LANDSKAP EDISI KHAS 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

Mei 2020 Diterbitkan Oleh: Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS) Institute Berhad

Copyright © 2020, by Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS) Institute Berhad

Ketua Editor: Asyraf Farique

Editor: Hanis Noor, Syed Israa

Reka bentuk kulit & Susun Atur: Wafiq Azman

Pelukis: Sulaiman Shahril

No. 6-23-3A Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Taman Putra, 43000 Kajang, Darul Ehsan TEL: 018-2084917 EMAIL: [email protected]

Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam dokumen ini tidak boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan bentuk dengan apa jua cara sekalipun sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS) Institute Berhad.

www.iris.institute Isi Kandungan

Pengenalan 1 Situasi semasa wabak COVID-19 2 Kekaburan ‘nature’ dan potensi sebenar COVID-19 2 ‘Perang’ terhadap COVID-19 akan berpanjangan 3 Implikasi Pandemik COVID-19 di Peringkat Antarabangsa 1. Implikasi Politik Dunia & Pertembungan kuasa besar 5 Pandemik COVID-19 memperkukuhkan imej China 5 COVID-19 & Orde Dunia: Antara Pengekalan & Peralihan 6 Elit Global kekal sebagai penentu utama 8 2. Implikasi Ekonomi Global 8 Krisis hutang: Masalah utama dunia pasca COVID-19 8 Fenomena kegawatan ekonomi di seluruh dunia 10 Perkembangan penting syarikat kapitalis Yahudi sepanjang pandemik COVID-19 10 Dunia semakin terbenam dalam sistem kapitalis 11 3. Implikasi Autoriti Kerajaan 12 Pengurusan COVID-19 mempengaruhi legitimasi & autoriti kerajaan 13 Sistem pengawasan (surveillance) mengesani perundangan kerahsiaan rakyat 13 4. Implikasi Keselamatan Tradisional dan Bukan Tradisional 14 Ancaman senjata biologi 15 Risiko keselamatan makanan 16 Ancaman serangan siber 17 Implikasi Pandemik COVID-19 di Peringkat Nasional 19 1. Implikasi Politik & Pentadbiran Awam 19 Peningkatan kepercayaan rakyat terhadap sektor kesihatan negara 19 COVID-19 memperkukuhkan legitimasi kerajaan Pakatan Nasional 19 COVID-19 mencabar imej transparency sektor swasta 21 2. Implikasi Ekonomi 21 Malaysia akan berhadapan dengan kemelesetan ekonomi 21 Faktor penurunan pertumbuhan ekonomi negara 22 Peningkatan kadar pengangguran 23 Perkembangan ekonomi semakin perlahan 23 Kadar hutang negara berisiko untuk meningkat 23

i 3. Implikasi Keselamatan Tradisional dan Bukan Tradisional 24 Pencerobohan sempadan perairan negara oleh kapal China 24 Peningkatan serangan siber 25 Ancaman keselamatan makanan 26 4. Implikasi Pendidikan 27 Kebergantungan kepada teknologi & risiko jurang digital 27 Kapitalis merebut peluang dalam pendigitalan sektor pendidikan 28 5. Implikasi Teknologi 29 Pantauan terhadap rakyat melalui aplikasi teknologi 29 Adaptasi peniaga kecil dengan teknologi 29 6. Implikasi Sosial 31 Peningkatan risiko konflik rumahtangga 31 Jangkaan Senario Pasca COVID-19 33 Senario Pertama 35 Senario Kedua 37 Penutup 40 Rujukan 44

ii Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

PENGENALAN Semenjak ia mula merebak di Wuhan, China pada awal tahun 2020, virus COVID-19 atau ‘Coronavirus’ kini telah menjangkiti manusia di hampir seluruh pelusuk dunia. Situasi semasa dan cabaran yang dihadapi oleh semua negara menunjukkan bahawa pandemik COVID-19 yang sedang berlaku ini merupakan sebuah krisis berskala global. Hal ini menandakan bahawa terdapat implikasi dalam pelbagai aspek yang akan mengesani situasi dunia dan negara hari ini. Landskap EDISI KHAS kali ini akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai implikasi-implikasi tersebut. Berbanding banyak tulisan atau artikel pendapat yang lain, Landskap edisi ini memberikan penumpuan kepada implikasi yang strategik atau yang berkemungkinan tinggi mengubah senario semasa di dunia hari ini. Dalam edisi ini, kajian, pendapat dan penulisan daripada ahli akademik, pemerhati politik dan laporan-laporan daripada institut-institut kajian telah ditinjau dan disaring untuk membantu pembaca mendapatkan idea-idea utama yang dilontarkan terhadap setiap implikasi yang dibincangkan. Berdasarkan penilaian terhadap implikasi-implikasi tersebut, laporan ini seterusnya mengemukakan analisa dalam bentuk beberapa bacaan senario akan datang selepas pandemik Coronavirus berakhir. Jangkaan senario ini adalah satu gambaran awal (presumption) terhadap senario di peringkat global dan nasional untuk suatu tempoh jangka sederhana selepas wabak COVID-19 dijangka dapat diatasi sepenuhnya.

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 1 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Situasi semasa wabak COVID-19 Setakat 2 Mei, kes jangkitan wabak COVID-19 telah menjangkau 3,401,231 kes dengan 239,602 jangkitan di seluruh dunia1. Di Malaysia sahaja, kes jangkitan telah mencecah sebanyak 6,071 kes dengan 103 kematian1. Penurunan kes baru selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meletakkan Malaysia sebagai negara ke-44 terjejas berbanding 1 April lepas yang menyaksikan Malaysia sebagai negara paling banyak mencatat kes jangkitan di Asia Tenggara2. Manakala Amerika Syarikat kekal menjadi negara yang merekodkan kes jangkitan paling tinggi di dunia sejak 11 April yang lalu dengan kes jangkitan terkini sebanyak 1,131,452 kes dengan 65,776 kematian3. Sehingga kini masih tiada vaksin dan anti-viral spesifik untuk rawatan jangkitan COVID-19. Rawatan yang boleh dilakukan adalah rawatan berdasarkan kepada simptom dan terapi oksigen kepada pesakit yang teruk4. Manakala World Health Organisation (WHO) telah mengeluarkan panduan pengurusan pesakit jangkitan. Pengurusan ini hanya memfokuskan kepada pengurusan saluran pernafasan iaitu safe mechanical ventilation and non-invasive ventilation (NIV) atau high-flow nasal oxygen (HFNO)4. Walaubagaimanapun, Malaysia terlibat dengan kerjasama bersama dengan WHO dalam Kaji Selidik Solidariti apabila negara ini akan melakukan ujian klinikal terhadap empat protokol rawatan COVID-19. Ujian klinikal ini menggunakan kombinasi remdesivir, lopinavir-ritonavir, interferon beta, chloroquine dan hydroxychloroquine di sembilan hospital milik kerajaan5. Rawatan serum daripada plasma beberapa individu yang sudah pulih daripada jangkitan COVID-19 juga digunakan bagi merawat mereka yang masih mempunyai simptom wabak berkenaan6. Kekaburan ‘nature’ dan potensi sebenar COVID-19 Kepentingan dalam memahami mekanisme jangkitan virus COVID-19 amat penting bagi membaca senario pasca wabak berkenaan. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh saintis di seluruh dunia menyebabkan vaksin bagi virus ini masih gagal dihasilkan bagi kegunaan rawatan jangkitan. Hal ini kerana persoalan mengenai asal-usul wabak COVID-19 dan mekanisme perpindahan jangkitan daripada spesis asal kepada manusia menjadi cabaran utama dalam menghasilkan vaksin bagi wabak ini7. Berbeza dengan virus Severe acute respiratory syndrome (SARS) dan Middle East respiratory syndrome (MERS) yang terbukti punca jangkitan yang berasal daripada haiwan, sumber virus COVID-19 masih dibincangkan sama ada ianya virus yang dihasilkan di makmal atau berasal daripada haiwan. Wabak SARS yang melanda wilayah Guandong, China pada tahun 2002 berasal daripada kelawar dan berpindah kepada musang sebelum menjangkiti manusia. Pada tahun tersebut wabak SARS telah menjangkiti 8,098 individu dengan 774 kematian8. Manakala wabak MERS yang melanda Arab Saudi pada tahun 2012 berpunca daripada unta dan telah mengakibatkan sejumlah 2,521 kes jangkitan dengan 866 kematian8.

2 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Sebaliknya bagi virus COVID-19, mekanisme replikasi dan respon imun manusia terhadap virus ini juga belum dikenalpasti. Seperti SARS-CoV and MERS-CoV, COVID-19 menyebabkan simptom pernafasan yang mempunyai kebarangkalian kesan kesihatan teruk yang tinggi. Malah, kadar kematian untuk COVID-19 ini ialah sekitar 3% hingga 4% daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan9. Golongan berisiko tinggi adalah warga emas dan mereka yang memiliki penyakit kronik. WHO pada 11 Februari 2020 menyatakan kadar pembiakan (R) COVID-19 adalah antara 2.24 sehingga 3.58, lebih tinggi daripada daripada virus SARS iaitu 1.774. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, terdapat kemungkinan yang tinggi bagi virus COVID-19 untuk kekal lebih lama berbanding virus SARS dan MERS. Ini merupakan antara faktor utama yang perlu dipertimbangkan dalam menilai situasi semasa dan situasi ke hadapan. ‘Perang’ terhadap COVID-19 akan berpanjangan Setakat ini, rawatan yang didapati untuk COVID-19 adalah vaksin bagi virus SARS- CoV. Walau bagaimanapun, vaksin tersebut masih dalam kuantiti yang terhad. Sehingga ke hari ini, terdapat beberapa usaha daripada organisasi dan syarikat farmaseutikal untuk menghasilkan vaksin COVID-19. Chinese Centre for Disease Control and Prevention (CDC) sebagai contoh sedang membangunkan vaksin tidak aktif berdasarkan sampel mRNA yang dibangunkan oleh Stermirna Therapeutics. Syarikat farmaseutikal GeoVax dan Bravovax pula sedang membangunkan vaksin berasaskan Modified Vaccina Ankara (MVA), manakala syarikat Clover Biopharmaceuticals membangunkan vaksin berasaskan recombinant 2019-nCoV S protein subunit-trimer4. Bill Gates menerusi Bill and Melinda Gates Foundation pula telah memperuntukkan dana sejumlah $250 juta bagi menghasilkan vaksin menerusi fasiliti makmal milik mereka10. Gates menganggarkan tempoh masa 12 sehingga 18 bulan bagi penghasilan vaksin “Bill and berkenaan dan setelah berjaya dihasilkan, Gates akan Melinda Gates menumpukan penggunaannya kepada negara-negara Foundation kurang membangun atas sebab kemudahan perubatan peruntukkan yang lemah di sana. Walaubagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial memberi respon negatif terhadap $250 Juta kenyataan Gates dengan mengaitkan motif beliau untuk untuk hasilkan mengurangkan populasi penduduk dunia menerusi vaksin dalam penggunaan vaksin11. angggaran Justeru itu, melihat kepada kesukaran organisasi tempoh 12 kesihatan dunia dan syarikat farmaseutikal dalam sehingga 18 menghasilkan vaksin, negara-negara di seluruh dunia bulan.” melaksanakan pelbagai strategi bagi mengekang -Business Insider (1 jangkitan wabak di negara masing-masing. Strategi Mei 2020) pengekangan wabak dilakukan dalam tiga peringkat; nasional, kes berdasarkan populasi dan kes berdasarkan populasi umum4. Landskap Edisi Khas / Mei 2020 3 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Di China, pendekatan pencegahan termasuklah isolasi, pengenalpastian dan pemantauan (surveillence) mereka yang ada kontak dengan pesakit, disinfeksi persekitaran dan penguatkuasaan pemakaian PPE telah dilakukan dengan tegas dan menyeluruh. Negara Jerman pula mendahului dengan mengumpul lebih sejuta sampel sejak bermulanya pandemik12. Di Perancis pula, parlimen bersidang untuk mengundi bagi meluluskan pelaksanaan aplikasi telefon yang mampu memberi amaran kepada pengguna yang ada kontak rapat dengan mereka yang dijangkiti COVID-1913. Kebanyakan negara yang terjejas termasuk Itali, China, Iran dan juga Malaysia telah mengenakan perintah berkurung dan larangan bagi semua perhimpunan berskala besar14. Di peringkat antarabangsa dan serantau, Setiausaha “Dunia Agung ASEAN, Lim Jock Hoi telah memuji kerjasama seluruhnya ASEAN-CHINA dalam menentang COVID-1915. Manakala, perlu Kesatuan Eropah (EU) telah menggariskan keutamaan bersedia dalam mengawal impak pandemik di rantau berkenaan dengan memfokuskan usaha ke arah; meminimakan untuk satu penyebaran virus, memastikan pembekalan peralatan tempoh yang perubatan, menggalakkan kajian vaksin dan rawatan, panjang serta menyokong keselamatan kerja, ekonomi dan perniagaan16. untuk mengatasi Di peringkat nasional, Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dan wabak berlangsung sehingga 12 Mei ini. Perintah ini termasuk ini iaitu melarang sebarang aktiviti komersial dan yang melibatkan sekurang- perkumpulan orang ramai kecuali yang melibatkan kurangnya perkhidmatan penting seperti bekalan air, elektrik dan makanan. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan sehingga (PKPD) juga telah dilaksanakan di beberapa kawasan tahun 2022.” yang mencatat kadar jangkitan tertinggi. Perintah ini -World Economic melarang sebarang aktiviti keluar masuk bagi penghuni Forum (20 Apr 2020) kawasan berkenaan. Meskipun terdapat usaha yang giat dijalankan di pelbagai peringkat namun seperti yang dijangka oleh saintis dari Harvard17, dunia seluruhnya perlu bersedia untuk satu tempoh yang panjang untuk mengatasi wabak ini iaitu sekurang- kurangnya sehingga tahun 2022. Berdasarkan trend pandemik terdahulu, apa yang sedang dialami kebanyakan negara sekarang ialah gelombang pertama (first spike) sahaja, yang kemungkinan besar akan disusuli oleh gelombang kedua (second spike). Atas perkiraan ini, wabak COVID-19 dan status kesihatan awam di seluruh dunia menjadi faktor yang terbesar untuk diambilkira oleh para pembuat polisi di pelbagai peringkat, di seluruh dunia.

