13 Hari 11 Malam BALKANS BERSEJARAH + ITALI

HARI 1

KUALA LUMPUR – DUBAI – MILAN – PADOVA (MM)

• Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Milan. (Transit di Dubai) • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Milan–Malpensa, tetamu di bawa melawat ke sekitar bandar Milan antaranya Sforzesco yang merupakan sebuah istana yang dibina di atas kubu peninggalan dari kurun ke-14, Milan Cathederal sebuah gereja binaan gothic, Monument Victor Emmanuel II. • Tetamu juga berpeluang membeli belah di Galleria Vittoria Emanuele II yang menjual pelbagai barangan berjenama seperti Versace, Prada, Louis Vuitton atau di sepanjang jalan Corso Vittorio Emanuele II. • Meneruskan perjalan ke Padova dan makan malam di restoran tempatan. • Daftar masuk hotel dan bermalam di Padova.

HARI 2

PADOVA – VENICE – LAKE BLED – LJUBLJANA (SP/MT/MM)

• Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. • Meneruskan perjalanan ke Venice dan tetamu di bawa menaiki bot dari Tronchetto Pier ke San Marco kepulauan Venice yang terkenal sebagai kota romantis. Lawatan di sekitar San Marco Square yang menempatkan San Marco Basilica yang merupakan sebuah gereja yang berekabentuk ciri Byzantine, Bridge of Sighs iaitu sebuah jambatan yang menyambungkan Doge’s Palacedengan penjara. • Selepas itu, tetamu di bawa menaiki bot dari San Marco untuk kembali ke Tronchetto Pier. • Makan tengahari di restoran tempatan dan solat di Islamic Centre of Venice.

Pilihan lawatan tambahan (bergantung kepada keadaan masa):

Menaiki Gondola di Venice yang cukup terkenal di kota ini sambil menyusuri terusan – terusan.

Gondola di Venice : (EUR 25) seorang

• Meneruskan perjalanan ke Lake Bled yang terletak di Slovenia dan setibanya di sana, tetamu di bawa menaiki Pletna Boat Ride untuk ke Bled Island adalah sebuah pulau yang dikelilingi oleh tasik dan satu-satunya pulau semulajadi di Slovenia. • Tetamu juga di bawa melawat ke Bled Castle adalah istana zaman pertengahan yang dibina pada jurang di atas bandar Bled di Slovenia yang menghadap Lake Bled. • Meneruskan perjalan ke Ljubljana dan makan malam di restoran tempatan. • Daftar masuk hotel dan bermalam di Ljubljana.

HARI 3

LJUBLJANA – ZAGREB (SP/MT/MM)

• Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. • Bertolak menuju ke Ljubljana yang merupakan ibu kota Slovenia. Tiba di Ljubljana, melawat Ljubljana Castle dan bersiar-siar di Old Town Ljubljana. • Tetamu juga berpeluang untuk berfoto di St. Nicholas Cathedral, Dragon Bridge dan Preseren Square. • Seterusnya meneruskan perjalanan ke Zagreb. • Tiba di Zagreb dan makan tengahari di restoran tempatan serta bersolat di Zagreb Mosque. • Kemudian di bawa melawat tarikan di sekitar kotaraya Zagreb antaranya ialah Zagreb City Scale Model, Old Town Gate, Mark’s Square, Dolac Market, Cathedral of Zagreb, Strossmayer Promenade, Croatian National Theater. • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

HARI 4

ZAGREB – PLITVICE LAKES – BIHAC (SP/MT/MM)

• Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. • Bertolak ke Plitvice Lakes National Park yang terletak di dalam negara Croatia untuk melawat taman negara tertua dan terbesar di Balkans itu. Tetamu berpeluang meniti jambatan pejalan kaki merentasi tasik ini sambil berfoto kenangan di kawasan tasik yang dianggap sebagai syurga dunia ini. • Makan tengahari di restoran tempatan dan bertolak ke Bihac. • Setibanya di Bihac, makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

HARI 5

BIHAC – JAJCE – – AHMICI – SARAJEVO (SP/MT/MM)

• Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. • Bertolak ke Jajce dan setibanya di sana, tetamu di bawa bergambar dengan berlatar belakangkan Pliva Waterfall dan Watermills Open Air Museum. • Makan tengahari di restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Travnik. Bersolat di Esma Sultanija Mosque. • Bertolak ke bandar Travnik dan singgah sebentar dan melawat 116 Monument di perkampungan Ahmici yang merupakan medan tragedi pembunuhan beramai-ramai yang tragik oleh tentera Serbia ketika Perang Bosnia selain Sebrenica. • Meneruskan perjalanan ke Travnik dan setibanya di sana, melawat Fortress Stari Grad yang dibina oleh Empayar Uthmaniyyah, Ahmici Memorial, Castle of Travnik, Elci Ibrahim Pasha Medresesi, Varos Mosque dan menikmati keindahan alam semula jadi di Blue Water. • Meneruskan perjalanan ke Sarajevo dan daftar masuk hotel. • Makan malam dan bermalam di Sarajevo.

