2

3

GAYA KEIBUBAPAAN DAN HUBUNGANNYA

DENGAN PROFIL PERSONALITI REMAJA ANAK

DALAM KELUARGA IBU TUNGGAL:

KAJIAN DI SMK DATO’ USMAN AWANG, BAHRU

SYUAIBATUL ISLAMIAH BINTI ROESWARDHI

MP091374

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Bimbingan dan Kaunseling)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi

JUN 2012

4

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………SYUAIBATUL………………………

Nama penuh : SYUAIBATUL ISLAMIAH BINTI ROESWARDHI

Tarikh :……………5 JULAI 2012………………………......

5

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan Nya dapatlah saya menyempurnakan kajian ini sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling).

Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan Dr. Faizah bt. Abd. Ghani selaku penyelia dan juga pensyarah saya di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, idea serta teguran yang telah diberikan kepada saya sepanjang melaksanakan projek ini. Ucapan penghargaan ini juga saya ucapkan kepada semua pensyarah di UTM yang telah mencurahkan ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang pengajian saya ini. Tanpa panduan dan didikan yang diberikan tidak mungkin saya akan sampai hingga ke tahap ini.

Terima kasih juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, pengetua, guru-guru serta para pelajar sekolah SMK Dato’ Usman Awang yang telah memberi kerjasama serta terlibat dalam menjayakan kajian ini.

Akhir sekali tidak lupa kepada keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan memahami serta berkorban masa membantu menjaga anak-anak ketika saya sibuk dengan pembelajaran saya iaitu suami yang tercinta Mohd. Khafiz b. Bachok serta permata hati Muhammad Hazeeq dan Muhammad Haiqal, kalianlah penguat semangat Umi. Tidak dilupakan juga semua ahli keluarga yang lain serta kawan seperjuangan yang turut sama memberi semangat serta membantu dalam menyempurnakan kajian ini. Terima kasih semua.

6

DEDIKASI

Istimewa untuk arwah ayah dan ibu yang tercinta, Walaupun tidak sempat melihat anakmu menggenggam kejayaan ini, Namun ku tahu doa darimu akan sentiasa mengiringi, Doa restumu serta nasihat selama ini, Menjadi panduan dan azimat dalam hidupku ini...

Untuk suami yang tercinta, Mohd. Khafiz b. Bachok, Berkat sokongan dan doronganmulah aku disini, Bakal menggenggam segulung ijazah yang diidami, Terima kasih atas segala doa, kesabaran dan pengorbananmu selama ini…

Buat permata hati Umi, Muhammad Hazeeq dan Muhammad Haiqal, Kamulah cinta hati dan penyeri hidup Umi, Semoga menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat nanti...

Untuk ibu dan bapa mertua serta adik beradik yang disayangi, Terima kasih atas doa dan juga sokongan selama ini, Semoga doa restu kalian akan sentiasa melindungi diriku ini...

Buat pembimbingku Dr. Faizah bt Abd Ghani , Dikaulah lilin yang membakar diri, Segala jasa dan bakti tak mungkin ku lupai, Semoga akan dibalas dengan ganjaran yang baik daripada Ilahi...

Untuk rakan-rakan seperjuangan dan semua yang terlibat, Segala jasa baik serta sokongan kalian amat dihargai. 7

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya keibubapaan serta hubungannya dengan profil personaliti remaja anak ibu tunggal di Sekolah Menengah Dato’ Usman Awang, Taman Perling, Johor Bharu. Kajian ini melibatkan sebanyak 82 orang responden yang terdiri daripada para pelajar kelas Peralihan hingga tingkatan 5. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan mengandungi 3 bahagian. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden dan juga ibu mereka, bahagian B adalah soal selidik Parental Behavior Inventory (PBI) yang mengukur gaya keibubapaan ibu tunggal, manakala bahagian C pula merupakan soalselidik tentang profil personaliti menggunakan Big Five Personality Test (BFI). Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS 16.0). Analisis deskriptif digunakan untuk menjawab objektif 1 dan 2 dengan menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai, manakala Analisis Inferensi digunakan untuk menjawab objektif ketiga dengan kaedah korelasi. Dapatan kajian menunjukkan gaya keibubapaan yang paling banyak diamalkan dalam keluarga ibu tunggal ialah gaya keibubapaan autoritatif dengan M=1.33 atau 39.70% diikuti dengan autoritarian dengan M=1.03 atau 30.75% dan permisif dengan M=0.99 atau 29.55%. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan personaliti Agreeableness adalah personaliti yang paling dominan dengan M=2.99 atau 21.27% diikuti oleh personaliti Extraversion dengan M=2.80 atau 20.33% dan Openness to Experience dengan M=2.79 atau 20.26%. Hasil analisis juga mendapati hanya gaya keibubapaan autoritarian yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan profil personaliti Openness to Experience dan Conscientiousness. Walaubagaimanapun, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya keibubapaan ibu tunggal autoritatif dan permisif dengan semua profil personaliti yang lain.

