Dewan Negara Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum semak DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 23 Khamis 20 Disember 2018 K A N D U N G A N USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2018 (Halaman 31) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2018 (Halaman 65) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2018 (Halaman 73) Rang Undang-undang Maktab Kerjsama (Pemerbadanan) (Pindaan) 2018 (Halaman 99) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2018 (Halaman 104) DN 20.12.2018 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Rabu, 20 Disember 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua: Dipersilakan, Yang Berhormat Menteri. USUL WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT 10.04 pagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa walau apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua urusan kerajaan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini diputuskan dan diluluskan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.” Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong? Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. DN 20.12.2018 2 JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd Hamid minta Perdana Menteri menyatakan, langkah-langkah kerajaan dalam mereformasi institusi pentadbiran dan politik seperti yang terkandung di dalam Manifesto Buku Harapan, Teras Kedua. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam sayangi Malaysiaku. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd Hamid atas soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, reformasi institusi pentadbiran dan politik merupakan antara agenda utama kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-14. Perkara ini terkandung di dalam Teras 2, Manifesto Pakatan Harapan. Kesungguhan kerajaan dalam hal ini telah terbukti dalam peruntukan dan penubuhan Jawatankuasa Reformasi Institusi ataupun lebih dikenali sebagai IRC, pada 15 hari bulan Mei tahun ini dengan keanggotaan seramai lima orang ahli. IRC ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengkaji langkah-langkah dan juga cadangan penambahan baik terhadap institusi-institusi penting dalam negara ini, termasuklah Parlimen Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga Polis Diraja Malaysia. IRC dianggotai oleh lima orang tokoh tanah air seperti: (i) Datuk K C Vohrah merupakan seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan; (ii) Datuk Mah Weng Kwai yang merupakan seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan juga Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia; (iii) Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji- Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot); (iv) Datuk S Ambiga- Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (SUHAKAM); dan juga (v) Emeritus Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi yang merupakan seorang pakar perlembagaan dan juga pensyarah undang-undang. Laporan akhir IRC telah pun dibentangkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan ataupun dikenali sebagai Council of Eminent Persons (CEP) pada 17 hari bulan Julai lalu dan juga diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 19 hari bulan Julai tahun ini. DN 20.12.2018 3 Sejumlah 223 cadangan Tuan Yang di-Pertua, dari IRC yang berkaitan dengan skop kerja governans, integriti dan juga pencegahan rasuah diselaraskan dan dipantau oleh Pusat Governans Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC). Keputusan dasar berkenaan cadangan-cadangan tersebut dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai anti rasuah. Dikenali sebagai JKKMAR yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Seterusnya, keputusan dasar ini akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk mendapatkan persetujuan kerajaan. Semenjak ditubuhkan Tuan Yang di-Pertua, pada 1 hari bulan Jun tahun ini, JKKMAR telah bermesyuarat sebanyak 5 kali sehingga hari ini. Fungsi JKKMAR ini ialah merangka dasar yang akan menangani perlanggaran integriti dan juga salah laku anggota kerajaan serta kementerian dan juga agensi kerajaan, termasuk reformasi institusi dan agensi-agensi kerajaan. Sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 61 keputusan dan juga inisiatif telah pun diputuskan oleh JKKMAR untuk dilaksanakan. Antara keputusan yang telah dicapai adalah pemeriksaan institusi-institusi seperti mahkamah, Parlimen, SPRM dan Jabatan Audit Negara agar peranannya lebih berkecuali dan dapat bertindak dengan lebih bebas. ■1010 Inisiatif-inisiatif lain yang dipersetujui adalah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ataupun dikenali sebagai IPCMC. Peranan Biro Pengaduan Awam sebagai ombudsman mekanisme perisytiharan harta dan mekanisme pelaporan penerimaan hadiah. Sebahagian usaha-usaha tersebut seperti mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri, SPRM sebagai satu suruhanjaya yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan dan pemisahan tanggungjawab Peguam Negara daripada Pendakwa Raya memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Pihak kerajaan akan terus meneliti cadangan-cadangan pelaksanaan tersebut dari masa ke semasa. Malah kerajaan juga akan berusaha untuk memastikan usaha-usaha reformasi ini dapat dicapai melalui dialog dan juga sokongan dari semua pihak walaupun ianya mengambil jangka masa yang lama untuk dilaksanakan dengan jayanya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa rakyat tidak mempersoalkan ataupun mempertikaikan lantikan jawatankuasa yang DN 20.12.2018 4 telah diwujudkan. Cuma rakyat melihat adakah dengan pemindahan jabatan daripada satu kementerian ke satu kementerian itu merupakan tindakan reformasi institusi juga. Oleh kerana kita lihat apabila APMM diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, ia berlaku kekeliruan apabila pasukan polis marin masih lagi wujud sedangkan APMM mengurus hal ehwal marin. Begitu juga dengan PLKN apabila dipindahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan peruntukannya tidak dibawa ke Kementerian Belia dan Sukan. Ini menjadi masalah kepada pegawai dan juga anggota-anggota di dalam jabatan tersebut. Saya mohon penerangan ataupun penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan yang di-Pertua: Silakan Yang berhormat Menteri. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan ini. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat Senator sedia faham bahawa pentadbiran daripada segi reformasi telah pun dijalankan sejak bulan Mei ini untuk memastikan bahawa pelaksanaan agensi-agensi di bawah pentadbiran JPM terutamanya dapat dijalankan dengan lancar. Jadi satu pendekatan telah pun dibuat daripada pihak JPM bersama-sama dengan semua anggota-anggota terutamanya dari pihak KSN untuk memastikan bahawa agensi- agensi berkenaan yang telah pun dimasukkan oleh pihak Yang Berhormat tadi dapat dijalankan dengan lancar. Jadi di sini pihak kerajaan telah pun memutuskan bahawa pihak APMM dapat dijadualkan di dalam pihak JPM dan juga dengan agensi yang telah pun disebutkan tadi. Ini untuk memastikan bahawa pelaksanaan dapat dijalankan dengan lebih lancar. Jadi ini pendekatan telah pun dijalankan selepas penilaian telah pun dibuat kepada semua pihak agensi di mana ini adalah merupakan satu reformasi kepada pentadbiran untuk memastikan kita dapat menjalankan peranan mereka dengan lebih efisien, Tuan Yang di- Pertua. Jadi saya rasa sekiranya pihak mereka yang tidak puas hati dengan ini dapat berjumpa dengan pihak kerajaan untuk memastikan bahawa pelancaran dapat dijalankan dengan lebih telus, lebih lancar dan lebih cekap untuk memastikan bahawa rakyat dapat manfaat dan terutamanya juga kepada anggota-anggota yang terlibat dalam agensi-agensi tersebut. Jadi kita akan dapat terus berbincang dengan perjalanan lancar lah saya rasa bahawa Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama ini memang ambil berat dengan pihak tentera kerana beliau merupakan seorang bekas tentera. Dalam perkara ini dan seperti yang kita dapat DN 20.12.2018 5 maklum bahawa kerajaan memang prihatin dengan semua penjawat awam termasuk tentera dan juga pasukan keselamatan. Di sinilah di mana kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah pun pada dua hari yang lalu mengumumkan bahawa Bantuan Bayaran Khas sebanyak RM500 akan dibuat kepada semua pegawai perkhidmatan awam persekutuan. Ini termasuk kepada pihak pegawai keselamatan. Jadi ini adalah satu langkah yang kita dapat ambil untuk memastikan bahawa semua pihak dapat dijaga dengan baik. Jadi, itu sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Kementerian Yang Berhormat adalah untuk dasar mereformasikan pentadbiran. Bagi yang berkenaan dengan peruntukan itu kena minta Menteri Kewangan fasal apa tidak alih kepada Kementerian Belia dan Sukan. Silakan, Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri kerana hadir memberi jawapan persoalan