SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19:

STATISTIK & INFO-MEDIA (BDA)

BIL 30/2020

RUJUKAN : 21 APRIL 2020

RINGKASAN LIPUTAN BERITA MUTAKHIR WABAK COVID-19 DAN KESAN KEPADA EKONOMI

1. PENDAHULUAN

Perkembangan status jangkitan di menunjukkan angka harian yang lebih terkawal dalam tempoh permulaan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila arah aliran penurunan kes COVID-19 dapat dilihat melalui catatan purata harian sekitar 71 kes berbanding 159 kes pada fasa sebelumnya. Berdasarkan cerapan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pulau Pinang dan Perlis tidak merekodkan pertambahan kes positif dalam tempoh fasa ketiga PKP sehingga kini, sementara Kedah, Kelantan dan W.P Labuan masing-masing mencatatkan 1 kes jangkitan. Secara umumnya, semua negeri menunjukkan penurunan catatan purata kes harian kecuali W.P Putrajaya. yang merupakan negeri teratas dalam senarai kumulatif jangkitan merekodkan purata pertambahan harian sebanyak 8 kes berbanding 43 kes pada fasa kedua. Namun demikian, KKM telah mengesan sejumlah kes positif COVID-19 ini melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara. Bermula dari 3 April 2020, dalam tempoh 2 minggu seramai 12,160 telah dikuarantin dan dari jumlah tersebut 7,910 individu disampel dengan 95 kes disahkan positif. Tindakan proaktif saringan awal ini menyaksikan beberapa negeri menunjukkan peningkatan kes berdasarkan negeri lokasi mereka dikuarantinkan antaranya seperti 37 kes di Melaka, W.P & W.P Putrajaya (32 kes), Sarawak (3 kes), Johor (3 kes) dan Selangor (2 kes). Terkini sebanyak 18 kes telah dikenalpasti di beberapa negeri menjadikan jumlah sehingga kini sebanyak 95 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan kumulatif kes sembuh meningkat kepada 3,349 berbanding kes aktif 2,041 kes pada 21 April 2020. Sementara itu, sebanyak 57 kes positif baharu direkodkan dan menjadikan jumlah jangkitan positif meningkat kepada 5,482 kes. Di peringkat negeri, pertambahan kes baharu antaranya adalah menerusi catatan di Sarawak dengan merekodkan 22 kes disusuli W.P Kuala Lumpur (13 kes), Selangor (11 kes) dan sebanyak 8 kes. Secara umumnya, tiada penambahan kes positif dicatatkan bagi tujuh buah negeri termasuk dua Wilayah Persekutuan. Selain itu, sejumlah 92 kes kematian telah direkodkan sehingga kini dengan pertambahan 3 kematian terbaharu seperti pada Jadual 1.

Di seluruh dunia, kumulatif jangkitan COVID-19 meningkat kepada 2,473,454 kes dengan jumlah kematian 169,989 kes. Amerika Syarikat kekal mendominasi bilangan kes positif dengan menyumbang 31.7 peratus, disusuli Sepanyol iaitu 8.1 peratus dan Itali sebanyak 7.3 peratus. Sementara itu, di peringkat ASEAN Singapura mendahului senarai teratas dengan catatan 9,152 kes mengatasi beberapa negara anggota antaranya Indonesia (6,760 kes), Filipina (6,459 kes) termasuk Malaysia (5,482 kes). Kematian tertinggi global direkodkan oleh Amerika SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 2

Syarikat iaitu 42,094 kes, diikuti Itali yang mencatatkan 24,114 kes, Sepanyol (20,852 kes) dan Perancis (20,292 kes). Kedudukan statistik kadar kematian didominasi oleh Belgium dengan 14.58 peratus, Algeria (14.13), Itali (13.31 peratus) dan United Kingdom (13.15 peratus). Kadar kematian peringkat dunia terus meningkat kepada 6.87 peratus manakala kes sembuh merekodkan 645,792 kes (26.11 peratus) seperti pada Jadual 2.

Kejutan ekonomi global berikutan impak penularan pandemik ini sangat mempengaruhi sebahagian besar ekonomi negara di dunia. Beberapa petikan perkongsian headlines daripada Public Invest Research memberikan butiran pasaran buruh dan ekonomi antarabangsa seperti berikut;

EU: Lebihan perdagangan zon Eropah meningkat pada bulan Februari 2020. Lebihan perdagangan bertambah menjadi 25.8 bilion euro pada bulan Februari berbanding 18.2 bilion euro pada bulan Januari. Eksport meningkat 1.8 peratus, sementara import menguncup -2.3 peratus (MoM). Eksport pada asas perbandingan tahun ke tahun (YoY) meningkat 1.6 peratus pada Februari sebaliknya, import turun -1 peratus. (RTT) EU: Lebihan akaun semasa zon Eropah meningkat pada bulan Februari. Lebihan akaun semasa kawasan Eropah meningkat pada bulan Februari, didorong oleh kenaikan lebihan perdagangan. Lebihan akaun semasa meningkat kepada 40 bilion euro dari 32 bilion euro pada bulan sebelumnya. Pada tempoh yang sama tahun lalu, lebihan akaun semasa adalah pada jumlah 28 bilion euro. (RTT) EU: Indeks harga pengeluar (IHPr) Jerman jatuh untuk bulan yang kedua berturut-turut pada bulan Mac 2020. Indeks harga pengeluar turun -0.8 peratus pada asas perbandingan tahun-ke-tahun (YoY) untuk bulan Mac 2020, menyusuli penurunan -0.1 peratus pada bulan sebelumnya. Penurunan ini adalah sejajar dengan jangkaan ahli ekonomi. Antara komponennya, harga tenaga menguncup -4.7 peratus manakala harga barangan perantaraan turun -2.1 peratus. Sementara itu, harga barangan pengguna tidak tahan lama meningkat 4.2 peratus dan harga barangan pengguna tahan lama dan barang modal masing-masing meningkat 1.5 peratus dan 1.2 peratus. (RTT) UK: Pemulihan selepas tempoh sekatan pergerakan dijangka perlahan akibat sikap berhati-hati - BoE. Timbalan Gabenor BoE Ben Broadbent mengatakan bahawa pemulihan ekonomi Britain mungkin perlahan walaupun selepas melonggarkan sekatan pergerakan sekiranya masyarakat tetap waspada untuk meneruskan kehidupan seharian seperti sebelumnya. Dijangkakan pengecutan 35 peratus dalam ekonomi Britain pada suku kedua 2020. Di samping itu, inflasi Britain dijangka rendah kerana kejatuhan harga minyak global dengan IHP dijangka perlahan di bawah 1 peratus pada bulan-bulan berikutnya, kurang dari separuh sasaran BoE 2 peratus. (Reuters) SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 3

HK: Kadar pengangguran mencapai kadar tertinggi lebih dari 9 tahun. Kadar pengangguran HK meningkat ke tahap tertinggi dalam lebih dari sembilan tahun pada suku pertama 2020. Kadar pengangguran meningkat kepada 4.2 peratus pada bulan Januari hingga Mac dari 3.7 peratus pada tempoh Disember 2019 hingga Februari 2020. Bilangan penganggur meningkat kepada 162,200 dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada bulan Mac daripada 134,100 pada tempoh sebelumnya. (RTT) India: Bank pusat mempunyai beberapa pilihan dasar untuk memerangi krisis kesihatan COVID-19. Bank pusat India mempunyai beberapa pilihan dasar untuk mengatasi impak ekonomi yang disebabkan oleh COVID-19. Merujuk kepada tindak balas fiskal yang terhad setakat ini, Bank pusat India telah memberikan polisi rangsangan kepada ekonomi. Antaranya adalah menurunkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas, menyuntik lebih dari AS$ 50 bilion kecairan ke dalam sistem kewangan, melaksanakan moratorium pembayaran pinjaman dan melonggarkan beberapa peraturan mengenai pinjaman tertangguh. (Bloomberg)

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 4

2. PENEMUAN UTAMA PETIKAN AKHBAR

1) Pakar ekonomi menyatakan perniagaan seperti pusat beli belah dan panggung wayang yang telah terkesan oleh perkhidmatan atas talian perlu membuat transformasi model perniagaan bagi mengatasi impak Covid-19 dan perniagaan dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk pulih selepas arahan PKP dilucutkan.

2) Berdasarkan survei yang dijalankan oleh persatuan perniagaan, 70 peratus daripada peniaga PKS tidak membuat pinjaman daripada bank. Oleh itu, terdapat keperluan bagi pemberi pinjaman wang berlesen untuk beroperasi dalam tempoh ini sebagai jalan terakhir kepada peniaga PKS yang memerlukan sokongan kewangan segera.

3) Sebanyak 1.5 juta permohonan i-Lestari diluluskan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang melibatkan pengeluaran sebanyak RM702 juta bagi bulan Mei 2020. Berdasarkan permohonan tersebut dianggarkan sebanyak RM40 bilion daripada Akaun 2 KWSP yang membolehkan pencarum mengeluarkan sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

4) Harga minyak Amerika Syarikat (AS) meningkat semula ke atas paras sifar, selepas jatuh merudum sehingga paras negatif buat pertama kali semalam berikutan COVID-19 yang mencetuskan kejatuhan dalam permintaan dan menyebabkan dunia berada dalam lebihan bekalan. Kontrak penanda aras AS, West Texas Intermediate (WTI), kini pada harga $0.56 setong untuk penghantaran Mei selepas ia ditutup pada harga -AS$37.63 di New York sebelum itu.

5) Terminal PTT Map Ta Phut LNG milik Thailand akan menerima kargo LNG seberat 65,000 tan dari Petronas. Rancangan EGAT untuk menandatangani kontrak jangka panjang dengan Petronas untuk mengimport 1.5 juta tan LNG setiap tahun dibatalkan pada bulan Disember, dan kini sedang mengkaji rancangan perolehan LNG jangka sederhana bagi tahun 2020-2022.

6) Kewangan Malaysia Airlines Bhd merosot sehingga 94 peratus sejak larangan penerbangan dikeluarkan di kebanyakan negara bagi membendung wabak Covid-19. Sementara itu, harga saham AirAsia Group Bhd jatuh berikutan cadangan pengeluar pesawat global, Airbus, untuk menjual enam pesawatnya ketika krisis dalam industri penerbangan semakin mendalam akibat pandemik COVID-19.

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 5

7) Bank domestik telah meluluskan pinjaman melalui Dana Pinjaman Mudah bagi Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah selian Bank Negara Malaysia (BNM) yang berjumlah RM2.7 bilion dengan kadar faedah 3.5 peratus untuk lebih 5,000 PKS.

8) Penganalisis menjangkakan peniaga akan kembali beroperasi dan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan akan terus meningkat, sekaligus mengelakkan berlakunya deflasi selepas tamat PKP.

9) Majikan tidak dibenarkan untuk memotong gaji pekerja sekiranya mereka telah menerima bantuan subsidi upah daripada kerajaan. Sehubungan itu, majikan dan pekerja perlu sentiasa berunding untuk memperoleh keputusan bersama, bagi memastikan kebajikan kedua-dua pihak terjaga.

10) Syarikat dalam aktiviti kesenian, hiburan dan rekreasi juga telah mula membuat pemotongan gaji pekerja mereka berikutan penurunan hasil yang sangat mendadak.

11) Pengeluaran pertanian Negeri Perak bagi tempoh 28 Mac hingga 30 April adalah sebanyak 35 tan metrik dan jumlah tersebut lebih daripada mencukupi.

12) Sebanyak 15,580 tan metrik (MT) sampah dikumpul menerusi projek Selangor Maritime Gateway (SMG) berbanding purata 900 hingga 1,200MT sebulan dalam tempoh enam bulan lepas.

13) UMW Toyota Motor Sdn Bhd akan membuka semula pusat servis terpilih di seluruh negara setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pusat servis terpilih akan beroperasi bagi keperluan perkhidmatan kecemasan sahaja (berdasarkan janji temu) melibatkan kapasiti pekerja yang minimum.

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 6

A. Bahagian Perangkaan Akaun Negara (DOSM)

Bil Akhbar Ringkasan Pautan 1. Malay Mail Covid-19: RM1.2b in wage https://www.malaym subsidies already approved ail.com/news/malays for nearly a million workers, ia/2020/04/21/covid- says finance minister 19-rm1.2b-in-wage- subsidies-already- The government had approved approved-for-nearly- close to RM1.2 billion in wage a-million- subsidies as of April 19, wor/1858809 Minister of Finance Datuk Seri announced today.

The subsidies are expected to benefit nearly a million workers involving 159,000 employers. Local workers earning less than RM4,000 a month are eligible for the subsidies although the sum varies according to the size of a particular firm.

