KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II NEGERI

30 JUN 2021

A LAPORAN HARIAN KES JANGKITAN COVID-19

1 Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 242 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 69,445 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua (2) kes di daerah dan satu (1) kes di . Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

2 Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 187 menjadikan jumlah kumulatif 67,256 orang. Seramai 1,508 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 444 orang di hospital, 948 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 116 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 70 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

3 Kes-kes jangkitan COVID-19 pada hari ini mengikut daerah adalah seperti berikut:

Tiada pertambahan zon merah dicatatkan hari ini.

4 Pecahan daerah mengikut zon:

 Zon Merah 17 daerah

 Zon Jingga satu (1) daerah

 Zon Kuning lapan (8) daerah

 Zon Hijau satu (1) daerah

5 Analisa Kes COVID-19 di Sabah

i Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan 64 kes iaitu daripada 178 kes semalam (29 Jun 2021) kepada 242 kes (30 Jun 2021).

ii Daripada 242 kes jangkitan baharu hari ini, 115 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 94 kes adalah daripada saringan kluster, 14 kes adalah daripada saringan bergejala, lapan (8) kes daripada saringan bersasar dan 11 kes adalah daripada lain-lain kes.

iii 11 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan tujuh (7) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala empat (4) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu 99 kes (+67), 20 kes (+17), 17 kes (+13) dan 10 kes (+10). Daerah kekal catatan kes baharu sebagaimana hari semalam iaitu dengan empat (4) kes.

iv Walau bagaimanapun, 10 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Lapan (8) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka, manakala dua (2) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu (-20) dan (-12).

v Pada hari ini, sembilan (9) daerah mencatatkan sifar (0) kes , , , Tongod, , Putatan, , dan .

vi Ringkasan data keseluruhan pada hari ini ialah tujuh (7) daerah mencatatkan kes pada julat dua (2) angka manakala daerah lain hanya pada julat satu (1) angka, (11) daerah mencatatkan kenaikan kes, (10) daerah mencatatkan penurunan kes, enam (6) daerah kekal sebagaimana catatan hari semalam lima (5) daerah sifar (0) kes, sembilan (9) daerah mencatatkan sifar (0) kes, (1) daerah (Beluran) Zon Hijau, dan satu (1) kluster baru iaitu Kluster Limbawang, Beaufort dua (2) kes, enam (6) kluster dengan catatan aktif iaitu Kluster Tembok Kota Kinabalu (51 kes), Kluster Baru lima (5) kes, Kluster Ocean Blue lima (5) kes, Kluster Coral lima (5) kes, Kluster Linau Kumpang lima (5) kes dan Kluster Jalan Bundusan lima (5) kes, menjadikan kumulatif Saringan Kluster Baru dan Sedia Ada sebanyak (94) kes.

vii Terdapat (99) kes dilaporkan di Kota Kinabalu dengan (66) kes daripadanya adalah dari Saringan Kluster, dan dengan jumlah hanya satu (1) daerah Zon Hijau serta jumlah catatan (115) kes daripada Saringan Kontak Rapat sangat signifikan kepada masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

viii Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

6 Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

i Kluster Limbawang - Beaufort melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti ekoran majlis pengebumian di Kg Gelilia Padas Damit pada 20 Jun 2021. Kluster ini dikesan apabila kes indeks, lelaki, 35, dari Kg Kelabu disahkan positif ujian RTK-Ag di Klinik Kesihatan Padas Damit pada 21 Jun 2021, setelah mengalami gejala demam sejak 19 Jun 2021. Saringan kontak rapat masing-masing mendapati empat (4) kes positif dalam kalangan ahli keluarga dan tetamu majlis terbabit. Terdapat bukti penularan menerusi kontak sosial yang melibatkan ahli keluarga di empat lokaliti berbeza sekitar mukim Limbawang. Daripada 160 kontak yang disaring, 21 individu dikesan positif termasuk dua (2) kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah 30 kes.

7 Jumlah kapasiti katil 3,992 unit

 Hospital 706 unit.  Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam 3,066 unit.  Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara 220 unit. Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 37.78%.