4 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

Reuters IMPLIKASI PANDEMIK COVID-19 DI PERINGKAT ANTARABANGSA

1. Implikasi Politik Dunia & Pertembungan kuasa besar Pada peringkat awal, tidak ada sesiapa menyangka bahawa sebuah wabak akan memberi implikasi sehingga ke tahap pergerakan politik antarabangsa. Namun, wabak COVID-19 telah menunjukkan kesan globalisme yang memacu dunia buat beberapa dekad yang lalu. Dalam dunia hari ini, mana-mana krisis yang berlaku pada skala yang sama seperti wabak COVID-19 mempunyai kemungkinan untuk memberikan kesan yang tertentu kepada politik dunia. Tambahan pula, wabak ini berlaku dalam situasi di mana dunia sedang menyaksikan ketegangan persaingan antara dua kuasa – US dan China – yang memiliki hasrat untuk menerajui struktur dan tatacara dunia (world order). Pandemik COVID-19 memperkukuhkan imej China Imej China di peringkat global telah meningkat sejak berlakunya wabak ini dengan adanya beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan oleh mereka di seluruh dunia. Inisiatif utama seperti Health Silk Road Diplomacy yang memberi bantuan barangan perubatan ke serata dunia telah memberi impak dengan eksport lebih $1.45 bilion barangan perubatan sejak daripada 1 Mac sehingga 4 April yang lepas18. Selain itu syarikat-syarikat multinasional dan jutawan daripada China telah melaksanakan pelan bantuan secara besar-besaran di benua-benua seperti Afrika, Eropah dan Amerika bagi pihak kerajaan China. Antaranya, Jack Ma melalui Yayasan Alibaba telah mendermakan mesin ventilator dan kit ujian, kepada 54 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 5 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 buah negara di seluruh Afrika19. Manakala syarikat telekomunikasi Huawei telah mendermakan sebanyak 500,000 topeng muka, 50,000 pelindung mata, 30,000 pakaian perubatan dan 120,000 sarung tangan kepada Hospital di New York, walaupun tindakan tersebut dikritik pentadbiran Amerika Syarikat20. Di beberapa buah negara Eropah Timur, papan iklan telah dinaikkan bagi mengucapkan sokongan terima kasih kepada China atas usaha bantuan yang telah diberikan21. China juga menunjukkan sikap positif dalam menyokong usaha- usaha yang dilakukan oleh WHO dalam mengekang Wabak COVID-19 ini. Bahkan, Xi Jinping telah menawarkan secara terbuka bantuan kepada dunia, antaranya adalah pakej bantuan stimulus ekonomi, berupa skim penangguhan pinjaman kepada negara-negara di Afrika semasa tele-sidang negara-negara G20 pada 26 Mac yang lalu22. COVID-19 & Orde Dunia: Antara Pengekalan & Peralihan Pengukuhan imej China sebagai negara yang memberi bantuan berskala global telah menimbulkan reaksi negatif daripada Amerika Syarikat (AS). Hubungan positif antara WHO dan China telah dikritik oleh AS, apabila Trump telah mengeluarkan kenyataan bahawa WHO bersikap berat sebelah dan mengeluarkan ugutan untuk memberhentikan dana AS kepada organisasi berkenaan23. Tindakan tersebut telah memperlihatkan sikap pentadbiran Trump yang cuba merendahkan kredibiliti institusi multilateral seperti WHO yang menjadi teras kepada sistem globalisasi24. Melihat kepada perkembangan senario politik dunia yang berlaku ketika wabak COVID-19 ini, beberapa pengkaji politik antarabangsa telah mengatakan bahawa China akan mengambil alih orde dunia daripada AS. Berikut adalah pandangan yang telah diutarakan oleh mereka; a) Dr Kishore Mahbubani, bekas dekan di Lee Kuan Yew School of Public Policy, Singapura dalam artikelnya berjudul “The World After COVID-19” menjangkakan pasca COVID-19 ini akan menyaksikan kebangkitan negara- negara di Asia Timur yang berjaya mengendalikan wabak ini seperti China, Korea Selatan dan Singapura kerana memiliki institusi kerajaan yang kuat dan dipercayai. Sementara itu, negara-negara di Barat mengalami penurunan pengaruh yang ketara daripada sudut pentadbiran dan peranan dalam pentas dunia global. Peranan ini mula dimainkan oleh negara-negara dari Asia Timur seperti China yang mula giat meletakkan perwakilan di setiap cabang institusi multilateral dunia seperti WHO, WTO dan PBB. Mahbubani juga berhujah bahawa orde dunia yang akan datang akan didominasi oleh China dan akan mengurangkan pengaruh serta kekuasaan AS. Walau bagaimanapun, beliau menolak kemungkinan pengaruh AS akan terus terpadam dalam keseimbangan kuasa politik dunia25.

b) Senario yang sama turut disokong oleh Alexander Dugin penganalisis politik di pusat kajian Katehon Rusia. Dalam laporannya berjudul “Coronavirus and the Horizons of a Multipolar World: The Geopolitical Possibilities of Epidemic”, meramalkan kejatuhan AS sebagai sebuah kuasa unipolar menandakan bahawa era globalisasi yang diterajui oleh sistem dunia berteraskan order

6 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 liberalisme telah berakhir. Hal ini kerana pengaruh AS dalam pentas politik global semakin menurun kesan daripada implikasi ekonomi dan politik akibat wabak COVID-19. Dunia selepas COVID-19 ini menyaksikan kebangkitan negara-negara independent yang memiliki sejarah dan ketamadunan yang panjang seperti China, Rusia dan dunia Islam. Kebangkitan kuasa-kuasa independent ini akan membina satu bentuk dunia yang multipolar26. c) Richard Haas, presiden Council of Foreign Relations, dalam artikelnya “The Pandemic Will Accelerate History Rather Than Reshape it”, menafikan dunia pasca COVID-19 akan membawa perubahan yang radikal terhadap dunia seperti perubahan pucuk kepimpinan, orde dunia baru, berakhirnya era globalisasi atau kewujudan era baru kerjasama global. Sebaliknya beliau berpendapat krisis ini akan mempercepatkan pembentukan dunia era globalisasi dalam bentuk yang lebih sempurna. Walau bagaimanapun beliau mengakui bahawa dunia sedang mengalami krisis kegawatan demokrasi (democratic recession) dan wujudnya trend pembentukan masyarakat yang lebih anarki (anarchical society) dalam berdepan dengan hubungan antara negara-negara pada masa akan datang kesan daripada wabak COVID-19 27. d) Pendapat Richard Haas ini disokong oleh Robert Kaplan, pengarah di Eurasia Group, sebuah badan konsultansi dan advokasi geopolitik. Beliau mengatakan bahawa dunia sedang mengalami fasa transisi daripada Globalisasi 1.0 yang disifatkan sebagai dunia yang lebih terbuka (free trade, global cooperation) kepada dunia yang lebih terpisah-pisah, tertutup, dan pesimis dalam Globalisasi 2.0. Beliau menjangkakan dunia pasca COVID-19 ini akan menyaksikan lebih banyak pertelingkahan dan krisis geopolitik serta kewujudan blok-blok kuasa dunia yang baru bagi menyaingi pengaruh AS. Dalam senario ini, negara-negara akan saling bersaing untuk merebut kepentingan tertentu seperti hasil galian sumber alam dan kawasan sempadan. Hal ini akan meningkatkan risiko berlakunya perang antara kuasa- kuasa besar seperti China dan AS di Laut China Selatan28. e) Prof Burhanettin Duran daripada SETA Foundation pula menyatakan penilaian beliau terhadap situasi di rantau Timur Tengah dalam sebuah artikel yang bertajuk “Why Coronavirus fails to end Discperancies”. Beliau mendakwa bahawa ketegangan antara kuasa-kuasa besar dalam merebut pengaruh di Timur Tengah akan semakin memuncak pasca COVID-19 ini. Berdasarkan senario semasa, tiada tanda bahawa krisis yang berlaku di Timur Tengah akan berakhir dengan pelan damai atau kerjasama global. Beliau turut mendakwa bahawa landskap politik dunia tidak akan banyak berubah pasca COVID-1929.

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 7 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

Elit Global kekal sebagai penentu utama Berdasarkan bacaan senario daripada pandangan penganalisis politik yang dinyatakan, boleh dirumuskan bahawa terdapat dua pendapat dalam menilai situasi pasca COVID-19; (1) tidak akan berlaku perubahan mendasar terhadap bentuk sistem dunia yang baru, dan (2) hegemoni AS sebagai sebuah kuasa unipolar akan berkurangan, dan kebangkitan blok baru kuasa dunia seperti China dan Rusia dalam dunia multipolar. Meskipun begitu, kedua-dua pendapat tidak menafikan akan wujudnya lebih banyak krisis pada masa akan datang antara negara kuasa besar untuk merebut pengaruh. Walau bagaimanapun, pendapat-pendapat ini masih terhad menilai situasi orde dunia berdasarkan kepada kutub kuasa yang diikat kepada negara-negara tertentu. Dalam hal ini, terdapat jurang dalam mengenalpasti faktor seperti pengaruh politik oleh kelompok Elit Global Kapitalis dan pengaruh politik oleh institusi antarabangsa di bawah PBB yang tidak diambilkira sebagai satu faktor yang besar. 2. Implikasi Ekonomi Global Bagi menangani wabak COVID-19, aktor-aktor antarabangsa seperti negara- negara dan institusi antarabangsa telah mengeluarkan belanja yang besar untuk memastikan kecukupan sumber material dan tenaga manusia di setiap peringkat. Majoriti perbelanjaan ini merupakan perbelanjaan yang di luar jangka. Hal ini berlaku dalam keadaan ekonomi dunia juga sedang merasai kelembapan kesan daripada pelbagai faktor seperti perang dagang, ketidakstabilan harga bahan mentah, serta ketidakstabilan politik di kebanyakan rantau. Akibatnya, beberapa permasalahan baru terbit dan dijangka membebani ekonomi global secara umum. Krisis hutang: Masalah utama dunia pasca COVID-19 Kebanyakan negara yang terlibat dalam wabak COVID-19 ini telah melancarkan pakej rangsangan ekonomi secara besar-besaran untuk mengelakkan kegawatan ekonomi. Antaranya, AS mengumumkan pakej rangsangan ekonomi terbesar sebanyak $2 trilion. Diikuti oleh Jerman sebanyak $810 bilion, Jepun sebanyak $500 bilion, Britain sebanyak $436 bilion, negara-negara Afrika sebanyak $100 bilion, negara-negara Timur Tengah sebanyak $47 bilion, Kanada sebanyak $18.8 bilion, Australia $17 bilion, Turki $15.5 bilion, Korea Selatan $13.7 bilion, Singapura $34 bilion, manakala Malaysia pula sebanyak $57.76 bilion. China pula sehingga kini belum lagi melancarkan pelan rangsangan ekonomi mereka secara komprehensif dan menyeluruh30. Sementara itu, institusi kewangan dunia seperti World Bank telah melancarkan pelan rangsangan ekonomi menerusi pelan pinjaman sebanyak $14 bilion dan menyasarkan bantuan kepada negara- negara miskin dan sedang membangun. Respon yang sama juga turut dilakukan oleh International Monetary Fund (IMF) melalui pelancaran pelan pinjaman sebanyak $1 trilion kepada negara- negara miskin dan sedang membangun yang terkesan dengan impak wabak COVID-19. Bank Pusat Eropah pula mengumumkan pakej rangsangan baru melalui

8 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 pembelian bon baru bernilai 750 bilion euro daripada kerajaan dan swasta di seluruh zon Eropah termasuk Greece dan Itali. Sehingga kini, syarat pinjaman yang ditetapkan oleh bank-bank terbabit masih tidak diketahui secara terperinci31.

Infografik: Pembahagian Perbelanjaan Pakej Stimulus 2 Trilion Dolar oleh Amerika Syarikat (Sumber: Visual Capitalist) Walau bagaimanapun, pakej rangsangan ekonomi yang sedang dilaksanakan akan mengakibatkan peningkatan terhadap jumlah hutang negara yang terbabit32. Menurut IMF, hutang kasar negara-negara di seluruh dunia, meningkat kepada $6 trilion kepada $66 trilion pada hujung tahun ini, ataupun 105% daripada jumlah keseluruhan GDP kepada 122%32. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Organisasi Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) pula, jumlah hutang korporat juga telah meningkat sebanyak $13.5 trilion sejak berlakunya wabak

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 9 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 COVID-19 pada penghujung Disember 2019. Sekiranya krisis ini berpanjangan, dijangka 40% daripada jumlah hutang ini tidak dapat dibayar oleh syarikat-syarikat multinasional terbabit31. Fenomena kegawatan ekonomi di seluruh dunia Melihat kepada trend dan senario jangka panjang daripada data ekonomi yang dikeluarkan oleh IMF dan juga World Bank, ekonomi dunia secara puratanya dijangka pulih selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 202233. Walaupun begitu, pendapatan negara akan berada dalam keadaan yang kritikal terutama bagi negara-negara yang bergantung kepada sektor ekonomi komoditi, pelancongan dan pembuatan. Selepas pandemik ini berakhir, kebanyakan negara bakal menanggung jumlah defisit fiskal yang tinggi akibat beban pengurusan kewangan yang perlu ditanggung. Proses pemulihan ekonomi global akan mengambil masa yang agak lama dan kitaran ekonomi memerlukan kepada stimulus baru untuk mempercepatkan kitaran semula. Bagi 87 buah negara yang tidak dapat menanggung jumlah perbelanjaan sektor awam yang tinggi semasa fasa lockdown terutama dalam sektor kesihatan dan telah memohon membuat pinjaman dengan IMF, mereka terpaksa berhadapan dengan jumlah hutang yang tinggi. Syarat pinjaman Corona Fund yang ditawarkan juga masih tidak jelas dan membawa kepada kemungkinan berlakunya diskriminasi dalam beberapa klausa yang akan memaksa negara-negara membangun supaya membebaskan lagi pasaran mereka daripada pegangan kerajaan masing-masing32. Menurut Bank of International Settlements, dalam satu laporan yang dikeluarkan pada tahun 2011 berjudul, “The Real Effects of Debt” merumuskan bahawa – “apabila hutang-hutang negara atau sektor swasta melebihi had maksima yang dianjurkan iaitu, hutang sektor swasta 90% daripada GDP, dan hutang isi rumah 85% daripada GDP, maka pertumbuhan ekonomi negara akan semakin perlahan. Rizab simpanan dan pendapatan negara akan merosot, jumlah pembayaran interest yang tinggi, membawa kepada jumlah cukai yang tinggi akan dikenakan oleh kerajaan untuk meningkatkan pendapatan bagi membiayai sektor perkhidmatan awam. Kerajaan juga akan menghadapi krisis fiskal yang besar”33. Malah, faktor hutang awam yang kritikal ini juga akan memberi kesan kepada kehilangan pendapatan yang tinggi dalam kalangan isi rumah dan syarikat-syarikat, jumlah hutang sektor swasta yang tidaksustainable dan fenomena kebangkrapan secara besar-besaran34.

