Jawapan-Jawapan Bertulis Bagi
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
DEWAN UNDANGAN NEGERITERENGGANU MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS Pada PADA 16, 17, 18 DAN 19 JUN 2013 bersamaan 7, 8, 9 DAN 10 SYAABAN 1434 Dikeluarkan oleh: Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 16, 17, 18 DAN 19 JUN 2013 bersamaan 7, 8, 9 DAN 10 SYAABAN 1434 Dikeluarkan oleh: Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS daiiftada: SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT YANG PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Nama Ahli-ahli. 1 2. Perisytiharan. 5 3. Pemilihan Yang Dipertua Dewan. 8 4. Yang Dipertua Dewan Mengangkat Sumpah. 9 5. Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli 10 Dewan. 1. Nama Ahli-ahli. 13 2. Doa. 17 3. Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha 17 Mulia Sultan Terengganu. BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Nama Ahli-ahli. 27 2. Ucapan Yang Berhormat Yang Dipertua 31 Dewan. 3. Soalan-Soalan Yang Telah Diberi Notis: (i) Soalan-soalan Bertulis 34 36 (ii) Soalan-soalan Lisan 36 6. Usul-Usul Yang Telah Diberi Notis: (i) Usul Merafak Sembah Ucapan 66 Penghargaan Dan Menjunjung Kasih. 1. Nama Ahli-ahli. 137 2. Soalan-Soalan Yang Telah Diberi Notis: (i) Soalan-soalan Lisan 141 3. Cadangan Usul Di Bawah Fasal 30, 159 Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri. BIL. PERKARA MUKA SURAT RABU, 19 JUN 2013 4. Usui Merafak Sembah Ucapan Penghargaan Dan Menjunjung Kasih. - Sambungan Perbahasan. 162 - Sambungan Penggulungan. 193 5. Pelantikan Jawatankuasa Hak Dan 263 Kebebasan Dewan Undangan Negeri. 6. Pelantikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang 264 Negeri. 7. Tangguhan 265 8. Lampiran 266 [Soalan-soalan dan Jawapan-jawapan Bertulis] PERSIDANGAN PADA HARI AHAD, 16 JUN 2013 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014 PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA PADA PUKUL 9.30 PAGI HADIR YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA Tuan Haji Mohd Zubir bin Embong, AMT.,PJK. YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK. WAKIL KIJAL Yang Berhormat Dato' Haji Tengku Putera bin Tengku Awang, DPMT. WAKIL KUALA BERANG Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, DPMT.,DMSM.,KMN.,AMN. WAKIL PERMAISURI Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, DPMT.,SMZ. WAKIL SEBERANG TAKIR Yang Berhormat Haji Rozi bin Mamat, SMZ.,AMT. WAKIL TELEMONG Yang Berhormat Dr. Haji A. Rahman bin Mokhtar, AMN.,PJK. WAKIL KUALA BESUT Yang Berhormat Ir. Rosli bin Othman, AMN. WAKIL KEMASIK Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, AMT.,PJK. WAKIL HULU BESUT 1 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014 Yang Berhormat A. Latiff bin Awang, PJC.,PJK. WAKIL PENGKALAN BERANGAN Yang Berhormat Roslee bin Daud, PPN. WAKIL BUKIT BESI Yang Berhormat Ghazali bin Taib WAKIL AJIL Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar WAKIL AIR PUTIH Yang Berhormat Haji Muhammad Pehimi bin Yusof WAKIL JERTIH Yang Berhormat Dato' Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK. WAKIL LANGKAP Yang Berhormat Mohd Mahdi bin Musa WAKIL KOTA PUTERA Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, PJK. WAKIL BATU RAKIT Yang Berhormat Mohd Iskandar bin Jaafar WAKIL JABI Yang Berhormat Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut, PJC. WAKIL WAKAF MEMPELAM Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, SSMT. WAKIL RHU RENDANG Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat WAKIL PAKA 2 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014 Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak WAKIL BUKIT TUNGGAL Yang Berhormat Azan bin Ismail WAKIL BANDAR Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah WAKIL BUKIT PAYONG Yang Berhormat Dato' Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB. WAKIL LADANG Yang Berhormat Ariffin bin Deraman WAKIL ALUR LIMBAT Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat WAKIL CUKAI Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim WAKIL TELUK PASU Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim WAKIL TEPOH Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik WAKIL SURA Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun WAKIL MANIR Yang Berhormat Haji Alias bin Harun WAKIL RANTAU ABANG TIDAK HADIR: Yang Berhormat Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi, AMT. WAKIL BATU BUROK 3 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014 HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA) YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN Dato' Haji Mazlan bin Ngah, DSMZ.,DPMT.,ASM.,PJC.,PJK.,BLB. YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI Dato' Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK. YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI Dato' Haji Mat Razali bin Kassim, DPMT.,ASM.,PJC.,PJK.,BLB. SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI Tuan Haji Azhar bin Jusoh, AMT.,PJK. 4 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014 PUKUL 9.30 PAGI SETIAUSAHA DEWAN: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Marilah kita sama-sama memulakan majlis ini dengan membaca Ummul Kitab, Al-Fatihah. DOA Dibaca oleh Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan. YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA KELUAR DARI DEWAN UNDANGAN NEGERI MEMOHON PERKENAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH TERENGGANU UNTUK BERANGKAT KE MAJLIS DEWAN UNDANGAN NEGERI. TITAH UCAPAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin, Wabihi Nastain. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat Beta dan Sultanah hadir dan seterusnya bertitah di Majlis Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri yang ke Tiga Belas pada pagi yang mulia ini. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam, yang membawa rahmat ke seluruh alam. Alhamdulillah, Beta bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan ALLAH kepada negeri Beta, Terengganu Darul Iman dan seluruh rakyat jelata. 5 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014 Negara kita telah dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370, yang diselubungi dengan penuh misteri. Beta merakamkan ucapan penghargaan kepada segala usaha yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan dengan bantuan pelbagai Negara dalam misi mencari dan menyelamat semua penumpang dan anggota penerbangan MH370. Beta berdoa ke hadrat ALLAH yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, dimakbulkan doa seluruh rakyat Malaysia, jayakan operasi mencari dan menyelamat agar segala spekulasi terungkai. Beta juga berdoa agar ALLAH meringankan beban keluarga mereka yang terlibat dan dianugerahkan kepada mereka kekuatan menghadapi dugaan ALLAH ini dengan penuh keredhaan dan tabah. Sebagai sebuah negeri yang menuju ke arah kemajuan dan terus berdaya saing, Beta menekankan kepentingan dasar prinsip tadbir urus yang baik dalam semua dimensi pengurusan, pematuhan peraturan dan undang-undang serta ketelusan maklumat. Ini termasuklah nilai integriti dan akauntabiliti yang sedia wujud dalam kepimpinan Negeri Terengganu dan Beta berharap sistem ini terus diamalkan dan ditingkatkan. Penambahbaikan terhadap prosedur kerja dan pengurangan karenah birokrasi boleh memperkayakan lagi pengurusan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Jika kita gagal merancang, bererti kita merancang untuk gagal. Oleh itu, berwaspadalah dalam perancangan bagi memelihara masa hadapan yang gemilang. Dalam hubungan ini, Beta suka menyatakan dan mengucapkan penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad bin Said dan juga kepada semua wakil rakyat yang terus menjalankan amanah dan tanggungjawab serta memenuhi kepercayaan rakyat dalam mentadbir negeri. Beta berpuas hati dengan pertumbuhan ekonomi negeri yang berdaya tahan pada tahun 2013 yang telah memberi sumbangan kepada KDNK negeri sebanyak RM20.2 bilion. Dengan pengekalan yang kukuh melalui asas ekonomi domestik dan pelaburan swasta serta pasaran tenaga kerja yang stabil, dijangkakan pertumbuhan ekonomi negeri terus positif pada tahun 2014. Kadar pengangguran tahun 2013 sebanyak 3.3% boleh distabilkan lagi sehingga 2.5% dalam tahun semasa. Kadar inflasi yang sederhana dan terkawal iaitu 3.2% pada Disember 2013 membolehkan pertumbuhan ekonomi Negeri Terengganu berada dalam keadaan kukuh dan mampan. Keadaan ini akan lebih bermakna lagi 6 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 April 2014 jika kemajuan pertumbuhan ekonomi dapat diterjemahkan terus agar dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Beta. Beta ingin menekankan kepentingan suara rakyat dalam memacu kemajuan negeri agar selari dengan slogan "Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan". Rakyat merupakan elemen penting pembangunan malah kemajuan yang dikecapi tertakluk kepada kesepaduan rakyat. Beta percaya jika tiada persefahaman, kerjasama dan perpaduan, pembangunan yang kita nikmati akan terbatas. Pertanian bukan lagi satu aktiviti tertutup sekadar menyara diri. Sebaliknya, kegiatan bertani telah menyumbang kepada perniagaan. Justeru itu, aktiviti pertanian yang berbentuk komersial jika dilaksanakan dengan menggunakan teknologi terkini boleh memberikan pulangan yang lebih baik dan menambah pendapatan rakyat Beta. Sukacita Beta ingin maklumkan satu program baru yang telah dirancang oleh pihak Kerajaan Negeri iaitu 'Jom Kite