Dewan Undangan Negeri Sarawak Aturan Urusan
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK ATURAN URUSAN MESYUARAT PERSIDANGAN HARI KETIGA MESYUARAT KEDUA BAGI PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK KELAPAN BELAS RABU, 07 NOVEMBER 2018 (29 SAFAR 1440H) JAM 9:00 PAGI 1. Bacaan Doa oleh Setiausaha DUN Sarawak 2. Pemasyhuran daripada Tuan Speaker 3. Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawapan-Jawapan Lisan 73. YB ENCIK ALEXANDER ANAK VINCENT (N.49 NGEMAH) To ask the Minister for Infrastructure Development and Transportation a) What is the status of the construction of the tar sealed road between Ng. Ngungun (Kanowit District) to Ng. Temalat (Song District) which is part of the road connecting Kanowit to Kapit? b) When the road is expected to be completed and can be used by the public? 74. YB DATUK SEBASTIAN TING CHIEW YEW (N.73 PIASAU) To ask the Minister for Local Government and Housing a) In April 2013, Miri Permy 3 was officially launched by the then YAB Chief Minister. Now, five years had passed, what is the present status of this project? b) Does the Government have any plan to build more affordable houses for Miri in the next two years? 75. YB IR CHRISTOPHER GIRA ANAK SAMBANG (N.59 TAMIN) Bertanya kepada Menteri Utiliti Projek Naiktaraf Loji Penapisan Air di Pakan Stapang masih dalam peringkat reka bentuk (design stage). Bilakah projek ini akan ditender? 76. YB DATO' MURSHID DIRAJA DR JUANDA BIN JAYA (N.44 JEMORENG) Bertanya kepada Ketua Menteri Apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil bagi memastikan hak-hak Negeri Sarawak seperti yang terkandung dalam MA63 segera dikembalikan dan apakah time frame bagi proses ini memandangkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ditadbir oleh dua parti yang berbeza? 1 77. YB DATO RANUM ANAK MINA (N.1 OPAR) Bertanya kepada Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Apakah terdapat sebarang inisiatif daripada pihak Kementerian untuk mengekang kejatuhan harga jualan hasil pertanian seperti getah, lada hitam dan kelapa sawit bagi mengelak kerugian berterusan kepada pengusaha ladang mahupun pekebun kecil/petani? 78. YB ENCIK GERALD RENTAP JABU (N.36 LAYAR) Bertanya kepada Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Apakah status sekolah seperti SK Ng. Lawih yang masih menggunakan genset walaupun berdekatan dengan sambungan wayar elektrik 24 jam? 79. YB ENCIK ALI ANAK BIJU (N.39 KRIAN) Bertanya kepada Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Berapa banyakkah “Lesen Balak” atau “Provisional Lease” yang telah atau akan dikeluarkan ataupun di tarik balik setelah pindaan Rang Undang-Undnang Kanun Tanah 2018? 80. YB ENCIK MIRO ANAK SIMUH (N.18 SEREMBU) To ask the Minister for Tourism, Arts, Culture, Youth and Sports Will the Sarawak Government take over the tourism project on Mount Serembu and Brook Heritage site worth RM1.6 million and allocate the said budget as this project is one of the potential tourism products that can lure tourist to Sarawak? 81. YB DATUK AMAR HAJAH JAMILAH HAJI ANU (N.3 TANJUNG DATU) Bertanya kepada Ketua Menteri Selari dengan Digital Ekonomi dan penambahbaikan sistem telekomunikasi digital di kawasan luar Bandar khususnya di kawasan N3 Tanjong Datu, apakah perancangan Kerajaan untuk menambahbaik kemudahan ini di Tanjong Datu? 82. YB ENCIK JOHN ANAK ILUS (N.23 BUKIT SEMUJA) Bertanya kepada Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Berapakah jumlah penerima bantuan Kebajikan bagi kawasan Serian untuk masa ini mengikut kategori bantuan dan apakah trend permohonan dan kelulusan bagi masa yang sama? 83. YB ENCIK MOHAMAD CHEE BIN KADIR (N.40 KABONG) Bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan a) Memandangkan pentingnya pencahayaan dalam menghalang perlakuan jenayah, adakah Majlis Daerah Saratok memperuntukkan bajet untuk lampu-lampu jalan di kawasan DUN Kabong? b) Kalau ada berapakah jumlah yang diperuntukkan dalam tahun 2018? 84. YB ENCIK ABDUL YAKUB BIN HAJI ARBI (N.58 BALINGIAN) Bertanya kepada Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Adakah Kerajaan akan mewujudkan Skim Pembesaran Kampung yang membenarkan pemohon di kalangan individu atau keluarga yang bekerja di kawasan pusat perindustrian sebagai contoh di Skim Pembesaran Kampung Mateding yang mana sekitarnya adalah Syarikat Press Metal, Sarawak Energy dan ladang-ladang yang berdekatan memandangkan kawasan strategik sebagai pusat pertumbuhan ekonomi? 