8

ABSTRACT

This study aims to identify the parenting style and its relationship with the personality profile of adolescents in single mothers’ families in Sekolah Dato 'Usman Awang, Taman Perling, Johor Bharu. This study involved a total of 82 respondents from the Remove to form 5 classes. The questionnaire used in this study contains three parts. Part A covers the background of the respondents and their mother; part B is a questionnaire on Parental Behavior Inventory (PBI) which measures the parenting style of single mothers, while the part C is a questionnaire about personality profile using the Big Five Personality Test (BFI). Data were analyzed using Statistical Package For The Social Science (SPSS 16.0). Descriptive analysis is used to answer the objectives 1 and 2 by using frequency, percentage, mean and standard deviation, while the inferential analysis is used to answer the third objective of the correlation method. The findings showed that parenting style which most widely practiced in single-parent families is the authoritative parenting style with M = 1.33, or 39.70%, followed by authoritarian with M = 1:03 or 30.75% and permissive with M = 0.99 or 29.55%. In addition, the study also showed Agreeableness personality is the most dominant personality with M = 2.99, or 21.27%, followed by Extraversion personality with M = 2.80, or 20:33% and Openness to Experience with M = 2.79, or 20:26%. The analysis also reveals that authoritarian parenting style has a significant relationship with Openness to Experience and Conscientiousness personality profiles. However, there is no significant relationship between authoritative and permissive parenting style of single mothers with all other personality profile.

9

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN i

TAJUK ii

PENGESAHAN iii

PENGHARGAAN iv

DEDIKASI v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH xviii

SENARAI SINGKATAN xix

SENARAI LAMPIRAN xx

1 PENDAHULUAN MUKA SURAT

1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah Kajian 6 1.3 Pernyataan Masalah 9 1.4 Objektif Kajian 11 1.5 Persoalan Kajian 11 1.6 Hipothesis Kajian 12 1.7 Kerangka Konsep Kajian 13 1.8 Kepentingan Kajian 14

10

1 PENDAHULUAN MUKA SURAT

1.9 Batasan Kajian 17 1.10 Definisi Konsep dan Operasional 17 1.10.1 Ibu Tunggal 18 1.10.2 Gaya Keibubapaan 19 1.10.3 Profil 20 1.10.4 Personaliti 20 1.10.5 Remaja 21 1.11 Kesimpulan 22

2 SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT

2.1 Pengenalan 23 2.2 Konsep Ibu Tunggal 23 2.2.1 Ibu Tunggal Dalam Perspektif Islam 25 2.3 Rangka Teori Personaliti 26 2.3.1 Teori Psikoanalisis 27 2.3.2 Teori Jenis 27 2.3.3 Teori Psikodinamik 28 2.3.4 Teori Psikoanalisis Sosial dan Budaya 29 2.3.5 Teori Perspektif Trait 29 2.3.6 Teori Humanistik 30 2.3.7 Personaliti Dalam Perspektif Islam 30 2.3.8 Teori Tret 32

11

2 SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT

2.4 Lima Faktor Utama Ciri Personaliti 33 (Big-Five Personality Traits) 2.4.1 Openness To Experience 33 2.4.2 Conscientiousness 34 2.4.3 Extraversion 35 2.4.4 Agreeableness 36 2.4.5 Neuroticism 37 2.5 Gaya Keibubapaan 37 2.5.1 Autoritatif 38 2.5.2 Autoritarian 39 2.5.3 Permisif 39 2.5.4 Tidak Terlibat 40 2.6 Gaya Keibubapaan Dalam Perspektif Islam 41 2.7 Kajian-kajian Luar Negara 41 2.8 Kajian-kajian Lepas di Malaysia 44 2.9 Kesimpulan 47

3 METODOLOGI MUKA SURAT

3.1 Pengenalan 48 3.2 Rekabentuk Kajian 49 3.3 Populasi 50 3.4 Sampel Kajian 50 3.5 Tempat Kajian 51 3.6 Instrumen Kajian 53

