BAB I PENDAHULUAN 1.0 Mukadimah Kajian Ini Akan
BAB I PENDAHULUAN 1.0 Mukadimah Kajian ini akan membincangkan kerangka utama dalam bahagian pendahuluan, merangkumi latar belakang masalah kajian, pengertian tajuk, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian, metodologi penyelidikan, rangka penulisan, dan penutup. 1.1 Latar Belakang Kajian Kejadian alam yang diciptakan oleh Allah S.W.T mempunyai jutaan rahsia yang belum disingkap manusia. Di dalam al-Qur’an, proses penciptaan langit dan bumi memberi implikasi bahawa wujudnya pencipta yang Maha Esa. Hanya Allah S.W.T yang Maha Esa yang layak disembah dan tiada satu yang mampu menangani kekuasaan- Nya. Konsep kejadian yang dicatatkan di dalam pelbagai karya khususnya karya klasik yang ditulis oleh para ulama di Nusantara secara amnya di Aceh memperlihatkan satu ketika dahulu corak pemikiran berkaitan dengan alam semesta yakni bulan, bintang, tanah, angin, api dan air memberi tunjuk ajar dalam bidang perubatan berdasarkan pengetahuan astronomi dan ilmu falak.1 Hal ini bukan sahaja membuka ruang pola pemikiran dan ideologi di kalangan masyarakat Melayu lama malah masih menjadi 1 Syamsul Bahri, Sejarah Ulama Acheh Di Mesir, ed. ke-51. Modus Acheh Press, April 14, 2010, h.12. 1 pegangan dan kepercayaan oleh masyarakat moden masa kini.2 Antara pemikiran tentang alam terawal difahami manusia ialah kewujudan cakerawala di langit seperti bintang-bintang, planet-planet, bulan dan matahari dengan gambaran buruj yang pelbagai. Hampir semua tamadun awal manusia mempunyai pemikiran yang sama mengenai unsur-unsur tersebut. Pemikiran ini boleh dilihat melalui konsep sains rakyat yakni folk science, termasuk melalui mitos, cerita rakyat dan budaya yang dipraktikkan.3 Di Alam Melayu, kosmologi Hindu-Jawa mengisi pemikiran awal manusia tentang alam.
[Show full text]