhidrnatan mesra ini bukan hanya ditujukan kepada para pelancong malah juga kepada penduduk tempatan. Sifat mesra ini patut dijadikan tabiat hidup mereka. Sekiranya tidak, mereka akan kelihatan pura-pura tersilap. Pihak berkuasa mesti mengawasi dan meneliti orang bawahan mereka demi memastikan agar layanan mesra disampaikan. Pengurusan kemudahan­ kemudahan dan pembangunan juga patut dipertingkatkan. Pada masa kini rekod kita tidaklah begitu memuaskan. Justeru itu marilah kita membuat perubahan, tanpa perubahan kita pasti tidak dapat maju dan bergerak ke depan. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan langkah-langkah asas ini dapat membentuk persekitaran baru yang lebih sesuai. Seandainya ini berlaku kita akan dapat mencapai matlamat pasaran pelancongan seperti yang diinginkan. Ini seterusnya dapat mempermudahkan pelancaran program-program promosi dengan jayanya oleh TDC dan sektor swasta. Setiap orang mesti memainkan peranannya demi membentuk imej yang terbaik bagi negara kita. Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang ingin saya bincangkan di sini ialah tentang perumahan. Sebuah rumah atau tempat perlindugnan merupakan satu keperluan asas, sejurus dengan itu tahniah mesti diucapkan kepada kerajaan kerana berusaha menyedikan dana perumahan bagi golongan yang berpendapatan rendah. Setakat jangka masa kajian semula didapati 50.4% daripada jumlah pen1mahan yang dianggarkan telah siap dibina. Penyelidikan tentang jumlah unit yang didiami dan penelitian tentang pihak-pihak yang berkelayakan iaitu golongan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah adalah sama sekali penting. Menjelang hujung Rancangan Malaysia DN.11.5.1999 47

Ketujuh, diharap agar sekurang-kurangnya 90% daripada rancangan yang dicaclangkan dapat disiap, diperuntukkan clan didiami. Tuan Yang di-Pertua, dimaldumkan bahawajumlah pelbagai kategori perumahan yang dicadangkan ini dikaji semula. Hasil daripada kajian ini, diharap agar pihak berkuasa yang merancang dan meluluskan perumahan diberikan arahan yang sewajarnya tentang jumlah unit perumahan yang patut dibina. Ekonomi negara kita yang bebas clan berpengetahuan sedia ada para pemaju tentang keinginan rakyat adalah dihargai. Waiau bagaimanapun kita mesti ingat bahawa sektor perumahan clan pembinaan menyumbang dengan banyaknya terhadap jumlah pinjaman tanpa pulangan, dengan izin, non-performing loan. Hari ini wujudnya banyak kondominium clan apartment yang belum didiami penghuni dan yang belum siap dibina. Jesteru itu kita patut menerima pengajaran daripada ini clan menyedari bahawa penyediaan rancangan yang lebih tegas clan pragmatik adalah diperlukan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin caclangkan agar peranan prestasi sektor swasta dinilai dalam kajian ini. Dalam kebanyakan kes, sumbangan terhadap stock perumahan kos rendah hanya merupakan sebahagian kecil daripada keseluruhan projek kemajuan perumahan yang mempunyai bilangan kategori ini, kategori unit kos tinggi clan sederhana yang besar. Kadar pembinaan rumah kos rendah yang kini berjumlah 30% juga harus dinilai secara teliti. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengemukakan seruan pekerja-pekerja laclang tentang isu perumahan. Perumahan di kawasan estet adalah kurang memuaskan dan kadangkala bercorak primitif. Malah walaupun wujudnya Akta Perumahan Pekerja­ pekerja dan Standard Kemudahan Minimum Tahon 1990, namun situasi tersebut masih tidak berubah. Daripada kajian yang dijalankan didapati bahawa skim pemilikan rumah untuk para pekerja kurang mendapat sambutan daripada para pemilik laclang. Jesteru itu, syarat clan peraturan yang sedia ada patut dikaji semula dan menggalakkan para pekerja laclang memiliki rumah. · Tuan Yang di-Pertua, sudah bertahun-tahun lamanya tetapi situasi tersebut masih belum diperbaiki, malah kian bertambah buruk dalam beberapa keadaan. Situasi tersebut bertambah buruk lagi apabila estet-estet dijual kepada pemaju-pemaju perumahan tanpa mempedulikan langsung tentang keperluan para pekerjanya. Tidak ada sebarang rancangan penempatan semula yang dicadangkan basil daripada pertimbangan penjualan estet-estet itu. Pemilik baru pula tidak langsung menyediakan sebarang peruntukan kepada bekas pekerja-pekerja ladang, apabila mengemukakan pelan-pelannya. Sejurus dengan itu kita tidak patut menyalahkan para pekerja ladang yang telah menderaf satu memorandum clan berharap masuk ke Parlimen untuk menyarankannya kepada pihak kerajaan. Dengan ini saya ingin merayu kepada menteri atau kementerian yang berkenaan agar mengambil langkah-langkah yang positifbagi membantu para pekerja laclang yang terpaksa berpindah apabila laclang-ladang mereka dijual untuk tujuan-tujuan pembangunan. Dengan itu saya sokong usul ini. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat. 3.36 ptg. Tuan S. Parasuraman: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, beri peluang untuk berucap mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh. Tuan Yang di­ Pertua, pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar sebenar jika kembalikan pada 1% tempoh akhir 1999 clan dijangka ianya mencapai 5% pada tahun 2000. Ini adalah satu pencapaian yang terbaik di rantau ini. 48 DN.11.5.1999

Pada kebiasaannya, kejatuhan ekonomi hanya boleh dipulihkan semula 5 hingga 10, tahun tetapi hasil usaha kerajaan dan Perdana Menteri ianya berjaya kembali pulih dalam masa yang begitu singkat. Kita ucapkan syabas dan terima kasih kepada Yang Amat Berhonnat Perdana Menteri walaupun Yang Amat Berhonnat Perdana Menteri menerima tentangan hebat dari kuasa-kuasa asing untuk mengadakan program-program pemulihan ekonomi yang tersendiri. Pada mulanya kebanyakan masyarkat antarabangsa dan ada setengah masyarakat di Malaysia meragui dasar-dasar yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi ini. Malah ada pihak yang menyatakan bahawa dasar-dasar ini akan membawa kepada keruntuhan ekonomi yang tidak dapat diimaginasikan, tetapi hasil usaha ketekunan, ketegasan dan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ianya berjaya di atasi dengan mudah. Kita juga harus mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Yang Amat Berhonnat Perdana Menteri kerana keengganan Yang Amat Berhormat mengaggotai kemahuan-kemahuan IMF. Negara-negara yang menyertai kemahuan-kemahuan ketat IMF telah mengalami masalah yang amat dahsyat seperti penutupan institusi-institusi perbankan yang begitu banyak, penutupan perindustrian dan pengangguran yang tinggi. Sebelum ekonomi menunjukkan sebarang tanda-tanda positif dalam pertumbuhan ekonomi tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat memulihkan ekonomi dengan tidak nampak kesan-kesan buruk yang ketara kepada rakyat secara keseluruhannya. Kita tidak mempunyai protes-protes pekerja seperti di Korea atau di Indonesia yang menggunakan dasar-dasar IMF. Tuan Yang di-Pertua, kami juga berharap kerajaan akan menggunakan pengalaman pahit dan dalam masa kegawatan ekonomi ini sebagai satu pelajaran masa depan dan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga pada masa hadapan dengan menggunakan pengalaman-pengalaman pahit yang lalu tanpa takut pada kuasa-kuasa asing. Kami juga menegaskan di sini bahawa kerajaan harus terus meningkatkan hak­ hak rakyat Malaysia seperti mana kerajaan telah lakukan pada akhir-akhir ini. Secara amnya sekarang kerajaan-kerajaan di Barat juga sedang memikirkan penstabilan nilai-nilai mata wang sekarang di mana nilai mata wang tidak lagi stabil dan tidak lagi boleh digunakan sebagai pengurangan kekayaan sesebuah negara. Ada penduduk-penduduk di negara barat pada masa sekarang lebih mempercayai kepada pembelian emas berbanding dengan wang kertas. Benda yang sama bila diutarakan oleh Yang Amat Berhonnat Perdana Menteri kita, mereka menyatakan bahawa ianya tidak benar tetapi pada masa sekarang ada ura-ura negara Barat membuat kajian yang lebih mendalam untuk mengatasi ketidakstabilan mata wang ini . Jadi, saya sarankan bahawa negara kita akan terus menetapkan mata wang seperti sekarang sehingga kajian-kajian keseluruhannya penetapan wang kertas diselesaikan. Tuan Yang di-Pertua, hak milik modal saham kaum India menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 19.1% dari tahun 1996 hingga 1998. Ini adalah satu petanda yang baik walaupun peratus masih tertinggal kepada 1.5% sahaja dan pendapatan isi rumah kasar bulanan purata kaum India telah meningkat ke paras 16.4%. Ini menunjukkan satu peningkatan yang baik dan menggalakkan. Ini juga adalah hasil usaha perindustrian dan perkilangan di negara oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri walaupun kadar pertumbuhan tahunan purata kaum India bagi hak milik modal saham India naik tetapi ia dituruti oleh kadar peningkatan jenayah oleh pemuda-pemuda India. Saya cadangkan supaya kerajaan dapat memberikan perhatian yang khusus kepada kadar peningkatan jenayah di kalangan kaum India. Saya sarankan kerajaan DN.11.5.1999 49 memulihkan pemuda-pemuda dan mencegah mereka melakukan jenayah dengan kaunseling atau cara-cara lain tetapi yang penting ialah mereka ditegah daripada melakukan jenayah. Ini boleh dilakukan oleh kerajaan dengan mengenal pasti kenapa mereka tumpukan kepada kegiatan jenayah. Jadi, jika kita tabu sebab-sebab mereka menumpukan kepada jenayah, dia dapat dipulihkan sebelum melakukan sebarang kegiatan jenayah. Dalam ams pertumbuban ekonomi yang pesat kita juga tidak boleb lupa kepada pembangunan keluarga kerana perindustrian dan perkilangan telah merenggangkan tali kekeluargaan di Malaysia kerana ibu bapa sibuk mencari wang untuk kemewahan. Ada di antara mereka bekerja sebari suntuk bingga menjejaskan pertumbuban anak-anak mereka. Saya sarankan di sini bahawa perkara ini jangan dipandang sebagai satu perkara yang mudah kerana ianya adalab punca anak-anak jadi jabat dan tidak berpelajaran dan tidak bertanggungjawab kerana panduan dan nasihat ibu bapa tidak diterima pada masa-masa yang diperlukan oleh anak-anak mereka. Walaupun ibu bapa sibuk, kerajaan barus mengadakan kemudahan-kemudahan lain supaya kanak-kanak dapat didikan dengan sempurna sama seperti di bawah jagaan ibu bapa mereka seperti prasekolah yang ada sekarang. Dengan kata-kata ini saya mohon menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat, Tuan N. Marimuthu. 3.45 ptg. Tuan N. Marimuthu: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya. Hasil Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh telab dibentangkan baru-baru ini di Parlimen. Merujuk kepada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujub, muka surat 71 di point 18, semua kumpulan etnik mencatat peningkatan pendapatan isi rumah dalam tempob 1996 dan 1997, pendapatan purata isi rumab bumiputera meningkat daripada RMl,604 pada tabun 1995 kepada RM2,038 pada tabun 1997. Dalam tempob yang sama pendapatan purata isi rumah Cina bertambab daripada RM2,890 kepada RM3,737 manakala pendapatan purata isi rumah India meningkat daripada RM2,140 kepada RM2,896. Pendapatan purata isi rumah bumiputera bertambab pada kadar purata 12.7% setabun lebih tinggi daripada kadar pertumbuban yang dicatatkan dalam tempob RME iaitu 9.3% setabun. Walau bagaimanapun, pertambahan ini tidak memadai untuk membantu mengurangkan ketidaksamaan pendapatan antara isi rumah bumiputera dan bukan bumiputera. Ini adalah kerana isi rumah Cina dan India mencatat kadar pertumbuban yang lebih tinggi iaitu 13.7% dan 16.3% setabun. Pertumbuban pendapatan yang lebih perlahan di kalangan isi rumah bumiputera menyebabkan ketidak seimbangan pendapatan di antara bumiputera dan Cina meningkat seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan nisbah ketidaksamaan pendapatan bumiputera Cina daripada 1.8% pada tabun 1995 kepada 1.83% pada tabun 1997. Nisbah ketidak- samaan pendapatan bumiputera dengan orang Indiajuga telah meningkat daripada 1.133% kepada 1.142%. Walau bagaimanapun, ketidaksamaan pendapatan antara Cina dan India telab berkurangan dalam tempob yang sama. Tuan Yang di-Pertua, saya merasa gembira apabila pertama kali saya membaca mengenai pencapaian pembangunan ekonomi secara keselurubannya masyarakat Malaysia. Hasil Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujub menunjukkan masyarakat India telab mengalami kemajuan yang memuaskan di dalam pelbagai sektor. Kerajaan telab membantu kaum India, saya mengucapkan terima kasih dan tahniab kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, apabila kerajaan mengkaji perkara seperti ini kadangkala perkara seperti ini tidak sampai kepada masyarakat India yang berpendapatan rendah. Setelah kerajaan mengkaji dan menghantar kajian ini kepada orang yang terlibat, khususnya pegawai kerajaan, tindakan yang diambil oleb mereka tidak begitu memuaskan 50 DN.11.5.1999 kepada masyarakat. Contohnya, projek-projek kerajaan yang dijalankan tidak menunjukkan keberkesanan kepada kaum India. Di samping itu, kawasan penduduk setinggan yang telah wujud pada 35 tahun lalu masih belum mempunyai tempat tinggal yang tetap. Disebabkan itu berbagai-bagai masalah telah dihadapi oleh masyarakat India. Pada masa yang sama 35% kaum India yang tinggal di kawasan setinggan di seluruh negara masih belum mengalami