Teks Ucapan Yang Berhormat Dato' Seri Mahdzir Khalid
DRAFT DUA TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT DATO’ SERI MAHDZIR KHALID PENERIMA IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH (PENDIDIKAN) DI MAJLIS KONVOKESYEN CUCMS PADA 21 MAC 2016, 12 JAMADIL AKHIR 1437 Bismillahirrahmanirrahim Mengadap, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah merangkap Tunku Canselor Cyberjaya University College of Medical Sciences, CUCMS. Mengadap, Yang Teramat Mulia Datin Seri Diraja Puan Sri Dato’ Seri Tengku Maliha Binti Tengku Ariff, Toh Puan Temenggong Kedah. Ampun Tunku. Terlebih dahulu, izinkan patik memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana limpah kurnia dan inayahNya dapatlah Istiadat ini diadakan. Ampun Tunku, sembah patik mohon diampun, Izinkan patik menyampaikan ucapan kepada barisan tetamu yang hadir. Yang Berhormat Dato’ Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail, wakil Menteri Besar Kedah. Yang Berbahagia Dato’ Dr. R. Palan, Pro-Canselor Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS). Pejabat Timbalan Presiden Akademik (AIARC) 1 DRAFT DUA Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak, Presiden Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS). Ahli – Ahli Yang Berhormat. Lembaga Pengurusan Universiti dan Senat Universiti CUCMS. Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Hormat. ALHAMDULILLAH, tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini. Dengan rendah diri, saya amat menghargai dan berterima kasih atas penghormatan luar biasa CUCMS berikan kepada saya. Sekalipun benar ada tempias jasa saya pada Negara dan bangsa, ia pasti tidak setimpal untuk melayakkan saya menerima penganugerahan sebesar ini. Segala usaha gigih dan kesabaran yang tidak pernah padam malah seakan tidak pernah wujud di dalam kamus kehidupan saya, kini terbalas.
[Show full text]