Seminar Budaya Melayu Sarawak Ke-V, 20-21 Mac 2009
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Kajian Malaysia, Vol. 29, No. 1, 2011, 29–46 KELAS MENENGAH, UMNO DAN INTELIGENSIA: TENTANGAN DOMINASI POLITIK BUMIPUTERA ISLAM DI SARAWAK MIDDLE CLASS, UMNO AND INTELLIGENTSIA: CONTESTING THE MUSLIM BUMIPUTERA'S POLITICAL DOMINATION IN SARAWAK Faisal S. Hazis Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak Email: [email protected] Barisan Nasional mulai mendominasi politik Sarawak setelah pemimpin bumiputera Islam mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada pemimpin Iban selepas pilihan raya 1970. Di bawah teraju pemimpin bumiputera Islam ini, Barisan Nasional berjaya menguasai setiap pilihan raya negeri dan parlimen yang diadakan sejak tahun 1970 hingga 2008. Walaupun parti pembangkang melancarkan tentangan sengit pada lewat 1970-an dan pertengahan 1980-an, pemimpin bumiputera Islam ini berjaya mengatasinya untuk terus mengekalkan dominasi parti pemerintah di negeri yang mempunyai bilangan kerusi negeri dan parlimen yang terbanyak. Makalah ini menyusuri dominasi politik pemimpin bumiputera Islam Sarawak dan faktor-faktor yang menyumbang kepada kekuatan mereka yang menjangkau lebih empat dekad. Walaupun kuasa politik pemimpin bumiputera Islam masih bertahan sehingga ke hari ini, beberapa sumber baharu mulai muncul untuk memberikan tentangan terhadap kuasa politik golongan minoriti ini. Sumber tentangan baharu yang dimaksudkan ialah golongan kelas menengah, United Malays National Organisation (UMNO) dan inteligensia. Makalah ini mengupas tentangan yang diberikan kelompok ini dan impaknya terhadap politik Sarawak khususnya kepimpinan bumiputera Islam. Kata kunci: bumiputera Islam, dominasi politik, inteligensia, politik Sarawak, tentangan The ruling Barisan Nasional started to dominate Sarawak politics after the Muslim bumiputera took over the state leadership from the Iban after the 1970 elections. Under the stewardship of the Muslim bumiputera, Barisan Nasional had successfully dominated every state and parliamentary elections held since 1970 to 2008. Although the opposition parties launched a strong challenge © Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2011 Faisal S. Hazis towards the Muslim bumiputera's dominance in the late 1970s and middle 1980s, the latter was able to fend off this challenge and continued to uphold the ruling party's grip on the state with the largest number of state and parliamentary seats. This article analyses the Muslim bumiputera's dominance in Sarawak politics and the factors that had contributed to over four decades of domination. Despite this domination, new sources of contestation have emerged, namely the middle class, United Malays National Organisation (UMNO) and the intelligentsia. This article analyses the contestation instigated by these forces and its impact on Sarawak politics particularly the leadership of Muslim bumiputera. Keywords: Muslim bumiputera, political domination, intelligentsia, Sarawak politics, contestation PENGENALAN Tatkala beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008, Sarawak masih terus kukuh di bawah dominasi kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan kelompok bumiputera Islam. Dominasi ini, walau bagaimanapun, bakal diuji lagi dalam pilihan raya negeri yang ke-10 nanti oleh Pakatan Rakyat (PR) yang melihat negeri terbesar di Malaysia ini sebagai jambatannya melangkah ke Putrajaya. Tentangan politik yang dicanang sebagai yang terhebat sejak pilihan raya negeri 1987 ini telah pun membuka ''gelanggang'' di pilihan raya kecil Batang Ai 2009 yang dimenangi BN dengan majoriti 1,854 undi dan diikuti pilihan raya kecil Sibu 2010 yang dimenangi pula oleh Democractic Action Party (DAP) dengan majoriti kecil 398 undi (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, 2011). Berdasarkan perkembangan semasa ini, penulis ingin mengupas faktor-faktor yang menyumbang kepada penguasaan berterusan BN di bawah teraju pemimpin bumiputera Islam Sarawak dan juga sumber- sumber tentangan yang mampu menggoncang dominasi tersebut. KUASA NEGARA DAN KEKUATAN MASYARAKAT: DOMINASI POLITIK PEMIMPIN BUMIPUTERA ISLAM Dominasi politik pemimpin bumiputera Islam bermula selepas Pilihan Raya Umum 1970. Jawatan Ketua Menteri Sarawak sejak waktu itu disandang oleh dua orang pemimpin Melanau Islam yang berpendidikan tinggi iaitu Abdul Rahman Yaakub (1970 hingga 1981) dan Abdul Taib Mahmud (1981 hingga sekarang). Abdul Rahman Yaakub memainkan peranan penting dalam menghidupkan semula penguasaan masyarakat bumiputera Islam dalam kancah politik Sarawak. Manakala, anak saudara beliau, Abdul Taib Mahmud, pula memastikan kuasa politik bumiputera Islam terus berada dalam genggaman pemimpin Melanau 30 Tentangan Dominasi Politik Bumiputera Islam di Sarawak Islam. Jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran awam, kabinet negeri dan