12

3 METODOLOGI MUKA SURAT

3.6.1 Bahagian A 53 3.6.2 Bahagian B 56 3.6.3 Bahagian C 57 3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 59 3.8 Prosedur Kajian 59 3.9 Analisis Data Kajian 62 3.10 Kesimpulan 63

4 DAPATAN KAJIAN MUKA SURAT

4.1 Pengenalan 64 4.2 Profil Responden 65 4.2.1 Jantina 65 4.2.2 Umur 66 4.2.3 Bangsa 66 4.2.4 Agama 67 4.2.5 Bilangan Adik-beradik 68 4.2.6 Status Ibu 68 4.2.7 Umur Ibu 69 4.2.8 Kelayakan Akademik Ibu 70 4.2.9 Pendapatan Ibu 71 4.2.10 Aliran Akademik Pelajar 72 4.3 Analisis Persoalan Kajian 72 4.3.1 Kajian Deskriptif Mengenalpasti Jenis Gaya Keibubapaan 73 Ibu Tunggal Remaja

13

4 DAPATAN KAJIAN MUKA SURAT

4.3.2 Kajian Deskiptif Jenis Personaliti Remaja Dalam 80 Keluarga Ibu Tunggal 4.3.3 Taburan Responden Mengikut Profil Personaliti 81 Extraversion Remaja Dalam Keluarga Ibu Tunggal 4.3.4 Taburan Responden Mengikut Profil Personaliti 83 Agreeableness Remaja Dalam Keluarga Ibu Tunggal 4.3.5 Taburan Responden Mengikut Profil Personaliti 84 Conscientiousness Remaja Dalam Keluarga Ibu Tunggal 4.3.6 Taburan Responden Mengikut Profil Personaliti 86 Neuroticism Remaja Dalam Keluarga Ibu Tunggal 4.3.7 Taburan Responden Mengikut Profil Personaliti Openness 87 to Experience Remaja Dalam Keluarga Ibu Tunggal

4.4 Mengenalpasti hubungan yang signifikan diantara gaya keibubapaan 89 (Autoritarian, Autoritatif, Permisif) dengan profil personaliti remaja (Openness to Experience, Conscientiousness, Extrovert, Agreeableness dan Neuroticism) dalam keluarga ibu tunggal. 4.4.1 Hubungan antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat 89 autoritarian dengan anak berpersonaliti Openness to Experiences 4.4.2 Hubungan antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat 90 autoritarian dengan anak berpersonaliti Conscientiousness 4.4.3 Hubungan antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat 91 autoritarian dengan anak berpersonaliti Extraversion

14

4 DAPATAN KAJIAN MUKA SURAT

4.4.4 Hubungan antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat 91 autoritarian dengan anak berpersonaliti Agreeableness 4.4.5 Hubungan antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat 92 autoritarian dengan anak berpersonaliti Neuroticism 4.4.6 Hubungan antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat 93 autoritatif dengan anak berpersonaliti Openness to Experience 4.4.7 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat autoritatif 94 dengan anak berpersonaliti Conscientiousness 4.4.8 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat autoritatif 94 dengan anak berpersonaliti Extraversion 4.4.9 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat autoritatif 95 dengan anak berpersonaliti Agreeableness 4.4.10 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat autoritatif 96 dengan anak berpersonaliti Neuroticism 4.4.11 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat permisif 96 dengan anak berpersonaliti Openness to Experiences 4.4.12 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat permisif 97 dengan anak berpersonaliti Conscientiousness 4.4.13 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat permisif 98 dengan anak berpersonaliti Extraversion 4.4.14 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat permisif 99 dengan anak berpersonaliti Agreeableness 4.4.15 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat permisif 99 dengan anak berpersonaliti Neuroticism 4.5 Kesimpulan 100

15

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN MUKA SURAT

5.1 Pengenalan 102 5.2 Perbincangan Hasil Kajian 103 5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden dan Ibu Tunggal 103 5.2.2 Perbincangan Gaya Keibubapaan Dalam Keluarga Ibu 106 Tunggal 5.2.3 Perbincangan Profil Personaliti Remaja Dalam Keluarga 108 Ibu Tunggal 5.3 Analisis Hubungan Antara Gaya Keibubapaan Dengan Profil 110 Personaliti Remaja Anak Ibu Tunggal 5.4 Cadangan 112 5.4.1 Cadangan Tindakan 113 5.4.1.1 Peranan Ibu Bapa dan Keluarga 113 5.4.1.2 Sekolah 114 5.4.1.3 Masyarakat 115 5.4.1.4 Kementerian 116 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 117 5.5 Rumusan 119 RUJUKAN 120 LAMPIRAN A- Soal Selidik 131 B- Surat Pengesahan Bahagian Perancangan dan 141 Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

