02.Hansard.130710
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Shah Alam, Selasa 13 Julai 2010 Mesyuarat dimulakan pada jam 10.00 pagi YANG HADIR YB Tuan Teng Chang Khim (Sungai Pinang) (Tuan Speaker) YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim PSM., SPMS., DPMS., DSAP. (Ijok) (Dato’ Menteri Besar Selangor) YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Kinrara) YB Dato’ Dr. Hasan bin Mohamed Ali DIMP., SMS. (Gombak Setia) YB Tuan Haji Yaakob bin Sapari (Kota Anggerik) YB Puan Rodziah bt. Ismail (Batu Tiga) YB Tuan Dr Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Seri Andalas) YB Puan Dr. Halimah bt. Ali (Selat Klang) YB Tuan Iskandar bin A. Samad (Cempaka) YB Tuan Liu Tian Khiew (Pandamaran) YB Puan Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan) YB Tuan Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) YB Puan Haniza bt. Mohamed Talha (Taman Medan) (Timbalan Speaker) YB Tuan Dr. Shafie bin Abu Bakar (Bangi) YB Tuan Ng Suee Lim (Sekinchan) 1 YB Tuan Mohamed Azmin bin Ali (Bukit Antarabangsa) YB Tuan Dr. Abd. Rani bin Osman (Meru) YB Tuan Lau Weng San (Kampung Tunku) YB Tuan Mat Shuhaimi bin Shafiei (Seri Muda) YB Tuan Lee Kim Sin (Kajang) YB Tuan Haji Saari bin Sungib (Hulu Kelang) YB Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi (Sijangkang) YB Tuan Yap Lum Chin (Balakong) YB Tuan Muthiah a/l Maria Pillay (Bukit Melawati) YB Tuan Phillip Tan Choon Swee ( Teluk Datuk) YB Tuan Dr. Mohd. Nasir bin Hashim (Kota Damansara) YB Tuan Khasim bin Abdul Aziz (Lembah Jaya) YB Tuan Amiruddin bin Shari (Batu Caves) YB Tuan Edward Lee Poh Lin YB Tuan Manoharan a/l Malayalam (Kota Alam Shah) YB Puan Lee Ying Ha (Teratai) YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Subang Jaya) YB Puan Gan Pei Nei (Rawang) YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Seri Setia) YB Dato’ Haji Raja Ideris bin Raja Ahmad, DSSA., AMS., AMN., PJK. (Sungai Air Tawar) YB Dato’ Haji Abd. Rahman bin Palil, DSSA., KMN., AMS., AMN., PPT., PJK., JBM., (hc). (Sementa) YB Dato’ Hj. Mohd. Shamsudin bin Haji Lias, DPMS., SSA. (Sungai Burong) YB Dato’ Dr. Karim bin Mansor, DPMS., ASA., PJK. (Tanjung Sepat) 2 YB Dato’ Amiruddin Setro, DPMS., ASA. (Jeram) YB Dato’ Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor DPMS., KMN., AMN., ASA. (Paya Jaras) YB Tuan Hasiman bin Sidom, PJK YB Dato’ Haji Warno bin Dogol, DSIS., AMS., SMS., PJK. (Sabak) YB Dato’ Marsum bin Paing, DPMS., SSA., ASA. (Dengkil) YB Dato’ Subahan bin Kamal, DIMP. (Taman Templer) YB Tuan Johan bin Abdul Aziz. JP., AMS. (Semenyih) YB Tuan Mohd Isa bin Abu Kasim, AMS. (Batang Kali) YB Tuan Yap Ee Wah, PJK. (Sungai Pelek) YB Tuan Wong Koon Mun, SMS., PJK. (Kuala Kubu Baharu) YB Tuan Sulaiman bin Haji Abdul Razak, SMS., PPN. (Permatang) YB Tuan Ismail bin Sani. SMS., PJK. (Dusun Tua) 3 TIDAK HADIR YB Tuan Dr. Cheah Wing Yin (Damansara Utama) YB Dato’ Dr. Haji Mohamed Satim bin Diman, DSSA., KMN., ASA., PJK. (Seri Serdang) YB Dato’ Mohamed Idris bin Haji Abu Bakar, DSSA., AMS., PJK. (Hulu Bernam) YB Tuan Abdul Shukur bin Idrus, KMN., SIS., ASBK. (Kuang) YB Tuan Badrul Hisham bin Abdullah (Pelabuhan Klang) TIDAK HADIR Y. B. Dato’ Seri Dr. Haji Mohamad Khir bin Toyo, SPMS., PJK. (Sungai Panjang) ( Menjalani hukuman digantung tugas sebagai ADUN selama satu (1) tahun mengikut keputusan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 15 Julai 2009 ) TURUT HADIR (Mengikut Fasal LII (3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959) YB Dato’ Ramli bin Mahmud, DPMS., SMS. A.M.S Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor YB Datin Paduka Zauyah Be binti T. Loth Khan, DPMS., DMSM., DSM., AMN. Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor YB Dato’ Mohd. Arif bin Ab. Rahman, DSIS., SIS., AMS., AMN. Pegawai Kewangan Negeri Selangor 4 PEGAWAI BERTUGAS Encik Mohamad Yasid bin Bidin Setiausaha Bahagian (Dewan/MMKN) Puan Mazian bt. Manan Penolong Setiausaha I Puan Noor Diana bt. Razali Penolong Setiausaha II Puan Nurul Haizan bt. Hj. Rais Penolong Setiausaha III Puan Siti Salbiah bt. Masri Penolong Pegawai Tadbir Encik Md. Saref bin Salleh BENTARA Cik Noor Syazwani bt. Abdul Hamid PELAPOR PERBAHASAN 5 ( Tuan Speaker Mempengerusikan Mesyuarat ) Dewan disambung semula pada jam 10.00 pagi TUAN SPEAKER: Dewan di sambung semula. SETIAUSAHADEWAN: Bismillahi rahmani rahim Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Yang Kedua Belas dimulakan dengan bacaan Doa. I. DOA. II. PERTANYAAN-PERTANYAAN Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan (sambungan). TUAN SPEAKER : Sungai Pelek. YBTUAN YAP EE WAH : Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan No. 7. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB TUAN YAP EE WAH (SUNGAI PELEK) TAJUK : KAMPUNG-KAMPUNG TRADISIONAL MELAYU 7. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar a) Apakah jenis pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam konteks memajukan kampung-kampung tradisional Melayu ? b) Apakah program-program yang dilaksanakan untuk pembangunan sosial masyarakat di kampung-kampung tradisional Melayu ? YB TUAN HAJI YAAKOB BIN SAPARI : Bismillahi rahmani rahim Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Tuan Speaker bagi menjawab soalan Sungai Pelek Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada tiga aspek pembangunan iaitu Pembangunan Keharmonian, Pembangunan Fizikal dan Pembangunan Ekonomi. Bagi Pembangunan Keharmonian Kerajaan Negeri telah menjalankan Program Perhatian JKK di Selangor seramai 800 orang telah mengikuti program ini yang melibatkan Daerah Gombak, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Sepang. Kursus SPIES JKK Negeri Selangor 800 orang JKK baru mengikuti program. Lawatan persefahaman dasar Kerajaan bagi Ketua Kampung Tradisi Selangor ke SUK seramai 120 orang mengikuti program ini. Bagi Pembangunan Fizikal Kerajaan Negeri telah menaruhkan beberapa peruntukan ke kampung-kampung melalui Pejabat Daerah untuk projek-projek kecil luar Bandar yang kritikal seperti membaiki 100 buah pilihan raya dengan kos RM2 juta. Membaiki baik pulih 26 batang 6 jalan Kampung yang kos RM500,000. Membaik pulih 15 saliran longkang dengan kos RM200,000. Bagi Pembangunan Ekonomi Kerajaan Negeri sedang melaksanakan projek seperti berikut:- 1) Program Mentor-Menti bagi Tanaman Cendawan sehingga kini terdapat seramai 56 orang peserta yang melibatkan Daerah Petaling, Hulu Langat dan Hulu Selangor. Purata pendapatan tambahan peserta telah meningkatkan kepada RM800 sebulan. 