KENYATAAN MEDIA

PENGARAH KESIHATAN NEGERI

SITUASI PENYAKIT COVID-19 NEGERI SABAH

19 MAC 2020

1. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) ingin memaklumkan sebanyak 112 kes COVID-19 positif setakat 19 Mac 2020 dan tidak ada kematian akibat penyakit COVID-19 dilaporkan.

2. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) juga ingin merujuk kepada dua (2) mesej tular dalam media sosial. Mesej pertama adalah mengenai amaran ZON MERAH melibatkan beberapa daerah dan pasar ikan adalah tidak benar. Manakala mesej kedua adalah mengenai dua (2) orang pesakit positif COVID- 19 yang melarikan diri daripada Hospital Queen Elizabeth (HQE). Kedua-dua pesakit tersebut merupakan Person Under Investigation (PUI) yang telah dimasukkan ke HQE pada 15 Mac 2020 kerana mempunyai sejarah terdedah kepada pesakit COVID-19. Kedua-dua pesakit telah DIBENARKAN pulang ke rumah pada 18 Mac 2020 setelah keputusan ujian COVID-19 adalah NEGATIF. Kedua-dua pesakit telah diarahkan untuk kuarantin dalam rumah di bawah pengawasan Pejabat Kesihatan. Orang awam dinasihatkan untuk untuk tidak panik dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian COVID-19 seperti tempat-tempat yang dicemari oleh COVID-19.

3. JKNS ingin terus mengingatkan orang ramai untuk: i. Mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun. ii. Minum air secukupnya bagi memastikan hidrasi yang baik. iii. Mengelakkan bersalaman / berjabat tangan atau bersentuhan jika bergejala (demam, batuk/bersin dan sesak nafas). iv. Segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas.

4. Orang awam juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang sahih melalui laman sesawang KKM; moh.gov.my. Bagi Negeri Sabah, orang awam boleh mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan kesihatan melalui Bilik Gerakan COVID-19 Fasiliti-Fasiliti Kesihatan Negeri Sabah (LAMPIRAN 1).

Sekian, terima kasih.

DATUK DR CHRISTINA RUNDI PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH LAMPIRAN 1

TALIAN BILIK GERAKAN COVID-19 FASILITI - FASILITI KESIHATAN NEGERI SABAH

KUDAT Pej.Kesihatan : 088-623251 Hospital : 088-613333 Talian ini hanya bertujuan PITAS Pej.Kesihatan : 088-661884 Pej.Kesihatan : 088-612193 untuk orang awam Hospital : 088-661984 Hospital : 088-676100 Pej.Kesihatan : 088-792330 Hospital : 088-797156 / 179 mendapatkan maklumat Pej.Kesihatan : 088-875361 Pej.Kesihatan : 088-976388 Hospital : 088-875266 berkenaan perkhidmatan Pej.Kesihatan : 088-726352 Hospital : 088-976911 Hospital Queen : 088-517555 Pej.Kesihatan : 087- 774161 Hospital Queen II : 088-324600 kesihatan untuk penyakit Hospital : 087-774333 Pej.Kesihatan : 089-511122 H. Wanita & Kanak-Kanak : 088-522600 Hospital : 089-511233 H. Mesra Bukit Padang : 088-230987 COVID-19 sahaja. CPRC JKNS Pej.Kesihatan : 089-521733 088-219455 Adalah disarankan untuk Pej.Kesihatan : 088-765109 Pej.Kesihatan : 089-660126 Hospital : 089-248600 menghubungi fasiliti terdekat Pej.Kesihatan : 088-722857 Pej.Kesihatan : 089-562628 di daerah masing-masing. PAPAR Hospital : 089-561857 Pej.Kesihatan : 088-911805 TONGOD Hospital : 088-913333 Pej.Kesihatan : 087-748877 Talian ini hanya untuk tujuan Pej.Kesihatan : 087-884425 Pej.Kesihatan : 089-882178 di atas. Hospital : 087-853100 Hospital : 089-895111 Pej.Kesihatan : 089-851733 Hospital : 089-894100 Harap Maklum BEAUFORT Pej.Kesihatan : 087-212096 Pej.Kesihatan : 089-781068 Hospital : 087-212333 Hospital : 089--781522

SIPITANG Pej.Kesihatan : 087-821066 Pej.Kesihatan : 087-737003 Pej.Kesihatan : 087-336494 Pej.Kesihatan : 087-366 286 Pej.Kesihatan : 089-775 733 Hospital : 087-822296 Hospital : 087-735577 Hospital : 087-313000 Hospital : 089-983510

Waktu Operasi : 8.00 pagi – 5.00 petang

disediakan oleh; CPRC, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah