2. Soalan Bertulis
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN HANIZA BT. MOHAMED TALHA (TAMAN MEDAN) TAJUK : PELABURAN DAN PELUANG PEKERJAAN DALAM SELANGOR 1. Bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar: a) Nyatakan dengan terperinci mengenai pelaburan baru yang diperoleh bagi 2009-2010. b) Senaraikan bilangan peluang pekerjaan yang ada di seluruh Selangor. c) Apakah usaha kerajaan bagi memastikan pekerjaan tersebut diisi oleh warga Malaysia? JAWAPAN : a) Bagi tempoh Januari hingga Disember 2009 sebanyak 182 projek baru telah diluluskan oleh MIDA di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3,181,707,948. Daripada jumlah ini, sebanyak RM 1,893,920,504 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 1,287,787,444 daripada pelaburan asing. Sebanyak 14,483 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan. b) Bagi tempoh Januari hingga Disember 2009, sebanyak 22,753 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan di Negeri Selangor hasil daripada 278 projek perkilangan yang diluluskan. Daripada jumlah ini sebanyak 14,483 potensi peluang pekerjaan daripada projek baru dan selebihnya sebanyak 8,270 potensi peluang pekerjaan daripada projek pembesaran/pelbagaian. c) Bagi memastikan peluang-peluang pekerjaan ini diisi, Kerajaan Negeri telah mengadakan program “Jom Kerja” yang mana program ini memberi kesempatan kepada pihak syarikat untuk mengadakan “walk in interview” di tempat program ini diadakan. Program ini akan diadakan di setiap daerah bagi membantu pihak syarikat mencari sumber tenaga kerja yang diperlukan di kalangan rakyat tempatan. SSIC Berhad juga turut menganjurkan pertemuan dengan Ketua-Ketua Kampung, Guru- Guru Besar Sekolah dan Pengarah Institut Kemahiran Belia untuk mendapatkan kerjasama mereka bagi menghebahkan kekosongan pekerja bersama-sama kilang- kilang yang memerlukan pekerja dan juga Pejabat Daerah.
[Show full text]