EIA for the Proposed Mixed Housing and Commercial Development on Lot 66166, Mukim , Daerah Kuala Langat, Darul Ehsan for Setara Hati Sdn. Bhd.

RINGKASAN EKSEKUTIF

I. Pengenalan Cadangan Projek

Kajian Penilaian Kesan Awalan Impak keatas alam sekitar ini dijalankan untuk cadangan Pembangunan Perumahan Bercampur dan Perniagaan di atas Lot 66166, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Projek ini akan dijalankan di kawasan dengan jumlah keluasan 257.25 ekar (104.11 hektar) dan akan dibangunkan oleh Setara Hati Sdn. Bhd. Lokaliti tapak Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat. Penilaian Awal Tapak (PAT) telah dihantar ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor pada 2hb September 2015 dan pihak Jabatan tiada bantahan dengan pembangunan ini diteruskan dengan syarat Laporan EIA dikemukakan untuk kelulusan. Walaubagaimanapun, syarat juga menyatakan disebabkan kawasan bahagian timur adalah bersebelahan dengan Kuari Tan Ming dan Kuari Spring Energy, 500m pembangunan bukan kediaman perlu disediakan. Pecah sempadan untuk Lot 66166 telah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah Daerah Kuala Langat untuk tujuan pembahagian tanah. Lot 66166 dicadangan untuk dibahagikan kepada dua (2) lot yang memisahkan kawasan pembangunan dan zon bukan kediaman. Kawasan zon bukan kediaman akan dibangunkan pada masa akan datang sebagai pembangunan individu oleh Penggerak Projek sebaik sahaja kelulusan untuk pengezonan semula dari kediaman ke gunatanah lain dibenarkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat.

Tapak Projek ini terletak di dalam Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Projek yang dicadangkan ini dikelilingi dengan perumahan, kuari, tanah lapang dan ladang kelapa sawit. Tapak Projek ini terletak kira-kira 25km ke barat daya dari Kuala Lumpur dan 12km ke barat Wilayah Persekutuan Putrajaya. Dari segi geografi, tapak Projek berada pada latitud 2°57’27.64”U hingga 2°57’05.99”U, longitud 101°33’01.15”T hingga 101°33’09.27”T dan latitude 2°57’51.18”U ke 2°57’24.16”U, longitud 101°33’45.66”T ke 101°33’45.71”T. Lokasi Tapak Projek adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah A . Pembangunan yang dicadangkan ini boleh diakses dari melalui Persiaran Anggerik Mokara, Jalan Kampong Lombong  Jalan Lombong Emas 3 yang boleh disambung dari Lebuhraya (KESAS)

Pada masa ini, tapak projek ini dilitupi dengan pokok kelapa sawit, tumbuhan sekunder dan kolam. Secara umumnya, kawasan Projek adalah rata dengan pokok renek dan kolam di bahagian timur manakala pokok kelapa sawit meliputi bahagian tengah dan barat tapak project. Terdapat jalan tanah dan parit perimeter sedia ada mengelilingi ladang kelapa sawit. Terdapat juga parit sedia ada di dalam tapak projek untuk menyalurkan air larian permukaan dari ladang kelapa sawit. Keadaan sediada di Tapak adalah seperti yang ditunjukkan di Gambarajah B . Tapak Projek yang dicadangkan dikelilingi dengan kediaman, kuari, kawasan lapang dan kelapa sawit.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. I

EIA for the Proposed Mixed Housing and Commercial Development on Lot 66166, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan for Setara Hati Sdn. Bhd.

Gambarajah A: Lokasi Tapak Projek

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. II

EIA for the Proposed Mixed Housing and Commercial Development on Lot 66166, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan for Setara Hati Sdn. Bhd.

Gambarajah B: Keadaan Semasa Tapak Projek

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. III

EIA for the Proposed Mixed Housing and Commercial Development on Lot 66166, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan for Setara Hati Sdn. Bhd.

Cadangan Projek ini adalah pembangunan perumahan terdiri daripada kawasan seluas 50 hektar yang tertakluk kepada perkara 16, Jadual Pertama, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 dibawah sekyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012.

Berdasarkan pada Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020, Projek yang dicadangkan adalah terletak dalam Blok Perancangan: BP1: Tanjung Dua Belas dan dibawah Blok Perancangan Kecil BPK 1.17: Bukit Kemandul. Berdasarkan plan tempatan, cadangan tapak projek yang jatuh dibawah BPK:1.17 telah ditetapkan untuk pembangunan perumahan.