Perkembangan penting syarikat kapitalis Yahudi sepanjang pandemik COVID-19 Terdapat beberapa perkembangan kritikal yang ditunjukkan oleh syarikat- syarikat Kapitalis Yahudi sepanjang wabak COVID-19 berlaku, khususnya dalam sektor pelaburan dan kewangan. Semasa ekonomi negara China merudum pada penghujung Disember yang lalu, nilai syarikat-syarikat gergasi China dalam pasaran saham telah jatuh dengan sangat drastik dan ketara. Situasi ini telah

10 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 menyebabkan pelabur-pelabur utama kapitalis Yahudi seperti Blackstone, Jardine Matheson, Blackrock dan Vanguard melakukan pembelian secara besar-besaran35. Blackstone sebagai contoh telah mengambil alih syarikat pemaju hartanah terkemuka China, Soho China Ltd dengan nilai di bawah harga pasaran semasa sebanyak $4 bilion. Selain itu syarikat-syarikat seperti Vanguard, Blackrock pada 31 Disember 2019 yang lalu membeli sebanyak $18.2 juta pemilikan dalam Ali Baba. Bagi mengukuhkan sumber kewangan mereka, proksi kepada syarikat Kapitalis Yahudi di Asia, Soft Bank yang juga merupakan pemegang saham terbesar Ali Baba berhasrat ingin menjual $14 bilion pegangan mereka dalam Ali Baba sebagai langkah pengukuhan sumber kapital syarikat. “Pelabur Walaubagaimanapun tidak dinyatakan nama syarikat kapitalis yang akan membeli saham tersebut36. Yahudi Selain itu, wabak COVID-19 juga telah mengurangkan lakukan harga hartanah di bandar-bandar besar China. Di pembelian Shanghai, Jardine Matheson membeli 23 ekar tanah yang disifatkan sebagai sangat strategik dengan harga $4.4 secara besar- bilion di bawah harga pasaran37. besaran Syarikat-syarikat ini juga membeli dan mengambil selepas nilai alih syarikat yang bermasalah. Seperti contoh di AS, pasaran Warren Buffet meningkatkan lagi pegangan beliau dalam saham syarikat penerbangan Delta Air Lines, keluarga Rausing syarikat dalam syarikat IFF, keluarga Reimann dalam syarikat Keurig di Pepper dan kesemua pembelian itu dianggarkan gergasi bernilai $562 juta dan masih lagi disifatkan kecil. Mereka China jatuh juga menyasarkan syarikat-syarikat yang bermasalah dan sangat berpotensi mendapat keuntungan yang besar seperti syarikat-syarikat farmasi38. drastik” -Financial Times (11 Pelabur-pelabur Kapitalis Yahudi ini juga dilantik Mac 2020) menjadi penasihat bank-bank utama di serata dunia dalam merangka strategi pelan pengambilalihan syarikat- syarikat multinasional yang didapati bermasalah dan tidak mampu membayar hutang. Di Britain, syarikat Rothschild dilantik menjadi penasihat dalam pelan pengambilalihan syarikat penerbangan utama negara tersebut. Di Amerika Syarikat pula, Federal Reserve melantik Blackrock Group sebagai penasihat kepada pelan pakej rangsangan Ekonomi yang bernilai sebanyak $2 trilion39. Dunia semakin terbenam dalam sistem kapitalis Berdasarkan bacaan senario yang dinyatakan, boleh dirumuskan bahawa institusi kewangan dunia seperti IMF dan World Bank meramalkan ekonomi dunia akan berhadapan dengan situasi kegawatan. Bagi menghadapi kesan kegawatan ekonomi ini, negara-negara di seluruh dunia melancarkan pakej rangsangan ekonomi untuk mengurangkan risiko kegawatan pada masa hadapan. Namun, sekiranya pakej rangsangan ini terus bertambah, jumlah hutang negara akan semakin meningkat dan negara-negara di seluruh dunia tidak dapat Landskap Edisi Khas / Mei 2020 11 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 lagi menanggung beban hutang yang tinggi. Ini akan membawa kepada situasi peminjaman kewangan daripada institusi kewangan dunia yang didominasi oleh AS dan China seperti IMF, World Bank dan AIIB. Berdasarkan pengalaman beberapa negara seperti Pakistan dan negara Afrika yang membuat pinjaman, terdapat kemungkinan bahawa negara yang terlibat dalam hutang ini akan terpaksa berkompromi kuasa autonomi kerajaan mereka dengan kelompok pemodal Elit Global Kapitalis. 3. Implikasi Autoriti Kerajaan Kesan daripada penyusutan ekonomi dan saranan polisi ‘lockdown’ untuk mempertahankan kapasiti kesihatan awam, situasi global menyaksikan kebanyakan kerajaan di negara-negara seluruh dunia menggalas semula peranan yang sebelum ini diswastakan kepada syarikat-syarikat berasaskan keuntungan. Meskipun di sesetengah negara, terdapat protes terhadap situasi ini memandangkan ianya bercanggah dengan prinsip ‘limited government’ dalam sebuah demokrasi, di kebanyakan negara, rakyat kembali meminta kerajaan untuk menggunakan segala lunas kuasa dan undang-undang untuk mengekang penyebaran wabak. Bagi pihak kerajaan, ia membuka ruang untuk mengukuhkan legitimasi berasaskan prestasi (performance-based legitimacy) atau autoriti undang-undang yang sebelum ini sukar untuk didapatkan.

Infografik: Saiz “Lockdown” bagi negara terpilih di dunia (Sumber: Statista)

12 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

Pengurusan COVID-19 mempengaruhi legitimasi & autoriti kerajaan Sehingga kini terdapat lebih daripada 84 buah negara di serata dunia yang telah mengisytiharkan undang-undang darurat bagi menghadapi wabak COVID-19. Situasi ini memberikan kuasa penuh kepada Presiden atau Perdana Menteri untuk mentadbir dan menggunakan perundangan sebagai alat legitimasi bagi parti politik yang memerintah40. Di Hungary sebagai contoh, sidang parlimen telah memberikan Vicktor Urban kuasa yang tidak terbatas semasa tempoh darurat sehingga tarikh yang tidak dinyatakan36. Di India pula, rejim Nasionalis Hindu pimpinan Narenda Modi, menggunakan sentimen terhadap kluster tabligh di negara itu sebagai penyebar kepada Virus COVID-19. Umat Islam diburu dan dipenjarakan serta menghadapi tekanan yang kuat daripada kerajaan dan digambarkan sebagai membawa bahaya biohazard41. Ini bertujuan untuk mendapatkan legitimasi dan sokongan rakyat khususnya kelompok Hindu terhadap beliau. Sementara itu, di negara-negara Barat yang mendokong ideologi kebebasan individu, kerajaannya menghadapi kesukaran untuk melaksanakan polisi kawalan pergerakan kerana bertentangan dengan undang-undang negara. Di Britain, Itali, Perancis, German dan AS, rakyat di negara tersebut masih lagi bebas untuk keluar dan melaksanakan kerja seharian tanpa dikenakan sebarang tindakan. Sebagai contoh di AS, walaupun setiap negeri mempunyai autonomi dalam menentukan polisi kawalan pergerakan dalam situasi pandemik COVID-19 di negeri masing- masing, namun beberapa protes telah dilakukan oleh rakyat mereka atas sokongan legitimasi pentadbiran Trump yang tidak mengutamakan kawalan pergerakan di negara itu42. Justeru itu, kejayaan sesebuah parti pemerintah dalam mengurus penularan wabak COVID-19 dapat memberi kesan secara langsung kepada legitimasi autoriti kerajaan di negara itu.

Sistem pengawasan (surveillance) mengesani perundangan kerahsiaan rakyat Bagi mengatasi wabak COVID-19 ini dalam tempoh jangka masa panjang, kebanyakan negara yang terjejas telah bekerjasama dengan syarikat multinasional teknologi untuk melakukan pemantauan secara total, melalui kaedah pantauan geolokasi dan biometrik. Sehingga kini, lebih 30 buah negara sudah menjalankan polisi surveillance yang menyentuh privasi rakyat43. Antara negara yang terkehadapan dalam melaksanakan polisi ini adalah seperti China, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Singapura, Israel, Jepun dan Taiwan. Di Amerika Syarikat misalnya, syarikat big-tech seperti Google dan Apple telah bekerjasama dengan kerajaan dalam membangunkan perisian bagi tujuan contact tracing. Walaupun sistem teknologi pengawasan ini dapat membantu dalam mengawal penularan wabak, terdapat beberapa perubahan yang bersifat fundamental terhadap akta perundangan di bawah akta kerahsiaan.Sistem sebegini dibina berasaskan kepada penggunaan data peribadi rakyat yang memerlukan persetujuan (consent).

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 13 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Hal ini telah memberi cabaran kepada negara yang mempunyai kadar kebebasan atau hak individu yang tinggi. Di Singapura, hanya 40% rakyat yang sudi untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi melaksanakan program ini, begitu juga di Finland, Norway dan Sweden, jumlah rakyat yang sudi untuk memberikan data secara peribadi dan sukarela bagi tujuan contact tracing rata-ratanya masih rendah dari jumlah sebenar sasaran iaitu sekurang-kurangnya 60%39. Berbeza dengan negara China yang mempunyai “Jumlah dasar yang lebih autokratik, negara tersebut tidak rakyat menghadapi masalah untuk melakukan pantauan kepada yang sudi rakyat mereka. Malah, perlaksanaan sistem pengawasan mereka dilaporkan berkesan dalam mengawal wabak memberikan pandemik. Kerajaan China juga telah berkerjasama data bagi dengan syarikat-syarikat teknologi seperti Ali Baba, Baidu, tujuan Hikvsion, Huawei dan Tencent untuk menjayakan sistem contact pengawasan total terhadap rakyat di negara itu. tracing di Dalam perlaksanaan sistem pengawasan berskala Singapura, besar seperti ini, akta-akta kerahsiaan khususnya dalam perkongsian data peribadi akan digubal bagi Finland, mendapatkan persetujuan rakyat secara sah daripada Norway dan segi undang-undang. Antara polisi yang terlibat adalah Sweden polisi pemantauan data lokasi individu daripada telefon pintar menerusi penggunaan aplikasi khas atau gelang hanya elektronik. Pihak berkuasa juga menerima data lokasi sekitar 40-60 daripada syarikat telekomunikasi atau syarikat yang peratus” mencipta aplikasi telefon tersebut. Kebanyakan syarikat ini memiliki data lokasi yang diberikan sendiri oleh -Financial News (20 pengguna. Syarikat-syarikat multinational besar seperti Mac 2020) Apple dan Google misalnya telah mencipta aplikasi digital yang akan dibina terus ke dalam telefon pengguna. Tidak dinafikan pemantauan secara digital sangat diperlukan bagi menyekat wabak COVID-19 ini daripada terus menular, namun tindakan ini mendapat tentangan yang meluas daripada kelompok-kelompok pejuang hak asasi manusia. Malah, timbul juga kemungkinan bahawa data peribadi yang dikumpul menerusi sistem pengawasan boleh disalahguna oleh sesetengah pihak berkepentingan. 4. Implikasi Keselamatan Tradisional dan Bukan Tradisional Wabak COVID-19 seperti yang dijangka turut mendedahkan titik-titik kelemahan yang sedia ada dari sudut keselamatan negara-negara dunia dengan lebih luas lagi. Penumpuan terhadap usaha pengekangan wabak menggunakan sumber aset keselamatan di kebanyakan negara.

14 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Hal ini menyebabkan kapasiti keselamatan di sudut-sudut yang lain menjadi lebih terdedah berbanding sebelum ini. Di kebanyakan negara, dimensi-dimensi keselamatan dalam mendepani ancaman tradisional seperti pencerobohan sempadan dan ancaman bukan tradisional seperti keputusan bekalan makanan, sudah pun merupakan masalah yang belum mampu diatasi sebaiknya. Krisis wabak ketika ini telah menyukarkan lagi keadaan dan menambah kadar ancaman- ancaman yang ada. Ancaman senjata biologi Sejak ribuan tahun, ejen biologi telah digunakan sebagai senjata keganasan (bioterorisme) untuk mengakibatkan kemudaratan kepada populasi yang disasarkan. Selain daripada populasi manusia, haiwan dan juga tumbuhan turut menjadi sasaran bioterorisme. Antara penggunaan senjata biologi yang popular adalah semasa tahun 1754 sehingga 1767 dalam Perang Perancis-Indian, British telah menyebarkan wabak cacar ke atas puak-puak orang Asli Amerika. “Pihak Selain itu, terdapat lagi beberapa contoh ejen keselamatan biologi yang digunakan untuk bioterorisme, seperti yang AS berlaku dalam krisis US-China-Korea Utara pada tahun 1952, genosid puak orang Asli di Brazil pada tahun 1969, mendakwa Perang US-Vietnam pada tahun 1962 dan Perang Teluk di virus Iraq pada tahun 1991. Malah virus Ebola turut dirancang COVID-19 untuk dijadikan sebagai senjata biologi pada tahun 1994, sebelum menjadi pendemik di benua Afrika pada tahun telah 2014, 20 tahun kemudiannya44. Justeru itu, penularan digunakan pandemik COVID-19 yang tidak terkawal ini menimbulkan sebagai persoalan – sama ada virus ini merupakan satu lagi senjata contoh senjata biologi yang dicipta secara terancang oleh pihak yang berkepentingan. biologi untuk menyerang Seorang pegawai Kementerian Luar China membuat dakwaan bahawa COVID-19 telah dibawa oleh tentera AS AS oleh pihak ke Wuhan, China. Kenyataan tersebut disokong oleh pengganas” lima pegawai tinggi China yang lain. Namun, Trump -ABC News (25 Mac membidas kenyataan tersebut dengan menuduh 2020) China yang memulakan virus ini dengan menggelarnya sebagai Chinese Virus. Pihak Keselamatan Dalam Negara AS juga telah mengeluarkan laporan yang mendakwa virus COVID-19 telah digunakan sebagai senjata biologi untuk melancarkan serangan terhadap AS oleh pihak pengganas45. Walaupun senjata biologi diharamkan di seluruh dunia selepas perjanjian Biological Weapons Convention(BWC) ditandatangani pada tahun 1972 di bawah pengawalan PBB, masih lagi terdapat negara yang membangunkan kemampuan persenjataan tersebut secara rahsia46. Sehingga kini, tiada satu badan antarabangsa di bawah PBB yang mengawal undang-undang dan mengelola kes berkaitan pengunaan senjata biologi ini secara spesifik. Malah, kebanyakan negara termasuk AS dan Britain tidak mempunyai kapasiti yang cukup untuk berhadapan dengan

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 15 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 serangan senjata biologi sekiranya berlaku. Justeru itu, sekiranya terdapat sebab yang kukuh bagi mengatakan bahawa virus COVID-19 mempunyai keupayaan untuk dijadikan sebagai senjata biologi, wabak ini berkemungkinan bertujuan untuk melumpuhkan kedaulatan sesebuah negara dan membuka titik permulaan kepada peperangan. Sehingga kini, tiada negara yang bersedia untuk berhadapan dengan implikasi dihasilkan melalui serangan virus COVID-19 walaupun penggunaan senjata biologi telah diakui sebagai satu ancaman dalam Konvensi Senjata Biologi 1975. Risiko keselamatan makanan Setakat 5 April 2020, 78 buah negara telah mengehadkan atau menghentikan eksport peralatan PPE, ubat-ubatan, hand sanitiser serta beberapa produk makanan. Situasi wabak telah mengehadkan perjalanan logistik dan mengganggu gugat bekalan makanan daripada negara rakan dagangan. Vietnam yang merupakan pengeksport ketiga terbesar dalam pasaran beras dunia telah “Lebih bertindak menghentikan eksport beras untuk melindungi bekalan domestik mereka. Thailand juga dilaporkan telah 265 juta menghentikan eksport telur mereka untuk tujuan yang orang akan sama. terkesan Menurut World Food Programme dan disokong dengan oleh laporan Bank Dunia, lebih 265 juta orang akan kebuluran terkesan dengan kebuluran akibat keselamatan makanan gagal dipelihara menjelang akhir 2020. Jumlah tersebut akibat merangkumi negara-negara yang mengalami tiga situasi keselamatan iaitu konflik dalaman, perubahan iklim dan krisis ekonomi. makanan Penghentian eksport dan penutupan sempadan negara menjelang akan menambah implikasi negatif situasi tersebut. akhir tahun Ramai akan kehilangan kuasa membeli makanan 2020” akibat daripada peningkatan pengangguran atau kehilangan pendapatan. Penghasilan pertanian dalam -The Japan Times masa mendatang pula akan terganggu kerana ketiadaan (17 April 2020) tenaga buruh, perkhidmatan yang berkaitan dan sumber untuk menjalankan aktiviti pertanian. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terlibat dalam pemprosesan dan penghasilan produk daripada pertanian dan penternakan berdepan dengan krisis kewangan syarikat kerana aktiviti ekonomi perlahan kesan daripada lockdown. Berdasarkan penjelasan tersebut terdapat dua kriteria dalam menentukan berlakunya krisis makanan di sesebuah negara. Yang pertama adalah kemampuan membeli bagi pengguna di negara itu, dan yang kedua, akses kepada bekalan makanan yang merangkumi aktiviti import dan eksport serta sistem logistik bekalan makanan. Sebuah negara yang berpendapatan tinggi seperti Jepun misalnya mempunyai purata pendapatan yang tinggi, namun kadar sara diri bagi bekalan domestik negara berkenaan hanya sebanyak 40 peratus sahaja47. Mereka bergantung kepada makanan import seperti soya, jagung dan gandum yang diimport daripada AS. 16 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Oleh itu, negara yang paling terjejas dengan wabak COVID-19 daripada segi keselamatan makanan adalah negara net importer, terutama yang melibatkan makanan asasi. Walau bagaimanapun, negara net importer yang berpendapatan tinggi mempunyai kelebihan kerana rakyat yang berpendapatan tinggi mampu untuk membeli makanan dengan harga yang lebih mahal walaupun negara terpaksa mengimport daripada negara lain. Berbeza dengan negara yang berpendapatan sederhana dan rendah, kebergantungan kepada makanan asasi yang diimport memberi kesan kepada rakyat kerana mereka bukan sahaja tidak mampu untuk membeli makanan dengan harga yang lebih tinggi, malah pengeluaran makanan domestik tidak mampu untuk menampung keperluan mereka. Ancaman serangan siber Internet telah bertukar menjadi komoditi utama dan digelar sebagai a new oil semasa fasa lockdown ini. Jumlah pengguna internet dan media sosial di seluruh dunia bertambah sebanyak 300 juta orang sejak berlakunya wabak COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan pengguna internet sebanyak 4.57 bilion orang, hampir 60% populasi dunia48. Sementara itu, pengguna media sosial juga telah bertambah kepada 3.81 bilion orang, peningkatan “Jumlah sebanyak 8% berbanding tahun sebelumnya. Angka pengguna ini menunjukkan hampir separuh populasi dunia internet dan menggunakan aplikasi media sosial49. media sosial Perkembangan ini menunjukkan bahawa komuniti global di seluruh sedang beralih kepada sistem digital dalam kebanyakan dunia urusan kehidupan mereka. Data menunjukkan terdapat peningkatan penggunaan sebanyak 20% aplikasi dalam bertambah talian bagi tujuan seperti hiburan, bekerja, belajar dan sebanyak membeli-belah49. Kini, internet telah menjadi enjin utama 300 juta yang menggerakkan aktiviti ekonomi dan juga sosial di seluruh dunia. Meskipun begitu, terdapat risiko godaman orang sejak dan sekatan internet hasil daripada penggunaan internet berlakunya yang tinggi ini. wabak Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Next COVID-19” Web, semasa fasa lockdown, serangan siber telah -The Next Web (5 meningkat dengan mendadak49. Penggodam telah Apr 2020) mengambil peluang atas kelemahan sistem aplikasi terbuka seperti Zoom, Whatsapp dan Google Mail untuk mencuri maklumat peribadi serta melancarkan virus-virus yang boleh mengancam keselamatan peribadi, syarikat mahupun negara. Perkara ini disokong oleh satu laporan yang dikeluarkan oleh Price Waterhouse Cooper (PWC) – senario semasa yang menunjukkan peningkatan ancaman keselamatan siber ke atas kebanyakan syarikat kerana perubahan sistem kerja secara jarak jauh atau disitilahkan sebagai work-from-home49. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan prosedur keselamatan yang diamalkan sebelum ini di pejabat tidak dapat dipantau lagi. Pekerja terpaksa mengurus sendiri penggunaan internet untuk kerja di rumah dan melanggar prosedur-prosedur siber yang ditetapkan.

