Demokrasi Dan Pilihan Raya 2020
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Bil. Januari-Disember ISSN: 2232-1756 Volume 4 No. 1 January-December 2020 KANDUNGAN Muhammad Asri Mohd Ali Pendahuluan: Krisis dan Politik Gabungan Parti di 3-18 Malaysia: Membina Konsensus Dalam Masyarakat Multi Etnik Arif Aizuddin Azlan Teori Persaingan Parti Dalam Pilihan Raya Kecil 19-38 Zulkanain Abdul Rahman Parlimen Batu Sapi, Sabah, Malaysia Mohd. Izani Mohd. Zain Kerjasama Politik Pas Dengan Bukan Islam: Kajian 39-48 Terhadap Kelab Penyokong Pas (KPP) Dan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Muhammad Fathi Yusof Perlaksanaan Pilihan Raya Dalam Perlembagaan: Satu 49-60 Mazlan Ali Analisis Kritikal Abdul Latiff Ibrahim Mohd Al-Ikhsan Ghazali Siti Noranizahhafizah Pola Pengundian Pilihan Raya Umum Parlimen 2013 Di 61-75 Boyman Jayum Anak Jawan Sarawak Nor Azlan Hadi Yaacob Junaidi Awang Besar Pilihan Raya Kecil Kimanis, Antara Identifikasi Parti 76-94 Amer Saifude Ghazali Dengan Kelangsungan Politik Pembangunan Tati Rukminiyati Budaya Politik Indonesia Pasca Orde Baru: Kajian Kes 95-113 Hasanudin Daud Di Jawa Barat Sufian Mansur Pilihan Raya Kecil Balingian: Refleksi Kekuatan BN 114-133 Jeniri Amir Mohd Sabri Md Nor Pengalaman PAS Dalam Kerajaan Campuran/BN dan 134-144 Mohammad Redzuan Cabarannya Terhadap Agenda Perpaduan Melayu Othman Pasca Pilihan Raya Umum 2008 Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) SIDANG PENGARANG (EDITORIAL BOARD) Ketua Editor (Chief Editor): Dr. Amer Saifude Ghazali Editor: Profesor Madya Dr. Zulkanain Abdul Rahman Profesor Madya Dr. Rosmadi Fauzi Profesor Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi Dr. Fatimi Hanafi Dr. Ahmad Kamal Ariffin Dr. Mohd. Asri Mohd. Ali Dr. Junaidi Awang Besar Lembaga Penasihat Editor: Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman Presiden & Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) Profesor Dr. Kamaruzaman Yusoff Profesor di Academy of Islamic Civilization Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Dr. Mohd. Fuad Mat Jali Profesor di Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) LANGGANAN/SUBSCRIPTIONS Kadar langganan adalah seperti berikut: Dalam Malaysia: RM35.00 senaskhah (termasuk bayaran pos) Luar Malaysia: US$35.00 senaskhak (termasuk bayaran pos) Segala urusan mengenai langganan hendaklah ditujukan kepada: Ketua Editor Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur MALAYSIA KRISIS DAN POLITIK GABUNGAN PARTI DI MALAYSIA: MEMBINA KONSENSUS DALAM MASYARAKAT MULTI ETNIK Muhammad Asri Mohd Ali. Abstrak: There are many layers to analyse Malaysian politics, one of them is through mobilization of ‘strategic allience’. This article argued that due to the limited space for democracy in major political parties, party’s deputy president normaly will involved in political crisis with the party’s president. Given the landscape of political system which need the formation of coalition in order to win in general election, political leader who was side line from his original political parties will form new political party and form a new strategic alliance. This trend become parmenant feature in Malaysian politics since 1990 onward. In this study we elaborate the institutional development in relation to decision making prosess, which characterised by adversarial and coalescent behaviour simultaneously. Since there was no nation state being form in this country, the competition among strategic group was based on the struggle to have a nation or nation-of-intent. Political institution was created, re-group, transform and reform by political personality in that framework. Keywords: coalition of parties, multi-ethnic parties, 14th General Election PENGENALAN Semenjak zaman 1970an sehingga sekarang, politik Malaysia didominasi oleh aktor yang sama dengan aturan permainan yang juga hampir sama. Parti politik dibangunkan, kemudiannya dimatikan, begitu juga dengan gabungan parti, dibangun dan dimatikan sekitar personaliti politik seperti Tun Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Ahmad Zahid Hamid, Hj. Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang Dalam masyarakat multi etnik dan heterogen seperti di Malaysia, politik gabungan agak sukar digugat oleh parti-parti yang mewakili multi etnik tetapi tidak bergabung atau bekerjasama dengan parti lain (Horowitz, 1985). Semenjak PRU tahun 1955, United Malay National Organization (UMNO), Malaysia Chinese Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC) bekerja sama menerusi gabungan yang dikenali sebagai Perikatan, tidak mampu digugat oleh parti-parti pembangkang yang sentiasa bertanding bersendirian sehingga PRU tahun 1969. Tetapi aturan permainan tersebut tidak dapat membendung parti politik daripada berkrisis yang lazimnya bermula antara presiden melawan timbalan presiden parti dan kemudiannya krisis di bawa ke luar apabila timbalan presiden yang kalah menubuhkan parti baharu dan menyertai gabungan baharu dan ada kalanya seperti yang berlaku semasa PRU tahun 2018, berjaya membentuk kerajaan baharu. Antara parti yang banyak mengalami krisis dalaman ialah UMNO. Terdapat empat krisis besar yang melanda UMNO pada peringkat elit dan seterusnya mengubah institusi parti di Malaysia, iaitu: 3 1) Krisis diantara Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak pada penghujung tahun 1960an di mana Presiden UMNO Kedua, Tunku Abdul Rahman dipaksa berundur daripada jawatan Perdana Menteri setelah berlaku krisis etnik pada tahun 1969 menyebabkan gabungan PERIKATAN menjadi tidak lagi popular dan Tun Abdul Razak yang mengambil alih jawatan Presiden UMNO kemudiannya menjenamakan semula gabungan UMNO dengan beberapa parti lain dalam Barisan Nasional (BN); 2) Krisis diantara Dr. Mahathir Mohamed dan Tunku Razaleigh Hamzah (Ku Li) pada penghujung dekad 1980an menyebabkan UMNO diheret ke mahkamah dan diharamkan. Dr. Mahathir Mohamed mengambil keputusan untuk ‘re-group’ penyokong beliau dengan menubuhkan UMNO (Baru) dengan tujuan menyekat penyokong Ku Li sehingga menyebabkkan Ku Li menubuhkan Parti Semangat 46 (S46). Ku li seterusnya bertindak menubuhkan Gagasan Rakyat (GR) dan Ankatan Perpaduan Ummah (APU) untuk melawan BN pada PRU tahun 1990. Tetapi dua gabungan tersebut dibubarkan selepas PRU tahun 1995 apabila Ku Li dan penyokong beliau membuat keputusan kembali ke pangkuan UMNO; - transform - 3) Krisis diantara Dr. Mahathir Mohamed dan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 menyebab Parti Keadilan Nasional (kemudian menjadi Parti Keadilan Rakyat atau PKR) ditubuhkan oleh penyokong Anwar. PKR kemudiannya menjadi teras kepada gabungan Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat (PR), dan Pakatan Harapan (PH); - reform - dan 4) Krisis diantara Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin dan pada pertengahan tahun 2015 menyebabkan Parti Pribumi Bersatu (Pribumi) ditubuhkan dengan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi pengerusi dan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden. Bersatu kemudiannya diterima menjadi sebahagian daripada PH pada tahun 2017 dan PH mencatat sejarah setelah berjaya buat pertama kali menewaskan BN menerusi PRU tahun 2018. Pada awal tahun 2020, sekali lagi berlaku krisis diantara elit politik tetapi kali ini tidak melibatkan presiden dan timbalan presiden PKR, iaitu antara Anwar Ibrahim dan timbalan beliau Azmin Ali yang dikenali sebagai pegerak utama ‘langkah Sheraton’. Azmin Ali akhirnya menyertai Bersatu dan bersama Muhyiddin Yassin mengambil pendirian untuk meninggalkan PH. Muhyiddin dan Azmin mendapat dengan sokongan ahli parlimen daripada UMNO, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan Gabungan Parti Sabah (PRS dan Star) menubuhkan kerajaan baharu tanpa menerusi proses PRU seperti amalan biasa pada 1 March 2020. Terdapat beberapa lapis analisis yang boleh digunakan untuk mengkaji dan memahami dinamika politik dalam multi etnik pasca colonial seperti Malaysia. Artikel ini memilih untuk menggunakan lapis kumpulan strategik (strategic group) menerusi pemerhatian terhadap bagaimana personaliti politik (setelah berlaku krisis dalaman parti) bertindak menubuhkan parti dan mengembeling gabungan politik atau ‘strategic alliance’ dalam menghadapi PRU. Dengan mengangkat isu masyarakat seperti ‘reformasi’ dan ‘bangsa idaman Melayu’, institusi politik gabungan mengalami beberapa perubahan, ada yang berjaya menubuhkan kerajaan. Persoalannya ialah sejauhmana perubahan tersebut menjelaskan perilaku politik di Malaysia. 4 Menjawab persoalan di atas memerlukan analisis terhadap institusi politik dan memeriksa pilihan yang ada kepada aktor-aktor politik yang membolehkan mereka mencorakkan karakter sistem politik dalam masyarakat heterogen. Perbincangan seterusnya akan difokuskan kepada konsep politik gabungan dan persaingan bangsa idaman dalam masyakat multi etnik pasca kolonial. Bahagian seterusnya akan melihat pengalaman BN, PH dan PN sebagai kerajaan dan akhir sekali penemuan utama pembangunan institusi politik gabungan dengan interaksi aktor politik dan prestasi polisi. TEORI POLITIK GABUNGAN DAN KONSEP BANGSA IDAMAN Semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kuasa politik di negara ini didominasi oleh gabungan Perikatan (tetapi kemudiannya berubah menjadi kemudian BN). Untuk memposisikan kedudukan kerajaan gabungan parti selama 71 tahun di Malaysia, terdapat dua kategori literatur yang perlu ditinjau, iaitu: 1) teori permaufakatan atau ‘consociationalism’ oleh Lijphart, dan 2) konsep persaingan bangsa idaman oleh Shamsul A.B. Teori permaufakatan dan konsensus: