Laporan Kajian Semula Persempadanan Negeri-Negeri Tanah Melayu Oleh SPR
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Panduan Ringkas Penang Institute untuk Laporan Kajian Semula Persempadanan Negeri-negeri Tanah Melayu oleh SPR Dr Wong Chin Huat Yeong Pey Jung Ooi Kok Hin Nidhal Mujahid Kenneth Cheng Chee Kin 23hb Mac 2018 1 Pengenalan Syor terakhir Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk persempadanan kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Negeri-negeri Tanah Melayu telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 22hb Mac (Khamis) yang lalu dan satu draf perintah Parlimen akan didebatkan dan diten- tukan melalui undi pada 28hb Mac (Rabu). Draft perintah cuma perlukan 111 undi sahaja untuk dilulus- kan. Ini akan menjadi salah satu keputusan paling penting yang dibuat oleh Parlimen ini kerana ia mung- kin menentukan keputusan dua pilihanraya umum yang akan datang. Malangnya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Speaker Dewan Rakyat telah memberi satu arahan yang kurang munasabah bahawa laporan ini yang mengandungi lebih 1,000 helai mukasurat dalam dua jilid yang tebal tidak boleh disiarkan (embargo) sehingga 28hb Mac. Ini turut menyusahkan para media untuk mendalami informasi dan merumuskannya untuk pemahaman orang awam. Demi mengangkat prinsip demokrasi, pengkaji Penang Institute telah melakukan penyelidikan tentang persempadanan kawasan pilihanraya lebih daripada lima tahun yang lepas telah menyediakan panduan ringkas ini untuk membantu rakyat Malaysia yang peduli untuk memahami Laporan Persempadanan ini apabila dapat mencapainya. Kami juga memasukkan beberapa helaian fakta mengikut negeri yang mengandungi jumlah pengundi untuk semua kawasan Parlimen dan DUN dalam tiga peringkat yang awal iaitu: Status Quo, Syor 1 dan Syor 2, yang tidak akan diberikan dalam Laporan ini. Semoga ini akan membantu kita semua menilai dengan sendiri sama ada SPR telah mematuhi kehendak Perlembagaan Perseketuan dalam kajian semula persempandanan ini. 2 Dimanakah kita dalam proses persempadanan semula? Jadual 1: Kronologi proses persempandan semula 2016-2018 untuk Negeri-negeri Tanah Melayu 3 Apa kata Perlembagaan Perseketuan? Jadual 2: Peruntukan Perlembagaan untuk Persempadanan Kawasan-kawasan Pilihanraya Apakah harus kita teliti dalam Laporan ini? • Apakah kajian ini menghapuskan kes-kes ketidakpatuhan kepada perlembagaan yang telah terkumpul selama 15 tahun yang lepas sejak kajian semula persempadanan yang terakhir pada 2003? • Apakah jumlah pengundi untuk kawasan terbesar dan kawasan terkecil itu “lebih kurang sama banyak”? • Apakah kawasan-kawasan yang mempunyai jumlah pengundi yang terlalu rendah itu mempunyai keluasan yang terlalu besar? • Adakah terdapat sempadan pilihanraya yang menyebabkan kesulitan atau memecahkan hubungan tempatan? Apa kata Perlembagaan tentang Pembahagian 4 “Lebih Kurang Sama Banyak”? Jadual 3: Piawaian Perlembagaan Untuk Kira-Kira Pembahagian Sama Rata Untuk menonjolkan kawasan-kawasan pilihanraya yang terlalu besar dan terlalu kecil, kita menggunakan kedua-dua piawaian di atas untuk mewujudkan kod warna dengan 5-kelas, dari hijau tua (terlalu kecil) ke merah (terlalu