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 17 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Syarikat pula cenderung menggunakan sebarang aplikasi atau platform atas talian yang ada, walaupun berhadapan dengan risiko terjejasnya keselamatan siber syarikat. Keterdedahan sistem internet dan sistem kerja di syarikat-syarikat, malahan di agensi dan jabatan kerajaan di seluruh dunia, bakal mengundang pelbagai lagi risiko lain dari sudut politik, ekonomi, dan sosial. Buat masa ini implikasinya dilihat masih terkawal namun jika berterusan, ia boleh melarat dan gagal diatasi sepenuhnya. Garis Masa Sejarah Pandemik Name Time period Type / Pre-human Death toll host Antonine Plague 165-180 Believed to be either 5M smallpox or measles Japanese smallpox 735-737 Variola major virus 1M epidemic Plague of Justinian 541-542 Yersinia pestis bacteria / 30-50M Rats, fleas Black Death 1347-1351 Yersinia pestis bacteria / 200M Rats, fleas New World Smallpox 1520 – onwards Variola major virus 56M Outbreak Great Plague of 1665 Yersinia pestis bacteria / 100,000 London Rats, fleas Italian plague 1629-1631 Yersinia pestis bacteria / 1M Rats, fleas Cholera Pandemics 1-6 1817-1923 V. cholerae bacteria 1M+ Third Plague 1885 Yersinia pestis bacteria / 12M (China and India) Rats, fleas Yellow Fever Late 1800s Virus / Mosquitoes 100,000-150,000 (U.S.) Russian Flu 1889-1890 Believed to be H2N2 1M (avian origin) Spanish Flu 1918-1919 H1N1 virus / Pigs 40-50M Asian Flu 1957-1958 H2N2 virus 1.1M Hong Kong Flu 1968-1970 H3N2 virus 1M HIV/AIDS 1981-present Virus / Chimpanzees 25-35M Swine Flu 2009-2010 H1N1 virus / Pigs 200,000 SARS 2002-2003 Coronavirus / Bats, 770 Civets Ebola 2014-2016 Ebolavirus / Wild animals 11,000 MERS 2015-Present Coronavirus / Bats, 850 camels COVID-19 2019-Present Coronavirus – Unknown 264,700 (Johns Hopkins (possibly pangolins) University estimate as of 8:32am PT, May 7, 2020) Sumber: Visual Capitalist 18 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

Reuters

IMPLIKASI PANDEMIK COVID-19 DI PERINGKAT NASIONAL

1. Implikasi Politik & Pentadbiran Awam

Peningkatan kepercayaan rakyat terhadap sektor kesihatan negara Krisis COVID-19 di Malaysia telah meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap sektor kesihatan negara. Hal ini berikutan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh petugas-petugas kesihatan diketuai oleh Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah dalam mengekang penularan wabak COVID-19. Berbanding pada 1 April yang lepas, Malaysia merupakan negara yang paling banyak mencatat kes jangkitan di Asia Tenggara, kini negara ini mencatatkan peratusan kematian yang rendah berbanding peratusan kematian di seluruh dunia2. Pengurusan kesihatan Malaysia juga mendapat pengikitrafan dunia apabila Dr Noor Hisham digelar antara tiga doktor terbaik dunia dalam mengendalikan kes COVID-1950. Secara langsung, kejayaan ini telah meningkatkan imej perkhidmatan awam, terutamanya sektor kesihatan di Malaysia. COVID-19 memperkukuhkan legitimasi kerajaan Pakatan Nasional Kejayaan Kementerian Kesihatan Malaysia ini juga memperkukuhkan legitimasi Kerajaan (PN) yang diketuai oleh Tan Sri . Walaupun pada awalnya wujud ketidakpercayaan terhadap pentadbiran Kerajaan PN yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara menerusi saluran “pintu belakang”, namun rakyat menerima dan menyambut baik usaha kerajaan dalam mengurus penularan wabak COVID-19.

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 19 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Kerajaan PN juga telah mengambil langkah inisiatif bantuan PRIHATIN dan Pakej Rangsangan Ekonomi. Kedua-dua inisiatif yang berjumlah RM20 bilion itu bertujuan untuk melindungi kebajikan rakyat, menyokong perniagaan seterusnya memperkukuh ekonomi dalam keadaan negara yang berdepan dengan wabak COVID 19. Walaupun terdapat beberapa kritikan terhadap Pakej Rangsangan Ekonomi yang tidak dibentangkan dalam Parlimen, sebahagian besar rakyat memberikan respon yang positif terhadap inisiatif pihak kerajaan. Malah pakej ini merupakan “pelan rangsangan ekonomi terbesar di dunia mengatasi United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Singapura”51. Walau bagaimanapun, tindakan segelintir ahli politik PN yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan telah sedikit sebanyak mengurangkan imej Kerajaan PN di mata rakyat. Situasi wabak COVID-19 ini juga memperlihatkan percambahan media elektronik terutama yang didanai oleh parti-parti politik. Parti yang mempunyai akses kepada capaian media elektronik dan data penduduk yang luas, dilihat mampu untuk mempengaruhi persepsi umum melalui kempen-kempen yang

20 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 dijalankan. Dalam hal ini, PN masih dilihat mempunyai kelebihan khususnya dalam situasi sekarang kerana masyarakat menumpukan perhatian kepada saluran- saluran media rasmi yang membawa maklumat langsung daripada kerajaan. COVID-19 mencabar imej transparency sektor swasta Pihak swasta menyatakan sokongan terhadap kerajaan dan jentera perkhidmatan awam dengan memberikan bantuan berbentuk kewangan dan peralatan kesihatan kepada hospital-hospital di seluruh Malaysia. Sehingga kini, lebih RM22.66 juta telah disumbangkan oleh sektor swasta melalui Tabung Covid-19 kepada hospital di seluruh Malaysia52. Selain itu, imej sektor perbankan sama ada perbankan swasta ataupun yang mempunyai kaitan dengan kerajaan (GLC) terjejas kerana tindakan institusi berkenaan yang tidak konsisten dengan syarat-syarat penangguhan bayaran moratorium yang dikenakan terhadap pemiutang. Perkara in telah menimbulkan dakwaan bahawa sektor perbankan masih lagi mahu mengaut keuntungan melalui faedah yang dikenakan, walaupun dalam situasi semasa penduduk Malaysia yang terjejas akibat wabak ini. 2. Implikasi Ekonomi Malaysia akan berhadapan dengan kemelesetan ekonomi Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan (NBER) mendefinisikan kemelesetan ekonomi sebagai penurunan aktiviti ekonomi yang mengesani keseluruhan ekonomi dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara khususnya pada soal pendapatan, kadar pekerjaan dan pengangguran, penghasilan dan hasil jualan runcit. Ciri-ciri kemelesetan ekonomi boleh dilihat melalui penguncupan KDNK dan penurunan unjuran pertumbuhan KDNK. Selain itu, ciri-ciri ini boleh dilihat melalui penurunan prestasi ekonomi pada sektor- sektor strategik di mana syarikat berhadapan dengan kegagalan atau penutupan perniagaan secara besar-besaran, kadar pertumbuhan ekonomi yang negatif dan peningkatan kadar pengangguran53. Analisis daripada World bank, IMF, ADB, Bank Negara dan Malaysian Institute of Economic Research (MIER) telah menjangkakan kemelesetan ekonomi akan berlaku kepada ekonomi Malaysia pada tahun 2020. Namun begitu, implikasi COVID-19 telah menambah lagi kesan terhadap kemelesetan yang dijangkakan. Menurut analisis tersebut, terdapat perbezaan bacaan terhadap kesan kemelesetan ekonomi, unjuran pemulihan dan langkah yang perlu diambil bagi menampung implikasi kemelesetan ini. Bank Negara membuat jangkaan unjuran pertumbuhan GDP bagi tahun 2020 adalah di antara 0.5% sehingga -2%54. Jangkaan Bank Negara ini adalah lebih rendah daripada apa yang diramalkan oleh Bank Dunia. Bank dunia meletakkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia sekitar -0.1% pada tahun 202055. Menurut Bank Dunia, kemelesetan ekonomi ini merupakan paling teruk selepas tahun 2009. IMF pula membuat jangkaan kemelesetan sebanyak -1.7% atau berkurang lebih kurang RM26 Juta secara keseluruhan bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia56. Manakala Landskap Edisi Khas / Mei 2020 21 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Asian Development Bank (ADB) pula membuat jangkaan pertumbuhan 0%57. Unjuran yang dilakukan ini adalah berbeza dengan unjuran awal yang dilakukan terhadap ekonomi Malaysia (sebelum wabak COVID-19 ini melanda negara) yang dijangka akan mengalami peningkatan sebanyak 4.8% sebelum ini. Faktor penurunan pertumbuhan ekonomi negara Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penurunan pertumbuhan ekonomi negara, antaranya adalah wabak COVID-19, penurunan harga minyak mentah dunia, penurunan jumlah eksport minyak sawit, penurunan dividen kerajaan dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pengurangan jumlah peratusan pendapatan daripada cukai berbanding KDNK. Wabak Covid 19 telah menyebabkan gangguan pengurangan dan permintaan barangan eksport Malaysia ke pasaran global merangkumi eksport barangan elektronik (-RM 4.4 bilion) dan komoditi seperti gas asli (-RM518 juta). Eksport Malaysia berkurangan sebanyak 4.7% kepada RM 80.1 bilion, manakala import berkurangan sebanyak 2.7% kepada RM 67.8 Bilion. Jumlah perdagangan sebanyak RM 147.9 Bilion menurun 3.8% berbanding tahun 201958. Hal ini didorong oleh gangguan pengurangan dalam pengeluaran di Malaysia sendiri berikutan pengurangan aktiviti kilang akibat penutupan semasa fasa perintah kawalan pergerakan ini dilaksanakan. Selain itu, sektor pelancongan dan penerbangan juga antara sektor yang terjejas teruk akibat wabak ini. Apabila pergerakan rakyat mulai terbatas akibat PKP. Selain itu, kejatuhan harga minyak mentah dunia yang didorong oleh faktor permintaan yang berkurang akibat wabak COVID-19 dan juga perbalahan antara negara-negara pengeluar minyak (OPEC) telah memberi kesan terhadap ekonomi Malaysia memandangkan eksport minyak menyumbang besar kepada pendapatan negara59. Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mustapha “Bagi Mohamed, bagi setiap satu dolar harga minyak jatuh, setiap satu Malaysia hilang hasil sebanyak RM 300 juta60. dolar harga Menurut Tax Reform Committee (TRC), pendapatan minyak cukai Malaysia menjadi semakin kecil akibat daripada jatuh, pelbagai inisiatif pelonggaran cukai yang dijalankan oleh Malaysia kerajaan. Pada penghujung tahun 2017, 62.9% daripada 1.25 juta syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Hasil hilang hasil dalam Negeri (LHDN), hanya 7.8% daripadanya dikenakan sebanyak RM cukai. Walaupun jumlah kutipan cukai semakin meningkat, 300 juta” secara puratanya, peratusan pendapatan dari cukai berbanding KDNK berkurang setiap tahun, dari 15.6% -Mustapha pada 2012, kepada 12% pada 201861. Hal ini ditambah Mohamed, dengan faktor penurunan dividen kerajaan dari syarikat (5 Apr berkaitan kerajaan (GLC) berikutan kekurangan sumber 2020) pelaburan bagi syarikat yang membenarkan pencarum mengeluarkan duit awal dari tempoh yang dibenarkan, serta penutupan beberapa sektor perkhidmatan yang menyalurkan keuntungan kepada kerajaan.