B PENINGKATAN JUMLAH KES POSITIF COVID-19 DI KOTA KINABALU

1 Pada hari ini, Kota Kinabalu mencatatkan (99) kes baharu.

2 Dari jumlah tersebut, sebanyak (66) kes adalah daripada Saringan Kluster dan (33) kes lagi adalah daripada lain-lain saringan.

3 (51) kes berpunca daripada Kluster Tembok Kota Kinabalu, lima (5) kes daripada Kluster Ocean Blue, lima (5) kes daripada Kluster Coral dan lima (5) kes daripada Kluster Tanjung Aru Baru.

4 Kluster Tembok Kota Kinabalu adalah kluster daripada Penjara , manakala Kluster Ocean Blue dan Kluster Coral adalah kluster daripada pekerja-pekerja pelantar minyak (offshore).

C SOP BAGI LIMA PKPD DI SABAH

i SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung, Tawau adalah seperti di LAMPIRAN A.

ii SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Linukaan, adalah seperti di LAMPIRAN B.

iii SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg. Pondo, Pulau Gaya, Kota Kinabalu adalah seperti di LAMPIRAN C.

iv SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Di Kuarters Kilang Bata Kg Durok, Kg Limbawan Sayur, adalah seperti di LAMPIRAN D.

v SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Tiga (3) lokaliti dalam Daerah adalah seperti di LAMPIRAN E.

D PKPD TAMAN PUBLIC, KOTA KINABALU

1 Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Taman Public, Kota Kinabalu.

2 Sehingga kini, KKM telah melakukan 16 ujian saringan dan sembilan (9) daripadanya direkodkan positif COVID-19 dengan kadar positiviti 56.25%.

3 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Public, Kota Kinabalu berkuat kuasa 02 Julai sehingga 15 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

4 Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan.

E PELANJUTAN PKPD KAMPUNG LANDUNG AYANG, KUDAT

1 Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Landung Ayang, Kudat yang dijadualkan tamat pada 01 Julai 2021.

2 Dalam tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 935 ujian saringan dan 89 daripadanya disahkan positif COVID-19.

3 KKM juga mendapati penularan masih berlaku dalam komuniti serta terdapat kes baharu direkodkan di lokaliti tersebut.

4 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Landung Ayang, Kudat bermula 02 Julai sehingga 15 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

F PENAMATAN PKPD KAMPUNG BUKIT GEMUK, TAWAU

1 Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Bukit Gemuk, Tawau yang dijadualkan tamat pada 01 Julai 2021.

2 Dalam tempoh itu, KKM telah melakukan 62 ujian saringan dan 12 daripadanya disahkan positif COVID-19.

3 KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

4 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Bukit Gemuk, Tawau pada 01 Julai 2021 (11.59 malam), seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

G PENAMATAN PKPD KAMPUNG TANJUNG BATU KERAMAT, TAWAU

1 Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau yang dijadualkan tamat pada 01 Julai 2021.

2 Sehingga kini, KKM telah melakukan 152 ujian saringan dan 25 daripadanya disahkan positif COVID-19.

3 KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

4 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau pada 01 Julai 2021 (11.59 malam), seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

H PENAMATAN PKPD PERUMAHAN ETARA, JALAN AGASEH,

1 Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Perumahan Etara, Jalan Agaseh, Lahad Datu yang dijadualkan tamat pada 01 Julai 2021.

2 Sepanjang tempoh itu, KKM telah melakukan 50 ujian saringan dan 13 daripadanya disahkan positif COVID-19.

3 KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

4 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan PKPD di Perumahan Etara, Jalan Agaseh, Lahad Datu pada 01 Julai 2021 (11.59 malam), seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

I PENAMATAN PKPD TAMAN LAVENDER, KUDAT

1 Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Lavender, Kudat yang dijadualkan tamat pada 01 Julai 2021.

2 Dalam tempoh itu, KKM telah melakukan 44 ujian saringan dan 24 daripadanya disahkan positif COVID-19.

3 KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

4 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan PKPD di Taman Lavender, Kudat pada 01 Julai 2021 (11.59 malam), seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

J STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH

1 Setakat hari ini, tiada suntikan baharu dibuat bagi Fasa 1 Dos 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menjadikan jumlah kumulatif kekal sebanyak 63,052 orang.