Pihak yang terlibat dalam pembangunan ini:- i. Pemaju: SETARA HATI SDN. BHD. (598122 – P) No. 45, Jalan Anggerik Vanilla BF31/BF, Kota Kemuning, Seksyen 31, 40460, Shah Alam Selangor Darul Ehsan Tel.: 03-5122 1055; Fax.: 03-5121 3230 U/p : En. Chen Them Choy

ii. Perunding EIA EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. (239233-K) No. 63A-2 & 65-2, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS1/50,Taman Petaling Utama, 46150 , Selangor Darul Ehsan. Tel. : 03-7783 3639/40; Fax. : 03-7784 3200 U/p. : Pn. Geetha P. Kumaran (C0020) (Ketua Kajian EIA) iii. Jurutera Awam dan Struktur

SEPAKAT SETIA PERUNDING SDN. BHD. Wisma SSP, Level 8-18, No. 1, Jalan SR 8/3, Serdang Raya, Section 8, 43300 , Selangor Tel: 03-8943 3366 Fax: 03-8943 2691 U/p.: Ir. Lee Yun Fook

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. IV

EIA for the Proposed Mixed Housing and Commercial Development on Lot 66166, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan for Setara Hati Sdn. Bhd.

iv. Jurutera Mekanikal dan Elektrikal

Planning G&P M&E SDN. BHD. 23-2, Jalan 3/146, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur Tel: 03-9056 1593 Fax: 03-9054 7735 U/p.: Ir. Teoh Tian Leng

v. Perunding Perancang dan Pembangunan Arkitek Perancang AJC PLANNING CONSULTANTS SDN BHD Global Business & Convention Center, Block B, 1st Floor, No. 8, Jalan 19/1, Section 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-7956 8999; Fax: 03-7956 9320 U/p.: Pn. Mahani Binti Mohd Yasin vi. Juru Ukur JURUKUR NIK HISHAM & TUNG SDN. BHD. 603, Block A, Mentari Business Park, 2, Jalan PJS 8/5, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya Tel: 03-56335629 Fax: 03-56340827 Attn.: Mr. Chong Tuck Seng

vii. Perunding Trafik RUNDING TRAFIK MZK SDN. BHD. F-9-3A, Block F, Setia Walk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar , 47160 Puchong, Selangor Tel: 03-58791611 Fax: 03-58791612 Attn.: En. Mohammad Razif Mat Shah

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. V

EIA for the Proposed Mixed Housing and Commercial Development on Lot 66166, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan for Setara Hati Sdn. Bhd. viii. Perunding Bunyi dan Getaran

Institute of Noise & Vibration Universiti Teknologi Universiti Teknologi Malaysia, City Campus, Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: 03- 2615 4924; Fax: 03- 2693 2854 Attn.: Prof. Dr. Mohd Salman Leong ix. Makmal Akreditasi

Spectrum Laboratories Sdn. Bhd. (SAMM No.: 244)

Lot 14 Jalan Pendamar 27/90, Seksyen 27, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel.: 03-5192 8188 Fax: 03-5191 8188 Attn.: Mr. Casey Kan

II. Alam Persekitaran Sediada

Persekitaran Fizikal a. Topografi • Berdasarkan pada pelan ukur, cadangan Tapak Projek ini mempunyai permukaan yang agak rata dengan purata ketinggian dari RL4.5m hingga RL6.0m dari min paras air laut. • Kawasan tertinggi (kira-kira RL11.883m) berada di bahagian tenggara Tapak Projek manakala kawasan terendah (kira-kira RL4.317m) berada di bahagian timur Tapak Projek. b. Saliran • Tapak Projek pada amnya adalah terletak di dalam kawasan tadahan Sg. Kelang. • Secara khususnya, bahagian permukaan rata Tapak Projek disaliri oleh tali air buatan manusia untuk ladang kelapa sawit dan akan mengalir ke arah utara melalui perkampungan melayu sebelum di discaj ke dalam Sg. Kelang. • Terdapat lapan (8) takat pengambilan air di dalam kawasan tadahan air Sg. Kelang. Tiada takat pengambilan air di hilir Sg. daripada pelepasan Tapak Projek.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VI

EIA for the Proposed Mixed Housing and Commercial Development on Lot 66166, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan for Setara Hati Sdn. Bhd. c. Aspek Geologi dan Tanah • Tapak Projek yang terletak di atas mendapan aluvium Kuarternari yang tidak konsolidat dan semi- konsolidat dengan ketebalan berbeza yang membentuk Formasi Beruas berusia Holosen (termasuk gambut, tanah liat humik dan mendapan lumpur). • Kajian penyiasatan tanah (SI) telah dijalankan oleh kontraktor-kontraktor penyiasatan tanah iaitu Messrs. IES Integrated (M) Sdn. Bhd. sementara penilaian dan interpretasi geoteknikal log-log dan parameter- parameter lubang gerudi yang diperolehi secara in-situ dan daripada ujian-ujian makmal telah dijalankan oleh Konsultan Geoteknikal , Sepakat Setia Perunding dengan enam (6) lubang gerudi (BH1 hingga BH6) digerudi dalam Tapak Projek dan dua (2) piezometer dipasang. • Berdasarkan laporan SI, ketebalan lapisan tanah gambut adalah kira-kira 0.3m kepada tidak melebihi 1.0m. • Berdasarkan kepada Peta Tanah Reconnaissance Semenanjung Malaysia (Pindaan 2002), yang diterbitkan oleh Kementerian Pertanian, Malaysia, tanah-tanih dalam Tapak Projek adalah terdiri daripada tanah gambut. • Dengan merujuk kepada Peta Hidrogeologi Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2008) yang diterbitkan oleh Jabatan Mineral and Geosains (JMG) Malaysia, keseluruhan Tapak Projek adalah terletak dalam kawasan rejim akuifer yang berkeupayaan rendah di rantau ini. d. Gunatanah • Jenis gunatanah yang utama dalam kawasan impak adalah kawasan pertanian iaitu 9,766.64 ekar (38.93% dari keseluruhan kawasan impak). Tanaman utama yang ditanam di sekitar tapak projek adalah kelapa sawit dan hortikultur bercampur. Kebanyakan ladang-ladang kelapa sawit dan hortikultur bercampur adalah didapati di Estet Thangamallay, Kampung Jalan Kebun, Kampung Lombong dan kampung Seri Aman Hilir. • Kawasan penempatan dan bukan pertanian adalah jenis gunatanah kedua utama dalam kawasan impak iaitu seluas 8,215.80 ekar atau 32.75%. Pembangunan bandar iaitu Kota Kemuning, , , Taman Putra Prima adalah antara reseptor terdekat dengan tapak projek. • Kawasan berhutan seperti padang rumput terbiar merangkumi kira-kira 3.90% daripada kawasan impak. Selain itu, hutan sekunder merangkumi 217.13 ekar (0.87% daripada kawasan impak) manakala hutan paya merangkumi 1,148.48 ekar (4.58% daripada kawasan impak). Tanah paya merangkumi 426.82 ekar atau 1.70% daripada kawasan impak. • Tapak projek yang meliputi kira-kira 11.34% daripada keseluruhan kawasan impak adalah terdiri daripada kawasan lapang terbiar dan 5.93% terdiri daripada sungai (Sg. Klang) dan tasik/kolam. • Penerima terdekat bagi cadangan Projek ini ialah kawasan kediaman Kg. Lombong dan Taman Seri Orked di bahagian Utara. Manakala di bahagian Barat adalah Tropicana Aman dan Pembangunan Bandar Rimbayu yang masih dalam pembinaan. Di bahagian Timur Tapak Projek adalah Kuari Tan Ming dan Kuari Spring Energy yang masih aktif dan di bahagian Selatan adalah kawasan lapang. Gambarajah yang menunjukkan penerima terhampir sediaada adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah C .

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VII

EIA for the Proposed Mixed Housing and Commercial Development on Lot 66166, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan for Setara Hati Sdn. Bhd.