perubahan. Justeru itu, MIC telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah masyarakat India. Saya harap masalah ini akan dapat diselesaikan sebelum tahun 2000. Saya mencadangkan supaya mendapatkan pegawai perhubungan bagi kaum India untuk setiap peringkat daerah untuk memberi maklumat dan menyelesaikan masalah seperti ini. Hasil Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh yang telah dibentangkan baru-baru ini di Parlimen menghadapi pembangunan ekonomi masyarakat India di bandar ialah 6.4% sementara di luar bandar pula 16.3%. Penerangan ini kurang jelas kerana peratusan ini tidak menunjukkan dengan jelas bagaimana dan bidang-bidang yang mana pembangunan ini dicapai. Kalau dibandingkan dengan pembangunan negara, penguasaan masyarakat India dalam bidang harta seperti harta tanah atau kewangan adalah jauh ketinggalan. Sekiranya dibandingkan dengan kaum lain, masyarakat India memang mempunyai peluang yang kurang untuk diceburi dan berjaya. Kerajaan hams memastikan kaum India diberikan lebih efektif bagi mereka maju seiring dengan pembangunan ekonomi kaum lain, seolah-olah taraf sosial dan taraf ekonomi kaum India tidak mengalami perubahan trafik seperti kaum lain. Saya telah melaungkan perkara ini banyak kali dalam Dewan yang mulia ini. Masyarakat ini telah digolongkan ke dalam golongan bukan bumiputera, di mana mereka tidak ada peluang untuk menikmati peluang pekerjaan dan terpaksa bekerja keras untuk mendapatkannya. Itu pun tidak ada kepastian untuk mendapatkannya. Mereka ini sentiasa telah diingatkan supaya bekerja keras dengan tidak mengharapkan semata-mata bantuan kerajaan untuk meningkatkan tarafhidup mereka. Tuan Yang di-Pertua, walaupun mereka bekerja keras dalam cara ini mereka tidak dapat penguasaan harta yang sepatutnya. Penguasaan harta masyarakat India hanya tinggal lebih kurang 1.5% bagi tempoh yang lama. Ia tidak mengalami perubahan kerana peluang bagi masyarakat India adalah terlalu kurang akibat tekanan daripada beberapa faktor, contohnya sebagai golongan kaum bukan bumiputera. Di sini saya ingin menekankan bahawa masyarakat India sebenarnya tidak tahu ataupun bagaimana untuk mendapat peluang secara langsung daripada kerajaan. Seolah­ olah pendirian mereka dalam pembangunan ekonomi tidak ditetapkan dan juga tidak meyakinkan. Di sini kerajaan hams mengenal pasti peluang-peluang yang perlu bagi kemajuan masyarakat India, menyalurkan serta memastikan ia sampai kepada sasaran iaitu masyarakat India. Sebagai wakil masyarakat India negara ini dan juga wakil masyarakat India dalam Barisan Nasional, Parti MIC telah berusaha sejak penubuhannya dengan strategi membangun atas basil usaha sendiri. Tuan Yang di-Pertua, penubuhan Koperasi Didik dua tahun yang lalu, usaha ini adalah sebagai bantuan pendidikan, usaha ini adalah semata-mata untuk menyelamatkan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran. MIC juga telah menubuhkan institusi pengajian secara program kembar dengan institusi luar negara hanya untuk memberikan peluang kepada anak-anak tempatan dan tidak mahu melihat masyarakat India terpinggir. Cuma usaha seperti ini, sedikit sebanyak mencapai kemajuan dalam bidang pendidikan. Usaha MIC adalah berterusan dan konkrit sejak 50 tahun yang lalu. Ini terbukti dengan penubuhan National Land Co-operative Society (NLCS), dengan izin, syarikat ini telah menjadi lambang harta kaum India yang kukuh dan membanggakan. Koperatif ini pertama kali telah melaksanakan pembinaan rumah pekerja ladang, 13 buah ladang kepunyaan masyarakat India di Malaysia. Kejayaan dalam beberapa program ini menunjukkan DN.11.5.1999 ~l kerajaan masih bersimpati terhadap masyarakat India. Usaha kerajaan harus dilaksanakan secara besar-besaran bukan sekadar atas nama bantuan sahaja. Profesional-profesional dan ahli-ahli masyarakat India yang kaya serta berkedudukan tinggi juga tidak turun dan bantu masyarakat India. Boleh dikatakan mereka ini terlalu mementingkan diri, tidak rela membantu seperti yang diharapkan. Kerajaan hanya menunjukkan perkembangan semasa dalam bukan kemajuan yang telah dicapai, sekiranya kajian ini mengenal pasti secara terperinci bidang-bidang berkaitan, maka boleh diterima kebenarannya dan jelas. Oleh itu dalam ha1 ini, sebenarnya memerlukan keterangan yang lebih jelas dan terperinci. Adakah ini merupakan hasil kajian semua peringkat ataupun sebahagian masyarakat India kerana sebahagian besar daripada masyarakat India masih berpendapatan rendah dan pekerja-pekerja estet. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya menyokong Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 - 2000. Terima kasih. 3.58 ptg. Datuk Haji Sairin bin Karno: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan tentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh. Di awal Rancangan Malaysia Ketujuh, Malaysia lebih menumpukan pembangunan makro dalam pelbagai sektor sementara ekonomi kita terus berkembang pada kadar 8% hingga 10% setahun pada tahun 1996 hingga 1997. Krisis kewangan di pertengahan tahun 1997 telah membawa kesan negatif yang amat besar ke atas struktur kewangan kita. Sistem ekonomi kita telah turun menjunam dan kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad yang kita kasihi, tahniah atas pembentangan ini yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri yang kita kasihi, atas struktur Kajian Separuh Penggal yang begitu terperinci, ini kerana ia merupakan satu pendekatan yang holistic yang lebih memfokuskan kepada mempercepatkan proses pemulihan ekonomi. Saya berharap bagi jangka masa rancangan yang tinggal ini akan menambahkan polisi ekonomi untuk keluar daripada krisis ini meletakkan ekonomi kita kepada pertumbuhan yang kukuh demi memperbaiki kualiti kehidupan kita menjelang alafbaru ini. Lima minggu yang lalu, kita melihat laporan dan analisa oleh pelbagai bank pelaburan antarabangsa dan penganalisa sekuriti seperti Goldman Sachs, Credit Suisse, Merril Lynch, JP Morgan dan Salomon Smith and Barney telah menunjukkan sentimen optimis dan keyakinan bahawa negara Malaysia akan pulih serta mencatat pertumbuhan positif pada tahun ini. IMF juga yakin dan percaya bahawa ekonomi negara kita akan tumbuh 0.9% pada tahun ini manakala rating agency seperti Standard and Poor, Moodys Investor Service and Pitch , IBCA pula telah meningkatkan rating terhadap Bone Notes dan prospect hadapan Malaysia. Ini semua merupakan pengesahan dan pengakuan bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia seperti kawalan modal singkat, kadar tukaran mata wang Ringgit, reformasi dalam sistem perbankan dan sistem kewangan serta langkah-langkah fiskal untuk menangani krisis ekonomi adalah tepat sekali dan mula berhasil. Syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dan kepada kerajaan Barisan Nasional yang dipimpinnya. [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuarat] Teras utama dalam sektor pembuatan ialah mengembangkan industri berasaskan sumber industri hiliran dan yang berpotensi untuk dieksport. Usaha anjakan paradigma strategik ke arah industri berasaskan teknologi tinggi supaya produk buatan Malaysia akan mempunyai nilai-nilai yang tinggi ditambah dengan memperbanyak dan mempercepatkan 52 DN.11.5.1999 proses pengeluaran produk. Usaha ini mesti ditangani oleh semua pihak swasta dan kerajaan dalam kerja 'research and development', meningkatkan penggunaan sains dan teknologi, galakan insentif untuk pelabur dan bekalan tenaga yang mahir, berpengalaman yang mencukupi bagi tujuan untuk menyokong aktiviti ekonomi yang berkenaan. Untuk itu saya mencadangkan supaya pengkajian yang sesuai ke atas dasar gaji yang seclia ada, yang kita sedia maklum bahawa gaji yang dikenakan di negara kita agak rendah berbanding dengan negara-negara lain. Salah satu faktor menarik bagi pelabur­ pelabur asing di pasaran antarabangsa maka itu satu kajian terkini dan terperinci selaras dengan perkembangan ke arah industri berteknologi tinggi, borderless world di alaf akan datang. Tahniah kepada kerajaan kerana memberi peruntukan tambahan bagi tujuan untuk memperkembangkan teknologi maklumat yang sudah pastinya meningkatkan keupayaan negara dalam bidang sains dan teknologi. Program-program Information Technology (IT) diberi keutamaan kepesatan pembangunan IT dan kita sedia maklum bahawa pada masa ini kita seolah-olah sedang memandu, sedang berlumba di arena formula antarabangsa yang akan diadakan di Malaysia dengan kelajuan yang begitu tinggi barangkali 800 kilometer sejam. Seandainya dalam persaingan ini kita alpa, kita lupa, maka akhirnya kita akan ketinggalan dan inilah yang berlaku dalam persaingan IT ini. IT tidak akan menunggu sesiapa, akhirnya orang yang celik komputer dan yang menyedari tentang perlunya IT ini dipertingkatkan akan terus maju dan kepada mereka yang lupa tentang ini atau yang alpa dan lalai mengenai IT ini mereka akan terus tertinggal ke belakang. Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut merayu kepada Menteri Pertanian agar menubuhkan sebuah makma1 penyelidikan dan pembangunan khususnya di seluruh negara terutama di Tawau, Sabah yang mana hasil perikanannya terutama penternakan udang untuk membantu pentemak-penternak menambahkan pengetahuan dan kemahiran atas ketulenan air di bidang pentemakan, pembuangan sisa dan faktor alam sekitar terutama semasa krisis. Oleh kerana perkara ini sangat mendesak pihak kementerian harus memberi bantuan sementara untuk mengkaji dan menyelesaikan masalah ini sebelum ianya berlarutan dan berpanjangan di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, pembasmian kemiskinan, pengalihan pendapatan dan penyusunan semula masyarakat, saya ingin menyampaikan tahniah kepada kerajaan, syabas kerana mengambil tindakan yang berterusan untuk terus tidak melupakan membasmi kemiskinan sebagaimana yang sering dilaung-laungkan oleh pemimpin­ pemimpin kita di peringkat persekutuan dan di seluruh negara yang dicintai. Sebagaimana yang dapat kita lihat di seluruh pelosok dunia, perbezaan besar di antara orang-orang yang terlalu kaya dan orang-orang yang miskin, papa kedana akan memberi kesan ke atas tahap sosial, ekonomi dan kestabilan politik di sesebuah negara. Pengalaman menunjukkan bahawa agenda utama diambilkan untuk membangunkan Afrika telah mengurangkan kemiskinan melalui pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang pesat. Usaha-usaha lanjut diperlukan untuk mencapai sasaran yang dirancang dengan mengurangkan bilangan tahap kemiskinan di seluruh negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, saya sering memperkatakan, apabila saya berada di Dewan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan kerana peluang diberikan kepada saya, namun agak malang apabila kita sebut soal kemiskinan, projek pembangunan rakyat termiskin (PPRT) satu ketika dahulu, semasa UMNO mula bertapak di negeri Sabah, kita telah membina 165 buah rumah PPRT pada masa itu berharga RM3,750 sebuah. Malangnya rumah itu setelah dihuni dan hari ini ada sudah rumah tersebut yang dibina tahun 1992 mulai reput dan apa yang amat menyedihkan, saya selaku salah seorang pemimpin kerdil di daerah saya yang telah dipilih oleh masyarakat di tempat saya, sehingga hari ini rumah PPRT itu belum lagi berbayar. DN.11.5.1999 53

Saya memohon kepada kerajaan, kepada pihak berkenaan agar perkara ini diambil perhatian sebab lebih kurang 10% atau 15% daripadanya telah pun dibayar baru-baru ini namun peruntukan belum begitu mencukupi. Jadi saya mohonlah agar perkara ini diambil perhatian kerana saya telah puas berusaha bertemu dengan beberapa pemimpin-pemimpin kerajaan peringkat menteri tetapi sehingga hari ini ianya terus menjadi kemelut di daerah saya dan yang menjadi titik hitam di dalam perjuangan Barisan Nasional khususnya kerajaan di daerah pedalaman Sabah. Selain daripada itu 450 buah tangki yang berharga RM400 seunit atau sebiji juga turut bermasalah apabila ianya telah tidak dibayar dan orang yang telah membuat tangki tersebut, syarikatnya telah ditutup kerana tidak mampu untuk melaksanakan programnya apabila jumlah tangki tersebut yang berharga RM400 seunit atau sebuah tidak dibayar sehingga ke hari ini. Kedua-dua perkara ini yang saya rasa walaupun agak kecil tetapi saya memohon kepada kerajaan khususnya barangkali kepada Jabatan Perdana Menteri agar ini diambil kira, kalau tidak pun, barangkali Kementerian Kewangan boleh mengambil perkara ini sebagai salah satu agenda membasmi kemiskinan di tempat saya khususnya di Bahagian Pensiangan. Nabawan adalah tempat yang kedua tercorot kerana masalah kemiskinan selain daripada Pitas di daerah Kudat yang menjadi tempat pertama di negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh beberapa perkara terutama akhir-akhir ini beberapa peristiwa penting telah berlaku di negara kita. Walaupun kejadian ini belum sampai ke tahap menggugat keamanan dan kestabilan negara, namun sebagai warganegara kita rakyat Malaysia juga perlu mengambil tahu dengan tujuan supaya kita memahami latarbelakang isu-isu berkaitan. Salah satu daripada isu yang digembar-gemburkan ialah dakwaan kononnya Malaysia tidak mengamalkan demokrasi, kononnya disebabkan tidak wujud demokrasi di negara inilah maka rakyat tidak lagi mempunyai kebebasan bersuara.

Tuan Yang di-Pertua, walau apapun hujah-hujah yang diper~atakan mengenai dengan teori demokrasi atau kebebasan bersuara pada pendapat saya tidak ada yang lebih penting, tidak ada yang lebih relevan atau tidak ada yang lebih utama di dalam hidup kita, kita ingin melihat kira-kira 20.5 juta rakyat pelbagai kaum di negara ini hidup aman damai sejahtera dan maju jaya. Apalah ertinya kita bermegah dengan kebebasan bersuara tanpa batas, jika sekiranya sebilangan besar rakyat kita masih mundur, sebilangan rakyat kita masih lapar, buta huruf, miskin, belia-belia menganggur, anak-anak berjalan kaki ke sekolah tanpa kasut, belum cukup kemudahan prasarana seperti jalan raya, sekolah­ sekolah, klinik-klinik dan sebagainya. Apalah faedahnya kita bermegah digelar sebagai juara demokrasi jika kebebasan itu akhirnya membawa kemunduran, kemusnahan dan perpaduan serta kehancuran kepada bangsa, agama dan negara yang tercinta ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk 20 atau 50 tahun dari sekarang saya tidak nampak apa rasionalnya bagi kaum bumiputera atau mana-mana kaum di Malaysia ini untuk berjuang memencil diri daripada arus perdana politik pembangunan negara. Dengan kata lain, saya tidak nampak apa sebab atau alasan mengapa kaum bumiputera khususnya di negeri Sabah atau di mana-mana kaum di Sabah perlu mengikuti, menjejaki pembangkang yang hanya semata-mata mahu menuntut hak-hak kebebasan bersuara atau demokrasi. Sepatutnya agenda paling relevan sepanjang berkait hak-hak kebebasan ini ialah kebebasan kita untuk mengisi erti kemerdekaan iaitu kebebasan kita untuk merubah hidup kita menjadi bangsa dan negara yang berdaya saing, progresif, inovatif, proaktif, berilmu serta mampu bersaing maju dengan negara-negara yang telah maju. Cita-cita mumi ini sudah tentu banyak bergantung kepada kekuatan perpaduan rakyat Malaysia dan kestabilan politik seperti mana yang diperjuangkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini. Saya bersependapat dengan Yang Berhormat Datuk Zainudin Maidin di mana biarlah politik yang menguasai 54 DN.11.5.1999 kerajaan dan bukan kerajaan menguasai politik dan saya yakin dan percaya rakan-rakan selepas ini akan mengupas apa yang saya katakan sebentar tadi. Sehubungan itu kita mestilah senantiasa mengingatkan diri kita bahawa kita adalah rakyat sebuah negara yang baru membangun, kita juga mestilah sentiasa menyedarkan diri kita bahawa perjuangan untuk mengisi erti kemerdekaan masih belum selesai bahkan belum sampai ke tahap yang kita cita-citakan. Kita juga mesti memperingatkan diri kita bahawa penduduk negara kita terdiri daripada pelbagai suku kaum Melayu, Cina, India, Kadazan dusun, Murut, Brunei, Dayak, Melanau dan sebagainya. Hakikat ini memberi peringatan kepada kita bahawa kita tidak ada pilihan selain menguatkan hubungan silaturrahim kalangan semua kaum pelbagai agama yang terdapat di negara ini. Oleh itu kita mestilah menghormati dan memelihara sensitiviti budaya dan adat resam setiap suku kaum yang ada di negara tercinta ini. Selagi kita menyedari memahami dan menerima hakikat ini, saya percaya dan yakin bahawa rakyat dan negara kita akan sentiasa aman damai sejahtera dan maju jaya. Apa yang menyedihkan juga di antara kita rakyat yang telah menikmati semua kemewahan dan kesenangan di dalam suasana keharmonian aman dan damai sentosa ini telah memilih kepentingan idealisme peribadi dan agenda politik daripada kepentingan negara dan rakyat jelata. Mereka telah mempamerkan tingkah laku yang ganas, yang tidak bertamadun, bengis, yang asing bagi kita, mereka bukan sahaja bersedia menggadai asas kepentingan dan kedaulatan negara, bangsa dan agama tetapi mempertaruhkan keamanan, keselesaan rakyat atas nama dewa angkat mereka itu demokrasi, bebas dan hak-hak asasi. Adakah bebas itu untuk mengganas, inikah yang dinamakan demokrasi? Adakah bebas untuk bertingkah laku biadab, inikah demokrasi? Apakah kebebasan membakar dan membinasa harta-harta ini yang dinamakan demokrasi? Jikalau ya saya memohon untuk berlainan pendapat, saya berpihak kepada bebas yang aman, berhak menuntut kebebasan sendiri sementara menghormati hak-hak orang Iain, bebas berfikir dan berbincang, berlainan pendapat sementara menghormati kebebasan orang lain untuk berfikir. Berbincang dan berlainan pendapat mengikut garis undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen berlunaskan kepada perlembagaan yang diwakili oleh wakil rakyat yang dipilih dalam pilihan raya yang dilaksanakan secara bebas, adil dan mengikut garis panduan undang-undang. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah zaman kegemilangan, inilah juga zaman keburukan, it was the best of time and it is also the worst of time, dengan izin, kata-kata Charles Dicken. Gemilang kerana kita telah berjaya dengan cara kita sendiri mengatasi masalah ekonomi kegawatan kita. Mengatasi tekanan dan kemelesetan dengan tidak menyerah kepada colonial instrument yang pelbagai nama dan corak seperti IMF, international money failure. Media Barat dan kroni di samping berjaya menggalakkan huru-hara seperti yang berlaku di negara jiran, keburukan kerana aktiviti peniaga mata wang telah menjejas ekonomi kita hingga banyak rakyat yang menjadi miskin, hilang pekerjaan dan pencemaran imej negara di mata umum di luar dunia. Apa yang telah dilakukan oleh George Soros dan kroni-kroninya yang telah menghancur-leburkan ekonomi dunia termasuk beberapa negara ASEAN. Tuan Yang di-Pertua, soal masalah ekonomi, saya cukup yakin dengan kebolehan kerajaan menanganinya tetapi masalah kroni-kroni Barat yang mendatangkan kacau-bilau di Kuala Lumpur. Saya menyeru semua rakyat di negara kita yang tercinta ini yang cintakan keamanan dan kesejahteraan untuk mengutuk kedurjanaan segelintir kecil ini dengan sekeras-kerasnya. Saya juga berdoa agar mereka ini jangan terjerumus bersama ke lembah pendakwah demokrasi hak asasi dan bebas - golongan yang telah berpaling tadah ini demi negara dan bangsa yang tercinta. Saya juga menyeru kepada pemimpin-pemimpin parti-parti politik seperti parti keADILan, jikalau masih ada secebis perasaan kasih sayang mereka kepada rakyat dan negara ini, janganlah hendaknya masalah politik negara dibawa ke luar negara asing untuk bantuan, kerana tidak ada bantuan yang lain boleh mereka DN.11.5.1999 55 berikan melainkan tekanan politik, tekanan ekonomi, serangan seperti apa yang berlaku di negara-negara Libya, yang berlaku di Iraq, yang berlaku di Iran, di Kosovo dan akhirnya rakyat negara ini juga yang akan binasa dan merana. Ingatkanlah politik sistem dan undang-undang negara kita adalah masalah kita. Sepatutnya diselesaikan di dalam negara kita sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya berasa lebih sedih lagi apabila melihat banyak projek kecil dan besar tergendala, tertangguh dan terlambat, projek seperti Bakun Hidro, projek­ projek rumah kos rendah di seluruh negara, universiti-universiti termasuk Universiti Malaysia Sabah, universiti di Sarawak, projek-projek hospitaL projek-projek sekolah bestari dan lain-lain lagi yang ada di luar bandar. Projek ini bukan sahaja telah difikir, dirancang dan dipersetujui oleh kerajaan untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur asas dan kemudahan awam negara, tetapi juga berupaya meningkatkan bidang pendidikan kesihatan seterusnya kualiti hidup rakyat jelata di samping boleh meningkatkan imej negara untuk melonjak ke dunia negara maju. Ini juga telah terjejas, rakyat terjejas, negara kita juga terjejas, di manakah letaknya perjuangan politik jikalau tidak untuk memperbaiki, jikalau tidak untuk menempah semula maruah kedaulatan negara untuk kesejahteraan rakyat. Demokrasi ala Barat hak asasi individu dan kebebasan yang tidak terbatas sudah semestinya memberi laluan kepada keperluan negara, keperluan rakyat dan keperluan hak­ hak kerajaan menentukan keamanan untuk semua. Tuan Yang di-Pertua, daripada konsep dan falsafah yang sedemikian, marilah kita berpindah kepada perkara yang nyata yang patut kita perbincangkan lain daripada soalan­ soalan politik. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah kita ketahui pada tahun ini kita telah mengeluarkan budget defisit sebanyak RM16.5 juta. Kepentingan ini ialah untuk mengalir semua sumber kewangan di dalam budget defisit ini ke sistem kewangan negara untuk membantu negara membangunkan ekonomi kita semula dan pelaksanaan projek ini amatlah penting sekali kerana semua projek yang telah dirancang dan dipersetujui oleh pihak kerajaan mestilah dilaksanakan dengan sempurna dan siap pada tahun ini juga supaya wang yang diluluskan dalam Dewan yang mulia ini dapat mengalir kepada sistem kewangan negara. Dengan itu saya menyarankan supaya proses tender kerajaan dikaji semula. Saya berterima kasih kepada Menteri Kewangan yang telah mengumumkan untuk melihat semula proses-proses tender ini. Dalam keadaan sedemikian proses tender ini mestilah ditangani dengan sebaiknya. Saya masih bersetuju dengan sistem perbincangan secara direct untuk membina projek-projek yang penting, projek-projek yang perlu disiap ataupun dibina dimulakan pembinaannya pada tahun ini. Maknanya, cara penswastaan masih boleh digunakan kalau tidak ada syarat-syarat yang tertentu yang ditetapkan oleh pihak peminjam daripada luar negara. Proses tender ini mestilah dipercepatkan, dokumen-dokumennya mestilah diperbaiki dan yang penting lagi apabila dokumen tender telah dimajukan, keputusan tender ini telah dipercepatkan, hendaklah dilakukan atau dilaksanakan secepat mungkin. Adalah tidak adil kalau kita hendak mencari syarikat itu sahaja yang bersalah kalau pihak kerajaan sendiri tidak mempercepatkan prosesnya, pembayaran-pembayaran daripada pihak kerajaan apabila tender ini telah diterima, pelaksanaan projek telah dibuat mestilah dipercepatkan. Saya tahu bahawa banyak pembayaran kepada syarikat-syarikat tertentu yang telah melaksanakan projek-projek kerajaan telah tergendala dan tidak dibayar kepada syarikat tersebut. Dalam keadaan ekonomi sekarang, ini adalah masalah yang amat menyedihkan dan akan membebankan syarikat sedemikian. Saya menyeru pihak kerajaan supaya melihat semua projek yang telah siap yang mana pembayarannya sepatutnya dibuat 56 DN.11.5.1999 telah diterima oleh agensi tempatan iaitu projek itu patut dibayar mestilah dibayar dengan secepat mungkin. Tuan Yang di-Pertua, negotiated contract, dengan izin, menerusi sumber syarikat­ syarikat berwibawa mestilah di'monitor' kerana syarikat berwibawa ini dengan harapan kerajaan iaitu syarikat ini melantik sebagai payung dan memayungi beberapa syarikat­ syarikat lain yang dipersetujui oleh pihak kerajaan. Tetapi malangnya, peringkat berwibawa ini tidak sekali-sekali akur dengan perintah kerajaan, sentiasa menggunakan subkontraktor-subkontraktor kecil mereka sendiri tanpa mengira sama ada bumiputera atau bukan bumiputera. Dengan sendirinya hasrat kerajaan untuk membangunkan masyarakat bumiputera terlibat dalam usaha pembinaan ini telah terjejas oleh kerana tingkah laku dan tindakan pihak-pihak syarikat berwibawa yang diharap oleh kerajaan untuk membangunkan masyarakat bumiputera terlibat dalam usaha ini. Tuan Yang di-Pertua, walaupun masa berlalu, bulan masih berjalan dan hari demi hari projek ini belum dilaksanakan, orang sekolah menunggu, Yang Berhormat diminta untuk melaksanakan sekolah tetapi kadang-kadang malangnya kerajaan telah melantik lain daripada yang lain kontraktor yang sepatutnya tidak melaksanakan. Ada kadang-kadang kontraktor yang telah disenaraikanhitamkan tetapi tidak tahu bagaimana kontraktor ini masih mampu dan dipilih untuk melaksanakan projek-projek yang akhirnya ada projek­ projek kerajaan yang sepatutnya siap pada jadualnya telah tidak dapat disiapkan lantaran angkara yang dilakukan oleh para kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Saya mohon pihak kerajaan agar meneliti dan menyemak serta kalau terpaksa menyenaraihitamkan nama pemilik syarikat tersebut termasuklah syarikat yang telah menyalahgunakan keistimewaan dan kemudahan yang telah diberikan kepada mereka. Kita sedia maklum, bukan satu, dua kontraktor yang ada dan yang mampu untuk melaksanakan tetapi kadang-kadang ada juga kontraktor kita yang bertabiat tidak mengikut apa yang diarahkan oleh pihak-pihak yang berwajib. Tuan Yang di-Pertua, kita mengalu-alukan peruntukan tambahan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh ini yang memberi manfaat kepada semua pihak termasuklah rakyat jelata seperti pengusaha IK.S, pelajar-pelajar, penduduk­ penduduk setinggan, golongan termiskin dan lain-lain dan ini perlu disokong oleh semua pihak. Dalam pada itu banyak juga dasar-dasar negara yang telah diperkenalkan dalam tempoh 17 tahun ini seperti Dasar Pandang ke Timur. Soalannya, apakah nilai-nilai Jepun dan Korea seperti sifat kerja kuat mereka, dedikasi mereka terhadap tanggungjawab dan amanah negara telah menjadi sebahagian daripada budaya kerja dan budaya hidup kita sama ada di kalangan pemimpin-pemimpin, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta dan seterusnya di kalangan rakyat. Sikap 'Bersih, Cekap dan Amanah' adakah benar-benar telah dihayati oleh para pemimpin, para pegawai-pegawai tinggi dan rendah kerajaan, pihak korporat dan swasta serta rakyat seluruhnya. Dasar atau matlamat kita untuk mencapai sejumlah 70 juta penduduk, apakah dasar ini masih relevan untuk diteruskan selepas kita menyaksikan pengalaman pahit yang berlaku di Indonesia akibat daripada kegawatan ekonomi yang berlaku pada akhir abad ke-20 ini. Pengajaran ialah lebih baik mempunyai jumlah penduduk yang sedikit tetapi menikmati hidup yang berkualiti daripada mempunyai ramai penduduk tetapi sentiasa terdedah kepada ancaman kemiskinan, ancaman keresahan, kegelisahan dan ketidakstabilan sosio-ekonomi dan politik. Dasar 'Kepimpinan Melalui Teladan' sejauh manakah dasar ini telah benar-benar dihayati oleh pemimpin-pemimpin kita di segenap peringkat kerana kepimpinan itu bukan setakat slogan tetapi bererti pertanggungjawaban, bererti amanah yang dibebankan ke atas setiap orang yang bergelar pemimpin dan pertangungjawaban ini tidak setakat habis di dunia, malah akan dipersoalkan di akhirat nanti. DN.11.5.1999 57

Oleh kerana itu saya ingin mencaclangkan supaya dasar-dasar ini termasuk Dasar Penswastaan perlu dikaji semula untulc memastikan kejayaan dan keberkesanannya, untulc memastikan jika terdapat 'loopholes' dengan izin, atau kelemahan-kelemahannya. Sesungguhnya krisis ekonomi yang berlaku secara mengejut dan tanpa disangka-sangka clan dalam tempoh yang singkat sahaja telah berjaya meruntuhkan kekaguman ekonomi Asia (Asian Miracle). Ini bukan sahaja perlu dikaji clan dianalisa secara intelektual, objektif dan telus oleh pakar-pakar ekonomi clan cerdik pandai kita, malah sekali gus memberi peluang kepada kita untuk menganalisa diri, mengkaji secara teliti clan ikhlas kejayaan clan kelemahan-kelemahan dasar-dasar negara kita selama ini. Jikalau terdapat kejayaan kita, kita teruskan dan pertingkatkan lagi tahap kejayaan itu. Jika terdapat kelemahan kita, di mana-mana kita perlu dengan berani clan berterus terang mengakuinya clan sekali gus memperbetulkan atau mengislahkan kelemahan­ kelemahan yang ada pada kita. Kita menyedari hakikat bahawa tidak ada satu sistem ataupun dasar yang sempurna di dunia ini ataupun dengan izin, it s unperfect world, maka dengan caclangan untuk satu kajian semula dibuat terhadap dasar-dasar yang telah diperkenalkan kepada kita selama ini. Dasar-dasar yang baik clan sentiasa relevan di sepanjang masa tetapi penghayatannya lesu, lemah perlu dimantapkan semula supaya benar-benar bermanfaat clan bererti, manakala dasar-dasar yang memerlukan pindaan, dipinda sewajarnya mengikut kesesuaian clan keadaan.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya juga menyokong penuh usaha kerajaan termasuk peruntukan tambahan untuk mengembangkan teknologi, mempertingkatkan keupayaan negara dalam biclang sains clan teknologi. Tuan Yang di-Pertua, saya tertinggal tadi iaitu penurunan sumbangan Total Factor Productivity (TFP) dengan izin, kepada pertumbuhan KDNK daripada 28.7% dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam kepada 19.5% dalam tempoh 1996-1997 amat mengkhuatirkan tentang daya saingan negara, maka pembangunan IT, sains dan teknologi sekali lagi sebagai satu langkah leap-frog dengan izin, boleh meningkatkan kecekapan, keberkesanan clan produktiviti, maka memanclangkan kepentingan IT pihak swasta termasuk IKS perlu menyedari kepentingannya. Di sini, saya ingin bertanya selain daripada pembangunan Cyberjaya, apakah perkembangan terkini mengenai tujuh aplikasi perclana MSC? Adakah perlaksanaan ketujuh-tujuh aplikasi perdana tersebut telah dilambatkan oleh kekurangan kewangan yang kita alami pada hari ini? Berapa syarikat telah diberi status MSC, adakah mereka telah mula beroperasi clan apakah subsector daripada biclang IT yang merupakan syarikat­ syarikat tersebut yang diberi status MSC? Dalam hubungan ini saya mengalu-alukan inisiatif kerajaan untuk mengubah clan mengkaji semula mana-mana yang tidak begitu menguntungkan clan yang bakal merugikan kerajaan kita ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam belanjawan 1999 ini juga peruntukan bagi pendidikan ialah lebih daripada RM12 bilion. Jika peruntukan ini boleh digunakan dengan baik maka kes ini adalah ke arah yang betul. Di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh, RM15.8 bilion telah diperuntukkan bagi pendidikan clan latihan. 80% daripaclanya ialah untuk pendidikan bagi akhir tempoh rancangan, RM6 bilion akan dibelanjakan untuk tujuan pendidikan. Kita perlu menumpukan lebih perhatian kepada pendidikan di semua peringkat untuk melahirkan tenaga manusia berkemahiran tinggi clan terlatih. Tekanan ke atas kemahiran di semua biclang haruslah sentiasa kita adakan, begitu juga dengan teknologi maklumat (IT) atau agenda yang saya sebutkan tadi, Teknologi Maklumat Negara (NITA) serta Koridor Raya Multimedia yang juga saya sebutkan ini memang satu 58 DN.11.5.1999 cara yang terbaik. Rancangan memang begitu baik, kita haruslah menyokong MSC ini dan RM3 bilion diperuntukkan bagi pembangunan IT. Akhir rancangan jangan kita menggunakan wang ini untuk membina pelbagai yang tidak begitu menguntungkan. Saya mengesyorkan supaya pelaburan diadakan untuk mewujudkan tenaga mahir dan pemindahan IT sahaja. Orang-orang Malaysia memang boleh, sementara itu sambil kita belajar kita mesti mengakui negara-negara seperti Amerika Syarikat adalahjauh lebih maju daripada kita di bidang ini. Setakat ini walaupun ada orang yang bercita-cita besar yang menubuhkan syarikat-syarikat yang besar tetapi kerana kita tidak ada tenaga-tenaga yang mahir maka kita tidak boleh menggunakan konsep MSC ini dengan terbaik. Bila kita lihat negara seperti Amerika Syarikat, tenaga mahir, ahli-ahli sains mereka, ahli teknologi daripada Malaysia, Singapura, China, India dan dari seluruh pelosok dunia yang berkerja di Amerika Syarikat sebab itulah kemahiran mereka, IT mereka maju. Di sini saya berharap kerajaan mesti mengambil kira bahkan kita menumpukan bagaimana kita memperolehi kemahiran seumpama itu. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin menyentuh mengenai dengan sektor pertanian luar bandar sejajar dengan Dasar Pertanian Negara Ketiga. Ini termasuklah usaha untuk mengeluarkan makanan tempatan bagi mengurangkan pergantungan kepada import. Usaha ke arah tersebut bukan sahaja akan memperbaiki akaun perdagangan negara bahkan juga akan membantu mempercepatkan pembangunan kawasan luar bandar. Dalam perkara ini masalah kekurangan tanah dan tenaga buruh perlu kita atasi. Saya ingin menyeru kerajaan di beberapa negeri mengambil sikap yang lebih terbuka dalam meluluskan permohonan tanah kepada petani-petani tulen yang benar-benar mengusahakan tanah khususnya dalam tanaman sayur-sayuran dan tanaman kontan. Untuk tanah terbiar milikan persendirian, jika tuan punya tanah tidak mampu menjalankan tanaman tertentu mereka juga perlu digalakkan memajak tanah tersebut atau mengadakan usaha sama dengan pihak swasta yang berminat untuk mengusahakannya bagi manfaat bersama. Khidmat serta sokongan pertanian seperti MARDI, FAMA dan IADP juga perlu lebih proaktif dalam menyalurkan bantuan teknikal dan hasil R&D kepada pihak petani demi mempertingkatkan penggunaan teknologi moden memastikan hasil tanaman mereka ada akses kepada pasaran. Tuan Yang di-Pertua, pada umumnya saya dapati tanaman buah-buahan di luar bandar tidak mempunyai perancangan yang menyeluruh dan juga tidak bersepadu untuk mendorong industri pemprosesan. Saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Pertanian mengkaji kemungkinan mengadakan konsep tanaman seperti industri 'cluster', dengan izin, yang mengintegrasikan tanaman buah-buahan, tanaman huluan dan industri pemprosesan hiliran untuk kawasan yang sesuai sebagai satu pendekatan untuk membangun subsector tanaman buah-buahan. Saya juga tertarik kepada cadangan untuk mempergiatkan usaha ternakan ikan laut dalam sangkar secara besar-besaran yang mana temakan ikan air tawar di sungai juga mempunyai potensi yang besar dan harus diberi penekanan. Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan supaya jenis-jenis ikan yang akan chbekalkan di sekolah­ sekolah asrama yang mempunyai asrama sama ada sekolah rendah ataupun sekolah asrama penuh agar tidak hanya ikan laut sahaja yang diberikan sebagai makanan anak-anak tetapi juga hendaklah dimasukkan jenis-jenis ikan air tawar seperti jelawat, talapia dan pelbagai ikan untuk membolehkan ianya tidak terikat kepada ikan-ikan laut sahaja yang diperuntukkan kepada asrama-asrama di sekolah-sekolah, rasionalnya kerana ada satu tempat sebagai contoh. Di sebuah desa yang jauhnya daripada Kota Kinabalu sekitar 400 km, ikan tersebut di dalam prasyarat kontrak yang diberikan ikan mestilah daripada ikan laut, tidak tertulis ikan talapia, ikan air tawar dan sebagainya dan apabila kontraktor ini membawa ikan atau pembekal ini membawa ikan daripada Kota Kinabalu, maklum sahajalah jalan di pedalaman-pedalaman terutama ke Jalan Kota Kinabalu, Nabawan ke DN.11.5.1999 59

Logongon ke Pensiangan yang jauhnya lebih kurang 400-450 km. Kalau musim hujan, kereta tidak dapat melalui jalan tersebut. Kadang-kaclang kenderaan tersebut atau ikan tersebut 2 hari atau 3 hari baru mampu untuk sampai ke destinasi yang dituju. Jadi andainya kalau ikan itu sudah sampai selepas 3 hari atau 4 hari, ikan tersebut tidak boleh dimakan lagi. Alangkah baiknya jika Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian clan Kementerian Pendidikan bersepakat agar pada masa akan datang ini, selepas ini satu kajian terperinci, ikan air tawar juga dimasukkan sebagai makanan atau bekalan untuk membekalkan kepada anak-anak kita clan ini lebih memudahkan anak-anak kita boleh memakan ikan yang segar walaupun bukan ikan daripada air laut tetapi ikan daripada air tawar sebab menurut kajian yang saya baca kadang-kadang ada jenis ikan air tawar yang mempunyai protein yang lebih tinggi daripada ikan air laut.

Tuan Yang di-Pertua, teras yang terakhir dalam Kajian Separuh Penggal ini ialah meningkatkan kualiti hidup rakyat. Teras ini amat unik dan bermakna sebab sebenamya semua tujuan, perancangan clan aktiviti ekonomi adalah untuk meningkatkan kualiti hidup. Maka menjadikannya sebagai suatu teras bagi tempoh akhir rancangan membayangkan keazaman kerajaan agar satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, berbudaya tahan, berdisiplin diri dan mempunyai nilai-nilai yang kukuh akan wujud menjelang dekad 21. Ke arah pembangunan sosial banyak tumpuan dan sumber telah pun disalurkan kepada penyediaan peluang pendidikan dan latihan untuk semua, perumahan untuk keluarga yang berpendapatan rendah, kesihatan, perkhidmatan sosial, pembangunan belia dan kaum wanita danjuga pemeliharaan alam sekitar. Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat, selagi rakyat Malaysia tidak mengubah sikap buruk, tabiat dan amalan mereka dalam beberapa aspek, peningkatan dalam kemudahan fizikal dan sosial tidak bermakna kualiti hidup rakyat Malaysia akan meningkat dan menjadi setanding dengan kualiti hidup rakyat di negara jiran yang majlL Sikap buruk yang saya maksudkan termasuk perkara asas seperti tabiat membuang sampah sesuka hati tanpa menjaga kebersihan persekitaran, keengganan beratur untuk menunggu giliran, kelakuan yang tidak sivik, etika kerja yang tidak mementingkan kualiti, kecemerlangan dalam kerja dan juga perkhidmatan dan sebagainya. Maka, ke arah membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni serta sifat tanggungjawab sivik, saya bersetuju bahawa usaha khas perlu dirancang supaya nilai yang baik dapat dibentuk melalui Sistem Pendidikan Negara. Tuan Yang di-Pertua, sebagai orang yang berasal daripada negeri di bawah bayu, saya ingin menyentuh beberapa perkara terutama mengenai kesihatan dan alam sekitar. Di Sabah kita ada 'flying doctor service' ataupun perkhidmatan doktor udara di Sabah. Saya ingin merayu kepada pihak kerajaan supaya meningkatkan perkhidmatan dan menambah jumlah perkhidmatan udara di Sabah sama seperti yang ada di Sarawak sebab di Sarawak jumlah perkhidmatan udaranya lebih banyak daripada di negeri Sabah, walhal jika dikira dari segi perhubungan, saya rasa Sabah dan Sarawak tidak jauh bezanya. Sebagai contoh, kalau orang ataupun 'flying doctor' ini mengadakan lawatan ke sebuah daerah pedalaman umpamanya di Saliliran, kadang-kadang cuacanya tidak menentu dan apabila pada jadual yang telah ditetapkan oleh 'flying doctor service' ini tidak kesampaian, maka akhirnya sampai tiga bulan barulah 'flying doctor' tersebut dapat berada di tempat itu. Jadi, apa yang saya pohonkan di sini kalau boleh sekurang-kurangnya sebulan sekali atau kalaupun perkhidmatan doktor udara di Sabah ini tidak dapat berfungsi kerana barangkali cuaca dan sebagainya, kita minta supaya gantian itu mesti diadakan dan penyeliaan daripada pihak atasan terutama daripada pegawai-pegawai yang ditugaskan hendaklah dibuat kerana maklumlah kadang-kadang kalau orang yang bertugas ini tidak diselia, sekali sekala mereka juga mengambil kesempatan untuk tidak menjalankan tugas. 60 DN.11.5.1999

Saya tidak menuduh tetapi perkara ini adalah perkara yang pemah berlaku dan saya pemah melihat bahawa masyarakat di daerah pedalaman ada yang sampai enam bulan tidak dapat ditemui atau tidak mendapat perkhidmatan daripada doktor udara di Sabah ini. Jadi, saya mohon supaya kerajaan dapat melihat perkara ini secara serius kerana tanpa bantuan daripada kerajaan, rakyat atau masyarakat di pedalaman ini tidak akan menikmati kemerdekaan sepertimana yang dinikmati oleh masyarakat yang ada di bandar. Begitu juga dengan pencemaran sungai, saya percaya ramai rakan daripada Semenanjung melihat sungai, barangkali kalau Ahli-ahli Yang Berhormat di sini mengatakan bahawa sungai di Kuala Lumpur ini, Sungai Klang ini lebih tercemar tetapi sungai-sungai yang ada di Sabah, saya percaya di Sarawak juga seperti Sungai Kinabatangan, Sungai Padas, Sungai Pegalan, Sungai Segama dan sebagainya begitu kotor sekali, begitu tercemar sekali disebabkan oleh pembalak-pembalak haram dan pembalak­ pembalak yang tidak mengambil indah pencemaran. Jadi, saya juga memohon kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan wajar, mengambil tindakan segera agar sungai­ sungai yang menjadi sumber kepada kehidupan penduduk luar bandar ini dapat ditingkatkan kualitinya supaya rakyat juga akan menikmati apa yang dinikmati oleh orang-orang yang telah lama menikmati kualiti kehidupan yang tinggi di tempat-tempat lain. Saya menyarankan supaya terutamanya pihak berwajib alam sekitar supaya mengambil tindakan segera dengan memberi denda atau kompaun kepada mereka yang telah diberitahu lebih awal terutama pembalak-pembalak haram dan pembalak-pembalak yang tidak mengikuti arahan daripada kerajaan diambil tindakan wajar. Hanya dengan cara ini sahajalah apabila sekali sekala undang-undang itu kita laksanakan, kita timpakan kepada mereka, mereka akan menghormati undang-undang itu, kalau tidak mereka kata "apalah, begini begini juga daripada dahulu sampai sekarang". Jadi, sampai bila pun sungai-sungai kita terutama sungai yang ada di Malaysia Timur ini akan terus tercemar. Tuan Yang di-Pertua, seperkara .lagi yang ingin saya sentuh iaitu mengenai dengan virus Japanese Encephalitis dan lain-lain wabak yang mana Sabah juga tidak terkecuali daripada dilanda oleh wabak JE ini. Saya memohon supaya kerajaan memperuntukkan kepada Jabatan Haiwan Negeri Sabah kelengkapan dan kemudahan dan barangkali kalau perlu, perlu dihantar beberapa pegawai-pegawai dari negeri Sabah atau dari negeri-negeri di seluruh negara ini yang belum mengalami jangkitan ataupun virus JE ini mereka dapat bersarna-sama dengan pegawai-pegawai berkenaan bagaimana cara untuk mempelajari mengatasi atau membendung gejala JE yang melanda kepada beberapa negeri kita di negara ini. Jadi, saya percaya mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jadi, kita memang setuju dengan kata pepatah orang tua-tua kita, kita 'sediakan payung sebelum hujan'. Jadi, apabila perkara ini telah dipelajari lebih awal sekurang-kurangnya kita dapat mencegah apa yang akan menimpa kepada rakan-rakan kita atau negeri-negeri yang belum dilanda oleh virus JE ini. Mudah-mudahan dijauhkan bala, cukuplah apa yang ada kerana ini merupakan masalah negara dan bukan masalah negeri-negeri yang telah dilanda oleh JE llll. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai dengan beberapa perkara terutama mengenai dengan Ahli-ahli Yang Berhormat baik daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara agar pihak kerajaan dapat menyemak kembali sebab saya difahamkan apabila Ahli-ahli Dewan Negara ini ataupun Ahli-ahli Parlimen ini bersara ataupun berhenti; ditamatkan perkhidmatan mereka atau tertamat secara automatik kerana maklumlah terutama Dewan Negara ini apabila saya cadangkan supaya satu penggal tiga tahun itu jangan dibataskan hanya untuk dua penggal tetapi menurut menteri yang berkenaan beliau mengatakan bahawa setakat ini dua penggal sahaja yang dibenarkan. Jadi, saya masih lagi merayu kepada pihak kerajaan supaya mengkaji ini dan barangkali bukan kepentingan saya tetapi kepentingan negara dan rakyat atau rakan-rakan yang akan DN.11.5.1999 61 datang akan terns berkbidmat sebab bagi saya penggal itu memang tidak begitu lama lagi, hujung tahun penggal saya pun sudah habis juga. Jadi, saya memohon supaya ini dikaji, jangan 'full-stop' begitu sahaja, tidak boleh. Jadi, saya masih berpendapat bahawa sayang rakan-rakan kita yang mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menyumbang kepada negara terhenti begitu sahaja. Saya masih teringat rakan saya dari Kedah bekas Yang Berhormat Tuan Charen Intachat. Saya terkejut bila saya lihat bahawa beliau sudah tidak ada di Dewan ini. Alangkah baiknya seandainya mereka yang mempunyai pengalaman luas ini akan dapat dikaji dan dilihat balik walaupun ini adalah bidang kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita kasihi dan Dewan-dewan Undangan Negeri di negeri masing-masing tetapi saya percaya undang-undang yang perlu diperbaiki, mana undang-undang yang agak merugikan kepada kita boleh kita kaji dari masa ke semasa. Jadi, untuk itu para pesara ini, daripada MP ini mereka hanya boleh menerima pencen mereka ataupun ganjaran mereka selepas mereka berumur 55 tahun. Saya merayu kepada kerajaan supaya menyemak balik, kalau boleh oleh kerana Ahli-ahli Parlimen ini ada juga sedikit sumbangan kepada negara agar dikaji, apabila mereka mencapai umur 50 tahun bolehlah pencen itu mereka terima sebab sekarang ini kalau tidak silap saya 55 