2. Malay Mail With Covid-19’s ‘new normal’, https://www.malaym will businesses that bank on ail.com/news/malays crowds adapt? Analysts ia/2020/04/21/with- weigh in covid-19s-new- normal-will- Businesses that thrive on businesses-that- crowds such as shopping malls, bank-on-crowds- entertainment outlets, cinemas adapt- and even spectator sports must analyst/1858654 transform their business model to outlast Covid-19 that is set to remain for at least another year, according to observers.

Analyst Oh Ei Sun said such businesses have already been struggling with the advent of technologies such as online shopping and video-on- demand, and the pandemic

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 7

could be the final nail in the proverbial coffin.

Economics professor Yeah Kim Leng concurred with Oh and said such businesses should not expect their patrons to return in full force once the MCO is lifted.

The Sunway University Business School economics professor said public gatherings will continue to be discouraged for at least several more months due to the pandemic. Penemuan penting & isu: 1. Perniagaan seperti pusat beli belah dan panggung wayang yang telah terkesan oleh perkhidmatan atas talian perlu membuat transformasi model perniagaan bagi mengatasi impak Covid-19 dan perniagaan dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk pulih selepas arahan PKP dilucutkan.

Maklumbalas Bahagian: 1. Perniagaan runcit dan aktiviti hiburan yang terjejas akibat arahan PKP akan mengambil masa untuk pulih dan secara langsung akan memberi impak kepada pertumbuhan sektor Perkhidmatan. Pada tahun 2019, sektor Perkhidmatan merupakan sektor utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan 57.7 peratus kepada KDNK. Sektor ini merekodkan pertumbuhan 6.1 peratus berbanding 6.8 peratus pada tahun sebelumnya.

B. Bahagian Perangkaan Perkhidmatan (DOSM)

Bil Akhbar Ringkasan Pautan A. Subsektor Perdagangan Borong & Runcit 1. Harian Metro Pusat servis Toyota kembali https://www.hmetro.c beroperasi om.my/vroom/2020/0

4/569379/pusat- UMW Toyota Motor (UMWT) kini servis-toyota- membuka kembali operasi pusat kembali-beroperasi servisnya di beberapa cawangan terpilih selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 8

Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Perkhidmatan itu hanya boleh dilakukan melalui temujanji menetapkan masa yang sesuai untuk untuk datang ke premis melalui talian yang disediakan.

2. Wholesale market stays close https://www.thestar.c till Friday, traders turn away om.my/metro/metro- lorry-loads of produce news/2020/04/21/wh

olesale-market- THE last-minute extension of the stays-close-till-friday- closure of Kuala Lumpur traders-turn-away- Wholesale Market in Selayang lorry-loads-of- until Friday has left some traders produce in the lurch as they have to return or stop the supplies from being delivered to the market.

3. The Malaysian Prices to remain stable post- https://themalaysianr Reserve MCO eserve.com/2020/04/

21/prices-to-remain- Retail inflation is expected to stable-post-mco/ remain stable in the weeks

following the lifting of the MCO as consumers are likely to adopt prudent spending behaviours. Contrary to the assumption that consumers would be lavishing on big-ticket items and entertainments having confined to home for a prolonged period.

B. Subsektor Pengangkutan & Penyimpanan 4. Daily School bus operators, drivers https://www.thesund plead for aid aily.my/home/school- bus-operators- School bus operators and drivers drivers-plead-for-aid- are asking for a reprieve on loan DN2294489

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 9

repayments to help tide them over this lean period.

That leaves them with insufficient funds to service the loans they have taken when purchasing the buses. Some bus operators also drive their own buses, thereby serving as owner and driver.

C. Subsektor Kewangan 5. The Star Group: Cut red tape on loan https://www.thestar approvals for SMEs for now .com.my/news/natio

n/2020/04/21/group A business association wants -cut-red-tape-on- banks to cut red tape on loan loan-approvalsfor- approvals for small and medium smes-for-now enterprises (SMEs) during the

MCO period because If the MCO extended, a lot of SMEs will have to start laying off their

workers.

6. The Star Moneylenders: Let us resume https://www.thestar business .com.my/news/natio

n/2020/04/21/mone Business operators desperate ylenders-let-us- for loans may fall for scams if resume-business licensed moneylenders are still

barred from operating during the MCO period. The Ministry of Housing and Local Government agreed that

licensed moneylenders can operate twice a week during the MCO period, subject to approval by the National Security Council and the International Trade and Industry Ministry.

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 10

D. Subsektor Kesihatan 7. The Star Gleneagles Hospital KK https://www.thestar.c quarantines all staff who om.my/news/nation/ handled Covid-19 patient 2020/04/21/gleneagl es-hospital-kk- Gleneagles Hospital Kota quarantines-all-staff- Kinabalu has quarantined all staff who-handled-covid- who handled a Covid-19 positive 19-patient woman who underwent emergency surgery there last week. All affected areas have been closed for disinfection.

8. The Edge Weaker 2Q expected for KPJ https://www.theedge due to lower occupancy rate markets.com/article/ weaker-2q-expected- KPJ Healthcare Bhd expect the kpj-due-lower- second quarter (2Q) to be heavily occupancy-rate impacted by Covid-19 whereas 1Q will not see much of the brunt.

The MCO period is for 1.5 months, its impact may be more profound than that as people will still be stigmatised to be near hospital compounds if not necessary.

E. Subsektor Kesenian, Hiburan & Rekreasi 9. The Star For first time, Genting Group https://www.thestar.c plans pay cut as virus shuts om.my/business/busi casinos ness- news/2020/04/21/for- Malaysia’s casino-to-hospitality first-time-genting- conglomerate Genting Bhd. and group-plans-pay-cut- its units are planning the first as-virus-shuts- group-wide salary cut since its casinos founding in 1965.

Genting, backed by Malaysian tycoon Tan Sri Lim Kok Thay, is proposing as much as 20% temporary reduction of basic salary for employees based on their ranks. SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 11

Genting seeks to avoid job cuts as much as possible, even if salary remains one of its biggest cost components. Penemuan penting & isu: 1. Beberapa pusat servis kenderaan mula beroperasi setelah mendapat kelulusan daripada MITI. 2. Pengusaha dan pemandu bas sekolah memohon kerajaan campur tangan dalam menguruskan penangguhan bayaran pinjaman yang kebanyakan daripada mereka meminjam daripada syarikat kredit. 3. Berdasarkan survei yang dijalankan oleh persatuan perniagaan, 70% daripada peniaga PKS tidak membuat pinjaman daripada bank. Oleh itu, terdapat keperluan bagi pemberi pinjaman wang berlesen untuk beroperasi dalam tempoh ini sebagai jalan terakhir kepada peniaga PKS yang memerlukan sokongan kewangan segera. 4. Perkhidmatan hospital swasta dijangka menyederhana dengan occupancy rate yang semakin menurun berikut stigma masyarakat terhadap wabak Covid-19. 5. Syarikat dalam aktiviti kesenian, hiburan dan rekreasi juga telah mula membuat pemotongan gaji pekerja mereka berikutan penurunan hasil yang sangat mendadak.