22 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

Peningkatan kadar pengangguran Bank Negara menjangkakan kadar pengangguran negara meningkat kepada 4% pada tahun 2020. Sebelum ini trend kadar pengangguran Malaysia kekal pada 3.3% setahun62. Kadar tersebut meningkat kepada 3.7% ketika krisis kewangan dunia berlaku dan 3.2% ketika krisis kewangan Asia pada tahun 1998. IMF pula membuat jangkaan kadar pengangguran bagi Malaysia pada tahun 2020 mencecah 4.9% dan menurun pada tahun 2021 kepada 3.4%63. MIER membuat dua jangkaan dari sudut kadar pengangguran di Malaysia jika PKP dilanjutkan. Yang pertama, sekurang-kurangya 2.4 juta daripada 16 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan. 2.4 juta orang ini terdiri daripada 1.6 juta pekerja tidak mahir manakala 780,000 adalah pekerja mahir. Kesan kehilangan pekerjaan dan pendapatan isi rumah akan turut mengesani penurunan terhadap perbelanjaan isi rumah sebanyak 11% berikutan kehilangan pendapatan bersamaan dengan RM95 bilion. Yang kedua, seramai 951,000 orang daripada 16 “Seramai juta pekerja akan kehilangan pekerjaan dengan pecahan 951,000 sebanyak 647,000 pekerja tidak mahir dan 780,000 orang pekerja mahir. Pendapatan isi rumah hilang sebanyak RM41 bilion dan perbelanjaan isi rumah berkurangan daripada sebanyak 4.9%64. 16 juta pekerja akan Perkembangan ekonomi semakin perlahan kehilangan MIER, ICER dan ADB membuat jangkaan pertumbuhan pekerjaan” ekonomi negara hanya akan mula menunjukkan peningkatan khususnya pada penggal kedua tahun 2020 -MIER (23 Mac 2020) atau bermula pada penggal ketiga dan akan mencapai tahap stabil pada tahun 2021. Jangkaan worst case oleh MIER adalah jika penghasilan industri dan perdagangan Malaysia kembali pulih mencapai sekitar 96%-98% dari sasaran asal pada suku ketiga tahun 2020 dan meningkat sebanyak 2% pada suku keempat. KDNK negara akan menguncup sebanyak 6.9% berbanding sasaran asal 2020. Penguncupan ini boleh dianggarkan bersamaan dengan kehilangan sebanyak RM 102 bilion terhadap KDNK negara. Jangkaan kes yang terbaik adalah jika penghasilan industri berjaya pulih sepenuhnya kepada bacaan asal 2020 pada suku ketiga, dan industri berjaya meningkatkan penghasilan sebanyak 2% bagi suku keempat. MEIR membuat jangkaan penguncupan KDNK hanya sebanyak 2.61% dari unjuran asal kerajaan pada tahun 2020. Unjuran pertumbuhan pula dijangka sebanyak 1.57%. Justeru itu, penguncupan ini boleh dinilaikan sebagai negara kehilangan hanya RM38 bilion terhadap KDNK negara. Kadar hutang negara berisiko untuk meningkat Kadar hutang negara setakat 12 Febuari 2020 berada di takat lebih kurang 52.5% dari KDNK, iaitu sekitar RM793 juta. Hutang dalam negeri mencatatkan 74% dari jumlah keseluruhan hutang, manakala hutang luar negara pula berada pada Landskap Edisi Khas / Mei 2020 23 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 kadar 26% daripada jumlah keseluruhan hutang negara. Dalam keadaan ekonomi semasa Malaysia mampu membayar keseluruhan hutang sebanyak lebih kurang 1.9 kali65. Walaupun begitu Malaysia berkemungkinan menghadapi masalah dalam menguruskan hutang sekiranya kos pengurusan sektor kesihatan awam meningkat akibat wabak COVID-19 ini di saat pendapatan negara mulai menurun dengan drastik akibat faktor-faktor yang dinyatakan di atas. Justeru, bagi menghadapi kesan kegawatan ekonomi ini, negara-negara di seluruh dunia melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi untuk mengurangkan risiko kegawatan pada masa hadapan. Malaysia juga mengeluarkan pakej rangsangan kewangan sebanyak RM250 bilion. Namun, sekiranya pakej rangsangan ini terus bertambah, jumlah hutang negara akan semakin meningkat dan negara-negara di seluruh dunia tidak dapat lagi menanggung beban hutang yang tinggi. Ini akan membawa kepada situasi yang seterusnya, iaitu negara-negara tersebut terpaksa meminjam daripada institusi-institusi kewangan dunia yang didominasi oleh elit kuasa iaitu Amerika Syarikat dan China seperti IMF, World Bank dan AIIB. 3. Implikasi Keselamatan Tradisional dan Bukan Tradisional Pencerobohan sempadan perairan negara oleh kapal China China sedang mengambil kesempatan semasa negara-negara di Asia Tenggara sedang sibuk berhadapan dengan wabak COVID-19 dengan mencerobohi sempadan perairan negara Malaysia. Menurut laporan akhbar South China Morning Post, atur gerak aset-aset China Coast Guard ke kawasan perairan zon ekslusif ekonomi Malaysia berlaku sejak 15 April yang lalu. Pergerakan ini melibatkan 6 buah kapal termasuk kapal peronda terbesar dunia Zhaotou Class (3901) seberat 12,000 tan dan kapal penyelidik, Haiyang Dizhi 8. Kapal-kapal ini mengekori pergerakan kapal West Capella yang menjalankan kerja eksplorasi minyak di Laut China Selatan bagi Petronas66. China juga telah menghantar kapal-kapal peronda dari China Coast Guard dan China Maritime Militia bagi mengekori pergerakan kapal West Capella yang menjalankan kerja eksplorasi minyak di Laut China Selatan bagi Petronas. Turut berada di kawasan berhampiran adalah kapal Tentera Amerika Syarikat dan kapal Tentera Laut di Raja Malaysia yang mengerahkan aset ke sana bagi melindungi keselamatan negara. China juga meneruskan agenda perluasa pengaruhnya di Laut China Selatan dengan penubuhan dua struktur pentadbiran baru di kawasan Kepulauan Spartly. Daerah tersebut dinamakan Xisha dan Nansha diletakkan di bawah kerajaan Sansha, sebuah bandar di selatan kepulauan Hainan. Kedudukan pusat pentadbiran baru ini adalah penting sebagai langkah China mengisytiharkan kepada dunia bahawa mereka adalah tuan kepada kepulauan yang kaya dengan hasil bumi ini. Pusat pentadbiran Xisha akan berada di Pulau Woody yang digelar sebagai Yonxing Island, manakala pusat pentadbiran Nansha akan berada di Fiery Cross Reef (Yongshu Reef). Pentadbiran baru ini beerti Beijing akan meletakkan lebih banyak tentera dan sumber dari segi logistik67.

24 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Dalam jangka masa panjang, situasi konflik di Laut Cina Selatan ini akan berakhir dengan dominasi satu kuasa besar yang tertentu. Dominasi ini akan menentukan rekabentuk geopolitik, ekonomi dan keselamatan di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, proses menuju kepada situasi akhir tersebut akan mengambil masa dan melibatkan pelbagai senario jangka pendek dan sederhana. Dua senario utama yang terdekat adalah penerusan konflik dalam bentuk sedia ada, atau peningkatan sehingga berlakunya peperangan. Senario kesudahan konflik melalui jalan rundingan atau diplomasi adalah amat tipis kemungkinannya. Senario ini akan melatari keselamatan luar Malaysia pasca wabak COVID-19. Peningkatan serangan siber Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui National Cyber Coordination and Command Centre (NC4) telah mengesan beberapa serangan siber ke atas beberapa agensi Kerajaan dan juga rakyat Malaysia. Jenis-jenis serangan yang dikesan merangkumi serangan Advanced Persistent Threat (APT) dan pencerobohan laman sesawang Kerajaan dan syarikat-syarikat swasta68. Selain itu, terdapat juga insiden-insiden lain seperti penipuan atas talian, email spam dan applikasi mudah alih palsu. Sepanjang tempoh PKP juga, perkhidmatan sidang video digunakan secara meluas oleh semua rakyat Malaysia yang berada di rumah. Aplikasi sidang video percuma ini didapati memiliki kelemahan- kelemahan yang membolehkan pengodam memanipulasi perisian tersebut untuk tujuan mencuri perbualan dan mengumpul data-data peribadi yang didaftarkan. “Menurut Terdapat beberapa domain malicious yang mempunyai Kaspersky, akronim “corona” dilihat berjaya memancing pengguna. sehingga Menurut Kaspersky, sehingga suku pertama tahun suku 2019, terdapat 14 juta cubaan godaman yang dilakukan di negara-negara Asia Tenggara69. Cubaan godaman ini pertama mensasarkan maklumat penting negara di Asia Tenggara. tahun 2019, Berdasarkan satu laporan agensi keselamatan siber terdapat 14 FireEye, Malaysia menjadi sasaran utama serangan godaman agensi risikan China . Hal ini turut disokong juta cubaan dengan beberapa pendedahan yang mengatakan bahawa godaman China menembus masuk sistem telekomunikasi syarikat- yang syarikat Telco di Malaysia untuk menjejaki rakyat Uighur 70 dilakukan yang berada di Malaysia . di negara- Persaingan antara kuasa besar untuk mendapatkan negara Asia maklumat di Malaysia membuka akses yang luas kepada pencerobohan maklumat sulit berkaitan keselamatan Tenggara” negara. Hal ini dapat dilakukan menerusi penguasaan -Manila Standard (2 medium komunikasi, kawalan terhadap pusat data Sept 2019) yang menempatkan maklumat sensitif negara, usaha pemantauan warga Malaysia melalui langkah pengecaman wajah, perkongsian pemetaan bentuk muka bumi negara merangkumi kawasan hutan, juga laut dan

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 25 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 serangan godam siber terhadap fasiliti utama negara dan pusat maklumat negara. Ancaman keselamatan makanan Menurut Laporan Supply and Utilization Accounts Selected Agricultural Commodities, Malaysia 2014-2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia pada November tahun lepas, kadar sara diri Malaysia dalam tanaman makanan (food crop) pada tahun 2018 dicatatkan hanya mencapai 61%. Daripada 36 komoditi makanan, 22 komoditi dilaporkan mencapai 100% kadar sara diri (SSR)71. Manakala, baki 14 lagi komoditi tidak mencapai tahap SSR yang sepatutnya. Antaranya; kategori tanaman - beras (70.0% SSR), kategori sayuran - cili (31.9% SSR), kubis bulat (38.7% SSR), sawi (97.6% SSR), kategori buahan - mangga (23.3% SSR), kelapa (66.8% SSR), jambu batu (94% SSR), kategori ternakan - daging kambing (11.2% SSR), daging lembu (23.9% SSR), susu segar (61.3% SSR), daging ayam dan itik (98.1% SSR), dan kategori hasil laut - ikan kembung (86.5% SSR) dan ketam (86.9% SSR). Jika dinilai berdasarkan statistik berkenaan, Malaysia masih bergantung kepada komoditi eksport untuk hasil pendapatan negara dan peningkatan SSR dalam komoditi makanan tidak dijadikan keutamaan. Hasilnya, Malaysia hanya 61% bersedia dalam aspek keselamatan makanan negara. Faktor utama yang menyebabkan Malaysia tidak berjaya mencapai tahap 100% SSR bagi tanaman makanan (food crop) adalah kebergantungan negara yang tinggi terhadap komoditi eksport (export-oriented crop) untuk pendapatan negara. Keutamaan yang diberikan memberi kesan terhadap polisi pemerkasaan sektor pertanian yang lain, terutama yang melibatkan pasaran domestik. Tidak dinafikan bahawa komoditi eksport berjaya menyumbang kepada KDNK negara. Sebagai sebuah negara membangun, keterlibatan Malaysia dalam “Malaysia sektor perdagangan dalam pasaran dunia merupakan satu tindakan yang wajar ketika itu. Namun begitu, dalam hanya 61% situasi wabak COVID-19, beberapa negara pengeksport bersedia utama makanan dunia telah mengambil tindakan untuk dalam aspek menghentikan aktiviti eksport mereka. Tindakan tersebut keselamatan bagi melindungi keperluan domestik dan keselamatan bekalan makanan untuk jangka yang panjang, sekiranya makanan wabak ini berlarutan buat tempoh yang lama. Wabak negara COVID-19 telah memberi gambaran kepada negara akibat terlalu bahawa keselamatan makanan bukan sahaja perlu dikira menerusi tahap SSR atau SSL, tetapi proses bergantung rantaian makanan yang bermula daripada pembekal, kepada pemborong dan seterusnya kepada pengguna juga perlu komoditi dititikberatkan72. eksport” Justeru, berdasarkan situasi semasa walaupun -IRIS Institute (8 dengan pendapatan yang negara perolehi, terdapat April 2020) kemungkinan berlakunya cabaran bagi Malaysia untuk mengimport bahan makanan dan memastikan bekalan 26 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 makanan untuk rakyat sentiasa mencukupi sehingga wabak COVID-19 surut dan ekonomi berjaya dipulihkan.

4. Implikasi Pendidikan Kebergantungan kepada teknologi & risiko jurang digital Sebelum pandemik COVID-19 melanda negara, sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah meletakkan keperluan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan73. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada ketika itu di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendirian bahawa ICT akan membantu memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 27 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 di negara ini. Laporan Tahunan PPPM yang diterbitkan setiap tahun sejak tahun 2013 menunjukkan bahawa pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi mencapai matlamat ini. Antaranya melatih guru serta melengkapkan keperluan ICT dalam pendidikan menerusi Anjakan 7 dalam PPPM iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia74. Bagi menghadapi kesan daripada wabak COVID 19, KPM telah mengeluarkan garis panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada pada 27 Mac lepas. Menerusi garis panduan berkenaan, para guru disarankan menggunakan kreativiti dan penyediaan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kemampuan pelajar75. Usaha ini termasuk memanfaatkan platform atas talian sedia ada seperti Eduweb TV dan CikgooTube, yang sudah disediakan sebelum situasi kecemasan seperti yang berlaku pada hari ini. Walaubagaimanapun, akses kepada kemudahan merupakan perbincangan utama dalam hal ini. Akses kepada kemudahan boleh dijelaskan kepada dua aspek; akses kepada internet dan akses kepada peranti yang diperlukan seperti telefon bimbit atau komputer. Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh KPM semasa PKP menunjukkan terdapat kekangan dari segi akses kepada internet dan penggunaan peranti untuk pembelajaran. “Di peringkat sekolah, hampir 80% pelajar sekolah menengah mempunyai telefon pintar diikuti sekitar 36% murid sekolah rendah. Walau bagaimanapun, untuk peranti lain seperti tablet, komputer dan komputer riba, jumlah milikan adalah amat rendah iaitu sekitar hanya 5% hingga 14%”18. Manakala menurut Data Penggunaan dan Akses Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2018 menunjukkan bahawa “akses internet isi rumah di seluruh negara meningkat antara 85.7% pada tahun 2017 dan 87% pada 2018. Bagaimanapun, akses komputer berkurang dalam tempoh tersebut iaitu 74.1% dan 71.7%. Tambahan pula, peratusan individu yang menggunakan komputer mengikut negeri dan strata tahun 2018 menunjukkan perbezaan ketara dalam penggunaan seluruh negara antara bandar (75.6%) dan luar bandar (54.1%)”76. Kapitalis merebut peluang dalam pendigitalan sektor pendidikan Selain usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan, kelompok aktor kapitalis turut mengambil peluang dalam bidang pendidikan. YTL Foundation telah menawarkan penggunaan teknologi pendidikan digital yang dinamakan inistiatif Learn From Home secara percuma. Inisiatif ini merupakan kerjasama antara YTL Foundation, YES dan Frog Asia dan dibuka kepada murid sekolah kebangsaan daripada kelompok B40 dengan pemberian sim card YES secara percuma dan akses kepada modul pendidikan oleh Frog Asia. Inisiatif ini bukanlah satu perkara baru tetapi merupakan penonjolan semula usaha yang dibuat oleh YTL Foundation. Sebelum ini YTL Foundation pernah menganjurkan inisiatif yang sama secara percuma kepada 10,000 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). Namun begitu KPM telah membatalkan 28 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 kontrak tersebut kerana terdapat terma tersembunyi di mana inisiatif ini ingin menggunakan prasarana Telekom Malaysia dan meletakkan bebanan kewangan kepada kerajaan. Oleh itu, penularan wabak COVID 19 telah memberi implikasi kepada sistem pendidikan negara iaitu meluasnya jurang digital antara pelajar baik daripada segi pendapatan isi rumah, negeri dan juga aspek sosioekonomi yang lain. Walau bagaimanapun, situasi ini dapat dijadikan sebagai peluang untuk KPM mengukur keberkesanan pelan pendidikan yang telah pun dilaksanakan sejak tahun 2013 dan memperbaiki pelan kepada polisi yang lebih inklusif dan mengambil kira peranan syarikat kapitalis teknologi dalam hal ini. 5. Implikasi Teknologi Pantauan terhadap rakyat melalui aplikasi teknologi Seperti negara-negara lain di seluruh dunia, Malaysia telah melancarkan aplikasi contact tracing yang tersendiri. Menurut Menteri Sains & Teknologi, MyTrace merupakan applikasi pengesanan kontak rapat yang melengkapi aplikasi MySejahtera yang dilancarkan sebelum ini. Aplikasi ini mengunakan teknologi bluetooth daripada telefon pengguna MyTrace yang lain. Data kontak rapat ini akan disimpan dalam telefon pengguna MyTrace selama 21 hari. Maklumat ini juga akan dirahsiakan dan maklumat geolokasi tidak akan dikumpul77. Sepertimana aplikasi lain yang dijalankan di seluruh dunia, aplikasi ini bergantung kepada mass adoption dalam peratusan 60% dan ke atas pengguna untuk menjayakan keberkesanannya. Selain itu kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia (MCMC) telah membangunkan aplikasi “Gerak Malaysia” untuk mengesan dan memantau pergerakan rakyat Malaysia. Menurut dokumen kerahsiaan yang dikeluarkan oleh aplikasi tersebut, data yang dikumpul akan digunakan oleh kerajaan untuk menghasilkan statistik, report, dan visualisi data berkaitan wabak COVID-19. Dokumen itu juga menyebut data ini hanya akan digunakan sehingga 6 bulan tempoh kawalan pergerakan tamat. Aplikasi tersebut juga dihubungkan melalui nombor telefon pengguna serta membenarkan akses terhadap geolokasi pengguna di dalam telefon78. Penggunaan teknologi seperti ini adalah satu inovasi penting dalam memutuskan rantaian jangkitan, namun sejauh mana data-data ini tidak dieksploitasi oleh pihak berkepentingan masih lagi diragui tujuan dan halatujunya. Melainkan, kerajaan merangka satu dokumen yang jelas atau akta-akta tertentu digubal supaya tidak berlaku salah guna data oleh pihak yang berkepentingan sama ada pihak kerajaan ataupun, syarikat-syarikat teknologi. Adaptasi peniaga kecil dengan teknologi Perniagaan atas talian sama ada yang menggunakan perkhidmatan aplikasi seperti Foodpanda, GrabFood atau kaedah Cash On Delivery (COD) menerusi Facebook bukanlah sesuatu yang baru buat rakyat Malaysia. Sejak negara menghadapi ancaman pandemik COVID 19, Perintah Kawalan Pergerakan Landskap Edisi Khas / Mei 2020 29 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 (PKP) yang dijalankan meningkatkan peratus perniagaan digital. GrabFood dan Foodpanda mencatatkan 30% peningkatan tempahan makanan atas talian. Manakala pesaingnya, DeliveryEat.my merekodkan kenaikan sebanyak 300% untuk pendaftaran perniagaan atas talian79.