Gambarajah C: Penerima Terhampir dengan Tapak Projek

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VIII

EIA for the Proposed Mixed Housing and Commercial Development on Lot 66166, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan for Setara Hati Sdn. Bhd. e. Kualiti Air • Penilaian kualiti air dasar projek dijalankan pada 4hb Jun 2015 di tujuh (7) takat persampelan yang mewakili dua sesi iaitu pagi dan petang. Persempelan dan analisa dilaksanakan oleh makmal akreditasi JSM i.e., Spectrum Laboratories Sdn. Bhd. • Kualiti air yang diambil diringkaskan dalam Indeks Kualiti Air (WQI) seperti yang dijadualkan dalam Jadual B. Berdasarkan pada indeks WQI, menunjukkan kesemua sampel termasuk dalam Kelas IIB Piawaian Kualiti Air Negara kerana tiada takat pengambilan air di hilir tapak projek.

Jadual B: Keputusan Penilaian Indeks Kualiti Air.

Lokasi WQI Lokasi Penerangan Persempelan Pagi Petang

02°57’24.2”N, 94 94 W 1 Mewakili takat pelepasan hulu Tapak Projek 101°33’45.9“E (Kelas I) (Kelas I) 02°57’47.7”N, 84 77 W 2 Mewakili takat pelepasan hulu Tapak Projek 101°33’38.4”E (Kelas II) (Kelas II) 02°57’05.7”N, 83 89 W 3 Mewakili takat pelepasan hulu Tapak Projek 101°33’09.1”E (Kelas II) (Kelas II) 02°57’33.4”N, Mewakili takat pelepasan hilir Tapak Projek 75 80 W 4 101°33’10.5”E (Kelas III) (Kelas II) 2°58’50.4”N, Mewakili takat pelepasan hilir Tapak Projek 69 69 W 5 101°33’24.3”E (Kelas III) (Kelas III)

W 6 02°58’36.9”N, Mewakili takat pelepasan hulu Sg. Klang 87 87 101°34’21.2”E (Kelas II) (Kelas II) W 7 02°58’59.8”N, Mewakili takat pelepasan hilir Sg. Langat 89 92 101°33’20.8”E (Kelas II) (Kelas II) Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd., 2015 Klasifikasi berdasarkan pada “National Water Quality Standards (NWQS ) for Malaysia”. f. Kualiti Udara • Penilaian kualiti udara dijalankan oleh Spectrum Laboratories Sdn. Bhd. dari 2hb hingga 6hb Jun 2015 dan 25 th hingga 29 th Jun 2015 di empat (4) kawasan persampelan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual C. • Kualiti udara di tapak Projek dan kawasan persekitaran dianggap sebagai memuaskan memandangkan ketujuh-tujuh parameter terletak dalam julat yang dibenarkan oleh Garis Panduan Kualiti Udara Ambien Malaysia.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. IX

EIA for the Proposed Mixed Housing and Commercial Development on Lot 66166, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan for Setara Hati Sdn. Bhd.

Jadual C: Penerangan Stesen Pensampelan Pemantauan Udara

Lokasi Lokasi Penerangan Persampelan Terletak di Barat Laut Tapak Projek 02 o 57’ 27.7” N, Point A1 101 o 33’ 01.3” E Penyumbang sekeliling: • Aktiviti manusia daripada kawasan perumahan • Laluan kenderaan di sepanjang jalan di sebelah lokasi persampelan. Terletak di Timur Laut Tapak Projek 02 o 11’ 08.1” N, Point A2 101 o 45’ 45.1” E Penyumbang sekeliling: • Aktiviti penduduk setempat • Laluan kenderaan di sepanjang jalan di sebelah lokasi persampelan. Terletak di Tenggara Tapak Projek 02 o 57’ 20.0” N, Point A3 101 o 33’ 36.5” E Penyumbang sekeliling: • Laluan kenderaan dalam kawasan di sepanjang jalan di sebelah lokasi persampelan. Terletak di Barat Daya Tapak Projek 02 o 57’ 20.0” N, Point A4 101 o 33’ 36.5” E Penyumbang sekeliling: • Laluan kenderaan dalam kawasan di sepanjang jalan di sebelah lokasi persampelan.

Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd, 2015

g. Aras Bunyi • Tahap bunyi bising di kawasan persampelan N1, N2, N3 dan N4 (lokasi yang sama dengan pengawasan kualiti udara) dijalankan dari 7:00 pagi hingga 10:00 petang bagi sesi waktu siang dan pada pukul 10:00 petang hingga 7:00 pagi bagi sesi waktu malam. • Keputusan analisa menunjukkan paras bunyi bagi sesi waktu pagi dan sesi waktu malam di Ni, N2, N3 dan N4 adalah di bawah had yang dibenarkan. Paras bunyi yang tinggi mungkin disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia di kawasan perumahan dan laluan kenderaan di jalan berdekatan dengan lokasi persampelan. h. Aras Gegaran

• Tahap gegaran di kawasan persampelan V1 dan V2 (lokasi yang sama dengan A1 dan A3) dijalankan dalam tempoh 8jam. • Keputusan analisa menunjukkan aras gegaran berada di bawah had yang dibenarkan.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. X

EIA for the Proposed Mixed Housing and Commercial Development on Lot 66166, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan for Setara Hati Sdn. Bhd.

Persekitaran Biologi • Tumbuhan utama di kawasan ini adalah kelapa sawit (Elaeis guineensis ) dan pokok renek yang meliputi sebahagian daripada Tapak Projek. Pokok kelapa sawit yang di dapati di Tapak Projek adalah terdiri dari pokok matang dan tua. • Tiada pertumbuhan hutan primer atau sekunder di tapak projek manakala kawasan barat daya tapak projek (iaitu Bandar Rimbayu dan Tropicana Aman) masih berada di dalam fasa kerja tanah dan pembinaan. Selain itu, kuari terletak dibahagian tenggara Tapak Projek. • Terdapat blok di bahagian timur tapak projek yang ditumbuhi oleh rumput. Pokok renek dan kolam berada di pinggir sempadan timur Tapak Projek. Kepadatan pokok adalah rendah yang majoritinya adalah pokok renek. • Selain daripada tanaman, ladang tersebut juga diliputi oleh semak samun biasa seperti rumput, rumpai (dari keluarga Poaceae seperti Imperata cylindrica, Axonopus compressus, Pennisetum sp., Paspalum sp., Lycopodium sp ., dsb.) dan epiphytes biasa (biasanya dijumpai bertumbuh di batang pokok kelapa sawit seperti Asplenium nidus, Platycerium coronarium, Davallia denticulate, dsb.) Banyak rumput dan rumpai yang tumbuh di sepanjang tepi jalan dalam lading kelapa sawit. • Pelbagai jenis spesis belukar yang terdapat dalam kawasan ini adalah pokok Akasia, Albizia falcate, Macaranga sp . (Mahang), Mallotus sp . (Balik Angin), Falcataria moluccana, Acacia sp ., Terminalia catappa, dsb. di kawasan lapang dan lebih rendah tapak projek. • Komposisi fauna di tapak projek terjejas akibat aktiviti penerbangan hutan, pertanian (iaitu perladangan dan hortikultur campuran), perlombongan pasir dan aktiviti-aktiviti kuari yang tidak memberikan habitat yang sesuai kepada hidupan liar. Selain itu, kerja-kerja tanah dan aktiviti pembinaan sedang dijalankan di kawasan sekitar iaitu Kuari Tan Ming, Spring Energy, Bandar Rimbayu dan Tropicana Pembangunan Aman. • Spesies yang tidak menadapatasi akan menjadi "perosak" akibat kehilangan bekalan makanan mereka, jadi mereka mula menjadikan pokok kelapa sawit muda serta buah kelapa sawit sebagai sumber makanan mereka, yang seterusnya mudarat kepada perladangan. • Tiada mamalia besar direkodkan di dalam kawasan ladang. Terdapat haiwan kecil yang lain seperti tikus yang mudah dilihat di tapak projek. Terdapat banyak spesis burung yang termasuk di dalam kategori Burung Diperlindungi Sepenuhnya, Burung Diperlindungi dan Burung Liar Diperlindungi dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010.

Persekitaran Sosio-Ekonomi • Berdasarkan banci terakhir pada tahun 2010, jumlah penduduk di Mukim Tanjung Dua Belas telah direkodkan pada 98,164 orang. • Unjuran tambahan penduduk apabila Projek beroperasi adalah dalam lingkungan 24,596 orang. Pembangunan yang dicadangkan ini akan melihat peningkatan 25% terhadap penduduk Mukim Tanjung Dua Belas apabila Projek beroperasi sepenuhnya. • Reseptor manusia yang paling hampir dengan tapak projek adalah Kg. Lombong, Estet Thangamallay, Kuari Tan Ming, Kuari Spring Energy, Taman Mas dan Taman Sri Orked.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XI

EIA for the Proposed Mixed Housing and Commercial Development on Lot 66166, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan for Setara Hati Sdn. Bhd.

