Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 61 Isnin 25 November 2019 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 27) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.45 (Halaman 28) Maksud B.27 (Halaman 134) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 28) Anggaran Pembangunan 2020 Jawatankuasa:- Maksud P.45 (Halaman 28) Maksud P.27 (Halaman 134) DR.25.11.2019 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Isnin, 25 November 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, suhu politik tanah air kita makin hari makin panas, jadi saya hendak mohon untuk soalan saya ini saya hendak pasang 20 saat sahaja. Izinkan saya, saya mohon keizinan. Tuan Yang di-Pertua: Ya. [YB. Tanah Merah memasang rakaman muzik] Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Ok, Tanah Merah soalan nombor 1. [Dewan Ketawa] 1. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah siswazah yang masih menganggur sejak dua tahun lalu dan apakah puncanya. Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Mahfuz bin Haji Omar]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Tanah Merah yang mengemukakan persoalan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat dan seluruh Ahli-ahli Dewan, pendaftaran pencari kerja yang berdaftar dengan JobMalaysia sehingga Oktober 2019 ialah seramai 290,898 orang pendaftar aktif pencari kerja yang terdiri daripada 210,868 orang adalah siswazah- siswazah. Akan tetapi mereka ini bukan bermakna mereka ini siswazah menganggur yang tidak ada kerja tetapi mereka ini termasuk antaranya ialah siswazah yang pertama kali berdaftar untuk mencari kerja, yang dia belum ada kerja tetapi juga terdiri daripada mereka yang hendak beralih pekerjaan, hendak meningkatkan mereka punya pekerjaan dan juga hendak beralih tempat pekerjaan dan sebagainya untuk mendapat khidmat melalui JobMalaysia. Jadi itulah dia, kalau Yang Berhormat hendakkan angka yang tepat saya masih belum memperoleh angka yang tepat pencari kerja siswazah yang pertama kali berdaftar dengan DR.25.11.2019 2 JobMalaysia, itu masih belum diberikan kepada saya tetapi apa pun bagi saya bahawa sebahagian mereka itu pencari kerja daripada siswazah ini yang pertama kali itu yang proses biasa, proses peralihan daripada alam mereka keluar daripada universiti dalam tempoh enam bulan. Selalunya memang itulah mereka akan mencari pekerjaan tetapi daripada pemantauan kita selepas daripada enam bulan itu sebahagian besarnya mereka telah pun mendapatkan pekerjaan. Sehingga Oktober 2019, seramai 41,090 orang siswazah telah pun berjaya ditempatkan dalam berbagai-bagai sektor melalui berbagai-bagai jenis pekerjaan melalui program yang dibuat oleh JobMalaysia dan juga oleh Kementerian Sumber Manusia. Kalau ditanya puncanya saya sebutkan tadi puncanya ialah bukan punca tetapi dia merupakan proses peralihan biasa bagi seorang siswazah yang lepas daripada belajar sudah tentu akan ada wujud satu time period yang tertentu yang mereka itu dianggap sebagai penganggur. Terima kasih. Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan. Apa pun jumlah pengangguran dalam kalangan siswazah amat membimbangkan. Jadi berharap sangatlah kerajaan ambil langkah- langkah. Jadi soalan tambahan saya ialah adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu gerakan bersepadu dengan kementerian lain dan GLC bagi mengatasi masalah graduan menganggur memandangkan ada pandangan mengatakan dalam isu perlu ada polisi intervention, dengan izin dari seluruh kementerian, agensi dan GLC dan apakah benar pengangguran dalam graduan berlaku kerana kegagalan institusi pendidikan awam melahirkan graduan yang bersesuaian dengan kehendak pasaran. Terima kasih. Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih, soalan tambahan daripada Yang Berhormat Tanah Merah. Ya, memang kita sedang bergerak ke arah tersebut dan antaranya ialah dengan penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET di peringkat Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan dan membabitkan sembilan kementerian yang core dalam TVET dan juga ada beberapa kementerian semuanya 14 kementerian yang terlibat dalam untuk hendak melihat soal yang berkaitan untuk hendak memastikan supaya tawaran pekerjaan yang diberikan oleh majikan itu harus diikuti oleh institusi-institusi pendidikan khususnya melalui TVET itu sendiri, insya-Allah. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Adakah kerajaan meneruskan konsep Skim Latihan 1Malaysia yang dibuat dahulu, kalau tidak suka perkataan 1Malaysia itu boleh tukar perkataan lain. Kedua, kita menuju IR 4.0 dan dunia sudah berubah kepada IR mungkin 5.0, apakah langkah-langkah kementerian untuk memastikan bahawa apa yang diambil oleh siswazah di universiti itu compatible ataupun boleh mendapatkan pekerjaan apabila mereka telah bergraduasi. Terima kasih. DR.25.11.2019 3 Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Kita mempunyai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia khususnya Talent Corp. yang membantu untuk memastikan supaya graduan-graduan ini akan dapat latihan yang secukupnya termasuk antaranya ialah penggantian kepada Skim Latihan 1 Malaysia dan sebagainya, ada dia punya kaedah-kaedah yang dibuat oleh pihak Talent Corp. ■1010 Apa yang disebut tadi, bahawa kita sememangnya bergerak kepada IR4.0 walaupun negara lain, Jepun umpamanya sedang berfikir tentang IR5.0, tetapi kita masih belum terlambat untuk ke arah tersebut kerana kita harus melihat bahawa kebanyakan pelaburan yang datang ke negara kita ini, kurang membawa teknologi tinggi. Sudah tentu kita perlu selepas ini melihat kepada teknologi tinggi yang akan dibawa ke negara Malaysia, untuk kita sesuaikan dengan IR4.0 dan juga IR5.0, insya-Allah. 2. Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan penjelasan berkaitan isu kebersihan di Sungai Ichat, Parit Fall dan Robinson Fall di Cameron Highlands yang kian tercemar. Nyatakan tindakan yang diambil oleh pihak kementerian supaya sungai-sungai ini dapat dipelihara serta dibersihkan untuk dibuka kembali sebagai salah satu tempat tarikan pengunjung ke Cameron Highlands. Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli [Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Cameron Highlands. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Isu pencemaran Sungai Ichat, Parit Fall dan Robinson Fall adalah berpunca daripada sikap warga setempat yang tidak prihatin dalam menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya sumber air. Sungai Ichat terletak di dalam kawasan tanaman persendirian manakala Parit Fall dan Robinson Fall berada di hulu kawasan pertanian. Pencemaran di kawasan ini adalah disebabkan oleh sisa-sisa pertanian dan juga sisa domestik. Perkara berkaitan dengan pengurusan sumber air, terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 74(2), Jadual 9. Setiap negeri mempunyai perundangan berkaitan sumber air yang tersendiri termasuk hal-hal berkaitan dengan larangan pencemaran di kawasan sumber air yang membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan. Dalam aspek pemuliharaan sungai yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (KATS) selaku kementerian, memberi perhatian secara khusus mengenai isu pembersihan serta mendalamkan parit sungai untuk mengurangkan risiko banjir sahaja. Skop kerja yang terlibat di bawah program tersebut adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur, hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaik taraf dan penyelenggaraan aset struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir. DR.25.11.2019 4 Di bawah program ini, KATS membantu kerajaan negeri dengan menyalurkan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja untuk mengurangkan risiko banjir di seluruh negara. Bagi menangani isu di ketiga-tiga sungai ini, penguatkuasaan serta kawalan pencemaran di punca perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Bagi menangani isu pencemaran sungai dengan cara mendidik warga setempat, untuk melihat kepentingan dan keperluan menjaga sumber air dan impak bakal dihadapi sekiranya pencemaran sungai terus berlaku. Para petani juga seharusnya digalakkan untuk mengamalkan good agriculture practice bagi mengawal sisa pencemaran sebelum masuk ke sungai. Usaha bagi mengatasi isu pencemaran di kawasan berkenaan melibatkan pelbagai agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Galian, NGOs dan juga masyarakat setempat. Terima kasih. Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor [Cameron Highlands]: Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah didapati antara – baru-baru ini, racun kimia wujud di dalam air di Cameron Highlands. Antara racun makhluk perosak ditemui termasuk endosulfan, endrine ketone, aldrin dan DDE. Oleh sedemikian, apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian terhadap para pekebun yang menggunakan racun makhluk perosak yang telah diharamkan sehingga mengakibatkan pencemaran sungai di Cameron Highlands? Tengku Zulpuri