HARI 6

SARAJEVO (SP/MT/MM)

• Sarapan pagi di hotel. • Bertolak ke kotaraya Sarajevo yang dikenali sebagai kota lama Bascarija dan menyimpan pelbagai sejarah lampau dan moden. Melawat ke Eternal Flame yang merupakan simbol memori bagi tentera dan penduduk tempatan yang gugur ketika Perang Dunia kedua, lawatan dan berfoto di City Hall & The House of Spite, Bascarsi Mosque. • Makan tengahari di restoran tempatan dan di bawa bersolat di Gazi Husrev-bey Mosque. • Seterusnya di bawa berfoto kenangan di air pancut Sebilj, Sacred Heart Cathedral dan membeli-belah di Bazaar. • Kembali ke hotel dan makan malam.

HARI 7

SARAJEVO - MOSTAR (SP/MT/MM)

• Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. • Memulakan lawatan ke Tunnel of Hope iaitu terowong yang menyelamatkan Sarajevo semasa Perang Bosnia. • Kemudian lawatan ke Vrelo Bosne yang merupakan Taman Negara Bosnia. • Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan perjalanan ke Mostar yang terletak di dalam negara serta merupakan kawasan yang amat terkesan dibom semasa Perang Bosnia. • Setibanya di sana, tetamu di bawa melawat ke Old Bridge yang amat terkenal baik dari segi sejarahnya sejak 1566 dan keindahannya, menyelusuri kawasan Old Town, Koski Mehmed Pasha Mosque, Nesuh-Aga Mosque dan lawatan ke Narrow Bridge. • Daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 8

MOSTAR – – POCITELJ – DUBROVNIK (SP/MT/MM)

• Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. • Seterusnya di bawa melawat ke perkampungan Blagaj di mana terletaknya sekolah sufi Dervish Tekke di tepi Buna River Spring yang amat cantik dengan airnya yang sangat jernih. • Singgah sebentar dan melawat tarikan di perkampungan zaman Uthmaniyyah sejak 1383 lagi iaitu Pocitelj; Ali Pasha Mosque, Time Tower and The Outdoors dan merakam pemandangan panorama dari Hill of Pocitelj. • Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan perjalanan Dubrovnik yang terkenal dengan tembok kota tepi lautnya di dalam negara Croatia. • Setibanya di sana, tetamu di bawa melawat sekitar bandar Dubrovnik yang dikenali sebagai “Pearl of the Adriatic”; Franciscan Monastery, Rector’s Palace yang dibina sejak awal kurun ke-13 lagi, Museum of Croatian War of Independence, Stradun Square, Clock Tower dan Orlando’s Column yang terletak di Luza Square. • Kemudian tetamu di bawa bersiar-siar sambil membeli cederahati di Old Town Stradun. • Makan malam di restoran tempatan daftar masuk hotel.

HARI 9

DUBROVNIK – KOTOR – BUDVA - PODGORICA (SP/MT/MM)

• Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. • Bertolak menuju ke Kotor yang banyak mercu tandanya dan merupakan tapak UNESCO World Heritage Sites. • Melawat Old Town, St. Triphon Cathedral, Sea Gate of 1555, Square of Arms, Orthodox Square, Maritime Museum, Napoleons Theatredan Prince’s Palace. • Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan perjalanan ke Budva yang terletak di dalam negara Montenegro. • Setibanya di sana, tetamu di bawa melawat tarikan di situ antaranya The Old Town Stari Grad, Poet’s Square, Budva Citadel, Church of St.John dan Mogren Beach. • Perjalana diteruskan ke Podgorica dan makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel dan bermalam di Podgorica.