Maklumbalas Bahagian: 1. Kebenaran menjalankan operasi dari MITI kepada sebilangan kecil pengusaha dan peniaga yang tidak terlibat dalam perkhidmatan essential antaranya seperti pembaikan kenderaan dan pemberi pinjam wang berlesen boleh membantu dalam hasil jualan dan pendapatan peniaga. Bahagian akan meneliti sektor-sektor yang terlibat.

C. Bahagian Perangkaan Perdagangan Antarabangsa (DOSM) Bil Akhbar Ringkasan Pautan 1. Harga minyak AS meningkat https://www.bharian semula atas paras sifar .com.my/bisnes/pa saran/2020/04/679 Harga minyak Amerika Syarikat 741/harga-minyak- (AS) meningkat semula ke atas meningkat-semula- paras sifar, selepas ditutup atas-paras-sifar dalam wilayah negatif buat pertama kali semalam berikutan COVID-19 mencetuskan kejatuhan dalam permintaan, menyebabkan

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 12

dunia berada dalam lebihan bekalan.

Kontrak penanda aras minyak AS, West Texas Intermediate bagi penghantaran Mei berada pada paras AS$0.56 setong selepas ditutup -AS$37.63 di New York.

2. The Edge Markets Muted Ramadan, Eid amid https://www.theedg pandemic slam seasonal rise emarkets.com/articl in palm oil demand e/muted-ramadan- eid-amid- The palm oil market is set to pandemic-slam- miss out on a key high-demand seasonal-rise-palm- period in 2020 as coronavirus- oil-demand driven lockdowns during the Muslim holy month of Ramadan dent demand in key importing countries such as India, Pakistan and Bangladesh.

Lower-than-normal demand could put pressure on Malaysia's benchmark crude palm oil prices, which have already fallen nearly 30% since Jan 23. That is when China, the second-largest global palm consumer, enacted the world's first coronavirus-related lockdown.

Penemuan penting & isu: 1. Harga minyak Amerika Syarikat (AS) meningkat semula ke atas paras sifar, selepas jatuh merudum sehingga paras negatif buat pertama kali semalam berikutan COVID-19 yang mencetuskan kejatuhan dalam permintaan dan menyebabkan dunia berada dalam lebihan bekalan. Kontrak penanda aras AS, West Texas Intermediate (WTI), kini pada harga $0.56 setong untuk penghantaran Mei selepas ia ditutup pada harga -AS$37.63 di New York sebelum itu. 2. Pasaran minyak kelapa sawit terjejas akibat penularan wabak Covid-19. Permintaan yang lebih rendah daripada biasa memberi tekanan pada harga minyak sawit mentah, yang telah turun hampir 30% sejak 23 Januari 2020. SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 13

Penularan wabak Covid-19 menyebabkan China yang merupakan pengguna sawit global terbesar kedua telah membuat beberapa penutupan bandar yang telah mengakibatkan kepada permintaan sawit lebih rendah di China.

Maklumbalas Bahagian: 1. Nilai import minyak mentah (HS 2709) bernilai RM26.8 bilion. Antara sumber utama import ialah Arab Saudi (RM9.3 bilion, 34.8%), Emiriah Arab Bersatu (RM4.3 bilion, 15.9%) dan Venezuela (RM2.5 bilion, 9.5%). Pada bulan Februari 2020, Malaysia mengimport minyak mentah bernilai RM2.2 bilion. Berasaskan tahun ke tahun, import minyak mentah meningkat RM165.6 juta atau 8.0% daripada RM2.1 bilion. Manakala, nilai eksport minyak mentah pada tahun 2019 bernilai RM29.1 bilion. Tiga destinasi utama eksport Malaysia ialah Australia (RM7.2 bilion, 24.8%), India (RM6.6 bilion, 22.7%) dan Thailand (RM5.8 bilion, 20.0%). Pada bulan Februari 2020, Malaysia mengeksport minyak mentah bernilai RM1.8 bilion. Berasaskan tahun ke tahun, eksport minyak mentah jatuh sebanyak RM343.3 juta atau 16.1% daripada RM2.1 bilion. 2. Nilai import minyak sawit mentah (HS 1511) pada tahun 2019 ialah RM2.3 bilion. Sumber utama import ialah dari Indonesia yang bernilai RM 2.1 bilion. Pada bulan Februari 2020, Malaysia mengimport minyak sawit mentah bernilai RM185.0 juta. Berasaskan tahun ke tahun, import minyak sawit mentah jatuh sebanyak RM19.9 juta atau 9.7% daripada RM204.9 juta. Manakala, nilai eksport minyak sawit mentah ialah RM34.5 bilion. Malaysia mengeksport minyak sawit mentah ke India (RM8.0 bilion, 23.2%), China (RM3.6 bilion, 10.6%) dan Pakistan (RM1.9 bilion, 5.5%). Pada bulan Februari 2020, eksport minyak sawit mentah bernilai RM2.8 bilion. Berasaskan tahun ke tahun, eksport minyak sawit mentah meningkat RM331.1 juta atau 13.2% daripada RM2.5 bilion. 3. BPPA akan terus memantau dan mengkaji trend import dan eksport bagi produk yang berkaitan ketika penularan wabak Covid-19.

D. Bahagian Perangkaan Pengeluaran Industri dan Binaan (DOSM)

Bil Akhbar Ringkasan Pautan 1. New Straits Times Reducing construction https://www.nst.com. workforce will affect projects my/news/nation/202 0/04/586175/mco-

reducing- Contractors associations have construction- urged the government to seek workforce-will-affect- feedback from them on the new projects standard operating procedures (SOP) which allow certain

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 14

industries to operate during the third phase of the Movement Control Order (MCO).

Penemuan penting & isu:

1. SOP yang memerlukan syarikat mengurangkan bilangan tenaga kerja sebanyak 50 peratus akan membatasi kemajuan projek pembangunan.

Maklumbalas Bahagian:

1. Walaupun terdapat pengoperasian semula projek-projek pembinaan, kemajuan kerja masih di peringkat yang rendah dan tidak seperti kebiasaan disebabkan pengurangan 50 peratus dalam jumlah pekerja. Ianya akan memberi kesan pengurangan kepada nilai kerja pembinaan bagi projek- projek yang telah beroperasi semula.