tahun. Kalau boleh 50 tahun, barangkali kira senang sedikitlah. Di samping itu saya juga ingin menyentuh mengenai dengan peruntukan di Semenanjung. Guru-guru besar atau pengetua-pengetua diberi peruntukan oleh kerajaan direct ataupun terns, langsung kepada mereka tetapi di Sabah guru-guru besarnya dan saya percaya di Sarawak juga belum dilaksanakan, di peringkat sekolah-sekolah rendah mereka belum diberikan kepercayaan untuk diberikan peruntukan terns agar guru-guru besar ini menggunakan peruntukan menurut keperluan sekolah ini sebab kadang-kadang kita dengar ada projek kilat. Maknanya kalau projek kilat ia tidak tersusun, tidak teratur dan tidak terancang. Jadi untuk mengelakkan perkara ini saya rasa adalah lebih elok dan baik, kalau boleh apa yang dilakukan oleh kerajaan kepada guru-guru besar di Semenanjung sini mereka berikan peruntukan direct kepada mereka, saya mohon juga bagi pihak rakyat di Malaysia Timur agar ianya juga dapat diberikan terns kepada guru besar. Kalaupun barangkali ada penyelewengan yang tidak sengaja atau apa cara, saya percaya dan berkeyakinan penuh Kementerian Pendidikan dan kerajaan mempunyai cara untuk menangani dan mengatasi masalah seumpama ini. Tuan Yang di-Pertua, seperkara yang sering saya perkatakan di sini di Sabah ini terkenal dengan logging atau lori balak yang mempunyai 22 roda. Saya sudah berkali-kali menyatakan kepada kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan supaya lori yang mempunyai kapasiti ataupun twenty-two-wheelers, dengan izin ini. Jangan diberi laluan, jangan diberi kebenaran untuk menggunakan jalan highway umpamanya jalan Penampang, Tambunan dan Keningau. Kadang-kadang ada selekoh tajam atau dia orang panggil tekongan tajam. Jadi tekongan tajam atau selekoh tajam ini bayangkan kalau 22 roda dengan angkatannya yang begitu panjang dan banyak kadang-kadang banyak kereta yang mengalami kemalangan disebabkan oleh lori-lori yang besar dan panjang ini. Jadi saya ingin mencadangkan terntama di kawasan pedalaman supaya pihak kerajaan meminta lori-lori ini menggunakan jalan Kimanis-Keningau, memang jalan ini diperuntukkan kepada lori-lori balak. Tetapi saya tidak tahu bagaimana hari ini bukan sahaja lori-lori seumpama ini tetapi kadang-kadang lori-lori tengah malam bermula dari 8.30 malam sehingga pagi, lori-lori balak terntama dari Tambunan ke Keningau berpusu­ pusu hingga kadang-kadang dia buat convoy dengan izin, sampai lima bersusun, jadi macam mana kita hendak over take, dengan izin, kenderaan ini dan inilah kadang-kadang yang menyebabkan atau menyumbangkan kepada kemalangan di Sabah. Saya mohon kerajaan melihat ini secara serius dan kadang-kadang sebetulnya di Sabah ini saya tidak tahulah, sejak akhir-akhir ini, ini baru barangkali mereka mengambil 62 DN.11.5.1999 kesempatan kerana Barisan Nasional sudah memerintah, pencuri-pencuri balak sama banyak, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon, saya tidak tahu. Sa ya pernah katakan di sini satu ketika dahulu di satu daerah bemama Sook kita ada hutan simpan yang agak luas dan kayu balaknya yang besar-besar. Semasa belum ada penguasa, belum ada orang yang menjaga hutan simpan tersebut daripada pegawai hutan, balak itu begitu banyak. Tetapi akhirnya apabila pegawai-pegawai hutan di tempatkan di situ balak itu pandai hilang. Jadi bila kita tanya macam mana balak ini boleh hilang? Dia kata, "Yang Berhormat, apa lagi balak di hutan tidak ada orang yang jaga, kenderaan di tengah bandar pun boleh hilang," eh, betul juga. Jadi saya rasa unsur-unsur negatif seumpama ini terdapat seumpamanya. Jadi saya mohon supaya pihak kerajaan mengambil tindakan membolehkan keamanan jangan sampai orang sudah hancur lebur, orang sudah mengalami seperti yang dialami oleh Japanese Encephalitis (JE) baru kita kelamkabut mencari jalan bagaimana hendak menyelesaikan. Jacli, Tuan Yang di-Pertua sebetulnya terlalu banyak yang ingin saya perkatakan tetapi oleh kerana barangkali ada lagi rakan-rakan kita yang ingin mengambil bahagian maka sekali lagi dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Jaya Partiban. 4.54 ptg. Puan Jaya Partiban: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Yang Ketujuh. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden parti saya Yang Berhormat Dato' Seri S. Samy Vellu kerana mencadangkan nama saya dan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas perlantikan saya sebagai Ahli Dewan Negara. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Saya ahli baru di Dewan ini, Salah silap jangan ambil hati, Ahli baru kurang pengalaman, Perlu banyak sokongan dan panduan. Tuan Yang di-Pertua, kita mesti akui Kajian Separuh Penggal ini menumpukan perhatian kepada usaha meningkatkan kualiti hidup. Kita di Malaysia mesti bersyukur kerana dapat hidup di negara yang aman dan damai. Saya berharap sikap tolak ansur di antara kaum-kaum akan berterusan agar keamanan ini dapat dikekalkan. Kestabilan politik dan perpaduan di antara kaum di negara ini merupakan aset negara yang tidak terhingga nilainya. Namun demikian, kita perlu berwaspada supaya ianya tidak terjejas. Perpaduan hanya boleh dijamin sekiranya sikap saling hormat menghormati wujud terhadap agama dan kebudayaan di antara kaum. Seperti kata pepatah Melayu "Biar mati anak, jangan mati adat" memang dipegang kuat oleh semua rakyat yang terdiri dari berbilang kaum dengan menikmati unity in diversity, dengan izin. Saya mengalu-alukan tumpuan yang diberi oleh kerajaan untuk menambah peluang pendidikan dan usaha-usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini. Memang tidak boleh dinafikan bahawa kemajuan sesuatu masyarakat berdasarkan peluang untuk menikmati kemudahan pendidikan. Peruntukan untuk pendidikan telah ditambah kepada RM16 bilion daripada peruntukan asal sebanyak RMlO bilion. Sehubungan itu, hasrat kerajaan untuk menghulurkan peluang yang sama rata kepada semua rakyat tanpa mengira kaum sangat dialu-alukan. DN.11.5.1999 63

Berkaitan dengan hal pendidikan, saya ingin menimbulkan isu sekolah-sekolah Tamil khususnya yang terletak di sektor ladang. Hal ini memang telah dikemukakan oleh rakan-rakan saya banyak kali sebelum ini, tetapi tidak juga diambil tindakan yang sesuai, oleh itu terpaksa saya membangkitkannya sekali lagi. Sebaik pengetahuan saya kebanyakan sekolah Tamil ini berada dalam keadaan yang kurang memuaskan dari beberapa segi iaitu dari segi fizikal, dari segi kualiti pendidikan dan dari segi peruntukan dari kerajaan. Mengikut kerajaan, sekolah-sekolah Tamil di ladang bertempat di tanah swasta di atas tanah yang dimiliki pemilik ladang. Oleh kerana itu, sekolah-sekolah Tamil tidak terletak di bawah senarai sekolah-sekolah bantuan penuh. Saya bangga bahawa Dasar Pendidikan meliputi semua sekolah di Malaysia, namun demikian dalam hal sekolah-sekolah Tamil, Dasar Pendidikan tersebut tidak meliputi hal-hal kemudahan fizikal, hanya setakat syllabus dan peperiksaan sahaja. Memandangkan kawasan di mana terletaknya sekolah-sekolah Tamil ini bukan begitu luas berbanding seluruh estet yang khususnya kadangkala beribu-ribu ekar, saya bercadang bahawa kerajaan mengkaji kemungkinan mengambil alih kawasan tanah ini supaya kemudahan fizikal sekolah Tamil dapat diawasi dan diletak di bawah Kementerian Pendidikan sama seperti sekolah-sekolah lain di negara ini. Selepas 42 tahun merdeka bukanlah satu keterlaluan untuk mengharapkan semua sekolah di negara ini tanpa mengira sekolah jenis kebangsaan apa ataupun terletak di mana mempunyai segala kemudahan asas dan suasana yang kondusif supaya para pelajar dapat menumpukan perhatian penuh mereka kepada pelajaran barulah boleh dikatakan peluang pendidikan yang sama diberi kepada semua rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun lalu kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mencergaskan semula aktiviti ekonomi negara. Di antara langkah-langkah yang telah diambil termasuk arahan kepada semua agensi kerajaan supaya membelanjakan peruntukan pembangunan agensi masing-masing. Waiau bagaimanapun, Menteri Kewangan Yang Berhormat Tun Daim Zainuddin telah mendedahkan bahawa arahan ini tidak diikuti seperti yang ditetapkan. Walaupun sudah masuk bulan Mei terdapat enam agensi kerajaan dikenal pasti yang masih belum membelanjakan satu sen pun daripada peruntukan pembangunan dalam suku pertama tahun ini. Saya menggesa kerajaan memastikan pembayaran bagi pelaksanaan projek­ projek pembangunan dibuat seberapa segera supaya perkara ini tidak menjadi halangan kepada pemulihan ekonomi. Saya difahamkan bahawa EXCO Majlis Tindakan Ekonomi Nnegara yang bermesyuarat pada 23 April lalu telah merumuskan supaya setiap kementerian menubuhkan jawatankuasa tindakan pembangunan yang dipengerusikan oleh menteri masing-masing untuk meneliti kemajuan dan masalah-masalah dalam pelaksanaan projek pembangunan. Ini adalah satu rumusan yang baik dan diharap jawatankuasa tersebut ditubuhkan dengan segera supaya proses pengedaran wang dapat dijalankan dengan lebih licin. Semoga dengan pengedaran perbelanjaan yang cepat dan cekap, aktiviti ekonomi negara dapat dipertingkatkan dan seterusnya membantu memulihkan semula ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengiktirafkan peranan penting wanita dalam pelbagai bidang di negara ini. Saya harap kerajaan akan mengkaji semula dan menggubal dasar-dasar dan undang-undang yang mewujudkan satu suasana yang conducive untuk membolebkan wanita terus menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara. Tidak boleh dinafikan bahawa wanita memainkan peranan penting dalam ekonomi negara. Dalam konteks ini, majikan-majikan dialu-alukan supaya mewujudkan suasana yang conducive untuk wanita-wanita yang bekerja. Cadangan kepada majikan untuk menyediakan tempat asuhan kanak-kanak di tempat kerja telah pun dikemukakan sekian lama tetapi masih belum ada respond yang positif. Saya bercadang supaya kerajaan menjadi sebagai teladan dengan agensi-agensi 64 DN.11.5.1999