PKP juga telah mengubah ekosistem pekerjaan digital dengan meningkatkan keterlibatan pekerja dalam ekonomi gig, seperti penghantar makanan Foodpanda dan GrabFood80. Bahkan, sebelum menularnya wabak COVID 19, kerajaan persekutuan telah mula memberikan tumpuan kepada tenaga kerja dalam ekonomi gig. Kerajaan persekutuan juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Mereka ditugaskan untuk merangka ekosistem ekonomi gig terutama daripada aspek regulasi, pembelaan terhadap kepentingan pengguna dan pekerja81. Perniagaan digital sepanjang PKP juga membentuk kerjasama antara petani sayur dengan pasar raya yang mampu untuk menawarkan pembelian secara atas talian, seperti yang berlaku kepada petani sayur di Bentong dan Cameron Highland22. Seterusnya membantu dalam melancarkan rantaian bekalan makanan daripada pembekal kepada pengguna. Di samping itu, perkhidmatan perniagaan tanpa menggunakan platform ketiga yang mengenakan cas bayaran kepada peniaga turut berlaku. Peniaga kecil kini menunjukkan kemahiran adaptasi mereka kepada situasi semasa yang memerlukan kepada perniagaan digital. Peniaga kecil terutama peniaga makanan memilih untuk memanfaatkan aplikasi telefon bimbit seperti Whatsapp dan Telegram untuk mengambil pesanan daripada pelanggan.

30 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Walaubagaimanapun, perniagaan digital dan pemasaran atas talian mempunyai beberapa limitasi dan risiko. Antara risiko yang diutarakan oleh beberapa kajian adalah kesahihan kawalan maklumat, kesahihan keselamatan urusniaga, kesahihan dalam mempromosikan barangan dan kejujuran di dalam menerima bayaran dan penghantaran barangan82. Selain itu, aduan pengguna yang sering dilaporkan bagi perniagaan digital adalah berkenaan penipuan dan penyelewengan, serta tuntutan ke atas kerugian yang “GrabFood dialami daripada urus niaga elektronik24. dan Justeru itu, situasi penularan wabak COVID 19 ini Foodpanda telah memberi kesan kepada cara perniagaan dijalankan mencatatkan dan kemampuan peniaga untuk beradaptasi kepada 30% ekosistem perniagaan yang baru; perniagaan digital. Namun begitu, kemampuan beradaptasi peniaga peningkatan bergantung kepada kapasiti modal, pengetahuan serta tempahan kemahiran mereka untuk mengendalikan platform atas makanan talian. Dalam hal ini, peniaga kecil yang sudah berumur dan mempunyai modal yang kecil adalah golongan yang atas talian” paling terkesan semasa pandemik ini berlaku. Inisiatif -Sinar Harian (18 pihak kerajaan dengan menambah imbuhan dana Mac 2020) PKS baru-baru ini adalah langkah yang penting dalam memastikan golongan ini dilindungi. 6. Implikasi Sosial Peningkatan risiko konflik rumahtangga PKP yang dijalankan selama lebih sebulan semestinya dijadikan sebagai peluang untuk meluangkan dan menguatkan hubungan keluarga. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga dan ibu bapa boleh menggunakan peluang untuk mendidik anak-anak83. Ruang media sosial juga digunakan untuk berinteraksi dan platform ini memberi manfaat kepada ruang perbincangan antara ahli masyarakat25. Walaubagaimanapun, tekanan kewangan bagi isi rumah berpendapatan rendah membawa kepada peningkatan tekanan emosi dan keganasan rumah tangga. Sehingga 15 April lalu, sebanyak 353 kes keganasan rumah tangga dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh PKP bermula 18 Mac lalu84. Manakala sebanyak 135 panggilan berhubung kes keganasan rumah tangga (KRT) direkodkan melalui Talian Kasih di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Terdapat hubungan antara peningkatan keganasan rumah tangga dengan tempoh masa sesuatu krisis itu berlaku berdasarkan peningkatan laporan kes keganasan di Afrika Barat semasa pandemik Ebola dan di wilayah Hubei, China semasa pandemik COVID-19. Kes rogol oleh ahli keluarga juga dilaporkan meningkat. Antara faktor utama kepada permasalahan ini adalah disebabkan situasi yang tidak stabil dan tekanan kewangan. Serta faktor kesukaran untuk mangsa membuat laporan disebabkan oleh kawalan pergerakan.

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 31 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Justeru itu, kestabilan institusi kekeluargaan merupakan antara indikator penting dalam mengukur sejauh mana pandemik COVID-19 ini telah memberi kesan kepada struktur sosial negara. Hal ini memandangkan institusi keluarga adalah struktur sosial yang paling hampir kepada individu dalam menghadapi pandemik ini.

Infografik: Aktiviti Internet ketika Kuarantin (Sumber: Visualcaptialist.com)

32 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

JANGKAAN SENARIO PASCA COVID-19

Buat masa ini, seluruh dunia perlu mengakui bahawa terdapat banyak perkara yang belum jelas dan pasti mengenai pandemik ini. Perkiraan semasa yang menjangkakan dunia hanya akan melepasi fasa COVID-19 selepas satu tahun setengah adalah perkiraan yang paling optimis. Jika diambil perkiraan paling pesimis, situasi sekarang mungkin menjangkau sehingga dua tahun penuh (hingga akhir tahun 2021). Oleh itu, kesan perubahan sebenar daripada situasi COVID-19 ini hanya akan dapat dilihat dengan jelas mulai tahun 2022. IRIS Institute melihat pandemik yang berlaku sebagai sebuah krisis (seumpama perang serantau atau perang dunia) yang wujud di tengah-tengah arus perjalanan peristiwa dunia ke arah sebuah senario yang tertentu. Krisis yang berlaku membuka ruang untuk pihak-pihak tertentu di peringkat global dan nasional membentuk pergerakan peristiwa agar menyebelahi perancangan mereka untuk memastikan tercapainya penguasaan menyeluruh ke atas negara dan komuniti yang ada di seluruh dunia. Oleh itu, IRIS Institute menjangkakan bahawa terdapat perkara yang akan berubah pasca COVID-19 ini dan terdapat juga perkara yang tidak berubah (kekal seperti status quo). New‘ normal’ yang disebut oleh ramai orang sebagai perkara yang baru sepenuhnya bukanlah satu perkara yang langsung tidak pernah dijangka oleh sesiapa. IRIS Institute berpandangan senario-senario yang akan wujud adalah adunan di antara ‘acceleration’ atau pemesatan perancangan pihak tertentu dan ‘stagnation’ atau situasi tidak berkembang dalam sesetengah perkara kerana wujudnya unsur yang berada di luar kawalan.

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 33 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Senario tersebut adalah hasil daripada perkembangan yang berlaku dalam tiga sektor utama iaitu sektor kesihatan awam, sektor ekonomi, dan sektor sosial. Tiga sektor ini menjadi faktor pemandu ke arah pembentukan senario pasca COVID-19. Faktor kesihatan awam memainkan peranan yang penting dalam menentukan senario masa hadapan kerana kadar peratusan masyarakat dunia yang dijangkiti dan kadar kematian di seluruh dunia akan mengesani seluruh dimensi lain samada secara global atau domestik. Selain itu, kapasiti institusi kesihatan dan kapasiti kawalan terhadap kesihatan awam juga turut mempengaruhi keputusan- keputusan penting dalam politik dan ekonomi di peringkat global dan domestik. Faktor kedua iaitu kemelesetan ekonomi dunia akibat kemalapan aktiviti ekonomi juga perlu diambil kira. Sejauh mana negara-negara di seluruh dunia mampu berhadapan dengan wabak ini bergantung kepada kekuatan ekonomi dan saiz rizab negara yang dimiliki. Dalam hal ini, negara yang terikat dengan pinjaman untuk mendepani situasi sekarang akan mengalami risiko dalam soal kedaulatan politik. Selain itu, kesan daripada larangan perkumpulan “Sektor ramai dan penetapan polisi penjarakan sosial yang Kesihatan dilaksanakan di seluruh dunia, faktor kemasukan awam, sektor dan penggunaan teknologi menjadi penting untuk ekonomi dan dinilai. Situasi sekarang menyebabkan sistem sosial manusia terganggu. Dalam hal ini, penyelesaian yang sektor sosial ditawarkan di peringkat global dan domestik adalah akan menjadi melalui teknologi. Ekoran daripada itu, sejauh mana tiga faktor status dan kapasiti teknologi di peringkat tertentu akan mempengaruhi dimensi-dimensi penting pemandu seperti dimensi sosial, pendidikan, perundangan, dan ke arah sebagainya. pembentukan Ketiga-tiga faktor itu tentu sekali tidak berevolusi senario pasca secara sendirinya. Oleh itu, IRIS INSTITUTE melihat COVID-19” bahawa terdapat faktor penentu yang akan menjadi -IRIS Institute, pelaras terhadap sejauh mana ketiga-tiga faktor utama itu tadi membentuk senario yang tertentu. Landskap Edisi Khas Faktor penentu itu ialah kelangsungan perancangan & penguasaan Elit di peringkat global dan nasional. Ketiga-tiga faktor di atas akan menjadi rebutan dan peluang percaturan elit kuasa global. Tiga kelompok elit utama iaitu elit politik (seperti kerajaan US dan China, dan elit politik domestik di negara-negara), elit ekonomi (seperti kapitalis bilionair), dan elit teknologi (seperti syarikat-syarikat ‘Big tech’) akan saling bersaing dalam membentuk faktor-faktor yang dinyatakan di atas. Proses pengaruh ini boleh dilihat melalui persaingan lobi polisi & pendanaan terhadap institusi antarabangsa seperti WHO dan IMF/World Bank, pembinaan imej (optical politics) di mata warga global dan domestik, serta pembelian/penguasaan saham- saham syarikat besar dunia (dalam pelbagai sektor).

34 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Elit kuasa di peringkat global dan nasional akan berusaha mengawal dan mencatur perkembangan ketiga-tiga faktor tersebut untuk mempercepat perancangan mereka, dan menambah penguasaan mereka. Ringkasnya, senario akan datang ditentukan oleh siapa yang dominan dalam mencatur situasi sekarang. Berdasarkan hubung kait tersebut, IRIS menggariskan dua senario utama yang dijangka berlaku pasca COVID-19 (bagi tempoh 5-7 tahun akan datang). Tidak dinafikan, terdapat banyak lagi variasi senario yang boleh digariskan namun menurut pertimbangan IRIS, kedua-dua senario ini merupakan senario utama yang dijangka berlaku. Senario Pertama: Senario ini merupakan jangkaan jika wabak COVID-19 berjaya dikawal daripada memasuki gelombang kedua yang lebih buruk serta angka jangkitan dan kematian dapat dikawal (walaupun masih ada). Secara umum, dalam situasi ini, senario global akan menyaksikan pengekalan status quo khususnya dalam politik antarabangsa, manakala di lapangan lain sepertiekonomi dan sosial akan berlaku proses tentu ukur semula (recalibration). AS dan sekutunya (khususnya UK) dijangka akan melakukan inisiatif tertentu bagi memenangi perlumbaan penghasilan vaksin, pada masa yang sama meneruskan serangan imej terhadap China. Dalam situasi ini, ketegangan antara dua kuasa besar ini berkemungkinan akan bertambah. Ini membuka ruang kepada tercetusnya pertembungan skala kecil (skirmish) khususnya di titik panas sedia ada seperti di Laut China Selatan. Bantuan kesihatan diplomatik yang dihulurkan oleh China sejak awal pandemik mungkin menambah ikatan negara- negara kecil khususnya di rantau Asia terhadap China. Namun AS dijangka akan terus memperkukuh inisiatif dan lobinya di Asia melalui “Situasi pakatan quadrilateral yang diterajuinya. Global akan Manakala dalam dimensi ekonomi dijangka akan menyaksikan berlakunya trend pelarasan semula dasar (soft reset) pengekalan ekonomi nasional di kebanyakan negara membangun. status quo Perhatian lebih akan diberikan terhadap keselamatan makanan dan kecukupan sumber untuk kegunaan politik domestik. Banyak terma perjanjian perdagangan bebas antarabangsa akan diminta untuk diubah semula. Atas desakan rakyat, dan proses kerajaan di sesetengah negara mungkin akan mengambil polisi ‘protectionist’ seperti yang ditunjukkan oleh AS recalibration kini. Situasi ini mungkin mengundang lebih banyak dalam perang perdagangan berskala sederhana. Walau lapangan bagaimanapun, rundingan dan lobi di peringkat global untuk mengekalkan perdagangan bebas dan pasaran lain seperti terbuka tetap akan terus berlaku. ekonomi dan sosial” Dalam dimensi sosial, meskipun polisi ‘lockdown’ sudah ditamatkan di seluruh dunia, polisi penjarakan -IRIS Institute, sosial dan pelbagai lagi langkah-langkah untuk Landskap Edisi Khas mengekang penyebaran wabak dalam masyarakat akan Landskap Edisi Khas / Mei 2020 35 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 tetap mengesani pola kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Dalam hal ini, satu- satunya ‘new normal’ yang akan dibawa kesan daripada pengalaman berhadapan dengan wabak ialah peningkatan penggunaan teknologi dalam segenap sudut. Syarikat-syarikat elit teknologi (khususnya syarikat 5G) akan menggunakan ruang ini untuk melaksanakan projek mereka dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, peningkatan ini dijangka dapat dilakukan secara terkawal di kebanyakan negara kerana rakyat memiliki masa yang cukup untuk melakukan desakan dan semakan terhadap mana-mana polisi berkaitan teknologi khususnya yang melibatkan data privasi mereka. Jangkaan senario global yang dinyatakan di atas pastinya turut mengesani senario di Malaysia. Dari sudut politik, ‘mileage’ yang diperolehi oleh kerajaan PN mungkin menjadi batu loncatan ke arah pengukuhan pakatan politik tersebut untuk memenangi PRU yang akan datang. Namun berdasarkan situasi sekarang, tidak mustahil berlaku perpecahan dalam kalangan elit politik Melayu kerana meskipun wujud sebahagian yang cenderung ke arah menjadikan ideologi nasionalis-Islam sebagai corak utama pentadbiran, wujud sebahagian yang lain yang masih ingin berpihak dan mendapatkan kekuatan daripada blok sosialis liberal yang memiliki sokongan antarabangsa. Jika wabak ini berjaya dikekang awal, elit politik dari blok sosialis liberal akan mempunyai ruang masa yang luas untuk kembali meraih pengaruh dan menyerang blok nasionalis-Islam. “Beban Jika kerajaan PN kukuh, beberapa pendekatan ekonomi nasional mungkin akan turut diubah oleh ekonomi yang kerajaan atas dua sebab iaitu pertama, mengambil ditanggung iktibar daripada beban ekonomi yang ditanggung ketika ketika gelombang pertama wabak, dan kedua, untuk memenangi sokongan rakyat majoriti iaitu wabak dan orang Melayu yang banyak terlibat dalam sektor memenangi penting untuk ketahanan ekonomi negara seperti sokongan pertanian dan perikanan. Kerajaan dijangka akan mengurangkan kebergantungan terhadap produk rakyat import dan membangunkan ekosistem domestik secara majoriti akan holistik untuk mendepani krisis seterusnya. Proses menjadi nasionalisasi mungkin berlaku khususnya ke atas sebab sektor kritikal untuk memastikan negara tidak terikat dengan perkiraan syarikat-syarikat swasta. Walau pendekatan bagaimanapun, pendapatan negara dijangka masih ekonomi akan mengalami kemerosotan ekoran kemalapan sektor nasional akan pelancongan. diubah oleh Proses kemasukan teknologi dan pengaplikasian kerajaan teknologi juga dijangka akan menjadi lebih pesat di Malaysia. Desakan sosial untuk memastikan Pakatan kesinambungan aktiviti penting seperti pendidikan dan Nasional” perniagaan dijangka akan mempercepatkan lagi proses -IRIS Institute, melengkapkan infrastruktur dan pengkomersialan Landskap Edisi Khas rangkaian 5G.