E. Bahagian Perangkaan Imbangan Pembayaran (DOSM) Bil Akhbar Ringkasan Pautan 1. The Edge Markets Thailand's EGAT to receive https://www.theedge second spot LNG cargo from markets.com/article/t Malaysia's Petronas hailands-egat- receive-second-spot- The state-owned PTT’s Map Ta lng-cargo-malaysias- Phut LNG receiving terminal in the petronas eastern part of Thailand will receive the 65,000-tonne LNG cargo from Malaysia’s state oil and gas company Petronas. The April shipment is the second, after the spot-market LNG cargo in December which will serve as a test run to judge the viability of potential spot-market LNG purchases in the future. Due to the Covid-19, EGAT (Electricity Generating Authority of Thailand) is reviewing a medium-term LNG procurement plan for 2020-2022. EGAT’s previous plan to sign a long-term contract with Petronas to import up to 1.5 million tonnes of LNG annually was scrapped in December.

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 15

2. Malaysia Airlines financials https://www.theedge deteriorate up to 94% as Covid- markets.com/article/ 19 prompts global flight malaysia-airlines- restrictions — report financials- deteriorate-94- Malaysia Airlines Bhd’s financials covid19-prompts- have deteriorated up to 94% since global-flight- flight restrictions were imposed restrictions- across most countries to curb the %E2%80%94 Covid-19 pandemic. There are several measures taken, including offering no-pay leave to employees and implementing gross pay cut for employees earning high salaries.

It was to sustain Malaysia Airlines’ cash flow and protect employees earning low salaries and to prevent the possibility of employee layoff to cut cost. Malaysia Airlines will continue operating limited domestic flights across Malaysia. At the international level, Malaysia Airlines continues to undertake rescue and deportation flights.

3. Bernama AirAsia shares down on news https://www.bernama Airbus puts up orders for sale .com/en/business/ne ws.php?id=1834303 AirAsia Group Bhd's share price fell hours after global aircraft manufacturer, Airbus, reportedly gave up on the former's six reserving planes and intended to put them on sale as crisis in the aviation industry deepens due to COVID-19 pandemic. The unusual move was following AirAsia’s decision that it doesn’t need any more aircraft this year amid lockdowns and travel restrictions following the pandemic that have hampered the SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 16

tourism industry, especially the airlines. As at 3 pm, AirAsia was down 2.5 sen or 2.87 per cent to 84.5 sen with 126.27 million shares changing hands.

Penemuan penting & isu: 1. Terminal PTT Map Ta Phut LNG milik Thailand akan menerima kargo LNG seberat 65,000 tan dari Petronas. Rancangan EGAT untuk menandatangani kontrak jangka panjang dengan Petronas untuk mengimport 1.5 juta tan LNG setiap tahun dibatalkan pada bulan Disember, dan kini sedang mengkaji rancangan perolehan LNG jangka sederhana bagi tahun 2020-2022. 2. Kewangan Malaysia Airlines Bhd merosot sehingga 94% sejak larangan penerbangan dikeluarkan di kebanyakan negara bagi membendung wabak Covid-19. Sementara itu, harga saham AirAsia Group Bhd jatuh berikutan cadangan pengeluar pesawat global, Airbus, untuk menjual enam pesawatnya ketika krisis dalam industri penerbangan semakin mendalam akibat pandemik COVID-19.

Maklumbalas Bahagian: 1. Penerimaan kargo LNG seberat 65,000 tan oleh terminal PTT Map Ta Phut LNG milik Thailand akan mempengaruhi Akaun Semasa melalui akaun melalui akaun Barangan dan komponen Pengangkutan terutamanya muatan. Pada 2019, import Barangan mencatatkan RM692.2 bilion, manakala import komponen Pengangkutan ialah RM47.4 bilion. 2. Krisis kewangan yang sedang dialami oleh syarikat penerbangan tempatan akibat larangan penerbangan bagi membendung wabak COVID-19 bakal memberi kesan kepada Akaun Semasa melalui akaun Pengangkutan dan Perjalanan serta Akaun Kewangan.

F. Bahagian Petunjuk Ekonomi (DOSM)

Bil Akhbar Ringkasan Pautan 1. Malay Mail Tengku Zafrul: Govt to https://www.malaym accelerate implementation of ail.com/amp/news/m small-scale projects alaysia/2020/04/21/t engku-zafrul-govt-to- As part of efforts to ensure accelerate- continuation in economic implementation-of- activities, especially small- small-scale- scale projects which have been projects/1858859 affected by the movement control order (MCO), the

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 17

government will accelerate the project documentation preparation and initiate an online balloting process.

The balloting process would ensure that the contractors have equal opportunities, and to delegate the power of issuing operating permits for G1-G2 small projects to the respective ministries and the implementation agencies.

Once the MCO ends, the companies are ready to execute the small-scale projects immediately for the people’s benefit.

2. Astro Awani 1.5 juta daripada 2.8 juta http://www.astroawa permohononan i-Lestari ni.com/berita- KWSP telah diluluskan malaysia/1-5-juta- daripada-2-8-juta- Sebanyak 1.5 juta daripada 2.8 permohononan-i- juta permohononan i-Lestari lestari-kwsp-telah- Kumpulan Wang Simpanan diluluskan-menteri- Pekerja (KWSP) telah diluluskan kewangan-239438 sehingga 17 April lalu melibatkan pengeluaran sebanyak RM702 juta pada bulan Mei.

Melalui permohonan itu yang dianggarkan berjumlah RM40 bilion, pencarum boleh memilih untuk mengeluarkan RM500 sebulan selama 12 bulan daripada Akaun 2 KWSP bagi meringankan beban yang dihadapi mereka ketika negara menghadapi kesulitan ekonomi disebabkan wabak COVID-19.

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 18

3. Sinar Harian Bank lulus RM2.7 bilion Dana https://www.sinarhari Pinjaman Mudah PKS BNM an.com.my/article/79 945/BERITA/Nasion Bank-bank domestik terbabit telah al/Bank-lulus-RM27- meluluskan pinjaman sebanyak bilion-Dana- RM2.7 bilion pada kadar faedah Pinjaman-Mudah- 3.5 peratus untuk lebih 5,000 PKS-BNM perniagaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga 15 April 2020 yang membabitkan Dana Pinjaman Mudah PKS di bawah kelolaan Bank Negara Malaysia (BNM).