• Daripada lawatan tapak, ia boleh disimpulkan bahawa sosioekonomi kawasan sekitar dari tapak projek adalah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti dan dilengkapi dengan infrastruktur serta kemudahan awam yang lain.

III. Konsep Cadangan Pembangunan

• Berdasarkan Garis Panduan Siting and Zoning of Industry and Residential Areas (MSIC 2008 Kod 080810810), kawasan bukan kediaman 500m perlu disediakan di bahgian timur tapak projek kerana bersebalahan Kuari Tan Ming dan Kuari Spring Energy. Permodelan bunyi dan gegaran telah dijalankan oleh Institute of Noise & Vibration Universiti Teknologi Malaysia untuk mengkaji kesan daripada operasi kuari yang sedia ada ke atas pembangunan yang dicadangkan. Kesimpulan daripada kajian ini adalah jarak 500m kawasan bukan kediaman adalah mencukupi dan butir-butir laporan permodelan bunyi dan gegaran adalah seperti yang dilampirkan di Volume II laporan EIA ini. • Komponen penempatan merangkumi 19.69% dari keseluruhan peratusan pembangunan iaitu kira-kira 50.66 ekar daripada jumlah kawasan pembangunan untuk 1,683 unit rumah. Terdapat enam (6) jenis rumah yang akan dibina iaitu Rumah Teres 3 Tingkat dan Rumah Selangorku. • Sektor komersial yang mana meliputi 8.09% (i.e. 20.80 ekar) daripada kawasan pembangunan terdiri daripada pembangunan komersil dan apartment. • Kemudahan awam yang akan disediakan dalam pembangunan ini merangkumi dewan, surau, tadika dan sekolah rendah. • Infrastruktur dan utiliti yang dicadangkan dalam pembangunan ini adalah sistem rawatan kumbahan, pencawang pembahagi utama, pencawang elektrik TNB, kolam takungan, tangki air dan rezab parit. • Kolam tadahan meliputi jumlah kawasan 12.41 ekar tanah akan di naik taraf untuk kawasan rekreasi dan landskap. • Sebuah loji rawatan kumbahan dicadangkan di kawasan utara timur Tapak Projek manakala 1 unit pencawang pengagihan utama dan 4 unit pencawang pembahagi utama TNB telah disediakan untuk pembangunan. • Terdapat peruntukan untuk kawasan lapang dan kawasan hijau, dengan jumlah kawasan liputan 15.28 ekar (iaitu 5.94% tapak projek) yang dirancang untuk pembangunan yang dicadangkan. • Berdasarkan pada keseluruhan cadangan pembangunan, jalan bertar meliputi kira-kira 54.72 ekar tanah yang mana termasuk pembinaan kawasan tempat letak kereta. • Keperluan kuatitatif kemudahan infrastruktur asas dan jumlah sisa terjana oleh jangkaan populasi setara (PE) 24,596 orang dirumuskan dalam Jadual D.

Pembangunan ini akan dibahagikan kepada tujuh (7) fasa pembangunan iaitu Fasa 1 – Fasa 7. Berdasarkan pada jadual perlaksanaan, dianggarkan pembangunan yang dicadangkan ini akan dilaksanakan dalam jangkamasa kira-kira 8 dan setengah tahun iaitu dari permulaan bulan Oktober 2016 (kerja tanah) hingga hujung tahun 2024 (kerja-kerja pembinaan selesai).

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XII

EIA for the Proposed Mixed Housing and Commercial Development on Lot 66166, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan for Setara Hati Sdn. Bhd.

Jadual D: Anggaran Permintaan Utiliti dan Sisa Terjana Semasa Fasa Operasi Projek

Sektor Anggaran Penerangan Permintaan/Sisa Harian Permintaan • Satu (1) pencawang masuk utama dan empat (4) pencawang Elektrik maksimum elektrik pembahagi utama telah diperuntukkan untuk menampung keperluan 13,222.60 kVA elektrik cadangan projek. • Sumber bekalan air ialah dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). • Air yang dirawat hendaklah disimpan di dalam tangki air yang Air 6,823,340 lit/hari terletak di bahagian timur laut pembangunan sebelum diagihkan kepada keseluruhan kawasan pembangunan. • Kumbahan dari kawasan ini akan dialirkan ke Rumah Pam yang Sisa 26,855,325 L/hari terletak di bahagian timur laut pembangunan melalui pembetung Kumbahan retikulasi oleh aliran graviti. • Pengutipan dan pelupusan sisa pepejal sewaktu fasa operasi adalah Sisa Pepejal 24,596 kg/hari di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat. Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd., 2015