2 85. YB IR LO KHERE CHIANG (N.13 BATU KITANG) To ask the Minister for Infrastructure Development and Transportation The population in Jalan Landeh in my Batu Kitang Constituency has increased tremendously with the completion of SK Landehand numerous housing estates. Are there any plans to construct a road linking Jalan Landeh to Jalan Batu Kitang towards Jalan Datuk Stephen Yong? 86. YB ENCIK FAZZRUDIN BIN HAJI ABDUL RAHMAN (N.6 TUPONG) Bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan a) Adakah lesen ‘pusat hiburan’ masih dibekukan? b) Memandangkan sukan e-sport semakin popular dan pusat-pusat e-sport diklasifikasikan di bawah lesen ‘pusat hiburan’ apakah perancangan Kerajaan bagi membantu pengusaha pusat e-sport ini untuk memulakan operasi mereka? 87. YB ENCIK WILSON NYABONG ANAK IJANG (N.61 PELAGUS) Bertanya kepada Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi a) Bilakah Kementerian Pendidikan bercadang hendak mendirikan Kolej Komuniti di tapak yang sudah diluluskan oleh Kerajaan Negeri di Bahagian Kapit? b) Berapa banyakkah Sekolah yang sudah dibaikpulih setakat bulan ini di Daerah Kapit dan di Daerah Bukit Mabong Bahagian Kapit Sarawak? 88. YB ENCIK MOHAMMAD RAZI BIN SITAM (N.35 SARIBAS) Bertanya kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Bilakah Kerajaan akan menaiktaraf Jalan Tanjung Assam/Kg Buda dan Jalan Supa/ Kg Medang dan apakah kerja-kerja menaiktaraf jalan tersebut dan nyatakan kos pelaksanaannya? 89. YB DATUK TIONG THAI KING (N.52 DUDONG) To ask the Minister for Tourism, Arts, Culture, Youth and Sports To what extent can the State Government help to fight and achieve direct connectivity and Open Sky Policy for Sibu-KK Sector? 90. YB ENCIK BARU BIAN (N.81 BA'KELALAN) To ask the Chief Minister What is the State policy on the appointment of Ketua Masyarakat? Is the election of Ketua Masyarakat by the villagers in their respective villages still the accepted process or does the state government make the appointments? 91. YB ENCIK RIPIN BIN LAMAT (N.72 LAMBIR) Bertanya kepada Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Berapakah jumlah penerima bantuan kebajikan daripada Kerajaan Negeri bagi kawasan DUN Lambir setakat November 2018 dan apakah bentuk bantuan-bantuan yang diberikan? 92. YB ENCIK SAFIEE BIN AHMAD (N.43 DARO) Bertanya kepada Ketua Menteri Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kemudahan komunikasi khususnya perkhidmatan jalur lebar (internet) di kawasan luar bandar, berapakah bilangan menara telekomunikasi yang akan dibina di kawasan DUN Daro dan dimanakah lokasinya? 3 93. YB ENCIK AWLA BIN DRIS (N.25 SIMUNJAN) Bertanya kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Jalan yang menghubungkan Gedong-Simunjan telah pun siap sejak tahun 2014. Apakah usaha Kementerian untuk menyelenggara atau menaiktaraf jalan ini yang mana keadaannya amat membahayakan pengguna jalan raya tersebut? 94. YB DATO' HAJI IDRIS BIN HAJI BUANG (N.16 MUARA TUANG) Bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Adakah Kerajaan Negeri dapat menambah projek-projek Perumahan Kos Rendah/ Sederhana untuk menyelesaikan masalah kepadatan penduduk di kawasan Samarahan? 95. YB DATUK DING KUONG HIING (N.46 MERADONG) To ask the Minister for Utilities What is the latest status on the RM 82 Million upgrading works for water supply system to Meradong District as announced by the Chief Minister in May this year? 96. YB ENCIK DENNIS NGAU (N.77 TELANG USAN) To ask the Minister for Tourism, Arts, Culture, Youth and Sports What have been the effects in terms of room occupancy and food and beverage section business of star-rated hotels in Sarawak since the abolishment of GST in the country? Is there any signs of increase in hotel businesses overall? 97. YB TUAN HAJI RAZAILI BIN HAJI GAPOR (N.29 BETING MARO) Bertanya kepada Ketua Menteri a) Apakah status cadangan pembinaan Sekolah Rendah Agama RGC Beladin? b) Adakah Kerajaan bercadang memulakan kelas persekolahan tersebut tahun 2019 dengan menggunakan tempat sementara sebelum pembinaan bangunan Sekolah Rendah Agama tersebut siap sepenuhnya? 98. YB IR AIDEL BIN LARIWOO (N.24 SADONG JAYA) Bertanya kepada Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Kelapa dan nanas adalah tanaman berpotensi tinggi di dalam pasaran pada masa kini. Apakah pandangan kerajaan untuk meningkatkan lagi penanamannya dan apakah usaha- usaha kerajaan untuk meningkatkan penyertaan pekebun-pekebun luar Bandar? 99. YB ENCIK MAJANG ANAK RENGGI (N.70 SAMALAJU) Bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Apakah status pembinaan projek perumahan Prima di Sungai Plan, Bintulu? 100. YB PUAN HAJAH SIMOI BINTI HAJI PERI (N.28 LINGGA) Bertanya kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan a) Bilakah Jambatan Batang Lupar dibina? b) Adakah kerajaan GPS akan membiayai sepenuhnya pembinaan jambatan tersebut sekiranya Kerajaan PH tidak berhasrat untuk melaksanakannya secara usaha sama? 101. YB ENCIK GERALD RENTAP JABU (N.36 LAYAR) Bertanya kepada Ketua Menteri Apakah perancangan Kerajaan untuk membina Pusat Inovasi Teknologi Digital dan Pembinaan Pusat Inkubator di Bahagian Betong khasnya di