juga pusat banyak diperuntukkan kepada golongan ini (Mohd Faisal Syam, 2008: 369–372). Sejak 1970, kerajaan BN di bawah teraju pemimpin Melanau Islam berjaya mendominasi setiap pilihan raya negeri dan parlimen yang diadakan (Mohd Faisal Syam, 2008: 1–3). Walaupun pegangan kuasa pemimpin Melanau Islam agak goyah pada awal 1970-an, ia berjaya diperkukuhkan selepas itu. Trend ini dapat diperhatikan dengan menilai prestasi parti pemerintah dalam pilihan raya yang diadakan sejak 1970 hingga 2008. Berdasarkan Jadual 1, BN mulai menampakkan kekuatan politiknya pada akhir tahun 1970-an apabila parti tersebut merekodkan kemenangan di 45 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dipertandingkan, berbanding hanya 23 kerusi pada 1970 dan 30 kerusi pada 1974. Dari segi undi popular, BN turut mencatatkan peningkatan yang begitu signifikan pada 1970-an; daripada 39% pada 1970 kepada 61.2% pada 1979. Kekuatan BN terus menyerlah di bawah pemerintahan Abdul Taib Mahmud selama lebih dua dekad. Walaupun prestasi BN sedikit tercalar pada awal pentadbiran Ketua Menteri Sarawak keempat ini (kemenangan 34 kerusi pada 1983 dan 28 kerusi pada 1987), parti pemerintah berupaya mematahkan tentangan parti pembangkang dengan mengambil pelbagai langkah akomodasi dan represif (Faisal, 2009a). Hasilnya, BN berjaya mendominasi empat pilihan raya negeri seterusnya (49 daripada 56 kerusi atau 87.5% kerusi pada 1991; 57 daripada 62 kerusi atau 91.9% kerusi pada 1996; 60 daripada 62 kerusi atau 96.8% kerusi pada 2001; 62 daripada 71 kerusi atau 87.3% kerusi pada 2006). Dalam tempoh waktu tersebut, BN merekodkan lebih daripada 60% undi popular kecuali dalam pilihan raya 1987. Jadual 1: Prestasi BN dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, 1970–2006 1970 1974 1979 1983 1987 1991 1996 2001 2006 Jumlah kerusi 23 30 45 34 28 49 57 60 62 dimenangi BN (48) (48) (48) (48) (48) (56) (62) (62) (71) % undi popular 39.0 55.0 61.2 68.5 55.2 62.8 66.6 71.2 62.9 diperolehi BN Jumlah kerusi 11 11 12 12 9 17 22 21 26 dimenangi BN di {11} {11} {12} {12} {12} {17} {22} {21} {26} kawasan majoriti bumiputera Islam % undi popular 47.3 70.3 77.2 67.6 59.5 74.5 77.7 77.2 75.3 diperolehi BN di kawasan majoriti bumiputera Islam Nota: 1. Angka ( ) mewakili jumlah keseluruhan kerusi parlimen di Sarawak. 2. Angka { } mewakili jumlah keseluruhan kerusi bumiputera Islam di Sarawak. Sumber: Diadaptasi daripada Searle (1983: 219–225); Leigh (1974: 136–137); Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (1985: 36– 42, 1988b: 40–45, 1993: 67–78, 1999: 92–111, 2004a: 85–97, 2009) 31 Faisal S. Hazis Dominasi BN, khususnya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), lebih menyerlah di kawasan majoriti pengundi bumiputera Islam. Sejak 1970, parti pemerintah menyapu bersih kesemua kerusi bumiputera Islam kecuali dalam pilihan raya 1987. Dari segi peratusan undi pula, populariti parti pemerintah adalah jauh lebih tinggi di kawasan bumiputera Islam berbanding pengundi Sarawak secara keseluruhan. Secara puratanya, BN merekodkan lebih daripada 70% undi popular di kerusi bumiputera Islam kecuali dalam pilihan raya 1970, 1983 dan 1987. Selari dengan penguasaan BN dalam pilihan raya negeri, parti pemerintah ini turut menguasai sepuluh pilihan raya parlimen yang dilangsungkan sejak 1970. Trend dominasi BN dalam pilihan raya negeri turut diulang dalam pilihan raya parlimen. Pada awal dekad 1970-an, BN di bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub baru sahaja bertatih, justeru ia hanya berupaya merebut 9 kerusi dalam pilihan raya 1970 dan 15 kerusi dalam pilihan raya 1974. Penguasaan parti pemerintah dalam pilihan raya parlimen bermula semasa pemerintahan Abdul Taib Mahmud apabila ia berjaya mencatatkan kejayaan lebih daripada 78% kerusi parlimen pada 1980-an dan melonjak kepada lebih 95% kerusi pada 1990- an dan dekad 2000-an. Undi popular yang diraih BN turut meningkat dengan signifikan sekali dalam tempoh waktu tersebut, iaitu daripada hanya 34.6% pada 1970 kepada lebih 60% dalam pilihan raya seterusnya (kecuali pilihan raya 1982, 1986 dan 1990). Sepertimana dalam pilihan raya negeri, dominasi BN dalam pilihan raya parlimen ternyata lebih menyerlah di kawasan majoriti pengundi bumiputera Islam. Selain menyapu bersih kesemua kerusi bumiputera Islam sejak pilihan raya parlimen 1970, BN turut merekodkan peratusan undi yang jauh lebih tinggi daripada peratusan negeri. Malah, dalam pilihan raya 1995 dan 2004, BN mencipta sejarah dengan meraih 82.8% undi di kawasan majoriti bumiputera Islam. Trend ini membuktikan betapa kuatnya sokongan masyarakat bumiputera Islam terhadap parti pemerintah terutamanya PBB yang dikuasai pemimpin bumiputera Islam. Walau bagaimanapun, konsolidasi politik masyarakat bumiputera Islam diwarnai oleh tentangan berterusan segelintir elit Melayu yang menubuhkan pelbagai parti pembangkang seperti Parti Anak Jati Sarawak (PAJAR) pada