Kerja tanah untuk tapak pembangunan akan dilaksanakan peringkat demi peringkat iaitu kerja tanah peringkat 1 dan 2. Kerja tanah peringkat 1 merangkumi Fasa 1,2,3 dan 4 manakala Kerja tanah peringkat 2 merangkumi Fasa 5 ,6 dan 7. Kerja tanah untuk peringkat 1 dijangka akan dijalankan dalam tempoh masa 2 tahun manakala peringkat 2 dalam tempoh 1 tahun dan 6 bulan. Pembinaan akan bermula sejurus selepas kerja tanah di fasa itu diselesaikan. Jadual pembangunan mungkin berbeza berdasarkan pada peringkat dan jadual sebenar kerja- kerja pembinaan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan.

IV. Impak-impak Alam Sekitar yang Signifikan

Isu-isu alam sekitar yang utama berhubung dengan aktiviti-aktiviti semasa pelapangan tapak, pembinaan dan fasa operasi. Impak-impak yang utama beserta dengan cadangan langkah-langkah kawalan diringkaskan dalam Jadual E.

V. Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP)

Selain daripada mencadangkan langkah-langkah kawalan, laporan ini juga menekankan formulasi dan perlaksanaan pelan pengurusan alam sekitar (EMP). Pelan ini perlu dianggotai pihak Pemaju, jurutera perunding, kontraktor dan perunding alam sekitar. Rancangan pengurusan dan program pengawasan yang dicadangkan untuk Projek ini di peringkat pembinaan dan operasi adalah seperti berikut: • Program pengawasan, latihan dan penyelenggaraan berkaitan struktur kawalan pencemaran; • Perlaksanaan langkah-langkah kawalan di tapak; • Perancangan kemajuan kerja di tapak;

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XIII

EIA for the Proposed Mixed Housing and Commercial Development on Lot 66166, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan for Setara Hati Sdn. Bhd.

• Penyediaan langkah keselamatan berserta dengan langkah kecemasan; • Perlaksanaan rancangan pengurusan trafik yang telah di dokumentasi untuk memastikan keselamatan di tapak; • Pengawasan kualiti air, udara dan bunyi bising untuk menilai keberkesanan perlaksanaan langkah mitigasi yang telah dicadangkan. • Penilaian kualiti air, udara dan bunyi bising di kawasan tapak dan analisis makmal dilakukan oleh makmal yang mendapat kelulusan Jabatan Piawaian (Standard) Malaysia.

VI. Kesimpulan

Cadangan pembangunan ini akan dibangunkan di atas Lot 66166, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Pembangunan yang dicadangkan ini akan dibangunkan di atas tanah sebesar 179.13 ekar daripada jumlah 257.25 ekar (104.11 ha) oleh Setara hati Sdn. Bhd. Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat.

Dalam menilai integrasi cadangan Projek dengan persekitaran sediada tapak projek, masalah utama yang dijangka dari segi persekitaran fizikal ialah kesan hakisan tanah (pencemaran air, udara dan bunyi) ke atas persekitaran fizikal dan kesan kepada masyarakat sendiri sewaktu fasa kerjatanah dan fasa pembinaan. Sebahagian persekitaran biologi akan hilang sewaktu kerja pelapangan dan aktiviti pembinaan. Walaubagaimanapun, impak-impak yang dihasilkan oleh projek boleh dikurangkan dengan memperkenalkan berbagai langkah-langkah tebatan yang praktik dan kos efektif seperti yang dicadangkan dalam laporan ini. Kejayaan intergrasi cadangan pembangunan dengan persekitaran kawasan pembangunan akan menyumbang ke arah penerimaan sosial cadangan projek pembangunan ini. Dengan memasukkan konsep kesedaran terhadap alam sekitar dalam perancangan, komitment ketat dan penyelengaraan teliti di tapak pembinaan, pembangunan lestari boleh dicapai dan manfaat sosial ekonomi daripada Projek dapat mengimbangi impak- impak negatif.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XIV