Hasan Ali Tiada Kapasiti Desak Nik Aziz Letak Jawatan, Kata PAS Malaysian Insider 16 Oktober, 2012 Oleh Mohd Farhan Darwis

Hasan Ali Tiada Kapasiti Desak Nik Aziz Letak Jawatan, Kata PAS Malaysian Insider 16 Oktober, 2012 Oleh Mohd Farhan Darwis

Hasan Ali tiada kapasiti desak Nik Aziz letak jawatan, kata PAS Malaysian Insider 16 Oktober, 2012 Oleh Mohd Farhan Darwis KUALA LUMPUR, 16 Okt — Pemimpin PAS bersependapat menegaskan bekas Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak mempunyai kapasiti mendesak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meletak jawatan kerana beliau hanyalah “orang luar” daripada parti. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Hasan tiada hubung kait dengan PAS dan menggesa beliau agar “berdiam diri” daripada mencampuri urusan dalam parti. “Dia tiada hubung kait dengan parti ... lebih baik dia diam sahaja. “Dia umpama bekas menantu, yang minta bekas mertua untuk meletak jawatan sebagai mertua, tidak masuk akal langsung,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu kepada The Malaysian Insider. Senada dengan Mahfuz, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menegaskan Hasan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau bukan lagi ahli PAS. “Urusan melantik Datuk Dr Haron Din, sebagai Mursyidul Am perlu di bawa ke peringkat Majlis Syura. “Hasan tiada kapasiti, dia bukan ahli PAS,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi. Sebelum ini presiden Jalur Tiga (Jati) itu meminta Nik Aziz melepaskan jawatannya sebagai Mursyidul Am PAS, kerana mengeluarkan kenyataan parti DAP tidak pernah menggganggu perjuangan PAS dan akan membantu parti Islam itu untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Hasan menegaskan, kenyataan seumpama itu amat keterlaluan dan akan memberikan peluang kepada DAP untuk terus menyerang dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam dasar Islam, yang diperjuangkan PAS. Beliau berkata sudah tiba masanya jawatan itu diserahkan kepada Timbalannya, Datuk Dr Haron Din, yang padanya mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan Nik Aziz. Hasan yang juga Adun Gombak Setia berpandangan kenyataan Nik Aziz itu menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS yang sudah tidak sabar dengan penghinaan demi penghinaan DAP terhadap agama Islam. Hakcipta © 2012 The Malaysian Insider Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hasan-ali-tiada-kapasiti-desak-nik-aziz -letak-jawatan-kata-pas/ .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us