Musa - Ketua Menteri Sabah Ke-13 Sejak Merdeka
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
04 MAR 2003 MUSA - KETUA MENTERI SABAH KE-13 SEJAK MERDEKA KOTA KINABALU, 4 Mac (Bernama) -- Datuk Musa Aman, 53, yang dinamakan sebagai pengganti kepada Datuk Chong Kah Kiat, akan menjadi Ketua Menteri Sabah yang ke-13, sejak Sabah merdeka menerusi Malaysia pada 1963. Musa yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan Menteri Kewangan Negeri, dinamakan sebagai Ketua Menteri yang berikutnya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur, hari ini. Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephens merupakan ketua menteri Sabah yang pertama dan merupakan satu-satu pemimpin yang memegang jawatan itu sebanyak dua kali, masing-masing dari 16 Sept, 1963 ghingga 31 Dis, 1964 dan dari 14 April, 1976 hingga 6 Jun, 1976, hari beliau terkorban dalam kejadian pesawat terhempas di Sembulan, dekat sini. Berikut adalah senarai penuh Ketua Menteri Sabah: 1. Tun Mohd Fuad Stephens (16 Sept, 1963 hingg 21 Dis, 1964 dan dari 14 April, 1976 hingga 6 Jun, 1976) 2. Tan Sri Peter Lo (1 Jan, 1965 hingga 31 Jan, 1967) 3. Tun Datu Mustapha Datu Harun (11 Mei, 1967 hingga 31 Okt, 1975) 4. Tun Mohd Said Keruak (1 Nov, 1975 hingga 13 April, 1976) 5. Datuk Harris Salleh (7 Jun, 1976 hingga 15 Mac, 1985) 6. Datuk Joseph Pairin Kitingan (22 April, 1985 hingga 16 Mac, 1994) 7. Tun Sakaran Dandai (17 Mac 17, 1994 hingga 27 Dis, 1994) 8. Datuk Salleh Tun Said (28 Dis, 1994 hingga 27 Mei, 1996) 9. Datuk Yong Teck Lee (28 Mei, 1996 hingga 27 Mei, 1998) 10. Tan Sri Bernard Dompok (28 Mei, 1998 hingga 13 Mac, 1999) 11. Datuk Osu Sukam (14 Mac, 1999 hingga 26 Mac, 2001) 12. Datuk Chong Kah Kiat (27 Mac, 2001 - 27 Mac 2003) 13. Datuk Musa Aman (dinamakan sebagai ketua menteri yang baru hari ini, 4 Mac, 2003). -- BERNAMA JS LAT .