BELUM DISUNTING 24 NOVEMBER 2016 (Mesyuarat Dimulakan Pada Jam 9.18 Pagi)
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
BELUM DISUNTING 24 NOVEMBER 2016 (Mesyuarat dimulakan pada jam 9.18 pagi) [Tuan Speaker mempengerusikan Mesyuarat] DOA PEMASYHURAN DARIPADA TUAN SPEAKER Tuan Speaker: Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat, I have granted leave of absence under Standing Order 81 to Yang Berhormat Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail, Honourable Minister for Welfare and Community Wellbeing and Honourable Member for Bukit Kota for today’s sitting and Yang Berhormat Dato Sri Haji Mohammad Ali Mahmud, Honourable Member for N.17 Stakan for today and tomorrow sitting. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAPAN-JAWAPAN LISAN Y.B. Tuan Haji Razaili Bin Haji Gapor: Ikan buntal ikan terusan, Ikan Empurau Ikan Ketutu, Mohon Menteri beri Jawapan, Soalan saya, seratus enam puluh satu. PEMBINAAN KOMPLEKS SUKAN DI DUN BETING MARO (161) Y.B. Tuan Haji Razaili Bin Haji Gapor bertanya kepada Menteri Belia, Sukan dan Solidariti: Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk membina kompleks sukan di DUN Beting Maro? Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Belia dan Sukan (Y.B. Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah): Terima kasih. Menteri Muda tidak pandai berpantun untuk menjawab Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Beting Maro di atas soalan beliau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Beting Maro, Kerajaan memang berhasrat untuk membina kemudahan-kemudahan sukan di serata tempat di Negeri Sarawak untuk mengalakkan masyarakat bersukan dan juga untuk beriadah. Memang ini adalah usaha kita untuk membangunkan insan dan juga rakyat yang sihat dan sentiasa cergas. Untuk kawasan DUN Beting Maro, Kementerian akan mengemukakan cadangan untuk membina kemudahan sukan di Beting Maro dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-Sebelas iaitu RMK11. Memandangkan kemudahan sukan yang bersesuaian belum ada lagi di DUN Beting Maro. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Beting Maro pada masa ini antara prasarana-prasarana yang sedia ada yang telah disediakan oleh Jabatan Belia dan Sukan dan juga daripada Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, antara lainnya adalah gelanggang-gelanggang futsal 1Malaysia di Hulu Pusa, di Kampung Hilir Beladin, di pejabat Daerah Kecil Pusa, gelanggang futsal pun ada juga dan di Rumah Sat, Munggu Ruang di Debak, di Kampung Ulu Beladin dan juga ada diadakan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Balairaya di Kampung Pusa. 1 BELUM DISUNTING 24 NOVEMBER 2016 Prasarana yang telah disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah Padang Bolasepak RGC Beladin di Betong. Terima kasih. Y.B. Tuan Haji Razaili Bin Haji Gapor: (Soalan Tambahan) Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan. (a) Siapakah yang diberi tanggungjawab oleh Kerajaan untuk menyelenggarakan kemudahan-kemudahan sukan tersebut?; (b) Adakah Kerajaan mempunyai cadangan untuk melantik pertubuhan ataupun persatuan belia untuk mengurus gelanggang-gelanggang ataupun kemudahan sukan tersebut? Terima kasih. Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Belia dan Sukan (Y.B. Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah): Terima kasih sekali lagi, Ahli Yang Berhormat dari Beting Maro. Sebelum saya menjawab soalan tambahan tersebut, bagi pihak rakan saya Ahli Yang Berhormat daripada N.71 Bekenu ingin mengalu-alukan rombongan yang datang jauh dari Bekenu yang ada bersama-sama kita pada pagi ini di galeri di atas. Mereka datang jauh untuk melihat persidangan dewan kita pada pagi ini. Untuk menjawab soalan tambahan daripada Ahli Yang Berhormat daripada Beting Maro, untuk prasarana yang dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, tanggungjawab untuk menyelenggarakan prasarana tersebut adalah Majlis Daerah Betong. Kalau di sini kita lihat prasarana tersebut adalah padang bolasepak RGC Beladin Betong. Jadi tanggungjawab untuk menyelenggarakan prasarana ini adalah Majlis Daerah Betong dan peruntukannya seperti tempat-tempat lain, itulah selalunya menjadi masalah, kekangan peruntukan. Untuk Majlis Daerah Betong, untuk tahun ini ataupun untuk tahun-tahun yang lepas jumlah yang kita beri untuk penyelenggaraan sahaja hanyalah berjumlah 120 ribu dan ianya adalah untuk menyelenggara prasarana-prasarana sukan yang ada dalam kawasan yang dibawah bidang kuasa Majlis Daerah tersebut. Untuk penyelenggaraan prasarana-prasarana yang dibina di bawah program 1Malaysia macam gelanggang futsal 1Malaysia. Saya difahamkan penyelenggaraan prasarana-prasarana ini adalah di bawah kampung-kampung yang mana terletaknya prasarana-prasarana ini diadakan seperti juga di Asajaya ataupun di tempat-tempat lain di mana gelanggang ini dibina, kampung tersebutlah bertanggungjawab untuk menyelenggara dan menjaga