Daripada RM6.3 bilion yang disediakan sehingga 15 April 2020, pinjaman sebanyak RM2.7 bilion untuk lebih 5,000 PKS dengan kadar faedah 3.5 peratus telah diluluskan oleh bank-bank domestik yang terlibat.

Penemuan penting & isu: 1. Sebanyak 1.5 juta permohonan i-Lestari diluluskan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang melibatkan pengeluaran sebanyak RM702 juta bagi bulan Mei 2020. Berdasarkan permohonan tersebut dianggarkan sebanyak RM40 bilion daripada Akaun 2 KWSP yang membolehkan pencarum mengeluarkan sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan. 2. Bank domestik telah meluluskan pinjaman melalui Dana Pinjaman Mudah bagi Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) yang berjumlah RM2.7 bilion dengan kadar faedah 3.5 peratus untuk lebih 5,000 PKS.

Maklumbalas Bahagian:

1. Kemudahan pinjaman kewangan dengan kadar faedah yang rendah yang ditawarkan oleh bank dapat membantu PKS meringankan beban kewangan. Ini turut memberi kesan positif kepada industri PKS untuk beroperasi semasa negara menghadapi kesulitan ekonomi disebabkan wabak COVID-19.

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 19

G. Bahagian Perangkaan Harga, Pendapatan dan Perbelanjaan (DOSM)

Bil Akhbar Ringkasan Pautan 1. Berita Harian Kemungkinan Malaysia https://www.bharian. berdepan deflasi adalah kecil – com.my/bisnes/lain- Penganalisis lain/2020/04/679949/ kemungkinan- Kemungkinan Malaysia berdepan malaysia-berdepan- deflasi adalah kecil meskipun deflasi-adalah-kecil- harga minyak mentah dunia penganalisis rendah ketika ini dan kejutan

permintaan susulan penularan COVID-19.

Penemuan penting & isu: 1. Penganalisis menjangkakan selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), peniaga akan kembali beroperasi dan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan akan terus kekal meningkat dan sekali gus mengelakkan berlakunya deflasi. Tekanan harga barang semakin meningkat akibat daripada kesan PKP di Malaysia.

Maklumbalas Bahagian: 1. Bahagian mengambil maklum berkaitan kajian yang telah dilaksanakan oleh penganalisis. IHP Mac 2020 akan diterbitkan pada 22 April 2020.

H. Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi (DOSM)

Bil Akhbar Ringkasan Pautan 1. Harian Metro Covid-19: 3 kematian, hanya 57 https://www.hmetro.c kes baharu hari ini om.my/utama/2020/0 4/569581/covid-19- Tiga kematian berkaitan jangkitan 3-kematian-hanya- koronavirus baharu (Covid-19) 57-kes-baharu-hari- dilaporkan kepada Pusat ini Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini. 2. Harian Metro 9 Negeri catat peningkatan kes https://www.hmetro.c om.my/mutakhir/202 Sembilan negeri menunjukkan 0/04/569410/covid- pertambahan kes baharu positif 19-9-negeri-catat- Covid-19 dengan kawasan zon peningkatan-kes merah masih kekal 30 kawasan.

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 20

3. Harian Metro Sultan Kelantan izin https://www.hmetro.c peruntukan diagih kepada om.my/mutakhir/202 asnaf 0/04/569472/sultan- kelantan-izin- Sultan Kelantan Sultan peruntukan-diagih- Muhammad V berkenan kepada-asnaf menyerahkan peruntukan yang disediakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk program bersama baginda sepanjang Ramadan kepada asnaf.

Penemuan penting & isu: 1. Jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 92 kes. Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, sebanyak 57 kes dilaporkan hari ini, menjadikan 5,482 kes keseluruhan dalam negara. 2. Sembilan negeri menunjukkan pertambahan kes baharu positif Covid-19 dengan kawasan zon merah masih kekal 30 kawasan setakat 12 tengah hari 20 April 2020. Keseluruhannya terdapat 5,425 kes berbanding 5,389 kes sehari sebelumnya. 3. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) perlu untuk meneruskan penyaluran bantuan kepada asnaf negeri itu yang terkesan akibat wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga keadaan pulih. Maklum balas Bahagian: 1. Bahagian sentiasa mengambil maklum dan memantau bilangan kematian disebabkan COVID-19. Analisa mengenai bilangan kematian serta ciri-ciri demografi seperti jantina, kumpulan umur dan negeri akan dijadikan input bagi penyediaan penerbitan Perangkaan kematian dan Sebab Kematian yang akan diterbitkan oleh Bahagian. Data yang diterbitkan seperti kadar kematian mengikut sebab kematian, negeri dan mengikut daerah pentadbiran. 2. Bilangan kes positif terus meningkat ekoran dari sikap individu yang tidak mengawal pergerakan dengan baik. Setiap individu perlu bertanggungjawab terhadap kesihatan diri dan keselamatan orang ramai yang berada disekitarnya. Sekiranya sikap ini ada maka Malaysia akan dapat dengan segera memutuskan rantaian penularan COVID-19. Sebaliknya, jika rantaian wabak ini tidak dapat diputuskan maka ianya akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara. Beberapa soalan berkaitan kesihatan telah dimasukkan ke dalam Soal Selidik Banci 2020 untuk mengukur tahap kesihatan penduduk di Malaysia.

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 21

I. Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia dan Sosial (DOSM) Bil Akhbar Ringkasan Pautan 1. The Sun Daily Employers, employees need to https://www.thesund strike balance aily.my/local/employ ers-employees- Employers that they are not need-to-strike- allowed to cut salaries of their balance-IN2294280 employees if they accept the subsidy dispensed by the government during the movement control (MCO) period that has been imposed to curb the spread of Covid-19.

If an employer is unable to pay salaries, he can always discuss the matter with his workers to find a compromise.

Even if the employee accepts a temporary pay cut, he should get the shortfall back once the company starts making money.

2. Berita Harian Kelonggaran beroperasi diberi https://www.bharian. bersama tanggungjawab com.my/kolumnis/20 20/04/679697/kelong Walaupun bazar Ramadan tidak garan-beroperasi- beroperasi, kerajaan masih diberi-bersama- memberi kelonggaran membuat tanggungjawab?fbcli pesanan makanan melalui 41 d=IwAR2KKgjzHAoA syarikat yang menyediakan 0KABPym5ILHjuJBO perkhidmatan e-hailing atau 8XzKnJPmPD1yPX7 penghantar makanan u2FgPaOR7m0TKn persendirian. mg

Bagi sektor pembinaan pula perlu dikenakan syarat tambahan dengan mengurangkan bilangan pekerja ke tahap paling minimum atau tidak melebihi 50 peratus jumlah pekerja diperlukan pada satu-satu masa.