16

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual penentuan saiz sampel, Krejcie, R.V.dan Morgan, D.W. 51

3.2 Skor Bagi Faktor Demografi Responden dan Ibu 54

3.3 Nombor-nombor Item 3 Jenis Gaya Asuhan 56

3.4 Skala Perbezaan Semantik 56

3.5 Item Berdasarkan Setiap Dimensi Personaliti “Big-Five” 57

3.6 Pemeringkatan Skala 4 Mata 58

3.7 Klasifikasi Nilai Skor Min Soal-selidik Personaliti “Big-Five” 62

3.8 Klasifikasi Nilai Skor Min Soal-selidik Parental Behavior Inventory (PBI) 62

3.9 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 63

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 65

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 66

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 66

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Agama 67

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Bilangan Adik Beradik 68

4.6 Taburan Responden Berdasarkan Status Ibu 68

4.7 Taburan Responden Berdasarkan Umur Ibu 69

4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kelayakan Akademik 70

4.9 Taburan Responden Berdasarkan Pendapatan Ibu 71

4.10 Taburan Responden Berdasarkan Aliran Akademik Pelajar 72

4.11 Taburan Responden berdasarkan jenis gaya 73

keibubapaan ibu tunggal

17

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.12 Taburan Responden berdasarkan jenis gaya keibubapaan 74

autoritarian ibu tunggal

4.13 Taburan responden berdasarkan jenis gaya keibubapaan 76 autoritatif ibu tunggal

4.14 Taburan Responden berdasarkan jenis gaya keibubapaan 78 permisif ibu tunggal

4.15 Jenis personaliti remaja dalam keluarga ibu tunggal 80

4.16 Jenis personaliti Extraversion remaja dalam keluarga ibu tunggal 81

4.17 Jenis personaliti Agreeableness remaja dalam keluarga ibu tunggal 83

4.18 Jenis personaliti Conscientiousness remaja dalam keluarga ibu tunggal 84

4.19 Jenis personaliti Neuroticism remaja dalam keluarga ibu tunggal 86

4.20 Jenis personaliti Openness to Experience remaja dalam 87

keluarga ibu tunggal

4.21 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritarian 89

dengan anak berpersonaliti Openness to Experience

4.22 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritarian 90

dengan anak berpersonaliti Conscientiousness

4.23 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritarian 91

dengan anak berpersonaliti Extraversion

4.24 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritarian 92

dengan anak berpersonaliti bersifat Agreeableness.

4.25 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritarian 92

dengan anak berpersonaliti Neuroticism.

4.26 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritatif 75

dengan anak berpersonaliti Openness to Experience 18

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.27 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritatif 94

dengan anak berpersonaliti Conscientiousness

4.28 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritatif 95

dengan anak berpersonaliti Extraversion

4.29 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritatif 95

dengan anak berpersonaliti Agreeableness

4.30 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritatif 96

dengan anak berpersonaliti Neuroticism

4.31 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Permisif 97

dengan anak berpersonaliti Openness to Experience.

4.32 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Permisif 97

dengan anak berpersonaliti Conscientiousness.

4.33 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Permisif 98

dengan anak berpersonaliti bersifat Extraversion

4.34 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Permisif 99

dengan anak berpersonaliti Agreeableness

4.35 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Permisif 100

dengan anak berpersonaliti bersifat Neuroticism.

19

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konsep Kajian 13

3.1 Kerangka Operasi Kajian 61

20

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN

BFI - Big Five Inventory

Bil - Bilangan

H - Hipotesis

Ha - Hipotesis Alternatif

Ho - Hipotesis Nol

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia r - Pekali Korelasi

SMKDUA - Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Usman Awang

21

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 131

B Surat Pengesahan Bahagian Perancangan 141

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

22

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Perkahwinan merupakan ikatan suci antara lelaki dan wanita dan ianya amat dituntut oleh setiap agama di dunia. Menurut Ismail (2001), terdapat banyak rahsia dan keistimewaan perkahwinan. Antaranya, perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunnah para nabi dan rasul. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang meninggalkan pekahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.”