2 Bagi Fasa 1 Dos 2 pula, 316 suntikan baharu dibuat pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 55,219 orang.

3 Manakala, bagi Fasa 2 Dos 1 PICK, 3,433 suntikan baharu dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 320,517 orang.

4 Bagi Dos 2 Fasa 2 pula, 7,357 suntikan baharu harian dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 128,079 orang.

5 Pendaftaran penerima vaksin pada hari ini ialah 5,896 menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar sebanyak 885,878 (mysejahtera 810,634 : laman web 74,961 : talian vaksinasi 283) bersamaan 30.9%.

K BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)

Setakat hari ini, sejumlah 251,113 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang terkesan di bawah Program Bantuan Prihatin COVID-19 3.0.

L LAPORAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR), PENGUATKUASAAN PERAIRAN SABAH, PBT, SANITASI DAN HEBAHAN AWAM INFO ON WHEELS

1 Sejumlah 128 SJR dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 55,665 buah kenderaan. Daripada jumlah tersebut, 381 buah kenderaan diarah berpatah balik. Pada hari ini, PDRM melaksanakan 75 hebahan melalui kereta peronda dan tiada tangkapan dibuat.

2 Sebanyak 27 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah.

 10 orang : Tidak Memakai Pelitup Muka/Tidak Memakai Pelitup Separuh Muka Dengan Betul.  Lapan (8) orang : Membawa Penumpang Berlebihan  Empat (4) orang : Individu Gagal Mendaftar Masuk Premis  Tiga (3) orang : Tidak Mematuhi Arahan Perintah Kawalan Pergerakan  Dua (2) orang : Majikan Gagal Mematuhi Kapasiti Pekerja

3 Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 118 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 22 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan. Hasil pemeriksaan tiada tangkapan dibuat.

4 Laporan Kompaun Pihak Berkuasa Tempatan

i Sebanyak 1,506 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

ii Sebanyak tiga (3) notis/amaran dikeluarkan di daerah Ranau.

iii Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan penguatkuasaan pematuhan SOP ke atas 103 premis perniagaan dan 231 individu di 18 kawasan. Tiada kompaun dikenakan ke atas individu dan premis. Seramai 60 anggota terlibat dengan tugas-tugas khas menghantar Bantuan Bakul Makanan 3.0 bagi kategori penerima E-Kasih dan B40.

5 Rondaan Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) dan Rondaan Pemantauan Pematuhan SOP Peringkat Komuniti oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dilaksanakan di 412 Premis Perniagaan melibatkan 190 anggota APM. Sebanyak 23 Notis Amaran dikeluarkan kepada Premis perniagaan yang tidak mengikuti SOP.

6 Sementara, rondaan sama oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dilaksanakan melibatkan 73 anggota di 97 lokasi.

7 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah telah melaksanakan sanitasi awam di 11 premis, melibatkan tujuh (7) buah daerah pada hari ini.

8 Sejumlah 210 hebahan awam di bawah program Info On Wheels Jabatan Penerangan Malaysia Sabah dilaksanakan di sembilan (9) daerah pada hari ini.

9 Hebahan umum turut dilaksanakan oleh Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sebanyak 87 hebahan di seluruh Sabah.

M KADAR PEMATUHAN PENDUDUK TERHADAP SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0

1 Kadar pematuhan penduduk terhadap SOP PKP 3.0 pada hari ini ialah 95.4%. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:

BIL DAERAH PERATUS 1 Keningau 96% 2 Beluran 96% 3 Sipitang 96% 4 Kota Kinabalu 96% 5 Kunak 96% 6 Kota Marudu 96% 7 Kota Belud 95.5% 8 Semporna 95.5% 9 95.5% 10 Ranau 95% 11 95% 12 Tenom 95% 13 Kudat 95% 14 Beaufort 95% 15 Penampang 95% 16 Papar 95% 17 Kinabatangan 95% 18 Lahad Datu 95% 19 Tawau 94.5%

2 Pelan Pemulihan Negara merupakan panduan bagi setiap rakyat untuk bersama berusaha keluar dari kemelut pandemik COVID-19.

Sekian.

#MenangBersama

#LindungDiriLindungSemua

YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

LAMPIRAN D

LAMPIRAN E