36 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Meskipun ia membantu memulihkan gangguan terhadap aktiviti sosial yang terkesan akibat wabak, kesan-kesan lain yang negatif dalam masyarakat juga boleh berlaku jika tidak wujud kesediaan yang baik di pelbagai peringkat. Senario Kedua: Senario ini merupakan jangkaan jika berlaku wabak sedia ada berlanjutan memasuki gelombang kedua, yang lebih teruk berbanding gelombang yang pertama. Angka jangkitan dan kematian meningkat jauh lebih tinggi sehingga kebanyakan negara hilang kapasiti untuk mengekang penyebaran wabak. Senario ini boleh dikatakan sebagai senario ‘worst-case’ bagi tempoh 5 ke 7 tahun yang mendatang. Dalam senario yang teruk begini, jurang antara mereka yang memiliki kelebihan (advantage) tertentu – elit-elit kuasa – dengan manusia kebanyakan akan menjadi amat ketara di setiap lapangan. Ini membolehkan mereka menjadi pihak yang mencorakkan senario seterusnya melalui syarat-syarat yang selari dengan perancangan mereka. Senario ini menyaksikan kapasiti AS dan sekutunya di Eropah untuk mendepani wabak di peringkat domestik semakin meruncing, sekaligus melemahkan pengaruh mereka di peringkat global. Ini membuka ruang kepada kuasa-kuasa dunia yang lain seperti China dan Rusia untuk mengisi vakum yang wujud dalam politik dunia. AS dan EU terpaksa melakukan perdamaian (reconciliation) dengan blok China-Rusia, sekaligus menandakan permulaan “Senario kepada struktur kuasa dunia yang baru. Struktur ini kedua akan berkemungkinan besar bersifat multipolar – pelbagai membentuk kuasa besar yang setara – dan didokong oleh institusi- struktur institusi antarabangsa yang bercorak baharu kesan daripada struktur multipolar tersebut. kuasa dunia yang baru Dalam situasi ini, apa yang boleh terjadi ialah proses normalisasi hubungan antarabangsa di bersifat peringkat global. Antara contoh kesan kepada proses multipolar ini ialah penerimaan Israel sebagai sebuah negara dan didokong dengan sempadan yang luas (termasuk Jerusalem) dan mempunyai kedudukan penting dalam struktur oleh institusi kuasa dunia. Negara-negara yang tidak bersetuju antarabangsa dengan struktur baharu ini akan dilabel sebagai ‘rogue yang bercorak state’ yang dituduh menentang ‘pembangunan’ dan baharu kesan ‘keharmonian dunia’. dari struktur Pada masa yang sama, dalam dimensi ekonomi, multipolar seluruh dunia menjadi semakin terbeban dengan kos mengurus kesihatan awam, di samping kesan teruk tersebut” yang dialami akibat daripada ‘recession’ ekonomi -IRIS Institute, global. Trend peningkatan hutang negara yang Landskap Edisi Khas mendadak dengan ‘collateral’ yang menggadaikan kedaulatan negara akan kelihatan ketara. Kebanyakan syarat itu berkait dengan pelaksanaan projek-projek Landskap Edisi Khas / Mei 2020 37 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 mega (seperti OBOR) yang dimiliki oleh kuasa besar dunia di negara-negara miskin dan membangun. Dalam situasi ini, institusi kewangan dunia mendapatkan kapital daripada elit kapitalis yang dilantik menerajui institusi-institusi tersebut, untuk mengeluarkan pinjaman-pinjaman tambahan kepada negara di seluruh dunia. Polisi penggunaan digital currency (yang dikawal elit kapitalis) dan polisi-polisi yang memihak kepada negara-negara pengeluar seperti China akan mencorakkan terma-terma perdagangan dan diterima oleh kebanyakan negara lantaran keterdesakan domestik yang wujud. Selain itu, dimensi teknologi turut akan melihat perubahan drastik. Dalam senario ini hampir kesemua urusan hidup manusia yang utama di seluruh dunia bergantung kepada penggunaan teknologi dan internet. Syarikat-syarikat milik elit teknologi berjaya mengumpul data peribadi dari seluruh dunia secara ‘exponential’, membolehkan sistem AIartificial ( intelligence) menjadi semakin efektif dan dapat diimplementasi secara meluas termasuk dalam urusan-urusan rasmi kerajaan. Hal ini melahirkan pelbagai dilema dan risiko baru akibat daripada revolusi teknologi yang berlaku dengan terlalu cepat tanpa persediaan yang holistik. Antara risiko utama yang bakal dihadapi ialah pembentukan naratif dan ideologi sosial melalui medium teknologi yang meresap ke tahap mikro dalam masyarakat, khususnya yang merosakkan nilai-nilai kemanusiaan dan menguntungkan elit kuasa di peringkat global. Dalam konteks Malaysia, senario kedua ini bukan sahaja merupakan gambaran yang pesimis terhadap situasi wabak malah ia juga membawa gambaran yang pesimis dalam dimensi politik, ekonomi, dan sosial. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun dan banyak bergantung kepada ekonomi global, Malaysia akan berhadapan dengan ‘sumpahan negara kecil’ (curse of small states) iaitu terpaksa memilih antara mengekalkan kedaulatan yang penuh namun menanggung beban yang besar, atau menerima sokongan dan talian hayat kuasa- kuasa besar namun dengan pelbagai syarat yang berkemungkinan mengancam kedaulatan dan identiti negara. Secara politiknya, kerajaan yang cuba diteraju oleh blok nasionalis Melayu- Islam (jika masih wujud ketika itu) akan menjadi sasaran pihak pembangkang dan juga sebahagian besar rakyat yang resah dan khuatir dengan tahap krisis yang semakin kritikal. Situasi ini membuka ruang kepada perubahan kerajaan (regime change). Elit politik nasional daripada blok sosialis liberal akan meneraju perubahan ini (sekali lagi, seperti PRU yang lalu) dengan gabungan daripada sebahagian elit politik Melayu yang berkepentingan. Malaysia akan sekali lagi mengalami satu iklim politik yang banyak diacukan oleh ideologi dan identiti sosialis liberal dan teras-teras perlembagaan akan sekali lagi dicabar, kali ini dalam bentuk yang lebih agresif dan dengan sokongan yang kuat dari kuasa luar. Ia menjadi syarat untuk Malaysia menerima bantuan yang secukupnya bagi mendepani gelombang wabak yang semakin meruncing. Pada masa yang sama, akibat daripada bebanan kewangan yang terlalu tinggi yang dialami oleh kerajaan untuk mengurus kesihatan awam, pinjaman luar

38 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 terpaksa dilakukan serta banyak perkara terpaksa diswastakan kepada syarikat- syarikat dalam dan luar negara yang memiliki kestabilan kewangan. Projek-projek mega yang dilaksanakan bersama negara luar (misalnya seperti ECRL dengan China) akan dirunding semula untuk mengurangkan lagi bebanan ekonomi kerajaan, membawa kepada terma-terma yang lebih mengancam kedaulatan negara dalam jangka masa panjang. Sebahagian daripada rakyat Malaysia yang tidak tahan dengan situasi ekonomi ini akan berhijrah ke negara yang lebih kaya, menyebabkan negara kehilangan sumber tenaga manusia dan terjejasnya SME. Bekalan makanan pula akan mengalami keterhadan dan harga yang tinggi kerana masih bergantung kepada import. Ketidaktstabilan politik dan ekonomi tentunya akan mengesani situasi sosial dalam negara. Dengan pelaksanaan PKP yang semakin kerap dan tidak dapat dielakkan, risiko peningkatan konflik dalam sistem sosial seperti institusi kekeluargaan dan urusan penting seperti pendidikan turut bertambah. Penggunaan internet dan alam maya untuk menampung ketiadaan interaksi fizikal turut mengundang risiko yang tinggi dari sudut penularan ideologi dan budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat Malaysia. Dalam ketegangan situasi seperti ini, gerakan-gerakan tertentu seperti gerakan Kristianisasi dan Syiah dijangka akan mengambil kesempatan ke atas umat Islam di Malaysia.

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 39 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19 Penutup Dalam kedua-dua senario yang telah digambarkan, perkara yang sama-sama wujud dalam kedua-duanya adalah ketidakpastian terhadapnature’ ‘ dan risiko sebenar yang terkandung dalam pandemik virus COVID-19. Selain daripada kewujudan jangkitan tanpa simptom (asymptomatic) dan jangkitan semula kepada pesakit yang pernah dijangkiti, kini virus tersebut juga telah disahkan bermutasi dan berevolusi kepada beberapa variasi yang lain. Ini membuka kepada pelbagai lagi ketidakpastian khususnya terhadap mekanisme sebaran dan titik kelemahan virus COVID-19. Oleh itu, penghasilan vaksin jika berjaya pun masih belum menjamin tamatnya wabak ini secara sempurna. Meskipun demikian, seperti yang telah dinyatakan, pihak-pihak yang memiliki kelebihan dari kalangan elit-elit kuasa akan memastikan mereka menjadi ‘pemenang’ dalam krisis ini. Jika dirujuk dalam kes-kes sejarah, corak yang sama boleh dicerap dengan jelas. Terdapat krisis-krisis yang pada asalnya berskala kecil dan tidak perlu berlarutan, namun berubah menjadi besar dan berpanjangan untuk memastikan senario pasca krisis dikawal sepenuhnya agar memihak kepada mereka dan menambah penguasaan mereka. Oleh yang demikian, dalam fasa sekarang, IRIS Institute mencadangkan kepada semua pihak yang ingin memastikan situasi negara khususnya dan situasi dunia secara umumnya tidak terperangkap dalam percaturan tersebut agar memberikan perhatian terhadap pergerakan elit-elit kuasa yang telah dinyatakan, samada dengan menilai pergerakan proksi dan platform mereka atau melalui naratif yang cuba dipaparkan dalam media-media yang berada di bawah pengaruh mereka. IRIS Institute menawarkan produk pantauan situasi semasa serta rumusan pergerakan isu-isu yang strategik untuk membantu mana-mana pihak yang berminat. Produk-produk ini boleh membantu pihak yang berminat untuk melakukan cerapan situasi di luar kerangka media arus perdana, serta melihat gambaran keseluruhan isu-isu penting dengan lebih jelas dan tersusun. Layari laman web www.iris.institute untuk melakukan langganan dan mendapatkan produk-produk tersebut.

40 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 41 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

42 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 43 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

RUJUKAN

1. https://www.worldometers.info/coronavirus/ 2. Berita Harian, “WHO jangka kes COVID-19 Malaysia memuncak pertengahan April”. 2 April 2020. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/672090/who-jangka-kes-covid- 19-malaysia-memuncak-pertengahan-april 3. , “US Covid-19 deaths exceed 20,000, the highest in the world”. 12 April 2020. https:// www.thestar.com.my/news/regional/2020/04/12/us-covid-19-deaths-exceed-20000-the- highest-on-the-world 4. Saima Hamid, Mohammad Yaseen Mir & Gulab Khan Rohela (2020), Novel coronavirus disease (COVID-19): a pandemic (epidemiology, pathogenesis and potential therapeutics). 5. Prof Madya Dr Bimo Ario Tejo, “Bangunkan ubat, vaksin cara terbaik akhiri COVID-19”. Berita Harian. 16 April 2020. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/04/677752/bangunkan- ubat-vaksin-cara-terbaik-akhiri-covid-19 6. Berita Harian, “COVID-19: Bekas pesakit bangga plasma darah jadi serum bantu rawatan”. 9 April 2020. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/674945/covid-19-bekas- pesakit-bangga-plasma-darah-jadi-serum-bantu-rawatan. 7. J.M.Abduljalil & B.M.Abduljalil (2020), Epidemiology, genome, and clinical features of the pandemic SARS-CoV-2: a recent view. 8. Al Jazeera, “Coronavirus: Comparing COVID-19, SARS and MERS”. 8 April 2020. https://www. aljazeera.com/news/2020/04/coronavirus-comparing-covid-19-sars-mers-200406165555715. html. 9. Sominsky, L., Walker, D. W., & Spencer, S. J. (2020). One size does not fit all - Patterns of vulnerability and resilience in the COVID-19 pandemic and why heterogeneity of disease matters. Brain, behavior, and immunity. 10. Business Insider, “Bill Gates says the world would need as many as 14 billion doses of a coronavirus vaccine to stop the virus”. 1 Mei 2020. https://www.businessinsider.my/bill-gates- 14-billion-doses-coronavirus-vaccine-may-be-needed-2020-5?r=US&IR=T. 11. Forbes, “Bill Gates Is Now A Target Of COVID-19 Coronavirus Conspiracy Theories”. 19 April 2020. https://www.forbes.com/sites/brucelee/2020/04/19/bill-gates-is-now-a-target-of- covid-19-coronavirus-conspiracy-theories/#2f755dd06227. 12. Al Jazeera, “COVID-19 pandemic is testing world leaders. Who’s stepping up?”. 3 April 2020. https://www.aljazeera.com/news/2020/04/covid-19-pandemic-testing-world-leaders- stepping-200402201221844.html. 13. The Star, “French parliament to vote on COVID-19 tracing app after all”. 21 April 2020. https:// www.thestar.com.my/news/world/2020/04/21/french-parliament-to-vote-on-covid-19- tracing-app-after-all. 14. World Economic Forum. “Coronavirus – this is how the world is responding”. 5 Mac 2020. https:// www.weforum.org/agenda/2020/03/coronavirus-this-is-how-the-world-is-responding/ 15. Xinhua Net, “ASEAN secretary-general hails ASEAN-China cooperation in fighting COVID-19”. 21 April 2020. http://www.xinhuanet.com/english/2020-04/21/c_138996602.htm 44 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