besar), dan kuning untuk mewakili pembahagian “lebih kurang sama banyak”. Apakah harus kita teliti dalam Laporan ini? • Apakah kawasan merah dan hijau tua hilang ataupun sekurang-kurangnya berkurangan dengan syor terakhir? Mengapa keluasan Ilustrasi 1: Maklumat keluasan dalam 5 kawasan penting? Laporan Persempadanan Sub-seksyen 2(c) menetapkan bahawa “dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya.” “Pewajaran bagi kawasan” bermaksud, jika sebuah kawasan pilihanraya itu merangkumi kawasan yang luas dan juga mengalami kekurangan daripada infrastruktur kerana sifat kedesaannya, misalnya P032 Gua Musang di Kelantan, maka bilangan pengundinya bolehlah kurang daripada kawasan lain. Sebaliknya, jika kawasan yang paling besar keluasannya boleh menampung bilangan pengundi yang normal, maka, secara logiknya, kawasan yang lebih kecil keluasannya tidak layak untuk menikmati “pewajaran bagi kawasan”. Bagaimana kita tahu keluasan setiap kawasan untuk menilai sama ada sesetengah kawasan itu memang layak untuk jumlah pengundi yang kecil? Laporan ini memberikan maklumat keluasan, seperti yang ditunjukkan dalam sedutan daripada Laporan Persempadanan Negeri-negeri Tanah Melayu (mukasurat 150). Apakah harus kita teliti dalam Laporan ini? • Untuk setiap negeri, cari kawasan merah dengan jumlah pengundi yang terlalu kecil, kemudian teliti sama ada kawasan-kawasan ini mempunyai keluasan yang terbesar. • Untuk tentukan sama ada kawasan-kawasan ini menghadapi kesulitan kerana kedesaannya, teliti juga peta yang diberikan bersama Laporan ini yang akan menunjukkan jaringan jalanraya dan jalan keretapi. Apakah sempadan pilihanraya menyebabkan kesulitan atau 6 memecahkan hubungan tempatan? Kita tidak dapat tahu daripada Laporan ini “persembadanan tidak adalah tanda paling ketara telah berlakunya gerrymandering. adil” (gerrymandering) yang telah berlaku. Itu memerlukan analisa keputusan pilihanraya yang lepas yang tidak terdapat Banyak kes ketidakpatuhan telah didedahkan dalam dua pusingan dalam Laporan ini. Akan tetapi, kita boleh menggunakan pameran-dan-siasatan. Peta 1a menunjukkan P107 yang pengetahuan tempatan kita untuk meniliti peta yang diberikan dicadangkan dalam Syor 1 pada 15 September, 2016. Ia akan untuk menilai sama ada sempadan pilihanraya telah menjangkaui kawasan empat pihak berkuasa tempatan mengakibatkan kesulitan dan memecahkan hubungan tempatan, (diwarnakan dalam peta 1b) yakni, Majlis Daerah Kuala Selangor, sepertimana yang ingin dicegah oleh sub-seksyen 2(d) Jadual Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Bandaraya Shah Alam, dan Ketigabelas. Ketidakpatuhan kepada sub-seksyen 2(d) seringkali Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Peta 1(a) P107 Sungai Buloh yang dicadangkan dalam Syor 1 SPR. Peta 1(b) P107 Sungai Buloh yang dicadangkan menjangkaui kawasan empat pihak berkuasa tempatan. Apakah harus kita teliti dalam Laporan ini? • Apakah sempadan-sempadan dalam syor-syor 1 dan 2 yang dikenalpasti akan menyebabkan kesulitan atau memecahkan hubungan tempatan kekal dalam syor terakhir? 