2) Bagi peringkat permulaan tiga buah pusat pengumpulan IKS akan dibina di Sepang, Kuala Langat dan Sabak Bernam. Untuk di Sepang akan dibina di Sungai Pelek, walaupun Sungai Pelek kawasan pembangkang Kerajaan Negeri berbesar hati untuk menyediakan satu IKS di situ. Dana Industri Kampung pada tahun 2010 sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi membantu meningkatkan pendapatan usahawan industri kecil sederhana. Kerajaan Negeri mensasarkan pendapatan setiap peserta dapat dipertingkatkan kepada RM5,000 hingga RM10,000 sebulan. Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mengujudkan sebuah lagi Homestay baru di Daerah Hulu Langat. 4 peserta telah dikenal pasti dan 6 peserta masih lagi dalam di peringkat saringan oleh UPEN. Kementerian Pelancongan Majlis Perbandaran Kajang dan Pejabat Daerah Hulu Langat, Majlis Pelancaran Homestay tersebut dijadualkan akan diadakan pada 21 Disember 2010 sempena Majlis Pelancaran Selangor Ria. Homestay ini akan dibina di kawasan Sungai Lui di kawasan Dusun Tua. Sekali lagi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bina Homestay di kawasan Pembangkang. Peningkatan pendapatan padi Kerajaan Negeri akan memberi fokus kepada aktiviti pengapuran dan tanah serta penyediaan benih padi oleh pesawah. Kerajaan Negeri berkeyakinan pendapatan petani dapat ditingkatkan melebihi RM1,500 sebulan jika perkara-perkara tersebut dapat dilaksanakan. Pada masa kini terdapat seramai 5,205 peserta telah mengikuti Projek Perintis Peningkatan Hasil Padi yang melibatkan kawasan seluas 7,443 hektar. Sementara itu berdasarkan rekod Jabatan Pertanian Negeri Selangor 6,048 pesawah atau 60% telah berjaya memperoleh pendapatan garis kemiskinan Negeri Selangor. b) Bagi soalan b akibat daripada tindakan teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui televisyen dan media alternatif seperti Internet dan telefon bimbit masih ke desa semakin terendah dengan pelbagai budaya daripada cita rasa Masyarakat Sedunia. Di atas kesedaran ini Pembangunan Desa perlu dirancang dengan sebaik-baiknya agar Masyarakat ini dapat turut sama menikmati proses Pembangunan yang benar-benar manfaat tanpa menggadaikan nilai- nilai budaya desa yang murni. Desa Lestari yang ingin dibina adalah sebuah kependudukan Masyarakat yang membangun dengan mengejar Kerahmatan Allah sebagai akhir . Masyarakat yang hidup dalam keharmonian membangun dengan mercu kemajuan seimbang dengan menjunjung dan menghayati nilai-nilai yang disasari tunjang agama bagi membanteras Masyarakat. Bagi mewujudkan Desa Lestari terdapat empat aspek yang diambil kira. 1) Keagamaan dan Sivik. 2) Keharmonian Masyarakat. 3) Kebajikan dan Keselamatan. 4) Kebersihan dan Kesihatan. 5) Adat dan Budaya. 6) Pendidikan dan Latihan Kemahiran. 7) Kepimpinan dan Kegiatan Institusi. 8) Prasarana dan Kebudayaan Awam. 9) Pertanian dan Penternakan. 7 10) Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 11) Keindahan dan Keceriaan. 12) Perniagaan, Perindustrian dan Pelancongan. 13) Sumber Kekayaan Baru Desa. 14) Kreativiti dan Inovasi Penduduk. Kerajaan Negeri akan membelanjakan Perintis Desa Lestari yang pertama pada 5 Oktober 2010 bertempat di Kampung Bukit Cherakah Jaya, Daerah Petaling ini di kawasan DUN Meru. Terima kasih. TUAN SPEAKER : Sekinchan. YB TUAN NG SUEE LIM : Soalan Tambahan. Saya tertarikh dengan jawapan Y.B. EXCO Pertanian yang