Selain itu juga, perkahwinan ialah kurniaan Alllah SWT kepada hamba- hambanya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT. Perkahwinan juga dianggap sebagai satu ibadah yang dapat menyempurnakan setengan daripada agama 23

seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan yang suci dan diredhai. Al-Bahaqi r.a meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud:

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”

Menurut Kamus Dewan (2005:654), perkahwinan berasal daripada perkataan akar ‘kahwin’yang bermaksud perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri, nikah. Perkataan perkahwinan itu sendiri pula bermaksud perihal berkahwin atau pernikahan. Menurut Afzalur (2003), dalam Islam perkahwinan adalah satu-satunya hubungan sah antara lelaki dan wanita untuk membentuk keluarga dan membolehkan mereka mengambil dan memenuhi tanggungjawab sosial mereka secara berhemat dengan kasih sayang dan keikhlasan. Hanya melalui perkahwinan, lelaki dan perempuan boleh menjalinkan hubungan intim yang sah di sisi undang-undang dan agama. Perkahwinan juga merupakan asas kehidupan berkeluarga dan juga bermasyarakat (Papalia, 2009).

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya (Ismail, 2011). Firman Allah SWT dalam Surah Rum ayat 21 yang bermaksud:

“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan- pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.”

24

Melalui perkahwinan maka akan terbentuklah sesebuah keluarga di mana keluarga asas terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak (Papalia, 2009). Menurut Afzalur (2003), Islam tidak hanya menganggap hidup berkeluarga sebagai memenuhi keinginan, tetapi dianggap suci dan sebagai ibadah. Islam tidak suka akan pembujangan dan menggesa orang-orang muda untuk memikul tanggungjawab sosial hidup berkahwin. Keluarga merupakan organisasi terpenting untuk kehidupan manusia dan ia bukan sahaja berfungsi sebagai penyokong kepada kehendak- kehendak asas kemanusiaan tetapi juga merupakan tonggak kepada perkembangan personaliti, emosi dan juga menjadi benteng utama masalah sosial (Abd. Rahim, 2006).

Pada masa kini terdapat pelbagai jenis bentuk keluarga telah wujud. Berdasarkan kepada Rice (2000) dalam Azizi (2009), terdapat beberapa jenis keluarga yang wujud pada masa kini, iaitu keluarga ibu atau bapa tunggal (a single- parent family), keluarga nuklear atau keluarga asas, keluarga luas (extended family), keluarga ‘binuclear’ terbentuk akibat perceraian dimana sebuah keluarga asal terbahagi dua, keluarga ‘communal’ (komunal atau bersama) juga keluarga ‘gay’ atau ‘lesbian’ yang mengandungi orang-orang dewasa yang sama jantina dan yang terakhir ialah keluarga bersekedudukan (cohabiting family). Oleh itu, menurut Azizi (2009), perkataan “keluarga” tidak lagi sinonim dengan keluarga nuklear atau keluarga asas dengan kepelbagaian jenis-jenis keluarga. Disebabkan oleh perbezaan atau kepelbagaian keluarga dari segi struktur dan komposisi, maka pengaruh keluarga keatas perkembangan personaliti kanak-kanak juga adalah berbeza.

Dalam menjamin keharmonian dalam berumahtangga, Islam telah menetapkan tanggungjawab bagi setiap suami dan juga isteri. Menurut Ismail (2011), antara tanggungjawab utama suami ialah memberi sara hidup kepada isteri seperti makanan dan tempat tinggal, memberi nafkah batin termasuk menggauli isteri dengan baik, menyara anak-anak serta melindungi isteri dan anak-anak dari segi keselamatan dan kesihatan. Sementara tanggungjawab utama isteri pula antaranya 25

ialah dengan menjaga kehormatan diri terutama apabila suami tiada dirumah, patuh terhadap suruhan suami dan sentiasa suka melayan suami lahir dan batin, menumpukan sepenuh kasih sayang kepada suami dan anak-anak serta menjaga amanah dan harta suami.

Sekiranya wujud pengabaian terhadap terhadap tanggungjawab suami atau isteri ini memungkinkan rumahangga tersebut mudah goyah dan berdepan masalah penceraian. Menurut Ismail (2011), antara sebab kepincangan sesebuah keluraga itu antaranya melibatkan masalah nafkah, pergaulan bebas di luar rumah, dan tidak ada rasa hormat antara satu sama lain. Ini bertepatan dengan kajian oleh Maznah, Zaki, Norhayati et al (2002) tentang kesan pendapatan ke atas kadar penceraian di kalangan masyarakat Melayu di Kelantan yang mendapati terdapat hubungkait yang ketara diantara pendapatan dan penceraian. Kajian ini telah menumpukan terhadap 20 peratus sampel daripada fail-fail Mahkamah Syariah di seluruh jajahan negeri Kelantan dimana dapatan kajian ini adalah pasangan yang berpendapatan rendah merupakan golongan teramai terlibat dalam penceraian.