agar prasarana itu dijaga dengan baik. Berkenaan dengan soalan yang kedua iaitu adakah rancangan untuk melantik persatuan-persatuan belia untuk menyelenggara? Ini adalah satu cadangan yang baik saya rasa kemungkinan untuk prasarana-prasarana yang di bawah jagaan JKK Kampung, kemungkinannya boleh diaturkan supaya satu badan dalam kampung iaitu Persatuan Belia atau Badan Belia yang selalu menggunakan prasarana ini diberi tanggungjawab untuk menyelenggara dan menjaga prasarana-prasarana ini tetapi sekiranya prasarana ini di bawah jagaan Kementerian ataupun jabatan-jabatan Kerajaan, saya rasa kemungkinannya ia tidak dapat diaturkan sebegini rupa kerana ia adalah tanggungjawab jabatan dan juga Kementerian luar tapi walaubagaimanapun kita amat menggalakkan Badan-Badan Belia untuk bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan dan juga jabatan untuk memastikan prasarana-prasarana sukan yang terdapat dalam kawasan mereka dijaga dengan baik. Sekian, terima kasih. Tuan Speaker: Ahli Yang Berhormat bagi Tellian. 2 BELUM DISUNTING 24 NOVEMBER 2016 MEMBENDUNG MASALAH KEGIATAN JUDI SIBER DI KALANGAN BELIA (162) Y.B. Encik Yussibnosh Balo bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan: Judi Siber berlaku berleluasa dikalangan belia bawah umur sebagai penjual ‘top up’ untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk membendung kegiatan ini? Menteri Muda Kerajaan Tempatan (Y.B. Datu Dr Penguang Manggil): Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker questions No. 162 and questions No. 230 touch on the same subject matter that is cyber gambling. I wish there to seek your permission to address these two questions together. Tuan Speaker: Ya. Menteri Muda Kerajaan Tempatan (Y.B. Datu Dr Penguang Manggil): Thank you. Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat for Tellian asked his questions in Bahasa Malaysia while Ahli Yang Berhormat for Lambir for question No. 230 asked his question in English. That being the case, I will answer the questions accordingly in Bahasa Malaysia and in English. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Telian, Polis Diraja Malaysia, Sarawak mempunyai unit khas untuk menangani jenayah judi siber. Menteri Muda Kerajaan Tempatan (Y.B. Datu Dr. Penguang Manggil): Ketua Polis Negara telah melancarkan Ops Dadu besar-besaran terhadap jenayah judi termasuk judi cyber pada November 2015. Sejak operasi ini dijalankan banyak serbuan dan tangkapan telah dibuat oleh pihak Polis Diraja Raja Malaysia (PDRM). Tindakan PDRM dalam membanteras jenayah ini telah banyak dilaporkan dalam akhbar tempatan. Menurut statistik PDRM sejumlah 4349 serbuan telah dibuat bagi tempoh dari 1 November 2015 hingga 31 Oktober 2016. Dalam tempoh tersebut wang tunai sebanyak RM88,000 dan 826 mesin judi telah dirampas. Seramai 496 orang juga telah ditangkap atas kesalahan-kesalahan perjudian. Memang tidak dinafikan terdapat pengusaha premis hiburan yang menyalahgunakan lesen-lesen hiburan untuk mendapat keuntungan daripada kegiatan ini. Untuk makluman, pengeluaran lesen cafe cyber telah dibekukan semenjak tahun 2004 dahulu. Pihak Kerajaan akan mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi dengan pengusaha yang rakus dan tidak bertanggungjawab. Pihak berkuasa tempatan telah diarah memantau dan mengambil tindakan sewajarnya dan jika didapati ada pengusaha-pengusaha menyalahgunakan lesen pengusaha premis maka lesen mereka akan dibatalkan. Operasi bersepadu dan serbuan ke atas premis-premis judi akan diteruskan oleh pihak PDRM secara kolaborasi dengan pihak berkuasa tempatan, Sarawak Energy Berhad, Telekom dan agensi-agensi Kerajaan yang lain. PDRM akan memperhebatkan lagi koleksi risikan jenayah terhadap jenayah ini sehingga kegiatan haram ini dapat dibendung. Tuan Speaker, we are just not talking, we walk our talk and as we sit down here two days ago, PDRM, has seized two gambling outlets in Lawas as reported in Borneo Post dated 23rd November 2016 entitled Cyber Gambling Menace back in Lawas where they managed to seize a few items and arrested about 12 people and this people are being investigated under Section 4b(a) of the Common Gambling House Act, 1953. With regards to drug abuse committed by youth in the State, enforcement agencies are currently taking two prompt measures to curb this problem. The short term measures include actions by the relevant agencies ie. PDRM, Agency Anti-Dadah Kebangsaan and the Royal Custom Department to intensify their operations to enforce the dangerous drug laws. 3 BELUM DISUNTING 24 NOVEMBER 2016 So far this action has resulted in some major success this year which include seizure of 18,000 ecstasy pills and one kilogram of unprocessed syabu worth more than RM1.4 million. As a long term measure which we would be involving the youth in creating awareness by educating the youth of the danger and the consequences of drug abuse. In this regard, agencies concerned would