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 22

3. Berita Harian Cabaran, strategi belia https://www.bharian. berdepan pasca pandemik com.my/rencana/mu ka10/2020/04/67968 KRISIS COVID-19 bukan sahaja 1/cabaran-strategi- memberi kesan kepada kesihatan belia-berdepan- awam negara, malah kepada pasca- ekonomi dan pasaran buruh. pandemik?fbclid=Iw AR2a_E8zv1Eus7P Belia berusia 15 hingga 29 tahun YMSVjtvpvGnsHpkz adalah kumpulan penting kepada HX_uo_edsur-O- pasaran buruh negara kerana zdKlAfNezGtmkg merangkumi hampir 40 peratus daripada keseluruhan tenaga buruh.

Justeru, kesan semasa dan selepas COVID-19 kepada belia tidak boleh dipandang ringan. Belia juga merangkumi sebahagian besar tenaga buruh di sektor pekerjaan terjejas seperti perkhidmatan dan sektor tidak formal.

Pasca pandemik akan menyaksikan penguncupan ekonomi yang menyebabkan pengurangan tawaran pekerjaan yang mendadak, peningkatan pengangguran, kehilangan pekerjaan.

Penemuan penting & isu: 1. Majikan sama sekali tidak dibenarkan untuk memotong gaji pekerjanya sekiranya mereka telah menerima bantuan subsidi upah daripada kerajaan. Sehubungan dengan itu majikan dan pekerja perlu sentiasa berunding untuk memperoleh keputusan bersama, bagi memastikan kebajikan kedua- dua pihak terjaga. 2. Kerajaan masih memberi kelonggaran membuat pesanan makanan melalui 41 syarikat yang menyediakan perkhidmatan e-hailing atau penghantar makanan persendirian. Manakala bagi sektor pembinaan pula dikenakan syarat tambahan untuk beroperasi dengan mengurangkan bilangan pekerja ke tahap paling minimum atau tidak melebihi 50 peratus jumlah pekerja yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKP.

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 23

3. Pengangguran yang meningkat akan memberi kesan secara langsung kepada belia kerana hampir 80 peratus penganggur adalah dikalangan belia daripada keseluruhan penganggur pada tahun 2018. Situasi yang dihadapi pada masa ini memberi kesan kepada pasaran buruh sekurang-kurangnya untuk tempoh 12 bulan yang akan datang.

Maklumbalas Bahagian: 1. Berdasarkan Survei Tenaga Buruh 2018 juga, bilangan penganggur di kalangan belia berumur 15-29 tahun adalah sebanyak 411.2 ribu orang. Manakala tenaga buruh di kalangan belia ialah 6.07 juta orang.

J. Bahagian Perangkaan Pertanian dan Alam Sekitar (DOSM) Bil Akhbar Ringkasan Pautan 1. Bernama Bekalan sayur-sayuran, buah- https://www.bernama buahan mencukupi di Perak - .com/bm/am/news.p Jabatan Pertanian hp?id=1833967

Bekalan makanan di Perak, khususnya sayur-sayuran dan buah-buahan adalah mencukupi walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika ini.

2 Harian Metro Raih RM6 juta sejak PKP https://www.hmetro.c om.my/mutakhir/202 LKIM mengekalkan operasi 64 0/04/569337/raih- pasar nelayan di seluruh negara rm6-juta-sejak-pkp selaras dengan pengecualian kerajaan kepada Sektor atau Perkhidmatan Penting bagi memastikan bekalan protein negara mencukupi.

3. Bernama Peniaga raja buah guna media https://www.bernama sosial, platform aplikasi jual .com/bm/am/news.p durian hp?id=1834252

Musim durian di Balik Pulau sepatutnya bermula awal Mei ini, namun raja buah tersebut mula luruh ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 24

Berikutan itu, pengusaha- pengusaha kebun durian mula mengambil beberapa alternatif termasuk memanfaatkan sepenuhnya platform media sosial dan aplikasi seperti WhatsApp dan WeChat bagi memasarkannya selain menawarkan khidmat penghantaran kepada pelanggan memandangkan pergerakan yang terhad sepanjang tempoh PKP. 4. Astro Awani PKP jadikan Sungai Klang lebih http://www.astroawa bersih ni.com/berita- malaysia/pkp- Perintah Kawalan Pergerakan jadikan-sungai- (PKP) yang dikuatkuasakan pada klang-lebih-bersih- 18 Mac telah membawa kepada 239351 pengurangan sebanyak 43 peratus jumlah sampah yang dikeluarkan daripada Sungai Klang. Penemuan penting & isu: 1. Jabatan Pertanian Negeri Perak menyatakan bekalan makanan di Perak, khususnya sayur-sayuran dan buah-buahan adalah mencukupi walaupun Perintah PKP dilaksanakan. Pengeluaran pertanian Negeri Perak bagi tempoh 28 Mac hingga 30 April adalah sebanyak 35 tan metrik dan jumlah tersebut lebih daripada mencukupi. 2. Bermula 18 Mac 2020, pasar nelayan mencatatkan nilai jualan sebanyak RM6.14 juta membabitkan 618,544.46 kilogram hasil laut. Semua pasar nelayan beroperasi hampir setiap hari di seluruh negara dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang tempoh PKP seperti disarankan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sebanyak 44 persatuan nelayan di seluruh negara sudah menjalankan urusan COD sepanjang tempoh PKP bagi memudahkan pembekalan ikan dan hasil laut secara terus kepada pengguna. Sejumlah 4.99 mt dengan nilai jualan RM98,142.49 dicatatkan membabitkan 810 transaksi dalam talian oleh pengguna sekitar Lembah Klang. 3. Terdapat 20 jenis buah durian dihasilkan daripada kira-kira 300 batang pokok yang ditanam di kebunnya di Sungai Pinang yang dijangka akan mula luruh bermula awal Mei. Buah durian yang dihasilkan juga adalah organik kerana tidak menggunakan racun. Oleh itu, durian ini akan di hantar di kedai organik yang telah dipilih iaitu Pulau Tikus dan Bayan Baru. 4. Pada 15 Mac sehingga 15 April, sebanyak 15,580 tan metrik (MT) sampah dikumpul menerusi projek "Selangor Maritime Gateway" (SMG) berbanding SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 25

purata 900 hingga 1,200MT sebulan dalam tempoh enam bulan lepas. Bagi tempoh itu, Sungai Klang mencatatkan bacaan Indeks Kualiti Air (WQI) Kelas III hampir 90 peratus daripada masa pemantauan berbanding pada tahun lepas sehingga Mac dan walaupun secara keseluruhannya bacaan WQI pada Kelas III adalah baik, ia hanya kira-kira 46 peratus daripada masa pemantauan.