Dalam era globalisasi masa kini yang penuh dengan cabaran dan dugaan, sesebuah keluarga itu pasti menghadapi pelbagai cabaran yang memungkinkan insitusi kekeluargaan tersebut mudah goyah dan terbabit dalam penceraian. Itulah realiti yang terpaksa ditempuh oleh segelintir kaum wanita yang berumahtangga dimana rumahtangga yang diharap akan berkekalan hingga ke akhir hayat akhirnya terputus ditengah jalan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dari tahun 1997 hingga tahun 2007, kadar penceraian pada tahun 1997 ialah sebanyak 11,777 dan meningkat sebanyak 20,529 kes pada 2007 yang mana perceraian paling tinggi didaftarkan di negeri Selangor iaitu sebanyak 3,722 kes (Mingguan Wanita, Mei 2008).

26

Selain daripada penceraian, ada juga antara wanita ini yang hilang tempat bergantung akibat kematian suami yang menyebabkan mereka terpaksa mendapat status panggilan baru iaitu ibu tunggal, balu atau pun janda. Menurut 6 Mac 2000, bilangan ibu tunggal di seluruh negara kini mencecah 3.4 juta dengan nisbah seorang daripada enam orang wanita termasuk dalam golongan tersebut. Berdasarkan laporan bancian tahun 2000, terdapat seramai 620, 389 ibu tunggal yang berbilang kaum di negara ini. Seramai 529,701 daripadanya adalah balu dan 90,688 merupakan mereka yang bercerai hidup atau bercerai mati. Jumlah ibu tunggal tertinggi ialah di Selangor sebanyak (16,748 orang ); Perak seramai (15,969 orang ) dan Johor (14,790 orang) (Thuaibah et.al, 2004).

Portal Ibu Tunggal Selangor (2011) pula mencatatkan pendaftaran sebanyak 26,000 ibu tunggal sejak tahun 2008, yang mana dipercayai jumlah mereka yang masih belum mendaftar adalah lebih besar lagi. Statistik online terbaru melalui Portal Informasi Ibu Tunggal Selangor (2011) ini pula telah mencatatkan jumlah sebanyak 331 ibu tunggal telah mendaftar daripada bulan Januari hingga Mei. Status baru yang diterima oleh wanita inilah yang amat berat untuk mereka terima bukan sahaja kerana persepsi dan tanggapan buruk yang dilemparkan oleh masyarakat kepada mereka juga kerana tanggungjawab berat baru yang perlu mereka pikul sebagai ketua keluarga.

Fenomena ibu tunggal bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Dengan tanggungjawab baru yang terpaksa dipikul seorang diri, keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal menghadapi tiga masalah besar iaitu pendapatan tidak mencukupi, kesusahan dalam kawalselian untuk anak-anak mereka dan perumahan (Devaraj, 2011). Selain itu, ramai daripada anak-anak lelaki keluarga ibu tunggal ini yang tercicir sekolah sebelum sampai umur 15 tahun dan mula bekerja separuh masa dan meronda dengan kawan-kawan mereka. Mereka di luar kawalan ibu mereka dan ramai daripada mereka mudah dipengaruhi serta terlibat dalam aktiviti sosial dan budaya yang negatif. Bagi anak-anak perempuan pula, ada ramai yang jatuh cinta 27

dan melarikan diri dengan teman lelaki dan satu lagi pusingan kemiskinan dimulakan begitu sahaja.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun pula, antara isu yang sedang diteliti oleh pihak kementerian antaranya adalah tentang kesihatan fizikal dan mental ibu tunggal, bagaimana cara mereka hendak menyara kehidupan anak-anak dan juga masalah perundangan (Berita Harian Online, 2009 Mei 18). Dengan pendedahan tentang cabaran-cabaran kehidupan ibu tunggal tersebut, maka kajian tentang masalah ibu tunggal ini dijalankan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Cabaran ibu tunggal sebagai ketua keluarga adalah amat berat kerana mereka perlu menjalankan dwifungsi iaitu sebagai penyara dan pengurus serta pendidik anak-anak. Menjadi ibu tunggal merupakan satu pengalaman hidup yang traumatik bagi mereka (Gulati, 2008). Antara cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh ibu-ibu tunggal ialah masalah kewangan, masalah tekanan emosi, psikologi dan fizikal, masalah dalam memberikan pendidikan serta kasih sayang kepada anak-anak dan juga stigma negatif masyarakat tehadap mereka.