16. Council of the European Union,” COVID-19 coronavirus outbreak and the EU’s response”. 22 April 2020. https://www.consilium.europa.eu/en/policies/covid-19-coronavirus-outbreak- and-the-eu-s-response/. 17. World Economic Forum. “These Harvard scientists think we’ll have to socially distance until 2022” https://www.weforum.org/agenda/2020/04/coronavirus-social-distancing-how-long/ 18. Council on Foreign Relations, “Mapping China’s Health Silk Road”. 10 April 2020. https://www. cfr.org/blog/mapping-chinas-health-silk-road 19. CGTN Africa, “China’s Jack Ma donates second batch of medical supplies to Africa to combat COVID-19”. 6 April 2020. https://africa.cgtn.com/2020/04/06/chinese-billionaire-jack-ma-to- donate-second-batch-of-medical-covid-19-supplies-to-africa/ 20. Dano. M, “Huawei’s medical mask donations spark criticism”. 9 April 2020. https://www. lightreading.com/5g/huaweis-medical-mask-donations-spark-criticism/d/d-id/758811 21. Daily , “China’s ‘mask diplomacy’ effective in Eastern Europe”. 14 April 2020. https:// www.dailysabah.com/world/chinas-mask-diplomacy-effective-in-eastern-europe/news 22. The Star, “Xi’s pledge of Covid-19 aid, experience sharing wins global praise”. 28 Mac 2020. https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/03/28/xi039s-pledge-of-covid-19-aid- experience-sharing-wins-global-praise 23. The Star, “Covid-19: US President Trump threatens to cut off funding to WHO, accuses it of China bias”. 8April 2020. https://www.thestar.com.my/news/world/2020/04/08/trump- threatens-to-cut-off-funds-for-who-over-handling-of-covid-19-pandemic 24. The Economist, “Thanking Big Brother in the absence of American Leadership”. n.d. 25. Mahbubani, K., The Economist, “The World after Covid-19”. 20 April 2020. https://www. economist.com/open-future/2020/04/20/by-invitation-kishore-mahbubani 26. Dugin, A., Geopolitica, “Coronavirus and the Horizons of a Multipolar World: The Geopolitical Possibilities of Epidemic”. 17 Mac 2020. https://www.geopolitica.ru/en/article/coronavirus- and-horizons-multipolar-world-geopolitical-possibilities-epidemic 27. Haas. R., Foreign Affairs, “The Pandemic Will Accelerate History Rather Than Reshape it”. 7 April 2020.https://www.foreignaffairs.com/articles/united-states/2020-04-07/pandemic-will- accelerate-history-rather-reshape-it 28. Kaplan. R. D., Bloomberg, “Coronavirus Ushers in the Globalization we were afraid of”. 20 Mac 2020. https://www.bloomberg.com/opinion/articles/2020-03-20/coronavirus-ushers-in-the- globalization-we-were-afraid-of 29. Burhanettin Duran, SETA, “Why Coronavirus fails to end discrepancies”. 15 April 2020.https:// www.setav.org/en/why-coronavirus-fails-to-end-discrepancies/ 30. CGTN, “Things to know about stimulus packages across the world”. 2 April 2020.https://news. cgtn.com/news/2020-04-01/Five-things-to-know-about-stimulus-packages-PkXG1LKDkI/ index.html 31. OECD, “Corporate debt continues to pile up”. 18 Februari 2020. http://www.oecd.org/ corporate/corporate-bond-debt-continues-to-pile-up.htm 32. IMF, “The Great Lockdown: Worst Economic Downturn Since the Great Depression”. 23 Mac 2020. https://www.imf.org/en/News/Articles/2020/03/23/pr2098-imf-managing-director-

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 45 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

statement-following-a-g20-ministerial-call-on-the-coronavirus-emergency 33. Bank of International Settlements, “The real effects of debt”. September 2011. https://www. bis.org/publ/othp16.pdf 34. Roubini, N., Project Syndicate, “The Coming Greater Depression of the 2020s”. 28 April 2020. https://www.project-syndicate.org/commentary/greater-depression-covid19-headwinds-by- nouriel-roubini-2020-04 35. Financial Times, “Jardine Matheson decides to ‘never say never’ on big bets in China”. n.d. https://www.ft.com/content/44abbb12-621c-11ea-b3f3-fe4680ea68b5 36. South China Morning Post, “Soho China, builder of Zaha Hadid’s curves, is in talks with Blackstone in US$4 billion privatisation deal”. 10 Mac 2020. https://www.scmp.com/business/ companies/article/3074472/soho-china-builder-zaha-hadids-curves-talks-blackstone-us4 37. EdgeProp, “Rockefeller family revives business interest in mainland China, betting on illustrious name to boost golf and real estate projects”. 5 May 2020. https://www.edgeprop.sg/property- news/rockefeller-family-revives-business-interest-mainland-china-betting-illustrious-name- boost-golf-and 38. Bloomberg, “Why BlackRock Has a Role in the Fed Bond-Buying Spree: QuickTake”. 26 Mac 2020. https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-03-25/why-blackrock-has-a-role-in- the-fed-bond-buying-spree-quicktake 39. Financial News, “Rothschild drafted in to review multibillion-pound airline bailout — report”. 20 Mac 2020. https://www.fnlondon.com/articles/rothschild-drafted-in-to-review-multi- billion-pound-airline-bailout-report-20200320 40. The Economist, “Would-be autocrats are using covid-19 as an excuse to grab more power”. 23 April 2020. https://www.economist.com/international/2020/04/23/would-be-autocrats-are- using-covid-19-as-an-excuse-to-grab-more-power 41. Time, “It Was Already Dangerous to be Muslim in India, Then Came the Coronavirus”. 3 April 2020. https://time.com/5815264/coronavirus-india-islamophobia-coronajihad/ 42. New Straits Times, “Thousands protest against US Covid-19 lockdown”. 17 April 2020. https:// www.nst.com.my/world/world/2020/04/585044/thousands-protest-against-us-covid-19- lockdown 43. OneZero, “Pandemic is a Trojan Horse for Surveillance programs around the world”. 9 April 2020. https://onezero.medium.com/the-pandemic-is-a-trojan-horse-for-surveillance- programs-around-the-world-887fa6f12ec9 44. Hawley, R. J., & Eitzen Jr, E. M. (2001). Biological Weapons—a Primer for Microbiologists. Annual review of microbiology, 55. 45. ABC News, “Homeland Security warns terrorists may exploit Covid-19 pandemic”. 25 Mac 2020. https://abcnews.go.com/Politics/homeland-security-warns-terrorists-exploit-covid-19- pandemic/story?id=69770582 46. The Economist, “The havoc wrought by covid-19 will spark new concern over bio-weapons”, 23 April 2020. https://www.economist.com/united-states/2020/04/23/the-havoc-wrought-by- covid-19-will-spark-new-concern-over-bio-weapons 47. The Japan Times, “Will the COVID-19 pandemic cause a food crisis?”. 17 April 2020. https://

46 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

www.japantimes.co.jp/opinion/2020/04/17/commentary/japan-commentary/will-covid-19- pandemic-cause-food-crisis/#.Xq6WE6gzaM8 48. The Next Web, “Coronavirus pandemic has unleashed a wave of cyber attacks — here’s how to protect yourself”. 5 April 2020. https://thenextweb.com/syndication/2020/04/05/coronavirus- pandemic-has-unleashed-a-wave-of-cyber-attacks-heres-how-to-protect-yourself/ 49. PWC, “Managing the impact of COVID-19 on cyber security”. April 2020. https://www.pwc. com/my/en/assets/publications/2020/pwc-malaysia-impact-of-covid-19-on-cyber-security. pdf 50. Berita Harian, “Dr Noor Hisham antara doktor terbaik di dunia tangani krisis COVID-19”. 15 April 2020. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677699/dr-noor-hisham- antara-doktor-terbaik-di-dunia-tangani-krisis-covid-19 51. Datuk M. Periasamy, Astro Awani, “Rakyat gembira dan lega dengan PRIHATIN”. 31 Mac 2020. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rakyat-gembira-dan-lega-dengan- prihatin-235952 52. Astro Awani, “Kerajaan Cadang setiap Tabung Covid-19 daftar dengan Kementerian Kewangan” 8 April 2020 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-cadang-setiap-tabung- covid-19-daftar-dengan-kementerian-kewangan-ismail-sabri-237354 53. Investopedia, “Guide to Economic Recession”. 20 April 2020 https://www.investopedia.com/ terms/r/recession.asp 54. The Malaysia Reserve, “Malaysia on the verge of recession”6 April 2020 https:// themalaysianreserve.com/2020/04/06/malaysia-on-the-verge-of-recession-economy-could- shrink-2/ 55. World Bank, “The Economy in the time of Covid 19” 3 Mac 2020 https://openknowledge. worldbank.org/handle/10986/33477 56. IMF, “World Economic Outlook” nd https://www.imf.org/en/Publications/WEO/ Issues/2020/04/14/weo-april-2020 57. ADB “Asian Development Outlook” nd https://www.adb.org/sites/default/files/ publication/575626/ado2020.pdf 58. The Edge, “March export fall 4.7% to RM 81 billion” 4 Mei 2020 https://www.theedgemarkets. com/article/march-exports-fall-47-rm801b-electrical-products-drag?fbclid=IwAR14fL2OCjWG BRUfliwX5XsVUCHz7tOJpXw1WJ8o3UvXy1_ULGrCK5iORmg#.Xq-jNks2ryo.facebook 59. WSJ “Malaysia’s Petronas to Review Spending” 28 Nov 2014 https://www.wsj.com/articles/ malaysias-petronas-to-review-spending-as-oil-prices-slide-1417172761 60. Malaysiakini, “Malaysia hilang Rm 300 juta setiap satu dollar minyak jatuh” https://www. malaysiakini.com/news/518873 61. The Edge, “Revisiting Malaysia Tax Scene after a year” 15 Mei 2019 https://www. theedgemarkets.com/article/revisiting-malaysian-tax-scene-year-after 62. The Malaysia Reserve, “Malaysia on the verge of recession”6 April 2020 https:// themalaysianreserve.com/2020/04/06/malaysia-on-the-verge-of-recession-economy-could- shrink-2/ 63. IMF, “World Economic Outlook” nd https://www.imf.org/en/Publications/WEO/

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 47 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

Issues/2020/04/14/weo-april-2020 64. MIER, “The Economic Impacts of Covid 19” 23 Mac 2020 https://www.mier.org.my/the- economic-impacts-of-covid-19/ 65. Commodity “Malaysia’s Debt Clock: The Prime Minister Admits off Budgets” 9 Mac 2020 https://commodity.com/debt-clock/malaysia/ 66. South China Morning Post, “Chinese ship Haiyang Dizhi 8 seen near Malaysia water” 18 April 2020 https://www.scmp.com/news/asia/southeast-asia/article/3080510/south-china-sea- chinese-ship-haiyang-dizhi-8-seen-near 67. Defense News, “China’s island fortifications are a challenge to international norms” 17 April 2020 https://www.defensenews.com/opinion/commentary/2020/04/17/chinas-island- fortifications-are-a-challenge-to-international-norms/ 68. Berita Harian, “Covid-19: Tiga amaran, saranan keselamatan siber” 10 April 2020 https:// www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/675215/covid-19-tiga-amaran-saranan- keselamatan-siber-dikeluarkan-sepanjang 69. Manila Standard, “Kaspersky detects over 14 million phishing attempts in Southeast Asia for H1 2019”. 2 September 2019. http://manilastandard.net/tech/tech-news/303908/kaspersky- detects-over-14-million-phishing-attempts-in-southeast-asia-for-h1-2019-.html 70. Malay Mail, “China hacked Malaysian, other Asian telcos to spy on Uighur travellers, say sources”. 6 September 2019. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/09/06/china- hacked-malaysian-other-asian-telcos-to-spy-on-uighur-travellers-say-s/1787811 71. Department of Statistics Malaysia, “Supply and Utilization Accounts Selected Agricultural Commodities” 6 April 2020 https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/ pdfPrev&id=Tm5OaVh6RFpFM2VGOTIrZzltbWg3QT09 72. Prof Dr Fatimah Mohamed Arshad, “Krisis beri definisi situasi jaminan bekalan makanan”. Berita Harian. 30 April 2020. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/04/683378/krisis- beri-definisi-situasi-jaminan-bekalan-makanan. 73. Kementerian Pendidikan Malaysia, “Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025”. . 2013 74. Hayati Ismail, “COVID-19 pemangkin perubahan dalam Pendidikan”. Universiti Sains Islam Malaysia. https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/covid-19-pemangkin- perubahan-dalam-pendidikan/ 75. Kementerian Pendidikan Malaysia, “Garis panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa perintah kawalan pergerakan disebabkan penularan jangkitan COVID 19”. Putrajaya. 27 Mac 2020. https://www.moe.gov.my/pekeliling/3361-surat-siaran-kpm-bilangan- 3-tahun-2020-garis-panduan-pelaksanaan-pengajaran-dan-pembelajaran-pdp-semasa-pkp- disebabkan-penularan-jangkitan-covid-19/file 76. S.M. Reza Yamani Sayed Umar, “Jurang digital pembelajaran atas talian”. 23 April 2020. https:// www.sinarharian.com.my/article/80180/KHAS/Pendapat/Jurang-digital-pembelajaran-atas- talian-1.80180 77. Ker (2020), “My Trace: Does Malaysia’s contact tracing app track your location” 4 May 2020 https://www.soyacincau.com/2020/05/04/government-mytrace-app-contact-tracing-skg-

48 Landskap Edisi Khas / Mei 2020 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

malaysia-covid-19-khairy-jamaluddin/ 78. Najb (2020), “Gerak Malaysia- aplikasi pengenalan kenalan untuk Covid 19 boleh dimuat turun” 17 April 2020 https://bm.soyacincau.com/2020/04/17/gerak-malaysia-aplikasi-pengesanan- kenalan-covid-19/ 79. Sinar Harian, “Permintaan penghantaran makanan melonjak 30 peratus”. 18 Mac 2020. https://www.sinarharian.com.my/article/74393/BERITA/Nasional/Permintaan-penghantaran- makanan-melonjak-30-peratus 80. ISIS Malaysia, “Digital Trade: A Boon During the MCO and Beyond”. 17 April 2020. https://www. isis.org.my/2020/04/17/digital-trade-a-boon-during-the-mco-and-beyond/ 81. Ahmad Fadhli Shaari, “Ke mana hala tuju ekonomi gig di Malaysia?”. Malaysiakini. 28 Oktober 2019. https://www.malaysiakini.com/news/497628 82. Zainul, N., Osman, F., & Mazlan, S. H. (2004). E-Commerce from an Islamic perspective. Electronic Commerce Research and Applications, 3(3), 280-293. 83. Mohd Hazizi Ab Rahman, “Impak Sosial Covid-19”. TV Pertiwi. 2 April 2020. https://www. facebook.com/TvPertiwi/videos/642348763008967/?v=642348763008967 84. Harian Metro, “PKP: 353 kes keganasan rumah tangga dilaporkan”. 17 April 2020. https:// www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/567642/pkp-353-kes-keganasan-rumah-tangga- dilaporkan.

Landskap Edisi Khas / Mei 2020 49 Senario Global & Malaysia Pasca COVID-19

Copyright © 2020, by Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS) Institute Berhad

Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam dokumen ini tidak boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan bentuk dengan apa jua cara sekalipun sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS) Institute Berhad.

50 Landskap Edisi Khas / Mei 2020