7 Adakah pandangan rakyat didengar? SPR telah menjalankan pameran-dan-siasatan untuk dua pusingan, tetapi apakah pandangan rakyat benar-benar didengar? Jawapannya terdapat dalam lampiran Laporan yang berkenaan dengan bantahan dan siasatan tempatan. SPR akan menyenaraikan butiran daripada pembantah, alasan bantahan dan juga keputusan SPR. Jika keputusan SPR itu tidak mematuhi Perlembagaan Perseketuan, maka ia mungkin membawa kepada kes-kes mahkamah sekalipun selepas pilihanraya tamat. Ilustrasi 2: Keputusan SPR terhadap satu bantahan dalam Laporan Persempadanan untuk Sarawak 2015. Apakah harus kita teliti dalam Laporan ini? • Berapakah jumlah bantahan yang dikemukakan, didengari, diterima/ditolak oleh SPR? • Apakah SPR mematuhi Perlembagaan Perseketuan, khasnya Perkara 113(2)(i) serta sub-seksyen 2(c) dan 2(d) Jadual Ketigabelas, apabila “pembahagian tidak sekata”, “kesulitan”, “hubungan tempatan”, “persempadanan tidak adil (gerrymandering)” dibangkitkan? • Kalau anda seorang pembantah, lihat jawapan SPR terhadap bantahan dan kaji sama ada perlu berbincang dengan peguam. 8 Pembahagian tidak sekata bagi kawasan Parlimen dan DUN di setiap negeri Perlis (Kawasan Parlimen) Terdapat Perubahan Jumlah Pengundi Jumlah Pengundi Jumlah Pengundi Jumlah Pengundi Sisihan daripada Purata No. Kod Kawasan Dun Nama Kawasan Dun Berbanding dengan pada Status Quo dalam Syor 1 dalam Syor 2 dalam Syor Akhir mengikut Syor 2 Status Quo 1 P001 Padang Besar 42,293 42,293 42,293 92.55% Tidak 2 P002 Kangar 50,751 50,751 50,751 111.05% Tidak 3 P003 Arau 44,054 44,054 44,054 96.40% Tidak Kawasan Terbesar 50,751 50,751 50,751 Kawasan Terkecil 42,293 42,293 42,293 Nisbah Terbesar/Terkecil 1.20 1.20 1.20 Jadual 1 Pembahagian Tidak Sekata Kawasan Parlimen di Negeri Perlis Perlis (Kawasan DUN) Terdapat Perubahan Kod Kawasan Jumlah Pengundi Jumlah Pengundi Jumlah Pengundi Jumlah Pengundi Sisihan daripada Purata No. Nama Kawasan Parlimen Berbanding dengan Parlimen pada Status Quo dalam Syor 1 dalam Syor 2 dalam Syor Akhir mengikut Syor 2 Status Quo 1 N01 Titi Tinggi 9,309 9,309 9,309 101.85% Tidak 2 N02 Beseri 8,389 8,389 8,389 91.78% Tidak 3 N03 Chuping 9,872 9,872 9,872 108.01% Tidak 4 N04 Mata Ayer 6,479 6,479 6,479 70.89% Tidak 5 N05 Santan 8,244 8,244 8,244 90.20% Tidak 6 N06 Bintong 10,886 10,886 10,886 119.10% Tidak 7 N07 Sena 10,820 10,820 10,820 118.38% Tidak 8 N08 Indera Kayangan 10,029 10,029 10,029 109.73% Tidak 9 N09 Kuala Perlis 10,066 10,066 10,066 110.13% Tidak 10 N10 Kayang 8,950 8,950 8,950 97.92% Tidak 11 N11 Pauh 9,798 9,798 9,798 107.20% Tidak 12 N12 Tambun Tulang 9,751 9,751 9,751 106.68% Tidak 13 N13 Guar Sanji 8,531 8,531 8,531 93.34% Tidak 14 N14 Simpang Empat 7,728 7,728 7,728 84.55% Tidak 15 N15 Sanglang 8,246 8,246 8,246 90.22% Tidak Kawasan Terbesar 10,886 10,886 10,886 Kawasan Terkecil 6,479 6,479 6,479 Nisbah Terbesar/Terkecil 1.68 1.68 1.68 Jadual 2 Pembahagian Tidak Sekata Kawasan DUN di Negeri Perlis Kedah (Kawasan Parlimen) Terdapat Perubahan Jumlah Pengundi Jumlah Pengundi Jumlah Pengundi Jumlah Pengundi Sisihan daripada Purata No. Kod Kawasan Parlimen Nama Kawasan Parlimen Berbanding dengan pada Status Quo dalam Syor 1 dalam Syor 2 dalam Syor Akhir mengikut Syor 2 Status Quo 1 P004 Langkawi 37,645 37,645 37,645 54.06% Tidak 2 P005 Jerlun 51,718 51,718 51,718 74.28% Tidak 3 P006