kerajaan clan kementerian-kementerian berusaha membuka banyak lagi pusat pengasuhan kanak-kanak. Saya yakin suasana conducive ini akan meninggikan lagi produktiviti pekerja-pekerja wanita di semua peringkat clan menyumbang kepada pembangunan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, memang tidak boleh dinafikan bahawa kerajaan sedar akan keperluan menyediakan kemudahan perumahan yang mencukupi terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah. Berhubung dengan hal ini, saya merayu kepada kerajaan untuk membina lebih banyak lagi rumah kos rendah supaya semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dapat hidup dalam keadaan sihat dengan segala kemudahan asas. Saya rasa usaha perlu dipergiatkan untuk menambahkan lagi rumah-rumah kos rendah khususnya di Lembah Klang supaya dapat mengelakkan kemunculan rumah-rumah setinggan. Kawasan-kawasan setinggan ini bukan sahaja menyakitkan mata malah menjadi tempat kurang sihat dari segi kesihatan clan juga masalah-masalah sosial. Kemudahan perumahan ini juga akan menjamin kualiti kehidupan rakyat negara ini. Dengan ini saya menyokong Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Mustaffa Kamal. 5.04 ptg. Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun bersama-sama dengan rakan di dalam Dewan yang mulia ini bagi membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh yang barn pagi tadi dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perclana Menteri, yang mana di dalam ini dipaparkan dalam ucapannya tadi mempunyai beberapa cabaran. Di sini terdapat enam cabaran yang perlu kita lalui dengan bukan jalan yang mudah tetapi penuh dengan cubaan clan dugaan: (i) bermula dengan mengekalkan asas ekonomi; (ii) untuk meningkatkan tahap produktiviti; (iii) untuk memulihkan sektor swasta; (iv) mengatasi rintangan dihadapi oleh sektor-sektor produktif; (v) cabaran memasti pencapaian objektif; clan, (vi) kualiti hidup. Di dalam enam cabaran ini pada panclangan saya bukanlah mudah terutama dalam sektor ekonomi. Apabila kita sebut sahaja ekonomi mempunyai skop yang begitu luas, tambah pada masa sekarang walaupun ada bayang-bayang bahawa ekonomi akan pulih akan tetapi terdapat banyak lagi masalah-masalah yang hams kita selesaikan terlebih dahulu. Saya amat bersetuju dengan caclangan yang dibuatkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada pagi tadi supaya kita menambah segala produktiviti negara terutama dalam bidang pengeluaran. Pengeluaran-pengeluaran untuk dieksport amat penting sekali terutama meninggikan tahap eksport kita supaya dapat tukaran wang asing yang begitu banyak. Sekarang kita agak berasa lega kerana KNK kita pada tempoh 6 bulan, dulu 4 bulan dan sekarang sudah boleh kita ucapkan dan ungkapkan sehingga 6 bulan eksport tertangguh. Akan tetapi perkara ini tidak perlu kita banggakan kerana eksport dan import ini akan turun dan naik terutama apabila Ringgit dinilai kembali dan nilai Ringgit tidak berpandu kepada US Dollar (USD). Di situlah satu cabaran yang hams dihadapi terutama dalam sektor-sektor pembuatan, factory dan juga ladang-ladang terutama kelapa sawit. DN.11.5.1999 65

Pada masa sekarang kita lihat sektor laclang sawit tersenyum lebar, boleh mewah dengan hidup kerana pertukaran dengan harga kelapa sawit yang tinggi dengan pertukaran Dollar Amerika kepada RM3.80. Akan tetapi cabaran-cabaran di masa akan datang harus ditempuhi dengan hati yang tabah clan sabar kerana ringgit tidak boleh berpandu sepanjang masa kepada US Dollar kerana satu masa kerajaan akan melepaskan sekatan-sekatan ini. Dengan terlepasnya sekatan-sekatan ini, kita akan mendapat lagi satu ledakan bahawa eksport-eksport negara kita akan berkurang dari segi nilainya. Dengan hal yang demikian, saya berharap kepada sektor-sektor industri clan juga sektor-sektor laclang mempersiapkan diri pada masa sekarang untuk menghadapi apabila kerajaan tidak lagi menilaikan Ringgit berpandukan kepada US Dollar. Sebagai contoh, katakanlah sekarang pertukaran asing kita pada paras RM3.00 lebih akan tetapi apabila kawalan ini kita lepaskan pada suatu masa, mungkin dia pergi ke RM2.50 atau RM3.00. Di situ berbeza hampir RMl.00, kalau tiap-tiap satu tan kelapa sawit dengan harganya RM2,000 atau RMl,400, bagaimana pertukaran kita sudah turun, tentulah harga kelapa sawit akan turun. Laclang-laclang kelapa sawit clan pengusaha kecil kelapa sawit akan menghadapi masalah. Begitu juga kilang-kilang, kalau kita berbangga dengan elektronik pada masa sekarang mencapai tahap yang paling tinggi dengan berbagai bentuk, berpuluh-puluh company yang menjalankan elektronik, percaya clan pasti apabila ringgit kita naik sampai ke tahapnya, juga elektronik kita akan menghadapi masalah untuk eksport. Saya masih ingat lagi apabila ringgit kita didagangkan RM2.38 berbanding dengan US Dollar. Banyak syarikat yang mengeluarkan elektronik, di Bayan Lepas, Ipoh, Seremban clan Johor Bahru terpaksa memberhentikan pekerja kerana tidak mampu lagi menanggung kos-kos yang tinggi. Apakah kita terdaya menahan Ringgit supaya berada pada tahap sekarang kerana Ringgit pada satu masa nanti akan naik dan ini akan dibayangkan berpandu kepada KNK kita sudah cukup, kita ada tempoh enam bulan. Kalau tidak ada duit pun dalam enam bulan, kita boleh eksport clan import barang. Jadi, dengan hal yang demikian, saya berharap terutamanya kepada sektor-sektor laclang dan juga swasta, industri clan sebagainya supaya bersiap sedia, jangan bila sampai Ringgit jatuh pada masa itu, barulah menggelabah clan mencari jalan-jalan clan meminta bantuan daripada kerajaan bantuan dan sebagainya, kita peringatkan. Begitu juga kita merakamkan ribuan terima kasih kepada kerajaan yang telah menubuhkan Danaharta Nasional clan Danamodal yang dapat menyalurkan RM12.6 bilion dan membahagikan suntikan-suntikan kepada industri-industri clan korporat-korporat. Tetapi kadangkala kita lihat tokoh-tokoh korporat ini, bukanlah kita hendak sindir, di zaman mewahnya, bak kata Yang Berhormat Datuk Ibrahim Ali - dia tidak ada dalam Dewan ini, curut pun berharga beratus-ratus sampai RM300-RM400, beli cendoi pun pergi ke Langkawi. Dan jangan terkejut pada masa sekarang ada ahli korporat yang mempunyai, di Kuala Lumpur ini banyak ahli korporat yang ada kolam renang di rumah dan ada yang tidak perlu beli klorin, beli garam kasar, curah masuk kolam mandi kerana kalau hendak beli klorin sudah mahal, terpaksa guna garam. Ini bukan cerita lawak jenaka yang murah, ini memang cerita betul, ada realitinya. Ini sahabat-sahabat kita beritahu, terpaksa gunakan garam, sudah berubah air kolam renang itu sudah jadi air laut -masin. Kerana pada masa mewahnya mereka tidak ingat bahawa hidup ini seperti roda, naik dan akan turun clan bila sampai turun, macam-macamlah akan terjumpa apabila roda kita turun. Tuan Yang di-Pertua, kita juga merakamkan terima kasih yang amat sangat kerana peruntukan jumlah pembangunan daripada RM67.5 bilion dinaikkan menjadi RM89 bilion. Ini menunjukkan kerajaan prihatin kepada pembangunan terutama dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, akan tetapi dalam berbilion-bilion ini apakah mampu jentera-jentera kerajaan melaksanakan projek-projek yang diutarakan oleh kerajaan. Pada 66 DN.11.5.1999 hari ini kita lihat sahaja surat akhbar, menteri ini tuduh menteri itu tetapi pada pandangan saya, saya mempunyai pengalaman dalam pembangunan kerana kita ini wakil rakyat kecil. Apabila saya pergi ke Pejabat Daerah, tanya Pejabat Daerah, dia kata pergilah Pejabat Pembangunan Negeri kerana duit tidak sampai waran tidak ada. Saya pergi ke Pejabat Pembangunan Negeri, dia kata bendahari (treasurer) di Kuala Lumpur tidak hantar lagi. Jadi, di sini kita sebagai wakil rakyat seolah-olahnya macam bola ditendang dari satu pejabat hingga ke satu pejabat lain. Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Saya minta laluan sebab saya kurang mengerti berkenaan dengan wakil rakyat kecil, perkataan ini timbul. Biasanya wakil rakyat adalah datangnya daripada ADUN dan juga Parlimen iaitu Lower Chamber sebab kalau kata 'Lower House' nanti, Ahli-ahli Dewan Rakyat kecil hati pula sebabnya dalam constitution perkataan itu memang 'Lower Chamber', 'Upper Chamber', 'Lower House', 'Upper house', jadi pengertian atau persepsi itu barangkali tidak dapat diterima kadang­ kadang dalam keadaan berselorohkah, tetapi Yang Berhormat tadi kata 'wakil rakyat kecil', adakah ia maksudkan Ahli Dewan Negara ini 'wakil rakyat kecil' ataupun adakah . kita ini 'wakil rakyat' sebab kita tidak ada kawasan, kawasan di seluruh Malaysia ataupun adakah ia memikirkan dia ini ketua bahagian, jadi dia jadi 'wakil rakyat kecil'. Jadi, saya rasa perkataan 'wakil rakyat kecil', kalau selalu digunakan akan menimbulkan dua wakil rakyat, satu wakil rakyat yang terpilih benar, satu wakil rakyat yang menunggu untuk dipilih kemudian hari kelak. Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi: Terima kasih sahabat saya Dato' Zuki. Saya boleh terangkan. W akil rakyat kecil yang saya maksudkan, kadangkala kita Ahli Dewan Negara dicop sebagai 'rubber stamp' kerana apabila ada function di pejabat-pejabat daerah, di sini kita perlu kaji, kadang-kadang pegawai daerah sendiri suruh kita ke belakang. Kalau mengikut protokol, kita kena duduk di hadapan kerana kita Ahli Dewan Negara, Dewan yang tertinggi, kalau Dewan Rakyat kata lulus, kita kata tidak lulus, boleh lulus billion, Dato'? Tidak boleh. Apabila terjadi yang sedemikian, saya berasa kecil hati kerana pegawai-pegawai kerajaan tidak tahu protokol yang sebenarnya, di mana hendak letak Ahli-ahli Dewan Negara, di mana hendak letak ADUN. Kadang-kadang ADUN duduk di hadapan, saya duduk di belakang. Terjadi dalam majlis Hari Merdeka dan terjadi di macam-macam majlis. Dan kita perlu beri kursus kepada pegawai-pegawai kerajaan ini kalau tidak tahu Ahli Dewan Negara duduk di mana dan ADUN duduk di mana, beri mereka kursus supaya kita tidak kecil hati. Terima kasih, Dato'. Satu perkara lagi, saya memanglah sayang kepada pegawai kerajaan ini, saya sokong sangat Yang Berhormat Rosli tadi kata, SSB itu dikaji dan dimansuhkan. Saya fikir dimansuhkan lebih baiklah, kerana ada pegawai-pegawai ini, bosnya main golf, hari­ hari tidak kisahlah hendak pergi ke mana, Bukit Kiara, kah, Golf Resort, yang anak buah ini tidak mahu ikut, tidak tahu main golf, apabila kerjanya cemerlang, saya tahu kerja dia bagus dalam pejabat itu, buat laporan, buat kerja cepat-cepat, tetapi bila tidak boleh ikut bos punya kerenah ini, dia pun tidak dapat SSB. Bukankahjadi mangsa? Ini semua yang wajah-wajah yang cantik-cantik ini semua boleh buat kerja, kalau tidak boleh buat kerja dia tidak tunggu pukul 5.30, dia cabutlah, tetapi kerana bos-bos ini main golf dan kadang-kadang dia ini suka night club, tidak terkecuali, saya tidak tuduh akan tetapi kalau tidak berisi night club itu siapa hendak isi, jadi bos ini, kalau tidak mahu, dia tidak dapatlah SSB walaupun layak. Kadang-kadang dia buat laporan itu, hendak siapkan Rancangan Malaysia Ketujuh, laporan Separuh Penggal, kena buat laporan, baru Jabatan Perdana Menteri boleh tengok, yang mana betul, yang mana tak silap, yang mana tidak buat tetapi kerana tidak boleh ikut bos punya kerenah - tidak merasa. Saya cadangkan batal. Yang perempuan pula, lagi sedih. Bila tidak melawan senyum bos, tak usah ingatlah SSB itu. Ini betul saya cakap, bukan bohong. Saya dapat feedback daripada DN.11.5.1999 67 pegawai-pegawai kerajaan ini. Tak usah cakap MARDilah, tak usah cakap PORIMlah, tak usah cakap apalah ... Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Apa yang dikatakan oleh sahabat saya tadi termasuk barangkali dalarn sexual harassment, dengan izin. Oleh itu, kalau Yang Berhormat ada bukti, boleh dibangkitkan untuk satu tindakan yang wajar. Yang keduanya, kalau hos pergi ke night club, saya tidak begitu setuju, tidak semua, barangkali ada seorang dua 'the black sheeps' yang pergi ke night club, yang lain-lain semuanya menjalankan tanggungjawab dengan baik. Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi: Saya kata tadi bukanlah semua, saya ada lapik, saya kata tidak semua, tetapi night-club itu tidak akan kosong kalau tidak ada penghuni, tidak semua orang swasta, orang swasta pun bos juga yang pergi itu, kalau drebar-drebar sahaja ini, jarang pergi, saya rasa boslah yang pergi tetapi dia tidak hendak tunjuk, saya ketua pengarah kementerian ini, saya timbalan ketua pengarah, saya urusetia ini, tidak, tetapi tentang wanita itu saya akuilah, ini ada kebenaran. Tetapi saya tidak mahu sebutkan nama orangnya, teraniaya kerana kawan ini janda, inilah hendak cerita, saya boleh cerita, minta maaflah kepada pegawai-pegawai kerajaan, kawan ini janda anaknya tiga, malang suaminya hisap dadah, berpisah, bekerja dengan satu jabatan yang dikawal oleh Kerajaan Pusat di negeri Perak tetapi esok jangan tanya saya di luar Dewan. Ini dalam Dewan siapa pun tidak boleh persoalkan percakapan saya kecuali soal penjelasan boleh sayajawab Dato' Zuki. Jadi, apabila dia tidak membalas senyum dengan bos, bos pun senyum sedikit - menggatallah, cakap terang-teranglah, ada bos yang tidak menggatal, ada juga, ada yang menggatal dan ada yang tidak menggatal. Kalau kata orang Perak 'mengeladi' macam keladi gatal. Dia mengadu kepada saya, kebetulan dia ini dahulu bekerja dengan saya, sebelum dia mendapat kerja dengan kerajaan waktu belum kahwin, belum bersuami, dia bekerja dengan saya. Dia mengadulah, dia kata, Yang Berhormat, saya tanya apa khabar, dia kata, baik. Macam mana kerja? Kerja okay tetapi susahlah dengan hos ini, saya sudah buat kerja sampai laporan ini lengkap, Kuala Lumpur hendak cepat, kita buat untuk negeri Perak tetapi ·tidak juga naik-naik SSB saya macam itu juga. Engkau tidak layan bos, macam mana hendak layan hos, bos pun gatal. Kita pun korek cerita, pelan-pelan, bos ajak makan dia tidak ikut, bos ajak minum pukul 10.00 pagi tidak ikut- ha! ini yang dia terima. Saya haraplah jangan pegawai-pegawai wanita yang ada dalam Dewan ini terkena. Kalau ada terkena beritahu saya di luar Dewan nanti, insya-Allah, kita akan lihat apa tindakan selanjutnya akan kita lakukan. Saya harap Dato' Haji Mohd. Zuki berpuas hati dengan penerangan saya itu. Bukan saya cakap kerana bak kata orang, 'hentam keromo sahaja' tetapi 'berasas ada dasar dan ada sebab'. Berbalik kepada menggiatkan sektor pertanian, saya mengharapkan sektor pertanian terutama Menteri Pertanian dan Timbalan Menteri Pertanian hams memandang kepada penyelidikan yang lebih serius. Kita faham PORIM, MARDI dan semuanya adalah agensi kerajaan yang menjalankan penyelidikan, akan tetapi apakah yang hams kita kaji pelbagai masalah kajian yang hams dibuat pada masa sekarang. Kalau Thailand boleh buat dengan begitu baik, saya masih ingat lagi semasa saya duduk dalam Bahagian sebagai Pengerusi Biro Pertanian, di waktu itu saya hendak membekalkan anak ikan keli kepada belia dan apabila saya hubungi Jabatan Perikanan Negeri, di kata, "Benih ikan keli tidak dapat, kalau hendak saudara kena pergi jumpa di universiti ", saya rasa Universiti Pertanian pada masa itu. Apabila saya hubungi universiti, masih dalarn penyelidikan dan kebetulan sebulan selepas itu saya pergi ke kampung saya. Saya lihat 12 atau 13 kotak yang cantik, canggih sedikit dan saya tanya ibu saya kotak ini kotak apa? Kata ibu saya, "lni kotak ikan keli". Saya lihat tulisan Siam dan saya tanya 68 DN.11.5.1999 dari mana datang. Dia kata, "Adik saya beli ". Thailand sudah lebih dahulu daripada kita, kita baru hendak kaji, baru hendak nikahkan ikan keli, mereka sudah kahwinkan ikan keli bertahun-tahun dahulu. Kenapa mereka boleh dan kenapa kita tidak boleh? Durian sebagai contohnya, kita jenuhlah kaji dengan ini dan dengan ini, Thailand juga lebih dahulu, berbagai-bagai, rambutan pun Thailand juga yang mendahului kita, padi pun Thailand juga mendahului kita. Sekarang kita boleh buat banyak kajian, kaktus dan sebagainya, aloe vera - puan­ puan yang suka aloe vera ini, beli syampu aloe vera, krim aloe vera, semua aloe veralah, betul tidak Yang Berhonnat? Semuanya aloe vera ya. Apa salahnya kementerian mengkaji dan minta MARDI tempat-tempat pasir di Pantai Timur banyak, terutama di sebelah Marang, Terengganu itu banyak pasir, di Kerteh pun berpasir juga. Di Pahang pun ada pasir juga di pinggir-pinggir laut. Apa salah kita kaji, tanam dengan kaktus. Sekarang kita import aloe vera itu, import produk yang belum siap itu. Bawa dari negara lain dan masuk ke negara kita, apa salahnya kita tanam. Ini ditanam dalam pasu untuk perhiasan, apa salahnya kita kaji dan kita tanam. Kalau gamaknya tempat pasir daerah saya banyak, ada dua, tiga, empat puluh ribu ekar pasir yang tidak diusahakan iaitu pasir , saya rasa boleh. Ada potensi - itu baru satu aloe vera sahaja. Belum kita buat kajian-kajian, minyak-minyak untuk melebatkan ram.but, semuanya diimport. Tidak pemah mengkaji minyak 'buah perah' boleh jadi pelebat ram.but, cuba buat memang betul tetapi adakah pemah Jabatan Pertanian dan sebagainya mengkaji buah perah boleh jadikan minyak untuk membuat ram.but menjadi lebat. Ram.but yang hendak gugur, ia akan tumbuh balik, yang botak boleh beli sikat, minta maafYang Berhormat {Memandang ke arah Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman]. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya ada berkepentingan sedikit di sini. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat di mana boleh saya dapati 'buah perah' kerana mendengarkan cerita daripada Yang Berhormat tadi, cara Yang Berhormat berkempen, saya ingat buah perah ini akan menjadi satu buah yang paling laku, hendak mengeluarkan minyak untuk melebatkan ram.but ini. [Ketawa] Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi: Tuan Yang di-Pertua, itulah sebabnya seminggu ini saya diam sahaja, saya tidak hendak bercakap. Apabila saya bercakap, itulah jadinya, sudah tiga kali bangun. Dua kali Dato' Zuki dan satu lagi Dato' Abdul Aziz. Tetapi walau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih. Yang betulnya buah perah ini banyak tumbuh di negeri Pahang, negeri Dato' sendiri. Di sana sampai buah perah, gulai perah, ya betul itu, gulai tradisilah itu dan juga di negeri Perak, tidak terkecuali negeri Kedah, , Johor dan sebagainya. Buah perah ini adalah keluarga daripada buah getah. Mengikut saintifiknya, saya sudah lupa namanya. Dahulu saya masih ingat lagi, 'Elateriospermum tapos', ia famili daripada getahjuga. Buahnya macam buah getah tetapi buah getah bulat, ya Dato', ia panjang sedikit tetapi kegunaannya, proteinnya amat tinggi dan boleh melebatkan rambut tetapi amat malang kajian tidak dibuat sehingga kini. Buah perah apabila luruh boleh dapat beribu tan dalam Semenanjung Malaysia sahaja kerana apabila di waktu bulan dua, apabila kita berpeluang naik pesawat, kita boleh lihat di atas permatang bukit atau gunung-gunung yang berpucuk merah, daunnya merah muda, itu semua pokok perah. Tuan Yang di-Pertua, saya 'take for granted' kerana saya kerja itu tahulah. Pucuk yang merah itu semua buah perah, jadi kita boleh nampak. Macam saya pergi ke Kelantan melalui Pahang saya nampak, terutama kawasan-kawasan Dato' Haji Mohd. Zuki itu banyak, insya-Allah. Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat tahu tidak buah perah ini sejenis makanan yang amat sedap dan jikalau dibuat sambal rom, kalau tidak betul buatnya, ia jadi racun, kepala pening. Jadi kalau kita salah DN.11.5.1999 69 buat research, kita sapu ke rambut [Ketawa] saya segan hendak perkatakan bahawa rambut Dato' Abdul Aziz akan hilang. [Ketawa]. Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi: Terima kasih, Dato' Haji Mohd. Zuki, sebetulnya buah perah ini memanglah ia jenis yang beracun. Apabila - apa hendak kita katakan dalam satu biji kacang itu daripada punat, tempat tum.bub dan bercambah dan benda itu adalah mengandungi racun tetapi tidaklah mengandungi toksin tetapi ia mengandungi lebih kurang 30% mengikut kajian. Tetapi walau bagaimanapun ia tidak memudaratkan sepenuhnya kepada manusia, masih boleh digunakan dan saya percaya kalau mengikut kajian ini memang baik. Selain daripada itu di Pahang banyak buah keras ya, Dato'? .... Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Apa juga buah ada di Pahang. [Ketawa] Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi: [Ketawa] Terima kasih. Jadi buah keras juga spesis yang merupakan bahan sekarang yang digunakan di dalam syampu dan dalam krim pelebat rambut. Jadi itulah, saya rasa Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian terutamanya MARDI lebih meluaskan skopnya, jangan tertumpu kepada bahan-bahan yang ada di sekeWing kita sahaja. Kita perlu memandang jaub, kalau perlu kita tanam epal, kita tanam epallah kerana epal saya katakan, jangan ketawa, epal boleh ditanam di Malaysia, yang tidak mahu tanam ini adalah kita sahaja. Cuba pergi ke Malang, Indonesia, saya pemah sampai ke Malang, iklim di Malang itu serupa dengan iklim kita. Cuma sejuk, di Cameron Highlands boleh tum.bub tetapi tidaklah sesedap epal yang kita import dari luar negara yang sejuk, negara yang bercuaca tidak tropika. Ia masam sedikit, Yang Berhormat. Buahnya pun tidak merah, ia berwarna hijau tetapi siapa pergi ke Sumatera terutama pergi ke Pulau Jawa terutama di Surabaya atau Bandung boleh jumpa buah epal ini. Di sana dibuatkan rojak tetapi memang epal. Tetapi adakah MARDI dan semuanya mengkaji dan beri orang-orang seperti di pinggir pergunungan di Sabah dan Sarawak menanam epal...... Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa sudah cukuplah. Sambung esok ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, majlis ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi esok. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.