Menurut kajian oleh American Association of Retired person (AARP), kehilangan sumber kewangan adalah punca utama kebimbangan ibu tunggal yang berumur dalam lingkungan empat puluhan (Montenegro, 2004). Masalah ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya perkembangan dalam pendidikan atau pekerjaan mereka tertangguh kerana anak-anak, mereka hilang sumber pendapatan daripada suami tetapi mendapat hak penjagaan anak-anak, mereka tidak mendapat 28

sokongan anak-anak atau mendapat gaji yang tidak berpatutan kerana diskriminasi. (Cherlin, 1992; Rind, 1991; McLanahan dan Sandefur, 1994). Dibandingkan dengan keluarga yang mempunyai ibu dan juga bapa, ibu tunggal tidak hanya mempunyai sumber kewangan yang kurang, juga hanya separuh daripada masa yang orang dewasa lain ada (Craig, 2005).

Di Malaysia juga golongan ibu tunggal ini kebanyakannya menghadapi masalah kewangan yang sukar. Utusan Online (Oktober 23, 2011) mendedahkan tentang seorang ibu tunggal Hatijah Musa di Yan, Kedah yang terpaksa menyara 6 orang anak dan juga menantunya yang tidak bekerja dengan keadaan rumahnya yang uzur. Dengan pendapatan bulanan hanya RM600, beliau tidak mendapat mana-mana bantuan termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM). Menurut Wan Halim (1995), keluarga ibu tunggal hidup susah kerana tidak ada sokongan ekonomi daripada bapa. Oleh itu, anak-anak daripada keluarga ibu tunggal kurang makan dan minum, tidak berpakaian kemas dan tidak ada wang saku ke sekolah. Biasanya anak- anak dari keluarga ibu tunggal mudah berhenti sekolah dan mencari kerja untuk membantu keluarganya.

Selain daripada masalah kewangan, tekanan hidup juga adalah antara cabaran yang dihadapi oleh kebanyakan ibu tunggal. Ini kerana ibu tunggal memikul pelbagai tanggungjawab yang sangat berat meliputi menyediakan kewangan, mengurus rumahtangga dan juga membesarkan anak-anak (Rani, 2006). Menurut Hittner (1998), ibu tunggal yang bekerja dibebani oleh terlalu banyak tanggungjawab dalam memenuhi keperluan hidup. Mereka bergegas ke tempat kerja, mengambil anak di tempat asuhan dan membuat pelbagai kerja rumah yang tidak berkesudahan hingga waktu tidur di tengah malam. Ini merupakan perjalanan hidup bagi hampir semua ibu tunggal di seluruh dunia.

Ibu tunggal juga kebanyakannya menghadapi tekanan emosi pada tahap ini kerana mereka juga memerlukan teman hidup untuk berkongsi kasih dan sayang 29

(Nor Ainun; 1997). Kajian terbaru menyatakan bagi tujuan kesihatan mental, bantuan kaunseling dan professional diperlukan oleh ibu tunggal dua atau tiga kali lebih kerap daripada biasa (Cairney, Boyle, Lipman, and Racine; 2004). Menurut Halim (1995), ibu tunggal khususnya janda yang diceraikan suami mengalami kekecewaan dan tekanan dalam diri. Bagi mengatasi kekecewaan, mereka lebih suka melancong dan juga melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. Mereka memandang rumahtangga sebagai tidak bermakna lagi, lantas mereka mempunyai potensi yang tinggi untuk melupakan anak-anak mereka. Anak-anak diberikan kepada datuk, nenek atau sedara mara untuk dijaga dan diasuh.

Selain daripada masalah kewangan dan tekanan, ibu tunggal juga perlu memikul tanggungjawab dalam memberi pendidikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Menurut Zahazan (2006), ibu memainkan peranan penting dalam mentarbiah atau memberi pendidikan awal kepada anak-anak disebabkan jalinan darah dagingnya dengan anaknya. Walaubagaimanapun, hasil kajian Nor Ainun (1997) mendapati bahawa kemampuan ibu tunggal memberi pendidikan kepada anak-anak adalah ditahap rendah. Kebanyakan anak-anak ibu tunggal kurang berjaya dalam hidup disebabkan tekanan-tekanan yang dihadapi. Hasil kajian beliau juga menunjukkan bahawa hubungan ibu tunggal dengan anak-anak adalah ditahap sederhana. Menurut Papalia (2008), kajian di USA menunjukkan bahawa anak-anak dalam keluarga ibu tunggal agak ketinggalan daripada segi sosial dan pendidikan berbanding anak-anak yang mempunyai ibu bapa.