Maklumbalas Bahagian: 1. Statistik pengeluaran dan penggunaan bagi komoditi agromakanan terpilih (36 jenis item) diterbitkan di dalam penerbitan Akaun Pembekalan dan Penggunaan Komoditi Pertanian Terpilih (SUA) secara tahunan. Item buah- buahan, sayur-syuran, perikanan dan ternakan merupakan item yang diliputi. Kecukupan bekalan makanan kepada penduduk berbanding pengeluaran bagi 36 jenis item juga boleh dilihat berdasarkan indikator SSR yang diterbitkan dalam SUA. SSR durian pada 2018 104.8% dan PCC 9.8 kg/tahun. 2. Pelaksanaan PKP dilihat telah memberi kesan positif kepada alam sekitar. BPPAS mengambil maklum bahawa status kualiti air di Sungai Klang bertambah baik. Susulan PKP dijangkakan penghasilan sisa pepejal akan berkurang dan kualiti air bersih dilihat meningkat. BPPAS telah menerbitan Kompendium Perangkaan Alam Sekitar (KPAS) secara tahunan. Pada 2018, sebanyak 143 lembangan sungai diawasi. Status kualiti air berdasarkan bahan pencemar udara adalah seperti berikut:

Tahun NH3-N BOD5 SS 2018 B ST T B ST T B ST T 5 88 50 54 37 52 71 31 41

Nota: B-Bersih ST-Sederhana Tercemar T-Tercemar K. Malaysian Bureau of Labour Statistics (DOSM) Bil Akhbar Ringkasan Pautan 1. Berita Harian COVID-19: Gabung Malaysia https://www.bharian Airlines - AirAsia, bukan .com.my/bisnes/kor pilihan wajar porat/2020/04/6797 53/covid-19- Sektor penerbangan antara gabung-malaysia- yang paling teruk terjejas akibat airlines-airasia- penularan pandemik Covid-19. bukan-pilihan-wajar Perunding Penerbangan Endau Analytics menyatakan penggabungan Malaysia Airlines Bhd dan AirAsia Group hanya menjejaskan pengguna kerana langkah itu mewujudkan SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 26

monopoli bagi laluan utama yang menjadi saingan sengit bagi kedua-dua syarikat pada masa ini.

AirAsia menguasai 50 peratus pasaran manakala Malaysia Airlines yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd pula sebanyak 30 peratus.

Malaysia Airlines mempunyai sekurang-kurangnya 13,000 kakitangan. Penggabungan syarikat akan menyaksikan terdapat kemungkinan sekurang-kurangnya 40 peratus pekerja sedia ada kehilangan pendapatan.

2. The Star The Edge Financial Daily https://www.thestar stops publication after 13- .com.my/news/nati year print run on/2020/04/21/the- edge-financial- The Edge Financial Daily (FD) daily-stops- has published its last print publication-after- edition on Tuesday (April 21), 13-year-print-run after a 13-year run. The shift to digital news and the impact of Covid-19 as reasons why it had to cease publication. However, The Edge weekly newspaper would still be published.

Penemuan penting & isu:

1. Sektor penerbangan antara yang paling teruk terjejas akibat penularan pandemik Covid-19 termasuk di Malaysia. Perunding Penerbangan Endau Analytics menyatakan penggabungan Malaysia Airlines Bhd dan AirAsia Group akan menjejaskan pengguna kerana mewujudkan monopoli terutamanya laluan utama yang menjadi saingan sengit bagi kedua-dua syarikat tersebut. Malaysia Airlines mempunyai sebanyak 13,000 kakitangan di mana langkah penggabungan akan menyebabkan sekurang-kurangnya 40 peratus pekerja sedia ada kehilangan pendapatan.

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 27

2. The Edge Financial Daily (FD) menerbitkan edisi cetakan terakhir pada 21 April 2020 setelah 13 tahun diterbitkan. Pemberhentian cetakan disebabkan oleh peralihan kepada berita digital dan kesan pandemik Covid-19.

Maklumbalas Bahagian:

1. Laporan Statistik Guna Tenaga (SGT) meliputi statistik pekerja sektor swasta di Malaysia. Berikut merupakan maklumat berkaitan jawatan diisi dan pewujudan jawatan mengikut aktiviti ekonomi berdasarkan SGT ST4 2019: i) Sektor Perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar dengan 4,440 ribu (52.5%) daripada 8,464 ribu jumlah jawatan diisi. ii) Terdapat 25 ribu pewujudan jawatan di mana sektor Perkhidmatan menyumbang 46.2 peratus atau sebanyak 12 ribu.

2. Statistik pekerja bagi ST4 2019 yang berkaitan berdasarkan Laporan Produktiviti Buruh ST4 2019 adalah seperti berikut*: i) Perdagangan borong dan runcit: 2,514 ribu orang (16.5%) ii) Pengangkutan dan penyimpanan: 554 ribu orang (3.6%) iii) Maklumat dan komunikasi: 250 ribu orang (1.6%) iv) Perkhidmatan Lain: 2,614 ribu orang (17.1%)

3. Statistik produktiviti buruh bagi ST4 2019 yang berkaitan berdasarkan Laporan Produktiviti Buruh adalah seperti berikut:

Produktiviti buruh Produktiviti buruh mengikut jam bekerja mengikut pekerja Nilai Perubahan Nilai Perubahan Aktiviti ekonomi (RM) Peratusan (RM) Peratusan Tahunan Tahunan (%) (%) Perdagangan borong 42.9 3.2 25,999 3.0 dan runcit Maklumat dan 142.5 1.2 84,426 1.1 komunikasi Pengangkutan dan 41.3 4.6 25,444 4.1 penyimpanan Perkhidmatan Lain 36.5 2.2 19,392 3.7

*merujuk kepada jumlah pekerja dan peratus sumbangan

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 28

Jadual 1: Jumlah Keseluruhan Taburan Kes COVID-19 Mengikut Negeri

Jadual 2: Jumlah Keseluruhan Taburan Kes COVID-19 Mengikut Negara

SEKRETARIAT DAN JAWATANKUASA KHAS DOSM MENANGANI COVID-19: STATISTIK & INFO- MEDIA (BDA)

Page 29