HARI 10

PODGORICA – TIRANA – BITOLA - OHRID (SP/MT/MM)

• Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Seterusnya bertolak menuju ke ibu negara Albania, Tirana dan melawat Skanderbeg Square. • Makan tengahari di restoran tempatan dan bersolat di Ethem Bey Mosque. • Meneruskan perjalanan menuju ke Ohrid dan setibanya di sana, melawat Cinar Square, Ayasofya Church, Kuloglu Mosque, Halveti Hayati Tekke dan Amphitheatre. Daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 11

OHRID – TETOVO - SKOPJE (SP/MT/MM)

• Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. • Bertolak menuju ke Skopje yang merupakan ibu negara dan bandar yang terbesar di Republik of Maccedonia dan singgah di Tetovo. Tetamu di bawa melawat ke Sarena Mosque yang merupakan masjid berwarna warni di mana tetamu berpeluang melihat keunikan seni lukis Islam Era Ottoman di masjid ini. • Meneruskan perjalanan ke Skopje dan setibanya di sana, tetamu di bawa melawat sekitarnya antaranya; Castle of Skopje yang juga dikenali sebagai ‘Kale Fortress’ yang dibina sejak kurun ke-6. • Kemudian tetamu di bawa menziarahi Mustafa Pasha Mosque sebuah masjid yang terletak di kawasan Bazaar serta menziarahi Murat Pasha Mosque yang memiliki air pancut di bahagian luar pintu masuknya. Ketika Skopje mengalami musim panas yang sangat terik, hampir semua yang melewatinya akan berhenti sejenak untuk minum, Old Railway dan Memorial Hose of Mother Teresa. • Makan tengahari di restoran tempatan dan lawatan diteruskan ke Yahya Pasha Mosque yang dibina pada tahun 1504 dimana ianya digunakan oleh tentera german sebagai artillery workshop pada tahun 1915. • Kemudian menuju ke Stone Bridge yang merupakan jambatan yang dibina merentangi Sungai Vardar yang menghubungkan Old Town dengan Macedonian Square serta berpeluang berfoto di Statue of Alexander the Great. • Seterusnya tetamu di bawa membeli belah di Old Town yang menjual pelbagai barangan cenderamata. • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

HARI 12

SKOPJE - DUBAI (SP)

• Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. • Bertolak ke Lapangan Terbang Skopje untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. (Transit di Dubai)

HARI 13

DUBAI – KUALA LUMPUR

• Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

TARIKH PENERBANGAN & HARGA PAKEJ

Harga Seorang Mengikut :

TARIKH PENERBANGAN 26 Mac 2019 - NYS - KANAK-KANAK KATEGORI HARGA BILIK SEORANG BERDUA KANAK-KANAK BERKATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL BERDUA Dewasa 12688 10798 11288 9398 10188 8598 9088 7698 7888 6798 Warga Emas 12588 10668 11188 9268 - - - OKU - 11188 9268 10088 8468 8988 7568 7788 6668 INFO PENERBANGAN HARI PESAWAT SEKTOR ETD ETA

1 EK 343 KL – Dubai 0110 0430 1 EK 205 Dubai – Milan 0910 1310 12 EK 2243 Skopje – Dubai 1325 2125 13 EK 346 Dubai – KL 0330 1435

INFO HOTEL BIL.MALAM DESTINASI HOTEL BINTANG 1 Padova Tulip Inn Hotel / setaraf 4* 1 Ljubljana M Hotel / setaraf 4* 1 Zagreb Aristos Hotel / setaraf 4* 1 Bihac Emporium Hotel / setaraf 4* 2 Sarajevo Hollywood Hotel / setaraf 4* 1 Mostar Eden Hotel / setaraf 4* 1 Dubrovnik Adria Hotel / setaraf 4* 1 Podgorica Aurel Hotel / setaraf 4* 1 Ohrid Mirage Hotel / setaraf 4* 1 Skopje Sultan Hotel / setaraf 4*

PAKEJ TERMASUK

• Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang. • Penginapan 11 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk jadual senarai hotel). • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara. • Tiket masuk ke tempat lawatan : Bled Castle, Blagaj Dervish Lodge, Vrelo Bosna, Travnik Castle, Plitvice National Park dan Tunnel of Hope. • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara. • Pengangkutan menaiki bot di Venice (Trochetto ke San Marco dan San Marco ke Trochetto). • Pengangkutan menaiki bot di Lake Bled ke Bled Island. • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman. • Cukai bandar (city tax) sekiranya memerlukan. • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran. • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih. • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi) • Insurans kembara (Travel Insurance).

PAKEJ TIDAK TERMASUK

• Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah. • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll. • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara. • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa. • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.

MAKLUMAT AKAUN Bayaran hendaklah di buat secara Tunai di pejabat ATAU memasukkan ke Akaun Bank atau Cek kepada :

PENERIMA : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD BANK : MAYBANK BERHAD NO. AKAUN : 5625 6230 4881