Pandangan negatif daripada masyarakat juga merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh ibu tunggal. Hal ini bertepatan dengan pandangan Wan Halim (1995) dalam seminar Ibu Tunggal Kebangsaan yang menggariskan bahawa antara prasangka buruk yang terpaksa dihadapi oleh golongan ibu tunggal ini ialah keluarga ibu tunggal ialah keluarga yang pincang kerana tiada bapa yang mendisiplinkan anak-anak. Anak-anak ini menjadi liar dan mudah menjadi nakal dan membuat perkara buruk seperti berjudi, minum arak, menagih dadah, mencuri dan pelacuran. Selain itu, keluarga ibu tunggal khususnya yang wujud daripada 30

penceraian ialah keluarga yang gagal dan berpecah (broken). Anak-anak daripada keluarga ibu tunggal mempunyai perasaan rendah diri kerana mereka tidak ada bapa, tidak seperti anak-anak normal yang mempunyai bapa yang menyara dan membimbing mereka. Perasaan rendah diri menyebabkan anak-anak berkenaan mengasingkan diri, tidak suka berkawan dan tiada keyakinan dalam pelajaran.

Seterusnya, menurut Wan Halim (1995) lagi, keluarga ibu tunggal khususnya akibat daripada penceraian, tidak ada ciri keselamatan (security) kerana ia mudah berpecah jika ibunya meninggal dunia atau jika ibunya berkahwin lagi dan meninggalkan anak-anaknya. Ketiadaan ciri keselamatan menyebabkan anak-anak dari keluarga begini berasa takut kepada kegagalan, kehampaan dan tindakan kasar. Keluarga ibu tunggal, khususnya akibat penceraian ialah keluarga yang tidak harmoni kerana keluarga begini ialah lambang putusnya ikatan kasih sayang antara suami dan isteri. Oleh itu, sebagai manifestasi ketiadaan keharmonian, anak-anak daripada keluarga ibu tunggal sentiasa bertengkar dan bergaduh sesama mereka.

Cabaran-cabaran hebat yang perlu ditempuhi dan juga stigma negatif daripada masyarakat terhadap ibu tunggal ini mampu menyebabkan tekanan terhadap ibu tunggal daripada segi emosi mereka seterusnya memberi impak negatif kepada diri dan personaliti anak-anak. Pepatah Melayu ada mengatakan ”Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu menggoncang Dunia”. Oleh itu, kesan masalah ibu tunggal ini mampu memberi kesan terhadap gaya keibubapaan ibu tunggal seterusnya memberi impak negatif terhadap perkembangan sosial dan psikologi anak-anak mereka.

31

1.3 Pernyataan Masalah

Secara umumnya, anak-anak daripada keluarga ibu tunggal dianggap anak- anak yang bermasalah kerana tidak cukup kasih-sayang, sumber kewangan, pendidikan dan perhatian. Menurut Lumann-Billings & Emery (2000) dalam Moreno (2010) pula menjelaskan bahawa anak dalam keluarga yang bercerai-berai didapati mengalami banyak tekanan, dan peningkatan risiko dalam penyesuaian diri, pencapaian, dan hubungan yang sukar. Menurut Noorfizah Abdul Malek (2001) dalam Azizi (2005), kanak-kanak dari keluarga yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah selalunya mengalami gangguan mental.

Gaya keibubapaan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tingkahlaku, sosial dan emosi anak. Gaya keibubapaan yang berbeza boleh membawa kepada tingkahlaku yang berbeza bergantung kepada personaliti dan temperamen anak (Abd Rahim, 2006). Menurut Azizi (2009) pula, perbezaan atau kepelbagaian keluarga dari segi struktur dan komposisi, menyebabkan pengaruh keluarga keatas perkembangan personaliti kanak-kanak juga adalah berbeza. Oleh itu, apakah gaya keibubapaan yang diamalkan oleh golongan ibu tunggal di negara ini? Apakah pula hubungan gaya keibubapaan tersebut terhadap profil personaliti anak remaja mereka?

Oleh itu, kajian ini akan melibatkan kajian tentang gaya keibubapaan serta hubungannya dengan profil personaliti dikalangan remaja keluarga ibu tunggal di sebuah sekolah menengah di Taman Perling.